Jamaah Islam Dan Taadud Jemaah Di Malaysia

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 18

Jamaah Islam dan Taadud Jemaah di Malaysia: Suatu Kajian

Berasaskan Fakta Nas dan Sejarah

MUQADDIMAH

Perbahasan tentang jamaah Islam dan taaddud jemaah sering dibincangkan diseluruh dunia
Islam, samada dikalangan ulama atau dari manusia biasa. Perbahasan ini pada hakikatnya
adalah untuk mencari satu titik pertemuan dan kekuatan dalam mengembangkan Islam.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memperdebatkan isu Jamaah islam dan taaddud jemaah
ini. Ini disebabkan bahawa di Malaysia terdapat beberapa jemaah yang didakwa sebagai jemaah
Islam.

Maka dengan demikian, selayaknya perdebatan ini dilihat dari kacamata ilmiyyah beserta waqii
di Negara ini, agar ianya mendapat mencari kekuatan dalam usaha hendak mendaulatkan islam.

BAHAGIAN PERTAMA
KEDAULATAN ISLAM MELALUI JAMAAH ISLAM

1. KEWAJIPAN MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Mendaulatkan Islam merupakan tanggungjawab semua manusia yang hidup atas muka bumi ini.
Tanggungjawab tersebut bermula dari kejadian Nabi Adam A.S lagi. Ini dinyatakan oleh Allah
didalam firman-Nya;




Maksudnya;
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah Al-Baqarah : 30)

Khalifah yang dimaksudkan adalah seperti yang telah didefinisikan oleh ulama iaitu;


Maksudnya;
pengganti syari didalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya (agama)[1].

Dari ini difahami bahawa, penciptaan manusia atas muka bumi ini dinyatakan oleh Allah adalah
untuk melaksanakan agama dan mentadbirkan muka bumi ini dengan agama.

Islam telah membuktikan pemerintahannya berasaskan khalifah semenjak zaman Rasulullah


SAW sehinggakan tahun 1924, iaitu tahun kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah; yang telah
dijatuhkan dengan pemikiran sekular yang di dokong oleh seorang bapa pemoden Turki yang
bernama Mustafa Kamal At-Tarturk.[2]

Dengan kejatuhan tersebut, umat Islam seluruh dunia hidup dalam keadaan terumbang ambing,
disamping kehinaan demi kehinaan datang menimpa yang menyebabkan ulama-ulama Islam
terpaksa memikirkan kaedah dan mekanisma baru bagi menghadapi kehinaan sedemikian
rupa.

Dengan keadaan sedemikian, lahirlah ulama-ulama yang kehadapan dalam menghadapi


kelemahan ini seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna (1906-1949[3]) yang berjaya
menubuhkan sebuah gerakan islam yang terkenal di seluruh dunia, iaitu Al-Ikhwan AlMuslimun pada tahun 1928; yang ditubuhkan di suatu daerah di Negara Mesir yang bernama
Ismailiyyah; yang ketika itu, Imam Hassan Al-Banna baru sahaja berumur 21 tahun[4].

Begitujuga, lahirnya seorang tokoh didalam gerakan islam Al-Ikhwan Al-Muslimun yang
terkenal juga; bernama As-Syaikh Said Hawa (1935-1989[5]), sebagai penerus perjuangan AlIkhwan Al-Muslimun yang diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau mempunyai keluasan
ilmu dan pengalaman yang semuanya itu boleh diketahui melalui banyak tulisan-tulisan beliau.

Imam Mujahidin Al-Afghanistan As-Syahid Dr Abdullah bin Yusuf Mustafa Azzam atau lebih
dikenali dengan nama As-Syahid Dr Abdullah Azzam (1941 1989[6]) merupakan salah satu
tokoh pejuang Islam yang tidak kurang juga dikenali kehebatannya; beliau telah meninggalkan
kehidupannya yang mewah di bumi Jordan dan Pakistan semata-mata mahu mentarbiyyah
pemuda-pemuda Islam di lereng-lereng bukit di Afghanistan bagi meneruskan usaha untuk
mengembalikan kegemilangan islam ketempatnya yang asal.

Dan banyak lagi tokoh-tokoh pejuang Islam yang lahir setelah kejatuhan kerajaan Osmaniyyah
tersebut, yang ini membuktikan kebenaran hadis Nabi SAW yang bersabda;


sentiasa ada dikalangan umatku satu puak/golongan yang terang-terangan berperang di atas
kebenaran hingga hari kiamat[7]

Tidak ketinggalan juga di Negara ini, sebuah jemaah islam yang bernama Hizbul Muslimin di

tubuhkan oleh ulama-ulama di Malaysia ketika itu, merupakan anak-anak murid Muhammad
Abduh sebagai sebuah gerakan Islam yang berusaha kearah mendaulatkan undang-undang Islam
seperti yang dinyatakan oleh Allah didalam surah al-baqarah ayat 30.

Amat menyedihkan, pada 18 Jun 1948, pihak british telah mengharamkan gerakan Islam Hizbul
Muslimin melalui akta darurat dan akhirnya dalam tekanan, usaha demi usaha yang dilakukan
oleh bekas pendokong-pendokong Hizbul Muslimin sehinggakan tertubuh Parti Islam Semalaysia
(PAS).

2. KELAHIRAN JEMAAH ISLAM ADALAH KEWAJIPAN UMAT

Dengan kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924 itu, maka bermulakan usaha
demi usaha yang dilakukan oleh beberapa tokoh ulama untuk mendaulatkan kembali undangundang Islam serta menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah bukan diperintah.

Usaha tersebut dilihat tidak akan menghasilkan kejayaan jika dilakukan bersendirian, juga
tidak mampu di lakukan secara masyarakat ramai, ini disebabkan masyarakat ramai sudah
bergelumang dengan pemikiran secular ini di samping fahaman sekular ini tidak didokong oleh
individu-individu tertentu, tetapi sudah di kuasai sehinggakan berjaya membentuk dalam
bentuk system pemerintahan.

Maka dengan itu, ulama memulakan usaha kearah kedaulatan undang-undang Islam itu dengan
menubuhkan jemaah Islam, terdiri dari pendokong-pendokong yang mampu memberi komitmen
sepenuhnya untuk usaha kearah kedaulatan Islam tersebut.

Justeru itu, lahirlah Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, PAS di Malaysia dan
sebagainya. kelahiran semua jemaah Islam ini bukanlah untuk kesenangan dunia atau mencari
keuntungan hidup semata-mata, tetapi kelahirannya merupakan tanggungjawab melaksanakan
amar makruf, nahi mungkar yang dipertanggungjawabkan kepada seluruh umat Islam yang
hidup di atas muka bumi Allah ini.

Amar makruf dengan menjadikan umat Islam beraqidah dengan aqidah Islam yang sebenar dan
nahi mungkar adalah menyelamatkan manusia dari fahaman sekular yang merosakan aqidah;

yang merupakan punca kerosakan dan kemusnahan kehidupan manusia di dunia.

Firman Allah;

Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian
yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan
kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa
yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat (Surah Al-Baqarah : 85)

3. PAS MELAKSANAKAN TUGAS AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR

Membaca muqaddimah perlembagaan PAS menyatakan;

BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa


kepada Allah dan Kebaktian sesame manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL-AMRU BIL
MARUF WAN NAHYU ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka
inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan PARTI ISLAM SE-MALAYSIA[8]

Dari isi muqaddimah perlembagaan PAS, jelas menyatakan bahawa PAS memandang tindakan
menghapuskan mungkar dan menyuruh manusia kepada maruf di Negara ini adalah sesuatu
yang penting. Kepentingannya tersebut sehinggakan PAS menjadikannya sebagai satu dasar yang
termaktub didalam perlembagaan.

Kewajipan melaksanakan Amar Makruf dan Nahi mungkar di nyatakan oleh Allah didalam
Firman-Nya;

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi
penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah
dari yang munkar (Surah At-Taubah : 71)

Melaksanakan amar maruf dan nahi mungkar memerlukan kepada kekuatan dan kuasa, ini
kerana, tanpa kekuatan dan kuasa, tindakan melaksanakan amar maruf dan nahi mungkar di
ibaratkan seperti melepaskan batuk di tangga.

Amar maruf dan nahi mungkar tidak memadai dengan semata-mata dengan menyeru manusia
tanpa disertai dengan kekuatan, ini kerana, usaha tersebut akan melahirkan satu
kemandulan didalam melaksanakan tugasan tersebut.

Berdasarkan kepada hadis, daripada Abu Said berkata;


Aku dengar Rasulullah SAW bersabda; barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka
hendaklah dia menukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lidahnya,
sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya, dan demikian merupakan selemah-lemah
Iman[9]

Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dalam mensyarahkan hadis ini dengan
katanya;





Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada maruf). Hak (wajib)
kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada kemampuannya
yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau
dengan perbuatan[10]

Dari kata-kata Qadi Iyad ini menjadi bukti atas tindakan PAS yang berusaha hendak menghapus
maksiat syirik yang berlaku dikalangan umat Islam. Kadar kemampuan maksima yang mampu

PAS berikan adalah dengan menyertai Pilihanraya bagi mendapatkan kuasa memerintah yang
memungkin kepada PAS untuk menghapuskan segala maksiat-maksiat dikalangan manusia di
Negara ini, daripada sekecil-kecil maksiat sehinggakan sebenar-besarnya.

Tindakan tersebut telah terbukti hasilnya dikala PAS memerintah Kelantan dan Terengganu yang
berjaya mengharamkan Judi, arak, penindasan kepada rakyat dan sebagainya.

4. PAS ADALAH JEMAAH ISLAM DI MALAYSIA

Bagi memastikan sesuatu jemaah itu adalah jemaah Islam ataupun tidak, perlu kepada
penelitian disebalik ulasan ulama-ulama yang muktabar terhadap Nas syarak, samada dari AlQuran dan Hadis Nabi SAW.

Perbincangan berkenaan sesebuah itu jemaah Islam atau tidak adalah bertitik tolak kepada
hadis yang dikenali sebagai hadis Huzaifah bin Al-yaman, iaitu kandungan hadisnya seperti
berikut;


















Manusia bertanya Rasulullah SAW berkenaan kebaikkan. Aku pula bertanya kepada baginda
berkenaan kejahatan, kerana bimbang menimpa diriku. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW,
sesungguhnya kami dalam jahiliyyah dan kejahatan, lalu Allah mendatangkan kepada kami
kebaikan ini (islam), maka adakah wujud kejahatan selepas dari kebaikan ini? Menjawab
baginda SAW; ya (ada). Aku berkata; adakah wujud kebaikan selepas kejahatan itu? Menjawab
baginda SAW; ya (ada), padanya dakhan (perkara yang tidak disukai), aku berkata; apa itu

dakhan? Berkata Nabi SAW; kaum yang mencari petunjuk tidak dengan petunjukku, kamu kenal
mereka dan kamu ingkari (mereka). Aku berkata; adakah wujud kejahatan selepas kebaikan
itu? Menjawab baginda SAW; Ya (ada), iaitu penyeru-penyeru ke Pintu neraka, barangsiapa
menyahut seruan mereka, nescaya mereka mencampaknya kedalam neraka. Aku berkata;
Wahai Rasulullah SAW, nyatakan sifat mereka kepada kami !! berkata Nabi SAW; kulit mereka
serupa dengan kulit kita, bercakap dengan bahasa kita. Aku berkata; apa suruhan kamu
sekiranya kami berjumpa dengan mereka? Bersabda Nabi SAW; iltizamkan diri kamu dengan
Jemaah Muslimin dan (taat) imam mereka (muslimin. Aku berkata; sekiranya tiada jemaah
dari kalangan mereka (muslimin) dan tiada imam? Bersabda Nabi SAW; berenggang dirilah
kamu dari puak-puak itu semuanya, walaupun kamu terpaksa mengigit akar pokok sekalipun,
hinggalah kamu mati[11].

Didalam mensyarahkan hadis ini, Imam Ibnu Hajar menukilkan ulasan Qadhi iyadh; yang mana,
Qadi Iyyad memaksudkan dengan kejahatan didalam hadis ini adalah kejadian selepas
kematian Saidina Osman. Adapun kebaikan selepas dari kejahatan yang dimaksudkan dalam
hadis ini adalah pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Dan maksud dengan kamu mengenali
mereka dan kamu ingkarinya adalah pemimpin selepas daripada pemerintahan Umar bin Abdul
Aziz, yang mana, ada dari kalangan pemimpin ketika itu yang berpegang kuat dengan sunnah
dan ada yang menyeru kepada bidaah dan melakukan kezaliman[12].

Melihat kepada tafsiran Qadhi Iyyad, difahami bahawa maqasid atau kandungan nas di sebalik
ulasan ini adalah fitnah yang telah menimpa di zaman selepas kewafatan Nabi SAW.

Maka dengan demikian, suruhan nabi SAW beriltizam dengan jemaah muslimin adalah bagi
menyelamatkan diri umat islam daripada terjerumus kejurang fitnah yang berlaku di zaman
tersebut.

Sesungguhnya sesuatu fitnah itu tidak sama antara satu tempat dengan tempat yang lain,
begitujuga masa dengan masa yang lain. Maka dengan demikian, fitnah yang menimpa umat
Islam di Malaysia tidak boleh disamakan fitnah yang menimpa umat Islam di Palestine, di Iraq,
di Mesir dan sebagainya. Justeru itu, menentukan sesebuah jemaah tersebut adalah jemaah
Islam di sesuatu tempat, perlu kepada pemahaman waqii di tempat tersebut.

APAKAH FITNAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA?

Membaca sejarah Islam di Negara ini, didapati bahawa Negara ini pernah di perintah mengikut
ajaran Islam. Ini di buktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh
1303.

Dalam batu bersurat itu, terkandung arahan raja yang memerintah ketika itu yang bernama
Raja Mandalika terhadap rakyatnya supaya berpegang kuat dengan ajaran islam dari semua
sudut kehidupan. Ianya menyentuh soal langkah mengelakkan berlaku kemungkaran seperti zina
dan tidakMEMBAYAR

hutang. Juga hukuman terhadap mereka yang tidak mengikut kehendak

syariat yang tidak dibataskan kepada rakyat semata, bahkan terhadap pemerintah juga.[13]

Penggunaan kalimah Sultan terhadap raja-raja melayu juga merupakan pengaruh


pemerintahan Islam di Negara ini. Ini kerana, penggunaan kalimah Sultan pada asalnya
adalah identity pemerintahan Islam yang mula di gunakan pada abad ke-10 masehi dengan
munculnya kesultanan Seljuq sebagai pemegang tampuk pemerintahan dalam zaman Abbasiah.
Kekuasaan Seljuq merupakan satu pembentukan yang berasal dari turki selepas mereka
menguasai kota Baghdad, iaitu pusat pemerintahan Khalifah Abbasiah[14].

Kalimah sultan juga di gunakan dizaman pemerintahan Uthmaniyyah Turki sebagai ganti
kepada penggunaan kalimah Khalifah.

Empayar osmaniyyah merupakan sumber kekuatan inspirasi yang meniup semangat perjuangan

di kalangan kesultanan-kesultanan melayu untuk berjuang bagi menghapuskan penjajah yang


sering menyerang umat Islam. Ini di buktikan dengan sokongan kesultanan melayu terhadap
empayar Uthmaniyyah Turki yang ketika itu menyokong Jerman dalam peperangan dunia
pertama[15], pada bulan ogos tahun 1914[16].

Pada tahun 1924, khalifah Uthmaniyyah di Turki telah di jatuhkan oleh seorang tokoh sekular
turki yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk dengan slogan garbie doegroe yang memberi
maksud berarak menuju barat[17] telah memberi tamparan hebat terhadap dunia Islam
termasuk alam Melayu. Ini kerana, ketika itu kesultanan-kesultanan Melayu ini mendukung
system kekhalifahan yang berpusat di Turki sebagai tunggak kekuasaan di mana mereka ikut
berpayung[18].

Dengan kejatuhan khalifah Uthmaniyyah itu, maka bermulalah fitnah sekular didalam sistem
pemerintahan dunia Islam, yang tidak terketinggalan menerima fitnah tersebut adalah
Malaysia. Maka dengan itu, lahirlah berbagai-bagai gerakan Islam di seluruh dunia Islam, seperti
lahirnya Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, PAS di Malaysia dan sebagainya.

Melihat suasana di Malaysia kini, fitnah yang paling berbahaya yang sedang menimpa umat
Islam bukanlah amalan bidaah dalam perkara furu, seperti talkin, tahlil dan sebagainya, tetapi
fitnah yang paling besar adalah fitnah syirik sekular yang sedang menyerang masuk kedalam
jiwa-jiwa umat Islam di Malaysia.

Bagi mengatasi perkara tersebut, perlu kepada satu gerakan islam yang dapat menghapuskan
kesyirikan ini, yang jika di perhatikan bahawa semua ini tidak mampu di atasi oleh jemaahjemaah selain dari PAS.

BAHAGIAN KEDUA
BAHAYA TAADDUD JAMAAH

1. MENGAPA TAADDUD JAMAAH BERBAHAYA

Setelah melihat kepada ulasan-ulasan lepas, didapati bahawa PAS merupakan sebuah jemaah
Islam yang wajib kepada semua umat Islam menyertainya. Semuanya adalah kerana PAS

berusaha kearah kedaulatan dan perlaksanaan Undang-undang islam di Negara ini.

Bagi merealisasikan kejayaan tersebut perlu kepada penyatuan fikrah dan gerak kerja, ini
dapat mengelakkan berbagai-bagai fikrah dan berbagai-bagai wala dalam melaksanakan
tugasan yang penting ini.

Sekiranya sebuah jemaah berijtihad supaya tidak melibatkan diri dalam pilihanraya, sedangkan
PAS pula mahu menggunakan pilihanraya, maka ini sudah dapat dilihat bagaimana kecelaruan
dalam melaksanakan tanggungjawab yang penting ini.

Maka dengan sebab itulah, tidak hairan Nabi SAW ada bersabda;

)(


Maksudnya;
Daripada Abi Said Al-Khudri berkata : bersabda Nabi SAW : apabila di Baiaah dua orang
khalifah, maka hendaklah di bunuh salah satu daripada kedua-duanya[19]

Daripada hadis ini, terdapat beberapa perbahasan yang seperti berikut;

Perbahasan pertama;

Maqasid disebalik maksud bunuh didalam hadis ini adalah kerana wujudnya dua khalifah yang
mewujudkan dua wala. Maka dengan demikian, Baginda SAW menyuruh bunuh salah satu
daripada kedua-dua khalifah tersebut dengan tujuan memudahkan untuk diberi wala, ini
kerana, sekiranya wujud dua baiaah yang mewujudkan dua wala. Maka dengan demikian,
bagaimana hendak memberi wala dalam satu masa, yang kadangkala kedua-dua khalifah
mempunyai ijtihad yang berbeza.

Perbahasan kedua;

Imam An-Nawawi menyatakan, apabila berlaku dua baiaah, maka khalifah yang wajib diberi
wala adalah khalifah yang di baiaah terlebih dahulu. Adapun khalifah dibaiaah terkemudian,
maka hendaklah dilaksanakan hukuman bunuh kepadanya[20]. Ulasan imam An-Nawawi ini
menyamai ulasan yang dikemukakan oleh Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya Jami Li Ahkam
Al-Quran[21]

Perbahasan ini dilihat ketika kewujudan khalifah. Adapun dunia Islam kini berada dalam
kerangka pemerintahan yang tidak mempunyai khalifah, maka dengan demikian, perbahasan ini
perlu kepada pengecilan skop untuk di realisasikan kepada realiti jemaah-jemaah islam yang
wujud di sesebuah Negara.

Maka dengan itu, maksud disebalik bunuh khalifah yang terkemudian adalah dengan
membunuh pemberian wala kepada jemaah yang wujud terkemudian, dan wajib memberi
wala kepada jemaah yang terdahulu.

Memahami perbahasan ini, di fahami bahawa, di Malaysia, jemaah Islam wajib di beri wala
adalah PAS, ini kerana, PAS adalah jemaah Islam yang tertua di Negara ini, jika dibandingkan
dengan jemaah-jemaah islam yang lain.

BENARKAN PAS ADALAH JEMAAH ISLAM YANG TERTUA DI MALAYSIA?

Pada 21 Zulkaedah 1370, bersamaan 24 November 1951, PAS berjaya didaftarkan sebagai satu
badan politik yang berdaftar secara rasmi[22].

PAS adalah singkatan nama dari Parti Islam Se-Malaysia[23] yang telah di pelopori oleh
gerakan Ulama di Malaya. Kelahirannya adalah hasil dari kesedaran politik Islam untuk
mendaulatkan Agama Allah di muka bumi ini.

Berdasarkan kepada sejarah, kelahiran PAS berpunca dari beberapa orang agamawan di Negara
ini, yang merupakan anak-anak murid kepada As-Syaikh Muhammad Abduh dari Timur tengah.
[24] Kelahiran PAS tersebut bermula dengan nama Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh
British melaui akta darurat pada 18 jun 1948.

Selepas dari pengharaman tersebut, ramai dari pemimpin-pemimpin Hizbul Muslimin di tangkap
oleh British yang menyebabkan gerakan ulama tersebut terpaksa bergerak secara rahsia
dengan menyertai bahagian-bahagian agama dan pelajaran pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) dengan tujuan untuk menyampaikan mesej agama kepada masyarakat[25].

Hasil dari gerakan ulama secara rahsia tersebut, bekas ahli-ahli Hizbul Muslimin telah
menyerapkan kefahaman islam kepada masyarakat sehinggakan berjaya mengumpulkan ulamaulama yang tersebar di Negara ini dibawah satu badan, yang melahirkan satu persidangan
Ulama Malaya, yang diadakan di Muar Johor pada 21-22 Febuari 1950[26].

Dengan persidangan tersebut, melahirkan satu lagi persidangan yang sama buat kali keduanya
pula pada 23 ogos 1951 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.

Dari persidangan kali kedua tersebut melahirkan satu perlaksanaan usul bagi menubuhkan
sebuah organisasi yang didokong oleh golongan ulama-ulama ini; yang diberi nama dengan
Persatuan Ulama Malaya.

Dengan tertubuhkan persatuan ulama Malaya ketika itu, membayangkan golongan ulama-ulama
yang mendokong persatuan ulama Malaya tersebut, keluar dari UMNO sudah tergambar,
disamping banyak isu-isu islam yang gagal di atasi oleh UMNO, seperti isu Natrah, sekongkol
UMNO dengan British, anjur program Funfair, Loteri dan kaberet UMNO.

Maka dengan demikian, lahirnya satu persidangan ulama Malaya yang tidak dilibatkan oleh
Bahagian Agama dan pelajaran UMNO yang menyebabkan nama Persatuan Ulama Malaya
bertukar kepada Persatuan Islam SeMalaya, dengan nama ringkasnya PAS[27].

Daripada perbahasan dan fakta sejarah yang dinukilkan ini, membuktikan bahawa PAS adalah
sebuah jemaah islam yang tertua di Negara ini, jika dibandingkan dengan jemaah-jemaah yang
lain.

Maka dengan demikian, jika di perhatikan segala perbahasan di atas difahami bahawa jemaah
Islam yang wajib mengiltizamkan diri adalah PAS, bukan yang lainnya.

2. PENGAJARAN DARI AFGANISTAN UNTUK MEMAHAMI BAHAYA TAADUD JEMAAH

Taadud bermakna berbilang-bilang. Berbilang-bilang jemaah merupakan sesuatu yang amat


bahaya kepada kesatuan umat Islam, yang kadangkala boleh melahirkan fitnah dimata-mata
non muslim.

Ini di buktikan dengan kejadian yang telah berlaku di Afghanistan di zaman peperangan Islam
bersama dengan tentera soviet Rusia.

Membaca sejarah Afgahnistan, didapati bahawa peperangan di Afgahnistan di zaman Soviet,


gerakan jihad yang menyerang tentera Rusia terdiri dari beberapa jemaah, iaitu adalah seperti
berikut;

Jemaah yang di kepalai oleh General Hekmatyar


Jemaah yang dikepalai oleh Prof Burhanuddin Rabbani
Jemaah yang dikepalai oleh Masoud.

Setelah kekalahan Rusia yang menyebabkan mereka keluar dari Afghanistan dalam keadaan
hina, Afghanistan di perintah oleh golongan-golongan mujahidin ini, yang melahirkan perebutan
kuasa dalam menentukan portfolio masing-masing didalam kerajaan.

Maka dengan demikian, berlakulah beberapa pertelagahan sesama mereka, terutama diantara
General Hekmatyar dan Prof. Burhanuddin Rabbani sehinggakan lahirlah satu pergerakan
mahasiswa (Taliban) bagi membendung perbalahan ini yang dikepalai oleh seorang ketua
pelajar mereka yang bernama Mulla Omar mujahid yang berasal dari Bandar Kandahar, dan
ketika itu berumur 33 tahun. Beliau telah bangkit bersama-sama dengan 15 hingga 30 orang

pelajar-pelajar agama untuk menyelesaikan perbalahan ini. [28]

Tindakan permulaan Taliban dalam menyelesaikan perbalahan antara General Hekmatyar dan
Prof. Burhanuddin Rabbani adalah dengan menghantar rombongan yang terdiri daripada
beberapa orang Ulama dan beberapa orang Komander untuk menyelaraskan undang-undang
Islam bagi menyempurnakan maksud perjuangan mereka yang sebenar.

Rombongan tersebut tidak dilayan oleh mereka berdua yang menyebabkan Taliban menghantar
orang-orang tua yang berjanggut dan berpakaian putih (orang-orang yang dihormati) buat kali
keduanya, untuk berbincang lagi bagi menyelaraskan undang-undang Islam dan menghentikan
perbalahan diantara mereka.

Tindakan Taliban tersebut menyebabkan golongan Hekmatyar dan Burhanuddin menjadi marah
dan mengambil sikap untuk menyerang Taliban. Sikap dari dua golongan ini menyebabkan
berlakunya peperangan antara Taliban dengan mujahidin-mujahidin yang pernah berperang
menentang Rusia terdahulu[29].

Daripada fakta sejarah Taliban ini sudah cukup untuk digambarkan betapa bahayanya fahaman
Taaddud Jemaah yang memberi kesan buruk kepada kesatuan umat Islam. Juga, memberi
gambaran buruk kepada agama Islam sendiri di mata-mata non muslim.

KESIMPULAN

Melihat segala perbahasan ini, difahami bahawa PAS adalah jemaah Islam yang wajib
diiltizamkan diri oleh setiap umat Islam di Negara ini. Jika tidak berbuat demikian, maka orang
Islam tersebut dibimbangi berada dikalangan mereka-mereka yang mudah tergelincir ke lurah
fitnah yang sedang hebat menyerang aqidah-aqidah umat islam.

Juga, setelah difahami bahawa PAS adalah jemaah Islam, maka tidak selayaknya ahli-ahli PAS
yang sudah bersama dengan PAS memberi wala kepada jemaah yang lain dari PAS, ini kerana,
perbuatan tersebut menyanggahi maqasid atau kandungan maksud sabda Nabi SAW;

Apabila di Baiaah dua orang khalifah, maka hendaklah di bunuh salah satu daripada keduaduanya[30]

Kelemahan didalam sesuatu jemaah islam adalah perkara biasa, tetapi dengan kelemahan
tersebut tidak bermakna mesti menubuhkan jemaah islam yang lain. Ini kerana, dengan
tindakan sedemikian akan melahirkan kelemahan yang lain pula, yang dengan demikian usaha
untuk mencapai matlamat tidak akan kesampaian.

Adalah tidak wajar bagi seorang doctor, apabila dia melihat klinik sahabatnya kekuarangan
pakar, lalu dia menubuhkan klinik yang lain dengan harapan untuk melahirkan sebuah klinik
yang sempurna. Dengan itu, kliniknya pula menghadapi kekuarangan pakar. Adalah baik baginya
kalau dia menggabungkan dirinya dalam klinik yang sudah sedia ada. Kepakarannya dapat di
gabungkan dengan kepakaran sahabatnya yang berada di klinik itu.

Mungkin ada dari kalangan mereka menyatakan bahawa, berbilang-bilang jemaah adalah
sesuatu yang tidak menjadi kesalahan dengan bukti mereka yang merujuk kepada ulasan Dr
Yusuf Al-Qaradhawi didalam bukunya Fiqh Ad-Daulah.

Bagi memastikan kebenaran dakwaan ini, perlu merujuk kepada tulisan Al-Qaradhawi sendiri.
Setelah dibaca dari tulisan itu secara menyeluruh, didapati bahawa keizinan dari fakta Dr Yusuf
Al-Qaradhawi itu adalah sekiranya semua jemaah berada dalam kefahaman dan saling kuat
mengkuatkan. Hal ini boleh dirujuk didalam buku karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi sendiri, iaitu
buku Fiqh daulah di halaman 253 (terjemahan)[31].

Jika di perhatikan di Malaysia, kewujudan jemaah yang lain tidaklah mengandungi maksud
seperti yang dinyatakan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Ini dibuktikan dengan kejadian
penglibatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982, yang rata-rata ulamaulama didalam ABIM dan JIM ketika itu, yang memfatwakan bahawa harus masuk UMNO
sehinggakan mereka sendiri memperlekeh dengan gerak kerja yang telah dilakukan oleh PAS
ketika itu.

Mudah-mudahan dengan tulisan yang terhasil dari kajian yang tidak seberapa ini memberi
gambaran sebenar dalam memahami maksud bahaya di sebalik taaddud jemaah

Sekian
Wallahualam.

BIBLIOGRAFI

Badai As-Suluk Fi Tartib As-Sanai : Alauddin Al-Kasani : Dar An-Nasyr : Bairut : 1982 : cetakan
kedua

Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : Ahmadi Al-Aziz : Usnie Publisher : 1998 :
cetakan pertama.

30 Pendekar dan pemikir Islam dari masa ke masa : Imam Munawwir : pt. Binailmu : 2006 :
cetakan kedua.

Jihad dalam Politik & persoalan Negara Islam mengikut Pandangan Said Hawa : Muhammad
Pisol Mat isa : M Khari Enterprise : 2001 : cetakan pertama.

Abdullah Azzam : merintis khilafah yang hilang : Ibnu Ismail : Pustaka Syuhada : 2001 : cetakan
kedua.

Sahih Muslim : Muslim bin Hajjaj Abu Al-Husain Al-Qusyairi An-Naisaburi : Dar Ihya At-Turath
Al-Arabi : Bairut : tahqiq : Muhammad Fuad Abdul Baqi : tanpa Tarikh.

Perlembagaan Parti islam Semalaysia (PAS) Pindaan 1993

Syarh An-Nawawi Ala Sahih Muslim : Abu Zakaria Yahya bin Syarf bin Mary An-Nawawi : Dar Ihya
at-turath al-arabi : Bairut : 1392 H : cetakan kedua.

Al-Jami As-Sahih Al-Mukhtasar (sahih Al-Bukhari) : Muhammad bin Ismail Abu Abdillah AlBukhari Al-Jufi : Dar Ibni Kathir : Al-Yamamah : bairut : 1407 H : 1987 M : cetakan ketiga.

Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari : Ahmad bin Ali bin Hajr Abu Al-Fadhl al-Asqalani As-Syafii :

Dar Al-Marifah : Bairut : Tahqiq : Muhibbuddin : tanpa tarikh

Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : Auni Haji Abdullah :
Darul Fikir Sdn Bhd : 2005 : cetakan pertama.

Tok Janggut : pejuang atau penderhaka? : Nik Anuar bin Nik Mahmud : Hazco Print : 2005 :
cetakan pertama.

Al-Jami Li Ahkam Al-Quran : Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Ansari Al-Qurtubi : Dar AnNasyr : Kaherah : tanpa tarikh

15 sebab kenapa memilih PAS : Ustaz Idris bin Haji Ahmad : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd :
tanpa tarikh.

Siapakah Tholiban? (terjemahan) : Fadhal Muhammad bin Nur Muhammad Yusuf Zaei : Pustaka
Reka : 2001 : cetakan pertama.

Fiqh Ad-Daulah menurut perspektif Islam (terjemahan) : Dr Yusuf Al-Qaradhawi : Maktabah AlQardhawi, Selangor : 1998 : cetakan pertama.

Anda mungkin juga menyukai