Sambal Kicap Tahun

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

sambal kicap tahun

Bahan-bahan ( ikut suka ) 15-20 tangkai cili padi - ikut suka kepedasan 3-4 ulas bawang putih 1 sudu besar gula pasir 1 sudu kecil gula merah 1 cawan kicap manis minyak masak untuk menggoreng Cara-cara goreng sebentar cili dan bwg putih sehingga meletup-letup cili. selepas itu angkat dan toskan biar sehingga sejuk tumbuk kesemua bhn tadi termasuk gula sehingga lumat. setelah lumat keluarkan msukkan ke dlm satu bekas kedap udara dan gaulkan bersama 1 cawan kicap sedia untuk dihidang untuk apa jua jenis lauk *sambal ini thn lama klu x masuk peti sejuk kerana bhn2nya digoreng terlebih dahulu nk masuk gak pun boleh...tu le nama dia sambal tahun harap maklum.*

Sambal Kicap Legend JB


Bahan-Bahan: cili padi merah atau hijau(ikut suka) bawang putih(kalau cili padi 6: bwg putih 1 ulas) gula limau kasturi kicap manis JALEN atau Kipas Udang Cara: 1.Goreng bwg putih sampai hampir garing 2.Tumbuk sekali dgn cili dan bawang serta bubuh gula(untuk control pedas) sampai lumat. 3.Titiskan dalam setitik dua perahan limau tadi.(Bahagian ni paling kritikal kalau silap tak sedap). tak cukup + lagi. Cadangan Hidangan: Makan la dgn cekodok a.k.a jemput2 ikan bilis, Soto Ayam, Pisang goreng, ikan goreng.. Tambahan: Setakat neh kengkawan aku mmg ckp sambal kicap aku paling sedap diorang pnah try la.. hehe :P

AYAM PENYET(MASAKAN JAWA ATAU SUNDA ) 1 elor ayam di potong 12 (ikut suka) ayam tua lagi sedap.direbus selama 10 - 15 min.Toskan 2 sudu besar serbuk rempah ketumbar/ coriander powder 1 sudu besar serbuk jintan putih 1 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk lada putih 2 sudu serbuk rempah daging/ayam 2 sudu besar serbuk kunyit 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci halia garam secukup rasa Blend bawang merah,putih dan halia dengan sedikit air.Campurkan kesemua serbuk rempah dan garam ke dlm rumusan yg tlh diblend.Lumurkan ke atas ayam yg telah direbus.Perap selama 1 hari semalaman atau lebih di dlm freezer.Lebih lama tempoh diperap lagi sedap.Goreng ayam dengan medium heat supaya garing dan golden brown.Boleh dihidangkan dengan nasi putih dan sambal cili..sila ikuti resepi sambal cili di bawah ini.

Nasi Ayam Penyet Resepi Asli


Ayam Penyet (untuk hidangan 4 orang) Bahan-bahan & cara-cara: Bahan A Setengah ekor ayam (dipotong 4) 2 batang serai* 2- 3 ulas bawang putih* 1" halia* 1" lengkuas* 1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk) sedikit ketumbar dan jintan manis* garam secukupnya* (* dikisar sekali) 1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar. 2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam. 3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit) Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B. Bahan B: 1 labu bawang besar (dipotong baji)* 2-3 ulas bawang putih* 7 tangkai lada hidup - buang bijinya* 9 biji cili padi (ikut suka)* 1 1/2" belacan* sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis gula merah secukup rasa 1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing. 2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis. Cara menyediakan ayam penyet: 1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper. 2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya. 3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus) 4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.

Sambal Ayam Penyet


Bahan-bahan : * Sedikit minyak masak * 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) * 10 biji Cili padi * 10 biji Bawang kecil/merah, hiris * 3 biji Bawang putih, hiris * 5 biji Tomato, potong 4 * 5 cm Belacan * 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit * 3 sudu gula merah/secukup rasa Cara-cara : 1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. 2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. 5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. 6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. 7. Masukkan gula merah dan gaul rata. 8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Puding trifle

1 tin susu cair 1 sd besar gula 4 sd besar tepung kastard 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard biji kek gulung sederhana saiznya 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya 1 peket agar-agar jeli kristal Nona 1 mangkuk air panas

Cara-cara
1. 2. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin. Masukkan buah-buahan tin hingga habis. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

3. 4. 5. 6. 7.

Agar2 Roti

4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 1 tin susu cair (170ml) 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat. Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi. Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...

Anda mungkin juga menyukai