KOMSAS: Sajak Kota Kecilku

Anda di halaman 1dari 21

SAJAK: DI KOTA KECILKU NUR RIFAH SYAHIRAH SADIRAH ELEENA LAU

HASIL NUKILAN: BAHA ZAIN

RANGKAP 1
Penyajak menceritakan kepulangannya ke desa, iaitu kota kecilnya di mana tempat dirinya dibesarkan dan disekolahkan. Di situlah, perasaan penyajak mula memuncak apabila mengimbau semula kenangan peristiwa lalu bermula sekitar di padang Speedy sehingga ke Durian Sebatang.

RANGKAP 2
Penyajak menceritakan di situlah tempat anak kecil mengenal cinta, menimba ilmu, di samping mengerti pengorbanan ibu bapa dan keakraban teman serta berlakunya pergelutan hidup. Semua detik yang berlaku itu telah meningatkannya pada kenangan seolah-olah mimpi bagi penyajak ketika melewati kota kecilnya.

RANGKAP 3
Sebaik penyajak tiba di sekolah yang telah lama ditinggalkan, dia melihat banyak berlaku perubahan. Contohnya, tidak ada lagi suara guru yang memberikan markah tinggi untuknya dan perasaan ayahnya yang merendah diri.

RANGKAP 4
Penyajak merasakan bahawa di kota kecil iaitu di sekitar padang Speedy dan Durian Sebatang inilah tempat dirinya mula mengenal erti kehidupan dan banyak mengimbau kenangan serta rindu walaupun kota kecilnya itu telah banyak berubah.

BENTUK SAJAK
Sajak ini mempunyai elemen nostalgia kerana ia mengimbau kembali kenangan penyajak pada zaman kanak-kanak. Sajak ini berbentuk bebas kerana ia mempunyai 4 rangkap dan bilangan baris dalam setiap rangkap adalah tidak sama. Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah antara 2 hingga 5 patah perkataan. Contohnya: rangkap 3-terasa sepi (2 patah perkataan) -suara guru yang memberikan markah (5 patah perkataan)

Jumlah suku kata bagi setiap baris adalah antara 2 hingga 11 suku kata. Contohnya: rangkap 3- se/pi (2 suku kata). - sua/ra gu/ru yang mem/be/ri/kan mar/kah (11 patah kata). Rima akhir setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya: Di sini aku pulang tempat bersekolah dan dibesarkan lewat padang Speedy terus ke Durian Sebatang semuanya kini terasa kecil mengimbau rindu dan kenangan.

TEMA
Mengenai penyajak yang terkenang semula kenangan lama semasa dia kecil sebaik dia pulang ke kota kecil iaitu tempat dia dibesarkan dan bersekolah. Kenangan tersebut bermula di lewat padang Speedy sehingga ke Durian Sebatang. Di situlah penyajak mengenal cinta, menimba ilmu, menghargai pengorbanan ibu bapa, keakraban teman dan berlakunya pergelutan hidup.

Penyajak pergi ke sekolah lamanya. Dia merasakan sekolah tersebut sudah berubah dan terasa sepi kerana tidak lagi kedengaran suara guru yang memberikan markah tinggi untuknya dan perasaan ayahnya yang merendah diri. Akhirnya, penyajak mengakui bahawa di kota kecil Itulah iaitu di padang Speedy dan Durian Sebatang, tempat dirinya mengenal dunia dan banyak mengimbau rindu serta kenangan walaupun kota kecilnya sudah berubah.

PERSOALAN
Perasaan cinta kepada kampung halaman. - Penyajak mempunyai perasaan cinta kepada kampung halaman. Hal ini dapat dibuktikan apabila dia pulang semula ke kampung halaman dan masih lagi mengingati jalan untuk ke kampungnya iaitu bermula dari lewat padang Speedy sehingga ke Durian Sebatang. Di sini jugalah, penyajak mengimbau semula kenangan yang berlaku semasa dia kecil.

Mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa yang sanggup dilakukan demi kebahagiaan anak-anak. - Penyajak masih lagi mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh ayah dan emaknya semasa dia kecil seperti membesarkan dan menyekolahkannya. Segala pengorbanan tersebut tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Mengenang jasa dan pengorbanan guru yang memberikan tunjuk ajar dan didikan yang berguna sehingga berjaya. - Pengorbanan guru yang mendidik dan mengajar sememangnya tidak dapat dilupakan. Begitulah juga yang berlaku pada diri penyajak. Dia mengenang jasa dan pengorbanan guru sehingga suara guru yang memberikan markah tinggi untuk dirinya apabila dia berjaya masih lagi terngiang-ngiang di mindanya.

Hubungan rakan sebaya yang rapat sewaktu kecil dahulu. - Pada zaman kanak-kanak, penyajak mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakan sebayanya. Banyak kenangan yang berlaku ketika dia bersama sahabat akrabnya. Penyajak juga masih lagi mengiingati kenangan dan diri sahabatnya sehingga sekarang seperti bermain di padang Speedy.

GAYA BAHASA
BAHASA HARIAN - Bahasa yang digunakan dalam sajak ini mudah difahami. Contohnya: ~Di sini aku pulang (rangkap 1, baris 1) BAHASA ASING - Bahasa asing ialah bahasa selain dari Bahasa melayu seperti Bahasa Inggeris. Contohnya: ~lewat padang Speedy (rangkap 1, baris 3)

PENGULANGAN ANAFORA - Pengulangan anafora merupakan pengulangan pada awal ayat. Contohnya: ~Di sini aku pulang (rangkap 1, baris 1) ~Di sini anak belasan tahun (rangkap 2, baris 1) ~Di sini anak desa (rangkap 4, baris 1)

SINKOF - Singkop ialah singkatan pada perkataan. Contohnya: ~sewaktu kulewati kota kecilku ini. rangkap 2, baris 6 ~telah lama kutinggalkan rangkap 3, baris 2 ~dan ayahku tak berkata bangga. rangkap 3, baris 8

SIMILE - Simile adalah perbandingan atau kiasan terus. Contohnya: Detik itu mengambang bagai mimpi (rangkap 2, baris 5)

NILAI DAN PENGAJARAN


NILAI TIDAK LUPA DARATAN. - Penyajak mempunyai sikap tidak pernah lupa daratan dan asal usulnya. Dia terus mengenang semula kisah silamnya apabila dia pulang ke kota kecilnya itu. PENGAJARAN: Kita seharusnya tidak mempunyai sikap untuk melupakan tempat kelahiran kita kerana di sanalah kita mula membesar dan belajar mengenal erti kehidupan.

NILAI MENGENANG JASA IBU BAPA. - Penyajak menunjukkan sikap menghormati ibu bapanya. Contohnya, dia masih lagi mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah membesarkan dan menyekolahkannya. PENGAJARAN: Kita seharusnya mempunyai sikap mengenang budi dan jasa ibu bapa yang telah banyak mengorbankan segala-galanya untuk kita. Sesungguhnya, pengorbanan mereka tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

NILAI MENGENANG KEMBALI ZAMAN KANAKKANAK DAN REMAJA. - Pada zaman kanak-kanak, penyajak mempunyai banyak peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut. Contohnya, kenangan di padang Speedy dan Durian Sebatang serta keakraban dirinya bersama teman. PENGAJARAN: Dengan mengenang kembali zaman kanak-kanak dan remaja, kita akan dapat mengimbau kembali peristiwa pahit manis yang pernah dialami dan menjadikannya sebagai pengajaran dalam hidup.

SEKIAN TERIMA KASIH YANG BENAR: - SADIRA ELEENA LAU - NUR RIFAH SYAHIRAH

SADRIFAH PRODUCTION SDN BHD

Anda mungkin juga menyukai