Pengenalan Pendidikan Pergerakan
Pengenalan Pendidikan Pergerakan
Pengenalan Pendidikan Pergerakan
Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR ( 1999 ). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu - gimnastik pendidikan - gimnastik artistik - gimnastik irama - pergerakan kreatif Salah satu bidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan itu secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian 1) Pergerakan Lokomotor 2) Pergerakan Bukan Lokomotor 3) Manipulasi Alatan
1. PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Arah: Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan BENTUK PERGERAKAN LOKOMOTOR BERJALAN Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan 2. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan 3. Berjalan dengan melakonkan gaya gergasi berjalan 4. Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan 5. Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak 6. Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan 7. Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan 8. Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan 9. Berjalan naik tangga
BERLARI Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus 2. Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. 3. Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan 4. Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat di berikan dan berlari semula 5. Berlari kehadapan serta berundur kesisi 6. Berlari mengikut seorang ketua 7. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan 8. Berlari mengikut arah zig zag 9. Lari beberapa langkah dan kemudian melompat MELOMPAT Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat seperti rusa melompat pagar 2. Melompat tali atau garisan di atas lantai 3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai 4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan 5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 9. Melompat sambil mengubah arah lompatan
MELOMPAT KETINGTING Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan 1. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan 2. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat 3. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak MERANGKAK Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Merangkak melalui pelbagai halangan 2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah 3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat 4. Merangkak melalui tali
BERDIRI Di antara aktiviti berdiri yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Berdiri lurus 2. Berdiri dengan membongkok ke hadapan 3. Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan 4. Berdiri dengan memusing pada paras pinggang 5. Berdiri dengan mengilas ke kiri dan ke kanan 6. Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri 7. Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki 8. Berdiri dengan memusing tangan ke kiri dan ke kanan
3. MANIPULASI ALATAN
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah. KONSEP Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain. BENTUK PERGERAKAN MANIPULASI ALATAN Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah: MEMBALING DAN MELAMBUNG Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula 4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula 5. Meleretkan bola kesasaran
MENYAMBUT Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula 4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan 5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan MEMUKUL Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Memukul alatan dengan tangan 2. Memukul alatan dengan gengaman 3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran 4. Melambung belon keudara dan kemudian memukul 5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.