7 Langkah Mencapai Matlamat

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 17

7 Langkah Mencapai Matlamat

Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategistrategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat /
cita-cita dan kejayaan yang anda inginkan.
Untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah
membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti
keberkesanannya seperti berikut:
1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya. Tuliskan seberapa
banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila
jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri
anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk
terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan. Insya-Allah.
2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting
kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke
dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan
menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula
meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka akan mula sebati
dengan matlamat anda. Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai
matlamat atau matlamat anda. Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin dapat
mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segara dan sebaik mungkin.
3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira
dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda
itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan
keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus
akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai.
Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa; optimumkannya, sempurnakannya.
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda
telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda.
Mainkan gambaran itu berulang-ulang berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah
bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.
Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang
dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
6. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk
mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau
badan-badan tertentu.
7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL
PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan
segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang
anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap
sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.
Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda
akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.

Ciri-Ciri & Jati Diri


Pekerja Cemerlang
(A. B. C. D. E. F. G. H. I.)
Oleh Taidin Suhaimin

Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pekerja
cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI.

Pekerja Cemerlang
Pekerja yang cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki
akhlak serta kelakuan yang terpuji. Mencapai keputusan atau prestasi cemerlang dalam akademik
serta pekerjaan tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan
seseorang itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada setiap
individu atau pekerja cemerlang.
Kualiti-kualiti cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa
bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia
sedar
bahawa
segala
perbuatannya
adalah
diperhatikan
oleh
Allah
S.W.T..
Bijak
Pekerja yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di
sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik
dan
menjauhi
perkara-perkara
yang
ditegah.
Pekerja yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta
mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah atau dapat meningkatkan lagi prestasinya
dalam pekerjaan.
Cergas
Pekerja yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga
menjaga pemakanan serta melakukan latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta
kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih
berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas, aktif serta ceria dalam
aktiviti-aktiviti yang diceburinya serta dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawabnya.
Dedikasi
Pekerja yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan
dengan sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga selesai. Pekerja yang cemerlang akan
melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke
arah dan untuk mencapai hasil seperti yang diharapkan oleh majikan / organisasi.
Elok
Pekerja yang cemerlang sangat elok dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan atau

tindakan-tindakannya. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin serta senang didampingi. Ianya
juga menjauhi diri daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang
bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pekerja yang cemerlang menjadi contoh kepada pekerja yang lain, baik dari segi gerak-gerinya,
fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh
orang lain termasuk majikan, rakan-rakan sekerja, keluarga serta masyarakat sekeliling.
Faham
Pekerja yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian,
menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya
memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar
memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Gigih
Pekerja yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok
melakukan setiap kerja atau tugasannya. Walau betapa sukar pun tugasan yang diberikan
kepadanya, ia tetap akan gigih dan tekun melaksanakan atau menyiapkannya. Ianya juga bijak dan
mudah berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang yang ditemui atau bekerja
dengannya.
Hasrat
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempunyai hasrat pada hati kecilnya untuk menjadi pekerja yang
sangat berguna, produktif dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itulah
yang sentiasa memberikan kepadanya suntikan motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh
mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Iman
Pekerja yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan
selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja
yang dilarang. Ianya juga mentaati majikan, undang-undang negara serta organisasi serta segala
peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Sekianlah.

Semoga

kita

semua

sentiasa

mendapat

keberkatan

dari

Allah

SWT.

Insya-Allah.
(Hakcipta Terpelihara) 2010, Taidin Suhaimin
TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan diri, pengurusan
dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan Timur
Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau. http://www.taidinsuhaimin.com

Konsep Kendiri dan Motivasi


Date: Saturday, August 13 @ 00:07:04 MYT
Topic: Pendidik
Menurut Rogers (1980), konsep kendiri bermaksud definisi diri yang diberikan pada
diri secara sedar apabila menggunakan perkataan saya. Ia adalah gambaran persepsi
kendiri yang tersusun yang dapat dibawa ke peringkat sedar. Menurut Mc. Candles
(1970), konsep kendiri mempunyai tiga kon-sep iaitu struktur, konsep dan kualiti.
Struktur mempunyai sifat-sifat sama ada kaku ataupun fleksibel, kendiri sejati dan
yang ideal perlu selaras, mudah ataupun kompleks dan luas ataupun sempit. Fungsi
pula merangkumi penilaian kendiri betul ataupun salah, ramalan berjaya ataupun tidak
dalam pelbagai aktiviti, penentuan tingkah laku seseorang iaitu ganjaran dalaman,
kehendak ganjaran daripada luaran serta mempunyai pelbagai fungsi seperti
pengukuhan kendiri, kesem-purnaan diri, mempunyai kecekapan peribadi dan lainlain. Kualiti pula termasuk baik ataupun tidak baik penerimaan dan penolakan kendiri
iaitu setakat mana seseorang itu dapat hidup dengan rela hati dengan menyedari
dirinya tidak berkeadaan baik. Maslow (1970) menjelaskan, keperluan manusia adalah
secara berperingkat-peringkat. Sekiranya keperluan pada sesuatu peringkat dipenuhi,
maka keperluan pada peringkat yang lebih tinggi pula tim-bul. Menurut teori ini,
susunan keperluan adalah daripada fisiologi, keselamatan, kasih sayang,
penghormatan diri dan kesempurnaan diri. Satu unsur besar dalam pembinaan konsep
kendiri adalah penerimaan. Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu
sebagai manusia yang unik menerima diri mereka sendiri. Keperluan kendiri positif
dapat dipenuhi sekiranya seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kehendak yang
ingin disempurnakan. Oleh itu, keinginan ini mendesak dan menggerakkan tingkah
laku se-seorang bagi mencapai apa yang diingini. Inilah dikatakan motivasi. Menurut
Bernard, minat itu dibina akibat hubungan, pengalaman, kejayaan, maklumat dan
kebiasaan. Guru bertanggungjawab menye-diakan keadaan bagi membolehkan minat
itu wujud dan berkembang. Oleh itu, guru perlu mengetahui jenis motivasi yang dapat
membantu pelajar mencapai potensi sepenuhnya.

Mengapa Kita Perlu Memotivasikan Diri? 1. Memotivasikan diri sendiri adalah tenaga
yang mengangkat diri ke tahap yang diingini. 2. Orang yang benar-benar berjaya
sentiasa sedar tanggung-jawabnya dalam memotivasikan diri sendiri. Dia akan memulakan daripada dirinya sendiri, kerana dialah yang memiliki kunci penggerak
dirinya. 3. Mustahil bagi memotivasikan diri orang lain sebelum kita belajar
memotivasikan diri sendiri. 4. Alasan yang sering menyebabkan kegagalan seseorang
itu ada-lah kerana mengabaikan tenaga motivasi diri sendiri. 5. Peluang berada di
mana-mana bagi orang yang mengerti dan menggunakan motivasi diri sendiri. 6.
Orang yang bermotivasi melibatkan diri sendiri manakala orang biasa hanya berjanji.
7. Pada asasnya, apa yang kita peroleh daripada hidup ini ber-gantung pada
bagaimana kita menyesuaikan apa yang kita mahu dengan motivasi diri sendiri. 8.
Tenaga motivasi diri datang daripada satu tindakan rancangan peribadi yang teguh dan
pelaksanaan rancangan itu dalam kehidupan setiap hari. 9. Sekiranya kita tidak dapat
memanfaatkan tenaga dan potensi sendiri, mental akan terlantar sepanjang hayat. Sifat
Kegagalan Tidak yakin pada diri sendiri Tidak yakin pada diri sendiri dalam
melaksanakan tugas ataupun usaha yang dihadapi. Ketidakyakinan ini menjadikan
seseorang itu tidak berani menghadapi cabaran hidup. Sikap melengah-lengahkan
kerja Sentiasa melengahkan kerja yang diberikan, tidak mahu menghadapi risiko dan
berharap masalah itu selesai dengan sendirinya. Sikap ini menyebabkan seseorang itu
sentiasa bergantung pada orang lain dan memburukkan keadaan yang sedia ada. Sifat
berpura-pura Orang yang mempunyai sikap egoistik dan memandang status akan
hidup dalam dunia yang bukan realiti iaitu sentiasa ingin disanjung tetapi tidak mahu
berusaha supaya maju ke hadapan. Sifat mementingkan diri sendiri Orang yang tidak
bertanggungjawab dan tidak mengambil berat dengan apa sekali pun dan sentiasa
berpuas hati dengan apa yang ada tanpa berusaha lagi. Hidup tanpa tujuan Tidak
mempunyai cita-cita hendak menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Tidak
mempunyai matlamat ataupun impian hidup. Sifat Kejayaan Fikiran yang tetap
Tetapkan matlamat bagi diri sendiri dalam jangka masa yang di-tentukan. Sentiasa
mengatur langkah bagi mengecap matlamat yang diimpikan dalam masa yang
dirancang. Perancangan Kemahuan perlu dirancang terlebih dahulu. Perancangan
yang leng-kap perlu dibuat supaya proses mengecap matlamat berjalan dengan lancar.
Semangat dan keazaman Azam yang kuat dan semangat yang kental perlu dipupuk
dengan sem-purna. Kekuatan dari dalam diri penting bagi mengatasi masalah yang
timbul. Percaya pada diri sendiri Percaya pada diri sendiri dan kebolehan diri perlu
diutamakan. Kepentingan Konsep Kendiri kepada Individu Memperoleh kekuatan
fizikal dan autonomi Konsep kendiri penting kepada individu kerana daripadanya

individu memperoleh kekuatan dan autonomi. Contohnya, sewaktu zaman remaja,


mereka mula mempunyai darjah kebebasan dalam hal tertentu dan pada waktu ini juga
remaja mengalami perkembangan fizikal dan mental yang pesat. Pembentukan imej
diri Konsep kendiri penting dalam pembentukan penampilan atau imej diri seseorang.
Konsep kendiri yang terbentuk daripada persepsi re-maja pada diri ataupun daripada
pembelajaran persekitaran serta hasil daripada interaksi dengan orang lain akan
menentukan sama ada remaja itu mempunyai konsep kendiri tinggi ataupun rendah.
Orang yang mempunyai konsep kendiri tinggi biasanya mempamerkan sifat-sifat
positif seperti berpandangan jauh, bercita-cita tinggi, bersedia menerima
tanggungjawab yang diberikan, berpuas hati dengan apa yang dicapai, sentiasa
berusaha memajukan diri, tahu memperbaiki kelemahan diri, keyakinan diri,
mempunyai kesedaran dan motivasi dalaman. Mempengaruhi tingkah laku Konsep
kendiri juga penting kerana ia mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kajian-kajian
lalu menunjukkan, konsep kendiri mem-pengaruhi tingkah laku individu. Contohnya,
sekiranya seseorang mempunyai konsep kendiri rendah, dia akan membenci dirinya.
Ini adalah akibat daripada sistem kepercayaan dan penilaian yang ditu-jukan pada
dirinya yang secara tidak langsung. Persepsi diri secara fizikal Konsep kendiri berkait
rapat dengan cara individu mempersepsi dirinya secara fizikal. Lantaran itu, individu
menjadi terlalu prihatin dengan keadaan dirinya daripada segi tubuh badan, fesyen
rambut dan pakaian yang menjadi lambang diri. Motivasi Motivasi ialah penggerak
kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu.
Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan untuk kejayaan seseorang ataupun
rang-sangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai
motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam
hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Ahli psikologi
memfokuskan pada tiga persoalan asas mengenai motivasi iaitu apakah yang
menyebabkan seseorang memulakan satu tingkah laku? Apakah yang menyebabkan
seseorang bergerak ke arah matlamat atau impian? Apakah yang menyebabkan
seseorang tabah dan berkeras hendak mencapai impian itu? Motivasi berasal daripada
perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna bersemangat. Motivasi adalah
sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan minda yang akan menentukan
kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Jenis-jenis
Motivasi Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam
bidang pelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung ke arah motivasi
yang timbul dari dalam ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat
bertindak dengan sewajarnya bagi mem-berikan rangsangan kepada pelajarnya supaya

berusaha. Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor
kepuasan dan ingin tahu disebut motivasi intrinsik. Motivasi yang berpunca dari luar
iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah motivasi
ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan
luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang
membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentukbentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan mem-bentuk suasana dan iklim
persekitaran yang kondusif bagi men-dorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian
yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan
menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Kajian itu mengukuhkan respons
pertama iaitu perlaksanaan kerja. Suatu stimulus tau 'peristiwa yang diakibatkan'
memperkuatkan kemungkinan respons itu berlaku lagi dipanggil peneguhan.
Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam
pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya
menggembirakan dan di-panggil sebagai ganjaran. Peneguhan yang tidak
menyebabkan ke-majuan dalam pembelajaran adalah peneguhan negatif. Peneguhan
negatif adalah stimulus atau peristiwa yang sekiranya dielakkan selepas sesuatu
respons berlaku akan mengakibatkan peningkatan respons itu. Umpamanya, guru
dapat mengelakkan sesuatu yang menghalang pelajar daripada memberikan perhatian
dalam kelas supaya pelajar itu dapat menumpukan perhatian pada peneguhan utama.
Antara jenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan pene-guhan sekunder.
Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan
langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi
kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak
diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana
mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan
kepada pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan
sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memper-kukuhkan
sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik
ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman
daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru. Peneguhan ini
menjadi pene-guhan sekunder selepas berlakunya pembelajaran beberapa lama.
Menurut Walberg (1986), kedua-dua jenis peneguhan ini penting bagi
mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar. Di dalam kelas, guru
perlu tahu jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap mana ia perlu
diberikan. Ada peneguhan yang dapat diberikan dengan kerap, contohnya pujian

sokongan ataupun pujukan. Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan


sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa
pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya
diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu
bentuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan. Hukuman lazimnya
digunakan oleh guru bagi menghapuskan kelakuan pelajar yang tidak baik. Hukuman
ini mungkin sebagai kerja tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis
hukuman lagi. Guru juga menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi
mengawal kelakuan pelajar. Hampir semua jenis hukuman memberikan kesan buruk
kepada pelajar. Oleh itu, peneguhan jenis ini lebih baik dielakkan. Hukuman boleh
diberikan sekiranya jenis hukuman itu dibenarkan oleh pihak sekolah, Jabatan
Pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan. Motivasi intrinsik Motivasi intrinsik
diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada
dorongan dan minat individu bagi me-lakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap
ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966)
mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai
kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua
motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi intrinsik
dibentuk kepada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya,
tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik
yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal
pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran.
Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat
ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas ber-kenaan apa
yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan. Pelajar
yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang
mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi
memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat
gred yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri
daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan
suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf pe-nilaian yang membolehkan mereka
membuat penilaian bebas ber-kenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam
kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun penilaian.
Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan
psikologi yang diakibatkan apabila individu mengang-gap diri mereka berkebolehan
dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Kedua-dua persepsi diri ini

mengesahkan perihal kawalan. Contohnya dalam satu kes, satu keadaan adalah
berkenaan kebolehan mengawal manakal satu keadaan lagi berkenaan mendapat
peluang hendak mengawal. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang tinggi
sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat
tempat-tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih makanan yang
diidamkan. Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan ke tempat-tempat yang
ditentu-kan oleh badan penganjur, tempat penginapan dan jenis makanan juga
ditentukan oleh pihak itu, dia tidak mendapat peluang hendak menen-tukan segalagalanya sendiri. Oleh itu, motivasi intrinsiknya menjadi terlalu rendah. Menurut Weisz
dan Cameron (1985), individu yang mempunyai persepsi yang mereka berkebolehan
dalam sesuatu keadaan juga mem-punyai persepsi dapat mengawal situasi itu.
Sekiranya peluang hendak bertindak dengan cara yang ditentukan oleh diri sendiri
diberikan individu yang mempunyai persepsi kebolehan diri yang rendah, dia tidak
dapat menggunakan peluang itu bagi memberikan manfaat kepada dirinya (Locke,
Federick, Lee dan Bobko, 1989: Spaulding, 1992). Guru yang mahu meningkatkan
motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan suasana
akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal. Guru juga perlu
menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu.
Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu mempunyai
persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak mempunyai persepsi
seperti itu, peluang-peluang yang diberikan bagi mengawal tidak akan digunakan
dengan sempurna. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Intrinsik Persepsi
kebolehan Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada peni-laian
berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang diper-sepsi daripada
penilaian berkenaan kebolehannya yang sebenar. Se-makin tinggi pencapaian
seseorang pelajar, semakin besar kemung-kinan pelajar itu menilai dirinya sebagai
berkebolehan. Kebolehan yang dipersepsi ini mempengaruhi bagaimana pelajar itu
rasa berkenaan dirinya. Pelajar yang mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang
tinggi kemungkinan besar mempunyai keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan
cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai kemahiran.
Persepsi kawalan Menurut Cole dan Chan (1987), pendapat pelajar berkenaan punca
kawalan iaitu sebab-sebab kejayaan dan kegagalan adalah persepsi kawalan. Kajiankajian yang dijalankan oleh Harter (1981), Nicholls (1984) dan Weiner (1984)
menunjukkan, pelajar menyatakan kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah
disebabkan oleh punca-punca da-laman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan
berupaya berusaha dalam keadaan sebenar. Perasaan dalam pembelajaran Perasaan

merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukkan oleh individu pada
sesuatu benda, perkara ataupun orang. Di sekolah, perasaan yang ditunjukkan oleh
pelajar berkait dengan mata pelajaran yang dipelajari, guru dan sekolah. Seseorang
pelajar mungkin mem-punyai perasaan positif pada sesuatu mata pelajaran. Dia lebih
sukakan mata pelajaran ini daripada mata pelajaran lain. Dia akan berusaha dengan
giat bagi mendapatkan gred yang tinggi bagi mata pelajaran ini. Gred yang baik akan
meyakinkannya yang dia betul-betul berke-bolehan dalam bidang itu. Di sini, dapat
dikatakan yang perasaan pelajar pada sesuatu mata pelajaran mempengaruhi
pencapaiannya dan pencapaian ini mempengaruhi motivasinya. Cara
Mempertingkatkan Konsep Kendiri pada Kebolehan dan Kawalan Konsep kendiri
individu adalah elemen penting dalam menentukan kelakuan dan tugasan yang
dilakukan. Kelakuan dan tugasan individu dipengaruhi oleh kebolehan dan caranya
mengawal keadaan. Konsep kendiri positif memberi keyakinan kepada individu yang
dia mampu melakukan sesuatu tugasan. Selain itu, individu dapat menentukan sendiri
tugasannya. Dia akan melibatkan diri dalam tugasan itu dan juga matlamat yang
mendatang-kan kejayaan kepadanya. Individu hanya akan mempunyai konsep kendiri
yang dia berkebolehan dan dapat mengawal usahanya sekira-nya dia mempunyai
motivasi intrinsik untuk berusaha tinggi. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan
bagi membantu pelajar dalam mempertingkatkan motivasi intrinsik mereka. Ramalan
keadaan Rothaum, Weisz dan Synder (1982) berpendapat, cara bagi mempertingkatkan persepsi diri pelajar pada kebolehan dan kawalan usaha adalah dengan
mewujudkan keadaan yang dapat diramalkan bagi membolehkan mereka belajar.
Tingkah laku produktif wujud sekira-nya keadaan dapat diramal. Bandura (1986) pula
mengatakan, individu mengalami ketegangan sekiranya dia bekerja dalam suasana
yang dia tidak dapat mengawalnya dan dia tidak mempunyai kebolehan. Ini
mendatangkan dua implikasi. Pertama, dia mungkin menarik diri iaitu tidak
melakukan tugasannya. Kedua, dia mungkin menjadi terlalu bergantung pada orang
lain dalam melakukan tugasannya. Guru dapat memainkan peranan dalam mengurangkan ataupun menangani ketegangan ini. Contohnya, dengan menganjurkan
program orientasi kepada pelajar baru. Ini dapat mendedahkan mereka kepada situasi
baru di sekolah itu. Keseimbangan dalam tugasan Ahli psikologi Rusia, Vygotsky
(1978) mengemukakan konsep zon perkembangan proximal atau the zone of proximal
development. Zon per-kembangan proximal seseorang merangkumi tugasan yang
terlalu mencabar sehingga seseorang itu tidak dapat menyempurnakan tugasan itu
dengan cemerlang. Dia memerlukan bantuan daripada orang lain yang lebih mahir.
Tugasan dalam zon perkembangan semasa seseorang adalah tugasan yang mudah.

Seseorang itu tidak memerlukan bantuan orang lain. Minat intrinsik dalam pelajaran
dapat dikekalkan dengan mem-beri tugasan yang seimbang. Tugasan itu sebaikbaiknya tugasan yang berada dalam zon perkembangan proximal dan zon
perkembangan semasa. Ini bermaksud, tugasan itu perlu seimbang iaitu ada soalan
yang mudah dan ada soalan yang sukar. Yang penting, persepsi diri pelajar tidak
terjejas. Pelajar perlu melahirkan kebolehan yang baru bagi mengekalkan motivasi
intrinsik. Bantuan pengajaran Faktor yang dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar
berkenaan kebolehannya adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan. Biasanya pelajar
memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan yang sukar. Guru biasanya
memberitahu pelajar prosedur bagi menyelesaikan tugasannya. Guru jarang memberi
peluang kepada pelajar memikirkan cara tersendiri bagi memperoleh kejayaan dalam
tugasannya. Guru sebaik-baiknya mendedahkan pelajar kepada kemahiran membuat
keputusan sendiri. Biarkan pelajar membuat keputusan sendiri tetapi dengan
bimbingan guru. Ini dapat meningkatkan moti-vasi intrinsik pelajar. Cara lain yang
dapat dilakukan adalah dengan memberi bantuan pengajaran kepada mereka. Ini dapat
dilaksanakan melalui tiga cara: 1. Menunjukkan contoh Guru perlu menunjukkan
contoh berkenaan apa yang pelajar perlu lakukan. Ini lebih baik daripada memberitahu
pelajar berkenaan apa yang mereka perlu buat. Ini membolehkan pelajar menghayati
sifat-sifat yang terdapat dalam contoh itu. Dalam keadaan ini, guru memberi peluang
kepada pelajar supaya berfikir, mengawal usaha dan menentukan bagaimana serta
sejauh mana pelajar bergantung pada contoh-contoh yang diberi. 2. Pembahagian
tugas Strategi ini membolehkan guru memberi tugasan yang mencabar kepada pelajar.
Tugasan dapat dibahagi kepada bahagian-bahagian kecil dan setiap bahagian
dilakukan oleh beberapa orang pelajar. Contohnya, sebelum guru meminta pelajar
mengarang sebuah esei, guru akan meminta pelajar menyediakan rangka esei. Guru
terlebih dahulu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap
kumpulan diberi tugasan kecil seperti bahagian penge-nalan, isi-isi penting dan
penutup. Perbincangan diadakan sebelum setiap pelajar mengarang esei itu secara
individu. 3. Berkongsi tugasan Pendekatan ini hampir sama dengan pendekatan
pembahagian tugasan. Kedua-dua pendekatan ini memerlukan tugasan dibahagi-kan
kepada tajuk-tajuk ataupun bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contohnya, dalam
aktiviti menghasilkan dokumen berkenaan sejarah Malaysia. Tajuk ini dapat
dipecahkan kepada beberapa contoh kecil dan kumpulan kecil pelajar hanya perlu
membuat satu tajuk kecil. Kemudian, maklumat tajuk-tajuk kecil ini digabungkan bagi
menghasilkan satu dokumen yang lengkap. Mewujudkan peluang kawalan Terdapat
dua cara bagi meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Pertama, mengadakan

pengajaran yang tidak menjejaskan persepsinya berkenaan kawalan. Ini bermaksud,


pelajar perlu diberi peluang bagi menentukan matlamat dalam membuat pilihan yang
penting dalam pembelajaran. Kedua, membenarkan mereka membuat pilihan tanpa
menjejaskan kebolehan mereka berusaha dengan jayanya. Mereka memerlukan
bantuan guru kerana kadang-kadang mereka tidak mem-buat pilihan dengan cermat.
Contohnya, semasa proses pembelajaran dan pengajaran, guru boleh memberi bantuan
daripada segi isi kandungan dan prosedur pelaksanaan tugasan. Mengelakkan
perbandingan sosial antara pelajar Persaingan antara pelajar di sekolah menggalakkan
perbandingan sosial yang mengakibatkan penglibatan ego daripada penglibatan tugasan. Pelajar bersaing bagi mendapatkan gred yang baik kerana ingin mendapatkan
pangkat dan perhatian guru. Pelajar seperti ini berasa puas sekiranya dia dapat
menandingi orang lain tanpa mengambil kira pencapaiannya yang lalu. Guru dapat
memainkan peranan mereka dengan cuba mengelak-kan perbandingan sosial antara
pelajar dengan beberapa cara. Pertama, guru menggalakkan pelajar menyimpan rekod
pencapaian supaya mereka dapat memantau kemajuan diri. Kedua, guru melibatkan
pelajar dalam tugasan dengan menyatakan kriteria bagi penilaian se-suatu tugasan.
Tugasan pelajar akan dibandingkan dengan kriteria itu. Ketiga, guru menggalakkan
pelajar menentukan sendiri kriteria dalam sesuatu tugasan. Mengadakan
pembaharuan, ketidaktentuan dan cabaran Lepper dan Hoddell (1989) mengatakan,
minat pelajar dapat ditimbul-kan apabila guru mengadakan sesuatu yang baru ataupun
luar biasa. Ini memerlukan guru yang kreatif dan inovatif. Pendekatan yang digunakan perlu dipelbagaikan. Keseimbangan daripada segi sukar dan mudahnya
tugasan perlu diambil kira. Selain itu, guru juga perlu memberitahu pelajar berkenaan
ran-cangannya supaya pelajar tidak rasa terancam oleh sesuatu yang tidak diduga.
Pelajar juga dapat membuat ramalan berkenaan apa yang akan dipelajari. Contohnya,
guru memberi gambaran berkenaan apa yang akan diajar sebelum memulakan sesuatu
tajuk baru. Kaitan antara Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik Setiap manusia
dapat dimotivasikan secara intrinsik ataupun eks-trinsik. Individu yang bermotivasi
intrinsik mempunyai dorongan da-laman. Mereka melakukan sesuatu atas kesedaran
diri sendiri. Mereka tidak memerlukan unsur-unsur luar seperti orang lain ataupun
peristiwa luar bagi menggiatkan mereka mencapai sesuatu matlamat. Mereka sendiri
menentukan objektif dan seterusnya mencapai objektif itu. Deci dan Ryan (1985)
berpendapat, manusia akan bermotivasi intrinsik apabila mereka mempunyai persepsi
ataupun konsep kendiri yang mereka berkebolehan dan mampu membuat keputusan
sendiri. Sebaliknya, orang yang bermotivasi ekstrinsik tidak yakin mereka
berkebolehan ataupun mampu membuat keputusan. Mereka ber-gantung pada orang

lain dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugasan mereka. Kadang-kadang


mereka bekerjasama dengan orang lain yang lebih berkebolehan bagi mendapatkan
kebaikan. Mereka juga kadang-kadang memberontak pada orang yang lebih
berkebolehan. Manusia biasanya tidak akan berada pada satu jenis motivasi sahaja.
Kadang kala, individu bermotivasi intrinsik dan kadang-kadang ber-motivasi
ekstrinsik. Ini bergantung pada situasi dan keperluan individu. Aspek-aspek Diri
Aspek diri penting dalam motivasi dan pembelajaran. Teori motivasi hari ini memberi
penekanan kepada pentingnya peranan diri dalam motivasi dan pembelajaran kawalan
diri. Sekiranya dikaji situasi hari ini, ramai pelajar meluangkan masa bersendirian.
Mereka kurang mendapat bimbingan daripada ibu bapa ataupun penjaga. Oleh itu,
guru perlu memainkan peranan dalam memberi perhatian pada pen-dapat pelajar
berkenaan diri mereka. Dickstein (1977) mengemukakan lima pendapat berkenaan
diri. Diri yang dinamik Dinamik yang dimaksudkan di sini adalah diri yang
mempunyai kuasa, kawalan dan perasaan berkenaan agensi peribadi. Diri individu
sendiri yang mempunyai kuasa membuat keputusan berkenaan sesuatu yang akan
dilakukan. Selain itu, dia sendiri yang mengawal diri dan menen-tukan perasaannya
sama ada positif ataupun negatif. Diri sebagai objek Objek yang dimaksudkan adalah
objek yang membekalkan penge-tahuan dan penilaian pada diri. Individu memperoleh
pengetahuan dan penilaian daripada dirinya sendiri. Dia adalah objek yang akan
memberi pengetahuan kepada dirinya sendiri. Selain itu, dirinya sendiri adalah objek
yang dapat memberi penilaian berkenaan dirinya sendiri. Diri sebagai orang yang
mengetahui Kita sendiri mengetahui dan mengenali diri sendiri melalui refleksi diri.
Manusia mempunyai kebolehan membuat refleksi diri bagi mem-bolehkan mereka
mengetahui dan mengenali diri. Diri sebagai sesuatu yang berintegrasi Diri sebagai
sesuatu yang berintegrasi merangkumi segala aspek sifat dan potensi individu melalui
pengalaman hidup. Diri yang tidak memikirkan diri sendiri Diri yang tidak
memikirkan diri sendiri dianggap sebagai satu kejayaan dalam perubahan dan
keadilan. Diri di sini adalah orang yang ber-pengaruh dan berkebolehan
menyelesaikan perbalahan antara dua pihak. Mill (1991) pula membentangkan
beberapa prinsip model kesihatan minda iaitu: Prinsip minda Setiap individu dapat
meneroka keadaan mindanya. Ini memboleh-kannya berfikir seperti: . Kebolehan
membuat penilaian yang matang. . Kefahaman berkenaan tindakan yang sesuai. .
Perasaan bangga dan selesa yang tidak bersyarat. . Sifat ingin tahu yang semula jadi
dan kegemaran belajar. . Motivasi yang terpendam dan pandangan yang mendalam
daripada segi kreativiti. Keadaan minda wujud sebelum kita berfikir secara
intelektual. sekira-nya individu mengalami pengalaman yang tidak stabil, ini

bermakna ada kemungkinan keadaan semula jadi ini hilang. Oleh itu, individu perlu
memahami bagaimana fungsi psikologi dan pemikiran bertindak bagi membantu
mendapatkan semula keadaan mentalnya. Prinsip pemikiran Model ini memberi
penekanan kepada fungsi pemikiran. Dengan pemikiran yang rasional, seseorang
dapat mengawal apa yang difikir-kan. Ini membolehkan seseorang itu memilih sama
ada apa yang mereka fikirkan akan memberi kesan kepada mereka dan sejauh mana
apa yang difikirkan itu mempengaruhi mereka. Prinsip kesedaran Kesedaran
bermaksud pemahaman dan pengalaman berkenaan bagai-mana tiga elemen iaitu
pemikiran, kesedaran dan minda sama-sama berkembang. Individu berada pada tahap
pemikiran yang tinggi apa-bila dia berada pada tahap kesedaran tinggi yang
ditunjukkan oleh perasaan yang positif ataupun keadaan jiwa yang tenang. Tahap
kesedaran yang rendah membuatnya cemas dan tidak dapat berfikir dengan waras. Ini
dapat dilihat melalui tindakannya. Maslow (1970) secara kasar mengkategorikan sifat
semula jadi manusia kepada sembilan jenis: Kebebasan - Keazaman Menurut Maslow,
manusia pada asasnya bebas dan bertanggungjawab di atas keperluannya. Selain itu,
manusia juga dikatakan bebas bagi memperoleh kepuasan terutama sekali apabila
individu bergerak ke arah mencapai penyempurnaan kendiri. Manusia mempunyai
kebe-basan bagi menentukan cara menyempurnakan potensi sendiri. Teori Maslow,
menjelaskan, faktor usia dan kematangan memain-kan peranan dalam menentukan
kebebasan seseorang. Apabila individu meningkat usia dan sudah menaiki tangga
keperluan yang lebih tinggi, dia mempunyai lebih kebebasan apabila dibandingkan
dengan seseorang bayi. Semakin tinggi individu bergerak menaiki tangga keperluan,
lebih bebas dia menekan motivasi jenis D dan lebih bebas dia menentukan masa
depannya sendiri. Motivasi jenis D dikenali sebagai motivasi deficit. Ia adalah
keperluan yang tinggi sedikit daripada keperluan asas dalam hierarki keperluan
Maslow terutama yang menyentuh berkenaan keperluan psikologi dan keselamatan.
Maslow menggambarkan individu yang tidak memiliki kesempurnaan kendiri sebagai
D-motivation. Ia melibatkan usaha mendapatkan sesuatu yang kekurangan. Sebagai
contoh, keperluan (lapar) bagi mencapai sesuatu (makanan) menghasilkan motivasi
hendak memperoleh sesuatu yang kurang (mendapatkan makanan). Rasional Tidak
rasional Dalam teori Maslow, rasional adalah ciri utama tingkah laku manusia. Sikap
rasional manusia digunakan bagi menangani kelemahan atau kekurangan diri. Maslow
tidak menafikan sikap tidak rasional manusia seperti dalam keadaan konflik
keperluan, desakan, ketidaktekalan dalam tingkah laku dan pada peringkat minda
tidak sedar. Walau bagaimanapun bagi Maslow, manusia lebih dikawal oleh kuasa
rasional. Holisme Elementalisme Maslow berpendapat, manusia adalah suatu

integrasi secara me-nyeluruh. Maslow tidak melihat manusia sebagai beberapa


bahagian yang berasingan. Ini bermakna, Maslow melihat semua aspek ataupun
keperluan manusia. Itu sebabnya Maslow menekankan lima skema keperluan manusia
yang saling berkaitan iaitu daripada yang paling asas kepada yang paling tinggi.
Konstitutionalisme Persekitaran Manusia pada asasnya bebas membentuk diri
mereka sendiri dan secara kreatif menentukan nasib mereka. Namun demikian,
manusia juga terikat dengan beberapa prinsip semula jadi seperti keperluan psikologi
yang dianggap sebagai suatu konstitutional. Selain itu, manusia juga dipengaruhi oleh
persekitaran. Di sini Maslow memberi lebih pemberatan pada aspek konstitutional.
Bukti konstitutional terdapat pada motif jenis B Maslow dan peringkat penyempurna
kendiri. Motif jenis B juga dinamakan meta-motivasi. Meta bermakna melangkaui
yang bermaksud memaksimum-kan potensi seseorang. Maslow percaya motivasi tidak
memainkan peranan dalam penyempurnaan kendiri. Sebaliknya, ia berkembang
daripada dalaman bagi mencapai potensi yang maksimum dengan memahami
persekitaran. Maslow juga berpendapat, dorongan ke arah mencapai penyempurnaan
kendiri adalah suatu aspek semula jadi. Maslow juga mengiktiraf peranan persekitaran
dalam pembentukan personaliti seseorang tetapi dalam aspek yang memusnahkan. Ini
bermaksud, persekitaran dilihat sebagai agen pemusnah yang meng-ganggu emosi
individu. Perubahan Tiada perubahan Dalam teori Maslow, manusia mempunyai
ruang bagi menentukan pemilihan masa depan mereka. Ini berlaku semasa proses
perkem-bangan menuju kepada pelbagai arah. Semasa proses ini, perubahan
personaliti berlaku. Perubahan ini adalah perubahan ke arah mencapai penyempurnaan
potensi individu. Oleh itu, dalam proses hendak bergerak daripada motif D kepada
motif B, biasanya manusia mem-buat pilihan berkenaan arah kehidupan mereka dan
ini memerlukan perubahan. Subjektiviti Objektiviti Maslow percaya manusia tidak
dapat difahami tanpa merujuk kepada dunia kehidupannya yang tersendiri. Dalam
psikologi, pengalaman subjektif individu lebih penting daripada pemerhatian tingkah
laku. Maslow (1964) menegaskan, keperluan asas dalam hierarki keperluan manusia
adalah khusus bagi seseorang individu sahaja dan cara pen-capaiannya adalah
berbeza. Mengikut psikologi kemanusiaan, setiap individu bergerak ke arah
penyempurnaan kendiri dengan caranya tersendiri yang dia sahaja yang dapat
mengalami dan menghargai. Proaktif Reaktif Maslow (1970) percaya dengan sikap
sifat proaktif yang ada pada manusia. Manusia tidak bertindak balas pada rangsangan
luar. Sebalik-nya, manusia lebih bertindak daripada bertindak balas. Maslow menjelaskan, manusia sentiasa berusaha bagi memuaskan keperluan intrinsik mereka.
Keperluan ini menggiatkan mereka bertingkah laku secara semula jadi.

Penyempurnaan kendiri adalah suatu konsep yang proaktif. Manusia digambarkan


bergerak ke arah masa depan. Mereka sedar dengan potensi mereka dan sentiasa
berusaha memanusiakan diri. Satu-satunya cara bagi mencapai kesempurnaan kendiri
adalah melalui tindakan gerakan dalaman. Dalam sistem Maslow, manusia adalah
sangat proaktif. Homeostasis Heterostasis Maslow lebih cenderung ke arah andaian
mengenai heterostasis. Teori Maslow menjelaskan berkenaan bagaimana individu
terus bergerak ke arah mencapai perkembangan psikologi. Tetapi Maslow juga mengiktiraf dua kategori motivasi manusia iaitu motivasi jenis D dan motivasi jenis B. Jelas
menunjukkan motivasi jenis D berbentuk homeostasis dan motivasi jenis B berbentuk
heterostasis. Homeostasis bermakna kecenderungan ke arah keadaan seimbang yang
optimum dalam proses fisiologi dalaman. Heterostasis pula ber-maksud keadaan
individu mencari sesuatu keadaan yang stabil dan mereka memerlukan rangsangan
yang maksimum. Ini bermaksud, manusia tidak berusaha hendak berkembang setiap
masa. Manusia juga perlu mengurangkan tekanan mereka. Diketahui Tidak
diketahui Apa yang tersirat dalam penulisan Maslow adalah imej kemanusiaan
seseorang manusia tidak dapat digambarkan sepenuhnya oleh mode penyelidikan
saintifik tradisional. Oleh itu, kita dapat membuat ke-putusan yang manusia mengikut
pandangan Maslow tidak dapat diketahui dalam lingkungan domain tradisional sains
psikologi. Kesimpulan Memahami konsep kendiri pelajar dan remaja penting kepada
ibu bapa kerana ibu bapa dapat membentuk sikap dan sahsiah pelajar hingga mereka
remaja dengan lebih sistematik. Ibu bapa dapat meng-gunakan beberapa teori motivasi
dalam memantapkan remaja supaya berusaha lebih tekun lagi. Dorongan dan galakan
ibu bapa dapat membantu remaja lebih bersikap terbuka dan akhirnya menjadi remaja
yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

Anda mungkin juga menyukai