Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuhtumbuhan dan bukit-bukau. Kita perlu memelihara keseimbangan alam
sekitar. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih
baik. Namun begitu, Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana
terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan
pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan
baja-baja kimia dan pelbagai lagi.
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang
terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih dan
indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu,alam sekitar yang tidak
tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.
Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting
dalam keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan gas
oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.
Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sumber
makanan.
Selain itu, bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.
Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.
Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,
singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar
tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar
yang perlu dipelihara. Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada
kita. Lautan yang terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap
pelbagai jenis ikan. Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak
tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.
Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripada
pencemaran. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita
lebih baik. Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak
ternilai kepada generasi akan datang.

Buah-buahan Tempatan Lebih Baik Berbanding Buah-buahan Luar


Negara
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang bijaksana,
guru besar, guru-guru, rakan-rakan pembangkang serta para hadirin yang
dikasihi.
Terima kasih saya ucapkan atas peluang yang diberikan. Saya
menyokong tajuk perbahasan iaitu buah-buahan tempatan lebih baik
berbanding buah-buahan luar Negara. Hadirin yang dihormati,
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di negara
sendiri. Buah-buahan tempatan seperti jambu, nangka , betik dan lain-lain
lagi senang diperoleh. Kita juga boleh menanam sendiri buah-buahan
tempatan ini yang senang tumbuh dan hidup subur. Tidak perlu kita
mendapatkan buah-buahan luar negara yang pasarannya terhad di pekan
atau di bandar.
Selain itu, buah-buahan tempatan mempunyai
khasiat yang setanding malah ada yang lebih baik lagi berbanding buahbuahan luar negara. Kita boleh memperoleh buah-buahan tempatan yang
lebih segar tanpa bahan pengawet. Ini dapat meningkatkan tahap
kesihatan yang lebih baik berbanding makan buah-buahan luar negara
yang mempunyai bahan pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan
kita. Hadirin yang dikasihi,
Kita dapat menjimatkan belanja dengan
memakan buah-buahan tempatan kerana harga yang lebih murah
berbanding buah-buahan luar negara. Dengan itu, kita dapat khasiat
dengan memakan buah-buahan tempatan dengan mudah.Kebanyakan
rakyat termasuk rakyat berpendapatan rendah mampu membeli buahbuahan tempatan berbanding buah-buahan luar negara yang lebih mahal
harganya.
Sehubungan itu, secara tidak langsung kita dapat
meningkatkan ekonomi negara kita. Pendapatan para petani kita yang
mengusahakan tanaman buah-buahan tidak terjejas malah semakin
meningkat. Secara tidak langsung kita membantu para pengusaha
tanaman buah-buahan meningkatkan produktiviti mereka.
Jelaslah
bahawa makan buah-buahan tempatan lebih baik daripada makan bauahbuahan luar negara. Sekian, saya sudahi dengan lafaz terima kasih.

Karangan Jenis Laporan : Lawatan Ke Pulau Langkawi


Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau
Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya.
Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon
Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi.
Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid
dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini.

Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki
feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel
telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah
hari telah disediakan oleh pihak hotel.
Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempattempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri,
Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman
Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati
makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak
hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh
sedap dan lazat.
Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki kereta
kebal ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya
kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar
laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam
hidup kami.
Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai.
Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran
Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun
kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.
Laporan disediakan oleh,
Anita
(ANITA BT AHMAD)

2 Jun 2011

contoh karangan laporan perkhemahan


Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti perkhemahan unit
beruniform. Sebagai setiausaha Persatuan Pengakap, kamu diminta
menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.Tulis laporan kamu itu
selengkapnya.
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Lenga,
Muar.
Pada 20 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013, Sekolah Kebangsaan Lenga telah
mengadakan program perkhemahan unit beruniform di Kem Bekok.
Pasukan beruniform yang terlibat ialah Persatuan Pengakap, Tunas Puteri,
Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Puteri Islam.
Sebanyak 120 peserta yang mewakili unit-unit tersebut mengambil
bahagian. Mereka diiringi oleh 20 orang guru penasihat. Semua peserta
dan guru menaiki tiga buah bas yang disewa khas untuk ke kem tersebut
yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sekolah.
Di kem tersebut, para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan.
Setiap kumpulan diselia oleh dua orang guru pengiring Antara aktiviti

yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah merentas halangan,


ikhtiar hidup, keselamatan dalam air, pertolongan cemas, persembahan
nyanyian, serta pertandingan reka cipta.
Para peserta perkhemahan menunjukkan semangat kerjasama yang
erat umpama aur dengan tebing. Mereka didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan yang amat berguna terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup.
Mereka belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang
beracun, cara memasak, serta cara berlindung di dalam hutan.
Aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta
yang terlibat menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama
mereka selain mempamerkan disiplin yang tinggi dalam setiap aktiviti,
kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lenga, Encik Ghazali B. Hussin
ketika majlis penutupan program tersebut.
Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada thun hadapan.
Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.
Laporan disediakan oleh,
siti safiah
....................................................
(SITI SAFIAH BT SAFINGGI)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Lenga.
Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau
Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya.
LAPORAN LAWATAN KE PULAU LANGKAWI
Pada 29 Mei 2011, Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Mangkapon
Pitas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi.
Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Seramai 35 orang murid
dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini.
Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis jam 9:00 pagi. Kami menaiki
feri. Kami sampai di hotel Hilton tepat jam 12:00 tengah hari. Pihak hotel
telah menyambut kehadiran kami dengan tangan terbuka. Jamuan tengah
hari telah disediakan oleh pihak hotel.
Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran melawat tempattempat menarik dan bersejarah. Tempat tersebut ialah Makam Mahsuri,
Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman
Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke hotel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati makanan, kami menikmati
makan malam secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak
hotal. Antaranya sotong, ikan,udang dan lain-lain lagi. Rasanya sunguh
sedap dan lazat.
Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki kereta
kebal ke puncak gunung. Pemandangannya cukup menarik. Seterusnya

kami dapat menyelam untuk menikmati keindahan hidupan laut di dasar


laut. Pengalaman ini sangat beharga dan akan dijadikan kenangan dalam
hidup kami.
Pada hari terakahir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas cukai.
Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di Dataran
Helang. Kami tiba di sekolah dengan gembira. Walaupun keletihan, namun
kepuasan jelas terbayang pada wajah ahli Persatuan Sains.
Laporan disediakan oleh,
Anita
(ANITA BT AHMAD)
Setiausaha Persatuan Sains
SK. Mangkapon, Pitas.

2 Jun 2011

Cara-cara Melahirkan Sikap Berjimat Cermat.


Terim kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru
Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian.
Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pad pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yng
bertajuk Cara-cara melahirkan Sikap Berjimat Cermat . Amalan berjimat
cermat membawa maksud berhemat dalam perbelanjaan. Amalan ini
berententangan dengan sikap boros yang boleh mendatangkan kepapaan.
Hadirin yang dikasihi,
Salah satu cara untuk berjimat cermat adalah dengan mengawl
nfsu ketika berbelanjaan. walaupn banyak barang yang diingini, tetapi
belilah barang yang perlu sahaja.
Jika ada duit lebihan, simpanlah untuk kegunaan ketika perlu.
Ibu bapa pula hendaklah mengajar anak-anak mereka akan
pentingnya berjimat cermat walaupun anak kemungkinan kecil hati.
Jangan bemberikan wang yang banyak kepada mereka sebagai belanja
persekolahan kerana amalan itu akan melahirkan sikap boros. Wang yang
diperolehi oleh anak-anak seperti hadiah sempena hari raya hendaklah
disimpan di dalam bank.
Hadirin yang dimuliakan,
Menggalakkan anak-anak membawa bekal kesekolah
merupakan satu cara berjimat. Cara ini dapat menjimatkan
perbelanjaan.Malah, dapat menjamin makanan si anak bersih dan
berkhasiat.
Sekian dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur
diri, saya berharap agar amalan berjimat cermat dapat dijadikan budaya
hidup kita.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai