BM

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 27

1.

Pantun Enam Kerat


1.1.Maksud pantun:
Rangkap 1: kekecewaan yang dialami dalam percintaan tidak dipedulikan lantaran adanya kekuatan diri dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekecewaan tersebut sangat memedihkan. Rangkap 2: Semua perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, dan bukan disebabkan salah ibu yang mengandungkannya. Rangkap 3: Kekecewaan seseorang terhadap kekasihnya yang sudah menemui pengganti sehingga kekasih yang lama itu sudah tidak disayangi atau dihiraukan lagi.

1.2. Tema:
Pantun enam kerat bertemakan kekecewaan dalam percintaan.

1.3. persoalan:
Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam percintaan. Reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup. Kesetiaan seseorang terhadap pasangannya dalam percintaan.

1.4. Bentuk pantun:


Puisi terikat/tidak bebas. Terdiri daripada 3 rangkap. Enam baris setiap rangkap. Empat hingga lima patah kata dalam satu baris. Sembilan hingga sebelas suku kata setiap baris. Rima akhir: abcabc(sekelang)

1.5.Unsur keindahan:
Pemilihan katanya (diksi) indahdan ayat/baris disebut adalah puitis: Buluh bersisip tali jerami Sarat bermuat ikan cencaru Unsur gaya bahasa: Peribahasa: Ibarat kaca jatuh ke lantai Ibarat melukut di tepi gantang. Sinkope: Rasa pedih buat tak hirau Anafora: Sudah takdir sudah suratan Sudah nasib jadi begini

Epifora; Gelama tidak berumpan lagi Yang lama tidak berkenan lagi. Inverse: Hati luka pura tiada (sepatutnya: hati luka tiada pura) Unsur bunyi: Asonansi: Pengulangan bunyi vokal a: Putik kelapa menjadi muda. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan s: Sudah takdir sudah suratan Rima akhir: Pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi

Putik kelapa menjadi muda, Kelapa muda menjadi kemirau, Sudah kemirau menjadi kotai, Hati luka pura tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai. Jeda; Pemberhentian suara sekejap ditengah baris

1.6. Nilai:
Ketahanan diri: memiliki ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi masalah percintaan . Percaya pada qada dan qadar: semua perkara yang berlaku adalah ketentuan Tuhan dan manusia harus menerimanya dengan reda. Kesetiaan: Kesetiaan seseorang yan tidak berbelah bahagi terhadap pasangannya. Ketabahan: tetap tabah ketika menghadapi kekecewaan dalam percintaan.

1.7.Pengajaran:
Kita hendaklah mempunyai kekuatan diri untuk melawan segala kekecewaan yang berlaku dalam hidup kita. Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kita hendaklah tabah menghadapi permasalahan cinta beralih arah yang berlaku antara pasangan kekasih. Janganlah kita mudah lupa akan kasih sayang orang lain terhadap kita.

2.pantun lapan kerat

2.1.maksud pantun:
Rangkap 1: seseorang itu perlu ada sifat sabar dalam dirinya kerana sifat sabar merupakan ciri bagi orang yang beriman. Kesabaran akan menyebabkan hati seseorang itu sukar untuk dipengaruhi iblis sekali gus membolehkannya berjaya dalam hidup. Rangkap 2: Kelahiran seorang utusan istimewa yang merupakan keturunan Nabi Adam yang turun dari langit ketujuh dan akhirnya menjadi pembimbing kepada manusia. Rangkap 3: Warisan bangsa dan tanah air telah musnah akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya timur yang menjadi tunjang peradaban masyarakatnya telah dicemari oleh budaya barat, manakala bahasa melayu yang dituturkan sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya yang tinggi.

2.2.Tema:
Bertemakan sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke bumi, dan sifat leka yang membawa padah kepada manusia.

2.3.Persoalan:
Sifat sabar merupakan kunci utama kejayaan seseorang. Kelahiran seorang utusan Allah yang amat istimewa. Pencemaran Budaya Timur dan Bahasa Melayu akibat pengaruh barat.

2.4.Bentuk pantun:
Puisi terikat/tidak bebas. Terdiri daripada 3 rangkap. Lapan baris serangkap. Tiga hingga lima patah kata dalam satu baris. Lapan hingga tiga belas suku kata setiap baris. Rima akhir: abcdabcd(sekelang)

2.5.Unsur Keindahan:
Pemilihan katanya diksi/indah dan ayat atau baris yang disebut adalah puitis: Ikan teluk parang-parang Bukan makhluk sebarang-barang. Unsur gaya bahasa: Personifikasi: Kebudayaa timur dinodai barat.

Inversi: Akhirnya tuan menang berjaya(sepatutunya: tuan berjaya menang akhirnya) Hiperbola: Bahasa ibunda hina terbiar. Unsur bunyi; Asonansi: Pengulangan bunyi vokal i Tidak patah digoncang iblis. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan n Bumi kandungan nenek moyangku

2.6.Nilai:
Kesabaran: bersabar apabila menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang. Kesyukuran: bersyukur kerana seseorang yang amat istimewa telah diutuskan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di muka bumi. Tanggungjawab: bertanggungjawab terhadap bahsa ibunda, budaya timur, dan keharmonian negara. Menghargai: menghargai bahasa ibunda, budaya Timur dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun.

2.7.Pengajaran:
Kita hendaklah menanamkan sifat sabar apabila melakukan sesuatu perkara atau tugas. Kita hendaklah bersyukur kerama memperoleh seorang utusan Allah untuk membimbing dan memimpin hidup kita ke jalan yang mulia. Kita janganlah mudah terpengaruh oleh budaya barat sehingga mencemarkan ketulenan budaya timur yang kita warisi sejak zaman berzaman.

3.Syair makna riak


3.1.maksud syair:
Rangkap 1: syair ini mengungkap maksud riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik. Rangkap 2: Ada perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Naun hakikatnya, kebersihan tubuh badan tidak diambil kira. Rangkap 3:Orang sebegini berpura-pura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangkakan warak, iaitu tidak mementingkan keduniaan. Dia juga sering berhemah, sedangkan hatinya memandang keduniaan. Rangkap 4: Ada pula perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas menunjukkan kehebatan berceramah atau bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun dia sering mencampuradukkan perkara baik dan buruk. Rangkap 5: Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui percakapan yang kononya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan bahawa dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat demikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan diberi ganjaran tertentu. Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan dengan cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala,meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan. Rangkap 7: Ada perbuatan riak ditunjukkan dengan melakukan amalan berzikir. Orang sebegini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun, niat atau maksud sebenarnya adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan tersebut atau untuk mendapatkan pengaruh. Rangkap 8: Sesungguhnya, semua perbuatan riak tersebut akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.

3.2.Tema:
Bertemakan perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

3.3.Persoalan:
Sikap berpura-pura dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada sesama manusia. Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam amalan dan ibadat. Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan di sebalik amal ibadat. Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat. Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian. Kemurkaan Allah terhadap perbuatan riak.

3.4.Bentuk syair:
puisi terikat/ tidak bebas Terdiri daripada 8 rangkap Semua baris dalam setiap rangkap adalah maksud. Tiga hingga lima patah kata dalam satu baris. Lapan hingga empat belas suku kata sebaris. Rima akhir: aaaa

3.5.Unsur Keindahan:
Pemilihan katanya diksi/indah dan ayat /baris yang disebut adalah puitis: Terkadang bercakap ilmunya mantik. Bicara hayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik. Unsur gaya bahasa: Simile: Terkadang jazbah seperti gila Sinkope: Mengiringkan beberapa puasa tak makan. Personifikasi: lidah berzikir Allah Taala. Bahasa arab: Jazbah, kasad, wali, tasbih Inversi: Sukalah orang memberinya gundik(sepatutnya: orang sukalah memberinya gundik) Repitisi: terkadang Unsur bunyi: Asonansi: Pengulangan bunyi vokal a Kemudian dinyatakan makna riak Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan k Terkandang riak dengan pakaian

3.6. nilai:
Kejujuran: sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh Tuhan. Kebersihan fizikal dan mental: mengutamakan aspek kebersihan diri walaupun sibuk melakukan amal ibadat. Kerajinan: rajin menyampaikan ceramah atau berucap di majlis keraian. Kesederhanaan: bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan.

3.7.Pengajaran:
Kita hedaklah bersikap jujur dalam melakukan sebarang perkara atau tugasan. Kita mestilah mementingkan kebersihan diri kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegin merupakan sifat yang terpuji. Kita seharusnya bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agam demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

4.syair pemberontakan patani


4.1.Maksud syair: Rangkap 1: Betara menitahkan Laksamana ke Patani, di sana Raja Senggora akan dihukum. Rangkap 2: Hukuman terhadap yang bersalah itu kekal, walaupun ada permohonan maaf. Rangkap 3: Laksamana tidak berani menunjukkan kebimbangannya setelah menerima arahan daripada Betara kerana arahan itu berkaitan dengan tanggungjawabnya memelihara keamanan negeri. Sekiranya arahan itu diingkari akan menimbulkan keadaan huru-hara dalam negeri pula. Rangkap 4: Ibu saudara Laksamana, Bonda Duli Mahkota Indera sedang sakit tenat. Oleh itu, laksamana berasa serba salah untuk meninggalkan ibu saudaranya. Rangkap 5: Bencana yang bakal menimpa itu akan menyebabkan kemudaratan kepada negeri. Oleh itu, betara menitahkan agar dijatuhi hukuman bunuh. Rangkap 6: Setelah mendengar arahan Betara yang juga disebut sebagai Sang Nata, Laksamana telah membulatkan hatinya untuk melaksanakan arahan tersebut sambil menyerahkan segalanya kepada Allah. Rangkap 7: laksamana, mahu menjunjung daulat raja. Dia sanggup menghadapi sebarang kesusahan demi memastikan keselamatan negerinya. Rangkap 8: Laksamana berjalan dengan perasaan hampa. Dalam masa yang sama, dia tidak melupakan ibu saudaranya yang sedang sakit itu. Laksamana juga yakin bahwa dia tidak akan berjumpa dengan ibu saudaranya kerana beliau sakit tenat. Rangkap 9: laksamana mengutamakan kepentingan negeri lebih daripada kepentingan diri. Hal ini yang demikian kerana yang sakit itu Cuma seorang, sedangkan ancaman musuh akan memusnahkan seluruh negeri. Rangkap 10: Titah Betara bagi mendapatkan cogan Raja Senggora dilaksanakan tanpa bertangguh-tangguh lagi.

4.2.tema:
Bertemakan semangat patriotik atau cinta akan tanah air seorang tokoh sejarah, iaitu laksamana. Laksamana yang mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi tanpa berlengah-lengah melaksanakan tugas yang diberikan oleh Betara walaupun beliau berdepan dengan keadaan ibu saudaranya yang sedang sakit tenat.

4.3.Persoalan:
Ketaatan terhadap pemerintah dalam melaksanakan tugas yang diberikan . Kepentingan negara adalah lebih utama daripada kepentingan diri dan keluarga. Tanggungjawab dan sifat amanah pegawai kerajaan untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. Sikap pasrah dan berserah kepada Allah sepanjang melaksanakan tugas. Kesanggupan berkorban jiwa dan raga demi kemakmuran negara.

4.4.Bentuk syair:
Puisi terikat/tidak bebas. Sepuluh rangkap Empat baris serangkap, tiga hingga lima patah kata setiap baris dan semiblan hingga 13 suku kata setiap baris. Rima akhir: aaaa

4.5. Unsur keindahan:


Pemilihan katanya diksi/indah dan ayat atau baris yang disebut adalah puitis.: Jadilah dititahkan duli hadirat Daulat baginda barang berdiri Unsur gaya bahsa: Kata arkaik/klasik: Dura, pegari Bahasa istana: Dititahkan,bonda, daulat ,baginda Repitisi: Mendapat cogan Raja Senggora= r1,b3,r10,b4. Negeri= r1,b2,r3,b3,r7,b3,r9,b2+4 Inversi: Pada laksamana emak saudara(sepatutunya: emak saudara pada laksamana) Berjalan ia berhati hampa(sepatutnya: ia berjalan berhati hampa) Unsur bunyi: Asonansi: Pengulangan bunyi vokal a Kesalahan pinta dimaafkan. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan d Daulat baginda barang berdiri

4.6.Nilai
Taat/setia: laksamana taat kepada perintah Betara untuk mendapatkan cogan Raja Senggora Berkorban: laksamana sanggup berkorban demi kepentingan negara. Keberanian: laksamana berani ke negeri patani untuk menghapuskan pemberontak. Tawakal: laksamana menghadapi masalah yang menimpa dirinya dengan sabar dan bertawakan kepada Allah atas suratan takdir. Kasih sayang: laksamana sangat sayang akan ibu saudaranya yang sedang sakit tenat.

4.7.Pengajaran:
Kita mesti taat akan perintah yang diberikan oleh ketua. Setiap rakyat harus berani menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan negara. Kepentingan negara hendaklah didahulukan dan diutamakan daripada kepentingan diri dan keluarga. Kita hendaklah sanggup berkorban jiwa dan raga demi kemakmuran negara. Janganlah kita melengah-lengahkan urusan negara bagi memastikan kelancaran dan kelicinan pemerintahan sesebuah negara. Kita hendaklah mengambil berat akan musibah yang ditanggung oleh ahli keluarga kita.

5.gurindam tonggak dua belas


5.1.Maksud gurindam:
Rangkap 1: Sarana agar bijak menghargai masa dan jangan suka bertangguh. Rangkap 2: Usaha atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun akan membawa kejayaan dan pekerjaan itu pula hendaklah dilakukan mengikut kemampuan diri. Rangkap 3: saranan agar melaksanakan tugas dengan seronok dan ceria tanpa perasaan sedih. Rangkap 4: saranan agar hidup dalam serba sederhana dan bijak bertindak. Rangkap 5: saranan agar mengamalkan sikap berpekerti mulia dalam kehidupan, manakala ketulusan hati pula dijadikan bekalan. Rangkap 6: kekuatan sifat baik hati akan menjadikan seseorang itu lebih bertimbang rasa dan bersimpati terhadap orang lain. Rangkap 7: segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat. Pengaruh teladan positif dapat mendatangkan hasil dan keuntungan yang baik, manakala pengaruh teladan negatif dapat membawa padah dan kerosakan. Rangkap 8: Tugas yang diamanahkan itu perlu dijalankan secara bersederhana tetapi ketegasan juga perlu diutamakan. Rangkap 9: saranan agar mengutamakan sifat berhemat dalam pelbagai aspek untuk mengelakkan perbuatan membazir. Rangkap 10: dengan mengutamakan sifat sabar, fikiran kita akan menjadi tenang. Dengan demikian, perkara yang rumit akan menjadi lebih mudah. Rangkap 11: usaha meningkatkan bakat dan kemahiran perlu disokong kerana kebolehan yang ditunjukkan dapat menjadi dorongan kepada diri dan orang lain. Rangkap 12: daya kreativiti perlu dijadikan budaya agar bakat akan terus berkembang.

5.2.Tema:
Bertemakan jati diri, iaitu menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan negara. Jati diri dapatt dibentuk menerusi sifat dan nilai positif seperti menghargai masa, ketekunan dan kegigihan bekerja, kesederhanaan, ketulusan hati dan sebagainya.

5.3.Persoalan:
Sikap pandai menghargai masa. Ketekunan dan gigih bekerja akan menjamin kejayaan. Amalan ikhlas dan telus dalam menjalani kehidupan seharian. Pengaruh pemimpin terhadap orang bawahan. Sifat sabar ketika menghadapi kerumitan. Kreativiti dalam menjanakan usaha yang inovatif.

5.4.Bentuk gurindam
Puisi terikat/tidak bebas. Terdiri daripada 12 rangkap. Dua baris serangkap, empat patah kata setiap baris, dan 9 hingga 15 suku kata setiap baris. Rima akhir:aa

5.5.Unsur keindahan
Unsur gaya bahasa: Kata arkaik/klasik: Durja Kata pinjaman: Kreatif,aktif Repitisi: Kebijaksanaan=r4,b2,r9,b1 Responsi: Ketinggian peribadi jadi amalan Ketulusan hati jadi bekalan. Unsur bunyi: Asonansi: Pengulangan bunyi vokal i: Ketinggian peribadi jadi amalan . Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan r: Wajah ceria keseronokan bekerja.

5.6.nilai.
Kebijaksanaan: bijak melaksanakan pekerjaan untuk memastikan keberkesanannya. Sederhana: kesederhanaan dalam penampilan diri, pertuturan, pergaulan, dan sebagainya merupakan perbuatan yang terpuji. Ketinggian peribadi: menuntut setiap individu memiliki keperibadian yang mulia dalam kehidupan supaya disenangi ramai. Kekuatan sifat baik hati: mendorong individu agar bersikap lebih bertimbang rasa dan mengawal rasamementingkan diri. Menjalankan kewajipan: menjalankan amanah dan kewajipan dengan sebaik mungkin. Sabar: sentiasa tabah, tenang dan berlapang dada dalam melaksanakan tugas harian. Berfikiran kreatif: berfikiran kreatif akan menjanakan usaha ysng inovatif dan membolehkan seseorang berusaha dengan aktif.

5.7.Pengajaran:
Kita perlu sedar akan kepentingan masa kerana masa adalah emas. Setiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan tekun untuk mencapai kejayaan. Janganlah kita bersifat boros, bermewah, dan berbelanja tanpa kawalan hingga memudaratkan diri. Kita mestilah bertindak bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kita mestilah melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas agar membawa keberkatan.

6.Seloka si luncai

6.1.maksud seloka:
Si luncai dibiarkan dengan sikap malasnya meskipun dia memiliki segala-galanya untuk menjadi insan yang cemerlang. Antara sikap malas si luncai termasuklah tidak menjaga rumah, mengabaikan anak-anak, tidak menjaga ternakan dengan baik dan tidak mengusahakan kebunnya.Selain itu, si luncai juga tidak belajar hingga sempurna, tidak memahami secara mendalam kitab yang dipelajari, tidak ada pengaruh walaupun berkuasa, dan tidak menggunakan kudratnya untuk berusaha. Akhirnya, si luncai tetap dengan dunianya sendiri.

6.2.Tema;
Bertemakan sikap tidak pandai menggunakan kecerdikan atau kelebihan yang dimiliki ke arah kebaikan. Si luncai ada segala-galanya sebagai orang yang berjaya dalam hidupnya, iaitu keluarga, harta, ilmu, kuasa dan kudrat tetapi dia bersifat malas. Akhirnya dia gagal dalam hidup dan tenggelam dalam dunianya sendiri.

6.3.persoalan:
Tanggungjawab menjaga rumah. Kegagalan melatih atau mendidik anak-anak dengan baik. Malas mengerjakan kebun dan membela haiwan ternakan Tidak menggunakan kecerdikan ke jalan yang betul Menuntut ilmu separuh jalan sahaja atau tidak sampai sempurna. Berilmu tetapi bertindak tanpa menggunakan akal. Sikap tidak ambil endah terhadap keadaan persekitaran.

6.4.Bentuk Seloka.
Puisi bebas Terdiri daripada satu rangkap sahaja. 12 baris serangkap,bilangan kata dalam setiap baris adalah seimbang, iaitu empatr patah kata, kecuali baris kesebelas=dua patah kata, dan baris kedua belas=lima patah kata. Enam hingga tiga belas suku kata. Rima akhir:abcdefgbhab

6.5.Unsur Keindahan:
Unsur gaya bahasa: Repitisi: Biarkan,biarkan=baris1 dan baris11. Si luncai=b1 dan b11

Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada mengkaji, Ada mata tiada kuasa, Ada kuat tiada buat. Unsur bunyi: Asonansi; Pengulangan bunyi vokal a: Ada mata tiada kuasa Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan d: Ada cerdik tiada selidik

6.6.Nilai:
Berilmu: orang yang berilmu akan bertambah mantap ilmu dan pengetahuannya dengan melakukan pelbagai penyelidikan dan kajian. Kerajinan: rajin menuntut ilmu pengetahuan.

6.7.Pengajaran:
Ibu bapa mesti melatih dan mendidik anak-anak supaya anak-anak dapat berdikari. Kita hendaklah mengamalkan budaya bercucuk tanam dan berkebun kerana dapat memberikan manfaat serta mengelakkan tanah terbiar. Kita perlu memiliki minat untuk mendalami sesuatu disiplin ilmu. Kita hendaklah menggunakan pelbagai kebolehan dan keistimewaan diri untuk menjanakan kejayaan yang cemerlang. Kerja penyelidikan atau kajian mesti dilakukan bagi memastikan sesuatu isu difahami dan ditangani. Kita wajar menggunakan kelebihan diri untuk menjamin masa depan yang cerah. Sesuatu yang baik mesti dilaksanakan sewaktu ada kuasa atau pangkat kerana apabila pangkat sudah tiada, perkara baik itu sukar dilakukan.

1.dirgahayu bahasaku
1.1.Maksud sajak:
Rangkap 1: status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan secara rasmi dan dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang mengenang budi, patuh, dan setia. Rangkap 2: Bahasa Melayu merupakan maruah bangsa Malaysia yang perlu dipertahankan kedudukannya agar terus kukuh dan teguh. Keampuhan bahasa melayu membolehkan kehidupan menjadi lebih bijaksana dan sejahtera. Rangkap 3: Pejuang bahasa memiliki semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahasa di tanah air tercinta dan mengembangkan pengaruhnya ke seluruh dunia. Rangkap 4: Sejarah telah mencatatkan zaman kemahsyuran bangsa Malaysia. Mereka berjaya menjalinkan hubungan dengan negara-negara di seluruh kepulauan nusantara. Bahasa melayu turut dipandang tinggi serta berperanan sebagai bahsa pengantar dan bahsa perhubungan pada masa itu. Rangkap 5: Bahasa Melayu yang indah dengan kata-katanya dan kaya dengan pelbagai ilmu, seiring dengan kesopanan bangsa melayu berupaya untuk terus berkembang maju dalam arena antarabangsa dan semakin menempa kejayaan pada alaf baru.

1.2.Tema:
Bertemakan kedaulatan bahasa melayu yang tinggi martabatnya wajar dipertahankan.

1.3.Persoalan:
Kedudukan bahasa melayu sebagai bahsa kebangsaan. Kecekalan hati para pejuang bahasa untuk mengembangkan bahsa melayu. Peranan bahasa melayu sebagai bahsa ilmu, bahasa perpaduan dan penyatuan masyarakat. Penerimaan dan penghayatan masyarakat dunia terhadap bahasa melayu.

1.4.Bentuk Sajak
Bebas. Terdiri daripada 5 rangkap, bilangan baris dalam rangkap tidak sama dan bilangan kata dalam baris tidak sama. Enam hingga enam belas suku kata. Rima akhir,rangkap perama=abcd,rangkap kedua=aabab,rangkap tiga=aabb,rangkat keempat=aaabb,rangkap kelima=abacaa.

1.5.Unsur Keindahan
Pemilihan kata/diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu berkesan: Bahasa itu maruah bangsa Bahasamu bahasa minda. Unsur gaya bahsa: Hiperbola: Gagah pelautku membelah lautan Perlambangan atau imejan; Tempatmu di singgahsana

Metafora: lautan bijaksana Mutiara silam Sinkope; Merentas dunia tak bertepi Dirgahayu bahasaku Inversi: Gagah pelautku membelah lautan(sepatutnya: pelautku gagah membelah lautan) Anafora: Hak bangsaku memilikimu Hak bangsaku mendaulatkanmu Repitisi: Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan-rangkap 4, baris2. Dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam-rangkap 4, baris 4 Unsur bunyi: Asonansi; Pengulangan vokal e: Cekal dan waja semangat pejuangku Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan b: Bahsa itu maruah bangsa Daripada bangsa yang bernama melayu.

1.6.Nada:
Bernada patriotik.sajak ini sesuai untuk menggambarkan perasaan penyajak yang cinta akan bahsa melayu yang tinggi martabat dan kedudukannya.

1.7.Nilai:
Cinta akan bangsa dan bahasa kebangsaan: rakyat diseru agar mencintai dan mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara ini. Tanggungjawab: rakyat bertanggungjawab memastikan bahsa melayu tidak pupus dan dicemari oleh pengaruh bahasa asing. Hemah tinggi: rakyat menyanjungi kedaulatan bahsa melayu sebagai bahsa kebangsaan. Kesyukuran: bersyukur kerana bahasa melayu merupakan bahasa ilmu yang terkenal dan digunakan secara meluas di seluruh kepulauan musantara.

1.8.Pengajaran:
Kita hendaklah cinta akan bahasa melayu yang menjadi bahasa rasmi negara malaysia. Kita hendaklah terus mengekalkan kedaulatan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kita mestilah mempertahankan martabat bahasa melayu sebagai lambang jati diri bangsa daripada dicemari oleh bahasa asing. Kita haruslah menghormati bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam pelbagai bidang. Kita sewajarnya bersyukur kerana bahasa melayu yang diwarisi sejak turun-temurun masih diamalkan hingga kini.

2.kecek-(v)
2.1.Maksud Sajak:
Rangkap 1: seorang pengarah telah ,e,buka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri. Rangkap 2: seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan untuk membesarkan 12 orang anaknya. Namun begitu, petani tersebut tidak pernah mengharapkan balas ehsan daripada orang lain untuk meringankan beban yang dipikulnya sekian lama. Rangkap 3: seorang nelayan di kawasan pantai mencari rezeki di laut yang saban hari bergantung pada nasib dan keadaan cuaca di laut. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain kerana keadaan di laut sudah sebati dengan jiwanya. Rangkap 4: Tuhan sentiasa berpegang dengan janjiny-Nya. Setiap inci perbuatan baik atau jahat yang dilakukan oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak.

2.2.tema:
Bertemakan sifat manusia yang berbeza dalam melakukan sesuatu pekerjaan mempengaruhi kehidupan seseorang.

2.3.Persoalan:
Ketamakan harta dan wang ringgit sehingga sanggup menipu orang lain. Kesenangan hidup yang diperoleh daripada sumber rezeki yang tidak berkat. Kepayahan hidup kaum tani yang dilalui dengan tabah. Kegigihan kaum nelayan mencari rezeki yang halal. Setiap perbuatan baik dan buruk akan menerima balasan daripada Allah S.W.T.

2.3.Bentuk Sajak:
Bebas Terdiri daripada empat rangkap. Rima akhir: rangkap pertama-abbcdeba, rangkap kedua-abcdccefccb, rangkap ketigaabcccbebcfgc dan rangkap keempat-abcbd

2.4.Unsur keindahan:
Pemilihan kata atau diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu berkesan: Dia mencantum kemiskinan Tuhan tidak pernah mungkir. Unsur gaya bahasa: Personifikasi: Di rahang laut ternganga Perlambangan / imejan: Di rumah keadilan Metafora: Pagara sengsara Pusaran nasib

Sinkope: Tapi dia tidak pernah mengumpul Repitisi: Membuka akaun semasanya Membuka akaun kemiskinannya Membuka akaun sengsaranya. Unsur bunyi: Asonansi Pengulangan vokal u: Dan mengurung sederet anak-anaknya. Berlumut Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan g: Seorang pengarah Di rahang laut ternganga.

1.6.Nada
Bernada melankolik. Nada ini sesuai untuk menggambarkan kesengsaraan petani dan nelayan untuk meneruskan kehidupan demi menyara keluarga. Sajak ini juga menggambarkan sikap manusia yang berbeza dan ketegasan Allah dalam mengadili manusia.

1.7.Nilai:
Kejujuran: jujur dalam melakukan sebarang perbuatan. Ketabahan: seorang petani yang tabah membesarkan dua belas orang anaknya walaupun bergelumang dengan kemiskinan. Kegigihan: seorang nelayan dengan gigih mencari rezeki di laut luas yang amat berbahaya demi sesuap nasi. Keadilan: Allah amat adil dalam menilai setiap amalan baik dan buruk manusia.

1.8.Pengajaran:
Kita hendaklah bersikap jujur dan amanah dalam melakukan sesuatu perkara. Kita janganlah mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain demi kesenangan diri. Kita haruslah tabah menjallani kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Kita mestilah gigih berusaha demi memperoleh rezeki yang halal. Kita harus sedar akan balasan Tuhan bagi setiap perbuatan kita di akhirat kelak.

3.bangkitlah
3.1.Maksud sajak:
Rangkap1 :Generasi muda yang masih leka diseru agar segera bertindak kerana masa semakin pantas berlalu. Rangkap 2: keindahan panaroma dan kekayaan hasil bumi negara telah tersedia ada untuk diusahakan. Malangnya, generasi muda masih malas untuk merebut peluang tersebut. Rangkap 3: Generasi muda harus segera bertindak untuk menerokai hasil bumi yang banyak sebelum habis dirampas oleh orang lain. Rangkap 4: Generasi muda akan berdepan dengan pelbagai masalah jika mereka masih terus leka. Mereka akan menangis kesal sepanjang hayat kerana kehilangan segala-galanya. Rangkap 5: generasi muda diingatkan agar insaf dan segera bertindak sebelum terlambat. Hal ini demikian kerana orang lain belum lagi menikmati hasil bumi tersebut.

3.2.Tema:
Bertemakan seruan kepada generasi muda agar segera merebut peluang untuk memajukan diri dan membangunkan tanah air.

3.3.Persoalan:
Mengikis sikap malas dalam kalangan generasi muda untuk megelakkan ketinggalan dalam pelbagai aspek Penyesalan yang bakal berlaku kesan daripada sikap malas berusaha. Memulakan langkah untuk merebut peluang yang ada sebelum terlambat.

3.4.Bentuk Sajak:
Bebas dan terdiri daripada 5 rangkap. Tiga hingga empat suku kata sebaris. Rima akhir: rankap pertama-abcd, rangkap kedua-abbc, rangkap ketiga-abccd, rangkap keempatabcde dan rangkap kelima-abcd.

3.5.Unsur Keindahan:
Pemilihan kata/ diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu berkesan: Anak-anak yang sedang lena. Matahari belum lagi rembang. Unsur gaya bahasa: Personifikasi: Burung-burung belum lagi menjamah awan! Simpulan bahasa: air mata Paradoks: Kau mahu terus nangis Tanpa air mata?

Hiperbola: Madu bumi yang kekeringan. Isi laut kekosongan. Unsur alam: Burung-burung Awan Repitisi: Bangkitlah-r1-b2,r3-b1,r5-b2 Tanah atau batu-bata atau debu?=r4,b3 Inversi: Esok apa yang akan kaumakan?(sepatutnya: apa yang akan kaumakan esok?) Sinkope: Apa kau masih belum bangkit? Kau mahu terus nangis. Unsur bunyi: Asonansi: Pengulangan vokal i: Lihat jernihnya pagi ini. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan m: Madu bumi yang kekeringan Matahari belum lagi rembang.

3.6.Nada:
Bernada patriotik. Nada patriotik sesuai dengan sajak bangkitlah yang mengajak generasi baru untuk merebut peluang yang disediakan di depan mata.

3.7.Nilai:
Cinta akan negara: generasi muda diseru untuk membangunkan negara yang tercinta agar hasil bumi negara ini tidak terlepas ke tangan orang lain. Kerajinan: generasi muda diseru supaya rajin berusaha demi masa depan mereka. Kesyukuran: bersyukur kerana negara ini dikurnii limpah kekayaan bumi.

3.8.pengajaran:
Generasi muda hendaklah sedar bahawa merekalah yang akan menentukan jatuh bangunnya negara ini. Kita mestilah rajin berusaha demi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Kita hendaklah bersyukur kerana hidup dalam negara yang kaya dengan hasil bumi. Janganlah membiarkan hasil bumi dan ekonomi negara kita dikuasai oleh orang lain sedangkan kita hanya berpeluk tubuh.

4.Pasar Perasaan
4.1.Maksud sajak:
Rangkap 1: pelbagai ragam masyarakat dapat dilihat di warung-warung. Misalnya, di warung terdapat penjual sentimental dan para pengunjung yang terlalu mengikut emosi. Rangkap 2: golongan tersebut memperkatakan sesuatu menurut kata hati dan bukannya berfikir secara rasional dan menggunakan akal yang waras. Rangkap 3: golongan ini berhujah tanpa asas yang kukuh dan hujah itu pula mudah disangkal. Rangkap 4: di warung itu, masyarakat lebih banyak berbual-bual kosong. Rangkap 5: golongan ini hanya berkata-kata dengan membekalkan akal yang cetek dan pengetahuan yang dangkal semata-mata. Rangkap 6: penyair mendapati mereka yang berada di warung itu kaya dengan perasaan tetapi kurang bijaksana dalam bercakap atau bertindak. Rangkap 7: penyair mendapati pasar itu dipenuhi pengunjung yang tidak menggunakan akal fikiran dalam berurusan, tetapi penuh dengan hiruk-pikuk yang tidak mempunyai apa-apa makna.

4.2.Tema:
Bertemakan karenah golongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di warung-warung. Masyarakat ini menyuarakan pendapat mengikut perasaan tanpa menggunakan akal.

4.3.Persoalan
Pengunjung warung yang penuh dengan pelbagai sifat manusia. Sikap emosional ketika berkata-kata atau berhujah. Kepelbagaian isu semasa diperkatakan oleh pengunjung warung. Perbincangan golongan tertentu yang berasaskan fikiran dan pendapat yang dangkal.

4.4Bentuk sajak:
Berbentuk bebas dan terdiri daripada 7 rangkap. Enam hingga lima belas suku kata. Rima akhir: rangkap pertama-abb,rangkap kedua-abcd, rangkap ketiga-abbcd,rangkap keempatabc, rangkap kelima-abc, rangkap keenam-aaabb dan rangkap ketujuh-ab

4.5.Unsur keindahan:
Pemilihan kata/ diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu berkesan: Pada gerainya duduk penjual sentimental. Tetapi miskin dengan kebijaksanaan. Unsur gaya bahasa: Simile: Yang rapuh dan lapuk Bagai kayu buruk Yang mudah dipatahkan Bagai ranting kering. Metafora: pasar perasaan Kata pinjaman: Sentimental

Emosional. Repitisi: Ini pasar perasaan=r1-b1, r2-b1, r4-b1, r5-b1. Personifikasi: Ini pasar perasaan Yang memperdagangkan akal cetek Perlambangan atau imejan: Kayu buruk ( tidak berguna) Ranting kering (tidak bernilai) Sungai manusia (tempat ramai orang) Inversi: Di dalamnya mengalir sungai manusia ( sepatutnya: sungai mengalir di dalamnya) Responsi: Yang terbit daripada kalbu Bukan terbit daripada akal. Unsur bunyi: Asonansi: Pengulangan bunyi vokal i: Bagai ranting kering Tetapi miskin dengan kebijaksanaan. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan k: Bagai kayu buruk. Tapi miskin dengan kebijaksanaan.

4.6.Nada:
Bernada sinis. Nada sajak ini sesuai kerana menyindir segelintir masyarakat yang bercakap mengikut perasaan tanpa menggunakan akal.

4.7.Nilai.
Berhati-hati: berhati-hati ketika menyuarakan pendapat. Kebijaksanaan: bijak berkata-kata dengan menggunakan akal dan bukannya menurut hati atau perasaan. Rasional: bersikap rasional dalam setiap tutur kata atau tindakan supaya tiada masalah yang timbul.

4.8.Pengajaran:
Kita perlu bijak dalam menyampaikan pendapat atau menyuarakan perasaan. Kita hendaklah bersikap pasional dalam apa-apa jua perkara. Kita sewajarnya menggunakan akal apabila berhujah dengan pihak lain.

5.di bawah langit yang sama 5.1.Maksud sajak:


Rangkap 1: tidak kira sama ada di beriut atau kuala lumpur, semua manusia adalah sama. Mereka menghirup udara yang sama dan berteduh di bawah langit yang sama. Rangkap 2: penyajak menyatakan bahawa dia suka akan hujan rintik-rintik di kota london. Dia pernah juga terpikat akan kedinginan angin di washington. Dia mendapati pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya dengan di tempat orang lain. Rangkap 3: orang yang tinggal di australia atau di afrika juga tetap berada di bawah langit yang sama. Rangkap 4; penyajak ingin menyeberang laut china selatan, melayari lautan teduh, dan merentas lautan sutera. Dia ingin berkongsi siang dan malam, menyemaikan rasa cinta sejagat, dan memberikan harapan yang sama kepada warga dunia. Rangkap 5: meskipun warga dunia dipisahkan oleh peta, penyajak berharap agar sempadan yang memisahkan manusia itu sentiasa dibuka. Visa dan pasport hanyalah merupakan dokumen rasmi bagi pengenalan diri. Atas dasar perpaduan sejagat, manusia perlu membuang perasaan benci dan melupakan sengketa silam.

5.2.Tema:
Bertemakan kemanusiaan sejagat. Manusia yang ada di muka bumi ini adalah sama kerana semuanya berada di bawah langit yang sama.

5.3.Persoalan:
Tanggungjawab setiap manusia untuk mewujudkan keamanan dunia. Halangan-halangan hubungan baik antara masyarakat dunia. Perkongsian sumber alam secara adil dan saksama.

5.4.Bentuk Sajak:
Berbentuk bebas dan terdiri daripada lima rangkap. Dua hingga enam belas suku kata sebaris. Rima akhir: rangkap pertama-aabbaa, rangkap kedua-aabb, rangkap ketiga-aba, rangkap keempat-abcabbb dan rangkap kelima-aabbbcdeb

5.5Unsur keindahan:
Pemilihan kata/diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu berkesan: Tiupkan harapan senada. Kita dakapi mimpi yang tak berbeza. Unsur gaya bahasa: Reptisi: Di bawah langit yang sama-r1,b1 dan b6. Kata pinjaman: Visa, pasport dokumen. Hiperbola: Angin dingin-tajam. Layari lautan teduh rentasi laluan sutera.

Pelangikan zaman. Penggunaan ayat yang panjang: Pernah terpesona dengan angin tajam di washington. Aku ingin menyeberangi laut china selatan. Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam. Unsur bunyi: Asonansi: Pengulangan bunyi vokal o: Pohon-pohon hijau atau aneka warna. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan n: Pernah terpesona angin dingin tajam di washington.

5.6.Nada:
Bernada romantis. Nada ini sesuai dengan sajak tersebut yang menggambarkan perasaan penyajak yang menganggap semua masyarakat manusia adalah sama.

5.7.Nilai:
Kasih sayang: setiap insan adalah sama dan harus menyayangi atas nama kemanusiaan. Perpaduan: perpaduan hidup masyarakat dunia menjamin keharmonian kehidupan dan dunia. Muafakat: harapan kehidupan masyarakat dunia akan tercapai apabila itu dilaungkan secara bersama-sama dan senada. Persahabatan: manusia di dunia boleh bersahabat baik kerana halangan yang ada adalah keperluan dan peraturan rasmi yang seketika sahaja. Berpandangan positif: sikap benci-membenci dan sejarah hitam dalam kalangan masyarakat dunia wajar dileburkan.

5.8.Pengajaran:
Masyarakat dunia hendaklah bersatu-padu dan menerima antara satu-sama lain tanpa mengira keturunan dan asal-usul. Perasaan benci-membenci mesti dihindari bagi mewujudkan keharmonian hidup sejagat. Pasport, dokumen, visa dan pos sempadan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk masyarakat dunia mewujudkan perbezaan. Sejarah hitam mesti dikuburkan dan digantikan dengan harapan baru yang baik untuk dunia. Manusia di dunia ini walaupun berbeza warna kulit, keturunan, dan agama tetapi hendaklah menerima hakikat bahawa semuanya sama, iaitu insan dan manusia.

6.arkitek kota:
6.1.Maksud sajak:
Rangkap 1: hanya seniman yang peka terhadap alam sekitar dan banyak pengalaman hidup yang berhak membina bandar. Rangkap 2: perancang bandar yang matang itu ialah pencinta alam, rajin mencari ilmu, pemerhati kehidupan, pengkaji masyarakat, bijak membuat penilaian, dan memiliki bakat sebagai pemimpin. Rangkap 3: perancang bandar harus mengutamakan pemeliharaan dan pengekalan alam semula jadi dan melindunginya daripada sebarang kerosakan. Rangkap 4: perancang bandar perlu berani mencipta pelbagai perubahan, bersedia menerima pandangan orang yang lebih berpengalaman dan mengambil kira perasaan pihak lain. Rangkap 5: perancang bandar betanggungjawab mewujudkan petempatan dan persekitaran kehidupan manusia melalui daya kreativitinya. Beliau juga membenarkan segala pembaharuan dan bersedia menghadapi kemungkinan yang bakal terjadi. Rangkap 6: penyajak menyatakan bahawa beliau hanyalah pemerhati yang menilai pembinaan bandar dari jauh.

6.2.Tema:
Betemakan keseimbangan dan keselarasan dititikberatkan dalam pembangunan bandar. Keseimbangan dan keselarasan ini penting bagi memastikan alam sekitar terpelihara dan bandar menjadi sebuah bandar yang sempurna.

6.3.Persoalan:
Ciri-ciri seorang perancang bandar yang baik. Kepekaan perancang terhadap keindahan alam semula jadi. Pengaruh perancang bandar dalam mewujudkan kesejahteraan hidup manusia, kesempurnaan, pelbagai penemuan dan kemungkinan.

6.4.Bentuk sajak:
Berbentuk bebas dan terdiri daripada enam rangkap. Lima hingga empat belas suku kata sebaris. Rima akhir: rangkap pertama-abacdea, rangkap kedua-aabcdd, rangkap ketiga-abcde, rangkap keempat-abcd, rangkap kelima-abcc dan rangkap keenam-a

6.5.Unsur keindahan:
Pemilihan kata/diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan: Pemancing di teduh pohon. Dan bunga menjalar di beranda. Unsur gaya bahasa: Unsur alam: Laut, tasik, bulan. Personifikasi: Jiwa laut, fiil langit dan sabar bumi.

Ayat yang pendek: Perasaan musim, pemerhati tasik dan pengawas bintang. Ayat yang panjang: Orang muda pulang bertandang di lorong malam. Pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai. Unsur bunyi: Asonansi: Pengulangan bunyi vokal e: Membenarkan penemuan. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan b: Dan bunga menjalar di beranda.

6.6.Nada:
Bernada melankolik. Menunjukkan perasaan cinta sajak terhadap alam semula jadi.

6.7.Nilai:
Cinta akan alam semula jadi: melaksanakan pembangunan fizikal tanpa mengorbankan alam semula jadi Berhemah dan berhati-hati: perancangan sesebuah bandar akan lebih sempurna dengan tindakan yang berhemah dan berhati-hati terhadap alam semula jadi. Bijaksana: perancang bandar membangunkan bandar dengan bijaksana. Mesra: bandar yang dibangunkan bersifat mesra atau sesuai dengan semua golongan.

6.8.Pengajaran:
Janganlah kita mengorbankan alam semula jadi dalam melaksanakan pembangunan bandar. Perancang bandar perlu peka akan persekitaran dengan melakukan pemerhatian yang rapi supaya kota yang dibangunkan lebih sempurna. Kita hedaklah sayang akan alam semula jadi. Bandar atau kota yang dibangunkan hendaklah sesuai untuk semua peringkat umur. Pembangunan sebuah bandar perlu dilakukan secara teliti kerana pembangunan bandar tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan penghuninya.

1.hikayat langlang buana. 1.1 sinopsis: Pada suatu malam, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi duduk dilingkungi oleh segala dayang dan inang pengasuhnya sambil bercerita tentang mimpi mereka. Tuan puteri memberitahu dayang dan inang pengasuhnya tentang mimpinya tidur berselimutkan bunga yang dikarang. Salah seorang inangnya bergurau kepada tuan puteri bahawa baginda mungkin akan bersuami. Setelah hari siang, tuan puteri mandu ratna dewi bersama-sama dengan dayang telah pergi ke taman istana. Penunggu tasik meminta raja indera bumaya bersembunyi setelah menyedari kehadiran tuan puteri bersama dengan dayangdayangnya. Ketika mereka sedang mandi, raja indera bumaya telah turun berjalan ke tepi kolam tanpa diesedari sesiapa. Baginda telah menukarkan dirinya sebagai burung bayan yang cantik dan bersuara merdu. Burung bayan itu hinggap pada tangan tuan puteri. Tuan puteri terlalu gembira dan dibawanya bayan pulang ke rumah peri. Bayan itu pun terbang ke riba tuan puteri sambil berpantun. Bayan memberitahu tuan puteri tentang raja indera bumaya, iaitu tuannya yang dalam perjalanan ke negeri tuan puteri. Tuan puteri kembali ke mahligainya dengan membawa bayan itu. Bayan itu telah dimasukkan ke dalam sangkar. Setelah hari malam, burung bayan itu dikeluarkan dari sangkar. Tuan puteri itu meminta untuk diperlihatkan wajah raja indera bumaya. Selepas itu, burung bayan menukarkan dirinya menjadi burung nuri, kemudian menjadi kalungan bunga dan menjelmakan dirinya semula. Kehadiran inderaputera ke mahligai tuan puteri telah didengari oleh menteri dan hulubalang yang berkawal di mahligai tuan puteri. Mereka mengkhabarkan kejadian itu kepada ayahanda tuan puteri , raja bahrum dewa. Raja bahrum dewa amat marah lalu mengarahkan hulubalang dan rakyat megepung mahligai tuan puteri untuk menangkap raja indera bumaya. Sambil menangis ketakutan, tuan puteri mandu ratna dewi telah memberitahu raja indera bumaya hal tersebut. Raja indera bumaya mencita geliga daripada raja johan syahperi dengan menyeru empat jin untuk menewaskan rakyat dan hulubalang raja bahrum dewa itu. Selepas mengetahui hulubalang dan rakyatnya tewas, raja bahrum dewa menghantar lebih banyak bala tentera untuk menangkap raja indera bumaya. Sekali lagi raja indera bumaya menyeru empat ribu jin untuk berlawan dengan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat raja bahrum dewa itu. Peperangan yang tercetus antara kedua-dua pihak telah menyebabkan ramai rakyat terbunuh. 1.2.tema: Kebijaksanaan dan kehebatan anak raja yang mempunyai kuasa luar biasa dalam usahanya menakluki puteri idamananya. 1.3.Persoalan: Kesungguhan dalam mendapatkan sesuatu yang diidamkan. Kebijaksanaan menggunakan akal untuk memperoleh sesuatu perkara yang diingini. Sikap manusia yang berbuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah. 1.4.Watak dan perwatakan: Raja indera bumaya:

Anak raja kepada pemerintah negeri lela gambar. Ayahandanya bernama raja johan syahperi dan bondanya ialah puteri candera lela nurlela. Memiliki wajah yang tampan dan susk badan yang menarik. Berbudi bahasa dan bijaksana. Mempunyai kesaktian untuk menukarkan dirinya menjadi burung bayan, burung nuri dan kalungan bunga. Tertarik oleh kecantikan tuan puteri mandu ratna dewi. Tidak gentar berdepan dengan bala tentera raja bahrum dewa. Bersikap tenang ketika menghadapi masalah. Tuan puteri mandu ratna dewi: Anakanda kepada raja bahrum dewa. Memiliki rupa paras yang amat cantik. Sangat suka akan haiwan apabila menempatkan burung baya di dalam sangkar emas sepuluh mutu dan bertatahkan ratna mutu manikam merumai-umaikan mutiara. Kasih akan raja indera bumaya apabila baginda tidak sanggup berpisah dengan raja indera bumaya. Tinggal di istana khas yang berasingan daripada istana ayahanda dan bondanya. Bersifat penakut apabila menangis semahu-mahunya setelah mengetahui ayahndanya murka akan perbuatannya yang membenarkan seorang lelaki berada dalam istananya. Raja bahrum dewa: Ayahanda kepada tuan puteri mandu ratna dewi. Bapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan anaknya, iaitu menempatkan menteri dan hulubalang berkawal di istana tuan puteri mandu ratna dewi. Bersikap terburu-buru apabila mengarahkan bala tentera mengepung istana tuan puteri mandu ratna dewi dan menangkap lelaki yang bersama-sama dengan anakandanya tanpa usul periksa. 1.5.Latar: Latar tempat: Istana tuan puteri mandu ratna dewi: tuan puteri tiggal bersama dayang dan inang pengasuhnya. Taman dan tasik: raja indera bumaya menukarkan dirinya sebagai burung bayan dan duduk di pohon kemunting sambil memerhatikan tuan puteri mandu ratna dewi mandi-manda. Negeri lela gambar: tempat asal raja indera bumaya. Istana raja bahrum dewa: empat orang menteri berjumpa dengan biduanda untuk mengkhabarkan kejadian yang berlaku di istana tuan puteri mandu ratna dewi.

Latar masa: Waktu pagi: tuan puteri di tasik bersama dayang dan inang pengasuhnya. Waktu malam: bayan menceritakan kehebatan tuannya iaitu raja indera bumaya kepada tuan puteri. Zaman pemerintahan raja bahrum dewa: raja bahrum dewa memerintahkan hulubalang dan rakyatnya mengepung istana tuan puteri dan menangkap raja indera bumaya. Latar masyarakat: Masyarakat istana: tuan puteri mandu ratna dewi sentiasa ditemani dayang dan inang pengasuhnya. Masyarakat yang memiliki kesaktian: raja indera bumaya menukarkan dirinya sebagai burung bayan, burung nuri dan kalungan bunga. Masyarakat yang dilamun percintaan: raja indera bumaya dan tuan puteri mandu ratna dewi saling mencintai antara satu sama lain. Masyarakat yang mengambil berat akan keselamatan keluarganya: raja bahrum dewa mengambil berat akan tuan puteri mandu ratna dewi dan memastikan anakandanya itu terjamin. Masyarakat yang bertindak secara terburu-buru: raja bahrum dewa mengarahkan bala tentera menangkap lelaki yang berada bersama dengan tuan puteri tanpa soal selidik. Masyarakat yang taat dan patuh kepada perintah raja: rakyat dan hulubalang menurut perintah raja bahrum dewa supaya mengepung istana tuan puteri. Masyarakat jin yang dicipta oleh raja: jin-jin ciptaan raja indera bumaya diseru untuk berperang dengan bala tentera raja bahrum dewa. 1.6.plot: Binaan plot:

Anda mungkin juga menyukai