Pengenalan Mengenai Khulafa

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 27

SISTEM PENTADBIRAN KHULAFA AL-RASYIDIN

PENGENALAN MENGENAI KHULAFA AL-RASYIDIN


Khulafaur Rasyidin (bahasa Arab: ) atau Khalifah Ar-Rasyidin adalah
empat orang khalifah (pemimpin) pertama agama Islam, yang dipercayai oleh umat
Islam sebagai penerus kepimpinan setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat. Empat
orang tersebut ialah para sahabat dekat Muhammad yang tercatat paling dekat dan
paling dikenal dalam membela ajaran yang dibawanya ketika kerasulan Muhammad.
Keempat khalifah tersebut dipilih bukan berdasarkan keturunannya, melainkan
berdasarkan pemilihan bersama umat Islam.[1]
Sistem pemilihan terhadap masing-masing khalifah tersebut berbeza-beza, hal
tersebut terjadi kerana para sahabat menganggap tidak ada rujukan yang jelas yang
ditinggalkan oleh Nabi Muhammad tentang bagaimana perjalanan kepemimpinan
Islam akan berlangsung.
Secara rasmi istilah Khulafaur Rasyidin merujuk pada empat orang khalifah pertama
Islam, namun sebagian ulama menganggap bahwa Khulafaur Rasyidin atau khalifah
yang memperoleh petunjuk tidak terbatas pada keempat orang tersebut di atas,
tetapi dapat mencakupi pula para khalifah setelahnya yang kehidupannya benarbenar sesuai dengan petunjuk al-Quran dan sunnah. Salah seorang yang beroleh
kesepakatan banyak ulama dapat diberi gelaran khulafaur rasyidin adalah Umar bin
Abdul-Aziz, khalifah Bani Umayyah ke-8.
4 orang khulafa Al-Rasyidin
Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa arRasyidin.
Hassan bin Ali
Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun
pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat
Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun
yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah

1 | TNA~NS

kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman


Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.
Umar bin Abdul Aziz
Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan
antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar , beliau juga dikenali sebagai
seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar (Saidina Umar
Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada
wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk
memerintah. Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam
sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini
menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan bin Ali dan disalah anggap
sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.
Namun begitu para ulama' bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau
adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina
Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad
s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan
untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada
perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat
Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang
ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah antaranya ialah golongan
khawarij. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina
Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan
kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri
Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa
kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.
Beliau wafat pada tahun 634 M.
2 | TNA~NS

Khalifah Umar al-Khatab


Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan
penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar
sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 M. Dengan itu Saidina
Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Semasa pemerintahan Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat;
menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi
(berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika
Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638 M, selepas
pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk
kota tersebut.
Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam,
seperti menubuhkan pentadbiran baharu di kawasan yang baru ditakluk, memberi
upah kepada tentera dan membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos
untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan pertanian dan melantik
panglima-panglima perang yang berkebolehan. Kota Basra dan Kufah juga dibina
semasa pemerintahannya.
Saidina Umar wafat pada tahun 644 M selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi
yang bernama Abu Lu'lu'ah.
Khalifah Uthman Affan
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada
tahun 644 M. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 M
sehingga tahun 656 M. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan
angkatan tentera laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka
dalam hubungan politik dan urusan dagangan. Beliau juga berjaya menyalin semula
ayat al-Quran dalam bentuk yang sempurna dan dikenali sebagai Mushaf Uthman.
Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan
Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.

3 | TNA~NS

Saidina Uthman wafat pada tahun 656 M akibat dibunuh oleh pemberontak yang
tidak berpuas hati dengan pemerintahannya.
Khalifah Ali bin Abu Talib
Pada tahun 656 M, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana
dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat
kemudiannya mencadangkan supaya Saidina Ali menjadi khalifah tetapi Saidina Ali
menolak. Namun selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya bersetuju
menjadi khalifah.
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam,
iaitu Perang Jamal ("Perang Unta") antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan
pengikut Saiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan
Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang Jamal berjaya dipadam oleh Khalifah
Ali. Selepas tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali
ke Madinah sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah
yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir
terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan
kepada dua.
Saidina Ali wafat pada tahun 661 Masihi akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin
Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.
Garis masa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
Dimaklumkan bahawa catatan masa tahun-tahun pemerintahan khalifah tidak
berlaku pada hari pertama tahun baru.

Kronologi Khulafa al-Rasyidin

4 | TNA~NS

632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik


menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang
Bani Tamim dan Musailimah.

633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.

634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik


menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.

635 M - Penawanan Madain.

636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.

637 M - Mesir ditawan.

638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.

640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.

644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan
menjadi khalifah.

645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.

646 M - Kempen menentang Byzantine.

647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi


ditumpaskan.

648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.

656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik
menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.

657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke


Kufah. Perang Siffin meletus.

5 | TNA~NS

659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.
Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.

661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.


Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah

PENGERTIAN KHALIFAH
Menurut bahasa, Khalifah ( Khalfah) merupakan mashdar dari fiil madhi
khalafa , yang berarti : menggantikan atau menempati tempatnya.
Sedangkan dalam pengertian syariah, Khalifah digunakan untuk menyebut orang
yang menggantikan Nabi Muhammad SAW (setelah beliau wafat) dalam
kepemimpinan Negara Islam.Khalifah juga sering disebut sebagai Amr al-Muminn (
) atau pemimpin orang yang beriman
Beberapa definisi khalifah menurut para ulama:
1. menurut, Imam Al-Mawardi (w. 450 H/1058 M), Khalifah ditetapkan bagi
pengganti kenabian dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia
2. menurut, Imam Al-Baidhawi (w. 685 H/1286 M), Khalifah adalah pengganti
bagi Rasulullah SAW oleh seseorang dari beberapa orang dalam penegakan
hukum-hukum syariah, pemeliharaan hak milik umat, yang wajib diikuti oleh
seluruh umat .
3. menurut, Imam Al-Juwayni (w. 478 H/1085 M), Khalifah adalah kepemimpinan
yang bersifat menyeluruh (riyasah taammah) sebagai kepemimpinan yang
berkaitan dengan urusan khusus dan urusan umum dalam kepentingankepentingan agama dan dunia
Di dalam pemerintahannya, Khalifah berperanan sebagai ketua umat baik urusan
Negara mahupun urusan agama. Pengangkatan khalifah dilakukan baik melalui
penunjukkan ataupun melalui majlis Syura (majlis Ahlul Ilmi wal Aqdi ) yakni ahli
ilmu keagamaan dan mengerti permasalahan umat.

6 | TNA~NS

Sedangkan Khilafah adalah nama sebuah sistem pemerintahan yang menggunakan


Islam sebagai ideologi serta undang-undang nya mengacu pada Al-Quran dan
Hadis.
Firman Allah yang mafhumnya :
ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku
akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi ( Al-Baqarah : 30 )
kemudian Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi sesudah mereka
supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat. ( Yunus : 14 )
TUGAS KHALIFAH
Menurut Ibn Khaldun, tugas Khalifah ialah menegakkan agama dan mentadbir dunia
mengikut hukum syariah untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Seorang khalifah bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pentadbiran
Negara dan juga dalam melaksanakan hukum-hukum agama dengan
adil.Pelaksanaan hukum tersebut pula mestilah mengikut hukum seperti yang telah
terkandung di dalam Al-Quran.Di samping itu perkara-perkara yang berkaitan
dengan perundangan seperti perlantikan hakim,saksi dan pelaksanaan hukuman
mesti dikawal dengan betul.
Dalam membuat sebarang keputusan berbanding urusan Negara,seorang khalifah
juga mestilah berdasarkan syura.Dalam melantik pegawai untuk menjalankan tugas
pula,khalifah perlulah menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada individu yang
amanah dan jujur dalam menjalankan tugasnya.Tujuannya ialah supaya tugas yang
dilakukan berjalan dengan sempurna.
Dalam aspek ekonomi,khalifah perlu melaksanakan sistem ekonomi yang selaras
mengikut kehendak Islam.Tujuannya adalah unuk menjamin sumber pendapatan
yang diperolehi kerajaan dan rakyat bersih mengikut syariat.Beliau juga
bertanggungjawab memungut cukai, zakat serta menguruskan pendapatan baitulmal
dengan cara yang berhemat.

7 | TNA~NS

Khalifah juga bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping


menyediakan kemudahan awam untuk kebajikan rakyat seperti sekolah ,masjid dan
hospital.Selain itu beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat
adalah utuh.

Khalifah juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta


Negara dari ancaman musuh samaada dari dalam mahu pun luar Negara. Untuk itu
khalifah perlulah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan keselamatan
Negara.Contohnya ketika pemerintahan khalifah Umar bin Al-Khattab,beliau telah
memperkemas pasukan tentera Islam bagi melindungi keselamatan Negara
daripada ancaman kuasa asing iaitu Byzantine dan Parsi
KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH
a)kaedah Perundingan

Pemilihan khalifah pertama secara Baiah atau sumpah setia merupakan


perlantikan yang mendapat persetujuan orang ramai. Pemilihan secara terbuka di
Saqifah Bani Saidah, perbincangan berhemah serta menerima masyarakat Madinah
yang terdiri daripada golongan Ansar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai
demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertama. malah perlantikan baginda
turut dibaiah oleh masyarakat Madinah
b)Wasiat Khalifah terdahulu

Pemilihan secara wasiat memang dianjurkan Islam. Dalam pemilihan khalifah


kedua

ini,kriteria

pemilihan

khalifah

yang

diutamakan adalah berdasarkan

ketokohan,kebolehan ,berhikmah, bijaksana, bertakwa dan ciri-ciri lain yang terdapat


dalam Al-Quran.Malah perlantikan Umar bin Al-Khattab mendapat persetujuan
sebulat suara ahli syura dan kemudian rakyat secara sukarela telah memberi baiah
atau taat setia kepadanya.Pemilihan dan perlantikan ini bukan

berdasarkan

keturunan atau warisan.


c)Kaedah Musyawarah

Pemilihan dan perlantikan khalifah melalui Majlis Perlantikan Khalifah.Khalifah


Umar bin Al-Khattab telah menubuhkan majlis Perlantikan Khalifah bertujuan bagi
mencari pengganti Khalifah Ketiga.Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman bin auf
sebagai ketua dan ahli majlis yang lain.Jawatankuasa ini telah menemuramah
8 | TNA~NS

setiap calon dan mendapat pandangan masyarakat Madinah sebelum membuat


pemilihan dan perlantikan.Cara perlantikan ini menunjukkan demokrasi dipraktikkan
dalam pemilihan dan perlantikan khalifah.
d)Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam

Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib dianggap tidak demokratik oleh penduduk
Syam dan Bani Umaiyah yang memang menentang perlantikan ini.

Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar dilakukan kerana
Negara dalam keadaan tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan
berwibawa dalam mengembalikan keamanan dan perpaduah ummah.Justeru
itu,pemilihan dan perlantikan khalifah Ali bin Abi Talib memang demokratik kerana
beliau memenuhi kriteria dan keadaan darurat tersebut.Malah beliau juga mendapat
sokongan penduduk Hijaz, Basrah dan Kufah.Anggota Majlis Syura juga tidak
menentang pemilihan tersebut.
Kesimpulan
Perlantikan Khalifah dilakukan dengan pelbagai cara. Namun ciri-ciri demokrasi
tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiap pelantikan.
SUMBANGAN KHALIFAH AL-RASYIDIN
a) Sumbangan Khalifah Abu Bakar al siddiq.
1. Nama sebenar: Abdullah bin Abu Quhafah
2. Keturunan Bani Tamim.
3. Digelar al Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa
yakin kebenaran kata kata nabi.
4. Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.
5. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.
6. Beliau mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam dengan mengambil
tindakan terhadap orang Islam yang murtad dan golongan al-Rahiddah yang
menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat.

9 | TNA~NS

7. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom


Timur(Byzantine) dengan menghantar Khalid bin al-Walid menentang Parsi &
Usamah bin Zaid ke Ghassan.
8. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif,
Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, Nijran dan
melantik amir mentadbirnya.
9. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang undang tanah, hak golongan
mawali
10. Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al Quran pada batu,
kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al Quran syahid, salinan al
Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina
Uthman.
11. Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.
mawali: -orang bukan Arab memeluk Islam
-memliki keistimewaan yg sama dgn muslim
-perlu membayar cukai tambahan
b) Sumbangan Khalifah Umar al Khattab.
1. Nama sebenar: Umar bin al-Khattab bin Naufal
2. Keturunan Bani Adi
3. Bersifat berani, tegas, berterus terang.
4. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.
5. Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah kerana banyak
perubahan & pembaharuan dilakukan.

10 | T N A ~ N S

6. Pembaharuan politik Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik


pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil muhajirin dan Ansar ),
membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).
7. Penubuhan jabatan Jabatan tentera, polis, percukaian, perbendaharaan.
Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).
8. Jabatan Kehakiman dilantik hakim bergaji bulanan (500 dirham) dan
diasingkan bagi mengelakkan salah laku.
9. Sosial pendidikan al Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah
( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).
10. Memperkenalkan kalendar tahun hijrah menjadi titik permulaan tahun
pengiraan Islam.
11. Tentera membentuk tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian
seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan
Basrah.
12. Terusan dan tali air menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul
Mukminin (111km) di Mesir dan Empangan Abu Musa.
13. Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.
14. Pengenalan cukai cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi, cukai kharaj
berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum,
barli, anggur.
15. Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.
16. Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
Zimmi - orang bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam dan bebas
daripada perkhidmatan ketenteraman dan pembayaran zakat
c) Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.

11 | T N A ~ N S

1. Nama sebenar: Uthman bin Affar bin Abil As bin Umaiyah


2. Keturunan - Bani Umaiyah.
3. Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.
4. Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang
puteri nabi selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.
5. Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan
Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi
khalifah. +Abdul Rahman bin Auf (pengerusi mesyuarat) meninjau pendapat.
6. Dari segi politik meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan,
Samarkand, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut
Islam.
7. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
8. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.
9. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam membeli
senjata dan kapal.
10. Jizyah dikekalkan antara sumber pendapatan baitulmal.
d) Sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.
1. Sepupu Nabi
2. Keturunan Bani Hasyim
3. Seorang yang berani, pahlawan, tegas, berpengetahuan luas tentang
perundangan Islam.
4. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak.

12 | T N A ~ N S

5. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan


Islam - pakar dlm selok-belok hukum.
6. Contohnya, menghentikan Perang Siffin (Perang Saudara) bila musuh
mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan supaya dapat
mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
7. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.
8. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi - dinyatakan dalam surat yang
dihantarkannya kepada al-Asytar.
Asytar

nama sebenar - Malik bin al-Harlth al Nakha

serta dalam Perang Jamal dan Perang Siffin

Pejuang yang menyokong Saidina Ali

Dilantik menjadi gabenor di Mansil dan bandar-bandar lain di Iraq dan Syria

Tokoh yang berani

Pedang : al-Lujju ( kilauan air mengalir)

STRUKTUR PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN


Latar belakang :
- Terbentuk secara rasmi pada 632 H. Abu Bakar ialah khalifah pertama.
- Empat orang sahabat yang menjadi khalifah:
1. Abu Bakar al Siddiq
2. Umar al-Khattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Talib
13 | T N A ~ N S

MADINAH MAIN GATE


Struktur pemerintahan Pusat:
- Madinah ialah pusat pemerintahan
- kekuasaannya tidak bersifak mutlak & khalifah perlu membuat ijtihad.
- dasar akan diputuskan oleh majlis Syura.
- Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi di zaman Umar al Khattab.
- khalifah merupakan panglima tertinggi tentera
- ibu pejabat baitulmal ditubuhkan & segala sumber pendapatan dan laporan
kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah
kepada khalifah setiap tahun.
Struktur pemerintahan Wilayah:
- Semasa Abu Bakar al Siddiq negara Islam dibahagikan kepada 10 daerah :
1. Makkah
2. Ta'if
3. Yaman
4. Hadramawt
5. Khakwan
6. al Jund
7. Najran
14 | T N A ~ N S

8. Zabid
9. Bahrin
10. Jarsh
- Struktur pemerintahan Wilayah diperkemaskan semasa Umar al Khattab. - kempen
perluasan kuasa & negara Islam dibahagikan kepada 8 buah wilayah utama:
1. Madinah
2. Makkah
3. Syam
4. Mesopotamia
5. Iran
6. Iraq
7. Mesir
8. Palestin
- Tiap-tiap negeri mempunyai ibu negeri/ pusat pemerintahan & Umar telah
membentuk satu sistem birokrasi yang sistematik.
- Setiap wilayah diperintah oleh gabenor yang akan dibantu oleh setiausaha.
- Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai, Pegawai
Polis, Pegawai perbendaharaan negara.
- Semua pegawai wajib melaporkan jumlah harta sebelum dan setelah selesai
menjalankan tanggungjawab.
- setiap wilayah didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan
dan perbelanjaan negara.
SYURA IALAH .

15 | T N A ~ N S

Definisi Syura :
Syura adalah satu konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam
pemerintahan Islam. Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik
Islam, dan atas asas ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak ada cacatnya
pelaksanaan dalam mana-mana zaman. Sesungguhnya pemerintah akan bersamasama rakyat dalam mencari penyelesaian dalam mencapai keputusan-keputusan
politik dan merupakan prinsip dasar negara dan masyarakat muslim.
Perkataan syura adalah berasal daripada bangsa Arab yang membawa maksud
mensyuarat. Manakala dari sudut istilah pula ialah permesyuaratan yang diadakan
oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan
kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketaqwaan.
(Mustafa Hj. Daud, 1991)
Dalil Syura
Terdapat beberapa dalil dari al-Quran dan juga al-Sunnah yang menunjukkan keatas
kewajipan bersyura, antanya ialah:
3.1 Al-Quran
{}
Maksudnya:
Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan
bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah
membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Ali Imran: 159)
3.2 Al-Sunnah

Maksudnya:
Sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di
kalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang dibaiah
dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh
(Sharh Fath al-Bari, juz. 2: 144)
PENGERTIAN BAIAH
Maksud baiah adalah janji sumpah setia, pengakuan, ikrar yang diberikan oleh

16 | T N A ~ N S

seseorang kepada pihak lain untuk mengikat dirinya dengan sesuatu peraturan,
pekerjaan, amalan atau lainnya.
Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan
Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:
Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka
memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka
barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah
akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia
janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar. (Al-Fath :
10)
Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud:
Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia
berkata kepada kami Pada apa yang kamu mampu. (Riwayat Al-Bukhari & Muslim
FUNGSI BAIAH
Adalah jelas sebagai satu ikrar penetapan diri untuk taat setia dengan Allah, sebagai
hambaNya. Ikrar ini tidak berhenti pada lafaznya sahaja, kerana ia akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.
Syarat-syarat sah Baiah
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Redha dan atas pilihan
Lafaz Baiah
Lafaz baiah perlu ada 2 perkara :

17 | T N A ~ N S

Apa yang dikhususkan kepada khalifah - Maka lafaznya merangkumi amalamal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni maksudnya ia menjadi
pemimpin dan ketua hukum syarak umat Islam.

Apa yang dikhususkan kepada umat Islam - Maka lafaznya iltizam umat Islam
dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara setakat mana
kemampuan mereka. [1]

Hadis tentang baiah


Banyak hadis sahih yang menjelaskan bahawa seseorang sah sebagai Khalifah jika
diangkat melalui proses Baiah. Para sahabat pun melakukan hal yang sama. Tidak
pernah seseorang menjadi Khalifah tanpa dibaiah. Abu Bakar menjadi Khalifah
bukan hasil musyawarah memutuskan beliau sebagai khalifah, tetapi setelah beliau
dibaiah di Saqifah. Umar menjadi khalifah bukan setelah pengumuman Abu Bakar
tentang hasil musyawarah kaum Muslim, melainkan setelah beliau dibaiah. Demikian
juga dengan Uthman dan Ali. Berdasarkan hal tersebut dapat dikatakan bahawa
baiah merupakan satu-satunya cara tetap (thariqah) pengangkatan khalifah.
Sekalipun disetujui majoriti rakyat atau wakilnya, seseorang belum menjadi khalifah
sebelum dibaiah. Begitu juga, warisan atau sistem putera mahkota bukanlah cara
pengangkatan khalifah.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra. Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: [2]

"Dahulu Bani Israil itu dipimpin oleh para nabi. Setiap kali seorang nab

Jenis-jenis baiah
Siapapun yang mengkaji hadis Nabi s.a.w. akan menemukan bahawa baiah
terhadap khalifah ada dua jenis:
(1) Baiah Iniqad, yakni baiah yang menunjukkan orang yang dibaiah sebagai
khalifah, pemilik kekuasaan, berhak ditaati, ditolong, dan diikuti;

18 | T N A ~ N S

(2) Baiah Taat, iaitu baiah kaum Muslim terhadap khalifah terpilih dengan
memberikan ketaatan kepadanya. Baiah Taat bukanlah untuk mengangkat khalifah,
kerana khalifah sudah ada.
Kedua baiah ini juga didasarkan pada Ijmak Sahabat. Misalnya, Abu Bakar diangkat
oleh sebahagian Sahabat sebagai calon dari semua Sahabat, baik kalangan
Muhajirin maupun Anshar. Setelah baiah dilakukan di Saqifah, esoknya kaum
Muslim dikumpulkan di masjid. Abu Bakar berdiri di Mimbar. Sebelum Abu Bakar
berbicara, Umar bin Khathab antara lain berbicara,
"Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan urusan kalian kepada pundak orang
terbaik di antara kalian. Dia Sahabat yang berdua bersama Rasul di gua. Berdirilah
kalian, baiahlah dia."
Para Sahabat pun membaiah Abu Bakar setelah pembaiahan di Saqifah.
Pembaiahan wakil Sahabat kepada Abu Bakar di Saqifah merupakan Baiah Iniqad,
sedangkan pembaiahan kaum Muslim kepadanya di masjid merupakan baiah taat.
Hal serupa terjadi pada khalifah lainnya. Ini merupakan gambaran dan penegasan
tentang keredhaan rakyat kepada Khalifah.
Berbeza dengan Baiah Iniqad yang bersifat pilihan, Baiah Taat wajib atas setiap
orang, yang ditunjukkan dengan ketaatan dan ketundukan kepada Khalifah terpilih;
taat pada hukum dan perundangan-undangan islam yang ditetapkannya.
Baiah adalah sunnah Nabi
Baiah ialah suatu perbuatan sunnah Nabi yang pernah diberikan oleh kaum
Muslimin beberapa kali kepada Rasulullah s.a.w semasa baginda masih hidup
seperti Baiah Aqabah 1, Baiah Aqabah 2, Baiah Ridhwan. Selepas kewafatan
baginda para sahabat terus berbaiat kepada Ulil-Amri (Khalifah) mereka.Imam AlBukhari meriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah dari 'Ubadah bin Al-Samit
yang menyatakan: "Rasulullah s.a.w telah memanggil kami, lalu kami pun memberi
baiah kepada baginda... kemudian 'Ubadah berkata:

19 | T N A ~ N S

[3]

"Di antara perkara yang diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji men
PENYEBARAN ISLAM ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

PENYEBARAN ISLAM DI ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN


Pendidikan Islam berasaskan keseimbangan dan integrasi antara roh, akal, dan
jasad. Ia melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat sebagaimana Nabi
Muhammad S.A.W pernah bersabda,tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang
lahad. Dalam tradisi Islam, perkataan-perkataan seperti tarbiyyah-talim-tadib yang
membawa pengertian pendidikan, pengajaran dan pembentukan budi pekerti, telah
digunakan pakai semenjak zaman awal Islam lagi. Pendidikan selepas zaman Nabi
Muhammad SAW telah mengalami beberapa perubahan dari segi kaedah atau cara
pengajaran , tempat belajar, kurikulum yang diajar dan tenaga pengajar serta
sumber. Menurut Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyah, tugas khalifah
adalah untuk menegakkan agama dan mentadbir dunia.
Perkembangan pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin
bermula dengan zaman Abu Bakar As-Siddiq. Pada zaman ini, pembaharuan yang
ditekankan ialah mengumpul ayat-ayat Al-Quran. Hal ini dilakukan kerana ramai
tahfiz telah mati syahid semasa berperang. Ayat-ayat Al-Quran diajar dengan cara
hafazan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Seterusnya, ia adalah bertujuan
memerangi golongan nabi palsu (Ar-Riddah). Zaid bin Thabit telah diperintah untuk
melaksanakan tugas ini kerana beliau pernah menjadi penulis wahyu pada zaman
Nabi Muhammad S.A.W. Ayat-ayat Al-Quran ditulis semula diatas pelepah kurma,
kepingan batu dan lain-lain bahan penulisan.
Selain itu, pada zaman Abu Bakar As-Siddiq, pembaharuan yang dilakukan ialah
penyebaran hadis iaitu melalui ucapan Nabi Muhammad S.A.W. Tokoh-tokoh hadis
adalah seperti Abu Hurairah, Aisyah dan Abdullah bin Umar. Hadis juga turut
diriwayatkan oleh tokoh daripada golongan Tabiin seperti Said bin Musayyab, Urwan
bin Zubayr dan Salim bin Abdullah bin Umar. Penyebaran hadis ini dilakukan agar
setiap perkara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada para
pengikutnya dapat diperpanjangkan kepada umat manusia yang lain dengan tujuan
agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
20 | T N A ~ N S

Seterusnya, menjadikan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan. Ini


adalah untuk menjadikan masjid bukan hanya tempat ibadat semata-mata. Ia juga
boleh digunakan atas tujuan sebagai pusat penyebaran dakwah, pusat pentadbiran
dan pendidikan. Abu Bakar As-Siddiq juga selalu mengunjungi dan melawat ke
masjid untuk berdakwah. Baginda turut menghantar guru seperti Zaid bin Abdullah
bin Saad untuk mengajar Al-Quran dan hadis di sekitar masjid Madinah. Pengajaran
pendidikan yang digunakan adalah berdasarkan sistem halaqah dimana guru berada
ditengah dan dikelilingi pelajar-pelajarnya.
Tambahan pula, pembaharuan yang giat dilakukan adalah mempergiatkan usaha
dakwah. Usaha ini dilakukan apabila berlaku peperangan. Ia juga dijadikan antara
syarat sebelum berperang seperti memeluk Islam, membayar jizyah dan berperang
apabila dicabar. Satu utusan telah dihantar ke Damsyik (Syam) bersama 7500 orang
tentera. Utusan-utusan lain dihantar ke Palestin, diketuai oleh Amr bin Al-As, dan
Syurahbil bin Hasanah ke Jordan menerusi perang Tabuk.
Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab pula, perkembangannya dapat dilihat
menerusi pembinaan madrasah dan perpustakaan. Ia untuk menempatkan pusat
pengumpulan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau juga menyusun semula
kaedah pembelajaran dan pengajaran Islam mengiktu kesesuaian. Hal ini bertujuan
untuk mengelakkan salah faham mengenai ibadah dan iman.
Seterusnya, perubahan perkembangan yang dapat dilihat ialah pemerintah
mewajibkan solat jumaat dan puasa di bulan ramadhan. Hal ini bertujuan untuk
memantapkan akidah masing-masing. Beliau juga melantik guru untuk mengajar isi
Al-Quran dan akidah. Bahasa arab juga dijadikan bahasa rasmi diseluruh Negara
dan jajahan takluknya, disamping mengekalkan bahasa ibunda suku kaum masingmasing.
Selain itu, Khalifa Umar juga memerintahkan supaya ilmu nahu (tatabahasa) Arab
disusun supaya mudah mempelajari bahasa arab. Menerusi pembelajaran bahasa
21 | T N A ~ N S

arab, Ia dapat memantapkan akal dan mempertinggikan nilai akhlak seseorang


penuntut. Pengenalan kepada kalendar Islam juga adalah perkembangan yang
dilakukan oleh Khalifah Umar sempena mengambil tarikh hijrah pada 17 hijrah
bersamaan 16 julai 622 masihi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan urusan
pentadbiran.
Tambahan pula, terdapat kelas-kelas bacaan Al-Quran diseluruh wilayah Islam.
Khalifah Umar mengirimkan guru-guru berpengalaman disetiap wilayah. Kota Basrah
dijadikan sebagai pusat pengajian Islam begitu juga dengan di Kufah. Ilmu tauhid
dan kebudayaan disebar dengan meluas dan dapat menambah ilmu pengetahuan
rakyat.Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, beliau menyambung pendidikan
sedia ada dengan meriwayatkan hadis-hadis sebanyak 146 buah. Akibat terdapat
percanggahan dalam tentera Islam mengenai pembacaan Al-Quran, beliau
mengarahkan Zaid bin Thabit menyalin semula Al-Quran sebanyak enam kali. AlQuran akhirnya dibukukan dan dipanggil Mashaf Uthmani dan digunapakai sehingga
ke hari ini.
Seterusnya, pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib berlaku perkembangan pendidikan
seperti usaha pendidikan agama. Khalifah Ali dianggap pengasas ilmu nahu dan
beliau mewujudkan dasar-dasar pendidikan. Antaranya ialah melantik pemimpin
melalui Baiah yang diberikan oleh orang ramai. Pemimpin juga harus bersikap tegas
dan adil dan rakyat harus menurut perintah pemimpin. Pelantikan adalah mengikut
majoriti dan sesiapa yang tidak bersetuju atau ingkar dianggap tidak mengikut
hukum Islam. Secara tak langsung, ini menggambarkan kebijaksanaan Ali R.A.
sebagai seorang Khalifah yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi, bersikap jujur
dan berpandangan jauh.
Kesimpulannya, pendidikan zaman Khulafa Ar-Rasyidin merupakan kesinambungan
perkembangan pendidikan zaman Rasulullah. Pendidikan pada zaman ini adalah
berpandukan Al-Quran dan Hadis. Meskipun terdapat kekurangan peralatan, namun
masing-masing telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam pendidikan
Islam.
KESAN PERUBAHAN KEPADA WILAYAH PENTADBIRAN

22 | T N A ~ N S

Dasar pentadbiran khulafa Ar-Rasyidin


Undang-undang dan perlembagaan Negara berasaskan Al-Quran dan sunnah
Khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura
dan ijtihad
Khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan
adil
Khalifah adalah ketuan Negara
Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
Pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan
Negara
Rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah
Pembaharuan dalam pentadbiran negara
Majlis syura
Ahli syura dikenal sebagai ahli al-Hallu Wal-Aqdu yang bermaksud pandai
menghurai dan membuat keputusan
Fungsi majlis syura pada zaman Rasulullah s.a.w amat terhad kerana
keputusan yang dibuat Rasulullah s.a.w adalah daripada wahyu kecuali
beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabat.
Pada zaman khalifah umar, satu majlis syura khas ditubuhkan yang
bertanggungjawab menentukan pelantikan khalifah. Majlis ini terdiri daripada
sahabat Rasulullah s.a.w
Pentadbiran wilayah
Umar telah mewujudkan jawatan gabenor bagi setiap wilayah islam yang baru
dibuka
Gabenor bertanggungjawab memerintah dengan adil
Jawatan baru diperkenalkan bagi memantapkan pentadbiran Negara seperti
ketua setiausaha, pegawai polis, ketua hakim dan pegawai cukai.
Polisi pentadbiran khulafa Ar-Rasyidin
Polisi khalifah abu bakar
Memerangi golongan murtad iaitu golongan yang terpengaruh dengan nabi
palsu dan golongan yang enggan membayar zakat

23 | T N A ~ N S

Menggerakkan tentera Usamah Bin Zaid untuk memerangi penduduk


Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah s.a.w
Melantik khalifah selepasnya bagi memelihara perpaduan supaya tidak timbul
perselisihan untuk melantik khalifah selepas beliau meninggal dunia
Polisi khalifah umar
Beliau menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera islam
Tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali
mendapat keizinan khalifah
Polisi khalifah uthman
Memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad dengan

menyebarkan agama dan memperluas pengaruh islam


Para sahabat tidak dilarang meninggalkan kota Madinah
Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal
Menetapkan al-Quran dibaca menggunakan lahjah Quraisy
Melantik gabenor dalam kalangan bani Umaiyah tapi masih mengira
kelayakan dan kepimpinan

Polisi khalifah Ali


Menukarkan pegawai yang berketurunan Umaiyah yang dilantik pada zaman
khalifah Usman
Meneruskan majlis Syura walaupun mendapat tentangan daripada golongan
khawarij
Kesimpulan
Khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat
terhadapnya.Oleh itu seseorang khalifah yang hendak dipilih sepatutnya memiliki
kemampuan dan keupayaan dalam pelbagai aspek terutamanya keagamaan dan
kemahiran dalam mentadbir.
Perlantikan khalifah tanpa berdasarkan kelayakan akan memusnahkan dan
menghancurkan sesebuah kerajaan dan akan menyebabkan timbul rasa tidak puas
hati dalam kalangan rakyat jelata.
RUJUKAN
24 | T N A ~ N S

https://ms.wikipedia.org/wiki/Khulafa_al-Rasyidin
https://khalifah000.wordpress.com/pengertian-khalifah/
http://koki-forshort.blogspot.my/2013/05/konsep-serta-tanggungjawabkhalifah.html
http://koki-forshort.blogspot.my/2013/05/kaedah-pemilihan-khalifah-padazaman.html
http://s4e-sejarahtingkatan4.blogspot.my/2011/09/2-sumbangan-khulafa-alrasyidin.html
http://maryatirahmanisejarah.blogspot.my/2013/02/pemerintahan-pusat

wilayah-zaman.html
http://we-lead.blogspot.my/2008/03/syura-dalam-kepimpinan-islam.html
https://jalanakhirat.wordpress.com/2013/04/30/baiah-itu-apa/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Baiat://senangsejarahislam.blogspot.my/
Modul 08-penyebaran islam zaman khulafa Al-Rasyidin diploma vokasional
Malaysia , kolej vokasional KPM

LAMPIRAN

25 | T N A ~ N S

26 | T N A ~ N S

27 | T N A ~ N S

Anda mungkin juga menyukai