Jenis-Jenis Awan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 15

19 APRIL, 2009

Pengertian Awan

Awan adalah gumpalan uap air yang


terapung di atmosfir. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.
Pembentukan awan
Udara selalu mengandung uap air. Apabila uap air ini meluap menjadi titik-titik air, maka
terbentuklah awan. Peluapan ini bisa terjadi dengan dua cara:
1. Apabila udara panas, lebih banyak uap terkandung di dalam udara karena air lebih
cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di
satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, uap itu akan mencair dan terbentuklah
awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.
2. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfir lembap. Udara makin lama akan
menjadi semakin tepu dengan uap air.
Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan
awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarik bumi menariknya
ke bawah. Hingga sampai satu titik dimana titik-titik air itu akan terus jatuh ke bawah
dan turunlah hujan.

Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan menguap dan
hilanglah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya.
Air yang terkandung di dalam awan silih berganti menguap dan mencair. Inilah juga
yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.
Jenis-jenis awan
awan menurut bentuknya terbagi menjadi beberapa jenis, diantaranya:
1. Awan Kumulus

Awan Kumulus adalah awan yang bentuknya seperti bunga kol. Awan ini terjadi karena
proses konveksi. Secara lebih rinci awan ini terbagi dalam 3 jenis, yaitu: strato kumulus
yaitu awan kumulus yang baru tumbuh, kumulus, dan kumulonimbus yaitu awan
kumulus yang sangat besar dan mungkin terdiri beberapa awan kumulus yang
bergabung menjadi satu.
2. Awan cirrus

Awan cirrus adalah awan


tinggi dengan ciri-ciri tipis, berserat seperti bulu burung. Pada awan ini terdapat kristalkristal es. Terkadang puncak awan cirrus bergerak dengan cepat. Arah anginnya juga
dapat bervariasi.
3. Awan Stratus

Awan Stratus adalah awan yang berwarna keabu-abuan yang biasanya menutupi
seluruh langit. Kita menyebutnya langit mendung. Awan ini mirip kabut yang tak
mencapai tanah. Terkadang gerimis mengiringi awan stratus. Kalau menghasilkan
hujan, namanya adalah nimbo stratus. Kalau kamu lihat, awan itu sering berupa
gabungan dari jenis-jenis di atas. Cirrus, misalnya, bisa menjadi pertanda badai akan
datang, terutama bila awan menebal menjadi cirro stratus yang menutupi langit.

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA


Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang
dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk
kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna
awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada
amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan
kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut:
Peringkat

Kawasan Tropika

Kawasan Berhawa
Sederhana

Kawasan Kutub

Tinggi

6 18km

5 13 km

3 8 km

Pertengahan

2 8 km

2 7 km

2 4 km

Rendah

Dari paras muka


bumi ke 2 km

Dari paras muka


bumi ke 2 km

Dari paras muka


bumi to 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut


diatas seperti berikut:
1. Awan peringkat rendah

: Stratokumulus dan stratus.

2. Awan peringkat pertengahan : Altokumulus.


3. Awan peringkat tinggi
Sirostratus.

: Sirus, Sirokumulus, dan

Genera selebihnya tidak tergolong kedalam peringkat peringkat tersebut diatas sepenuhnya.
Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain
seperti berikut:
1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi
boleh mengembang ke peringkat tinggi.
2. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke
peringkat tinggi dan rendah .

3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai


tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat
pertengahan dan tinggi.
Gambar-gambar awan berikut diambil di Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Negeri
Selangor pada bulan Mei, Jun dan Julai 2002. Warna kekuningan oren sesetengah awan
adalah disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari terbenam.
Gambar-gambar ini tidak meliputi semua genera tersebut diatas tetapi akan ditambah
dan/atau disemak semula dari masa kesemasa dan diganti dengan gambar-gambar awan lain
berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan pola awan
berkaitan di Malaysia.

Awan Peringkat Rendah (Low Clouds):

LL1.- Kumulonimbus (Cb)


LL1. Ini adalah satu pandangan jarak jauh deretan awan Kumulonimbus (Cb) di Selat
Melaka. Awan-awan ini tinggi berwarna putih / gelap. Tapaknya terletak pada ketinggian
kira-kira 1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai ketinggian melebihi 35000 kaki.
Pembentukan deretan awan ini merupakan satu ciri biasa pada awal pagi Monsun Barat
Daya. Kedudukan Sel-sel Cb yang begitu rapat menyebabkan awan-awan itu kelihatan
bersambung. Warna kuning keemasan itu disebabkan pantulan sinar suria pagi yang sedang
terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan diatas puncak awan Cb menunjukan
kewujudan udara stabil mengalir diatas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb ini kerap bergerak
masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir Monsun Barat Daya. Apabila
ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa hujan lebat dan ribut
petir kepada kawasan terlibat.

LL2. Kumulus Kongestus


LL2. Ini adalah satu pandangan jarak dekat awan (Kumulus Kongestus) yang sedang
berkembang aktif pada lewat pagi dan awal petang disebabkan pemanasan permukaan tanah
dan perolakan. Awan-awan itu kelihatan seperti popcorns dengan tepian nyata(clear outline).
Warnanya putih pada puncak kerana semua gelombang sinar suria dipantulkan pada kadar
yang sama. Warna gelap itu disebabkan oleh penembusan terhad sinar suria dan juga kadar
serapan yang bertambah terhadap gelombang selebihnya kerana titisan air besar. Dengan
kandungan kelembapan dan penaikan udara mencukupi, awan-awan ini tumbuh tinggi dan
menghasilkan hujan panas. Dalam keadaan ketidakstabilan udara yang mendalam, ribut petir
berlaku pada waktu petang atau lewat petang.

LL3. Kumulus Humilis

LL3. Kumulus humilis ialah sejenis awan berwarna putih dengan ketinggian terhad.
Songsangan suhu pada paras atas atmosfera menghalang pertumbuhan terus awan lalu
berlaku penghamparan yang menyebabkannya kelihatan memanjang. Rupa serabut puncak
awan dan langit biru menunjukan kewujudan udara kering diatas

LL4. Stratokumulus
LL4. Stratokumulus(Sc) ialah awan berwarna kelabu/putih yang terjadi apabila bahagian puncak
awan kumulus yang terbentuk pada waktu petang menghampar dibawah songsangan suhu.
Awan-awan ini terjadi pada lewat petang dan senja apabila atmosfera mula menjadi stabil.
Warna kekuningan muda adalah disebabkan pantulan sinaran suria pada waktu senja.
Stratokumulus juga akan boleh terjadi tanpa penghamparan awan kumulus.

LL5. Fracto kumulus dan Kumulus cuaca cerah


LL5. Frakto kumulus ialah awan putih berupa cebisan kain koyak. Ini boleh adilihat pada
bahagian atas gambar. Kumulus cuaca cerah (Fair weather cumulus) yang juga kelihatan putih
kecuali pada bahagian bawah dimana warnanya kegelapan sedikit, mencapai ketinggian terhad
seperti dibahagian bawah foto. Kejadian kedua - dua jenis awan ini menunjukan kewujudan
atmosfera kering.

LL6. Frakto stratus

LL6. Frakto stratus ialah awan berupa cebisan kain koyak terbentuk dalam udara lembab
bergelora pada paras rendah atmosfera selepas hujan. Warna kekuningan muda latar belakang
adalah disebabkan oleh pantulan sinaran suria waktu senja oleh sirrostratus yang terjadi
selepas aktiviti ribut petir pada waktu petang.
Awan Peringkat Pertengahan

MM1. Altokumulus(Ac)
MM1. Altokumulus (Ac) dilihat tegak diatas kepala. Tiap-tiap elemen nampak jelas tersisih
antara satu sama lain dengan warna keputihan dan kelabu yang mana membezakannya daripada
Sirokumulus.

MM2. Altocumulus (Ac)


MM2. Altokumulus(Ac), awan berwarna kelabu/putih dilihat pada waktu senja. Sinaran suria
waktu senja yang menyebabkan awan-awan ini berwarna kekuningan muda dapat dilihat
menerusi awan-awan itu. Elemen-elemen awan itu nampaknya sedang berubah disebabkan
penghamparan dibawah atmosfera yang sedang menjadi stabil.

MM3. Altostratus
MM3. Altostratus(As), awan kekelabuan meliputi hampir keseluruhan langit. Matahari
nampak malap menerusi awan ini. Gambar ini diambil pada awal senja selepas sedikit hujan.

MM4. Altostratus(As)
MM4. Altostratus(As), awan kekelabuan (bergantung kepada ketebalan)
peringkat pertengahan yang menghasilkan hujan apabila cukup tebal. Awan-awan
ini terjadi dalam lapisan atmosfera stabil dan boleh menjadi tebal apabila cukup
kelembapan dan penyejukan. Hujan berterusan pada waktu senja dan malam
selepas aktiviti ribut petir pada lewat petang dan senja adalah disebabkan perkara
ini. Awan-awan di atas terbentuk pada waktu senja dan malam hari terdahulu,
mula menghilang apabila matahari terbit pada awal pagi. Awan-awan berlapis ini
masih boleh dilihat pada bahagian bawah gambar.

Awan Peringkat Tinggi

HH1. Sirus(Ci)

HH1. Sirus(Ci), awan berupa filamen/cangkuk ditiupkan dari kanan ke kiri


dalam angin timuran yang begelora. Awan-awan ini terdiri daripada hablor ais
yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin pada paras tinggi atmosfera.

HH2. Sirus(Ci)
HH2. Awan Sirus(Ci) ditiupkan angin timuran yang bergelora. Awan ini berwarna
putih dengan pinggiran tidak jelas terdiri daripada hablur-hablur ais.

HH3. Sirus(Ci)
HH3. Jaluran awan Sirus(Ci) ditiup oleh angin timuran yang bergelora. Warna
merah keputihan yang menakjubkan itu adalah disebabkan sinaran suria semasa
matahari terbit. Awan-awan ini bergerak pantas dari timur ke barat Kuala Lumpur
pada kira-kira 0000Z pagi dalam bulan Mei 2002.

HH4. Sirus Beralun


HH4. Awan sirus beralun (wavy cirrus) meliputi hampir keseluruhan langit.

HH5. Sirokumulus(Cc)
HH5. Sirokumulus(Cc) diperhatikan pada awal pagi kira-kira 0000Z di Petaling Jaya dalam
bulan May/Jun 2002. Elemen-elemen awan itu kelihatan seperti sisik ikan dibawah sinaran suria
putih.

Anda mungkin juga menyukai