Kertas Konsep Permainan Tradisional

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KONSEP PERMAINAN TRADISIONAL

BATU SEREMBAN

1.0 PENGENALAN PERMAINAN.

Permainan Batu Seremban memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Objek-objek seperti
guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang
berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu
seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di
mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga
harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-
kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.
Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji
buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau
peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

2.0 SEJARAH PERMAINAN

Permainan Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat ialah
sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah
utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini
dikenali sebagai Batu Seremban. Banyak spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul
permainan ini. Tiada bukti yang sah menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan
bagaimana ia tercipta kerana ia hanya diceritakan dari mulut ke mulut.
3.0 MATLAMAT PERMAINAN.

Matlamat Pertandingan Permainan Tradisional ini adalah untuk memberi peserta


peluang menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dipelajari disamping itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat dan permainan
tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, peserta berbangsa Cina dan India dapat mengetahui
salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang melayu Secara keseluruhan, pertandingan ini
bertujuan mengekalkan permainan ini di persada seni dan budaya agar generasi akan datang
dapat menikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang zaman

4.0 OBJEKTIF PERMAINAN.

Psikomotor : Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan koordinasi mata dan
tangan peserta.
Kognitif : Meningkatkan kreativiti dan tahap keupayaan peserta untuk bermain
dengan baik dan mendapatkan mata yang tertinggi
Afektif : Mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan penganjur.

5.0 KUMPULAN SASARAN.

PPISMP Semester 2. (rujuk lampiran 1)

 Pendidikan Islam 1
 Pendidikan Islam 2
 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 1
 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 2
 Pendidikan Pemulihan 1
 Pendidikan Pemulihan 2

6.0 TARIKH.

Karnival Permainan Tradisional 2011 PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5 ini akan di
jalankan pada 8/9 Mac 2011
7.0 TEMPAT PERMAINAN

Dewan Besar IPG Kampus Darulaman.

8.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN.

Sebelum pertandingan

Pengerusi : Mohd Hazman bin Mohd Kasmani

AJK Tempat : Mohammad Afif bin Sofian

AJK Teknikal : Nur Sufiana binti Md Sith

AJK Tugas Khas : Najiyah binti Ismail

Semasa Pertandingan

Ketua hakim : Najiyah binti Ismail

Hakim mata : Mohd Hazman bin Mohd Kasmani

Mohammad Afif bin Sofian

Nur Sufiana binti Md Sith

9.0 PENGURUSAN PERMAINAN


9.1 Sebelum
9.1.1 Mengetahui jenis permainan tradisional yang perlu dikendalikan
9.1.2 Mengetahui cara bermain dengan betul.
9.1.3 Mengetahui semua peraturan yang ada dalam permainan.
9.1.4 Menyediakan borang penyertaan peserta.
9.1.5 Menyediakan borang keputusan pertandingan
9.1.6 Mengenal pasti dan menyediakan semua senarai peserta/pemain
9.1.7 Mengenal pasti alatan yang perlu digunakan.
9.1.8 Menyediakan ukuran teknikal gelanggang permainan.
9.1.9 Menyediakan kertas konsep berkaitan permainan tradisional yang hendak
dikendalikan.
9.1.10 Menetapkan peraturan dan cara pemarkahan
9.1.11 Menyediakan persembahan powerpoint untuk dibentangkan di dalam kelas kepada
rakan-rakan dan pensyarah penasihat.
9.1.12 Mengetahui jumlah alatan dan bajet yang diperlukan dalam permainan ini.
9.1.13 Berbincang dengan pensyarah penasihat mengenai kesesuaian permainan yang
ditetapkan.
9.2 Semasa
9.2.1 Memastikan peserta tiba awal di kawasan permainan.
9.2.2 Memastikan semua peserta/pemain berada dalam kumpulan masing-masing
9.2.3 Memastikan semua peserta betul mengikut nama di dalam borang penyertaan.
9.2.4 Memastikan semua peserta mendapat penerangan yang jelas mengenai cara
bermain dan peraturan
9.2.5 Memastikan kawasan permainan berada dalam keadaan yang selamat
9.2.6 Memastikan semua alatan yang hendak digunakan mencukupi.
9.2.7 Memastikan semua peserta bermain dengan jujur.
9.2.8 Memastikan jadual perlawanan berlangsung mengikut seperti yang telah dirancang.
9.2.9 Memastikan peserta bermain dalam keadaan yang terkawal yakni tiada sebarang
gangguan daripada segi mental,emosi dan fizikal.
9.2.10 Memastikan Ajk Teknikal menjalankan tugas di setiap kawasan permainan.
9.2.11 Memastikan mata dikira dengan betul.

9.3 Selepas
9.3.1 Membersihkan kawasan permainan.
9.3.2 Membuat refleksi mengenai pengendalian permainan tradisional.
9.3.3 Membuat post-mortem.
9.3.4 Menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan.
10.0 PERATURAN PERMAINAN

Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh setiap pemain iaitu:

10.1 Semasa batu seremban itu diselerakkan di lantai, pemain yang ingin memungut
batu tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang terletak diatas lantai.
Jika terdapat pemain yang tersentuh batu tersebut maka pemain itu dianggap mati
10.2 Bagi pemain yang melambungkan batu seremban, pemain tersebut perlu
menyambut batu yang dilambung sebelum batu tersebut jatuh. Jika batu tersebut
jatuh sebelum dapat disambut oleh pemain yang melambungkannya, maka pemain
itu dianggap mati
10.3 Setelah pemain yang sebelumnya atau yang sedang mendahului permainan
membuat kesalahan, maka pemain yang berikutnya akan meneruskan permainan.
10.4 Setiap pemain hanya diberikan masa 2 minit untuk bermain dan memungut
sebanyak mata yang boleh dan pemain akan melalui 3 pusingan atau 3 kali peluang
bermain untuk setiap perlawanan
10.5 Jika seseorang pemain yang telah mati, maka pemain yang mati itu hanya boleh
menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya kembali, iaitu setelah
semua pemain yang selepasnya mati atau telah membuat kesalahan.
10.6 Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui oleh kesemua
pemain.
10.7 Untuk menentukan pemenang bagi permainan batu seremban ini ialah pasukan
yang memperolehi mata yang paling banyak maka dialah yang akan dikira sebagai
pemenang.
10.8 Setiap penyertaan kumpulan mestilah mempunyai tiga orang peserta
10.9 Setiap pemain mestilah terdiri daripada ahli kelas yang sama.
10.10 Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya satu borang penyertaan.
10.11 Pemain lain yang tidak bermain dilarang menggangu tumpuan pemain yang sedang
bermain.
10.12 Pemain yang cuba melakuan perkara yang boleh mengganggu pihak lawan akan
diberikan amaran dan jika perlakuan tersebut dilakukan sebanyak 3 kali pemain
akan dibuang gelanggang.
10.13 Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas perlawanan
tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur
10.14 Keputusan pengadil adalah muktamat.
10.15 Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada urusetia dan
hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya perlawanan yang
berkenaan beserta wang cagaran RM 50 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja).
Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal.

11.0 PROSEDUR PERMAINAN


11.1 Pada permulaan, pemain akan mengumpulkan ketujuh-tujuh biji batu kecil dengan
sebelah tapak tangannya.
11.2 Setelah dikumpulkan batu-batu tersebut maka batu-batu itu akan diselerakkan di
atas lantai.
11.3 Setelah diselerakkan, pemain tersebut akan mengambil salah sebiji batu(buah ibu)
yang diselerakkan di atas lantai untuk dilambungkan ke udara. Sebelum batu yang
dilambungkan itu jatuh, pemain akan memungut atau mengutip sebiji lagi batu kecil
yang berada di atas lantai sambil menyambut semula batu yang dilambung itu
dengan menggunakan tangan yang sama.
11.4 Pemain yang sedang bermain perlu meletakkan batu yang telah dipungut itu untuk
diletakkan di tepi dan seterusnya pemain dikehendaki memungut dua biji batu
secara serentak.
11.5 Kemudian pemain tersebut akan memungut tiga biji batu lagi pada lambungan
ketiga sehinggalah terkumpul tujuh biji batu seperti asal.
11.6 Selepas cukup tujuh biji batu dikumpul para pemain perlu menimbang seperti yang
dinyatakan di bawah cara menentukan giliran.
11.7 Setiap pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing yang akan
ditentukan dalam undian
11.8 Johan setiap kumpulan layak bertanding dalam pusingan seterusnya iaitu sistem
kalah mati

12.0 ORGANISASI PERMAINAN

Rujuk Lampiran 2
13.0 SENARAI PERALATAN

Rujuk Lampiran 3

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada perbelanjaan

15.0 PENUTUP

Akhir sekali, diharapkan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional ini diharapkan


dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama bersama ahli-ahli yang lain. Melalui
pengendalian pertandingan ini juga diharapkan peserta mendapat pendedahan mengenai
permainan tradisional yang semakin dilupakan ini. Semoga dengan pengelolaan ini kami
mendapat pendedahan awal untuk digunakan di sekolah kelak.
Lampiran 2

ORGANISASI PERMAINAN

2m

1m
1m

6.7m

1m 1m

6.1m
Catatan

Meja Ketua Hakim

Kawasan Keseluruhan

Kawasan Permainan Kumpulan


Lampiran 3

SENARAI PERALATAN

Berikut merupakan senarai peralatan yang diperlukan.

Bil Perkara Kuantiti


1 Batu kerikil 35 ketul
2 Meja Ketua Hakim 2 buah
3 Kerusi 2 buah
4 Kertas A4 10 helai
5 Pen 4 Batang
6 Pita Pelekat 1 Gulung
7 White board 1 buah
8 White board marker 3 batang
Lampiran 4

ANGGARAN PERBELANJAAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA
KEDAH DARUL AMAN

BORANG PENYERTAAN PERMAINAN TRADISIONAL


( BATU SEREMBAN )

KUMPULAN : ………………………………………………………….
NAMA PASUKAN : ………………………………………………………….
KETUA PASUKAN : ………………………………………………………….

BIL NAMA PESERTA NO KAD PENGENALAN NO TELEFON

Syarat dan Peraturan


1. Setiap penyertaan kumpulan mestilah mempunyai tiga orang peserta
2. Setiap pemain mestilah terdiri daripada ahli kelas yang sama.
3. Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya satu borang penyertaan.
4. Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada urusetia dan hendaklah
diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan beserta
wang cagaran RM 50 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja). Wang tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA
KEDAH DARUL AMAN

BORANG PEMARKAHAN BATU SEREMBAN

KUMPULAN : ………………………………………….

Nama Pasukan Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Jumlah mata Kedudukan

Anda mungkin juga menyukai