BM Karangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

USAHA-USAHA MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Membaca Jambatan Ilmu

Slogan di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam kehidupan kita. Malahan surah Al-Alaq ayat satu hingga lima yang diturunkan Allah Taala kepada Nabi Muhammad SAW turut menyeru umat Islam supaya membaca. Keadaan ini juga turut menunjukkan kepada kita semua maslahat amalan membaca. Hal ini demikian kerana, melalui pembacaan,seseorang akan dapat meluaskan horizon pemikiran serta mampu melahirkan modal insan yang cemerlang daripada pelbagai aspek seperti saranan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini. Antara usaha yang perlu dijalankan ialah ibu bapa memberi pendidikan awal kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Ibu bapa perlu menerapkan amalan membaca dalam diri anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi. Usaha ini dapat dilakukan dengan cara ibu bapa mengajar anak-anak membaca serta membelikan bahan bacaan yang sesuai mengikut perkembangan diri anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa membelikan buku cerita bergambar untuk anak mereka yang berumur lima tahun. Keadaan ini dapat menarik minat anak untuk membaca buku tersebut. Oleh hal yang demikian, jelalslah bahawa usaha untuk memupuk amalan membaca perlu bermula di rumah dan sejak anak-anak kecil lagi bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak sentiasa menuruti perbuatan kedua-dua ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa melakukan sesuatu yang baik, anak akan turut melakukannya. Bagi memupuk amalan membaca, ibu bapa perlulah membaca di hadapan anak-anak mereka. Keadaan ini akan mendorong anak-anak untuk turut sama membaca dengan kedua-dua ibu bapa mereka kerana ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Jelasnya,pemupukan amalan membaca turut boleh dilakukan melalui peranan ibu bapa menjadi suri teladan dan tokoh membaca kepada anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, ibu bapa turut memainkan peranan dalam memupuk amalan membaca dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan mini tersebut perlulah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti meja,kerusi,dan rak buku. Buku-buku yang disediakan perlulah berbentuk ilmiah serta bersesuaian dengan peringkat umur anakanak bagi membajai minat suka membaca dalam diri mereka. Perpustakaan mini tersebut perlu digunakan oleh semua ahli keluarga termasuk ibu bapa. Ibu bapa perlu menetapkan jadual penggunaan perpustakaan mini tersebut. Contohnya, ibu bapa menetapkan hari minggu sebagai hari untuk seluruh ahli keluarga menggunakan perpustakaan mini tersebut. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa ibu bapa perlu mewujudkan perpustakaan mini di rumah mereka bagi memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak. Selain pihak ibu bapa, kerajaan turut memainkan peranan dalam memupuk amlan membaca dalam kalangan masyarakat. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Program Nilam. Program Nilam ini bertujuan untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Program ini telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia tidak kira sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Program ini

dijalankan dengan cara para pelajar merekodkan bahan bacaan yang telah dibaca ke dalam Buku Rekod Nilam. Program ini berjaya menarik minat pelajar untuk membaca kerana pelajar yang paling banyak membaca akan diberikan anugerah dan hadiah seperti Nur Amalina Che Bakri. Program Nilam ini dijalankan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan dengan harapan dapat melahirkan Tokoh Nilam yang gemilang setiap tahun. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa Program Nilam yang dianjurkan oleh kerajaan turut merupakan wadah bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar yang merupakan pemacu negara pada masa hadapan. Tambahan pula, kerajaan turut mengadakan Kempen Mari Membaca bagi menyemai sikap suka membaca dalam diri rakyat Malaysia. Kempen yang dijalankan berlainan dengan Program Nilam. Hal ini demikian kerana kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini mempunyai tempoh masa yang tertentu manakala Program Nilam dijalankan sepanjang tahun. Namun begitu, Kempen Mari Membaca dan Program Nilam mempunyai tujuan yang sama iaitu melahirkan masyarakat yang gemar membaca. Kempen Mari Membaca ini dijalankan di semua institusi seperti sekolah,kolej mahupun universiti. Kempen Mari Membaca mendapat mendapat liputan yang meluas daripada semua pihak termasuk media massa dan media cetak. Poster-poster Mari Membaca perlu ditampal di semua lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat. Pelbagai aktiviti sempena kempen ini juga perlu dijalankan seperti kuiz dan pertandingan menulis esei. Aktiviti-aktiviti seperti ini pasti dapat menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam kempen ini dan keadaan sekali gus dapat mendorong mereka untuk minat membaca. Jelasnya, selain Program Nilam, kerajaan juga perlu mengadakan Kempen Mari Membaca bagi mengajak masyarakat Malaysia untuk gemar membaca dan seterusnya melahirkan masyarakat yang celik ilmu pengetahuan. Pihak swasta turut memikul obligasi bagi memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakayat Malaysia. Pihak swasta boleh memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat dengan cara mengadakan pameran buku. Hal ini demikian kerana, pameran buku dapat memudahkan masyarakat untuk membeli buku di satu lokasi sahaja. Buku-buku juga perlu dijual dengan harga yang murah bagi membolehkan masyarakat sama ada yang berkemampuan mahupuan yang kurang berkemampuan membeli bahan bacaan yang sesuai. Pameran buku yang diadakan oleh pihak swasta ini bukan sahaja dapat meningkatkan minat masyarakat untuk membaca malahan dapat mengeratkan silaturahim antara mereka. Hal ini jelas kerana, rakyat akan bersama-sama bertukar bahan bacaan dan pendapat ketika mereka mengunjungi pameran buku tersebut. Sebagai intiha, semua pihak sama ada ibu bapa, kerajaan mahupun pihak swasta perlu memikul obligasi dan berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, hanya melalui pembacaan, generasi yang syumul dan celik ilmu pengetahuan mampu diwujudkan. Pihak yang berwajib tidak boleh bersikap evasif dan melaksanakan tanggungjawab sekadar melepaskan batuk di tangga kerana situasi ini akan menjejaskan masa depan generasi yang akan mengetuai tampuk pemerintahan negara.

Anda mungkin juga menyukai