Membentuk Kredibiliti Guru

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

Keikhlasan lahir dari dalam diri kita dan ianya tidak mempunyai skala serta tidak mampu disukat oleh orang lain. Tahap keikhlasan seseorang manusia adalah perkara yang tidak dapat ditentukan oleh orang lain kecuali hanya diri sendiri sahaja yang mengetahui kedudukan sebenar tahap keikhlasan kita. Maka bagi melaksanakan proses revolusi perubahan dan pemantapan kredibiliti warga guru sudah semestinya memerlukan komitmen setiap individu yang bernama guru di setiap pelosok manapun anda berada. Tiada sesiapa yang memaksa anda berubah kerana anda berhak menentukan tindakan keatas diri anda. Anda juga tidak akan dibuang kerja sekiranya anda enggan berubah malahan gaji anda tetap dibayar setiap bulan. Ini adalah salah satu daripada sikap segelintir guru yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam program yang membabitkan penglibatan secara total setiap individu. Mereka merasakan diri mereka hanyalah terdiri daripada unit kecil yang tidak memberi kesan terhadap sebarang keputusan. Mereka lebih senang berdiam diri dan melihat sahaja orang lain bertungkus lumus memikul tanggungjawab masing-masing. Sikap sebegini tidak sukar dicari dalam sesebuah sekolah. Di dalam sesebuah sekolah terdapat kepelbagaian sikap guru yang merumitkan keadaan para pelajar untuk dijadikan contoh teladan. Bagaimana kita hendak membentuk dan mendidik pelajar sedangkan diri kita sendiri bersikap acuh tidak acuh terhadap perubahan. Rumit. Apabila terdapat segelintir lagi guru yang sudah tidak mempunyai motivasi untuk mendidik lagi tetapi terpaksa terus menjadi guru memandangkan komitmen pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya masih belum selesai. Golongan ini akan menjalankan tugas disebabkan oleh keterpaksaan apatah lagi untuk melahirkan keikhlasan dalam tugas mereka. Malang sungguh anak didiknya kerana dianugerahkan sebuah patung yang tidak mempunyai perasaaan untuk membentuk jiwa manusia yang memerlukan. Seribu warna tingkahlaku guru-guru disetiap sekolah perlu dihimpunkan dengan segera dan diberi pemantapan dalaman secara berhemah. Matlamatnya ialah melahirkan golongan guru yang secara sendiri sedar tentang perubahan total yang perlu dilaksanakan dan seikhlas hati memimpin diri sendiri kearah perubahan.

Golongan guru-guru ini pula harus tidak jemu-jemu menunjukkan contoh teladan kepada guruguru yang lain agar mereka juga mendapat ikhtibar tentang kepentingan pembinaan sahsiah yang berkualiti dalam diri mereka. Pendekatan secara paksaan haruslah dielakkan kerana ianya tidak mencerminkan sahsiah dan budipekerti guru unggul. Kekuatan dan keistimewaan guru unggul adalah melalui tingkahlaku yang menarik hati untuk didekati dan tidak memaksa orang lain membuat perubahan seperti dirinya. Malahan orang lain akan terpaut untuk meneladani tingkah laku mulianya secara sukarela dan keikhlasan inilah yang menjadi tunjang konsistensi kepada jatidiri.

TANGGUNGJAWAB GURU
Tanggungjawab seorang guru adalah sebagai seorang penyebar ilmu yang diamanahkan oleh Tuhan untuk mendidik dan membimbing anak didiknya agar berkeupayaan menjadi seorang manusia yang berjaya di masa hadapan. Harga diri seorang guru yang paling utama ialah keupayaan mereka memikul tanggungjawab ketahap yang terbaik. Namun sebelum itu, guru-guru harus muktamad dengan tanggungjawab yang dimaksudkan. Seorang manusia yang bertanggungjawab akan dipercayai oleh orang sekeliling. Pokok pun akan hidup subur jika si penanam menunjukkan tanggungjawab tinggi terhadap tanamannya. Begitu juga dengan seorang guru, diyakini kebolehannya atas nilai tanggungjawab yang dipegang untuk membentuk anak didik kearah kejayaan. Sebagai seorang guru, tanggungjawab utama kita ialah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu meneruskan kehidupan pada masa hadapan tanpa memerlukan bantuan. Guru bertanggungjawab membina keyakinan para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan secukup-cukupnya agar mereka tidak longlai di masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Seorang guru matematik harus memastikan anak didiknya mampu menguasai subjek yang diajar bukan sahaja untuk lulus peperiksaaan, bahkan membimbing mereka agar memahami mengapa mereka wajar menguasai setiap yang diajar. Begitu juga dengan guru subjek Bahasa, Agama, Sejarah, Lukisan, Sastera dan sebagainya. Di waktu yang sama, guru menunjukkan contoh teladan yang diminati para pelajar seperti megamalkan nilai murni yang konsisten. Seorang guru yang mudah melepaskan perasaan marah tidak menunjukkan contoh teladan yang murni kepada para pelajar dan tidak salah sekiranya para pelajar juga sering bergaduh sesama mereka. Guru adalah agen terpenting untuk mempengaruhi sikap para pelajar mereka. Besar tanggungjawab guru sehingga perlu menidakkan dirinya sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan. Guru perlu melatih diri mulai saat ini untuk mengenepikan sikap marah yang sememangnya menjadi suatu penyakit bagi sesetengah individu. Jika seorang tentera tidak dapat memikul tanggungjawabnya dengan baik, akibat yang bakal terjadi ialah kematian. Walau semarah mana sekalipun, mereka perlu bertindak wajar dengan menyusun strategi untuk menumpaskan musuh kerana sebarang tindakan yang bersandarkan kepada nafsu bakal mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada dirinya tetapi kepada seluruh anggota pasukannya. Seringkali dilaporkan dalam media berhubung tidakan keterlaluan guru yang mendatangkan cedera terhadap para pelajarnya. Jika kita bertanggungjawab terhadap amanah kita, apakah mungkin tindakan kita tersebut menjadi suatu berita di media. Bagaimanakah perasaan pelajar yang dicederakan, kepercayaan ibubapa dan keyakinan masyarakat terhadap guru.

Nyatanya, guru tersebut harus dianggap gagal memikul tanggungjawabnya kerana mengakibatkan beberapa pihak telah kurang keyakinannya terhadap kredibiliti beliau memikul amanah untuk menunjukkan contoh teladan yang murni.Setiap kali terpampangnya isu sedemikian di media, ianya akan menjadi bahan bualan di seluruh pelusuk negara. Rata-rata pembaca akan mengaitkan pula isu tersebut dengan peristiwa yang berlaku di sekolah persekitaran mereka. Hebahan sedemikianlah yang makin menyebabkan reputasi dan kualiti warga guru semakin terhakis di mata masyrakat. Secara ringkasnya, setiap guru harus bersedia mengubah sikap negatif dalam diri dan berusaha kearah memeditasikan diri agar menjadi seorang manusia sempurna.

Jatidiri Guru Bhg 3


Guru harus terus utuh berpegang kepada matlamat dan tanggungjawab mereka tanpa berbelah bagi biar dihujani tohmahan dan sindiran dari masyarakat sekeliling. Seandainya ada diantara guru-guru yang tidak sependapat dengan aspek ini dan terus terusan melaungkan ketidak adilan bagi seorang guru untuk mengecap hak sebagai manusia biasa yang dikurniakan dengan perasaan, maka beliau haruslah memikirkan semula keupayaannya untuk memikul gelaran sebagai seorang guru. Guru-guru di zaman penjajah dipilih untuk memimpin perjuangan rakyat kerana mereka diyakini mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Keistimewaan yang terserlah ialah dari segi semangat juang yang tidak mengenal erti penat dan lelah malahan sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi membalas kepercayaan. Kemahiran teknikal guru-guru untuk mengajar subjek tertentu merupakan ilmu yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja. Disinilah terletaknya kelebihan seorang insan yang dilahirkan untuk menjadi guru kerana mereka perlu berfikir kaedah terbaik untuk memberikan pemahaman dalam pengajarannya. Tetapi sebelum itu beliau harus memiliki daya penarik agar pelajarnya menghormati kebolehan beliau sebagai seorang guru yang berkaliber. Seorang guru yang unggul harus memiliki ciri-ciri yang dapat menarik perhatian pelajarnya dari segenap aspek. Seorang guru yang unggul tidak perlu memiliki rupa paras yang menawan tetapi wajib memperagakan adab tertib seorang manusia yang sukar dikesan kelemahannya dari segi sahsiah. Ketegasan prinsip untuk mendidik dengan penuh tanggungjawab tanpa memilih bulu akan mendatangkan rasa hormat para pelajar kepadanya. Pasti guru-guru akan mempersoalkan fakta pengurusan pelajar yang tidak boleh disama ratakan apabila berhadapan dengan pelajar yang nakal. Guru-guru mungkin telah mencuba pelbagai kaedah untuk menangani pelajar-pelajar yang dikategorikan nakal dan kebanyakannya beranggapan pelajar yang nakal perlu dididik dengan keras tanpa kompromi. Mungkin mereka pernah berlembut tetapi hasilnya pelajar tersebut naik kepala membuatkan mereka hilang sabar dan terpaksa bertindak tegas. Apakah sebab dan punca menyebabkan guru tersebut mengubah strateginya daripada berlembut kepada tegas? Secara lazimnya tindakan ini diambil oleh guru-guru yang tidak berani mengambil risiko menunggu dengan lebih lama dan tidak yakin dengan tindakannya. Disinilah pentingnya kekuatan jatidiri seorang guru dalam mengendalikan tugasnya membentuk jiwa anak-anak yang belum mengenali dunia sebenar apabila mereka dewasa. Guru perlu mempunyai jatidiri yang konsisten dan tidak mudah menyerah kalah setiap kali berhadapan dengan pelajar nakal yang sebenarnya memerlukan perhatian dan kasih sayang sama seperti pelajar lain. Mereka juga menginginkan kebahagiaan yang diperolehi melalui rasa hormat terhadap mereka sebagai manusia yang memiliki hati dan perasaan. Hanya guru yang mampu menahan cabaran mentah mereka dan tanggungjawab ini tidak mampu dipikul oleh semua ibubapa mahupun orang lain kerana guru telah disiapkan oleh Tuhan dengan

kelebihan tersendiri iaitu kekuatan jatidiri membentuk hati yang mulia bagi memudahkannya menyampaikan ilmu pengetahuan melalui tutur kata yang merdu, kesabaran yang tinggi, budi pekerti yang sopan, berilmu, bersedia membantu dan pelbagai nilai-nilai murni yang diamalkan sebagai pokok kepada teladan yang perlu dicontohi oleh para pelajar. Tidak sukar untuk kita mengaitkan perlakuan pelajar yang bertindak tidak menghormati guruguru adalah akibat daripada sikap guru-guru sendiri terhadap mereka. Tidak dinafikan guru-guru memang berusaha membentuk dan mendidik para pelajar tersebut dengan strategi yang betul pada peringkat permulaan tetapi apabila didapati kesannya tidak bertepatan maka mereka akan bertindak berlawanan. Jika guru tersebut mempunyai jatidiri yang kukuh dan percaya kepada kekuatan dan keistimewaan yang dimilikinya nescaya beliau tidak akan menyerah kalah dengan begitu mudah malahan jatidiri tersebut mampu mengubah tingkahlaku pelajar tersebut. Semuanya boleh berlaku melalui hati yang ikhlas terhadap tanggungjawab dan matlamat anda.

Anda mungkin juga menyukai