SPI - Bil 2 - 1996 - Penampilan Pelajar Dan Kekemasan Berpakaian
SPI - Bil 2 - 1996 - Penampilan Pelajar Dan Kekemasan Berpakaian
SPI - Bil 2 - 1996 - Penampilan Pelajar Dan Kekemasan Berpakaian
JABATAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN) Telefon : 03-2556900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Kawat : “PELAJARAN”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (33)
Tarikh : 24 Jun 1996
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
Kementerian Pendidikan amat memandang berat terhadap sebilangan pelajar yang tidak
menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam berpakaian, seperti tidak
memasukkan kemeja ke dalam seluar, tidak mengikat tali leher dengan kemas, tidak
mengancing butang baju, berkasut kotor atau tidak berkilat, tidak memakai kain samping
dengan kemas, tidak menyikat rambut dengan rapi serta tabiat-tabiat lain yang
memperlihatkan nilai-nilai yang tidak diingini. Fenomena ini jika tidak ditangani segera
dikhuatiri akan menjejaskan hasrat dan matlamat kerajaan untuk meningkatkan taraf
pendidikan negara jika kita ke taraf dunia.
Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini semua sekolah diminta mengambil langkah dan
tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi memastikan amalan-amalan ke arah
pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik dapat dilakukan.
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.
Sekian.
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia