Ibanatul Ahkam JLD 3 Ok

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 647

Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam Allusy

IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL- MARAM


(Jilid Ketiga)
Penterjemah: Dr. Aminudin Basir @ Ahmad Nor Hasanuddin H.M. Fauzi Disemak Oleh: Dr. Mohd Puzhi Usop Ustaz Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri

AL-HIDAYAH PUBLICATION KUALA LUMPUR 2010

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 1

09/04/2010 23:04:00

AL-HIDAYAH PUBLICATION

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 2

09/04/2010 23:04:00

IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL- MARAM


Judul Asal Penulis Penerbit Asal Penterjemah Penyunting Tata Letak : : : : : : Ibanatu al-Ahkam Syarhu Bulughu al-Maram Syiekh Abu Abdullah bin Abd al-Salam Allusy Dar al-Haramain, Jeddah Nor Hasanuddin H.M. Fauzi Ustazah Sabariah Bakri (IIUM) Tim al-Hidayah

Cetakan Pertama .. 2010


HAK CIPTA TERPELIHARA. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa jua sekalipun, sama ada dengan komputer, fotokopi, fail dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada penerbitnya secara bertulis.

Diterbitkan Oleh:

AL-HIDAYAH PUBLICATION No. 27, Jalan DBP Dolomite Business Park 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-6185 3002, 61857006, 6185 4009 Fax: 03-6185 9006 laman web: www.hidayah.com.my E-mail: [email protected] AR-RISALAH PRODUCT SDN. BHD No. 27, Jalan DBP Dolomite Business Park 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-6185 3002, 61857006, 6185 4009 Fax: 03-6185 9006 laman web: www.hidayah.com.my E-mail: [email protected] PERCETAKAN ZAFAR SDN. BHD Lot 18, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur

Diedarkan Oleh:

Dicetak Oleh:

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 3

09/04/2010 23:04:00

KATA PENGANTAR PENERBIT

SEGALA puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Dalam usaha untuk menambahkan buku-buku bacaan di kalangan masyarakat masa kini, dengan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana kami dapat menerbitkan sebuah lagi buku yang bertajuk IBANAH AL-AHKAM SYARAH BULUGH AL-MARAM. Sebagai penerbit, besar harapan kami agar buku ini dapat bermanfaat kepada pembaca. Segala amalan yang baik ini semoga mendapat keredaan Allah SWT. Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan daripada kami, oleh itu teguran membina amatlah dialualukan. Sekian, Wabillahi Tauq, Wassalamualaikum. Penerbit, Al-Hidayah Publication

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 4

09/04/2010 23:04:01

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

ISI KANDUNGAN

KATA PENGANTAR PENERBIT........................................................... ISI KANDUNGAN .................................................................................. KITAB JUAL BELI ................................................................................... BAB SYARAT JUAL BELI SERTA APA-APA YANG DILARANG DALAM BERJUAL BELI ....................................................................... BAB KHIYAR (HAK PILIH) ................................................................... BAB RIBA .................................................................................................. BAB RUKHSAH DALAM MENJUAL BELI ARAYA DAN MENJUAL BUAH-BUAHAN YANG MASIH DI POHONNYA ...... BAB SALAM, QARDH (PINJAMAN) DAN GADAI ......................... BAB MUFLIS DAN SEKATAN .............................................................. BAB PERDAMAIAN ............................................................................... BAB HIWALAH DAN JAMINAN ......................................................... BAB PERKONGSIAN DAN PERWAKILAN ....................................... BAB PENGAKUAN (IQRAR) ................................................................ BAB PINJAMAN (ARIYYAH) ............................................................... BAB ROMPAKAN (GHASHB) .............................................................. BAB SYUFAH ......................................................................................... BAB MUDHARABAH (QIRADH) ........................................................ BAB MUSAQAH DAN SEWA ............................................................... BAB IHYA MAWAT (MENGELOLA TANAH TERBIAR) ................ BAB WAKAF............................................................................................. BAB HIBAH, UMRA DAN RUQBAH ................................................. BAB LUQATHAH (BARANG TEMUAN) ...........................................
i

D i 1 1 91 99 127 141 159 175 183 192 201 204 214 227 236 241 255 268 274 288

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 1

09/04/2010 23:04:01

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB FARAID ............................................................................................ BAB WASIAT ............................................................................................ BAB BARANG AMANAH (WADIAH) ............................................... KITAB PERKAHWINAN ....................................................................... BAB KAFAAH (SAMA KEDUDUKAN) DAN KHIYAR (HAK MEMILIH) ................................................................................................ BAB BERGAUL DENGAN ISTERI ....................................................... BAB MAS KAHWIN ............................................................................... BAB WALIMAH ...................................................................................... BAB MENGGILIR ISTERI BAGI SUAMI YANG BERISTERI LEBIH DARIPADA SEORANG ............................................................ BAB KHULUK ......................................................................................... BAB TALAK .............................................................................................. BAB RUJUK .............................................................................................. BAB ILA, ZIHAR DAN KIFARAT ......................................................... BAB LIAN ................................................................................................ BAB IDDAH, BELASUNGKAWA DAN ISTIBRA ............................. BAB MENYUSUKAN ANAK ................................................................ BAB NAFKAH ......................................................................................... BAB HADHANAH (PENJAGAAN ANAK) .......................................

299 316 324 327 376 398 422 442 465 483 491 519 523 535 555 594 612 629

ii

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 2

09/04/2010 23:04:01

KITAB JUAL BELI

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 3

09/04/2010 23:04:01

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 4

09/04/2010 23:04:01

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

KITAB JUAL BELI

Takrif al-bai (jual beli) mengikut bahasa adalah menukar harta dengan harta dan harta yang boleh dinilai dengan harga. Manakala al-baye (jual beli) mengikut syarak memiliki takrif yang sama dengan takrif jual beli secara bahasa, tetapi ditambahkan adanya syarat redha antara kedua-dua pihak baik; pembeli dan penjual. Hikmah disyariatkan jual beli adalah setiap manusia tidak dapat hidup seorang diri. Seseorang pasti memerlukan bantuan orang lain untuk memenuhi setiap keperluannya. Demikian pula dengan orang lain, dia pasti memerlukan bantuan orang lain untuk memenuhi keperluannya. Inilah faktor di mana Allah mensyariatkan jual beli yang tujuannya memastikan setiap keperluan manusia dapat dipenuhi baik pembeli mahupun penjual.

BAB SYARAT JUAL BELI SERTA APA-APA YANG DILARANG DALAM BERJUAL BELI

Syarat mengikut ulama fiqh adalah sesuatu yang jika tidak wujud, maka suatu hukum tidak diwujudkan pula. Dengan erti kata lain, jika syarat tidak wujud maka jual beli pun menjadi tidak sah. Syarat ini meliputi pelaku transaksi atau pelaku akad (pembeli dan penjual) di mana mereka mestilah orang yang sudah berakal dan dewasa. Oleh itu, transaksi yang dilakukan oleh orang bodoh dan orang gila tidak sah di sisi hukum syariat. 1

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 1

09/04/2010 23:04:01

Kitab Thaharah (Bersuci)

Syarat pula meliputi lafaz yang dengannya akad menjadi sempurna seperti lafaz mesti menggunakan lafaz kalimat masa lalu. Syarat turut meliputi jenis harta yang diperjualbelikan, di mana harta itu mestilah dimiliki dan oleh kerananya, dilarang menjual haiwan atau burung yang masih terbang di udara, atau ikan yang masih berada di dalam laut, kerana burung atau ikan itu tidak berada di dalam kekuasaan si penjual. Apa yang dimaksudkan dengan apa-apa yang dilarang dalam berjualbeli adalah larangan-larangan yang mencakupi syarat dan jual beli.

1. Daripada Rifaah bin Rafi (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) pernah ditanya: Apakah pekerjaan yang lebih baik? Rasulullah (s.a.w) menjawab: Usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang berlandaskan kebaikan. (Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan dinilah sahih al-Hakim: 801) Makna Hadith Setiap manusia pada dasarnya dituntut bekerja untuk memperoleh rezeki dan mereka mempunyai pandangan yang berbeza-beza dalam mencari rezeki. Oleh kerana cara yang berbeza ini pulalah manusia memperolehi rezeki yang berbeza-beza antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan seharian mereka. Oleh kerana seorang muslim dituntut untuk melakukan sesuatu yang terbaik dan menjauhi usaha haram, maka mereka pun mendatangi Rasulullah (s.a.w) untuk meminta petunjuk tentang usaha dan pekerjaan yang terbaik sama ada untuk kemasalahatan dunia mahupun akhirat. Rasulullah (s.a.w) membimbing mereka dengan mengatakan bahawa dua inti usaha atau pekerjaan, iaitu berniaga dan bekerja. Analisis Lafaz

,sesuatu yang dikerjakan oleh manusia untuk kemudian dijadikan sebagai hak milik. Ia meliputi kepemilikan dan hasil usaha berupa harta benda dan segala sesuatu yang mempunyai nilai baik secara maknawi mahupun benda terlebih-lebih lagi pada zaman globalisasi sekarang ini di mana manusia dituntut untuk menanam modal kemudian mendapatkan
2

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 2

09/04/2010 23:04:02

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,perbuatan dan usaha yang tidak mengandungi unsur penipuan dan kecurangan sesuai dengan ketentuan syariat. Ini tentunya melarang daripada melakukan sesuatu yang diharamkan oleh syarak.
Fiqh Hadith 1. Disyariatkan bertanya tentang usaha yang hendak dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti keutamaannya. 2. Keutamaan dalam usaha bergantung kepada sejauh mana keberkatan dan kebaikan yang di dalamnya serta mampu menjauhi syubhat apatah lagi sesuatu yang diharamkan. Jadi keutamaan sesuatu usaha di sisi syariat tidak semata-mata dilihat aspek dan keuntungan yang diperolehi individu yang menjalankan usaha itu. 3. Usaha dan jerih payah hasil tangan sendiri mempunyai keutamaan dan kelebihan ke atas pekerjaan yang lain. Menurut al-Nawawi yang merupakan salah seorang ulama mazhab al-Syafii, sebaikbaik usaha adalah berladang, kerana berladang meliputi usaha dan tawakkal, ditambah lagi usaha ini memiliki manfaat yang bersifat umum hingga haiwan seperti burung dapat hidup di sekitar tempat perladangan itu. Ibn Hajar al-Asqalani memberi komentar ke atas kenyataan al-Nawawi dengan berkata: Lebih daripada itu, sebaikbaik itu mendapatkan harta orang kafir yang diambil melalui berjihad, kerana ini merupakan salah satu usaha yang pernah dilakukan Rasulullah (s.a.w). Malah ia merupakan salah satu usaha yang dilakukan dengan tangan sendiri. 4. Usaha berjual beli menduduki peringkat kedua setelah usaha dengan tangan dengan sendiri. Perawi Hadith Rifaah bin Rafi bin Malik al-Ansori al-Zurqi, panggilannya Abu Muadz. Beliau adalah saudara Malik dan Khallad. Beliau turut serta dalam Perang Badar bersama ayahnya. Beliau bersama saudaranya merupakan salah seorang pemimpin dan turut serta dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah (s.a.w). Beliau meninggal dunia pada permulaan era 3

,paling berkat dan banyak menghasilkan keuntungan. Perkataan al-Thayyib merupakan lawan kata al-Khabits yang pada kebiasaannya digunakan untuk sesuatu yang diharamkan. Sesuatu yang halal pada dasarnya mempunyai kedudukan yang sama di sisi syariat. Namun oleh kerana suatu yang halal itu kadang kala lebih mampu menjauhi sesuatu yang syubhat, maka dikatakan bahawa ini lebih halal dan lebih berkat.

bahagian daripada keuntungan pelaburan itu, meskipun ada sesetengah mereka yang masih berusaha dengan tenaganya sendiri.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 3

09/04/2010 23:04:02

Kitab Thaharah (Bersuci)

pemerintahana Muawiyyah bin Abu Sufyan. Al-Sittah mengetengahkan hadithnya selain Muslim dan orang yang mengambil hadith daripadanya adalah anak-anaknya, anak saudaranya dan cucu-cucunya.

2. Daripada Jabir bin Abdullah (r.a) bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah ketika berada di Mekah: Sesungguhnya Allah mengharamkan jual beli khamar, bangkai, babi dan patung. Salah seorang sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang lemak bangkai? Ia digunakan untuk mengecat dinding kapal, dijadikan sebagai minyak kulit dan digunakan sebagai minyak lampu. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak boleh. Semua itu tetap diharamkan. Kemudian Rasulullah (s.a.w) bersabda: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi, kerana ketika Allah mengharamkan lemak bangkai ke atas mereka, mereka malah mengolahnya lalu menjualnya dan kemudian memakan hasil jualannya. (Muttafaq alaihi: 802) Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu asas agama Islam, di mana Nabi (s.a.w) mengingatkan umat manusia supaya tidak berdolak dalik dalam memahami syariat dan mencari celah untuk mempermainkan nas serta hukum Islam, termasuklah hukum jual beli. Oleh itu, Rasulullah (s.a.w) menetapkan ketetapan ini ketika pembukaan kota Mekah yang bersamaan dengan bulan Ramadhan supaya prinsip ini dapat tersebar luasa dan diketahui oleh ramai umat manusia untuk kemudian diamalkan dalam kehidupan seharian. Di dalam hadith ini disebutkan beberapa jenis barangan yang dilarang untuk diperjualbelikan oleh umat manusia. Dalam kategori minuman seperti khamar, haiwan seperti bangkai dan lemaknya, barangan najis seperti babi barang produksi seperti patung.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 4

09/04/2010 23:04:02

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisisi Lafaz , tahun pembukaan kota Mekah. Ia terjadi pada tahun kelapan Hijriah bersamaan dengan bulan Ramadhan al-Mubarak di mana Rasulullah (s.a.w) bersama para sahabatnya berjaya membuka kota Mekah. Jika hadith ini diteliti lebih mendalam, dapat dipastikan bahawa Rasulullah (s.a.w) tidak menyebut hadith ini pada saat pembukaan kota Mekah, kerana baginda tidak mengatakan sepatah kata pun pada waktu pembukaan kota Mekah. Namun sebahagian sahabat kadang terlampau bersemangat dalam meriwayatkan hadith ini, sehingga mereka menyebutnya pada tahun, sementara maksud mereka adalah hari, kerana hari itu merupakan salah satu hari yang paling penting dan bersejarah pada tahun itu. Ini tidak bererti bahawa kesemua benda-benda yang disebutkan di dalam hadith tersebut baru pada waktu pembukaan kota Mekah. Ada kemungkinan dikatakan demikian bagi mengingati semula peristiwa bersejarah itu.

, sesungguhnya Allah mengharamkan. Dalam kebanyakan naskah ditulis: seperti mana yang terdapat di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, di mana fiil dihubungkan kepada dhamir tunggal meskipun kalimat asalnya adalah: dan kalimat seperti ini disebut dalam kitab selain al-Sahihain. Apapun, menggunakan lafaz dhamir tunggal dalam kalimat seperti ini dibolehkan. Alasannya kerana perintah Nabi (s.a.w) pastinya berdasarkan perintah Allah (s.w.t).

,al-Jauhari berkata: Al-Shanam adalah patung. Menurut pendapat lain, al-Watsan adalah patung yang mempunyai bentuk sementara al-Shanam adalah lukisan atau gambar. ,kalimat ini digunakan orang Arab untuk menanyakan satu permasalahan.

,dengan membaca baris fathah ( ) pada huruf mim dan sukun ( ) pada huruf ya. Haiwan yang mati di mana ketika masih hidup tidak disembelih mengikut ketetapan syariat.

,sesuatu yang boleh mengacaukan akal. Ketika akal manusia dipengaruhi khamar, dia melakukan sesuatu yang tidak disedarinya, padahal dia seorang yang berakal sempurna. Ini akan dibahas dalam kitab hudud, bab hukuman bagi peminum khamar dan kriteria orang mabuk.

,dijadikan sebagai penerang, di mana lemak bangkai itu diletakkan di bawah sumbu lampu dan kemudian api lampu menghisapnya.
5

,digunakan sebagai minyak bagi menguatkan kayu dinding kapal supaya tidak mudah lapuk bahkan merapatkan celah-celah sambungan kayu antara antara satu sama lain supaya dengan demikian dapat memcegah air ke dalam kapal.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 5

09/04/2010 23:04:02

Kitab Thaharah (Bersuci)

, semoga Allah membinasakan mereka. Menurut pendapat yang lain, semoga Allah menjadikan mereka hina. ,dengan baris fathah ( ) pada huruf jim dan mim, mereka memerah dan mengeluarkan lemaknya.
Fiqh Hadith

, ada ulama yang mengakatan dhamir ini kembali kepada jual beli, maka hukum jual beli barangan ini diharamkan. Inilah pendapat Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama. Pendapat lain mengatakan dhamir tersebut kembali kepada kegunaan barang itu. Inilah pendapat jumhur ulama.

1. Hendaklah hukum yang dianggap penting disampaikan ketika dalam perhimpunan orang ramai dan acara keraian. 2. Disunatkan menyebut waktu dan tempat kejadian suatu peristiwa bagi mengenal pasti mana hukum yang nasikh dan mana pula hukum yang mansukh di samping memastikan perawi benar-benar hafal hadith. 3. Nabi (s.a.w) sentiasa beradab kepada Allah pada setiap kali wahyu daripada-Nya. 4. Hukum menjual khamar, bangkai, lemak bangkai, babi dan patung adalah haram. Jumhur ulama selain mazhab Maliki berpendapat, alasan diharamkan menjual khamar, bangkai dan babi adalah kerana ia merupakan barang najis dan oleh kerananya, mereka mengharamkan jual beli setiap barang barangan najis1, meskipun ketika dalam keadaan darurat boleh dimanfaatkan. Sementara alasan diharamkan jual beli patung pula kerana tidak adanya manfaat memperjualbelikan barangan ini. Oleh itu, bahwa jika patung itu pecah dan pecahannya itu masih dapat dimanfaatkan, maka ia boleh dijualbelikan di sisi mazhab al-Syafii dan ulama lain, namun mengikut sebahagian ulama, pecahan patung itu meskipun boleh dimanfaatkan tetap haram diperjualbelikan secara mutlak. 5. Hukum mengecat kapal dengan lemak bangkai, menjadikannya sebagai minyak kulit dan minyak lampu adalah haram. Inilah pendapat Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama, namun jumhur ulama tidak melarang daripada berbuat demikian. Oleh yang demikian, mereka membolehkan memberi makan anjing dengan

Barang yang terkena najis apabila masih ada cara untuk mensucikannya boleh dualbelikan dan dimanfaatkan seperti kulit haiwan yang telah disamak. Ini kerana kulit menjadi suci setelah disamak. Inilah berdasarkan kesepakatan ulama.
1

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 6

09/04/2010 23:04:02

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

6.

7.

8. 9.

10. 11.

lemak dan daging bangkai, meminum madu yang bersal daripada lebah yang menghisap benda najis, menjadiakan lemak bangkai sebagai minyak lampu dan lain-lain yang seumpamanya. Disunatkan menjelaskan atau mengukuhkan suatu hukum dengan tidak membiarkan sesuatu hukum itu dalam keadaan sukar difahami. Disunatkan menghuaraikan inti permasalahan secara detail supaya orang lain dapat belajar bagaimana cara mengembalikan setiap permasalahan kepada tempat asalnya. Boleh mendoakan suatu bangsa yang telah menyalahi perintah Allah dan berhak menerima hukuman dari Allah. Perbuatan tidak mematuhi perintah Allah hendaklah dianggap sebagai satu permasalahan besar supaya pendengar merasa takut untuk membangkang terhadap perintah ilahi. Memakan hasil jualan suatu barang yang diharamkan adalah haram. Haram melakukan setiap usaha yang sengaja bertujuan menganggap halal apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah.

3. Daripada Ibn Masud (r.a), beliau berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jika kedua-dua pihak (pembeli dan penjual) berselisih pendapat, sementara mereka berdua tidak dapat mengemukakan bukti yang jelas, maka perkataan yang mesti dijadikan pegangan adalah perkataan pemilik barang atau mereka berdua saling mengundurkan diri (daripada meneruskan bertransaksi). (Diriwayatkan oleh al-Khamsah dan dinilai sahih oleh al-Hakim: 803) Makna Hadith Menurut Abu Dawud, asbab al-wurud hadith ini adalah al-Asyats membeli seorang hamba dari Ibn Masud (r.a) dengan harga dua puluh ribu, kemudian Abdullah membayarnya dengan mengirimkan jumlah harga pembelian hamba itu dan berkata: Sebenarnya aku membelinya dengan harga sepuluh ribu. Mendengar itu, Abdullah berkata: Kalau begitu, lantik seorang lelaki yang dapat dijadikan sebagai saksi untuk menyelesaikan pertelingkahan antara diriku denganmu berkaitan masalah kita ini.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 7

09/04/2010 23:04:03

Kitab Thaharah (Bersuci)

Al-Asyats berkata: Masalah kita ini boleh diselesaikan antara kita berdua saja. Abdullah berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda, kemudian beliau membacakan hadith di atas bahawa jika keduadua pihak (pembeli dan penjual) berselisih pendapat, sementara mereka berdua tidak dapat mengemukakan bukti yang jelas, maka perkataan yang mesti dijadikan pegangan adalah perkataan pemilik barang atau mereka berdua saling mengundurkan diri (daripada meneruskan bertransaksi). Kisah ini yang disebut dalam hadith ini sering sekali berlaku dalam kehidupan seharian terlebih lagi jika kejadian ini dalam masalah transaksi dalam berjual beli. Analisis Lafaz

,sesuatu yang mesti dilakukan bagi membuktikan kesahihan salah seorang yang sedangbertikai. , pemilik barang, pengurus atau wakil pemilik barang itu.

,dalam riwayat yang lain disebutkan maksudnya penjual dan pembeli. Di sini tidak disebut masalah apa yang sedang dipertikai sama ada masalah yang dipertikai itu harga, barang yang diniagakan atau malah sesuatu yang berkaitan dengan syaratnya. Bentuk kalimat dalam hadith ini adalah umum, kerana ia tidak berkaitan dengan kes-kes tertentu. Itulah sebabnya Ibn Masud tidak merasa ragu lagi untuk menyebut secara berulang-ulang selagi kes berkenaan ada kaitan dengan apa yang digambarkan hadith ini. , perkataan yang mesti dijadikan sebagai pegangan adalah apa yang dikatakan. ,membatalkan jual beli atau akad yang telah disepakati oleh mereka berdua.
Fiqh Hadith 1- Dianjurkan menyebutkan kedudukan suatu permasalahan 2 sebelum menetapkan dan menyebut hukumnya. 2- Dibolehkan membuang mafhum (konteks pemahaman) yang menjadi topik pembicaraan.

2 Kedudukan suatu permasalahan adalah permasalahan yang berkaitan secara langsung dengan hukum, di mana jika tidak ada permasalahan itu, maka tidak ada pula ketentuan hukum.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 8

09/04/2010 23:04:03

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

3- Dibolehkan menggunakan istilah rabb untuk menyebut seseorang apabila bertujuan menegaskan kepemilikan seseorang terhadap suatu barang, walaupun barang itu adalah haiwan. 4- Wajib menuntut bukti bagi membuktikan kesahihan salah satu dakwaan orang yang sedang bertikai sebelum menerima dan membenarkan perkataan penjual. 5- Wajib menerima dan membenarkan perkataan penjual, namun tidak demikian dengan perkataan pembeli, bahkan perkataannya mesti diselidiki terlebih dahulu dan pembeli bebas sama meneruskan pembelian mengikut keterangan yang telah diungkapkan penjual atau malah membatalkan transaksi itu. Pembeli tidak diwajibkan untuk membeli suatu barang dan demikian pula penjual, dia tidak wajib menjual barang miliknya melainkan atas landasan redha. Jika keduadua pihak tidak mencapai kesepakatan, mereka boleh membatalkan pembelian atau penjualan yang telah mereka sepakati. Tetapi ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Imam Malik dan Imam al-Syafii berkata: Seorang penjual wajib disuruh bersumpah atas nama Allah dengan berkata: Hendaklah kamu bersumpah atas nama Allah bahawa kamu tidak menjual barangmu kecuali dengan harga yang telah aku katakan. Jika penjual telah mengucapkan lafaz sumpah ini, maka harus dikatakan pula kepada pembeli: Kamu boleh mengambil barang dagangan ini dengan harga yang dikatakan penjual atau bersumpah dengan berkata: Aku tidak akan membeli barang dagangan tersebut kecuali dengan harga yang aku katakan. Jika telah bersumpah, maka pembeli bebas daripada kesalahan sementara barang tersebut dipulangkan kepada penjual sama ada barang itu masih wujud atau sebaliknya. Abu Hanifah dan sekumpulan ulama yang lain berkata: Perkataan yang mesti dijadikan pegangan adalah perkataan pembeli yang disertai dengan sumpah. Mereka mendakwa hadith Ibn Masud ini bersifat umum yang telah dikhususkan oleh hadithhadith tentang pendakwaan.

4. Daripada Ibn Masud al-Anshari (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menerima hasil jualan anjing, upah yang diterima pelacur dan bayaran yang diterima oleh seorang bomoh. (Muttafaq alaihi: 804)

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 9

09/04/2010 23:04:03

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini merupakan landasan yang melarang daripaada menerima hasil jualan sesuatu barang tidak dibenarkan atau sesuatu barang yang tidak mempunyai nilai, sementara alasan menyebut kedua-dua bentuk pekerjaan ini, kerana keduanya merupakan dua perkara yang amat masyhur pada zaman Jahiliah, manakala hukum haram ketiga yang dalam hal ini adalah hasil jualan anjing adalah kerana haiwan ini najis, dan oleh kerananya menerima hasil jualan haiwan najis ini turut diharamkan. Analisis Lafaz

, kalimat ini bermaksud diharamkan daripada menerima harga atau hasil menjual anjing. , asal makna mahar menurut syarak adalah sesuatu yang diwajibkan kepada seorang lelaki untuk diberikan kepada wanita yang bakal dikahwininya. Apapun, maksud mahar di sini adalah upah yang diambil oleh seorang pelacur di atas layanan seks yang telah diberikannya. Penggunaan istilah ini disebutkan sebagai majaz.

,menurut al-Azhari huruf ba dalam kalimat ini dibaca baris fatah, huruf ghain pula dibaca kasrah ( ) dan huruf ya pula dibaca tasydid ( ) yang bermaksud penghibur atau penyanyi. Hal ini berbeza dengan pendapat jumhur yang mengatakan bahawa kalimat ini bermaksud pezina. ,kalimat ini merupakan mashdar dari kalimat jika memberikan suatu yang menyenangkan orang lain. Asal kalimatnya adalah yang bermaksud gula-gula atau sesuatu yang menggiurkan. Kaitan kalimat ini dengan konteks ini hadith ini adalah kerana seorang bomoh tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan wang, di mana seorang bomoh mengambilnya sebagai upah di atas perkhidmatannya sebagai bomoh.

,orang yang memberikan berita tentang masa akan datang malah kadang kala dia mengaku mampu mengetahui dan menyingkap segala bentuk rahsia alam ghaib. Orang ini sama dengan tukang tilik, dukun dan masih banyak lagi istilah-istilah lain untuk orang yang memiliki kerjaya seperti ini.
Fiqh Hadith 1. Diharamkan memakan dan mengambil harga jual beli anjing, sama ada anjing muallam (anjing yang telah dilatih untuk berburu) ataupun sebaliknya, sama ada anjing yang sengaja dijadikan sebagai haiwan peliharaan ataupun sebaliknya. Kesimpulan hukum haram 10

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 10

09/04/2010 23:04:03

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

ini adalah barang siapa yang membunuh anjing, maka dia tidak perlu membayar ganti rugi atau membayar harga anjing itu kepada pemiliknya. Inilah pendapat jumhur ulama. Namun menurut Imam Abu Hanifah, boleh menjual anjing dan mengambil bayaran lantaran anjing itu dibunuh atau dibinasakan dan ini berlandaskan hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasai, meskipun kesahihan hadith ini masih diragui. Imam Malik pula berkata: Tidak boleh menjual anjing, tetapi orang yang membinasakannya wajib membayar ganti kepada pemiliknya. 2. Seorang pelacur diharamkan mengambil upah kerana telah melacurkan dirinya. Ibn al-Qayyim berkata: Orang yang mengambil upah kerana telah melacurkan dirinya wajib menyedehkahkan penghasilannya itu dan dia tidak perlu boleh memulangkan bayaran itu kepada orang yang telah membayarnya, kerana dia telah membayar pelacur tersebut dengan kehendaknya sendiri di samping bayaran itu disebabkan adanya pertukaran manfaat dan oleh kerananya, pembayar tidak dibolehkan supaya apa yang telah dibayarnya segera dipulangkan kepada dirinya. 3. Seorang bomoh diharamkan mengambil upah kerana telah memberi perkhidmatan sebagai bomoh. 4. Haram berzina, kerana jika zina itu dibolehkan, Rasulullah (s.a.w) tentu tidak mengharamkan mengambil upah pelacur, malah hukum haram ini telah dinyatakan secara tegas dalam al-Quran bahawa:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah al-Isra: 32). 5. Haram menjadi bomoh, di samping haram mempercayai dan bertanyakan sesuatu kepada bomoh. Dalam hadith sahih, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Barang siapa yang mendatangi bomoh dan bertanyakan sesuatu kepadanya, maka solatnya tidak diterima (oleh Allah) selama empat puluh hari. (Diriwayatkan oleh Muslim). Perawi Hadith Beliau adalah Uqbah bin Tsalabah bin Amr al-Khazraji al-Anshari al-Badri, beliau menyaksikan peranjian al-Aqabah Kedua, tetapi ulama berbeza pendapat sama ada beliau menyaksikan Perang Badar atau sebaliknya. 11

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 11

09/04/2010 23:04:04

Kitab Thaharah (Bersuci)

Pendapat yang paling kuat mengatakan beliau meninggal dunia pada tahun 40 H. Ulama hadith al-Sabah meriwayatkan hadithnya manakala Ribi bin Hirasy, Syaqiq bin Salmah, Alqamah dan lain-lain meriwayatkan hadith daripadanya.

5. Daripada Jabir bin Abdullah bahawa beliau berada di atas untanya yang sudah tersangat letih ketika dalam suatu perjalanan dan keadaan inilah yang mendorongnya untuk membiarkan untanya itu bebas berkeliaran. Jabir berkata: Rasulullah (s.a.w) kemudian menghampiriku lalu baginda memanggilku. Jabir pun segera memukul untanya sehingga unta itu berjalan tidak seperti biasanya, kemudian baginda berkata: Juallah untamu ini kepadaku seharga satu auqiyyah. Saya berkata: Tidak. Baginda berkata lagi: Juallah unta itu kepadaku. Saya lalu menjual unta tersebut kepada baginda seharga satu auqiyyah tetapi saya mengemukakan syarat supaya barang yang dibawa oleh unta itu dibawa sampai ke rumah saya. Sebaik tiba di rumah, saya membawa untaku itu kepada Rasulullah (s.a.w), lalu baginda memberiku harga unta itu, kemudian saya pulang. Setelah itu, Rasulullah (s.a.w) mengutus seseorang mendatangiku dan berkata: Apakah kamu mengira ketika aku memintamu menurunkan harga untamu itu bertujuan untuk mengambil untamu itu? Ambillah unta dan wang dirham kamu itu, sesungguhnya ia tetap menjadi hak milikmu. (Muttafaq alaih: 805) Makna Hadith Hadith ini merupakan sebahagian daripada hadith yang amat panjang. Ibn Hajar sengaja memotong hadith ini untuk mengemukakan suatu dalil bagi suatu keadaan yang kerap berlaku ketika berjual beli, di mana pembeli dibolehkan meminta harga barang supaya diturunkan dan permintaan supaya suatu barang dijual oleh pemiliknya walaupun pemilik sama sekali tidak berniat untuk menjual barang miliknya itu. Semua itu dibolehkan selagi bersesuaian dengan syarat-syarat yang dikemukakan oleh penjual dan pembeli ketika bertransaksi. 12

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 12

09/04/2010 23:04:04

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,keletihan kerana melakukan perjalanan jauh. ,membiarkan dan melapaskannya bebas berjalan. ,barangan yang dibawanya. ,baginda memberiku harga secara tunai. ,di belakangku. ,apakah kamu mengira?. ,aku memintamu untuk mengurangi harga.
Fiqh Hadith 1. Dianjurkan menyebut sesuatu dengan tujuan menambah kefahaman dengan syarat bersesuaian dengan kenteks perbahasan. 2. Betapa besar perhatian Rasulullah (s.a.w) kepada umatnya, malah tidak ketinggalan baginda turut mengambil berat urusan haiwan salah seorang umatnya. 3. Orang alim boleh mendoakan masyarakat awam. 4. Dibolehkan memukul haiwan dengan tujuan mahu berjalan atau berlari. 5. Dibolehkan meminta seseorang supaya menjual barang miliknya meskipun sebelumnya dia tidak mengungkapkan hasratnya untuk menjual barang miliknya. 6. Dibolehkan menawarkan barang dengan menentukan harganya. 7. Dibolehkan membatalkan jual beli tanpa harus menyebut apa alasannya. 8. Dibolehkan mengulangi permintaan kepada seseorang supaya dia mahu menjual barangnya dengan harapan muncul hasrat baru di dalam diri penjual untuk menjual barangnya. 9. Dibolehkan meminta diskaun atau pengurangan harga suatu barang daripada pemilik barang. 10. Seseorang yang menawar harga bagi suatu barang, kemudian dia mengulangi hasratnya untuk membeli barang itu bererti orang itu berhasrat membelinya mengikut harga yang telah disebutkan sebelumnya. 11. Dibolehkan mengemukakan syarat terhadap barang yang hendak dijual dan inilah yang dikenali dengan istilah pengecualian. Dalam masalah ini ulama berbeza pendapat:

13

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 13

09/04/2010 23:04:04

Kitab Thaharah (Bersuci)

Pertama, pengecualian dalam berjual beli sememangnya dibolehkan sedangkan larangan berjual beli dengan syarat merupakan hadith yang daif dan demikian pula dengan hadith jual beli dengan pengecualian, di mana sebahagian bunyi hadithnya adalah: kecuali jika dia mengetahuinya. Jadi, apa yang dilarang dalam hadith ini adalah syarat yang tidak diketehui. Inilah pendapat Imam Ahmad dan Ishaq sekali gus pendapat yang paling kuat. Kedua, pengecualian dalam berjual beli dibolehkan jika masa dan waktunya berdekatan, iaitu tidak melebihi waktu tiga hari. Ketiga, berjual beli dengan syarat pengecualian tidak dibolehkan dan ia dikatagorikan sebagai jual beli yang fasid (rusak). Ini pendapat Imam al-Syafii dan Imam Abu Hanifah. Mereka mengemukakan dalil bahawa Nabi (s.a.w) melarang berjual beli dengan pengecualian. (Diriwayatkan oleh Muslim). Mereka membantah hadith Jabir ini bahawa Nabi (s.a.w) meminjamkan unta itu kepada Jabir dan ada kemungkinan lain di mana Jabir meminta syarat itu dan bukannya satu persyaratan yang mesti dilaksanakan di mana dalam riwayat lain disebutkan: Aku memerlukan belakangnya. Kalimat ini digunakan orang Arab dalam bentuk pinjam-meminjam. 12. Betapa Rasulullah (s.a.w) amat berbelas kasihan dengan segenap individu umatnya. 13. Meminta maaf amat dianjurkan walaupun itu tidak diminta oleh pihak lawan. 14. Berbuat baik kepada orang yang diharapkan dapat bersedekah ke atas dirinya dan bersedekah dengan cara yang baik sehingga tidak memberatkan kedua-dua pihak.

6. Daripada Jabir bin Abdullah (r.a), beliau berkata: Seorang lelaki di kalangan kami memerdekakan seorang hamba setelah kematian tuannya sementara dia tidak mempunyai harta, kemudian Nabi (s.a.w) memanggilnya kemudian menjualnya. (Muttafaq alaihi: 806) Makna Hadith Menurut al-Bukhari, ada dua perkara penting yang disampaikan hadith ini, iaitu: Pertama, menjual harta orang muflis atau orang hilang kemudian membahagikannya kepada orang yang memberi pinjaman kepadanya, 14

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 14

09/04/2010 23:04:05

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

atau memberikan harta itu kepada orang tidak berharta sehingga dengan demikian dia mampu menyara dirinya sendiri. Ini merupakan salah satu alasan menjualan suatu barangan. Dengan kata lain, memerlukan wang tunai seperti mana disebut dalam riwayat yang lain. Kedua, dibolehkan menjual mudabbar (menjual hamba yang ditinggal mati oleh tuannya). Analisis Lafaz

,perawi hadith ini sama dengan perawi hadith sebelumnya, Jabir bin Abdullah (r.a).

, seorang lelaki Anshar. Dalam riwayat Muslim dinyatakan bahawa nama hamba dan orang yang memerdekakannya disebutkan di mana seorang lelaki Ansar yang dibernama Abu Madzkur memerdekakan seorang hamba yang ditinggal mati oleh tuannya dan dia bernama Yaqub.

maka hambanya itu dikira merdeka. Diberi nama al-Mudabbar kerana orang yang memerdekakan itu telah memikirkan masa depan hambanya di dunia dengan tetap berkhidmat selagi tuannya masih hidup, namun jika meninggal dunia maka hambanya merdeka dan tuannya pula memperoleh ganjaran pahala di akhirat kelak. Dengan kata lain, tuannya lebih mengutamakan kemaslahatan masa depan hambanya jika tuannya itu kelak meninggal dunia. Fiqh Hadith 1. Boleh menjual hamba al-Mudabbar sebelum tuannya meniggal dunia. Inilah pendapat Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Ishaq dan sekumpulan ulama yang lain. Dalam kaitan ini, Imam Ahmad mengemukakan syarat bahawa tuannya itu memiliki kewajipan membayar hutang sebagaimana yang ditegaskan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasai. Menurut Imam Abu Hanifah dan pengikutnya, tidak boleh menjual hamba al-Mudabbar kecuali telah wujud ketentuan yang menyatakan: Jika aku mati kerana sakit, maka kamu merdeka. Jika demikian, maka hamba itu boleh dijual. Menurut Imam Malik pula, boleh menjual hamba al-Mudabbar ketika tuannya hendak mati dan tidak boleh menjualnya ketika tuannya masih hidup. Pendapat yang lain daripada Imam Malik sama dengan pendapat Imam Ahmad menyatakan bahawa hamba itu boleh dijual dengan syarat tuannya memiliki kewajipan untuk 15

, setelah kematian tuannya, jika seorang tuan meninggal dunia,

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 15

09/04/2010 23:04:05

Kitab Thaharah (Bersuci)

melangsaikan hutang. 2. Seorang pemimpin boleh mewakili penjualan hamba orang lain. 3. Seseorang yang muflis dilarang untuk mengurus apatah lagi membelanjakan harta miliknya. 4. Memerdekakan hamba setelah tuannya meninggalkan dunia (hamba al-Mudabbar) adalah amat digalakkan. Penting Ulama bersepakat jika seorang hamba menjadi merdeka setelah kematian tuannya maka hendaklah dia dianggap termasuk ke dalam satu pertiga harta yang ditinggalkan oleh si mati kecuali Imam al-Laits dan Zufar, di mana mereka mengatakan bahawa hamba itu dianggap termasuk ke dalam perkiraan seluruh harta si mati.

7. Daripada Maimunah isteri Nabi (s.a.w) bahawa seekor tikus jatuh ke dalam minyak samin lalu tikus itu mati di dalamnya. Beliau kemudian menanyakan masalah itu kepada Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda: Buang bangkai itu tersebut dan minyak samin yang ada di sekitarnya lalu makanlah sisanya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, manakala Imam Ahmad dan al-Nasai pula menambahkan: ke dalam minyak samin yang beku.: 807) Makna Hadith Hadith ini menjadi salah satu landasan hukum berkaitan benda cair seperti minyak atau air yang dijatuhi najis. Perlu diketahui najis tidak dapat merubah status dan kadar seluruh benda cair yang dijatuhinya, sebaliknya najis itu hanya mempengaruhi sebahagian kecil benda cair itu sahaja. Analisis Lafaz

, buanglah bangkai tikus itu dan sebahagian daripada minyak sapi yang menjadi tempat tikus itu jatuh. Jika tidak, seluruh minyak sapi mesti dibuang.

16

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 16

09/04/2010 23:04:05

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,dan makanlah sisa minyak sapi itu sebagaimana disebut dalam riwayat lain: Maka makanlah minyak sapi kamu itu. ,sesuatu yang tidak berubah oleh adanya benda lain, sebaliknya ia tetap dalam bentuknya yang semula.
Fiqh Hadith 1. Seekor tikus yang sudah mati adalah najis 2. Ulama berbeza pendapat tentang kedudukan benda cair yang dijatuhi najis. 3. Benda cair yang dijatuhi najis berubah menjadi najis. Inilah pendapat jumhur ulama, namun pendapat ini dibantah oleh al-Awzai dan alZuhri. 4. Sebahagian benda cair yang kental menjadi najis, namun tidak dianggap najis secara keseluruhan. Dalam hadith mursal yang diriwayatkan daripada Atha disebutkan bahawa kadar yang wajib dibuang adalah selebar telapak tangan, namun pendapat yang lain mengatakan bahawa kadar yang wajib dibuang sekadar batas yang disentuh oleh benda najis itu sahaja. Ini jika bahagian-bahagian benda cair itu tidak bersentuhan secara langsung dengan tempat najis tersebut. 5. Wajib membuang najis yang jatuh pada sesuatu objek tertentu. Penting Hadith ini menegaskan bahawa minyak sapi yang dijatuhi najis tidak boleh digunakan lagi kerana berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Buanglah bangkai tikus itu dan begitu pula minyak sapi yang ada di sekitarnya, namun pada pembahasan sebelum ini dinyatakan bahawa minyak tersebut boleh digunakan untuk tujuan selain makan dan alat memasak seperti digunakan untuk bahan bakar atau minyak untuk menyalakan lampu. Periwayat Hadith Maimunah binti al-Harits al-Hilaliyyah salah seorang isteri Rasulullah (s.a.w), namun pendapat lain mengatakan bahawa namanya adalah Barrah lalu baginda mengganti namanya dengan Maimunah. Beliau meninggal dunia di Saraf, salah satu tempat Rasulullah (s.a.w) melangsungkan akad nikah dengannya. Daerah ini terletak antara Makkah dengan Madinah. Beliau meninggal dunia pada tahun 51 Hijriah dan hadithnya diriwayatkan oleh al-Sabah.

17

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 17

09/04/2010 23:04:05

Kitab Thaharah (Bersuci)

Orang yang meriwayatkan hadith daripada Maimunah adalah anak saudarinya bernama Abdullah bin Abbas, anak saudaranya bernama Abdurrahman bin al-Saib, anak saudarinya bernama Abdullah bin Syaddad, Yazin bin al-Ashamm, dan kedua orang mawlanya Atha bin Yasar serta Sulaiman bin Yasar dan lain-lain.

8. Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jika seekor tikus jatuh ke dalam minyak sapi dan minyak tersebut kental, maka hendaklah kamu membuangnya dan demikian pula minyak yang berada di sekitar tikus itu, namun jika minyak tersebut cair, maka janganlah kamu mendekatinya lagi. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud, manakala al-Bukhari dan Abu Hatim menilai hadith ini sebagai waham: 808) Perbahasan berkaitan hadith ini telah pun dinyatakan sebelum ini. Di sini Ibn Hajar mengulanginya semula bagi menguatkan lagi hukum yang berkaitan masalah ini, kerana seluruh benda cair yang terkena najis berubah menjadi najis, berbeza dengan benda kental (tidak cair) jika najis jatuh ke dalamnya, maka apa yang perlu dibuang hanyalah benda yang mengelilingi najis tersebut sahaja. Ibn Hajar turut menjelaskan perkataan al-Bukhari dan Abu Hatim dalam kitab Fath al-Bari dengan berkata: Al-Tirmidhi menceritakan daripada alBukhari bahawa beliau berkata mengenai riwayat Mamar iaitu hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Syihab daripada Said daripada Abu Hurairah, bahawa menurut al-Bukhari, hadith ini salah. Ibn Abu Hatim dalam kitab Ilal al-Hadith berkata daripada ayahnya: Hadith ini waham. Malah menurut al-Tirmidhi, hadith ini syadz. Menurut al-Dzuhali dalam al Zuhriyahat, kedua-dua jalur pada kami sama-sama kuat namun jalur Ibn Abbas daripada Maimunah lebih masyhur.

9- Daripada Abu al-Zubair, beliau berkata: Saya bertanya kepada Jabir (r.a) tentang hukum harga kucing dan anjing, kemudian beliau berkata: 18

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 18

09/04/2010 23:04:06

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Rasulullah (s.a.w) melarang daripada yang demikian itu. (Diriwayatkan oleh Muslim manakala al-Nasai pula menambahkan: kecuali anjing pemburu.: 809) Makna Hadith Rasulullah (s.a.w) melarang daripada memakan hasil jual beli kucing dan anjing, kecuali anjing pemburu. Analisis Lafaz

,dengn membaca kasrah ( ) huruf sin dan membaca fatah ( ) huruf nun yang ber-tasydid ( ) serta membaca sukun ( ) huruf waw di mana setelah huruf tersebut adalah huruf waw, ia bermaksud kucing.
Penting Al-Nasai setelah mengemukakan tambahan kecuali anjing pemburu berkata: Tambahan ini munkar. Oleh itu Ibn Hajar dalam kitab Fath alBari berkata: Al-Nasai meriwayatkan dengan sanad yang periwayat adalah thiqoh namun beliau malah meragui kesahihan hadith ini. Sedangkan Ibn Hibban, Ibn al-Jauzi dan ramai lagi pula turut menilai daif hadith ini. Fiqh Hadith 1. Diharamkan berjual beli anjing secara mutlak. Inilah pendapat jumhur ulama sebagaimana yang turut disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Masud sebelum ini. 2. Diharamkan berjual beli kucing. Inilah pendapat Abu Hurairah, Thaus, Mujahid dan Jabir, namun pendapat ini dibantah oleh jumhur ulama di mana mereka membolehkan berjual beli kucing, bahkan mereka mengemukakan dua bantahan ke atas hadith di atas: Pertama, kedudukan hadith ini daif, tetapi pernyataan ini ditolak kerana hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dan sandanya pula sahih. Kedua, larangan ini bersifat peringatan, tetapi pendapat ini juga lemah, kerana ia bercanggah dengan zahir hadith di atas, tambahan pula pengharamannya pula diiringi dengan pengharaman harga anjing, sementara menurut jumhur ulama harga anjing diharamkan, bukannya makruh. 19

,melarang dengan keras.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 19

09/04/2010 23:04:06

Kitab Thaharah (Bersuci)

Penting Meskipun diharamkan memakan hasil jual beli anjing dan kucing, namun tidak dilarang memeliharanya dengan syarat anjing itu dijadikan sebagai penjaga haiwan ternakan atau sebagai pemburu. Dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim diseburkan satu hadith:

Barang siapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu, Allah akan mengurangi ganjaran pahalanya setiap hari sebanyak dua qirath3. Dalam lafaz Muslim dan lainnya disebutkan:

kecuali anjing yang digunakan untuk berburu, menjaga tanaman dan haiwan ternakan. Sedangkan memelihara kucing telah pun dibolehkan dalam satu hadith:

Ia (kucing) termasuk haiwan jinak yang sering bergaul dengan kamu.

Satu qirath sama dengan 5 % dinar.

20

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 20

09/04/2010 23:04:07

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

10. Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Barirah datang kepadaku dan berkata: Sesungguhnya aku pernah menulis perjanjian merdeka daripada statusku sebagai hamba kepada majikanku sebanyak sembilan auqiyah. Setiap tahun mesti membayar satu auqiyah. Jadi bantulah saya. Maka saya pun berkata: Jika majikanmu bersedia bahawa wang yang kusediakan kepada mereka itu bakal menisbahkan kemerdekaanmu itu kelak kepadaku, aku bersedia memerdekakanmu. Barirah kemudian mendatangi majikannya dan menceritakan kepada mereka apa yang telah ditawarkan oleh Aisyah, tetapi mereka enggan menerima tawaran itu. Barirah kemudian mendatangi mereka sedangkan Rasulullah (s.a.w) sedang duduk. Barirah berkata: Sesungguhnya saya telah menawarkan perihal ini kepada mereka, tetapi mereka enggan menerimanya melainkan kemerdekaanku tetap dinisbahkan kepada mereka. Rasulullah (s.a.w) mendengar perkataan ini, kemudian Aisyah memberitahu kejadian ini kepada baginda lalu baginda bersabda: Ambillah dia (Barirah) dan berikan kepada mereka hak kemerdekaannya, kerana kemerdekaan mesti dinisbahkan kepada orang yang memerdekakan. Aisyah kemudian melakukan perintah Rasulullah (s.a.w) itu, kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai, lalu memuji Allah kemudian berkata: Amma badu, apa gerangan yang difikirkan oleh sekumpulan lelaki itu? Mereka mengemukakan syarat-syarat yang pada hakikatnya tidak tercantum di dalam kitab Allah? Setiap syarat yang tidak tercantum dalam Kitab Allah adalah batil, meskipun jumlah syarat itu sebanyak seratus syarat. Ketetapan Allah lebih benar dan syarat Allah lebih jelas. Sesungguhnya kemerdekaan dinisbahkan bagi orang yang memerdekakan hamba sahaya. (Muttafaq alaih dan lafaz hadith ini milik al-Bukhari). Manakala lafaz Muslim pula berbunyi: Belilah dia (Barirah) lalu merdekakanlah dia kemudian kemukakan syarat kemerdekaan kepada mereka.: 810. Makna Hadith Allah telah menentukan satu ketetapan dan menetapkan satu kewajipan. Setiap muslim wajib mematuhinya dan tidak dibolehkan melanggarnya. Dia tidak boleh melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan Allah. Seorang muslim tidak boleh mengemukakan syarat yang bercanggah dengan hukum Allah sebagaimana yang berlaku kepada Barirah yang telah mengadakan perjanjian kemerdekaan antara dirinya dengan tuannya, kemudian membeli dirinya dengan harta yang telah diberikan kepada mereka. Dia kemudian meminta bantuan orang lain untuk mengumpul wang tebusan untuk kemudian diberikan kepada tuannya namun mereka mengemukakan syarat 21

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 21

09/04/2010 23:04:07

Kitab Thaharah (Bersuci)

bahawa kemerdekaan tetap menjadi hak mereka. Mereka pada hakekatnya tidak memerdekakan Barirah, kerana kemerdekaan hanya dinisbahkan kepada orang yang memerdekakan. Jadi jelaslah syarat yang mereka kemukakan bercanggah dengan kaidah dalam ajaran Islam. Ini kerana orang yang membayar dan memerdekakan Barirah pada hakekatnya adalah Aisyah dan beliaulah yang berhak memperoleh hak penisbahan kemerdekaan, sementara mereka (tuan Barirah) tidak memerdekakan dirinya, sebaliknya mereka hanya memegang harga tebusan Barirah. Analisis Lafaz

,dengan membaca fathah huruf ba mengikut wazan faiah, ia berasal dari kalimat al-Barir yang bermaksud buah kayu al-Arak, namun pendapat lain mengatakan kalimat ini mengikut wazan failah dan berasal dari kalimat al-Birr yang bermaksud mafulah. ,aku mengadakan perjanjian atau transaksi dan inilah yang disebut dalam firman Allah:

hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka. (Surah al-Nur: 33) Dalam kaitan ini seorang hamba membayar sejumlah wang kepada tuannya supaya memerdekakannya daripada statusnya sebagai hamba sahaya.

,orang-orang yang memiliki Barirah. Mereka adalah sekumpulan orang Anshar sepertimana yang diterangkan dalam riwayat al-Nasai: Barirah menjadi pembantu mereka (orang-orang Anshar) dan dia pula sering membantu keperluan Aisyah. Oleh itu, Barirah sering kali meminta bantuan Aisyah supaya dapat memerdekakan dirinya.

dan ini membawa maksud bahawa ia menyebutkan


sisanya dan pada asalnya sebanyak sembilan auqiyah. , aku membayarnya kepada mereka sekali gus. Dalam riwayat lain menggunakan lafaz:

, dalam riwayat al-Bukhari dikatakan:

lebih jelas lagi: Aku membayar kepada mereka dengan sekali bayaran kemudian hak memerdekakanmu menjadi hak milikku. Hadith ini menggambarkan kepada kita bahawa dia ingin membelinya dengan cara pembelian yang betul, kemudian memerdekakannya, kerana memerdekakan merupakan sebahagian daripada cara memiliki seorang hamba. Hal ini dijelaskan lagi oleh riwayat lain yang di antaranya: Belilah lalu merdekakanlah!. Dalam riwayat 22

, dalam riwayat lain disebutkan dengan makna yang

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 22

09/04/2010 23:04:08

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, kebebasan dan kemerdekaanmu dinisbahkan kepadaku dan oleh kerananya, Barirah mawla Aisyah.

lain disebutkan: Ambillah dia. Dalam riwayat yang lain pula, Barirah berkata: Belilah daku kemudian merdekakanlah daku. Aisyah kemudian berkata: Ya, aku akan membeli dan memerdekakanmu. Manakala dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar disebutkan: Aisyah ingin membeli seorang hamba perempuan untuk dimerdekakan. Dalam riwayat lain yang diriwayatkan daripada Aisyah, beliau berkata: Aku membeli Barirah untuk aku merdekakan, sementara keluarganya memberi syarat bahawa hak kemerdekaannya menjadi kepunyaan keluarganya sendiri. Kesemua riwayat ini merujuk kepada lafaz hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

,mereka menolak dan enggan memberi hak kemerdekaannya kepada Aisyah, padahal mereka bersetuju dengan harga kemerdekaannya. , menurut Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama, makna adalah kepada mereka. Dengan erti kata lain, berikan syarat ,belilah dia.

, Barirah mengemukakan apa yang dikatakan oleh Aisyah kepada keluarganya.

kepada mereka bahawa hak kemerdekaannya menjadi miliki mereka sendiri, sementara hak tersebut menjadi hak milikmu bukan milik mereka. Namun Imam al-Nawawi dan sebahagian ulama pengikut al-Syafii mengingkari yang pendapat itu berasal dari Imam al-Syafii. Bagi mereka, makna perkataan ini berikan syarat kepada mereka adalah meskipun hak kemerdekaan Barirah dinisbahkan kepada mereka, tetapi engkau tetap orang yang berhak memilikinya. Syarat sebegini tentu dapat menggembirakan mereka secara zahir tetapi hukumnya tidak demikian, kerana penisbahan kemerdekaan tetap menjadi milikmu, bukan milik keluarga Barirah. Jadi syarat ini tidak memberi sebarang keuntungan kepada mereka. Apapun, hak milik kemerdekaan tetap bukan hak milik keluarga Barirah. diwajibkan oleh Allah kepada hamba-Nya. Kenyataan ini lebih bersifat umum daripada ketetapan yang terdapat di dalam al-Quran atau Sunnah.

, ketentuan yang tidak terdapat di dalam syariat yang

, dengan mengikuti ajaran dan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah. Perumpamaan di sini tidak boleh difahami sesuai dengan kedaan yang sebenarnya, kerana tidak ada persamaan antara yang hak dan yang batil, di samping lafaz kalimat tafdhil sering kali disebutkan dengan membawa maksud yang berbeza dengan maksud asalnya.
23

, dengan mengikutinya daripada syarat-syarat yang bertentangan dengan ketentuan Allah.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 23

09/04/2010 23:04:08

Kitab Thaharah (Bersuci)

, bukan kepunyaan orang yang tidak memerdekakan, kerana kalimat sebagai kalimat yang membawa maksud penyempitan.
Fiqh Hadith 1. Disyariatkan melakukan transaksi pemerdekaan antara hamba dengan tuannya dalam bentuk pembayaran sejumlah wang sebagai tebusan. 2. Pembayaran hendaklah dalam bentuk wang yang telah ditentukn. 3. Disyariatkan membayar wang tebusan pemerdekaan secara beransuransur bagi memudahkan proses pemerdekaan hamba sahaya berkenaan. 4. Dibolehkan meminta bantuan orang lain untuk membayar wang tebusan kemerdekaannya. 5. Disunatkan menghulurkan bantuan kepada hamba sahaya mukatab yang sedang dalam proses untuk memerdekakan dirinya atau membelinya kemudian memerdekakannya. 6. Seorang hamba perempuan dibolehkan melakukan usaha mukatabah (memerdekakan dirinya daripada status perhambaan) sama seperti seorang hamba lelaki, meskipun suami tidak memberinya kebenaran untuk berbuat demikian. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam sebahagian riwayat hadith. 7. Seorang hamba perempuan dibolehkan bekerja dan larangan bekerja bagi seorang hamba adalah jika pekerjaannya itu tidak jelas atau bekerja bukan untuk tujuan memerdekakan dirinya (mukatabah). 8. Dibolehkan meninggikan suara ketika mengingkari kemungkaran. Hal ini sebagaimana telah dijelaskan dalam sesetengah riwayat hadith yang membolehkan berbuat demikian. 9. Seseorang yang berhasrat membeli hamba untuk kemudian dimerdekakannya boleh memberitahu dan menceritakannya kepada orang lain yang berkemampuan dengan tujuan mereka mahu menghulurkan bantuan untuk memerdekakan hamba berkenaan, dan tindakan ini tidak dikategorikan sebagai riya. 10. Jual beli tunai lebih baik daripada jual beli berhutang (kredit). 11. Dibolehkan mempercepatkan waktu pembayaran mukatabah daripada waktu yang telah ditentukan, tetapi seorang tuan tidak boleh memaksanya untuk berbuat demikian. 12. Dibolehkan melakukan mukatabah (perjanjian kemerdekaan) mengikut harga hamba berkenaan, baik lebih murah ataupun lebih mahal daripada harga asal.

24

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 24

09/04/2010 23:04:08

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

13. Maksud dalam firman Allah: ( Surah al-Nur: 33) adalah memiliki keupayaan untuk bekerja dan mampu membayar tebusan kemerdekaan dirinya daripada belenggu perhambaan. Jadi, maksud ayat ini tidak terbatas pada harta benda. Ini turut ditegaskan dalam hadith Abu Dawud: yang bermaksud amanah, meskipun ada ulama yang tidak sependapat dengan tafsiran ini. 14. Boleh menjual hamba mukatab dengan wang mukatabah ketika tidak mampu lagi untuk membayarnya. Dalam masalah ini, ada tiga pendapat: Pertama adalah pendapat yang membolehkan menjual hamba mukatab. Inilah pendapat Imam Ahmad dan Imam Malik. Dalil mereka adalah hadith Rasulullah (s.a.w):
Hamba mukatab tetap berstatus hamba sahaya selagi dia masih berkewajipan membayar satu dirham untuk memerdekakan dirinya. (Hadith hasan) Kedua, dibolehkan menjual hamba mukatab dengan syarat adanya keredhaan hamba berkenaan dengan berdalilkan hadith di atas. Inilah pendapat Imam al-Syafii. Ketiga, tidak boleh menjual hamba mukatab walau apapun keadaannya. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah. Boleh menerima aduan seorang perempuana, walaupun dia seorang hamba perempuan. Memulakan khutbah dengan hamdalah dan perkataan: Amma badu. Khutbah hendaklah dilakukan dengan cara berdiri. Dibolehkan menyampaikan ceramah dengan tujuan memberi pengajaran kepada orang ramai di samping bertujuan kebenaran dapat disebarluaskan. Dibolehkan membuat syarat lebih daripada satu syarat. Dibolehkan bersajak ketika bercakap selagi tidak berlebihan. Dibolehkan menceritakan suatu peristiwa dengan tujuan menetapkan suatu hukum. Seorang wanita dibolehkan membelanjakan hartanya sendiri meskipun tanpa izin suaminya dengan syarat sudah dewasa dan bijaksana. Dibolehkan menyuruh wanita untuk mengadakan transaksi jual beli. Dibolehkan membeli barang dengan harga yang lebih tinggi.

15. 16. 17. 18.

19. 20. 21. 22.

23. 24.

25

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 25

09/04/2010 23:04:08

Kitab Thaharah (Bersuci)

Penting Menurut Imam al-Nawawi, Ibn Khuzaimah dan Ibn Jarir telah mengarang dua kitab berlainan berkaitan hadith ini di mana kedua-duanya memuatkan banyak istinbath hukum yang amat bermanfaat.

11- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Umar melarang daripada menjual Ummahatul Awlad, beliau berkata: Umahatul Awlad tidak boleh dijual, tidak boleh dihibahkan dan tidak boleh diwariskan, dan seorang tuan hendak memperlakukannya dengan baik. Jika tuannya meninggal dunia, maka hamba tersebut menjadi merdeka. (Diriwayatkan oleh Imam Malik dan al-Baihiqi. Al-Baihaqi berkata: Sebahagian periwayat menilainya sebagai marfu, namun itu satu kesilapan.: 811) Makna Hadith Hadith ini melarang untuk menjual dan menghibahkan serta mewariskan seorang hamba perempuan yang melahirkan anak tuannya, kerana dia telah menjadi ibu kepada seorang anak yang merdeka. Dalam kaitan ini, Umar berpandangan menjual atau mewariskan hamba tersebut merupakan salah satu bentuk memutuskan tali silaturrahim, sementara syariat telah melarangnya daripada berbuat demikian. Analisis Lafaz

, seorang hamba perempuan yang melahirkan anak tuannya. Dengan demikian, hamba ini menjadi ibu kandung kepada anak tuannya. Inilah yang disebut Ummul Walad , dia dibolehkan memperlakukan hamba itu tersebut sebagaimana dia memperlakukan isterinya, kerana hamba tersebut halal baginya.

, ini kerana Sufyan al-Tsauri dan Fulaih bin Sulaim meriwayatkan hadith ini daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibn Umar daripada Umar secara mawquf. Namun Abdul Aziz bin Muslim dan Abdullah bin Jafar tidak sependapat dengan riwayat Sufyan al-Tsawri dan Fulaih bin Sulaim dengan menyatakannya sebagai marfu. Ini kerana riwayat Sufyan
26

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 26

09/04/2010 23:04:09

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

disokong oleh banyak riwayat yang lain, di samping ia lebih dapat dipercaya berbanding Abdul Aziz dan Abdullah. Atas pertimbangan ini, hadith ini dinyatakan mawquf dan bukannya marfu, meskipun ada sesetengah ulama hadith yang menyatakannya marfu. Apapun, apa yang dikatakan al-Baihaqi adalah benar. Fiqh Hadith 1. Larangan menjual ibu anak tuan (Ummahtul Awlad). 2. Larangan mewariskan ibu anak tuan (Ummahtul Awlad). Sebahagian besar ulama bersepakat untuk menjual dan mewariskan ummahatul awlad ini, malah sebahagian ulama mutakhirin telah mendakwanya sebagai satu ijmak. Masalah ini akan dihuraikan pada pembahasan hadith yang berikutnya. 3. Seorang tuan dibolehkan menyetubuhi hamba perempuan miliknya pada bila-bila masa kecuali berkaitan dengan perkara-perkara dilarang oleh syariat seperti sedang haid, nifas dan lain-lain. 4. Seorang ummul walad (ibu yang melahirkan anak tuan) menjadi merdeka setelah kematian tuannya.

12- Daripada Jabir bin Abdullah (r.a), beliau berkata: Kami pernah menjual hamba-hamba wanita yang kami miliki yang merupakan ibu anak-anak kami, sementara pada masa itu Rasulullah (s.a.w) masih hidup dan baginda tidak melihat tindakan kami itu sebagai satu kesalahan. (Diriwayatkan oleh al-Nasai, Ibn Majah, al-Daruquthni dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban: 812) Makna Hadith Hadith ini merupakan satu landasan di mana amalan sahabat pada zaman Rasulullah (s.a.w) masih hidup dianggap sebagai dalil dan hujah, kerana wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah (s.a.w) pastinya memperlihatkan apa-apa yang dilakukan oleh para sahabat. Para sahabat meyakini bahawa ketika perbuaatan mereka tidak dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya, maka itu bererti perbuatan mereka selari dengan ajaran syariat. Demikian pula dengan pendapat Jabir dalam hadith ini, di mana beliau menjual hamba 27

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 27

09/04/2010 23:04:09

Kitab Thaharah (Bersuci)

yang merupakan ibu kepada anaknya ketika Rasulullah (s.a.w) masih hidup, semenara baginda tidak melarang perbuatannya itu. Ini menunjukkan perbuatannya dibolehkan di sisi syariat. Analisis Lafaz

, jamak yang berasal dari kalimat yang bermaksud perkahwinan, kerana seorang hamba perempuan halal bagi tuannya untuk mengahwininya. Ada kemungkinan kalimat ini pula berasal dari kalimat ( bahagia), kerana tuannya bahagia dan senang ketika menyetubuhinya. ,dosa dan kesalahan.
Penting Dalam riwayat al-Hakim disebutkan pada akhir hadith bahawa ketika Umar bin al-Khattab menjawat sebagai khalifah, beliau melarang kami daripada (menjual ummahatul awlad) dan kami pun akhirnya menghentikan perbuatan itu. Fiqh Hadith 1. Amalan sahabat pada zaman Rasulullah (s.a.w) masih hidup boleh dijadikan sebagai hujah dengan syarat selagi tidak diingkari oleh Rasulullah (s.a.w). 2. Dibolehkan menjual hamba perempuan yang melahirkan anak tuannya. Hadith ini bercanggah dengan hadith sebelumnya di mana di situ ditegaskan bahawa dilarang menjual hamba perempuan yang melahirkan anak tuannya sebagaimana yang dikatakan oleh Umar bin al-Khattab dan pendapat jumhur ulama, malah Ibn Qudamah mendakwa para sahabat telah pun berijmak dalam masalah ini. Apapun, dakwaan ijma ini tidak menjadi cacat lantaran Ali bin Abu Thalib, Ibn Abbas dan Ibn al-Zubair berpendapat bahawa dibolehkan menjual hamba perempuan yang melahirkan anak tuannya, kerana dalam satu riwayat diceritakan bahawa mereka telah pun meninggalkan pendapatnya dan kembali menyokong hadith yang membolehkan menjual hamba perempuan yang melahirkan anak tuannya. Antara ulama yang membolehkan menjual hamba perempuan yang melahirkan anak tuannya adalah al-Nashir, alBaqir, al-Shadiq, al-Imamiyyah, al-Muzani salah seorang pengikut Imam al-Syafii, Dawud al-Zhahiri dan Qatadah.

28

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 28

09/04/2010 23:04:09

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

13- Daripada Jabir bin Abdullah, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual air yang melebihi keperluan. (Diriwayatkan oleh Muslim dan dalam riwayat lain ditambahkan: dan (dilarang) daripada menjual (mengambil) upah dari pejantan unta.: 813) Makna Hadith Air merupakan salah satu unsur paling penting dalam kehidupan. Manusia tidak mampu hidup tanpa air. Itulah sebabnya manusia memiliki hak yang sama dalam memperoleh air. Jika seseorang memiliki air yang melebihi keperluannya, maka air itu tidak boleh lagi dijadikan sebagai hak miliknya dan oleh kerananya, dia tidak boleh menjualnya sebab itu telah menjadi hak bagi orang lain yang amat memerlukannya. Baka jantan haiwan pada dasarnya tidak salah menjadikan seekor haiwan ternak menjadi pejantan. Apa yang dilarang dalam masalah ini adalah mengambil upah dari pejantan tersebut, kerana pada hakikatnya seseorang tidak memerlukan biaya untuk memberikan pejantan tersebut kepada orang lain. Analisis Lafaz , air yang melebihi keperluan asas, seperti seseorang yang mempunyai telaga di atas tanah miliknya sendiri yang digunakan untuk memenuhi keperluannya. Jika air itu melebihi keperluannya, maka dia tidak berhak menahan air tersebut dari orang yang memerlukannya dan tidak boleh pula menjualnya.

, seekor haiwan pejantan yang biasanya digunakan untuk mengahwinkannya dengan haiwan betina.
Fiqh Hadith 1. Tidak boleh menjual air yang sudah melebihi keperluan. 2. Tidak boleh mengambil upah ke atas binatang pejantan.

29

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 29

09/04/2010 23:04:10

Kitab Thaharah (Bersuci)

14- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang daripada mengambil upah dari seekor haiwan pejantan. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 814) Makna Hadith Hadith ini melarang seseorang daripada mengambil upah ke atas haiwan pejantan. Analisis Lafaz

,jantan yang merupakan lawan kata betina, maksudnya adalah pejantan haiwan, tetapi kalimat ini boleh pula digunakan untuk manusia.
Fiqh Hadith

,dengan membaca baris fathah huruf ain dan membaca sukun huruf sin yang bermakna sperma yang dikeluarkan oleh seekor haiwan pejantan kepada haiwan betina.

1. Diharamkan mengambil upah terhadap haiwan pejantan. Inilah pendapat jumhur ulama. 2. Tetapi dalam pendapat lain menurut mazhab Syafii dan mazhab Hanbali yang juga diriwayatkan daripada Imam Malik bahawa boleh menyewakan haiwan pejantan adalah dibolehkan dengan syarat dilakukan dalam waktu yang ditentukan dan mereka memahami larangan dalam hadith ini sebagai makruh tanzih belaka. Malah pendapat ini yang serupa turut dikemukakan oleh al-Hasan dan Ibn Sirin, di mana dibolehkan menyewakan haiwan pejantan.

15- Daripada Ibn Umar (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual perkhidmatan haiwan pejantan, kerana jual beli seperti ini merupakan salah satu jenis jual beli yang digemari masyarakat Jahiliah, di mana seseorang membeli seekor unta dan dibayar jika unta tersebut melahirkan dan anak yang di dalam kandungan ibunya melahirkan kandungannya. (Muttafaq alaihi: 815)

30

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 30

09/04/2010 23:04:10

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Hadith ini pada dasarnya melarang jual beli yang mengandungi unsur penipuan, iaitu setiap jual beli yang pada zahirnya bertujuan menipu pembeli, kerana di dalamnya memuatkan unsur yang tidak jelas dan penuh spekulasi. Pendapat lain mengatakan bahawa jual beli penipuan adalah jual beli yang di dalamnya memuatkan unsur spekulasi yang menyebabkan kerugian. Pendapat lain pula mengatakan bahawa jual beli penipuan adalah setiap di mana barang yang diniagakan, harga atau tempohnya masih tidak diketahui. Hadith ini melarang jual beli yang berlandaskan unsur penipuan kerana boleh mendatangkan kerugian dan pertelagahan di kemudian hari, kerana kehamilan haiwan tersebut masih belum dapat dipastikan. Seandainya haiwan betina yang dikahwinkan itu benar-benar hamil, ada kemungkinan pemilik haiwan akan mengingkari kehamilannya. Analisis Lafaz ,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, Ibn Umar.

, maksudnya adalah haiwan pejantan. Perkataan merupakan tambahan salah seorang periwayat hadith sama ada Nafi atau mawlanya Abdullah bin Umar. ,dengan membaca baris fathah huruf jim dan zai yang bermaksud unta baik jantan mahupun betina dan ini berlaku bagi setiap haiwan ternakan, tidak berlaku khusus kepada unta sahaja.
besar dan kemudian melahirkan lagi. Fiqh Hadith 1. Dilarang menjual anak dari anak haiwan yang bakal melahirkan (cucu haiwan ternak) menurut Imam Malik, Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama, kerana mereka mentafsirkan hadith ini sebagaimana yang telah kami bahas sebelum ini. Sementara lafaz Imam Ahmad dan Imam Ishaq menegaskan bahawa apa yang diharamkan adalah menjual anak yang bakal dilahirkan oleh haiwan ternak. Dalam

, hasil atau calon anak yang dihasilkan oleh haiwan ternakan. Ada yang bertanya, istilah hamil ( ) hanya khusus digunakan untuk menyebut manusia kecuali dalam hadith ini. Jawapannya, istilah ini turut disebut dalam hadith yang lain.

,membeli.

, kemudian anak yang dilahirkan itu hidup hingga ia , melahirkan.

31

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 31

09/04/2010 23:04:10

Kitab Thaharah (Bersuci)

riwayat lain, Imam Malik mengatakan yang kemudian disetujui oleh sebahagian pengikut mazhab Syafii bahawa apa yang dilarang itu adalah membeli anak haiwan yang bakal dilahirkan dengan menentukan harganya terlebih dahulu, meskipun anak haiwan tersebut belum dilahirkan. Alasannya larangan itu adalah jual beli seperti ini memuatkan unsur penipuan dan termasuk jual beli barang yang tidak ada dalam kepemilikan di samping tidak dapat dilakukan serah terima. Jual beli seperti ini dikategorikan sebagai jual beli penipuan. Dari perbezaan pendapat ini kita dapat menyimpulkan empat pendapat iaitu: Dua mazhab iaitu mazhab Imam al-Syafii dan Imam Ahmad mengatakan bahawa apakah alasan mengharamkan jenis jual beli seperti ini berlandaskan tempoh yang tidak jelas atau lantaran ketiadaan barang yang diniagakan? Dua mazhab lagi iaitu mazhab Imam Malik dalam riwayat lain mengatakan apakah alasan mengharamkan itu kerana jual beli seperti ini lantaran tempoh yang tidak jelas atau lantaran ketiadaan barang yang diniagakan? 2. Disunatkan merincikan suatu hukum bagi seseorang yang mampu berbuat demikian sekali gus mengemukakan contohnya. 3. Hadith ini menggambarkan sistem ekonomi masyarakat Jahiliah, di mana di dalamnya banyak memuatkan transaksi yang berunsurkan penipuan hingga mengakibatkan perbuatan dan tindakan yang tidak terpuji.

16- Dari Ibn Umar (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual dan menghibahkan wala. (Muttafaq alaih: 816) Makna Hadith Pada zaman Jahiliah, orang Arab biasa menjual hamba yang telah dimerdekakan tuannya. Jika orang yang memerdekakan meninggal dunia, hamba itu diwarisi oleh orang yang memerdekakannya kemudian mereka menjual wala (hak kemerdekaan) itu atau menghibahkannya. Rasulullah (s.a.w) melarang daripada perbuatan ini, kerana wala sama kedudukannya dengan nasab keturunan yang tidak boleh dihilangkan dengan apa-apa sebab. Analisis Lafaz

,daripada Ibn Umar, periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya .
32

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 32

09/04/2010 23:04:11

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,dibaca dengan baris fathah huruf waw ( ) yang bermaksud seseorang yang memerdekakan hamba. Jika seorang tuan memerdekakan hambanya, maka hak kemerdekaan hamba itu (wala) itu menjadi milik tuannya.
,memberikan sesuatu kepada orang lain atau memberikan suatu barang kepada orang lain tanpa mengharapkan imbalan/balasan. Fiqh Hadith 1. Hukum menjual wala adalah haram. 2. Hukum menghibahkan wala adalah haram. Kedua-dua hukum ini telah disepakati oleh ulama.

17- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang jual beli hashah dan jual beli dengan cara menipu (gharar). (Diriwayatkan oleh Muslim: 817). Makna Hadith Ada dua bentuk larangan dalam hadith ini; larangan pertama merupakan contoh bagi larangan kedua. Jadi larangan pertama sebagai contoh sedangkan larangan kedua dianggap sebagai kaedah yang mencakupi larangan pertama dan larangan terhadap kes-kes lain yang serupa sebagaimana yang telah dibahas sebelum ini tentang jual beli penipuan. Dalam hadith ini, Islam mengharamkan segala bentuk jual beli yang di dalamnya memuatkan unsur penipuan dan kecurangan. Inilah yang disebut jual beli gharar. Antara contoh jual beli gharar adalah jual beli hashah di mana ketika mengadakan transaksi, segala jenis, ciri dan jumlah barang yang bakal dibeli telah ditentukan sementara pembeli atau penjual belum memiliki keinginan atau belum mengemukakan hasratnya untuk itu, misalnya, pembeli melempar kerikil ke arah sejumlah pakaian; jika kerikil itu jatuh ke mana-mana pakaian tersebut, maka baju itu menjadi hak miliknya dan dia pun wajib membuat bayaran ke atas baju tersebut. Jadi, unsur kecurangan di sini wujud dalam masalah harga dan barang yang tidak dapat dipastikan itu.

33

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 33

09/04/2010 23:04:11

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz

semuanya memiliki maksud yang sama, di antaranya adalah: Pertama, bai al-hashah adalah seorang penjual berkata kepada pembeli: Jika aku melemparkan sesuatu kepadamu, maka jual beli wajib dilaksanakan antara kita. Kedua, ia adalah seseorang berkata: Lemparkan batu itu, jika ia jatuh dan terkena suatu barang, maka ia menjadi hak milikmu dan kamu wajib membelinya. Ketiga, ia adalah seseorang berkata: Aku menjual tanah ini sampai bahagianmu habis. Keempat, ia adalah seseorang menggenggam kerikil dalam genggaman tangannya dan berkata: Jika ada barang yang keluar dari genggamanku bererti aku menjualnya untukmu, atau seorang penjual berkata: Setiap bahagian, aku jual sebanyak satu dirham. sengaja disembunyikan. Pendapat lain mengatakan kalimat ini berasal daripada perkataan al-ghurur, kerana zahirnya dirahsiakan sementara batinnya tidak menyenangkan. Pendapat lain mengatakan kalimat ini bermaksud tipuan di mana jika seseorang mengetahui hakikat yang sebenar, dia pasti enggan membeli barang yang ditawarkan itu. Ada pula yang mengatakan jual beli gharar sama halnya dengan jual beli spekulasi. Takrif bai al-gharar adalah setiap jual beli di mana harga, tempoh atau barang masih tidak dapat diketahui dengan pasti atau penjual tidak mampu menyerahkan barang yang ditawarkan kepada pembeli. Antara bentubentuk bai al-gharar adalah: 1. Bai habl al-habalah. 2. Bai al-hashah. 3. Bai al-mulaqih. 4. Bai al-mudhamin. 5. Menjual buah yang masih belum matang di pohonnya. 6. Bai al-mulamasah dan bai al-munabadzah. 7. Menjual ikan di dalam air, hamba sahaya yang melarikan diri, sesuatu barang yang sudah hilang atau barang yang tidak mampu untuk diadakan serah terima. Fiqh Hadith 1. Haram melakukan jual beli al-hashah. 2. Haram melakukan jual beli al-gharar seperti hamba yang sudah 34

, banyak perbezaan pendapat tentang takrif istilah ini meskipun

, asal makna al-gharar (penipuan) adalah sesuatu yang aslinya

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 34

09/04/2010 23:04:11

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

melarikan diri, kuda yang lepas dari kandangnya atau ikan yang masih berenang di dalam lautan. Penting Ada sebahagian jual beli yang berisiko mengandungi unsur penipuan, tetapi jual beli seperti ini tetap dianggap sah di sisi Islam seperti seseorang yang membeli kedai namun sejauh mana kekuatan rangka gedung masih belum diketahui dengan jelas dan demikian pula membeli jubah secara borongan namun belum diketahui sama ada seluruh kualiti jubah tersebut dapat dijamin atau malah sebaliknya. Jual beli seperti ini dibolehkan mengikut ijma, kerana jika kekuatan rangkanya dipaksa untuk dilihat, maka tindakan ini boleh merosakkan bangunan atau nilai kedai itu berkurang lantaran kerosakan yang disebabkan oleh pemeriksaan itu. Demikian pula seseorang yang menyewa pekerja dengan gaji bulanan, di mana kadang kala satu bulan berjumlah tiga puluh hari atau dua puluh sembilan hari bahkan ada yang hanya dua puluh lapan hari. Keadaan sebegini dibolehkan mengikut ijma ulama. Tidak dapat dimungkiri bahawa setiap permasalahan seringkali diselimuti oleh perkara syubhat, sehingga seseorang kebingungan dalam menentukan hukumnya sama ada dibolehkan atau sebaliknya. Sila rujuk perbahasan ini dalam kitab fiqh.

18. Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa membeli makanan maka hendaklah dia tidak menjualnya sebelum mengetahui sukatan atau menimbangnya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 818) Makna Hadith Kepemilikan terhadap barang dalam jual beli dapat dilakukan dengan pelbagai macam cara; kadang kadang pemilikan itu dilakukan dengan cara penjumlahan, kadang kala dilakukan dengan cara timbangan, ada pula ketikanya dilakukan dengan cara sukatan, ada pula ketikanya dilakukan dengan cara serah terima barangan diperjualbelikan dan banyak lagi tradisi lain yang menunjukkan itu adalah sebagai serah terima kepemilikan dalam berjual beli. Dalam hadith ini disebutkan jika jual beli dilakukan dengan timbangan, maka penimbangan itu dilakukan oleh penjual ketika menjual suatu barangan berkenaan, walaupun sebelumnya dia telah menimbangnya 35

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 35

09/04/2010 23:04:12

Kitab Thaharah (Bersuci)

dengan cara yang betul. Analisis Lafaz

,makanan yang sudah dikenali umum, sama ada makanan manusia mahupun makanan haiwan, tetapi adakah kalimat ini bersifat umum yang meliputi setiap makanan atau bersifat khusus hanya sekadar meliputi makanan tertentu? Dalam kaitan ini, mengemukakan dua pendapat yang perbahasannya akan dihuraikan berikut ini. ,ditimbang dengan menggunakan sukatan bagi memastikan kadar dan jumlahnya.
Fiqh Hadith 1. Dilarang menjual barangan yang belum ditimbang dan setiap barang yang hendak dijual terlebih dahulu mestilah ditimbang. Inilah pendapat jumhur ulama. Menurut Atha dan sekumpulan ulama, hadith ini melarang daripada menjual suatu barangan sebelum dimiliki atau dikuasainya. Inilah yang dimaksudkan dengan timbangan atau sukatan dalam hadith ini dan mereka mengemukakan dalil bagi mengukuhkan pendapat mereka dengan hadith Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Sabah kecuali al-Tirmidhi bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

,periwayat hadith ini sama dengan sebelumnya, yakni Abu Hurairah.

Barang siapa menjual makanan, maka dia tidak boleh menjualnya sebelum memilikinya. Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Hakim bin Hizam yang dinilai sebagai hadith marfu:

Jika kamu membeli sesuatu barangan, maka janganlah kamu menjualnya sebelum memiliki barangan itu. Demikian pula hadith Abu Dawud yang diriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit bahawa:

Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual barangan sebelum para peniaga benar-benar memiliki barang dagangannya itu. Tetapi dalil Atha dan sekumpulan ulama ini merupakan syarat lain dalam 36

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 36

09/04/2010 23:04:12

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

berjual beli yang tidak bercanggah dengan kewajipan menimbang barang sebelum menjualnya. Jadi apapun, pendapat yang lebih kuat adalah pendapat jumhur ulama. 2. Larangan yang disebutkan di atas khusus untuk makanan sahaja sebagaimana yang diisyaratkan oleh lafaz hadith itu. Inilah pendapat jumhur ulama. Menurut Abu Hanifah, setiap barang yang bergerak wajib ditimbang sebelum dijual dan ini berlandaskan hadith yang diriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit di atas.

19. Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menawarkan dua jenis penjualan dalam satu akad jual beli. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasai, dan dinilai sahih oleh al-Tirmidhi dan Ibn Hibban: 819).

20. Menurut lafaz hadith Abu Dawud: Barang siapa yang menawarkan dua jenis penjualan dalam satu akad jual beli, maka orang itu telah melakukan riba. (820). Makna Hadith Hadith ini melarang jual beli seperti yang dinyatakan dalam hadith di atas, karena jual beli ini termasuk ke dalam salah satu daripada dua jenis jual beli yang dilarang di sisi syariat; unsur kesamaran dan unsur riba. Ini digambarkan dalam kalimat menawarkan dua jenis penjualan dalam satu akad jual beli yang maksudnya dibahas dalam analisis lafaz berikut ini. Analisis Lafaz

, menurut Imam al-Syafii, ada beberapa tafsiran untuk kalimat ini, iaitu: Pertama, ketika seseorang menawarkan barang berkata: Saya menjual barang ini seharga dua ribu dengan pembayaran ansuran atau beharga seribu dengan pembayaran tunai dan kamu boleh membeli barang ini dengan mana-mana harga yang kamu sukai berdasarkan tawaran tadi. Jual beli ini dikategorikan jual beli fasid kerana memuatkan unsur kesamaran
37

,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, yakni Abu Hurairah.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 37

09/04/2010 23:04:13

Kitab Thaharah (Bersuci)

dan unsur tidak jelas. Bagi pensyarah (Allusy), tafsiran ini disokong oleh hadith Abdullah bin Masud yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa:

Rasulullah (s.a.w) melarang daripada melakukan dua transaksi dalam satu penjualan barang. Contoh jual beli seperti ini seperti mana dikemukakan oleh Simak salah seorang periwayat hadith ini adalah seseorang menawarkan barang dengan berkata: Harga barang ini sekian apabila dibayar secara ansuran sedangkan harga barang ini sekian apabila dibayar secara tunai. Apapun, sanad hadith ini masih dipertikai (maqol).4 Alasan jual beli seperti ini dilarang kerana harga yang ditawarkan tidak tetap sehingga menimbulkan unsur riba, di samping adanya tambahan harga akibat kelewatan waktu pembayaran. Kedua, menurut Imam al-Syafii, jual beli ini dilakukan oleh seseorang dengan berkata: Aku menjual hambaku kepadamu dengan syarat kamu menjual kudamu kepadaku. Bagi pensyarah, lafaz hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud menguatkan tafsiran yang pertama, kerana pada tafsiran kedua tidak wujud unsur riba. Ketiga, ada pula ulama yang mentafsirkan hadith tersebut dengan cara tafsiran yang berlainan dengan Imam al-Syafii, di mana seseorang memberi pinjaman hutang satu dinar dengan satu kantong makanan dengan tempoh hutang selama satu bulan. Ketika tempoh pembayaran hutang tiba, dia berkata: Juallah kepadaku makanan yang menjadi hutangmu itu selama dua bulan dengan bayaran sebanyak dua kantong makanan. Tafasiran ini dikemukakan oleh penulis kitab Nayl al-Awthar. Fiqh Hadith 1. Larangan menjual satu barang dalam dua bentuk penjualan seperti menjual barang dengan harga ansuran dan tunai tanpa menentukan harga penjualan yang disetujui. Inilah pendapat ini Zainal Abidin Ali bin al-Husain dan Yahya. Menurut jumhur ulama, jual beli seperti ini dibolehkan seperti mana disebut dalam kitab Nayl al-Awthar, namun al-Khattabi mengemukakan pendapat sebaliknya dengan berkata: Menjual baju seharga sepuluh dinar secara tunai dan menjual baju dengan harga

4 Maksud dalam hadith ini ada maqol adalah daif akibat salah seorang periwayatnya daif, munqathi, mursal atau cacat.

38

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 38

09/04/2010 23:04:13

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

dua puluh dinar secara ansuran selama satu bulan merupakan salah satu bentuk jual beli yang fasid di sisi jumhur ulama kerana pembeli dan penjual tidak mengetahui harga mana yang akan mereka sepakati, di samping wujud kesamaran harga yang menjadikan transaksi tersebut tidak sah. Menurut Thawus, tidak ada salahnya mengadakan jual beli satu barang dalam dua bentuk penjualan. Pendapat ini senada dengan pendapat Ibrahim dan Hammad. Tetapi apa yang dinukil oleh al-Khattabi ini berbeza dengan pendapat yang telah dinukil oleh al-Syawkani. Jadi, jumhur ulama mengatakan jual beli yang tidak jelas merupakan salah satu bentuk jual beli yang dianggap fasid (tidak sah), kerana tidak ada ketetapan yang jelas. Jika jika ada ketetapan yang jelas, maka jual beli seperti ini tetap dibolehkan. Bagi mereka, kedudukan hadith ini amat lemah atau pendapat ini masih memuatkan pelbagai tafsiran dan oleh kerananya tidak ada alasan untuk mentafsirkannya mengikut pandangan ini sahaja. Di sisi lain jumhur ulama mengemukakan dalil-dalil yang secara umum membolehkan jual beli dengan sistem ansuran. 2. Larangan menjual suatu barang yang di dalamnya mensyaratkan si penjual wajib membeli suatu barang milik pembeli ketika transaksi jual beli sedang dilangsungkan. Pendapat ini berdasarkan ijma ulama.

21- Daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak halal pinjaman sekali gus jual beli, tidak halal dua syarat dalam satu akad jual beli, tidak halal menjualkan barang yang tidak dapat dijamin dan tidak halal menjual barang yang bukan hak milikmu. (Diriwayatkan oleh al-Khamsah, dinilah sahih oleh al-Tirmidhi, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim). Hadith ini turut disebut oleh al-Hakim dalam kitab Ulum al-Hadith daripada riwayat Abu Hanifah daripada Amr yang disebut di atas dengan lafaz: Baginda melarang daripada jual beli sekali gus wujud syarat. Jalur ini turut dikeluarkan oleh al-Tabrani dalam kitab al-Awsath, namun statusnya gharib. (821).

39

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 39

09/04/2010 23:04:13

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini mengemukakan sejumlah jenis jual beli yang dilarang di sisi syariat, antara lain adalah: Pertama, jual beli yang di dalamnya disyaratkan pinjaman daripada si pembeli. Kedua, jual beli bersyarat yang pada hakekatnya menimbulkan mudharat terhadap barang yang diperjualbelikan. Ketiga, jual beli barang yang belum dikuasai. Keempat, jual beli barang yang belum menjadi hak miliknya. Analisis Lafaz

beberapa tafsiran yang antara lain: Pertama, seseorang ingin membeli barangan dengan harga yang lebih tinggi lantaran dia menangguhkan pembayarannya dan jual beli seperti ini tidak dibolehkan. Oleh itu, dia meminjam wang kepada si penjual untuk membayar harga barang tersebut. Hal ini disebut dalam kitab Subul alSalam. Kedua, seseorang berkata: Aku menjual baju ini dengan harga sepuluh dirham dengan syarat kamu mesti memberi pinjaman kepadaku wang sebanyak sepuluh dirham. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh al-Khattabi. Ketiga, seseorang meminjamkan wang, kemudian penjual menjual barang kepada peminjam wang tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Keempat, seseorang mempunyai hutang kepada orang lain, kemudian dia berkata: Jika kamu tidak mampu membayar hutangmu, maka barang tersebut telah terjual untukmu. Bentuk jual beli ketiga dan keempat disebut oleh al-Tirmidhi daripada Ishaq bin Manshur, di mana beliau pernah bertanya kepada Imam Ahmad tentang bai wa salaf, lalu Imam Ahmad menjawabnya dengan kedua-dua jawapan ini. membeli pakaian dan mensyaratkan kepada si penjual untuk menjahit dan memotongnya atau membeli makanan dan mensyaratkan kepada si penjual untuk mengangkut dan menjamin keselamatan barang yang dibelinya itu sampai di tujuan. Dalam riwayat kedua daripada Imam Ahmad disebutkan bahawa contoh jual beli ini adalah seseorang mensyaratkan untuk tidak menjual semula barang tersebut, tidak memakainya dan tidak menghibahkannya. 40

, al-salaf adalah hutang. Ulama mentafsirkan lafaz ini dengan

, contoh lafaz ini menurut Imam Ahmad adalah seseorang

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 40

09/04/2010 23:04:14

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, sesuatu yang belum dimilikinya. Pendapat lain mengatakan bahawa maksudnya adalah sesuatu yang belum dikuasainya.

Pendapat lain mengatakan contoh jual beli seperti ini dilakukan oleh seseorang dengan berkata: Aku menjual barang ini sekian dengan harga tunai sedangkan harga ansurannya pula sekian. Hukum masalah ini telah pun dibahas sebelum ini. Pendapat lain mengatakan jual beli seperti ini dilakukan oleh seseorang dengan berkata: Aku menjual barangan ini kepadamu dengan syarat kamu menjual barang si fulan itu kepadaku dengan harga sekian. Hukum masalah ini juga telah pun dibahas sebelumnya. Dalam kitab al-Nihayah turut dikemukakan oleh tafsiran yang serupa dengan tafsiran kedua bagi kes bai wa salaf seperti mana yang dikemukakan oleh al-Khatthabi, namun pendapat ini jauh menyimpang daripada permasalahan.

, sesuatu yang tidak menjadi hak milikmu seperti mana ditegaskan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam yang disebut oleh ashab al-Sunan dengan sanad yang baik. Hakim bin Hizam berkata:

Saya bertanya: Wahai Rasulullah, seorang lelaki datang kepadaku dan ingin membeli barangan yang tidak kumiliki, kemudian aku menjual barang untuknya yang aku peroleh dari pasar. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jangan kamu menjual barang sebelum kamu memilikinya. , dalam kitab Ulum al-Hadith karya al-Hakim al Naisaburi yang di dalamnya turut membahas tentang ilmu mustalah hadith. Ia merupakan kitab yang amat berharga.

,dikeluarkan oleh al-Hakim.

, yakni melalui jalur Abu Hanifah daripada Amr bin Syuaib.

, Abu Hanifah bernama al-Numan bin Tsabit, pengasas mazhab Hanafi.

,yakni kitab al-Mujam al-Awsath, sebuah kitab yang di dalamnya menghimpun hadith-hadith yang dinilai mufrad dan ini merupakan satu tugasan yang amat melelahkan seperti mana yang diakui sendiri oleh penulisnya, al-Hakim.

, inilah penilaian al-Hafiz Ibn Hajar ke atas sanad dan lafaz hadith ini. Takrif hadith gharib telah pun dikemukakan sebelum ini. Abu
41

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 41

09/04/2010 23:04:14

Kitab Thaharah (Bersuci)

Hanifah hanya seorang diri yang mengeluarkan lafaz hadith: . Fiqh Hadith 1. Haram menjual barangan yang disertai dengan hutang yang contohcontohnya telah disebutkan sebelum ini. 2. Haram menetapkan dua syarat ke atas pembeli atau mengemukakan satu syarat di sisi jumhur ulama, kerana syarat seperti ini boleh membatalkan kesahihan akad. Jika tidak membatalkan kesahihan akad, maka wajib menunaikan syarat itu kepada pembeli seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam hadith marfu:

Barang siapa yang menjual hamba sahaya sementara hamba itu memiliki harta, maka harta hamba itu tetap menjadi milik penjual, kecuali ada wujud syarat lain ketika sedang terjadi transaksi. Sebahagian ulama berpendapat bahawa syarat yang dibolehkan dalam jual beli apabila syarat itu merupakan tuntutan jual beli atau termasuk kemaslahatannya. Pendapat ini dikemukakan oleh al-Khatthabi. 3. Larangan menjual barangan yang tidak dapat dihadirkan ketika sedang bertransaksi. 4. Larangan menjual barangan yang tidak berada dalam kekuasaan.

22- Daripadanya (Abdullah bin Amr bin al-Ash), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang daripada jual beli al-urban. (Diriwayatkan oleh Imam Malik dan berkata: Hadith ini disampaikan kepadaku daripada Amr bin Syuaib: 822). Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu hadith yang menggambarkan jual beli yang dilakukan dengan cara yang tidak jelas dan dilarang di sisi syariat iaitu pemisahan antara penjual dengan pembeli, di mana seorang penjual mengambil sebahagian harga barang sebelum akad jual beli selesai dilangsungkan. Jika pembeli datang, maka dia dikehendaki menghitung dan membayar harga secara keseluruhan. Jika pembeli tidak datang, maka wang muka yang diberikan pembeli menjadi hangus sesuai dengan perjanjian dan jangka waktu yang telah disepakati. Jual beli seperti ini sama seperti 42

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 42

09/04/2010 23:04:14

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mengambil harta orang lain tanpa hak yang dibenarkan dan semua bentuk transaksi ini dilarang di sisi Islam. Analisis Lafaz

,yakni daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash mengikut pendapat yang kuat di sisi ulama.

, : diriwayatkan oleh Imam Malik dan berkata: Hadith ini disampaikan kepadaku daripada Amr bin Syuaib bermaksud bahawa ini mengisyaratkan hadith tersebut berasal daripada riwayat Imam Malik dan periwayat yang meriwaytakannya selain Imam Malik pada hakikatnya meriwayatkannya melaluinya seperti Imam Ahmad, Abu Dawud, Ibn Majah, Ibn Abu Syaibah, al-Baghawi dan lain-lain. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Malik dengan menggunakan perkataan ,namun tidak menyebutkan siapa yang menyampaikan hadith ini kepadanya sama ada periwayat yang menyampaikan kepadanya itu Amr secara langsung atau di sana ada periwayat lain yang menyampaikannya kepadanya. Hadith seperti ini dikategorikan sebagai hadith daif, kerana salah seorang periwayatnya tidak diketahui siapa dia sebenarnya. Akan tetapi ini sering dilakukan oleh Imam Malik dalam kebanyakan riwayat hadith sebagaimana yang dikemukakan oleh al-Baghawi, misalnya, Daripada Malik daripada periwayat yang thiqoh di sisinya daripada Amr Imam Ahmad mengemukakan contoh yang serupa, misalnya, Daripada Malik, beliau memberitahukan kepadaku daripada seorang periwayat yang thiqoh. Apapun, Imam Malik telah menilai periwayat hadith berkenaan sebagai thiqoh dan Imam Malik sentiasa merujuk kepada periwayat yang dinilai thiqoh. Dalam keadaan yang lain, periwayat yang tidak diketahui kadang kala disebut namanya secara jelas sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn Majah, di mana beliau meriwayatkannya daripada Habib daripada Malik daripada Abdullah bin Amir al-Aslami daripada Amr. Namun Habib seorang periwayat matruk dan oleh kerananya, sanad hadith ini sangat lemah di sisi Imam Malik. Periwayat yang tidak diketahui turut disebut dengan jelas dalam riwayat al-Khatib, di mana hadith ini diriwayatkan oleh Amr bin al-Harits,
43

,dengan membaca dhammah huruf ain dan sukun huruf ra maksudnya adalah sesuatu yang dibayar oleh pembeli kepada penjual sebagai wang muka dengan syarat pembeli datang untuk membayar baki harga barangan yang hendak dibelinya itu. Jika tidak datang, pembeli mengambil wang muka tanpa perlu membayar ganti rugi. Kalimat ini disebut dengan , atau .

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 43

09/04/2010 23:04:15

Kitab Thaharah (Bersuci)

tetapi jalurnya masih dipertikai oleh ulama. Ibn Abdul Barr, seorang ulama hadith yang menjadi rujukan tentang isi kitab al-Mawattha telah pun menyatakan dengan tegas bahawa nama periwayat yang tidak diketahui namanya itu adalah Ibn Lahiah. Pada saya, kedudukan Ibn Lahiah sebagai periwayat masih dipertikai oleh ulama, malah jumhur ulama telah pun menilainya sebagai periwayat yang daif.. Kesimpulan, jumhur ulama menilai hadith ini daif sama halnya penilaian yang dilakukan oleh Ibn Hajar ke atas hadith ini. Fiqh Hadith 1. Diharamkan melakukan jual beli al-urbun. Inilah pendapat Imam Malik, Imam al-Syafii dan Abu Hanifah, tetapi dalam satu riwayat Umar malah membolehkannya. Demikian pula anaknya bernama Abdullah dan Imam Ahmad, meskipun beliau turut menilai hadith ini daif. 2. Diharamkan mengambil dan memperoleh harta tanpa wujud pertukaran dengan benda yang lain. 3. Diharamkan jual beli dengan cara menipu. 4. Diharamkan jual beli dengan syarat yang fasid.

23. Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Saya membeli minyak masak di pasar. Ketika saya telah membelinya, seorang lelaki menemuiku dan menawarkanku dengan keuntungan yang menggiurkan. Saya pun ingin menjual minyak masak itu kepadanya, kemudian seseorang menahan tanganku dari arah belakang. Saya pun segera menoleh ke arahnya dan ternyata lelaki itu adalah Zaid bin Tsabit. Beliau berkata: Janganlah kamu menjualnya di tempat di mana kamu membelinya sehinggalah kamu sampai ke tempat tujuanmu, kerana Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual

44

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 44

09/04/2010 23:04:15

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

barang di tempat barangan itu dibeli sampai para penjualnya pulang sampai ke tempat tujuan mereka. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim: 823) Makna Hadith Hadith ini melarang daripada menjual barang di tempat seseorang itu membelinya. Ini kerana pembeli pertama yang ingin menjual barang yang telah dibelinya pada dasarnya tidak ingin menjual barangan tersebut melainkan setelah diyakini bakal memperoleh keuntungan dan ini bakal diketahui oleh penjual pertama, sehingga keadaan ini boleh menimbulkan penyesalan di dalam hatinya kenapa sebelum ini dia tidak menaikkan harga barang yang dijualnya itu atau keadaan ini memaksa penjual pertama menaikkan lagi harga barang dagangan miliknya yang lain. Malah penjual pertama bakal menaikkan harga barang jika melakukan jual beli dalam waktu dan tempat yang sama dan keadaan ini mengakibatkan harga barangan melonjak tinggi. Inilah yang ingin dicegah oleh syariat Islam daripada terjadi agar tidak berlaku kenaikan barang secara mengejut dan di luar dugaan. Analisis Lafaz

,aku membeli.

,menjadi milikku menerusi akad jual beli yang sah.

mana kebiasaan masyarakat pada masa itu apabila penjual ingin mengadakan transaksi, maka dia meletakkan tangannya di atas tangan pembeli yang diajak untuk mengadakan transaksi sebagai bukti mereka saling menyetujui. Ada ketikanya pula mereka saling bersalaman sebagai bukti mereka sudah bersedia melangsungkan akad transaksi. Inilah yang dinamakan al-shafaqat dalam bahasa Arab, jual beli yang disertai dengan cara bersalaman.

, aku mengadakan transaksi jual beli dengannya, di

membeli barang itu.

, kalimat ini menerangkan tempat yang bermaksud tempat ,menjadikannya sebagai hak milik.

terhadap sesuatu yang ada didalamnya. Al-Rihl adalah rumah dan perabot yang ada di dalamnya. Dengan kata lain, ia adalah tempat tinggal mereka. Tetapi kalimat ini hanya menunjukkan suatu kebiasaan. Jadi, jika seseorang membeli suatu barangan kemudian membawanya ke kedai miliknya, maka ini bererti seseorang itu telah membawanya ke tempat tinggal dan dia sudah dibolehkan untuk menjual barang yang baru sahaja dibelinya itu mengikut ijma ulama. 45

,maksudnya tempat mereka pergi. Ini merupakan perumpamaan

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 45

09/04/2010 23:04:15

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Galakan bagi seseorang untuk mengurus sendiri harga perniagaann, urusan penjualan dan pembelian suatu barang. 2. Jual beli dianjurkan supaya dilakukan di pasar, kerana itu dapat menstabilkan harga barang, di samping pasar merupakan tempat timbunan segala bentuk jenis barangan. 3. Seorang yang berilmu meskipun setinggi apa pun ilmu yang telah dimiliknya kadang kala tidak mampu menjawab suatu permasalahan walau ia suatu masalah yang sudah popular sekalipun. 4. Penjual dan pembeli dianjurkan bersalaman ketika sedang melakukan transaksi jual beli. 5. Dianjurkan memberikan nasihat, walaupun kepada orang yang berilmu, kerana besar kemungkinan mereka pun lalai dalam mengharungi bahtera kehidupan yang penuh dengan gelombang ini. 6. Seseorang berhak melarang orang lain yang dianggap telah menyimpang daripada ajaran syariat selagi usaha melarangnya itu tidak mengakibatkan bahaya yang lebih besar dan dengan syarat pelaku kesalahan tetap dalam perilakunya, meskipun orang yang melarang itu salah. 7. Zaid bin Tsabit adalah salah seorang sahabat yang berilmu dan memiliki banyak keistimewaan. 8. Dibolehkan mengeluarkan fatwa tanpa mengeluarkan dalilnya terlebih dahulu. 9. Larangan menjual barang di tempat pembeliannya, tetapi jumhur ulama tidak sependapat dengan makna zahir hadith ini, kerana menurut mereka hadith ini bermaksud larangan menjual barang sebelum diadakan serah terima. 10. Larangan menjual barang sebelum diadakan serah terima dan menjadikannya sebagai hak milik sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, di mana ulama mengatakan barang yang telah dijual tidak perlu dipindah sebagai bukti adanya serah terima dan hadith ini menjadi bantahan ke atas mereka yang mengemukakan pendapat sebaliknya. Dalam kaitan ini, Imam al-Syafii menjelaskan bahawa jika barang yang diniagakan itu dapat digenggam tangan seperti dirham dan pakaian kemudian pembeli menggenggamnya dengan tangannya, maka itu sudah dianggap sebagai serah terima untuk menjadikannya sebagai hak milik dan ia boleh dijual setelahnya. Sementara barang yang biasa dipindahkan seperti kayu, biji-bijian dan haiwan, maka serah terima untuk memilikinya mesti dilakukan dengan cara memindahkannya ke tempat yang lain dan ia tidak boleh dijual sebelum dipindah ke tempat yang lain. Manakala barang yang 46

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 46

09/04/2010 23:04:15

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

tidak dapat dipindahkan pula seperti bangunan, tanah dan buahbuahan yang masih berada di atas pohonnya, maka serah terima untuk memilikinya dapat dilakukan dengan cara mengusapnya dengan tangan.

24- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Saya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah menjual seekor unta di al-Baqi. Saya membelinya dengan harga dinar dan menjualnya dengan harga dirham, dan membelinya dengan harga dirham dan menjualnya dengan harga dainar. Saya membeli ini dan itu lalu menjualnya. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) berabda: Tidak ada salahnya bagi kamu mengambilnya (membeli dan menjualnya) dengan harga yang berlaku pada hari itu selagi kamu belum dipisahkan oleh sesuatu. (Diriwayatkan oleh al-Khamsah dan dinilai sahihkan oleh al-Hakim: 824) Makna Hadith Emas dan perak adalah alat tukar bagi manusia. Mereka membuat wang dinar dari emas dan wang dirham dari perak. Mata wang mereka dinilai dengan emas dan perak, tetapi pada masa sekarang ini sudah berbeza, di mana umat manusia melakukan transaksi dengan wang kertas yang senilai dengan emas dan perak. Ini sudah diatur dalam undang-undang negara, di mana satu negera menetapkan mata wang mereka sendiri. Pada masa itu, jika seseorang memerlukan wang 1/2 atau 1/4 dinar, namun tidak akan mendapatkannya, dia akan menghitungnya melalu dirham yang terbuat daripada perak. Masalah ini kemudian ditanyakan Ibn Umar kepada Rasulullah (s.a.w), di mana transaksi dilakukan dengan menukarkan emas dengan perak. Baginda pun membolehkannya dengan syarat mesti menggunakan harga yang berlaku pada hari itu dan barang telah dilakukan serah terima sebagai bukti kepemilikan sehingga tidak satu pun barang yang belum dilakukan serah terima. Namun sekumpulan pakar hadith seperti al-Tirmidhi, al-Baihaqi dan lain-lain menilai hadith ini mawquf kepada Ibn Umar dan menyalahkan sebahagian ulama yang menilainya marfu kepada Rasulullah (s.a.w), 47

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 47

09/04/2010 23:04:16

Kitab Thaharah (Bersuci)

kerana kebanyakan sahabat Ibn Umar menilainya mawquf kepadanya dan tidak menilainya sebagai hadith marfu. Analisis Lafaz

,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, Ibn Umar (r.a).
kemudian dijadikan sebagai kawasan perkuburan. ,satu tempat berhampiran Masjid Nabawi di Madinah yang

, yakni dengan emas, kerana wang dinar terbuat daripada emas. , yakni dengan perak.

ini dan dirham ini ditukar dengan dinar ini. Apa yang saya lihat dalam kebanyakan naskah Sunan Abu Dawud disebutkan: Aku membeli dengan membayar wang dirham dan mengambil bakinya dengan wang dinar dan menjual dengan menerima wang dinar dan mengembalikan dengan wang dirham.

, maksudnya dinar ini ditukar dengan dirham

, sebelum dilakukan serah terima. , sebagai alat pembayaran.

Fiqh Hadith 1. Al-Baqi pada suatu masa dahulu merupakan pasar tempat berjual beli 2. Berniaga adalah disunatkan, tetapi bekerja dengan menggunakan tangan sendiri adalah lebih diutamakan. 3. Dibolehkan melakukan suatu pekerjaan jika dianggap benar sebelum menanyakan kedudukan hukumnya. 4. Disunatkan menanyakan suatu perbuatan yang di dalamnya terdapat keraguan sama ada hukumnya halal ataupun haram, terlebih-lebih lagi suatu yang berkaitan dengan urusan perniagaan, meskipun kedua pihak menganggapnya telah melakukan yang benar. Jika seseorang ragu sama ada yang dilakukan itu itu benar atau sebaliknya, maka dia wajib menanyakannya terlebih dahulu sebelum melakukannya. 5. Dibolehkan mengambil emas sebagai ganti perak dan sebaliknya dengan syarat transaksi tersebut mematuhi harga yang berlaku pada hari itu dan harga telah dibayar secara tunai. Inilah pendapat majoriti ulama, malah semua mereka telah bersepakat untuk itu kecuali Abu Salamah bin Abdurrahman bin Auf dan Ibn Syabramah.

48

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 48

09/04/2010 23:04:16

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

25- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang daripasda jual beli al-najasy. (Muttafaq alaih: 825) Makna Hadith Segala bentuk penipuan dalam jual beli adalah batil dan jual beli al-najasy merupakan salah satu bentuk penipuan dalam berjual beli, di mana pemilik barang melakukannya seorang diri atau melalui bantuan orang lain dengan cara menampilkan barang seelok yang mungkin dalam pandangan pembeli supaya tertarik membelinya dan mahu membayar dengan harga yang lebih tinggi daripada yang semestinya. Analisis Lafaz

,dengan membaca fatah huruf nun dan sukun pada huruf jim. Ia secara bahasa bermaksud menghalau haiwan buruan dari tempatnya untuk diburu, manakala menurut syariat pula adalah menaikkan harga jual suatu barang di hadapan orang yang tidak berminat membelinya supaya orang itu mahu membelinya dengan harga yang tinggi. Dengan ini, pembeli yang sebenar tertipu dengan transaksi yang dilakukan oleh pembeli pertama.
Fiqh Hadith Haram jual beli dengan cara al-najasy. Inilah ijma ulama fiqh, tetapi mereka berbeza pendapat sekiranya jual beli ini telah terlanjur terjadi, apakah jual beli tersebut dianggap sah atau sebaliknya? Ulama hadith, ahli zahir, Imam Malik dalam satu ruwayat, mazhab Hanbali dalam mazhab yang masyhur menegaskan jual beli al-najasy yang sudah terlanjur terjadi dianggap fasid jika itu sengaja dilakukan oleh penjual. Menurut mazhab Maliki dalam mazhab yang masyhur dan ini merupakan pendapat mazhab Syafii, jual beli al-nasjay yang sudah terlanjur terjadi hendaklah dilakukan khiyar (pilihan) sama ada ia diteruskan atau sebaliknya. Menurut mazhab Syafii dalam mazhab yang paling sahih dan ini merupakan pendapat mazhab Hanafi, jual beli ini sah tetapi penjual dan pembeli tetap berdosa. Menurut Ibn Abdul Barr, Ibn Arabi dan Ibn Hizam, jual beli alnajasy menjadi haram jika kenaikan harga melebihi harga harga pasaran. Jika seseorang melihat barang tanpa dibubuh harga padanya lalu penjual 49

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 49

09/04/2010 23:04:16

Kitab Thaharah (Bersuci)

menaikkan harganya dengan kadar yang wajar, maka jual beli seperti ini tidak dikategorikan sebagai jual beli al-najasy.

26- Daripada Jabir bin Abdullah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada al-muhaqalah, al-muzabanah, al-mukhabarah, al-tsunya kecuali jika diberitahu terlebih dahulu. (Diriwayatkan oleh al-Khamsah kecuali Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Tirmidhi: 826) Makna Hadith Hadith ini mencakupi tiga jenis jual beli yang biasa dipraktikkan masyarakat jahiliyah, kemudian Islam melarang daripada mempraktikkannya, kerana di dalamnya memuatkan unsur spekulasi dalam penilaian dan lainlain, seperti menjual buah anggur basah dengan anggur kering, menjual buah yang masih berada di atas pohonnya meskipun sama jenisnya atau menjual sesuatu yang disertai syarat yang tidak diketahui. Hadith ini turut memuatkan larang keempat iaitu melakukan suatu pekerjaan di mana pekerja belum mengetahui dengan pasti berapa sebenarnya jumlah upah yang mesti dia terima kelak sebaik kerjanya selesai. Analisis Lafaz

,ada beberapa takrif berkaitan perkataan ini yang antara lain: Pertama, menjual makanan yang masih berada di tangkainya dengan biji-bijian. Ia berasal dari perkataan .Inilah pendapat Abu Ubaid. Kedua, menjual tanaman sebelum masak dan sebelum diketahui berapa jumlah hasil yang bakal diperoleh. Inilah pendapat al-Laits. Ketiga, menjual kembang kurma yang masih berada di dalam dahannya dengan buah tamar yang sudah dipetik. Keempat, menyewakan tanah dengan bayaran berupa gandum, makanan atau tanaman yang tumbuh di kawasan tanah tersebut. Inilah pendapat Imam Malik. Kelima, menjual tanaman dengan gandum. Inilah tafsiran Jabir periwayat hadith ini dan beliau pastinya lebih mengetahui maksud hadith ini.

50

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 50

09/04/2010 23:04:16

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,perkataan ini berasal dari perkataan dengan membaca fatah huruf zai yang bermaksud menolak dengan cara yang kuat, kerana setiap pembeli dan penjual saling menolak hak masing-masing mereka. Ibn Umar mentafsirkannya sebagai menjual buah ruthab (kurma basah) dengan tamar (kurma kering), menjual zabib (anggur kering) dengan (inab) anggur basah, sementara kurma basah dan anggur basah itu masih berada di atas pohonnya, berbeza dengan kurma kering dan anggur yang sudah kering. Takrifnya adalah menjual buah yang masih berada di atas pohonnya dengan buah yang serupa dengan yang telah dipetik. Inilah takrif al-muzabanah. ,al-istitsna maksudnya adalah seorang penjual berkata: Aku menjual barang ini, kecuali sebahagian daripadanya. , melainkan jumlah pengecualian itu telah diketahui dengan pasti, maka dalam keadaan seperti ini dibolehkan menjual suatu barangan dengan pengecualian dan tidak ada larangan jual beli di dalamnya. Ini sama halnya dengan seorang penjual yang berkata: Aku menjual semua kotakkotak ini, kecuali kotak yang ini.
Fiqh Hadith 1. Larangan jual beli al-muhaqalah. 2. Larangan jual beli al-muzabanah yang perbahasannya akan dihuraikan dalam hadith ke-62. 3. Larangan jual beli al-mukhabarah. Inilah pendapat jumhur ulama, sementara Imam Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn al-Mundzir, alKhatthabi dari kalangan pengikut mazhab Syafii membolehkannya. 4. Larangan berjual beli jika dilakukan dengan pengecualian tanpa diketahui kadar dan ketentuannya. Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa jika pengecualian dalam jual beli suatu barang melebih satu pertiga, maka jual beli itu dianggap fasid, meskipun pengecualian dalam jual beli itu telah diketahui dengan jelas.

,mengelola atau bercucuk tanam di atas tanah dengan membagi hasilnya sesuai tanaman yang tumbuh daripadanya.

27- Daripada Anas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang daripada jual beli al-muhaqalah, al-mukhadharah, al-mulamasah, al-munabadzah dan al-muzabanah. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 827)

51

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 51

09/04/2010 23:04:17

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini melarang jual beli yang memuatkan unsur penipuan dan spekulasi, seperti menjual barang yang tidak diketahui dengan jelas kadarnya, tidak diketahui dengan pasti keadaan barang yang hendak dijual. Analisis Lafaz

,menjual tanaman yang masih berada di tangkainya dengan gandum yang sudah dituai. Ada pula pendapat lain yang mengemukakan takrif lain seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini. ,seorang lelaki menyentuh pakaian orang lain pada waktu malam atau siang, kemudian dia tidak menerima pakaian tersebut kecuali orang yang menyentuhnya membeli barang tersebut tanpa dibolehkan melihatnya terlebih dahulu. Menurut Mamar, al-mulamasah adalah seseorang menyentuh pakaian dengan tangannya dengan tidak boleh memeriksanya ketika menyentuh pakaian itu. Jika telah menyentuhnya, maka orang yang menyentuhnya itu wajib membelinya. ,menurut al-Zuhri, jual beli ini dilakukan ketika seseorang berkata: Lemparkan kepadaku apa yang ada padamu, kemudian aku akan melempar apa yang ada padaku untukmu. Menurut Abu Hurairah, jual beli ini dilakukan dengan cara berkata: Aku akan mengeluarkan apa yang ada padaku dan engkau pula mesti mengeluarkan apa yang ada padamu, kemudian setiap mereka wajib membeli barang yang telah dikeluarkan oleh rakannya sendiri tanpa melihat terlebih dahulu barang tersebut. Kedua-dua takrif ini memiliki makna yang sama. ,penjelasan mengenainya telah pun dibahas pada hadith sebelum ini. ,menjual buah atau biji-bijian sebelum buahnya kelihatan sempurna.

Fiqh Hadith 1. Larangan jual beli al-muhaqalah. 2. Larangan jual beli al-mukhadharah dan jual beli seperti ini dianggap tidak sah, tetapi menurut ulama mazhab Syafii, jual beli seperti ini dianggap sah dengan syarat wajib mengetahui dengan jelas bentuk buah tersebut terlebih dahulu dan sudah dapat dimanfaatkan. Namun jika barang itu berbentuk kacang tanah atau kacang sudan yang buahnya berada di dalam tanah, maka jual belinya dinyatakan 52

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 52

09/04/2010 23:04:17

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

tidak sah, karena bentuk buah kacang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. 3. Larangan jual beli al-mulamasah. Jual beli seperti ini memiliki tiga bentuk yang kesemuanya merupakan jual beli yang batil menurut ulama mazhab Syafii dan jumhur ulama. Ketiga-tiga bentuk jual beli al-mulamasah tersebut adalah: Pertama, seseorang datang dengan membawa pakaian berlipat atau ketika waktu gelap, kemudian dia menyentuhnya, kemudian penjual itu berkata: Aku telah menjual barang ini kepadamu dengan syarat sentuhan kamu itu benar-benar diyakini memiliki kekuatan yang sama dengan penglihatanmu dan kamu tidak memiliki pilihan sebaik melihatnya kelak. Ini merupakan salah satu tafsiran yang paling tepat. Kedua, penjual menjadikan sentuhan sebagai syarat transaksi jual beli tanpa ada syarat tambahan. Ketiga, menjadikan sentuhan sebagai ganti kepada hak pilihan (khiar). 4. Larangan jual beli al-munabadzah. Jual beli seperti ini terdiri daripada tiga bentuk yang antara lain adalah: Pertama, menjadikan lemparan sebagai wujud transaksi jual beli tanpa perlu lagi ijab qabul. Kedua, menjadikan lemparan sebagai penghapus hak pilih (khiar). Ketiga, menjadikan lemparan sebagai syarat terjadinya jual beli. 5. Larangan jual beli al-muzabanah dan ini telah dibahas pada hadith sebelum ini. Penting Oleh kerana jual beli al-mulamasah dilarang lantaran pembeli tidak dibolehkan melihat barang yang hendak dibelinya, maka ulama fiqh berselisih pendapat tentang hukum jual beli barang yang tidak ada di tempat dan jual beli yang dilakukan oleh orang buta. Membeli barang yang tidak ada di tempat menurut Imam al-Syafii adalah tidak sah, sedangkan menurut mazhab Hanafi dianggap sah, tetapi pembeli mempunyai hak pilih (khiar) ketika melihat barangan tersebut. Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad pula, jika barang tersebut sesuai dengan ciri-ciri yang telah disebutkan, maka jual beli dinyatakan sah. Jika tidak, maka jual beli tidak sah. Jual beli yang dilakukan oleh orang buta adalah batil menurut pendapat sebahagian besar ulama mazhab Syafii, sementara sebahagian kecil mereka berpendapat bahawa jual beli yang dilakukan oleh orang buta dinyatakan sah dengan syarat dia dapat mengetahui ciri-ciri sifat barang tersebut. Ini juga merupakan pendapat ini ulama mazhab Maliki dan mazhab Hanbali, sementara ulama mazhab Hanafi membolehkan jual beli yang dilakukan oleh orang buta secara mutlak.

53

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 53

09/04/2010 23:04:17

Kitab Thaharah (Bersuci)

28- Daripada Thawus daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jangan kamu membeli barang kafilah yang baru tiba dan jangan kamu membeli barang dari kafilah yang baru tiba sebelum sampai di pasar. Saya bertanya kepada Ibn Abbas: Apa maksud sabda Rasulullah: La Yubi Hadhirun li Bad? Beliau menjawab: Tidak boleh menjadi calon atau orang tengah. (Muttafaq alaih dan lafaznya menurut al-Bukhari: 828) Makna Hadith Seseorang yang membawa barang dari suatu negeri ke negeri yang lain untuk tujuan diperjualbelikan pada dasarnya itu didorong oleh adanya perbezaan harga dan barang tersebut bakal laris manis di negeri yang bakal menerima timbunan barangan itu. Oleh itu, pemilik barang sebaiknya apabila berkeinginan membawa suatu barangan ke negeri lain melakukan kajian terlebih dahulu bagi mengenal pasti seberapa besar keuntungan jika memasukkan ke negeri berkenaan. Dengan cara ini, dia akan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. Ini berbeza halnya apabila dia ditemui peniaga tempatan sebelum memasuki pasar, kerana peniaga tempatan itu pastinya berusaha merahsiakan harga barang yang dibawa kafilah tersebut, sehingga dengan demikian dia hanya memperoleh sedikit keuntungan atau malah besar kemungkinan dia menuai kerugian dan dia menyesal hingga berkeinginan mengambil semula barang yang telah dijualnya kepada peniaga tempat yang menemuinya. Hal ini mendatangkan kesan buruk kepada pembeli yang datang ke pasar, di mana mereka akan menjumpai barang tersebut dengan harga yang lebih tinggi, kerana jika barang yang diperoleh melalui banyak tangan, maka harga barang tersebut akan bertambah tinggi. Inilah makna al-talaqqi al-rukban. Adapun maksud jangan menjadi calon dan larangan membeli barang kafilah yang baru sampai adalah kerana Rasulullah (s.a.w) mengetahui bahwa kemaslahatan orang ramai mesti lebih diutamakan berbanding kemaslahatan peribadi. Analisis Lafaz

, jangan kamu memulakan, kemudian kamu keluar untuk menemui mereka.


54

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 54

09/04/2010 23:04:17

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,asal kalimat ini adalah yang bermaksud seseorang yang membawa barang perniagaan kemudian dia didatangi orang lain untuk membeli barang yang dibawanya itu di negeri lain. Hadith ini hanya sekadar menyebutkan kebiasaan masyarakat Arab pada masa itu, kerana peniaga yang berkenderaan (rakib) dengan peniaga yang berjalan kaki adalah sama sahaja.
,pedalaman dan pesisir, iaitu orang yang bertempat tinggal di pinggiran kota.

,orang yang menyaksikan kedatangan orang yang datang.

,orang yang bertanggung jawab terhadap keselamatan suatu perkara, kemudian kalimat ini digunakan untuk menyebut orang yang mengurus jual beli barangan milik orang lain dengan syarat dia memperoleh imbalan di atas penjualan barang tersebut.
Fiqh Hadith 1. Larangan menemui dan membeli barang yang dibawa oleh kafilah yang baru sampai. Ulama bersepakat bahawa hukum jual beli seperti ini adalah makruh, tetapi tidak seorang ulama pun yang mengatakan jual beli seperti ini fasid jika sudah terlanjur terjadi, namun Imam al-Syafii menetapkan hak pilih (khiar) bagi penjual ketika sudah memasuki pasar dan mengetahui harga yang sebenar. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan tempat yang dianggap makruh melakukan jual beli seperti ini. Menurut ulama mazhab Syafii dan sekumpulan ulama yang lain, jual beli talaqqi al-rukban hanya berlaku apabila dilakukan di luar kawasan suatu negeri yang menjadi tujuan peniaga. Menurut Imam Malik, Imam Ahmad dan Ishaq, jual beli talaqqi al-rukban dimakruhkan jika dilakukan di luar pasar yang menjadi tujuan para peniaga. Menurut ulama mazhab Hanafi, jual beli ini tetap dilarang ketika menimbulkan kerugian bagi penjual. Pendapat lain mengatakan bahawa syarat untuk mengharamkan jual beli talaqqi al-rukban ini adalah jika pembeli yang menemui pedagang yang baru datang dari tempat yang jauh itu berbohong tentang harga sebenar pasar tempatan, kemudian mereka membeli barangan tersebut dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Pendapat lain mengatakan bahawa jual beli seperti ini diharamkan jika pembeli menyampaikan perkara-perkara yang boleh merugikan barangan milik para peniaga tersebut. Apapun, kesemua

55

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 55

09/04/2010 23:04:18

Kitab Thaharah (Bersuci)

2.

3.

4. 5.

syarat ini tidak mempunyai landasan dalil baik Sunnah mahupun dari ijma ulama. Larangan jual beli al-hadhir li bad. Jumhur ulama menggambarkan larangan ini adalah ketika peniaga asing dengan membawa barangan miliknya tiba di suatu negeri, maka penduduk kampung itu datang untuk membeli barang tersebut dengan mengatakan bahawa inilah harga yang sedang berlaku di negeri tersebut, bahkan dia berani mengatakan harga pembelian tersebut lebih tinggi daripada harga pasaran semasa. Pembeli di sini hanya sekadar menunjukkan kebiasaan masyarakat pada masa itu, kerana hukum masalah ini boleh terjadi dalam bentuk jenis pembelian yang lain. Ini kerana asal larangan jual beli ini boleh menyebabkan permusuhan antara pembeli dengan penjual. Inilah pendapat mazhab ulama Syafii dan mazhab Hanbali. Menurut Imam Malik, tidak dikatakan badwi (orang pinggiran) kecuali orang yang melakukan pembelian yang serupa dengan hadith tersebut di atas. Adapun orang yang telah mengetahui harga pasaran suatu barangan maka itu tidak termasuk ke dalam larangan yang tercantum di dalam hadith tersebut dan ini telah disepakati oleh mazhab Syafii dan mazhab Hanbali dalam bentuk jual belinya. Menurut mazhab Hanafi pula, maksud larangan jual beli hadhir li bad adalah orang setempat dilarang menjual keperluan asas penduduk kampung pada saat harga barang sedang melonjak naik akibat komudiri atas tersebut jarang dijumpai. Pada pensyarah, tafsiran yang dikemukakan oleh oleh mazhab Hanafi ini sama sekali tidak disokong oleh hadith tersebut di atas. Jadi, para ulama bersepakat bahawa hukum haram itu berlaku apabila telah mengetahui larangan yang terdapat dalam hadith ini dan peniaga tempatan menawarkan barang dagangannya kepada penduduk kampung, berbeza jika orang yang menawarkan barangan itu adalah penduduk kampung kepada penduduk tempatan. Larangan menjadi calo sama ada dia melakukan tugasnya kerana diupah atau sebaliknya. Inilah pendapat jumhur ulama, sementara al-Bukhari dan sekumpulan ulama membolehkan kerjaya sebagai calo jika itu dilakukan tanpa meminta upah. Bagi mereka, kerjaya ini merupakan salah satu bentuk nasihat dan saling tolong menolong, namun pendapat ini tidak dapat dijadikan pegangan. Larangan melakukan penipuan terlebih-lebih lagi dalam urusan peniagaan. Mendahulukan kemaslahatan orang ramai ke atas kemaslahatan peribadi.

56

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 56

09/04/2010 23:04:18

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

29- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jangan kamu keluar meninggalkan pasar untuk menemui kafilah yang membawa barang dagangan. Barang siapa yang menemui kafilah kemudian membeli barang daripadanya, maka penjual tersebut memiliki hak pilih (khiar) ketika telah sampai di pasar. (Diriwayatkan oleh Muslim: 829) Makna Hadith Sebelum ini telah diterangkan alasan larangan jual beli talaqqi al-rukban, di mana di situ dijelaskan alasan larangannya kerana Islam lebih mengutamakan kemaslahatan kelompok berbanding kemaslahatan peribadi, larangan menipu dan larangan melakukan unsur ketidakpastian dalam berjual beli. Dalam hadith ini ditambahkan hukum dan cara mengelak jika jual beli talaqqi al-rukban itu terjadi, di mana pedagang atau kafilah yang membawa barang berhak untuk memilih (khiar) jika telah sampai di pasar dan mengetahui harga; dia boleh meminta kembali semula barang miliknya atau meneruskan transaksi yang telah dilakukan sebelumnya ketika mereka masih berrada di luar pasar. Analisis Lafaz , jangan kamu keluar meninggalkan pasar atau kampung untuk menemui peniaga yang membawa barang dagangan.

,dia boleh memilih untuk meneruskan transaksi sebelumnya ketika berada di luar pasar atau malah membatalkannya.
Fiqh Hadith 1. Larangan jual beli talaqqi al-rukban. 2. Hak pilih (khiar) merupakan hak pemilik barang setelah sampai di pasar; dia boleh meneruskan transaksi yang telah dilakukan di luar pasar atau membatalkannya. Inilah pendapat Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama. Menurut Imam Abu Hanifah dan sekumpulan ulama yang lain, pemilik barang tidak mempunyai hak pilih (khiar). 57

,pemilik barang.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 57

09/04/2010 23:04:18

Kitab Thaharah (Bersuci)

Apapun, hadith ini membetulkan kesalahan pendapat mereka.

30- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang jual beli hadhir li bad, jangan kamu melakukan jual beli alnajasy, jangan sekali-kali seseorang membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, jangan meminang wanita yang sudah dipinang oleh saudaranya dan janganlah seorang wanita meminta saudarinya dicerai oleh suaminya sendiri untuk mendapatkan keuntungan dari perceraian itu supaya kelak dia dapat berkahwin dengan lelaki berkenaan. (Muttafaq alaihi. Menurut riwayat Muslim: Janganlah seorang muslim menawar barang yang telah ditawar saudaranya yang muslim: 830). Makna Hadith Dalam hadith ini terdapat beberapa larangan yang sebahagian daripadanya telah dibahas sebelum ini seperti jual beli hadir li bad, dan jual beli alnajasy. Beberapa larangan yang belum dibahas dalam hadith ini adalah membeli atau menawar barang yang sedang dalam tawaran orang lain dengan tujuan menaikkan harga sehingga mengakibatkan kerugian kepada salah satu pihak yang sedang bertransaksi, sama ada itu merugikan pembeli ataupun penjual. Demikian pula masalah yang belum dibahas dalam hadith ini adalah larangan meminang wanita yang sedang berada dalam tunangan orang lain dan proses pertunangan itu masih sedang berlangsung, bahkan tidak ada izin daripada lelaki peminang yang pertama. Demikian pula seorang wanita dilarang menyuruh wanita lain meminta cerai kepada suaminya supaya dia dapat berkahwin dengan lelaki tersebut di mana ini sebagai syarat supaya lelaki tersebut dapat berkahwin dengannya. Analisis Lafaz

,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, Abu Hurairah.

58

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 58

09/04/2010 23:04:18

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,kalimat ini berasal dari perkataan al-Najasy dan telah dihuraikan sebelum ini.

, ini telah dibahas sebelum ini.

ya dan dibaca rafa kerana ia adalah fiil mudhari lantaran tidak didahului oleh huruf la naf. Namun dalam jalur yang lain dibaca dengan jazam kerana didahului la nahi: .Gambaran penjualan bertindih adalah jual beli telah berlaku dengan syarat tetap wujud hak pilih (khiar). Dalam masa khiar itu, datanglah seseorang lalu berkata kepada pembeli: Batalkan pembelian ini dan aku akan menjualnya kepadamu barang yang sama dengan harga yang lebih murah atau barang yang lebih bagus daripadanya. Gambaran pembelian bertindih pula adalah penjual pada masa khiar berkata: Batalkan transaksi jual beli ini dan aku akan membelinya daripadamu dengan harga yang lebih tinggi lagi daripada harga yang sedia ada.

, perkataan tetap mengekalkan dua huruf

, seorang lelaki mengajukan pinangan kepada seorang perempuan yang telah dilamar oleh orang lain sedangkan lelaki berkenaan sudah tahu bahawa si perempuan tersebut masih belum mengambil keputusan. Penggunaan kalimat al-akh di sini hanya sekadar menujukkan kebiasaan. Ada pula pendapat lain mengatakan maksud perkataan al-akh di sini adalah persaudaraan mengikut istilah syariat Islam. Dengan kata lain, saudara seagama, bukan saudara seketurunan. ,bukan saudari seketurunan, sebaliknya saudari seagama. Ini kerana mengikut kebiasaan yang berlaku di kalangan masyarakat pada masa itu. Maksudnya adalah calon isteri yang bakal dikahwini oleh seorang lelaki. Dia berkata: Aku tidak bersedia berkahwin denganmu, kecuali engkau terlebih dahulu menceraikan isteri pertamamu itu.
supaya dia memperoleh keuntungan yang ada pada saudarinya, sehingga wanita yang merupakan isteri pertama lelaki tersebut tidak dapat lagi menikmati harta mantan (bekas) suaminya itu.

, meminta dan mengemukakan syarat.

,bekas yang biasa digunakan air minum. Maksudnya adalah


,membalikkan bejana dan menumpahkannya.

, jangan membeli barang yang sedang berada dalam tawaran orang lain.
Fiqh Hadith 1. Larangan jual beli hadhir li bad. 2. Larangan jual beli al-najasy.

59

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 59

09/04/2010 23:04:19

Kitab Thaharah (Bersuci)

3. Larangan membeli barang yang masih dalam tawaran orang lain dan ulama telah bersepakat untuk mengharamkannya. 4. Larangan meminang perempuan yang masih ditunang oleh orang lain, bahkan ulama telah bersepakat untuk mengharamkan pinangan apabila perempuan tersebut telah mengiyakan peminang pertama dan peminang pertama pula tidak mengizinkan adanya peminang lain datang kepadanya. Barang siapa berkahwin dengan perempuan yang telah ditunang oleh orang lain, maka dia berdosa, tetapi perkahwinannya tetap sah menurut jumhur ulama. Menurut Dawud al-Zahiri, perkahwinannya itu wajib difasakh dan ini juga merupakan pendapat Imam Malik dalam riwayat yang lain. Dalam kaitan ini, jumhur ulama di sini menekankan adanya jawapan mengiyakan dari perempuan yang dipinang kepada peminang pertama. Jika tidak ada jawapan mengiyakan dari pihak perempuan, maka itu tidak termasuk meminang perempuan yang sedang dipinang oleh lelaki lain. Dalilnya adalah hadith Fatimah binti Qais ketika dipinang oleh Abu al-Jahm dan Muawiyah secara sekali gus. Keadaan ini diceritakan oleh Fatimah binti Qais kepada Rasulullah (s.a.w) malah baginda menambahkan bahawa Fathimah turut dipinang oleh Usamah bin Zaid, kerana baginda mengetahui hal itu. Namun Fathimah setiap kali menerima pinangan tersebut tidak bersikap menolak atau bersikap menerima. Hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan sekumpulan ulama. 5. Larangan bagi wanita untuk mendesak seorang lelaki menceraikan isteri pertamanya sebagai syarat untuk berkahwin dengannya.

31- Daripada Abu Ayyub al-Anshari (r.a), beliau berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa yang memisahkan antara anak dengan ibunya, Allah akan memisahkannya dengan orang yang dicintainya pada hari kiamat kelak. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Tirmidhi dan al-Hakim, namun sanadnya masih dipertikai oleh ulama. Apapun, ia memiliki syahid: 831)

60

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 60

09/04/2010 23:04:19

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

32- Daripada Ali bin Abu Thalib (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) menyuruhku untuk menjual dua orang hamba yang bersaudara. Aku segera menjual keduanya hingga menyebabkan mereka berdua terpisah. Keadaan ini kemudian aku beritahukan kepada Rasulullah (s.a.w) lalu baginda bersabda: Cari mereka dan kembalikan mereka bersatu seperti semula. Jangan kamu menjual mereka kecuali secara bersamaan dan mereka tetap bersatu. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan periwayatnya adalah thiqoh. Ia dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah, Ibn al-Jarud, Ibn Hibban, al-Hakim, alTabrani dan Ibn al-Qatthan: 832) Makna Hadith Kedua-dua hadith ini melarang daripada memisahkan antara ibu dengan anaknya atau memisahkan dua orang yang bersaudara meskipun mereka hamba sahaya di mana tuan mereka ingin menjual mereka secara bersamaan atau menjual salah seorang di antara mereka, kerana keadaan sedemikian menyebabkan mereka sedih dan pilu. Jika hamba itu terpaksa dijual, maka juallah mereka secara bersamaan tanpa harus memisahkannya antara satu sama lain. Analisis Lafaz

,memisahkan sama ada dengan cara menjual, menghibahkan atau menyedekahkannya kepada orang lain.

, syahid dalam istilah ulama hadith adalah matan hadith atau lafaz yang semakna dengannya datang menerusi jalur seorang sahabat yang berlainan dengan jalur riwayat yang pertama. Barangkali apa yang dimaksudkan dengan syahid ini adalah sokongan, bukannya adanya hadith dengan lafaz yang sama. Ini kerana Ibn Hajar setelah itu menyebut hadith
61

, salah satu istilah dalam riwayat hadith. Ini kerana di dalam sanadnya terdapat Huyay bin Abdullah al-Muafiri dan ulama hadith masih mempertikai kedudukannya.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 61

09/04/2010 23:04:19

Kitab Thaharah (Bersuci)

Ali bin Abu Thalib dan ia merupakan syahid yang bagus untuk menguatkan hukum yang terdapat pada hadith sebelumnya, meskipun tidak menyokong isi secara keseluruhannya. Antara hadith yang menyokong hukum yang terdapat di dalam hadith di atas adalah hadith Ubadah bin al-Shamit yang dinilai sebagai hadith marfu:

Jangan memisahkan antara ibu dengan anaknya. Ada seseorang bertanya: Sampai bilakah itu? Beliau menjawab: Sampai si anak lelaki berusia baligh dan hingga anak perempuan mula datang haid. (Diriwayatkan oleh al-Daruqathni, al-Hakim dan al-Baihaqi, tetapi kedudukan hadith ini daif). Hadith ini turut disokong oleh hadith Abu Musa:

Rasulullah (s.a.w) melaknat seseorang yang memisahkan antara ibu dengan anaknya dan antara dua orang yang bersaudara. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah, tetapi sanadnya daif). Sebuah hadith apabila disokong oleh beberapa syahid seperti ini akan naik kedudukannya menjadi hasan. Inilah yang dimaksudkan oleh Ibn Hajar, tambahan pula apabila digabungkan dengan hadith Umar yang melarang daripada menjual budak perempuan yang melahirkan anak tuannya. Ia menjadi syahid bagi hadith ini secara umum.

dapat dinyatakan kedudukannya, kerana penilai thiqoh bagi periwayat belum memadai untuk menyatakan hadith itu sahih, sebab ada kemungkinan ia munqathi, malul dan lain-lain. Inilah yang dimaksudkan oleh Ibn Hajar. Abu Hatim telah menilai hadith ini malul dalam kitab al-Ilal kerana alHakam mendengarnya daripada Maimun bin Abu Syabib, sementara beliau meriwayatkannya daripada Ali bin Abu Thalib, manakala Maimun pula tidak sempat bertemu dengan Ali bin Abu Thalib. Jadi jelaslah bahawa sanad hadith ini munqathi.

, periwayatnya dinilai thiqoh. Dengan cara ini, suatu hadith ,kejar dan cari mereka.

62

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 62

09/04/2010 23:04:20

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Larangan memisahkan antara ibu dengan anaknya dan antara saudara dengan saudaranya yang berstatus hamba sahaya, tetapi ulama tidak menganggap hukum ini sebagai umum. Oleh itu, mereka berbeza pendapat dalam masalah ini sebagai berikut: Abu Hanifah berkata: Tidak boleh memisahkan antara ibu dengan anaknya. Demikian pula antara ayah dengan anaknya. Demikian pula antara dua orang yang bersaudara. Ibn al-Qasim berkata: Boleh memisahkan antara ayah dengan anaknya, sementara selain itu seperti mana yang disebut oleh mazhab Hanafi tidak boleh dipisahkan. Al-Syabi berkata: Tawanan perang ketika hendak dijual tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain, namun tidak mengapa apabila dipisahkan. Jumhur ulama membolehkan untuk memisahkan antara dua orang bersaudara ketika hendak dijual. Imam Malik berkata: Boleh memisahkan antara anak dengan ibunya dengan syarat adanya persetujuan daripada ibu. Ulama bersepakat bahwa hukum haram ini berlaku bagi setiap perbuatan yang memaksa adanya tindakan seperti hibah dan nazar. Kebanyakan mereka pula mengatakan hukum ini hanya berlaku bagi mereka yang belum berusia baligh. Jika sudah baligh, maka tidak ada salahnya memisahkan mereka dengan ibunya. Imam Ahmad berkata: Tidak boleh memisahkan antara anak dengan orang tuanya sama ada anaknya masih kecil ataupun sudah besar. 2. Jual beli dianggap fasid jika berlaku pemisahan. Inilah pendapat jumhur ulama, namun Abu Hanifah berpendapat jual beli seperti ini tetap dianggap sah, tetapi pelakunya berdosa. Apapun, zahir hadith tersebut di atas memperkuat pendapat yang dikemukakan jumhur ulama. 3. Mewakilkan dalam berjual beli adalah dibolehkan, walaupun orang yang mewakilkan tidak menjelaskan sebahagian syarat-syarat jual beli apabila diyakini orang yang diwakilkan bakal mengetahui apaapa yang mesti dia lakukan. Penting Ulama berbeza pendapat tentang pemisahan antara anak haiwan dengan induknya ketika dijual. Ada dua pendapat dalam masalah ini. Apapun, pendapat yang paling sahih melarang daripada memisahkan anak haiwan dengan induknya.

63

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 63

09/04/2010 23:04:20

Kitab Thaharah (Bersuci)

33- Daripada Anas bin Malik (r.a), beliau berkata: Pada masa Rasulullah (s.a.w) di Madinah, harga barang melonjak naik. Orang ramai berkata: Wahai Rasulullah, harga barangan sekarang melonjak naik, maka tetapkanlah harga untuk kami. Baginda bersabda: Sesungguhnya yang berhak menentukan harga adalah Allah, yang maha menggenggam, yang maha meluaskan dan yang maha memberikan rezeki. Sesungguhnya aku sentiasa berharap ketika aku dipanggil oleh Allah tidak seorang pun di antara kamu yang memintaku untuk melakukan satu kezaliman sama ada terhadap jiwa mahupun terhadap harta kamu. (Diriwayatkan oleh alKhamsah kecuali al-Nasai, dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban: 833) Makna Hadith Hadith ini melarang penguasa, menteri atau penguatkuasa pasar daripada berbuat sewenang-wenang di pasar dengan menentukan harga jual beli barangan, kerana perbuatan sedemikian merupakan salah satu bentuk perbuatan zalim yang dilarang di sisi Islam. Harga suatu barangan sememangnya naik dan turun; tidak pernah tetap, ditambah lagi biaya pengangkutan suatu barang sering kali naik turun. Keadaan ini menjadikan harga suatu komuditi naik turun dan penentuan harga menyebabkan kerugian terhadap perbezaan modal suatu barangan, sementara Rasulullah (s.a.w) adalah seorang yang paling mengenal Allah dan paling takut kepadaNya dan oleh itu baginda sentiasa berasa takut untuk berbuat zalim. Dari sinilah baginda melarang daripada menentukan harga barang bagi umat manusia. Analisis Lafaz

, harga melonjak naik. Al-Sir adalah harga.

,menurut Ibn al-Arabi, perkataan al-Musair hanya disebut dalam hadith ini sebagai jawapan ke atas soalan. Ini dibolehkan di sisi ijma sebagai jawapan dengan syarat disandarkan kepada nama Allah

64

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 64

09/04/2010 23:04:20

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

sebagaimana perkataan sahabat kepada Rasulullah (s.a.w): Bawalah kami. Baginda bersabda: Aku bukanlah yang membawa kalian, tetapi yang membawa kalian adalah Allah. Ibn al-Arabi berkata: Demikian pula dengan perkataan: Menggerakkan dan menenangkan kamu. Perkataan seperti ini dibolehkan jika disandarkan kepada nama Allah.

,yang maha meluaskan. ,melakukan satu kali kezaliman. ,pembunuhan atau qisas. ,ini merupakan perumpamaan bagi hak terhadap segala sesuatu.
,yang maha menggenggam.

Fiqh Hadith 1. Setiap permasalahan hendak merujuk kepada pemimpin terlebihlebih lagi ketika berlaku perkara penting untuk meminta bantuan. 2. Boleh meminta cadangan atau saranan kepada pemimpin atau pihak berkuasa. 3. Betapa takut dan takwa Rasulullah (s.a.w) kepada Allah sangat besar. 4. Larangan menetapkan dan menentukan harga komoditi di pasar, malah penentuan dan penetapan ini merupakan salah satu bentuk perbuatan zalim. Inilah pendapat jumhur ulama. Menurut Imam Malik, boleh menentukan harga komoditi dengan syarat itu tidak merugikan pembeli dan penjual. Dalam kaitan ini, faktor waktu dan keadaan hendaklah sentiasa menjadi perhatian pihak berkuasa.

34- Daripada Mamar bin Abdullah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Segala bentuk perbuatan menyorok barang adalah perbuatan salah. (Diriwayatkan oleh Muslim: 834). Makna Hadith Hadith ini melarang untuk menahan dan menyorok komoditi dengan tujuan supaya harganya naik. Ketika harga naik, dia menjual barang tersebut dengan harga tinggi untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

65

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 65

09/04/2010 23:04:21

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz

,perbuatan maksiat dan dosa. Ibn al-Arabi berkata: Lafaz ini masih dalam perdebatan yang bentuk wujudnya dalam bahasa Arab masih dipertikai. Perkataan bermaksud orang yang berdosa dalam agamanya sedangkan perkataan bermaksud melakukan kesalahan sama ada sengaja ataupun tidak. Fiqh Hadith Haram hukumnya menyorok barang mengikut kesepakatan ulama, tetapi mereka berbeza pendapat tentang jenis dan tempatnya. Menurut Imam Malik dan al-Tsawri, monopoli adalah segala bentuk perbuatan menyorok barang adalah dilarang apabila menimbulkan kerugian dan kesusahan bagi orang ramai, kecuali menimbun buah-buahan. Pendapat ini turut dikemukakan oleh Abu Yusuf. Menurut Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa monopoli adalah menimbun barang yang merupakan keperluan asas orang ramai. Ia hanya berlaku dinegeri Madinah, Makkah dan sempadan negara. Ulama mazhab Syafii pula mentakrifkan monopoli sebagai menimbun bahan keperluan asas manusia dan haiwan ternakan. Para ulama kemudian membetulkan takrif mereka terhadap monopoli, lalu mereka berbeza pendapat mengenai waktu monopli kepada dua pendapat, iaitu: Pendapat pertama mengatakan monopoli boleh berlaku setiap masa dan saat. Inilah pendapat jumhur ulama. Pendapat kedua mengatakan monopoli hanya terjadi ketika penimbunan barang itu dilakukan pada saat orang ramai amat memerlukannya. Oleh kerana wujud pelbagai pemahaman seperti ini, pada bahagian akhir hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud disebutkan: Maka aku berkata orang yang berkata adalah Muhammad bin Amr kepada Said bin al-Musayyab: Sesungguhnya engkau telah melakukan monopoli. Said pula berkata: Bahkan Mamar pula pernah melakukan monopoli. Hadith ini menunjukkan bahawa larangan penimbunan hanya berlaku bagi jenis-jenis barangan tertentu sahaja, bukan bagi setiap penimbunan. Jika tidak demikian, tidak mungkin bagi Said melakukan penimbunan, demikian pula dengan Mamar, malah disebutkan bahawa Said pernah menimbun minyak.

, jangan kamu menyorok barang dengan tujuan agar harganya naik. Kata benda bagi kalimat ini adalah dan .

66

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 66

09/04/2010 23:04:21

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Periwayat Hadith Mamar bin Abdullah dengan membaca fatah huruf mim, sukun huruf ain, kemudian setelah itu ada huruf mim yang dibaca fatah. Beliau masuk Islam sejak awal lagi, kemudian berhijrah ke negeri Habsyah. Beliau termasuk orang terakhir berhijrah ke Madinah, kemudian hijrah dan menetap di Madinah. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang dikurniakan usia panjang. Inilah satu-satunya hadith yang beliau riwayatkan dan satu lagi hadith tentang riba.

35- Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Jangan kamu menahan susu unta dan kambing dengan cara mengikat kantong susunya sehingga susunya tidak dapat keluar. Barang siapa membelinya (unta atau kambing) itu, maka dia berhak mendapat hak pilih (khiar) setelah dia memerahnya; dia boleh meneruskan transaksi atau mengembalikan haiwan yang dibelinya itu dengan menambah satu lagi sha kurma. (Muttafaq alaihi). Menurut riwayat Muslim disebutkan: Dia berhak mendapat hak pilih (khiar) selama tiga hari. Menurut riwayat alBukhari disebutkan: Dia mengembalikan haiwan tersebut bersama satu sha makanan, bukan biji gandum. Al-Bukhari berkata: Riwayat yang menyebut kurma lebih banyak: 835.

36- Daripada Ibn Masud (r.a), beliau berkata: Barang siapa membeli seekor kambing yang kantong susunnya diikat supaya air susunya tidak keluar lalu dia ingin memulangkannya, maka hendaklah dia memulangkannya dengan menambahkan satu lagi sha makanan. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Ismaili menambahkan: dengan makanan jenis kurma: 836).

67

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 67

09/04/2010 23:04:21

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu landasan yang melarang penipuan sekali gus memperbaiki kerosakan selagi masih ada kemungkinan untuk diperbaiki. Ini kerana masyarakat jahiliah selalunya menjual kambing atau unta di mana sebelumnya mereka mengikat kantong susunnya supaya airnya tidak keluar. Keadaan ini dibiarkan selama beberapa hari hingga kantong susu haiwan berkenaan membengkak seolah-olah banyak dipenuhi air susu di dalamnya. Ketika pembeli melihatnya, dia merasa tertarik untuk membeli kerana orang itu mengira susu kambing atau unta itu banyak. Di sini syariat Islam memberikan hak pilih (khiar) kepada pembeli kambing atau unta ini setelah melihat keadaan sebenar, sama ada tetap meneruskan transaksi jual beli atau mengembalikannya dengan menambah satu lagi sha makanan sebagi ganti rugi ke atas susu kambing atau unta yang telah diperahnya setelah membelinya. Analisis Lafaz

, kalimat dibaca dengan tiga baris; pertama, dibaca dengan baris dhammah huruf ta dan fathah huruf shad dengan mengikut wazan ; kedua, dibaca dengan baris fathah huruf ta dan dhammah huruf shad; ketiga, huruf pertama dibaca dengan baris dhammah, huruf kedua dibaca dengan baris fathah tanpa menggunakan huruf waw kerana mabni li al-majhul. Apapun, baris pertama adalah lebih masyhur. Ia bermaksud menahan. Dengan erti kata lain, janganlah kamu menahan air susu supaya tidak keluar dari kantong susunya dengan cara mengikatnya. Imam al-Syafii mendefinisikan al-tashriyah sebagai mengikat bahagian kantong susuan unta atau kambing, kemudian tidak mengambil air susunya sehingga air susunya kelihatan banyak dan ketika itulah pembeli mengira itu sudah memang demikian adanya lalu dia pun berhasrat membelinya dengan harga yang lebih mahal. , dengan mengambil dua pendapat yang terbaik dan paling ,membelinya.

,mengembalikan kambing tersebut dengan menambah satu sha makanan. , : yakni riwayat-riwayat yang secara tegas menyebut kurma lebih banyak berbanding daripada riwayat-riwayat yang tidak menyebut kurma meskipun kadang kala disebutkan hanya sekadar makanan.
68

besar manfaatnya.

,biji gandum.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 68

09/04/2010 23:04:22

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,mengumpulkan. Diberi nama demikian kerana air susu berkumpul di dalam kantong susuannya. menambahkan pada bahagian akhir hadith: sedangkan asal hadith dalam Sahih al-Bukhari yang dalam hal ini adalah hadith Ibn Masud tidak dijumpai perkataan . Ini salah satu kesilapan al-Hafiz Ibnb Hajar, kerana lafaz ini boleh didapati dalam kitab al-buyu, bab nahyi al-bai an yuhaffila... Barangkali al-Hafiz Ibn Hajar tidak menyedari keberadaan lafaz ini. Wallahu alam. Fiqh Hadith 1. Larangan jual beli dengan cara al-tashriyah ( mengikat atau menahan air susu haiwan daripada diperah). Apakah larangan ini hanya berlaku ke atas unta dan kambing sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam hadith atau sebaliknya? Ada perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini. Menurut mazhab Hanbali dan sebahagian mazhab Syafii, larangan di dalam hadith ini khusus berlaku bagi haiwan ternakan, iaitu unta, lembu dan kambing. Menurut al-Bukhari dan sekumpulan ulama, larangan ini tidak hanya dikhususkan ke atas haiwan ternakan sahaja, sebaliknya ia berlaku umum. 2. Hak pilih (khiar) diberikan kepada pembeli al-tahsriyah selama tiga hari. Inilah pendapat jumhur ulama. Namun ada sesetengah ulama yang membatalkan hak pilih (khiar) selama tiga hari jika pembeli mengetahui adanya al-tashriyah sebelum berlalunya masa tiga hari. Apapun, pembelian ini tidak lagi memiliki hak pilih (khiar). Inilah pendapat yang dikemukakan oleh al-Khatthabi. 3. Dibolehkan memulangkan haiwan al-tashriyah. Inilah pendapat jumhur ulama seperti Imam Malik, al-Laits, al-Syafii, Imam Ahmad, Ishaq dan ramai lagi, tetapi dalam masalah ini Imam Abu Hanifah berbeza pendapat dengan berkata: Pembeli tidak mempunyai hak pilih (khiar) dan tidak boleh memulangkan haiwan kerana al-tashriyah, namun Zufar dan Abu Yusuf yang merupakan murid Imam Abu Hanifah sependapat dengan jumhur ulama. Apapun, hadith tersebut merupakan dalil bagi jumhur ulama sekali gus sebagai bantahan kepada mazhab Hanafi yang sememangnya tidak mempunyai dalil dalam masalah ini. Tidak ada alasan lain untuk menolak hadith ini. 4. Memberikan satu sha kurma ketika memulangkan satu ekor kambing atau unta kerana adanya al-tashriyah. Inilah pendapat jumhur ulama. Menurut Zufar, pembeli diberikan kebebasan memilih sama ada mengembalikan haiwan karena al-tashriyah itu dengan satu sha kurma atau setengah sha gandum. Pendapat ini senada turut dikemukakan oleh Ibnu Abu Laila dan Abu Yusuf. Dalam satu 69

, : al-Ismaili ketika mentakhrij Sahih al-Bukhari

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 69

09/04/2010 23:04:22

Kitab Thaharah (Bersuci)

riwayat Imam Malik dan sebahagian mazhab Syafii dinyatakan bahawa denda pemulangan haiwan kerana al-tashriyah mestilah disesuaikan dengan makanan asas sesebuah negeri berkenaan sama halnya dengan zakat fitrah. 5. Larangan menjual kambing yang sedang menyusui dengan kambing yang tidak sedang menyusui, kerana Islam telah menetapkan harga susu tersendiri meskipun ia masih berada di dalam kantong susu ternakan berkenaan. Jual beli seperti ini sama dengan jual beli riba dengan barang yang sejenisnya kerana salah satu di antara keduanya mempunyai lebihan berbanding barang yang lain. Ini adalah bentuk riba menurut yang diharamkan oleh ulama. Pendapat ini dikemukakan oleh al-Khatthabi.

37- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah melewati salah satu tempat timbunan makanan, kemudian baginda memasukkan tangannya ke dalam timbunan itu lalu jarinya menyentuh bahagian objek yang basah. Melihat itu, baginda bersabda: Apa ini wahai pemilik makanan? Dia menjawab: Ia terkena air hujan yang membasahinya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas supaya orang lain dapat melihatnya? Barang siapa yang menipu, maka orang itu tidak termasuk ke dalam golonganku. (Diriwayatkan oleh Muslim: 837). Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu landasan penting dalam bertransaksi, kerana di dalamnya disebutkan larangan untuk melakukan penipuan dan wajib memperlihatkan aib suatu barang yang hendak dijual. Ini merupakan salah satu asas yang menjadikan jual beli itu sah menurut syarat dan rukunnya. Analisis Lafaz

,dengan membaca dhammah huruf shad dan sukun huruf ba yang bermaksud timbunan makanan atau buah-buahan yang hendak dijual.
70

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 70

09/04/2010 23:04:22

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,air yang membasahi tempat dan timbunan, tetapi air itu tidak mengalir lantaran ia masih sedikit. , air hujan membahasahinya.
,lawan kata kebaikan dan kejujuran, iaitu penipuan.

, yakni memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan itu. Dalam satu riwayat disebutkan: Baginda kemudian menerima wahyu untuk memasukkan tangannya ke dalam timbunan jualan itu.

, seperti kurma, gandum atau selainnya.

agama Islam, sebaliknya maksudnya adalah orang itu tidak termasuk orang yang mendapat hidayah daripada Rasulullah (s.a.w) menerusi Sunnah, petunjuk dan akhlanya. Fiqh Hadith

, baginda tidak mengeluarkan seseorang itu keluar daripada

1. Dibolehkan menyentuh, membelek dan memeriksa barang dagangan yang hendak dibeli walaupun tanpa memperoleh kebenaran terlebih dahulu daripada penjual selagi itu tidak menimbulkan kerosakan. 2. Disunatkan menanyakan sesuatu perkara sebelum mengingkarinya dan sebelum mengeluarkan suatu ketetapan hukum. Hendaklah pertanyaan itu dikemukakan dengan cara yang baik dan sopan. 3. Mengingkari pelaku kemungkaran dengan cara yang baik. 4. Memberi pengajaran kepada pelaku kemungkaran bagaimana cara meninggalkan kejahatan yang dilakukannya itu. 5. Wajib memberitahu cacat dan aib barang yang hendak dijual kepada pembeli dan haram merahsiakannya. 6. Larangan keras untuk melakukan penipuan kerana itu merupakan perbuatan yang diharamkan. Ini merupakan ijma ulama. AlKhatthabi berkata: Merahsiakan cacat dan aib adalah haram, walaupun jual beli dianggap sah dan pembeli memiliki hak pilih (khiar) sebaik mengetahui cacat atau aib tersebut.

38- Daripada Abdullah bin Buraidah daripada ayahnya, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa yang menahan buah anggur 71

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 71

09/04/2010 23:04:22

Kitab Thaharah (Bersuci)

pada hari ia dipetik kemudian dijual kepada orang yang memprosesnya menjadi khamar, maka sesungguhnya orang itu dengan sengaja telah menghumban dirinya ke dalam api neraka. (Diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam kitab al-Awsath dengan sanad yang baik: 838). Makna Hadith Hadith ini merupakan landasan yang melarang jual beli suatu barang yang bakal digunakan untuk perkara-perkara yang diharamkan, bahkan seseorang mendapat dosa yang lebih besar jika sengaja bertujuan membantu melancarkan perbuatan haram itu. Nas hadith ini merupakan salah satu bentuk yang diharamkan itu di mana ada seseorang yang enggan memetik buah anggur pada musim tuai supaya anggur itu mudah untuk diproses menjadi khamar. Setelah itu, dia barulah menjualnya kepada perusahaan yang memproses khamar. Rasulullah (s.a.w) memberitahukan bahawa perilaku seperti ini sama seperti orang yang sengaja menghumban dirinya masuk ke dalam api neraka. Analisis Lafaz Abdullah bin Buraidah, adalah Abu Sahal Abdullah bin Buraidah bin alHushaib al-Aslami. Beliau pernah menjawat kadi Marwa, seorang tabiin yang thiqoh, pernah mendengar hadith daripada ayahnya dan orang selainnya. Meninggal dunia ketika menjawat sebagai kadi pada tahun 115 Hijriah. Ash-hab Kutub al-Sittah telah meriwayatkan hadith daripadanya.

, pada hari di mana orang lain memetik buah anggur untuk dimakan atau dijual. , menghumban dirinya sendiri ke dalam api neraka.

,melarang, menahan dan mencegah.

, inilah penilaian al-Hafiz Ibn Hajar meskipun hadith ini berasal daripada riwayat Abdul Karim bin Abdul Karim daripada alHasan bin Muslim daripada al-Husain bin Waqid daripada Abdullah bin Buraidah. Adapun Abdul Karim bin Abdul Karim yang merupakan salah seorang pedagang, Abu Hatim berkata: Saya tidak mengetahuinya dan hadithnya mengisyaratkan adanya kebohongan. Ibn Hibban menilainya sebagai thiqoh dan berkata: Beliau seorang yang istiqamah dalam meriwayatkan hadith. Al-Hafiz Ibn Hajar tidak sependapat dengan pernyataan Abu Hatim dan berkata dalam kitab al-Lisan: Pada hakikatnya, inilah dia Abdul Karim. Mungkin apa yang diprotes oleh Abu Hatim adalah kerana keberadaan
72

ke dalam api neraka.

, mengetahui sendiri sebab akibat seseorang itu dimasukkan

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 72

09/04/2010 23:04:23

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

rakannya yang bernama Jabbarah. Buktinya, Abu Hatim sebelumnya berkata: Aku tidak mengetahuinya. Dengan demikian, al-Hafiz Ibn Hajar menilai baik keadaan Abdul Karim ini. Ada lagi satu permasalahan bahawa di dalam sanad hadith ini terdapat al-Hasan bin Muslim di mana Abu Hatim berkata mengenainya: Dia seorang yang tidak diketahui dan hadithnya mengisyaratkan adanya kebohongan. Al-Zahabi berkata: Dia mendatangkan khabar mawdhu dalam masalah khamar. Al-Dhahabi kemudian menyebutkan hadith ini. Al-Hafiz Ibn Hajar menukil pernyataan ini di dalam kitab al-Lisan tanpa mengemukakan sebarang komentar. Ini membuktikan hadith tersebut tidak sahih, sebaliknya ia sangat lemah dan al-Hafiz Ibn Hajar dalam masalah ini telah pun keliru kerana menilainya sebagai hasan. Demikian pula dengan lafaznya menurut al-Tabrani. Demikian pula yang disebut kandalam kitab Majma al-Zawaid yang turut menukilnya daripada al-Tabrani yang di dalamnya terdapat lafaz: ( hingga menjualnya (buah anggur) kepada orang Yahudi dan Nasrani). Sementara al-Baihaqi menambahkamn: ( atau kepada orang yang diyakini anggur itu bakal dijadikan sebagai khamar). Apapun, hadith ini menjadi landasan yang melarang jual beli barang yang bakal dijadikan sebagai khamar dan ia turut disokong oleh beberapa lafaz hadith yang lain, seperti hasid yang melarang membantu orang yang hendak berbuat maksiat, hadith yang melaknat peminum khamar, pemerah dan penjualnya hingga akhir hadith. Masalah ini boleh dimasukkan ke dalam qiyas iaitu dengan mengqiyaskan hukum haram penjualan anggur untuk dijadikan menjadi khamar dengan kes-kes lain yang serupa dengannya. Fiqh Hadith 1. Haram menjual anggur kepada pembeli yang bakal menjadikannya khamar. Menjual anggur yang disertai niat untuk dijadikan khamar adalah diharamkan mengikut ijma ulama. Jika tidak ada niat atau tidak tahu bahawa anggur itu apabila dijual kelak akan dijadikan khamar, maka jual beli ini dibolehkan oleh sebahagian pengikut mazhab al-Hadiwiyah walaupun hukumnya makruh. Menurut alSyaukani, zahir hadith ini menunjukkan bahawa jual beli dengan orang Nasrani dan Yahudi tidak dibolehkan secara mutlak. 2. Haram menjual barang untuk membantu perbuatan maksiat secara qiyas. 3. Haram menjual barang kecuali penjualannya bukan untuk tujuan perbuatan maksiat dan ini berdasarkan ijma ulama.

73

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 73

09/04/2010 23:04:23

Kitab Thaharah (Bersuci)

39- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Segala sesuatu yang dikeluarkan mestilah mempunyai jaminan. (Diriwayatkan oleh al-Khamsah, sementara al-Bukhari dan Abu Dawud menilainya daif, manakala al-Tirmidhi, Ibn Khuzaimah, Ibn al-Jarud, Ibn Hibban, al-Hakim dan Ibn al-Qatthan menilainya sahih: 839) Makna Hadith Asbabul wurud hadith ini adalah seorang lelaki membeli seorang hamba pada masa Rasulullah (s.a.w) hidup, kemudian pembeli berkenaan memulangkannya lantaran ada aib pada hamba tersebut, kemudian baginda memutuskan supaya hamba tersebut dikembalikan kerana terdapat aib padanya. Penjual berkata: Pembeli telah pun memanfaatkan hamba itu. Baginda bersabda: Segala sesuatu yang dikeluarkan (dipakai) mestilah mempunyai jaminan. Dengan erti kata lain, Rasulullah (s.a.w) menginginkan bahawa meskipun hamba tersebut telah mendatangkan manfaat dan hasil berupa itu harta atau selainnya, namun manfaat itu tidak dapat diberikan kepada penjual, kerana pembeli memerlukan jaminan ke atas hamba tersebut dengan bukti bahawa seandainya hamba tersebut mati, maka orang yang menanggung kerugian adalah pembeli bukannya penjual. Jadi, manfaat tersebut sebagai ganti rugi jaminan dan penjual tidak berhak meminta apa-apa ganti rugi jika hamba itu dipulangkan kerana terdapat aib yang ada padanya. Ketentuan ini merupakan salah satu keadilan Islam kerana di dalamnya memuatkan larangan daripada menjuual sesuatu barangan yang di dalamnya terdapat agar tidak berlaku penipuan. Ketika penjual ingin menjual barangnya, dia hendaklah berkata: Aku menjual barang ini dengan aib yang ada padanya. Jika barang ini rosak, kamu boleh meminta pulang bayaran. Jika dikembalikan, maka barangan tersebut harus dipulangkan bersama aibnya dan tidak ada ganti rugi, karena aib tidak boleh diperjual belikan. Analisis Lafaz

,pemasukan dan manfaat. Asal makna al-kharaj adalah segala sesuatu yang keluar daripada sesuatu.

74

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 74

09/04/2010 23:04:23

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,membayar ganti rugi ketika barang tersebut rosak atau tidak ada ganti rugi kepada pemiliknya. Maksud huruf ba di sini adalah albadal (ganti rugi). Dengan erti kata lain, segala sesuatu yang mengeluarkan manfaat mestilah mempunyai jaminan. Ada pula yang mengatakan huruf ba di sini adalah al-sabab (menyatakan sebab). Dengan erti kata lain, kami abaikan segala suatu yang mengeluarkan manfaat disebabkan adanya jaminan.

, seperti mana yang ditegaskan al-Tirmidhi setelah meriwayatkan hadith ini daripada jalur Umar bin Ali al-Muqaddami daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Aisyah. AlTirmidhi berkata: Muhammad bin Ismail al-Bukhari menilai hadith ini gharib kerana ia diriwayatkan daripada Umar bin Ali. Al-Tirmidhi kemudian berkata lagi: Hadith ini diriwayatakan oleh Muslim bin Khalid al-Zanji daripada Hisyam. Bagi pensyarah, hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Syafii, alBaihaqi, al-Baghawi dan sekumpulan ulama. Muslim bin Khalid seorang periwayat yang daif. Al-Tirmidhi berkata lagi: Hadith ini diriwayatkan oleh Jarir daripada Hisyam, sementara hadith yang diriwayatkan oleh Jarir itu merupakan hadith mudallas kerana diriwayatkan oleh Jarir di samping dia tidak pernah mendengarnya secara langsung daripada Hisyam. , dinilai daif oleh Abu Dawud, di mana beliau berkata setelah menyebut hadith di dalam kitabnya al-Sunan: Sanad hadith ini tidak seperti itu. , di mana beliau berkata setelah meriwayatkan hadith ini: Kedudukan hadith ini hasan dan sahih. Ini diungkapkan setelah meriwayatkannya daripada jalur Ibn Abu Dzib daripada Mukhlad bin Khafaf daripada Urwah. Hadith ini dengan keseluruhan jalurnya tidak dapat diturunkan daripada kedudukan hasan.

Fiqh Hadith Segala sesuatu yang mengeluarkan manfaat mestilah mempunyai jaminan seperti seseorang yang membeli hamba, kemudian dia memanfaatkannya lalu memulangkannya lantaran wujud aib yang ada padanya. Jadi keuntungan atau manfaat hamba tersebut adalah menjadi hak milik pembeli. Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Imam al-Syafii mengemukakan pendapatnya tentang isi hadith ini bahawa setiap manfaat yang dihasilkan oleh hamba yang telah dibeli itu menjadi hak pembeli, bahkan demikian pula haiwan yang dibeli menghasilkan anak, atau seorang hamba yang dibeli tersebut beranak, atau pohon yang dibeli itu 75

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 75

09/04/2010 23:04:23

Kitab Thaharah (Bersuci)

menghasilkan buah. Menurut mazhab Hanafi, benda asal barang berkenaan hendaklah dipulangkan sedangkan kemudian hasil manfaatnya tetap menjadi hak pembeli selagi hasil manfaat tersebut bersifat cabang seperti barang itu disewakan. Jika benda asal tersebut menghasilkan manfaat seperti haiwan ternak yang beranak atau pohon yang berbuah, maka dilarang mengembalikannya dengan alasan adanya aib, kecuali jika benda asal dan hasil itu turut dikembalikan secara bersamaan. Jika buah pohon rosak atau anak hamba tersebut mati, maka dilarang untuk mengembalikannya. Menurut sebahagian ulama, dengan kewujudan anak dan manfaatmanfaat yang seumpamanya maka dilarang mengembalikan barangnya. Sedangkan hasil atau manfaat itu sendiri maka menurut ulama hendaklah turut dikembalikan jika harga barang tersebut belum dibayar. Jika harganya sudah dibayar, maka hasil atau manfaat barangan tersebut tidak boleh dikembalikan. Imam Malik pula berpendapat bahawa anak bagi hamba hendaklah dikembalikan bersama hamba tersebut, namun kain yang dihasilkan daripada bulu domba tidak perlu dikembalikan bersamaan dengan dombanya. Penting Abi Hanifah mengecualikan hamba wanita jika dia seorang janda yang telah disetubuhi oleh pembeli. Menurutnya, hamba wanita ini ini tidak boleh dikembalikan lagi. Tetapi Imam Malik dan Imam al-Syafii tidak bersetuju dengan pendapat ini dengan mengatakan bahawa hamba wanita itu boleh dikembalikan jika terdapat aib padanya. Jika hamba wanita itu masih gadis, menurut Imam Malik boleh dikembalikan dengan segala kekurangannya. Dalam pendapat lain Imam Malik mengatakan bahawa hamba wanita yang masih gadis itu tidak boleh dikembalikan. Ini merupakan pendapat Imam al-Syafii dan Abu Hanifah bahawa jika hamba perempuan yang masih gadis tidak boleh dikembalikan jika telah disetubuhi. Menurut Abu Yala, hamba perempuan yang masih gadis itu boleh dikembalikan dengan syarat harus memberinya mahar mitsil (mahar setaraf). Ini juga merupakan pendapat Ibn Abu Laila.

76

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 76

09/04/2010 23:04:24

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

40- Daripada Urwah al-Bariqi (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah memberinya satu dinar untuk membeli haiwan qurban atau seekor kambing, kemudian dia membeli dua ekor kambing dan salah satu kambing itu dia jual seharga satu dinar. Dengan demikian, Urwah datang menghadap baginda dengan membawa seekor kambing dan satu dinar. Atas perbuatannya itu, baginda mendoakan kebaikan dan keberkatan ke atasnya kerana jual beli yang telah dilakukannya itu. Berkat doa Rasulullah (s.a.w) itu, seandainya Urwah membeli tanah, nescaya dia akan tetap memperoleh keuntungan. (Diriwayatkan oleh al-Khamsah kecuali al-Nasai). Al-Bukhari meriwayatkannya dalam satu hadith namun tidak menyebutkan lafaznya: (840).

41- Dan al-Tirmidhi menyebutkan satu syahid ke atas hadith di atas dan hadith tersebut diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam: 841. Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu kaedah yang sering kali mendapat perhatian ulama fiqh iaitu akad mawquf (akad gantung) di mana suatu akad baru dapat dilaksanakan apabila mendapat kebenaran. Gambaran akad mawquf ini adalah seorang wakil melakukan tindakan dengan melakukan sesuatu yang tidak disuruh oleh orang yang mewakilkannya. Apakah akad seperti ini sah atau sebaliknya? Hadith ini menyatakan bahawa perbuatan seumpama ini dibolehkan, di mana Rasulullah (s.a.w) meminta Urwah membeli seekor kambing, kemudian dia membeli dua ekor kambing dan menjual seekor daripadanya, sementara tidak ada izin baginya untuk membeli dua ekor kambing itu, apatah lagi menjualnya. Ketika menghadap Rasulullah (s.a.w), dia menceritakan apa yang telah dia lakukan, kemudian baginda mendoakannya supaya transaksi yang dilakukannya mendapat keberkatan. Ini membuktikan perbuatan ini dibenarkan. Analisis Lafaz

, al-Bukhari meriwayatkan hadith ini yang disertai dengan sebuah hadith yang berbunyi: . ... Setelah hadith ini diriwayatkan daripada Ali daripada Sufyan daripada Syabib bin Gharqadah, beliau berkata: Aku pernah mendengar penduduk kampung ini menceritakan daripada Urwah bahawa Rasulullah (s.a.w)... kemudian dia menyebutkannya hingga akhir hadith. Al-Bukhari setelah itu
77

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 77

09/04/2010 23:04:24

Kitab Thaharah (Bersuci)

berkata: Sufyan berkata: Al-Hasan bin Umarah menyebutkan hadith ini kepada kami dan berkata: Dia mendengarnya daripada Syabib daripada Urwah, kemudian aku mendatanginya dan orang yang datang di sini adalah Sufyan. Kemudian Syabib berkata: Sesungguhnya aku belum pernah mendengarnya daripada Urwah, dia berkata: Aku mendengar penduduk suatu kampung memberitahukan hadith ini daripadanya. Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Syarah al-Bukhari berkata: Al-Bukhari dengan ini ingin menjelaskan betapa daif riwayat al-Hasan bin Umarah dan Syabib belum pernah mendengar berita ini daripada Urwah, sebaliknya dia hanya mendengarnya daripada penduduk suatu kampung. Jadi dapat disimpulkan bahawa kedudukan hadith ini daif, kerana keadaan mereka penduduk kampung tidak diketahui dengan jelas. Bagi pensyarah, al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari menetapkan bahawa al-Bukhari apabila ingin menilai daif sesebuah Hadith, beliau tidak menyebut lafaznya seperti mana adanya. Jadi perkataan al-Hafiz Ibn Hajar Dan al-Bukhari tidak menyebut lafaznya bermaksud hadith tersebut adalah daif. Tetapi saya tidak faham bagaimana al-Bukhari tidak menyebut lafaz hadith berkenaan padahal al-Bukhari telah pun menyebut lafaznya dengan jelas persis seperti mana lafaz hadith yang ada di dalam kitab Bulugh alMaram ini. Bukti yang menguatkan bahawa langkah al-Bukhari menilai hadith ini daif adalah al-Hafiz Ibn Hajar setelah berkata: Dan al-Tirimizi mengemukakan syahid bagi hadith ini. Dengan pernyataan ini al-Hafiz ingin menilai hadith ini sebagai kuat.

al-Tirmidhi dengan sanad munqathi, sementara hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud pula dengan sanad yang di dalamnya terdapat periwayat yang tidak disebut dengan jelas namanya. Bagi pensyarah, apapun kisah ini benar adanya, kerana hadith ini diriwayatkan daripada Urwah, kerana di dalamnya tidak terdapat periwayat yang majhul dan mutabaah ini telah dijelaskan oleh Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari dan berkata: Hadith Urwah ada mutabaah-nya di sisi Imam Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibn Majah melalui jalur Said bin Zaid daripada al-Zubair bin al-Khirrit daripada Abu Labid bahawa Urwah telah menceritakan kepadaku hingga akhir hadith. Hadith ini dinilai hasan oleh al-Munziri, al-Nawawi dan lain-lain. Fiqh Hadith 1. Dibolehkan mewakilkan suatu perbuatan yang di dalamnya boleh diwakilkan seperti transaksi berjual beli. 78

, : hadith Hakim diriwayatkan oleh

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 78

09/04/2010 23:04:24

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

2. Dibolehkan melakukan bai al-fudhuli. Inilah pendapat Imam Ahmad dalam satu riwayat, Imam Malik, Imam al-Syafii dalam qawl qadim. 3. Boleh menjual kambing dan haiwan yang selainnya meskipun ia dibeli untuk dijadikan sebagai qurban kerana maksudnya bukan haiwannya itu sendiri. Tetapi dalil di sini melarang daripada berbuat demikian meskipun niat Urwah ketika membelinya untuk diniagakan, bukan untuk dijadikan sebagai qurban. 4. Doa Rasulullah (s.a.w) mendatangkan keberkatan. 5. Memberikan imbalan kepada perbuatan baik, meskipun hanya sekadar dengan doa. 6. Tidak ada batasan untuk mengambil keuntungan dalam setiap jual beli. 7. Akad mawquf (gantung) dianggap sah dan ulama berbeza pendapat mengenai masalah hal ini di samping mereka turut berbeza tentang tafsiran hadith ini. Imam al-Syafii dalam qawl jaded berkata: Jual beli mawquf (gantung) adalah batil. Dalilnya adalah sabda Rasulullah (s.a.w): ( Janganlah kamu menjual sesuatu yang belum menjadi hak milikmu). Ini kerana hadith Urwah ini masih dipertikai oleh ulama kedudukannya. Jika hadith Urwah diandaikan sebagai sahih, maka Urwah dianggap sebagai wakil untuk melakukan jual beli dengan bukti baginda langsung memahami apa yang dilakukan Urwah. Menurut Imam Abu Hanifah, penjualan mawquf (gantung) hukumnya dibolehkan, tetapi pembelian mawquf (gantung) hukumnya tidak dibolehkan. Menurut Imam Malik pula, penjualan seperti ini batil, sementara pembeliannya adalah sah kerana berusaha menyatukan pemahaman dua hadith, iaitu hadith Urwah dengan hadith: Janganlah kamu menjual sesuatu yang belum menjadi hak milikmu. Menurut sekumpulan ulama salaf, Imam Ahmad, dalam dua riwayat daripadanya, Imam al-Syafii dalam qawl qadim pula, akad mawquf (gantung) hukumnya dibolehkan. Periwayat Hadith Beliau adalah Urwah bin Abu al-Jad al-Bariqi al-Azdi. Bariq nama sebuah bukit di mana Urwah bertempat tinggal di sekitarnya. Beliau pernah tinggal di Kufah dan dilantik oleh Umar bin al-Khatthab menjadi kadi Kufah sebelum Syuraih. Beliau adalah kadi pertama di Kufah. Hadithnya diriwayatkan oleh sekumpulan ulama. Al-Syabi, Qais bin Abu Hazim, Abu Ishaq al-Subaii dan lain-lain meriwayatkan hadith daripadanya. Beliau memiliki tiga hadith dan salah satunya adalah hadith ini.

79

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 79

09/04/2010 23:04:25

Kitab Thaharah (Bersuci)

42- Daripada Said al-Khudri (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada membeli sesuatu yang ada di dalam kandungan perut haiwan ternakan hingga ia dilahirkan, melarang daripada membeli sesuatu yang ada di dalam kantong susunya, melarang daripada membeli hamba sahaya yang melarikan diri daripada tuannya, melarang daripada menjual harta ghanimah (harta rampasan perang) sebelum dibahagikan, melarang daripada menjual sedekah sebelum diadakan serah terima, dan melarang daripada membeli dengan cara dharbah al-ghaish. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah, al-Bazzar dan al-Daruquthni dengan sanad daif: 842). Analisis Lafaz Hadith ini menceritakan beberapa jenis jual beli yang di dalamnya memuatkan unsur penipuan yang diharamkan di sisi syariat Islam. Oleh itu, Islam melarang jual beli haiwan yang belum dilahirkan oleh induknya, kerana jual beli ini mengandungi unsur tidak jelas tentang benda yang diperjualbelikan. Islam melarang daripada menjual air susu haiwan yang masih berada di dalam kantong susunya, kerana tidak seorang pun yang mengetahui berapa kadar susu yang dijual itu. Islam melarang daripada menjual hamba yang melarikan diri daripada pengkuan tuannya dan dilarang menjaul barang yang tidak dapat diadakan serah terima. Islam melarang daripada menjual harta rampasan perang (ghanimah) sebelum dibahagikan, dilarang menjual suatu barang yang belum menjadi hak miliknya dan dilarang membeli sedakah. Islam turut melarang seorang lelaki yang berkata: Aku bersedia melakukan satu kali selaman ke dalam laut dengan syarat kamu membeli barang yang bakal aku ambil dari dasar laut itu walau berapa pun harganya. Ini merupakan salah satu jual beli yang tidak diketahui benda yang diperjualbelikan kerana pembeli tidak mengetahui dengan jelas jenis dan bentuk benda yang bakal dibelinya, bahkan kadang kala penjual mengambil harta orang lain tanpa wujud transaksi.

80

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 80

09/04/2010 23:04:25

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

, maksudnya anak haiwan yang masih berada dalam


kandungan induk (ibu) nya.

,dilahirkan.

, hamba yang melarikan diri dan tidak peduli lagi dengan perintah tuannya.
dikalahkan dalam berperang.

,kantong susunya, tempat keluarnya air susu haiwan.

,harta yang berjaya dirampas dari orang kafir setelah mereka

,dibahagikan.

Dharbah pula adalah melakukan satu kali selaman. Gambarannya adalah seseorang berkata: Aku bersedia melakukan satu kali selaman ke dasar laut dengan syarat kamu membayarku sekian dan apa-apa yang aku keluarkan dari dalam air itu menjadi hak milikmu. Juhdham bin Abdullah al-Yamani daripada Muhammd bin Ibrahim alBahili daripada Muhammad bin Zaid al-Abdi daripada Syahr bin Hawsyab daripada Abu Said. Ibn Hazm berkata: Juhdham, Muhammad bin Ibrahim al-Bahili dan Muhammad bin Zaid al-Abdi merupakan periwayat majhul manakala Syahr pula seorang periwayat matruk.5 Abu Hatim berkata: Muhammad bin Ibrahim adalah periwayat majhul. Al-Baihaqi berkata: Sanadnya tidak kuat. Pada pensyarah, hadith ini mempunyai banyak syahid bagi sesetengah penggal daripadanya. Apapun, jual beli yang mengandungi unsur penipuan adalah diharamkan. Fiqh Hadith 1. Larangan menjual haiwan yang masih berada di dalam kandungan induknya. Ulama telah pun bersepakat bahawa ini adalah diharamkan.

, al-Ghush adalah menyelam ke dasar lautan manakala al

, dengan sanad daif, kerana hadith ini diriwayatkan oleh

Sekumpulan ulama menilai hadith daif seperti al-Nadhr bin Syumail, Ibn Adi dan alNasai. Imam Ahmad berkata: Kedudukan hadith ini hasan. Ramai ulama mempedebatkan hadith ini. Ibn Hajar dan sekumpulan ulama menilai hadith ini sebagai hasan.
5

81

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 81

09/04/2010 23:04:25

Kitab Thaharah (Bersuci)

2. Larangan menjual susu yang masih ada di dalam kantong susu haiwan. Ulama telah pun bersepakat bahawa ia diharamkan. 3. Larangan menjual hamba yang melarikan diri daripada tuannya. 4. Larangan membeli harta rampasan perang sebelum dibahagikan. 5. Larangan membeli harta sedakah (zakat) sebelum diadakan serah terima, tetapi sebahagian ulama fiqh membuat pengecualian bahawa jika penerima sedekah (zakat) telah ditentukan dan demikian pula jumlah yang bakal diterimanya, maka itu dibolehkan kerana dia telah mengetahui berapa jumlah yang bakal menjadi hak miliknya dan ini sama seperti kepemilikan yang telah diadakan serah terima. 6. Haram melakukan jual beli dengan cara dharbah al-ghaish. Dalam riwayat yang lain disebutkan yang gambaran jual beli ini adalah seorang pemburu berkata: Aku menjual hasil lemparan anak panah ini dengan harga sekian kepadamu dan setiap haiwan buruan yang aku peroleh dari panah ini menjadi hak milikmu. Ulama telah pun bersepakat bahawa jual beli seperti ini adalah diharamkan.

43- Daripada Ibn Masud (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jangan kamu membeli ikan yang masih berada di dalam air, kerana sesungguhnya jual beli seperti itu termasuk penipuan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan beliau menyatakan hadith ini mawquf: 843).

44- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual buah hingga boleh dimakan (masak), dilarang menjual bulu haiwan yang masih berada di kulitnya dan dilarang menjual susu yang masih berada di dalam kantong susun haiwan itu. (Diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam kitab al-Awsath dan al-Daruquthni). Hadith ini turut diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab al-Marasil li Ikrimah. Abu Dawud pula meriwayatkannya secara mawquf kepada Ibn Abbas dengan sanad yang kuat dan dianggap kuat oleh al-Baihaqi: 844). 82

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 82

09/04/2010 23:04:26

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

45- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulaullah (s.a.w) melarang berjual beli al-madhamin dan al-malaqih. (Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan di dalam sanadnya terdapat unsur daif: 845). Makna Hadith Hadith-hadith ini sama seperti hadith sebelumnya yang melarang jual beli penipuan dengan pelbagai jenisnya. Contoh jual beli penipuan dalam hadith pertama adalah menjual ikan yang masih berada di dalam air. Dalam hadith kedua pula dilarang menjual buah-buahan yang masih belum matang dan demikian pula dilarang menjual bulu domba tidak diketahui jumlah dan kadarnya. Demikian pula dilarang menjual susu yang masih berada di dalam kantong susuan haiwan itu. Dalam hadith ketiga dilarang menjual haiwan yang masih berada di dalam kandungan induknya. Analisis Lafaz

,masalah ini telah dibahas dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu , al-Daruquthni, al-Khathib, al-Baihaqi dan Ibn al-Jauzi turut menyatakan hadith ini mawquf, kerana jalur untuk menjadi hadith ini marfu terputus sebab al-Musayyab bin Rafi tidak pernah mendengar hadith ini daripada Ibn Masud. Jadi hadith ini mawquf. Namun hadith ini memiliki syahid yang berkedudukan marfu daripada Imran bin Hushain. ,buah yang sudah masak, kerana buah yang belum masak biasanya tidak dimakan. , maksudnya bulu haiwan yang belum disiapkan (dipintal).
,kalimat ini telah dibahas sebelumnya. Hurairah no 17.

masih berada di dalam perut haiwan dan ini biasanya ditujukan kepada haiwan betina. seperti unta, kerana ia selalunya yang dijadikanb sebagai pejantan untuk menghamili betina. ,apa-apa yang terdapat di atas tulang belakang haiwan jantan

,sesuatu yang yang disembunyikan. Maksudnya sesuatu yang

83

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 83

09/04/2010 23:04:26

Kitab Thaharah (Bersuci)

, kerana di dalam salah seorang periwayatnya terdapat Shalih bin Abu al-Akhshaar daripada al-Zuhri, sementara Shalih seorang periwayat yang daif. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Malik daripada al-Zuhri daripada Said secara mursal di mana beliau tidak menyebutkan nama Abu Hurairah. Al-Daruquthni menyokong pendapat Imam Malik bahawa hadith ini mursal. Hadith ini diriwayatkan oleh Abdurrazzaq daripada Ibn Umar dan sanadnya dinilai kuat oleh al-Shanani dalam kitab Subul al-Salam.
Fiqh Hadith 1. Diiharamkan jual beli ikan yang masih berada di dalam air, kerana jual beli seperti ini termasuk penipuan. Menurut sebahagian ulama fiqh, jika ikan itu dipastikan dapat ditangkap, maka jual beli yang dilakukan adalah sah dan pembeli memiliki hak pilih (khiar) setelah menerima dan melihat ikan tersebut. Jika ikan itu tidak perlu lagi dipancing, maka jual beli itu sah dan pembeli memiliki hak pilih melihat (khiar ruyah). 2. Larangan menjual buah-buahan melainkan setelah matang dan boleh dimakan. Masalah ini akan dibahas dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, bab al-rukhshah fi al-araya. 3. Larangan menjual bulu haiwan yang masih berada di kulitnya, kerana cara pemotongan boleh mengundang perbezaan pendapat hingga akhirnya mengakibatkan pergaduhan. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafii dan jual beli seperti ini tidak sah, sedangkan menurut Imam Malik, jual beli seperti ini adalah sah. 4. Larangan menjual susu yang masih berada di dalam kantong susu haiwan itu. Dengan erti kata lain, susu yang belum diperah. Ulama telah bersepakat bahawa ia diharamkan melainkan ada satu hadith yang diriwayatkan daripada Said bin Jubair, beliau berkata: ( Kantong susu haiwan itu adalah almari (tempat penyimpanan). Dalam kaitan ini, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Salah seorang kamu bersandar kepada almari saudarinya kemudian mengambil apa yang ada di dalamnya. Namun apa yang diriwayatkan oleh Said bin Jubair ini tidak dapat dijadikan sebagai hujah. 5. Larangan jual beli al-madhamin dan al-malaqih, iaitu apa yang terdapat di dalam perut dan kulit haiwan. Ulama telah pun bersepakat untuk mengharamkannya.

84

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 84

09/04/2010 23:04:26

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

46- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa yang bersedia membatalkan transaksi antara dua orang yang sedang bertransaksi, maka Allah akan mengampuni dosa dan kesalahannya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Majah dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim: 846). Makna Hadith Ketika telah mencapai kata sepakat antara pembeli dengan penjual untuk melakukan transaksi, seorang pembeli kadang kala merasa menyesal atas pembelian yang telah dilakukannya; mungkin disebabkan merasa ditipu, harga terlampau mahal atau tidak memerlukan lagi barang itu. Dalam keadaan ini, penjual disunatkan menawarkan pembatalan transaksi kepada pembeli dan memberikan hak pilih sekali lagi kepada pembeli. Penjual seperti ini diampuni oleh Allah dan memperoleh rahmat daripadanya. Di samping penjual disunatkan berbuat demikian, maka pembali pun disunatkan untuk melakukan perkara yang serupa dalam masalah ini. Analisis Lafaz ,kalimat ini berasal dari perkataan yang takrifnya menurut syariat adalah membatalkan akad yang telah disepakati oleh kedua belah pihak; pembeli dan penjual. Ini dapat dilakukan dengan lafaz yang diungkapkan oleh penjual atau pembeli: Aku menawarkan pembatalan transaksi ini kepadamu atau Aku menawarkan pembatalan akad ini kepadamu dan lafaz-lafaz yang sama makna dengannya.

,kalimat ini hanya sekadar menunjukkan kebiasaan, kerana pembatalan akad seorang muslim lebih disukai oleh Allah daripada melakukan pembatalan kepada orang selain muslim. Apapun, ganjaran pahala untuk tawaran pembatalan akad tetap kekal meskipun dilakukan ke atas orang selain muslim. Dalam kaitan ini, al-Bazzar mengemukakan riwayat hadith yang lebih umum lagi berbanding hadith di atas yang bunyinya: ( Barang siapa yang menawarkan pembatalan akad kerana adanya penyesalan). Kalimat ini tentu lebih bersifat umum.
, semoga Allah mengampuni dosa dan kesalahannya. 85

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 85

09/04/2010 23:04:27

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Disunatkan menawarkan pembatalan jual beli meskipun telah disepakati oleh kedua pihak sebelum itu. 2. Menjelaskan bahawa seorang muslim lebih berhak untuk bertolak ansur kepada kepada sesama muslim berbanding kepada orang lain. 3. Menjelaskan bahawa bertolak ansur kepada sesama hamba Allah akan diberi kemudahan oleh Allah dan dicucuri rahmat-Nya. Dalam kaitan ini, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Orang yang bersifat kasih sayang akan sentiasa dikasihi oleh Allah. Soalan 1. Apakah jenis usaha yang paling baik? 2. Apakah makna lafaz ? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan jual beli mabrur? 4. Apakah takrif bangkai? 5. Apakah makna ? 6. Apakah makna ? 7. Apakah hukum menjual bangkai, babi dan berhala? 8. Apakah hukum menyalakan lampu dengan menggunakan minyak bangkai dan mengecat kapal dengannya? 9. Haramkah menerima bayaran sesuatu barangan yang apabila barangan itu haram dual? 10. Apakah yang dimaksudkan dengan al-bayyinah (bukti) antara dua pihak yang bertikai? 11. Apakah makna sabda Rasulullah (s.a.w): ? 12. Bolehkah perkataan diertikan sebagai pemilik dan tuliskan satu contoh mengenainya dengan mengemukakan satu hadith? 13. Apakah hukumnya jika dua pihak yang berjual beli berselisih pendapat? 14. Apakah hukum menerima hasil jualan anjing? 15. Apakah hukum menerima wang hasil pelacuran dan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ? 16. Apakah hukum dan apa pula yang dimaksudkan dengan ? 86

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 86

09/04/2010 23:04:27

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

17. Apakah makna perkataan ? 18. Apakah makna perkataan ? 19. Apakah makna perkataan ? 20. Sebutkan sepuluh hukum qh yang dapat disimpulkan daripada hadith Jabir yang menceritakan kisah jual beli unta? 21. Apakah hukum membuat pengecualian dalam berjual beli? 22. Bolehkah menjual hamba mudabbar? 23. Bolehkah seorang pemimpin menggantikan urusan jual beli sebagai wakil pemiliknya? 24. Adakah tikus menjadi najis apabila sudah menjadi bangkai? 25. Adakah hukum mentega cair berbeza dengan mentega beku apabila ada najis yang jatuh ke dalamnya? 26. Apakah hukum sisa mentega beku setelah najis yang ada padanya dibuang dan demikian pula kawasan sekitarnya yang disentuh oleh najis? 27. Berapakah kadar mentega yang wajib dibuang kerana bersentuhan dengan najis? 28. Apakah mentega yang terkena najis bangkai tikus itu masih boleh dimanfaatkan? Sebutkan jika ia masih boleh digunapakai dan untuk apakah kegunaannya? 29. Benarkah wujud perbezaan antara mentega beku dengan mentega cair dalam satu hadith sahih? 30. Apakah yang dimaksudkan dengan ? 31. Apakah hukum menjual beli ? 32. Apakah jenis anjing yang boleh dipelihara dan dibela? 33. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ? 34. Sebutkan hukum qh yang terdapat dalam hadith yang menceritakan kemerdekaan Barirah daripada statusnya sebagai hamba? 35. Pastikan kedudukan hadith Umar yang melarang menjual ummahat alawlad itu mawquf ataupun marfu dan kemukakan alasannya? 36. Apakah hukum menjual ummahat al-awlad? 37. Huraikan apa yang dimaksudkan dengan perkataan ? 38. Adakah amalan sahabat pada masa Rasulullah (s.a.w) masih hidup boleh dadikan sebagai hujah? 39. Bolehkah menjual sisa atau air lebihan? 40. Apakah maksud ? Bolehkah ia dual atau mengambil upah ke atasnya?

87

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 87

09/04/2010 23:04:27

Kitab Thaharah (Bersuci)

41. 42. 43. 44. 45.

Huraikan apa yang dimaksudkan dengan dan ? Apakah hukum menjual habl al-habalah? Apakah hukum menjual al-wala? Huraikan apakah yang dimaksudkan dengan bai al-hashah? Huraikan apa yang dimaksudkan dengan penipuan dalam jual beli dan kemukakan tujuh contoh yang berkaitan dengannya?

46. Apakah maksud hadith: ?

47. Apakah maksud dan manakah di antara sekian banyak tafsiran itu yang dimaksudkan dan dianggap kuat? 48. Bolehkah menjual sesuatu barangan dengan cara tunai dan ansuran apabila harga tunah berbeza dengan harga ansuran? 49. Sebutkan dua bentuk bai maa al-salaf kemudian sebutkan hukum bagi kedua-dua bentuk jual beli itu? 50. Sebutkan dua bentuk bai maa al-syarth dan apakah yang dimaksudkan dengan syarat yang dilarang di sisi jumhur ulama? 51. Apakah yang dimaksudkan dengan ? 52. Apakah yang dimaksudkan dengan al-urban dan apakah ia dibolehkan? 53. Apakah maksud perkartaan Ibn Umar ketika membeli minyak masak: dan ? 54. Sebutkan tujuh hukum dalam hadith Ibn Umar yang menceritakan beliau membeli minyak masak? 55. Adakah disyaratkan memindahkan barang bagi memastikan sahnya suatu jual beli? 56. Bolehkah menerima perak sebagai pertukaran dengan emas atau sebaliknya dan apa pula syarat untuk berbuat demikian? 57. Apakah makna al-najasy dan apa pula hukumnya di sisi ulama qh? 58. Sebutkan tiga denisi bagi perkataan al-muhaqalah? 59. Apakah takrif al-muzabanah? 60. Apakah takrif al-mukhabarah? 61. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ? 62. Apakah takrif al-mukhadharah, al-mulamasah dan al-munabadzah? Apakah semua ini dibolehkan? 63. Sahkah membeli barang yang ghaib dan jual beli yang dilakukan oleh orang buta? 64. Apakah makna dan apakah hukum seseorang yang menjumpai kalah lalu membeli barangan daripadanya?

88

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 88

09/04/2010 23:04:27

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

65. Bagaimanakah ulama qh mentafsirkan sabda Rasulullah (s.a.w): ? 66. Apakah hukum al-samsarah dan apakah denisi kalimat ini? 67. Apakah makna ? 68. Apakah makna dan ? 69. Apakah makna dan apakah larangan ini memiliki syarat yang dengannya dapat mencegah pertunangan? Sebutkan dalil bagi syarat tersebut? 70. Apakah maksud syahid dalam perkataan: ? 71. Apakah makna perkataan memberikan isyarat yang sanad hadith berkenaan menjadi sahih dan mengapa demikian? 72. Bolehkah memisahkan antara ibu dengan anaknya ketika dual dan demikian pula hukum memisahkan antara dua orang yang bersaudara? 73. Huraikan apa yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah (s.a.w): ? 74. Bolehkan melakukan penetapan harga (al-tasir)? 75. Bolehkah monopoli berlaku dalam setiap jual beli dan sebutkan pendapat ulama dalam masalah ini? 76. Bolehkah monopoli berlaku sepanjang zaman tanpa mengira waktu dan sebutkan pendapat ulama dalam masalah ini? 77. Apakah takrif al-tashriyah dan apakah hukum orang yang membeli seekor kambing secara al-tashriyah? 78. Apakah makna perkataan dan ? 79. Apakah maksud kalimat ? 80. Apakah yang dimaksudkan dengan al-ghisysy dan sahkah jual beli yang disertai penipuan? 81. Bolehkah menjual anggur bagi orang yang ingin menjadikannya sebagai khamar dan apakah kaedah yang dapat diambil dalam masalah ini? 82. Sebutkan asbab al-wurud hadith dan huraikan apa yang dimaksudkan dengan hadith ini? 83. Apakah maksud perkataan al-Haz Ibn Hajar dalam hadith Urwah alBariqi ? 84. Apakah faktor yang menjadikan hadith Urwah daif? Masih bolehkah ia dinaikkan kedudukannya menjadi hasan dan mengapa demikian? 85. Sahkah akad mawquf (gantung)? 86. Bolehkah membeli harta ghanimah sebelum dibahagikan? 87. Apakah hukum membeli ikan di dalam air? 88. Apakah hukum menjual bulu domba sedangkan ia masih berada di 89

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 89

09/04/2010 23:04:28

Kitab Thaharah (Bersuci)

kulitnya dan belum lagi digunting? 89. Apakah maksud al-madhamin dan al-malaqih? Bolehkah menjual almadhamin dan al-malaqih itu? 90. Sebutkan takrif al-iqalah dalam jual beli dan adakah ia boleh berlaku bagi penjual atau pembeli?

90

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 90

09/04/2010 23:04:28

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB KHIYAR (HAK PILIH)

Al-Khiar dibaca kasrah huruf kha merupakan kata benda kalimat al-ikhtiar atau al-takhyir yang bermaksud meminta untuk memilih antara dua pilihan sama ada meneruskan transaksi jual beli atau membatalkannya. Ia terdiri daripada beberapa jenis dan al-Hafiz Ibn Hajar di sini hanya menyebut dua jenis sahaja, iaitu khiar syarat dan khiar majlis.

47- Daripada Ibn Umar (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Jika dua orang lelaki bersepakat dengan harga barang, maka mereka berdua memiliki hak pilih (khiar) selagi mereka belum berpisah meninggalkan majlis atau salah satu di antara mereka berhak memilih, jika salah satu mereka telah memilih, kemudian mereka saling menyetujui, maka mereka telah mengadakan jual beli. Jika mereka berpisah setelah bersepakat dengan harga satu barang dan mereka tidak meninggalkan jualannya, maka mereka wajib membelinya. (Muttafaq alaihi dan lafaz h adis ini menurut Muslim: 847) Makna Hadith Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu memiliki batasan yang dengannya diketahui kewujudan, kesempurnaan dan kekurangan suatu barang. Dalam 91

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 91

09/04/2010 23:04:28

Kitab Thaharah (Bersuci)

berjual beli barang, waktu, tempat dan kejadiannya mestilah diketahui supaya tidak terjadi penyesalan, pergaduhan dan pertikaian. Di sini Islam memberikan tempoh di mana akad jual beli itu mesti dilaksanakan namun sebelum tempoh itu wujud hak pilih (khiar) bagi pembeli mahupun penjual tetapi setelah itu tidak ada lagi hak pilih Hadith ini membahas tentang khiyar majlis, iaitu akad jual beli mesti dilaksanakan jika setelahnya diikuti oleh perpisahan secara fizikal dan tidak ada lagi hak pilih setelah itu. Analisis Lafaz

, dalam riwayat al-Nasai disebutkan: .Tsalab menukil daripada al-Fadhl bin Salmah: ( adanya kata putus yang disertai perpisahan secara fizikal). Ibn al-Arabi membantah pernyataan ini dengan mengemukakan dalil yang berlandaskan kepada firman Allah:

mereka berdua sepakat untuk menetapkan suatu harga barang.

, transaksi jual beli terjadi di antara penjual dan pembeli atau

Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata. (Surah al-Bayyinah: 4) Jadi maksud perpisahan di sini bukanlah perpisahan secara fizikal. Tetapi ada satu hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa jika beliau kagum melihat sesuatu barang, beliau memisahkan tubuh penjual barang dengan tubuhnya sendiri sebagai bukti akad jual beli dilaksanakan. Ini menunjukkan perpisahahan mestilah dilakukan secara fizikal. Dalam satu lafaz menurut Muslim: Jika Ibn Umar mengadakan jual beli dengan seseorang lalu beliau tidak ingin menawarkan pembatalan terhadap akad jual beli tersebut, beliau segera berdiri lalu berjalan sejenak dan kemudian kembali lagi. Bukti bahawa perpisahan mesti dilakukan secara fizikal adalah tafsiran sabdanya: .

, jika salah seorang di antara mereka mengemukakan syarat untuk memberikan khiar (hak pilih) dalam tempoh yang telah ditentukan, maka jual beli tetap tidak terlaksana dan khiar tidak berakhir dengan adanya perpisahan badan, sebaliknya khiar bagi jual beli itu tetap berlangsung hingga masa khiar itu berakhir. Pendapat lain mengatakan bahawa jika seseorang itu memilih jual beli dilaksanakan sebelum sebelum adanya perpisahan badan maka pada saat
92

, kedua-dua pihak sama ada pembeli mahupun penjual belum meninggalkan tempat mereka bertransaksi.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 92

09/04/2010 23:04:28

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

itu dia melaksanakan jual beli tanpa perlu lagi mengadakan perpiasahan badan. Fiqh Hadith 1. Pembeli dan penjual berhak memiliki hak pilih (khiar) selagi mereka belum berpisah. Tempoh hak pilih (khiar) terus berkekalan hingga terjadi perpisahan secara fizikal. Inilah pendapat Ali, Ibn Abbas, Ibn Umar dan tidak seorang sahabat pun yang mengingkari pendapat ini dan ini pula merupakan pendapat Imam al-Syafii, Imam Ahmad dan Ishaq dan lain-lain dari kalangan ulama fiqh. Menurut mereka, perpisahan secara fizikal dapat dilakukan dengan apa pun jua keadaan selagi itu dapat dikatakan berpisah mengikut adat kebiasaan. Dalam sebuah rumah kecil, misalnya, perpisahan secara fizikal dapat dilakukan dengan cara keluar dari dalam rumah itu. Ketika berada dalam sebuah ruangan besar, misalnya, perpisahan dapat dilakukan dengan cara membelakangi ruangan itu dan melangkahkan kaki untuk meninggalkannya. Jadi setiap perbuatan yang dianggap perpisahan dalam adat kebiasaan maka itulah yang dimaksudkan dengan perpisahan secara fizikal di sini. Tetapi mazhab Maliki selain Ibn Habib tidak sependapat dengan hadith ini dan demikian pula mazhab Hanafi di mana mereka tidak mahu mengambil kira perpisahan yang dilakukan dengan cara berpisah badan. Mereka berkata: Jika kedua pihak bersepakat dengan harga barang yang ditetapkan, maka tidak ada lagi khiar kecuali sebelum itu telah disebutkan adanya syarat khiar. Mereka mentafsirkan hadith ini dengan mengatakan ia dimansukhkan atau menolaknya dengan alasan hadith itu tidak selari dengan amalan masyarakat Madinah. Apapun, pendapat pertama adalah lebih benar. 2. Jika penjual telah menetapkan khiar untuk tempoh tertentu, kemudian mereka berpisah secara fizikal sepanjang tempoh itu, maka perpisahan tersebut tidak dianggap sebagai perpisahan secara fizikal. 3. Menetapkan khiar setelah dilakukan akad dan dinyatakan tidak ada lagi rujuk terhadap akad setelah adanya khiar maka ini bererti jual beli wajib dilaksanakan sebelum berpisah secara badan.

93

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 93

09/04/2010 23:04:29

Kitab Thaharah (Bersuci)

48- Daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Penjual dan pembeli memiliki hak pilih (khiar) hingga mereka berdua berpisah, kecuali mereka mengadakan transaksi dengan khiar dan tidak halal baginya memisahkan diri setelah transaksi jual beli kerana takut transaksi itu dibatalkan. (Diriwayatkan oleh al-Khamsah kecuali Ibn Majah, al-Daruquthni, Ibn Khuzaimah dan Ibn al-Jarud. Dalam riwayat lain disebutkan: hingga mereka berdua berpisah dengan meninggalkan tempatnya: 848) Makna Hadith Hadith ini memiliki makna yang senada dengan hadith sebelumnya, tetapi di dalam hadith ini terdapat dua perkara yang berbeza iaitu: Pertama, dalam salah satu riwayat hadith ini disebutkan bahawa apa yang dimaksaudkan adalah berpisah secara badan adalah sama dengan apa yang telah kami huraikan sebelum ini. Kedua, salah seorang di antara kedua pihak yang berjual beli dilarang berpisah apabila pihak lain belum menunjukkan tanda-tanda kebulatan tekad meskipun proses jual beli telah pun dilaksanakan, kerana ada kemungkinan dia rujuk daripada menerima akad dan oleh kerananya, dia dilarang daripada melakukan perpisahan secara fizikal. Analisis Lafaz

kedua: ( Berpisah dari tempat mereka berdua).

, berpisah dengan badan sebagaimana disebutkan dalam riwayat , terdapat di dalamnya khiar dan ketika itu

Maksud kalimat adalah meminta untuk membatalkan akad jual beli dan ini telah dihuraikan dalam masalah disunatkan menerima tawaran pembatalan akad jual beli (al-iqalah). Jadi, hadith ini menegaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan berpisah dalam hadith Ibn Umar sebelum ini adalah berpisah badan antara kedua belah pihak baik penjual
94

, setelah al-Tirimizi meriwayatkan hadith ini, beliau berkata: maksud hadith ini adalah seseorang tidak dibolehkan memisahkan diri setelah jual beli dilakukan kerana takut jual beli tersebut gagal.

perpisahan tidak lagi dilakukan dengan badan.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 94

09/04/2010 23:04:29

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mahupun pembeli dan ini sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Tirmidhi dan lain-lain. Manakala makna kalimat: pula adalah tidak layak dilakukan oleh seorang muslim dan mesti sentiasa berbuat baik. Di sini dapat disimpulkan bahawa apa yang dilakukan oleh Ibn Umar yang meninggalkan majelis jual beli ketika beliau merasa tertarik terhadap suatu barang yang hendak dibelinya adalah beliau berbuat demikian kerana larangan ini belum sampai kepada pengetahuannya. Makna lain hadith ini adalah salah seorang daripada pembeli mahupun penjual tidak dibolehkan berpisah walaupun perpisahan secara badan di antara mereka pada hakikatnya dibolehkan apabila dia melihat ada tandatanda tidak bersetuju yang ditunjukkan oleh pihak lain.

Ada lagi satu satu jawapan tentang kalimat di mana kalimat ini mesti diberi makna secara bahasa, bukan secara syariat. Ini kerana memberi kesempatan kepada orang yang melakukan al-iqalah memaksa pihak lain melaksanakan jual beli namun dia tetap tidak melaksanakannya. Jadi jual beli hampir sahaja terlaksana. Oleh itu, lafaz al-istiqalah bersifat majaz sebagai salah satu cara untuk mendidik, kerana penjual atau pembeli tidak memutuskan hak pembatalan yang telah disyariatkan oleh Islam.
Fiqh Hadith 1. Hak khiar terputus sebaik berlaku perpisahan badan, namun dikecuali dalam masalah ini jika dilakukan khiar syarat. Inilah pendapat jumhur ulama. 2. Jika seseorang berkata kepada rakannya: Pilihlah antara meneruskan transaksi atau membatalkannya lalu rakannya memilih salah satu daripada tawaran tersebut maka akad dinyatakan sah dan perpisahan badan tidak lagi diambil kira. Ini berdasarkan kesepakatan ulama. 3. Dimakruhkan meninggalkan tempat jual beli setelah transaksi dilaksanakan bagi tujuan mengelakkan hak khiar terlebih-lebih lagi jika ada tanda-tanda tidak setuju di salah satu pihak.

49- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Seorang lelaki mengaku kepada Rasulullah (s.a.w) bahawa dirinya sering kali tertipu dalam berjual beli lalu baginda bersabda: Jika kamu berjual beli maka katakanlah tidak boleh menipu. (Muttafaq alaih: 849)

95

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 95

09/04/2010 23:04:29

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Penipuan merupakan salah satu perbuatan yang dilarang ketika berjual beli dan ini sering kali terjadi di tengah-tengah masyarakat. Ia dilakukan dengan pelbagai cara. Kadang kala penipuan itu terlampau besar sehingga mangsa merasa tidak redha dengan apa yang menimpa dirinya sebagaimana yang diceritakan dalam hadith ini, kemudian Rasulullah (s.a.w) memberi jalan keluar terhadap masalah ini dengan mengatakan bahawa jika mengadakan transaksi jual beli, maka hendaklah seseorang berkata: Tidak boleh menipu. Ini bagi memastikan orang ramai tahu bahawa perbuatannya telah diketahui oleh orang ramai. Analisis Lafaz

,dibaca dengan baris dhammah huruf dzal kerana ia mabni li al-majhul. Ini disokong oleh riwayat: Seorang lelaki mengadakan transaksi jual beli Namun dalam riwayat lain disebutkan huruf dzal dan huruf kaf dibaca dengan baris fathah dan lelaki itu sebagai seorang yang menyampaikan berita kepada baginda dan ini disokong oleh riwayat: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah (s.a.w) bahawa dirinya menjumpai penipuan. Sabda baginda di akhir hadith: Jika kamu mengadakan jual beli ditujukan kepada lelaki tersebut seolah-olah dia datang kepada baginda bahawa semua manusia telah memberitahukan masalah ini kepada baginda. ,dalam riwayat Imam Ahmad ditambahkan ( lelaki itu berasal dari golongan Ansar. Dalam riwayat Ibn al-Jarud bahawa lelaki itu bernama Hibban bin Munqidz sementara menurut al-Darquthni, lelaki itu bernama Munqidz bin Amr. , dalam riwayat lain disebutkan: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah (s.a.w) bahawa dia menemukan penipuan. Ini menunjukkan bahawa apa yang dimaksudkan hadith ini adalah penipuan kerana faktor akalnya yang lemah. Ini sama dengan riwayat Ash-hab alSunan, Ibn Hibban dan lain-lain daripada Anas (r.a) bahawa seorang lelaki melakukan akad jual beli sedangkan dia seorang yang lemah akalnya. Itu lantaran kepalanya pernah dipukul seperti mana dalam riwayat al-Baihaqi bahawa di kepalanya terdapat bekas pukulan.

, dengan membaca kasrah huruf kha dan tidak bertasydid huruf lam yang bermaksud tidak boleh menipu. Huruf la sebagai nafi terhadap segela jenis jual beli yang bermaksud tidak ada penipuan dalam agama, kerana agama adalah saling memberi nasihat. Al-Daruquthni dan al-Baihaqi ada menambahkan: Kemudian kamu mempunyai hak khiar terhadap barang yang kamu beli itu selama tiga hari sama ada kamu meneruskan transaksi atau sebaliknya. Lelaki ini hidup

96

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 96

09/04/2010 23:04:30

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

hingga zaman pemerintahan Usman dan ketika itu umurnya mencapai seratus tiga puluh tahun. Masyarakat pada zaman pemerintahan Utsman sangatlah ramai. Jika lelaki itu ingin membeli suatu barang lalu ada orang lain berkata kepadanya: Sesungguhnya engkau sering ditipu dalam berjual beli, maka dia pun membatalkan jual beli yang dilakukannya, kemudian seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) bersaksi bahawa baginda pernah memberinya hak khiar selama tiga hari dan harga barang itu dikembalikan kepadanya. Fiqh Hadith 1. Setiap permasalahan mestilah diadukan kepada pemimpin atau wakilnya jika bakal mengakibatkan kerugian. 2. Boleh menceritakan musibah yang dialami orang lain jika itu tidak mencemarkan nama baiknya. 3. Disunatkan mengatakan kepada orang yang sering kali ditipu orang lain sebelum mengadakan berjual beli: Tidak ada penipuan dalam berjual beli. Ulama berbeza pendapat tentang orang yang ditipu ketika berjual beli. Dalam masalah ini ada dua pendapat. Pertama, Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat hak khiar berlaku terhadap penipuan yang mengakibatkan kerugian dan ini berlaku bagi seseorang yang tidak mengetahui harga barang. Mazhab Maliki memberi batasan khiar jika kerugian akibat penipuan tersebut mencapai 1/3 harga barang. Kedua, Imam al-Syafii dan jumhur ulama berpendapat tidak ada hak khiar baginya, meskipun dia benar-benar tertipu. Mereka mengatakan hadith ini hanya khusus berlaku bagi lelaki ini. 4. Orang baligh yang merdeka tidak boleh disekat daripada berjual beli dan ini bercanggah dengan pendapat jumhur ulama, kerana mereka memiliki beberapa hadith dalam masalah ini sebagai pegangan mereka. Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah (s.a.w): dalam hadith Ibn Umar berkaitan khiar dalaml berjual beli dan sebutkan satu dalil bagi menguatkan huraian hadith ini? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah (s.a.w): ?

3. Apakah maksud sabda baginda: ? 4. Sebutkan siapakah nama ulama yang mengatakan bahawa khiar mestilah dilakukan secara fizikal (badan)? 97

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 97

09/04/2010 23:04:30

Kitab Thaharah (Bersuci)

5. Siapakah nama sahabat yang sering kali ditipu ketika berjual beli pada zaman Rasulullah (s.a.w)? 6. Adakah sabit hak khiar bagi orang yang tertipu dan bagaimanakah pendapat ulama fiqh dalam masalah ini?

98

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 98

09/04/2010 23:04:30

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB RIBA

Riba secara bahasa adalah tambahan dan ada yang menyebutnya sebagai al-ruma dan ada pula yang menyebutnya sebagai al-rubiyah. Riba menurut syariat pula adalah tambahan dengan sifat tertentu.

50- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melaknat orang yang memakan harta riba, wakilnya, penulisnya dan orang yang menyaksikannya. Baginda bersabda: Mereka semua adalah sama. (Diriwayatkan oleh Muslim: 850).

51- Lafaz yang sama diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada hadith Abu Juhaifah: 851. Makna Hadith Amalan riba adalah salah satu bentuk cara memakan harta orang lain dengan cara batil. Setiap bentuk riba mengakibatkan padah, kerana orang yang menjadi mangsa riba tidak dapat meminta hartanya semula. Akibat amalan riba yang bermaharajalela, sukar memberi pinjaman kepada orang yang benar-benar memerlukannya. Ia adalah perbuatan yang diharamkan yang wajib dibasmi dengan prinsip amar makruf dan nahi mungkar. Oleh itu, Islam amat tegas melarang amalan keji ini, malah Allah (s.w.t) berfirman:

99

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 99

09/04/2010 23:04:30

Kitab Thaharah (Bersuci)

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 279). Banyak lagi nas-nas al-Quran dan hadith yang melarang sekali gus mengecam riba, salah satunya adalah hadith ini di mana Allah melaknat orang yang memakan riba, wakilnya, penulisnya dan orang yang menyaksikannya, bahkan kedudukan mereka sama dalam memperoleh dosa. Analisis Lafaz

,mereka dihalau dan dijauhkan dari rahmat Allah. Hadith ini merupakan dalil yang paling kuat dalam mengharamkan riba, di mana memakan riba menyebabkan kemurkaan dan laknat Allah. Rasulullah (s.a.w) bersabda:

,orang yang mewakilkannya. Maksudnya adalah orang yang memberi tambahan.


Fiqh Hadith

Ya Allah, berikanlah rahmat ke atas segala sesuatu yang pernah aku laknat. Ini menunjukkan bahawa tujuan memohon rahmat ke atas orang yang dilaknat tersebut bukanlah golongan yang dilaknat di dalam hadith riba ini.

1. Haram memakan harta riba kerana ia salah satu dosa besar di mana pelakunya berhak mendapat laknat dari Allah. 2. Haram menulis transaksi riba. 3. Haram menjadi saksi transaksi riba.

100

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 100

09/04/2010 23:04:31

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

52- Daripada Abdullah bin Masud (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Riba terdiri daripada tujuh puluh tiga cabang, dan tingkatan dosa yang paling ringan seperti dosa seorang lelaki menyetubuhi ibu kandungnya dan sesungguhnya dosa riba yang paling dahsyat itu adalah menambah terhadap beban hutang seorang muslim. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah secara ringkas sedangkan al-Hakim secara sempurna sekali gus menilainya sebagai sahih: 852). Makna Hadith Hadith ini menjelaskan jenis dan bentuk riba hingga mencecah tujuh puluh tiga cabang, sebahagian cabang mempunyai tingkatan dosa yang berlainan antara satu sama lain, dan dosa riba yang paling rendah adalah seperti seorang lelaki yang menyetubuhi ibu kandungnya sendiri dan kita sedia maklum bahawa menyetubuhi ibu kandung sendiri merupakan salah satu perbuatan zina yang paling dilarang di sisi Islam. Hadith ini kemudian menjelaskan dosa yang paling besar adalah memakan harta saudaranya seiman, Analisis Lafaz

,dosa yang paling ringan dan paling sedikit. Dalam hadith ini ada kalimat yang dibuang iaitu perkataan dosa. Namun mengikut tafsiran Abdullah bin Salam sebelum ini, perkataan dosa tidak diperlukan lagi dan ini menguatkan lagi takwilan perkataan bab sebagai dosa. , riba paling dahsyat.
101

, maksudnya adalah ragam bentuk riba atau faktor yang mendorong seseorang melakukan riba. Dalam kitab Syarh al-Sunnah oleh al-Baghawi daripada Abdullah bin Salam menyebutkan bahawa riba terdiri daripada tujuh puluh dua dosa. Dosa yang paling ringan sama seperti dosa seorang lelaki yang menyetubuhi ibu kandungnya sendiri. Dengan erti kata lain, dosa satu kali melakukan riba sama dengan melakukan melakukan tujuh puluh dosa. Ini sangat menarik kerana ketika seorang pelaku riba ingin menambahkan hartanya, dia sedang melakukan dosa paling besar hingga kejahatannya itu digandakan. Jika ada seseorang yang bertanya: Bukankah di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa satu kesalahan dibalas dengan satu kesalahan pula. Jawapannya, kadar dosa itu berbezabeza antara satu sama lain seperti mana kadar amal kebaikan pula berbezabeza dan ini ditegaskan dalam kebanyakan hadith. Oleh yang demikian, satu dosa besar sama kadarnya dengan melakukan tujuh puluh dua dosa yang lain.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 101

09/04/2010 23:04:31

Kitab Thaharah (Bersuci)

, dalam riwayat lain kalimat ini ditafsirkan sebagai satu kali makian dibalas dengan dua kali makian. Dengan erti kata lain, adanya satu tambahan dalam setiap perbuatan. Tetapi ini sekadar contoh dan tafsiran tidak sebatas ini sahaja. Jadi setiap muslim yang menyakiti saudaranya yang muslim, kemudian dia membalasnya dengan balasan yang lebih dahsyat maka itu dianggap sebagai perbuatan riba.
Fiqh Hadith 1. 2. 3. 4. Menjelaskan betapa besar dosa amalan riba itu. Riba terdiri daripada beberapa jenis dan bentuk. Sebahagian dosa mempunyai tingkatan dosa yang berbeza-beza. Dibolehkan mengumpamakan satu perbuatan dosa dengan dosa kesalahan yang lain. 5. Zina adalah dosa besar. 6. Berzina dengan mahram merupakan salah satu dosa yang lebih besar, terlebih-lebih lagi berzina dengan ibu kandung sendiri. 7. Memakan harta sesama mulim merupakan dosa besar.

53- Daripada Abu Said al-Khudri (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan timbangan yang sama dan jangan kamu melebihkan satu timbangan dengan yang lain, jangan kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan timbangan yang sama dan jangan kamu melebihkan satu timbangan dengan yang lain, dan jangan kamu menjual keduanya di mana salah satu daripadanya dijual tunah dan satunya lagi dijual secara ansur. (Muttafaq alahi: 853). Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu kaedah yang mengharamkan riba fadhal (pertambahan jumlah) dan riba nasa (pertambahan waktu) dalam berjual beli dan pertukaran barang yang satu jenis, di mana salah seorang dari kedua pihak yang bertransaksi tidak dibolehkan melebihkan timbangan mahupun

102

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 102

09/04/2010 23:04:32

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

takaran dan tidak dibolehkan menangguhkan pembayaran kepada waktu yang lain selagi barang yang diperjual belikan itu satu jenis. Analisis Lafaz , boleh menjual emas dengan emas, baik emas yang telah dibentuk mahupun emas yang masih murni (belum dibentuk), emas perhiasan atau sebaliknya. , setiap emas yang ditukarkan mestilah mempunyai takaran dan timbangan yang sama mengikut bentuk jualan sama ada dijual dengan menggunakan timbangan atau takaran. Jika yang dibahas dalam masalah ini adalah emas, maka itu mestilah menggunakan menggunakan takaran, tetapi jika emas itu dalam bentuk dinar, maka itu mestilah menggunakan takaran sebagai alat tukar. , jangan kamu melebihkan. Kalimat ini mempunyai dua makna yang berlainan; mengurangi dan melebihkan namun sama-sama memiliki maksud yang sama. Dengan erti kata lain, jika salah seorang dari kedua pihak melebihkan bahagiannya bererti secara tidak langsung bahagian pihak yang lain telah dikurangi. Demikian pula sebaliknya.

,dengan membaca kasrah huruf ra adalah perak.

salah pihak membayar secara tunai sedangkan pihak yang lain membayar dengan cara ansuran. Ini yang tidak dibolehkan, di mana kedua-dua pihak dikehendaki menyediakan barang secara tunai dan kemudian mereka mengambil barang yang telah dibelinya secara tunai pula sehingga tidak terdapat pembayaran yang dilakukan secara ansuran. Fiqh Hadith 1. Dibolehkan menjual atau menukar (jual beli sharf) emas dengan emas, perak dengan perak dengan syarat masing-masing barang mestilah sama dan tidak boleh menangguhkan pembayaran (penukaran). 2. Haram melebihkan salah satu barang terhadap barang yang satu jenis atau menangguhkan pembayaran (penukaran) kerana penambahan dan penangguhan merupakan salah satu amalan riba, bahkan jika emas perhiasan ditukar dengan emas yang belum dibentuk maka takaran dan timbangannya mestilah tetap sama dan tidak dibolehkan meminta kecuali sama timbangan, takaran dan dilakukan secara tunai, dan tidak boleh meminta bayaran lebih dengan alasan sebagai ongkos pembuatan. Inilah pendapat ulama fiqh.

, al-najiz antonim al-ghaib, yakni hadir. Dengan erti kata lain,

103

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 103

09/04/2010 23:04:32

Kitab Thaharah (Bersuci)

Penting Jika satu jenis barang ditukar dengan jenis barang yang sama tetapi salah satu barang yang ditukar itu terdapat tambahan barangan yang lain seperti seseorang yang menjual satu dirham dan sehelai baju dengan dua dirham, maka pertukaran seperti ini tetap tidak dibolehkan. Inilah pendapat sebahagian sahabat, tabiin, Imam al-Syafii, Imam Ahmad dan Ishaq. Demikian pula jika seseorang menjual satu mud6 tamar ajwah dan satu mud bahan makanan saihani, dengan dua mud tamar ajwah, maka jual beli seperti ini tetap tidak dibolehkan menurut Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama. Perbahasan ini akan dibahas secara terperinci dalam masalah mud ajuwah7, kerana hadith ini hanya membahas tentang pertukaran antara emas dengan emas dan perak dengan perak.

54- Daripada Ubadah bin al-Shamit (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, padi dengan padi, kurma dengan kurma, garam dengan garam, sejenis ditukar dengan sejenis, tunai dengan tunai dan sama ukuran dengan sama ukuran. Jika kadar dan sifat kesemua ini berbeza, maka lakukanlah jual beli itu sesuka hari kamu selagi itu dilakukan dengan cara tunai. (Diriwayatkan oleh Muslim: 854). Makna Hadith Makna hadith ini sama dengan hadith sebelumnya yang mengharamkan tambahan jumlah dan waktu ketika mengadakan pertukaran barang yang satu jenis, namun hadith ini menambahkan empat jenis barangan yang tidak disebutkan dalam hadith sebelumnya dan keenam-enam jenis barangan ini apabil dijual secara berselang-seli dibolehkan melakukan tambahan pada salah satu barang yang lain dengan syarat tidak menangguhkan serah terima

6 7

Satu mud adalah sepenuh kedua telapak tangan apabila digabungkan. Rujuk hadith no: 56.

104

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 104

09/04/2010 23:04:32

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

salah satu barang dan serah terima mestilah dilakukan secara tunai. Analisis Lafaz

,dengan membaca dhammah huruf ba iaitu nama salah satu biji-bijian.

, tunai dengan harga harga, tidak ada penangguhan bayaran meskipun dalam jumlah yang sedikit.
Fiqh Hadith

, sebagai menguatkan bagi perkataan yang bermaksud sama timbangan dan ukuran serta satu jenis.

1. Boleh menukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum selagi pertukaran itu dilakukan dengan timbangan dan takaran yang sama dan tunai. Ulama telah bersepakat ke atas enam jenis barang ini, di mana tidak boleh melebihkan jumlah barang dan waktu sekiranya pertukaran yang dilakukan itu adalah satu jenis. Jika barangnya tidak sama, maka ulama dalam berbeza pendapat dalam melebihkan salah satu barang yang ditukaran sama ada dibolehkan ataupun sebaliknya. Jumhur ulama berpendapat bahawa riba tidak hanya terbatas terhadap keenam jenis barang yang disebutkan dalam hadith ini, tetapi mereka berbeza pendapat mengenai alasan pengharamannya dan demikian pula mereka berbeza pendapat dalam menentukan barang-barang yang memiliki hukum yang sama dengan keenam-enam jenis barang tersebut. 2. Gandum dan padi adalah dua jenis barang yang berlainan mengikut pendapat jumhur ulama, sementara Imam Malik, al-Laits dan alAuzai tidak bersetuju dengan pendapat jumhur ulama ini. Perbezaan pendapat ini menyebabkan jumhur membolehkan menukar satu mud gandum dengan setengah mud beras, kerana kedua-dua benda ini tidak satu jenis, sementara menurut Imam Malik pertukaran ini tidak dibolehkan. 3. Dibolehkan melakukan pertukaran dengan melebihkan salah satu barang yang ditukarkan jika jenis barangan tersebut berlainan dengan syarat serah terima dilakukan dengan segera, seperti menukar emas dengan gandum misalnya selagi pertukaran ini dilakukan dengan cara tunai.

105

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 105

09/04/2010 23:04:33

Kitab Thaharah (Bersuci)

55- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Emas dengan emas sama timbangan dan dibayar secara tunai, perak dengan perak sama timbangan dan dibayar secara tunai. Barang siapa yang melebihkan atau meminta lebih maka orang itu telah melakukan riba. (Diriwayatkan oleh Muslim: 855). Makna Hadith Hadith ini mengandungi makna yang sama dengan hadith Abu Said dan Ubadah bin al-Shamit yang mengharamkan pertukaran apabila barang itu satu jenis kerana di dapati wujud penambahan timbangan atau timbangan dan penangguhan pembayaran. Tetapi dalam hadith ini dijelaskan satu perkara iaitu timbangan bagi menunjukkan bahawa spekulasi dan perkiraan dalam jual beli seperti ini tidak dibenarkan. Analisis Lafaz ,boleh dibaca rafa kerana kedudukannya sebagai mubtada, namun boleh pula dibaca nashab kerana kedudukannya sebagai maful bagi fiil yang dibuang .

,dibaca nashab kerana kedudukannya sebagai hal (kata keterangan keadaan).

,meminta lebih dan inilah orang yang mengamalkan dan memakan riba.
Fiqh Hadith 1. Diharamkan mempraktikkan riba fadhal dan riba nasa ketika mengadakan pertukaran terhadap satu barang yang sejenis. 2. Jika barang itu satu jenis, tidak boleh melakukan spekulasi dalam timbangan, sebaliknya mestilah ditimbang dengan takaran yang pasti. 3. Orang yang memakan riba dan wakilnya memperoleh dosa yang sama.

106

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 106

09/04/2010 23:04:33

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

56- Daripada Abu Said al-Khudri (r.a) dan Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melantik seorang lelaki sebagai pekerja di Khaibar, kemudian lelaki ini datang menghadap baginda dengan membawa buah kurma yang buruk. Melihat itu, baginda bersabda: Adakah seluruh jenis kurma Khaibar seperti ini? Lelaki itu menjawab: Tidak wahai Rasulullah, kami menukar satu sha kurma yang bagus dengan dua sha kurma yang buruk dan dua sha yang bagus dengan tiga sha yang buruk. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jangan kamu melakukan itu! Jual seluruh jenis kurma dengan wang dirham, kemudian belilah kurma yang lebih buruk dengan menggunakan wang dirham itu. (Muttafaq alaih: 856). Makna Hadith Hadith ini malarang daripada menjual salah satu daripada enam jenis barang yang telah disebut sebelum ini yang sama jenis dengan melebihkan salah satu tukarannya, meskipun kualiti salah satu barang tersebut berbeza, sama ada baik dengan buruk atau sebaliknya, sam ada barang tersebut ditimbang mahupun ditakar. Analisis Lafaz

,dalam satu riwayat Abu Awanah dan al-Daruquthni disebutkan bahawa nama lelaki ini adalah Sawad bin Ghaziyyah dari golongan Ansar.

, kalimat ini sama timbangan dengan kalimat .Ada yang mengatakan makna al-janib adalah kurma bagus, ada yang mengatakan kurma keras, ada yang mengatakan kurma yang kualiti buruknya sudah dibuang dan ada yang mengatakan setiap jenis kurma yang tidak disertai dengan jenis lain, namun pendapat yang lebih kuat mengatakan bahawa makna al-janib adalah kurma buruk atau kurma berkualiti baik dicampur dengan kurma berkualiti buruk.

,nama benteng milik Yahudi yang kemudian dikuasai oleh Rasulullah (s.a.w) pada tahun ketujuh Hijriah.

107

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 107

09/04/2010 23:04:34

Kitab Thaharah (Bersuci)

, dengan membaca fatah huruf jim dan membaca sukun huruf mim maknanya adalah kurma buruk atau campuran kurma yang baik dengan yang buruk. Tafsiran kedua ini disebut dalam riwayat Muslim. Dalam kitab al-Mizan turut dikemukakan riwayat yang serupa. Dengan erti kata lain, setiap sesuatu yang ditimbang, kerana telah diterangkan hukum barang yang ditakar lalu hadith ini menerangkan hukum barangan yang ditimbang pula.
Fiqh Hadith 1. Boleh melantik wakil atau pengganti. 2. Menjual atau menukar barang yang sejenis mestilah dilakukan dengan timbangan yang sama pula tanpa mengambil kira kualiti kedua-dua barang tersebut sama ada menggunakan timbangan atau pun takaran. Ini berdasarkan kesepakatan ulama. 3. Seluruh jenis kurma dianggap sebagai satu jenis dan ini berdasarkan kesepakatan ulama. 4. Seseorang yang melakukan jual beli secara riba kerana tidak tahu hukumnya, maka jual belinya tidak batal, kerana jual beli di dalam hadith di atas tidak dibatalkan. Tetapi menurut Ibn Abdul Barr, meskipun periwayat hadith ini tidak menyebutkan adanya pembatalan jual beli, maka ini tidak bererti pembatalan itu tidak wujud, kerana ada kemungkinan masalah ini tidak disebutkan lantaran ia sudah sedia maklum, malah dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa pembatalan jual beli telah pun dilakukan. Ibn Hajar memberi komentar ke atas pendapat Ibn Abdul Barr ini dengan berkata: Ada kemungkinan Ibn Abdul Barr memberi isyarat kepada hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ini adalah riba, maka batalkan jual beli ini. Keragaman kisah dalam masalah ini menimbulkan pelbagai persoalan. Apapun, pembatalan jual beli yang memuatkan unsur riba telah pun dilakukan meskipun berdasarkan riwayat yang berlainan. Oleh itu, hadith yang tidak menyebutkan pembatalan jual beli kerana memuatkan unsur riba hendaklah difahami mengikut hadith yang secara tegas menyebutkan pembatalan jual beli yang mengandungi unsur riba.

,nama alat takaran yang sama dengan dua mud.8

8 Satu sha tepung atau gandum di sisi jumhur ulama sama dengan 2759 gram sedangkan menurut mazhab Hana, satu sha tepung sama dengan 3800 gram.

108

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 108

09/04/2010 23:04:34

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

5. Dibolehkan berbuat baik terhadap diri sendiri dan memilih makanan yang lebih baik untuk keperluan peribadi.

57- Daripada Jabir bin Abdullah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual setimbun makanan (kurma) yang belum diketahui takarannya sesuai dengan takaran yang telah disepakati. (Diriwayatkan oleh Muslim: 857). Makna Hadith Hadith ini menguatkan permasalahan yang disebut dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah sebelum ini, di mana dalam hadith itu diwajibkan memastikan timbangan mengikut cara yang betul dan berspekulasi dalam timbangan menyebabkan jual beli tidak sah hingga barang itu ditakar atau ditimbang yang berlaku di daerah tersebut. Hadith ini menetapkan betapa penting ukuran dan demikian pula timbangan. Analisis Lafaz

, dengan takaran yang sedia maklum seperti sha, mud dan lain-lain, bukan dengan bekas atau wadah yang tidak diketahui berapa jumlah dan kadarnya.
Fiqh Hadith Larangan melakukan jual beli suatu barang yang sejenis secara spekulasi kerana dikhuatiri berlaku riba lantaran kadar barang yang diperjual belikan tidak diketahui dengan jelas, meskipun jumlah barang yang tidak diketahui hanya berlaku pada salah satu barang sahaja, bukan kepada kedua-dua barang yang akan diperjual belikan. Pendapat ini berdasarkan kesepakatan ulama.

,dengan membaca dhammah huruf shad maknanya adalah timbunan makanan yang belum diketahui takarannya.

109

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 109

09/04/2010 23:04:34

Kitab Thaharah (Bersuci)

58- Daripada Mamar bin Abdullah (r.a), beliau berkata: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Makanan yang ditukar dengan makanan hendaklah sejenis dengan sejenis dan sama timbangan. Ketika itu makanan kami adalah barli. (Diriwayatkan oleh Muslim: 858). Makna Hadith Al-Hafiz Ibn Hajar meringkaskan lafaz hadith ini. Ia mempunyai kisah panjang sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim berikut:

Dari Mamar bin Abdullah bahawa beliau pernah mengutus hamba miliknya dengan satu sha gandum. Beliau berkata kepada hamba itu: Juallah gandum ini lalu beli beras dengan harga gandum itu. Hamba itu kemudian pergi dengan membawa satu sha gandum lalu menukarnya dengan satu setengah sha barli. Jadi di sini ada lebihan pertukaran sebanyak setengah sha. Ketika datang menghadap Mamar, dia menceritakan apa yang telah dilakukannya. Mamar berkata: Mengapa kamu berbuat demikian? Pergi ke sana dan pulangkan barang itu. Jangan kamu menukarnya kecuali dalam kadar yang sama, kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Makanan yang ditukar dengan makanan mestilah sejenis dengan sejenis dan sama timbangan. Ketika itu, makanan kami adalah barli. Ada seseorang yang bertanya kepadanya: Bukankah kedua-dua barang itu tidak serupa? Mamar menjawab: Sesungguhnya aku takut kalau ia menyerupainya. Dengan hadith ini, al-Hafiz Ibn Hajar ingin menguatkan mazhab Syafii bahawa hukum riba berlaku bagi setiap jenis makanan sama ada yang ditakar ataupun yang ditimbang dan riba tidak hanya berlaku terhadap 110

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 110

09/04/2010 23:04:35

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

enama jenis makanan yang telah disebutkan dalam hadith sebelum ini, kerana menurutnya alasan diharamkan riba di sini lantaran barang itu adalah bahan makanan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith tersebut. Ketika hadith tersebut menyebut kurma dan gandum di mana keduanya merupakan jenis makanan yang berharga mahal dan kemudian disebutkan garam yang berharga murah menujukkan bahawa seluruh jenis makanan boleh berlaku riba di dalamnya. Barang kali faktor nama-nama barang tersebut tidak disebutkan disebutkan di dalam hadith ini adalah kerana barli dan beras merupakan dua jenis barang yang pada hakikatnay satu jenis, tetapi dalam masalah ini Ibn Hajar dan jumhur ulama tidak sependapat. Ini berbeza dengan Imam Malik yang menyatakan kedua jenis barang ini; barli dan beras sebagai dua jenis barang yang serupa. Makna hadith sesungguhnya aku takut kalau ia menyerupainya merupakan dalil bahawa Mamar berbuat demikian bukan kerana hakikat hukum yang sebenar menetapkan demikian, akan tetapi beliau berbuat demikian kerana sifat waranya. Buktinya, ketika ada seseorang yang bertanya kepada Mamar: Bukankah barang ini tidak sama atau tidak sejenis? Mamar di sini tidak membantah soalan itu. Analisis Lafaz

,kalimat ini disebutkan dengan menggunakan fil mudhari bagi menunjukkan bahawa beliau sering kali mendengarnya, bukan hanya sekali mendengar.
Fiqh Hadith 1. Riba tidak hanya berlaku ke atas enam jenis makanan yang telah disebutkan dalam hadith di atas, sebaliknya ia terjadi ke atas seluruh jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian, sama ada yang ditimbang ataupun yang ditakar. Inilah pendapat Imam al-Syafii dalam qaul jadid. Menurut sekumpulan ulama yang lain, alasan diharamkannya riba adalah bahan makanan yang dijual secara timbangan dan takaran. Jadi setiap makanan yang dijual secara timbangan atau takaran berlaku di dalamnya riba. Ini berbeza jika barang itu dijual dengan tidak menggunakan timbangan atau takaran meskipun ia adalah makanan. Inilah pendapat Said bin al-Musayyab, al-Imam al-Syafii dalam qaul qadim dan Imam Malik. 2. Bahan makanan yang sejenis tidak boleh diperjual belikan antara satu sama lain kecuali sama takaran dan sama timbangan di samping dilakukan secara tunai, meskipun makanan itu tidak sejenis, tetapi zahir hadith ini tidak seorang pun ulama yang mengatakan demikian 111

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 111

09/04/2010 23:04:35

Kitab Thaharah (Bersuci)

kerana banyak hadith sebelumnya telah mengkhususkannya seperti mana sabda Rasulullah (s.a.w): Jika bahan-bahan yang akan dijual itu tidak satu jenis, maka juallah sesuai dengan kehendak kamu. 3. Gandum dan barli merupakan dua jenis makanan yang berlainan. Ini berbeza dengan ulama lain mengatakan sebaliknya seperti Imam Malik, al-Laits dan al-Auzai, di mana mereka ini tidak sependapat dengan pendapat jamhur ulama dalam masalah ini. Jumhur ulama mengemukakan dalil berdasarkan hadith riwayat Ubadah sebelum ini dan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa tidak ada salahnya menukar gandum dengan barli sesdangkan jumlah barli lebih banyak dengan syarat jual beli itu dilakukan secara tunai. Ini menunjukkan barli dan gandum bukan barang yang sejenis.

59- Daripada Fadhalah bin Ubaid (r.a), beliau berkata: Ketika perang Khaibar, aku membeli kalung seharga dua belas dinar dan ia terbuat daripada emas dan tembaga. Aku kemudian memisahkannya dan ternyata nilai barang tersebut lebih daripada dua belas dinar. Aku kemudian menceritakan masalah ini kepada Rasulullah (s.a.w) lalu baginda bersabda: Jangan kamu menjualnya kecuali setelah memisahkannya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 859). Makna Hadith Al-Tabrani meriwatkan hadith ini melalui jalur yang berbeza-beza. Demikian pula Abu Dawud dan lain-lain dengan lafaz yang berbeza-beza pula seperti perkataannya: seharga tujuh dinar. Dalam riwayat lain disebutkan: seharga sembilan dinar. Dalam riwayat lain disebutkan: seharga dua belas dinar. Dalam riwayat lain disebutkan: Aku membeli kalung ketika perang Khaibar seharga dua belas dinar. Bahkan ada yang mengatakan hadith ini mudtharib. Al-Hafiz Ibn Hajar memberi komentar dalam masalah ini dengan mengatakan bahawa perbezaan riwayat dan lafaz hadith ini tidak menjadikannya sebagai daif, sebaliknya ia tetap boleh dijadikan dalil dan tidak ada perbezaan pendapat di dalamnya, kerana tujuan hadith ini menyatakan larangan untuk menjual barang yang belum dipisahkan, sementara jenis dan jumlah harganya bukan tujuan hadith ini dan ia sama sekali tidak menjadikan hadith ini daif. apa yang penting adalah melakukan 112

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 112

09/04/2010 23:04:35

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

tarjih ke atas riwayat hadith ini. Jika seluruh periwayat hadith ini dianggap kuat dan thiqoh, maka riwayat ini hendaklah dinyatakan sahih sedangkan riwayat yang selainnya adalah syadz. Al-Sanani mengatakan setelah menyebut hadith ini ini bahawa perkataan Ibn Hajar di atas adalah bijaksana bagi menjawab keraguan yang selama ini berkeliaran. Bagi pensyarah, hadith ini dikenali dengan sebuatan mud ajwah. Gambarannya adalah menjual satu mud tamar ditambah satu dirham dengan dua mud ajwah atau menjual satu mud ajwah ditambah satu dirham dengan dua dirham. Demikian pula dengan hadith ini, iaitu menjual satu barang seharga satu dinar sementara di dalam barang tersebut terdapat nilai harga yang melebihi satu dinar. Cara menjual barang barang tersebut adalah ia tidak boleh dijual hingga barang itu dipisahkan antara satu sama lain sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas. Analisis Lafaz

, pada hari di mana Khaibar berjaya dikalahkan pada tahun ketujuh Hijriah. ,dipisahkan atau diasingkan.

,memisahkan dan mengasingkan setiap jenis barang antara satu sama lain.

Fiqh Hadith Larangan menjual emas dengan emas yang bercampur dengan barang lain. Demikian pula dengan barang riba lain. Emas yang bercampur itu hendaklah dipisahkan sesuai jenisnya, kemudian ia dijual sesuai dengan harganya dan demikian pula dengan barang lain yang merupakan campurannya. Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Menurut Imam al-Syafii, Imam Ahmad dan Ishaq di mana pendapat ini dinukil daripada Umar bin alKhatthab bahawa menjual emas yang bercampur dengan benda lain tidak dibolehkan kecuali setelah memisahkannya terlebih dahulu dengan benda campurannya, meskipun harga emas yang bercampur dengan benda lain lebih mahal atau lebih murah daripada harga emas tulen tanpa campuran. Menurut Imam Abu Hanifah dan al-Tsauri, jual beli seperti ini dibolehkan apabila harga emas tulen tanpa campuran lebih mahal daripada emas yang bercampur dengan benda lain itu, sementara jika harga harga emas tulen tanpa campuran sama atau kurang daripada itu, maka jual beli seperti ini tidak dibolehkan. Sementara Imam Malik mengemukakan pendapat yang senada dengan Imam Abu Hanifah, tetapi beliau membatasi harga emas tulen tanpa campuran tidak melebihi harga 2/3. 113

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 113

09/04/2010 23:04:35

Kitab Thaharah (Bersuci)

60- Daripada Samurah bin Jundub bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual haiwan dengan haiwan secara nasiah (menangguhkan bayaran hingga waktu yang tidak ditentukan). (Diriwayatkan oleh alKhamsah dan dinilai sahih oleh al-Tirmidhi dan Ibn al-Jarud: 860). Makna Hadith Hadith ini melarang menjual haiwan dengan haiwan di mana haiwan pertama diserahkan secara tunai sedangkan haiwan kedua ditangguh penyerahannya. Ulama berbeza pendapat sama ada hadith ini sahih ataupun sebaliknya. Ini kerana al-Hasan al-Basri meriwayatkan hadith ini daripada Samurah, kerana ulama masih berselisih pendapat sama ada al-Hasan benar-benar mendengarnya daripada Samurah ataupun tidak. Sekumpulan ulama berpendapat bahawa kedudukan hadith ini mungqathi. Apapun, hadith ini dikuatkan oleh beberapa syahid yang antara lain hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas dan dikeluarkan oleh alDaruquthni dan al-Shanani menilai para periwayatnya sebagai thiqoh, sementara al-Bukhari dan Imam Ahmad mentarjih yang hadith ini mursal. Di antaranya lagi hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah yang dikeluarkan oleh al-Tirmidhi dengan sanad yang daif. Di antaranya lagi hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Samurah yang dikeluarkan oleh Abdullah dalam Zawaid al-Musnad. Di antararanya lagi hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar yang dikeluarkan oleh al-Tabrani. Masingmasing syahid ini saling menguatkan antara satu sama lain. Analisis Lafaz ,pembayaran secara ansuran dengan tempoh yang tidak ditentukan dan ini dilakukan setelah menerima barang. Fiqh Hadith Tidak sah menjual haiwan dengan haiwan secara nasiah atau menjual seekor haiwan dengan dua ekor haiwan secara nasiah (membayar secara ansuran dalam tempoh yang belum ditentukan). Jadi, maksud perkataan al-hayawan di sini adalah meliputi segala jenis haiwan. Inilah pendapat Ibn Abbas, Atha, al-Tsauri, ulama mazhab Hanafi dan Imam Ahmad. 114

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 114

09/04/2010 23:04:36

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Menurut Ali bin Abu Thalib, Ibn Umar, Ibn al-Musayyab, al-Zuhri, Imam al-Syafii dan Ishaq, jual beli secara nasiah dibolehkan sama jual beli itu dilakukan terhadap barang yang berlainan jenis atau sebaliknya, sama ada haiwan itu boleh dimakan atau sebaliknya, sama ada seekor haiwan dijual dengan seekor haiwan ataupun seekor haiwan dengan dua ekor atau lebih. Menurut Imam Malik, jika jenis haiwan itu berlainan, maka boleh diperjual belikan secara nasiah. Jika tidak, maka hukumnya haram. Pendapat yang membolehkan jika barang itu berlainan mengemukakan dalil dengan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah (s.a.w) menyuruhnya mencari saki baki unta zakat, kemudian dia mengambil seekor anak unta dan menukarnya dengan dua ekor anak unta zakat hingga dia membawanya. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan dinilai sahih. Inilah yang dilakukan oleh sekumpulan sahabat. Mereka menjawab hadith Samurah bahawa apa yang dimaksudkan dengan nasiah adalah dilakukan oleh kedua belah pihak baik pembeli mahupun penjual. Dengan tafsiran ini, mereka telah mengumpulkan sekali gus mengamalkan makna hadith tersebut.

61- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jika kamu melakukan jual beli inah (menjual barang dengan harga yang telah ditentukan kemudian membayarnya dengan harga yang lebih murah yang mengakibatkan kerugian bagi penjual), kamu sibuk menggembala lembu, kamu dibuai oleh kesibukan bercucuk tanam dan kamu meninggalkan berjihad, maka Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kamu yang tidak dapat dihilangkan hingga kamu kembali mematuhi ajaran agama kamu. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dari riwayat Nafi namun sanadnya perlu masih dipertikai. Imam Ahmad turut meriwayatkan hadith yang serupa dari riwayat Atha sedangkan periwayatnya thiqoh dan hadith ini dinilai sahih oleh Ibn al-Qatthan: 861).

115

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 115

09/04/2010 23:04:36

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Tajuk hadith ini adalah jihad dan keutamaannya. Kejayaan kaum muslimin dapat diperoleh dengan cara berjihad dan mereka dihinakan jika mengabaikannya. Satu-satunya bencana adalah meninggalkan jihad kerana seseorang itu sibuk berniaga, berternak dan bercucuk tanam. Dalam hadith ini disebutkan jual beli inah secara khusus. Sesiapa pun yang memperhatikan zahir hadith ini tentu tidak nampak alasan yang melarang jual beli inah, kerana ia disebutkan dengan pekerjaan yang sememangnya dihalalkan seperti berternak dan bercucuk tanam. Matthin al-Hafizh meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa beliau berkata: Jauhilah jual beli inah ini dan jangan kamu menjual dirham dengan dirham yang di antara keduanya diselangi harirah. Hadith serupa diriwayatkan daripada Anas bahawa beliau pernah ditanya tentang jual beli inah, yakni jual beli harirah, kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Allah tidak pernah menipu dan inilah salah satu yang diharamkan oleh Allah. Apa yang dimaksudkan dengan jual beli harirah adalah apa yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang perbuatan seseorang yang menjual kain sutera seharga seratus dinar kemudian dia membelinya seharga lima puluh dinar, kemudian beliau berkata: Dirham ditukar dengan dirham di mana satu seorang daripadanya melebihkan bayaran yang kain sutera sebagai alat tukarnya. Inilah dinamakan jual beli harirah. Gambaran jual beli inah sebagaimana yang disebutkan dalam salah satu tafsiran dua transaksi dalam satu penjualan adalah menjual suatu barang seharga seratus dirham dengan pembayaran secara ansuran, kemudian penjual barang itu membeli barang tersebut daripada pembeli seharga lima puluh dirham dan ini dilakukan supaya dia mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Akibatnya, pembeli pertama hanya mendapat harga barang lima puluh, tetapi dia tetap wajib membayar seratus dirham ketika tempoh pembayaran yang dijanjikan sudah tiba dan jual beli seperti ini termasuk salah satu bentuk riba. Analisis Lafaz ,membeli barang dengan harga dan waktu yang telah ditentukan, kemudian penjual tersebut membeli barang kepada pembeli pertama dengan harga yang lebih murah, kemudian harga barang tersebut diambil dari pembeli pertama secara tunai. Dinamakan inah kerana harga barang tersebut dapat diperoleh secara tunai. Pendapat ini menurut al-Juzjani.

, ada dua maksud bagi kalimat ini, iaitu:


116

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 116

09/04/2010 23:04:36

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Pertama, mengembala, kerana seorang pengembala selalunya berdiri di belakang haiwan gembalaannya baik itu lembu atau haiwan ternakan yang lain. Jadi, seolah-olah dia sedang memegang ekornya. Kedua, bercucuk tanam, kerana seorang peladang sentiasa berada di belakang lembu ketika sedang membajak sawahnya.

, maksudnya periwayat sanad hadith Imam Ahmad adalah thiqoh, namun dinilai sahih kerana pernyataan periwayatnya thiqoh tidak secara langsung menyatakan sanadnya sahih. Ini kerana adanya kemungkinan munqathi dan lain-lain. Inilah yang dimaksudkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di sini. Dalam kitab al-Talkhis dan selainnya, beliau berkata: Menurut hemat saya, hadith yang dinilai sahih oleh Ibn al-Qatthan adalah malul (cacat), kerana meskipun periwayatnya thiqoh, namun tidak semestinya hadith itu menjadi sahih, kerana al-Amasy dalam sanad Imam Ahmad tidak pernah mendengar hadith ini secara langsung daripada Atha, sementara Atha ini ada kemungkinan seorang yang berasal dari alKhurrasan.9 Dengan demikian, hadith ini menjadi tadlis al-taswiyah dengan menggugurkan Nafi antara Atha dengan Ibn Umar. Di sini perlu kembali kepada penilaioan hadith yang pertama dan inilah yang masyhur. Menurut pensyarah, apapun, kedudukan hadith ini dinilai sahih oleh sekumpulan ulama meskipun ada sebahagian lain menilainya malul (cacat). Tetapi hadith ini mempunyai syahid kuat yang disebutkan dalam perkataan Ibn al-Qayyim terhadap Abu Dawud yang perbahasannya sangat panjang sekali. Demikian pula ia memiliki jalur lain di sisi Imam Ahmad di mana al-Hafiz Ibn Hajar dan Ibn al-Qayyim belum pernah membahasnya. Jalur ketiga ini dikeluarkan menerusi jalur Syahr bin Hawsyab daripada Ibn Umar.
Fiqh Hadith 1. Menjelaskan keutamaan berjihad dan kejayaan kaum muslimin ada pada jihad dan mereka dihinakan jika meninggalkannya.

,: yakni Atha bin Abu Rabah daripada Ibn Umar. Atha adalah guru Abu Ishaq. Ini bermaksud Abu Ishaq telah melakukan mutabaah.

, hadith ini masih dipertikai kedudukannya kerana di dalam sanad Abu Dawud terdapat Ishaq Abu Abdurrahman al-Khurrasani, seorang yang dinilai daif oleh sekumpulan ulama.

9 Atha al-Khurrasani masih dipertikai kedudukannya, tetapi dalam satu riwayat bahawa beliau adalah anak Abu Rabah. Dengan demikian, misteri tentang keberadaannya telah pun diketahui.

117

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 117

09/04/2010 23:04:36

Kitab Thaharah (Bersuci)

2. Meninggalkan jihad sama dengan meninggalkan perkara yang terpenting dalam Islam. Menurut al-Shanani, perkataan hingga kamu kembali mematuhi ajaran agama kamu merupakan peringatan keras sehingga keadaan mengabaikan jihad itu disamakan dengan perbuatan murtad. Pada pensyarah, kembali kepada ajaran Islam juga bermaksud meninggalkan amalan riba termasuklah jual beli inah. 3. Larangan keras melakukan amalan riba dilakukan secara umum dan larangan terhadap jual beli inah secara khusus. Ulama telah bersepakat tentang jual beli inah ini bahawa ia diharamkan jika pembeli dan penjual sama-sama bersepakat untuk kembali membeli barangan tersebut daripada pembeli pertama dengan harga yang telah ditentukan. Ini merupakan salah satu taktik kotor untuk mengelakkan diri daripada amalan riba. Jika kedua belah pihak baik pembeli mahupun penjual tidak membuat kesepakatan untuk kembali membeli semula barang yang telah dibeli pembali, maka Imam al-Syafii membolehkan jual beli ini, sementara ulama yang selainnya tetap melarangnya dan mereka tidak mengambil kira niat dalam masalah ini.10

Ibn al-Qayyim menyebutkan beberapa bentuk jual beli inah selain bentuk yang telah kami sebutkan sebelum ini, iaitu:
10

Pertama, seseorang membeli barang dengan harga dan waktu pembayaran yang telah ditentukan, kemudian dia menjual barang tersebut kepada orang lain dengan harga yang lebih murah. Inilah yang disebut dengan jual beli tawarruq. Menurut Imam Ahmad, jual beli tawarruq sama seperti jual beli inah yang diharamkan di sisi Islam, sementara dalam riwayat lain jual beli tawarruq menurutnya tidak diharamkan, namun Umar bin Abdul Aziz menganggapnya sebagai makruh. Kedua, seseorang memiliki harta, sementara dia tidak mahu menjualnya kecuali dengan cara ansuran dengan tujuan ingin menaikkan harga penjualan. Imam Ahmad menganggap perbuatan sebagai makruh. Beliau berkata: Aku membenci seorang lelaki yang hanya melakukan perniagaan dengan cara inah dan dia tidak menjual barang itu secara tunai. Imam Ibn Taimiyah mengemukakan alasan yang demikian itu bahawa jual beli tersebut termasuk salah satu perbuatan yang dilakukan secara terpaksa, kerana kebiasaan orang yang membeli dengan cara ansuran lantaran dia tidak mampu membayar secara tunai. Jika seseorang tidak mahu menjual barang kecuali dengan cara ansuran, maka keuntungannya diperoleh daripada orang-orang yang terpaksa. sementara Ibn Aqil salah seorrang ulama mazhab Hanbali mengemukakan alasan bahawa perbuatan tersebut diharamkan kerana menyerupai amalan, kerana jual beli ansuran selalunya sengaja dilakukan bagi menaikkan lagi harga. Ketiga, jual beli ini paling keji dan amat dilarang, kerana kedua pihak sama-sama bersepakat untuk melakukan amalan riba, kemudian mereka mendatangi orang yang mempunyai barang, lalu orang yang memerlukan membelinya, kemudian dia menjualnya kepada orang itu dengan harga tunai dan membayarnya secara tunai, lalu dia menjualnya lagi dengan harga anusran, kemudian mereka mengadakan kesepakatan yang pada akhirnya barang tersebut kembali kepada pemilik semula dan dia memberikan sesuatu kepadanya.

118

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 118

09/04/2010 23:04:36

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

62- Daripada Abu Umamah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa yang menolong saudaranrya kemudian dia memberi hadiah dan menerimanya, maka sesungguhnya dia telah mendatangi satu pintu besar yang terdiri daripada pintu riba. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud, tetapi sanadnya masih dipertikai: 862) Makna Hadith Allah telah mensyaritakan kepada manusia supaya saling tolong menolong dalam kebaikan. Allah (s.w.t) berfirman:

dan saling tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan takwa dan janganlah kalian saling tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan. (Surah al-Maidah: 2). Ini merupakan kewajipan setiap muslim sepanjang masa, kerana orang yang perlu kadang kala tidak mampu memenuhi keperluannya melainkan dengan cara dibantu. Di sini diwajibkan memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya selagi berada di dalam jalur yang benar. Sudah menjadi tabiat manusia untuk sentiasa berterima kasih di atas apa yang telah diperolehinya serta membalas kebaikan orang lain dengan kebaikan yang serupa. Dia pun kadang kala memberikan hadiah atau lainlain yang seumpama dengannya kepada orang yang pernah menghulurkan bantuan ke atas dirinya. Hadiah itu bagi orang yang memberi kadang kala dia melihatnya sebagai satu keperluan atau dia mengeluarkannya kerana melihat orang yang memberikan bantuan. Sementara hadiah itu bagi orang yang menerima sepertinya mengambil harta tanpa adanya ganti rugi yang dihalalkan oleh syariat. Di sini perbuatan ini sama seperti riba.

Jual beli ini diberi nama jual beli segi tiga, kerana ia mirip dengan bentuk jual beli yang pertama tetapi penjualan ini dilakukan oleh tiga tangan, salah satu di antara mereka berdua berperanan sebagai muhallil sama seperti muhallil dalam pernikahan. Di sini jelaslah bahawa perbuatan ini dilarang di sisi Islam.

119

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 119

09/04/2010 23:04:37

Kitab Thaharah (Bersuci)

Jika bantuan dihulurkan untuk perbuatan batil, maka itu secara jelas adalah riba kerana ada kalanya ia mengambil hak orang lain melalui cara yang tidak dihalalkan dengan menyerahkan harta kepada orang yang diberi bantuan dan ini adalah riba, kerana mengambil harta dengan cara batil dengan harta yang lebih sedikit tanpa ada keredhaan daripada pemiliknya. Inilah perbuatan riba yang diharamkan di sisi Islam. Analisis Lafaz

, dalam masalah ini kami kemukakan dua maksud: Pertama, jenis. Jadi makna al-azhmah di sini adalah banyak lantaran ia sering berlaku. Kedua, dosa. Jadi makna azhim di sini adalah besar. Kedua-dua makna ini boleh diguna pakai.

,saudara sesama muslim, bukan saudara sedarah. Perkataan ini hanya sekadar menujukkan kebiasaan kerana tidak ada larangan menolong bukan muslim dengan tujuan menyelamatkannya daripada perbuatan zalim dan lain-lain.

memenuhi keperluannya. Dinamakan penolong kerana dia memenuhi keperluan dua orang secara sekali gus. Ia berasal dari perkataan al-syafu yang bermaksud genap.

,menolong. Asal makna al-syafaah adalah menolong orang lain untuk

, yakni daif, kerana orang yang meriwayatkan hadith ini daripada Abu Umamah adalah al-Qasim bin Abdurrahman al-Umawi alSyami, yang menurut Ibn Hajar dalam kitab al-Taqrib, seorang yang shaduq namun namun banyak melakukan gharib dalam meriwayatkan hadith. Seorang periwayat thiqoh yang shaduq apabila banyak meriwayatkan hadith gharib yang tidak diriwayatkan oleh selain dirinya, maka muncul keraguan terhadap hadithnya, terlebih-lebih lagi apabila diriwayatkan daripada periwayat masyhur yang banyak meriwayatkan hadith. Dia akan meriwayatkan hadith secara sendirian. Inilah bentuk keraguan ke atas periwayat hadia berkenaan.
Fiqh Hadith 1. Haram menerima hadiah ke atas bantuan yang telah dihulurkan sama ada bantuan itu bersifat wajib, mubah atau haram, kerana dalam kaedah usul fiqh menyebutkan meninggalkan perincian dalam suatu cerita sama seperti memposisikannya secara umum. Hadith ini tidak menjelaskan bahawa bantuan dihulurkan di jalan kebenaran, kejahatan, sesuatu yang wajib, haram atau mubah.

120

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 120

09/04/2010 23:04:37

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

2. Menerima hadiah ke atas bantuan yang telah dihulurkan termasuk salah satu bentuk amalan riba, bahkan ia merupakan salah satu bentuk riba yang paling besar dosanya.

63- Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melaknat orang yang memberikan rasuah dan orang yang menerima rasuah. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirimizi sekali gus menilainya sebagai sahih: 863). Makna Hadith Hadith ini hampir sama dengan maksud hadith sebelum ini di mana diharamkan membelanjakan harta kepada orang tengah dengan tujuan keinginan dan tujuannya boleh tercapai. Pemberian seperti ini dinamakan rasuah, kerana biasanya apa yang diinginkan telah pun diketahui hasilnya sebelum dilakukan usaha. Ini berbeza dengan rasuah, kerana biasanya hasil suatu usaha tidak diketahui sebelum dilakukan usaha tersebut. Analisis Lafaz

,orang yang mengeluarkan harta supaya tujuannya tercapai. Sebahagian ulama mengklasifikasikan matkamat pengeluaran harta ini di jalan yang batil. Secara bahasa, al-rasyi berasal dari kalimat al-rasya yang bermaksud tali pengikat timba yang digunakan untuk mengangkat air dari dalam kendi. ,orang yang menerima harta rasuah.

yang dilaknatkan itu dijauhkan daripada rahmat Allah.

baginda memohon kepada Allah supaya orang

Fiqh Hadith 1. Dibolehkan melaknat orang Islam yang melakukan maksiat (dosa) tanpa menyebut namanya secara khusus. Jika ada yang bertanya bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda dalam hadith sahih: Tidak termasuk orang yang beriman seseorang yang gemar melaknat dan gemar memaki. Jawapannya adalah dilarang melaknat orang yang tidak melakukan perbuatan maksiat, kerana dengan demikian dia tidak dilaknat Allah dan Rasul-Nya. ada pula yang mengatakan 121

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 121

09/04/2010 23:04:38

Kitab Thaharah (Bersuci)

melaknat sesorang dengan menyebut namanya secara khusus. Ada pula yang mengatakan orang yang gemar melaknat hingga itu menjadi kebiasaan di dalam dirinya. 2. Rasuah hukumnya haram. Jumhur ulama menganggap hukum rasuah adalah haram secara mutlak sama ada menyogok dalam perkara batil mahupun dalam perkara yang haq. Sementara dalam riwayat Ibn Masud dan sebahagian sahabat dikisahkan bahawa mereka melakukan rasuah untuk mencapai kebaikan. Al-Khatthabi menyebutkan pendapat ini dan beliau memfatwakan mubah melakukan rasuah selagi bertujuan menegakkan kebenaran.

64- Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah menyuruhnya menyiapkan sepasukan tentera, sehingga unta habis bagi melakukan persiapan itu, lalu baginda menyuruhnya mengambil untaunta zakat. Abdullah bin Amr berkata: Saya pun mengambil seekor unta yang kelak akan dibayar dengan dua ekor unta apabila unta zakat itu telah tiba. (Diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi dan periwayat hadith ini thiqoh: 684). Makna Hadith Sebelum ini kita telah membahas tiga hadith yang diriwayatkan daripada Samurah dan ia menetapkan bahawa tidak ada berlaku riba dalam binatang ternak, meskipun jual beli dilakukan dengan melebihkan pertukaran dan menangguhkan bayaran. Inilah pendapat jumhur ulama dan mereka menyanggah hadith Samurah dengan mengatakan hadith itu daif atau jual beli ansuran itu dilakukan oleh kedua belah pihak; pembeli dan penjual. Analisis Lafaz

, ulama berbeza pendapat setelah kalimat . Ada yang mengatakan kalimat sesudahnya adalah namun pendapat lain mengatakan . Kalimat pertama memiliki makna jual
,tidak ada lagi yang tersisa. 122

,periwayat hadith ini sama dengan sebelumnya, Abdullah bin Amr bin al-Ash (r.a).

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 122

09/04/2010 23:04:38

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, Ibn Hajar tidak menilai secara tegas hadith ini sebagai sahih, padahal ia adalah hadith sahih.
Fiqh Hadith

beli dan kalimat kedua memiliki makna hutang piutang. Pendapat yang paling sahih adalah kalimat pertama.

1. Betapa mulia kedudukan Abdullah bin Amr di sisi Rasulullah (s.a.w). 2. Meminta pendapat pemimpin ketika terjadi sesuatu yang penting. 3. Dibolehkan membeli haiwan dengan haiwan, meskipun pembayaran dilakukan secara beransur. Inilah pendapat jumhur ulama. Manakala ulama mazhab Hanafi dan Imam Ahmad dalam satu riwayat melarangnya di mana mereka mentafsirkan hadith ini terhadap jual beli ansuran terhadap barang yang wajib dikeluarkan zakatnya, lalu mengambil seekor unta yang sehat dan kuat dan membayarnya dengan dua ekor unta dari harta zakat. Apapun, pendapat ini dibantah dengan hadith lain daripada Amr bin Huraisy, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abdullah bin Amr bahawa kamu tinggal di suatu negeri yang tidak terdapat emas atau perak, apakah saya boleh menukar seekor lembu dengan dua ekor lembu? Beliau menjawab: Dia telah memerintahkanku. hingga akhir hadith. Riwayat ini terdapat di dalam Sunan al-Baihaqi, tetapi sanadnya masih diperdebatkan. Apapun, ia memiliki syahid yang menjelaskan bahawa maksud hadith tersebut adalah jual beli, bukan pinjaman. Demikian pula dengan perkataan: Aku menukar ini dengan itu. Ini bermaksud jual beli, bukannya pinjaman. 4. Dibolehkan mengeluarkan zakat sebelum tiba waktunya mengikut tafsiran mazhab Hanafi dan ulama-ulama yang sependapat dengan mereka.

65- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang jual beli muzabanah, iaitu menjual buah yang ada di kebun apabila kurma basah hendaklah dibayar dengan kurma kering secara bersukat, apabila anggur basah hendaklah dibayar dengan anggur kering secara bersukat 123

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 123

09/04/2010 23:04:38

Kitab Thaharah (Bersuci)

dan apabila tanaman hendaklah dibayar dengan makanan secara bersukat. Baginda melarang semua bentuk kegiatan berniaga seperti ini. (Muttafaq alaih: 865).

66- Daripada Said bin Abu Waqash (r.a), beliau berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) ditanya tentang pembelian kurma basah dengan kurma kering, lalu baginda bertanya: Apakah berat kurma basah berkurangan apabila sudah kering? Mereka menjawab: Ya. Baginda kemudian melarang daripada melakukan kegiatan itu. (Diriwayatkan oleh al-Khamsah dan hadith ini dinilai sahih oleh Ibn al-Madini, al-Tirmidhi, Ibn Hibban dan al-Hakim: 866). Makna Hadith Kedua-dua hadith ini melarang kegiatan jual beli muzabanah yang keterangannya telah pun dijelaskan pada hadith no. 25 sebelum ini dan alasan dilarang kegiatan jual beli ini lantaran adanya perbezaan dan spekulasi antara kurma kering dengan kurma yang basah. Manakala hadith kedua pula menetapkan alasan yang lain iaitu kurangnya ukuran dan timbangan setelah barang itu dijual. Analisis Lafaz

,kalimat ini telah dijelaskan sebelum ini, kemudian di sini disebutkan semula dengan tujuan untuk memperdalam pengetahuan maknanya.
, buah kurma, kalimat ini merupakan perumpamaan terhadap buah yang masih melakat pada tandanannya.

,kebunnya.

, tamar adalah buah kurma yang sudah dipetik dan tidak berada di pohonnya lagi, kemudian ia ditimbang untuk dijual, berbeza dengan Rutab yang masih berada di batangnya.

124

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 124

09/04/2010 23:04:39

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,maksudnya adalah anggur yang baru dipetik.

yang dimasukkan ke dalam matan hadith. Sahabat selaku periwayat hadith pastinya lebih mengetahui dengan maksud hadith tersebut.

Mulai daripada perkataan ... merupakan perkataan Ibn Umar

,buah kurma yang belum masak (matang).

Fiqh Hadith 1. Larangan berjual beli muzabanah dan demikian pula setiap sesuatu yang tidak boleh dijual belikan dengan cara yang sama baik timbangan mahupun takarannya apabila barang itu satu jenis. Dalam riwayat lain, kenyataan ini dikuatkan lagi dengan satu hadith yang diawali dengan perkataan: Abu Ayyasy pernah bertanya kepada Sad tenyang dari al-Baidha, gandum berwarna putih dengan gandum jenis sultu lalu beliau menjawab: Manakah di antara keduanya itu yang memiliki lebihan? Lekaki itu menjawab: Gandum yang berwarna putih. Beliau kemudian melarangnya dan membacakan hadith bahawa saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) hingga akhir hadith. Ini menunjukkan bahawa ia mencakupi seluruh jenis bahan makanan asas jika salah satu daripadanya kering dan satunya lagi masih basah. Inilah pendapat ini Imam Malik, Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan, sementara Imam Abu Hanifah membolehkannya. 2. Boleh menyebut inab (anggur) dengan sebutan karm jika memerlukan penjelasan maksud tertentu. Jika itu dilakukan oleh Ibn Umar di samping beliau tidak mengetahui yang perbuatan itu dilarang atau itu dilakukan sebelum adanya larangan, maka tidak ada dalil ke atasnya. 3. Mengemukakan atau menjelaskan alasan dengan cara bertanya, kerana Rasulullah (s.a.w) tidak pernah merahsiakan sesuatu. 4. Menjelaskan alasan muzabanah di mana jual beli ini dilarang kerana adanya perbezaan dalam timbangan dan takaran.

67- Daripada Ibn Umar (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual al-kali dengan al-kali, yakni menjual hutang dengan hutang. (Diriwayatkan oleh Ishaq dan al-Bazzar dengan sanad yang daif: 867).

125

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 125

09/04/2010 23:04:39

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini menceritakan jenis riba paling keji yang belum disentuh oleh hadith sebelumnya, di mana pembayaran hutang ditangguhkan dengan syarat menambah kadar hutang itu sendiri. Amalan riba ini meskipun sama dengan amalan riba yang telah dihuraikan sebelum ini, namun Ibn Hajar ingin menjelaskan lagi masalah ini di akhir riba dan menjadikannya sebagai hadith penutup. Analisis Lafaz ,orang yang mengakhirkan. Maksudnya, menangguhkan

, dengan sanad yang daif kerana salah satu periwayat hadith ini bernama Musa bin Ubaidah al-Ribdzi, seorang periwayat yang daif. Imam Ahmad berkata: Dalam masalah ini tidak dijumpai satu pun hadith sahih dan menurut saya, riwayat Musa tidak boleh dijadikan hujah dan saya tidak pernah menemukan hadith yang lain daripadanya.11
Fiqh Hadith Larangan menjual hutang dengan hutang. Ini berdasarkan ijmak ulama. Dalam kitab al-Nihayah disebutkan gambaran jual beli hutang dengan hutang sebagai berikut bahawa seseorang membeli suatu barang secara ansuran. Jika tempoh pembayaran tiba dan dia tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya, dia berkata: Berikan aku tempoh yang lebih panjang dan aku bersedia menambah faedah bunga kepadamu. Dengan demikian, mereka telah mengadakan jual beli tanpa mengadakan serah terima barang. Soalan dalam bab ini akan dimuatkan dalam bab berikutnya.

kewajipan atau pembayaran hutang yang ditangguhkan seperti mana yang telah ditafsirkan oleh sebahagian periwayat.

Dalam kitab al-Mustadrak oleh al-Hakim (3/57) disebutkan daripada Musa bin Uqbah, namun sekumpulan ulama meyakininya sebagai satu kesalahan. Apa yang benar adalah Musa bin Ubaidah.
11

126

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 126

09/04/2010 23:04:39

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB RUKHSAH DALAM MENJUAL BELI ARAYA DAN MENJUAL BUAH-BUAHAN YANG MASIH DI POHONNYA

68- Daripada Zaid bin Tsabit bahawa Rasulullah (s.a.w) memberi keringanan dalam jual beli araya iaitu menjual buah kurma yang masih berada di atas pohonnya dengan mengiranya sebagai kurma yang sudah kering dengan tetap menggunakan timbangan. (Muttafaq alaih). Dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) memberi keringanan berjual beli ariyyah yang dilakukan oleh pembeli dengan mengiranya sebagai kurma yang sudah kering dengan kurma basah yang masih boleh dimakan oleh pemiliknya. (868). Makna Hadith Hadith ini menjelaskan tujuan utama syariat Islam yang antara lain memberikan kemudahan dan kelonggaran ketika berlaku keperluan mendesak dan keadaan darurat bagi menyelamatkan umat manusia daripada kesusahan dan kesulitan. Sebelum ini Rasulullah (s.a.w) telah melarang daripada menjual buahbuahan yang belum masak dan belum matang sementara buah-buahan itu masih berada di atas pohonnya. Keringanan di sini datang untuk

127

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 127

09/04/2010 23:04:39

Kitab Thaharah (Bersuci)

mengharuskan salah satu bentuk jual beli yang dalam hal ini jual beli ariyah. Analisis Lafaz

Makna sabda Rasulullah (s.a.w) adalah jual beli araya. Diberi nama araya kerana jual beli ini dikecualikan daripada dikategorikan haram seperti hukum jual beli muzabanah. Dalam kaitan ini, terdapat hadith Jabir yang dinilai sebagai hadith marfu bahawa: Rasulullah (s.a.w) melarang jual beli muzabanah, namun baginda mengharuskan jual beli araya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari). Hadith ini menguatkan lagi pendapat dan tafsiran Imam al-Syafii. Pendapat lain mengatakan diberi nama ariyah kerana ia berasal dari perkataan: ( Aku memberinya makan buah kurma ruthab setiap kali dia datang). Tafsiaran ini selari dengan pendapat Imam Malik. ,al-kharshu adalah jumlah yang berdasarkan perkiraan.

,jamak dari ariyyah. Ulama berbeza pendapat dalam mentafsirkan kalimat ini yang antara lain adalah sebagai berikut: Pertama, menurut Imam Malik, ariyyah adalah seseorang meminjamkan pohon kurma kepada orang lain, kemudian dia merasa terganggu apabila ada orang lain memasuki kebunnya itu, lalu pemilik kebun kurma diberi keringanan untuk membeli buah kurma tersebut setelah kering. Kedua, menurut Imam al-Syafii, araya adalah seseorang membeli buah kurma yang masih di pohonnya dengan perkiraan kurma itu sudah kering. Caranya adalah ruthab ditaksir berapakah kadar susutnya apabila ia sudah menjadi kering kelak, kemudian dia membelinya dengan taksiran itu sebagai kurma kering. Jika mereka berpisah sebelum mengadakan serah terima, maka jual beli menjadi batal. Ketiga, menurut Sufyan bin Husain, araya adalah kebun kurma yang dihibahkan kepada sekumpulan orang miskin, namun mereka tidak mampu menunggu kurma itu hingga matang, lalu mereka diberi keringanan untuk menjualnya sebelum masa tuaiannya menjadi kurma kering.

,mengharuskan dan memberikan kemudahan. Rukhsah secara bahasa kemudahan dan keringanan, sementara menurut syariat pula rukhsah adalah suatu ketetapan hukum lantaran adanya uzur atau keperluan dan hukum mesti dikembalikan kepada asalnya jika uzur tersebut sudah tidak wujud lagi.

Fiqh Hadith Jual beli araya meskipun termasuk jual beli muzabanah yang diharamkan di sisi syariat Islam namun ia dibolehkan. Jumhur ulama telah bersepakat 128

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 128

09/04/2010 23:04:40

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

dalam masalah ini, di mana Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Ishaq, al-Awzai dan sekumpulan ulama yang lain mengharuskan jual beli araya seperti mana yang ditafsirkan oleh Imam al-Syafii dengan syarat jual beli dilakukan setelah buah pohon tersebut sudah kelihatan dan kemudian diadakan serah terima ke atasnya. Sementara Imam Malik berkata: Serah terima dalam jual beli araya tidak dijadikan syarat, sebaliknya ia disyaratkan bahawa buah yang bakal diperjual belikan itu sudah kelihatan dengan jelas. Pendapat ini selari dengan tafsiran hadith sebelum ini. Tetapi sesiapa memperhatikan masalah tentu meyakini bahawa pendapat Imam al-Syafii dan Imam Malik adalah sama, kerana praktik yang dibolehkan oleh Imam Malik sama seperti yang dibolehkan oleh Imam al-Syafii dengan syarat adanya serah terima. Di samping itu, jumhur ulama mempunyai syarat ketiga iaitu jumlah yang diperjual belikan itu tidak melebihi lima awsuq seperti mana yang akan dibahas pada hadith berikut ini. Menurut Imam Abu Hanifah, ariyyah adalah hibah dan beliau melarang jual beli seperti ini yang dibolehkan oleh Imam al-Syafii dan Imam Malik, namun hadith yang diriwayatkan Jabir sebelum ini membantah pendapat Imam Abu Hanifah.

69- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) memberi kelonggaran menjual buah kurma yang masih berada di atas pohonnya dengan mengiranya sebagai kurma yang sudah kering dengan syarat mesti kurang daripada lima awsuq atau paling maksima lima awsuq. (Muttafaq alaih: 869). Makna Hadith Hadith ini merupakan pengecualian ke atas hadith sebelum ini sekali gus menyatakan salah satu kaedah fiqh di mana darurat dibolehkan mengikut kadarnya dan kelonggaran tidak berlaku dalam setiap keadaan. Jadi jual jual beli araya dibolehkan selagi selagi tidak melebihi lima awsuq. Analisis Lafaz

, makna kalimat ini telah dijelaskan sebelumnya. ,jamak wasaq, enam puluh sha.

129

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 129

09/04/2010 23:04:40

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Dibolehkan melakukan jual beli araya selagi tidak melebihi lima awsuq dan ini pendapat seluruh ulama yang membolehkan jual beli araya. 2. Larangan jual beli araya jika melebihi lima awsuq dan ulama telah pun bersepakat dalam masalah ini. 3. Dibolehkan jual beli araya dalam jumlah lima awsuq. Imam al-Syafii melarang jual beli araya jika sudah mencapai lima awsuq, kerana terjadi keraguan di dalam hadith ini yang dilakukan oleh periwayat hadith. dalam sesetengah riwayat disebutkan: Ariyah dibolehkan selagi tidak sampai lima awsuq. Di sini kita dapat memahami bahawa ariyah tidak dibolehkan apabila sudah melebihi empat awsuq. Imam al-Syafii mengemukakan dalil hadith yang diriwayatkan daipada Jabir yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan lain-lain: Saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda ketika baginda mengizinkan sahabat untuk melakukan jual beli araya: Satu awsuq, dua awsuq, tiga awsuq atau empat awsuq. Pendapat ini selari dengan pendapt Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, sementara Imam malik membolehkan jual beli araya walaupun jumlahnya mencapai lima awsuq. Penting Imam al-Syafii mensyaratkan adanya serah terima berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh beliau sendiri dan selainnya daripada Zaid bin Tsabit bahawa beliau menyenaraikan nama-nama orang Ansar yang memerlukan b antuan kemudian mereka datang melapor kepada Rasulullah (s.a.w) sementara mereka tidak sedikit pun mempunyai wang di tangan mereka untuk membeli ruthab. Mereka makan bersama orang lain kerana memiliki lebihan makanan tamar, kemudian Rasulullah (s.a.w) memberikan kelonggaran kepada mereka. Penting Kebanyakan ulama mazhab Syafii mengharuskan jual beli araya, meskipun kurma basah itu telah diturunkan daripada pohonnya dan mereka tidak mensyaratkan buah ruthab itu masih berada di atas pohonnya. Apapun, mengikut pendapat yang lebih sahih, jual beli araya yang buah kurma ruthab sudah diturunkan dari atas pohonnya tidak dibolehkan.

130

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 130

09/04/2010 23:04:40

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

70- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang jual beli buah-buahan sehingga kelihatan baik, baginda melarang jual beli ini ditujukan kepada penjual dan pembeli sekali gus. (Muttafaq alaih ) Dalam riwayat lain disebutkan bahawa jika beliau (Ibn Umar) ditanya tentang buah yang baik, beliau menjawab: Buah yang selamat daripada cacat dan aib. (870). Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu daripada cabang kaedah sadd al-dzarai dan mengutamakan sikap berhati-hati, di mana ia melarang seseorang daripada menjual buah yang belum kelihatan baik. Hal ini bertujuan menghindari kerugian setelah buah tersebut dijual. Demikian, ada kemungkinan pembeli atau penjual memakan harta orang lain dengan cara yang tidak betul yang pada akhirnya menyebabkan permusuhan dan pergaduhan. Analisis Lafaz

,rosak dan cacat. Ulama berbeza pendapat tentang ke mana kembalinya huruf dhamir pada kalimat ini.
Menurut Imam Malik, dhamir ini kembali kepada buah itu sendiri dengan syarat buah itu menjadi baik. Pendapat yang serupa turut dikemukakan oleh al-Laits dan ulama mazhab Maliki. Menurut Imam Ahmad, dhamir itu kepada pohon yang dijual itu.

Menurut Imam al-Syafii, dhamir kembali kepada buah yang akan dijual itu sendiri. Inilah pendapat yang paling benar. Fiqh Hadith Larangan menjual buah-buahan sebelum kelihatan membaik dan selamat daripada kerosakan. Berikut ini huraian ulama dalam masalah ini. Menurut Ibn Abu Laila dan al-Tsawri, menjual buah-buahan sebelum kelihatan baik adalah batal secara mutlak.

131

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 131

09/04/2010 23:04:41

Kitab Thaharah (Bersuci)

Menurut Imam al-Syafii, Imam Ahmad, jumhur ulama dan satu riwayat daripada Imam Malik, jual beli menjadi batal apabila buah belum dapat dipetik daripada pohonnya. Jika buah itu sudah boleh dipetik, maka jual beli itu tidak batal. Menurut mazhab Hanafi, dibolehkan menjual buah yang belum kelihatan membaik sama ada buahnya sudah boleh dipetik atau sebaliknya selagi tidak disyaratkan buah tersebut mesti kekal di atas pohonnya, di mana mereka mengharuskan menjual buah walaupun sebelum kelihatan membaik dengan syarat harus dipetik dan mereka membatalkan jual beli tersebut apabila disyaratkan tetap kekal di atas pohonnya. Penting Hadith ini ditafsirkan dengan riwayat lain perenggan kedua di atas, iaitu: Buah yang selamat daripada cacat dan aib. Ia turut ditafsirkan oleh riwayat lain yang diriwayatkan oleh Imam alSyafii dan selainnya: Ibn Umar ditanya oleh periwayat hadith: Bilakah buah itu kelihatan menjadi baik? Beliau menjawab: Jika tangkainya sudah menjadi keras. Tafsiran syarat ini dikemukakan oleh sekumpulan sahabat selain Ibn Umar, seperti Abu Hurairah, kemudian mereka berbeza pendapat sama ada hadith ini sahih ataupun sebaliknya.

71- Daripada Anas bin Malik (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual buah-buahan sebelum kelihatan membaik. Ada seseorang yang bertanya: Bilakah buah itu menjadi kelihatan membaik? Beliau menjawab: Buah yang sudah kelihatan memerah dan menguning. (Muttafaq alaih dan lafaz ini menurut al-Bukhari: 871). Makna Hadith Hadith ini merupakan lanjutan terhadap kaedah sadd al-dzarai dan mengambil sikap berhati-hati di mana buah tidak boleh dijual sebelum ia kelihatan masak. Itulah sebabnya hadith ini mengungkapkan buah itu berwarna kuning dan merah apabila sudah mula masa, kerana kedua-dua warna ini menunjukkan warna yang matang bagi buah-buahan. 132

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 132

09/04/2010 23:04:41

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz ,masak di mana ia ditafsirkan dengan warna memerah dan menguning

, menguning dan memerah. Menurut al-Khatthabi, jika hadith ini menginginkan sekadar warna yang meliputi setiap jenis buah, maka hadith ini cukup menggunakan kalimat dengan membuang huruf alif.12 Menurut Ibn al-Tin, buah tersebut berwarna merah atau kuning sebelum ia benar-benar masak. Al-Hafiz Ibn Hajar menegaskan bahawa tafsiran seperti mana yang didapati di dalam hadith ini adalah marfu. Dengan erti kata lain, ia merupakan sabda Rasulullah (s.a.w) dan bukannya perkataan Anas.
Fiqh Hadith 1. Dibolehkan menanyakan suatu permasalahan yang masih dianggap tidak jelas bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh syariat Islam. 2. Larangan menjual buah-buahan sebelum kelihatan membaik dan selamat daripada sebarang cacat di samping ia mendekati waktu masak.

72- Daripada Anas (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual anggur hingga berwarna menghitam dan menjual biji-bijian hingga sudah mula mengeras. (Diriwayatkan oleh al-Khamsah kecuali al-Nasai dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim: 872).

12 Bagi pensyarah, dalam sebahagian riwayat disebutkan dengan membuang huruf alif. Lafaz hadith ini diriwayatkan oleh al-Khahabi: (2080). Besar kemungkinan, ini merupakan kesalahan yang dilakukan oleh periwayat hadith.

133

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 133

09/04/2010 23:04:41

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini menyempurnakan hadith sebelumnya di samping memuatkan tambahan penjelasan terhadap larangan menjual buah yang belum kelihatan baik khususnya dalam dua jenis buah berikut,iaitu anggur hingga berwarna hitam jika warna hitam menunjukkan ia sudah mendekati waktu masak dan gandum yang merupakan jenis biji-bijian hingga mengeras. Analisis Lafaz

, ini jika warna masaknya berwarna hitam. Ini hanya menunjukkan kebanyakan anggur berwarna hitam apabila mendekati waktu masak, meskipun ada sebahagian anggur masak dengan berwarna kuning dan sebahagiannya lagi ada yang berwarna merah. Semua jenis warna ini menandakan bahawa ia telah mendekati warna masak. Itu sebabnya Abu Dawud memasukkan hadith ini ke dalam bab: al-tsimar. ,menjadi keras dan matang.
,biji-bijian, seperti gandum, barli dan jagung.

Fiqh Hadith Larangan menjual buah sebelum kelihatan masak, seperti anggur hingga berwarna hitam jika anggur itu termasuk yang berwarna hitam apabila hendak masak dan biji-bijian seperti gandum dan barli hingga menjadi keras. Jika tangakainya sudah kuat, maka ia boleh dijual mengikut pendapat jumhur ulama. Menurut ulama mazhab Syafii, jika tangkainya tanaman itu berupa barli, jagung atau tumbuhan lain yang sejenis dengannya di mana bijinya kelihatan dengan jelas, maka ia boleh dijual meskipun tangkainya belum kelihatan kuat. Jika tanaman itu berupa gandum di mana bijinya tidak dapat dilihat dengan jelas lantaran tersembunyi di dalam kulitnya, maka dalam masalah ini ada dua pendapat bagi Imam al-Syafii. Pendapat yang paling sahih adalah ia tidak boleh dijual.

134

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 134

09/04/2010 23:04:42

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

73- Daripada Jabir bin Abdullah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jika kamu menjual buah-buahan (yang masih berada di atas pohonnya) kepada saudaramu, lalu ia membusuk lantaran diserang hama (ulat/penyakit), maka kamu tidak boleh menerima apa-apa bayaran daripadanya. Adakah kamu rela memakan harta saudaramu dengan cara yang tidak betul? (Diriwayatkan oleh Muslim). Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) menyuruh membatalkan (jual beli buah-buahan) yang diserang oleh hama. (873). Makna Hadith Hadith ini masih menyempurnakan hadith-hadith sebelum ini yang melarang daripada menjual buah-buahan sebelum kelihatan membaik. Ia menjelaskan hukum seseorang yang tidak berkomitmen dengan larangan hadith-hadith tersebut, di mana dia membeli buah-buahan sebelum kelihatan membaik, lalu ia diserang oleh hama hingga ia menjadi rosak dan membusuk. Dengan demikian, pembeli yang telah menyerahkan bayaran tidak memperoleh apa-apa selain kerugian. Hadith ini menegaskan bahawa penjual mestilah memulangkan pembayaran itu tersebut kepada pembeli. Jika tidak berbuat demikian, bererti ia mengambil harta orang lain dengan cara yang tidak benar. Analisis Lafaz

, maksudnya bukan saudara senasab, sebaliknya saudara seagama. Kalimat ini hanya sekadar mengungkapkan suatu kebiasaan, kerana hadith ini menceritakan keadaan penjual dan pembeli sebagaimana yang disebutkan pada bahagian redaksi hadith ini: Baginda menyuruh membatalkan (jual beli buah-buahan) yang diserang oleh hama. Di sini baginda tidak mengaitkannya dengan pembali atau penjual tertentu sahaja. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn al-Hajar.

,membatalkan. Di sini ada kalimat yang dibuang yang asalnya adalah berbunyi: membatalkan harga lantaran terjadi kerosakan ke atas barang yang dijual.

,kerosakan yang menimpa buah-buahan sehingga me nyebabkannya gagal berbuah dengan baik. Dalalm sebuah ungkapan disebutkan: ( Mereka usang ditelan masa). Ungkapan ini disebutkan kepada seseorang yang ditimpa musibah besar. Pendapat lain mengatakan kalimat ini berasal dari kalimat yang bermaksud kebinasaan dan kerosakan.

135

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 135

09/04/2010 23:04:42

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith Jika berlaku kerosakan pada buah-buahan yang dijual di atas pohonnya, maka pembayaran yang telah dibuat ke atasnya hendaklah dipulangkan. Dalam kaitan ini ulama fiqh berbeza pendapat. Menurut Imam al-Syafii dan Imam Abu Hanifah, barang siapa yang menjual buah-buahan yang masih berada di atas pohonnya, kemudian dia menyerahkannya kepada pembeli, lalu buah tersebut rosak atau cacat lantaran diserang hama, maka disunatkan bagi penjual untuk memulangkan harga buah tersebut, namun tidak wajib baginya untuk berbuat demikian. Menurut Imam Malik, jika satu pertiga buah atau lebih telah rosak lantaran diserang hama maka harga buah tersebut hendaklah dipulangkan, namun jika kerosakan yang disebabkan oleh serangan hama itu kurang daripada satu pertiga, maka harga buah tersebut tidak perlu dipulangkan. Dengan erti kata lain, jika kerosakan buah tersebut kurang daripada satu pertiga, maka ini bererti buah tersebut tetap menjadi milik pembeli dan harganya tidak perlu dipulangkan. Jika kerosakan buah itu akibat serangan hama melebih satu pertiga maka kerosakan itu menjadi tanggungan penjual dan dia wajib memulangkan harga pembelian barang tersebut mengikut kadar kerosakannya. Menurut Imam Ahmad bin Hanbal dan sekumpulan ulama hadith, membatalkan jual beli buah-buah yang rosak akibat diserang hama merupakan sesuatu wajib dilakukan oleh setiap penjual. Inilah pendapat Imam al-Syafii dalam qaul qadim. Penting Dalam makna secara umum bagi hadith ini kami menyebutkan bahawa memulangkan harga jual beli buah-buahan di atas pohonnya yang rosak akibat diserang hama dilakukan ketika membeli buah tersebut sebelum buahnya matang atau sebelum kelihatan membaik. Ini dikuatkan lagi dengan menyebut hadith ini setelah hadith-hadith yang melarang jenis-jenis jual beli yang dilarang di sisi Islam. Jadi, apa yang dilakukan oleh al-Hafiz Ibn Hajar, al-Khatthabi, Abu Dawud dan ramai lagi dalam sistematika susunan hadith-hadith ini adalah sangat tepat. Ini disokong oleh hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Humaid daripada Anas bahawa:

136

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 136

09/04/2010 23:04:42

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual buah sebelum kelihatan membaik. Seorang sahabat bertanya: Bagaimana cara mengetahui buah itu kelihatan membaik? Baginda bersabda: Sampai buah itu berwarna kemerahan atau kekuningan. Apa yang berlaku jika Allah menahan buah itu daripada dipanen, adakah kamu masih beranggapan halal terhadap harta saudaramu yang telah membelinya itu? Maksud hadith ini jelas, malah ia turut menegaskan larangan melakukan jual beli seperti ini meskipun ia tidak menjadikannya sebagai jual beli yang tidak sah, meskipun orang yang melakukannya berdosa. Seluruh pendapat ulama fiqh yang kami kemukakan dalam pembahasan hadith ini adalah jual beli buah sebelum ia kelihatan membaik bukan sebelum itu. Adapun jual beli buah sebelum kelihatan membaik, maka hukumnya telah pun dibahas sebelum ini.

74- Daripada Ibn Umar (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Barang siapa membeli pohon kurma setelah dikahwinkan, maka buahnya menjadi milik penjual yang menjualnya, kecuali pembeli mengemukakan syarat lain. (Muttafaq alaih: 874). Makna Hadith Hadith ini menjelaskan pertelingkahan yang sering terjadi antara penjual dengan pembeli, iaitu ketika seseorang membeli pohon kurma yang telah dikahwinkan dan kemudian menghasilkan buah. Mereka kemudian bertelagah dan pembeli mendakwa bahawa dialah pemilik buah tersebut. Hadith ini menegaskan bahawa pembeli tidak berhak memiliki buah yang baru dikahwinkan itu melainkan ada syarat dan ketentuan lain ketika diadakan transaksi jual beli. Jika tidak, maka buah itu tetap menjadi hak milik penjual. Analisis Lafaz

,membeli.

,dikahwinkan. Ini dilakukan dengan membelah mayang pohon betina dengan meletakkan sari pati kembang jantan ke dalamnya. ,pembeli.

137

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 137

09/04/2010 23:04:42

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Barang siapa yang membeli pohon yang telah dikahwinkan dan kemudian menghasilkan buah, maka buah itu menjadi hak milik penjual, kecuali sebelumnya ada perjanjian lain yang menyatakan buah itu menjadi milik pembeli. Inilah pendapat Imam Malik, al-Syafii, Imam Ahmad, Ishaq, Imam Abu Hanifah dan kebanyakan ulama. Jika pohon tersebut belum dikahwinkan, maka buahnya menjadi hak milik pembeli sebagaimana yang dapat difahami berdasarkan konteks hadith ini. Inilah pendapat Imam Malik, Imam al-Syafii dan Imam Ahmad. Menurut Imam Abu Hanifah, buah tersebut menjadi hak milik penjual sama ada pohon itu telah dikahwinkan ataupun tidak. Imam Abu Hanifah di sini tidak mengambil kira kaedah mafhum mukhalafah dalam ilmu usul fiqh.13 2. Dibolehkan mengadakan jual beli bersyarat dan syarat yang dilarang dalam masalah ini adalah jika syarat itu bertujuan membatalkan jual beli maka jual beli bersyarat seperti ini adalah dilarang. Ada pula kemungkinan jual beli bersyarat dibolehkan hanya dalam kes jual beli pohon sahaja. Apapun, pendapat adalah lebih kuat yang mengharuskan jual beli bersyarat secara umum. Tidak disyaratkan bahawa pohon itu telah dikahwinkan oleh tangan manusia. Jadi sekiranya ia telah mengahwinkan dirinya sendiri, maka hukumnya tetap sama seperti mana yang telah dinyatakan oleh hadith di atas. Soalan 1. Siapakah yang dilaknat oleh Rasulullah (s.a.w) bersama orang yang memakan riba dan menjadikan mereka sebagai orang yang samasama berdosa? 2. Sahkah menjadi saksi ke atas akad riba? 3. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ? 4. Kemukakan satu dalil bahawa ada sebahagian dosa yang lebih besar daripada sebahagian dosa yang lain? 6. Apakah makna kalimat dan makna kalimat ? 7. Apakah syarat-syarat jual beli sharf? 8. Sebutkan enam jenis barang yang disebutkan dalam hadith bahawa di dalamnya sering kali berlaku riba dan apakah syarat-syarat yang 5. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ?

13 Maum mukhlafah merupakan salah satu kaedah usul qh yang masyhur. Sil rujuk kitabkitab usul qh.

138

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 138

09/04/2010 23:04:43

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mengharuskan menjualnya dan bebas daripada unsur riba? 9. Apakah dalil yang menyatakan gandum berbeza dengan barli dan siapakah di antara ulama yang menjadikan keduanya sebagai barang yang sama jenis? 10. Bolehkah melakukan perkiraan ketika barangan tersebut sama timbangan dan takaran? Sebutkan dalilnya? 11. Huraikan sabda Rasulullah (s.a.w): dan dalam hadith Abu Said yang menceritakan seorang hamba yang dilantik Rasulullah (s.a.w) menjadi pekerjanya di Khaibar? Sebutkan hukumhakam yang terdapat di dalam hadith ini? 12. Apakah jenis-jenis yang boleh berlaku riba di dalamnya mengikut mazhab Syafii dan sebutkan dalilnya? 13. Apakah yang dimaksudkan dengan mudd ajwah? 14. Bolehkah menjual emas dengan barang yang selainnya dan sebutkan pendapat ulama dalam masalah ini? 15. Bolehkah menjual haiwan dengan haiwan secara nasiah (ansuran)? 17. Adakah pernyataan menyatakan suatu sanad itu sahih dan mengapa demikian? 18. Apakah yang dimaksudkan dengan tawarruq dan apa pula pendapat Imam Ahmad dalam masalah ini? 19. Bolehkah menerima hadiah di atas bantuan yang telah dihulurkan? 20. Apakah maksud dan adakah hadith memiliki tambahan? Bincangkan masalah ini? 21. Apakah hukum rasuah? 22. Sebutkan satu hadith yang di dalamnya mengharuskan menjual haiwan dengan haiwan secara nasiah (ansuran)? 23. Bincangkan sabda Rasulullah dalam hadith Ibn Amr ketika sedang menyiapkan pasukan tentera lalu unta pun habis lalu baginda menyuruhnya untuk mengambil unta sedekah? 24. Apakah yang dimaksudkan dengan muzabanah? 25. Apakah hukum muzabanah dan apakah ada sesuatu yang dikecualikan daripadanya? 26. Apakah makna hadith dan terangkan apakah yang menyebabkannya menjadi daif? 27. Kemukakan takrif rukhshah? 28. Apakah yang dimaksudkan dengan araya? 29. Terangkan kenapa ia diberi nama ariyah? 16. Apakah makna dan ?

139

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 139

09/04/2010 23:04:43

Kitab Thaharah (Bersuci)

30. Apakah hukum ariyah di sisi ulama fiqh dan huraikan pendapat mereka? 31. Bolehkah ariyah apabila mencapai lima awsuq? Sebutkan pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 32. Bolehkah berjual beli sebelum buah-buahan kelihatan membaik? 33. Sebutkan dua hadith yang melarang berjual beli buah sebelum kelihatan membaik disertai ulasan ke atas kedua-dua hadith ini? 34. Apakah makna sabda Rasulullah (s.a.w) ? 35. Apakah pendapat ulama fiqh tentang jual beli buah-buah yang masih di atas pohonnya lalu rosak kerana diserang hama? 36. Sebutkan hadith yang menceritakan jual beli pohon kurma yang telah dikahwinkan dan buat ulasan ke atasnya?

140

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 140

09/04/2010 23:04:43

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB SALAM, QARDH (PINJAMAN) DAN GADAI

Salam dengan membaca fatah huruf sin dan huruf lam adalah menangguhkan pembayaran terhadap barang yang hendak dibeli. Jika kalimat ini menggunakan huruf mim (al-salam), maka ia mengikut bahasa masyarakat Iraq, namun jika menggunakan huruf fa (al-salaf) maka ia mengikut bahasa masyarakat Hijaz. Menurut syariat, salam adalah menjual barang yang belum dimiliki dengan menggambarkan sifat-sifat dan jenisnya. Qardh pula dengan membaca sukun huruf ra adalah barang yang belum dimiliki yang digambarkan sifat dan jenisnya namun tanpa melalui proses jual beli. Gadai pula adalah membeli sesuatu secara ansuran dengan menyerahkan jaminan barang pembelian sama ada jaminan itu setara dengan harta yang digadaikan ataupun tidak, kemudian barang itu dipulangkan kepada pemiliknya setelah dia berjaya melangsaikan bayaran hutangnya.

75- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Ketika Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah, mereka (penduduk Madinah) biasa meminjamkan hasil buah mereka selama satu sampai dua tahun, lalu baginda bersabda: Barang siapa meminjamkan buah tamar, maka hendaklah dia meminjamkannya dengan sukatan, timbangan dan batas waktu yang telah ditentukan. (Muttafaq alaihi) 141

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 141

09/04/2010 23:04:43

Kitab Thaharah (Bersuci)

Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan: Barang siapa meminjamkan sesuatu.) (875). Makna Hadith Masa terus berjalan sementara usaha memiliki waktu-waktu tersendiri. Seseorang memiliki tanggung jawab untuk memenuhi keperluan keluarganya dan manusia sentiasa memerlukan sesutu untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu, mereka memerlukan satu sistem untuk memenuhi keperluan mereka dengan mengharuskan pinjaman, salam dan gadai. Semua ini bertujuan untuk meringankan beban hidup manusia ketika berdepan dengan situasi yang sukar. Oleh kerana peminjam dan orang yang memberi pinjaman sering kali bertelingkah mengenai waktu pembayaran dan barang yang mesti diserahkan, syariat Islam telah pun menetapkan beberapa perkara bagi mengelakkan kerugian dan permusuhan daripada berlaku dengan tetap mengekalkan hukum harus untuk membuat pinjaman, salam dan gadai. Jadi, Islam mewajibkan untuk menetapkan timbangan, sukatan dan waktu di mana hutang tersebut wajib dibayar oleh peminjam di samping ketentuanketentuan lain yang berkaitan dengannya. Analisis Lafaz

, peristiwa ini terjadi ketika baginda berhijrah.

, huruf waw di sini bermakna aw (atau). Dengan erti kata lain, memadailah dengan menggunakan salah satu di antara keduannya itu. Malah salam riwayat yang lain ditegaskan perkara yang serupa. Takaran dan timbangan di sini hanya sekadar menunjukkan kebiasaan. Ia boleh digantikan dengan penjumlahan, misalnya atau penjumlahan yang digabungkan dengan takaran atau timbangan secara sekali gus.
perkara sebelum ini, bukan kepada kedua-duanya sekali gus. 142

, ungkapan ini hanya sekadar menunjukkan kebiasaan, kerana al-Hafiz Ibn Hajar meriwayatkan hadith lain oleh al-Bukhari: Barang siapa yang meminjam sesuatu. Lafaz hadith ini lebih bersifat umum.

, ungkapan ini sekadar menunjukkan kebiasaan, kerana tidak ada larangan untuk menaikkan tempoh melebihi waktu-waktu yang telah disebutkan itu. Malah dalam satu hadith yang diriwayatkan al-Bukhari disebutkan: Dua atau tiga tahun. Dalam riwayat lain disebutkan: Mereka meminjam hingga dua atau tiga tahun.

,mereka mengadakan jual beli dengan satu sistem di mana harga ada di tangan pembeli.

, syarat ini disandarkan kepada salah satu di antara dua

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 142

09/04/2010 23:04:43

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Islam memperakui beberapa sistem perekonomian yang berlaku pada zaman jahiliah, tetapi ditambahkan adanya beberapa syarat dan ketentuan. 2. Boleh meminjamkan suatu barang. Ulama telah pun telah bersepakat terhadap pendapat ini kecuali satu pendapat yang diriwayatkan daripada Ibn al-Musayyab. Meskipun mereka bersepekat bahawa ia disyariatkan, namun ulama berselisih pendapat tentang beberapa syarat dan ketentuan yang berbeza dengan syarat-syarat jual beli antara lain adalah sebagai berikut: a. Menyerahkan modal di dalam satu majlis. Jika mereka berpisah sebelum diadakan serah terima, maka jual beli ini tidak sah, kerana jual beli ini sama dengan jual beli hutang dengan hutang yang diharamkan di sisi syariat. b. Mengetahui dengan jelas keadaan dan keberadaan modal atau barang, kerana sudah menjadi kebiasaan untuk mengetahui keadaan barang sebelum menyerahkannya. Jika seseorang menyerahkan barang yang berada di dalam bungkusan sedangkan dia tidak melihatnya atau tidak mengetahuinya, maka jual beli itu dinyatakan tidak sah. Ini berdasarkan kesepakatan ulama. c. Barang yang bakal diserahkan hendaklah dapat diukur dengan takaran, timbangan atau hitungan, bukan barang yang sebaliknya. Ini berdasarkan kesepakatan ulama. d. Jumlah dan ukurannya disebutkan dengan jelas seperti jumlah barang yang hendak diserahkan.14 Jika benda tersebut belum dapat dihitung, maka sifat dan keadaan barang tersebut wajib disebutkan dengan jelas baik menggunakan sistem timbangan atau takaran, seperti buah delima dan lain-lain, tetapi hukum ini kembali kepada kebiasaan dan sistem yang berlaku di suatu daerah. Jika mereka hanya menggunakan timbangan, maka ukurannya mestilah mengikut sistem yang berlaku. Jika seseorang yang melakukan salam terhadap yang ditimbang bukan ditakar atau sebaliknya, maka ulama mazhab Syafii dan mazhab Hanbali dalam masalah ini ada dua pendapat. Pendapat yang paling sahih mengatakan ia dibolehkan. e. Meyebutkan waktu pembayaran. Jadi transaksi dinyatakan batal jika tempoh tidak disebutkan dengan jelas. Ini berdasarkan

14 Disyaratkan menyebutkan perbezaan yang berlaku di daerah tersebut, seperti sha Iraq dan sha Haz.

143

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 143

09/04/2010 23:04:43

Kitab Thaharah (Bersuci)

kesepakatan ulama. Jika tempoh pembayaran ditentukan dengan waktu yang masih bersifat umum, misalnya pembayaran dilakukan sampai waktu dipetik/dituai pada masa yang akan datang, misalnya, maka Ibn Umar, Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat yang kemudian menjadi pilihan ulama mazhab Hanbali membolehkannya, sementara Ibn Abbas dan jumhur ulama melarang sistem seperti ini. f. Barang yang ingin diserahkan mesti wujud ketika ia hendak diserahkan pada waktu yang telah ditentukan. g. Orang yang meminjamkan mestilah memiliki dan mampu mendatangkan barang yang diinginkan. Syarat ini dikemukakan oleh sesetengah ulama.

76- Daripada Abdurrahman bin Abza (r.a) dan Abdullah bin Abu Aufa (r.a), mereka berdua berkata: Kami memperolehi harta ghanimah bersama Rasulullah (s.a.w), lalu petani-petani dari negeri Syam mendatangi kami, kemudian kami memberi mereka pinjaman berupa gandum, barli dan anggur kering. Dalam riwayat lain disebutkan: dan minyak dengan tempoh pembayaran yang telah ditentukan. Ada seseorang yang bertanya: Apakah mereka mempunyai tanaman? Mereka berdua menjawab: Kami tidak menanyakan itu kepada mereka. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 876). Makna Hadith Hadith ini membincangkan masalah yang telah dibincangkan oleh hadith sebelum ini, namun ada satu permasalahan yang disentuh di sini iaitu meminjamkan barang kepada orang yang tidak memiliki barang dan usaha terhadap barang yang dipinjamkannya, di mana dia meminjam buah atau gandum misalnya, tetapi dia tidak mempunyai usaha untuk menghasilkannya, lalu hadith ini membolehkan praktik pinjamanan seperti ini, malah al-Bukhari memasukkan hadith ini ke dalam bab: al-salam ila man laisa indahu ashlun.

144

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 144

09/04/2010 23:04:44

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz ,kami memperoleh dan mendapatkan bahagian.

, dalam riwayat al-Bukhari disebutkan: .Mereka adalah bangsa Arab yang sudah berasimilasi dengan orang asing dan Rom kemudian keturunan mereka pun sudah bercampur aduk hingga akhirnya bahasa mereka pun berubah. Orang Arab yang berasimilasi dengan orang asing tinggal di kawasan al-Bathaih berhampiran dengan masyarakat Iraq, sementara orang yang berasimilasi dengan bangsa Rom tinggal di lembah negeri Syam. Mereka diberi nama anbath lantaran mereka mengetahui tempat keluar air, kerana sebahagian besar sumber pencarian mereka adalah sebagai peladang. ,kami menjual kepada mereka barang dengan memberikan gambaran terhadap barang yang bakal mereka jadikan sebagai pembayaran hutang mereka. ,yang ditentukan dan ditetapkan.

,jamak ghanimah, harta yang menjadi hak milik tentera Islam setelah berjaya mengalahkan tentera kafir.

Fiqh Hadith 1. Salam atau salaf adalah dibolehkan dalam syariat Islam. 2. Jual beli salam dibolehkan meskipun tidak menyebutkan dan menentukan tempat serah terima. Inilah pendapat Imam Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur dan Imam Malik di mana beliau menambahkan: Serah terima hendaklah dilakukan di tempat di mana ia dilaksanakan. Jika mereka berselisih pendapat, maka perkataan penjual mesti dijadikan pegangan. 3. Jual beli salam dibolehkan meskipun barang yang ditentukan tidak lagi wujud ketika mengadakan transaksi selagi ada kemungkinan menghadirkan barang pada waktu yang telah disepakati. Ini pendapat jumhur ulama dan menurut mereka, tidak ada masalah memutuskannya untuk membawanya baik sebelum mahupun sesudahnya sementara menurut Imam Abu Hanifah, tidak boleh jika diputuskan sebelumnya. Jika seseorang memberi pinjaman dengan menggunakan lafaz yang bersifat umum lalu ia diputuskan dengan seketika, maka menurut jumhur ulama jual beli ini tidak batal, sementara menurut sebahagian ulama mazhab Syafii jual beli ini batal. 4. Dibolehkan berpisah dalam jual beli salam sebelum diadakan serah terima. Inilah pendapat Imam Malik, namun menurut Imam al-Syafii dan ulama Kufah, dengan demikian jual beli menjadi batal kerana ia menjadi menjual hutang dengan hutang. 145

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 145

09/04/2010 23:04:44

Kitab Thaharah (Bersuci)

5. Ahli zimmah dibolehkan mengadakan jual beli salam dengan syarat mereka berpandukan ajaran syariat Islam ketika berlaku perselisihan dan perbedaan pendapat. 6. Pengakuan Rasulullah (s.a.w) dapat dijadikan sebagai hujah. Penting Jumhur ulama berpendapat bahawa perkataan sahabat: Kami pernah melakukan seperti ini pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan baginda tidak pernah melarang kami diertikan bahawa Rasulullah (s.a.w) mengetahui perbuatan mereka dan baginda kemudian mengakuinya. Keadaan ini boleh dijadikan sebagai hujah dan dalil. Oleh itu, sahabat biasa mengucapkan perkataan seumpama ini walaupun perkataan mereka tidak disertai kenyataan bahawa ia boleh dijadikan hujjah. Contohnya perkataan Jabir: Kami biasa melakukan azal yang pada waktu itu al-Quran masih lagi diturunkan. Ungkapan ini sebagai pengesahan ke atas atas perbuatan azal yang dilakukan oleh Jabir. Bukti dan alasan yang mengharuskan perbuatan adalah perkataan: Pada waktu itu al-Quran masih lagi diturunkan. Jika perbuatan itu menyalahi hukum syariat, tentu Allah menurunkan satu ayat yang melarang perbuatan tersebut dan baginda menyampaikan tentang larangan perbuatan itu. Inilah pendapat jumhur ulama dan tidak ada yang mengingkarinya kecuali sebahagian kecil di antara mereka. Periwayat Hadith Abdurrahman bin Abza, ulama berbeza pendapat sama ada beliau seorang sahabat atau sebaliknya. Jumhur ulama menyatakan beliau adalah seorang sahabat Rasulullah (s.a.w). Beliau tinggal di Kufah, pernah menjadi gabenor, seorang qori yang handal dan menguasai ilmu faraidh. Oleh itu, Ali bin Abu Thalib kemudian melantiknya menjadi gabenor Khurrasan. Hadithnya banyak diriwayatkan oleh sekumpulan ulama dan antara ulama yang mengambil riwayat daripadanya adalah al-Syabi, Ibn Abu Laila, Abu Ishaq al-Subaii dan ramai lagi.

77- Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Barang siapa yang berhutang harta orang dan berniat untuk mengembalikannya, maka Allah akan membantunya untuk 146

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 146

09/04/2010 23:04:44

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mengembalikannya, namun barang siapa berhutang harta orang lain dengan niat untuk merosakkannya, maka Allah akan membinasakan dirinya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 877). Makna Hadith Hadith ini membahas salah satu pokok syariat yang paling penting, iaitu membetulkan niat dalam setiap perbuatan dan membersihkannya dari segala bentuk kejahatan. Sesiapa yang melakukannya akan memperoleh kebaikan baik di dunia mahupun di akhirat. Islam memberi petunjuk kepada sesiapa yang berhutang supaya berniat untuk membayarnya sesuai dengan waktu yang telah ditentukan. Jika melakukan demikian, Allah pasti membantu untuk melangsaikannya. Ini berbeza jika meminjam untuk memakan dan merosaknya tanpa ada niat untuk membayarnya, maka Allah akan merosak dan membinasakan harta itu. Analisis Lafaz

, ia meliputi mengambil harta orang lain dengan cara berhutang dan menerima barang amanah untuk dijaga, namun maksud yang pertama lebih mendekati dengan tujuan hadith di sini, sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w): ( mengambil) di mana kalimat ini menunjukkan adanya perbuatan. Ini berbeza dengan makna kedua, iaitu menerima barang amanah untuk dijaga kerana biasanya menggunakan bahasa: ( barang siapa yang menerima amanah barang orang lain untuk dijaga. Pendapat ini disokong oleh hadith Rasulullah (s.a.w):

, ada yang mengatakan Allah pasti membantu untuk membayarnya selagi di dunia dengan memudahkan cara memperoleh rezeki kepadanya sehingga dia mampu membayar hutangnya. Pendapat lain mengatakan Allah pasti membayarnya di akhirat kelak dengan memberikan kebaikan kepada orang yang memberi pinjaman hingga dia pun merasa redha.

Tidaklah seorang muslim ingin meminjam wang kepada orang lain dan dia berniat untuk membayarnya, melainkan Allah membantunya untuk membayar hutang itu selama d idunia. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Maimunah (r.a) Apapun, tidak ada halangan untuk memahami hadith ini sebagai barang titipan (wadiah).

147

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 147

09/04/2010 23:04:45

Kitab Thaharah (Bersuci)

,merosakkan. Ada kemungkinan kerosakan yang bakal diterimanya itu ketika hidup di alam dunia dengan menghancurkan hartanya, mempersempit usaha dan geraknya atau menghilangkan keberkatan dalam setiap usaha yang dilakukannya. Ada pula kemungkinan dia akan memperoleh kerosakan di akhirat kelak dengan memberikan azab dan seksa yang berat ke atasnya.
Fiqh Hadith 1. Larangan untuk memakan harta dan hak orang lain. 2. Galakan untuk sentiasa berbuat baik dan membetulkan demi meraih kebaikan dunia dan akhirat. 3. Menjelaskan betapa kedudukan niat dan pengaruhnya amat besar dalam kehidupan dunia dan akhirat. 4. Setiap perbuatan akan dibalas sesuai dengan nilainya. 5. Menjelaskan bahawa Allah sentiasa menolong orang yang berhutang untuk membayarnya selagi dia berniat untuk melunasinya.

78- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Saya bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya si fulan datang dari Syam dengan membawa pakaian. Jika tuan mengutus seseorang untuk mendatanginya lalu tuan mengambil dua helai pakaian dengan bayaran ansuran hingga memiliki kelapangan untuk membayarnya? Baginda mengutus kemudian seseorang kepadanya, namun pemilik barang itu enggan berbuat demikian. (Diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi, periwayat hadith ini thiqoh: 878). Makna Hadith Hadith ini mengharuskan jual beli dengan pembayaran ansuran. Hadith ini turut diriwayatkan oleh al-Tirmidhi secara panjang lebar daripada Aisyah:

148

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 148

09/04/2010 23:04:45

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Rasulullah (s.a.w) memiliki dua helai baju qithri yang tebal (sejenis kain yang padanya terdapat warna merah dan terdapat lukisan di samping kainnya agak tebal). Jika sedang duduk lalu berpeluh, baginda kurang selesa ketika sedang memakainya. Si fulan berketurunan Yahudi itu kemudian datang dari negeri Syam dengan membawa pakaian. Saya berkata (kepada Rasulullah): Eloklah jika tuan mengutus seseorang untuk membeli dua helai pakaian dan meminta tempoh untuk membayarnya hingga ada kelonggaran. Baginda pun lalu mengutus seseorang mendatangi si fulan Yahudi itu, namun dia berkata: Aku tahu apa yang dimaksudkan Muhammad itu. Dia pada hakekatnya ingin mengurangi hartaku atau dirhamku supaya aku jatuh bankrap. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Si Yahudi ini sungguh penipu besar. Sesungguhnya dia tahu bahawa aku adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah dan orang yang paling bertanggung jawab terhadap amanah Allah. Analisis Lafaz , dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi

disebutkan

( si fulan berketurunan Yahudi), sementara dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad disebutkan daripada Anas bin Malik, beliau berkta: Rasulullah (s.a.w) mengutusku untuk mendatangi ( seorang tukang cukur beragama Nasrani). Dalam kitab Tajil alManfaah disebutkan: dengan menggunakan huruf kha pada kalimat pertama dan huruf mim bukannya huruf nun.

,dengan membaca fatah huruf ba, salah satu jenis kain yang lembut.

,ia berasal dari kalimat lawan kata sulit. Menurut Ibn al Arabi, maksudnya adalah sampai ada waktu lapang untuk membayarnya.
menyebutkan alasan penolakannya, tetapi dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik disebutkan: Penjual itu 149

,pembayaran secara kredit (hutang), yakni mengakhirkan pembayaran harga.

,enggan menerima tawaran itu. Dalam kitab ini Ibn Hajar tidak

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 149

09/04/2010 23:04:45

Kitab Thaharah (Bersuci)

, periwayatnya thiqoh, namun Ibn Hajar tidak menilainya sebagai sahih. Tetapi al-Tirmdzi setelah meriwayatkannya berkata: Hadith ini hasan sahih gharib. Dalam masalah ini terdapat pula hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas, Anas dan Asma binti Yazid. Syubah menilai hadith ini kuat dan al-Tirmidhi telah menukil sebahagian daripadanya berupa hadith yang diriwayatkan daripada Syubah.
Fiqh Hadith 1. Boleh memakai pakaian yang terbuat daripada bahan yang lembut. 2. Hadith ini menjelaskan bahawa Rasulullah (s.a.w) sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada kemewahan dunia, di mana baginda tidak mampu membeli dua helai pakaian secara tunai. 3. Dibolehkan berjual beli, berjiran dan bermasyarakat dengan orang Yahudi. 4. Boleh melakukan jual beli dengan sistem kredit. 5. Boleh menangguhkan pembayaran hutang sampai ada kelapangan sesuai dengan zahir hadith di atas. Inilah pendapat yang dinukil oleh al-Shanani. Ibn al-Arabi berkata: Aisyah sebenarnya tidak menginginkan membeli sesuatu dengan cara berhutang dan baginya lebih baik menunggu hingga memiliki harta yang memadai untuk membelinya, kerana membeli suatu barang dengan cara berhutang 150

, hadith tidak diriwayatkan oleh selain keduanya. Ini merupakan salah satu kelaian dalam menisbahkan riwayat hadith. Ibn Hajar sebaiknya mengisyaratkan bahawa asal hadith ini ada pada al-Tirmidhi, alNasai dan Imam Ahmad, bahkan lafaz yang mereka riwayatkan pula lebih lengkap.

bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan kemudahan itu dan bilakah pula kemudahan itu tiba? Muhammad itu tidak mempunyai suara kambing dan suara unta, apatah lagi membayar harga baju ini. Percayalah dia tidak akan pernah membayarnya. Dalam riwayat al-Tabrani dan al-Bazzar ke atas hadith ini disebutkan bahawa baginda mengutusku mendatangi Yahudi itu dengan berhutang pakaian dan membayarnya hingga ada kelonggaran untuk membayarnya. Yahudi itu menjawab: Kelonggaran apa itu? Muhammad itu tidak berharta dan tidak bermodal. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Yahudi itu berkata: Muhammad itu tidak punya kebun dan haiwan ternakan. Alasan Yahudi menolak tawaran itu kerana baginya Rasulullah (s.a.w) tidak mempunyai kebun atau haiwan ternakan sama ada kambing atau unta sehingga dia pun enggan memberikan pinjaman kepada baginda.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 150

09/04/2010 23:04:46

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

sering kali tempoh pembayaran ditangguhkan. Ini jelas tidak dibolehkan mengikut ijma ulama. Aisyah di sini ingin membeli suatu apabila sudah ada kelapangan seperti membeli sesuatu ketika mendekati waktu dituai. Jual beli seperti ini menurut mazhab Maliki dibenarkan. Tetapi menurut Imam al-Syafii dan Imam Abu Hanifah, jual beli seperti majhul dan tidak boleh dilakukan jual beli secara berhutang. 6. Berinteraksi dengan baik tidaklah dibenci selagi ada kemampuan untuk melakukannya.

79- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tulang belakang haiwan yang digadaikan boleh ditunggangi dengan biaya sendiri dan susu haiwan yang digadaikan boleh diminum atas biaya sendiri. Bagi orang yang menunggang dan meminum susunya wajib membiayai. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 879). Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu dalil yang mengharuskan gadai. Ia menjelaskan satu hukum yang berkaitan dengan orang yang menerima gadaian haiwan, di mana dia dibolehkan mengendarai dan memerah susunya, tetapi dia diwajibkan memberi nafkahnya. Ini telah disebutkan dalam satu riwayat secara ringkas:

Haiwan yang digadaikan itu boleh dikenderai dan diperah susunya. Analisis Lafaz

,yakni haiwan. Hadith ini hanya menyebutkan tulang belakangnya kerana orang yang menunggang haiwan selalunya menggunakan tulang belakangnya.

,mabni li al-majhul, demikian pula dengan perkataan . Kalimat ini berbentuk berita yang bermakna perintah, tetapi orang yang diperintahkan masih belum diketahui dengan jelas. Jadi, maksudnya di sini
151

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 151

09/04/2010 23:04:46

Kitab Thaharah (Bersuci)

,ia berasal dari kalimat al-rahn. Takrifnya secara bahasa adalah menahan atau mengurung seperti ungkapan orang Arab: (sesuatu itu menetap) manakala secara syarak pula adalah menyerahkan harta sebagai jaminan ke atas hutang. Al-rahn kadang kala bermaksud barang yang digadaikan. Jadi, al-rahn meskipun isim mashdar, namun ia kadang kala bermakna isim maful. ,dengan membaca fatah huruf dal dan tasydid huruf ra, haiwan yang mempunyai banyak air susunya.

adalah orang yang menerima barang gadaian.

,biaya yang mesti dikeluarkan oleh orang yang menerima barang gadaian kerana dia mengambil manfaat ke atas haiwan itu yang diletakkan di sisinya sebagai jaminan ke atas hutang. Fiqh Hadith Orang yang menerima gadai haiwan dibolehkan menunggang dan meminum air susunya dengan syarat dia wajib memberi nafkah haiwan itu, tetapi ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Di sini ada tiga pendapat sebagai berikut: Pertama, memanfaatkan haiwan yang digadaikan hukumnya dibolehkan sebagaimana yang ditegaskan oleh hadith di atas. Inilah pendapat Imam Ahmad, Ishaq dan sekumpulan ulama. Kedua, memanfaatkan haiwan yang digadaikan hukumnya tidak dibolehkan. Orang yang menggadaikan dan orang yang menerima gadaian tidak dibolehkan mengambil manfaat ke atas barang yang digadaikan. Inilah pendapat jumhur ulama seperti Imam Malik, Imam al-Syafii, Imam Abu Hanifah. Dalil mereka sebagai berikut: i. Hadith di atas bercanggah dengan qiyas dan oleh kerananya, ia tidak boleh dijadikan sebagai landasan dalam mengambil hukum, kerana tidak boleh mengqiyaskan hukum yang telah ditetapkan oleh nash Tambahan pula hukum syariat tidak hanya berfokus dalam satu permasalahan. ii. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya menetapkan bahawa tidak boleh memerah susu kambing kecuali pemiliknya atau dengan izinnya, tetapi hadith ini tidak memberikan sebarang kesan dalam masalah ini, kerana ia ditakhsis oleh hadith lain. iii. Hadith ini dimansukh dan tidak ada lagi dalil dalam masalah ini. iv. Apa yang dimaksudkan dengan hadith di atas adalah barang gadaian, bukan orang yang menggadaikan atau orang yang menerima gadaian.

152

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 152

09/04/2010 23:04:46

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Ketiga, memanfaatkan haiwan yang digadaikan hukumnya dibolehkan dengan syarat orang yang menggadaikan tidak boleh mengeluarkan belanja ke atas barang gadaian itu. Inilah pendapat al-Awzai dan al-Laits.

80- Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Gadai tidak menutup kepemilikan pemiliknya ke atas barang yang digadaikannya. Dia tetap memiliki ke atas hasilnya dan wajib menanggung kerugiannya. (Diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Hakim. Periwayat hadith ini thiqoh, tetapi kedudukan hadith ini mursal di sisi Abu Dawud dan selainnya: 880). Makna Hadith Sudah menjadi kebiasaan masyarakat jahiliah menutup barang gadaian bagi pemiliknya, di mana mereka tidak menganggap barang gadaian sebagai hak pemiliknya lagi sebaliknya mereka menjadikan gadaian itu menjadi hak milik orang yang menerima gadaian dengan tujuan barang tersebut tidak dikembalikan lagi kepada pemiliknya apabila tidak mampu membayar hutangnya. Islam datang untuk melarang amalan seperti ini. Hadith ini kemudian menegaskan orang yang menerima gadaian berhak memanfaatkan barang gadaian berupa mengenderainya dan memerah air susunya, di samping dia wajib memberi nafkah ke atasnya dan bertanggung jawab ke atas segala risiko barang itu. Analisis Lafaz

,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, Abu Hurairah (r.a). , orang yang menerima gadaian tidak boleh menjadikan gadaian sebagai hak miliknya dengan cara menutup kemungkinan untuk mengembalikan barang itu kepada pemilik asalnya jika telah melangsaikan hutangnya.

,kalimat mashdar di sini memiliki makna maful, yakni barang yang digadaikan (marhun).

153

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 153

09/04/2010 23:04:47

Kitab Thaharah (Bersuci)

,apa yang dihasilkan ketika memanfaatkan barang gadaian tersebut berupa keuntungan mahupun kerugian. Jadi, dia berhak ke atas manfaat sekali gus membayar kerosakan barang tersebut. Keuntungan di sini meliputi seluruh keuntungan yang diperoleh daripada barang gadaian berupa bulu kambing dan lain-lain sebagainya. Menurut Imam al-Syafii, keuntungan di sini bermaksud tambahan.

kerana periwayat yang lebih hafaz adalah seperti Mamar bin Rasyid. Mereka meriwayatkan hadith ini daripada al-Zuhri daripada Said bin al-Musayyab secara mursal, namun mereka ada menyebut nama Abu Hurairah. Sekumpulan ulama hadith turut menilai hadith ini sebagai mursal.
Fiqh Hadith

biaya yang dibelanjakan ke atas barang gadaian itu. Menurut Imam al-Syafii, biaya di sini bermaksud kerugian. Perkataan dia tetap memiliki ke atas hasilnya dan wajib menanggung kerugiannya adalah perkataan Ibn al-Musayyab.

1. Hadith ini merupakan dalil yang mensyariatkan gadai. 2. Tidak boleh menutup kemungkinan bagi orang yang menggadaikan barangnya untuk menyerahkan semula barang miliknya apabila dia telah membayar hutang yang menjadi tanggung jawabnya. 3. Keuntungan dan kerugian menjadi tanggungan orang yang menerima gadaian barang itu, namun pendapat lain mengatakan bahawa risiko dan keuntungan ditanggung oleh orang yang menggadaikan barangnya sebagaimana pendapat Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama. Penting Jika barang yang digadaikan rosak di tangan orang yang menerima gadaian, siapakah yang menanggung kerosakan itu? Imam Malik, Imam al-Syafii, Imam Ahmad dan sekumpulan ulama berpendapat bahawa kerosakan menjadi tanggung jawab orang yang menggadaikan dan tidak sedikit pun hak orang yang menerima gadai digugurkan. Ash-hab al-rayi, al-Nakhai dan al-Tsawri pula berpendapat bahawa nilai gadaian apabila sama dengan nilai hutang, maka hak orang yang menerima gadaian digugurkan. Jika nilai gadai itu lebih sedikit, maka ia dinilai mengikut kadar hutang sedangkan bakinya menjadi kewajipan orang yang menggadaikan. Jika nilai barang gadaian lebih banyak daripada hutang, maka hak orang yang menerima gadai digugurkan dan dia tidak wajib menanggung lebihannya daripada barang gadaian yang rosak itu. 154

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 154

09/04/2010 23:04:47

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

81- Daripada Abu Rafi (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah meminjam unta muda dari seorang lelaki, lalu unta zakat pun tiba kemudian baginda menyuruh Abu Rafi memulangkan unta muda itu kepada lelaki berkenaan (bagi membayar hutangnya). Abu Rafi berkata: Saya tidak menjumpai selain daripada unta-unta pilihan yang berusia enam tahun menjelang masuk usia tujuh tahun. Mendengar itu, baginda bersabda: Berikan kepadanya unta pilihan itu, sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik dalam melangsaikan hutangnya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 881). Makna Hadith Hadith ini memuatkan dua makna, iaitu: Pertama, sebelum ini telah dibahas larangan menjual haiwan ternakan dengan haiwan ternak secara kredit, kemudian di dalam hadith yang diriwayatkan Abdullah bin Amr bin al-Ash, ketika Rasulullah (s.a.w) menyuruhnya untuk menyiapkan pasukan tentera dan kami pun telah menyebutkan perbezaan pendapat dalam masalah ini. Kedua, disunatkan membayar hutang dengan melebihkannya dengan syarat tanpa sepengetahuan yang memberi pinjaman dan tidak dilakukan mengikut cara riba dengan mengemukakan syarat-syarat tertentu ketika hendak membayar hutangnya. Analisis Lafaz

,dengan membaca fathah huruf ba, sukun huruf kaf yakni unta jantan yang masih kecil. Lawannya al-qallush adalah unta betina yang masih kecil. ,membayar hutang dan melangsaikannya. ,unta-unta pilihan dan terbaik.

,meminjam atau berhutang.

,unta yang genap berusia nam tahun dan memasuki usia tujuh tahun. Untuk jantan digunakan istilah ruba dan untuk betina digunakan istilah rubaiyah.
155

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 155

09/04/2010 23:04:47

Kitab Thaharah (Bersuci)

,membayar atau melunasi. Fiqh Hadith


1. Hadith ini mengharuskan pinjam meminjam (hutang piutang). 2. Boleh menghutangkan haiwan ternakan. Inilah pendapat jumhur ulama. 3. Boleh membayar hutang dengan melebihkannya apabila sebelumnya tidak ada ketentuan dari kedua pihak untuk berbuat demikian. Ini merupakan salah satu amalan mulia dan terpuji. Ia tidak termasuk amalan riba. Menurut Imam al-Syafii, boleh melebihkan pembayaran hutang terhadap jumlah atau sifatnya, sementara menurut Imam Malik boleh melebihkannya pada sifat sahaja. Apapun, zahir hadith ini menyokong pendapat Imam al-Syafii. 4. Orang yang berbuat baik ketika membayar hutangnya termasuk ke dalam golongan orang memiliki sifat terpuji.

82- Daripada Ali (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Setiap hutang yang menarik manfaat adalah riba. (Diriwayatkan oleh al-Harits bin Abu Usamah dan sanadnya dianggap tidak bernilai: 882).

83- Menurut al-Baihaqi, hadith ini memiliki syahid daif yang menguatkannya daripada Fadhalah bin Ubaid (883).

84- Menurut riwaya al-Bukhari, ada hadith mawquf yang menguatkan hadith tersebut daripada Abdullah bin Sallam (884). Makna Hadith Hadith ini memperkenalkan jenis riba yang disebabkan oleh pinjaman, di mana kedua pihak bersepakat untuk menambah pembayaran hutang yang telah diambilnya.

156

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 156

09/04/2010 23:04:48

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

, sanadnya tidak bernilai kerana di dalamnya terdapat Siwar bin Mushab al-Ama, seorang periwayat matruk. Selainnya ada pula periwayat yang lain yang masih dipertikai kedudukannya. , menurut al-Baihaqi dalam kitab al-Sunan al-Kubra. Ia adalah hadith mawquf, bukannya hadith marfu seperti mana yang diperkirakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar. Lafaznya berbunyi seperti berikut:

,manfaat harta dan lain sebagainya. Al-Harits bin Abu Usamah, beliau adalah al-Harits bin Muhammad bin Abu Usamah al-Taimi, penulis al-Musnad. Beliau seorang hafiz, alim dalam bidang hadith dan memiliki sanad yang tinggi kerana beliau dikurniakan usia panjang selama sembilan puluh enam tahun. Beliau sering dipertikai kedudukannya sebagai periwayat hadith namun mereka tidak memiliki bukti yang kuat seperti mana yang dikatakan oleh al-Zahabi dalam kitab al-Mizan. Al-Harits pernah mendengar hadith daripada Ali bin Ashim, Yazid bin Harun dan ramai lagi. Kebanyakan riwayatnya dikeluarkan oleh penulis kitab al-Hilyah.

,menghasilkan dan mendapatkan.

Setiap hutang yang berusaha menarik manfaat, maka ia merupakan salah satu bentuk daripada riba. menurut al-Bukhari dalam bab: keutamaan Abdullah bin Sallam, kitab: berpegang dengan al-Quran dan Sunnah. Lafaznya berbunyi sebagai berikut:

Jika kamu mempunyai hutang kepada orang lain, lalu dia menghadiahkan seikat rumput makanan haiwan, segenggam barli atau segenggam buah tin, maka kamu tidak boleh menerimanya, kerana itu termasuk riba. Selain itu, hadith ini memiliki banyak syahid secara makna selain hadith yang disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar di sini. Ia antara lain dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam kitab al-Sunan al-Kubra dan Ibn Hajar ada menyinggungnya di dalam kitab al-Talkhish yang kesemua itu menguatkan hadith ini secara makna.

157

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 157

09/04/2010 23:04:48

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith Haram menambah pembayaran hutang ketika hendak melangsaikannya. Ini berbeza dengan bunyi hadith sebelum ini, tetapi hukum haram dalam hadith ini dapat ditafsirkan jika tambahan dilakukan lantaran ada ketentuan sebelummnya dan ini berbeza jika tambahan itu dilakukan sebagai hadiah daripada orang yang memberi pinjaman. Soalan dalam bab ini akan dimuatkan dalam akhir bab perdamaian.

158

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 158

09/04/2010 23:04:49

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB MUFLIS DAN SEKATAN

Muflis di dalam bahasa Arab adalah taflis adalah mashdar, sedangkan kata kerjanya adalah yang bermaksud keadaan seseorang yang tidak mempunya wang sama sekali walaupun satu sen. Menurut secara syarit, muflis adalah seseorang yang beban hutangnya melebihi harta yang dimilikinya. Dinamakan muflis kerana seseorang terhalang daripada memutar wangnya kecuali ke atas barang-barang yang dianggap remeh temeh atau seseorang itu menjadi bankrap setelah sebelumnya seorang yang hartawan. Sekatan adalah halangan dan kesempitan. Menurut syariat, sekatan pula adalah perkataan hakim kepada seseorang: Aku menyekat kamu daripada mengelola hartamu dan oleh kerananya, kamu tidak boleh menggunakannya.

85- Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Kami pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa yang menemukan harta miliknya masih utuh di tangan orang muflis, maka dia lebih berhak ke atas harta itu berbanding orang lain. (Muttafaq alaih: 885)

159

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 159

09/04/2010 23:04:49

Kitab Thaharah (Bersuci)

86- Abu Dawud dan Malik meriwayatkat hadith tersebut secara mursal daripada Abu Bakar bin Abdurrahman dengan lafaz: Setiap seseorang yang telah menjual barang, lalu pembelinya bankrap dan tidak dapat membayar harganya sama sekali lalu penjual menjumpai barangnya itu masih utuh, maka dia lebih berhak ke atas barang itu, namun jika pembeli itu meninggal dunia, maka barang miliki orang yang mempunyai barang hendaklah dibahagikan dengan orang yang mempunyai hutang. (Hadith ini dinilai mawsul dan daif oleh al-Baihaqi kerana mengikut langkah Abu Dawud).

87- Hadith itu turut diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibn Majah daripada riwayat Umar bin Khaldah, beliau berkata: Kami datang kepada Abu Hurairah menanyakan tentang teman kami yang telah bankrap lalu beliau berkata: Saya akan menerangkan hukum kepadamu seperti mana hukum yang pernah diputuskan oleh Rasulullah (s.a.w): Barang siapa bankrap atau meninggal dunia lalu seseorang menjumpai barang miliknya masih utuh, maka dia lebih berhak ke atas barang tersebut. (Hadith dinilai sahih oleh al-Hakim, namun Abu Dawud menilai tambahan ini sebagai daif ketika menceritakan tentang kematian) Makna Hadith Hadith ini memberikan jalan keluar bagi orang yang mempunyai hutang, kemudian orang yang berhutang itu bankrap, di mana dia tidak mampu lagi membayar hutangnya. Hadith ini menjelaskan bahawa penjual lebih berhak ke atas barangnya sendiri yang berada di tangan pembeli yang bankrap daripada orang lain selagi harga barang itu belum diterimanya, berbeza jika pembeli meninggal dunia sedangkan dia belum membayar harga barang tersebut, maka hak penjual dalam masalah ini sama dengan hak seluruh orang yang memberi pinjaman hutang.

160

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 160

09/04/2010 23:04:50

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,selama bentuk dan sifat barang itu belum berubah. Lafaz hadith yang diriwayatkan Muslim berbunyi: .

, yakni al-Baihaqi menilai daif hadith mawsul ini kerana mengikuti langkah Abu Dawud yang berkata: Hadith Malik mursallebih benar. Beliau membenarkan kedudukan hadith ini sebagai mursal. Hal senada turut diungkapkan oleh al-Daruquthni. Tetapi al-Bukhari dan Muslim cenderung membenarkan hadith ini mawshul dan tidak ada alasan lagi untuk tidak menerima penilaian al-Bukhari. Sebuah hadith jika sudah di dalam al-Sahihain maka itu tidak perlu dipertikai lagi.15

, uswah adalah contoh dan panutan sedangkan al-ghurama orang orang yang berhutang. Maksudnya haknya sama seperti orang yang berhutang, kerana dia tidak memiliki keistimewaan dalam masalah ini.

, al-Shanani berkata: Saya telah merujuk Sunan Abu Dawud, tetapi saya tidak mendapati beliau menilai hadith ini daif. Bagi pensyarah, Abu Dawud sememangnya mengemukakan komentar setelah menyebutkan hadith ini namun dalam kebanyakan naskah ia tidak dijumpai, iaitu perkataannya: Abu Dawud berkata: Abu al-Mutamir seorang yang kami tidak mengenalinya dan tidak seorang yang mengambil hadith daripadanya. Pengarang kitab Awn al-Mabud mengatakan bahawa kebanyakan naskah tidak memuatkan komentar ini. Saya menjumpai komentar ini dalam naskah al-Munziri lalu beliau memuatkannya di dalam kitab al-Mukhtashar. Demikian pula al-Zahabi menukilnya di dalam kitab al-Mizan. Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitab al-Taqrib berkata: Abu al-Mutamir seorang periwayat yang majhul. Menurut al-Zahabi, dia seorang yang tidak dikenali. Apapun, Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari ketika memberikan ulasan ke atas hadith ini berkata: Ia adalah hadith ini hasan yang boleh dijadikan sebagai hujah. Sungguh pernyataan yang pelik! Apapun, kenyataan ini dibuat oleh Ibn Hajar setelah menukil perkataan Imam al-Syafii. Ada kemungkian ia adalah perkataan Imam al-Syafii, bukan perkataan Ibn Hajar.

, Abu Hurairah tidak bermaksud bahawa dirinya benar-benar sama memutuskan hukum seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w), sebaliknya beliau memutuskan hukum dalam kes yang serupa dengannya.

15 Hadith ini dimuatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Jika al-Bukhari dan Muslim telah bersepakat menyatakan suatu hadith itu sahih, maka wajib menerima penilaian sahih itu. Setiap hadith yang dinyatakan sahih oleh keduanya pasti diterima oleh ulama Islam.

161

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 161

09/04/2010 23:04:50

Kitab Thaharah (Bersuci)

, yakni yang diiringi dengan kebankrapan, di mana hukum keduanya adalah sama. Apapun, lafaz ini dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dan berkata: Ia merupakan tamabahan daripada seorang yang thiqoh.
Fiqu Hadith 1. Boleh berhutang dalam jual beli. 2. Jika penjual menjumpai barangnya di sisi pembeli yang bankrap, maka dia lebih berhak ke atas barang miliknya itu berbanding orang lain kerana pinjaman sama seperti jual menurut Imam al-Syafii. Dalilnya menurut beliau adalah: Barang siapa yang menjumpai hartanya di mana lafaz hadith ini meliputi jual beli sekali gus pinjaman. Imam al-Syafii menjawab lafaz hadith berkut: Barang siapa yang menjual. sebagai sekadar satu kebiasaan dan kalimat ini tidak dapat mengkhususkan kalimat umum yang terdapat dalam lafaz hadith sebelumnya. Inilah pendapat menurut jumhur ulama, tetapi dalam masalah ini ulama mazhab Hanafi berbeza pendapat dan mereka menolak berdalil dengan hadith-hadith sahih. Bagi mereka, ia adalah khabar wahid yang bercanggah kaedah usul fiqh. 3. Hak penarikan semula barang itu sabit apabila ia masih utuh, kerana dalam hadith di atas disebutkan perkatan .Jika sifat atau pun keutuhan barang itu bertambah atau berkurang, maka pembeli tidak lagi berhak ke atas barang itu menurut Imam al-Syafii, sebaliknya ia menjadi milik bersama dengan orang lain yang sama-sama memberikan pinjaman. Ini adalah pendapat seluruh ulama fiqh. Akan tetapi Imam al-Syafii berpendapat lain dan ini merupakan pendapat yang kuat di dalam mazhabnya, di mana menurutnya penjual tetap berhak untuk mengambil barang miliknya itu, walaupun sudah ada perubahan dan barang itu apabila ada penambahan, harga tambahan itu mestilah diserahkan kepada orang yang bankrap berkenaan. 4. Penarikan barang disyaratkan bahawa penjual belum pernah sama sekali menerima harga barang tersebut, sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadith kedua. Inilah pendapat jumhur ulama, sementara Imam al-Syafii berpendapat lain, di mana hak penarikan tetap menjadi milik penjual dan dia tidak sama seperti orang lain yang sama-sama memberikan pinjaman kepada orang yang bankrap itu, meskipun sebelum ini pernah menerima sebahagian harga barang itu. Ini kerana menurut Imam al-Syafii, riwayat yang menyatakan adanya syarat bahawa penjual mesti belum pernah sama sekali menerima bayaran adalah riwayat mursal dan oleh kerananya, ia tidak boleh dijadikan hujah.

162

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 162

09/04/2010 23:04:50

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

5. Kematian sama seperti keadaan orang yang bankrap seperti mana yang ditegaskan oleh hadith ketiga yang dinilai daif oleh sekumpulan ulama namun dan dinilah hasan oleh Ibn Hajar atau Imam al-Syafii. Inilah pendapat Imam al-Syafii dan Umam Ahmad dalam satu riwayat. Namun Imam Malik membezakan antara kematian dengan bankrap dan demikian pula Imam Ahmad dalam riwayat yang lain. Manakala mazhab Hanafi pula tidak menjadikan hadith ini sebagai landasan sama ada berkaitan dengan kematian atau kebankrapan.

88- Daripada Amr bin al-Syarid daripada ayahnya, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Penangguhan pembayaran hutang yang dilakukan oleh orang yang berkemampuan untuk membayarnya menjadikan kehormatannya tidak lagi layak dihormati dan halal pula diseksa (dipenjarakan). (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasai. Al-Bukhari menilainya sebagai muallaq dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban: 888). Makna Hadith Islam amat menggalakan supaya bersegera membayar hutang, menunaikan amanah dan kewajipan seperti mana disebutkan dalam banyak nash. Ini diharapkan setiap muslim sedar untuk tidak menyalahi apa yang diperintahkan ini. Hadith ini bertujuan memberi petunjuk kepada suatu kaum yang tidak mahu ambil peduli perintah ini dan mereka sentiasa dibuai oleh kesesatan. Ia menghalalkan kehormatan orang yang lalai membayar hutang meskipun sebenarnya mereka mampu membayarnya dan menjatuhkan hukuman yang wajar yang mendorongnya mahu melangsaikan hutangnya itu. Analisis Lafaz , dengan membaca fathah huruf lam dan tasydid huruf ya. Ia adalah masdar kepada kata kerja: . Ia bermaksud melambatkan dan melengahkan pembayaran hutang tanpa wujud uzur. ,adalah fail daripada yang bermaksud orang yang mempunyai kekayaan dan mampu membayar hutangnya, kerana asal makna al-wujid adalah mampu atau sanggup.

163

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 163

09/04/2010 23:04:50

Kitab Thaharah (Bersuci)

,dengan membaca dhammah huruf mudharaah kerana pada dasarnya harta orang muslim dan menyeksanya adalah diharamkan dan ia tidak boleh diambil melainkan ada sebab yang dibolehkan oleh syariat seperti menangguhkan pembayaran hutang bagi orang yang berkemampuan.

,menurut Waki dan Sufyan, kalimat ini bermaksud menahannya. Hal yang serupa dikemukakan oleh Ibn al-Mubarak dan Zaid bin Ali.
Fiqh Hadith

,dengan membaca kasrah huruf ain dan sukun huruf ra serta fatah huruf dhad, iaitu tempat pujian dan hinaan bagi seseorang, sama ada dirinya atau keturunannya. Tafsiran perkataan kehormatan ini di sini adalah orang yang enggan membayar hutang itu layak dimaki dan disifatkan sebagai orang jahat. Tafsiran ini menurut Ibn al-Atsir. Menurut Ibn al-Mubarak sebagaimana yang disebut oleh Abu Dawud setelah menyebut hadith ini, tafsiran kehormatan di sini adalah orang itu layak disebut dengan kata-kata yang tidak layak baginya kerana lalai untuk membayar hutangnya. Sufyan pula mentafsirkan kehormatan dengan perkataan: Anda sungguh lengah untuk membayar hutang saya itu. Tafsiran ini dikeluarkan oleh al-Baihaqi. Ada pula yang mentafsirkannya bahawa orang yang lengah membayar hutang itu berhak untuk disakiti dengan kata-kata yang boleh menyakiti dirinya. Menurut Waki pula, orang yang lengah membayar hutang itu halal untuk diadukan kepada orang lain tentang sikap buruknya itu.

1. Melengahkan pembayaran hutang bagi orang yang berkemampuan untuk membayarnya merupakan perbuatan zalim. 2. Dibolehkan bercakap kasar kepada orang yang enggan membayar hutang padahal dia mampu membayarnya. 3. Hakim dibolehkan memenjarakan orang yang enggan membayar hutangnya. Al-Khatthabi berkata: Jika seseorang itu mempunyai harta yang dia sembunyikan, maka hakim boleh memenjarakannya hingga orang itu mahu mengeluarkan hartanya. Jika dia mengaku hartanya hilang, maka pengakuannya itu tidak boleh diterima sehinggalah mendatangkan saksi bagi memastikan dakwaannya itu benar. Tujuan pengurungan adalah untuk melihat keadaannya yang sebenar. Jika sudah dapat diketahui keadaannya yang sebenar, maka dia boleh dibebaskan. Jumhur ulama membolehkan sekatan ke atas orang yang enggan membayar hutang padahal dia berkemampuan dan kemudian menjual hartanya untuk melangsaikan hutangnya.

164

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 164

09/04/2010 23:04:50

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

4. Orang yang kesusahan membayar hutang tidak boleh dipenjarakan. Ini dapat difahami menerusi mafhum mukhalafah hadith ini dan firman Allah:

Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). (Surah al-Baqarah: 280) Inilah pendapat ini jumhur ulama; Imam Malik, Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama. Sementara Syuraih dan ulama mazhab Hanafi, orang yang tidak mampu membayar hutangnya meskipun hidup dalam kesusahan boleh dipenjarakan. Penting Ulama berbeza pendapat tentang orang yang berkemampuan namun enggan membayar hutang, apakah dia termasuk orang fasik dan kesaksiannya langsung ditolak sebaik melakukan perbuatannya zalimnya itu meskipun hanya sekali? Menurut mazhab Maliki dan mazhab Syafii, dia dianggap fasik jika jumlah hutangnya itu mencapai sepuluh dirham, yakni seharga satu ekor kambing atau lebih. Namun mereka masih berbeza pendapat sama ada sekali melakukan perbuatan zalim sudah dianggap fasik atau sebaliknya. Apapun, mazhab Syafii mensyaratkan perbuatan keji ini dilakukan secara berulang. Pendapat lain mengatakan bahawa orang itu tidak dianggap fasik lantaran melakukan perbuatan keji itu. Periwayat Hadith Amr bin al-Syarid adalah Abu al-Walid al-Thaifi. Beliau meriwayatkan hadith daripada ayahnya, Saad bin Abu Waqqash, Ibn Abbas dan ramai lagi. Antara ulama yang mengambil hadith daripadanya adalah Amr bin Syuaib, Ibrahim bin Maisarah dan sekumpulan ulama. Mereka pula menilainya sebagai thiqoh. Al-Syarid adalah ayahnya yang merupakan anak Suwaid al-Tsaqafi. Beliau pernah dibonceng Rasulullah (s.a.w) sambil mendendangkan syair Umayyah bin Abu al-Shalt, sebagaimana yang diceritakan oleh Ibn Saad. Ramai ulama yang mengambil hadith daripadanya. 165

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 165

09/04/2010 23:04:51

Kitab Thaharah (Bersuci)

89- Daripada Abu Said al-Khudri (r.a), beliau berkata: Seorang lelaki yang mengalami kerugian besar pada zaman Rasulullah (s.a.w) lantaran jual beli buah-buahan yang telah dilakukannya hingga menyebabkan hutangnya bertimbun dan akhirnya bankrap. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Berilah orang ini sedekah. Ramai orang yang memberinya sedekah, namun hasil sedekah itu masih belum memadai untuk melunasi hutangnya. Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada orang yang memberi pinjaman hutang kepadanya: Ambil apa-apa yang ada padanya dan hanya itulah yang kamu boleh miliki. (Diriwayatkan oleh Muslim: 889). Makna Hadith Hadith ini menghuraikan bagaimana cara bertindak ke atas harta orang bankrap untuk membayar hutangnya yang melebihi jumlah harta yang ada padanya. Harta yang ada padanya hendaklah dibahagikan mengikut kadar hutang orang yang telah memberi pinjaman kepadanya setelah mengalu-alukan orang ramai supaya bersedakah kepada si muflis itu bagi meringankan bebanannya. Analisis Lafaz

, hutangnya pun bertimbun hinnga melebihi harta yang ada padanya, kerana kalimat ini kemudian diikuti oleh perkataan . ,bagi orang yang memberi pinjaman hutang ke atasnya.
166

tanaman orang ini diserang hama, bukan kerana rugi dalam berjual beli. Oleh itu, Muslim menyebut hadith ini dalam bab disunatkan membebaskan hutang setelah menyebut bab serangan hama yang boleh merosakkan tanaman. Ini turut ditegaskan oleh al-Nawawi.

, pada zahirnya kebun atau

,perintah bersedakah di sini tidak wajib, sebaliknya ia berupa anjuran dan galakan.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 166

09/04/2010 23:04:51

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Dibolehkan menyuruh dan mendesak orang lain supaya bersedekah. 2. Disunatkan membantu orang bankrap dan orang yang memiliki keperluan mendesak. 3. Harta orang bankrap dibahagikan kepada orang yang menghutanginya sesuai dengan jumlah hutang mereka. 4. Jika hartanya telah habis dibahagikan sementara masih ada sisa hutang yang belum dibayar, maka hutang itu dianggap sudah gugur sebagaimana yang ditegaskan oleh zahir hadith di atas. Pendapat lain mengatakan bahawa makna hadith dan hanya itulah yang kamu boleh miliki adalah itu sekarang yang boleh kamu memilikinya, sementara bakinya boleh dituntut ketika ekonomi orang yang berhutang itu sudah mula bangkit. Al-Nawawi berkata: Ada kemungkinan buah-buahan itu rosak setelah tiba waktu tuaian, namun penjual lalai menuainya dan inilah risiko yang mesti dia tanggung. Pendapat lain mengatakan bahawa perintah di hadith ini adalah bersifat anjuran, bukan kewajipan.

90- Daripada Ibn Kaab bin Malik daripada ayahnya bahawa Rasulullah (sa. w) pernah melakukan sekatan ke atas harta Muadz dan menjualnya untuk melunasi hutangnya. (Diriwayatkan oleh al-Daruqthni, dinilai sahih oleh al-Hakim dan Abu Dawud mengeluarkannya sebagai mursal sekali gus meyakininya sebagai mursal: 890). Makna Hadith Hadith ini mengharuskan untuk melakukan sekatan ke atas orang yang dibebani hutang apabila sudah bankrap dan dia dilarang daripada mengurus hartanya sendiri. Hakim bertugas menjual harta milik orang yang dililit hutang itu hingga dia dapat melunasi hutangnya. Sebab Muadz dililit hutang telah pun dijelaskan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak bahawa Muadz seorang pemuda penyabar, bertolak ansur dan dermawan. Beliau pemuda harapan masyarakatnya kerana seorang yang dermawan. Oleh kerana kedermawanannya itu, beliau terus 167

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 167

09/04/2010 23:04:51

Kitab Thaharah (Bersuci)

berhutang hinggalah dirinya dililit hutang. Analisis Lafaz

,secara bahasa adalah mempersempit sementara secara syariat pula melarang pemilik harta untuk membelanjakan hartanya, baik untuk menjual, menghibahkannya atau lain sebagainya. Muadz bin Jabal, salah seorang sahabat masyhur dan peristiwa ini terjadi pada tahun kesembilan Hijrah.

, Abu Dawud meyakini hadith ini mursal. Demikian pula yang dilakukan oleh Abdul Haq al-Hafiz. Manakala sekumpulan ulama yang lain cenderung mengatakan hadith ini mawshul seperti al-Hakim. Apapun, mengikut pendapat yang sahih, riwayat yang mawshul meskipun sanadnya sahih tetapi ia menjadi malul (cacat) lantaran ulama terkemuka dalam hadith ini telah meyakininya mursal seperti Abdurrazzaq, Ibn alMubarak di mana kedua-duanya telah meriwayatkannya daripada al-Zuhri daripada Ibn Kaab bin Malik secara mursal.

Fiqh Hadith Hakim berhak menyekat harta milik orang yang berhutang untuk tidak mengelolanya dan menjualnya untuk membayar hutang-hutangnya menurut pendapat jumhur ulama; Imam Malik, Imam al-Syafii, Abu Yusuf dan Muhammad, tetapi mereka mensyaratkan sekatan itu berdasarkan tuntutan orang yang memberi pinjaman kepadanya. Dalam riwayat lain menurut Imam al-Syafii, orang yang berhutang boleh disekat meskipun tidak ada tuntutan oleh orang yang memberi hutang kepadanya. Menurut Imam Abu Hanifah, orang yang berhutang tidak boleh disekat dan tidak boleh pula hartanya dijual, sebaliknya dia hanya boleh ditahan. Penting Zahir hadith ini menegaskan bahawa hutang telah menghabiskan seluruh harta yang dimiliki Muadz. Jadi adakah disamakan dengan kes Muadz jika hutang seseorang itu tidak sampai menghabiskan seluruh harta miliknya? Menurut Imam al-Syafii dan jumhur ulama, dia boleh disamakan dengan kes Muadz.

168

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 168

09/04/2010 23:04:52

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Penting Tindakan orang muflis ke atas harta miliknya dianggap tidak sah meskipun tidak ada sekatan ke atasnya. Inilah pendapat al-Hasan dan Malik. menurut al-Syafii, tindakan orang yang berhutang tetap dinyatakan sah selagi tidak ada sekatan ke atasnya oleh hakim. Penting Imam al-Syafii berpendapat untuk mengharuskan sekatan ke atas orang baligh yang kurang sihat akalnya. Pendapat ini dinukil daripada Abdullah bin Jafar, Ali bin Abu Thalib, Usman bin Affan dan al-Zubair bin alAwwam. Menurut Imam Abu Hanifah pula, jika seseorang yang telah berusia dua puluh lima tahun wajib diserahkan harta kepadanya, meskipun belum mampu mengelolanya.

91- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Ketika berusia empat belas tahun, saya menawarkan diri kepada Rasulullah (s.a.w) untuk turut serta dalam Perang Uhud, namun baginda tidak memberi izin kepadaku. Ketika Perang al-Khandaq saya sudah berusia lima belas tahun dan baginda memberi izin kepadaku untuk menyertainya. (Muttafaq alaih). Dalam riwayat al-Baihaqi disebutkan: Baginda tidak mengizinkanku (untuk menyertai Perang Uhud) kerana menganggap diriku belum lagi mencapai usia baligh. (Hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah: 891). Makna Hadith Ketika hadith ini menyatakan bahawa kanak-kanak tidak dibolehkan melakukan transaksi, sementara transaksi yang dilakukan oleh orang dewasa dibolehkan, maka di sini mesti ada ketentuan yang membatasi antara umur kanak-kanak dengan orang dewasa. Inilah yang disebut dengan usia baligh. Hadith ini menegaskan bahawa batasan seseorang itu dewasa adalah ketika dia berusia lima belas tahun. 169

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 169

09/04/2010 23:04:52

Kitab Thaharah (Bersuci)

Ini difahami oleh Ibn Umar ketika Rasulullah (s.a.w) tidak membenarkan dirinya untuk turut serta dalam berperang sebelum berusia lima belas tahun dan baginda menerimanya menjadi salah seorang anggota tentera perang setelah usia itu. Analisis Lafaz ,turut serta dalam pasukan perang dan memeriksa perbarisan mereka sebelum berangkat berperang bagi mengenal pasti kekuatan, kedisiplinan dan kesediaan mereka. Kalimat ini mabni li al-majhul dan orang yang mengarak tentera ini adalah Rasulullah (s.a.w) seperti mana yang ditegaskan dalam riwayat alBukhari dan Muslim.

,yakni berusia dewasa yang mencapai usia di mana hukum taklif dibebankan dan mampu bertanggung jawab ke atas dirinya sendiri.
Fiqh Hadith

, baginda tidak mengizinkanku untuk turut serta berperang. Dalam riwayat Ibn Khuzaimah disebutkan alasannya tidak diikutsertakan dalam pasukan perang adalah kerana baginda tahu kalau aku belum lagi berusia baligh.

1. Disunatkan menawarkan diri untuk turut serta menjadi anggota pasukan tentera kepada penglima sebelum berangkat berperang. 2. Kanak-kanak disunatkan melaporkan dirinya kepada panglima dengan harapan dirinya dimasukkan ke dalam perbarisan mujahidin dan tidak salah sekiranya dia melakukan ini secara berulang selagi dia sudah merasa memiliki kemampuan. 3. Jarak waktu antara Perang Uhud dengan Perang al-Khandaq selama satu tahun. Pakar sejarah menetapkan bahawa Perang Uhud terjadi pada tahun ketiga Hijriah. Dengan ini, maka Perang al-Khandaq terjadi pada tahun keempat Hijriah. Jumhur ulama berpendapat bahawa Perang al-Khandaq terjadi pada tahun kelima Hijriah dan mereka menjawab ke atas hadith ini bahawa perkataan Ibn Umar: sedangkan saya masih berusia empat belas tahun yakni sudah memasuki usia itu dan perkataannya: pada waktu Perang alKhandaq, saya berusia lima belas tahun yakni sudah melewati usia itu. 4. Batasan usia baligh bagi lelaki adalah umur lima belas tahun. Inilah pedapat Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Ibn Wahb dan jumhur ulama. Jadi, jika seorang lelaki sudah berusia lima belas tahun, maka dia sudah dianggap baligh. Menurut sebahagian besar ulama mazhab Maliki, batasan usia baligh bagi lelaki adalah ketika berusia tujuh 170

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 170

09/04/2010 23:04:52

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

belas atau lapan belas tahun. Menurut Imam Abu Hanifah, usia baligh bagi lelaki adalah sembilan belas atau lapan belas tahun dan tujuh belas tahun bagi perempuan.

92- Daripada Athiyyah al-Quradzi, beliau berkata: Kami dihadapkan kepada Rasulullah (s.a.w) pada waktu Perang Bani Quraidzah, sesiapa yang sudah tumbuh bulu ari-arinya maka dia dibunuh dan sesiapa yang belum tumbuh bulu ari-arinya maka dia dibebaskan. Aku termasuk salah seorang yang belum tumbuh bulu ari-arinya, lalu aku pun dibebaskan. (Diriwayatkan oleh al-Arbaah, dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim, beliau berkata: Hadith ini mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim: 892). Makna Hadith Hadith turut menyebutkan batasan usia baligh, tetapi di sini disebutkan bahawa ukuran baligh ditetapkan dengan tumbuhnya bulu ari-ari atau ketika bulu di wajahnya sama ada misai atau janggut sudah tumbuh, di mana Rasulullah (s.a.w) telah menjadikannya sebagai batasan mana tawanan perang yang layak dibunuh atau mereka yang mesti dibebaskan kerana dianggap masih kanak-kanak. Hadith ini turut melarang untuk membunuh kanak-kanak dan mereka wajib dibebaskan ketika dalam peperangan. Analisis Lafaz ,Athiyyah al-Quradzi bersama sekumpulan kaumnya dari kalangan Bani Quraidzah dihadapkan kepada Rasulullah (s.a.w) untuk diperiksa sama ada patut dibunuh atau sebaliknya setelah mereka menjadi tawanan tentara kaum muslimin.

, pendapat yang paling kuat mengatakan peristiwa ini terjadi pada tahun kelima Hijriah setelah Perang al-Khandaq. Bani Quraidzah merupakan salah satu puak Yahudi yang melanggar perjanjian damai bersama Rasulullah (s.a.w) bahkan mereka menghulurkan bantuan kepada orang kafir Quraisy untuk memerangi baginda sewaktu Perang al-Ahzab. Setelah perang ini berakhir, Rasulullah (s.a.w) langsung mendatangi mereka dan menyerangnya.
171

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 171

09/04/2010 23:04:52

Kitab Thaharah (Bersuci)

,bulu ari-arinya tumbuh sebagaimana yang disebutkan secara tegas dalam satu riwayat. Pendapat lain mengatakan bahawa maksudnya rambut yang ada pada wajahnya sudah tumbuh dan pendapat ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah (s.a.w):

Bunuhlah setiap lelaki yang janggutnya sudah boleh dicukur dengan pisau cukur.

, dibiarkan dan dibebaskan untuk tetap hidup.

Fiqh Hadith Batasan usia baligh bagi lelaki adalah tumbuhnya bulu ari-ari atau bulu pada wajahnya menurut Imam Ahmad dan Ishaq jika umur kanak-kanak itu tidak diketahui dan belum pernah bermimpi basah. Jika umurnya telah sampai lima belas tahun atau pernah bermimpi basah, maka dia sudah dikira baligh meskipun bulu ari-ari atau bulu di wajahnya belum tumbuh. Periwayat Hadith Athiyyah al-Quradzi, gelaran ini dinisbahkan kepada Bani Quraidzah dan beliau hanya meriwayatkan hadith ini. Nama ayahnya pula tidak diketahui. Abdul Malik bin Umair, Katsir bin al-Saib dan masyarakat Kufah pernah mengambil hadith daripada Athiyyah al-Quradzi.

93- Daripada Amar bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Seorang wanita tidak dibolehkan memberikan sesuatu kecuali dengan kebenaran suaminya. (893). Dalam lafaz hadith yang lain disebutkan: Seorang wanita yang sudah bersuami tidak diperkenankan mengatur hartanya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ash-hab al-Sunan kecuali al-Tirimizi, dinilai sahih oleh al-Hakim) 172

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 172

09/04/2010 23:04:53

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Setelah hadith sebelum ini membincangkan hukum bagi lelaki dewasa, bila pula kanak-kanak dikategorikan sebagai dewasa dan dibolehkan mengelola hartanya, Ibn Hajar di sini menyebutkan satu hadith yang menjelaskan apa-apa yang boleh dilakukan oleh seorang isteri terhadap hartanya. Islam melarang seorang isteri untuk membelanjakan hartanya melainkan setelah mendapat kebenaran suaminya. Analisis Lafaz

, yakni perempuan yang sudah dilakukan akad nikah ke atasnya walaupun belum disetubuhi.
Fiqh Hadith

, harta yang dia miliki. Ada yang mengatakan harta harta suami yang dia pegang dan harta ini disandarkan kepadanya kerana dia dibolehkan membelanjakan harta itu.

,pemberian berupa sedekah dan lain-lain sebagainya. Dengan erti kata lain, seorang isteri tidak boleh memberikan suatu pemberian.

Larangan bagi wanita untuk membelanjakan hartanya kecuali setelah mendapat izin daripada suaminya. Inilah pendapat al-Laits bin Saad dan Thawus bin Kaisan. Menurut Imam Malik, seorang isteri dibolehkan membelanjakan hartanya selagi tidak melebih satu pertiga dari jumlah hartanya. Jika melebihi jumlah itu, dia mestilah terlebih dahulu meminta izin daripada suaminya. Dalilnya adalah seorang isteri berhak mewasiatkan satu pertiga harta yang dia miliki meskipun tanpa seizin suaminya. Menurut jumhur ulama pula hadith ini berlaku kepada seorang isteri yang kurang akal hingga tidak mampu mengurus hartanya atau ada kemungkinan pula hadith ini menunjukkan bahawa seorang isteri mestilah berakhlak sopan dan bijak menyenangkan hati suami. Jadi perintah di sini tidak bermaksud suatu kewajipan, kerana dalam hadith yang diriwayatkan al-Bukhari disebutkan: ( Bersedekahlah walah kaum perempuan). Setelah kalimat ini, kaum perempuan pada zaman Rasulullah (s.a.w) itu segera menanggalkan kalung, cincin dan gelang mereka untuk disedekahkan meskipun tidak meminta izin suaminya terlebih dahulu. Banyak hadith yang menceritakan masalah ini.

173

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 173

09/04/2010 23:04:53

Kitab Thaharah (Bersuci)

94- Daripada Qabishah bin Mukhariq al-Hilali (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya perbuatan meminta-minta sama sekali tidak dibenarkan kecuali bagi salah seseorang daripada tiga golongan ini. Pertama, seseorang yang menanggung hutang orang lain, maka dia dibolehkan meminta-minta hingga dia memperoleh sesuatu yang mencukupi bagi keperluan hidupnya dan setelah itu dia tidak dibolehkan lagi untuk meminta-minta. Kedua, seseorang yang ditimpa bencana hingga menghabiskan seluruh harta miliknya, maka dia dibolehkan memintaminta sehingga memperolah saraan hidup yang mencukupi keperluannya. Ketiga, seseorang yang dilanda kemiskinan sehingga ada tiga orang tokoh di kalangan kaumnya yang mengatakan bahawa si polan adalah benarbenar seorang yang fakir, maka dia dibolehkan untuk meminta-minta. (Diriwayatkan oleh Muslim: 894). Makna Hadith Hadith ini mengharuskan meminta-minta kepada orang lain hanya bagi tiga golongan; Pertama, seseorang yang berusaha mendamaikan dua pihak yang bertelagah lalu dia bersedia menanggung hutang demi usha perdamaian itu hingga tidak sanggup membayarnya. Di sini dibolehkan meminta bantuan orang kaya. Kedua, seseorang yang bankrap kerana hartanya ditimpa bencana seperti hama menyerang tanamannya hingga gagal panen atau barang perniagaannya habis dimakan api. Ketiga, seseorang yang benar-benar miskin, sehingga dia mendapat pengakuan daripada tokoh setempat bahawa dia adalah orang fakir. Islam membenarkan mereka meminta-minta sekadar memenuhui keperluan. Selain itu, perbuatan meminta-minta merupakan harta batil yang apabila dimakan oleh seseorang menyebabkan dirinya masuk neraka sebagaimana yang ditegaskan pada bahagian akhir hadith ini. Hadith ini telah pun disebut pada bahagian zakat dengan no. 209. Ibn Hajar menisbahkan hadith ini kepada Muslim, Abu Dawud, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban. Soalan dalam bab ini akan disebutkan dalam bab perdamaian. 174

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 174

09/04/2010 23:04:53

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB PERDAMAIAN

Perdamaian adalah meleraikan orang yang sedang bertikai, namun apa yang dimaksudkan di sini adalah pertikaian hak kepemilikan dan bukannya segala bentuk pertikaian.

95- Daripada Amr bin Awf al-Muzani (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Perdamaian itu boleh dilakukan di antara orang muslim, kecuali perdamaian yang bertujuan mengharamkan perkara halal atau menghalalkan perkara haram. Orang muslim harus menepati syarat-syarat yang telah mereka buat kecuali syarat yang mengharamkan perkara halal atau menghalalkan perkara haram. (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi sekali gus menilainya sahih, namun ramai ulama yang mengingkari pernilaian ini kerana periwayat hadith ini adalah Katsir bin Abdullah bin Amr bin Awf, seorang yang daif. Ada kemungkinan al-Tirmidhi menilai hadith ini sahih kerana beliau melihat ia memiliki banyak jalur: 895).

96- Hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban daripada Abu Hurairah (r.a). (896).

175

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 175

09/04/2010 23:04:54

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Manusia sentiasa dihadapkan dengan syahwat dan perkara syubhat hingga dengannya mereka saling bermusuhan dan berselisih faham. Di sini Islam datang untuk mengharusksn perdamaian di antara sesama mereka, malah itu amat digalakkan selagi itu tidak bercanggah dengan hukum Islam yang tidak mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Demikian pula dengan perjanjian yang telah mereka buat mestilah mendatangkan kemaslahatan kepada setiap pihak yang terlibat dan tidak boleh sampai terjerumus ke dalam permusuhan. Oleh itu, perjanjian ini disebutkan setelah perdamaian, namun perjanjian itu mestilah tidak menyalahi ketentuan hukum dan prinsip Islam seperti mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. Analisis Lafaz

, disyariatkan. Perkataan di antara sesama muslim hanya sekadar menunjukkan kebiasaan.

, mereka mengingkari penilaian sahih hadith ini. Seseorang saling mengingkari orang lain bermaksud menyalahkan dan meminta untuk meninggalkan sesuatu yang salah.

, yakni kaum muslimin mestilah mematuhi dan berkomitmen untuk mematuhi syarat atau perjanjian mereka dan mereka tidak boleh mengabaikannya.

, pernyataan dapat disanggah dengan dua cara, iaitu: Pertama, penilaian sahih berdasarkan banyaknya jalur, bukan berdasarkan sanad. Ini adalah satu kesilapan. Ini kerana al-Tirmidhi memiliki pandangan yang baik terhadap hadith Katsir kerana mengikuti langkah al-Bukhari seperti mana yang ditegaskan al-Mizzi dalam biografi Katsir. Al-Tirmidhi berkata: Saya pernah bertanya kepada Muhammad alBukhari mengenai hadith Katsir bin Abdullah daripada ayahnya daripada datuknya tentang waktu yang diyakini makbul doa pada hari Jumaat? AlBukhari menjawab: Ia hadith hasan tetapi Imam Ahmad menilai Katsir sebagai daif, padahal Yahya bin Said al-Anshari meriwayatkan hadith daripada Katsir ini.

,Imam al-Syafii, Abu Dawud dan Ibn Hibban menilai Katsir bin Abdullah bin Amr bin Awf adalah seorang pembohong, sementara Imam Ahmad pula menganggapnya matrut dan hadithnya tidak boleh dijadikan hujah, manakala ulama yang lain pula menilainya daif, tetapi al-Bukhari tidak menilainya daif dan demikian pula Yahya Bin Said.

176

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 176

09/04/2010 23:04:54

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Di sini al-Bukhari berpendapat bahawa Yahya tidak pernah meriwayatkan hadith melainkan daripada seseorang yang telah diyakininya tidak ada masalah dengannya. Perkataan al-Bukhari: Hadith ini hasan kadang kala tidak dapat difahami bahawa beliau menilai Katsir sebagai hasan, sebab beliau tidak mengadakan sanad hadithnya hasan. Ada kemungkinan al-Bukhari menilai hasan hadith ini lantaran adanya banyak syahid. Apapun, pernyataannya seolah beliau menegaskan ingin mengatakan Katsir seorang periwayat yang kuat dan langkah ini kemudian diikuti oleh al-Tirmidhi. Buktinya, al-Tirmidhi setelah menyebutkan hadith ini berkata: Hadith ini hasan sahih, namun beliau tidak menyebutkan syahid dan ini menujukkan bahawa penilaian ini untuk sanad hadith ini sahaja. Kedua, perkataan disebabkan banyak memiliki jalur adalah tidak benar kerana hadith ini tidak memiliki jalur selain ini, yakni jalur Amr bin Awf. Beliau seorang diri meriwayatkannya daripada ayahnya bernama Abdullah daripada datuknya bernama Amr bin Awf. Mereka tidak meriwayatkannya daripada Amr selain Abdullah dan tidak pula daripada Abdullah selain Katsir. Walaupun banyak periwayat daripada Abdullah, namun ini tidak dapat dikatakan hadith ini memiliki banyak memiliki jalur, kerana sumbernya hanya satu. Apapun, kenyataan ini yang lebih tepat adalah disebabkan banyak memiliki syahid.

, ia dikeluarkan oleh Abu Dawud dan menisbahkan hadith ini kepadanya adalah lebih baik. Di sini ada pula riwayat daripada Aisyah dan Anas bin Malik di sisi al-Hakim. Jadi hadith ini menjadi kuat lantaran banyak memiliki syahid, meskipun masih dipertikai.

Fiqh Hadith 1. Perdamaian dianjurkan bagi kedua pihak yang bertelagah, baik sesama muslim ataupun bukan selain mereka, baik sebelum kebenaran terungkap ataupun sesudahnya. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam kisah al-Zubair ketika bertelagah dengan seorang lelaki Anshar, kemudian Rasulullah (s.a.w) mendamaikan mereka berdua. Ketika lelaki Ansar itu enggan berdamai, baginda menegaskan bahawa kebenaran itu ada pada perdamaian. Kisah ini diceritakan dalam Sahih al-Bukhari. Sebahagian ulama mengatakan dibolehkan berdamai setelah kebenaran terungkap. Namun apakah perdamaian dianggap sah jika itu tidak diakui oleh pihak yang didakwa? Menurut Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah, perdamaian tetap dianggap sah, tetapi Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama yang lain tidak sependapat dengan mereka. 2. Wajib melaksanakan perjanjian dan syarat yang telah disepakati bersama selagi tidak menyalahi hukum dan prinsip ajaran syariat. Ulama telah pun bersepakat mengenai masalah ini. 177

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 177

09/04/2010 23:04:54

Kitab Thaharah (Bersuci)

97- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Seseorang tidak boleh melarang jirannya memasang kayu pemisah di temboknya. Kemudian Abu Hurairah (r.a) berkata: Kenapa aku melihat kamu berpaling daripadanya? Demi Allah, aku akan meletakkan kayu tersebut di atas bahu-bahu kamu. (Muttafaq alahi: 897). Makna Hadith Hadith ini menegaskan bahawa seseorang tidak boleh melarang jirannya daripada menyandarkan tiang atau kayu di atas dindingnya. Ini menunjukkan betapa penting membantu jiran sesuai dengan keperluan selagi itu tidak membahayakan kedua orang yang berjiran. Abu Hurairah (r.a) merasa penting untuk menyampaikan hadith ini meskipun ada sesetengah pihak yang seakan tidak peduli dengan hadith ini dan oleh kerananya, beliau mengulangi hadith ini. Analisis Lafaz

, dengan membaca jazam huruf ain, kerana huruf la sebagai nahi, manakala dalam riwayat lain pula kalimat ini dibaca rafa kerana ia menjadi khabar yang bermakna larangan. Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan: ( Jangan sekali-kali melarang) dan ini menguatkan lagi riwayat yang membaca jazam sebelum ini.

, berpaling daripada sesuatu bermaksud meninggalkannya dan tidak peduli dengannya. Maksudnya, mereka barangkali enggan mengamalkan Sunnah ini16 sementara Abu Hurairah ingin menyampaikan hadith ini kepada mereka. , dalam riwayat lain disebutkan: yang bermaksud aku akan menyiarkan hadith ini supaya telinga kamu mahu mendengarkannya.

16 Apa yang dimaksud dengan Sunnah di sini bukanlah perbuatan yang dianjurkan untuk dilaksanakan, sebaliknya maksud Sunnah di sini adalah cara yang pernah dipraktikkan oleh Rasulullah (s.a.w) yang kadang kala mengandungi makna kewajipan atau sunat, sementara perintah dalam hadith ini mempunyai makna wajib.

178

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 178

09/04/2010 23:04:55

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, di antara kamu. Dalam riwayat lain disebutkan: dengan menggunakan huruf nun, jamak yang bermaksud bahu. Dalam riwayat lain pula disebutkan: ( di antara mata kamu).
Fiqh Hadith 1. Seseorang tidak boleh melarang jirannya untuk meletakkan kayu di atas dindingnya. Jika melarangnya, maka orang itu mesti dipaksa untuk menerimanya. Inilah pendapat Imam Ahmad, Ishaq, Ibn Habib dari mazhab Maliki dan Imam al-Syafii dalam qawl qadim. Inilah pendapat yang benar. Namun Imam al-Syafii dalam qawl jadid pula ada dua pendapat dan yang paling masyhur mengatakan bahawa meletakkan kayu di atas dinding jiran mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pemiliknya. Jika pemiliknya menolak, maka dia tidak boleh dipaksa. Hal senada turut dikemukakan oleh mazhab Hanafi dan mereka mengertikan larangan dalam hadith ini sebagai tidak wajib untuk dilaksanakan, sebaliknya ia bermaksud disunatkan bahawa pemilik dinding berkenaan tidak mecegahnya. 2. Menjelaskan hukum sebelum berlaku pelanggaran supaya ia tidak dilanggar. 3. Disunatkan mengingkari kemungkaran dan menyebarkan amalan Sunnah.

98- Daripada Abu Humaid al-Saidi (s.a.w), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak halal bagi seorang mengambil tongkat saudaranya tanpa meminta keredhaannya terlebih dahulu. (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim dalam kitab Sahih mereka: 898). Makna Hadith Al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan hadith Abu Humaid ini untuk menjelaskan dalil perkataan Imam al-Syafii yang mengatakan bahawa pemilik apabila enggan menerima permintaan jirannya menyandarkan kayu di atas dindingnya, maka dia tidak boleh dipaksa, kerana hadith ini pada hakekatnya memuliakan hak asasi manusia, di mana diharamkan mengambil tongkat dan memanfaatkannya melainkan setelah memperoleh kebenaran dari 179

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 179

09/04/2010 23:04:55

Kitab Thaharah (Bersuci)

pemiliknya, walaupun barang itu bersifat remeh temeh seperti tongkat dan lain-lain. Analisis Lafaz , meredhainya dengan cara meminta izin terlebih dahulu tanpa ada unsur paksaan. Fiqh Hadith 1. Haram mengambil harta orang lain, walau barang remeh temeh sekalipun seperti tongkat melainkan pemiliknya telah membenarkannya. Ini berdasarkan kesepakatan ulama. 2. Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama yang sependapat dengannya mengemukakan dalil bahawa hakim tidak boleh memaksa seseorang yang melarang jirannya meletakkan atau menyandarkan kayu di atas dindingnya, kerana perbuatan ini dilakukan tanpa keredhaannya. Apapun, pendapat ini disanggah bahawa bahawa maksud hadith ini bersifat umum, sementara hadith meletakkan kayu sebelum ini bersifat khusus. Sesuatu yang khusus mesti diutamakan ke atas sesuatu yang umum, seperti mana zakat wajib dipungut dan nafkah wajib wajib diambil meskipun pemilik harta tidak menginginkannya. Soalan Bab Jual Beli Salam, Pinjaman dan Gadai 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Sebutkan takrif jual beli salam, pinjaman dan gadai? Bolehkah melakukan jual beli salam? Sebutkan syarat-syarat jual beli salam? Siapakah yang dimaksudkan dengan anbath al-syam? Bolehkah melakukan jual beli salam terhadap barang yang belum wujud semasa melakukan salam? Bolehkah melakukan pemisahan dalam jual beli salam dan sebutkan pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? Bolehkah berjual beli dengan ahli zimmah? Apakah perkataan sahabat: Kami sering melakukan seperti pada zaman Rasulullah (s.a.w) boleh dijadikan sebagai hujah dan sebutkan alasannya? Sebutkan hadith yang menunjukkan betapa penting niat bagi seseorang yang ingin berhutang?

9.

10. Huraikan kalimat dan yang terdapat di dalam hadith Aisyah (r.a) ketika seorang Yahudi enggan berjual beli dengan 180

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 180

09/04/2010 23:04:55

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Rasulullah (s.a.w) secara nasiah (ansuran) dan sebutkan faktor yang menyebabkannya enggan berbuat demikian? 11. Sebutkan hukum-hakam yang boleh diambil daripada hadith Aisyah dalam kisah adanya hasrat berhutang kepada orang Yahudi? 12. Huraikan sabda Rasulullah (s.a.w): ? 13. Sebutkan pendapat ulama fiqh tentang dibolehkan memanfaatkan barang gadaian? 14. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan atau penguncian barang gadaian? 15. Huraikan maksud sabda Rasulullah (s.a.w) tentang orang yang menerima barang gadai: ? 16. Apakah hukumnya jika barang gadaian itu rosak di tangan orang yang menerima gadaian? 17. Huraikan maksud sabda Rasulullah (s.a.w): , dan serta barisi kalimat-kalimat ini? 18. Bolehkah memulangkan pinjaman dengan cara melebihkannya daripada jumlah yang sebenar dan bagaimanakah pendapat ulama dalam masalah ini? 19. Benarkah hadith adalah marfu? Soalan Bab Sekatan dan Muflis 1. Huraikan apakah yang dimaksudkan dengan sekatan dan muflis secara bahasa dan syariat? 2. Adakah pinjaman sama dengan jual beli ketika terjadi bankrap? 3. Jumhur ulama berpendapat bahawa penjual apabila mendapati barang di sisi pembeli yang sudah muflis adalah lebih berhak dengan barangnya itu berbanding orang lain yang memberi pinjaman, kemudian mereka pendapat jika penjual mendapati barangnya itu tidak lagi utuh. Bagaimanakah pandangan mereka dalam masalah ini? 4. Bolehkah bagi seorang penjual mengambil barangnya di sisi pembeli yang telah diisytihar muflis apabila penjual sebelum ini pernah menerima sebahagian daripada harga barang itu? 5. Adakah kematian disamakan dengan kebankrapan? 6. Ulas sabda Rasulullah (s.a.w): dan tulis semula hadith ini sekali gus membarisinya? 7. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ? 8. Bolehkah menahan orang mampu yang sengaja melengahkan pembayaran hutangnya dan apakah tujuan penahanan itu? 181

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 181

09/04/2010 23:04:55

Kitab Thaharah (Bersuci)

9. Sebutkan nas hadith Abu Said al-Khudri tentang kisah seorang yang membeli buah-buahan kemudian dia ditimpa bencana? 10. Bolehkah melakukan sekatan ke atas orang yang berhutang dan apakah disyaratkan bahawa hutangnnya itu meliputi seluruh harta miliknya bagi membolehkannya dikenakan sekatan ke atasnya? 11. Bolehkah seorang muflis mengurus hartanya meskipun tidak dikenakan sekatan ke atasnya? 12. Bolehkah dikenakan sekatan ke atas orang baligh namun kurang sempurna akalnya? 13. Sebutkan hadith Ibn Umar tentang kisah di mana beliau menawarkan dirinya untuk menjadi anggota tentera dan beri komentar ke atas hadith ini? 14. Berapakah batasan usia baligh di sisi ulama? 15. Sebutkan hadith Athiyyah al-Quradzi dan ulama fiqh yang membolehkan berfatwa dengannya? 16. Bolehkah seorang perempuan mengurus hartanya meskipun tanpa kebenaran suaminya? Bagaimanakah pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? Soalan Bab Perdamaian 1. Apakah faktor yang menyebabkan hadith Amr bin Awf al-Muzani daif: ? Sebutkan faktor yang mendorong alTirmidhi menilainya sahih? 2. Sebutkan syahid bagi hadith Amr dan siapakah orang yang meriwayatkannya? 3. Apakah disunatkan berdamai sebelum menjelaskan hak atau sesudahnya dan apakah dalil ke atasnya? 4. Bolehkah berdamai meskipun wujud pengingkaran oleh pihak yang didakwa? 6. Siapakah yang memberi fatwa dengan hadith ... dan apakah dalil orang yang tidak sependapat dengannya? Sebutkan pendapat yang kuat di antara sekian banyak pendapat itu? 5. Ulas hadith Abu Hurairah yang marfu: ?...

182

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 182

09/04/2010 23:04:55

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB HIWALAH DAN JAMINAN

Hiwalah dengan membaca fatah huruf atau membacanya kasrah di mana kalimat ini berasal dari perkataan al-tahawwul yang bermaksud perpindahan. Menurut syariat pula adalah memindahkan tanggung jawab membayar hutang kepada orang lain. Ulama fiqh berbeza pendapat apakah hiwalah ia termasuk menjual hutang dengan hutang yang diberi kelonggaran di dalamnya atau dianggap sebagai pelunasan hutang? Ada dua pendapat dalam masalah ini; ada yang membolehkannya dan ada pula yang tidak membolehkannya Jaminan adalah orang yang tidak berhutang berjanji untuk melunasi hutang orang lain.

99- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Orang kaya yang melengahkan pembayaran hutangnya adalah zalim. Jika hutang seseorang di antara kamu dipindahkan kepada orang yang berkemampuan, maka hendaklah dia menerimanya. (Muttafaq alaihi). Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan: maka hendaklah kamu menerima hiwalah itu. (899). Makna Hadith Hadith ini menganjurkan orang yang yang berkemampuan bersegera untuk membayar hutangnya dan mengingatkan mereka daripada melengahlengahkan pembayaran hutang bagi orang mampu kerana itu adalah 183

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 183

09/04/2010 23:04:56

Kitab Thaharah (Bersuci)

perbuatan zalim. Ini telah pun dibahas sebelum ini disertai hukum orang mampu yang melengahkan pembayaran hutang. Kemudian hadith ini menjelaskan pembayaran hutang yang diserahkan kepada orang lain yang tidak berhutang, di mana si A memindahkan hutangnya kepada si B, lalu si B membayar kewajipan hutang si A kepada si C, kemudian syariat Islam menganjurkan si B menerima tawaran si A. Inilah yang dinamakan dengan hiwalah, kerana si A memindahkan kewajipan hutangnya kepada si B. Analisis Lafaz

,mengakhirkan dan melengahkan, yakni melengah-lengahkan pembayaran hutang.


,maksudnya orang yang mempunyai kemampuan untuk membayar hutangnya, bukan orang kaya secara mutlak.

,berasal dari kalimat yakni orang kaya, tetapi maksudnya bukan orang kaya secara mutlak, sebaliknya orang yang mampu membayar hutang orang lain.
itu.

,dengan membaca dhammah huruf hamzah dan sukun huruf ta, yakni memindahkan.

,maka hendaklah dia menerima tawaran pemindahan hutang

Fiqh Hadith 1. Haram melengahkan pembayaran hutang bagi orang yang berkemampuan tanpa ada uzur yang dibenarkan oleh syariat. 2. Dianjurkan untuk mengalihkan hutang (hiwalah) bagi orang yang dianggap mampu membayarnya. 3. Wajib menerima pemindahan hutang (hiwalah) mengiukt pendapat mazhab Zahiri, sebahagian besar mazhab Hanbali, Abu Tsawr dan Ibn Jarir. Menurut jumhur ulama pula maksud perintah dalam hadith itu: tidak bermaksud wajib, sebaliknya hanya sekadar anjuran. Ulama bersepakat bahawa pemindahan hutang mestilah atas dasar redha orang yang memindahan hutang (muhil). Menurut jumhur ulama, selain itu disyaratkan keredhaan orang yang dialihkan (orang yang mempunyai piutang pertama, muhal alaih). Sebahagian ulama mazhab Hanafi juga mensyaratkan adanya keredhaan orang yang bakal berkewajipan membayar hutang (orang yang mempunyai piutang kedua, muhal alaih, tetapi syarat ini tidak disebutkan dalam hadith itu. Disyaratkan pula kedua-dua hak itu mestilah sama dalam sifat dan mesti berbentuk sesuatu yang diketahui. Inilah pendapat 184

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 184

09/04/2010 23:04:56

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

jumhur ulama. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pemindahan hutang tidak boleh dilakukan melainkan ke atas emas dan perak. 4. Jika orang yang menjadi pengalihan hutang (muhal alaih) tidak mampu membayar hutang orang yang mengalihkan, maka orang yang mempunyai piutang pertama (muhtal) tidak memiliki hak untuk menuntut orang yang mengalihkan hutang (muhil) itu, kerana jika dia dibolehkan kembali menuntut kepada orang yang mengalihkan hutang (muhil), maka tidak ada lagi gunanya syarat pengalihan mesti dilakukan kepada orang yang mampu. Ini kerana pemindahan tersebut sesuai dengan ketetapan nas. Jika ingin kembali menuntut kepada orang yang mengalihkan hutang, maka mesti sesuai dengan perintah yang terdapat dalam nas yang lain, sementara di sini tidak ditemukan ada nas lain. Inilah pendapat jumhur ulama. Menurut mazhab Hanafi, dia boleh kembali menuntut orang yang mengalihkan dalam keadaan terpaksa, kerana ulama mazhab Hanafi menyamakan hiwalah dengan jaminan. Akan tetapi seluruh ulama bersepakat bahawa jika terjadi muflis ketika sedang melakukan transaksi hiwalah, maka dia boleh kembali menuntut orang yang memindahkan hutang tersebut. 5. Wajib membuang perkara-perkara yang boleh menjejaskan persatuan dan perpaduan sekali gus menciptakan suasana yang boleh mengeratkan perpaduan dan persatuan.

100- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Seorang lelaki di kalangan kami meninggal dunia, lalu kami memandikan, rongga tubuhnya kami tutup dengan kapas dan kami mengkafankannya. Setelah itu, kami bawa ke hadapan Rasulullah (s.a.w) lalu kami berkata: Adakah tuan sudah mensolatkannya? Baginda melangkahkan kakinya beberapa langkah seraya bertanya: Adakah dia memiliki hutang? Kami menjawab: Dia memiliki hutang sebanyak dua dinar. Baginda kemudian pulang dan akhirnya Abu Qatadah bersedia menanggung hutang si mayat itu. Kami mendatangi

185

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 185

09/04/2010 23:04:56

Kitab Thaharah (Bersuci)

baginda semula dan Abu Qatadah berkata: Dua dinar hutang mayat ini sayalah yang bertanggung jawab melangsaikannya. Rasulullah (s.a.w) lalu bersabda: Dengan ini kamu dituntut membayar hutang si mayat ini dan dia bebas daripada hutang dua dinar itu? Dia menjawab: Ya. Baginda kemudian berkenan mensolatkan jenazah ke atasnya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasai, dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim: 900). Makna Hadith Inilah hadith yang disebutkan oleh Ibn Hajar dalam buku ini dan Imam Ahmad menyebutnya dengan lafaz yang lebih ringkas. Hadith ini masih mempunyai sambungan yang berbunyi:

Setelah satu hari kemudian, baginda bertanya: Sudahkah kamu melangsaikan hutang dua dinar itu? Abu Qatadah menjawab: Lelaki itu baru meninggal semalam. Keesokan harinya, baginda mendatangi Abu Qatadah semula dan menanyakan hutang itu, lalu Abu Qatadah menjawab: Saya telah melangsaikan hutangnya yang berjumlah dua dinar itu. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sekarang kulit mayat itu sudah sejuk di dalam kuburnya. Hadith ini menunjukkan bahawa dibolehkan memberi jaminan kepada orang lain, meskipun sebenarnya jaminan itu bukanlah kewajipan dirinya dan tanggung jawab orang yang berhutang baru dibebaskan apabila hutangnya benar-benar sudah dibayar oleh penjamin bukan sekadar adanya jaminan belaka. Buktinya, kulit si mayat tidak sejuk sehinggalah hutangnya sudah benar-benar dibayar oleh penjamin. Analisis Lafaz ,yakni dari kalangan Ansar, tetapi dalam sebahagian riwayat kalimat ini kadang kala dihilangkan.

,kami meletakkan kapas ke dalam rongga-rongga tubuhnya. Al-hanuth adalah sejenis benda yang dilekatkan kepada mayat dengan tujuan untuk mengawetkannya.
,langkah-langkah pendek. 186

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 186

09/04/2010 23:04:57

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,orang yang menanggungnya adalah Abu Qatadah dengan berkata: Aku yang bertanggung jawab untuk melangsaikan hutangnya itu.

, kalimat ini bertujuan menguatkan lagi makna yang pertama.

, kalimat ini adalah soalan yang bermakna: Apakah tanggung jawab membayar hutangnya menjadi jaminanmu? Dalam satu riwayat disebutkan: dengan menggunakan huruf hamzah yang bermaksud kamu diminta untuk menjami hutangnya sebagaimana orang yang memberi pinjaman menuntut bayaran hutangnya.

, dengan lafaz yang tidak sama dengan lafaz yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, namun pada dasarnya kesemua lafaz itu memiliki makna yang sama. Oleh kerana Imam Ahmad sahaja yang meriwayatkan tambahan itu, maka saya menyebutnya dalam makna keseluruhan bagi hadith ini lantaran Ibn Hajar tidak menyebutnya di sini. Hadith ini memiliki syahid secara makna yang dimuatkan dalam kitab al-Shihah dan al-Sunan di mana al-Khatthabi ada menyebut sebahagian daripadanya di dalam kitab Syarh al-Sunnah.
Fiqh Hadith 1. Dianjurkan membersihkan mayat dan meletakkan benda yang dapat mengawetkannya. 2. Orang soleh dipelawa mensolatkan mayat serta mendoakannya. 3. Disunatkan menanggung hutang si mayat apabila dia tidak memiliki harta untuk melangsaikannya. Jumhur ulama berpendapat bahawa jaminan yang telah diberikan untuk membayarkan hutang si mayat tidak boleh dibatalkan lagi setelah itu, namun Imam Abu Hanifah berbeza pendapat dalam masalah ini. 4. Disunatkan menguatkan akad dan perjanjian serta menggunakan lafaz yang jelas.

187

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 187

09/04/2010 23:04:57

Kitab Thaharah (Bersuci)

101- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa ada orang lelaki meninggal dunia yang memiliki hutang belum dibayar lalu dibawa kepada Rasulullah (s.a.w). Baginda bertanya: Adakah dia meninggalkan harta untuk melangsaikan hutanganya? Jika diberitahu bahawa si mayat itu mempunyai harta yang memadai untuk membayar hutangnya, baginda segera mensolatkannaya, namun jika tidak, baginda bersabda: Kerjakan solat jenazah ke atas sahabatmu ini. Ketika Allah memberi kemenangan kepada baginda dalam setiap peperangan hingga banyak memperoleh harta ghanimah, baginda bersabda: Saya lebih berhak mengambil peduli urusan kaum muslimin berbanding diri mereka sendiri. Jadi, barang siapa yang meninggal dunia dalam keadaan memiliki hutang, maka sayalah yang bertanggung jawab untuk membayarnya. (Muttafaq alaihi). Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan: Barang siapa meninggal dunia dan tidak memiliki harta untuk melangsaikan hutang. (901). Makna Hadith Ibn Hajar mengemukakan hadith ini sebagai jawapan ke atas hadith sebelumnya dan hukum meninggalkan solat jenazah lantaran ada hutang bagi si mayat adalah dimansukh, meskipun kewajipan membayarkan hutangnnya tetap menjadi tanggung jawab kaum muslimin. Analisis Lafaz ,sesuatu yang dapat dijadikan sebagai bayaran hutang baik harta mahupun selainnya. ,kemenangan seperti di Khaibar, Makkah dan kemenangankemenangan yang mendatangkan harta rampasan perang. Fiqh Hadith 1. Disunatkan menanyakan hutang si mayat dengan tujuan segera melangsaikannya, bukan untuk mengaibkannya. 2. Disunatkan mengisytiharkan pertanyaan tentang hutang si mayat dengan tujuan orang yang berkemampuan bersedia menanggung pembayaran hutangnya sekali gus mengingatkan orang yang berhutang daripada terjerumus ke dalam jeratan hutang. Oleh itu, dia bersegera untuk membayar hutangnya.

,: yakni baginda enggan mensolatkannya.

188

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 188

09/04/2010 23:04:57

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

3. Hukum meninggalkan solat jenazah ke atas mayat yang tidak masih berhutang telah pun dimansukh. Ulama berbeza pendapat apakah mensolatkan mayat yang masih mempunyai hutang haram ataupun tidak? Menurut jumhur ulama, hukum solat itu tidaklah diharamkan. Al-Qurthubi berkata: Barang kali larangan mensolatkan mayat yang masih terhutang itu apabila dia berhutang untuk tujuan yang tidak dibenarkan di sisi syariat. Pendapat al-Qurthubi ini disokong oleh hadith yang diriwayatkan oleh al-Hazimi meskipun sanadnya daif. 4. Seorang pemimpin muslim hendaklah bertanggung jawab menanggung hutang si mayat. Jika tidak, maka dia berdosa. Jika baitul mal tidak mampu menanggung keseluruhan hutang si mayat itu, maka ia disarankan untuk membayar sesuai kemampuannya. Ulama berbeza pendapat sama ada membayarkan hutang si mayat ini wajib ataupun tidak. Mengikut pendapat yang kuat, hukumnya adalah wajib.

102- Daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak ada jamimanan atau tanggungan dalam pelaksanaan hukuman hudud. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad yang daif: 902). Makna Hadith Ibn Hajar menerusi hadith ini meskipun ia daif ingin membolehkan jaminan ke atas diri orang lain. Jadi jaminan dibolehkan ke atas harta dan jiwa sebagaimana al-Bukhari membuat satu bab mengenainya dalam kitab alkafalah. Analisis Lafaz

,asal makna hudud adalah sesuatu yang menjadi pembatas antara dua perkara supaya tidak bercampur. Manakala menurut syariat pula adalah hukuman yang ditetapkan oleh syariat kerana melakukan suatu perbuatan yang diharamkan di alam dunia dengan tujuan agar pelaku kejahatan tersebut tidak mengulangi semula kejahatannya.

daripada jalur Ibn Adi daripada Ahmad bin Muhammad bin Anbasah, telah 189

, diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad daif

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 189

09/04/2010 23:04:58

Kitab Thaharah (Bersuci)

menceritakan kepada kami Katsir bin Ubaid, telah menceritakan kepada kami oleh Baqiyyah daripada Umar bin Abu Umar al-Dimasyqi daripada Amr bin Syuaib. Ibn Adi mengatakan bahawa Umar adalah seorang yang munkar hadith dan meriwayatkan hadith daripada periwayat thiqoh. Kemudian al-Baihaqi berkata: Baqiyyah hanya seorang diri meriwayatkan daripada Umar. Dia termasuk guru Baqiyyah yang berstatus majhul dan riwayatnya pula munkar. Bagi pensyarah kitab ini, Baqiyyah sering kali melakukan tadlis altaswiyah dan tidak menyatakan dengan jelas bahawa dia mendengar hadith ini hingga akhir sanad. Ini merupakan cacat lain yang ada pada riwayat ini. Fiqh Hadith Tidak boleh menjamin jiwa seseorang yang melakukan kejahatan. Ini adakah pendapat Ibn Hazm dan berkata: Tidak boleh tidak boleh melakukan jaminan secara mutlak sama ada ke atas harta, hukuman hudud ataupun selainnya, kerana ia adalah syarat yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan oleh kerananya, ia batil. Jika kita meneliti semula pendapat yang membolehkan jaminan ke atas jiwa orang lain dengan dirinya sendiri, kemudian orang yang dijamin melarikan diri, maka apa yang mesti dilakukan ke atas orang yang memberi jaminan itu? Ada kemungkinan anda mewajibkannya membayar ganti rugi di atas jaminannya itu. Jika ini dilakukan, maka tindakan ini sama dengan memakan harta orang lain dengan cara yang batil, kerana dia tidak boleh bertanggung jawab ke atas kesalahan orang lain. Ada pula kemungkinan orang yang dijamin itu dibiarkan begitu sahaja, maka dengan demikian anda telah membatalkan jaminan ke atas diri orang lain. Ada kemungkinan pula anda menyuruhnya untuk mencari orang yang dijamin itu. Jika demikian, anda bererti telah memberi bebanan ke atas penjamin dengan sesuatu yang di luar kemampuannya di samping Allah tidak pernah menyuruhnya berbuat demikian. Menurut jumhur ulama, boleh memberi jaminan dengan jiwa, tetapi dalam masalah ini tidak ada hadith yang marfu sebaliknya pendapat ini berlandaskan athar sahabat yang disebutkan oleh al-Bukhari secara muallaq dalam permulaan kitab al-kafalah. Athar itu daripada Hamzah bin Amr alAslami, Umar bin al-Khatthab, Jarir, al-Asyats dan Ibn Masud. Jumhur ulama telah pun bersepakat bahawa jika orang yang dijamin dalam masalah hudud atau qisas melarikan diri atau meninggal dunia maka

190

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 190

09/04/2010 23:04:58

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

orang yang menjamin tidak boleh dijatuhi hukuman hudud, berbeza dengan hutang. Pendapat inilah yang dibantah oleh Ibn Hazm dengan mengatakan anda telah membatalkan jaminan jiwa dengan itu sendiri. Soalan 1. Huraikan apa maksud kalimat al-hiwalah dan al-dhaman dan ulas sabda Rasulullah (s.a.w): ? 2. Wajibkah menerima hiwalah dan bagaimana pula pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 3. Sebutkan syarat-syarat untuk menerima hiwalah di sisi ulama fiqh? 4. Sebutkan nas hadith Jabir bin Abdullah mengenai seorang lelaki Ansar yang meninggal dunia namun dia masih meninggalkan kewajipan membayar hutang? 5. Bincangkan sabda Rasulullah (s.a.w): 6. Bolehkah memberi jaminan ke atas orang yang sudah mati? Siapakah yang mengatakan demikian dan siapa pula tidak sependapat dengannnya? 7. Siapakah yang bertanggung jawab membayarkan hutang mayat yang tidak meninggalkan apa-apa harta untuk melangsaikan hutangnya? 8. Apakah faktor yang menyebabkan hadith dinilai daif? 9. Bolehkah memberi jaminan dengan jiwa dan sebutkan pendapat ulama dalam masalah ini disertai dengan dalil-dalilnya?

191

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 191

09/04/2010 23:04:58

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB PERKONGSIAN DAN PERWAKILAN

Perkongsian dalam bahasa Arab adalah sama timbangannya dengan perkataan , sama timbangannya dengan perkataan dan sama timbangannya dengan perkataan . Syirkah menurut bahasa pula dibaca syurkah dengan membaca dhammah huruf syin iaitu sesuatu yang dikongsikan, sementara asal huruf syin, ra dan kaf bermaksud perbezaan. Syirkah menurut syariat pula adalah keadaan di mana dua orang atau lebih membicarakan bagaimana cara memperoleh keuntungan dalam sebuah syarikat dengan kerjasama yang dijalin di antara mereka. Namun syirkah ini kadang kala berlaku tanpa ada wujud usaha seperti perkongsian dalam harta warisan. Pendapat lain mengatakan syirkah di sisi syariat adalah kepemilikan usaha yang dimiliki oleh dua orang atau lebih. Inilah takrif yang lebih kuat. Perwakilan dalam bahasa arab adalah wakalah dengan membaca fatah huruf waw namun kadangkala ia dibaca kasrah. Perwakilan menurut bahasa adalah mewakilkan dan menjaga. Ia berasal dari perkataan: bermaksud (memintanya menjagakan sesuatu). Perwakilan menurut syariat pula adalah meminta seseorang untuk menggantikan kedudukannya secara mutlak atau secara terbatas.

192

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 192

09/04/2010 23:04:59

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

103- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Allah berfirman: Aku ketiga daripada dua orang yang mengadakan perkongsian selagi salah satu seorang di antara mereka tidak berkhianat. Jika berkhianat, Aku keluar meninggalkan mereka. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan dinilai sahih oleh al-Hakim: 903). Makna Hadith Hadith ini menggalakkan perkongsian dan ia amat dianjurkan oleh syariat bagi memenuhi tuntutan keperluan manusia, di mana seseorang memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluannya atau memerlukan orang lain dalam mengedarkan harta perniagaannya. Allah sentiasa bersama orang yang berkongsi dalam menjalankan suatu usaha, malah Allah sentiasa membatu dan meluaskan rezeki mereka selagi mereka tidak berkhianat. Jika salah satu di antara mereka berkhianat, Allah mencabut keberkatan dan pertolongan ke atas usaha mereka, bahkan Allah menjadikan syaitan menjadi orang ketiga bagi mereka sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadith yang lain. Analisis Lafaz

, Aku menjadi orang ketiga bagi orang yang mengadakan perkongsian dalam penjagaan, pemeliharaan, pertolongan, pemberian keberkatan dan meluaskan rezeki dan kebaikan. Firman Allah: hanya sekadar menunjukkan kebiasaan, kerana pertolongan Allah sentiasa datang meskipun orang yang berkongsi itu lebih daripada dua orang.

,berkhianat. Ia adalah menampakkan sesuatu namun melakukan yang lain dan kebanyakannya apa yang dirahsiakan itu adalah jahat.

, meskipun hadith ini dinilai sahih oleh al-Hakim namun al-Qatthan menilainya cacat kerana keadaan Said bin Hayyan tidak diketahui. Al-Daruquthni pula menilainya cacar kerana ia diriwayatkan secara mursal. Apapun, pendapat yang mengatakan hadith ini mursal adalah lebih tepat. Hadith ini memiliki banyak syahid.
Fiqh Hadith 1. Galakan untuk mengadakan perkongsian dalam harta dan usaha, malah ia disunatkan. 2. Allah sentiasa memberi keberkatan kepada orang yang berkongsi dalam usaha selagi mereka ikhlas dan tidak saling berkhianat antara 193

, dalam satu riwayat disebutkan maksudnya adalah keberkatannya dicabut serta rezekinya disempitkan.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 193

09/04/2010 23:04:59

Kitab Thaharah (Bersuci)

satu sama lain. 3. Larangan berkhianat kepada rakan kongsi kerana ia menjadi punca keberkatan itu dihapuskan.

104- Daripada al-Saib al-Mahzumi (r.a) bahawa beliau pernah menjadi rakan kongsi Rasulullah (s.a.w) sebelum diutus menjadi rasul. Dia datang pada hari pembukaan kota Makkah lalu baginda bersabda: Selamat datang dengan saudaraku dan rakan kongsiku. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah: 904). Makna Hadith Hadith ini menunjukkan bahawa perkongsian telah pun wujud sebelum kedatangan Islam, di mana Said al-Makhzumi merupakan salah seorang rakan kongsi Rasulullah (s.a.w) pada masa itu, bahkan baginda masih mengenalinya ketika melihatnya setelah baginda dilantik rasul dan menyambutnya dengan gembira seraya mengenang perkongsian mereka sebelum kedatangan Islam. Dengan demikian, perkongsian tersebut masih tetap diakui oleh Islam. Analisis Lafaz

, sebelum Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rasul, sementara lafaz menurut Hakim: Al-Saib merupakan rakan kongsi Rasulullah (s.a.w) pada permulaan Islam. ,ucapan selamat datang mengikut wazan mafal. Ia adalah nama bagi tempat yang luas. Ia biasanya digunakan orang Arab untuk menyambut kedatangan tetamu dan menghormati ketibaannya. , yakni pembukaan Makkah pada tahun kesembilan Hijrah.

, menurut riwayat Ibn Majah: Kamu dulu pernah menjadi rakan kongsiku pada zaman jahiliah. Al-Hakim pula menambahkan: Dia (al-Saib) tidak pernah berlaku curang dan tidak pula berkhianat. Al-Hafiz Ibn Hajar tidak memberi sebarang komentar ke atas hadith ini. Ia adalah hadith malul lantaran banyaknya perbezaan lafaz di dalamnya. Inilah yang mendorong Ibn Abdul Barr berkata: Ia hadith mudhtharib. Ada
194

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 194

09/04/2010 23:04:59

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

yang mengatakan bahawa perkongsian itu dilakukan dengan al-Saib bin Abu al-Saib. Ada pula yang mengatakan perkongsian dilakukan dengan Abu al-Saib, ayahnya. Ada pula yang mengatakan ia dilakukan dengan Qais bin al-Saib. Ada pula yang mengatakan ia dilakukan dengan Abdullah bin al-Saib. Ini menujukkan hadith ini mudhtharib yang tidak boleh dijadikan hujah. Fiqh Hadith 1. Perkongsian dalam berusaha telah pun wujud sebelum kedatangan Islam lagi. 2. Perkongsian dalam usaha dianjurkan dalam Islam. 3. Disunatkan menyambut kedatangan sahabat karib yang sudah lama tidak berjumpa dengannya. 4. Disunatkan menceritakan dan menyebutkan sesuatu yang boleh menjadi kebanggaan seseorang. 5. Boleh memuji seseorang dengan menyebut usaha atau jasanya dengan syarat tidak menimbulkan fitnah akibat pujian itu. Periwayat Hadith Sebelum ini telah disebutkan perbezaan mengenai nama al-Saib lantaran banyaknya jalur hadith ini. Apapun, periwayat hadith yang dinisbahkan kepada Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah di sini bernama al-Saib bin Abu al-Saib, seorang yang muallaf dan seorang muslim yang baik. Beliau adalah ayah kepada Abdullah bin al-Saib, salah satu qari Makkah. Beliau termasuk seorang yang dianugerahkan umur panjang. Beliau hidup hingga zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan (r.a).

105- Daripada Abdullah bin Masud (r.a), beliau berkata: Saya, Ammar dan Saad pernah berkongsi dalam harta rampasan yang kami peroleh sewaktu Perang Badar. (Diriwayatkan oleh al-Nasai: 905). Makna Hadith Athar ini merupakan dalil yang mensyariatkan perkongsian iaitu perkongsian badan sebagaimana yang dilakukan oleh Ibn Masud, Ammar dan Saad. Contohnya dua orang atau lebih yang berkongsi berkata: Setiap 195

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 195

09/04/2010 23:04:59

Kitab Thaharah (Bersuci)

kita mengerjakan pekerjaan ini secara bersama-sama. Jika kita mendapatkan keuntungan, maka kita membahagikannya secara sama rata. Inilah yang dilakukan oleh Ibn Masud, Ammar dan Saad di mana harta rampasan mereka dibahagian secara sama rata di antara mereka. Dalam Perang Badar itu, Saad berjaya menangkap dua orang tawanan sedangkan Ibn Masud dan Ammar tidak berjaya menangkap orang kafir sebagai tawanan perang. Analisis Lafaz ,mengadakan perkongsian badan tanpa melibatkan harta atau sesuatu barang berhaga.

,beliau adalah Saad bin Abu Waqqash.

diriwayatkan oleh al-Nasai, Abu Dawud, Ibn Majah dan lain-lain menerusi jalur Abu Ubaidah daripada ayahnya bernama Abdullah bin Masud. Abu Ubaidah tidak pernah mendengar hadith daripada ayahnya dan oleh kerananya, hadith ini munqathi.
Fiqh Hadith Dibolehkan mengadakan perkongsian badan. Pendapat ini menurut Imam Malik dengan syarat usahanya satu jenis sementara mazhab Hanafi tidak menjadikannya sebagai syarat. Sementara Imam al-Syafii berkata: Setiap perkongsian badan adalah batil, kerana setiap orang mempunyai perbezaan dalam tubuh baik manfaat mahupun kemampuan. Jadi ada kemungkinan perkongsian semacam hanya merugikan satu pihak sementara pihak yang lain lebih banyak mendapat keuntungan. Ini sama halnya dengan melakukan perkongsian dalam haiwan ternak sedangkan haiwan-haiwan itu tetap dipisahkan antara satu sama lain tanpa disatukan supaya susu dan anaknya dapat diketahui secara berasingan. Perkongsian seperti ini dianggap tidak sah. Mazhab Syafii mengatakan hadith ini daif, kerana harta rampasan Perang Badar diserahkan kepada Rasulullah (s.a.w) kemudian baginda bebas mengagihkannya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Pendapat Imam al-Syafii turut dikemukakan oleh Ibn Hazm dengan menambahkan: Mazhab Hanafi tidak membolehkan perkongsian badan terhadap haiwan buruan dan mazhab Maliki pula tidak membolehkan perkongsian badan jika memiliki dua tempat yang berlainan.

,jika kita memperoleh harta rampasan.

196

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 196

09/04/2010 23:04:59

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Penting Menurut Ibn Batthal, ulama telah bersepakat bahawa perkongsian yang betul adalah setiap rakan kongsi mestilah mengeluarkan modal yang sama besar, kemudian mereka menggabungkan dan menjadikannya sebagai modal gabungan dan mereka kemudian bersama-sama mengelola dan mengusahakan modal itu. Jika kadar modal mereka berbeza antara satu sama lain, maka itu tetap dibolehkan tetapi keuntungan dan kerugian dihitung sesuai dengan modal yang telah dikeluarkan oleh masing-masing mereka.

106- Daripada Jabir bin Abdullah (r.a), beliau berkata: Saya ingin keluar menuju Khaibar, kemudian aku mendatangi Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda: Jika kamu mendatangi wakilku di Khaibar, ambillah lima belas wasaq daripadanya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud sekali gus menilainya sahiah: 906). Makna Hadith Hadith ini merupakan hadith pertama yang membincangkan perwakilan (wakalah) dalam bab ini. Ibn Hajar menyebutnya di sini sebagai dalil bahawa perwakilan sememangnya disyariatkan. Dalam hadith ini dinyatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) memiliki seorang wakil di Khaibar dan baginda mengutus Jabir sebagai wakil dirinya mengambil beberapa awsuq di sana. Ini menunjukkan perwakilan itu disyariatkan. Analisis Lafaz

, saya tidak menjumpai sebarang komentar lain Abu Dawud setelah menyebut hadith ini. Ada kemungkinan Ibn Hajar turut mengikuti langkah Abu Dawud dalam menilai hadith ini. Apapun, Ibn Hajar menilai hadith ini sebagai hasan dalam kitab Fath al-Bari, kitab al-khumus. Tetapi al-Munziri berkata: Dalam sanad hadith ini terdapat Muhammad bin Ishaq bin Yasar. Maksudnya, dia adalah seorang mudallas kerana tidak menyatakan dengan jelas yang dirinya mendengar hadith.
197

,dengan membaca fathah huruf waw dan sukun huruf sin, ia sama dengan enam puluh sha.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 197

09/04/2010 23:05:00

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Disunatkan memberitahu pemimpin atau wakilnya jika hendak mengadakan perjalanan ke luar negara. 2. Disyariatkan melantik wakil sama ada kuasanya bersifat mutlak ataupun bersifat terbatas dan ulama telah pun bersepakat dalam masalah ini. Sambungan hadith ini berbunyi:

Jika dia (wakilku)itu memintamu bukti, maka letakkan tanganmu di atas pundaknya. Dengan hadith ini, ulama menganggap sunat membuat satu bukti atau tanda pengenal antara wakil dengan orang yang mewakilkan di mana tidak seorang pun yang mengetahui tanda pengenal itu selain mereka berdua kecuali mereka memberitahukan kepada orang yang telah mereka sepakti untuk didedahkan kepadanya.

107- Daripada Urwah al-Bariqi (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) mengutusnya dengan membawa satu dinar untuk membeli haiwan ternakan untuk dijadikan qurban baginya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari di tengahtenagah suatu hadith: 907). Pemabahasan ini telah pun dihuraikan dalam kitab jual beli hadith ke-39. Hadith ini merupakan landasan yang mengharuskan perwakilan (wakalah).

108- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasululalh (s.a.w) pernah mengutus Umar untuk mengutip sedekah. (Muttafaq alaih: 908). Maksud hadith ini sama dengan hadith sebelumnya dan oleh kerananya, Ibn Hajar tidak menulis lafaz hadith ini dengan sempurna di mana di sini diceritakan bahawa baginda melantik Umar bin al-Khatthab untuk mengutip harta zakat.

198

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 198

09/04/2010 23:05:00

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

109- Daripada Jabir (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah menyembelih enam puluh tiga ekor dan menyuruh Ali untuk menyembelih bakinya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 909). Pembahasan ini telah dibahas dalam kitab Haji di mana di situ ditegaskan bahawa hadith ini merupakan dalil yang mengharuskan perwakilan untuk menyembelih haiwan qurban berdasarkan ijma ulama dengan syarat wakilnya itu seorang muslim. Jika wakilnya itu seorang ahli kitab, maka perwakilan tetap sah di sisi Imam al-Syafii dengan syarat pemilik haiwan qurban berniat berqurban ketika melakukan wakalah atau ketika menyembelihnya.

110- Daripada Abu Hurairah dalam kisah seorang buruh (al-asif), Rasulullah (s.a.w) bersabda: Pergilah pada waktu pagi wahai Unais untuk menemui isteri orang ini. Jika dia mengaku berzina, maka rejamlah dia. (Muttafaq alaihi: 910). Permasalahan ini akan dibahas secara mendetail dalam kitab hudud dan tujuan menyebutnya dalam bab ini sebagai pemberitahuan bahawa seorang pemimpin dibolehkan mewakilkan orang lain dalam melaksanakan hukuman hudud. Soalan 1. Apakah takrif perkongsian dan perwakilan secara bahasa dan syariat? 2. Sebutkan satu hadith yang menggalakkan melakukan perkongsian dan bersifat jujur di dalamnya kemudian buat ulasan ke atas hadith itu? 3. Apakah faktor yang menjadikan hadith al-Saib bin Abu al-Saib, rakan kongsi Rasulullah (s.a.w) pada suatu ketika dahulu sebagai daif? 4. Bagaimanakah pendapat ulama fiqh yang membolehkan perkongsian secara badan?

199

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 199

09/04/2010 23:05:01

Kitab Thaharah (Bersuci)

5. Sebutkan perkongsian yang sah di mana seluruh ulama bersepakat untuk mengharuskannya? 6. Sebutkan tiga hadith yang pada intinya mengharuskan wakalah dalam berjual beli, mengutip zakat dan menyembelih haiwan qurban?

200

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 200

09/04/2010 23:05:01

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB PENGAKUAN (IQRAR)

Iqrar menurut bahasa adalah pengakuan. Menurut syariat pemberitahuan atau pengakuan seseorang ke atas perbuatannya.

pula

111- Daripada Abu Dzarr (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Katakan yang benar itu walaupun pahit. (Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam satu hadith yang panjang: 911). Makna Hadith Kadang kala seseorang berkata bohong kerana takut membahayakan diri dan keluarganya. Oleh itu, Islam menganjurkan agar umat manusia sentiasa mengatakan kebenaran walaupun itu getir, di mana Rasulullah (s.a.w) menyuruh Abu Dzar untuk tidak merahsiakan kebenaran, walaupun itu sukar dilakukan seperti mana sukar menelan makanan yang rasanya pahit. Perkataan ini disampaikan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam sejumlah wasiat kepada Abu Dzar yang bunyi lengkapnya adalah sebagai berikut seperti mana yang diceritakan oleh Ab u Dzar:

201

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 201

09/04/2010 23:05:01

Kitab Thaharah (Bersuci)

Kekasihku Rasulullah (s.a.w) memberi wasiat kepada dengan sejumlah kebaikan. Baginda mewasiatkanku supaya tidak melihat kepada orang yang berada di atasku, sebaliknya melihat orang yang berada di bawahku. Baginda mewasiatkanku untuk mencintai orang miskin dan mendekati mereka. Baginda mewasiatkanku untuk menjalin silaturrahim meskipun mereka berpaling daripadaku. Baginda mewasiatkanku untuk tidak takut celaan orang yang mencela selagi itu di jalan Allah. Baginda mewasiatkanku untuk mengatakan kebenaran meskipun itu pahit. Baginda mewasiatkanku untuk memperbanyak membaca , kerana ia salah satu perbendaharaan syurga. Setelah menyuruh menyampaikan kebenaran, baginda menyuruh Abu Dzar untuk tidak merasa takut dengan celaan orang yang mencela selagi itu di jalan Allah. Ini menunjukkan bahawa kebenaran apabila disampaikan selalunya mendatangkan makian daripada orang sekitarnya. Jadi hadith ini menegaskan untuk tidak merasa takut dengan makian itu bahkan tidak perlu mempedulikannya. Dalam kaitan ini Allah (s.w.t) berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Nisa: 135) Analisis Lafaz

,kalimat ini merupakan perumpamaan, kerana mengatakan kebenaran sangat sulit bagi setiap orang, sebagaimana sukar menelan sesuatu yang pahit.

202

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 202

09/04/2010 23:05:02

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Hukum menyatakan kebenaran adalah wajib dan tidak boleh gentar untuk menyampaikan kebenaran. 2. Setiap manusia hendaklah mengakui segala perbuatannya dan ia dapat dijadikan sebagai bukti di muka pengadilan. Penting Dalam bab hudud dan qisas akan dikemukakan sejumlah hadith yang menerangkan iqrar, insya Allah. Soalan Sebutkan hadith tentang pengakuan dan buat ulasan ke atasnya?

203

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 203

09/04/2010 23:05:02

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB PINJAMAN (ARIYYAH)

Ariyyah dengan membaca tasydid huruf ya yang secara bahasa berasal dari perkataan ( kuda itu pergi), kerana barang pinjaman pergi daripada tangan peminjam. Pendapat lain mengatakan kalimat ini berasal dari ( pinjaman) kerana seseorang tidak melakukan pinjman kecuali dia benar-benar memerlukan. Ada pula yang mengatakan ia berasal dari kalimat yang bermaksud pergantian. Ariyyah menurut syariat pula adalah membolehkan orang lain untuk memakai manfaat barang yang dipinjamkan tanpa bermaksud menjadikannya sebagai hak milik.

112- Daripada Samurah bin Jundub (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tangan bertanggung jawab terhadap apa yang diambil sampai dikembalikan semula. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah, dinilai sahih oleh al-Hakim: 912). Makna Hadith Manusia sentiasa memerlukan sesuatu dalam mengharungi kehidupan. Ketika memerlukan sesuatu, ada ketikanya dia tidak mampu memilikinya. Di sinilah Islam datang untuk mengharuskan pinjam meminjam bagi memastikan mereka mampu memenuhi keperluannya, tetapi orang yang meminjam wajib memulangkan semula barang pinjaman itu kepada pemiliknya dan dia wajib bertanggung jawab ke atas keutuhannya. Jika rosak, dia wajib memperbaikinya hingga dapat dipulangkan seperti mana dia sebelum mengambilnya. 204

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 204

09/04/2010 23:05:02

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz , ada kalimat yang dibuang di sini, iaitu: wajib. Jadi seseorang itu wajib. Perkataan tangan di sini hanya sekadar menunjukkan kebiasaan atau sekadar perumpamaan, kerana jika seseorang telah mengambil barang, maka dia berhak menggunakannya dengan tangan sendiri.

, sama ada titipan,pinjaman dan lain-lain. Al-Shanani berkata: Hadith ini sering kali dijadikan dalil untuk jaminan pada tidak demikian. Bagi pensyarah kitab ini, dalam Sunan Abu Dawud dinyatakan pada bahagian akhir hadith ini bahawa al-Hasan lupa lalu berkata: Dia adalah orang kepercayaanmu dan tidak ada jaminan ke atasnya. Ini adalah perkataan salah seorang periwayat hadith yang sekali gus mentafsirkan hadith ini sendiri. Maksudnya di sini adalah jaminan ke atas pinjaman. Oleh itu, Abu Dawud telah membuat satu bab: jaminan pinjaman.17

Al-Thibi berkata: dalam hadith itu adalah mawsulah berkedudukan mubtada sedangkan sebagai khabar. Mengikut pendapat yang kuat, khabar-nya dibuang dan kalimat lengkapnya adalah: Apa-apa yang diambil oleh tangan mesti dijamin oleh si pemilik tangan itu.

, al-Hakim menilainya sahih tanpa sebarang komentar lain. Hadith ini berasal dari riwayat al-Hasan daripada Samurah. Ulama hadith berbeza pendapat tentang keadaan hadith al-Hasan daripada Samurah ini. Ibn al-Madini menilainya sahiah, demikian pula al-Bukhari yang merupakan murid al-Madini dan kemudian langkah ini diikuti oleh alTirmidhi. Yahya al-Qatthan, Ibn Muin dan lain-lain menilainya daif. Dalam beberapa hadith yang lain, al-Nasai, Ibn Asakir, Abdul Haqq dan lain-lain turut menilainya sahih.
Fiqh Hadith 1. Wajib memulangkan barang yang dipinjam, sama ada pinjaman mahupun titipan, kerana itu milik orang lain. 2. Peminjam barang wajib bertanggung jawab ke atas barang yang dipinjamnya. Jika barang itu rosak maka dia wajib mengganti

,memulangkannya kepada pemiliknya dalam keadaan utuh seperti semula.

Penulis kitab Awn al-Mabud berpendapat bahawa perkataan Qatadah: Kemudian alHasan lupa adalah satu kesilapan. Ini kerana al-Hasan berpendapat bahawa hadith ini tidak bermaksud adanya jaminan dalam pinjaman. Apapun, pendapat ini tidak mungkin dilakukan oleh Qatadah terlebih-lebih lagi Qatadah seorang yang tahu betul siapa sebenarnya al-Hasan itu.
17

205

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 205

09/04/2010 23:05:03

Kitab Thaharah (Bersuci)

atau memperbaikinya. Inilah pendapat Ibn Abbas, Imam al-Syafii, Imam Ahmad dan Ishaq. Menurut al-Hadi dan sekumpulan ulama, peminjam wajib bertanggung jawab ke atas kerosakan barang yang dipinjamnya jika peminjam telah mensyaratkan demikian. Jika tidak, maka tidak ada kewajipan membuat ganti rugi. Dalilnya hadith yang diriwayatkan Shafwan yang bakal disebutkan berikut ini. Menurut al-Hasan dan Imam Abu Hanifah, kerosakan barang yang dipinjam tidak wajib diganti rugi kecuali kerosakan itu dilakukan dengan sengaja. Dalilnya sabda Rasulullah (s.a.w):

Peminjam tidak wajib bertanggung jawab ke atas barang yang dipinjamnya kecuali dia merosakkannya dengan sengaja dan orang yang menerima titipan tidak wajib bertanggung jawab ke atas barang titipan itu kecuali dia merosakkannya dengan sengaja. Hadith ini diriwayatkan oleh alDaruquthni dan al-Baihaqi daripada Ibn Umar sekali menilainya daif dan mereka meyakini hadith mawquf kepada Syuraih. Jadi hadith ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah.

113- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tunaikan amanah kepada orang yang menitipkan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang pernah berkhianat kepadamu. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi yang menilainya hasan, dinilai sahih oleh al-Hakim, namun Abu Hatim al-Razi menilainya munkar. Ia dikeluarkan oleh sekumpulan ulama hadith kerana mencakup masalah pinjaman: 913). Makna Hadith Hadith ini memuatkan dua permasalahan, iaitu: Pertama, tunaikan amanah kepada orang yang menitipkan kepadamu. Hadith ini bersifat umum yang mencakupi pinjaman dan titipan malah segala suatu yang dianggap amanah. Allah (s.w.t) berfirman:

206

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 206

09/04/2010 23:05:03

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Surah al-Nisa: 58). Kedua, dan jangan kamu mengkhianati orang yang pernah berkhianat kepadamu. Ini merupakan masalah balas dendam, di mana seorang lelaki ingin merosak harta orang lain, kerana orang itu telah merosakkan harta miliknya. Hadith ini melarang segala bentuk perbuatan khianat. Ulama berbeza pendapat mengenai tafsiran khianat di sini sebagaimana yang akan dibahas berikut ini. Analisis Lafaz ,ia berasal dari perkataan ,yakni melaksanakan sesuatu sesuai dengan ketentuan yang berlaku.

, Ibn Hajar ingin menilai hadith ini hasan dengan tidak memberikan apa-apa komentar ke atasnya. Ini mengikuti langkah Abu Dawud yang tidak mahu memberi apa-apa komentar jika suatu hadith itu tidak bermasalah, sebaliknya jika ada masalah, maka beliau memberi komentar ke atasnya. Apapun, tidak setiap hadith yang didiamkan oleh Abu Dawud itu bererti hasan atau sahih. Ibn Hajar sebaiknya menukil pernilaian hasan yang dibuat oleh al-Tirmidhi yang berkata setelah menyebut hadith ini: Hadith ini hasan gharib. , Abu Hatim al-Razi berkata: Hadith ini munkar.

Ini kerana hadith ini bercanggah dengan zahir nas, meskipun sebenarnya tidak demikian.

, ulama hadith ini yang dimaksudkan di sini seperti al-Daruquthni, al-Baihaqi, al-Baghawi, al-Tabrani dan lain-lain. Setiap jalur bagi hadith masih dipertikai, namun jalur yang paling baik adalah jalur Abu Dawud yang dikeluarkan daripada jalur Syarik dan Qais, meskipun keduanya adalah daif daripada Abu Hushain daripada Abu Shalih daripada Abu Hurairah. Hadith ini boleh dinilai hasan kerana adanya mutabaah daripada Syarik dan Qais.

207

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 207

09/04/2010 23:05:04

Kitab Thaharah (Bersuci)

Hadith ini mempunyai beberapa syahid di sisi Abu Dawud. pertama, daripada seorang periwayat yang tidak diketahui. Kedua, daripada Mak-hul daripada Abu Umamah yang dinilai sebagai marfu, namun sanadnya daif. Ketiga, daripada al-Hasan secara mursal. Keempat, hadith marfu daripada Anas namun di dalam sanadnya terdapat Ayyub bin Suwaid, periwayat daif. Semua syahid ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam al-Sunan. Hadith dengan pelbagai jalur dan syahid ini layak untuk dinilai sebagai hasan. Fiqh Hadith 1. Hukum menunaikan amanah adalah wajib, sama ada amanah pesanan, pinjaman dan lain-lain sebagainya. 2. Larangan berkhianat meskipun orang itu pernah berkhianat ke atas dirinya sebelumnya. Inilah yang disebut sebagai balas dendam, di mana seseorang yang dizalimi ingin balas dendam terhadap perlakuan musuhnya. Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Menurut Imam al-Syafii, dibolehkan melakukan balas dendam untuk sekadar menunaikan haknya, sama ada sama seperti haknya atau sebaliknya. Dalilnya firman Allah (s.w.t):

Balasan kejahatan adalah kejahatan yang serupa (Surah al-Syura: 40) Allah (s.w.t) berfirman:

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (Surah al-Syura: 41) Allah (s.w.t) berfirman:

dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang (Surah al-Baqarah: 194) Demikian pula hadith isteri Abu Sufyan yang dibenarkan oleh Rasulullah (s.a.w) mengambil harta suaminya untuk memenuhi keperluannya, kerana Abu Sufyan tidak pernah diberinya wang belanja. Imam al-Syafii membantah hadith ini dengan mengatakan ia bukan hadith sahih. Walau dikatakan sahih sekalipun, , ia tetap tidak dapat dijadikan hujah di samping perintah yang di dalamnya bersifat mustahab dan ada pula kemungkinan mengambil harta orang zalim tidak masuk ke dalam kategori perbuatan khianat. Jadi perbuatan itu tidak masuk ke dalam keumuman hadith ini. Ada pula kemungkinan bahawa apa yang diharamkan itu adalah mengambil sesuatu yang melebihi 208

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 208

09/04/2010 23:05:05

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

hak miliknya. Menurut mazhab Hanafi, dibolehkan mengambil emas atau perak, namun selain itu tidak boleh dilakukan. Pendapat serupa turut dikemukakan oleh Sufyan. Menurut Imam Malik, tidak boleh menyia-nyiakan titipan dan tidak boleh pula mengambil sesuatu daripadanya sebagaimana yang ditegaskan dalam hadith ini. Menurut Ibn Hazm, seseorang dibolehkan mengambil sesuatu sesuai dengan kadar hak miliknya, sama sejenis barang hak miliknya ataupun tidak. Jika dia tidak berbuat demikian, maka dia termasuk orang yang berbuat maksiat, kecuali dia telah menghalalkannya atau menyedekahkannya. Jika demikian, maka dia memperoleh ganjaran pahala. Jika pemilik barang amanah telah mengambil barangnya lalu dia menuntut semula kepada penerima amanah, lalu dia mengingkarinya dan ketika diminta bersumpah, maka dia pun bersumpah, maka orang mendapatkan pahala di atas sikapnya yang mempertahankan kebenaran. Pendapat ini disokong oleh alShanani.

114- Daripada Yala bin Umayyah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda kepadaku: Jika utusan-utusanku datang kepadamu, berilah mereka tiga puluh baju besi. Aku berkata: Wahai Rasulullah, apakah itu sebagai pinjaman madhmunah atau pinjaman muaddah? Baginda menjawab: Ia adalah pinjaman muaddah. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasai serta dinilai sahih oleh Ibn Hibban: 914). Makna Hadith Hadith ini memperincikan pinjaman madhmunah dan pinjaman muaddah, kemudian Rasulullah (s.a.w) menjelaskan bahawa kedua-dua pinjaman tersebut berbeza antara satu sama lain. Analisis Lafaz

, pinjaman madhmunah adalah jika barang itu rosak, maka ia mesti dibayar ganti ruginya sesuai dengan harganya, sementara pinjaman muaddah adalah pinjaman yang wajib dipulangkan dengan
209

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 209

09/04/2010 23:05:05

Kitab Thaharah (Bersuci)

memulangkan barang itu seutuhnya dan jika rosak, maka ia tidak diganti rugi sesuai dengan harganya. Fiqh Hadith 1. Diboleh membuat pinjaman dan ia tidak menjatuhkan maruah seseorang selagi untuk kepentingan orang muslim, bukan untuk kepuasan peribadi dan berfoya-foya. 2. Disunatkan bertanya kepada orang yang memberi pinjaman sebelum menyerahkan barangnya, sama ada pinjaman berbentuk madhmunah ataupun tidak. 3. Disunatkan pinjaman itu dijamin ganti ruginya sekiranya berlaku kerosakan yang disengajakan supaya orang yang memberi pinjaman tidak susah hati. 4. Pinjaman tidak dijamin ganti ruginya melainkan ada syarat yang menentukan ia mesti diganti rugi sekiranya berlaku kerosakan.

115- Daripada Shafwan bin Umayyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah meminjam beberapa baju besi milik Shafwan bin Umayyah sewaktu Perang Hunain, lalu dia berkata: Adakah ini suatu perampasan wahai Muhammad? Baginda bersabda: Ia adalah pinjaman madhmunah, di mana harganya akan diganti rugi sekiranya berlaku kerosakan. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Imam Ahmad dan al-Nasai, dinilai sahih oleh al- Hakim: 915).

116- Al-Hakim turut meriwayatkan hadith daif daripada Ibn Abbas sebagai syahid bagi hadith tersebut di atas. (916). Makna Hadith Hadith ini sama seperti hadith sebelumnya di mana sama-sama membincangkan tentang jaminan ke atas barang pinjaman dan jaminan itu tidak wajib dilakukan melainkan sebelumnya telah ada kesepakatan untuk berbuat demikian. Abu Dawud meriwayatkan hadith ini dengan lafaz yang lebih panjang yang bunyinya sebagai berikut: 210

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 210

09/04/2010 23:05:06

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Rasulullah (s.a.w) bersabda: Wahai Shafwan, adakah kamu mempunyai senjata? Dia menjawab: Apakah kamu meminjamnya atau merampasnya? Rasulullah (s.a.w) menjawab: Tidak merampas, tetapi aku ingin meminjamnya. Shafwan kemudian meminjamkan tiga puluh sampai empat puluh baju perang kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengharungi Perang Hunain. Ketika berhasil mengalahkan pasukan orang musyrik, Rasulullah (s.a.w) mengumpulkan baju perang yang dipinjam daripada Shafwan, namun beberapa baju daripadanya ada yang hilang. Baginda bersabda kepada Shafwan: Sesungguhnya kami kehilangan beberapa baju perang yang kamu pinjamkan kepadaku tempoh hari, adakah kamu berkenan jika kami menggantinya? Dia menjawab: Tidak wahai Rasulullah, kerana pada hari ini hatiku telah berubah dan tidak seperti dahulu lagi. Abu Dawud berkata: Abu Shafwan meminjamkan baju perang itu sebelum dia masuk Islam, kemudian dia masuk agama Islam. Analisi Lafaz

,telah disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan Abu Dawud bahawa jumlahnya sekitar tiga puluh sampai empat puluh. Dalam riwayat al-Baihaqi melalui jalur mursal bahawa jumlahnya sekitar lapan puluh. Dalam riwayat al-Hakim daripada Jabir bahawa jumlahnya sekitar seratus baju perang. ,dengan membacanya dhammah kerana ia berkedudukan sebagai mubtada. Dalam kebanyakan riwayat disebutkan: dengan membacanya nashab. Asalnya kalimat ini adalah . Al-Ghasb adalah mengambil sesuatu secara paksa tanpa meminta izin terlebih dahulu kepada pemiliknya dan tanpa membayar harganya.

, dia tidak mengatakan wahai Rasulullah. Ini membuktikan bahawa dia belum masuk Islam ketika itu sebagaimana yang ditegaskan oleh Abu Dawud.
211

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 211

09/04/2010 23:05:06

Kitab Thaharah (Bersuci)

, ini menunjukkan Ibn Hajar tidak yakin dengan kesahihan hadith ini hingga perlu menyebutkan syahid ke atasnya. Sebaiknya al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan hadith Jabir sebagai syahid, kerana sanadnya hasan dan tidak memiliki sebarang cacat seperti mana saya telah menjelaskan masalah ini di dalam kitab al-Dark bi Tahkrij al-Mustadrak.
Fiqh Hadith 1. Dibolehkan meminjam barang kepada orang bukan muslim. 2. Dibolehkan meminjam peralatan perang atau barang yang dipastikan bakal rosak jika diguna pakai, atau barang yang nilainya dipastikan berkurang jika diguna pakai. Semua itu tidak menjadikan peminjaman dilarang di sisi syariat. 3. Sedikit kecacatan pada barang pinjaman tidak menyebabkan peminjam membayar ganti rugi ke atasnya terlebih lagi jika barang itu sukar dijumpai di pasaran. 4. Orang yang meminjam boleh bertanya tentang syarat jaminan kepada orang yang memiliki barang. 5. Jaminan ke atas barang yang dipinjam mesti dengan syarat dan ketetapan yang telah disepakati sebelumnya oleh kedua pihak. Periwayat Hadith Shafwan bin Umayyah, salah seorang tokoh terkemuka Quraisy. Pada waktu pembukaan kota Makkah, dia melarikan diri dan suaka politik. Dia kemudian kembali menghadap Rasulullah pada waktu Perang Hunain lalu masuk Islam. Dia kemudian menjadi salah seorang muslim yang baik. Soalan 1. Apakah takrif ariyyah? 2. Huraikan sabda Rasulullah (s.a.w): ? 3. Bincangkan riwayat al-Hasan bin Samurah? 4. Wajibkah peminjam membuat jaminan ke atas barang yang dipinjamnya? Sebutkan pendapat ulama fiqh dalam masalah ini disertai dengan menyebut dalilnya? 212

, hadith ini tidak mungkin dikatakan sahih, kerana di dalam sanadnya terdapat Umayyah bin Shafwan bin Umayyah, seorang yang majhul dan Syarik in Abdullah al-Qadhi, seorang yang memiliki buruk hafalan.

, kamu membayar kepadaku jika barang itu rosak.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 212

09/04/2010 23:05:06

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

5. Apakah yang dimaksudkan dengan balas dendam itu? Bagaimanakah pendapat ulama fiqh dalam masalah dan apa pula hujah mereka? 6. Sebutkan hadith Shafwan bin Umayyah yang telah meminjamkan baju perang dan bincangkan hukum fiqh yang terdapat di dalamnya?

213

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 213

09/04/2010 23:05:06

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB ROMPAKAN (GHASHB)

Al-Ghashb dengan membaca fathah huruf ghin dan sukun huruf shad adalah mengambil harta orang lain tanpa menggunakan cara yang dibenarkan di sisi Islam dan biasanya dilakukan dengan cara paksa.

117- Daripada Said bin Zaid (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa mengambil sejengkal tanah dengan cara zalim, maka tanah itu sampai tujuh lapis bumi akan dikalungkan oleh Allah kepadanya kelak pada hari kiamat. (Muttafaq alaihi: 917). Makna Hadith Merompak adalah mengambil harta orang lain dengan cara yang tidak dibenarkan. Ia merupakan salah satu perbuatan zalim dan memakan harta orang lain dengan cara batil. Hadith ini menjelaskan bahawa balasan ke atas perbuatan mengambil tanah orang lain dengan cara tidak betul itu adalah pada hari kiamat kelak Allah akan mengalungkan tanah itu di leharnya hingga tujuh lapis bumi. Analisis Lafaz

,mengambil penggalan sesuatu. Kata kerja ini mengikut timbangan .Jadi kalimat ini menunjukkan perbuatan semena-mena dalam mengambil hak orang lain, kerana orang yang melakukan perbuatan ini memotong sesuatu daripada asalnya, kemudian menjadikan penggalan itu
214

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 214

09/04/2010 23:05:07

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,jumlah dan kadarnya tidak ditentukan dengan jelas, sebaliknya hanya menyebutkan bahagian paling kecil sahaja. Jika ada lagi bahagian yang lebih kecil daripada itu, tentu disebut di dalam hadith ini. ,dengan membaca fathah huruf tha dan tasydid huruf waw. Ulama berbeza pendapat mengenai makna tathwiq ini. Ada yang mengatakan bahawa Allah menyuruhnya memindahkan tanah yang diambil secara zalim itu pada hari kiamat ke padang mahsyar. Ini sama dengan mengalungkan tanah itu di atas lehernya, namun tidak bermaksud dia benar-benar mengalungkannya. Tafsiran ini disokong oleh hadith Abu Yala daripada al-Hakam bin al-Harits secara marfu:
,dengan cara yang tidak benar.

menjadi miliknya.

Barang siapa yang mengambil tanah yang menjadi laluan kaum muslimin, maka pada hari kiamat kelak dia datang dengan membawa tujuh lapis bumi. (Sanadnya hasan)18 Ada yang mengatakan bahawa orang diseksa dengan ditenggelamkan ke dalam tujuh lapis bumi. Jadi setiap lapisan tanah berada di lehernya. Pendapat ini disokong oleh hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Umar:

Barang siapa yang mengambil sejengkal tanah dengan cara yang tidak betul, Allah akan menenggelamkannya ke dalam tujuh lapis bumi pada hari kiamat kelak. Pendapat lain mengatakan bahawa apa yang dikalungkannya itu adalah dosa, namun pendapat ini lemah. ,dengan membaca fathah huruf ra namun boleh pula membacanya sukun. Maksudnya tujuh lapis dan setiap lapis terdiri daripada tanah, sebagai mana firman Allah:

18 Menurut lafaz al-Tabrani adalah: ( Barang siapa yang mengambil sejengkal tanah dengan jalan yang tidak betul, maka Allah akan membebaninya untuk membawa tanah itu hingga ke padang mahsyar.

215

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 215

09/04/2010 23:05:07

Kitab Thaharah (Bersuci)

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Thalaq: 12). Ulama melemahkan pendapat yang mengatakan bahawa maknanya adalah tujuh iklim. Fiqh Hadith 1. Diharamkan melakukan perbuatan zalim dan orang yang berbuat zalim diancam dengan seksa di akhirat kelak. 2. Diharamkan mengambil tanah orang lain walaupun itu sedikit, tetapi sebahagian ulama fiqh mensyaratkan tanah yang diambil itu mempunyai nilai. Jika seseorang mengambil sedikit tanah yang tidak bernilai, tetapi dia mengambilnya secara berulang-ulang sehingga tanah itu menjadi bernilai, apakah perbuatan itu dikategorikan merompak? Menurut jumhur ulama, perbuatan itu tidak dikategorikan merompak, tetapi dia berdosa dan memakan harta haram sepanjang masa, meskipun jumhur tidak mewajibkannya memmbayar ganti rugi. 3. Tanah dianggap dirampas apabila diambil secara paksa dan ini merupakan salah satu dosa besar menurut pendapat jumhur ulama, sementara menurut mazhab Hanafi, ini tidak termasuk perbuatan merompak. 4. Jika sebidang tanah telah menjadi milik seseorang, maka dia dibolehkan untuk meminjamkannya hingga ke sempadannya dan dia berhak melarang sesiapa pun daripada menggalinya untuk membuat sumur dan lain sebagainya. Dia pula dibolehkan menjual isi kandungan yang terdapat di dalam tanah itu berupa tembaga, batu bukit, arang baru dan lain sebagainya, malah dia berhak menggali tanah itu dan kemudian menjual tanah galiannya selagi perbuatannya itu tidak merugikan jiran tetangganya. Jika merugikan jirannya, maka itu tidak dibolehkan. 5. Al-Dawudi berkata: Hadith ini menjadi dalil bahawa bumi terdiri daripada tujuh lapisan di mana antara satu lapisan dengan lapisan berikutnya saling melekat. Jika lapisan itu terpisah, memadailah bagi perompak itu mengalungkan tanah yang dia curi sahaja, kerana ia terpisah dengan lapisannya yang lain. Bagi pensyarah kitab ini pula bahawa hadith menjadi dalil bahawa bumi yang tujuh lapisan ini tidak melekat antara satu sama lain, sebaliknya ia saling berpisah. Jika ia melekat antara satu lapisan dengan lapisan berikutnya, tentu mengkalungkan tujuh lapis bumi bagi orang yang mengambil tanah milik orang lain adalah menjadi sia-sia dan tidak ada manfaat di sebalik menyebutnya. Menyebutkan tujuh lapisan bumi di sini adalah 216

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 216

09/04/2010 23:05:08

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

sebagai ancaman dan amaran supaya seseorang tidak sewenangwenang mengambil hak orang lain. Penting Apakah tanah mesti diganti rugi jika rosak atau hilang setelah ia dirompak? Menurut jumhur ulama, ia wajib diganti rugi kerana diqiyaskan dengan benda alih. Menurut pendapat yang lain, ia tidak diganti rugi. Apapun, pendapat pertama adalah benar. Periwayat Hadith Beliau adalah Said bin Zaid bin Amr al-Qurasyi al-Adawi. Beliau adalah anak pakcik Umar sekali gus besan dengan saudara perempuan Umar bernama Fathimah dan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin oleh Rasulullah (s.a.w) masuk syurga. Beliau masuk Islam sebelum baginda masuk ke dalam rumah al-Arqam, seorang muhajirin dan doanya sentiasa dimakbulkan. Beliau meninggal dunia di Madinah pada tahun ke51 Hijriah. Hadithnya diriwayatkan oleh sekumpulan ulama.

118- Daripada Anas (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) berada di dalam bilik salah seorang isterinya. Salah seorang isterinya mengirim pinggan yang berisi makanan yang dibawa oleh seorang pembantu. Isteri yang berada di dalam bilik Rasulullah (s.a.w) itu kemudian memukul pinggan itu dengan tangannya hingga pecah. Baginda kemudian menangkupkan pinggan itu dan meletakkan makanan di atasnya. Baginda bersabda: Makanlah... Baginda kemudian menyerahkan pinggan yang utuh itu kepada pembatu yang membawa makan tersebut dan pinggan yang pecah itu baginda simpan. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Tirmidhi di mana beliau menyebutkan bahawa nama yang memukul pinggan itu adalah Aisyah, dan 217

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 217

09/04/2010 23:05:08

Kitab Thaharah (Bersuci)

menambahkan: Rasulullah (s.a.w) bersabda: makanan diganti dengan makanan dan bekas diganti bekas. Hadith dinilai sahih oleh al- Tirmidhi: 918). Makna Hadith Hadith ini menjelaskan permasalahan yang sering menjadi perdebatan di kalangan ulama fiqh, iaitu masalah ganti rugi ke atas barang yang rosak, apakah ganti ruginya mesti dengan barang yang sejenis atau dengan nilainya? Di sini dijelaskan bahawa Ummul Muminin yang memecahkan pinggan diperintahkan untuk mengganti barang yang serupa dengannya dan inilah yang mendorong ulama mengatakan ganti rugi mesti dilakukan dengan barang yang serupa dengannya bukan dengan nilainya. Analisis Lafaz

, al-Tirmidhi menyebut nama orang yang memecahkan pinggan itu

, menurut Ibn Hazm dalam kitabnya al-Muhalla bahawa orang yang mengirim hadiah itu adalah Zainab binti Jahsy. Menurut riwayat al-Daruquthni pula namanya adalah Hafshah. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa namanya adalah Ummu Salmah. Menurut riwayat Abu Dawud pula disebutkan bahawa namanya adalah Shafiyyah. Apapun, tidak menolak kemungkinan bahawa kisah ini terjadi secara berulang kerananya ia berdasarkan riwayat yang sahih. , kalimat ini boleh digunakan ke atas pembantu lelaki dan perempuan. Barangkali di sini maksudnya adalah pembantu perempuan, malah dalam beberapa riwayat disebutkan si fulanah (pembantu perempuan) namun tidak disebutkan dengan jelas namanya seperti mana yang ditegaskan oleh Ibn Hajar.

dalam riwayatnya sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibn Hajar bahawa dia adalah adalah Aisyah. Ini juga terdapat dalam riwayat al-Tabrani dalam kitab al-Awsath dan kitab al-Muhalla karya Ibn Hazm. Menurut al-Thibi, nama Aisyah dirahsiakan dalam beberapa riwayat yang masyhur untuk merahsiakan kesalahan Aisyah. Beliau merasa cemburu kepada Rasulullah (s.a.w) kerana diberi hadiah di dalam rumahnya sendiri.

,dengan membaca fathah huruf qaf adalah pinggan yang terbuat daripada kayu, namun dalam riwayat lain menggunakan lafaz . , barangkali maksudnya adalah memukul dengan sesuatu objek yang ada di tangannya, kerana jarang sekali pinggan boleh pecah
218

, makanan itu adalah bubur seperti mana yang dinyatakan dalam riwayat Ibn Hamz dalam kitab al-Muhalla.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 218

09/04/2010 23:05:08

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

ketika dipukul dengan menggunakan tangan, melainkan dia memukul pinggan itu hingga jatuh ke tanah lalu pecah. Ini berdasarkan riwayat alBukhari. Menurut riwayat al-Nasai daripada Ummu Salamah disebutkan bahawa Aisyah datang dalam keadaan gemetar membawa bubur dan di tangannya terdapat batu. Dengan benda ini, dia memecahkan pinggan itu. Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan bahawa Aisyah memecahkan pinggan ini hingga terbelah menjadi dua.

, yakni baginda menghimpun makanan di atas pecahan pinggan itu.

,yakni Rasulullah (s.a.w) mengumpulkan pecahan pinggan tersebut. Kalimat ini ditafsirkan oleh satu riwayat al-Bukhari bahawa Rasulullah (s.a.w) mengumpulkan pecahan pinggan itu.

,...": "dalam naskah asalnya terdapat titik yang menunjukkan terdapat kalimat yang dibuang setelahnya. Kalimat yang dibuat itu adalah Rasulullah (s.a.w) menyimpan pinggan pecah itu hingga mereka selesai makan. Ada kemungkinan periwayat tidak menyebutkan kalimat ini kerana ia tidak dijumpai dalam riwayat al-Tirmidhi, sebaliknya dia menyebutkan sesuatu yang tidak terdapat dalam riwayat al-Tirmidhi. , dalam kisah ini Aisyah tidak diperintahkan untuk menggantikan makanan itu, kerana makanan tersebut adalah hadiah. Dengan merosakkannya bererti hadiah itu dianggap sudah diterima. Inilah pendapat Ibn al-Arabi al-Maliki. Huruf ba di sini bermakna ganti rugi sama seperti sabda baginda: . Ibn Hajar mengkritik Ibn al-Arabi dengan mengatakan bahawa Ibn Arabi tidak memperhatikan riwayat-riwayat yang lain dalam masalah ini.
Fiqh Hadith 1. Seorang isteri dibolehkan memberikan hadiah kepada suaminya, walaupun dia dalam berada di rumah madunya. 2. Disunatkan menghadiahkan makanan, walaupun itu sedikit. 3. Disunatkan untuk tidak menyebut nama pelaku kesalahan jika menimbulkan fitnah dan mencemarkan nama baik. 4. Betapa tinggi kesabaran dan kemuliaan akhlak Rasulullah (s.a.w), di mana baginda tidak memarahi orang yang memecahkan tempat makanan tersebut dengan kata-kata kesat. 5. Disunatkan menyimpan barang yang rosak jika masih diharapkan manfaatnya meskipun itu tidak seberapa. 6. Balasan kebaikan adalah kebaikan.

, baginda menyimpan pecahan pinggan itu di rumah Aisyah dan tidak dipulangkan bersama pembantu itu.

219

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 219

09/04/2010 23:05:08

Kitab Thaharah (Bersuci)

7. Barang siapa yang merosakkan barang atau haiwan, maka dia wajib mengganti kerugiannya dengan benda yang sama dengannya. Inilah pendapat Imam al-Syafii dan ulama Kufah di mana biji-bijian diganti dengan biji-bijian misalnya dan tidak boleh diganti dengan nilainya melainkan barang yang sama dengannya tidak dijumpai. Sementara menurut Imam Malik pula seseorang wajib mengganti rugi sesuai dengan nilainya, namun Imam Malik turut memiliki pendapat lain yang sama dengan pendapat Imam al-Syafii. Pendapat lain mengatakan benda yang dihitung dengan timbangan wajib ditukar dengan yang barang sejenisnya. Selain itu, maka ganti ruginya adalah disesuaikan dengan nilai atau harganya. Pendapat yang benar adalah pendapat Imam Syafii kerana berlandaskan kepada hadith Rasulullah (s.a.w) yang menyatakan makanan diganti dengan makanan dan bekas diganti dengan bekas. Selain itu ada pula hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Hatim:

Barang siapa yang memecahkan sesuatu barang milik orang hingga rosak, maka barang yang rosak itu menjadi miliknya dan dia diwajibkan menggantinya dengan barang sama dengannya.

119- Daripada Rafi bin Khadij (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa bercucuk tanam di atas tanah milik suatu kaum tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu, maka dia tidak mendapatkan bahagian hasil ke atas tanaman itu, sebaliknya dia hanya berhak meminta pulang semula biaya bercucuk tanam itu. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah kecuali al-Nasai dan dinilai hasan oleh Tirmidhi. Ada yang mengatakan al-Bukhari menilai hadith daif: 919). Makna Hadith Hadith ini dimasukkan ke dalam bab rompakan sebagai majaz, kerana di dalamnya tidak ada disebutkan masalah mengambil harta orang lain, sebaliknya menyebutkan mengambil manfat terhadap tanah orang lain tanpa izin pemiliknya, di mana seseorang menanam tanaman di atasn tanah milik orang lain, lalu dia mengambil hasilnya. Jadi hadith ini menyatakan bahawa hasil dan tanaman itu menjadi hak pemilik tanah dan pemilik 220

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 220

09/04/2010 23:05:09

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

tanah mesti memberi upah dan biaya bercucuk tanam kepada orang yang melakukannya. Analisis Lafaz

,bagi peladang yang dianggap merompak.

,: Al-Khatthabi ketik mensyarah hadith ini dalam kitab Syarh al-Sunnah mengatakan bahawa al-Bukhari menilai hadith ini daif. Al-Khatthabi berkata: Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata: Saya tidak mengetahui riwayat hadith Abu Ishaq selain hadith yang diriwayatkan Syarik. Bagi pensyarah kitan ini, meskipun kenyataan datang daripada alBukhari, namun ia tidak serta merta hadith ini daif, kerana komentarnya di sini berasal daripada Abu Ishaq al-Subaii, seorang periwayat mudallas namun sering melakukan riwayat ananah sementara Syarik seorang periwayat hadith daripadanya adalah daif di sisi al-Bukhari dan sekumpulan ulama. Tambahan pula hadith ini diriwayatkan Abu Ishaq daripada Atha daripada Rafi. Imam al-Syafii berkata: Atha tidak pernah mendengar hadith ini daripada Rafi. Oleh itu, hadith ini munqathi dan oleh kerananya, jalur ini daif. Akan tetapi dalam riwayat lain daripada Rafi yang dikeluarkan oleh Abu Dawud, al-Thahawi dan ramai lagi sedangkan sanadnya hasan. Oleh itu, hadith dengan lafaz yang pertama menjadi hasan lantaran adanya mutabaah ini. Oleh itu, al-Tirmidhi setelah menyebutkan hadith ini menukil daripada al-Bukhari dengan berkata: Hadith ini hasan, namun saya tidak mengetahui bahawa ia daripada hadith Abu Ishaq melainkan daripada riwayat Syarik. Kesimpulannya, hadith seperti ini boleh dijadikan hujah.
Fiqh Hadith Barang siapa yang bercucuk tanam di atas tanah orang lain tanpa seizin pemilik tanah, maka orang yang bercucuk tanam itu tidak memiliki hak ke atas tanamannya namun dia berhak menerima ganti rugi ke atas biaya yang telah dia keluarkan. Inilah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik, Ishaq, Ibn Hazim dan sebahagian besar ulama Madinah. Dalil mereka adalah sabda Rasulullah (s.a.w):

,segala biaya yang dia keluarkan ketika mengelola tanah tersebut termasuklah kos bercucuk tanam, pengairan dan harga benih.

Tidak ada hak ke atas peluh yang dikalurkan oleh orang zalim.

221

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 221

09/04/2010 23:05:10

Kitab Thaharah (Bersuci)

Menurut Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama, pemilik tanah berhak memaksa orang yang bercucuk tanam mencabut tanamannya dan tanaman itu tetap menjadi hak penanam dan penanam berkewajipan membayar sewa ke atas tanah orang lain itu. Dalilnya adalah sabda Rasulullah (s.a.w):

Tidak ada hak ke atas peluh yang dikalurkan oleh orang zalim.

120- Daripada Urwah bin al-Zubair (r.a), beliau berkata: Ada orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah (s.a.w) berkata: Sesungguhnya ada dua orang yang sedang bertengkar di hadapan Rasulullah (s.a.w) tentang masalah tanah; salah seorang daripada mereka menanam pohon kurma di tanah milik saudaranya, lalu Rasulullah (s.a.w) menetapkan bahawa tanah tersebut tetap menjadi pemiliknya dan menyuruh pemilik pohon kurma untuk mencabut pohon itu dan membayar sewa kepada pemilik tanah, kerana dia telah memakai tanah orang lain. Baginda bersabda: Tidak ada hak ke atas peluh yang dikeluarkan oleh orang zalim. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan sanadnya hasan: 920).

121- Akhir riwayat ini menurut Ash-hab al-Sunan daripada riwayat Urwah daripada Said bin Zaid. Ulama berbeza sama ada hadith ini mawshul ataupun mursal dan sama ada periwayat hadith ini seorang sahabat ataupun sebaliknya: 921) Makna Hadith Perbahasan hadith ini sama dengan pembahasan sebelum ini, tetapi hadith ini mempunyai ciri khusus dalam menetapkan hukum di mana hukum 222

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 222

09/04/2010 23:05:10

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

yang diputuskan di sini sama dengan apa yang dikemukakan oleh Imam al-Syafii dan oleh itu, Ibn Hajar menyebut hadith ini setelah hadith di atas, di mana orang yang bercucuk tanam dikehendaki mengambil tanamannya dan pemilik tanah berhak menerima upah ke atas pemakaian tanahnya itu selama ia diguna pakai. Analisis Lafaz

sama ada dibaca bertanwin ataupun sebaliknya dan demikian pula mereka berbeza pendapat dalam menentukan maksud kalimat ini sebagai berikut: Menurut Imam Malik, al-irq al-zhalim adalah setiap usaha yang diambil, digali dan ditanam dengan cara yang tidak betul. Menurtu Hisyam, al-irq al-zhalim adalah seseorang yang bercucuk tanam di atas sebidang tanah milik orang lain dengan tujuan agar dia memilikinya. Menurut Rabiah pula al-irq al-zhalim ada yang zahir dan ada pula yang batin. Zahir adalah seseorang yang bercucuk tanam atau membina bangunan di atas tanah milik orang lain sedangkan batin pula adalah menggali sumur dan menggali barang galian dari dalamnya. Meskipun pendapat ini hampir mirip antara satu sama lain, namun setiap satu daripadanya lebih bersifat khusus. Kalimat dibaca tanwin. Inilah pendapat Imam al-Syafii, alNawawi, al-Azhari, Ibn Faris, al-Khatthabi dan lain-lain. Jadi menurut mereka, hak orang yang zalim itu mestilah dibatalkan dan tidak memperoleh apa-apa hak ke atas apa yang telah ditanamnya malah dia wajib mencabut tanaman itu. Imam Ahmad berkata: Perkataan tidak dibacan tanwin. Jadi apa yang dibatalkan di sini pokok atau tanaman yang ditanamnya dan oleh kerananya, ia tidak ada harganya, sebaliknya ia menjadi milik pemilik tanah. Ada sesetengah ulama yang mentafsirkan hadith sebagai ihya almawat (mengelola tanah terbiar).

, ulama berbeza pendapat mengenai baris kalimat

, Ibn Hajar menerangkan hadith ini mawshul atau mursal dengan mengatakan bahawa ia diriwayatkan daripada Urwah daripada Said bin Zaid. Ia diriwayatkan secara mursal daripada Urwah di sisi Abu Dawud dan lain-lain. Ibn Hajar pula menjelaskan perbezaan pendapat ulama sama ada periwayat hadith ini sahabat ataupun sebaliknya bahawa ia kadang kala datang daripada Said bin Zaid dan ia kadang kala datang dari Abu Said al-Khudri seperti mana yang disebut oleh Abu Dawud. Apapun hadith ini memiliki beberapa syahid; ia dikeluarkan oleh alThayalisi daripada Aisyah, Abu Dawud daripada Samurah, al-Tabrani
223

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 223

09/04/2010 23:05:11

Kitab Thaharah (Bersuci)

daripada Ubadah dan Abdullah bin Amr. Jadi hadith ini boleh dijadikan hujah. Fiqh Hadith Jika seseorang bercucuk tanam di tanah milik orang lain, maka dia tidak berhak memperoleh apa-apa ke atas tanamannya itu namun berhak menerima upah di atas biaya yang telah dikeluarkannya. Inilah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik, Ishaq , Ibn Hazm dan kebanyakan penduduk Madinah. Dalil mereka adalah hadith:

Tidak ada hak ke atas peluh yang dikalurkan oleh orang zalim. Akan tetapi Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama berpendapat bahawa pemilik tanah boleh memaksa orang yang bercucuk tanam itu mencabutnya dan tanaman itu tetap menjadi orang yang bercucuk tanam di samping wajib membayar sewa ke atas tanah itu. Dalilnya adalah hadith:

Tidak ada hak ke atas peluh yang dikalurkan oleh orang zalim.

122- Daripada Abu Bakrah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda dalam menyampaikan khutbah ada hari raya aidil adha di Mina: Sesungguhnya darahmu, hartamu dan kehormatanmu haram ke atasmu sebagaimana diharamkan harimu ini, bulanmu ini dan negerimu ini. (Muttafaq alaihi: 922). Makna Hadith Ibn Hajar dalam mengemukakan hadith di sini bertujuan menetapkan sesuatu yang umum setelah sesuatu yang khusus. Ia memiliki banyak mengandungi hukum syariat dan oleh kerananya, baginda menyampaikan perkataan ini dalam satu perhimpunan besar pada hari raya qurban di mana para sahabat berkumpul dalam jumlah seratus ribu lebih. Rasulullah (s.a.w) memberikan nasihat bahawa harta orang lain adalah haram, kecuali ada pengecualian di sisi syariat dalam berakad dan demikian 224

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 224

09/04/2010 23:05:11

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

pula darah sama ada yang dikategorikan jenayah ataupun qisas. Hukum haram ini telah disepakati dan tidak perlu diragukan lagi sebagaimana diharamkannya hari ini. Analisis Lafaz

,bahasa lain daripada pembunuhan termasuklah perbuatan melukai dan melempang. Disebut demikian kerana darah biasanya mengalir ketika perbuatan itu dilakukan, tetapi hadith ini mencakupi setiap perbuatan zalim ke atas tubuh walaupun tidak sampai mengalir darah. ,setiap sesuatu yang memiliki nilai. ,yakni bulan Zulhijjah. ,yakni Makkah.
Fiqh Hadith Setiap darah, kehormatan dan harta orang muslim diharamkan ke atas muslim yang lain, sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa riwayat hadith ini. Perkara ini telah disepakati oleh seluruh ulama. Soalan 1. Apakah takrif ghashb? 2. Sempurnakan lafaz hadith: ... dan kemudian buat ulasan ke atasnya? 3. Apakah hukum yang boleh diambil daripada hadith: ... disertai dengan menyebut perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini? 4. Adakah tanah diganti rugi jika rosak atau musnah setelah dirompak? 5. Huraikan hadith Aisyah (s.a.w) ketika memecahkan bekas berisi makanan yang dihadiahkan kepada Rasulullah (s.a.w)? 6. Sebutkan apakah hukum-hakam yang boleh diambil daripada hadith Aisyah ketika memecahkan bekas yang berisi makanan? 7. Apakah hukum seseorang yang membinasakan sesuatu? Adakah dia wajib mengganti dengan barang yang sama dengannya atau mengganti dengan nilainya? Sebuatkan pendapat ulama dalam masalah ini?

, pada hari raya qurban.

225

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 225

09/04/2010 23:05:11

Kitab Thaharah (Bersuci)

8. Benarkah al-Bukhari menilai hadith Rafi bin Khadij ini daif: ... dan buat ulasan ke atasnya? 9. Apakah hukum seseorang yang bercucuk tanam di atas tanah milik orang lain tanpa memperoleh kebenaran daripada pemilik tanah? 10. Berilah baris ke atas sabda Rasulullah (s.a.w): dan buatlah ulasan ke atas setiap perbezaan baris daripadanya? 11. Sebutkan dua hadith yang menjelaskan hukum seseorang yang menanam di atas tanah bukan miliknya? 12. Bincangkan maksud hadith ?

226

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 226

09/04/2010 23:05:12

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB SYUFAH

Syufah dengan membaca dhammah huru jim dan sukun huruf fa dan adalah salah seseorang yang membarisi huruf fa itu ketika membacanya. Ia diambil daripada kalimat yang bermaksud genap, tambahan atau bantuan. Menurut syariat pula ia adalah perpindahan saham rakan kongsi kepada rakan kongsi yang lain, seperti perpindahan terjadi kepada orang lain dengan membelinya sesuai dengan harga bahagian itu untuk diambil semula.

123- Daripada Jabir bin Abdullah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) memutuskan dengan cara syufah dalam setiap sesuatu barang yang tidak dapat dibahagi, namun jika batasan-batasan telah nyata dan jalan-jalan sudah diatur maka tidak ada lagi hak syufah. (Muttafaq alaihi dan lafaz hadith ini menurut riwayat al-Bukhari: 923)

124- Dalam riwayat Muslim: Syufah itu berlaku dalam setiap perkongsian tanah, ladang dan kebun yang tidak layak dalam satu riwayat disebutkan tidak halal menjualnya hingga ditawarkan kepada rakan kongsinya. Dalam 227

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 227

09/04/2010 23:05:12

Kitab Thaharah (Bersuci)

riwayat al-Thahawi disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) menetapkan syufah dalam segala sesuatu. Periwayat hadith ini thiqoh: 924). Makna Hadith Dalam bab perkongsian telah disebutkan bahawa perkongsian tidak boleh dilakukan kecuali berdasarkan keredhaan kedua-dua pihak rakan kongsi. Jika salah seorang rakan kongsinya ingin menjual sahamnya tanpa meminta persetujuan terdahulu kepada rakan kongsinya, maka seolah-olah dia memasukkan lain anggota tanpa memberikan hak pilih kepadanya. Oleh itu, Islam menetapkan bahawa orang yang paling berhak untuk ditawarkan untuk membeli sahamnya adalah rakan kongsinya dengan syarat harus sesuai harga jualnya. Jika rakan kongsinya itu enggan membelinya setelah ditawarkan kepadanya, maka tidak ada salahnya menjualnya kepada orang lain. Kemudian dijelaskan pula bahawa ada beberapa faktor di mana rakan kongsi tidak berhak lagi ke atas syufah setelah ditawarkan kepadanya dan dia menyatakan tidak berminat untuk membelinya, iaitu ketika sudah ada batasan dan ketentuan yang telah ditetapkan. Dalam keadaan ini, maka rakan kongsi tidak berhak untuk kembali lagi menuntut syufah. Analisis Lafaz

, kalimat ini ditafsirkan dengan sambungan kalimat setelahnya Jika terjadi. Dengan erti kata lain, jika sudah terjadi pembahagian, maka tidak ada lagi syufah. , dengan membaca dhammah huruf shad dan tasydid huruf , ditetapkan dan tentukan.

,sebelum ini telah dihuraikan defenisinya di mana ia adalah perpindahan saham rakan kongsi kepada rakan kongsi yang lain, seperti perpindahan terjadi kepada orang lain dengan membelinya sesuai dengan harga bahagian itu untuk diambil semula.

ra, maksudnya jalan atau batasan telah ditetapkan. Dengan erti kata lain, jika sebidang tanah sudah dijual dengan menetapkan batas dan sempadannya, maka dia tidak dapat lagi menuntut hak syufahnya. , setiap sesuatu yang boleh dikongsi dalam kepemilikan. Ia berasal dari perkataan .

,dengan membaca fathah huruf ra, maksudanya tanah atau rumah. , dalam kitab Fath al-Bari ditegaskan bahawa tidak ada masalah dengan periwayat hadith ini dan Ibn Hajar turut mengemukakan
228

,kebun.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 228

09/04/2010 23:05:12

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

satu syahid yang marfu ke atas hadith ini daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan al-Baihaqi, beliau berkata: Periwayatnya thiqoh namun dinilai cacat kerana mursal. Fiqh Hadith 1. Syufah disyariatkan terhadap setiap suatu barang yang belum dibahagikan. Ulama berbeza pendapat mengenai barangan yang boleh dilakukan syufah ke atasnya, meskipun mereka bersepakat bahawa syufah boleh dilakukan ke atas suatu benda yang boleh dibahagikan. Menurut Imam Malik, syufah boleh dilakukan ke atas segala sesuatu. Inilah pendapat Atha, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad dalam salah satu riwayat. Dalil mereka adalah:

Syufah itu boleh dilakukan ke atas segala sesuatu. Sebelum ini telah dinyatakan bahawa hadith ini merupakan riwayat al-Thahawi dan memiliki syahid daripada Ibn Abbas yang dikeluarkan oleh alTirmidhi dan periwayatnya pula thiqoh. Tetapi ada pula pendapat yang mengatakan hadith ini bukan marfu. Menurut jumhur ulama, syufah tidak boleh dilakukan ke atas barang bergerak. Dalil mereka adalah sabda Rasulullah (s.a.w): Jika barang itu telah dibahagikan. Ini menunjukkan syufah tidak boleh berlaku ke atas barang bergerak. Ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah (s.a.w):

Tidak ada syufah kecuali ke atas bangunan dan barang yang tidak berpindah. Dalil pertama disanggah bahawa hadith tersebut hanya sekadar contoh. Jadi tidak dapat diertikan hanya terbatas pada barang itu sahaja. Dalil kedua pula disanggah bahawa hadith tersebut daif. Demikian pula dengan hadith: Syufah berlaku ke atas segala sesuatu bahawa dalil ini merupakan dalil mantuq, sementara dalil mereka adalah dalil mafhum, sementara mantuq lebih diutamakan ke atas mafhum. Ada pula di antara mereka yang tidak membolehkan syufah ke atas barang bergerak namun mengatakan syufah berlaku ke atas pakaian dan ada yang mengatakan hanya berlaku pada haiwan saaja, seperti Imam Ahmad dalam pendapat yang masyhur. 2. Seseorang tidak boleh menjual sahamnya sebelum menawarkannya kepada rakan kongsinya.

229

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 229

09/04/2010 23:05:13

Kitab Thaharah (Bersuci)

125- Daripada Anas bin Malik (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jiran yang bersebelahan rumah lebih berhak ke atas syufah rumahnya. (Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban. Hadith ini cacat: 925). Makna Hadith Hadith ini sebelum membincangkan barang-barang yang boleh dilakukan syufah ke atasnya dan dalam hadith ini membincangkan siapakah orang yang berhak melakukan syufah yang dalam hal ini adalah jiran tetangga. Jadi maksud hadith ini adalah jiran tetangga berhak ke atas syufah bahkan kedudukannya sama dengan rakan kongsi dalam sebuah usaha. Analisis Lafaz

, al-Tirmidhi menjelaskan dengan berkata: Apa yang benar di sisi ulama adalah hadith ini daripada al-Hasan daripada Samurah, dan kami tidak tahu bahawa hadith Qatadah berasal daripada Anas melainkan ia daripada Isa bin Yunus. Al-Daruquthni menguatkan riwayat al-Hasan daripada Samurah ke atas riwayat Qatadah daripada Anas. Al-Daruquthni berkata: Mereka di dalamnya ada Isa bin Yunus di mana ia diriwayatkannya daripada Said daripada Qatadah daripada Anas sedangkan yang selainnya diriwayatkan daripada Said daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada Samurah. Demikian pula diriwayatkan oleh Syubah daripada Qatadah. Inilah yang betul. Bagi pensyarah kitab ini, kedua-dua jalur ini benar dan tidak perlu tarjih ke atas salah satu di antaranya. Ini kerana Ahmad bin Janab, guru Muslim, meriwayatkannya daripada Isa bin Yunus menerusi kedua-dua jalur ini. Ini menujukkan Isa telah menghafalnyya. Ini turut dikeluarkan oleh Abu al-Hasan al-Qazwaini dalam kitab al-Amali dan keadaan ini turut disokong oleh al-Qatthan. Tetapi Qatadah dan al-Hasan adalah mudallas. Kami tidak tahu sama kedua-duanya pernah mendengar hadith ini secara langsung atau salah seorang daripadanya sahaja yang mendengarnya secara langsung daripada sahabat yang meriwayatkan hadith ini. Apapun, kedua-dua jalur ini saling menguatkan antara satu sama lain. Oleh itu, hadith ini berkedudukan hasan
230

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 230

09/04/2010 23:05:13

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

di samping ia memiliki syahid yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Fiqh Hadith Syufah disyariatkan kepada jiran tetangga. Inilah pendapat mazhab Hanafi. Menurut Umar, Ali, Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain, tidak ada hak syufah ke atas jiran tetangga, kerana menurut mereka maksud jiran tetangga di sini adalah rakan kongsi sebagaimana yang disebutkan dalam hadith Abu Rafi berikut ini.

126- Daripada Abu Rafi (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jiran lebih berhak mendapatkan syufah lantaran kedekatannya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Hakim. Hadith ini mempunyai kisah: 926). Makna Hadith Dengan hadith ini Ibn Hajar ingin menjelaskan bahawa maksud jiran tetangga di sini adalah rakan kongsi dalam berusaha, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith ini, walaupun tidak disebutkan secara jelas. Analisis Lafaz ,dengan membaca fathah huruf sin dan qaf namun boleh pula menggunakan huruf shad dan sin dan huruf qaf boleh dibaca fathah atau sukun. Maknanya berdekatan.

, al-Bukhari meriwayatkan daripada Amr bin al-Syarid, beliau berkata: Aku berhenti di dekat Said bin Abu Waqqash. Kemudian datang al-Miswar bin Makhramah dengan meletakkan kedua tangannya pada salah satu pundakku. Ketika itu datanglah Abu Rafi mawla Rasulullah (s.a.w) seraya berkata: Wahai Saad, belilah rumahku yang berhampiran dengan rumahmu. Said berkata: Aku tidak mahu membelinya. Al-Miswar berkata: Kamu mesti membelinya. Saad menjawab: Aku tidak mahu membelinya melebihi empat ribu dan itu pun dibayar secara beransur. Abu Rafi berkata: Saya telah memberinya lima ratus dinar. Seandainya aku tidak pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jiran tetangga
231

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 231

09/04/2010 23:05:14

Kitab Thaharah (Bersuci)

lebih berhak ke atas syufah necaya aku tidak akan menjualnya dengan harga empat ribu sementara aku memberinya lima ratus dinar, kemudian dia memberinya. Fiqh Hadith Jiran tetangga berhak ke atas syufah dan ulama yang tidak bersetuju bahawa syufah menjadi hak jiran tetangga mengemukakan dalil bahawa Abu Rafi adalah rakan kongsi Said dalam kepemilikan rumah itu, sementara makna jiran tetangga di sini bermaksud perkongsian, kerana setiap sesuatu yang berhampiran dengan sesuatu disebut jiran tetangga, bahkan isteri disebut pula kadang kala disebut tetangga. Menurut al-Khatthabi, hadith ini tidak membincangkan syufah, kerana hadith ini menganjurkan untuk berbuat baik dan sentiasa menghulurkan bantuan.

127- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jiran lebih berhak menerima syufah jiran tetangganya. Dia mesti dinanti jika sedang bepergian dan apabila jalan mereka sama. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah dan periwayatnya pula thiqoh: 927). Makna Hadith Hadith ini menegaskan bahawa syufah ditetapkan menjadi hak milik tetangga apabila jalan mereka sama, namun jika jalan mereka berlainan, maka tetangga itu tidak berhak ke atas syufah. Analisis Lafaz

,mabni li al-majhul. , periwayatnya thiqoh namun tidak menilainya sahih. Ini mengisyaratkan hadith ini masih dipertikai atau cacat. Hadith ini hanya diriwayatkan oleh Abdul Malik bin Abu Sulaiman alAzrami. Dia meriwayatkannya daripada Atha daripada Jabir. Al-Tirmidhi ,yakni syufah.

232

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 232

09/04/2010 23:05:14

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

setelah mengeluarkan hadith ini berkata: Saya tidak tahu bahawa ada seseorang yang meriwayatkan hadith ini selain Abdul Malik. Syubah mempertikai hadith ini, namun Abdul Malik seorang periwayat thiqoh. Al-Syafii berkata: Saya khuatir hadith ini tidak mahfuz kerana bercanggah dengan riwayat Abu al-Zubair daripada Jabir. Ia bercanggah dengan sabdanya . ... Imam Ahmad berkata: Hadith ini munkar. Yahya berkata: Hadith ini hanya diriwayatkan oleh Abdul Malik, namun dia diingkari oleh ramai ulama. Al-Bukhari mengemukakan komentar yang sama dengan Imam alSyafii. Fiqh Hadith Syufah menjadi hak jiran tetangga jika jalan mereka sama. Namun jika tidak, maka dia tidak mempunyai hak atasnya. Inilah pendapat Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim, al-Shanani dan sekumpulan ulama.

128- Daripada Ibn Umar (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Syufah bagaikan melepas tali unta. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Bazzar yang menambahkan: Tidak ada syufah bagi orang yang sedang bepergian. Sanadnya daif: 928). Makna Hadith Hadith ini menceritakan tentang waktu syufah, sementara sebelum ini telah dibahas kepada siapa orang yang berhak mendapat syufah dan barangbarang yang boleh dilakukan syufah ke atasnya. Di sini dijelaskan bahawa hak syufah hilang bagi orang yang tidak segera datang untuk melakukan syufah walaupun dia adalah jiran tetangganya. Analisis Lafaz

, huruf kaf dibaca fathah kerana huruf tasybih, huruf ha dibaca fathah, huruf lam dibaca tasydid dan dibaca kasrah. Al-Hallu lawan kata dari al-aqad yang bermaksud menanggalkan ikatan. Al-Iqal pula adalah alat yang biasa digunakan untuk mengikat sesuatu.

233

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 233

09/04/2010 23:05:14

Kitab Thaharah (Bersuci)

Maksud hadith ini menurut al-Subki di dalam kitab Syarh al-Minhaj adalah hak syufah hilang bagi jiran tetangga yang tidak segera mengambil haknya sama seperti unta yang talinya telah dilepaskan. Ada pula yang mengatakan bahawa maksudnya adalah membatalkan jual beli kepada rakan kongsi dan mewajibkannya kepada orang yang selainnya. Inilah tafsiran al-Suyuthi, namun tafsiran al-Subki lebih benar. Bukti tafsiran al-Subki lebih benar adalah adanya riwayat: ( Syufah bagi orang yang segera mendatanginya) dan ( Syufah sama seperti melepaskan ikatan tali), meskipun lafaz-lafaz riwayat ini tidak disokong oleh sanad yang muktabar. Menurut riwayat Ibn Majah disebutkan: ( Tidak ada syufah bagi rakan kongsi yang telah dibeli orang lain, kanak-kanak dan orang yang bepergian). Ini menyokong dengan tegas terhadap tafsiran al-Subki. Menurut riwayat Ibn Hazm pula disebutkan: ( Syufah sama seperti melepaskan ikatan tali. Jika ia diikat dengan segera, maka itu adalah haknya. Jika tidak, maka itu adalah kesalahannya). Al-Bazzar menambahkan lafaz: dan tambahan ini ada di sisi Ibn Majah. Dalam riwayat lain, ia dinilai daif, kerana ia berasal dari riwayat Muhammad bin Abdurrahman al-Bailamani, seorang periwayat daif dan Muhammad bin al-Harits al-Bashri, seorang periwayat matruk. Abu Zurah memberi komentar mengenai hadith ini sebagai munkar. Menurut Ibn Hibban, ia sama sekali tidak landasannya. Menurut al-Baihaqi, ia tidak sabit. Menurut al-Bazzar setelah meriwayatkannya, ia daif. Malah sekumpulan ulama pun turut menilainya daif. Fiqh Hadith Wajib bersegera untuk mengambil hak syufah, kerana waktunya amat singkat. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan waktu yang singkat ini dan mereka menentukan waktunya meskipun disokong oleh mana-mana dalil. Mengikut pendapat yang rajih, waktu syufah itu hendaklah mengikut kebiasaan di suatu setempat. Penting Imam al-Baihaqi dalam kitab al-Sunan al-Kubra membuat satu bab lafazlafaz hadith munkar yang disebutkan ulama fiqh dalam bab syufah yang dimuat dalam karya mereka, antara lain adalah:

234

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 234

09/04/2010 23:05:15

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Bab syufah tidak boleh diwariskan. Bab kanak-kanak berhak ke atas syufahnya hingga dia mencapai usia baligh. Bab tidak ada syufah ke atas pemeluk agama Nasrani. Bab tidak syufah ke atas Yahudi dan Nasrani.

235

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 235

09/04/2010 23:05:15

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB MUDHARABAH (QIRADH)

Qiradh dengan membaca kasrah huruf qaf adalah memberi pinjaman dengan berbagi keuntungan. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Hijaz. AlMuqaradhah adalah bagi hasil yang dalam istilah lain disebut sebagai almudharabah. Al-Mudharabah berasal daripada perkataan al-dharb yang bermaksud berjalan di muka bumi atau mengelola harta. Jika seseorang memberi orang lain harta supaya dikelola dan hasilnya mesti dibahagikan antara pemilik modal dengan pengelola, maka inilah yang disebut almuqaradhah atau al-mudharabah. Soalan 1. Apakah takrif syufah secara mengikut bahasa dan syarak? 2. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ?Jelaskan makna , dan ? 3. Sebutkan pendapat ulama fiqh mengenai barang-barang yang dilakukan syufah ke atasnya? 4. Adakah jiran memiliki hak syufah? Sebutkan pendapat ulama fiqh, dalil dan sanggahan mereka? 5. Bariskan hadith: dan beri ulasan ke atasnya? 6. Sebutkan teks hadith yang membatasi syufah bagi jiran tetangga dengan satu syarat? 7. Apakah maksud dan sebutkan dalil ke atas apa yang telah anda jelaskan? 8. Sebutkan lima hadith yang tidak membenarkan syufah?

236

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 236

09/04/2010 23:05:15

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

129- Daripada Shuhaib (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ada tiga perkara yang di dalamnya mengandungi keberkatan; jual beli dengan tempoh, akad qiradh, mencampur barli dengan gandum untuk keperluan makan di dalam rumah, bukan untuk dijual. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang daif: 929). Makna Hadith Hadith ini memberitahukan aktiviti berniaga mulia yang boleh mendatangkan keberkatan. Intinya, hadith ini menegaskan bahawa sumber keberkatan itu datang daripada sikap gemar membentu orang lain dan menjual secara kredit tanpa harus meminta bayaran lebih ke atas harga yang telah disepakti oleh kedua pihak. Inilah hakikat qiradh dan amat menggalakkan untuk mengamalkannya dalam berniaga. Al-Muqaradhah adalah membantu orang yang tidak berkemampuan dengan memberi pekerjaan kepadanya, mencampur barli dengan gandum merupakan salah satu cara untuk membanyakkan lagi makanan di dalam rumah. Dengan demikian, campuran antara dua jenis makanan itu merupakan percampuran antara jenis makanan yang berkualiti tinggi dengan yang berkualiti sederhana. Inilah cara menyediakan makanan yang sederhana. Ini berbeza sekiranya apa yang dimasak itu hanya barli yang berkualiti buruk, kerana ada kemungkinan salah seorang keluarga enggan memakannya. Analisis Lafaz

,maksudnya telah dihuraikan sebelum ini, tetapi kalimat ini dalam riwayat disebutkan: di mana huruf ain sebagai pengganti huruf qaf. Imam al-Suyuthi mentafsirkan bahawa maksudnya adalah menukar nilai dengan nilai atau barang dengan barang tanpa menggunakan wang. Namun riwayat Ibn Majah itu tidak dapat dijadikan sebagai pegangan. , dengan sanad yang daif kerana Shalih bin Shuhaib seorang periwayat majhul sedangkan Abdurrahim bin Dawud yang meriwayatkan daripada Shalih bin Shuhaib seorang yang tidak mahfuz seperti mana yang ditegaskan oleh al-Uqaili manakala Nadhr bin al-Qasim yang meriwayatkan daripada Abdurrahim bin Dawud menurut al-Bukhari adalah mawdhu. Semua ini disebutkan oleh al-Bushiri dalam kitab Mishbah al-Zujajah. ,jenis gandum yang baik.

, hingga waktu yang telah ditentukan.

237

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 237

09/04/2010 23:05:16

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Galakan memberi pinjaman ketika menjual barang, di mana pembeli menangguhkan pembayaran hingga waktu tertentu dengan syarat tidak ada bunga dalam transaksi itu. 2. Disunatkan memberi pinjaman, bahkan amalan seperti ini dipenuhi dengan keberkatan. 3. Disunatkan mencampur gandum dengan barli untuk dimasak yang kemudian dijadikan sebagai makanan di tenga-tengah keluarga, namun ini untuk dijual, bahkan amalan seumpama ini mendatangkan keberkatan. Periwayat Hadith Shuhaib bin Sinan al-Rumi pernah berjumpa Rasulullah (s.a.w) di Quba sebelum memasuki kota Madinah. Beliau turut serta dalam Perang Badar dan pelbagai peperangan yang lain bersama Rasulullah (s.a.w). Beliau meninggal dunia dalam usia sekitar tujuh puluh tahun. Ramai ulama yang meriwayatkan hadith daripadanya.

130- Daripada Hakim bin Hizam (r.a) bahawa beliau apabila memberi modal usaha kepada orang lain, beliau mengemukakan syarat bahawa jangan kamu beli ikan atau binatang dengan menggunakan hartaku, jangan kamu membawanya berlayar dan jangan kamu membawanya turun ke dalam sebuah lembah yang biasa terdedah banjir. Jika kamu melanggar salah satu daripada ketentuan yang telah ditetapkan itu, maka kamu wajib menanggung risikonya sendiri terhadap hartaku. (Diriwayatkan oleh alDaruquthni dan periwayat hadith ini thiqoh). Malik berkata dalam kitab alMuwattha daripada al-Ala bin Abdurrahman bin Yaqub daripada ayahnya daripada datuknya bahawa dia pernah menguruskan harta Utsman di mana hasilnya dibahagi dua di antara mereka. (Muttafaq alaihi: 930).

238

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 238

09/04/2010 23:05:16

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Setelah Ibn Hajar menyebutkan hadith yang menganjurkan untuk memberi pinjaman sebelum ini, di sini beliau menghuraikan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Hakim bin tentang harta yang dipinjamkan ` izam, di H beliau melarang daripada untuk membeli haiwan yang bernyawa, tidak boleh membawa harta miliknya berlayar, membawa harta ke kawasan lembah terdedah banjir. Jika peminjam melanggar ketentuan itu, dia wajib bertanggung jawab ke atas kerosakan barang yang terjadi dan wajib membayar ganti rugi. Hadith ini membolehkan adanya syarat dan ketentuan seperti ini. Jika dilanggar, maka peminjam wajib melakukan ganti rugi. Analisis Lafaz

,dengan membaca fathah huruf klaf dan kashrah huruf ba, iaitu salah satu anggota yang terdapat di dalam perut dan terletak di sebelah kanan. Ia merupakan organ penting dalam pergerakan badan, bahkan hidup manusia bergantung kepadanya.

,dengan syarat memperoleh keuntungan.

, dengan membaca fathah huruf ba, sukun huruf tha, fathah huruf mim, kasrah huruf sin dan perkataan mengikut wazan , yakni tempat air hujan mengalir atau banjir. Hakim bin Hizam khuatir hartanya binasa, kerana tempat-tempat terdedah kepada risiko besar. Demikian ketentuan yang melarang peminjam daripada membawa hartanya berlayar kerana dikhuatiri karam. , yakni kamu mesti mengganti kerosakan barangku, kerana kamu telah melanggar persyaratan yang telah kutetapkan. , penulis kitan Muntaqa al-Ahbar menisbahkan hadith kepada al-Daruquthni, namun barangkali beliau mengutip daripadanya. Hadith ini terdapat di dalam Sunan al-Baihaqi dan Ibn Hajar menisbahkan kepadanya dalam kitab al-Talkhish dan menilai kuat sanadnya. Saya tidak menjumpai hadith ini di dalam Sunan al-Daruquthni. Penisbatan kepada al-Daruquthni pada dasarnya adalah merujuk kepada kitabnya al-Sunan, bukan yang selainnya seperti mana menisbahkan suatu hadith kepada alBukhari bermaksud kitabnya al-Sahih. Demikian pula suatu hadith yang dinisbahkan kepada al-Tirmidhi, Abu Dawud dan lain-lain. Barang kali alDaruquthni telah meriwayatkannya tidak di dalam kitabnya al-Sunan atau ada kemungkinan pula al-Hafiz Ibn Hajar mengalami kesalahan dalam
239

,adalah haiwan yang memiliki ruh. Dengan erti kata lain, jangan kamu gunakan hartaku untuk membeli haiwan yang memiliki ruh, kerana ia terdedah kepada risiko penyakit dan kematian.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 239

09/04/2010 23:05:16

Kitab Thaharah (Bersuci)

masalah ini kerana mengikut langkah Majduddin Ibn Taimiyyah. Fiqh Hadith 1. Disyariatkan memberi pinjaman modal kepada orang lain, di mana sahabat dan ulama telah bersepakat dalam masalah ini. 2. Boleh mengemukakan syarat kepada peminjam selagi syaratnya tidak bercanggah dengan syariat sebagaimana yang telah dibahas dalam bab syarat. 3. Syarat dianggap syah jika berdasarkan keredhaan kedua belah pihak. 4. Syarat boleh melarang peminjam daripada melakukan sesuatu yang padasarnya dibolehkan. 5. Disunatkan syarat dan ketentuan yang telah dibuat mengambil berat risiko-risiko yang boleh membawa kepada kerosakan barang. 6. Peminjam pada hakikatnya tidak bertanggung jawab ke atas barang yang dipinjamnya, kecuali jika dia melanggar persyaratan yang telah disepakati dan kemudian barang berkenaan rosak atau hilang. Ini berdasarkan kesepakatan ulama. Penting Ibn Hazm berkata: Setiap permasalahan fiqh pasti ada dalilnya di dalam alQuran dan Sunnah selain qiradh. Kami tidak pernah menemukan dalilnya, namun ada ijma ulama yang mengharuskannya. Apapun, ia pernah dipraktikkan pada zaman Rasulullah (s.a.w) lalu baginda mengetahuinya lalu mengakuinya. Tanpa itu, qiradh tidak dibolehkan. Soalan 1. Apakah takrif qiradh secara bahasa dan syarak? 2. Sebutkan teks hadith Shuhaib yang mengharuskan muqaradhah dan bincangkan faktor yang menyebabkan daif. 3. Apakah makna perkataan Hakim: dan dan barisilah kedua-dua kalimat ini? 4. Bolehkah membuat syarat dalam muqaradhah dan bincangkan masalah ini? 5. Adakah peminjam harta muqaradhah wajib membayar ganti rugi apabila harta itu rosak atau hilang?

240

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 240

09/04/2010 23:05:16

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB MUSAQAH DAN SEWA

Musaqah berasal dari perkataan iaitu seseorang yang menyerahkan kebunnya kepada orang lain untuk disiram dan dirawat dengan bahagian keuntungan yang telah ditentukan. Ibn Hajar di sini sengaja meletakkan perbahasan sewa setelah musaqah, kerana musaqah termasuk ke dalam kategori sewa dan ulama telah bersepakat bahawa ia disyariatkan sekali gus ini sebagai sanggahan ke atas pendapat yang mengatakan bahawa musaqah adalah dilarang.

131- Daripada Ibn Umar (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) telah melantik masyarakat Khaibar untuk mengelola kebunnya dengan ketentuan mereka memperoleh separoh dari hasil tanahnya berupa buah-buahan atau bijibijian. (Muttafaq alaihi). Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim disebutkan: Lalu mereka meminta baginda mengakui mereka untuk sentiasa mengerjakan tanah itu selama-lamanya dan mereka mendapatkan penghasilan separuh kurma yang telah dituai. Rasulullah (s.a.w) kemudian bersabda kepada mereka: 241

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 241

09/04/2010 23:05:17

Kitab Thaharah (Bersuci)

Kami mengakui kamu untuk mengerjakan tanah kami selagi kami berminat untuk itu. Mereka diakui untuk tetap mengelola kebun Khaibar Umar meng mereka. Dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) menyerahkan kepada Yahudi Khaibar tanah dan kurma Khaibar dengan syarat mereka mengelolanya dengan modal mereka dan separuh hasilnya menjadi hak milik mereka. (931). Makna Hadith Hadith ini merupakan dalil yang mensyariatkan musaqah, kerana Rasulullah (s.a.w) menyuruh masyarakat Khaibar menggarap kebun kurma, menjaganya dan menganggapnya sebagai harta mereka sendiri, kemudian mereka memperoleh setengah daripada hasilnya. Ini merupakan salah satu hikmah syariat, kerana tidak semua orang yang mempunyai ladang mampu menggarap lahannya sendiri dan demikian pula dengan pekerja, tidak semua mereka yang mampu memiliki ladang untuk digarap sendiri. Bagi saya, menggarap ladang sama seperti sewa-menyewa, namun apa yang membezakannya bahawa dalam musaqah pekerja tidak menggunakan modalnya sendiri dan ia pula mirip perkongsian jika pekerja turut menanam modal ketika bekerja. Di sini jelaslah perbezaan antara musaqah, sewa dengan perkongsian. Analisis Lafaz

, mereka adalah orang-orang Yahudi yang tinggal di kawasan khaibar. Khaibar terletak berhampiran Madinah.
,separuh.

,hasil yang memadai bagi mereka di atas jerih payah yang mereka lakukan. ,yang mengusir dan menghalau mereka. ,kiasan terhadap pekerjaan mereka yang banyak.
menyiram harta mereka. Fiqh Hadith 1. Disyariatkan musaqah. Para ulama fiqh seperti Imam Malik, Imam Syafii, Imam Ahmad, Ishaq, al-Tsawri, al-Laits, selulurh ulama 242

,tinggal bersama mereka.

, bayaran ke atas atas jerih payah mereka dalam menjaga dan

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 242

09/04/2010 23:05:17

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

2. 3.

4.

5.

hadith dan mazhab zahiri telah bersepakat mengenainya. Namun Imam Abu Hanifah dan Zufar tidak mengharuskan musaqah dan mereka tidak memiliki landasan yang kuat. Bayaran musaqah mesti disebut dengan jelas kepada pekerja. Musaqah boleh dilakukan pada buah-buahan dan tanam-tanaman, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas. Inilah pendapat Imam Malik dan Imam al-Syafii, di mana mereka berkata: Musaqah boleh dilakukan ke atas setiap pepohon dan tanaman. Dalam riwayat yang lain di sisi Imam al-Syafii, musaqah hanya dibolehk ke atas kurma dan anggur sahaja. Menurut Dawud al-Zahiri, musaqah hanya dibolehkan ke atas anggur sahaja. Boleh melakukan msuaqah dengan jangka wakatu yang belum diketahui. Al-Bukhari menyebut hadith ini dan membuat satu bab mengenainya dengan berkata: Bab: jika tidak ada syarat tahun dalam muzaraah. Inilah pendapat sekumpulan ulama fiqh. Msalah telah dinyatakan dengan tegas dalam sabda Rasulullah (s.a.w): Kami mengakui kamu tetap bekerja di kawasan kebun Khaibar selama kami menginginkan demikian. Berbeza dengan jumhur ulama di mana menurut mereka, tidak boleh melakukan muzaraah dan musaqah melaikan dalam waktu yang telah ditetapkan. Mereka mentakwil hadith ini namun apa yang mereka nyatakan itu masih perlu dikaji semula. Pekerja dibolehkan mengeluarkan sebahagian hartanya semasa merwat kebun tersebut.

Penting Sekumpulan ulama fiqh dan ulama hadith berpendapat bahawa musaqah dan muzaraah adalah sama, tetapi jumhur ulama mengatakan musaqah berbeza dengan muzaraah. Mereka mentakrifkan muzaraah bahawa benih milik tanah sedangkan penanam pula bertugas menanamnya dengan bayaran yang telah ditentukan berdasarkan penghasilan yang diperoleh daripada tanaman itu.

243

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 243

09/04/2010 23:05:17

Kitab Thaharah (Bersuci)

132- Daripada Hanzhalah bin Qais, beliau berkata: Aku pernah bertanya kepada Rafi bin Khadij tentang hukum menyewa tanah dengan emas dan perak? Dia menjawab: Tidak ada masalah dengannya. Pada zaman Rasulullah (s.a.w), umat manusia menyewa tanah dengan imbalan tanaman yang tumbuh di kawasan perairan, pintu-pintu selokan dan sebagian tanaman. Namun ini hancur dan itu selamat, itu hancur dan ini selamat. Ini tradisi sewa menyewa tanah pada waktu itu. Oleh itu, baginda kemudian melarangnya. Adapun imbalan sesuatu yang telah sedia maklum dan dapat dijamin maka itu tidak ada salahnya (dibolehkan). (Diriwayatkan oleh Muslim) . Hadith ini merupakan penjelasan ke atas larangan menyewakan tanah yang bersifat umum dalam hadith sebelum ini. (932). Makna Hadith Hadith ini membolehkan untuk menyewakan tanah mengikut makna yang sebenarnya iaitu memanfaatkan segala jenis barang dengan bayaran yang telah ditentukan seperti emas dan perak. Dalam hadith ini dijelaskan jenis sewa yang dilarang oleh Rasulullah (s.a.w), kerana di dalamnya memuatkan unsur spekulasi, iaitu seorang pekerja datang dengan berkata: Aku hendak membeli sebidang tanah milik si fulan itu dan sisa tanah itu aku sewakan kepada kamu. Ada kemungkinan tanah yang disewa pekerja itu dibayar sewanya namun bayaran sewa tidak sampai kepada pemilik tanah atau malah terjadi sebaliknya. Jadi di sini ada pihak yang tidak memperoleh haknya sedangkan pihak yang lain mengaut segala keuntungan. Ini adalah diharamkan seperti mana yang dikatakan oleh al-Laits setelah menyebut hadith ini: Sekiranya orang yanga arif memahami halal dan haram tentu akad sewa seperti tidak dibolehkannya. Ibn Hajar menegaskan bahawa larangan tentang menyewa tanah dalam hadith muttafaq alaih mestilah ditafsirkan mengikut tafsiran dalam hadith ini, kerana hadith mutafaq alaih bersifat mujmal (global) sedangkan hadith di sini bersifat mufassar (tafsiran). Menurut kaedah fiqh, mujmal mestilah ditafsirkan mengikut mufassar. Analisis Lafaz

,jamak dengan menggunakan huruf huruf mim dan kemudian disusuli huruf dzal dan huruf ya. Maksudnya suatu tempat yang menjadi saliran air atau tumbuhan yang mengelilingi kawasan tadah banjir.

244

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 244

09/04/2010 23:05:18

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,dengan membaca fathah huruf alif dan sukun huruf qaf, iaitu permukaan atau hulu. ,mati atau dilanda penyakit lalu binasa. ,melarang dengan keras. ,secara mujmal (global) tanpa ditafsirkan. , lafaznya: Rasulullah (s.a.w) melarang
,jamak iaitu selokan.

daripada

menyewakan tanah. Fiqh Hadith

1. Boleh menyewa sebidang tanah dengan bayaran jelas, seperti emas atau perak dan lain-lain seumpamanya. 2. Larangan menyewakan tanah dengan sesuatu yang mengakibatkannya tidak sempurna jika diambil sebahagiannya. Periwayat Hadith Hanzhalah bin Qais al-Zarqi al-Anshari, salah seorang periwayat thiqoh di Madinah, sedikit cakap dan pendapatnya sentiasa cemerlang. Ramai ulama yang meriwayatkan hadith daripadanya.

133- Daripada Tsabit bin al-Dhahhak (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang muzaraah dan menyuruh sewa menyewa. (Diriwayatkan oleh Muslim: 933). Makna Hadith Dengan hadith ini, seolah-olah Ibn Hajar ingin menjelaskan bahawa muzaraah yang dilarang dalam hadith sebelum ini adalah dalam keadaan khusus. Demikian dianjurkan sewa-menyewa sebagaimana yang diingatkan dalam akhir hadith ini dan apa yang dilarang adalah apa yang digambarkan oleh Rafi. Seeloknya Ibn Hajar menyebut hadith lebih dahulu agar diketahui dengan jelas bahawa ia telah dimansukhkan.

245

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 245

09/04/2010 23:05:18

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz

,pemilik tanah menyerahkan sebidang tanah berserta benih tanaman untuk dikelola dengan ketentuan bahawa pekerja berhak memperoleh bahagian daripada hasil tanaman itu kelak.
Fiqh Hadith 1. Larangan muzaraah. Imam Malikl, Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafii mengatakan ia adalah fasid, namun Imam al-Syafii merincikan dengan berkata: Muzaraah dibolehkan kerana mengikut kepada musaqah apabila di tengah-tengah kebun kurma itu terdapat kawasan kosong dan tidak tidak mungkin menyiram kebun kurma melainkan melewati tanah kosong itu. Jika kebun kurma dapat disiram tanpa melalui tanah kosong atau muzaraah diasingkan dengan musaqah, maka itu tidak dibolehkan. Sementara Umar, Ali, Ibn Abbas, Ibn Masud, Ibn al-Musayyab, al-Qasim, Urwah, Ibn Sirin dan sekumpulan tabiin membolehkan muzaraah. Inilah pendapat Imam Ahmad, Ishaq, Abu Yusuf, Muhammad bin al-Hasan dan lainlain. Golongan yang membolehkan ini menyanggah hadith di atas sebagai berikut: Pertama, hadith ini mansukh dengan bukti amalan ini tetap dilakukan pada masa akhir hayat Rasulullah (s.a.w). Kedua, hadith ini masih mudhtharib seperti mana yang ditegaskan oleh Imam Ahmad. Ketiga, maksud muzaraah yang dilarang adalah seperti mana yang tertera dalam hadith Rafi bin Khadij sebelum ini. 2. Dianjurkan untuk melakukan sewa-menyewa mengikut kesepakatan ulama.

134- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) berbekam dan memberi upah kepada orang yang membekam. Jika kerjaya itu haram, tentu Rasulullah (s.a.w) tidak memberinya upah. (Diriwayatkan oleh alBukhari: 934).

246

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 246

09/04/2010 23:05:19

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

135- Daripada Rafi bin Khadiji (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Pekerjaan menjadi tukang bekam adalah kurang baik. (Diriwayatkan oleh Muslim: 135). Makna Hadith Kadang kala darah manusia itu kotor hingga menyebabkan kejiwaannya tidak stabil. Oleh itu, darah kotor ini mesti dikeluarkan dari dalam tubuh manusia dengan cara membekamnya. Inilah yang disebut berbekam (hijamah). Kedua-dua hadith ini saling bercanggah antara satu sama lain sama ada dibolehkan menerima upah bagi seorang pembekam. Analisis Lafaz

, ia diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Sebaiknya hadith ini dinisbahkan kepada kedua-duanya sekali.

,al-Hajm menurut bahasa adalah mengisap. Dinamakan demikian kerana orang yang membekam mengeluarkan darah kotor dengan menggunakan bahagian hujung alatnya ketika membekam orang lain. Tujuan berbekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor bagi melancarkan peredaran darah. Inilah yang dipraktikkan Rasulullah (s.a.w) di mana baginda mendatangi seseorang yang boleh membekam dirinya, iaitu Abu Thibah, seorang hamba bagi bani Bayadhah.

,kotor atau tidak baik sebagaimana yang dijelaskan dalam kitab al-Qamus. Fiqh Hadith 1. Dibolehkan berubat dengan berbekam. 2. Tidak dibolehkan memakan dan menyewakan sesuatu yang diharamkan. 3. Dibolehkan mengambil upah bekam, walaupun pekerjaan dianggap tidak baik. Jumhur ulama berpendapat bahawa kedua-dua hadith ini saling bertentangan antara satu sama lain, namun ada sekumpulan ulama yang berusaha menyatukan pemahamannya. Jumhur ulama berpendapat bahawa menerima upah bekam adalah halal, meskipun ia adalah usaha yang kurang baik, namun ia tidak diharamkan. Mereka mengertikan larangan di sini sebagai makruh tanzih. Ada pula di antara ulama yang mengatakan hadith ini mansukh. Dalil mereka adalah hadith ini daripada Ibn Abbas

247

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 247

09/04/2010 23:05:19

Kitab Thaharah (Bersuci)

manakala lafaz pula tidak bermaksud haram. Ini seperti mana bawang merah dan bawang putih yang dianggap sebagai tumbuhan yang berbau busuk, namun tidak diharamkan untuk memakannya. Imam Ahmad dan sekumpulan ulama yang lain mengatakan dimakruhkan bagi orang merdeka bekerja sebagai pembekam. Jika tetap melakukannya, hasil upah yang diterimanya tidak boleh dinafkahkan untuk keperluan dirinya, namun hendaklah dibelanjakan kepada hamba dan haiwan. Dalil mereka adalah hadith Mahishah bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) tentang usaha sebagai pembekam, lalu baginda melarangnya. Mahishah kemudian menceritakan keperluan-keperluan hidupnya di hadapan baginda lalu baginda bersabda: Berilah upah itu untuk memberi makan haiwan ternakanmu. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Malik, Abu Dawud dan al-Tirmidhi yang menilainya hasan. Ibn Hajar berkata: Periwayat hadith ini thiqoh. Ibn al-Arabi berkata: Dibolehkan memberi dan menerima upah selagi pekerjaan itu jelas dan apa yang dilarang di dalam hadith ini adalah jika pekerjaan itu tidak jelas, maka itu dilarang. Sebahagian ulama yang lain mengatakan bahawa usaha pembekam haram berdasarkan hadith Rafi, Abu Hurairah dan lain-lain. Mereka mendakwa hadith Ibn Abbas telah dimansukh.

136- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Allah (s.w.t) berfirman: Ada tiga golongan yang menjadi musuhKu pada hari kiamat, iaitu; orang yang berjanji dengan bersumpah menggunakan lafaz Allah lalu dia curang, orang yang menjual orang merdeka lalu memakan hasil jualannya itu dan orang yang mempekerjakan orang lain lalu dia bekerja dengan baik, namu tidak dibayar setelah pekerjaannya selesai. (Diriwayatkan oleh Muslim: 936). Makna Hadith Khianat merupakan salah satu sifat yang tercela dan perbuatan ini hanya dilakukan oleh orang jahat, di mana dia tidak lagi menghiraukan haram 248

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 248

09/04/2010 23:05:19

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

dan halal lagi. Orang inilah yang disebut oleh Allah sebagai pengkhanat di mana mereka dikumpulkan pada hari kiamat sebagai musuh Allah. Mereka adalah orang yang berjanji dan bersumpah dengan nama Allah lalu berkhianat, seseorang yang menjual orang merdeka kemudian memakan harganya lalu berkhianat dan orang yang mempekerjakan orang lain lalu mengurangi bayaran upahnya. Analisis Lafaz

, Aku menjadi musuh mereka seperti mana disebutkan dalam riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban yang kemudian ditambahkan: ( Sesiapa yang menjadi musuhKu, maka dia Aku hinakan).
,yakni perjanjian dan amanah dan maful kalimat ini dibuang.

, seperti orang yang mempunyai hamba, lalu dia memerdekakannya, kemudian dia menjualnya lagi dan merahsiakan kemerdekaannya.

,melanggar perjanjian atau apa yang dipercayakan kepadanya.

, saya tidak menjumpai hadith ini di dalam Sahih Muslim. Ia sebenarnya ada di dalam Sahih al-Bukhari, bab: berdosa orang yang menjual orang merdeka dalam kitab jual beli. Kemudian al-Bukhari menyebutnya semula dalam kitab sewa. Ibn Hajar pada akhir kitab jual beli dalam kitan Fath al-Bari bahawa hadith Abu Hurairah ini termasuk hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari seorang diri tanpa Muslim turut meriwayatkannya. Jadi jelaslah menisbahkan hadith ini kepada Muslim merupakan satu kesalahan.
Fiqh Hadith 1. Haram berjanji kemudian mengkhianati janjinya itu. 2. Haram menjual orang yang sudah merdeka. 3. Haram memakan upah yang wajib diberikan kepada pekerja.

137- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya sesuatu yang kamu paling berhak untuk diambil upahnya adalah membaca al-Quran. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 937) 249

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 249

09/04/2010 23:05:20

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini datang dengan kisah yang panjang lebar sebagaimana diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa sekumpulan sahabat Rasulullah (s.a.w) mengadakan suatu perjalanan lalu mereka melewati air yang di sekitarnya ada seseorang yang disengat oleh haiwan berbisa. Salah seorang di antara mereka bertanya kepada sekumpulan sahabat itu: Adakah di antara kamu yang boleh membaca ruqyah? Di sini ada seseorang di antara kamu yang disengat haiwan berbisa. Salah seorang sahabat lalu pergi memperkenankan permintaan itu lalu dia membaca surah al-Fatihah namun dengan syarat pembaca ruqyah ini dibayar dengan seekor kambing atau beberapa ekor kambing. Orang yang disengat haiwan berbisa itu pun sembuh dan sahabat yang membaca ruqyah itu kemudian pulang dengan membawa beberapa ekor kambing menuju tempat berhimpun rombongannya. Sahabatsahabatnya yang lain tidak menyukai perbuatannya itu, kerana merasa al-Quran dijadikan sebagai alat untuk mencari nafkah. Setibanya mereka sampai di Madinah, mereka menyampaikan peristiwa ini kepada Rasululah (s.a.w) dengan menceritakan: Wahai Rasulullah, sahabat kami itu telah mengambil upah kerana membacakan ayat kitab Allah? Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya sesuatu yang kamu paling berhak untuk diambil upahnya adalah membaca al-Quran.. Analisis Lafaz

,fiil tafdhil yang maknanya lebih baik.


Fiqh Hadith Boleh mengmbil upah kerana membaca al-Quran, sama ada untuk ruqyah ataupun untuk mengajarkan membaca al-Quran. Inilah pendapat Atha, alHakam, Imam Malik, Imam Syafii, Abu Tsawr dan ramai lagi. Menurut al-Zuhri, Imam Abu Hanifah, Ishaq dan Imam Ahmad, tidak boleh mengambil upah kerana membaca al-Quran, namun mazhab Hanafi mengecualikan ruqyah di mana mereka membolehkan untuk mengambil upah ke atas bacaan ruqyah. Dalil mereka adalah hadith daripada Ubadah bin al-Shamit (r.a), beliau berkata:

250

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 250

09/04/2010 23:05:20

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Saya berkata: Wahai Rasulullah, seorang lelaki yang pernah belajar membaca al-Quran kepadaku telah memberi hadiah kepadaku berupa busur panah sedangkan aku seorang yang tidak berharta. Bolehkah saya menggunakannya untuk berjihad di jalan Allah? Baginda menjawab: Jika kamu ingin mengalungkan api neraka di lehermu maka terimalah itu hadiah itu. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibn Majah). Hadith ini memiliki dua jalur yang kesemuanya masih dipertikai oleh ulama hadith. Dalil mereka yang lain pula adalah hadith marfu daripada Abdurrahman bin Syibl:

Janganlah kamu cari makan dengan al-Quran dan memperkaya dirimu dengannya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad). Kedua-kedua hadith turut memiliki syahid daripada Ubay bin Kaab, Jabir, Imran bin Hushain dan lain-lain. Mereka menyanggah hadith Ibn Abbas bahawa maksudnya adalah pahala, namun konteks hadith itu tidak mengisyaratkan demikian. Ada pula yang mendakwa hadith ini mansukh, namun dakwaan ini masih ada kemungkinan lain dan suatu hukum tidak dapat ditetapkan dengan adanya kemungkinan. Al-Syafii dan ulama yang sependapat dengannya menyanggah hadithhadith daripada Ubadah bahawa ia hanya kes-kes tertentu yang masih memunculkan pelbagai tafsiran. Menurut al-Hasan, Ibn Sirin dan al-Syabi, tidak ada salahnya menerima upah ke atas membaca al-Quran selagi tidak mensyaratkan demikian.

138- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Bayarlah upah buruh sebelum peluhnya kering. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah: 938).

139- 140- Dalam bab ini ada hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah di sisi Abu Yala dan al-Baihaqi dan hadith daripada Jabir di sisi al-Tabrani, namun kesemunya daif (939-940).

251

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 251

09/04/2010 23:05:21

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini menganjurkan bersegara membayar hutang dan membayar upah pekerja sebab biasanya pekerja hanya mampu memenuhi keperluan hariannya. jika pembayaran lambat, maka bererti memaksanya berhutang. Hadith ini menyuruh bersegera membayar upah pekerja, bahkan dianjurkan membayar upah sebelum peluh pekerja kering. Analisis Lafaz ,kering.

, semuanya daif kerana di dalam hadith Jabir ini terdapat Syarqiy bin Qatthami dan Muhammad bin Ziyad al-Rawi, mereka berdua merupakan periwayat hadith yang daif. Dalam hadith Abu Hurairah pula terdapat Abdullah bin Jafar, ayah kepada Ali bin Ali bin al-Madini yang kemudian dimutabaah oleh Muhammad bin AMmar al-Muaddzin ke atas hadith ini bukannya kepada sanad. Keduanya merupakan periwayat daif. Dalam hadith Ibn Umar terdapat Wahb bin Said dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam di mana keduanya adalah periwayat daif. Apapun, hadith ini menjadi kuat dengan adanya pelbagai jalur ini. Inilah yang ditegaskan oleh al-Hafiz al-Munziri.
Fiqh Hadith 1. Anjuran untuk bersegera membayar upah pekerja. 2. Menyebut dengan jelas jumlah upah sebelum pekerjaan dimulakan.

141- Daripada Abu Said al-Khudri (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa mempekerjakan buruh maka hendaklah dia membayar upahnya. (Diriwayatkan oleh Abdurrazzaq, namun hadith memiliki unsur munqathi dan ia dinilai mawshul oleh al-Baihaqi daripada jalur Abu Hanifah: 941).

252

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 252

09/04/2010 23:05:21

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Setiap manusia mempunyai kemampuan yang berbeza dalam bekerja, baik kesungguhan mahupun kekuatan. Demikian pula keperluan mereka berbeza antara satu sama lain, sehingga ramai orang yang memanfaatkan keadaan ini, di mana mereka menyuruh orang yang dalam keadaam mendesak bekerja tanpa menyebutkan jumlah gaji dengan jelas, lalu memberinya upah dengan kadar yang rendah. Ini pada akhirnya mengakibatkan pertelagahan dan sering kali terjadi pada masa sekarang ini. Hadith ini menganjurkan untuk menyebutkan jumlah upah dengan jelas sebelum pekerjaan dimulakan. Analisis Lafaz

, hadith ini munqathi kerana Ibrahim tidak mendengar hadith ini daripada Abi Said.

,menyebutkan jumlah upah sesuai dengan kesepakatan pekerja.

Abu Said. Berikut ini jalur-jalur al-Baihaqi: a. Daripada Abu Hanifah daripada Hammad daripada Ibrahiml daripada al-Aswad daripada Abu Hurairah. Al-Baihaqi berkata: Inilah riwayat Abu Hanifah daripada Abu Hurairah. Ada pula riwayat lain daripada Ibn Masud, namun daif. b. Daripada Hammad bin Salamah daripada Hammad daripada Ibrahim daripada Abu Said. Hadith ini mursal. c. Hammad bin Abu Sulaiman yang meriwayatkannya mursal. Jadi di sini jelaslah bahawa hadith ini cacat lantaran banyaknya perbezaan mengenainya. Fiqh Hadith Wajib menyebut dan menyepakati jumlah upah sebelum memulai pekerjaan. Pendapat ini menurut Imam al-Syafii, Abu Yusuf dan Muhammad. Mereka menjadikan hadith ini sebagai dalil dan hadith-hadith yang melarang untuk melakukan penipuan. Menurut Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal, menyebutkan jumlah upah tidak wajib, kerana bayaran upah disesuaikan dengan kebiasaan. Bagi pensyarah kitab ini, jika kebiasaan upah kerja tidak diketahui, maka kita mesti merujuk kepada pendapat pertama yang mengatakan bahawa menyebut jumlah upah wajib sebelum bekerja.

, al-Baihaqi menilainya mawsul, tetapi bukan daripada

253

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 253

09/04/2010 23:05:21

Kitab Thaharah (Bersuci)

Soalan 1. Apakah takrif musaqah secara bahasa dan syarak? 2. Huraikan makna kalimat dalam hadith Ibn Umar tentang muamalah Rasulullah (s.a.w) kepada penduduk Khaibar: ,, , dan ? 3. Bagaimanakah pendapat ulama tentang syariat musaqah? 4. Apakah disyaratkan menyebutkan bahagian keuntungan bagi pekerja dan adakah ia mesti diketahui dengan jelas? 5. Apakah jenis-jenis barang yang boleh dilakukan musaqah ke atasnya? Sebutkan pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 6. Bolehkah musaqah untuk tempoh yang tidak diketahui dan apa pula dalilnya? 7. Apakah musaqah dan muzaraah memiliki makna yang sama? 8. Sebutkan teks hadith Ibn Qais dan pertanyaannya kepada Rafi dan kemudian jelaskan maksud lafaz-lafaznya? 9. Apakah muzaraah yang dilarang itu? 10. Apakah hukum menjadikan bekam sebagai profesi dan bincangkan masalah ini dengan panjang lebar? 11. Bolehkah mengambil upah kerana mengajarkan al-Quran dan apa pula dalil ulama yang melarangnya dan dalil ulama yang mengharuskannya? 12. Sempurnakan hadith: ... dan bincangkan sama ada ia sahih ataupun daif? 13. Adakah hadith menyebut upah pekerja dengan jelas itu sahih dan sebutkan teksnya? 14. Bagaimanakah pendapat ulama yang mewajibkan menyebut upah secara jelas?

254

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 254

09/04/2010 23:05:21

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB IHYA MAWAT (MENGELOLA TANAH TERBIAR)

Al-Mawat adalah tanah yang belum dimiliki oleh seseorang atau lahan kosong yang tak bertuan. Sesiapa yang membukanya, maka bererti dia telah menghidupkannya. Islam tidak memberikan batasan tentang cara menghidupkan lahan mati ini, sebaliknya ia hendaklah mengikuti kebiasaan yang berlaku di suatu daerah tersebut. Menurut al-Khatthabi, jika seseorang ingin menghidupakan rumah, maka tidak boleh memilikinya hingga ada binaan di sekitarnya dan mesti beratap. Jika ingin menghidupkan kebun, maka dia mesti membuat perairan dan pagar lalu tanahnya ditanami. Jika ingin bercucuk tanam, maka dia mesti mengumpulkan tanah supaya boleh ditumbuhi tanaman.

142- Daripada Urwah daripada Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa mengelola tanah terbiar yang tidak dimiliki orang lain, maka dia lebih berhak untuk memilki tanah itu. Urwah berkata: Umar sewaktu menjadi Khalifah turut menetapkan hukum sedemikian, (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 942). Makna Hadith Banyak nas yang menganjurkan untuk memakmurkan bumi, bahkan Allah menjadikannya sebagai sumber kekuatan dan kemakmuran. Allah (s.w.t) berfirman: 255

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 255

09/04/2010 23:05:22

Kitab Thaharah (Bersuci)

Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Surah al-Rum: 9). Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Jika hari kiamat sudah terjadi sementara di tangan kamu masih ada setangkah bibit kurma, maka hendaklah kamu tetap menanamnya. Hadith ini menegaskan bahawa memakmurkan bumi merupakan salah satu cara untuk memilikinya. Analisis Lafaz

,inilah mengikut naskah asas, sementara menurut riwayat al-Bukhari: namun lebih tepat seperti mana yang dikatakan oleh al-Qadhi Iyadh. Dalam riwayat al-Bukhari yang lain disebutkan mabni li almajhul.

,kalimat ini tidak terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Ia merupakan tamabahan al-Ismaili ketika meneliti hadith yang diriwayatkan oleh alBukhari. Maksudnya, lebih berhak daripada yang lain.
Fiqh Hadith Barang siapa yang mengelola tanah terbiar yang tidak dimiliki orang lain, maka tanah itu menjadi hak miliknya. Inilah endapat Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Ishaq dan jumhur ulama, sama ada tanah itu berdekatan dengan kawasan kota ataupun sebaliknya sama ada telah mendapat kebenaran kerajaan ataupun sebaliknya. Menurut Imam Abu Hanifah, mengelola tanah terbiar mestilah mendapat izin daripada kerajaan, namun Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan tidak sependapat dengannya. Menurut Imam Malik, mengelola tanah terbiar mestilah mendapat kebenaran kerajaan jika ia berdekatan dengan kawasan bandar. Kriteria 256

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 256

09/04/2010 23:05:22

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

dekat dengan kawasan bandar adalah masyarakat bandar masih memerlukan tumbuhan dan rerumputan di kawasan terbiar itu. Penting Di sini ada permasalahan, iaitu: Pertama, adakah ahli zimmah memiliki hak sama dalam mengelola tanah terbiar? Menurut Ibn Hibban dan sekumpulan ulama, ahli zimmah tidak memiliki hak yang sama dengan muslim dalam hal mengelola tanah terbiar. Dalilnya adalah hadith sahih yang diriwayatkan daripada Jabir di mana pada bahagian akhirnya disebutkan: maka orang yang mengelolanya itu memperoleh ganjaran pahala. Menurut Ibn Hibban, orang kafir tidak memperoleh ganjaran pahala dan oleh kerananya, dia tidak dibolehkan mengelola tanah terbiar. Muhibuddin al-Thabari mengkritik pernyataan Ibn Hibban dengan mengatakan bahawa maksud hadith ini adalah pahala di dunia seperti mana dinyatakan dalam beberapa hadith yang lain. Ibn Hajar berkata: Apa yang dikatakan oleh Muhibuddin al-Thabari mungkin ada benarnya, namun apa yang dikatakan oleh Ibn Hibban lebih bersesuaian dengan zahir hadith, kerana pahala hanya berlaku di akhirat. Kedua, tanah terbiar di sini merupakan milik orang lain namun tidak diketahui siapa pemiliknya yang sebenar seperti lembah, adakah ia termasuk tanah terbiar yang boleh dikelola? Menurut jumhur ulama, ia termasuk tanah terbiar yang boleh dikelola namun mesti mendapat kebenaran kerajaan terlebih dahulu. Menurut Imam Abu Hanifah, tanah seperti ini tidak boleh dikelola walau apapun keadaannya.

143- Daripada Said bin Zaid (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Barang siapa yang mengelola tanah terbiar yang tidak dimiliki orang lain, maka ia menjdi hak miliknya. (Diriwayatkan oleh al-Tsalatsah dan dinilai hasan oleh al-Tirmidhi. Beliau berkata: Hadith ini diriwayatkan secara mursal dan dan memang demikian adanya. Ulama berbeza mengenai 257

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 257

09/04/2010 23:05:23

Kitab Thaharah (Bersuci)

sahabat yang meriwayatkannya. Ada yang mengatakan Jabir, ada yang mengatakan Aisyah dan ada pula yang mengatakan Abdullah bin Umar. Apapun, pendapat yang rajih adalah pertama: 943). Makna Hadith Makna hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, tetapi Imam al-Syafii menjadikannya dalil bahawa untuk mengelola tanah terbiar tidak perlu mendapat kebenaran kerajaan terlebih dahulu. Analisis Lafaz

,memakmurkan dan mengelola. Ia merupakan perumpamaan di mana kawasan terbiar dianggap sebagai suatu kematian, kemudian pembangunan diumpamakan dengan penghidupan. ,ia datang sebagai lawan kata kepada tanah yang hidup iaitu tanah yang belum pernah dikelola dan tidak ada orang yang memilikinya.
,menjadi hak miliknya. Fiqh Hadith Seseorang yang mengelola tanah terbiar maka tanah itu menjadi hak miliknya.

144- Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa Shaab bin Jattsamah al-Laitsi (r.a) memberitahunya bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak ada tanah yang boleh dijadikan sebagai kawasan kecuali milik Allah dan Rasul-Nya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 944). Makna Hadith Tokoh masyarakat jahiliah apabila mempunyai kawasan larangan yang digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri selalunya melarang orang lain daripada memanfaatkannya. Cara membuat kawasan larangan itu adalah dia meletakkan anjing di atas bukit. Sejauh mana suara anjing itu terdengar, maka sejauh itu pulalah tanah itu menjadi hak miliknya. Ia tidak boleh lagi dijadikan lahan gembala oleh orang lain. 258

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 258

09/04/2010 23:05:23

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Islam kemudian menghapuskan sistem ini, di mana dikatakan bahawa tanah larangan hanya milik Allah dan Rasul-Nya. Analisis Lafaz

, tempat larangan. Menurut al-Bukhari mempunyai dua makna seperti berikut: Pertama, tidak ada hak bagi orang muslim membuat kawasan larangan di suatu tempat kecuali kawasan yang telah dijadikan kwasan larangan oleh Allah dan Rasul-Nya. Jadi, tidak ada seorang pun pemimpin yang dibolehkan membuat kawasan larangan setelah itu. Kedua, tidak ada kawasan larangan kecuali membuat kawasan larangan seperti mana yang pernah dibuat oleh Rasulullah (s.a.w), di mana seorang khalifah misalnya membuat kawasan larangan seperti mana yang pernah dibuat oleh Rasulullah (s.a.w). Al-Bukhari cenderung kepada maksud kedua kerana beliau mengemukakan perkataan Ibn Syihab al-Zuhari setelah menyebut hadith di atas: Telah sampai berita kepada kami bahawa Rasulullah (s.a.w) telah menjadikan al-Baqi sebagai kawasan larangan dan Umar pula pernah menjadikan al-Rabdzah sebagai kawasan larangan. ,apa-apa yang dikhususkan oleh Allah. Jadi, Rasulullah (s.a.w) tidak pernah menjadikan sesuatu hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.
Fiqh Hadith Apa yang dilakukan oleh pembesar jahiliyah tentang menjadikan suatu kawasan dijadikan sebagai kawasan larangan telah dibatalkan oleh syariat Islam. Ulama berbeza pendapat sama ada seorang pemimpin dibolehkan untuk kepentingan dirinya sendiri atau hanya dibolehkan untuk kepentingan kaum muslimin? Menurut jumhur ulama, seorang pemimpin tidak boleh menjadikan tanah sebagai kawasan larangan untuk kepentingan dirinya sendiri, tetapi dia dibolehkan menjadikan tanah sebagai kawasan untuk tempat gembala kuda dan unta milik kaum muslimin atau untuk kepentingan umum. , Dialah pemilik orang yang menjadikan tanah itu sebagai kawasan larangan.

259

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 259

09/04/2010 23:05:23

Kitab Thaharah (Bersuci)

Periwayat Hadith Al-Shab bin Jattsamah berhijrah bersama Rasulullah (s.a.w) dan singgah di lembah Wuddan. Beliau meninggal dunia pada masa pemerintahan Utsman bin Affan mengikut pendapat ulama yang sahih. Hadithnya diriwayatkan oleh sekumpulan ulama.

145- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jangan kamu melakukan mudharat ke atas dirinya dan jangan pula melakukannya ke atas diri orang lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Majah: 945).

146- Dalam riwayat Ibn Majah daripada hadith Abu Said ada hadith serupa yang serupa dengannya, namun ia di dalam al-Mawatha dinilai mursal. (946). Makna Hadith Abu Dawud berkata: Hadith ini merupakan salah satu dari empat hadith yang dijadikan sebagai landasan dalam Islam. Ini kerana ia merupakan salah satu kaedah dalam Islam yang melarang pemeluknya daripafa melakukan kejahatan sama ada ke atas dirinya sendiri mahupun ke atas orang lain. Ibn Hajar mengemukakan hadith ini untuk menjelaskan pemahaman mudharat mengikut perspektif syariat bukan kemaslahatan perspektif peribadi semata. Dalam kaitan ini, seseorang yang ingin mengelola tanah terbiar disyaratkan untuk tidak merugikan orang lain. Analisis Lafaz

,yakni bahaya. Ada yang mengatakan makna al-dhirar adalah sesuatu yang boleh membahayakan orang lain, sementara bermanfaat bagi dirinya sendiri atau
260

,mudharat merupakan lawan kata manfaat, yakni sesuatu yang berbahaya.

,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, Ibn Abbas.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 260

09/04/2010 23:05:24

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

membahayakan orang lain tanpa ada manfaatnya.

,bagi Ibn Majah.

Penting Hadith ini memiliki beberapa syahid yang antara lain adalah sebagai berikut: - Daripada Ubadah bin al-Shamit di sisi Ibn Majah dan al-Baihaqi. - Daripada Amar bin Yahya al-Mazini daripada ayahnya secara mursal di sisi Imam Malik. - Daripada Ibn Abbas di sisi Abdurrazzaq dan Imam Ahmad. Fiqh Hadith Haram melakukan sesuatu yang merbahaya dan segala sesuatu yang menyebabkan bahaya.

147- Daripada Samurah bin Jundub (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa membuat batas tanah, maka ia menjadi hak miliknya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan dinilai sahih oleh Ibn alJarud: 946). Makna Hadith Hadith ini memberikan perumpamaan bagi apa yang telah ditetapkan oleh dua hadith sebelumnya bahawa sesiapa yang mengelola tanah terbiar, maka dia berhak ke atas lahan itu. Hadith ini memberitahukan bahawa membuat batasan dan mendirikan pagar merupakan salah satu cara membukalahan baru yang dengannya seseorang berhak memiliki tanah itu. Analisis Lafaz

, membuka lahan kebun dan memberinya pagar serta batasan.


,tanah itu menjadi hak miliknya.

261

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 261

09/04/2010 23:05:24

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith Seseorang berhak memiliki tanah terbiar dengan cara membuka kawasan perkebunan di dalamnya.

148- Daripada Abdullah bin Mughaffal bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa menggali sumur maka dia berhak memiliki empat puluh hasta (kawasan tanah) untuk minuman haiwan ternakannya. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang daif: 948). Makna Hadith Seseorang yang mengamati hukum Islam pasti mendapati betapa bijaksana dalam menentukan suatu hukum. Setiap hukum memiliki syarat yang berbeza antara satu sama lain. Hadith ini membicarakan tentang cara kepemilikan, di mana jika seseorang menggali sumur di kawasan tanah terbiar, maka empat puluh hasta sekitar sumur itu turut menjadi hak miliknya. Ia boleh digunakan untuk memberi minum haiwan ternakannya kerana haiwan ternakan pun turut memerlukan tempat minum. Tidak seorang pun yang dibolehkan membangun sesuatu di atas kawasan empat puluh hasta itu. Tujuannya supaya tidak mendatangkan kemudharatan bagi pemilik sumur berkenaan. Jadi, jelaslah tujuan menyebut hadith ini setelah hadith sebelumnya iaitu larangan berbuat sesuatu yang boleh membahayakan baik ke atas diri sendiri mahupun ke atas orang lain. Analisis Lafaz ,dengan membaca fathah huruf ain dan huruf tha, iaitu tempat minum unta di sekitar sumur.

, dengan sanad yang daif kerana salah seorang periwayat hadith ini adalah Ismail bin Salam.
Penting

Dalam bab ini terdapat hadith daripada Abu Hurairah di sisi Imam Ahmad dengan lafaz:

262

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 262

09/04/2010 23:05:25

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Kawasan sekitar sumur untuk haiwan ternakan hendaklah seluasa dua puluh lima hasta sedangkan kawasan sekitar sumur biasa hendaklah seluas lima puluh hasta. Ia diriwayatkan oleh al-Daruquthni daripada Said bin al-Musayyab namun dinilai cacat kerana mursal dan berkata: Orang yang mengatakan hadith musnid, maka itu satu kesalahan. Hadith ini turut dikeluarkan oleh al-Hakim daripada Abu Hurairah secara mawsul dan mursal, namun di dalamnya terdapat periwayat dhif, Umar bin Qais. Fiqh Hadith Adanya kawasan larangan di sekitar sumur yang digali di atas lahan terbiar. Ia bertujuan melarang orang lain daripada melakukan sesuatu di kawasan itu. Ukuran kawasan larangan ini adalah empat puluh hasta mengikut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafii. Menurut Imam Ahmad, kawasan larangan sekitar sumur adalah lima puluh tujuh hasta.

149- Daripada Alqamah bin Wail daripada ayahnya bahawa Rasulullah (s.a.w) memberinya sebidang tanah di Hadhramaut. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi, dan disahih oleh Ibn Hibban: 949). Makna Hadith Hadith ini bercerita tentang membuka kawasan terbiar yang bersifat khusus, iaitu berkaitan pemberian, di mana seorang pemimpin dibolehkan memberi sebidang tanah kepada salah seorang rakyatnya yang dengannya dia menjadi orang yang paling berhak untuk mengelolanya berbanding orang lain. Wail merupakan salah seorang yang pernah menerima pemberian tanah daripada Rasulullah (s.a.w) dan tanah itu terletak di Hadhramaut.

263

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 263

09/04/2010 23:05:25

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz

,seseorang berkata: ( aku memberinya sebidang

tanah yang dengannya dia lebih berhak untuk mengelolanya berbanding orang lain. Fiqh Hadith Anjuran untuk memberi lahan kepada orang lain dan ini biasanya berlaku untuk tanah sahaja. Menurut mazhab Syafii, pemberian tanah hanya dibolehkan untuk tanah terbiar sahaja. Menurut al-Subki, salah seorang pengikut mazhab Syafii, seseorang yang menerima pemberian lahan tanah tidak berhak memiliki tanah itu, sebaliknya dia hanya memiliki hak manfaat sahaja. Penting

Al-Qadhi Iyadh berkata: Iqtha adalah pemberian seorang pemimpin yang diambil daripada sebahagian harta Allah untuk kemudian diserahkan kepada salah seorang rakyatnya kerana dia layak menerimanya. Kebanyakannya dalam bentuk tanah. Ada ketikanya si penerima mempunyai hak milik ke atas tanah itu dan ada ketikanya pula dia hanya memiliki hak manfaat sahaja. Inilah pendapat Ibn Batthal, Ibn al-Tin dan lain-lain para pensyarah Sahih al-Bukhari. Ini juga merupakan pendapat al-Nawawi.

150- Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah (s.a.w) memberi al-Zubair sebidang tanah sejauh kudanya itu, lalu beliau menyuruh kudanya lagi hingga berhenti. Setelah itu beliau melemparkan cemetinya dan Rasulullah (s.a.w) bersabda: Berilah dia tanah sejauh cemeti yang dilemparkannya itu. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan hadith daif: 949). Makna Hadith Hadith menceritakan sahnya memberikan sebidang tanah terbiar mati kepada seseorang seperti mana yang dilakukakn oleh Rasulullah (s.a.w) 264

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 264

09/04/2010 23:05:25

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

kepada al-Zubair. Meskipun hadith sebelum ini tidak merincikan batsan pemberian tanah, namun pemberian tanah di sini telah pun diketahui ukurannya iaitu sejauh larian kuda yang cepat di tambah dengan sejauh lemparan anak panah. Analisis Lafaz

,dengan membaca dhammah huruf ha dan sukun huruf dhad, yakni sejauh kecepatan kuda berlari. , menurut kitab Badzl al-Majhud, sejauh kuda , hingga sampai penghujung ia berlari.

,memberikan sebidang tanah.

berlari dan sejauh lemparan anak panah.

, ada unsur daif, kerana keberadaan Abdullah bin Amar, seorang periwayat daif.
Fiqh Hadith 1. Dianjurkan memberikan lahan terbiar. 2. Boleh memberikan lahan terbiar walaupun tanpa menentukan batasannya semasa diberikan, akan tetapi dengan syarat menentukan jumlah dan ketentuannya di belakang hari.

151- Daripada salah seorang sahabat lelaki, beliau berkata: Saya berperang bersama Rasulullah (s.a.w), lalu saya mendengar baginda bersabda: Manusia itu berkongsi dalam tiga perkara, iaitu; rumput, air dan api. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan periwayatnya thiqoh: 950). Makna Hadith Menyebut hadith ini di akhir bab mengelola tanah terbiar dan pemberian tanah terbiar menujukkan Ibn Hajar memiliki kepakaran dalam ilmu fiqh yang amat luar biasa.

265

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 265

09/04/2010 23:05:26

Kitab Thaharah (Bersuci)

Ini kerana setelah Ibn Hajar menyebut beberapa hadith tentang mengelola tanah terbiar kemudian disusuli dengan hadith pemberian tanah terbiar dan hak kepemilikannya, maka beliau menegaskan ada tiga perkara yang menjadi keperluan umat manusia secara umum iaitu rumput, air dan api. Tidak seorang pun yang tidak memerlukannya. Semua manusia berhak ke atasnya dan tidak seorang pun yang dibolehkan untuk memilikinya secara pribadi. Analisis Lafaz

Penggunaan perkataan ada dua permasalahan dalam hal ini, iaitu: Pertama, lafaz ini tidak didapati dalam Sunan Abu Dawud dan Musnad Imam Ahmad. Lafaz yang mereka gunakan adalah . ...
Kedua, lafaz barang kali syadz, kerana ia hanya diriwayatkan oleh seorang periwayat sedangkan yang lain tidak demikian. Jadi sebaiknya Ibn Hajar menggunakan lafaz di sini. Wallahu alam.

, Ibn Hajar tidak menilai hadith ini sahih, namun ia memiliki syahid daripada Abu Hurairah secara marfu dan dinilai sahih oleh Ibn Hajar dalam kitab al-Talkhis dan al-Bushiri yang diriwayatkan oleh Ibn Majah.

,rumput-rumput yang basah atau kering.

Fiqh Hadith 1. Tidak seorang pun yang berhak memiliki rumput yang berada di kawasan tanah dan pergunungan yang tidak menjadi milik sesiapa pun. Ulama berbeza pendapat jika rumput itu berada di atas tanah yang telah menjadi milik orang lain. 2. Tidak seorang pun yang berhak memiliki api. Ulama berbeza pendapat dalam menentukan apa yang dimaksudkan dengan api di sini. Pertama, maksudnya adalah kayu bakar. Kedua, maksudnya adalah lampu atau alat penerang. Ketiga, maksudnya adalah batu yang biasa digunakan untuk menghasilkan api apabila ia berada di kawasan tanah terbiar. Keempat, maksudnya adalah api yang sebenar. Pendapat ini lebih kuat. 3. Tidak seorang pun yang berhak memiliki air secara peribadi. Pembahasan ini telah dibahas sebelum ini, di mana seseorang dilarang menahan air hujan turun di tanah terbuka dan tidak seorang pun yang berhak ke atasnya kecuali sekadar mengalirkan ke tanah miliknya. Seseorang hanya berhak untuk mengairi tanah dan memberi minum ternakannya dan tidak berhak melarang orang lain daripada memanfaatkannya. 266

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 266

09/04/2010 23:05:26

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Penting Bolehkah menjual mata air dan sumur secara sekali gus? Mengikut pendapat yang masyhur, itu dibolehkan, kerana apa yang dilarang adalah menjual lebihan air. Tambahan pula Usman bin Affan pernah membeli sumur Rawmah berdasarkan saranan Rasulullah (s.a.w), kemudian beliau menginfakkannya untuk kepentingan kaum muslimin. Soalan 1. Apakah takrif ihya al-mawat? 2. Ulama ada mengemukakan syarat-syarat bagi memastikan kepemilikan tanah terbiar itu sah. Cuba anda sebutkan siapakah nama ulama itu dan sebutkan syarat-syarat yang mereka kemukakan? 3. Adakah ahli zimmah sama dengan muslim dalam hal kepemilikan tanah terbiar apabila ia telah dikelola? 4. Adakah lembah termasuk tanah terbiar? 5. Sebutkan teks hadith berikut takhrijnya mengenai kepemilikan tanah terbiar apabila telah dikelola? 6. Apakah yang dilakukan masyarakat jahiliah berkaitan dengan kawasan larangan? 7. Apakah maksud hadith ? 8. Bolehkah seorang pemimpin membuat kawasan larangan untuk kepentingan dirinya sendiri? 10. Sebutkan tiga orang sahabat yang meriwayatkan hadith dan siapa pula yang mengeluarkan hadith ini? 11. Berapakah kadar kawasan larangan sekitar sumur mengikut pendapat ulama fiqh? 12. Apakah yang dimaksudkan dengan iqtha? 13. Sempurnakan lafaz hadith berikut: ... dan buat takhrij ke atasnya? 9. Bincangkan maksud hadith ?

267

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 267

09/04/2010 23:05:26

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB WAKAF

Wakaf menurut bahasa adalah menahan atau berhenti. Perkataan bermaksud aku menahannya. Menurut syariat pula adalah menahan harta yang mungkin dapat dimanfaatkan sedangkan jenis barangnya masih tetap utuh untuk diguna pakai dalam perkara-perkara yang mubah.

152- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Apabila manusia meninggal dunia, maka putuslah seluruh amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 952). Makna Hadith Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah jika ia dilakukan secara berterusan. Dalam hadith ini Rasulullah (s.a.w) memberi petunjuk tentang amalan yang sentiasa mengalir walaupun pelakunya sudah mati. Ini bagi membangkitkan semula semangat orang muslim untuk sentiasa berlumbalumba beramal sebaik mengetahui fadhilatnya. Amalan pertama adalah berwakaf yang dalam hadith ini disebut sebagai sedekah jariah. 268

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 268

09/04/2010 23:05:27

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Amalan kedua adalah ilmu yang ditinggal mati oleh seseorang, baik ditinggalkan di dalam buku atau ilmu yang diajarkan kepada muridnya. Sebab, barang siapa yang menunjukkan jalan kebaikan, maka dia berhak mendapat pahala yang sama dengan orang yang melakukannya sampai hari kiamat. Amalan ketiga adalah anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua orang tuanya. Analisis Lafaz

,pahalanya terhenti.

,mengalir secara berterusan.


Fiqh Hadith 1. Disyariatkan berwakaf, kerana ia sebaik-baik amal ibadah, malah Imam al-Syafii berkata: Wakaf merupakan salah satu ciri khusus Islam, amalan ini tidak pernah di kalangan umat sebelum ini. Antara lafaz yang biasa digunakan untuk menunjukkan erti wakaf dalam bahasa Arab adalah: ,, , dan . 2. Disunatkan mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, berbeza jika mengajarkan ilmu yang tidak bermanfaat walaupun tidak dilarang oleh syariat atau ilmu yang dilarang syariat di mana orang yang mengajarkannya sentiasa mendapat dosa. Apakah ilmu dunia seperti ilmu perladangan, perlombongan dan lain-lain seumpamanya dikategorikan sebagai ilmu bermanfaat sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas? Menurut sekumpulan ulama, ilmu ini tidak termasuk ilmu yang bermanfaat, namun apa yang pasti ilmu itu dikategorikan ilmu bermanfaat bagi anak Adam dengan syarat orang yang mengajarkannya berniat untuk memberikan kebaikan kepada anak Adam, bukan untuk mengejar populariti atau keuntungan duniawi belaka. 3. Disunatkan mendidik anak supaya menjadi anak soleh. 4. Doa anak soleh bermanfaat bagi kedua orang tuanya. Penting Ada banyak hadith yang kebanyakannya masih dipertikai telah menyebutkan beberapa amalan di mana ia terus mengalir kepada orang yang sudah meninggal dunia sebagai tambahan ke atas tiga amalan yang telah disebutkan oleh hadith di atas.

269

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 269

09/04/2010 23:05:27

Kitab Thaharah (Bersuci)

Sebahagian ulama berpendapat bahawa amalan ini pada dasarnya merupakan tambahan ke atas tiga amalan yang telah disebutkan oleh hadith di atas. Sebahagian ulama yang lain mengatakan bahawa seseorang yang memperhatikan amalan tambahan ini pada dasarnya ia termasuk ke dalam jenis tiga amalan seperti mana yang disebutkan oleh hadith di atas. Jadi ia ada tambahan dalam amalan ini. Dalam hadith yang diriwayatkan Ibn Majah meskipun sanadnya masih dipertikai lantaran keberadaan Marzuq bin Abu al-Hudzail telah menyebutkan tambahan itu antara lain mewakafkan mushaf, membangun masjid, membina rumah untuk ibn sabil dan mengalirkan sungai. Kesemua ini pada dasarnya termasuk ke dalam sedekah jariah.

153- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Umar pernah mendapat sebidang tanah di Khaibar, lalu beliau mendatangi Rasulullah (s.a.w) memohon petunjuk tentang bagaimana cara mengelolanya seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya mendapat sebidanga tanah di Khaibar. Bagi saya, itu adalah sebaik-baik harta. Baginda bersabda: Kamu boleh mewakafkan pohonnya sedangkan buahnya kamu sedekahkan. Periwayat berkata: Lalu Umar mewakafkannya dengan syarat pohonnya tidak boleh dijual, tidak boleh diwarisi dan tidak boleh dihibahkan. Hasilnya beliau sedekahkan kepada fakir miskin, kaum kerabat, hamba sahaya, orang yang berjuang di jalan Allah, ibn sabil, tetamu dan tidak ada salahnya bagi pengurus kebun itu untuk memakannya dengan cara yang baik dan memberi makan rakan-rakannya yang tidak memiliki wang. (Muttafaq alaih, lafaz hadith menurut riwayat Muslim) Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan, baginda bersabda: Sedekahkan pohonnya, namun ia tidak boleh dijual dan tidak 270

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 270

09/04/2010 23:05:27

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

boleh dihibahkan manakala buahnya pula hendaklah diberikan kepada orang lain: 953). Makna Hadith Ulama menyebutkan bahawa ini merupakan wakaf yang pertama berlaku dalam sejarah Islam, malah menurut Imam al-Syafii, ini merupakan wakaf pertama di dunia di mana Allah memberikan keistimewaan kepada Umar bin al-Khatthab. Hadith ini turut menjelaskan tata cara dan syarat berwakaf. Analisis Lafaz

,membeli, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasai: Umar memiliki seratus harta lalu ia digunakan untuk membeli seratus ladang di Khaibar. ,meminta pengarahan dan masukan. ,harta yang terbaik dan memikat hatiku. ,aku wakafkan. ,bendanya atau dzatnya. ,memerdekakan hamba, namun mudhaf-nya dibuang. ,dosa. ,orang yang mengurus dan menjaganya. ,di mana manusia telah mengetahuinya sebagai , orang yang tidak menjadikannya sebagai hak milik.

keperluannya.

Fiqh Hadith 1. 2. 3. 4. 5. Disyariatkan berwakaf. Disunatkan meminta pandangan kepada orang yang berilmu. Disunatkan bersedakah dengan harta yang terbaik. Disunatkan memberi nasihat kepada orang yang memintanya. Sah mewakafkan benda kepada sebahagian muslim tanpa melibatkan muslim yang lain berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tertentu. 6. Wakaf tidak boleh dijual atau dihibahkan sebagaimana ditegaskan oleh riwayat al-Bukhari. Ini merupakan pendapat seluruh ulama 271

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 271

09/04/2010 23:05:28

Kitab Thaharah (Bersuci)

selain Abu Hanifah yang membolehkan menjual wakaf, namun Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan tidak sependapat dengannya. 7. Pengurus dibolehkan memperoleh bahagian tertentu daripada harta wakaf yang diurusnya. Al-Qurthubi berkata: Menurut kebiasaan, pengurus dibolehkan memakan hasil buah dari tanah wakaf, malah jika pemberi wakaf mensyaratkan bahawa pengurus tidak boleh memakan hasil buah dari tanah wakaf, maka itu merupakan perbuatan keji.

154- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) mengutus Umar untuk mengutip zakat. Hingga akhir hadith. Dalam hadith itu disebutkan bahawa Khalid telah mewakafkan baju besi dan peralatan perangnya untuk berjuang di jalan Allah. (Muttafaq alaih: 954). Makna Hadith Ibn Hajar menyebutkan hadith ini untuk menunjukkan bahawa sah hukumnya wakaf benda atau nilai setelah sebelum ini membolehkan untuk mewakafkan suatu barang. Ini kerana nilai dan benda sama-sama diperlukan dalam wakaf, meskipun benda lebih bertahan lama berbanding nilai. Analisis Lafaz

,mengikut wazan wakaf.

,ini mengikut riwayat Muslim sedangkan menurut al-Bukhari iaitu haiwan dan senjata yang disediakan untuk berperang. Ada , jamak yakni baju perang.

pula yang mengatakan ia adalah kuda. Iyadh menceritakan bahawa dalam riwayat al-Bukhari disebutkan .

Fiqh Hadith 1. Dibolehkan mewakafkan benda dan nilai menurut pendapat jumhur ulama, sementara menurut Imam Abu Hanifah, tidak boleh mewakafkan nilai. Apapun, hadith ini membantah pendapatnya.

272

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 272

09/04/2010 23:05:28

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

2. Sah mewakafkan haiwan. Soalan 1. Apakah takrif wakaf secara bahasa dan syarak? 2. Apakah benda wakaf pertama yang terjadi dalam Islam? 3. Apakah jenis pahala yang boleh sampai kepada manusia setelah dia mati? 4. Sebutkan hadith Umar tentang wakaf dan kemudian syarahkan lafaznya? 5. Sebutkan hukum-hakam yang terdapat di dalam hadith Umar? 6. Bolehkah menjual wakaf? 7. Apakah makna , dan dalam hadith Abu Hurairah daripada Khalid bin al-Walid? 8. Bolehkah mewakafkan nilai?

273

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 273

09/04/2010 23:05:28

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB HIBAH, UMRA DAN RUQBAH

Hibbah dengan membaca kasrah huruf ha adalah mashdar dari . Menurut syariat pula adalah memiliki benda dengan akad tanpa ada pembayaran yang diketahui selama waktu hidup. Hibah kadang kala digunakan untuk menunjukkan barang yang dihibahkan. Umra dengan membaca dhammah huruf ain dan sukun huruf mim, ada pula yang membaca dhammah huruf ain dan huruf mim dan ada pula yang membaca fathah huruf ain dan sukun huruf mim, berasal dari kalimat . Perbuatan ini telah diamalkan oleh masyarakat jahiliah di mana seseorang memberikan sebuah rumah kepada orang lain dengan menggunakan lafaz: maksudnya: Aku membolehkan dan memberikannya kepadamu selama kamu hidup. Ruqba sama seperti umra baik wazan mahupun makna. Dinamakan demikian kerana mereka berdua sama-sama menanti kematian rakannya agar barang tersebut segera kembali menjadi miliknya, tetapi Islam menjadikannya sebagai hibah yang tidak dibolehkan lagi rujuk kepada pemiliknya, kecuali telah dibuat syarat demikian. Itulah sebabnya Ibn Hajar menggabungkan masalah ini dalam satu bab.

274

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 274

09/04/2010 23:05:28

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

155- Daripada al-Numan bin Basyir bahawa ayahnya pernah membawanya menghadap Rasulullah (s.a.w) seraya berkata: Saya telah memberikan hambaku kepada anakku ini. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bertanya: Apakah seluruh anakmu engkau beri seperti ini? Dia menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Batalkan pemberian itu. Dalam lafaz hadith yang lain disebutkan: Lalu ayahku berangkat menemui Rasulullah (s.a.w) memohon kesaksian ke atas sedekah yang diberikannya kepadaku itu. Baginda bersabda: Apakah engkau melakukan semua ini kepada seluruh anakmu? Dia menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah bersikap adil terhadap anak-anakmu. Ayahku kemudian pulang dan mengambil semula sedekah itu. (Muttafaq alaih) Dalam riwayat Muslim disebutkan: Baginda berkata: Aku menyaksikan ini untuk orang lain. Kemudian baginda bersabda: Sukakah kamu apabila mereka sama-sama taat dan berbakti kepadamu? Ayahku menjawab: Ya. Baginda bersabda: Jika demikian, jangan engkau lakukan itu.: 955). Makna Hadith Hibah dilakukan setelah setiap orang yang berhak menerimanya samasama memperoleh bantuan yang sama. Ia bertujuan membantu orang yang memerlukan dan memperlihatkan kasih sayang. Jika seseorang memberikan hibah hanya kepada salah seorang anak, misalnya, maka sudah tentu tujuan tidak wujud lagi. Hadith ini mewajibkan hibah dilakukan secara sama rata, kerana dalam riwayat yang sahih disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Saya tidak mahu bersaksi ke atas perbuatan zalim. Analisis Lafaz ,pemberian tanpa mengharapkan imbalan.

275

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 275

09/04/2010 23:05:29

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Wajib berlaku adil terhadap anak ketika memberikan hibah. Inilah pendapat al-Bukhari, Imam Ahmad, Ishaq, al-Tsawri, dan sebahagian mazhab Maliki. Menurut mazhab Maliki yang masyhur, jika hibah tidak sama rata, maka ia batil. Menurut satu riwayat di sisi Imam Ahmad, hibah tetap sah, tetapi wajib mengembalikannya. Dalam riwayat yang lain di sisi Imam Ahmad, boleh melebihkakn hibah jika ada sebab. Menurut jumhur ulama, berlaku adil dalam hibah adalah disunatkan. Jika memberikan hibah dengan melebihkan sebahagian yang lain maka itu tetap dianggap sah meskipun hukumnya makruh dan disunatkan bersegera berlaku adil atau meminta kembali hibah itu jika tidak adil. Ulama berbeza pendapat mengenai bentuk sama rata dalam memberikan sesuatu kepada anak. Menurut Muhammad bin al-Hasan, Imam Ahmad, Ishaq dan sebahagian mazhab Syafii dan mazhab Malaiki, memberikan dua bahagian bagi lelaki dan satu bahagian bagi perempuan, seperti hukum waris. Pendapat lain mengatakan tidak ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan dalam masalah hibah. Inilah pendapat yang sahih. Dalil mereka adalah hadith yang diriwayatkan oleh Said bin Manshur dengan sanad hasan daripada Ibn Abbas (r.a):

Hendaklah kamu bersikap sama rata dalam memberikan hibah kepada anak-anakmu. Jika kamu ingin melebihkannya, maka lebihkanlah bahagian anak perempuan. 2. Boleh menarik semula hibah jika dianggap batil. Permasalahan ini masih dalam perdebatan dan dibahas dalam hadith di bawah ini.

156- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Orang yang meminta pulangkan pemberiannya bagaikan seekor anjing muntah kemudian menjilat semula muntahnya itu. (Muttafaq alaihi)

276

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 276

09/04/2010 23:05:29

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan: Kami tidak memiliki perumpamaan paling buruk seperti seseorang yang meminta pulangkan semula pemberiannya kerana dia diumpamakan seekor anjing muntah kemudian menjilatnya semula: 956). Makna Hadith Sebelum ini disebutkan bahawa tujuan hibah untuk meringankan beban orang yang memerlukan sekali gus memperlihatkan kebaikan dan kasih sayang. Jika orang yang memberi hibah hendak menarik semula pemberiannya, maka dia telah membuat si penerima menjadi susah dengan pemberian itu. Jadi menarik semula pemberian merupakan perbuatan jahat dan oleh itu, Islam melarangnya. Analisis Lafaz

,orang yang meminta kembali.

muslim dengan haiwan yang menjijikkan sebagaimana firman Allah:

, kami tidak mempunyai hak untuk menyamakan orang , memakan kembali muntahnya.

Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Nahl: 60) Fiqh Hadith Haram menarik semula hibah mengikut jumhur ulama, kecuali pemberian ayah kepada anaknya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sebelum ini. Al-Tirmidhi meriwayatkan daripada sahabat Rasulullah (s.a.w) bahawa barang siapa yang memberi hibah kepada ahli keluarga, maka dia tidak dibolehkan untuk memintanya semula, namun dibolehkan jika pemberian itu kepada selain ahli keluarga. Menurut Imam Abu Hanifah, boleh menarik semula pemberian kecuali kecuali pemberian kepada ahli keluarga. Mazhab Hanafi di sini telah mentakwilkan hadith ini dengan takwil yang tidak ada kena mengena langsung dengan hadith ini. Berikut Ibn Hajar mengemukakan satu hadith yang bertujuan menyanggah ulama yang membolehkan meminta semula pemberian yang 277

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 277

09/04/2010 23:05:30

Kitab Thaharah (Bersuci)

telah diberikan kepada orang lain.

157- Daripada Ibn Umar (r.a) dan Ibn Abbas (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Tidak halal bagi seorang muslim memberi suatu pemberian kemudian meminta dipulangkan semula, kecuali ibu bapa yang mencabut pemberiannya kepada anaknya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah dan dinilai sahih oleh al-Tirmidhi, Ibn Hibban dan al-Hakim: 957). Makna Hadith Hadith ini merangkum pemahaman dua hadith sebelum ini yang secara zahir saling bertentangan antara satu sama lain, di mana ada hadith menyebutkan seorang ayah boleh menarik semula pemberian terhadap anaknya, sementara menarik pemberian kepada orang lain tidak dibolehkan. Analisis Lafaz , diharamkan. Fiqh Hadith Seorang muslim haram menarik semula pemberiannya, kecuali pemberian ayah kepada anak. Inilah pendapat jumhur ulama. Menurut sebahagian ulama, boleh menarik semula hibah, sementara sedekah tidak dibolehkan berbuat demikian. Menurut jumhur ulama, maksud orang tua di sini adalah ayah atau ibu.

158- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) sentiasa menerima hadiah dan sentiasa membalasnya. (Diriwayatkan oleh alBukhari: 958). 278

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 278

09/04/2010 23:05:30

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Dalam satu hadith yang lain disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Hendaklah kamu saling memberi hadiah supaya kamu saling mencintai. Seorang muslim pada dasarnya mesti mencintai muslim lain sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri dan membalas kebaikan dengan kebaikan. Oleh itu, dalam riwayat Ibn Abu Syaibah disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah menerima hadiah dan membalas dengan balasan yang lebih baik darinya. Analisis Lafaz

,membalas dengan cara memberi hadiah yang sama kepada orang yang pernah memberi hadiah kepadanya.
Fiqh Hadith Disunatkan membalas pemberian hadiah. Sebahagian ulama malah mewajibkannya, tetapi pendapat ini sangat jauh dengan maksud hadith ini. Menurut sebahagian mazhab Maliki, wajib membalas hadiah jika kedudukan yang menerima lebih tinggi, seperti orang fakir yang memberin hadiah kepada orang kaya, bebeza jika yang memberi adalah orang kaya dan yang menerima pula adalah orang miskin. Inilah pendapat Imam alSyafii dalam qawl qadim. Dalam qawl jadid Imam al-Syafii berpendapat memberi hadiah dengan harapan dibalas adalah batil, kerana peruatan ini sama dengan membeli sesuatu dengan harga yang tidak diketahui. Ini juga adalah pendapat mazhab Hanafi.

159- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Ada seseorang memberi unta kepada Rasulullah (s.a.w) lalu baginda membalasnya dan bertanya: Adakah kamu sudah puas dengan ini? Dia menjawab: Tidak. Lalu baginda menambahkan lagi, lalu bertanya: Adakah kamu telah puas dengannya? 279

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 279

09/04/2010 23:05:31

Kitab Thaharah (Bersuci)

Dia menjawab: Tidak. Lalu baginda menambah lagi, lalu bertanya: Adakah kamu telah puas? Dia menjawab: Ya, sudah. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban: 959). Makna Hadith Dalam pelbagai riwayat dikisahkan bahawa Rasulullah (s.a.w) sering kali menerima hadiah dan sering pula membalasnya, tetapi baginda tidak pernah bertanya apakah orang itu telah puas hati dengan hadiah yang telah diberikan oleh baginda kecuali dalam hadith ini. Seolah-olah orang yang memberi hadiah itu berfikiran bahawa Rasulullah (s.a.w) menganggap ini sebagai perniagaan. Itulah sebabnya baginda menanyakan keredhaannya, kerana baginda dikenali sebagai seorang yang dermawan. Dalam kaitan ini, Rasulullah (s.a.w) bersabda pada akhir hadith ini: Aku telah berniat untuk tidak menerima hadiah kecuali dari kalangan Muhajirin, Ansar, Quraisy dan Dausi. Analisis Lafaz

al-Musnad dinyatakan bahawa lelaki ini berasal dari Arab badwi. Dalam riwayat al-Tirmidhi disebutkan bahawa seorang lelaki dari Fazarah memberi hadiah kepada Nabi (s.a.w).

,tidak disebutkan siapakah nama lelaki ini. Tetapi di dalam kitab

,membalas pemberian. Dalam riwayat al-Tirmidhi disebutkan bahawa sesuatu yang dihadiahkan lelaki badwi itu adalah unta, kemudian Rasulullah (s.a.w) membalasnya dengan uang senilai enam ekor unta mudah. , asal hadith ini terdapat dalam Sunan alTirmidhi, Abu Dawud dan al-Nasai.
Fiqh Hadith 1. Disunatkan meminta redha orang yang memberi hadiah di atas pemberian hadiah yang telah diberikannya terlebih-lebih lagi jika dia telah mengetahuinya 2. Disunatkan merahsiakan nama seseorang jika terdapat sesuatu cela dalam dirinya.

280

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 280

09/04/2010 23:05:31

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

160- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Umra adalah khusus milik orang yang diberi. (Muttafaq alaihi). Dalam riwayat Muslim disebutkan: Simpan harta-hartamu dan janganlah kamu menghamburkannya, sebab barang siapa memberikan umra, maka barang itu milik orang yang diberi sama ada hidup ataupun mati sampai kepada keturunannya. Dalam riwayat lain disebutkan: Umra dibenarkan oleh Rasulullah (s.a.w) apabila pemberi berkata: Ia (benda yang diberikan) menjadi milikmu dan anak keturunanmu. Namun apabila berkata: Ia menjadi milikmu selagi kamu hidup, maka barang itu mesti dikembalikan kepada si pemberi. Dalam riwayat Abu Dawud dan al-Nasai disebutkan: Jangan kamu melakukan ruqba dan jangan kamu melakukan umra. Barang siapa mendapatkan ruqba atau umra, maka ia menjadi milik ahli warisnya.: (960) Makna Hadith Oleh kerana umra termasuk amalan masyarakat jahiliah dan kemudian Islam mengakuinya, ia tetap memerlukan kriteria dan ketentuan berkaitan batas akhir hak kepemilikan supaya tidak berlaku pertelagahan di belakang hari. Hadith ini berusaha menjelaskan siapakah yang berhak memiliki umra ketika masa umra itu sudah berakhir. Analisis Lafaz

berkata: ( Aku membolehkan dan memberikannya kepadamu selama hidupmu).

,adalah seseorang memberikan sesuatu kepada orang lain dengan

281

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 281

09/04/2010 23:05:32

Kitab Thaharah (Bersuci)

,aku berikan tanpa mengharapkan imbalan. ,yakni memelihara dan menjaga.


,kamu merosakkannya.

,asal kalimat ini adalah di mana ia sama dengan umra secara wazan mahupun maknanya.
Fiqh Hadith 1. Disyariatkan umra dan ruqba. Inilah pendapat jumhur ulama kecuali Dawud al-Zahiri. 2. Barang siapa yang melakukan umra maka, barang itu menjadi miliknya dan keturunannya, sementara orang yang memberi tidak berhak lagi ke atasnya. Inilah pendapat jumhur ulama. Ia menjadi milik orang yang menerima dan tidak boleh dikembalikan kepada pemberi melainkan ada syarat yang menentukan demikain seperti seseorang berkata: Barang menjadi milikmu selama kamu hidup. Jika kamu mati, maka ia kembali menjadi milikku. Jadi, barang itu kembali menjadi milik pemberi setelah si penerima itu mati. Jika pemberi memberinya tanpa ada lafaz yang menghendaki adanya pengembalian, maka barang itu menjadi milik si penerima dan tidak boleh menjadi milik pemberi lagi. Di manakah letak kepemilikan umra dan ruqba, sama ada benda barang itu ataui manfaatnya? Menurut jumhur ulama, kepemilikan terletak pada benda barang itu sama seperti hibah. Menurut Imam Malik dan al-Syafii, kepemilikan terletak pada manfaat sahaja. 3. Dilarang menyia-nyiakan dan membazirkan harta.

,untuk keturunannya.

161- Daripada Umar (r.a), beliau berkata: Saya pernah memberi kuda untuk berjuang di jalan Allah. Namun orang yang diberi itu tidak merawatnya dengan baik. Saya kira dia mahu menjual kuda itu dengan harga murah. Lalu saya bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) mengenai perkara itu. Baginda bersabda: Jangan kamu membelinya walaupun dia menjual kepadamu seharga satu dirham hingga akhir hadith. (Muttafaq alaihi: 961).

282

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 282

09/04/2010 23:05:32

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Pada kebiasaannya, orang yang ingin menjual sesuatu namun belum menerima bayaran, maka dia cenderung menurunkan harga itu. Jika pembeli adalah orang yang memberi hibah, maka seolah-olah dia menarik semula pemberiannya, kerana dia membayar harga barang itu dengan harga yang lebih murah. Di sini dia seolah-olah menarik semula pemberiannya. Rasulullah (s.a.w) melarang perbuatan seperti ini sebagiamana yang ditegaskan pada bahagian akhir hadith yang dimuatkan oleh Ibn Hajar di sini: maka sesungguhnya orang yang menarik semula sedekahnya seperti anjing yang memakan muntahnya. Umar adalah salah seorang sahabat yang paling faham tentang masalah agama, di mana beliau terlebih dahulu menanyakan masalah ini kepada Rasulullah (s.a.w) bagi mengetahui kedudukan hukumnya. Analisis Lafaz ,aku membeli seekor kuda dan aku membawanya berperang di jalan Allah, kemudian aku memberikan kuda tersebut untuk tujuan mulia itu.

,maksudnya tidak mempedulikan keperluan kuda itu hingga kurus dan harganya pun susut. Fiqh Hadith

Haram membeli sedekah atau hibah bagi orang yang memberi sedekah atau hibah. Inilah pendapat sekumpulan ulama, namun jumhur ulama menganggap larangan ini sebagai makruh tanzih bukannya diharamkan.

162- Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Usahakan untuk saling memberi hadiah di antara kamu, nescaya terciptalah suasana saling mencintai. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Adab al-Mufrad dan Abu Yala dengan sanad hasan: 962).

283

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 283

09/04/2010 23:05:32

Kitab Thaharah (Bersuci)

163- Daripada Anas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Hendaklah kamu saling memberi hadiah, sebab ia dapat menghilangkan perasaan dengki. (Diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan sanad daif: 963). Makna Hadith Islam mewajibkan kaum muslimin untuk saling mencintai antara satu sama lain. Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Tidak beriman salah seorang kamu sehingga mencintai saudaranya sama seperti mencintai dirinya sendiri. Antara bentuk kasih sayang baginda kepada umatnya adalah mereka dianjurkan melakukan suatu amalan yang menyebabkan mereka saling mencintai. Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Mahukah kamu aku tunjukkan kepada suatu amalan yang jika kamu mengerjakannya maka kamu akan saling mencintai: iaitu sebarkan salam di antara kamu. Masih banyak lagi petunjuk yang menganjurkan umat Islam untuk saling mencintai antara sesama mereka. Hadith ini merupakan salah satu petunjuk untuk saling memberi hadiah bagi menimbulkan perasaan saling mencintai satu sama lain. Analisis Lafaz

,asalnya adalah ( saling mencintai), salah satu huruf ta


dibuang untuk meringankan bacaan.

,mencabut dan berpisah.

,kemarahan, kebencian dan perasaan iri hati.


hadith ini.

, kerana keberadaan Aidz bin Syuraih sebagai periwayat

Fiqh Hadith Disunatkan untuk saling memberi hadiah.

284

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 284

09/04/2010 23:05:33

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

164- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Wahai wanita-wanita muslim, jangan sekali-kali seorang wanita memandang remah hadiah kepada jiran tetangganya meskipun itu hanya hujung kaki kambing. (Muttafaq alaihi: 964). Makna Hadith Ketika tarap hidup manusia berbeza antara satu sama lain, di mana ada yang kaya dan ada pula yang miskin, maka ada kemungkinan seseorang merasa enggan memberi hadiah kepada orang lain kerana diyakini orang yang bakal menerimanya merasa tidak layak hingga kemudian dia menganggapnya remeh dan menceritakan itu kepada orang lain. Di sini Rasulullah (s.a.w) mengingatkan bahawa perasaan seperti itu tidak perlu terjadi, terlabihlebih bagi wanita yang memiliki kebiasaan seperti itu. Analisis Lafaz

,dengan menggunakan huruf ha sukun dan kasrah huruf qaf, maksudnya menghina dan memandang remeh. ,ada kalimat dibuang dalam kalimat ini yang lengkapnya adalah: Jangan sekali-kali orang wanita memandang remeh hadiah kepada jiran tetangganya walaupun hanya hujung kaki kambing. ,kalimat ini hanya sekadar menunjukkan kebiasaan, kerana hukum ini berlaku bagi jiran tetangga dan juga orang lain.

,dengan membaca kasrah huruf fa dan huruf sin, sementara di antara keduanya ada huruf ra yang dibaca sukun, iaitu tulang kecil yang berisikan sedikit daging.
Fiqh Hadith Anjuran untuk saling memberi hadiah antara sesama tetangga, walaupun pemberiannya itu hanya remeh temeh.

165- Daripada Ibn Umar (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Barang siapa memberi sesuatu, maka dia berhak mencabutnya selagi belum 285

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 285

09/04/2010 23:05:34

Kitab Thaharah (Bersuci)

dibalas. (Diriwayatkan oleh al-Hakim sekali menilainya sahih, tetapi apa yang benar ia berasal daripada riwayat Ibn Umar daripada Umar: 965). Makna Hadith Hibah telah dibahas sebelum ini sama ada ia dibolehkan menarik semula hibah ataupun sebaliknya. Dalam hadith ini disebutkan bahawa orang yang memberi berhak untuk menarik semula hadiahnya selama ia belum dibalas dengan hadiah yang serupa oleh si penerima. Analisis Lafaz

,membalas.

Umar. Inilah yang dinilai kuat oleh al-Bukhari, al-Daruquthni, al-Baihaqi dan sekumpulan ulama di mana mereka menceritakan bahawa Ubaidillah bin Musa salah ketika menilainya sebagai marfu. Fiqh Hadith Dibolehkan menarik semula pemberian selagi belum dibalas dengan hadith yang serupa oleh si penerima. Jika telah dibalas, maka tidak boleh meminta semula hadiah itu. Penting Al-Shanani berkata: Seseorang yang melakukan sesuatu pasti ada tujuan. Hibah yang diberikan kepada orang yang berada di bawah kedudukannya selalunya dianggap sebagai sedekah. Ini bertujuan untuk menunjukkan kasih sayang dan menjalin persahabatan. Ini sama halnya dengan pemberian orang miskin kepada orang kaya meskipun ini jarang berlaku. Jumlah hadiah dan pemberi hadiah selalunya tidaklah sama. Ada ketikanya tujuan memberi hadiah itu kerana ingin memperoleh kekayaan, seperti hadiah yang diberikan kepada seorang raja dengan harapan dapat menjadi orang terdekatnya. Jika raja itu tidak memenuhi apa yang diinginkannya di sebalik pemberian hadiah itu, pemberi hadiah akan menyesal dan penyesalan merupakan bukti yang dia meminta semula hadiah atau dia memperoleh hadiah yang lebih daripada apa yang diharapkannya. Jika tujuan pemberi hadiah adalah menjalin silaturrahim atau mendamaikan pihak yang sedang bertikai, maka balasan sudah memadai dengan adanya sekadar balasan meskipun itu lebih murah daripada hadiah 286

, yakni hadith ini itu mawquf kepada

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 286

09/04/2010 23:05:34

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

yang diberikannya. Ini kerana ia tidak bermaksud memperoleh balasan yang serupa daripada hadiah yang diberikannya itu, sebaliknya hanya sekadar menunjukkan kasih sayang yang ada pada dirinya. Soalan 1. Apakah takrif hibah secara bahasa dan syarak? 2. Apakah takrif umra dan ruba mengikut syarak? 3. Wajibkah memberikan hibah secara sama rata di antara anak? Sebutkan pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 4. Bagaimanakah bentuk pemberian hidah secara sama rata di antara anak? 5. Bagaimanakah pendapat ulama tentang boleh atau tidaknya meminta semula hibah? 6. 7. 8. 9. 10. Sempurnakan hadith: ?... Wajibkah membalas hadiah mengikut pendapat ulama? Bagaimanakah hukum yang memberikan umra? Bolehkah memberli semula sedekah atau hibah? Sebutkan teks tiga hadith yang menggalakkan untuk memberi hadiah?

11. Bincangkan sabda Rasulullah (s.a.w): ? 12. Adakah hadith mawquf atau marfu? Bincangkanlah?

287

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 287

09/04/2010 23:05:34

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB LUQATHAH (BARANG TEMUAN)

Menurut bahasa luqathah adalah dengan membaca dhammah huruf lam dan fathah huruf qaf atau membaca kasrah huruf qaf. Ada dua pendapat dalam masalah ini, masing-masing pendapat menyalahkan yang lain. Menurut syariat pula adalah harta atau sesuatu yang hilang daripada tuannya, sementara harta tersebut merupakan barang yang dianggap bagi manusia.

166- Daripada Anas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) pernah berjalan hingga menjumpai sebiji kurma di tengah jalan, lalu bersabda: Jika aku tidak khuatir kurma adalah kurma zakat, nescaya sudah aku sudah memakannya. (Muttafaq alaih: 966). Makna Hadith Rasulullah (s.a.w) adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah (s.w.t) dan sedekah diharamkan ke atasnya dan demikian pula kepada ahli keluarganya. Oleh itu, menjumpai sebiji kurma jatuh di tengah jalan, baginda tidak memakannya kerana takut kurma itu adalah harta zakat, padahal kurma merupakan barang yang senang dijumpai dan tidak sukar mencarinya. Hadith ini menegaskan jika kurma itu tidak bukan harta zakat tentu baginda memakannya, dan kurma itu bukan barang luqathah.

288

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 288

09/04/2010 23:05:34

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Haram memakan zakat bagi Rasulullah (s.a.w). 2. Dibolehkan mengambil sesuatu yang tidak diambil peduli oleh orang lain dan tidak perlu mencari tahunya sedangkan orang yang mengambilnya berhak memilikinya sebaik mengambilnya. Zahir hadith ini membolehkan berbuat demikian meskipun orang yang mempunyai barang mengetahuinya, namun pendapat lain mengatakan jika pemiliknya tahu, maka tidak boleh mengambil barang itu. 3. Anjuran untuk bersikap warak dalam setiap keadaan. Penting Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari berkata: Sebahagian ulama menganggap pelik kenapa Rasulullah (s.a.w) membiarkan buah kurma di tengah jalan padahal seorang pemimpin semestinya mengambil barang itu untuk disimpan. Jawapannya adalah ada kemungkinan Rasulullah (s.a.w) sebenarnya mengambilnya kerana di dalam hadith ini tidak ada isyarat yang menafikannya atau ada pula kemungkinan baginda sengaja membiarkannya supaya dimanfaatkan oleh orang yang menjumpainya dari kalangan orang yang dihalalkan memakan harta zakat. Selain itu, wajib bagi seorang pemimpin menjaga harta sekiranya diketahui siapa pemiliknya namun tidak dibolehkan mengabaikannya kerana barang itu tidak berharga.

167- Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani (r.a), beliau berkata: Ada seorang lelaki datang kepapda Rasulullah (s.a.w) lalu bertanya tentang hukum barang temuan. Baginda menjawab: Perhatikan bekas dan talinya, kemudian umumkan selama satu tahun. Jika pemiliknya datang, maka berikanlah kepadanya. Jika tidak, maka itu terserah kamu. Lelaki itu bertanya: Bagaimana kalau barang itu berupa sekor kambing? Baginda menjawab: Ia untukmu, untuk saudaramu, atau untuk singa. Dia bertanya lagi: Bagaimana jika barang temuan itu berupa unta? Apa masalahmu 289

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 289

09/04/2010 23:05:35

Kitab Thaharah (Bersuci)

dengannya. Ia mempunyai perut, mampu berjalan, mampu mendatangi air minum, dapat memakan daun pepohonan sehingga ia bertemu dengan pemiliknya. (Muttafaq alaih: 967). Makna Hadith Tidak dapat dimungkiri bahawa setiap orang pasti berbeza pendapat ketika ditanya mengenai tatacara menemukan orang yang mempunyai barang temuan, demikian pula dengan barang yang dianggap sebagai luqathah. Hadith ini merupakan jalan tengah untuk mengelakkan pertelagahan, di mana orang yang menemukan barang temuan disuruh mengumumkan barang temuannya selama satu tahun. Namun dikecualikan haiwan tersesat seperti unta, kerana unta tidak binasa lantaran tersesat sampai ia berjumpa dengan pemiliknya. Analisis Lafaz ,fiil amar dengan membaca kasrah huruf hamzah, ia berasal dari perkataan .

,pengikat. Menurut Ibn Manzhur, al-ifash dan al-wika memiliki makna yang sama. Ia kadang kala digunakan untuk mengikat suatu barang dan ada kalanya pula digunakan untuk menyebut barang itu sendiri. ,fiil amar, dia wajib memberitahu orang tentang barang temuan itu di tempat mana dia menemukannya dan ini dilakukan selama satu tahun.

,dengan membaca kasrah huruf ain, iaitu kantong. Ada pula yang mengatakan ia adalah penutup botol yang terbuat daripada kulit..

, engkau berhak mengambilnya. Jika huruf nun dibaca rafa, maka ia menjadi mubtada. Jika nun dibaca nashab, maka ada fiil yang dibuang setelahnya dan takdirnya adalah .
,dengan membaca kasrah huruf sin, yakni bahagian leher bekas yang dijadikannya sebagai bekas air dan dijadikan bekalan ketika mengalami dahaga di tengah perjalanan.

, setelah ini ada kalimat yang berbunyi: Berikan kepadanya. Tambahan ini menurut Abu Dawud.

pula dibaca rafa sebagai khabar mubtada yang dibuang dan takdirnya adalah: .

, kalimat ini boleh menjelaskan kalimat sebelumnya dan boleh


,dengan membaca kasrah huruf ha, bahagian alas kakinya.

290

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 290

09/04/2010 23:05:35

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, perkataan aw di sini menunjukkan pembahagian. Maksudnya ia menjadi milikmu jika kamu ambil dan kemudian kamu mengumumkannya selama satu tahun namun pemiliknya tidak kunjung datang mengambilnya. Atau ia menjadi milik saudaramu seagama, yakni pemiliknya. Atau ia menjadi makanan serigala jika tidak dijadikan sebagai hak milik orang seseorang sedangkan pemiliknya tidak mencarinya. ,pemiliknya.
, kalimat dhalah (sesat) digunakan untuk haiwan yang hilang, sedangkan luqathah digunakan untuk barang yang hilang. Fiqh Hadith 1. Boleh mengambil barang luqathah dengan niat untuk menjaganya. Jika pemiliknya tidak dijumpai, maka barang itu menjadi milik si penemu. Luqathah ini berlaku bagi seluruh harta dan barang berharga. Demikian pula dengan haiwan ternakan yang tidak mengelakkan daripada ancaman binatang buas. 2. Unta tidak dapat dikategorikan luqathah dan demikian pula lembu, burung dan haiwan ternak yang mampu mengelakkan diri daripada ancaman binatang buas. Jadi ia mesti dibiarkan dan tidak boleh dijadikan luqathah. Ulama berbeza pendapat mengenai barang luqathah, apakah lebih baik diambil atau dibiarkan? Menurut Imam al-Syafii dan Imam Abu Hanifah, apa yang lebih baik adalah mengambilnya, kerana hukum menjaga harta sesama muslim adalah wajib. Menurut Imam Ahmad dan Imam Malik pula apa yang lebih baik tidak diambil dan ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah (s.a.w):

Barang orang mukmin yang hilang lebih baik dibakar oleh api. 3. Orang yang menjumpai barang luqathah hendaklah mengenal pasti tempat, jenis dan jumlah barang yang dia jumpai supaya dapat membezakannya dengan hartanya, di samping dia wajib mengetahui ciri-cirinya bagi memastikan sekali gus menguji pengakuan orang yang mendakwa itu adalah barang miliknya. Dalam beberapa riwayat disebutkan mencari tahu ciri-ciri barang luqathah hendaklah dilakukan sebelum ia diumumkan. Ini berdasarkan riwayat alBukhari:

Perhatikan tempat dan talinya, kemudian umumkan selama satu tahun. Namun berbeza riwayat disebut oleh Ibn Hajar di sini, lantas 291

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 291

09/04/2010 23:05:36

Kitab Thaharah (Bersuci)

manakah yang harus didahulukan? Menurut al-Nawawi, kedua-dua riwayat harus disatukan dengan cara ia sama-sama menyuruh untuk mengetahuinya dalam dua keadaan: pertama, pastikan dikenali alamat dan ciri-cirinya sebaik dijumpai bagi mengenal pasti dengan jelas pengakuan orang yang datang untuk mengambilnya; kedua, kemudian umumkan semula setelah ia dilakukan pengumuman selama satu tahun jika si penemu ingin memilikinya bagi mengenal pasti jumlah dan cirinya untuk kemudian diserahkan kepada pemilik asal jika dia datang menuntutnya. Ini mengikut mazhab pilihan dalam mazhab Syafii. Menurut Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari, ada kemungkinan perkataan tsumma bermakna waw dan oleh kerananya, tidak perlu lagi melakukan pengumuman secara tertib bagi mengelakkan pertelagahan. Ulama berbeza pendapat mengenai pengumuman. Ada tiga pendapat dalam masalah ini. Ada ulama yang mengatakan hukumnya wajib kerana berdasarkan kepada zahir perintah dan ada pula yang mengatakan hukumnya disunatkan. Ada pula ada pula yang mengatakan wajib mengumumkan sebaik menemukan benda itu dan disunatkan setelah itu. 4. Luqathah wajib diumumkan selama satu tahun. Pengumuman dilakukan di tempat keramaian, seperti pasar, pintu mesjid dan tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat di mana ia dijumpai dan si penemu hendaklah bersungguh dalam mengumumkannya, bahkan ada ulama yang mengatakan wajib diumumkan dua kali dalam seminggu. Apapun, apa yang perlu diambil kira dalam masalah ini adalah mengikut adat kebiasaan. 5. Luqathah diberikan kepada pemiliknya jika dia datang menuntutnya dan mengetahui ciri dan jenis barang itu secara sempurna. Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan bahawa jika datang seseorang memberitahumu jumlah, tali dan tempat barang itu, maka serahkan barang itu kepadanya. Inilah pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad. Menurut mazhab Maliki, orang yang menuntut itu mestilah mengetahui ciri-ciri wang dinar. Jika seseorang mengatahui sebahagian sifatnya, lalu bagaimana pula hukumnya? Menurut Ibn al-Qasim, dia mesti menyebut dan mengetahui seluruh sifatnya. Pendapat lain mengatakan barang itu diberikan kepadanya dengan syarat harus menunggu beberapa waktu terlebih dahulu. Perlukah si pemilik barang bersumpah di hadapan si penemu barang ketika hendak mengambil barangnya? Sebahagian ulama berpendapat bahawa sumpah diperlukan ketika pemiliknya menuntut barang miliknya. Apapun, mengikut pendapat yang benar, sumpah tidak diperlukan dalam masalah ini kerana berdasarkan zahir hadith di samping telah wujud bukti lantaran si pemilik telah menyebut ciriciri barang tersebut. 6. Orang yang menemukan luqathah berhak untuk memiliki barang itu setelah masa satu tahun berlalu barang itu ditemukan. Kepemilikan 292

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 292

09/04/2010 23:05:36

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

ini sama seperti kepemilikan harta warisan, di mana ia dimiliki tanpa perlu adanya usaha atau pilihan. Inilah pendapat jumhur ulama. Menurut Imam Abu Hanifah, dia tidak berhak untuk memiliki barang itu, sebaliknya dia hendaklah menyedekahkannya. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ali dan Ibn Abbas. Jika barang temuan itu sudah dimakan si penemu, kemudian si pemilik barang datang menuntutnya, maka bagaimana hukumnya? Ulama bersepakat bahawa si penemu wajib menggantinya, meskipun si pemilik datang setelah satu tahun kemudian, namun menurut mazhab Zahiri, si penemu boleh memakannya tanpa harus menggantinya apabila si pemilik barang datang menuntutnya. 7. Boleh mengambil kambing yang tersesat apabila ia ditemukan di tempat yang berjauhan dari kawasan perkampungan. Penemu wajib mengganti rugi jika kambing tersebut mati, namun Imam Malik dalam pendapat yang masyhur mengatakan bahawa si penemu tidak wajib menggantinya, kerana kedudukan si penemu sama dengan serigala di mana serigala tidak berkewajipan membayar ganti rugi ke atas haiwan ternakan yang telah dimakannya.

168- Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa yang menyorok barang hilang, maka dia menjadi orang sesat selagi tidak mengumumkannya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 968).

169- Daripada Iyadh bin Himar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa menjumpai barang hilang, maka hendaklah dia meminta kesaksikan dua orang adil dan menjaga bekas dan talinya, kemudian dia tidak boleh menyorok dan menyembunyikannya. Jika pemiliknya datang, maka dia berhak untuk mendapatkan semula barang miliknya. Jika tidak datang, maka ia adalah harta milik Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad 293

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 293

09/04/2010 23:05:36

Kitab Thaharah (Bersuci)

dan al-Arbaah, kecuali al-Tirmidhi, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah, Ibn al-Jarud dan Ibn Hibban: 969). Makna Hadith Dengan hadith ini, Ibn Hajar ingin menceritakan masalah luqathah yang belum disentuh oleh dua hadith sebelum ini, di mana hadith ini menganjurkan untuk memperlihatkan luqathah kepada dua orang saksi yang dianggap adil. Pada zahirnya hadith tersebut mewajibkannya. Analisis Lafaz

,dengan membaca fathah huruf waw, iaitu dua atau tiga orang yang bersifat adil. ,telah dibahas dalam hadith sebelum ini. ,baik jumlah mahupun sifatnya. ,merahsiakan sebahagian luqathah. ,pemiliknya.
Fiqh Hadith 1. Wajib memperlihatkan luqathah kepada dua orang saksi yang dianggap adil menurut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam alSyafii dalam salah satu pendapatnya. Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, tidak wajib memperlihatkannya kepada dua orang saksi, namun disunatkan untuk berbuat demikian kerana mengamalkan hadith ini. 2. Luqathah menjadi milik penemu setelah masa pengumuman habis dan dia tidak wajib mengganti jika pemiliknya datang menuntutnya setelah satu tahun kemudian. Inilah pendapat mazhab Zahiri sebagaimana yang telah dibahas oleh hadith sebelum ini, tetapi jumhur ulama mengemukakan pendapat yang berlainan di mana menurut mereka maksud hadith tersebut adalah si penemu boleh memanfaatkannya, namun jika pemiliknya datang untuk menuntutnya maka dia wajib membayar ganti rugi. Dalilnya adalah hadith riwayat Muslim:

,dengan membaca sukun huruf lam, iaitu saksi.

,telah dibahas dalam hadith sebelum ini.

294

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 294

09/04/2010 23:05:37

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Jika pemiliknya tidak datang untuk menuntutnya, maka barang itu seakan menjadi titipan di sisimu. Dalam riwayat lain disebutkan:

Maka belanjakanlah (luqathah itu) dan jadikan ia menjadi titipan di sisimu. Jika pada suatu masa kelak pemiliknya datang untuk menuntutnya maka berikanlah kepadanya.

170- Daripada Abdurrahman bin Utsman al-Taimi (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada mengambil barang hilang milik orang yang sedang beribadah haji. (Diriwayatkan oleh Muslim: 970). Makna Hadith Dengan hadith ini, Ibn Hajar ingin membuat pengecualian ke atas tempat luqathah yang dijumpai di Makkah al-Mukarramah, di mana tidak halal diambil luqathah yang berada di Makkah melainkan bagi orang yang hendak mengumumkannya. Ini kerana keutamaan dan kemuliaan Makkah. Analisis Lafaz

, ada kalimat yang dibuang di sini dan lengkapnya adalah dilarang untuk memiliki luqathah yang dijumpai oleh orang yang sedang berhaji. Apa yang dilarang di sini adalah memiliki barang temuan orang yang sedang berhaji bukan mengambilnya dengan niat untuk mengumumkannya.
Fiqh Hadith 1. Dibolehkan mengambil luqathah Makkah dengan niat untuk diumumkan.

295

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 295

09/04/2010 23:05:37

Kitab Thaharah (Bersuci)

2. Dilarang menjadikan luqathah Makkah sebagai hak milik. 3. Dilarang menjadikan luqathah orang yang berhaji sebagai hak milik baik dijumpai di Makkah mahupun di tempat yang lain. Periwayat Hadith Abdurrahman bin Utsman al-Taimi al-Qurasyi anak saudara Talhah bin Ubaidillah salah seorang sahabat yang masyhur. Ada yang mengatakan beliau sempat hidup sezaman dengan Rasulullah (s.a.w), walaupun tidak pernah melihatnya. Beliau memeluk Islam pada waktu perjanjian alHudaibiyah. Ada pula yang mengatakan pada hari penaklukkan kota Makkah. Sekumpulan ulama meyakini beliau sebagai seorang sahabat. Beliau mati syahid bersama al-Zubair.

171- Daripada Ibn al-Miqdam bin Madi Kariba (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ingatlah bahawa tidak halal memakan binatang buas yang bertaring, keldai kampung, luqathah milik orang kafir muahid19, kecuali jika dia tidak memerlukannya lagi. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud: 971). Makna Hadith Ada dua perkara yang dilarang oleh hadith ini, iaitu: pertama, larangan memakan binatang buas yang bertaring dan keldai kampong: kedua, luqathah muahid. Dalam hadith ini disebutkan bahawa dilarang memakan luqathah kerana memiliki hukum yagn sama dengan luqathah muslim. Analisis Lafaz , diharamkan.

kurma misalnya.

, dianggap sama seperti remeh temeh seperti sebiji

19

Orang kar yang dilindungi undang-undang negara Islam.

296

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 296

09/04/2010 23:05:38

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Penting Sabda Rasulullah yang mengatakan luqathah milik orang muahid menimbulkan kemusykilan, kerana orang yang menjumpai luqathah selalunya tidak mengetahui sama ada barang itu milik orang kafir muahid atau sebaliknya, walaupun ia dijumpai di kawasan perkampungan orang kafir, kerana ada kemungkinan barang luqathah itu milik orang lain yang bukan milik orang kafir muahid. Jawapannya adalah hadith ini sekadar menunjukkan kebiasaan atau orang yang menemukannya merasa yakin bahawa pemilik barang itu adalah orang kafir muahid. Fiqh Hadith 1. Segala binatang buas yang bertaring adalah diharamkan. 2. Haram memakan keldai kampung. 3. Luqathah kafir zimmi sama hukumnya seperti luqathah muslim. Penting Al-Nawawi dalam Syarh al-Muhadzdzab berkata: Ulama berbeza pendapat mengenai seseorang yang lewat di kebun, ladang atau ternakan. Menurut jumhur ulama, dia tidak boleh mengambil sesuatu daripadanya kecuali dalam keadaan terpaksa. Jika mengambil, maka dia wajib membayar ganti rugi menurut Imam al-Syafii dan jumhur ulama. Menurut sebahagian ulama salaf, dia tidak berkewajipan membayar apa-apa ganti rugi. Menurut Imam Ahmad dalam satu riwayat, jika kebun itu tidak dibuatkan pagar, maka dia boleh memakan buah-buahan yang ada di dalamnya, meskipun pendapat ini tidak disokong oleh mana-mana dalil. Namun menurut riwayat lain oleh Imam Ahmad, dia boleh memakannya dan tidak ada ganti rugi ke atasnya dalam kedua-dua keadaan itu. Menurut Imam al-Syafii, masalah ini bergantung kepada sahih atau tidaknya hadith marfu Ibn Umar:

Jika salah seorang kamu melewati kebun maka makanlah dan janganlah kamu menyia-nyiakannya. Hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Hajar namun al-Baihaqi dan sekumpulan ulama menilainya daif.

297

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 297

09/04/2010 23:05:38

Kitab Thaharah (Bersuci)

Soalan 1. Takrifkan luqathah mengikut syarak dan sebutkan dua pendapat ulama tentang barisnya? 2. Huraikan kalmiat-kalimat berikut: , , dan ? 3. Adakah lebih afdhal mengambil barang temuan atau membiarkannya menurut ulama? 4. Bincangkan cara mengenal pasti luqathah dan bilakah itu mesti dilakukan serta sebutkan dalil ke atas yang demikian itu kemudian usahakan bagaimana cara menyatukan antara dalil-dalil yang seolah bercanggah itu? 5. Wajibkah mengumumkan luqathah? 6. Berapakah masa untuk mengumumkan luqathah? 7. Perlukah diambil sumpah orang yang telah mengetahui ciri-ciri luqathah sebagai satu cara untuk mengambilnya? 8. Adakah penemu luqathah berhak memiliki luqathah setelah satu tahun diumumkan? 9. Wajibkah memperlihatkan barang luqathah kepada dua orang saksi yang dianggap adil dan bincangkan masalah ini? 10. Apakah uhkum luqathah di Makkah? 11. Apakah hukum luqathah orang kafir muahid?

298

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 298

09/04/2010 23:05:38

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB FARAID

Faraidh jamak faridhah mengikut wazan failah yang bermakna maful iaitu sesuatu yang ditentukan. Kalimat ini berasal dari perkataan fardh, iaitu memutuskan. Waris disebut faraidh kerana mengikut firman Allah: ( bahagian yang telah ditentukan).

172- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Berikan bahagian-bahagian waris kepada ahli warisnya dan selebihnya berikan kepada lelaki yang terdekat. (Muttafaq alaihi: 972). Makna Hadith Dalam al-Quran telah dijelaskan bahagian ahli waris, tetapi kadang kala ada baki harta waris yang masih belum dibahagikan. Itulah sebabnya hadith ini datang untuk menjelaskan milik siapakah baki tersebut dan siapa pula ahli waris yang layak menerimanya. Hadith ini menyatakan bahawa orang yang lebih layak menerima baki harta waris adalah keluarga terdekat. Analisis Lafaz

berhak menerimanya. Ada enam bahagian waris yang telah ditetapkan dalam al-Quran iaitu: 1. Setengah (1/2) 2. Seperempat (1/4) 3. Seperlapan (1/8) 299

, berikan bahagian masing-masing kepada ahli waris yang

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 299

09/04/2010 23:05:39

Kitab Thaharah (Bersuci)

4. Dua pertiga (2/3) 5. Sepertiga (1/3) 6. Seperenama (1/6) Fiqh Hadith 1. Orang yang pertama berhak mengambil bahagian warisan adalah dzawil furudh seperti mana yang tertera di dalam al-Quran. 2. Jika harta warisan itu masih ada bakinya setelah dibahagikan kepada dzawil furudh, maka yang berhak mengambil baki itu adalah orang yang terdekat bagi si mayat. Jika ada dua orang yang sama dekat kekeluargaannya dengan si mayat, maka mereka berdua berkongsi di dalamnya. Menurut jumhur ulama, orang yang terdekat dengan mayat adalah pak cik dan makcik sebelah bapa, anak perempuan saudara lelaki dan anak lelaki saudara lelaki, anak perempuan pak cik sebelah bapa dan anak lelaki sebelah bapa. Ashabah terdekat adalah anak, cucu, ayah, datuk dan seterusnya ke atas. Hadith ini menyatakan adanya ashabah dari golongan kaum lelaki. Jika ashabah dari golongan lelaki tidak ada, maka harta warisan diberikan kepada perempuan yang tidak mendapat bahagian dzawil furudh. 3. Menjelaskan bahawa masing-masing ahli waris saling menghijab (menghalangi) antara satu sama lain. Pembahasan Permasalahan Waris Pertama, sebab-sebab mendapatkan harta warisan ada tiga, iaitu: 1. Hubungan keturunan. 2. Hubungan perkahwinan. 3. Hubungan wala (orang yang memerdekakan hamba). Kedua, ada tujuh belas jumlah ahli waris; sepuluh dari kalangan lelaki dan tujuh dari kalangan perempuan. Mereka adalah: Ahli waris dari kalangan lelaki adalah sebagai berikut: 1. Anak lelaki. 2. Cucu lelaki dan seterusnya ke bawah. 3. Ayah. 4. Datuk dan seterusnya ke atas. 5. Saudara lelaki, sama ada saudara kandung, seayah atau seibu. 6. Anak lelaki saudara lelaki, sama ada anak lelaki saudara sekandung, seayah atau seibu. 7. Pak cik sebalah bapa yang seayah, seibu dan kandung. 300

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 300

09/04/2010 23:05:39

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

8. Anak saudara lelaki atau anak pak cik sebelah ayah. 9. Suami. 10. Lelaki yang memerdekakan hamba. Ahli waris dari kalangan perempuan adalah sebagai berikut: 1. Anak perempuan. 2. Cucu perempuan dari anak lelaki. 3. Nenek (ibunya ibu). 4. Saudari perempuan kandung, seayah atau seibu. 5. Saudari perempuan sekandung, seayah, seibu. 6. Isteri. 7. Perempuan yang memerdekakan hamba. Ketiga, ada enam golongan yang tidak pernah dihijab daripafa memperoleh waris selama-lamanya, iaitu: 1. Ayah. 2. Anak lelaki. 3. Suami. 4. Ibu. 5. Anak perempuan. 6. Isteri. Kempat, ahli waris dibahagikan kepada ashhabul faraidh dan ashabah: Ashhabul faraidh adalah orang yang mendapat bahagian tertentu sesuai dengan ketentuan al-Quran. Ashabah pula adalah orang yang mengambil seluruh harta warisan jika dia seorang diri dan mengambil sisa harta warisan setelah masing-masing ahli waris mengambil bahagiannya masing-masing. Selain itu ada pula bahagian dzawil arham dan masalah ini akan dibahas pada hadith berikutnya. Kelima: tata cara mewariskan keturunan: Antara mereka ada yang mendapat warisan dengan cara faraidh dan mereka adalah ibu, nenek dan anak ibu. Antara mereka ada pula yang mendapat warisan dengan cara ashabah dan mereka adalah anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki, saudara lelaki, anak saudara lelaki, pak cik sebelah bapa dan anak lelaki pak cik sebelah ayah. Antara mereka ada yang kadang kala mendapat warisan dengan cara yang faraidh dan kadang kala dengan cara ashabah. Mereka adalah:

301

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 301

09/04/2010 23:05:39

Kitab Thaharah (Bersuci)

1. Ayah mendapat warisan dengan cara ashabah. Jika si mayat memiliki anak lelaki, maka dia mendapat 1/6. 2. Anak perempuan mendapat warisan secara faraidh sementara jika bersanding dengan anak lelaki, maka dia menjadi ashabah maal ghair, maka harta warisan mereka dibahagi bersama dengan sistem dua bahagian perempuan sama dengan satu bahagian anak lelaki. 3. Saudari perempuan sekandung atau seayah mendapat warisan dengan cara faraidh. Jika mereka bersanding dengan saudara lelaki kandungnya, mereka menjadi ashabah maal ghair dan harta warisan dibahagi bersama dengan sistem dua bahagian perempuan sama dengan satu bahagian anak lelaki. Keenam, keterangan bahagian masin-masing dzawil furudh sesuai dengan apa yang tertera dalam al-Quran: 1- Orang yang mendapat bahagian 1/2. Mereka ini adalah: Suami ketika tidak ada anak lelaki bagi si mayat. Anak kandung perempuan atau anak lelaki yang tidak ada anak kandung. Seorang saudari perempuan sekandung atau seayah jika tidak ada anak seayah dan seibu. 2- Orang yang mendapat bahagian 1/4. Mereka adalah: Suami jika isteri meninggalkan anak lelaki. Isteri jika suami tidak meninggalkan anak lelaki. Bagi dua orang isteri atau lebih, mereka berkongsi dengan bahagian 1/4 ini di dalamnya. 3- Orang yang mendapat bahagian 1/8. Mereka adalah: Isteri jika suami meninggalkan anak lelaki. Demikian pula dengan isteri yang lebih daripada satu orang di mana mereka berkongsi dengan bahagian ini di dalamnya. 4- Orang yang mendapat bahagian 2/3. Mereka adalah: Dua anak perempuan atau lebih. Anak lelaki ketika ada ada anak kandung si mayat. Dua orang saudari perempuan atau lebih walaupun saudari seayah. 5- Orang yang mendapat bahagian 1/3. Mereka adalah: Ibu jika tidak ada anak atau tidak ada dua orang saudari perempuan. Dua orang anak perempuan ibu, sama ada mereka lelaki ataupun perempuan. Mereka mendapat 1/3 bergabung atau berpisah. Datuk ketika bersama saudari perempuan sekandung atau seayah dalam beberapa keadaan mengikut mazhab Zaid bin Tsabit. 302

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 302

09/04/2010 23:05:39

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

6- Orang yang mendapat bahagian 1/6. Mereka adalah: Ayah jika mayat meninggal anak lelaki atau dua orang saudara lelaki. Datuk bersama saudara lelaki dalam beberapa keadaan menurut mazhab Zaid bin Tsabit. Nenek. Satu orang anak ibu sama ada lelaki atau perempuan. Cucu perempuan dari anak lelaki, jika mayat meninggalkan seorang anak perempuan kandung, dimana anak perempuan mendapat 1/2 sedangkan cucu mendapat 1/6. Saudari-saudari perempuan seayah, jika si mayat mempunyai seorang saudari kandung.

173- Daripada Usamah bin Zaid (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Orang muslim tidak boleh mewarisi harta benda mayat orang kafir, dan orang kafir tidak boleh menerima waris dari mayat orang muslim. (Muttafaq alaihi: 973). Makna Hadith Allah (s.w.t) berfirman:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-Hujurat: 10). Kalimat innama dalam ayat ini bermaksud hanya sekali gus menunjukkan bahawa keturunan hanya dihubungkan iman. Oleh itu, ketika anak Nabi Nuh (a.s) tetap dalam kekufuran, kemudian Nabi Nuh (a.s) bermunajat kepada Allah (s.w.t):

Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil303

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 303

09/04/2010 23:05:40

Kitab Thaharah (Bersuci)

adilnya. (Surah Hud: 45) Lalu Allah pun berfirman:

Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. (Surah Hud: 46) Ketika di dalam hadith ini disebutkan bahawa warisan dihubungkan oleh kerabat baik melalui keturunan, perkahwinan ataupun wala, maka orang yang bukan muslim menjadi penghalang dalam mendapatkan warisan sesuai dengan kaedah ini. Jadi hadith ini melarang untuk mewarisi harta yan berlainan agama. Analisis Lafaz

,dibaca rafa pada susunan kalimat pertama, sementara pada kalimat yang kedua ia dibaca nashab, sementara kalimat sebaliknya.
Fiqh Hadith Orang muslim diharamkan mewarisi orang kafir, walaupun ayah orang itu kafir. Inilah pendapat ini jumhur ulama. Menurut Muadz, Muwiyah, Masruq, Ibn al-Musayyab, al-Nakhai dan Ishaq, seorang muslim boleh mewarisi daripada orang kafir, sementara orang kafir tidak boleh mewarisi daripada orang muslim. Dalil Muadz dalam masalah ini adalah beliau pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Islam itu bertambah dan tidak akan berkurang. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lain-lain). Ulama berbeza pendapat sama ada hadith ini sahih mahupun hasan. Jumhur ulama menjawab hadith yang diriwayatkan oleh Muadz ini bahawa hadith tersebut tidak secara terang menjelaskan masalah ini, tambahan pula ia bertentangan dengan masalah yang lebih jelas.

304

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 304

09/04/2010 23:05:40

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

174- Daripada Ibn Masud (r.a) mengenai bahagian seorang anak perempuan, seorang cucu perempuan dari anak lelaki dan seorang saudari perempuan sekandung, di mana Rasulullah (s.a.w) memutuskan bagi seorang anak perempuan mendapat 1/2, bagi cucu perempuan dari anak lelaki mendapat 1/6 sebagai penyempurnaan 2/3 dan selebihnya untuk seorang saudari perempuan. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 974). Makna Hadith Hadith ini menunjukkan bahawa bahagian saudari perempuan menjadi ashabah ketika bersanding dengan anak perempuan, di mana mereka mendapat sisa harta warisan setelah anak perempuan mengambil bahagiannya. Analisis Lafaz , pada warisan anak perempuan.

,kalimat ini menempati rafa kerana menjadi khabar muqaddam. Asalnya adalah maksudnya mengambilnya.

Fiqh Hadith Saudari perempuan yang bersanding dengan anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki menjadi ashabah bil ghair. Dia mendapat sisa harta warisan. Saudari perempuan bersama anak perempuan pada dasarnya menjadi ashabah.

175- Daripada Abdullah bin Amr (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak boleh mewarisi warisan antara dua orang pemeluk dua

305

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 305

09/04/2010 23:05:41

Kitab Thaharah (Bersuci)

agama yang berlainan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Abaah kecuali al-Tirmidhi. Al-Hakim meriwayatkannya dengan lafaz hadith Usamah dan al-Nasai meriwayatkan hadith Usamah dengan lafaz ini: 975). Makna Hadith Hadith ini sama dengan makna hadith sebelumnya, tetapi ada sedikit tambahan, di mana menurut al-Auzai dan sekumpulan ulama warisan terhalang kerana adanya perbezaan agama, baik antara sesama sesama Yahudi ataupun antara sesama Nasrani. Analisis Lafaz ,al-millah mengikut bahasa adalah syariat atau agama. Fiqh Hadith 1. Orang kafir tidak boleh mewarisi muslim. 2. Tidak ada warisan di antara pemeluk agama yang berlainan. Inilah pendapat al-Auzai. Pendapat yang paling sahih menurut Imam alSyafii bahawa sesama orang kafir boleh saling mewarisi antara satu sama lain. Inilah pendapat mazhab Hanafi, namun berbza dengan pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad dalam satu riwayat. Menurut mazhab Syafii dan Imam Ahmad dalam satu riwayat, orang merdeka tidak mewairisi daripada orang zimmi. Ini juga pendapat Imam Abu Hanifah. Menurut al-Tsawri, Rabiah dan sekumpulan ulama yang lain, agama itu ada tiga kategori; Yahudi, Nasrani dan selain mereka (bukan Islam). Antara satu sama lain tidak boleh saling mewariskan harta warisan. Penting Ulama berbeza pendapat mengenai orang murtad. Menurut Imam al-Syafii dan Imam Ahmad, ketika dia mati, maka hartanya menjadi harta fai bagi kaum muslimin. Menurut Imam Malik, hartanya menjadi harta fai kecuali dia menjadi murtad dengan niat agar hartanya diharamkan untuk diwarisi oleh ahli warisnya yang muslim. Demikian pula dengan kafir zindiq. Menurut Imam Abu Hanifah, harta yang diperolehinya sebelum murtad menjadi hak ahli warisnya yang muslim sedangkan hasil usahanya setelah murtad menjadi hak milik baitul mal.

306

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 306

09/04/2010 23:05:41

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

176- Daripada Imran bin Hushain (r.a), beliau berkata: Ada seorang lelaki datang menghadap Rasulullah (s.a.w) seraya berkata: Cucu lelaki dari anak lelaki saya meninggal dunia. Berapa warisan yang mesti aku dapatkan? Baginda bersabda: Kamu mendapat 1/6. Ketika lelaki berpaling hendak pulang, baginda memanggilnya seraya bersabda: Kamu mendapat 1/6 lagi. Ketika lelaki itu berpaling hendak pulang, baginda memanggilnya seraya bersabda: Sesungguhnya 1/6 lagi adalah tambahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah, dinilai sahih oleh al-Tirmidhi daripada riwayat al-Hasan al-Bashri daripada Imran, namun ada ulama yang mengatakan bahawa al-Hasan al-Bashri tidak pernah mendengarnya daripada Imran: 976). Makna Hadith Qatadah periwayat hadith ini daripada al-Hasan daripada Imran pada bahagian akhir hadith berkata: Mereka tidak mengetahui berapakah bahagian waris seorang datuk itu terhadap harta cucunya. Diriwayatkan oleh Abu Dawud. Soalan ini mempunyai tujuan tersendiri, tetapi ulama bersepakat bahawa datuk apabila bersama dua anak si mayat, maka dia mewarisi 1/6 terlebih dahulu, kemudian dia mewarisi 1/6 lagi kerana kedudukannya sebagai ashbah. Oleh itu, Rasulullah (s.a.w) memisahkan antara 2/6 dalam warisan agar seseorang tidak mengira datuk memperoleh seperti 2/3 dalam keadaan seperti ini. Analisis Lafaz

,tambahan ke atas bahagian yang yang telah ditentukan dalam warisan. Datuk mendapatkannya sebagai ashabah.

,pergi berpaling.

307

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 307

09/04/2010 23:05:42

Kitab Thaharah (Bersuci)

,yakni al-Hasan.

,yakni Imran bin al-Hushain. Fiqh Hadith 1. Datuk apabila bersama dua anak perempuan mendapat bahagian 1/3; setengah daripada bahagian itu ditentukan secara faraidh dan setengah daripada bahagian itu ditentukan secara ashabah. 2. Disunatkan untuk menentukan bahagian warisan dengan jelas.

177- Daripada Ibn Buraidah daripada ayahnya bahawa Rasulullah (s.a.w) memberi bahagian 1/6 untuk nenek perempuan apabila si mayat tidak mempunyai ibu. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasai, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn al-Jarud, diniai kuat oleh Ibn Adi: 977). Makna Hadith Hadith ini menjelaskan bahagian nenek yang tidak disertai ibu, di mana bahagiannya ditetapkan 1/6. Analisis Lafaz

,menetapkan dan menjadikan.

,sama ada dia ibunya ibu atau ibunya ayah.

Fiqh Hadith Bahagian nenek 1/6 secara mutlak jika tidak ada ibu. Jika ada dua orang nenek, mereka berkongsi dengan bahagian 1/6 ini demikian pula jika nenek lebih daripada dua orang. Jika kedudukan mereka berbeza, maka yang mendapat warisan adalah yang terdekat dengan si mayat.

308

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 308

09/04/2010 23:05:42

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

178- Daripada al-Miqdam bin Madi Kariba (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Pak cik dari sebelah ibu menjadi ahli waris jika tidak ada ahli waris yang selain dirinya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah selain al-Tirmidhi, dinilai hasan oleh Abu Zurah al-Razi, dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim: 978) Makna Hadith Sebelum ini telah dibahas ketentuan bahagian ahli waris sama ada dzawil faraid ataupun ashabah. Di sini dibahas pula dzawil arham. Adakah dzawil arham seperti pakcik sebelah ibu boleh mendapatkan harta warisan ketika tidak ada ashabah dan dzawil faraid? Hadith ini mengatakan dzawil arham boleh mendapatkan warisan apabila tidak ada lagi ahli waris. Analisis Lafaz

, tidak ada ahli waris baik dzawil faraid mahupun ashabah.


Fiqh Hadith Pak cik sebelah ibu mendapatkan warisan ketika tidak ada ahli waris sama ada dzawail faraid mahupun ashabah, seperti pak cik sebelah ibu. Ulama berbeza pendapat mengenai mereka boleh mendapatkan warisan ataupun sebaliknya. Menurut Ali, Ibn Masud, Ibn Abbas dalam pendapat yang masyhur, Muadz dan Abu Ubaidah, dzawail arham boleh mendapat waris ketika tidak ada ahli waris. Namun Zaid dan Ibn Abbas dalam pendapat yang lain mengatakan dzawil arham tidak boleh mendapatkan warisan ketika tidak ada ahli waris. Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad pula, dzawil arham boleh mendapatkan warisan ketika tidak ada ahli waris. Namun al-Tsawri, Imam Malik dan Imam al-Syafi tidak membolehkannya. Ulama yang tidak membolehkan dzawil arham mendapatkan warisan berdalil dengan hadith-hadith yang mengatakan bahawa pak cik sebelah bapa dan pak cik sebelah ibu tidak berhak mendapatkan harta warisan. Hadith ini masih dipertikai namun ulama itu malah membuat banyak andaian dan takwilan yang cenderung diada-adakan.

309

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 309

09/04/2010 23:05:42

Kitab Thaharah (Bersuci)

Penting Ulama yang mengatakan dzawail arham boleh mendapatkan harta warisan berbeza pendapat mengenai susunan mereka mendapatkan warisan. Jumhur ulama berpendapat bahawa mereka mendapatkan warisan mengikut kedudukan mereka dalam susunan keluarga di mana yang terdekat lebih berhak mendapatkannya berbanding yang jauh. Muwaquddin dalam kitab al-Mughni berkata: Ada sebelah orang yang dikategorikan sebagai dzawil arham, iaitu: 1. Cucuk lelaki dari anak perempuan atau cucuk perempuan dari anak perempuan. 2. Anak saudari perempuan baik sekandung atau seayah. 3. Anak perempuan saudara lelaki meskipun seayah. 4. Anak perempuan pak cik sebelah bapa meskipun seayah. 5. Anak cucu ibu sama ada lelaki mahupun perempuan. 6. Pak cik sebelah ayah sama ada pak cik si mati, pak cik ayahnya atau pakcik datuknya. 7. Mak cik sebelah ayah si mati atau mak cik ayahnya atau mak cik datuknya. 8. Pak cik atau makcik sebelah ibu. 9. Seluruh nenek tak kira dari sebelah mana pun. 10. Setiap keluarga yang ada pertalian dengan mak cik sebelah dan makcik sebelah ibu.

179- Daripada Umamah bin Sahl (r.a), beliau berkata: Umar (r.a) pernah mengirim sepucuk surat kepadaku untuk diserahkan kepada Abu Ubaidah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: Allah dan Rasul-Nya menjadi mawla bagi orang yang tidak memiliki mawla dan pakcik dari sebelah ibu menjadi ahli waris ketika tidak ada lagi ahli waris yang lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah selain Abu Dawud, dinilai hasan oleh al-Tirmidhi dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban: 979)

310

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 310

09/04/2010 23:05:43

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

180- Daripada Jabir (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), beliau bersabda: Jika bayi yang baru dilahirkan mengeluarkan suara, maka dia sudah berhak mendapat waris. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban: 980). Makna Hadith Sebelum ini telah dijelaskan bahawa anak yang mati keguguran apabila bersuara hendaklah dimandikan dan dikafankan, kemudian disolatkan dan berlaku ke atasnya hukum waris. Hadith ini datang untuk menguatkan pendapat Ibn Hajar dalam maslaah ini. Analisis Lafaz

,bayi yang menangis ketika dilahirkan menurut Ibn al-Atsir. Maksudnya ia hidup ketika dilahirkan dengan adanya tanda menangis dan gerakan.
Fiqh Hadith Jika bayi yang lahir itu menangis, maka dia berhak mendapat harta warisan menurut pendapat Imam al-Syafii dan Imam Abu Hanifah. Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad pula dia tidak mewarisi dan tidak pula diwarisi sebelum disusui oleh ibunya. Penting Ulama berbeza pendapat jika tangisan bayi itu disampaikan oleh seorang saksi yang adil. Imam al-Syafii melarangnya dan mesti disaksikan oleh empat orang saksi bagi memastikan tangisannya itu.

311

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 311

09/04/2010 23:05:43

Kitab Thaharah (Bersuci)

181- Daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Pembunuh tidak boleh mendapat harta waris sama sekali daripada orang yang dibunuhnya. (Diriwayatkan oleh al-Nasai, al-Daruquthni, dinilai kuat oleh Ibn Abdul Barr dan dinilai malul oleh al-Nasai. Apa yang benar, hadith ini mawquf kepada Amr: 981). Makna Hadith Ulama menyebutkan satu kaedah yang mengatakan barang siapa yang mempercepat sesuatu sebelum waktunya, maka dia ditegah daripada memperolehinya. Barang siapa yang mengamalkan kaedah fiqh ini tentu dia memahami maksud hadith di atas, di samping mengetahui alasan yang terdapat di dalamnya. Analisis Lafaz

, al-Nasai menilai hadith cacat kerana ia mawquf dan inilah


yang lebih tepat, tetapi hadith ini mempunyai syahid yang cukup banyak.

Fiqh Hadith Pembunuh tidak boleh mendapatkan harta warisan, sama ada pembunuhan dilakukan secara sengaja atau dilakukan kerana tersilap. Inilah pendapat Imam al-Syafii, Imam Abu Hanifah dan jumhur ulama. Bagi mereka, ia tidak mewarisi, baik dari harta yang diperoleh darpada diyat mahupun harta si mati. Menurut Imam Maliki dan sekumpulan ulama, jika pembunuhan itu dilakukan kerana tersilap, maka dia mewarisi harta si mati dan tidak mewarisi harta yang diperoleh daripada diyat.

182- Daripada Umar bin al-Khatthab (r.a), beliau berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Hasil yang diperoleh oleh ayah atau anak adalah milik ahli waris yang mendapatkan bahagian ashabah, siapa pun orangnya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasai dan Ibn 312

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 312

09/04/2010 23:05:43

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Majah, dinilai sahih oleh Ibn al-Madini dan Ibn Abdul Barr: 982). Makna Hadith Hadith ini memiliki sambungan dalam Sunan Abu Dawud yang lengkapnya adalah sebagai berikut: Riab bin Hudzaifah berkahwin dengan seorang perempuan yang kemudian melahirkan tiga orang anak perempuan. Ibu mereka kemudian mati dan mereka memperoleh harta warisan daripadanya; harta dan wala mawalinya. Amr bin al-Ash menjadi ashabah di antara mereka. Ketiga-tiga anak itu kemudian diberangkatkan ke negeri Syam lalu mereka mati di negeri itu. Amr bin al-Ash pun datang mendapat mawalnya pun turut meninggal dunia dengan meninggalkan harta miliknya. Saudarnya kemudian membawa kes ini kepada Umar bin al-Khatthab dan Umar berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Hasil yang diperoleh oleh ayah atau anak adalah milik ahli waris yang mendapatkan bahagian ashabah, siapa pun orangnya. Zahir hadith menceritakakn tentang orang yang memerdekakan hamba, apakah dia berhak ke atas harta warisan orang yang dimerdekakannya ataupun tidak? Analisis Lafaz

,sesuatu yang menjadi haknya.

,orang yang mengambil baki harta warisan dzawil furudh.

Fiqh Hadith Wala (orang yang memerdekakan) tidak mendapat bahagian harta warisan. Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Menurut al-Mawardi, salah seorang ulama mazhab Syafii, jika tidak ada ashabah atau dzawil furudh yang mengambil semua harta warisan, maka orang yang memerdekakan berhak ke atas ashabah setelah masingmasing dzawil furud mengambil bahagiannya. Dia hendaklah diutamakan ke atas dzawil arham, namun ada satu riwayat daripada Umar, Ibn Masud, Ibn Abbas, Muadz bin Jabal, di mana mereka mendahulukan dzawil arham untuk mendapatkan harta warisan kemudian barulah disusuli orang yang memerdekakan hamba. Jika tidak ada ahli waris yang lain, maka wila menduduki sebagai ashabah. Menurtu al-Shanani, perbezaan pendapat ini menjali jelas kelihatan ketika seseorang memerdekakan hamba, kemudian lelaki itu meninggal dunia dan meninggalkan dua orang saudara lelaki atau dua orang anak lelaki, kemudian salah seorang anak meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki, atau salah seorang saudara lelaki meninggal dunia dan 313

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 313

09/04/2010 23:05:44

Kitab Thaharah (Bersuci)

meninggal satu orang anak lelaki. Menurut pendapat yang mengatakan membolehkan mewarisi wala, maka anak dan cucu lelaki sama-sama mewarisi atau saudara dengan anaknya saling mewarisi, namun mengikut pendapat yang tidak membolehkan wala mewarisi, maka warisan menjadi milik anak lelaki seorang diri.

183- Daripada Abdullah bin Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Wala itu adalah satu pertalian daging yang sama seperti pertalian daging keturunan, dia tidak dijual dan tidak boleh dihibahkan. (Diriwayatkan oleh al-Hakim daripada jalur al-Syafii daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Abu Yusuf. Dinilai shih oleh Ibn Hibban dan dinilai malul oleh al-Baihaqi: 983). Hadith ini telah dijelaskan dalam bab jual beli sementara masalah waris juga telah dibahas sebelumnya.

184- Daripada Abu Qilabah daripada Anas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Pakar faraid paling hebat di antara kamu adalah Zaid bin Tsabit. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah selain Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Tirmidhi, Ibn Hibban dah al-Hakim. Hadith dinilai cacat kerana mursal: 984) Inti pati hadith ini menegaskan bahawa Zaid bin Tsabit merupakan pakar faraid dan setiap permasalahan dalam ilmu daraid hendaklah merujuk kepadanya, kerana Rasulullah (s.a.w) telah pun mengakui kepakarannya. Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama fiqh memilih pendapat Zaid bin Tsabit dalam setiap permasalahan yang terjadi dalam ilmu faraid. Al-Hafiz Ibn Hajar menegaskan bahawa ulama berbeza pendapat sama hadith ini mawshul atau sebaliknya.

314

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 314

09/04/2010 23:05:44

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan faraid? 2. Sebutkan ketetapan faraid yang telah disebutkan di dalam alQuran? 3. Siapakah orang pertama yang berhak mengambil harta warisan? 4. Apakah faktor yang menyebabkan seseorang yang berhak memperoleh hak waris? 5. Siapakah ahli waris itu? 6. Siapakah dari kalangan ahli waris yang tidak pernah terhalang oleh keberadaan sesiapa pun? 7. Sebutkan kumpulan ahli waris? 8. Bolehkah muslim mewarisi orang kafir? 9. Apakah hukum anak perempuan apabila bersama dengan saudara perempuan? 10. Bincangkan maksud hadith ? 11. Bincangkan mengenai waris orang murtad? 12. Bagaimanakah warisan datuk ketika bersama dengan dua orang anak perempuan? 13. Berapakah bahagian nenek dan apakah syarat yang membolehkannya mengambil bahagiannya? 14. Bolehkah dzawail arham boleh mewarisi menurut pendapat ulama fiqh dan apa pula dalilnya? 15. Siapakah dzawil arham itu dan senaraikan? 16. Apakah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah (s.a.w): ? Bagaimana pula pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 17. Bolehkah pembunuh mewarisi harta orang yang dibunuh? 18. Bincangkan tentang hak waris wila? 19. Siapakah di antara sahabat yang paling pakar dalam ilmu faraidh?

315

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 315

09/04/2010 23:05:44

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB WASIAT

Al-Washaya jamak washiyyah seperti Hadaya jamak Hadiyyah. Menurut syariat pula adalah janji yang disandarkan setelah kematian. Ia juga bermaksud larangan daripada melakukan apa-apa yang dilarang oleh Allah dan menyuruh apa yang disuruh-Nya.

185- Daripada Ibn Umar (r.a), bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Hak seorang muslim yang memiliki sesuatu lalu ingin berwasiat dan sudah berlalu dua malam, maka wasiatnya mesti sudah ditulis di sisinya. (Muttafaq alaihi: 985). Makna Hadith Allah telah bersedekah kepada orang-orang muslim di mana mereka diberikan hak untuk membelanjakan dan mewasiatkan 1/3 hartanya walaupun setelah mereka meninggal dunia, bahkan mereka diberi ganjaran pahala di atas kesediaannya berbuat demikian. Rasulullah (s.a.w) yang sememangnya bersifat pengasih kepada orang muslim sentiasa merasa khuatir jika orang mukmin kehilangan keutamaan dan pahala ini, lalu baginda menyuruh supaya wasiat itu ditulis. Analisis Lafaz

, huruf adalah nafi yang bermaksud tidak, sementara adalah isimnya dan khabar setelah dan huruf waw tambahan
316

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 316

09/04/2010 23:05:45

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,sebahagian riwayat tidak memuatkan kalimat ini. Menurut Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari, perkataan muslim di sini sekadar menunjukkan kebiasaan, kerana orang kafir juga dibolehkan berwasiat. Malah Ibn al-Mundzir mendakwa adanya ijma ulama dalam masalah ini. Namun al-Subuki membantah adanya ijma dalam masalah orang kafir boleh berwasiat kerana wasiat merupakan salah satu bentuk tambahan amal soleh, sementara tidak ada amal soleh bagi orang kafir. Bagi pensyarah kitab ini pula, perkataan muslim di sini tidak hanya sekadar menunjukkan kebiasaan, kerana wasiat hanya boleh dilakukan oleh orang muslim bukan orang yang selainnya. ,ada kalimat tambahan dalam kalimat ini iaitu . ,dalam sebahagian riwayat disebutkan sedangkan dalam riwayat lain disebutkan . , dalam beberapa riwayat kalimat dihapus.

kerana adanya pemisah, iaitu huruf . Menurut Imam al-Syafii, makna perkataan ini adalah kehati-hatian hendaklah dimiliki oleh setiap muslim. Pendapat lain mengatakan secara bahasa makna al-haqq adalah sesuatu yang tetap. Menurut syariat pula adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh hukum syariat. Ketetapan hukum masih bersifat umum, kerana merangkumi wajib, mubah atau haram.

Menurut al-Thibi, pengkhususan ini merupakan satu penekanan. Dengan erti kata lain, tidak sepatutnya bermalam selama beberapa waktu yang lama, namun kami memberi keringanan selama dua sampai tiga malam dan tidak sepatutunya lebih daripada itu. Fiqh Hadith Dianjurkan berwasiat. Ini merupakan ijma ulama, tetapi mereka berbeza pendapat sama ada ia wajib atau sebaliknya. Menurut jumhur ulama, hukumnya sunat. Menurut Abu Dawud, mazhab Zahiri, Imam al-Syafii dalam mazhab qadim, hukum wasiat adalah wajib. Ini juga pendapat alZuhri, Atha, Ishaq, al-Isfiraini dan Ibn Jarir. Apakah wasiat mesti mempunyai saksi? Menurut sebahagian ulama mazhab Syafii, saksi dikhususkan kepada wasiat, tetapi boleh berpegang dengan apa yang tertulis walaupun tanpa saksi. Dalilnya adalah sabda Rasulullah (s.a.w): maka wasiatnya mesti sudah ditulis di sisinya. Menurut jumhur ulama, maksud ditulis dalam hadith ini adalah saksi. Dalilnya adalah firman Allah:

317

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 317

09/04/2010 23:05:45

Kitab Thaharah (Bersuci)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut (Surah al-Maidah: 106) Penting Ulama berbeza pendapat mengenai hukum wasiat, apakah ia diwajibkan atau tidak? Kebanyakan ulam mewajibkannya, namun Thawus, al-Hasan, Qatadah dan yang lain berpendapat bahawa wasiat diwajibkan kepada kerabat yang tidak mendapat harta warisan secara khusus. Pendapat ini dinukil daripada Ibn Jarir. Bagi mereka, jika seseorang berwasiat kepada selain kerabatnya, maka wasiatnya itu tidak sah dan sepertiga wasiat itu dikembalikan kepada kerabatnya. Pada pensyarah kitab ini, pendapat yang benar adalah pendapat ulama yang mengatakan wasiat diperuntukkan kepada orang yang tidak mendapat harta warisan yang telah ditentukan oleh syariat. Penting Ulama berbeza pendapat apakah Rasulullah (s.a.w) pernah berwasiat? Pendapat yang benar menegaskan Rasulullah (s.a.w) pernah berwasiat dan ulama yang mengatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) tidak pernah berwasiat, maka orang itu memiliki pengetahuan yang sedikit tentang Rasulullah (s.a.w). Dalam satu hadith sahih riwayat Muslim daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w) berwasiat dengan tiga perkara Dalam riwayat Imam Ahmad, al-Nasai dan Ibn Said daripada hadith Anas bahawa wasiat Rasulullah (s.a.w) ketika menjelang wafatnya adalah jagalah solat dan hamba kamu.

318

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 318

09/04/2010 23:05:45

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

186- Daripada Saad bin Abu Waqqash (r.a), beliau berkata: Saya bertanya: Wahai Rasulullah, saya seorang hartawan dan pewarisnya hanyalah seorang anak perempuan saya. Bolehkah saya menyedekahkan 2/3 harta saya? Baginda menjawab: Tidak boleh. Saya bertanya: Bolehkah saya menyedekahkan 1/2 harta milik saya? Baginda menjawab: Tidak boleh. Saya bertanya: Bolehkah saya menyedekahkan 1/3? Baginda menjawab: 1/3, dan itu sudah banyak. Sesungguhnya kamu meninggalkan ahli warismu kaya raya lebih baik daripada kamu tinggalkan mereka fakir miskin meminta-minta kepada orang lain. (Muttafaq alaihi: 986). Makna Hadith Ketika seseorang dibolehkan berwasiat, maka harus ditetapkan batas jumlah wasiat yang dibolehkan supaya hartanya tidak habis untuk orang lain. Selain itu, ia bertujuan agar tidak menjadikan ahli warisa terhalang daripada menerima haknya, kerana setiap orang memiliki hak yang sama termasuk ahli waris. Itulah sebabnya dalam hadith ini wasiat dibatasi hanya 1/3 dari jumlah keseluruhan harta, bahkan hadith ini menganjurkan bahwa apa yang terbaik adalah tidak sampai mengeluarkan wasiat 1/3 dari jumlah harta, kerana para sahabat Rasulullah (s.a.w) hanya mengeluarkan wasiat 1/4 sahaja. Analisis Lafaz ,separuhnya.

,dengan membaca fathah huruf hamzah sebagai jawapan ke atas kalimat .

,kamu tinggalkan.

,meminta-minta kepada orang lain dengan menengadahkan telapak tangan.

,jamak yakni fakir.

319

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 319

09/04/2010 23:05:46

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Larangan mengeluarkan wasiat melebihi 1/3 dari jumlah keseluruhan harta. Inilah ijma ulama. Ulama berbeza pendapat, apakah lebih baik mengeluarkan wasiat 1/3 atau lebih kecil lagi? Menurut Ibn Abbas, Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama, lebih baik mewasiatkan kurang daripada 1/3 jumlah keseluruhan harta. Abu Bakar berwasiat 1/5 daripada jumlah keseluruhan hartanya sedangkan Umar pula hanya mewasiatkan 1/4 daripada jumlah keseluruhan hartanya. Pendapat lain mengatakan bahawa apa yang dianjurkan adalah 1/3 daripada jumlah keseluruhan hartanya yang ditinggalkan. 2. Orang kaya lebih afdhal daripada orang miskin selagi mereka menggunakan harta mereka sesuai dengan ajaran syariat Islam.

187- Daripada Aisyah (r.a) bahawa ada seorang lelaki datang menghadap Rasulullah (s.a.w) lalu bertanya: Wahai Rasulullah, ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat. Saya kira jika dia sempat berbicara, dia akan bersedekah. Apakah dia berpahala jika aku bersedakah untuk dia? Baginda bersabda: Ya. (Muttafaq alaih, lafaz hadith riwayat Muslim: 987). Makna Hadith Pembahasan masalah ini telah disebutkan dalam dua tempat; pertama, di akhir bab jenazah; kedua, di awal bab wakaf. Al-Bukhari telah membuat satu bab mengenai masalah ini dengan judul, bab; apa yang disunatkan bagi orang yang mati mengejut supaya bersedekah. Analisis Lafaz ,mengejut.

,ruhnya, maksudnya adalah dia meninggal dunia.

Fiqh Hadith Pahala sedekah yang dilakukan oleh seorang anak sampai kepada si mati. 320

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 320

09/04/2010 23:05:46

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

188- Daripada Abu Umamah al-Bahili (r.a), beliau berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya Allah telah memberi hak kepada setiap orang yang berhak ke atasnya. Oleh itu, tidak sah wasiat kepada ahli waris. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan alArbaah selain al-Nasai, dinilai hasan oleh Imam Ahmad dan al-Tirmidhi, dinilai kuat oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn al-Jarud: 988).

189- Hadith ini turut diriwayatkan oleh al-Daruquthni daripada hadith Ibn Abbas (r.a) dan pada bahagian akhir ditambahkan: kecuali ahli waris bersetuju dengannya (wasiat itu). (Sanadnya hasan: 989). Makna Hadith Ketika Allah menetapkan setiap bahagian ahli waris, maka orang yang hendak meninggal dunia dilarang berwasiat dengan memberikan harta warisan kepada ahli warisnya. Di sini Islam datang untuk menjelaskan permasalahan ini, di mana dilarang memberikan wasiat kepada ahli waris. Analisis Lafaz

, yang mempunyai hak warisan. ,orang yang mempunyai bahagian tertentu daripada harta yang ditinggalkan si mati. , daripada hartanya.

, hadith ini dengan seluruh jalur dan syahid yang sedia ada tidak menyebabkannya turun daripada kedudukan sahih, kerana ia diriwayatkan daripada sekumpulan sahabat yang antara lain adalah Amr bin Kharijah dalam Sunan al-Tirmidhi dan al-Nasai; Anas bin Malik dalam Sunan Ibn Majah; Abdullah bin Amr dalam Sunan al-Daruquthni; Jabir dalam Sunan al-Daruquthni; Ali dalam Mushannaf Ibn Abu Syaibah. Meskipun sanad-sanad hadith ini tidak terlepas daripada kritkan, namun
321

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 321

09/04/2010 23:05:47

Kitab Thaharah (Bersuci)

keseluruhannya menujukkan ia hadith sahih, malah ada yang mengatakan ia hadith mutawatir.

, melainkan diizinkan ahli waris untuk berbuat demikian.


Fiqh Hadith 1. Dilarang berwasiat kepada ahli waris menurut jumhur ulama, meskipun ada sebahagian kecil yang mengingkari pendapat ini. 2. Dibolehkan berwasiat kepada ahli waris jika mereka mengizinkan berbuat demikian. Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini, sementara Imam al-Syafii memiliki dua pendapat dalam hal ini. Penting Ulama berbeza pendapat jika orang yang sakit menetapkan hartanya kepada ahli waris. Keadaan seperti ini dibolehkan oleh al-Auzai dan sekumpulan ulama secara mutlak. Namun menurut Imam Ahmad, orang yang sakit tidak dibolehkan menetapkan hartanya sedikit pun kepada ahli waris.

190- Daripada Muadz bin Jabal (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya Allah mengizinkan kepadamu untuk menyedekahkan 1/3 dari hartamu ketika kamu hendak meninggal dunia untuk menambahkan lagi amal kebaikanmu. (Diriwayatkan oleh alDaruquthni: 990).

191- Hadith ini turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bazzar daripada hadith Abu al-Darda: 991).

322

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 322

09/04/2010 23:05:47

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

192- Begitu pula Ibn Majah daripada hadith Abu Hurairah (r.a). Kesemua hadith daif tetapi satu sama lain saling menguatkan. Wallahu alam. (992). Makna Hadith Pada awal bab ini dianjurkan untuk berwasiat, maka di sini disebutkan pula mengenai keutamaannya. Analisis Lafaz

, kerana di dalam sanad Muadz terdapat Ismail bin Ayyasy daripada gurunya yang bernama Utbah bin Humaid. Dalam sanad Abu al-Darda pula terdapat Abu Bakar bin Abu Maryam, seorang periwayat daif, manakala Dhamrah pula tidak pernah mendengar hadith ini daripada Abu al-Darda. Dalam sanad Anas terdapat Sulaiman bin Salim al-Harrani juga seorang periwayat daif.
Fiqh Hadith 1. Disyariatkan berwasiat 1/3 dari jumlah keseluruhan harta, baik hartanya itu sedikit mahupun banyak. 2. Pembayaran hutang hendaklah didahulukan, kemudian dikeluarkan 1/3 sisa hartanya sebagai wasiat. Dalilnya adalah sabda Rasulullah (s.a.w): Dengan 1/3 harta kamu. Ini kerana hutang tidak termasuk harta yang berwasiat. Ini disokong oleh hadith daif daripada Ali di mana al-Tirmidhi berkata: Inilah pegangan ulama. Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan wasiat? 2. Apakah hukum berwasiat dan adakah disyaratkan saksi padanya? 3. Pernakah Rasulullah (s.a.w) berwasiat dan sokonglah dengan dalil jawapanmu itu? 4. Bolehkah berwasiat melebihi 1/3 harta dan apakah yang disunatkan dalam masalah ini mengikut pendapat ulama fiqh? 5. Bolehkah berwasiat kepada ahli waris? 6. Apakah yang mesti didahulukan sebelum menyisihkan wasiat?

323

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 323

09/04/2010 23:05:47

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB BARANG AMANAH (WADIAH)

Wadiah adalah benda atau barang yang diamanahkan oleh pemilik harta dan wakilnya untuk dijagakan oleh orang lain. Hukumnya sunat bagi orang yang mampu menjaganya, bahkan kadang kala hukumnya menjadi wajib jika tidak ada lagi yang mampu untuk menjaganya, apatah lagi jika harta tersebut bakal rosak jika tidak ada yang mahu menjaganya.

193- Daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Barang siapa dititipkan sesuatu barang, maka tidak ada kewajipan baginya untuk mengganti rugi. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan sanadnya daif: 993). Makna Hadith Orang yang berpesan untuk dijaga barangnya, biasanya memilih orang yang adil dan jujur. Orang seperti inilah yang mampu menjaga amanah itu dan oleh kerananya, tidak boleh memberikan beban ganti rugi terhadap kerosakan amanah ke atasnya. Jika diwajibkan membayar ganti rugi ke atas penerima amanah itu, maka ada kemungkinan dia enggan menerima barang amanah itu kerana khuatir hilang atau rosak dan oleh kerananya, Islam tidak mewajibkan ganti rugi ke atas penerima amanah barang.

324

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 324

09/04/2010 23:05:48

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,mabni li al-majhul, dia diberi titipan kemudian dia menerimanya. ,denda sesuai dengan harga kerosakan amanah. , sanadnya daif kerana keberadaan al-Mutsanna bin al
Shabah dan Ayyub bin Suwaid sebagai periwayat hadith ini. Namun alMutsanna telah memutabaah Ibn Lahiah. Ia dikeluarkan oleh al-Daruquthni daripada jalur Muhammad bin Abdurrahman al-Hajabi daripada Amr dengan lafaz:

Tidak ada ganti rugi ke atas orang yang dititipkan barang. Al-Hajabi seorang periwayat yang daif. Dalam bab ini terdapat banyak athar sahabat antara lain Ali bin Abu Thalib, Ibn Masud, Jabir dan lain-lain. Fiqh Hadith Orang yang diberi amanah barang tidak bertanggung jawab ke atas ganti rugi kerosakan barang yang diamanahkan ke atasnya. Inilah kesepakatan ulama. Akan tetapi al-Hasan al-Bashri berkata: Jika sebelumnya ada ketentuan yang menyebutkan adanya ganti rugi, maka orang yang diamanahkan barang ke atasnya wajib menggantinya.

325

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 325

09/04/2010 23:05:48

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 326

09/04/2010 23:05:48

KITAB JUAL BELI

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 327

09/04/2010 23:05:49

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 328

09/04/2010 23:05:49

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

KITAB PERKAHWINAN

Perkahwin dalam bahasa Arab menggunakan perkataan nikah yang secara bahasa bermakna menyatu dan memasuki. Ia juga digunakan untuk menunjukkan persetubuhan dan akad. Ada yang mengatakan kalimat ini digunakan untuk menunjukkan akad sebagi kiasan sebab akibat. Ada yang mengatakan kalimat ini memiliki dua makna iaitu akad dan persetubuhan, tetapi kebiasaannya digunakan untuk menunjukkan makna akad. Perkataan nikah juga sering kali digunakan untuk menunjukkan makna sentuhan, seperti ( Air hujan menyapu bumi). Menurut Imam al-Syafii dan mazhab Hanafi, hakikat kalimat nikah adalah persetubuhan, sementara mengertikannya sebagai akad adalah majaz.

194- Daripada Abdullah bin Masud (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda kepada kami: Wahai sekalian pemuda, barang siapa di antara kamu mampu berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, sebab ia dapat memejamkan mata dan menjaga kesucian kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, sebab ia dapat mengekang gejolak syahwat. (Muttafaq alaih: 994). Makna Hadith Ketika Allah mengharamkan perbuatan zina, Allah menyuruh untuk menjaga pandangan dan memelihara kemaluan dengan cara mensyariatkan nikah bagi memastikan mereka mampu melaksanakan perintah itu.

329

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 329

09/04/2010 23:05:49

Kitab Thaharah (Bersuci)

Selain itu, perkahwinan antara muslim dengan muslimah menyebabkan bilangan umat Islam bilangan semakin ramai yang beriman kepada Allah sehingga dengan demikian agama Allah semakin tersebar di muka persada bumi. Itulah sebabnya orang yang berkemampuan diperintahkan untuk berkahwin. Tambahan pula syariat Islam diturunkan untuk memenuhi keperluan dan kemaslahatan manusia, di mana mereka diperintahkan untuk berpuasa sebagai satu cara untuk memperoleh rahmat Allah sekali gus mengelakkan mereka daripada perbuatan keji dan mungkar (zina). Analisis Lafaz

, jamaah yang terdiri daripada golongan tertentu.

,ada yang menyebutnya dengan huruf ha dan dibaca panjang, mereka adalah orang yang memiliki kemampuan secara kewangan untuk berkahwin, namun jika dibaca tidak panjang maka ia bermaksud bersetubuh. Al-Nawawi berkata: Ulama berbeza pendapat mengenai maksud albaah di sini. Ada dua pendapat dalam masalah ini. Pendapat yang paling sahih adalah orang yang mampu untuk bersetubuh. Namun menurut alNawawi dan sekumpulan yang lain, makna kalimat ini kurang tepat jika diertikan sebagai bersetubuh, kerana pada bahagian akhir hadith disebutkan: Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, sebab ia dapat mengekang syahwat. Puasa merupakan penawar untuk mengekang syahwat. Jadi, kalimat al-baah di sini sebaiknya diertikan sebagai biaya untuk berkahwin bukan untuk bersetubuh. ,lebih baik dan lebih mencegah untuk tidak terjerumus kedalam perbuatan maksiat. Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari setelah menghuraikan dua kalimat ini berkata: Alangkah menarik apa yang telah dilakukan oleh Muslim dalam kitabnya al-Sahih di mana beliau setelah mengemukakan hadith ini terus mengemukakan hadith berikut:
330 ,mampu menjaga pemandangan daripada melihat maksiat.

,jamak ia merupakan istilah bagi orang yang sudah berusia tiga puluh tahun, tiga puluh dua tahun, atau bagi orang yang sudah berusia empat puluh tahun. Kalimat ini sekadar menunjukkan kebiasaan, malah dalam riwayat hadith ini disebutkan: Ketika kami masih muda, kami duduk bersama Rasulullah (s.a.w), lalu baginda bersabda: Lalu periwayat menyebut hadith di atas. Jadi hadith ini menyuruh setiap lelaki yang memiliki hasrat dan gejolak muda untuk segera berkahwin, meskipun dia sudah berusia tersangat tua.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 330

09/04/2010 23:05:49

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Jika salah seorang kamu melihat seorang perempuan cantik hingga membuatmu tertarik kepadanya dan mengganggu fikiranmu maka segeralah dia mendatangi isterinya untuk menyetubuhinya, kerana yang demikian ini mampu membuang jauh-jauh apa yang telah difikirannya itu. ,yakni puasa.

,benteng dan penghalang.


Fiqh Hadith 1. Anjuran untuk berkahwin, terlebih-lebih golongan pemuda. Meskipun ulama bersepakat dalam masalah ini, namun mereka berbeza pendapat mengenai hukum berkahwin. Menurut Abu Dawud dan Imam Ahmad, hukum berkahwin wajib bagi setiap muslim, malah Ibn Hazm berkata: Berkahwin wajib bagi setiap orang yang sudah mampu melakukan persetubuhan jika dia mampu untuk berkahwin. Menurut jumhur ulama, hukum berkahwin adalah sunat, karena Allah memberi pilihan antara nikah (kahwin dengan merdeka) atau tasarri (kahwin dengan hamba) dalam firman-Nya:

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteriisteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah al-Nisa: 3) Kita semua tahu bahawa menyetubuhi hamba tidaklah wajib, maka demikian pula dengan berkahwin, kerana tidak ada pilihan antara yang wajib dengan yang tidak wajib. Ulama telah pun berijma dalam masalah ini. Tetapi dakwaan ijma di sini tidak benar kerana Ibn Hazm dan Abu Dawud masih mengingkarinya. Menurut Ibn Daqiq al-Id, ulama mengklasifikasikan hukum berkahwin menjadi lima, iaitu: - Wajib bagi orang yang takut terjerumus ke dalam perbuatan zina dan dia tidak memiliki hamba perempuan untuk disetubuhi (tasirri). Ini pendapat sebahagian mazhab Maliki. - Haram bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin.

331

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 331

09/04/2010 23:05:50

Kitab Thaharah (Bersuci)

2.

3. 4.

5. 6. 7.

Makruh bagi orang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin, tetapi tidak menyebabkan mudharat bagi isteri. - Sunat apabila seseorang mampu zahir dan batin, sedangkan dia ingin menjaga kehormatannya. Di sini dia dianjurkan untuk segera berkahwin. - Mubah bagi orang yang tidak ada larangan baginya untuk berkahwin dan memiliki hasrat yang belum kuat untuk berkahwin. Melakukan segala sesuatu yang boleh memalingkan pandangan daripada perkara-perkara yang menjerumuskan ke dalam perbuatan zina. Anjuran untuk berpuasa, terlebih-lebih lagi untuk tujuan mengekang syahwat. Dibolehkan mengguna pakai ubat untuk mengekang gejolak syahwat. Menurut al-Khatthabi dan al-Baghawim hendaklah seseorang mengekang gejolak syahwat meskipun harus menggunakan ubat tapi tidak boleh menghilangkan dan memutuskan sama sekali syahwat. Tidak boleh memaksakan diri berkahwin hingga menyebabkan seseorang terbelit dengan hutang. Kepuasan syahwat tidak boleh mendahului hukum syariat, sebaliknya ia mesti tunduk kepadanya. Dibolehkan ketika mengerjakan suatu amal ibadah berniat untuk menyokong amal ibadah yang lain. -

Penting Mazhab Maliki berpendapat bahawa hadith ini mengharamkan perbuatan onani, namun mazhab Hanbali dan mazhab Hanafi berpendapat sebaliknya jika onani yang dilakukan itu bertujuan mengekang syahwat.

195- Daripada Anas bin Malik (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda setelah terlebih dahulu memuji dan menyanjung Allah: Akan tetapi aku bersolat dan tidur, berpuasa dan berbuka. Aku pun berkahwin dengan perempuan. Jadi, barang siapa yang membenci Sunnahku, maka dia tidak masuk ke dalam golonganku. (Muttafaq alaih: 995).

332

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 332

09/04/2010 23:05:50

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Hadith ini menjelaskan bahawa tidak boleh meninggalkan perkahwinan, kerana Rasulullah (s.a.w) berkahwin, walaupun seseorang itu mampu untuk tidak berkahwin dan yakin tidak terjerumus ke dalam perbuatan zina. Di sini turut dijelaskan bahawa berkahwin merupakan Sunnah Rasulullah (s.a.w). Barang siapa yang tidak senang dengan Sunnahnya, maka dia tidak termasuk ke dalam golongannya. Hadith ini menceritakan bahawa ada tiga pemuda datang kepada Rasulullah (s.a.w); masing-masing mereka menanyakan tentang amal ibadah yang dilakukan baginda. Ketika diberitahu, mereka seolah menganggap remeh amalan baginda dengan berkata: Oh, kami tentu lebih hebat daripada Rasulullah padahal baginda seorang yang telah diampuni dosanya baik pada masa lalunya dan masa akan datang. Salah seorang mereka berkata: Saya sentiasa melakukan qiyamul lail sepanjang malam. Seorang lagi berkata: Saya sentiasa berpuasa sepanjang masa. Seorang lagi berkata: Saya pula sentiasa menjauhi perempuan dan tidak mahu berkahwin kerana terlampau sibuk beribadah. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tetapi saya bersolat dan tidur, berpuasa dan berbuka, berkahwin dengan perempuan. Jadi, barang siapa yang membenci Sunnahku, maka orang itu tidak termasuk ke dalam golonganku. Analisis Lafaz

,jalanku, bukan bermaksud sunat yang merupakan lawan perkataan fardhu.


, tidak termasuk ke dalam jalan petunjukku, bukan bererti orang yang tidak berkahwin itu keluar daripada agama Islam (murtad). Fiqh Hadith 1. Anjuran untuk rajin beribadah, tetapi tidak sampai membahayakan diri sendiri, menjauhi masyarakat dan menyeksa badan sendiri. 2. Menjelaskan bahawa syariat Islam dibina atas prinsip untuk memudahkan kehidupan manusia. 3. Seruan untuk segera berkahwin. 4. Dibolehkan untuk memuaskan diri dengan makanan dan pakaian yang halal, seperti mana yang dikatakan oleh al-Thabari. 5. Amaran untuk tidak mengingkari Sunnah Rasulullah (s.a.w) dan seorang muslim tidak boleh membencinya, kerana itu merupakan 333

, berpaling daripada sesuatu untuk menuju yang lain.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 333

09/04/2010 23:05:50

Kitab Thaharah (Bersuci)

bukti bahawa dia tidak menyukai ajaran Rasulullah (s.a.w).

196- Daripada Anas bin Malik (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) menyuruh kami berkahwin dan melarang untuk membujang. Baginda bersabda: Kahwini wanita subur dan penyayang, sebab aku merasa bangga dengan jumlah kamu yang ramai kelak pada hari kiamat di hadapan para nabi. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban: 996).

197- Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, alNasai dan Ibn Hibban daripada hadith Maqil bin Yasar: 997). Makna Hadith Hadith ini menyempurnakan maksud hadith sebelum ini, di samping menegaskan bahawa Rasulullah (s.a.w) memiliki keutamaan yang melebihi keutamaan para nabi yang lain pada hari kiamat, kerana baginda merupakan seorang nabi yang memiliki umat paling ramai kelak. Analisis Lafaz

,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, Anas (r.a).

,memutuskan keinginan untuk berkawin dengan perempuan dan tidak mahu berkahwin, di mana tekadnya hanya beribadah sematamata kepada Allah.

,berkahwin. Tidak ada kemungkinan makna lain dalam hadith seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini.

,mampu melahirkan ramai anak. Seorang anak gadis tidak dapat diketahui sama ada dia kelak bakal melahirkan ramai anak atau sebaliknya. Jadi cara untuk mengetahuinya adalah melihat kepada keluarganya. Jika emaknya memiliki ramai anak, maka insya Allah, dia adalah gadis yang subur dan mampu melahirkan ramai. Banyak hadith yang menyuruh untuk
334

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 334

09/04/2010 23:05:51

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,bangga kerana jumlah kamu ramai dan banyak pengikut, kerana orang yang mempunyai ramai pengikut akan mempunyai banyak pahala, kerana Rasulullah (s.a.w) bakal memperoleh ganjaran pahala seramai jumlah pengikutnya.
Fiqh Hadith 1. Galakan untuk berkahwin, terlebih-lebih dengan perempuan yang mampu melahirkan ramai anak yang memiliki sifat penyayang. 2. Larangan untuk tidak berkahwin, kerana ini merupakan kebiasaan orang Nasrani. 3. Anjuran untuk memperbanyak keturunan. 4. Boleh berbangga dengan urusan akhirat kelak.

,perempuan yang dicintai oleh suaminya kerana memiliki sifat dan akhlak yang terpuji di dalam dirinya.

berkahwin dengan anak gadis. Di sisi lain, hadith ini menggalakkan untuk mengahwini janda yang ramai anak bagi memastikan anak-anaknya tidak terabai baik kesihatan mahupun pendidikannya.

198- Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Seorang wanita dinikahi kerana empat faktor: harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Kahwinilah perempuan yang berpegang dengan ajaran agama, nescaya kamu bahagia. (Muttafaq alah dan al-Sabah: 998). Makna Hadith Setiap manusia mempunyai cara dan tujuan tersendiri dalam memiliki pasangan lalu Rasulullah (s.a.w) membatasinya dalam empat faktor berikut, iaitu; harta, keturunan, kecantikan dan agama. Baginda kemudian menganjurkan untuk mengahwini wanita kerana agamanya. Ini kerana harta membuat manusia lupa diri sebagaimana firman Allah (s.w.t):

335

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 335

09/04/2010 23:05:51

Kitab Thaharah (Bersuci)

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya). Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Surah al-Alaq: 6-7) Demikian pula keturunan membuat seseorang tinggi hati dan takbur, sebagaimana firman Allah (s.w.t):

Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta. (Surah Hud: 27) Demikian pula kecantikan, di mana ia mendorong seseorang jatuh dalam kebinasaan seperti mana dalam satu kisah bahawa ada seseorang yang berjalan dengan sombongnya lantaran rupa elok yang ada pada dirinya, lalu Allah menenggelamkannya ke dalam bumi. Malah kecantikan mengakibatkan permusuhan di kalangan kaum lelaki yang berebut ingin meminangnya. Keadaan ini tentu mendatangkan persaingan tidak sihat. Analisis Lafaz

,kejayaan yang diperoleh seseorang kerana ayahnya orang hebat atau orang kaya. Ada ketikanya al-hasab bermaksud harta seperti mana dalam sabda Rasulullah (s.a.w): ( Kejayaan itu adalah harta). ,membersihkan tanganmu dengan tanah daripada kemiskinan, yakni keberuntungan. Kalimat ini merupakan kalimat berita yang bermakna doa.

,huruf lam sebagai huruf talil, yakni kerena empat faktor.

,al-zhafr adalah memperoleh sesuatu setelah berusaha keras mencarinya. Jadi hendaklah kamu memilihnya.

336

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 336

09/04/2010 23:05:52

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Menjelaskan faktor-faktor yang mendorong lelaki memilih pasangan, di mana pilihan itu terbatas pada kekayaan, keturunan, kecantikan dan agama. 2. Anjuran untuk memilih wanita yang taat beragama. 3. Disunatkan mengahwini perempuan yang memiliki keturunan baik dan taat beragama. Demikian pula setiap pilihan hendaklah disertakan dengan adanya faktor ketataan dalam beragama. 4. Suami dibolehkan menikmati dan memanfaatkan harta isteri seperti mana yang dikatakan oleh al-Muhlab.

199- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) apabila mengucapkan tahniah ke atas perkawinan seseorang, baginda mendoakan:

Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan semoga kamu dikumpulkan dalam keadaan baik. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah, dinilai sahih oleh al-Tirmidhi, Ibn Khuzaimah dan Ibn Habban: 999). Makna Hadith Hadith ini menjelaskan zikir yang disunatkan untuk dibaca secara khusus semasa perkahwinan, di mana hadith ini menganjurkan kita untuk mendoakan pengantin dengan doa yang dianjurkan oleh Rasulullah (s.a.w). Doa ini meliputi bagi pengantin supaya memperoleh kebaikan sama ada isteri, anak dan rezeki. Analisis Lafaz

,damai dan baik. Maksudnya jika Rasulullah (s.a.w) menghadiri majlis perkahwinan, baginda mendoakan dengan kebaikan. ,dalam hal rezeki.
337 ,keluargamu.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 337

09/04/2010 23:05:52

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith Mendoakan dan meminta keberkatan ke atas mempelai merupakan salah satu Sunnah Rasulullah (s.a.w) dan hendaklah seseorang mendokan seperti apa yang terdapat di dalam hadith ini.

200- Daripada Abdullah bin Masud (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) mengajarkan kami muqaddimah khutbah untuk segala keperluan:

Sesunggunya pujian hanya milik Allah, kami menyanjung, memohon pertolongan dan meminta ampunan kepada-Nya. Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kami. Barang siapa mendapat hidayah dari Allah, maka tidak ada yang menyesatkannya. Barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang memberi petunjuk. Aku bersaksi tidak ada tuhan selain Allah. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah. Setelah itu, hendaklah memaca tiga ayat al-Quran. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah, dinilai hasan oleh alTirimizi dan al-Hakim: 1000). Makna Hadith Dalam Sahih Muslim, ada satu kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Dhamad datang ke Makkah, kemudian dia mendengar orang-orang bodoh Makkah berkata: Sesungguhnya Muhammad benar-benar gila. Saya ingin membaca mantera untuk Muhammad dan saya yakin mampu menyembuhkannya dengan kedua tanganku ini. Ketika bertemu dengan Rasulullah, dia berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya aku telah membacakan mantera bagi menyembuhkan gila yang ada pada dirimu ini. Tuhan akan menyembuhkan penyakit itu daripadamu melalui perantara tanganku ini. Adakah engkau mempunyai sesuatu? Rasulullah (s.a.w) bersabda: lalu membacakan hadith di atas. 338

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 338

09/04/2010 23:05:53

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Dhamad berkata: Cuba kamu ulangi sekali lagi kalimatmu itu. Baginda pun mengulanginya sampai tiga kali. Kemudian Dhamad berkata: Aku pernah mendengar kalimat tukang sihir dan pendeta serta penyair, namun aku tidak pernah mendengar kalimat seperti ini keluar daripada mulut mereka. Hulurkan tanganmu kepadaku, aku akan berbaiat untuk memeluk Islam. Inilah merupakan mukaddimah khutbah yang perlu dibaca ketika hendak menyampaikannya. Analisis Lafaz

,setiap khutbah atau pembicaraan, kerana di dalamnaya ada kalimat tauhid.

, dalam riwayat yang masyhur dibaca kasrah dan nashab kalimat .Menurut al-Thibi, huruf nun dibaca sukun dan dibaca rafa. Kalimat berkedudukan sebagai khabar sedangkan mubtadanya adalah . , kami meminta pertolongan dan ampunan-Nya.

,khutbah ini tidak terbatas untuk khutbah nikah sahaja, sebaliknya ia berlaku umum sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Muslim.

mentafsirkan hadith ini dan menyatakan bahawa ketiga-tiga ayat tersebut adalah:

, dalam riwayat lain disebutkan . , Muslim menambahkan: . , tiga ayat. Dalam riwayat al-Tirmidhi, Sufyan al-Tsauri

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Surah Ali Imran: 102)

339

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 339

09/04/2010 23:05:53

Kitab Thaharah (Bersuci)

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah al-Nisa: 1)

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (Surah al-Ahzab: 70-71) Fiqh Hadith Disunatkan membaca khutbah dalam majlis perkahwinan. Menurut mazhab Zahiri, Abu Awanah salah seorang ulama mazhab Syafii, khutbah nikah adalah wajib. Sementara jumhur ulama berbeza pendapat dengan mereka dan tidak mewajibkannya.

201- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jika seorang di antara kamu meminang seorang perempuan dan ada peluang untuk melihat sesuatu daripada anggota tubuhnya yang membolehkannya tertarik untuk dikahwini, maka lakukanlah. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud, periwayatnya thiqoh dan dinilai sahih oleh alHakim: 1001).

202- Hadith ini memiliki syahid riwayat al-Tirmidhi dan al-Nasai daripada Mughirah: 1002).

340

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 340

09/04/2010 23:05:54

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

203- Demikian pula dengan hadith Ibn Majah dan Ibn Hibban daripada hadith Muhammad bin Masalamah: 1003).

204- Dalam riwayat Muslim daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bertanya kepada orang yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: Apakah kamu pernah melihatnya? Dia menjawab: Belum pernah. Baginda bersabda: Pergilah dan lihatlah terlebih dahulu. (1004). Makna Hadith Perempuan mempunyai daya tarik tersendiri bagi kaum lelaki yang salah satunya adalah hasrat biologis. Jika hasrat itu tidak tidak dapat dipenuhi oleh isterinya, lelaki akan mencari perempuan lain. Itulah sebabnya seorang lelaki yang hendak berkahwin mesti melihat terlebih dahulu wanita yang hendak dikahwininya sebelum meminangnya bagi memastikan sama ada dia menyukai wanita itu sebaliknya. Analisis Lafaz ,ingin berkahwin.

, dia menginginkannya.

Fiqh Hadith 1. Disunatkan melihat perempuan yang hendak dipinang. Inilah pendapat imam empat mazhab dan jumhur ulama. Menurut Imam Ahmad pula dibolehkan melihat, bukan ia tidak disunatkan. 2. Kecantikan perempuan merupakan salah satu daya tarik bagi lelaki. Penting Ulama berbeza pendapat mengenai bahagian apa sahaja yang boleh dilihat oleh lelaki ketika hendak meminang.

341

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 341

09/04/2010 23:05:55

Kitab Thaharah (Bersuci)

Menurut al-Nawawi, dibolehkan melihat wajah dan telapak tangan, kerana kedua anggota tubuh tidak termasuk aurat. Selain itu, wajah menunjukkan kecantikan dan telapak tangan pula menunjukkan keadaan tubuh dan kesuburan. Inilah pendapat kami dan mazhab ulama kebanyakan. Menurut al Awzai, dibolehkan melihat kulit dan anggota tubuhnya selain aurat.20 Menurut Dawud, dibolehkan melihat seluruh tubuhnya, namun pendapat ini salah kerana bercanggah dengan Sunnah dan ijma ulama. Al-Nawawi berkata: Mazhab kami, Imam Malik, Imam Ahmad dan jumhur ulama tidak mensyaratkan adanya keredhaan perempuan berkenaan untuk hendak melihat, sebaliknya seorang lelaki yang hendak meminangnya dibolehkan melihatnya pada bila-bila masa pada saat dia lengah tanpa harus ada pemberitahuan terlebih dahulu. Akan tetapi Imam Malik berpendapat tidak dianjurkan melihat wanita ketika dalam keadaan lengah, kerana dikhuatiri malah melihat auratnya. Bagi pensyarah kitab ini, pendapat yang paling kuat adalah pendapat al-Nawawi, kerana tidak bercanggah dengan prinsip hukum syariat, sementara pendapat yang lain tidak demikian.

205- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) berabda: Sorang di antara kamu tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya, sehingga dia meninggalkan sebelum itu atau memberi kebenaran kepadanya. (Muttafaq alaih, lafaz hasdis riwayat alBukhari: 1005). Makna Hadith Jika seorang Muslim hendak meminang seorang perempuan, kemudian ada orang lain yang turut berminat untuk meminangnya, maka dalam keadaan ada beberapa perkara yang mesti diambil kira; pertama, salah seorang daripada kedua lelaki itu telah dipilih oleh perempuan berkenaan ataupun

Tambahan terdapat dalam kitab Fath al-Bari, bab: melihat perempuan sebelum dikahwini.
20

342

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 342

09/04/2010 23:05:55

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

tidak; kedua, jika perempuan telah membuat pilihan, maka keadaan ini akan menimbulkan perasaan dendam di antara kedua lelaki yang meminangnya, terlebih-lebih lagi lelaki yang ditinggalkan; ketiga, jika kedua-dua lelaki itu tidak dipilih, maka masing-masing kedua-dua lelaki itu menjadi sebab untuk saling bertegur antara sama lain. Selain itu, dengan majunya peminang kedua dan dia tahu bahawa ada orang lain yang sedang meminang perempuan berkenaan pada hakikatnya memperlekeh kedudukan peminang pertama, kerana peminang kedua seakan-akan mengatakan bahawa peminang pertama tidak layak untuk diterima pinangannya. Oleh itu, hadith ini melarang daripada meminang perempuan yang sedang dipinang oleh orang lain sehingga peminang pertama benar-benar membatalkan hasratnya. Ini bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diinginkan. Analisis Lafaz

,meninggalkan pertunangan.

,lelaki pertama mengizinkan orang lain untuk meminang tunangannya.


Fiqh Hadith 1. Seorang lelaki dilarang meminang pinangan saudaranya. AlKhatthabi berkata: Larangan ini sebagai sopan santun bukan untuk mengharamkan, namun pertunangan yang diharamkan adalah jika si perempuan telah menerima pinangan peminang pertama lalu menolaknya lantaran ada orang lain yang meminang dirinya. Ini berdasarkan ijma ulama. Jika belum ada jawapan daripada pihak perempuan, maka mengikut pendapat yang paling sahih itu tidak diharamkan. Jika pertunangan haram itu kemudian dilajutkan dengan akad pernikahan, maka menurut jumhur ulama, akad nikahnya tetap sah, namun menurut Dawud, pernikahan wajib difasakh. 2. Dibolehkan meminang perempuan yang sedang dalam pertunangan jika diizinkan oleh peminang pertama atau setelah ditinggalkan oleh si peminang pertama sama ada izin itu diberikan kepada peminang kedua atau kepada orang yang lain. 3. Sebahagian ulama fiqh mengecualikan pertunangan muslim ke atas peminang yang bukan muslim, di mana mereka membolehkannya secara mutlak, kerana di dalam hadith disebutkan saudaranya. Jadi, seorang muslim dibolehkan meminang perempuan yang sedang dipinang oleh lelaki bukan muslim. Apapun, kalimat saudaranya di sini hanya sekadar menunjukkan adat kebiasaan dan oleh kerananya, jika berlaku kes seperti ini maka ia tetap tidak dibolehkan.

343

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 343

09/04/2010 23:05:55

Kitab Thaharah (Bersuci)

Penting Ibn al-Qasim, murid Imam Malik berkata: Meminang tunangan orang fasik dibolehkan secara mutlak, terlebih-lebih lagi jika perempuan itu merupakan seorang muslimah yang taat beragama, kerana orang fasik tidak sekufu dengannya. Pendapat dinilai kuat oleh Ibn al-Arabi al-Maliki. Namun jumhur ulama tidak bersetuju dengan pendapat ini apabila si perempuan yang telah dipinang telah menerima pinangan lelaki fasik itu.

344

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 344

09/04/2010 23:05:56

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

206- Daripada Sahl bin Said al-Saidi (r.a), beliau berkata: Ada seorang perempuan datang menghadap Rasulullah (s.a.w) seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya datang untuk memberikan diriku kepada tuan. Baginda lalu memandangnya dengan penuh perhatian, kemudian menundukkan kepalanya termenung. Ketika perempuan itu tahu bahawa baginda tidak menginginkan dirinya, dia pun duduk. Tidak lama kemudian, salah seorang sahabat berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah, jika tuan tidak ingin berkahwin dengan perempuan itu, maka kahwinkan diriku dengannya. Baginda bersabda: Adakah kamu memiliki sesuatu? Dia menjawab: Tidak wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Datangi keluargamu dan lihatlah adakah kamu menjumpai sesuatu. Dia pun pergi, kemudian kembali menghadap baginda dan berkata: Demi Allah, saya tidak menemukan sesuatu. Baginda bersabda: Sekali lagi lihatlah dan bawalah sesuatu meskipun itu berupa cincin yang terbuat daripada besi. Dia pun pergi, kemudian kembali menghadap baginda dan berkata: Demi Allah, wahai Rasulullah, saya tidak menemukan sesuatu dan begitu pula dengan cincin besi itu, tetapi ini adalah kain sarungku. Sahl berkata: Lelaki itu sebenarnya tidak memiliki selendang. Separoh kain ini saya berikan kepadanya, tambahnya lagi. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Apa yang kamu lakukan dengan kainmu itu? Jika kamu memakainya, dia tidak mempunyai apa-apa dan jika dia yang memakainya, maka tidak memiliki apa-apa. Lelaki itu pun duduk dalam waktu yang lama termenung. Dia pun lantas berdiri. Rasulullah (s.a.w) melihatnya sedang berpaling. Baginda menyuruh lelaki itu supaya dipanggil. Sebaik tiba, baginda bertanya: Adakah kamu hafal surah al-Quran? Dia menjawab: Saya hafal surah ini dan surah itu. Dia menyebut surah-surah yang dia hafal. Mendengar itu, baginda bertanya: Kamu dapat membacanya tanpa melihat teks al-Quran? Dia menjawab: Ya, saya mampu. Baginda bersabda: Pergilah, aku telah menyatakan wanita ini menjadi milikmu dengan mas kawain surah-surah al-Quran yang telah kamu hafal itu. (Muttafaq alaihi. Hadith riwayat Muslim) Dalam sebahagian riwayat disebutkan bahawa, baginda bersabda kepadanya: Pergilah, saya telah mengahwinkan kamu dengannya dan oleh itu, ajarilah dia membaca al-Quran. Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan bahawa: Kami telah mengahwinkan kamu dengannya dengan maskawin surah-surah al-Quran yang telah kamu hafal: 1006).

207- Menurut riwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah (r.a), baginda bersabda: Apa yang kamu hafal? Dia menjawab: Surah al-Baqarah dan surah sesudahnya. Baginda bersabda: Berdirilah dan ajarilah dia dua puluh ayat: 1007). 345

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 345

09/04/2010 23:05:56

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini merupakan salah satu dalil yang membahas masalah perkahwinan, tetapi kami hanya menghuraikan permasalahan penting yang berkaitan dengan fiqh hadith ini. Analisis Lafaz

, Ibn al-Qassha dalam kitab al-Ahkam mengatakan wanita ini adalah Khawlah binti Hakim atau Ummu Syarik.
,orang yang berkata di sini masih diperdebatkan, kerana peristiwa ini terjadi ketika para sahabat dan Rasulullah (s.a.w) sedang berada di dalam mesjid sebagaimana ditegaskan oleh al-Ismaili.

, Rasulullah (s.a.w) melihat perempuan itu dari bawah ke atas dan inilah yang disebut tashid, kemudian dari atas ke bawah dan inilah yang disebut tashwib.

, aku serahkan diriku kepadamu tanpa perlu memberi mahar atau mas kahwin. Maksudnya, nikahilah diriku walaupun tanpa mahar.

, menurut Ibn Hajar, makna perkataan ini adalah maka perempuan itu terdiam. Namun ini pemahaman al-thathaah dan maksudnya di sini adalah menundukkan kepala. Dengan erti kata lain, baginda menundukkan kepala dan tidak melihatnya lagi. Dalam riwayat Hammad bin Zaid dikisahkan bahawa baginda bersabda: Aku tidak lagi berhajat kepada wanita. Baginda bersabda demikian setelah kejadian ini berlangsung dalam waktu yang lama.

, tidak ada tindak balas. Perkataan ini diungkapkan setelah kalimat: Aku tidak lagi berhajat kepada wanita. Sementara dalam riwayat Abu Hurairah menurut al-Nasai dijelaskan: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Duduklah. Perempuan itu pun duduk beberapa saat, kemudian berdiri semula. Kemudian baginda bersabda: Duduklah, semoga Allah memberkatimu dan kami yang ada di sini tidak ada yang berhajat kepadamu. Ini seolah-olah menunjukkan baginda tidak memberi apaapa tindak balas, sementara perempuan itu berharap Rasulullah (s.a.w) menyuruh dirinya pergi, kerana pemahaman daripada perintah duduk adalah Rasulullah (s.a.w) hendak menyuruhnya melakukan sesuatu. Jika tidak, dia pasti segera pergi. Ada kemungkinan tujuan Rasulullah (s.a.w) menyuruhnya menunggu lantaran baginda menunggu turunnya wahyu. , lelaki ini salah seorang pemuda Ansar, sebagaimana yang dinyatakan dalam sesetengah riwayat
346

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 346

09/04/2010 23:05:56

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, perkataan dibaca nasab kerana adanya fiil yang tersembunyi, iaitu: , atau . , yang ada atau yang engkau dapatkan.
,kain sarung yang dipakai oleh seseorang untuk menutupi

bahagian pusat hingga ke bawah anggota badan.

,pakaian yang dipakai di kain sarung dan dilipat pada bahagian atas badan. ,pergi. ,ia berasal daripada kalimat .

Fiqh Hadith 1. Seorang perempuan boleh menawarkan dirinya kepada lelaki soleh supaya dikahwini. 2. Dibolehkan memandang wanita jika ada niat untuk mengahwininya. 3. Seorang pemimpin berhak menjadi wali seorang perempuan jika wanita itu memberinya izin. 4. Boleh mengahwinkan perempuan tanpa harus bertanya terlebih dahulu kepada walinya. 5. Hibah tidak dianggap sah tanpa adanya qabul. 6. Wajib membayar mahar ketika berkahwin walau dengan benda yang murah sekalipun, malah Ibn Hazam berkata: Dibolehkan membayar mahar dengan apa jua sekalipun, walaupun dengan sebiji gandum. 7. Anjuran menyebutkan mahar ketika dalam akad. Menurut, ulama fiqh, jika akad dilakukan tanpa mahar, maka akadnya tetap sah dan wajib membayar mahar standard yang berlaku di tempat itu. 8. Disunatkan menyegerakan pembayaran mahar. 9. Dibolehkan menguji sejauh mana kebenaran dakwaan orang yang mengaku kesusahan ekonomi. 10. Boleh melangsungkan akad tanpa harus membacakan khutbah. 11. Mahar dibolehkan dalam bentuk mengajarkan al-Quran. 12. Nikah dianggap sah dengan menggunakan lafaz yang menunjukkan kepemilikan (al-tamlik). Inilah pendapat mazhab dan mazhab yang masyhur di kalangan mazhab Maliki. 13. Boleh bersumpah dengan syarat tidak diminta untuk berbuat demikian terlebih dahulu. 14. Diam membuktikan seseorang itu redha. 15. Dibolehkan mengahwinkan orang yang tidak berharta. 347

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 347

09/04/2010 23:05:56

Kitab Thaharah (Bersuci)

208- Daripada Amir bin Abdullah bin al-Zubair daripada ayahnya bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Isytiharkan dan rayakan perkahwinan itu supaya diketahui orang ramai. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dinilai sahih oleh al-Hakim: 1008). Makna Hadith Oleh kerana perkahwinan ada kaitan dengan sejumlah hukum-hakam sama ada bagi pihak suami mahupun bagi pihak isteri, maka mengisytiharkan dan merayakan perkahwinan merupakan salah satu daripada hukum ini. Oleh itu, Islam menganjurkannya, terlebih-lebih lagi apabila muncul kekhuatiran bahawa perkahwinan yang dirahsiakan bakal mendatangkan fitnah seperti dituduh melakukan perbuatan zina. Analisis Lafaz ,kalimat ini berasal dari perkataan lawan perkataan menyembunyikan.

, dalam masalah ini ada satu hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi daripada Aisyah namun ia daif. Ia turut diriwayatkan daripada Muhammad bin Hatib al-Jumhi, Jabir, al-Rabi binti Mawwadz, al-Saib bin Yazid dan ramai lagi di mana semua itu menganjurkan untuk mengisytiharkan perkahwinan.
Fiqh Hadith Anjuran untuk mengisytiharkan perkahwinan berdasarkan kesepakatan ulama, mereka tidak mewajibkannya, kerana ada beberapa hadith lain yang menceritakan bahawa banyak perkahwinan yang tidak dirayakan.

348

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 348

09/04/2010 23:05:58

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

209- Daripada Abu Burdah bin Abu Musa daripada ayahnya, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak sah akad nikah kecuali dengan adanya wali. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah, dinilai sahih oleh Ibn al-Madini, al-Tirmidhi dan Ibn Hibban, namun dianggap cacat kerana ia mursal: 1009).

210- Hadith marfu ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada al-Hasan daripada Imran bin Hushain bahawa: Tidak sah nikah kecuali apabila ada wali dan dua orang saksi: 1010). Makna Hadith Ketika ramai wanita yang tidak mampu mencari pasangan hidup yang terbaik bagi mereka hingga akhirnya mendatangkan padah bagi mereka sendiri, maka perkahwinan mereka mestilah berdasarkan sepengetahuan wali dan mereka tidak boleh berkahwin kecuali setelah mendapat kebenaran daripadanya. Ini kerana wali memiliki dua keistimewaan, iaitu ikhlas dalam memberi nasihat kepada anak perempuannya dan memiliki kemampuan untuk membuat pilihan terbaik. Oleh itu, hadith menyebutkan tidak ada nikah kecuali dengan adanya wali. Manakala dua orang saksi pula disebutkan dalam hadith sebelum ini, kerana untuk menetapkan hak-hak yang telah diwajibkan dalam suatu perkahwinan. Analisis Lafaz , tidak sah nikah.

hubungan secara langsung, iaitu ashabah bukan dzawil arham.

, wali adalah orang yang terdekat dengan wanita yang memiliki

, dinilai cacar mursal kerana keberadaan Syubah dan al Tsawri yang meriwayatkan hadith ini secara mursal. Apa yang benar, hadith ini mawshul sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Bukhari, Ibn al-Madini, al-Tirmidhi, Abdurrahman bin Mahdi, al-Hakim, al-Daruqthni dan lain-lain. Saya membahas masalah ini secara panjang lebar dalam kitab Talil al-Ilal. Hadith ini turut diriwayatkan oleh Abu Yala al-Mawshil dalam kitabnya al-Musnad daripada Jabir secara marfu dan perawinya dinilai
349

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 349

09/04/2010 23:05:58

Kitab Thaharah (Bersuci)

thiqoh oleh al-Dhiya. Hadts ini turut memiliki syahid riwayat selain hadith Imran, bahkan al-Hakim ada menyebutkan tiga puluh syahid bagi hadith ini. Fiqh Hadith 1. Tidak sah perkahwinan tanpa wali. Inilah pendapat Umar, Ali, Abdullah bin Masud, Ibn Abbas, Abu Hurairah, Aisyah dan sahabat yang lain. Demikian pula Said bin al-Musayyab, al-Hasan al-Bashri, Syuraih, al-Nakhai, Qatadah dan tabin yang lain. Demikian pula Imam Ahmad, al-Syafii, Ishaq dari kalangan ulama mazhab. Akan tetapi Ashhabur Rayi membolehkan perempuan mengahwinkan dirinya sendiri kerana mereka mengqiyaskan perkahwinan dengan jual beli. Apapun, pendapat ini fasid kerana bercanggah dengan nas. Menurut Imam Malik, wali disyaratkan bagi wanita yang terhormat bukan wanita berkasta rendah 2. Dua saksi merupakan syarat sah nikah. Menurut al-Baghawi, sebahagian besar ulama berpendapat nikah tidak sah sehinggalah para saksi hadir pada waktu pelaksanaan akad. Sebahagian penduduk Madinah pula berpendapat jika mereka merayakan perkahwinan maka mereka menyaksikannya seorang demi seorang dan ini sudah memadai. Inilah pendapat Imam Malik. Al-Baghawi berkata: Mereka berbeza pendapat dalam menentukan sifat kesaksiannya. Ada yang berpendapat akad nikah tidak dianggap sah kecuali jika disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil. Inilah pendapat Imam al-Syafii, sementara Imam Ahmad membolehkan seorang lelaki dan dua orang perempuan untuk menjadi saksi perkahwinan. Inilah pendapat Ishaq dan ashhabur rayi. Ashhabur rayi menambahkan bahawa dua orang fasik yang fasiknya sudah diketahui orang ramai dibolehkan menjadi saksi.

211- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa mendapat kebenaran daripada walinya maka nikahnya menjadi batal. Jika sudah bersetubuh, maka perempuan itu berhak menerima mas kawin lantaran dia mahu disetubuhi. 350

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 350

09/04/2010 23:05:58

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Jika mereka bertelagah, maka penguasa menjadi wali bagi orang yang tidak mempunyai wali. (Diriwayatkan oleh al-Arbaah selain al-Nasai, dinilai sahih oleh Abu Awanah, Ibn Hibban dan al-Hakim: 1011). Makna Hadith Hadith ini bagi menguatkan hadith sebelumnya di mana dalam hadith ini disebutkan perkahwinan perempuan tanpa wali dianggap batal. Di sini turut dijelaskan bahawa jika perkahwinan seperti ini terjadi maka si perempuan berhak mendapat mahar mitsil (standard), kerana si lelaki telah menganggap halal kemaluannya. Jika wali si perempuan tetap enggan mengahwinkan anak perempuannya, maka pemerintah atau penguasa berhak menjadi walinya. Analisis Lafaz

,menjauhkan diri dan bertikai.


Fiqh Hadith 1. Perkahwinan perempuan tanpa wali dianggap batal. 2. Seorang perempuan berhak ke atas mahar setelah terjadinya pesetubuhan, walaupun perkahwinannya itu batal. 3. Jika wali melarang atau enggan mengahwinkan seorang perempuan dan inilah yang disebut dengan al-adhal, maka penguasa atau kerajaan berhak menjadi walinya, bukan kepada keluarga yang lebih jauh. Al-Baghawi berkata: Jika seorang perempuan memiliki ramai wali yang dalam satu tingkatan seperti beberapa orang saudara lelaki, ulama berbeza pendapat tentang siapakah orang yang berhak menjadi wali ke atasnya ketika hendak melangsungkan akad. Jika perempuan itu memberi izin kepada salah seorang daripada saudara lelakinya, maka dialah yang berhak menjadi wali. Jika tidak, maka hendaklah diadakan undian di antara mereka untuk menentukan siapa yang bakal dijadikan wali. Penting Al-Baghawi berkata: Jika seseorang ingin berkahwin dengan perempuan yang merupakan dia adalah walinya dan tidak wali selainnya seperti anak perempuan pak cik sebelah ayahnya, maka orang yang berhak mengahwinkannya adalah pemerintah. Jika anak perempuan pak cik sebelah ayahnya itu mengahwinkannya dengan keredhaannya, maka perkahwinan itu sah menurut ashhabur rayi, sementara menurut Imam al-Syafii batal. 351

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 351

09/04/2010 23:05:59

Kitab Thaharah (Bersuci)

Jika wali terdekat sedang dalam perjalanan yang membolehkannya mengqashar solat, apakah wali seorang perempuan yang hendak berkahwin adalah pemerintah? Menurut Imam al-Syafii, pemerintah hendaklah menjadi wali ke atas perempuan itu dalam kes ini. Menurut ashhabur rayi pula hak perwalian berpindah kepada wali yang lebih jauh bukan kepada pemerintah. Menurut al-Shanani, apa yang dimaksudkan dengan pemerintah atau penguasa adalah seorang pemimpin yang mengendalikan urusan negara dan rakyat baik zalim mahupun adil.

212- Daripada Abu Huairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Janda tidak boleh dikahwinkan sebelum diajak berbincang sedangkan gadis tidak boleh dikahwinkan kecuali diminta izinnya terlebih dahulu. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana cara mengetahui anak gadis itu bersetuju untuk dikahwinkan? Baginda menjawab: Dia diam bererti telah memberi izin. (Muttafaq alaih: 1012). Fiqh Hadith Abdurrazzaq meriwayatkan daripada Umar bin al-Khatthab (r.a), beliau berkata: Salah seorang kamu ada yang tergamak mengahwinkan anak perempuannya dengan orang yang buruk rupa. Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka juga menyukai apa yang kamu sukai. Ini sememangnya tidak dapat dimungkiri, kerana selera dan keinginan antara lelaki dengan perempuan adalah sama dan menyukai pasangan yang ideal. Oleh yang demikian, Islam menyuruh untuk meminta izin perempuan ketika hendak dikahwinkan. Ketika sifat malu merupakan sifat yang mendominasi kaum perempuan hingga sukar untuk berterus terang, maka syariat menganggap diamnya seorang perempuan sebagai tanda dan bukti redhanya. Analisis Lafaz

,perempuan yang ditinggal suaminya, baik ditinggal mati mahupun diceraikan, namun kalimat ini kadang kala digunakan untuk menyebut perempuan yang tak bersuami. Kedua-dua makna kalimat ini adalah betul secara bahasa.
352

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 352

09/04/2010 23:05:59

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

,seorang perempuan tidak boleh dikahwinkan sebelum diminta persetujuan dan keredhaannya. ,perempuan yang belum berkahwin dan status ini merupakan lawan kata janda.
Fiqh Hadith 1. Seorang janda tidak boleh dinikahkan kecuali setelah meminta izin kepadanya. Ibn Hajar dalam Fath al-Bari berkata: Seorang janda yang sudah berusia baligh tidak boleh dikahwinkan baik ayah atau datuknya kecuali setelah meminta izin kepadanya. Ini berdasarkan kesepakatan ulama. Namun ulama berbeza pendapat mengenai janda yang belum berusia baligh. Menurut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, mereka boleh dikahwinkan ayahnya sendiri dan menurut Imam al-Syafii, Abu Yusuf dan Muhammad, seorang ayah tidak berhak mengahwinkan anak perempuannya yang keperawanannya hilang lantaran persetubuhan. 2. Seorang gadis tidak boleh dikahwinkan kecuali setelah mendapat keredhaannya. Seorang ayah dan selainnya tidak berhak memaksanya untuk berkahwin jika gadis ini sudah berusia baligh. Inilah pendapat kebanyakan ulama sebagaimana yang diceritakan oleh al-Tirmidhi. Sementara gadis yang belum berusia baligh boleh dikahwinkan oleh ayahnya secara paksa dan ini berdasarkan kesepakatan ulama. Penting Ibn al-Munzir berkata: Disunatkan diketahui bahawa diamnya anak gadis itu benar-benar menunjukkan keredhaannya. Sufyan berkata: Hendaklah dikatakan kepada gadis yang hendak dikahwinkan itu: Jika kamu redha, maka cukup diam dan jika kamu tidak redha, maka cakaplah. Perkataan ini diulangi sebanyak tiga kali. Al-Shanani berkata: Jika anak gadis itu tidak bercakap dan menangis, maka sikapnya yang sedemikian tidak dianggap menujukkan keredhaannya.

353

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 353

09/04/2010 23:05:59

Kitab Thaharah (Bersuci)

213- Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Janda lebih berhak untuk menentukan nasib dirinya berbanding walinya, sedangkan gadis mesti diajak supaya mahu berkahwin dan izinnya apabila dia berdiam. (Diriwayatkan oleh Muslim). Dalam lafaz yang disebutkan: Wali tidak dibolehkan memaksa janda untuk berkahwin sedangkan perempuan yatim boleh diperintah untuk berkahwin. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasai dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban: 1013). Makna Hadith Hadith ini sama dengan makna hadith sebelumnya, tetapi di sini ditambahkan masalah anak perempuan yatim, di mana mereka tidak boleh dikahwinkan tanpa mendapat keredhaannya terlebih dahulu. Analisis Lafaz

,perempuan yang ditinggal suaminya, baik ditinggal mati atau ditinggal cerai. ,diminta izin atau keredhaannya. ,diperintahkan secara paksa tanpa redhanya. ,gadis kecil yang ditinggal mati oleh ayahnya. ,wanita yang belum pernah berkahwin.
Fiqh Hadith 1. Janda dan gadis tidak boleh dikahwinkan kecuali setelah mendapat daripada izin mereka.. 2. Diam merupakan tanda setuju untuk dikahwinkan bagi seorang gadis. 3. Seorang anak yatim tidak boleh dikahwinkan tanpa diminta persetujuannya terlebih dahulu. Menurut al-Shanani, hadith ini merupakan dalil bagi al-Nashir dan al-Syafii bahawa gadis kecil tidak boleh dikahwinkan tanpa seorang ayah, kerana meminta persetujuan tidak dapat diambil kira kecuali setelah gadis kecil itu dewasa. Jadi, tidak ada manfaatnya meminta pertimbangan dan persetujuan anak yang masih di bawah umur. Menurut mazhab Hanafi pula gadis kecil boleh dikahwinkan oleh walinya. Menurut mereka lagi, dia memiliki hak pilih setelah berusia baligh kelak dan masalah ini diqiyaskan dengan perkahwinan hamba perempuan. Apapun, pendapat ini lemah dan tidak dapat diamalkan. Oleh itu, 354

, tidak boleh dikahwinkan kecuali dengan keredhaanya.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 354

09/04/2010 23:06:00

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Abu Yusuf berpendapat gadis kecil yang dikahwinkan pada waktu kanak-kanak tidak memiliki hak pilih setelah berusia baligh kelak, meskipun Abu Yusuf sendiri membolehkan wali selain ayahnya untuk mengahwinkannya, kerana qiyas yang dijadikan sebagai hujah dalam masalah ini amat lemah. Oleh itu, pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah pendapat al-Syafii.

214- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sorang perempuan tidak dibolehkan mengahwinkan perempuan lain dan dia tidak berhak untuk mengahwinkan dirinya sendiri. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Daruquthni. Periwayat hadith in thiqoh: 1014). Makna Hadith Setelah diterangkan bahawa nikah dianggap tidak sah tanpa keberadaan wali, hadith menjelaskan seorang wanita tidak boleh menjadi wali, baik ke atas dirinya mahupun ke atas orang lain. Hal ini kerana kurangnya akal dan kemampuan dalam menentukan perkara-perkara yang dianggap penting apabila dibandingkan dengan kaum lelaki. Malah kita tahu bahawa Islam menjadikan dua banding satu dalam kesaksian wanita dan lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w): Banyak yang dapat disempurnakan oleh seorang lelaki, sementara perempuan hanya mampu menyempurnakan empat perkara. Analisis Lafaz

, seorang wanita tidak boleh menjadi wali.

kedua dibaca nasab kerana kedudukannya sebagai maful. Fiqh Hadith

,perkataan pertama dibaca rafa dan perkataan

Seorang wanita tidak dibolehkan mengahwinkan, baik ke atas dirinya mahupun ke atas diri orang lain. Menurut jumhur ulama berkata, seorang wanita tidak boleh mengahwinkan dirinya meskipun telah mendapat persetujuan wali dan dia 355

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 355

09/04/2010 23:06:00

Kitab Thaharah (Bersuci)

juga tidak boleh mengahwinkan orang sekali gus bertindak sebagai wali atau wakilnya. Menurut mazhab Hanafi, seorang wanita yang sudah baligh dan berakal boleh mengahwinkan dirinya, anak perempuannya yang masih kecil dan boleh menjadi wakil untuk mengahwinkan orang lain, tetapi jika terjadi pernikahan dengan orang yang tidak sekufu, maka walinya berhak melarang bahkan membatalkannya. Menurut Imam Malik, wanita yang berkasta rendah boleh mengahwinkan dirinya, namun tidak dilakukan oleh wanita berkasta tinggi.

215- Daripada Nafi daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang kahwin syighar, iaitu seorang lelaki mengahwinkan anak perempuannya dengan orang lain, dan orang lain itu mengahwinkan anak perempuannya dengan si lelaki tadi dan kedua-duanya tidak ada membayar mas kahwin. (Muttafaq alaih. Al-Bukhari dan Muslim bersepakat bahawa penjelasan singkat tentang syighar ini merupakan perkataan Nafi: 1015). Makna Hadith Islam telah menetapkan hukum-hakam yang salah satu daripadanya adalah syarat perkahwinan adalah adanya ijab setelah adanya permohonan, di samping kewujudan wali, saksi dan menyebut mahar. Jika ada syarat selain itu, maka syarat itu dianggap batal. Dalam kaitan, Rasululullah (s.a.w) bersabda:

Apa sebenarnya difikirkan manusia itu hingga memasukkan syarat-syarat yang tidak ada di dalam al-Quran dan Sunnah. Apa jua syarat yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah adalah batal, meskipun syarat berjumlah seratus. Ketetapan Allah lebih hak dan syarat Allah lebih kuat. Demikian pula dengan nikah syighar yang di dalamnya memuatkan syarat batil, kerana menyimpang daripada ajaran Allah. Selaini tu, nikah 356

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 356

09/04/2010 23:06:01

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

syighar ini pada hakikathnya adalah menyia-nyiakan hak wanita iaitu mahar. Analisis Lafaz

,telah ditafsirkakn dalam hadith iaitu seorang lelaki menikahkan anak perempuannya dengan syarat orang lain itu juga harus menikahkan anak orang itu untuk dirinya dan tidak ada mahar kepada kedua-dua gadis itu. Takrif ini sesuai dengan pendapat pakar bahasa, kerana asal makna syighar adalah mengangkat.
Al-Khathib berkata: Inilah adalah perkataan Imam Malik. Imam al-Syafii berkata: Saya tidak dapat mengenal pasti sama ada tafiran ini datang daripada Rasulullah (s.a.w), Ibn Abbas, Ibn Umar, Nafi ataupun Malik. Perkataan diceritakan al-Baihaqi dalam kitab al-Marifah. Fiqh Hadith Larangan terhadap nikah syighar. Meskipun ulama bersepakat dengan larangan ini, tetapi mereka berbeza pendapat mengenai pernikahan itu sendiri, apakah batal atau tidak. Menurut Imam al-Syafii, Imam Malik dan Imam Ahmad, pernikahan itu batal. Menurut mazhab Hanafi dan selain mereka, pernikahan itu sah dan masing-masing perempuan wajib diberi mahar mitsil. Menurut Imam al-Syafii, jika mahar perkahwinan itu disebutkan sewaktu akad dilangsungkan, maka pernikahan itu tidak termasuk syighar yang dilarang dalam agama, kerana nikah syighar adalah nikah yang dilakukan tanpa mahar. Oleh itu, nikah seperti ini dianggap sah, sementara maharnya tidak ada dan wajib digantikan dengan memberikan mahar mitsil.

, pendapat ini dinilai kuat oleh al-Bukhari.

216- Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa ada seorang gadis datang menghadap Rasulullah (s.a.w). Dia menceritakan bahawa ayahnya telah mengahwinkan dirinya dengan seorang lelaki yang tidak dicintainya. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) menyuruhnya untuk memilih (sama ada meminta batal perkahwinan itu atau sebaliknya). (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu 357

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 357

09/04/2010 23:06:01

Kitab Thaharah (Bersuci)

Dawud dan Ibn Majah. Hadith dinilai cacat kerana mursal: 1016). Makna Hadith Hadith ini menceritakan bahawa seorang gadis tidak boleh berkahwin kecuali setelah diminta persetujuannya. Jika gadis itu dipaksa untuk berkahwin, maka dia mempunyai hak pilih. Analisis Lafaz

, hadith ini dinilai cacat lantaran mursal, kerana ia diriwayatkan oleh sekumpulan ulama daripada Ayyub daripada Ikrimah secara mursal, namun dianggap mawshul oleh Jarir bin Hazim dan Zaid bin Hibban. Ulama yang meyakninya sebagai mursal adalah Imam al-Syafii, al-Baihaqi, al-Baghawi dan sekumpulan ulama.
Fiqh Hadith 1. Seorang ayah tidak boleh mengahwinkan anak gadisnya kecuali setelah meminta persetujuannya terlebih dahulu dan demikian pula dengan wali yang selain ayah. Pendapat yang mengatakan seorang ayah tidak boleh memaksa anak gadisnya untuk berkahwin adalah mazhab Hanafi. Menurut Imam al-Syafii, Ishaq dan Imam Ahmad, seoarang ayah berhak memaksa anaknya gadisnya untuk berkahwin dan ini selari dengan sabda Rasulullah (s.a.w): Janda lebih berhak ke atas dirinya. Mafhum mukhalafah daripada hadith ini adalah seorang gadis tidak berhak ke atas dirinya sendiri dalam hal menentukan pasangan hidup dan wali lebih berhak dalam menentukan pasangan hidupnya. Mereka menyanggah hadith Ibn Abbas sebagai mursal atau ada kemungkinan itu disebabkan ayahnya mengahwinkan anak gadisnya dengan lelaki yang tidak sekufu atau ada kemungkinan lain bahawa kes ini bersifat khusus. Mereka turut menyanggah hadith yang diriwayatkan Muslim: Ayah seorang gadis harus meminta keredhaannya (anak gadisnya kerana tambah perkataan ayah di dalam hadith ini tidak benar. Pendapat ini diceritakan oleh al-Baihaqi. 2. Sesiapa yang memaksa anak gadisnya untuk berkahwin, maka dia mempunyai hak untuk memilih.

358

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 358

09/04/2010 23:06:01

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

217- Daripada al-Hasan daripada Samurah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Mana-mana perempuan yang dikahwinkan oleh dua wali, maka dia menjadi milik wali yang pertama. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Arbaah dan dinilai hasan oleh al-Tirmidhi: 1017). Makna Hadith Oleh kerana seorang perempuan kadang kala mempunyai ramai wali, keadaan ini boleh menyebabkan seorang wanita boleh dikahwinkan oleh dua orang wali. Hadith ini datang memberikan solusi ke atas permasalahan ini dan mengatakan bahawa pernikahan yang dianggap sah adalah wali yang menikahkan pertama kali. Ini kerana ketika pernikahan pertama telah dinyatakan sah, maka pernikahan kedua menjadi batal, sebab tidak halal menikahi wanita yang masih bersuami. Analisis Lafaz

, yakni bagi wali yang pertama menikahkan.

hadith yang diriwayatkan oleh al-Hasan daripada Samurah seperti hadith: ( Jiran yang berdekatan rumah lebih berhak dengan rumah jirannya) dan hadith: ( Tidak boleh menukar haiwan ternakan dengan haiwan ternakan dengan cara nasiah. Perbezaan pendapat sama ada al-Hasan pernah mendengar hadith daripada Samurah amatlah masyhur. Fiqh Hadith Jika seorang wanita dinikahkan oleh dua orang wali, maka yang dianggap sah adalah pernikahan yang pertama, sama ada pernikahan yang kedua telah terjadi persetubuhan ataupun tidak. Inilah pendapat kebanyakan ulama, kecuali pendapat yang diriwayatkan daripada Atha yang mengatakan bahawa jika pernikahan yang kedua telah menyetubuhinya, maka dia yang lebih berhak menjadi suaminya. Pendapat yang serupa turut dikemukakan oleh Imam Malik. Bagi pensyarah kitab ini, pengecualian ini berlaku jika lelaki kedua ini tidak mengetahui pernikahan pertama. Jika dia mengetahuinya, maka perbuatannya itu dinyatakan sebagai perbuatan zina dan wanita tersebut mesti dikembalikan kepada lelaki pertama. Jika terjadi dalam satu waktu yang bersamaan, maka pernikahan dianggap batal. Demikian pula jika ada anggapan bahawa pernikahan terjadi secara bersamaan. Jika isteri membuat pengakuan bahawa salah seorang 359

, sesuai dengan kaedahnya dalam menilai hasan terhadap

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 359

09/04/2010 23:06:01

Kitab Thaharah (Bersuci)

suami telah menyetubuhinya dengan keredhaannya, maka akad yang sah adalah yang telah diakuinya itu kerana persetubuhan yang diredhainya itu merupakan bukti bahawa perkahwinan tersebut terjadi lebih awal. Periwayat Hadith Al-Hasan, beliau adalah Abu Said. Namanya al-Hasan bin Abu al-Hasan alBashri, mawla Zaid bin Tsabit. Lahir dua tahun di akhir masa pemerintahan Umar bin al-Khatthab. Beliau sempat bertemu Ali di Madinah. Pada masa hidupnya beliau merupakan orang alim yang sentiasa mengamalkan pengetahuannya, seorang wara dan zuhud. Beliau meninggal dunia pada tahun seratus sepuluh Hijriah bulan Rajab.

218- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Mana-mana hamba yang berkahwin tanpa memperoleh kebenaran terlebih dahulu daripada tuannya atau keluarganya maka dia adalah pelacur. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidhi yang sekali gus menilainya sahiah dan demikian pula Ibn Hibban: 1018). Makna Hadith Hadith sebelum ini menyebutkan bahawa tidak sah nikah kecuali dengan wali, maka dalam hadith ini disebutkan bahawa seorang hamba lelaki juga memerlukan wali ketika hendak berkahwin seperti mana seorang wanita merdeka, kerana perkahwinan seorang hamba membuat pekerjaannya terganggu. Oleh itu, dia mesti meminta izin terlebih dahulu kepada tuannya ketika hendak berkahwin. Analisis Lafaz

,penzina.
Fiqh Hadith Perkahwinan seorang hamba tanpa izin tuannya dianggap batal, bahkan dihukumkan sebagai zina. Inilah pendapat ini jumhur ulama, tetapi mereka 360

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 360

09/04/2010 23:06:02

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

berkata: Hamba tidak dijatuhi hukuman hudud apabila tidak mengetahui hukum perbuatannya, sementara keturunannya dinasabkan kepadanya. Menurut Abu Dawud, perkahwinan seorang hamba itu dianggap sah, kerana menurutnya lagi hadith ini tidak sahih.

219- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak boleh dimadu antara seorang perempuan dengan saudari ayahnya dan begitu pula antara seorang perempuan dengan saudari ibunya. (Muttafaq alaih: 1019). Makna Hadith Allah (s.w.t) menyebutkan wanita yang diharamkan untuk dinikahi sebagaimana dalam firman-Nya:

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, (Surah al-Nisa: 24). Hadith ini datang untuk mengecualikan sebahagian daripadanya, di mana seseorang dilarang memadukan seorang wanita dengan mak cik sebelah ayahnya atau memadukan seorang wanita dengan mak cik sebelah ibunya dalam satu masa. Alasan larangan ini disebutkan dalam beberapa riwayat bahawa mak cik sebelah memiliki kedudukan yang sama dengan ibu. Ketika ibu diharamkan untuk dinikahi anaknya, maka demikian pula dengan mak ciknya, kerana mak ciknya merupakan salah satu kerabat paling dekat dengannya. Demikian pula hukum dengan mak cik sebelah ayahnya. Tambahan pula bahawa memadukan seorang wanita dengan mak ciknya merupakan suatu perbuatan yang amat membahayakan, malah menyebabkan perbalahan di dalam keluarga sehingga dapat memutuskan silaturrahim.

361

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 361

09/04/2010 23:06:03

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz

, mabni li al-majhul dan huruf lam di sini sebagai nafi yang bermakna
larangan (nahi).

riwayat al-Bukhari: Maka kami berpendapat bahawa mak cik ayahnya memiliki kedudukan yang sama dalam masalah masalah ini. Fiqh Hadith Haram memadu seorang wanita dengan mak ciknya, baik sebelah ayah mahupun sebelah ibu berdasarkan ijma ulama. Penting

,meskipun mak cik sebelah ibu sebagaimana disebutkan dalam ,meskipun mak cik sebelah ayah.

Dalam perkembangan lain, Abu Dawud menyebutkan lafaz hadith yang berbeza:

Dimakruhkan memadu saudari ayah dengan saudari ibu atau memadu kedua saudari ibu atau ayah. Sanad hadith ini daif menurut al-Suyuthi seperti mana dinukil daripada al-Kamal al-Dairi. Hal ini menjadi perdebatan di kalangan para ulama, sehingga mereka mengertikannya sebagai majaz, kerana apa yang dilarang adalah memadu dua wanita yang salah seorang daripadanya adalah saudari ayah dan seorang lagi saudari ibu atau mereka berdua merupakan saudari ibu atau saudara ayah.

220- Daripada Utsman (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh pula mengahwinkan. (Diriwayatkan oleh Muslim. Dalam riwayat Muslim yang lain disebutkan: dan tidak boleh meminang. Ibn Hibban menambahkan: dan tidak boleh dipinang: 1020).

362

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 362

09/04/2010 23:06:03

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

221- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) mengahwini Maimunah ketika sedang berihram. (Muttafaq alaih: 1021).

222- Menurut riwayat Muslim daripada Maimunah sendiri bahawa Rasulullah (s.a.w) mengahwininya dalam keadaan tidak berihram: 1022). Makna Hadith Hadith pertama dan kedua tidaklah bercanggah antara satu sama lain setelah menegaskan bahawa hadith pertama tidak membolehkan seorang yang sedang berihram menikah dan dinikahkan. Namun Ibn Abbas tidak sependapat dengan kaedah ini. Apapun, menerima hadith ini lebih diutamakan kerana periwayatnya lebih mengetahui dengan permasalahan ini. Dua orang ulama yang mensyarah kitab ini, iaitu: Alawi Abbas alMaliki dan Hasan Sulaiman al-Nuri telah pun membahas masalah ini dalam bab haji. Oleh itu, saya tidak perlu lagi membahasnya di sini. Namun saya cuba akan membahas kenapa Ibn Abbas tidak sependapat dalam masalah ini. Ini kerana Ibn Abbas berpendapat mengenai firman Allah: dan engku halal terhadap negeri ini. (Surah al-Balad: 2) bahawa Rasulullah (s.a.w) telah dihalalkan untuk melakukan apa sahaja dan ini seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak. Ketika Ibn Abbas mengetahui Rasulullah (s.a.w) berkahwin dengan Maimunah, beliau meyakini bahawa baginda melakukan demikian dalam keadaan berihram kerana baginda memiliki keistimewaan yang dibolehkan baginya melakukan segala sesuatu di tanah haram. Apapun, tafsiran Ibn Abbas masih diragui kesahihannya.

223- Daripada Uqbah bin Amir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya syarat yang paling berhak untuk ditepati adalah 363

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 363

09/04/2010 23:06:04

Kitab Thaharah (Bersuci)

syarat yang menghalalkan faraj. (Muttafaq alaih: 1023). Makna Hadith Seseorang yang melangsungkan akad nikah kadang kala mengemukakan syarat-syarat dipandang mereka penting, sama ada ia berkaitan dengan harta atau selainnya. Rasulullah (s.a.w) memberitahu bahawa mematuhi syarat itu adalah wajib, kerana hubungan antara suami isteri memiliki ciri tersendiri supaya tidak berlaku perceraian, kerana dalam satu hadith disebutkan:

Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah adalah talak. Oleh itu, syarat dalam pernikahan dipersempit ruangnya. Analisis Lafaz

, perumpamaan bagi suatu pernikahan.


Fiqh Hadith Wajib mematuhi dan memenuhi syarat-syarat pernikahan. Al-Khatthabi berkata: Syarat nikah berbeza antara satu sama lain. Ada syarat yang wajib dipatuhi berdasarkan kesepakatan ulama, iaitu syarat untuk mematuhi apa-apa yang diperintah oleh Allah seperti berbuat baik kepada isteri atau menceraikannya dengan cara yang baik pula. Inilah hadith yang dikemukakan dalam masalah ini. Ada pula syarat yang tidak perlu dipenuhi secara mutlak dan ulama bersepakat dalam masalah ini iaitu perempuan yang mensyaratkan supaya suaminya menceraikan isterinya seperti mana yang disebut dalam satu hadith. Ada pula syarat yang masih diperdebatkan seperti syarat bagi orang yang melarang seorang suami untuk berkahwin dengan perempuan, tidak boleh berkahwin dengan hamba perempuan atau isteri menesyaratkan tidak mahu berpindah ke rumah suaminya. Menurut Imam al-Syafii, syarat dalam pernikahan ada dua, iaitu; pertama, syarat yang berkaitan dengan mahar dan ini wajib dipenuhi; kedua, syarat yang tidak berkaitan dengan mahar dan ulama berbeza pendapat dalam masalah ini.

364

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 364

09/04/2010 23:06:04

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

224- Daripada Salmah bin al-Akwa (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) memberikan kelonggaran menikah mutah pada tahun penaklukkan kota Makkah selama tiga hari, kemudian baginda melarangnya semula. (Riwayat Imam Muslim: 1024).

225- Daripada Ali (r.a(, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang nikah mutah pada tahun Perang Khaibar. (Muttafaq alaih: 1025).

226- Daripada Ali (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) telah melarang nikah mutah dan memakan keldai kampung sewaktu Perang Khaibar. (Diriwayatkan oleh al-Sabah selain Abu Dawud: 1026).

227- Daripada Rabi bin Saburah daripada ayahnya bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Aku sebelum ini telah diberi kebenaran untuk melakukan nikah mutah, namun sekarang Allah telah megharamkannya hingga hari kiamat. Jadi, barang siapa yang mempunyai isteri dengan cara nikah mutah, maka hendaklah dia melepaskannya dan janganlah kamu mengambil mas kahwin yang telah kamu berikan kepadanya. (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, al-Nasai, Ibn Majah, Ahmad dan Ibn Hibban: 1027). Makna Hadith Ketika nikah mutah tidak dikategorikan sebagai perbuatan zina, namun ulama ahli sunnah tidak mengemukakan satu takrif yang jelas terhadap amalan pernikahan ini selain sekadar menjelaskan yang intinya adalah seorang lelaki yang memakai wanita untuk disetubuhi dalam waktu yang telah ditentukan dengan bayaran sesuai dengan kesepakatan bersama antara 365

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 365

09/04/2010 23:06:05

Kitab Thaharah (Bersuci)

mereka, sementara wanita itu tidak berhak mendapatkan nafkah, malah dia juga tidak wajib beriddah kecuali sampai dia suci. Mazhab Imamiyah memberikan masa iddahnya hingga sampai dua kali suci. Oleh kerana mutah merupakan pelecehan terhadap kaum wanita kerana mereka dianggap barang dagangan yang boleh diperjualbelikan, maka Islam mengharamkannya, meskipun sewaktu itu diharamkan masih wujud keringanan yang membolehkannya lantaran ada alasan-alasan yang jelas. Al-Nawawi berkata: Pengharaman dan pembolehan nikah mutah terjadi sebanyak dua kali. Pertama, nikah ini dibolehkan sebelum Perang Khaibar, kemudian diharamkan pada waktu Perang Khaibar. Kedua, kemudian dibolehkan semula pada tahun penaklukkan kota Makkah, kemudian diharamkan untuk selama-lamanya sampai hari kiamat. Analisis Lafaz

,dibolehkan setelah sebelumnya pernah dilarang. Biasanya, rukhsah (keringan) diberikan dengan ketentuan syarat tertentu. , pada tahun kemenangan.

yang selainnya sebagai upahnya. Fiqh Hadith

,nikah mutah. ,yakni nikah mutah. ,para wanita yang dinikahi dengan cara nikah mutah. ,hendaklah meninggalkannya. ,biarkanlah untuk memutuskan nikah mutah. ,apa-apa yang telah kamu berikan, baik berupa harta mahupun

1. Haram melakukan nikah mutah berdasarkan ijma ulama. Sekumpulan sahabat ada yang masih menetapkan rukhsah nikah mutah ini, tetapi dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa mereka telah pun rujuk daripada pendapat ini. Malah menurut Ibn Rusyd, riwayat yang mengharamkan nikah mutah adalah mutawatir. 2. Diharamkan memakan daging keldai kampung, yakni keldai jinak.

366

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 366

09/04/2010 23:06:05

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

228- Daripada Ibn Masud (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melaknat muhallil (pelaku cina buta) dan muhallal lahu (orang yang mahu diajak bercina buta). (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmidhi yang sekali gus menilainya sahih: 1028)

229- Dalam bab ini ada hadith Ali (r.a) yang diriwayatkan oleh al-Arbaah selain al-Nasai: 1029) Makna Hadith Allah (s.w.t) berfirman:

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteriisteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah al-Baqarah: 229) Hadith ini menjelaskan jika talak tiga telah dijatuhkan, maka wanita itu tidak halal lagi bagi suaminya sampai wanita tersebut menikah dengan lelaki lain. Dalam kaitan ini, Allah (s.w.t) berfirman:

367

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 367

09/04/2010 23:06:06

Kitab Thaharah (Bersuci)

Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (Surah al-Baqarah: 230) Suami kedua mestilah benar-benar ingin mengahwini perempuan itu tanpa ada unsur paksaan daripada suami pertama. Jika mereka bercerai lagi, maka suami pertama boleh berkahwin semula dengan mantan isterinya yang pernah ditalak tiga itu. Namun ada sesetengah pihak yang melakukan cina buta, di mana seorang suami menyuruh orang lain untuk mengahwini isteri yang telah diceraikannya supaya halal baginya untuk dikahwininya lagi, kemudian Rasulullah (s.a.w) melaknat muhallil dan muhallal lahu. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa muhallil dianggap sebagai pelacur pinjaman. Hadith ini merupakan dalil yang mengharamkan amalan cina buta. Analisis Lafaz

,dinamakan demikian, kerana dia menikahi perempuan yang ditalak tiga, kemudian dia menceraikannya agar boleh dikahwini semula oleh suami pertama yang menceraikannya. , sanadnya daif, kerana ada Mujalid, kerana dia seorang yang dipertentangkan dalam meriwayatkan hadith. Demikian pula hadith Jabir, hadith Abu Hurairah, Uqbah bin Amir dan Ibn Abbas.
Fiqh Hadith 1. Haram melakukan cina buta. 2. Haram menghalalkan isteri yang telah ditalak tiga oleh suaminya dengan melakukan cina buta, kecuali jika dia menikahinya tanpa niat untuk menghalalkannaya. Jumhur ulama berpendapat bahawa nikah seperti ini batil, sementara wanita tersebut tetap tidak halal lagi bagi suaminya yang pertama. Menurut mazhab Hanafi, nikah dianggap sah namun syaratnya dianggap batal dan wanita tersebut berhak 368

,didoakan agar dijauhkan daripada rahmat Allah.

,suami yang menjatuhkan talak tiga kepada isterinya

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 368

09/04/2010 23:06:07

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mendapatkan mahar mitsil. Jika suami kedua menyetubuhinya, kemudian menceraikannya, maka suami pertama boleh menikahinya setelah masa iddahnya berakhir. Dalil mazhab Hanafi adalah perkataan al-muhallil yang membawa maksud pernikahannya itu adalah sah. Namun jumhur ulama menyanggah pendapat ini dengan mengatakan bahawa istilah al-muhallil tidak dapat difahami mengikut maknanya yang sebenar, kerana Rasulullah (s.a.w) melaknat perbuatan mereka dan laknat tidak ditujukan kecuali ke atas perbuatan yang diharamkan. Sementara perbuatan haram dilarang dan perbuatan yang dilarang akan menyebabkan fasid.21 Al-Tirmidhi menukil perkataan Waki yang mengatakan sepatutnya perbahasan dalam masalah ini dinisbahkan kepada ashhabur rayi. Penting Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut hadith ini setelah pengharaman nikah mutah, kerana menurut sekumpulan ulama permasalahan ini adalah sama, di mana kedua-dua bentuk nikah ini memiliki niat untuk menceraikan wanita yang akan dinikahinya dalam waktu yang telah ditentukan.

230- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Orang berzina yang pernah dijatuhi hukuman hudud tidak patut berkahwin kecuali dengan perempuan yang sama dengan dirinya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan periwayatnya thiqoh: 1030). Makna Hadith Allah (s.w.t) berfirman:

21

qh.

Ulama tidak bersepakat bahawa larangan menyebabkan hukum fasid dalam kitab usul

369

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 369

09/04/2010 23:06:07

Kitab Thaharah (Bersuci)

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah al-Nur: 26) Ayat ini menetapkan bahawa perempuan jahat lazimnya berpasangan dengan lelaki jahat, tetapi ini tidak bersifat mutlak hingga mereka tidak boleh berkahwin dengan orang lain. Buktinya Nabi Nuh (a.s) mempunyai isteri yang derhaka dan jahat, sebagaimana Asiyah seorang wanita solehah yang bersuamikan Firaun yang mengaku Tuhan. Larangan ini bertujuan bagi memastikan orang baik sama lelaki atau perempuan tidak terjerumus ke dalam perbutan zina akibat pengaruh pasangannya yang merupakan orang jahat. Analisis Lafaz

,mengahwini.
Fiqh Hadith Larangan bagi wanita muslimah untuk berkahwin dengan lelaki pezina, meskipun ulama bersepakat mengenai larangan ini, namun tetapi mereka berbeza pendapat sama ada nikah yang dilakukan itu sah ataupun sebaliknya. Menurut jumhur ulama, mereka boleh berkahwin dan nikahnya pula dinyatakan sah, namun ada sekumpulan ulama yang melarangnya. Ibn Hazm dan Ibn al-Qayyim memilih pendapat yang melarang dengan dalil firman Allah (s.w.t):

Pezina lelaki tidak boleh menikah kecuali dengan pezina perempuan atau wanita musyrik, pezina perempuan tidak boleh menikah kecuali kepada pezina lelaki atau seorang musyrik, dan yang demikian itu diharamkan terhdap orang-orang mumin. Jumhur ulama menyanggah pendapat ini dengan mengatakan bahawa maksud ayat di atas adalah wanita yang sudah terkenal sebagai pezina dan orang musyrik. Mereka turut menyanggah hadith ini dengan mengatakan bahawa hadith ini hanya sekadar menunjukkan kebiasaan, kerana orang 370

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 370

09/04/2010 23:06:08

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

yang gemar berzina biasanya tidak berkahwin kecuali dengan pasangn yang sama seperti dirinya. Penting Dalam kitab al-Bahr diceritakan daripada Ali, Ibn Abbas, Ibn Umar, Jabir, Ibn al-Musayyab, Urwah, Imam Malik, Imam al-Syafii, Rabiah dan Abu Tsaur bahawa perempuan tidak diharamkan berkahwin dengan orang yang menzinainya. Dalilnya firman Allah (s.w.t):

Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, (Surah al-Nisa: 24). Dalilnya pula adalah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

Sesuatu yang halal tidak dapat dihalalkan oleh sesuatu yang haram. Diriwayatkan daripada al-Hasan bahawa seorang perempuan diharamkan berkahwin dengan orang yang menzinainya.

231- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Ada seorang lelaki mentalak tiga kali isteriny, lalu ada lelaki lain yang mengahwini bekas isterinya itu, kemudian lelaki itu mencerainya sebelum disetubuhinya. Suami pertama kemudian ingin berkahwin semula dengan bekas isterinya itu. Permasalahan ini kemudian ditanyakan kepada Rasulullah (s.a.w) dan baginda menjawab: Itu tidak boleh dilakukan, sehinggalah suami kedua merasakan manisnya (bersetubuh) sebagaimana yang dirasakan oleh suami pertama. (Muttafaq alaihi. Lafaz hadith ini riwayat Muslim: 1031). Makna Hadith Ketika Allah tidak menghalalkan bagi seorang suami untuk mengahwini isteri yang telah ditalak tiga sebelum isteirnya berkahwin dengan orang lain, 371

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 371

09/04/2010 23:06:08

Kitab Thaharah (Bersuci)

maka hadith ini datang untuk menjelaskan maksud dan makna nikah itu sendiri. Ia bermaksud isteri yang telah ditalak tiga tidak boleh dikahwini oleh suamu yang pertama sehinggalah suaminya yang kedua merasakan manisnya dan nikmatnya persetubuhan dengannya, bukan hanya sekadar melangsungkan akad pernikahan belaka. Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan:

Isteri Rifaah datang kepada Rasulullah (s.a.w) dan bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya suamiku, Rifaah telah menceraikanku, kemudian aku berkahwin lagi dengan Abdurrahman bin al-Zubair al-Qurazhi, tetapi dia seorang lelaki yang zakarnya tidak mampu mengeras. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Agaknya kamu ingin kembali semula kepada Rafaah? Tidak boleh, kecuali jika dia telah merasakan manisnya dan nikmatnya bersetubuh denganmu, demikian pula kamu. Lafaz hadith yang dikemukakan Ibn Hajar di atas merupakan ringkasan daripada hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari ini. Analisis Lafaz ,dia adalah Rifaah al-Qurazhi sebagaimana dalam riwayat al-

tradisi Arab apabila ingin menggambarkan sesuatu yang lazat diungkapkan dengan istilah madu.

,apa yang pasti dalam riwayat al-Bukhari bahawa talak tiga ini terjadi dalam satu majlis , dia adalah Abdurrahman bin al-Zubair al-Qurazhi. , dalam riwayat al-Bukhari disebutkan alasannya iaitu zakarnya mirip bulu ayam kerana tidak mampu mengeras. ,Abdurrahman. ,ini merupakan perumpamaan bagi persetubuhan, kerana

Bukhari.

372

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 372

09/04/2010 23:06:09

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Boleh menjatuhkan talak tiga menurut pendapat al-Bukhari, Ibn Taimiyyah dan sekumpulan ulama, namun istinbat hukum seperti ini daripada hadith di atas masih memuatkan banyak kemungkinan. 2. Wanita yang sudah ditalak tiga tidak boleh dirujuk oleh suaminya sehinggalah dia berkahwin dengan lelaki lain dan melakukan persetubuhan dengannya lalu dia diceraikan lagi. Inilah ijma ulama kecuali ada satu pendapat yang diriwayatkan daripada Ibn al-Musayyab. Ulama berbeza pendapat mengenai maksud asilah di dalam hadith ini Menurut al-Hasan, asilah adalah mengeluarkan mani dan pernikahan semula oleh suami pertama tidak dapat dihalalka melainkan dengan cara seperti itu. Menurut jumhur ulama, asilah adalah perumpamaan bagi persetubuhan dan ini terjadi ketika kepala zakar seorang lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan. Inilah yang mewajibkan dijatuhkannya hudud dan wajib membayar mahar. Soalan 1. Apakah takrif nikah? 2. Sebutkan dua hadith yang menggalakkan untuk berkahwin? 3. Syarahkan kalimat dalam hadith: dan kalimat ?

4. Sebutkan hukum-hakam yang terdapat di dalam hadith: ?... 5. Sebahagian ulama fiqh membahagikan hukum nikah kepada lima. Sebutkan pembahagian secara terperinci? 6. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ? 7. Sempurnakan hadith berikut: ... dan bincangkan maksudnya? 8. Apakah doa yang mesti dibaca supaya mempelai memperoleh keberkatan dalam mengharungi bahtera rumah tangga? 9. Sebutkan teks khutbah nikah dan bincangkan jika benar kenyataan yang menegaskan bahawa khutbah ini hanya khusus dibaca untuk majlis perkahwinan sahaja? 10. Bincangkan masalah melihat kepada perempuan yang hendak dipinang? 11. Bolehkah seorang lelaki meminang perempuan yang sedang dipinang oleh saudaranya?

373

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 373

09/04/2010 23:06:09

Kitab Thaharah (Bersuci)

12. Sebutkan hadith Sahl bin Saad al-Saidi dalam kisah seorang perempuan yang menyerahkan dirinya kepada Rasulullah (s.a.w) dan huraikan kosa kata yang terdapat di dalamnya? 13. Sebutkan sepuluh hukum-hakam yang terdapat di dalam hadith Sahl dalam kisah seorang perempuan yang menyerahkan dirinya kepada Rasulullah (s.a.w)? 14. Sebutkan empat nama sahabat atau lebih daripada itu di mana mereka meriwayatkan hadith mengisytiharkan atau merayakan pernikahan? 15. Adakah hadith: mursal atau mawshul? 16. Bolehkah berkahwin tanpa wali? 17. Bolehkah berkahwin tanpa kehadiran saksi? 18. Bincangkan makna hadith: ? 19. Bolehkah penguasa menggantikan wali yang sedang dalam perjalanan sejauh jarak yang dibolehkan mengqashar solat padanya? 20. Rasulullah (s.a.w) bersabda: .... Sempurnakan teks hadith ini dan bincangkan pendapat ulama fiqh terhadap permasalahan yang ada di dalamnya? 21. Bolehkah anak yatim perempuan yang masih kecil dikahwinkan oleh selain ayahnya? 22. Bolehkah seorang perempuan mengahwinkan dirinya sendiri dan apa pula pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 23. Apakah takrif syighar yang telah dilarang dalam sebuah hadith Rasulullah (s.a.w)? 24. Apakah nikah syighar batal ataupun sebaliknya? 25. Bolehkah seorang ayah mengahwinkan anak gadisnya meskipun tanpa keredhaannya? 26. Apakah hukum perempuan yang dikahwinkan oleh dua orang wali? 27. Apakah yang kamu ketahui tentang al-Hasan al-Bashri rahimahullah? 28. Apakah dalilnya bahawa seorang hamba lelaki tidak oleh berkahwin sebelum mendapat kebenaran daripada tuannya? 29. Bolehkah memadu seorang wanita dengan mak cik sebelah ayahnya, mak sebelah ibunya atau antara dua orang mak cik dari sebelah atau dua mak cik dari ayah? 30. Sebutkan tiga yang menceritakan perkahwinan orang yang sedang berihram dan sebutkan pendapat yang paling kuat mengenainya? 31. Apakah hukum adanya syarat-syarat di dalam nikah?

374

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 374

09/04/2010 23:06:09

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

32. Apakah hukum nikah cina buta dan bincangkan dali-dalil ulama dalam masalah ini? 33. Sebutkan satu ayat al-Quran dan satu hadith mengenai perkahwinan pezina lelaki dengan pezina perempuan di samping mengemukakan pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 34. Bolehkah pezina lelaki berkahwin dengan perempuan yang dia pernah berzina dengannya? 35. Bilakah seorang perempuan dibolehkan rujuk dengan bekas suaminya yang pernah mentalaknya sebanyak tiga?

375

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 375

09/04/2010 23:06:09

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB KAFAAH (SAMA KEDUDUKAN) DAN KHIYAR (HAK MEMILIH)

Kafaah adalah sepadan dan sedarjat. Ulama berbeza pendapat mengenai jenisnya, meskipun mereka bersepakat terhadap kafaah dalam agama, di mana tidak boleh mengahwinkan seorang muslim dengan orang kafir dan demikian pula sebaliknya. Khiyar pula adalah memberikan hak pilih kepada seorang perempuan untuk menentukan pasangan hidupnya sama ada tetap memilih kekal hidup bersama suaminya hidup yang sekarang atau sebaliknya. Hak ini juga diberikan kepada suami kerana pada dasarnya dia berhak memilih yang terbaik untuk pasangan hidupnya.

232- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Orang Arab sedarjat antara sesama mereka dan hamba yang telah dimerdekakan sedarjat antara sesama mereka kecuali tukang tenung dan tukang bekam. (Diriwayatkan oleh al-Hakim. Di dalam sanadnya terdapat seorang periwayat yang namanya tidak disebutkan, tetapi Abu Hatim mengingkarinya: 1032)

233- Hadith ini memiliki syahid di sisi al-Bazzar yang diriwayatkan daripada Muadz bin Jabal dengan sanad yang munqathi: 1033)

376

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 376

09/04/2010 23:06:10

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Allah (s.w.t) berfirman:

Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13) Mengikut pemahaman ayat ini, persamaan darjat terletak pada agama sahaja. Ini turut disokong oleh sabda Rasulullah (s.a.w):

Tidak ada keutamaan bagi orang Arab ke atas orang selain Arab kecuali dengan ketakwaan. Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa suku dan bangsa tidak boleh dijadikan kayu ukur dalam menentukan persamaan darjat. Tambahan pula hadith ini daif. Analisis Lafaz

,orang yang menisbahkan dirinya kepada bangsa Arab, padahal dia bukan orang Arab.

,jamak kufu, sama darjat baik kemampuan atau kedudukan.

beliau dalam kitab alIlal berkata kepada anaknya: Hadith ini dusta dan sama sekali tidak ada asasnya. Dalam kesempatan lain, beliau berkata: Hadith ini mawdhu (palsu). Ibn Abdul Barr berkata: Hadith ini munkar dan mawdhu. Meskipun memiliki banyak jalur, namun kesemuanya adalah daif. Al-Daruquthni dalam kitab al-Ilal berkata: Hadith ini tidak sahih, kerana Hisyam bin Ubaid al-Rawi masih dipertikai kedudukannya sebagai periwayat hadith ini. Setelah perkataan tukang bekam di atas, dia turut menambahkan tukang samak. 377

, hadith ini dinilai munkar oleh Abu Hatim di mana

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 377

09/04/2010 23:06:10

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1- Kedudukan orang Arab adalah sama, namun orang yang menisbahkan diri kepada mereka tidak memiliki kedudukan yang sama dengan mereka. Ulama berbeza pendapat mengenai persamaan kedudukan ini. Menurut Ibn Umar dan Ibn Masud dari kalangan sahabat, Ibn Sirin, Ibn Abdul Aziz dari kalangan tabiin, Imam Malik dan Imam al-Syafii dalam satu riwayat dan sekumpulan ulama yang lain menyatakan bahawa kesamarataan ini hendaklah berdasarkan agama sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Hujurat ayat 13 di atas. Dalam perkembangan yang, al-Bukhari turut menyokong pendapat ini dengan membuat satu bab berjudul: persamaan kedudukan berdasarkan agama dan firman Allah (s.w.t): Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya). (Surah al-Furqan: 54). Kemudian al-Bukhari mengemukakan hadith yang menceritakan perkahwinan Salim mawla Abu Hudzaifah dengan Hindun binti al-Walid. Sementara jumhur ulama berpendapat bahawa persamaan kedudukan hendaklah berdasarkan keturunan. Menurut Abu Hanifah, suku Quraisy memiliki kedudukan yang setara di antara sesama mereka dan orang Arab memiliki kedudukan yang sama di antara sesama mereka. Orang Arab tidak setara dengan suku Quraisy, sebagaimana orang bukan Arab tidak setara dengan orang Arab. Inilah pendapat Imam al-Syafii dalam satu riwayat. Bagaimanapun, Imam al-Syafii berpendapat bahawa mengahwinkan orang yang tidak sedarjat tidaklah diharamkan hingga nikahnya boleh dibatalkan, namun tindakan ini pada hakikatnya merendahkan kedudukan perempuan yang lebih kedudukannya dan demikian pula walinya. Jadi, jika mereka sama-sama redha untuk berkahwin maka perkahwinan itu dinyatakan meskipun orang yang memiliki kedudukan lebih tinggi berhak untuk membatalkan perkahwinan. Pendapat yang menyatakan kesetaraan hendaklah berdasarkan keturunan berhujah dengan hadith dalam bab ini dan hadith Muadz, namun Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari berkata: Tidak ada hadith yang sahih yang mengatakan kesetaraan mesti berdasarkan keturunan. Mereka turut mengemukakan dalil dengan hadith:

Sesungguhnya Allah memilih bani Kinanah dari keturunan Nabi Ismail, memilih Quraisy dari bani Kinanah, memilih bani Hasyim

378

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 378

09/04/2010 23:06:11

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

dari keturunan Quraisy dan memilihku dari keturunan Hasyim. (Diriwayatkan oleh Muslim) Hadith yang lain pula menyebutkan:

Dahulukan kaum Quraisy dan jangan kamu mendahului mereka. (Hadith sahih). Tetapi hadith ini tidak dapat dijadikan sebagai hujah, kerena banyak riwayat yang menceritakan terjadinya perkahwinan orang Arab dengan orang bukan Arab. Ketetapan dalam masalah ini sudah jelas dan tidak boleh dikhususkan. Oleh itu, nash yang jelas mestilah didahulukan ke atas nash yang memuatkan banyak kemungkinan. 2- Memandang rendah pekerjaan tukang bekam dan tukang tenung. Pembahasan Al-Amir al-Shanani berkata: Rasulullah (s.a.w) menyampaikan khutbah pada waktu pembukaan kota Makkah. Baginda bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah menjauhkan kesombongan masyarakat jahiliah Di sini baginda menjadikan berbanggah-bangga dengan kerturunan sebagai sikap sombong yang biasa diamalkan oleh masyarakat jahiliah. Ini tentu tidak layak dilakukan oleh seorang mukmin. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, baginda bersabda:

Ada empat kebiasaan buruk masyarakat jahiliah yang sukar ditinggalkan; bangga dengan keturunan, merendahkan nasab, meminta hujah dengan petunjuk bintang dan merapati mayat. Betapa ramai perempuan mukminah yang tidak berkahwin lantaran keegoan dan kesombongan walinya. Ya Allah, kami berlindung kepadaMu daripada syarat yang bersumber nafsu dan dijadikan hamba oleh sifat sombong.

234- Daripada Fatimah binti Qais (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda kepadanya: Hendaklah kamu berkahwin dengan Usamah. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1034).

379

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 379

09/04/2010 23:06:11

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini turut menjelaskan bahawa keturunan tidak boleh dijadikan sebagai ukuran dalam menentukan persamaan darjat dan kedudukan. Ini kerana Fatimah binti Qais, seorang wanita Quraisy, keturunan bani Fihr dan salah seorang wanita muhajirin yang pertama berkahwin dengan Usamah bin Zaid, seorang sahabat yang pernah menjadi hamba sahaya. Malah dalam satu hadith diceritakan Usamah diberi keutamaan ke atas beberapa orang Arab lain yang turut memiliki hasrat berkahwin dengan Fatimah binti Qais. Kisah lengkapnya adalah sebagai berikut:

Abu Hafsh bin Amar telah mentalak tiga Fatimah ketika dalam perjalanan. Abu Hafsh mengutus seorang wakil membawakan barli kepada Fatimah. Melihat itu, Fatimah pun marah. Suaminya lalu berkata: Mulai sekarang aku tidak mempunyai apa-apa kewajipan lagi ke atas dirimu. Fatimah kemudian mendatangi Rasulullah (s.a.w) untuk menceritakan apa yang sedang dialaminya. Baginda bersabda: Kamu tidak berhak lagi mendapat nafkah daripada bekas suamimu itu. Baginda menyuruhnya menghabiskan masa iddah di rumah Ummu Syarik. Tidak lama kemudian, baginda bersabda: Ummu Syarik adalah seorang perempuan yang sering dikunjungi oleh sahabat-sahabatku. Sebaiknya kamu menghabiskan masa iddah di rumah Ibn Ummi Maktum, kerana dia seorang yang buta dan tidak dapat melihat pakaianmu. Jika iddahmu sudah habis, maka beritahukan kepadaku. Fatimah berkata: Setelah habis iddah, aku menceritakan kepada baginda bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan dan Abu Jahm bin Hudzaifah

380

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 380

09/04/2010 23:06:12

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

pernah meminang diriku. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Abu Jahm seorang kurang tegas dalam berpendirian manakala Muawiyah pula seorang miskin yang tidak berharta. Sebaiknya kamu berkahwin dengan Usamah. Namun aku tidak menyukai Usamah bin Zaid. Kemudian baginda bersabda: Kahwinlah kamu dengan Zaid. Aku segera berkahwin dengannya dan Allah menjadikan perkahwinanku itu sebagai kebahagiaan dan kami dapat membina rumah tangga yang bahagia pula. Dari sekian orang yang melamar Fatimah adalah orang Arab, selain Usamah. Analisis Lafaz Fatimah binti Qais adalah saudari al-Dhahhak bin Qais, salah seorang wanita muhajirin pertama. Beliau berasal dari suku Quraisy dan kabilah Fihr. Beliau seorang wanita cantik dan berasal dari keturunan yang baik. Usamah bin Zaid pula adalah seorang bekas hamba sahaya Rasulullah (s.a.w). Fiqh Hadith Keturunan tidak boleh dijadikan ukuran dalam menentukan kesetaraan. Hadith ini memuatkan banyak hukum-hakam, tetapi tidak mungkin dihuraikan secara keseluruhannya di dalam bab ini.

235- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Wahai Bani Bayadhah, kahwinkanlah Abu Hind dan tunangkanlah dia. Beliau tukang bekam. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Hakim dengan sanad yang baik: 1035). Makna Hadith Hadith ini menyempurnakan hadith sebelumnya, di mana disebutkan bahawa keturunan tidak boleh dijadikan sebagai tolak ukur dalam menentukan persamaan kedudukan.

381

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 381

09/04/2010 23:06:12

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz

,dengan membaca fathah huruf hamzah dan kasrah huruf kaf yakni , namanya adalah Yasar. Dialah orang yang pernah membekam Rasulullah (s.a.w) sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa riwayat.
adalah kahwinkanlah.

, dengan membaca kasrah huruf kaf, iaitu adalah tunangkanlah, kerana kalimat ini apabila digandingkan dengan huruf , maka ia bermaksud meminang.
Fiqh Hadith Keturunan tidak boleh dijadikan sebagai tolak ukur dalam menentukan persamaan kedudukan.

236- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Sewaktu Barirah merdeka, dia diberi pilihan untuk meneruskan perkahwinan dengan suaminya atau sebaliknya. (Muttafaq alaihi dalam hadith yang panjang). Dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa suaminya seorang hamba. Dalam riwayat lain diceritakan bahawa suaminya seorang yang merdeka, tetapi riwayat pertama yang lebih tepat. Menurut keterangan satu hadith dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan daripada Ibn Abbas (r.a) suaminya seorang hamba. (1036). Makna Hadith Hadith ini merupakan hadith pertama yang membicarakan hak pilih bagi wanita. Di dalamnya disebutkan pelbagai jenis pilihan, di mana seorang hamba wanita yang telah dimerdekakan diberi hak pilih terhadap suaminya, sama ada suaminya itu seorang hamba atau orang merdeka. Punca pemberian hak pilih ini adalah adanya perbezaan hukum antara hamba sahaya dengan orang merdeka dalam masalah perkahwinan.

382

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 382

09/04/2010 23:06:12

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,diberi hak pilih sama ada tetap menjadi isteri kepada suaminya yang sekarang atau memilih untuk bercerai. ,mengikut wazan . ,namanya Mughits.

,dimerdekakan. Sebelum ini telah disebutkan bahawa orang yang memerdekakannya adalah Aisyah.

, sebahagian hadith disebutkan dalam kitab jual beli

pertimbangan berikut. Alasan pertama, ia diriwayatkan oleh ulama Madinah, di mana mereka biasanya lebih diakui keilmuannya berbanding ulama yang lain. Inilah alasan pertama Alasan kedua, hadith ini datang daripada Aisyah sebanyak dua kali dengan lafaz yang berlainan, sementara ia datang daripada Ibn Abbas hanya sekali yang di dalamnya disebutkan bahawa suami Barirah adalah seorang hamba. Oleh itu, riwayat Ibn Abbas hendaklah diutamakan ke atas riwayat Aisyah masih dalam dipertikai itu. Alasan ketiga, mengikut pendapat yang kuat bahawa riwayat Aisyah sama dengan riwayat Ibn Abbas seperti mana yang disokong oleh alBukhari. Menurut al-Darquthni, tidak ada perbezaan lafaz dalam riwayat Urwah daripada Aisyah bahawa suami Barirah adalah seorang hamba. Inilah yang ditegaskan oleh Jafar bin Muhammad daripada ayahnya daripada Aisyah. Menurut al-Nawawi, adalah benar pendapat yang mengatakan bahawa suami Barirah adalah seorang hamba berdasarkan kepada kesahihan hadithnya. Fiqh Hadith 1. Seorang hamba wanita yang sudah dimerdekakan berhak memiliki hak pilih jika suaminya seoarang hamba sama ada dia tetap kekal hidup bersama suaminya atau sebaliknya. Ini berdasarkan ijma ulama. 2. Seorang hamba wanita yang sudah dimerdekakan berhak mendapat hak pilih jika suaminya seorang lelaki merdeka, tetapi ulama masih berbeza pendapat dalam masalah ini. Menurut jumhur ulama, tidak ada pilihan baginya jika suaminya seorang lelaki yang merdeka. Menurut al-Syabi dan sekumpulan ulamak, dia tetap memiliki hak pilih.

, hadith yang pertama lebih sahih berdasarkan tiga

383

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 383

09/04/2010 23:06:12

Kitab Thaharah (Bersuci)

237- Daripada al-Dhahkak bin Fairuz al-Dailami daripada ayahandanya, beliau berkata: Saya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah masuk Islam dan saya mengahwini dua orang perempuan yang bersaudari. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ceraikan mana di antara mereka yang kamu kehendaki. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah selain al-Nasai, dinilai sahih oleh Ibn Hibban, al-Daruquthni dan al-Baihaqi, dinilai malul oleh al-Bukhari: 1037). Makna Hadith Dalam hadith sebelum ini telah diterangkan mengenai larangan memadu dua wanita yang bersaudari, tetapi jika suminya seorang kafir, sementara dia mempunyai dua isteri yang bersaudari kandung, lalu dia masuk Islam, maka apa yang mesti dia lakukan? Hadith ini menjawab permasalahan ini, di mana dia diberi hak pilih untuk memilih salah seorang di antara mereka berdua. Analisis Lafaz , perumpamaan terhadap pernikahan, kerana orang lelaki yang

menyetubuhi isterinya selalu isterinya berada di bawahnya.

Kami tidak tahu bahawa mereka pernah mendengar hadith ini di antara sesama mereka, yakni Abu Wahab al-Jaisyani tidak pernah diketahui mendengar hadith ini daripada al-Dhahhak daripada ayahnya, sementara al-Tirmidhi berpendapat bahawa masing-masing mereka pernah membincangkan hadith ini. Fiqh Hadith Jika seorang lelaki masuk Islam, sementara dia memadu dua orang isteri yang bersaudara, maka dia wajib memilih salah seorang di antara mereka, walaupun yang dia pilih adalah perempuan yang baru dia nikahi. 384

, hadith ini dinilai malul oleh al-Bukhari dan berkata:

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 384

09/04/2010 23:06:13

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Inilah pendapat Imam al-Syafii, Imam Malik, Imam Ahmad dan sekumpulan ulama. Menurut Imam Abu Hanifah, dia mesti memilih isteri yang pertama bukan isteri yang kedua, namun jika dia menikahinya dalam satu waktu yang bersamaan, maka dia tidak boleh memilih salah seorang di antara mereka. Penting Al-Shanani setelah menghuraikan hadith ini berkata: Hadith ini merupakan dalil bahawa perkahwinan di antara sesama orang kafir dianggap sah, walaupun pada hakikatnya perkahwinan mereka berbeza dengan cara perkahwinan Islam dan seorang isteri tidak keluar daripada statusnya sebagai isteri kepada suaminya kecuali dengan talak setelah memeluk Islam. Demikian pula status perkahwinan mereka dianggap sah tanpa memperbaharui akad mereka. Inilah pendapat Imam Malik, Imam Ahmad, Imam al-Syafii dan Dawud. Menurut mazhab Hanafi, perkahwinan orang kafir tidak boleh diperakui kecuali perkahwinan yang sesuai dengan ajaran Islam. Periwayat Hadith Fairuz, nama bagi salah satu batu antik. Nama panggilannya adalah Abu Abdullah. Beliau berasal dari Dailim dan pernah tinggal di Himyar. Beliau salah seorang keturunan penguasa Parsi di Sana. Beliau pernah memimpin delegasi berjumpa Rasulullah (s.a.w) dan beliaulah yang membunuh alAnsi al-Kaddzab yang mengaku dirinya sebagai nabi palsu pada tahun kesebelas sebelum Rasulullah (s.a.w) wafat.

238- Daripada Salim daripada ayahnya bahawa Ghailan bin Salamah masuk Islam dan dia memiliki sepuluh isteri, di mana kesemua mereka turut masuk Islam bersamanya. Rasulullah (s.a.w) kemudian menyuruhnya memilih empat wanita di antara mereka sebagai isterinya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tirmidhi, dinilai sahih oleh al-Hakim dan Ibn Hibban, dinilai malul oleh al-Bukhari, Abu Zurah dan Abu Hatim: 1038).

385

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 385

09/04/2010 23:06:13

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith, Analisis Lafaz dan Fiqh Hadith Hadith ini turut menerangkan mengenai seorang lelaki yang masuk Islam sedangkan dia mempunyai sepuluh isteri dan seorang muslim tidak dibenarkan memiliki isteri lebih daripada empat orang. Allah (s.w.t) berfirman Allah:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah al-Nisa: 3) Jawapan permasalahan ini sama seperti jawapan sebelumnya, di mana wajib memilih empat di antara sepuluh orang isteri yang telah dikahwini. Ulama berbeza pendapat sama hadith ini sahih ataupun daif. Dalam kaitani ini, Ibn Katsir berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Abdulah Muhammad bin Idris al-Syafii, Imam Ahmad bin Hanbal, al-Tirmidhi dan Ibn Majah sementara sanadanya daripada Mamar daripada al-Zuhri daripada Salim daripada ayahnya dan periwayatnya mengikut syarat alBukhari dan Muslim, namun al-Tirmidhi berkata: Saya pernah mendengar al-Bukhari berkata: Hadith ini tidak sahih. Apa yang benar adalah hadith ini diriwayatkan Syuaib bin Abu Hamzah dan selainnya daripada al-Zuhri, beliau berkata: Saya menceritakan daripada Muhammad al-Tsaqafi bahawa Ghailan lalu dia mengemukakan hadith ini. Al-Bukhari berkata: Hadith al-Zuhri daripada Salim daripada ayahnya bahawa seorang lelaki dari Tsaqif mentalak isterinya lalu Umar berkata kepadanya: Pilihlah sama ada kamu merujuk isterimu atau aku akan merejam kuburmu sebagaimana kami merejam kubur Abu Righal.

386

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 386

09/04/2010 23:06:14

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

239- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) pernah mengembalikan puterinya bernama Zainab kepada Abu al-Ash bin al-Rabi dengan akad nikah yang pertama setelah enam tahun berpisah dan baginda tidak memperbaharui akad nikah mereka. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah kecuali al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Hakim dan Imam Ahmad: 1039).

240- Daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah mengembalikan puterinya yang bernama Zainab kepada suaminya Abu al-Ash dengn akad nikah yang baru. (AlTirmidhi berkata: Sanad hadith Ibn Abbas ini lebih baik, namun dalam praktik menggunakan hadith Amr bin Syuaib: 1040). Makna Hadith Kedua-dua hadith ini mengemukakan permasalahan bagi pasangan suami isteri yang salah seorang daripadanya masuk Islam sementara seorang lagi masih tetap dalam kemusyrikan. Hadith pertama menyebutkan bahawa perkahwinan boleh tetap dikekalkan di mana seorang suami berhak untuk kembali kepada isterinya yang sudah lama memeluk Islam, meskipun masa keislaman mereka telah dipisahkan oleh waktu selama beberapa tahun. Sementara hadith kedua pula menegaskan bahawa Rasulullah (s.a.w) mengembalikan puterinya dengan akad baru dan ini menunjukkan batalnya perkahwinan yang pertama. Oleh kerana kisah ini berlaku dalam satu masa, maka mesti dicari mana riwayat yang rajah di antara kedua-dua hadith ini, kerana peristiwa ini tidak mungkin berlaku secara berulang atau berasingan. Analisis Lafaz

, menikahkan dengan orang lain selain suami pertama.

dan lebih baik daripada hadith Ibn al-Ash. Al-Hafiz Ibn Katsir berkata: Menurut Imam Ahmad, hadith yang riwayatkan Amr bin Syaib ini daif, kerana Hajjaj tidak pernah mendengarnya 387

,fiil tafdhil berasal dari kalimat jayyid, yakni hadith ini lebih kuat

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 387

09/04/2010 23:06:14

Kitab Thaharah (Bersuci)

daripada Amr, sebaliknya dia mendengarnya daripada Muhammad alAzrami dan al-Azrami seorang periwayat yang riwayatnya tidak boleh diambil kira. Jadi, apa yang betul adalah hadith Ibn Abbas sahih. Inilah yang dikatakan oleh al-Bukhari dan al-Tirmidhi, Abu Ubaid, al-Daruquthni dan al-Baihaqi yang diceritakan daripada sekumpulan ulama hafiz.22 Sedangkan Ibn Abdul Barr cenderung menilai rajah riwayat Amr bin Syuaib. Penting Al-Tirmidhi memberi komentar hadith Ibn Abbas dengan berkata: Sanadnya tidak ada masalah, tetapi kami tidak mengetahui jalur hadith ini. Barangkali ia datang daripada Dawud bin Hushain yang diriwayatkan daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas menerusi hafalannya sendiri. Menurut pensyarah kitan ini, memang benar bahawa hadith-hadith yang diriwayatkan Dawud daripada Ikrimah memuatkan hadith munkar dan ini sudah masyhur. Apapun, hadith ini mempunyai beberapa syahid dan beberapa jalur antara lain. Pertama. adalah ia diriwayatkan Ibn Saad dengan sanad sahih daripada Amir secara mursal, beliau berkata: Abu al-Ash bin al-Rabi datang dari negeri Syam, sementara isterinya Zainab binti Muhammad telah berhijrah kemudian suaminya masuk tidak lama setelah itu dan tidak ada perbezaan di antara mereka berdua. Kedua, ia diriwayatkan daripada Qatadah secara mursal. Dalam kitab al-Mushannaf karya Abdurrazzaq daripada Ayyub daripada Mamar daripada Ikrimah bin Khalid bahawa Ikrimah bin Abu Jahal melarikan pada hari pembukaan kota Makkah, kemudian isterinya menulis surat kepadanya supaya masuk Islam. Jadi, isterinya lebih dulu daripada Ikrimah, kemudian barulah Ikrimah masuk Islam dan Rasulullah (s.a.w) tetap mengakui ikatan perkahwinan yang mereka lakukan sebelum masuk Islam. Hadith ini mursal, tetapi sanadnya sahih. Fiqh Hadith 1. Seorang muslimah yang menjadi isteri kepada orang kafir yang belum masuk Islam dan tidak lama kemudian dia pun turut masuk Islam masih tetap dianggap sebagai suami isteri yang sah sebagaimana yang disebutkan dalam hadith pertama. Inilah pendapat sebahagian mazhab Zahiri dan diriwayatkan daripada Ali, al-Nakhai dan difatwakan oleh Hammad guru kepada Imam Abu Hanifah dan al-

22

Di antara mereka adalah Yahya bin Said al-Qahan.

388

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 388

09/04/2010 23:06:14

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Zuhri. 2. Seorang muslimah yang menjadi isteri kepada orang kafir yang belum masuk Islam dan tidak lama kemudian dia pun turut masuk Islam tidak sah dianggap sebagai suami isteri lagi. Inilah pendapat imam mazhab yang empat dan jumhur ulama. Mereka berkata: Jika wanita kafir harbi masuk Islam sedangkan suaminya masih berstatus kafir harbi sementara dia masih mengandung anak suaminya, maka jika suaminya itu masuk Islam ketika isterinya masih dalam iddah, maka ikatan perkahwinan mereka tetap dikekalkan. Jika suaminya masuk Islam setelah masa iddah isterinya sudah habis, maka mereka dianggap cerai. Ibn Abdul Barr menukil bahawa pendapat ini berdasarkan ijma ulama. Penting Al-Baghawi berkata: Jika pasangan suami isteri yang musyrik masuk Islam secara bersamaan, maka ikatan perkahwinan mereka tetap dianggap sah menurut kesepakatan ulama. Demikian pula jika suaminya masuk Islam terlebih dahulu, kemudian isterinya yang berstatus ahli kitab menyusul masuk Islam, maka ikatan perkahwinan mereka tetap dianggap sah. Jika suami masuk Islam sementara isterinya beragama majusi atau musyrik atau sebaliknya di mana isteri masuk Islam sementara suaminya masih tetap beragama majusi atau musyrik, maka ulama berbeza pendapat dalam masalah ini.

241- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Ada seorang wanita masuk Islam, lalu dia pun berkahwin dengan orang lain. Setelah berkahwin, suaminya yang pertama datang kepada Rasulullah (s.a.w) dan berkata: Wahai Rasulullah, saya sekarang sudah masuk Islam dan isteriku juga sudah mengetahui bahawa saya sudah masuk Islam. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) mengambil perempuan itu daripada suami yang kedua, kemudian diserahkan kepada suami yang pertama. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim: 1041). 389

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 389

09/04/2010 23:06:15

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Ibn Hajar mengemukakan hadith ini dengan tujuan beliau lebih cenderung memilih hadith Ibn Abbas sebelum ini. Analisis Lafaz

, yakni suami pertama yang dia tinggalkan kerana masih tetap


dalam kekafirannya.

,dengan membaca fathah huruf mim, dia ingin kembali semula kepada isterinya. ,rujuk semula setelah ditalaknya.

, hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban, meskipun ia berasal daripada Ikrimah, kerana riwayat ini mudhtharib.
Fiqh Hadith 1. Jika seorang isteri mengaku telah dicerai oleh suaminya setelah dikenal pasti mereka pernah berkahwin, kemudian suami mengingkari perceraian tersebut, maka pengakuan yang wajib diambil kira adalah pengakuan suami, sama ada isterinya telah berkahwin dengan orang lain ataupun tidak. 2. Jika pasangan suami isteri masuk Islam, lalu mereka berselisih pendapat di mana suami berkata: Kami masuk Islam secara bersamaan dan oleh kerananya, kami masih kekal berstatus suami isteri, kemudian isteri berkata: Tidak betul, kami Islam secara terpisah dan tidak bersamaan dan oleh itu, perkahwinan kita batal, maka perkataan yang wajib diambil kira adalah perkataam suami. 3. Jika suami masuk Islam, kemudian isterinya mengetahui perkara ini, maka isterinya tetap menjadi isteri kepada suaminya yang masuk Islam itu. Jika isterinya itu berkahwin lagi dengan orang lain, maka perkahwinan itu batal dan isterinya itu mesti diambil secara paksa daripada suami yang kedua. Penting Al-Shanani berkata: Sabda Rasulullah (s.a.w): saya sekarang sudah masuk Islam dan isteriku juga sudah mengetahui bahawa saya sudah masuk Islam masih mengandungi banyak kemungkinan sama ada lelaki berkenaan masuk Islam setelah masa iddah isterinya berakhir atau sebelumnya, sehingga dia berhak untuk rujuk semula, atau ada pula kemungkinan isterinya itu mengetahui keislaman suaminya sebelum isterinya berkahwin dengan 390

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 390

09/04/2010 23:06:15

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

orang lain maka nikahnya batal, sama ada iddahnya sudah habis ataupun tidak. Hadith ini menjadi dalil bagi Ibn al-Qayyim dan kami tidak tahu sama ada masalah iddah di dalam hadith ini perlu diambil kira ataupun sebaliknya, kerana Rasulullah (s.a.w) tidak bertanya tentang iddah kepada wanita tersebut. Ini merupakan bukti bahawa iddah dalam kes sebegini tidak perlu diambil kira.

242- Daripada Zaid bin Kaab bin Ujrah daripada ayahnya, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) pernah berkahwin dengan al-Aliyah dari kalangan Bani Ghifar. Ketika masuk ke tempat baginda dan menanggalkan pakaiannya, baginda melihat belang putih di antara tulang belakang dengan pinggulnya. Melihat itu, baginda bersabda: Pakailah kainmu dan pergilah kepada keluargamu. Beliau menyuruh agar dia diberi mas kawin. (Diriwayatkan oleh al-Hakim. Di dalam sanadnya ada periwayat majhul bernama Jamil bin Zaid, sementara status gurunya masih dipertikai: 1042). Makna Hadith Hadith ini membicarakan dua perkara: Pertama, lafaz-lafaz yang dianggap menunjukkan talak atau sebaliknya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Pulanglah kepada keluargamu. Kedua, hak pilih dalam perkahwinan kerana adanya aib atau cacat. Ulama menjelaskan bahawa hak pilih diberikan kepada salah seorang di antara pasangan suami isteri jika ada cela atau aib pada salah seorang pasangan, sama ada aib itu berupa penyakit kusta, gila dan lain-lain. Analisis Lafaz ,dengan membaca kasrah huruf ghain, nama sebuah kabilah.

,bahagian tubuh antara pinggul dengan tulang rusuk seperti mana yang dijelaskan dalam kitab al-Qamus.

, menanggalkan pakaian yang dia pakai.

391

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 391

09/04/2010 23:06:15

Kitab Thaharah (Bersuci)

,kerana penyakit kusta.

, pendapat lain mengatakan hadith ini daripada Zaid bin Kaab bin Ujrah sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibn Hajar. Pendapat lain mengatakan daripada Ibnu Umar. Pendapat lain mengatakan daripada Kaab bin Zaid. Hadith ini daif sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Hajar, Yahya bin Muin, al-Bukhari, Ibn Adi, al-Baghawi dan sekumpulan ulama hadith.
Fiqh Hadith 1. Orang yang menderita penyakit kusta mesti dikuarantin. 2. Perkahwinan boleh dibatalkan jika didapati ada aib atau cela, kerana berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w) dalam satu riwayat daif: Kamu telah menipuku. Ulama berbeza pendapat tentang pembatalan nikah kerana adanya aib. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa perkahwinan boleh dibatalkan kerana adanya aib, meskipun mereka berbeza pendapat tentang batasan aib itu sendiri. Ibn al-Qayyim berkata: Aib menyebabkan salah seorang pasangan merasa benci dan oleh kerananya, matlamat perkahwinan seperti ketenangan dan kasih sayang tidak dapat diwujudkan. Ini tentunya menjadikan salah seorang pasangan yang merasa dirugikan berhak memiliki hak pilihan. Sementara aib yang masih boleh ditolak ansur tidak ada hak pilih di dalamnya. Kusta dan sopak merupakan antara aib yang membolehkan seseorang berhak memiliki hak pilih dalam perkahwinan. Menurut Dawud dan Ibn Hazm, perkahwinan tidak batal kerana adanya aib. 3. Perkataan seorang suami kepada isterinya: Pulanglah kepada keluargamu, merupakan lafaz talak jika suami berniat untuk menceraikannya. Inilah pendapat jumhur ulama. 4. Disunatkan memberi mahar kepada perempuan yang memiliki aib namun kami tidak mengatakannya itu wajib, kerana suami belum lagi menyetubuhinya sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Imam Ahmad bahawa ketika baginda masuk ke dalam bilik lalu meletak pakaian dan duduk di atas katil. Baginda ternampak penyakit kusta pada tubuh perempuan itu lalu baginda memalingkan dirinya. Pada akhir hadith ini dikatakan bahawa baginda tidak mengambil semula mahar yang telah diberikan kepada perempuan itu. Ini menunjukkan Rasulullah (s.a.w) belum sempat bersetubuh dengannya, tetapi baginda tetap memberi mahar kepadanya sebagai satu penghormatan kepadanya. 392

, sindiran yang menujukkan talak.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 392

09/04/2010 23:06:15

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

*- Daripada Said bin al-Musayyab bahawa Umar bin al-Khatthab (r.a), beliau berkata: Mana-mana lelaki berkahwin dengan perempuan lalu dia menyetubuhinya namun kemudian dia mendapati isterinya itu menderita penyakit kudis, gila atau kusta, maka wanita itu berhak menerima mas kawin secara tunai sebab dia sudah disentuh dan lelaki itu berhak meminta ganti rugi kepada orang yang telah menipu dirinya. (Diriwayatkan oleh Said bin Manshur, Malik dan Ibn Abu Syaibah, periwayat hadith ini thiqoh)

*- Hadith serupa turut diriwayatkan oleh Said daripada Ali dan menambahkan: Pada kemaluan wanita itu terdapat tulang. Di sini suaminya boleh memilih antara meneruskan rumah tangganya itu atau menceraikannya. Jika dia sudah menyetubuhinya, maka wanita itu berhak menerima mas kahwin kerana sudah disetubuhi. Makna Hadith Kedua-dua athar ini menguatkan makna hadith sebelumnya yang membolehkan menceraikan wanita kerana adanya aib, tetapi dalam athar pertama ditetapkan tiga jenis aib sedangkan dalam athar kedua ditambah lagi satu jenis aib yang lain dan jumlah keseluruhannya menjadi empat jenis aib dalam perkahwinan. Athar pertama menekankan bahawa mahar wajib diserahkan kepada isteri yang telah disetubuh, meskipun dia sudah mengetahui adanya aib pada isterinya itu. Analisis Lafaz

, masuknya kepala zakar lelaki ke dalam kemaluan perempuan.

, menikahinya.

393

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 393

09/04/2010 23:06:16

Kitab Thaharah (Bersuci)

,dengan menyetubuhinya.

,dengan membaca fathah huruf qaf dan sukun huruf ra, iaitu suatu benda yang berada di permukaan kemaluan wanita. ,dia boleh menceraikan atau tetap mempertahankannya sebagai isterinya jika mahu berbuat demikian. ,menyetubuhinya.

, hadith ini munqathi antara Said dan Umar menurut pendapat yang sahih.

,berasal dari kalimat yakni penipuan.

Fiqh Athar 1. Hak pilih diberikan kerana adanya aib. 2. Penyakit kusta, gila dan kudis merupakan antara penyakit yang membolehkan seorang suami memiliki hak pilih jika dia tidak mengetahuinya sewaktu akad nikah dilangsungkan. 3. Mahar wajib diberikan kepada isteri apabila sudah terjadi persetubuhan. 4. Mahar diwajibkan ke atas orang yang telah menipu suami. Inilah pendapat Imam al-Syafii dalam qawl qadim, Imam Malik dan pendapat ini dinukil daripada Umar, Ali dan Ibn Abbas. Kemudian Imam al-Syafii dalam qaul jadid berkata: Kami meninggalkan qaul qadim kerana berdasarkan hadith Rasulullah (s.a.w):

Mana-mana perempuan yang menikah tanpa izin walinya, maka nikahnya dianggap batil. Jika dia tetap berkahwin dan disetubuhi oleh suaminya, maka dia berhak menerima mahar kerana adanya persetubuhan itu. Hadith ini mewajibkan pemberian mahar walaupun perkahwinan itu dianggap batil. Demikian pula dia menipu seorang lelaki dengan merasiakan aibnya. Pendapat Imam al-Syafii dalam qawl jadi ini senada dengan pendapat Imam Abu Hanifah.

394

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 394

09/04/2010 23:06:16

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

*- Daripada jalur Said bin al-Musayyab, beliau berkata: Umar telah memutuskan bahawa orang yang mati pucuk boleh diberi tempoh selama satu tahun. Periwayat hadith in thiqoh. Makna Hadith Jika seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, kemudian dia tidak mampu menyetubuhinya, baik kerana lemah sahwat atau kerana mati pucuk, maka di sini Umar memutuskan supaya lelaki diberi tempoh satu tahun untuk berusaha dapat menyetubuhi isterinya. Jika tetap tidak mampu, maka isteri diberi hak pilih sama ada tetap kekal hidup bersama suaminya atau sebaliknya lantara adanya aib ini. Analisis Lafaz

, yakni Said bin Manshur meriwayatkannya menerusi jalur yang


lain. ,iaitu lelaki yang tidak mampu menggauli isterinya kerana lemah syahwat atau kerana dia tidak memiliki berhasrat untuk bersetubuh.

, apapun, hadith ini munqathi antara Said dan Umar mengikut pendapat yang sahih.
Fiqh Athar Mati pucuk merupakan penyakit lelaki yang membolehkan wanita berhak ke atas hak pilihnya setelah diberi tempoh selama satu tahun untuk memberi peluang kepada lelaki itu. Ulama berbeza pendapat mengenai hak pilih lantaran adanya aib ini. Menurut Imam Ahmad dan sekumpulan ulama, aib dan penyakit ini tidak menyebabkan akad nikah dibatalkan. Ulama yang mengatakan fasakh berbeza pendapat mengenai tempoh waktu yang diberikan oleh Islam untuk membatalkan perkahwinan itu. Ada yang mengatakan tempoh waktunya selama satu tahun. Inilah pendapat Ibn Masud dan Ibn Umar. Pendapat lain mengatakana tidak ada tempoh waktu di mana seorang wanita dengan serta merta memiliki hak pilih untuk memfasakh nikah. Pendapat ini diriwayatkan daripada Usman. Ada pula pendapat yang mengatakan tempoh waktu yang diperlukan adalah selama sepuluh bulan, Pendapat ini diriwayatkan daripada al-Harits bin Abdullah.

,memberinya tempoh.

395

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 395

09/04/2010 23:06:17

Kitab Thaharah (Bersuci)

Penting Ibn al-Mundzir berkata: Ulama berbeza pendapat mengenai perempuan yang menuntut suaminya menyetubihi dirinya. Sebahagian besar ulama berpendapat jika suaminya pernah menyetubuhinya meskipun hanya satu kali, maka suaminya tidak boleh diberi tempoh yang sama dengan dengan orang yang mati pucuk. Inilah pendapat al-Awzai, al-Tsawri, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafii dan Ishaq. Menurut Abu Tsawr, jika suami enggan menyetubuhi isterinya kerana sakit, maka suaminya diberi tempoh selama satu tahun. Jika enggan menyetubuhi isterinya tanpa adanya sebarang penyakit, maka tidak ada tempoh yang ditetapkan bagi suami. Al-Qadhi Iyadh berkata: Ulama bersepakat bahawa perempuan memiliki hak untuk dijimak di mana dia memiliki hak pilih apabila ternyata dia berkahwin dengan lelaki yang tidak berzakar atau kepala zakarnya putus. Soalan 1. Apakah takrif kafaah dan khiar dalam perkawinan? 2. Apakah tolak ukur kafaah di sisi ulama? 3. Adakah hadith yang secara terang-terangan menilai soal kafaah berdasarkan nasab keturunan? 4. Sebutkan dua hadith yang di dalamnya menerangkan bahawa tidak boleh menilai kafaah (kesetaraan) berdasarkan nasab keturunan? 5. Apakah pendapat yang betul mengenai status suami Barirah; orang merdeka atau hamba sahaya? Manakah riwayat yang rajih dalam masalah ini? 6. Adakah hamba yang telah dimerdekakan memiliki hak khiar (pilih)? 7. Apakah yang wajib dilakukan oleh seseorang yang masuk Islam sedangkan dia memiliki dua orang isteri yang bersaudara? Sebutkan pendapat ulama fiqh dalam masalah ini berserta dalil mereka? 8. Bincangkan kisah rujuk Zainab binti Rasulullah (s.a.w) kepada suaminya bernama Abu al-Ash? Adakah ia dilakukan dengan akad nikah yang baru atau sebaliknya? Berikan komentar masalah berdasarkan hadith-hadith yang ada dalam masalah ini? 9. Apakah hukum seorang muslimah yang menjadi isteri orang kafir apabila suaminya terlambat masuk Islam berbanding dirinya? 10. Jika suami masuk Islam sedangkan isterinya yang merupakan ahli kitab terlambat masuk Islam, adakah ikatan perkahwinan mereka masih berkekalan atau sebaliknya? 11. Rasulullah (s.a.w) bersabda: : .... Sempurnakan hadith ini dan 396

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 396

09/04/2010 23:06:17

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

12.

13. 14. 15. 16.

17. 18.

bincangkan hukum-hakam yang boleh diambil daripadanya? Adakah Rasulullah (s.a.w) mengambil kira iddah dalam masalah salah seorang suami isteri yang musyrik kemudian dia masuk Islam? Bincangkan fasakh nikah kerana adanya aib? Apakah perkataan seseorang: Pulalanglah kamu kepada keluargamu dianggap sebagai lafaz talak? Apakah disunatkan memberikan mahar kepada isteri yang memiliki aib meskipun dia belum sempat disetubuhi oleh suaminya? Tulis teks fatwa Umar (r.a) dalam bahasa Arab mengenai seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan lalu dia menyetubuhinya, kemudian dia mendapati isterinya seorang yang berpenyakit kusta atau gila? Jelaskan pula lafaz-lafaz fatwanya itu? Apakah hukum lelaki yang mati pucuk? Apakah hukum perempuan yang menuntut suaminya supaya menjimaknya?

397

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 397

09/04/2010 23:06:17

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB BERGAUL DENGAN ISTERI

Mempelajari adab dan tata cara bersetubuh dan pergaulan antara suami isteri.

243- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sungguh dilaknat orang yang menyetubuhi dubur isterinya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasai, lafaz hadts menurut al-Nasai. Periwayat hadith ini thiqoh, namun dianggap cacat kerana mursal: 1043). Makna Hadith Allah (s.w.t) berfirman:

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Baqarah: 223). Ayat ini menjimak isteri di tempat bercucuk tanam. Apa yang dimaksudkan dengan ladang di sini adalah bercucuk tanam. Tanaman bagi wanita adalah anak dan keturunan. Jadi jimak mestilah dilakukan pada kemaluannya. 398

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 398

09/04/2010 23:06:17

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Oleh itu, Allah (s.w.t) berfirman: datangi kamulah dari arah yang diperintahkan Allah. Inilah tujuan utama perkahwinan, kemudian tujuan kedua adalah melepaskakn syahwat. Tambahan pula hadith ini turut melarang menjimak isteri di dubur, kerana ia merupakan tempat najis dan boleh menyebabkan penyakit. Itulah sebabnya hadith ini datang untuk melarang keras menjimak isteri pada bahagian duburnya. Analisis Lafaz

,dijauhkan daripada memperoleh rahmat Allah.


,menyetubuhi.

, tetapi hadith ini dinilai cacat kerana mursal, namun itu tidak mendatangkan masalah, kerana ia diriwayatkan melalui sekumpulan sahabat , iaitu: Ali, Umar, Khuzaimah, Ali bin Thalq, Ibn Masud, Jabir, Ibn Abbas, Ibn Amr, al-Barra, Uqbah bin Amir, Anas dan ramai lagi. Keseluruhan jalur hadith ini meskipun sanadnya masih dipertikai, namun ia boleh dijadikan sebagai hujah.
Fiqh Hadith Haram menjimak dubur wanita. al-Rabi, murid Imam al-Syafii berkata: Imam al-Syafii menulis dalam enam buku mengenai hukum haram perbuatan ini. Dalam kitab al-Hada al-Nabawi disebutkan daripada Imam al-Syafii bahawa beliau berkata: Saya tidak pernah memberi keringanan kepada pelaku perbuatan ini, sebaliknya saya melarangnya dengan keras. Jadi, barang siapa yang mengatakan ada ulama yang mengharuskan perbuatan ini, maka mereka telah melakukan kesalahan besar kerana apa yang dibolehkan adalah mendatangi wanita dari arah belakang dan dia tetap menyetubuhi kemaluannya, bukan duburnya. Sementara Imam Malik membolehkannya, tetapi murid-muridnya mengingkari hal itu.

,dubur, tempat keluarnya kotoran dan najis.

399

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 399

09/04/2010 23:06:18

Kitab Thaharah (Bersuci)

244- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Allah tidak memandang lelaki yang bersetubuh dengan lelaki dan bersetubuh dengan wanita melalui duburnya. (Diriwayatkan oleh alTirmidhi, al-Nasai, dan Ibn Hibban. Hadith ini mawquf: 1044). Makna Hadith Ibn Hajar mengemukakan hadith ini bagi menguatkan makna hadith sebelumnya sekali gus menegaskan bahawa seorang lelaki diharamkan menyetubuhi dubur sesama lelaki. Inilah yang disebut liwat atau homoseksual. Analisis Lafaz

, maksudnya Allah tidak melihat dengan rahmat-Nya. , meliwat lelaki lain. , ia dinilai mawquf, tetapi masalah seperti ini tidak dapat

dikatakan berdasarkan pendapat dan oleh kerananya, hadith ini dinyatakan marfu. Fiqh Hadith 1. Haram melakukan liwat atau homoseksual. 2. Haram menjimak perempuan di duburnya.

245- Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah mengganggu jiran tetangganya. Hendaklah kamu menasihati 400

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 400

09/04/2010 23:06:18

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

kaum wanita dengan cara yang baik, sebab mereka diciptakan daripada tulang rusuk, sedangkan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang paling atas; jika kamu berusaha meluruskannya, ia akan patah dan jika kamu membiarkannya, ia tetap bengkok. Oleh itu, nasihatilah mereka dengan cara yang baik. (Muttafaq alaihi, lafazh hadith menurut menurut al-Bukhari). Dalam riwayat Muslim disebutkan: Jika kamu bersenang-senang dengannya, maka kamu dapat bersenang-senang dengannya meskipun dia tetap bengkok. Jika kamu berusaha meluruskannya, maka dia boleh patah yang bererti cerai: 1045). Makna Hadith Rasulullah (s.a.w) seorang yang bersifat kasih sayang kepada umatnya. Dalam kaitan ini, Allah berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah: 128). Ini dibuktikan bahawa sering kali memberi wasiat umat manusia supaya rajin mengerjakan amal kebaikan, terlebih-lebih kepada jiran tetangga. Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Jibril sentiasa berwasiat kepadaku untuk berbuat baik kepada jiran tetangga, sehingga aku mengira bahawa jiran tetangga mendapat bahagian harta warisan. Rasulullah (s.a.w) banyak berwasiat yang salah satunya adalah membuang gangguan yang terdapat di tengah jalan merupakan salah satu tanda kesempurnaan iman. Kemudian Rasulullah (s.a.w) berwasiat untuk sentiada bersikap ramah dan berlemah lembut kepada isteri, kerana dia merupakan orang yang paling dekat dengan kaum lelaki. Baginda menjelaskan wanita memiliki watak yang keras sebagaimana asal mula penciptaannya yang berasal dari tulang rusuk yang bengkok dan sangat sukar merubahnya, bahkan tidak jarang keinginan lelaki untuk merubah sikap wanita itu malah berakhir dengan perceraian.

401

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 401

09/04/2010 23:06:19

Kitab Thaharah (Bersuci)

Baginda memberi petunjuk untuk berbuat baik setelah menjelaskan penyakitnya iaitu seorang lelaki boleh tetap menikmati iserinya walaupun dia tetap bengkok, kerana setelah diberi pengjaran barang kali dia segera berubah menjadi baik dan insaf. Analisis Lafaz

,jangan sekali-kali menyakiti jiran tetangga kerana seseorang itu telah ,berikan mereka wasiat dan hendaklah kamu saling berwasiat kepada mereka dengan kebaikan.

beriman kepada Allah dan hari kiamat. Kalimat ini merupakan larangan yang keras untuk tidak menyakiti jiran tetangga.

,dengan membaca kasrah huruf dhad dan fathah huruf lam. ini mengisyaratkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq daripada Ibn Abbas bahawa:

Sesungguhnya Hawa diciptakan daripada tulang rusuk sebelah kiri Nabi Adam. Tulang rusuk merupakan nama bagi salah satu tulang yang terdapat pada rusuk. Jamaknya .Pada mulanya kalimat ini bermakna setiap ranting pohon panjang yang bengkok. Tulang ini diberi nama demikian kerana ia menyerupai bentuk ranting yang bengkok itu.

yang bahagian atas dan ia merupakan tulang yang paling bengkok. Ini membuktikan betapa bengkok tabiat dan sikap mereka. Ada yang mengatakan bahawa maksud perkataan ini adalah kepalanya yang merupakan bahagian paling atas anggota tubuh dan paling keras. Pada bahagian kepala itu terdapat lisan yang merupakan sumber segala kata-kata kasar dan kesat.

, penciptaan wanita berasal dari tulang rusuk

,dalam riwayat lain disebutkan bahawa maksud mematahkan di sini adalah talak. ,meminta untuk bersenang-senang dengannya, baik dalam bentuk persetubuhan atau memanfaatkannya.
Fiqh Hadith 1. Menjelaskan betapa hak jiran tetangga itu amat besar, hingga mengganggu jiran menyebabkan seseorang tidak beriman kepada Allah dan hari berbangkit. Menurut al-Shanani, ungkapan ini 402

,meluruskan tulang rusuk yang bengkok.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 402

09/04/2010 23:06:19

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

merupakan ungkapan yang hiperbola, kerana seseorang yang benar dalam beriman tidak akan menyakiti jiran tetangganya dan perbuatan menyakit jiran termasuk dosa besar. Jadi orang yang mengganggu yang jirannya tidak memiliki iman yang sempurna dan Allah telah berwasiat di dalam al-Quran untuk berbuat baik kepada jiran tetangga. 2. Berwasiat kepada wanita dengan cara memaafkan mereka, bersikap lemah lembut dan bersabar di atas kekerasan hati mereka. 3. Menjelaskan bahawa keras kepala wanita sukar untuk diatasi (diluruskan). 4. Menjelaskan bahawa bersenang-senang dengan isteri tidak tercapai kecuali dengan penuh kesabaran.

246- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Kami pernah bersama Rasulullah (s.a.w) dalam satu peperangan. Ketika kami tiba di Madinah, kami berusaha masuk, lalu baginda bersabda: Sabarlah sehingga kamu masuk pada waktu malam (waktu Isyak) supaya wanita yang rambutnya kusut masa sempat bersikat dan menyukur bulu-bulu yang ada di sekitar anggota tubuh selama ditinggal pergi oleh suaminya. (Muttafaq alaih). Dalam riwayat al-Bukhari disebutkan: Jika seseorang di antara kamu bepergian dalam waktu yang lama, maka janganlah mengetuk pintu rumah keluarganya pada waktu malam. (1046). Makna Hadith Ketika Allah menyuruh untuk sentiasa berhias diri dan Allah mengetahui bahawa manusia tidak mempu berbuat demikian sepanjang masa, karena itu menyusahkan mereka, malah boleh menyebabkan sebahagian kewajipan terabaikan, maka Islam menganjurkan untuk tidak mendatangi perempuan pada waktu ketika dia tidak berhias sehingga tidak kelihatan buruk rupa bagi suaminya dan demikian pula wanita. Dengan demikian, kaum wanita tidak merasa kesusahan berhias pada waktu siang hari yang merupakan waktu yang sibuk baginya. Tambahan pula seorang suami yang tidak sabar menunggu isterinya berhias boleh menyeksa batin mereka. Jika seorang suami bijak mengambil 403

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 403

09/04/2010 23:06:20

Kitab Thaharah (Bersuci)

berat keadaan ini, maka kehidupan rumah tangga mereka menjadi semakin harmoni, dipenuhi kasih sayang dan cinta. Analisis Lafaz

,perintah untuk berehat dan tidak tergesa-gesa.


,dibaca fathah huruf syin dan kasrah huruf ain, yakni bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kepala. ,menyikat rambut.

,mencukur dengan pisau cukur atau mencukur bulu yang dianjurkan untuk dicukur, seperti bulu di bawah ketiak dan bulu sekitar kemaluannya.

,datang pada waktu malam hari dari perjalanan dan lain-lain atau setiap orang yang datang pada waktu malam hari.
,datang pada waktu malam hari, namun tidak ada larangan untuk datang pada waktu siang hari meskipun tanpa sepengetahuan mereka. Ini kerana perselingkuhan pada kebiasaannya dilakukan pada waktu malam hari. Itulah sebabnya dilarang mengetuk pintu ketika datang pada waktu malam hari. Namun ini tidak bertentangan dengan perintah yang menyuruh untuk mengakhirkan masuk rumah hingga waktu Isyak bagi memberi kesempatan kepada isteri untuk berhias, kerana seorang isteri tidak mungkin berkhianat pada waktu ini. Fiqh Hadith 1. Anjuran untuk tidak mencari-cari aib keluarga dan dianjurkan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kasih sayang dan cinta di kalangan suami isteri. 2. Hendaklah tidak mengetuk pintu rumah pada waktu malam ketika pulang dari perjalanan. 3. Disunatkan untuk mengakhirkan masuk ke rumah hingga awal malam hari. 4. Disunatkan untuk bercukur dan berhias diri ketika menyambut kedatangan suami yang bakal pulang dari perjalanan jauh. Penting Ibn Khuzaimah meriwayatkan daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang kami daripada mengetuk pintu rumah isteri pada waktu malam hari. Namun ada dua orang lelaki yang berdegil dengan 404

,wanita yang ditinggal lama oleh suaminya.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 404

09/04/2010 23:06:20

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

tetap mengetuknya pada waktu malam hari dan mereka pun mendapati isteri mereka dalam keadaan yang mereka tidak disukai. Abu Awanah dalam kitabnya al-Sahih meriwayatkan daripada Jabir bahawa Abdullah bin Rawahah pernah mendatangi isterinya pada waktu malam hari. Secara kebetulan, di sebelah isterinya itu ada seorang perempuan yang sedang menyikat rambutnya. Abdullah bin Rawahah mengiranya seorang lelaki, lalu dia mengarahkan pedangnya kepada wanita tersebut. Ketika peristiwa ini disampaikan kepada Rasulullah (s.a.w), baginda melarang suami untuk mengetuk pintu rumahnya pada waktu malam hari.

247- Daripada Said al-Khudri (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sejahat-jahat kedudukan di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menyetubuhi isterinya, kemudian dia mendedahkan rahsianya itu kepada orang lain. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1047). Makna Hadith Dalam satu hadith, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata-kata baik atau diam. Seorang suami yang mendedahkan apa yang dia lakukan ketika berjimak bersama isterinya merupakan perbuatan yang tidak baik. Rahsia rumah tangga hendaklah dirahsiakan. Oleh itu, hadith ini menyuruh suami isteri untuk memilih berdiam berkaitan dengan urusan-urusan rumah tangganya. Tambahan pula, mendedahkan rahsia rumah tangga boleh menggerakkan orang lain yang mendengarnya ingin melakukan perbuatan tersebut terhadap isterinya sendiri atau ada orang lain yang berniat jahat merogol isterinya. Di sinilah muncul perbuatan jahat. Jadi, seorang muslim disuruh untuk sentiasa menyembunyikan rahasia serta menutup aib isteri sendiri merasa seandainya orang lain mengetahuinya.

405

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 405

09/04/2010 23:06:20

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz , dalam riwayat lain disebutkan . Menurut al-Qadhi Iyadh, ulama nahwu berkata: Tidak boleh mengatakan kalimat dan ,tetapi cukup dengan mengatakan: dan . Menurut beliau lagi, ada beberapa hadith sahih yang menggunakan kedua-dua bahasa ini dan ini menunjukkan ia boleh digunakan. Menurut pensyarah kitan ini, makna kalimat ini adalah orang yang paling rendah kedudukannya.

,seorang lelaki menggauli isterinya atau menyetubuhinya. Maksudnya adalah mendedahkan rahsia rumah tangganya.

,kedudukan atau tempat.

,mendedahkan atau memberitahu khalayak ramai. Seseorang yang menceritakan rahsia isterinya ketika berjimak kepada orang lain tentu kisah ini akan menyebar kepada yang lain. Jadi, pendedahan itu dilakukan sekali atau berulang kali adalah sama sahaja, di mana tetap dilarang di sisi syariat Islam.
Fiqh Hadith 1. Pasangan suami isteri dibolehkan membuka pakaian di hadapan pasangan mereka masing-masing meskipun seluruh auratnya kelihatan 2. Larangan bagi pasangan suami isteri menceritakan perbuatan mereka ketika melakukan persetubuhan. Jika sekadar menyebutkan kejadian berjimak tanpa menyebut perinciannya maka tidaklah dimakruhkan jika itu diperlukan, misalnya, isteri menuduh suaminya lemah syahwat atau tidak mampu lagi memberikan nafkah batin. Banyak kes-kes seperti dalam hadith Rasulullah (s.a.w) antara lain baginda bersabda: Sesungguhnya aku telah melakukan hal ini (jimak) bersamanya (salah seorang isterinya). Baginda pernah bertanya kepada Abu Thalhah: Apakah kamu sudah melakukan pengantin malam ini? Baginda pula berkata kepada Jabir: Bersegeralah untuk mendatangi isterimu! Baginda berkata ketika mengkebumikan anak perempuannya: Sesiapa pun di antara kamu hendaklah menggauli isterinya malam ini.

406

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 406

09/04/2010 23:06:21

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

248- Daripada Hakim bin Muawiyah daripada ayahnya, beliau berkata: Saya bertanya: Wahai Rasulullah, apakah hak isteri seorang di antara kami kepada suaminya? Baginda menjawab: Kamu memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian, jangan memukul bahagian muka, menghina dengan menilainya buruk dan jangan memisahi tempat tidur melainkan tetap di dalam rumah. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, al-Nasai dan Ibn Majah. Sebahagian hadith ini dijadikan muallaq oleh al-Bukhari dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim: 1048). Makna Hadith Hadith ini menetapkan beberapa perkara, di mana seorang suami diperintahkan untuk melakukannya kerana ia merupakan hak perempuan, iaitu: Pertama, memberikan makan isteri ketika suaminya makan. Seorang suami tidak boleh memakan makan yang berbeza dengan makanan isterinya terlebih-lebih makanan yang dimakan isterinya tidak berkualiti sedangkan dia malah sebaliknya. Kedua, memberinya pakaian untuk menutupi aurat sesuai dengan kelayakan pakaian yang dia pakai dan pakaiannya tidak boleh lebih mahal daripada pakaian isterinya. Ketiga, tidak boleh memukul muka isterinya. Keempat, tidak boleh mengucapkan dan memperdengarkan sesuatu yang dibenci oleh isterinya. Kelima, jika suami ingin memberi pengajaran dengan cara berpisah tempat tidur, maka itu dibolehkan selagi masih dilakukan dalam satu rumah. Analisis Lafaz

,perkara-perkara yang menjadi kewajipan suami terhadap isteri. ,yakni kamu buruk. Ini merupakan perkataan untuk menghina dan merendahkan orang lain. ,baik suami mahupun isteri.

407

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 407

09/04/2010 23:06:21

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Seorang suami wajib memberi nafkah dan pakaian isterinya. Kewajiban ini hendaklah disesuaikan dengan kemampuan di mana seseorang tidak diberi bebanan melebihi kemampuannya. 2. Disunatkan untuk tidak berlebihan dalam hal pakaian dan makanan isteri melebihi keperluan yang dipakai oleh seorang suami. 3. Boleh memukul isteri untuk memberi pengajaran, tetapi tidak boleh memukul bahagian mukanya. 4. Larangan untuk memperdengarkan suatu ucapan yang dibenci oleh seorang isteri. 5. Larangan berpisah katil bersama isteri, namun dibolehkan jika itu hanya dilakukan di dalam rumah. Dalam kaitan ini, Allah berfirman:

...... Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah al-Nisa: 34). Pisah katil tidak boleh dilakukan dengan cara berpisah rumah. Ada yang mengatakan bahawa makna ayat ini seorang suami hendaklah tetap tidur dalam satu katil, tetapi dengan cara membelakangi isterinya. Pendapat lain mengatakan tidak menyetubuhinya. Pendapat lain mengatakan seorang suami hendaklah tetap menyetubuhi isterinya namun tidak bercakap dengannya. Akan tetapi dijelaskan dalam riwayat Bukhari dan yang lain bahwa Rasulullah memisahkan diri dari ranjang isteriisteri-Nya, kemudian ia duduk dikamar kecil miliknya, dan Beliau tidak mau masuk kekamar istrinya. Dalam Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah tidak sebumbung dengan isterinya ketika bersumpah untuk berbuat demikian, baginda tinggal dalam sebuah bilik kecil dan baginda tidak mendatangi mereka sama sekali. Dalam kaitan ini, al-Bukhari membuat satu bab dengan judul: Rasulullah (s.a.w) pernah tinggal tidak sebumbung dengan isterinya. Al-Bukhari 408

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 408

09/04/2010 23:06:22

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

turut menyebut satu hadith marfu daripada Muawiyah bin Haidah bahawa tidak meninggalkan isteri namun jika tetap melakukannya, maka lakukan itu di dalam rumah. Ulama banyak mengemukakan huraian panjang lebar dalam masalah ini yang menurut saya, huraian dan komentar mereka sudah menyimpang jauh dari kebenaran. Ini kerana lafaz hadith tersebut menyebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersumpah untuk tidak mencampuri isterinya selama satu bulan. Baginda meninggalkan isteri-isterinya dan tinggal di rumah yang berlainan dengan rumah mereka, kerana memang sumpahnya demikian. Ulama fiqh berbeza pendapat dalam masalah ini. Menurut jumhur ulama, dibolehkan berpisah katil dengan isteri sama ada dilakukan di dalam satu rumah atau mereka tinggal berlainan rumah. Periwayat Hadith Muawiyah bin Haidah pernah bertemu Rasulullah (s.a.w) pada tahun kedatangan delegasi, kemudian beliau menjadi sahabat baginda. Antara orang yang meriwayatkan hadith daripadanya adalah anaknya bernama Hakim, Urwah bin Ruwaim al-Lakhmi dan Humaid al-Muzani. Beliau meninggal dunia di Khurrasan. Al-Arbaah meriwayatkan hadithnya dan al-Bukhari meriwayatkanya secara muallaq.

249- Daripada Jabir bin Abdullah (r.a), beliau berkata: Orang Yahudi berkata: Jika ada orang menyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka kelak anaknya akan lahir dengan mata juling, lalu turunlah ayat: Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai (Surah al-Baqarah: 223). (Muttafaq alaihi, lafaz hadith menurut riwayat Muslim: 1049). Makna Hadith, Analisis Lafaz dan Fiqh Hadith: Dalam hadith sebelum ini disebutkan bahawa haram menjimak isteri di duburnya, namun dibolehkan menggauli isteri dari arah sebelah belakang dan tetap memasukkan zakar ke dalam kemaluan isterinya. Ulama berbeza pendapat mengenai sebab turunya ayat ini. Di sini ada tiga pendapat, iaitu: 409

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 409

09/04/2010 23:06:22

Kitab Thaharah (Bersuci)

Pertama, sebab turunnya ayat ini adalah seperti mana yang disebutkan dalam hadith ini. Sekumpulan ulama hadith meriwayatkan hadith yang sama makna dengannya daripada Jabir dan ada tiga puluh enam jalur yang menguatkan hadith ini ini. Kedua, ayat ini turun untuk membolehkan mendatangi isteri dari arah belakang. Sekumpulan ulama meriwayatkannya daripada Abdullah bin Umar bin al-Khatthab, tetapi kaedah yang terdapat di dalam kitab al-Sahih lebih benar, lebih-lebih lagi bahawa jalur riwayat ini tidak melebihi satu pertiga jalur hadith pertama, di samping Ibn Umar sendiri merasa ragu dengan hadith ini. Ketiga, ayat ini turun bagi mengharuskan azal. Riwayat ini menurut Ibn Abbas, Ibn Umar dan Ibn al-Musayyab, tetapi makna ayat ini tidak selari dengan maksud riwayat ini. Apapun, pendapat yang paling kuat dalam masalah ini adalah pendapat pertama, kerana itu lebih mendekati kepada makna ayat dan lebih sesuai dengan fikiran manusia.

250- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jika ada seorang di antara kamu hendak bersetubuh dengan isterinya lalu membaca doa:

(Ya Allah, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkan pula rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami daripada syaitan). Jika bila kelak mereka ditakdirkan mempuyai anak dari hasil persetubuhan itu, syaitan tidak akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya. (Muttafaq alaihi: 1050). Makna Hadith Antara petunjuk Rasulullah (s.a.w) adalah baginda sentiasa meninggalkan bacaan zikir untuk ummatnya supaya mereka diselamatkan daripada pedaya syaitan sekali gus mereka dekat kepada Allah. Zikir pula dapat membantu seseorang untuk menghadapi pelbagai cubaan dunia. Salah satu doa untuk mencapai tujuan itu adalah doa yang mesti dibaca seorang muslim ketika hendak menggauli isterinya yang dengnnya dia memohon 410

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 410

09/04/2010 23:06:22

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk supaya dia dan keluarganya tidak diganggu oleh syaitan. Analisis Lafaz

menafikan segala bentuk bahaya secara keseluruhan, meskipun lafaz hadith ini berbentuk umum kerana dalam hadith yang dijelaskan:

,isterinya. ,jadikanlah syaitan jauh daripada kami. ,rezeki berupa anak. , al-Qadhi Iyadh berkata: Maksud hadith ini bukan ,untuk menggauli.

Setiap anak Adam dicubit oleh syaitan pada bahagian perutnya ketika dia lahir, kecuali Maryam dan anaknya Nabi Isa (a.s). Apapun, cubitan ini juga termasuk jenis bahaya sesuai dengan makna kalimat hadith di atas. Al-Shanani memberi komentar perkataan al-Qadhi Iyadh dengan berkata: Apa yang dikatakan oleh al-Qadhi Iyadh merangkumi bahaya agama dan dunia, namun ada yang mengatakan bahawa maksudnya adalah bahaya agama sahaja. Jadi, maksud hadith di atas adalah seseorang yang membaca doa tersebut ketika berjimak lalu dikurniakan anak, maka anaknya termasuk ke dalam apa yang disebutkan dalam firman Allah:

Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (Surah al-Hijr: 42) Ada yang mengatakan maksudnya adalah anak itu tidak akan difitnah agamanya hingga menjadi orang kafir, namun tidak bermaksud dia menjadi maksum. Ada pula yang mengatakan penyertaan syaitan ketika berjimak tidak akan membahayakan anak yang bakal dilahirkan kelak sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah hadith bahawa syaitan sentiasa turut serta ketika seseorang menggauli isterinya. Menurut pensyarah kitab ini, pendapat kedua adalah pendapat yang benar, meskipun kurang teliti. Apa yang lebih benar adalah riwayat Syubah dalam Sahih Muslim dan Imam Ahmad, di mana hadith ini mentafsirkan bahawa syaitan tidak mampu menguasai anak itu atau syaitan tidak mampu 411

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 411

09/04/2010 23:06:23

Kitab Thaharah (Bersuci)

membahayakannya. Dengan erti kata lain, syaitan tidak mampu mengusik dan mengarahkan anak yang bakal dihasilkan dari persetubuhan pasangan suami isteri itu. Inilah maksud firman Allah (s.w.t):

Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (Surah al-Hijr: 42) Tafsiran ini disokong oleh pendapat al-Hasan yang mengatakan setelah meriwayatkan hadith ini bahawa jika seseorang membaca doa ini, ada harapan anak yang dilahirkan kelak menjadi seorang soleh. Menurut pensyarah kitab ini, ketika syaitan tidak mampu mempengaruhi seorang anak, maka ini bererti anak itu adalah orang soleh dan kelak Allah akan memasukkannya ke dalam syurga bersama orang soleh. Dengan demikian, syaitan tidak mampu membahayakannya untuk selama-lamanya. Fiqh Hadith 1. Disunatkan membaca basmalah ketika memulakan setiap urusan dan pekerjaan. 2. Ketika hendak menggauli isteri, seseorang disunatkan membaca doa yang tertera di dalam hadith di atas. 3. Menjelaskan keutamaan doa ini, terlebih-lebih jika ingin menyelamatkan anak daripada godaan syaitan.

251- Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Apabila seseorang di antara kamu mengajak isterinya untuk tidur, lalu si isteri enggan mendatangi suaminya, lalu suaminya marah pada malam itu, maka para malaikat melaknat si isteri sampai waktu pagi. (Muttafaq alaihi dan lafaz hadith menurut riwayat al-Bukhari) Menurut riwayat Muslim disebutkan bahawa makhluk yang ada di langit murka kepada si isteri itu sampai suaminya memaafkannya. (1051). 412

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 412

09/04/2010 23:06:24

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Matlamat perkahwinan adalah menjaga kedua pasangan daripada perkaraperkara yang boleh menjerumuskan mereka melakukan perbuatan perbuatan dosa seperti berzina. Dalam kaitan ini, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Barang siapa di antara kamu yang sudah mampu berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya itu mampu memalingkan pandangan dan menjaga kemaluan. Ketika seseorang ingin menjimak isterinya, tetapi dia enggan mengikuti kehendak suaminya, maka sikap sedemikian boleh mengherat suaminya untuk melakukan perbuatan maksiat lantaran isteri enggan menerima permintaan suaminya. Jadi wajarlah jika dia mendapat murka dari Allah (s.w.t). Tambahan pula, sikap sedemikian bererti seorang isteri melarang suaminya daripada memperoleh haknya dengan cara yang wajar. Analisis Lafaz , tempat untuk melakukan persetubuhan.

,menolak dan melarang tanpa ada halanagan yang dibenarkan. ,tidur pada waktu malam hari. ,dalam hadith al-Bukhari disebutkan sampai isteri tersebut ,murka dan marah.

mahu memenuhi hasrat suaminya.

Fiqh Hadith 1. Seorang isteri wajib mentaati suaminya selagi perintah itu bukan untuk melakukan perbuatan maksiat, terlabih-lebih masalah hubungan suami isteri. Dalilnya Rasulullah (s.a.w) melaknat seorang isteri yang menolak pelawaan suaminya untuk berjimak, kerana malaikat tidak melaknat kecuali atas perintah Allah. Setiap sesuatu yang diperintahkan Allah bererti ia bakal mengakibatkan hukuman dan hukuman tidak dijatuhkan oleh Allah kecuali ke atas orang yang meninggalkan kewajipan. 2. Murka Allah sentiasa turun sampai isterinya mahu memenuhi hasrat suaminya. 3. Seseorang yang menahan hak orang lain berhak mendapatkan laknat Allah. 413

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 413

09/04/2010 23:06:24

Kitab Thaharah (Bersuci)

4. Boleh menyebut bahawa Allah berada di atas langit, berbeza dengan seseorang yang tidak membolehkannya kerana dia tidak tahu hukumnya. Dalam al-Quran disebutkan:

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (Surah alMulk: 17)

252- Daripada Ibn Umar (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) melaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang meminta supaya rambutnya disambung, wanita yang membuat tatu dan wanita yang meminta supaya dibuatkan tatu. (Muttafaq alaih: 1052). Makna Hadith Hadith ini diriwayatkkan daripada Ibn Masud dalam Sahih al-Bukhari dengan lafaz yang lebih panjang yang lengkapnya adalah sebagai berikut:

Daripada Alqamah, beliau berkata: Abdullah bin Masud melaknat wanita yang membuat tatu, mencukur bulu kening dan menjarakkan gigi demi kecantikan yang bertujuan merubah ciptaan Allah. Ummu Yaqub berkata: Apa maksud semua ini? Abdullah berkata: Saya melaknat orang yang telah dilaknat oleh Rasulullah di dalam kitab Allah. Ummu Yaqub berkata: Sesungguhnya aku telah membaca al-Quran, namun aku tidak pernah menemukan masalah ini. Ibn Masud berkata: Jika engkau benar414

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 414

09/04/2010 23:06:25

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

benar membacanya, engkau pasti menjumpainya: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: 7) Dalam hadith ini ditegaskan bahawa tujuan mentato, mencukur bulu kening dan menyambung rambut adalah untuk kecantikan dan ini merupakan salah satu perbautan yang menyebabkan pelakunya dilaknat, kerana pada hakikatnya dia telah merubah ciptaan Allah, meskipun pelakunya tidak pernah berniat demikian. Analisis Lafaz

Allah.

,Rasulullah (s.a.w) mendoakannya agar dijauhkan dari rahmat

,orang yang menyambung rambutnya dengan rambut palsu supaya kelihatan panjang, sama ada dia melakukan sendiri atau dengan bantuan orang lain. ,orang yang membuat tatu baik dilakukan sendiri atau dengan bantuan orang lain. Ini dilakukan dengan memasukkan dawat ke dalam kulit tubuh, sehingga kelihatan berwarna biru. ,orang yang meminta untuk melakukannya. ,orang yang meminta untuk melakukannya.

Fiqh Hadith 1. Haram bagi wanita menyambung rambutnya dengan rambut palsu, meskipun bukan rambut manusia sama ada wanita itu sudah berkahwin atau belum dan hukum haram ini berlaku bagi pelaku dan orang yang diminta bantuan untuk melakukannya. 2. Haram membuat tatu pada kulit. Penting Apakah hukum jika menyambung rambut dengan sutera? Menurut al-Qadhi Iyadh, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Imam Malik dan al-Tabrani berpendapat menyambung rambut haram, sama ada menyambungnya dengan sutera ataupun benang. Dalilnya adalah hadith yang diriwayatkan Muslim daripada Jabir bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang wanita untuk menyambungnya dengan benda yang lain. Menurut al-Laits bin Sad, larangan ini berlaku khusus bagi wanita yang menyambung rambut dengan rambut orang lain. 415

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 415

09/04/2010 23:06:25

Kitab Thaharah (Bersuci)

Menurut al-Qadhi, adapun wanita yang menyambung rambut dengan benang yang diwarnai sehingga tidak kelihatan seperti rambut lagi maka itu tidaklah dilarang, kerana ini tidak dikatakan menyambung rambut, sebaliknya sekadar hiasan dan fesyen.

253- Daripada Judzamah binti Wahab (r.a), beliau berkata: Saya pernah mendatangi Rasulullah (s.a.w) ketika sedang berhimpun dengan orang ramai. Baginda bersbda: Saya betul-betul ingin melarang seseorang menyetubuhi isterinya pada waktu menyusui anaknya atau pada waktu hamil. Lalu saya melihat orang Rom dan Parsi, namun mereka juga menyetubuhi isterinya pada waktu menyusui atau ketika isterinya hamil dan tidak ada apa-apa bahaya kepada anak-anak mereka. Para sahabat sahabat bertanya kepada baginda mengenai azal (mengeluarkan sperma di luar vagina), lalu baginda menjawab: Itu sama dengan menguburkan anak secara tidak langsung. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1053). Makna Hadith Hadith ini membicarakan dua perkara, iaitu; Pertama, suami bersetubuh dengan isteri yang sedang menyusui anak, kerana ini sangat dibenci oleh masyarakat Arab, kemudian Rasulullah (s.a.w) menyanggah tradisi ini dengan memberikan contoh bahawa bangsa Parsi dan Rom biasa menyetubuhi isteri yang sedang menyusui anak dan isteri yang sedang hamil dan itu sama sekali tidak membahayakan anakanak mereka. Kedua, perbuatan seorang suami yang tidak menginginkan keturunan, iaitu ketika dia bersetubuh dan hendak orgasme, dia mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isteri. Di sini Rasulullah (s.a.w) memberitahukan bahawa perbuatan ini sama seperti perbuatan orang jahiliah yang secara tidak langsung mengubur hidup-hidup anaknya dan ini pula yang diharamkan di sisi Islam. Allah (s.w.t) berfirman:

416

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 416

09/04/2010 23:06:26

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya. Dengan dosa apakah ia dibunuh? (Surah al-Takwir: 8-9) Analisis Lafaz ,dengan membaca kasrah huruf ghain, ada pula yang membacanya dengan membaca fathah huruf ghain dan ada pula yang membaca dengan membaca kasrah huruf ghain, iaitu seorang suami yang menyetubuhi isterinya yang sedang menyusui anak. Pendapat ini menurut Imam Maliki dan al-Asmui. Ada pula yang mengatakan wanita yang menyusui yang ketika itu dia masih hamil.

,dengan membaca fathah huruf ain dan sukun hurfu zai, iaitu seorang suami yang mencabut zakarnya ketika hendak orgamse dengan tujuan agar spermanya tumpah di luar kemaluan isterinya. ,perbuatan azal ini sama seperti al-wadu, tetapi perbuatan ,mengubur hidup-hidup anak yang masih kecil.

ini lebih halus, kerana tujuannya sama iaitu ingin membunuh anak. Azal dilakukan sebelum anak lahir, sementara al-wadu dilakukan setelah anak lahir. Fiqh Hadith 1. Boleh menyetubuhi isteri yang sedang hamil atau ketika menyusui dalam keadaan hamil. 2. Larangan untuk melakukan azal, bahkan perbuatan ini diharamkan. Inilah pendapat Ibn Hazam dan Ibn Hibban salah seorang ulama mazhab Syafii. Menurut jumhur ulama pula boleh melakukan azal bagi wanita merdeka jika dilakukan atas izinnya, sementara perbuatan ini boleh dilakukan kepada hamba perempuan meskipun tanpa izinnya. Dalil mereka adalah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir (r.a):

Kami biasa melakukan azal pada masa Rasulullah (s.a.w) masih hidup. Demikian pula hadith Abu Said:

417

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 417

09/04/2010 23:06:26

Kitab Thaharah (Bersuci)

Kami menyetubuhi seorang tawanan perang, lalu kami berazal. Perkara ini kemudian kami tanyakan kepada Rasulullah (s.a.w), lalu baginda bersabda: Adakah kamu benar-benar melakukannya? Tidaklah jiwa telah ditakdirkan hidup melainkan ia tetap hidup hingga hari kiamat. Hadith-hadith seumpama ini dikeluarkan oleh al-Bukhari dan selainnya. Ibn Majah dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Umar (r.a): Dilarang melakukan azal bagi isteri yang merdeka, kecuali atas izinnya. Penting Al-Shanani berkata: Usaha seorang wanita untuk menggugurkan sperma sebelum ditiupkan ruh padanya di dalam rahim adalah bergantung kepada boleh atau tidaknya melakukan azal. Barang siapa yang membolehkan azal, maka dia membolehkan menggugurkan sperma yang sudah ada di dalam rahim namun belum ditiup ruh padanya. Barang siapa yang melarang azal, maka hukum usaha untuk menggugurkan sperma di dalam rahim yang belum ditiupkan ruh padanya adalah diharamkan. Demikian pula seorang wanita yang berusaha untuk tidak hamil sama sekali, malah sesetengah ulama mazhab Syafii mengharamkannya.

254- Daripada Abu Said al-Khudri (r.a) bahawa ada seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai hamba perempuan yang sentiasa saya azal ketika berhubungan dengannya, kerana saya tidak senang apabila dia hamil dan saya hanya menginginkan apa-apa yang dikehendaki oleh kaum lelaki, namun orang Yahudi berkata: Azal adalah menguburkan anak secara tidak langsung. Mendengar itu, baginda bersabda: Orang Yahudi itu berbohong. Jika Allah telah mentakdirkan seorang anak baginya, tentu kamu tidak mampu mengeluarkan menolak kedatangan anak itu. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud, lafaz hadith menurut Abu Dawud. Begitu pula hadith ini diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Thahawi. Periwayatnya thiqoh: 1054). 418

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 418

09/04/2010 23:06:26

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Hadith ini menegaskan larangan azal seperti mana yang disebut dalam hadith sebelum ini tidaklah diharamkan mengikut pendapat jumhur ulama termasuklah Ibn Hajar di mana membincangkan masalah ini dengan panjang lebar dalam kitab Fath al-Bari. Ringkasnya, hadith ini pada hakikatnya saling menguatkan antara satu sama lain. Ada sebahagian ulama berusaha mengumpulkan pemahaman antara kedua-dua hadith tersebut bahawa larangan yang terdapat dalam hadith Judhamah menunjukkan hukum makruh. Tafsiran ini turut dikemukakan oleh al-Baihaqi. Ada pula di antara ulama yang menilai daif hadith Judhamah, kerana ia bertentangan dengan hadith yang memiliki jalur yang lebih banyak. Ada pula yang menganggap hadith tersebut dimansukh setelah menelusuri sejarah masa lampau Islam. Ada pula yang mengatakan bahawa azal pada mulanya dibolehkan di mana Rasulullah (s.a.w) ingin menyesuaikan diri dengan ahli kitab dalam perkara-perkara yang belum diturunkan di dalamnya. Namun setelah hukumnya diketahui dengan jelas, baginda pun menjelaskan hukumnya. Ada pula yang menagatakan bahawa hadith Judhamah sahih dan hadith yang menentangnya dinilai lemah, tetapi menggabungkan pemamahan antara dua hadith yang seolah bercanggah dalam masalah ini adalah memungkinkan seperti mana yang dilakukan oleh Ibn Hazm dan Ibn Hibban. Menurut Ibn al-Qayyim, apa yang didustakan oleh orang Yahudi adalah mereka yakin bahawa kehamilan tidak mungkin terjadi jika azal dilakukan. Rasulullah (s.a.w) menyanggah pendustaan ini, kerana jika Allah menghendaki hamil bagi seorang wanita, dia tetap hamil meskipun telah dilakukan azal. Azal dinamakan al-wadu kerana seseorang yang melakukannya tidak menginginkan anak yang seolah-olah perbuatan ini sama dengan membunuh anak. Analisis Lafaz

, apa yang diinginkan oleh lazimnya kaum lelaki iaitu persetubuhan. ,makna kalimat ini telah dihuraikan sebelum ini.

mengenai sanadnya, malah ada yang menilai hadith ini cacat. Oleh kerana hadith ini diriwayatkan menerusi jalur yang pelbagai, Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari berkata: Hadith ini mempunyai jalur yang saling menguatkan 419

,menjadi anak atau hamil. ,menolak anak atau kehamilan. , periwayatnya thiqoh, tetapi ulama hadith berbeza pendapat

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 419

09/04/2010 23:06:27

Kitab Thaharah (Bersuci)

antara satu sama lain. Fiqh Hadith Boleh melakukan azal, walaupun ia dilakukan untuk tidak menginginkan kehamilan.

255- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Kami biasa berazal pada masa Rasulullah (s.a.w) masih hidup dan al-Quran masih diturunkan. Jika perbuatan ini merupakan sesuatu yang dilarang, nescaya perbuatan kami itu sudah dilarang oleh al-Quran. (Muttafaq alaih). Menurut riwayat Muslim disebutkan bahawa perkara itu kemudian sampai kepada Rasulullah (s.a.w) dan baginda tidak melarang perbuatan kami itu: 1055).

256- Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah (s.a.w) sering menyetubuhi seluruh isteri-isteri baginda dengan satu kali mandi. (Diriwayatkan oleh alBukhari dan Muslim, lafaz hadith menurut riwayat Muslim: 1056). Kedua-dua hadith ini telah pun dibahas dalam bab mandi sebelum ini. Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan tata cara menggauli isteri? 2. Sebutkan teks dua hadith yang mengharamkan menjimak isteri di duburnya? 3. Sempurnakan hadith: ... dan jelaskan maksud kalimat yang ada padanya? 4. Apakah makna kalimat , dan ? 5. Sebutkan teks hadith yang melarang suami mendedahkan rahsia 420

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 420

09/04/2010 23:06:27

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

isterinya ketika sedang berjimak? 6. Ketika Rasulullah (s.a.w) ditanya apakah hak salah seorang kami ke atasnya, baginda bersabda: . Sebutkan tekas hadith ini? 7. Apakah tafsiran tidak bertegur sapa atau meninggalkan isteri di dalam rumah? 8. Bolehkah meninggalkan isteri hingga tidak lagi tinggal dalam satu rumah? 9. Sebutkan asbabun nuzul firman Allah (s.w.t): ? 10. Apakah bacaan ketika hendak menyetubuhi isteri? 11. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w) berkaitan masalah jimak: ? 12. Sempurnakan hadith: ... dan sebutkan hukum-hakam fiqh di dalamnya?

13. Apakah makna , , dan ?Apa pula hukum masalah-masalah ini? 14. Apakah hukump menyambung rambut dengan sutera? 15. Apakah makna al-ghilah dan adakah ia dibolehkan? 16. Sebutkan dua hadith yang saling bercanggah maksud secara zahirnya berkaitan hukum azal? Cubalah anda menggabungkan maksud kedua hadith ini dan kemudian sebutkan sanggahan sebahagian ulama dalam masalah ini? 17. Apakah hukum azal di sisi ulama fiqh? 18. Apakah hukum usaha seorang perempuan yang ingin menggugurkan sperma yang sudah masuk ke dalam rahim?

421

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 421

09/04/2010 23:06:27

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB MAS KAHWIN

Al-Shadaq dengan membaca fathah huruf shad atau membacanya kasrah, berasal dari perkataan kerana ia menunjukkan ketulusan hati seorang bakal suami kepada calon isterinya yang bakal dikahwininya. Perkataan ini memiliki tujuh bacaan dan mempunyai lapan nama yang antara lain adalah:

shadaq, mahar, nihlah, faridhah, hiba, ajr, aqr, alaiq. Takrifnya adalah sejumlah harta yang diberikan oleh suami kepada isterinya sebagai bayaran yang perempuan itu dijadikan sebagai isterinya.

257- Daripada Anas (r.a) dari Rasulullah (s.a.w) bahawa baginda pernah memerdekakan Shafiyyah dan menjadikan kemerdekaannya itu sebagai mas kahwinnya. (Muttfaq alaih: 1057). Makna Hadith Ketika mahar merupakan sejumlah harta atau yang sejenisnya, maka mahar pula boleh dalam bentuk harta atau nilai yang sejenis dengannya. Memerdekakan seorang hamba pastinya memerlukan sejumlah harta yang banyak dan oleh itu, tidak ada larangan menjadikan kemerdekaan itu sebagai mahar sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah (s.a.w) terhadap Ummul Mukminin Shafiyyah (r.a).

422

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 422

09/04/2010 23:06:28

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz Shafiyyah adalah anak perempuan Huyay bin Akhtab, salah satu keturunan Harun bin Imaran. Sebelum ini Shafiyyah menjdi isteri Ibn Abu al-Haqiq, kemudian dia mati terbunuh pada waktu Perang Khaibar dan Shafiyyah pula menjadi tawanan perang. Rasulullah (s.a.w) kemudian menjadikannya sebagai hak milik lalu memerdekakannya dan mengahwininya serta menjadikan kemerdekaannya itu sebagai mas kahwin. Shafiyyah meninggal dunia pada tahun ke-50 Hijriah, namun ada pendapat yang mengatakan lain. Fiqh Hadith Sah menjadikan kemerdekaan seorang hamba sebagai mahar. Inilah pendapat Ibn al-Musayyab, al-Nakhai, al-Zuhri, Abu Yusuf, Imam Ahmad, Ishaq dan al-Bukhari. Al-Tirmidhi dan Ibn Hazm menukilnya daripada Imam al-Syafii, namun mengikut pendapat yang masyhur Imam al-Syafii adalah sebaliknya. Menurut jumhur ulama, tidak boleh menjadikan kemerdekaan hamba sebagai mahar. Mereka menjawab hadith ini dengan mengatakan Rasulullah (s.a.w) menjadikan kemerdekaan Shafiyyah sebagai syarat perkahwinan dan oleh kerananya, baginda wajib menyerahkan wang tebusan kepadanya dan kadar wang tebusan itu pun telah diketahui. Dengan ini, Rasulullah (s.a.w) berkahwin dengan Shafiyyah. Tafsiran ini dibantah dengan lafaz Muslim yang mengatakan: kemudian baginda berkahwin dengan dengannya (Shafiyyah) lalu menjadikan kemerdekaannya sebagai mas kahwinnya. Di samping itu, Anas selaku periwayat hadith ini turut mengemukakan pandangan yang berseberangan dengan pendapat jumhur ulama. Ulama telah panjang lebar membincangkan masalah ini, kerana keduadua pendapat ini masih dalam ada kemungkinan benarnya. Apapun, hadith ini secara tegas menyebutkan bahawa boleh menjadikan kemerdekaan hamba sebagai mas kahwin. Adapun dakwaan yang mengatakan menjadikan kemerdekaan hamba sebagai mas kahwin bercanggah dengan qiyas, maka jawapannya adalah qiyas tidak diperlukan dalam masalah ini, kerana nas dengan tegas menyubutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) telah menjadikan kemerdekaan sebagai mas kahwin.

423

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 423

09/04/2010 23:06:28

Kitab Thaharah (Bersuci)

258- Daripada Abu Salamah bin Abdurrahman bahawa beliau berkata: Saya pernah bertanya kepada Aisyah (r.a), isteri Rasulullah (s.a.w): Berapakah mas kahwin Rasulullah (s.a.w)? Dia menjawab: Mas kahwin baginda kepada isteri-isterinya adalah sebesar dua belas awqiyah dan nassya. Aisyah (r.a) bertanya: Apakah kamu tahu apa yang dimaksudkan dengan nassya itu? Saya jawab: Tidak. Dia berkata: Ia sama dengan setengah uqiyah, iaitu lima ratus dirham. Inilah mas kahwin Rasulullah (s.a.w) yang diberikan kepada isteri-isterinya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1058). Makna Hadith Ketika syariat Islam tidak memberi batasan terhadap jumlah mahar, maka hadith ini menjadi dalil sahnya mahar sama ada ia dalam kadar yang banyak ataupun sedikit, sebaliknya kadar mahar ditentukan oleh kemampuan manusia dan tradisi suatu masyarakat. Rasulullah (s.a.w) amat menyukai kesederhanaan dalam segala perkara dan ini merupakan rahmat bagi umat Islam. Dalam kaitan ini, Abu Salmah bertanya kepada Aisyah berapa banyak jumlah mas kahwin yang pernah diberikan oleh Rasulullah (s.a.w) kepada isteri-isterinya. Aisyah menegaskan bahawa purata mas kahwin Rasulullah (s.a.w) sekitar lima ratus dirham dan jumlah ini pada zaman sekarang boleh membeli lima puluh ekor kambing. Analisis Lafaz Abu Salmah bin Abdurrahman bin Awf al-Zuhri al-Qurasyi, namanya sama dengan kunyah-nya. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadith, banyak mendengar hadith daripada sahabat dan banyak meriwayatkan hadith kepada sekumpulan tabiin. Beliau salah seorang daripada tujuh ulama fiqh yang terkenal di Madinah, di mana Imam Malik menjadikan merela sebagai sandaran dalam berfatwa. Ramai ulama hadith yang mengeluarkan hadithnya. Beliau meninggal dunia pada usia tujuh puluh tahun.

,dibaca dengan fathah huruf nun dan tasydid huruf syin, setengah uqiyah sebagaimana yang ditafsirkan oleh Aisyah dan inilah jumlah mas
424

,dengan membaca dhammah huruf hamzah, uqiyah Hijaz sekitar empat puluh dirham.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 424

09/04/2010 23:06:29

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

kahwin Rasulullah (s.a.w) terhadap isteri-isterinya. Menurut al-Shanani, pernyataan Aisyah ini berdasarkan adat kebiasaan, kerana mas kahwin Shafiyyah adalah kemerdekaannya dan demikian pula dengan Juwairiyyah. Jumlah mas kahwin Khadijah pula tidak sampai mencecah jumlah yang disebutkan dalam hadith ini. Sedangkan mas kahwin Ummu Habibah sebanyak empat ribu dirham dan empat ribu dinar di mana mahar ini merupakan pemberian al-Najasyi sebagai penghormatan kepada Rasulullah (s.a.w). Bagi pensyarah kitab ini, tidak menutup kemungkinan biaya memerdekakan hamba itu sama dengan jumlah harta yang disebut dalam hadith ini. Oleh itu, jumlah mas kahwin Shafiyyah dan Juwairiyyah tidak perlu dipertikai lagi, sementara mas kawin Khadijah dilakukan sebelum baginda dilantik menjadi rasul. Jadi, ia tidak sepatutnya dipertikai. Dengan demikian, pernyataan Aisyah tersebut di atas tidak perlu lagi untuk ditafsirkan atau ditakwilkan. Fiqh Hadith 1. Disunatkan menjadikan mas kahwin sebanyak lima ratus dirham, pendapat ini menurut mazhab Syafii dan sekumpulan ulama. 2. Disunatkan mengikut langkah Rasulullah untuk melakukan perkaraperkara yang mubah.

259- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Ketika Ali berkahwin dengan Fatimah, Rasulullah (s.a.w) bersabda kepadanya: Berilah Fatimah itu sesuatu (mas kahwin). Ali menjawab: Saya tidak mempunyai apaapa. Baginda bertanya: Di manakah baju besi al-Huthamiyah milikmu itu? (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasai, dinilai sahih oleh alHakim: 1059). Makna Hadith Ulama fiqh mensunatkan bagi seorang lelaki yang baru berkahwin dengan seorang perempuan untuk menyerahkan sebahagian mahar yang telah disepakati untuk menyenangkan hati isteri yang ketika itu sedang bersedih kerana berpisah dengan saudara maranya dan sedang menjalani hidup baru

425

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 425

09/04/2010 23:06:29

Kitab Thaharah (Bersuci)

bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya. Analisis Lafaz ,Ali bin Abu Thalib (r.a). Fathimah binti Rasulullah (s.a.w), di mana peristiwa ini berlaku pada tahun ke-2 Hijriah bertepatan bulan Ramadhan atau bulan Zulhijjah. Fatimah meninggal dunia setelah tiga bulan kewafatan Rasulullah (s.a.w). Dia merupakan keluarga baginda paling awal menyusul kewafatan baginda. dinisbahkan kepada Huthamah bin Muharib, salah satu kabilah Abdul Qais. Mereka merupakan masyarakat yang memiliki kerjaya sebagai pembuat baju perang. Pendapat lain mengatakan dinamakan al-Huthamiyyah, kerana ia mampu menghalang tusukan pedang dan mematahkannya. Pendapat lain pula mengatakan dinamakan al-Huthamiyyah kerana ia merupakan jenis baju perang yang lebar. Fiqh Hadith Seorang lelaki disunatkan menyerahkan mahar kepada isterinya. Inilah pendapat yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas, Ibn Umar, al-Zuhri dan Imam Malik. Menurut al-Hasan, al-Tsauri dan Imam al-Syafii, diboleh menyetubuhi isteri sebelum memberikan sesuatu sebagai mahar dan pendapat ini diperkuatkan lagi oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Aisyah bahawa Rasulullah (s.a.w) menyuruhku untuk memberitahu wanita untuk bersetubuh dengan suaminya meskipun dia belum menerima mahar. Hadith ini masih dipertikai. Imam al-Syaukani berkata: Zahir hadith ini menyatakan bahawa mahar tidak perlu disebut ketika akad nikah dilangsungkan. Pendapat ini disanggah bahawa ada kemungkinan mahar disebut ketika akad dilangsungkan, namun pembayarannya ditangguhkan dan Rasulullah (s.a.w) menyuruh seseorang untuk membayar terlebih dahulu sebahagian daripada mahar sebagai penghormatan kepada wanita. Hadith Aisyah ini menyatakan bahawa tidak disyaratkan bagi memastikan suatu pernikahan itu sah bahawa seorang lelaki wajib menyerahkan mahar sebelum menyetubuhi isterinya dan saya tidak mengetahui ulama yang membantah pendapat ini.

,dibaca dengan dhammah huruf ha dan fathah huruf tha, ia

426

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 426

09/04/2010 23:06:29

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Penting Al-Shanani berkata: Dalam riwayat ini tidak disebutkan sama ada Ali bin Abu Thalib memberikan baju perangnya itu atau malah memberikan benda yang lain. Menurut pensyarah kitab ini, menurut riwayat Abu Dawud daripada seorang lelaki sahabat Rasulullah (s.a.w) bahawa Ali menyerahkan baju perangnya itu, kemudian dia langsung menyetubuhinya.

260- Daripada Amar bin Syauib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Mana-mana perempuan berkahwin dengan memakai mas kahwin, pemberian atau janji-janji sebelum akad nikah dilangsungkan, maka barang itu menjadi miliknya. Namun benda yang diberikan setelah akad nikah dilangsungkan maka itu tetap menjadi hak milik orang yang memberi. Sebaik-baik pemberian yang diberikan oleh seorang lelaki adalah pemberikan yang diberikan kepada anak perempuannya dan saudarinya sekali gus ini sebagai penghormatan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah kecuali al-Tirmidhi: 1060). Makna Hadith Kadang kala ketika akad nikah dilangsungkan ada disebutkan sesuatu untuk selain wanita yang dikahwini seperti untuk orang tua atau wali. Hadith ini menetapkan bahawa semua apa yang disebutkan itu menjadi hak milik wanita (isteri) dan tidak boleh menjadi hak orang lain, meskipun dinisbahkan kepadanya, kerana pada dasarnya mahar itu diberikan kepada isteri. Hal ini berbeza jika barang itu disebutkan kepada orang lain setelah akad nikah, maka barang itu menjadi hak milik orang yang diberinya, kerana mahar tidak boleh diberikan setelah akad dilangsungkan. Ini menunjukkan pemberian itu bukan milik isteri kerana ia bukan mahar yang disebut ketika akan nikah sedang dilangsungkan.

427

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 427

09/04/2010 23:06:29

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz

,mengahwini.

, dibaca kasrah huruf ha, pemberian kepada orang lain atau kepada isteri sebagai tambahan ke atas mahar. , akadnya.

,dengan membaca kasrah huruf shad, mahar atau mas kahwin yang diberikan kepada perempuan yang akan dinikahi.

,dibaca dengan kasrah huruf ain dan fathah huruf dal, sesuatu yang dijanjikan oleh suami kepada isterinya.

, mabni li al-majhul, sesuatu yang diberikan oleh suami kepada isterinya.

, Ibn Hajar sama sekali tidak memberi komentar ke atasnya. Ia diriwayatkan daripada Amr bn Juraij dan al-Hajjaj bin Arthaah, mereka berdua adalah mudallas dan tidak pernah berterus terang mengenai kedudukan hadith.
Fiqh Hadith 1. Sesuatu yang disebut sebelum akad nikah menjadi hak milik isteri, meskipun ia disebutkan untuk ayah, datuk atau saudaranya dan demikian pula sesuatu yang disebut ketika akad dilangsungkan. Inilah pendapat Imam Malik, Umar bin Abdul Aziz, al-Tsauri, Abu Ubaid. Pendapat ini ditarjih oleh al-Syawkani yang dinisbahkan kepada jumhur ulama. Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya berkata: Syarat wajib dipenuhi bagi orang yang disebutkan sama ada saudara ataupun ayah dan nikahnya dianggap sah. Menurut Imam al-Syafii, menyebutkan mahar seperti ini menjadikan akad nikah dianggap fasid (rosak) sementara wanita berkenaan berhak menerima mahar mitsil. Menurut Imam Ahmad, jika disyaratkan kepada ayah, maka mahar tersebut menjadi miliknya. Jika disebutkan kepada selain ayah perempuan itu, maka itu tetap menjadi milik perempuan. 2. Disyariatkan menjalin silaturrahim dengan kerabat isteri dan berbuat baik kepada mereka. Perbuatan ini dibolehkan dan tidak termasuk sogok yang diharamkan di sisi Islam, kecuali mereka enggan melakukan perkahwinan melainkan dengan memberika sogok kepada mereka.

428

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 428

09/04/2010 23:06:30

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

261- Daripada Alqamah daripada Ibn Masud (r.a) bahawa beliau pernah ditanya tentang seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan namun tidak pernah menentukan berapa mas kahwin yang mesti diserahkan kepadanya dan tidak pula pernah berkumpul dengannya hingga meninggal dunia. Ibn Masud (r.a) menjawab: Dia (wanita itu) berhak mendapat mas kahwin yang setara dengannya, tidak boleh kurang dan tidak boleh pula lebih. Dia wajib beriddah dan berhak mendapat harta warisan. Maqil bin Sinan al-Asjai kemudian berdiri dan berkata: Rasulullah (s.a.w) pernah memberi keputusan hukum kepada Birwa binti Wasyiq, salah seorang perempuan di kalangan kami, sama seperti jawapanmu itu. Mendengar itu, Ibn Masud pun gembira. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan alArbaah, dinilai sahih oleh al-Tirmidhi dan dinilai hasan oleh sekumpulan ulama hadith: 1061). Makna Hadith Ulama bersepakat jika seorang perempuan yang telah dikahwini oleh seorang lelaki tidak ada disebutkan berapa jumlah mahar yang bakal diterimanya, maka suaminya itu wajib memberinya mahar sebaik dia telah menyetubuhinya. Mereka juga bersepakat jika seorang perempuan apabila diceraikan dan sebelumnya telah ditentukan berapa jumlah mahar yang mesti diterimanya sedangkan suaminya belum menyetubuhinya maka dia berhak mendapat separuh mahar. Jika seseorang berkahwin lalu dia meninggal dunia sebelum bercerai sementara mereka belum pernah bersetubuh, apakah hukum permaaslahan ini? Adakah perempuan itu berhak menerima separuh mahar sementara sebelumnya jumlah mahar tidak disebutkan dan demikian pula talak tidak pernah dijatuhkan atau dia berhak mendapat keseluruhan mahar, meskipun suaminya belum pernah menyetubuhinya dan apakah dia wajib beriddah meskipun belum pernah bersetubuh?

429

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 429

09/04/2010 23:06:30

Kitab Thaharah (Bersuci)

Permasalahan ini bukan tidak mungkin terjadi. Oleh itu, dalam riwayat Abu Dawud disebutkan bahwa para sahabar berdebat selama satu bulan membincangkan masalah ini. Ketika dijatuhkan ketetapan bahawa perempuan itu berhak mendapat mahar mitsil, wajib beriddah dan berhak mendapat hak waris, Ibn Masud berkata: Jika fatwa ini benar, maka ia datang dari Allah. Jika salah, maka ia datang dari syaitan. Allah dan RasulNya berlepas daripadanya. Ibn Masud (r.a) kemudian merasa gembira ketika mendapat tahu bahawa fatwanya itu selari dengan keputusan yang pernah dibuat oleh Rasulullah (s.a.w). Analisis Lafaz Alqamah bin Qais, seorang tabiin yang disegani, meriwayatkan hadith daripada Umar, Ibn Masud dan lain-lain. Ramai ulama hadith yang meriwayatkan hadith daripadanya. Beliau meninggal dunia pada umur enam puluh satu tahun.

, sama seperti wanita wanita setempat, seperti saudarinya, makciknya dan anak perempuannya yang memiliki kesetaraan baik dalam harta, kecantikan mauhpun keturunan.
,dibaca fathah huruf syin dan huruf tha, zalim. Maksudnya seorang suami tidak berdosa jika menambahkan jumlah mahar. ,seorang wanita yang menunggu masa sucinya kerana ditinggal mati oleh suaminya selama empat bulan sepuluh hari.

,bagi perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya sebelum disetubuhi.

,dibaca fathah huruf waw dan sukun huruf kaf, kurang.

,Maqil adalah Abu Muhammad, beliau turut serta dalam penaklukkan kota Makkah, dan mati syahid pada waktu perang al-Hurrah. ,dengan membaca fathah huruf ba, sukun huruf ra dan fathah huruf waw. , yakni dari suku Asyja. ,dengan membaca kasrah huruf syin.
,dengan membaca kasrah huruf sin.

, di antara mereka adalah Ibn Mahdi, Ibn Hazm, Ibn Hibban, al-Hakim dan lain-lain, tetapi ada sekumpulan ulama pula yang menilainya daif. Imam al-Syafii berkata: Jika hadith benar dari Rasulullah (s.a.w), maka ia mesti dijadikan panduan, kerana tidak ada hujah bagi sesiapa pun selain Rasulullah (s.a.w), walau sehebat manapun orang itu. Apapun, saya tidak dapat memastikan hadith ini sahih atau sebaliknya, kerana ada
430

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 430

09/04/2010 23:06:30

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

ketikanya ia diriwayatkan daripada Maqil bin Sinan, ada ketikanya pula daripada Maqil bin Yasar dan ada ketikanya pula daripada seorang berasal dari Asyja tanpa menyebutkan siapa sebenarnya namanya. Oleh itu, Imam al-Syafii menilai hadith ini daif kerana mudhtharib. Al-Baihaqi di sini menyanggah dengan berkata: Nama periwayat hadith ini Ibn Sinan, seorang sahabat masyhur. Perbezaan nama periwayat di sini tidak menjadikan hadith ini cacat, kerana kesemua riwayatnya sahih, malah ada sesetengah riwayat yang menegaskan bahawa sekumpulan bani Asyja turut menjadi saksi ke atasnya. Al-Shanani turut mengemukakan kenyataan yang serupa ketika memberi komentar ke atas tarjih yang dibuat oleh al-Daruquthni terhadap riwayat yang di dalamnya tidak disebutkan nama sahabat. Beliau kemudian menyatakan bahawa hadith ini memiliki syahid daripada Uqbah bin Amir dalam Sunan Abu Dawud sepertimana langkah yang dilakukan oleh Ibn Hajar. Fiqh Hadith Jika ada wanita yang ditinggal mati oleh suaminya, sementara maharnya belum disebutkan, maka dia berhak menerima mahar sepenuhnya meskipun mereka belum sempat bersetubuh, malah dia juga berhak mendapat harta warisan. Inilah pendapat Ibn Masud, Ibn Sirin, Ibn Abu Laila, Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Imam Ahmad dan Ishaq. Pendapat lain mengatakan wanita itu tidak mendapat apa-apa selain warisan. Inilah pendapat Ali, Ibn Abbas, Ibn Umar, Imam Malik, Imam al-Syafii dalam salah satu riwayat di mana mereka berkata: Hadith ini mudhtharib, kerana mahar ganti rugi. Jika suami belum melunasi kewajipannya maka tidak wajib baginya memberikan mahar. Dalam riwayat lain Imam al-Syafii berkata: Wanita itu berhak menerima setengah daripada jumlah mahar. Pendapat yang serupa turut diriwayatkan daripada Imam Ahmad. Ada yang mengatakan Imam al-Syafii rujuk daripada pendapatnya ini dan mengemukakan pendapat yang sama dengan hadith ini.

262- Daripada Jabir bin Abdullah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barang siapa memberikan sawiq atau kurma sebagai mas kahwin maka dia 431

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 431

09/04/2010 23:06:31

Kitab Thaharah (Bersuci)

telah halal berkahwin (dengan wanita yang diberinya itu). (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan mengisyaratkan hadith ini sebagai mawquf: 1062). Makna Hadith Sebelum ini telah disebutkan dalam hadith Sahl bin Saad bahawa seorang wanita telah menghibahkan dirinya dan boleh memberikan mahar bukan dalam bentuk wang sebaliknya dalam bentuk barang. Di sini Ibn Hajar mengemukukan satu hadith yang membolehkan mahar dalam bentuk kurma, tepung, barli dan lain sebagainya di mana kesemuanya ini boleh dinilai dengan wang. Analisis Lafaz

,mahar.

Dalam riwayat Abu Dawud disebutkan: ( ...Barang siapa memberi segenggam tepung sebagai mahar bagi wanita .) Di mana dalam riwayat ini ditambahkan segenggam. Dalam kitab Bulugh al-Maram, tambahan kalimat ini dibuang.

,tepung jagung, gandum atau barli.

Yazid bin Harun daripada Musa bin Muslim daripada Abu al-Zubair daripada Jabir berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Mahdi daripada Shaleh bin Ruman Musa daripada Abu al-Zubair daripada Jabir secara mawquf. Ia turut diriwayatkan oleh Abu Ashim daripada Shalih bin Ruman daripada Abu al-Zubair daripada Jabir, beliau berkata:

,halal kemaluannya, sah mahar dan nikahnya. , Abu Dawud setelah meriwayatkan hadith daripada

Pada masa Rasulullah (s.a.w) masih hidup, kami sudah dapat bersenangsenang dengan segenggam makanan, yakni bersenang-senang dengan bersetubuh. Menurtu Abu Dawud, hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Juraij daripada Abu al-Zubair daripada Jabir yang maksudnya sama dengan riwayat Abu Ashim. Menurut pensyarah kitab ini, ada beberapa catatan dalam perkataan Abu Daud ini, iaitu:

432

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 432

09/04/2010 23:06:31

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Pertama, mentarjih hadith ini sebagai mawuquf. Al-Ajuri daripada Abu Dawud berkata: Yazid bin Harun telah melakukan kesalahan, dia berkata: Musa bin Ruman. Menurut pensyarah kitab ini, mereka menegaskan bahawa kesalahan nama periwayat merupakan satu kesalahan dalam menilai marfu atau mawquf hadith ini jika ia menyalahi periwayat yang lebih kuat daripadanya, terlebih-lebih lagi seperti Ibn Mahdi. Kedua, maksud hadith ini adalah seseorang yang ingin memberi sesuatu kerana ingin bersenang-senang (nikah mutah). Ulama telah bersepakat untuk mengharamkannya, kerena pemberian di sini dianggap sebagai upah. Jadi nikah dan mahar tidak boleh diqiyaskan dengan nikah mutah. Jadi, hadith ini tidak boleh dijadikan hujah. Oleh kerana Muslim atau Shalih termasuk periwayat daif atau majhul mengikut kenyataan yang dikemukakan oleh Abdul Haq, al-Azdi, alZahabi dan Abu Hatim, maka lafaz hadith yang boleh dijadikan pegangan adalah Abu Ashim dan hadithnya menceritakan nikah mutah, bukannya perkahwinan. Tambahan pula, Abu al-Zubair telah menjadikan hadith ini muanan daripada Jabir sedangkan dia seorang yang mudallas. Fiqh Hadith Boleh menjadikan mahar tidak dalam bentuk wang dinar dan dirham. Inilah pendapat jumhur ulama.

263- Daripada Abdullah bin Amir bin Rabiah daripada ayahnya bahawa Rasulullah (s.a.w) membolehkan perempuan berkahwin dengan sepasang selipar sebagai mas kahwinnya. (Diriwatkan oleh al-Tirmidhi dan menilainya sahih, namun penilaian ini ditentang oleh ulama yang lain: 1063). Makna Hadith Maksud hadith ini sama dengan hadith sebelumnya di mana dibolehkan memberkan mahar tidak dalam bentuk wang, sebaliknya dalam bentuk barang.

433

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 433

09/04/2010 23:06:31

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz

, mas kahwin yang diberikan kepadanya berupa sepasang selipar.

bernama Ashim bin Ubaidillah, seorang yang daif sebagaimana dikatakan oleh Ibn Muin, Imam Malik, al-Bukhari, Abu Hatim dan lain-lain. Fiqh Hadith Boleh memberikan mahar dalam bentuk barang yang boleh dinilai dengan harga. Inilah pendapat jumhur ulama di mana mereka berkata: Mahar adalah sesuatu yang telah disepakati oleh suami dan isteri. Inilah pendapat Sufyan, Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Ishaq dan ramai lagi. Menurut Imam Malik, mahar tidak boleh kurang daripada satu perempat dinar. Menurut Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, mahar tidak boleh kurang daripada sepuluh dirham. Pendapat yang lebih mendekati kebenaran adalah pendapat jumhur ulama, kerana ia disokong oleh hadith berikut ini, sementara pendapat Abu Hanifah pula lemah yang akan dihuraikan sebabnya berikut ini, manakala pendapat Imam Malik pula berlandaskan qiyas dan kita tahu bahawa tidak ada qiyas apabila ada nash. Ada pula yang mengatakan pendapat Imam Malik itu berlandaskan hadith Abdurrahman bin Auf di mana baginda mendoakannya dengan kebaikan. Apapun, hadith ini tidak boleh dijadikan dalil untuk masalah ini.

, ini kerana di dalam hadith Ini terdapat periwayat yang

264- Daripada Sahl bin Saad (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan seorang perempuan di mana mas kahwinnya adalah cincin yang terbuat daripada besi. (Diriwayatkan oleh al-Hakim. Ia merupakan sebahagian kecil daripada hadith yang panjang yang disebut dalam permulaan bab perkahwinan: 1064). Makna Hadith Hadith ini mengandungi makna yang sama dengan dua hadith sebelumnya, di mana dibolehkan memberikan mahar dalam bentuk barang, bukan dalam bentuk wang. 434

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 434

09/04/2010 23:06:32

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,sebelum ini disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Carilah meskipun itu berupa seutas cincin yang terbuat daripada besi. Meskipun lelaki tetap tidak mendapatkannya, namun jika mendapatinya, maka dia akan menjadikannya sebagai mas kahwin dalam perkahwinannya itu. Jadi, hadith ini boleh dijadikan sebagai dalil. Peliknya, al-Shanani mengatakan hadith ini tidak boleh dijadikan sebagai dalil termasuk hadith Sahl sebelum ini.
Fiqh Hadith Boleh memberikan mahar walau dalam bentuk apapun selagi ia memiliki nilai atau harga.

*- Daripada Ali (r.a), beliau berkata: Mas kahwin tidak boleh kurang daripada sepuluh dirham. (Dikeluarkan oleh oleh al-Daruquthni secara mawquf dan sanadnya masih dipertikai) Makna Hadith Ibn Hajar mengemukakan athar ini dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa daif athar dan tidak ada hujah bagi orang yang mengatakan mahar yang paling minimum adalah sepuluh dirham. Pendapat yang benar dalam masalah ini adalah apa yang disebutkan dalam hadith sebelum ini. Analisis Lafaz

, ini kerana di dalam athar ini terdapat Dawud al-Awdi, seorang periwayat yang daif. Tambahan pula al-Syabi tidak pernah mendengarnya daripada Ali dan oleh kerananya, hadith ini mungqathi. Apapun, hadith ini memiliki syahid daripada Jabir secara marfu, meskipun di dalam sanadnya terdapat Mubasysyir bin Ubaid, seorang periwayat matruk. Menurut Imam Ahmad dan Ibn Hibban, periwayat ini sering kali meriwayatkan hadith-hadith mawdhu dan sekumpulan ulama seperti Ibn Adi, al-Uqaili dan al-Daruquthni menilainya daif. Al-Aini dalam al-Binayah membantah status daif Jabir yang dijadikan sebagai syahid di sini dengan berkata: Ia diriwayatkan daripada beberapa
435

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 435

09/04/2010 23:06:32

Kitab Thaharah (Bersuci)

jalur yang kesemuanya daif, namun ia menjadi hasan dan boleh dijadikan sebagai hujah apabila kesemua jalur itu digabungkan. Pengarang kitab Umdah al-Riayah Hasyiyah Syarh al-Wiqayah membantah kenyataan al-Aini dengan berkata: Hadith menjadi hasan jika status daif itu tidak terlampau teruk dan oleh kerananya, ia boleh ditutupi dengan banyaknya jalur sanad. Namun jika status daif hadith ini itu terlampau teruk, maka tentu salah satu daripada jalurnya ada seorang periwayat yang diyakini pembohong. Hadith Jabir ini tidak dapat dijadikan sebagai hujah kerana terlampau daif. Fiqh Hadith Jumlah mahar tidak boleh kurang daripada sepuluh dirham. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah, namun jumhur ulama tidak sependapat dengannya. Penting Ulama mazhab Hanafi membantah dalil jumhur ulama yang mengatakan mahar boleh kurang daripada sepuluh dirham bahawa mahar yang kurang daripada kadar ini merupakan mahar yang diserahkan sebagai wang muka. Pengarang kitab Umdah al-Riayah membantah ulama mazhab Hanafi dengan menyatakan bahawa kemungkinan seperti ini boleh diterima sekiranya tidak bercanggah dengan zahir nas. Jika bercanggah dengan zahir nas, maka seorang ulama mestilah berpegang dengan dalil yang muktamad dan lebih kuat.

265- Daripada Uqbah bin Amir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sebaik-baik mas kahwin adalah yang paling mudah dijangkau. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan dinilai sahih oleh al-Hakim: 1065). Makna Hadith Sering kali terjadi mahar terlampau mahal hingga seorang lelaki tidak mampu membayarnya hingga pada akhirnya tidak dapat berkahwin. Anak gadis pula tidak bersuami lantaran bayaran mahar yang terlampau mahal itu. Keadaan ini mendorong mereka menjadi bujang lapuk. Oleh itu, Rasulullah (s.a.w) menggalakkan untuk merendahkan harga mahar bagi mengelak terjadinya gejala bujang lapuk ini sama ada di kalangan teruna mahupun dara. 436

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 436

09/04/2010 23:06:33

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Talak yang disyariatkan oleh dalam keadaan tertentu bertujuan mengelakkan terjadinya mudarat bagi kedua pasangan suami isteri apabila mereka tidak sanggup lagi hidup sebumbung, namun keadaan ini tidak berlaku apabila bayaran mahar terlampau mahal. Ada pula sesetengah suami yang tidak bertanggung jawab sengaja membuat suasana rumah tangga menjadi huru hara dengan tujuan isterinya meminta khuluk kepadanya dengan harapan mahar yang sebelum ini telah diserahkan dapat kembali semula kepadanya. Inilah salah satu akibat mahar yang terlampau mahal. Analisis Lafaz

paling afdhal dan paling baik. Ada yang mengatakan paling berkat. paling murah dan paling meringankan beban lelaki.

Fiqh Hadith Disunatkan meringankan bayaran mahar.

266- Daripada Aisyah (r.a) bahawa sesungguhnya Amrah binti al-Jawn pernah meminta perlindungan kepda Allah supaya dijauhkan daripada Rasulullah (s.a.w) ketika berada dalam satu bilik dengan baginda, yakni ketika dikahwini oleh baginda. Baginda bersabda: Betul-betul kamu telah meminta perlindungan kepada tempat berlindung. Baginda lalu menceraikannya dan menyuruh Usamah untuk memberinya barangan mutah sebanyak tiga helai pakaian. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan dalam ada sanadnya yang periwayat matruk: 1066 ).

267- Asal kisah ini ada dalam Sahih al-Bukhari daripada hadith Abu Usaid al-Saidi: 1067).

437

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 437

09/04/2010 23:06:33

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Sebab yang mendorong Rasulullah (s.a.w) melakukan perbuatan ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Saad dan lain-lain bahawa ketika Rasulullah (s.a.w) mendatanginya (pengantin wanita itu) di dalam bilik dan dia merupakan salah seorang wanita yang paling cantik, maka isteri-isteri baginda yang lain pun turut cemburu. Mereka berkata kepada perempuan itu: Seorang wanita yang paling disenangi oleh Rasulullah (s.a.w) apabila dia mengucapkan ketika hendak disetubuhinya. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Aisyah dan Hafshah masuk kedalam bilik kamar pengantin wanita. mereka menyikat rambutnya dan memasang inai. Salah seorang di antara mereka berkata: Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) sangat menyukai wanita yang mengatakan ketika hendak disetubuhinya. Kisah ini tersebar luas dalam banyak buku, tetapi ia sangat daif dan munkar. Banyak lagi asbabul wurud hadith ini yang kesemuanya tidak sunyi daripada kritikan selain riwayat al-Bukhari. Ibn Hajar mengemukakan hadith ini sebagai dalil bahawa disyariatkan mutah (pemberian saguhati) bagi isteri yang ditalak sebelum terjadi persetubuhan. Analisis Lafaz Amrah binti al-Jun. ada yang mengatakan dia adalah Asma binti al-Numan bin Abu al-Jun. Dalam Shhhih al-Bukhari disebutkan Umaimah.

,berlindung daripada dan pada kebiasaannya seseorang berlindung daripada orang jahat. bermaksud mencari perlindungan.
, pada hari pengantin. Dengan erti kata lain, engkau berlindung kepada orang yang boleh menyelamatkan dirimu daripada kejahatan orang yang kamu takuti perbuatan jahatnya.

,dia berkata: ( aku berlindung dengan Allah daripada kamu).

, di dalam sanadnya terdapat periwayat matruk lantaran ada tambahan: dan baginda menyuruh Usamah memberikan tiga helai baju sebagai mutah (pemberian saguhati). Oleh itu, Ibn Hajar menisbahkan hadith kepada Ibn Majah. Jika tidak, hadith ini daripada Aisyah
438

,memberikan sejumlah harta atau mutah (pemberian saguhati). Dalam hadith disebutkan bahawa pemberian saguhati tidak lebih daripada tiga helai pakaian. Dalam Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa baginda memberikan saguhati sebanyak dua baju.

,dengan membaca fathah huruf mim. Dalam Sahih al-Bukhari disebutkan: .

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 438

09/04/2010 23:06:33

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lafaznya adalah anak perempuan al-Jun ketika dipanggil Rasulullah (s.a.w) untuk mendekatinya, dia malah berkata: ( aku berlindung dengan Allah daripadamu). Mendengar itu, baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah berlindung kepada Yang Maha Mulia, pulanglah kepada keluargamu. Kisah lengkapnya adalah sebagai berikut ini:

Ketika Rasulullah (s.a.w) mendatanginya, baginda bersabda: Serahkan dirimu kepadaku. Perempuan itu menjawab: Adakah seorang ratu menyerahkan dirinya kepada orang bawahan? Baginda kemudian berhasrat meletakkan tangannnya ke atas tubuh wanita itu dengan tujuan dia dapat bertenang. Namun wanita itu malah berkata: ( aku berlindung dengan Allah daripadamu). Baginda bersabda: Betul-betul kamu telah meminta perlindungan kepada tempat berlindung. Baginda kemudian keluar mendatangi kami dan bersabda: Wahai Abu Usaid, berilah perempuan dua helai pakaian dan suruhlah dia pulang kepada keluarganya. Fiqh Hadith 1. Disunatkan mentalak isteri yang tidak mampu menggauli suaminya dengan cara yang baik. 2. Disyariatkan mutah (pemberian saguhati) bagi isteri yang dicerai sebelum dilakukan persetubuhan dengannya sama ada jumlah mahar telah ditentukan ataupun sebaliknya. Ulama kebanyakan mewajibkan mutah (pemberian saguhati) jika mahar tidak disebutkan. Dalam kaitan ini, Allah (s.w.t) berfirman:

439

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 439

09/04/2010 23:06:34

Kitab Thaharah (Bersuci)

Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mutah (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. (Surah al-Baqarah: 236). Zahir perintah dalam ayat ini adalah wajib dengan memberikan mutah (saguhati) kepada isteri yang dicerikan sebelum disetubuhi. Menurut Imam Malik dan al-Laits, pemberian mutah (saguhati) ini tidak wajib. Sedangkan pemberian mutah (saguhati) bagi suami yang tidak menyebutkan maharnya sementara dia telah menyetubuhi isterinya, maka menurut Umar, Ali, Imam al-Syafii, perempuan itu wajib menerima mutah (saguhati) daripada suaminya. Dalilnya firman Allah (s.w.t):

Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mutah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa. (Surah al-Baqarah: 241). Menurut ulama mazhab Hanafi, wanita tersebut berhak menerima mahar mitsil. Soalan 1. Apakah takrif mahar atau secara bahasa dan secara syarak? 2. Bolehkah memerdekakan seorang wanita sekali gus dijadikan sebagai maharnya dan apa pula dalilnya? 3. Berapakah mahar Rasulullah (s.a.w) kepada isterinya dan sebutkan satu hadith mengenai masalah ini? 4. Sempurnakan hadith: ...: dan bincangkan? 5. Apakah hukum sesuatu yang disebut oleh suami sebelum akad nikah dilangsungkan kepada selain isterinya; adakah ia menjadi hak milik isteri atau tidak? 6. Apakah hukum seorang perempuan yang dikahwini oleh seorang lelaki, namun tidak sempat memberikan mahar dan tidak pula sempat menyetubuhinya lalu lelaki itu meninggal dunia? 7. Bincangkan kedudukan hadith Jabir: ... dan ini merupakan mahar paling minimum menurut ulama fiqh dan 440

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 440

09/04/2010 23:06:34

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

8.

9. 10. 11.

12.

apa dalil mereka? Apakah pendapat yang benar mengenai mahar paling minimum yang dengannya boleh melangsungkan akad ini dan sokong pendapat ini dengan dalil? Bincangkan dalil ulama yang mengatakan mahar paling minimum tidak boleh kurang daripada sepuluh dirham! Sebutkan nas hadith yang menganggap sunat mahar yang mudah dijangkau dan apa pula alasannya? Sebutkan beberapa faktor yang mendorong Rasulullah (s.a.w) menjatuhkan talak ke atas anak gadis al-Jun dan sebutkan pendapat yang rajih dari sekian faktor-faktor itu? Bincangkan pendapat ulama fiqh berkaitan mutah (pemberian saguhati) bagi isteri yang ditalak sebelum disetubuhi!

441

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 441

09/04/2010 23:06:34

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB WALIMAH

Al-Walimah berasal dari kalimat dengan membaca fathah huruf waw dan sukun huruf lam yang bermaksud menyatukan atau menggabungkan. Al-Azhari berkata: :Kata kerjanya adalah .Ia merupakan istilah bagi setiap jamuan makan keraa kesyukuran, sementara walimatul urus pula biasanya dilakukan ketika acara pengantinan atau sesudah itu.

268- Daripada Anas bin Malik (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah melihat tangan Abdurrahman bin Auf merah kerana bekas inai. Baginda bertanya: Kenapa ini? Dia menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya sudah berkahwin dengan seorang wanita dengan mas kahwin emas sebesar biji kurma. Baginda bersabda: Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, adakan walimah walaupun dengan sekadar menyembelih seekor kambing. (Muttafaq alaih, lafaz hadith menurut Muslim: 1068). Makna Hadith Oleh kerana mengisytiharkan perkahwinan disunatkan, maka orang ramai biasanya berkumpul menghadiri pesta perkahwinan dan memuliakan tetamu sememangnya disunatkan. Oleh itu, eloklah kiranya apabila diadakan walimah (pesta) bagi orang yang berkemampuan, terlebih-lebih dengan ini dapat menjemput lebih ramai orang untuk menghadirinya 442

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 442

09/04/2010 23:06:35

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

supaya suasana kegembiraan lebih semarak di mana ia merupakan salah satu tujuan diadakannya pesta perkahwinan. Analisis Lafaz

, ada yang mengatakan emas sebesar biji kurma dan ada pula yang mengatakan nilainya sebesar tiga puluh dirham. Ada yang mengatakan kadarnya adalah satu perempat dinar. Inilah pendapat ulama mazhab Maliki, kerana menurut mereka jumlah paling minimum mahar adalah satu perempat dinar, tetapi pendapat ini tidak ada dalilnya. Ada yang mengatakan jumlahnya lima dirham perak. Inilah pendapat al-Khatthabi dan al-Azhari yang dinukil oleh Iyadh dan ulama kebanyakan. Ini juga merupakan pendapat Imam al-Syafii dan Abu Awanah. Ada yang mengatakan jumlahnya sebesar lima dirham emas. Inilah pendapat Ibn Faris seperti mana yang dikemukakan oleh Ibn Qutaibah dan al-Baidhawi. Pendapat lain yang dikemukakan oleh al-Baihaqi daripada Qatadah yang berkata: Aku telah menilainya sebanyak tiga dirham dan dua pertiga. Akan tetapi sanad ini lemah sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Ahmad. ,fiil amr, maksudnya buatlah pesta.
Fiqh Hadith 1. Boleh memakai inai pada pakaian bagi pengantin. Inilah pendapat Imam Maliki dan ulama Madinah. Dalilnya hadith ini dan hadith:

, dalam satu riwayat ditafsirkan bahawa makna shufrah di sini adalah bekas titisan zakfaran.

Allah tidak menerima solat seseorang yang di tubuhnya terdapat bau busuk. Ini menunjukkan bahawa memakai inai pada pakaian dibolehkan. Menurut Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama, tidak boleh berinai dan mereka mengemukakan dalil yang melarang perbuatan ini, di samping apa yang dilakukan oleh Abdurrahman adalah sebelum adanya larangan iaitu pada awal-awal hijrah. Bagi mereka, ada kemungkian inai yang dilihat oleh Rasulullah (s.a.w) merupakan titisan daripada inai isterinya. Ini tidak bermaksud memakainya. Al-Nawawi membenarkan tafsiran ini. Bagi pensyarah kitab ini, al-Bukhari seorang yang alim telah membolehkan berinai dan beliau telah membuat satu bab dengan judul: inai bagi pengantin yang diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Auf daripada Rasulullah (s.a.w). 443

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 443

09/04/2010 23:06:35

Kitab Thaharah (Bersuci)

2. Sah berkahwin dengan mahar emas sebesar biji kurma. 3. Disyariatkan mengadakan walimah (pesta) sebelum perkahwinan. Menurut Imam al-Syafii dan mazhab Zahiri, pesta perkahwinan wajib dilaksanakan berdasarkan hadith ini dan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawasa Rasulullah (s.a.w) bersabda ketika meminang Fathimah: Wajib diadakan pesta perkahwinan (walimah). Menurut Imam Ahmad, hukum walimah adalah sunat. Menurut jumhur ulama, hukum walimah mandub dan dalil mereka adalah Rasulullah (s.a.w) hanya menyuruh Abdurrahman bin Auf untuk mengadakan pesta perkahwinan. 4. Biaya paling kecil walimah adalah menyembelih satu ekor kambing. Namun dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) mengadakan walimah dengan biaya yang lebih sedikit daripada memotong seekor kambing ketika berkahwin dengan Ummu Salamah. Apa yang penting adalah mengadakan walimah mengikut kemampuan, malah baginda pernah mengadakan walimah ketika berkahwin dengan Shafiyyah dengan dua mud barli. Penting Ulama berbeza pendapat mengenai waktu walimah, apakah ia dilakukan pada waktu akad nikah atau setelah akad nikah atau ketika hendak memulai malam pengantin? Ketiga-tiga waktu ini dikemukakan oleh ulama mazhab Maliki. Al-Mawardi menjelaskan bahawa walimah diadakan ketika malam pengantin. Menurut Ibn al-Subki, apa yang dinukil daripada amalan Rasulullah (s.a.w) adalah walimah diadakan setelah malam pengantin sebagaimana baginda lakukan ketika perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy dan berdasarkan kenyataan Anas bahawa baginda mengadakan pesta perkahwinan ketika berkahwin dengan Zainab, lalu baginda menjemput orang ramai.

269- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jika salah seorang di antara kamu dijemput untuk menghadiri walimah pengantin, maka hendaklah kamu menghadirinya. (Muttafaq alaih). Dalam riwayat Muslim disebutkan: Jika salah seorang di antara kamu dijemput datang oleh saudaranya, maka hendaklah kamu memenuhi 444

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 444

09/04/2010 23:06:36

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

jemputan itu, sama ada acara walimah pengantin atau lain sebagainya. (1069). Makna Hadith Islam menganjurkan pemeluknya untuk memenuhi jemputan walimah kerana beberapa pertimbangan berikut: - Memupuk kasih sayang, kerana ketika seseorang menjemput orang lain bererti dia sangat berharap kehadirannya. - Mengelak daripada membazirkan harta, kerana seseorang yang mengadakan pesta pasti menyediakan makanan sesuai dengan jumlah jemputan. Jika ada yang tidak hadir, maka makanan bersisa dan mungkin dibuang lantaran tidak ada orang yang memakannya. - Menghindari prasangka buruk, kerana jika jemputan tidak dihadiri, maka orang yang mengadakan walimah akan merasa kecewa. Analisis Lafaz

, dijemput untuk menghadiri acara walimah.


Fiqh Hadith Wajib menghadiri jemputan undangan sama ada pesta perkahwinan atau jemputan yang selainnya. Inilah pendapat mazhab Zahiri dan sebahagian mazhab Syafii. Pendapat ini dinukil oleh Ibn Hazim daripada majoriti sahabat dan tabiin. Ada sekumpulan ulama yang membezakan antara jemputan walimah dengan jemputan yang selainnya. Ibn Abdul Barr, Iyadh dan al-Nawawi menukil bahawa menghadiri jemputan pesta pengantin hukumnya adalah wajib. Majoriti ulama Syafii dan mazhab Hanbali berpendapat bahawa menghadiari pesta perkahwinan hukumnya fardhu ain. Imam Malik turut mengemukakan pendapat yang serupa. Sementara menurut sebahagian ulama, hukum menghadiri pesta perkahwinan adalah fardhu kifayah. Dalam perkataan Imam al-Syafii difahami bahawa wajib menghadiri pesta perkahwinan dan tidak ada keringanan di dalamnya. Penting Ibn al-Daqiq al-Id dalam kitab Syarh al-Ilmam berkata: Dibolehkan untuk tidak menghadiri pesta perkahwinan kerana beberapa alasan berikut iaitu:

445

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 445

09/04/2010 23:06:36

Kitab Thaharah (Bersuci)

Jika makanannya dianggap syubhat. Jika jemputan khusus untuk orang kaya sahaja. Jika tidak dapat menghadiri pesta perkahwinan kerana ada uzur atau tidak patut berada di majlis itu. - Jika kehadirannya bakal membantu untuk melakukan perbuatan batil. - Jika di dalam pesta itu terdapat perbuatan mungkar seperti khamar, perbuatan sia-sia, permaidan sutera dan gambar. Kata Ibn Daqiq al-Id lagi: Ini berdasarkan hukum syariat yang pernah terjadi terhadap sahabat. Jika menghadiri jemputan adalah satu kewajiban, namun di dalamnya ada perbuatan mungkar, maka di sini terjadi pertembungan antara kewajipan dengan larangan. Jika itu terjadi, larangan hendaklah diambil kira dengan tidak menghadiri pesta perkahwinan itu. -

270- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Seburu-buruk jamuan adalah jamuan walimah; orang yang datang ditolak sedangkan orang yang tidak mahu datang dijemput datang. Barang siapa yang tidak datang menghadiri jemputan itu, maka orang itu telah berbuat derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. (Diriwayatkan Muslim: 1070). Makna Hadith Hadith ini memperkuat hadith sebelumnya yang mewajibkan seseorang menghadiri jemputan, tetapi pesta itu dimurkai Allah jika orang yang dijemput hanya orang kaya sahaja sedangkan orang miskin tidak dijemput datang. Analisis Lafaz

, yakni sejahat-jahat makanan. Dengan erti kata lain, sesuatu yang menyebabkannya buruk dan jahat. , yakni orang fakir sebagaimana yang disebutkan dalam hadith Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Tabrani:

446

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 446

09/04/2010 23:06:36

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, mereka adalah orang kaya, kerana mereka biasanya tidak begitu berselera dengan makanan pesta; ada kalanya kerana ramainya orang yang menghadiri pesta itu atau kerana meja makan mereka setiap hari mirip dengan hidangan pesta.
Fiqh Hadith 1. Larangan mengundang orang kaya tanpa mengundang orang miskin ketika mengadakan pesta perkahwinan. 2. Wajib menghadiri jemputan.

Sejahat-jahat makanan adalah makanan pesta perkahwinan yang diberikan kepada orang yang kenyang (orang kaya), sementara orang yang kelaparan (orang miskin) dilarang daripada menghadirinya.

271- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: JIka seseorang di antara kamu dijemput untuk menghadiri jemputan maka hendaklah dia memenuhinya. Jika sedang berpuasa, maka hendaklah dia mendoakannya dan jika tidak berpuasa, maka hendaklah dia memakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1071).

272- Hadith yang serupa turut diriwayatkan daripada Jabir dan dan baginda bersabda: Dia boleh makan dan bolah tidak makan. (1072). Makna Hadith Dua hadith sebelum ini menyebutkan bahwa menghadiri jemputan hukumnya wajib, kemudian disebutkan pula beberapa alasan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menghadirinya. Hadith ini menjelaskan bagaimana sikap seseorang yang berpuasa jika menghadiri jemputan, di mana dia digalakkan mendoakan tuan rumah dengan keberkatan dan keampunan. Dalam kaitan ini, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Barang siapa di antara kamu yang mendapat kebaikan, maka hendaklah dia membalasnya. Jika tidak mampu selain mendoakannya, maka hendaklah 447

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 447

09/04/2010 23:06:37

Kitab Thaharah (Bersuci)

dia mendoakan orang yang berbuat baik kepadanya. Analisis Lafaz

,menurut jumhur ulama, maksud ayat ini adalah hendaklah kamu mendoakan tuan rumah semoga memperoleh keampunan dan keberkatan. Ada pendapat lain yang mengatakan maksudnya adalah mengerjakan solat sunat supaya tuan rumah dan orang yang hadir turut memperolehi kebaikan dan kerberkatan. ,maka hendaklah dia makan. ,yakni menurut riwayat Muslim
Fiqh Hadith 1. Wajib menghadiri jemputan. 2. Hendaklah orang yang berpuasa mendoakan kebaikan bagi orang yang menjemputnya. 3. Orang yang berpuasa tidak wajib berbuka ketika menghadiri jemputan makan. Menurut ulama fiqh, jika berpuasa fardhu, maka seseorang itu tidak boleh berbuka ketika menghadiri jemputan tanpa ada perbezaan pendapat di kalangan ulama, sementara jika berpuasa sunat, maka seseorang itu dibolehkan berbuka. 4. Wajib memakan hidangan sebagaimana yang ditegaskan oleh hadith pertama. Inilah pendapat sekumpulan ulama dan menurut mereka, dia wajib memakan setidaknya sesuapan. Akan tetapi dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa seseorang yang menghadiri jemputan boleh makan dan boleh pula meninggalkannya. Inilah pendapat yang lebih sahih di sisi mazhab Syafii yang mengatakan tidak wajib makan ketika menghadiri jemputan atau undangan.

,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, Abu Hurairah (r.a).

273- Daripada Ibn Masud (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jamuan walimah pada hari pertama adalah layak dan benar, pada 448

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 448

09/04/2010 23:06:37

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

hari kedua sunat dan pada hari ketiga pula riya atau sumah (mencari populariti). Barang siapa ingin mengejar nama baik (populariti), Allah akan memperburuk namanya. (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi yang menilainya sebagai gharib dan periwayatnya pula adalah periwayat Sahih al-Bukhari: 1073).

274- Hadith ini turut memiliki syahid daripada Anas yang diriwayatkan oleh Ibn Majah. (1074) Makna Hadith Ketika Rasulullah (s.a.w) menganjurkan untuk mengadakan pesta walimah, menjemput orang lain untuk turut serta meraikannya dan menyuruh mereka tetamu mendoakannya, baginda mengingatkan supaya walimah tidak dilakukan kerana riya, mempamerkan kekayaan dan mengejar populariti, kerana segala amalan bergantung kepada niat seseorang. Analisis Lafaz

,dalam riwayat Abu Dawud disebutkan bahawa pesta pada hari kedua merupakan amalan makruf, yakni tidak dikategorikan mungkar, kerana ia suatu perbuatan yang sudah menjadi tradisi. Ini menunjukkan bahawa sunat di sini bukan lawan daripada fardhu. ,dibaca dengan dhammah huruf sin dan sukun huruf mim, mengejar populariti yang ingin dilihat oleh orang ramai. , barang siapa yang mempamerkan perbuatan baiknya

,wajib atau mandub, yakni ketetapan atau sesuatu yang mesti dilakukan.

kerana ingin berbangga diri dan dianggap dermawana, maka Allah pasti memburukkan dirinya.

,al-Tirmidhi berkata: Kami tidak tahu hadith ini marfu kecuali daripada hadith Ziyad bin Abdullah, seorang periwayat yang banyak meriwayatkan hadith gharib dan munkar. Aku pernah mendengar Muhammad bin Ismail al-Bukhari menceritakan daripada Muhammad bin Uqbah, beliau berkata: Waki berkata: Ziyad bin Abdullah meskipun seorang yang disegani namun kerap berdusta dalam meriwayatkan hadith. Ibn Hajar membantah dakwaan ini dalam kitab al-Taqrib dengan berkata: Tidak dapat dipastikan Waki pernah menuduh berbohong kepada
449

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 449

09/04/2010 23:06:38

Kitab Thaharah (Bersuci)

Ziyad bin Abdullah. Ulama masih berbeza pendapat sama ada Ziyad boleh dijadikan hujah. Apapun, beliau mendengar hadith daripada Atha setelah beliau mula nyanyuk.

, menurut al-Shanani, tidak benar perkataan al Tirmidhi bahawa periwayat hadith ini periwayat Sahih al-Bukhari. Menurut pensyarah kitab ini, kenyataan ini benar, kerana periwayatnya sememangnya demikian dan ini tidak mencacatkan periwayat hadith dalam kitab al-Sahih kerana al-Bukhari dan Muslim telah menapis hadith-hadith yang baik..

, hadith ini memiliki syahid daripada Anas yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, namun di dalam sanadnya terdapat Abdul Malik bin Husain, seorang periwayat yang daif. Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari turut menyebutkan beberapa syahid terhadap hadith ini meskipun setiap satu daripadanya tidak sepi daripada kritikan. Hadith ini secara keseluruhannya boleh dijadikan hujah.
Fiqh Hadith 1. Disyariatkan bertamu dalam acara walimah dalam dua hari pertama. 2. Tidak disyariatkan bertamu dalam acara walimah pada hari ketiga, malah itu diharamkan. Inilah pendapat ulama kebanyakan dan menerima tetamu pada hari ketiga hukumnya makruh. Inilah pendapat mazhab Hanbali dan mazhab Syafii. Menurut sekumpulan, tidak dimakruhkan menerimam tetamu pada hari ketiga pesta pernikahan bagi orang yang tidak datang pada hari pertama dan kedua jika orang yang dijemput ramai sehingga perlu menunggu waktu kosong supaya tidak berasak-asakan dalam menghadiri pesta perkahwinan itu. Inilah pendapat yang benar kerana telah berusaha menggabungkan antara dua hadith yang seolah bertentangan itu. Namun al-Bukhari membuat satu bab: wajib menghadiri jemputan dan orang yang mengadakan walimah selama tujuh hari kerana Rasulullah (s.a.w) tidak membatasi waktu walimah selama satu atau dua hari. Dengan ini beliau mengisyaratkan bahawa hadith dalam masalah ini daif dan demikian pula dengan syahid-syahid-nya. Malah dalam Mushannaf Ibn Abu Syaibah daripada Hafshah binti Sirin, beliau berkata: Ketika ayah saya mengadakan pesta perkahwinan, beliau menjemput para sahabat selama tujuh hari. Pada hari kaum Ansar dijemput, beliau mengundang Ubay bin Kaab, Zaid bin Tsabit dan selainnya. Abu Yala meriwayatkan dengan sanad hasan daripada Anas bahawa beliau pernah mengadakan acara walimah Shafiyyah selama tiga hari. Athar ini terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Inilah pendapat mazhab Malik dan mereka sependapat dengan alBukhari. 450

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 450

09/04/2010 23:06:38

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

3. Dosa riya amatlah besar, bahkan dalam berbagai hadith disebutkan balasannya akan diterima di akhirat kelak, meskipun tetapi tidak menutup kemungkinan hukuman itu diterima ketika masih hidup di alam dunia ini.

275- Daripada Sofiyyah binti Syaibah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) merayakan perkahwinannya dengan sebahagian isterinya dengan dua mud barli. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1075). Makna Hadith Waktu pun berputar dan rezeki pun bermusim; ada ketikanya musim kemarau dan ada ketikanya pula musim hujan. Jadi tidak ada salahnya mengadakan walimah sesuai mengikut kemampuan setiap orang, meskipun hanya sekadar satu mud barli, kemudian menjemput orang lain sesuai dengan makanan yang telah disediakan. Oleh itu, tidak ada batasan yang diwajibkan untuk mengadakan walimah, kerana Rasulullah (s.a.w) bersabda: Adakan walimah meskipun hanya sekadar memotong seekor kambing. Analisis Lafaz

, Ibn Hajar berkata: Saya tidak dapat mengenal pasti siapakah

nama sebahagian isteri baginda ini, namun dalam beberapa hadith diketahui bahawa namanya adalah Ummu Salmah. Ada pula pendapat lain yang mengatakan acara tersebut untuk acara walimah walimah Fathimah. Banyaknya riwayat dalam masalah ini tidak menutup kemungkinan peristiwa ini terjadi berulang kali. Fiqh Hadith Boleh mengadakan walimah meskipun hanya menelan biaya dua mud barli. Periwayat Hadith Shafiyyah binti Syaibah bin Utsman bin Abu Thalhah dari bani Abdul Dar. Ada pendapat yang mengatakan dia melihat Rasulullah (s.a.w) dan inilah 451

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 451

09/04/2010 23:06:38

Kitab Thaharah (Bersuci)

pendapat yang paling kuat. Ada pula yang mengatakan dia tidak pernah melihat Rasulullah (s.a.w), pendapat ini menurut al-Daruquthni.

276- Daripada Anas (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) pernah bermukim di suatu kampung antara Khaibar dan Madinah selama tiga malam untuk bermalam bersama Sofiyyah (isteri barunya). Saya lalu menjemput kaum muslimin menghadiri acara walimahnya. Meskipun walimah itu tidak ada roti dan tidak ada daging selain baginda menyuruh supaya tikar-tikar kulit dibentangkan dan diletakkan jamuan berupa tamar, susu kering dan samin di atasnya. (Muttafaq alaih, lafaz hadith menurut al-Bukhari: 1075) Makna Hadith Hadith ini turut membahas permasalahan hadith sebelumnya seperti mengadakan walimah bagi pengantin selama tiga hari dan walimah boleh diadakan dengan sederhana tanpa ada makanan daging. Peristiwa ini terjadi setelah pulang daripada Perang Khaibar. Analisis Lafaz

, mendirikan khemah dan mengadakan acara untuk memeriahkan pesta perkahwinan.


,susu yang dikeringkan.

,jamak dengan membaca kasrah huruf nun atau membacanya fathah, sukun huruf tha atau membarisinya, iaitu karpet.

, kurma, susu kering dan samin; jika ketiga-tiga makanan ini disatukan, inilah yang dinamakan dengan hais (bubur Arab).
Fiqh Hadith 1. Boleh mengahwini perempuan ketika sedang bermusafir. 2. Disunatkan mengadakan walimah, meskipun sedang dalam keadan bermusafir malah ada pula yang mengatakannya wajib. 452

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 452

09/04/2010 23:06:39

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

3. Boleh mengadakan walimah selama tiga hari. 4. Boleh mengadakan walimah meskipun dengan biaya lebih sedikit daripada harga seekor kambing.

277- Daripada salah seorang lelaki sahabat Rasulullah (s.a.w), beliau berkata: Jika ada dua orang yang menjemput dalam satu waktu yang bersamaan, maka hendaklah orang itu menghadiri mereka yang pintu rumahnya lebih dekat dengannya. Jika salah seorang di antara mereka menemput terlebih dahulu, maka hendaklah orang itu menghadiri jemputan yang lebih dahulu. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan sanadnya daif: 1077). Makna Hadith Hadith ini membahas tentang orang yang paling berhak untuk dihadiri jemputannya, jika terdapat banyak jemputan yang waktunya secara kebetulan bersamaan. Jika demikian, maka jemputan yang paling berhak untuk dihadiri adalah jiran tetangga yang lebih dekat dengan kita, kerana ia memiliki keistimewaan tersendiri. Jika sampainya kad jemputan itu datang dalam waktu yang berbeza, maka jemputan yang mesti dihadiri adalah kad jemputan yang lebih dahulu diterima. Ini kerana seseorang seakan telah membuat janji dengan jemputan yang pertama hingga jemputan kedua tidak berhak lagi untuk dihadiri. Ini menujukan betapa diwajibkan untuk menghadiri jemputan atau undangan. Analisis Lafaz

, sanadnya daif, seperti mana yang diyakini oleh Ibn Hajar. Menurut al-Shanani, Ibn Hajar tidak tahu apa yang menyebabkan sanad hadith ini daif, kerana periwayatnya dianggap thiqoh oleh ulama hadith kecuali Abu Khalid al-Dalani. Mereka berbeza pendapat mengenai status al-Dalani ini, namun Abu Hatim menilainya thiqoh, sedangkan Imam Ahmad dan Ibn Muin menilainya tidak ada masalah, Ibn Hibban
453

, dalam satu waktu yang bersamaan di mana kedua-dua jemputan itu sama-sama mengundang untuk menghadiri pesta walimah.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 453

09/04/2010 23:06:39

Kitab Thaharah (Bersuci)

pula mengatakan dia tidak boleh dijadikan hujah dan Ibn Adi menilainya sebagai seorang yang longgar dalam meriwayatkan hadith. Menurut pensyarah kitab ini, Abu Ahmad al-Hakim berkata: Ada sebahagian hadith yang diriwayatkan oleh al-Dalani tidak dapat dimutabaah. Ibn Saad pula berkata: Dia seorang periwayat yang munkar dalam hadith. Meururt Ibn Abdul Barr, al-Dalani tidak boleh dijadikan sebagai hujah. Menurut Ibn Hibban, meskipun al-Dalani meriwayatkan bersama periwayat yang lain, dia tetap tidak boleh dijadikan hujah, apatah lagi jika dia meriwayatkan hadith secara bersendiri. Oleh itu, al-Dalani masih dipertikai statusnya oleh ulama, tetapi pendapat al-Karabisi menjadi pusat perhatian. Atas pertimbangan inilah Ibn Hajar menilai hadith ini sebagai daif. Apapun, hadith ini memilik syahid yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Aisyah bahawa beliau bertanya:

Wahai Rasulullah, aku mempunyai dua orang jiran tetangga, siapakah yang paling berhak di antara mereka untuk saya beri hadiah? Baginda menjawab: Kepada jiran tetangga yang pintunya lebih dekat denganmu. Fiqh Hadith 1. Jika dua kad jemputan datang di mana salah satu daripadanya datang lebih awal, maka yang lebih berhak untuk dihadiri adalah jemputan yang lebih dahulu diterima. 2. Jika dua kad jemputan datang dalam satu waktu yang bersamaan, maka yang lebih berhak untuk didatangi adalah pesta yang pintunya lebih dekat dengan pintu rumahnya. Menurut sebahagian ulama, jika kad jemputan itu datang dalam satu waktu secara bersamaan, maka mestilah diadakan undian bagi mengetahui jemputan mana yang bakal dihadiri.

278- Daripada Abu Juhaifah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Saya tidak makan dalam keadaan bersandar. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1078).

454

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 454

09/04/2010 23:06:40

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Pakar perubatan mengatakan seseorang yang duduk bersandar cenderung makan lebih banyak dan ini mengakibatkannya cepat mengalami obesiti dan terdedah kepada pelbagai penyakit. Islam amat membenci obesiti, kerana orang yang gemuk biasanya menjadi pemalas, banyak tidur serta lalai untuk bangun pada waktu tengah malam untuk beribadah, bahkan ada ketikanya meninggalkan solat fardhu pada waktu siang hari. Oleh itu, dimakruhkan makan dengan cara duduk seperti ini, kerana bakal menimbulkan mudharat dunia dan akhirat. Analisis Lafaz

, berasal dari kalimat ,iaitu tali yang digunakan untuk mengikat sesuatu benda. Ini selari dengan orang yang duduk bersandar kerana dengan bersandar dia seolah-olah menekan rapat tempat duduknya. Jadi, jika anda makan, maka janganlah sekali-kali duduk bersandar, seperti perbuatan orang yang ingin makan banyak, sebaliknya makanlah sekadarnya supaya duduk dan cara makanmu kelihatan lebih terhormat. Dalam kaitan ini, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Cukuplah bagi manusia itu beberapa suapan makan bagi menguatkan tulang sulbinya. Jika terpaksa harus makan, maka pertunya diisi dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk nafasnya. Fiqh Hadith Makruh makan sambil bersandar dan demikian pula dimakruhkan makan banyak.

279- Daripada Umar bin Abu Salamah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda kepadaku: Wahai anak muda, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah hidangan di sekitarmu. (Muttafaq alaih: 1079). 455

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 455

09/04/2010 23:06:40

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Dalam riwayat al-Bukhari yang lain disebutkan bahawa:

Umar bin Abu Salamah berkata: Ketika saya masih dalam usia remaja pada saat berada di rumah Rasulullah (s.a.w), tangan saya sering kali liar untuk mengambil makanan di dalam pinggan. Melihatkan itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: kepadaku: Wahai anak muda, bacalah basmalah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang ada di sekelilingmu. Sejak itu, apa yang diperintah oleh baginda itu menjadi amalan setiap kali aku makan. Perintah ini merupakan salah satu kehebatan Rasulullah (s.a.w) dalam usahanya untuk sentiasa memberikan yang terbaik bagi umatnya, di mana setiap sesuatu yang diperintahkan pasti ada manfaatnya dan setiap sesuatu yang dilarang pasti ada mudharatnya. Dalam kaitan ini, Abu Dzar berkata: Rasulullah (s.a.w) telah meninggalkan kami, dan tidaklah seekor burung terbang melainkan baginda memiliki pengetahuan mengenainya. Ada tiga Sunnah Rasulullah (s.a.w) dalam hadith ini; pertama, membaca basmalah ketika hendak makan kerana mendatangkan keberkatan; kedua, menggunakan tangan kanan ketika makan kerana makan dengan tangan kiri merupakan kebiasaan syaitan; mengambil makanan yang ada di sisinya jika makanan itu terjadi daripada satu jenis. Ini kerana mengambil makanan secara liar mencerminkan seseorang berakhlak buruk di samping rakan yang berada di sebelahnya berpandangan buruk terhadap dirinya malah ada kemungkinan makanan itu tidak dijamahnya lantaran merasa jijik dengan sikapnya yang tidak baik itu. Analisis Lafaz

, maksudnya membaca sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadith dan saya tidak menjumpai hadith yang menyuruh membaca ketika makan.

makanlah makanan yang ada di sisimu jika makanan itu terdiri daripada satu jenis.

456

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 456

09/04/2010 23:06:41

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Anjuran membaca basmalah ketika hendak makan. Zahir hadith ini menyatakan hukum membacanya adalah wajib, kerana Rasulullah (s.a.w) memerintahkan untuk berbuat demikian. Inilah pendapat ini sekumpulan ulama, sementara jumhur ulama mengatakan hukum membaca basmalah adalah sunat. 2. Wajib makan dengan menggunakan tangan kanan. Inilah pendapat Imam al-Syafii, ayah Ibn Hajar (pengarang kitab ini) dan sekumpulan ulama. Inilah pendapat yang kuat bagi orang yang mampu makan dengan tangan kanan. Menurut kebanyakan ulama mazhab Syafii, hukum makan dengan tangan kanan adalah sunat dan ini merupakan pendapat yang dipilih al-Ghazali dan al-Nawawi. Antara dalil yang mewajibkannya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa:

Seorang lelaki makan di sisi Rasulullah (s.a.w) dengan tangan kiri. Melihatkan itu, baginda bersabda: Makanlah dengan tangan kananmu. Dia menjawab: Saya tidak dapat melakukannya. Baginda mendoakan: Semoga kamu memang tidak mampu melakukannya. Dia enggan makan dengan tangan kanan kerana dia sombong. Akhirnya dia pun tidak mampu mengangkat tangannnya yang sebelah kanan seumur hidupnya. Demikian pula dengan hadith Uqbah bin Amir bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah melihat Subaiah al-Aslamiyyah makan dengan tangan kirinya. Baginda bersabda: Kelak dia akan terkena penyakit di Ghazzah. Ada yang mengatakan Subaiah berbuat demikian kerana luka pada tangannya. Pada suatu hari, dia melewati Ghazaah lalu diserang taun lalu meninggal dunia. 3. Wajib memakan makanan yang ada di sekitarnya jika makanan itu terdiri daripada satu jenis. Dalilnya adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Anas (r.a) bahawa:

457

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 457

09/04/2010 23:06:41

Kitab Thaharah (Bersuci)

Seorang tukang jahit menjemput Rasulullah (s.a.w) untuk menghadiri jamuan makan yang telah disediakannya. Aku pun pergi bersama Rasulullah (s.a.w), lalu tuan rumah menyuguhkan roti barli dan kuah yang di dalamnya terdapat daging dan dendeng. Aku melihat Rasulullah (s.a.w) memakan daging yang berada di bahagian tepi pinggan. Ada pula hadith serupa yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi daripada Ikrasy. Penting Al-Tirmidhi dan lain-lain meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Jika salah seorang kamu memakan makanan, maka bacalah: . Jika lupa, maka bacalah: . Al-Tirmidhi berkata: Hadith ini hasan sahih. Al-Syafii berkata: Sunnah sudah diperoleh jika ada satu orang yang membaca basmalah ketika makan berjamaah.

280- Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa ada seseorang datang kepada Rasulullah dengan membawakan roti dan kuah, lalu baginda bersabda: Makanlah dari bahagian tepinya dan janganlah kamu makan dari bahagian tengahnya, sebab sesungguhnya keberkatan turun pada bahagian tengahnya. (Diriwayatkan oleh olah al-Arbaah, lafaz hadith ini menurut al-Nasai dan sanadnya daif: 1080). Makna Hadith Hadith ini sama dengan makna hadith sebelumnya yang membahas adab makan. Dalam hadith ini dijelaskan keberkatan makanan ada di bahagian tengah pinggan. Jadi, seseorang yang mengambil makanan pada bahagian tengahnya bererti dia telah menghilangkan keberkatannya dan Rasulullah (s.a.w) melarang daripada berbuat demikian.

458

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 458

09/04/2010 23:06:41

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Hadith ini turut menjelaskan sebab turunnya keberkatan di bahagian tengah makanan bahawa bahagian tengah merupakan paling adil dalam pembahagian makanan. Analisis Lafaz

, pertengahan pinggan, jamaknya .


Fiqh Hadith 1. Larangan memakan makanan yang ada di bahagian tengah pinggan. Zahir hadith ini mengharamkan perbuatan sedemikian dan bersesuaian dengan mafhum perkataan Imam al-Syafii dalam kitab al-Umm bahawa jika seseorang memakan makanan yang tidak berdekatan dengannya, maka dia berdosa lantaran perbuatannya itu apabila dia tahu hukumnya. 2. Menjelaskan bahawa keberkatan makanan ada di tengah-tengah pinggan. 3. Menjelaskan bahawa keberkatan makanan menjadi hilang apabila bahagian tengannya sudah dimakan. Penting Al-Ghazali berkata: Demikian pula seseorang tidak boleh memakan bahagian tengah roti, sebaliknya dia hendaklah memakan dari bahagian tepinya kemudian barulah bahagian tengahnya.

,makanan atau roti yang diberi pemanis.

281- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) sama sekali tidak pernah mencela makanan. Jika berseleras, baginda memakannya dan jika tidak, baginda meninggalkannya. (Muttafaq alaih: 1080). Makna Hadith Allah menciptakan tabiat semula jadi, kemudian menciptakan baginya naluri untuk merasainya seperti rasa masam, masin, manis dan lain sebagainya. Jadi, adalah tidak salah jika ada seseorang melebihkan satu makanan ke atas 459

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 459

09/04/2010 23:06:42

Kitab Thaharah (Bersuci)

yang lain, namun dengan syarat tidak berlebihan dalam membuat penilaian hingga memakinya atau mengaibkannya. Ini kerana sikap sebegini secara tidak langsung mengingkari keragaman ciptaan Allah yang sememangnya diciptakan untuk manfaat manusia itu sendiri. Mencela makanan secara berlebihan pada hakikatnya adalah kufur terhadap nikmat Allah. Analisis Lafaz ,dicela atau diaibkan seperti berkata: Buah ini terlampau masam, terlampau lemak dan lain-lain sebagainya.

,makanan yang tidak diharamkan, kerana makanan yang diharamkan sememangnya tercela tetapi bukan dari segi ciptaan, sebaliknya dari segi makanan itu buatan manusia. Ini kerana ciptaan Allah tidak boleh dihina atau diaibkan, sebaliknya buatan manusia yang semestinya dicela.
Fiqh Hadith 1. Larangan untuk mencela makanan yang halal. 2. Seseorang dibolehkan mengidamkan dan mengistimewakan makanan tertentu dan ini tidak menunjukkan dia seorang yang tamak terhadap kenikmatan duniawi. 3. Boleh tidak memakan beberapa jenis makanan yang dihalalkan.

282- Daripada Jabir (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Janganlah kamu makan dengan tangan kiri, sebab syaitan makan dengan tangan kiri. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1082). Makna Hadith, Analisis Lafaz dan Fiqh Hadith Sebelum ini hadith Umar bin Abu Salmah, no. 279 telah pun dibincangkan dan demikian pula hukum makan dengan tangan kiri. Tetapi benarkah syaitan itu betul-betul dengan tangan kiri atau ini sekadar kiasan? Pendapat yang kuat adalah syaitan makan dengan tangan kiri, kerana ia disokong oleh banyak hadith yang lain. Ibn Hajar turut menyokong pendapat ini dalam kitab Fath al-Bari ketika membahas hadith Umar bin Abu Salmah, beliau berkata: Hadith mestilah diertikan mengikut lafaz yang zahir. Syaitan memang benar-benar makan dengan tangan kiri. 460

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 460

09/04/2010 23:06:42

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Ini kerana akal tidak akan mendustakannya. Ia dikemukakan oleh banyak hadith dan tidak perlu lagi takwil atau tafsiran. Menurut pensyarah kitab ini, hadith Abu Hurairah yang menceritakan beliau sedang bertugas menjaga harta zakat lalu datang syaitan mencuri sebahagian daripadanya merupakan dalil yang jelas dalam masalah ini. Hadith Abu Hurairah ini disebutkan dalam Sahih al-Bukhari.

283- Daripada Abu Qatadah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jika salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah bernafas di dalam bekas minumnya itu. (Muttafaq alaih: 1083).

284- Hadith serupa turut diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Ibn Abbas dan menambahkan: dan meniup di dalam bekas itu. (Dinilai sahih oleh al-Tirmidhi: 1084). Makna Hadith Dalam hadith ini Ibn Hajar menjelaskan adab minum setelah sebelumnya membahas walimah dan adab makan. Untuk itu, beliau mengemukakan dua hadith ini yang melarang bernafas di dalam bekas minum atau meniupkan udara di dalamnya. Ini kerana dikhuatiri kotoran yang terdapat di dalam mulut masuk ke dalam bekas tempat dia minum, sehingga orang lain merasak jijik ketika hendak meminumnya, di samping mulut si orang minum itu tentu berbau busuk. Sementara menurut ilmu perubatan pula ketika seseorang bernafas di dalam bekas tempat dia minum akan mengeluarkan nitrogen apatah lagi dia menghembuskan nafasnya di dalamnya. Analisis Lafaz

,: meniup di dalam bekas tempat dia minum. Lafaz tambahan , al-Tirmidhi menilai hadith ini sahih. Dalam hadith Abu Qatadah yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Syaibah bahawa dilarang
461 itu berbunyi: Rasulullah (s.a.w) melarang bernafas di dalam bekas tempat minum atau meniup di dalamnya.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 461

09/04/2010 23:06:43

Kitab Thaharah (Bersuci)

meniupkan udara di dalam bekas. Fiqh Hadith 1. Larangan bernafas di dalam bekas tempat air diminum. 2. Larangan meniup di dalam bekas tempat air diminum. Penting Muslim meriwayatkan satu hadith daripada Anas (r.a) bahawa:

Rasulullah (s.a.w) pernah bernafas sebanyak tiga kali di dalam bekas tempat baginda minum. Baginda kemudian bersabda: Cara minum seperti lebih memuaskan dan mampu menghilangkan dahaga dalam kadar yang segera. Bahagian pertama hadith ini disebutkan dalam Sahih al-Bukhari. Bernafas seperti mana yang disebut dalam hadith Anas ini bermaksud bernafas di luar bekas dan ini berbeza dengan hadith Abu Qatadah maka maksudnya adalah bernafas di dalam bekas. Ini disokong oleh hadith yang diriwayatkan al-Tirmidhi daripada Abu Said dan dinilai sahih oleh al-Hakim bahawa:

Rasulullah (s.a.w) meniup minuman. Lalu berkatalah seorang lelaki: Saya ada melihat kotoran di dalam bekas ini. Baginda bersabda: Kalau begitu, buang air itu. Lelaki itu verkata: Saya tidak dapat puas minum jika hanya meneguk dalam satu nafas. Baginda bersabda: Kalau begitu, jauhkan terlebih dahulu cawan itu daripada mulutmu. Bernafaslah dan kemudian minumlah semula. Ibn Majah meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) yang dianggapnya sebagai marfu, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

462

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 462

09/04/2010 23:06:43

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Jika salah seorang kamu minum maka janganlah bernafas di dalam bekas. Jika ingin kembali semula minum, maka jauhkan bekas itu daripada mulutnya dan kemudian barulah meminum semula air jika dia mahu berbuat demikian. Soalan 1. Apakah takrif walimah? 2. Bolehkah memakai inai pada pakaian bagi pengantin? 3. Apakah hukum mengadakan walimah dan apa pula pendapat yang kuat di sisi ulama fiqh? 4. Bilakah walimah itu diadakan? 5. Apakah hukum menghadiri acara walimah dan apa pula pendapat yang kuat di sisi ulama fiqh? 6. Bolehkah tidak menghadiri jemputan? 7. Sempurnakan hadith berikut: ... dan huraikan maksudnya? 8. Sempurnakan hadith berikut: ... dan huraikan maksudnya? 9. Wajibkah memakan makanan yang disediakan pada waktu walimah? 10. Bolehkah walimah diadakan selama tiga hari atau lebih dan apa pula dalilnya? 11. Bincangkan kedudukan hadith yang melarang mengadakan walimah lebih daripada tiga hari? 13. Bincangkan kedudukan hadith berikut: ? ... 12. Sempurnakan hadith berikut: ? ...

14. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ? 15. Bagaimanakah cara membaca basmalah ketika makan, apa pula lafaznya dan kemukakan alasannya? 16. Apakah hukum membaca basmalah ketika makan? 17. Wajibkah makan dengan tangan kanak dan apa pula penapat ulama fiqh serta apakah pendapat ulama fiqh yang kuat dalam masalah ini?

463

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 463

09/04/2010 23:06:44

Kitab Thaharah (Bersuci)

18. Wajibkah memakan makanan yang ada di sekitar diri seseorang? 19. Apakah bacaan doa bagi seseorang yang lupa membaca basmalah ketika memulakan makan? 20. Apakah sebab yang melarang memakan makanan yang ada di bahagian tengah? 21. Sempurnakan hadith berikut: ... dan bincangkan maksudnya? 22. Bolehkah bernafas di dalam bekas ketika sedang minum?

464

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 464

09/04/2010 23:06:44

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB MENGGILIR ISTERI BAGI SUAMI YANG BERISTERI LEBIH DARIPADA SEORANG

285- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.w.t) sentiasa menggilir isteri-isterinya dengan adil. Baginda berdoa: Ya Allah, inilah giliran yang dapat aku lakukan. Oleh itu, janganlah Engkau cela diriku untuk melakukan apa-apa yang Engkau miliki mampu sedangkan aku tidak mampu melakukannya. (Diriwayatkan oleh al-Arbaah, dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim, namun al-Tirimizi cenderung menilainya mursal: 1085). Makna Hadith Dalam satu hadith, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Hati terletak di antara dua jari daripada jari-jari al-Rahman; Dia sentiasa membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya. Setiap manusia pasti sentiasa dikawal oleh hatinya hingga kadang kala mengalahkan kemampuannya untuk mengawal anggota tubuhnya yang lain. Apapun, Rasulullah (s.a.w) sentiasa berusaha untuk mengarahkan hatinya menuju kebaikan dan mengawal nafsunya menuju apa-apa yang diinginkan oleh syariat Islam. Jika masih terjadi kelalaian, maka seseorang hendaklah 465

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 465

09/04/2010 23:06:44

Kitab Thaharah (Bersuci)

meminta ampun kepada Allah di atas segala kelaianan yang telah berlaku. Dalam hadith ini disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) sentiasa memohon ampun kepada Allah kalau di dalam hatinya ada terlintas melebihkan cinta dan kasih sayang kepada salah seorang isterinya berbanding dengan isteri-isterinya yang lain. Ini membuktikan ketakwaan dan betapa warak baginda, meskipun sebenarnya Allah tidak pernah menuntutnya untuk berbuat demikian. Analisis Lafaz

, membahagi sama rata kepada isteri-isterinya baik ketika tidur di rumah, nafkah mahupun hak-hak seorang isteri terhadap suaminya. Apa yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah membahagi sama rata tidur di rumah isteri. , menurut al-Tirmidhi, maksudnya adalah cinta dan kasih sayang.
mursal. Demikian pula yang dilakukan oleh Abu Zurah dan sekumpulan ulama hadith termasuklah al-Nasai, Ibn Katsir dan al-Zahabi. Ulama yang menilainya mawshul adalah Hammad bin Salamah manakala ulama yang menilainya sebagai mursal adalah Hammad bin Zaid. Hammad bin Zaid lebih thiqoh dan lebih hafiz berbanding Hammad bin Salamah, meskipun dia lebih dikenali sebagai tokong yang taat beragama. Penggal pertama hadith ini memiliki jalur lain daripada Aisyah. Fiqh Hadith: 1. Rasulullah (s.a.w) sentiasa berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam segala perkara termasuklah giliran tidur dan nafkah zahir batin. 2. Kadar cinta hati Rasulullah (s.a.w) terhadap salah seorang isterinya kadang kala tidak dapat disama ratakan. 3. Cinta dan kasih sayang merupakan sesuatu yang tidak dapat dikendalikan oleh manusia, kerana Allah yang mengawal dan mengendalikan hati setiap manusia. Penting Rasulullah (s.a.w) tidak diwajibkan menggilir isteri-isterinya. Dalilnya firman Allah (s.w.t): 466

,pembahagian yang kulakukan.

, al-Tirmidhi cenderung mengatakannya sebagai

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 466

09/04/2010 23:06:45

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendamping: sesiapa yang engkau kehendaki; dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. (Surah al-Ahzab: 51) Ini menunjukkan baginda dibolehkan untuk tidak bersikap sama rata dan tidak wajib menggilir isteri-isterinya, di mana baginda dibenarkan untuk mengakhirkan giliran seorang isterinya ke atas isterinya yang lain dan menyetubuhi salah seorang isterinya namun tidak demikian dengan isterinya yang lain. Ini merupakan salah satu keistimewaan Rasulullah (s.a.w) kerana dhamir (kata ganti) dalam kalimat kembali kepada isteri-isteri Rasulullah (s.a.w). Jika benar Rasulullah (s.a.w) tidak diwajibkan menggilir isterinya, maka tindakan baginda untuk tetap menggilir isteri-isterinya secara adil merupakan bukti baginda seorang yang berakhlak mulia dan sentiasa berusaha menyenangkan hati isteri-isterinya.

286- Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Barang siapa mempunyai dua orang isteri, lalu dia cenderung lebih mencintai salah seorang daripadanya, maka dia datang pada hari kiamat dalam keadaan tubuhnya miring. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah, sanadnya sahih: 1086).

467

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 467

09/04/2010 23:06:45

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Dalam Islam, setiap perbuatan selalunya diringi dengan hukuman, seperti hukuman ke atas orang yang enggan berzakat dan lain sebagainya. Hadith ini menegaskan bahawa barang siapa yang mempunyai isteri lebih daripada satu orang, kemudian dia melebihkan kasih sayang dan cinta kepada salah seorang isterinya, maka kelak di akhirat dia akan berjalan dalam keadaan tempang. Inilah hukuman yang bakal diterima oleh seorang suami yang tidak adil terhadap isteri-isterinya yang kelak pada hari kiamat sikap sebegini akan diketahui orang ramai hingga membuatnya malu yang tiada taranya. Analisis Lafaz

berlaku bagi lelaki yang memiliki tiga atau empat isteri.

,kalimat ini hanya sekadar perumpamaan, kerana hukuman ini ,tidak adil dalam masalah giliran, nafkah dan tidur, bukan dalam masalah cinta.

, dalam riwayat al-Tirmidhi menggunakan kalimat di mana kedua-dua kalimat ini memiliki makna yang sama. Maksudnya sebelah tubuhnya miring atau tempang.
Fiqh Hadith Larangan untuk melebihkan kecenderungan hati kepada salah seorang isteri dan ini berlaku bagi lelaki yang memiliki isteri lebih dari satu orang, kemudian dia tidak berlaku adil dalam masalah giliran, sama ada kecenderungan itu besar ataupun kecil. Sebahagian ulama membolehkan bagi suami untuk lebih cenderung kepada salah seorang isteri jika kecondongan itu kecil dan dalilnya adalah berdasarkan mafhum firman Allah (s.w.t):

oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Nisa: 129)

468

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 468

09/04/2010 23:06:45

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Penting Jika salah seorang isteri itu wanita merdeka, kemudain salah seorang lagi wanita hamba, maka wanita merdeka memiliki 2/3 giliran tidur, sementara wanita hamba hanya memiliki 1/3 giliran tidur sahaja. Permasalahan ini telah diputuskan oleh Abu Bakar al-Shiddiq (r.a) dan Ali bin Abu Thalib (r.a).

287- Daripada Anas (r.a), beliau berkata: Jika seorang yang mempunyai isteri berkahwin lagi dengan anak gadis, maka mengikut Sunnah Rasulullah (s.a.w) dia mesti bermalam dengannya selama tujuh hari, kemudian barulah dilakukan giliran. Jika dia berkahwin dengan janda maka memadailah baginya bermalam dengannya selama tiga hari, kemudian barulah dilakukan giliran. (Muttafaq alaihi, lafaz hadith menurut al-Bukhari: 1087). Makna Hadith Jika seorang lelaki sudah berkahwin, kemudian dia berkahwin lagi dengan seorang anak gadis dara, maka dia mesti memberinya giliran selama tujuh hari tujuh malam sejak malam pengantin sebelum memulakan giliran kepada isteri-isterinya yang lain. Jika wanita yang dikahwininya itu sudah janda, maka dia mesti memberinya giliran selama tiga hari kemudian barulah dia memberi giliran kepada isteri yang lain sesuai dengan haknya. Tujuan ketetapan ini adalah memperlihatkan bukti kasih sayang seorang suami kepada isterinya yang baru, kerana seorang wanita yang masih gadis lebih tinggi kebergantungannya kepada suami dan sentiasa berharap tetap berada di sisi suaminya. Ini berbeza dengan seorang wanita yang sudah janda dan oleh itu, bahagian perempuan yang masih gadis dilebihkan selama empat hari. Analisis Lafaz

, maksudnya mengikut Sunnah Rasulullah (s.a.w). Oleh itu, hadith ini dihukumkan sebagai marfu. Abu Qilabah periwayat hadith ini daripada Anas berkata: Aku ingin rasanya mengatakan Anas telah mengangkat hadith

469

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 469

09/04/2010 23:06:46

Kitab Thaharah (Bersuci)

ini kepada Rasulullah (s.a.w) hingga ia pun dihukumkan sebagai marfu.23 Makna mengikut Sunnah Rasulullah (s.a.w) adalah hadith itu marfu. Abu Qilabah mengatakan ini kerana dia benar-benar memelihara setiap hadith yang diriwayatkan oleh Anas. Di samping itu, menganggap hadith ini marfu menurut ijtihadnya masih banyak mengundang kemungkinan sedang nash secara tegas telah menyatakannya sebagai marfu. Seorang periwayat tidak boleh mengutamakan sesuatu yang masih banyak mengandungi kemungkinan ke atas sesuatu yang telah dinyatakan dengan nash secara tegas. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-Id. Inilah pendapat ulama salaf hingga Salim berkata: Apa yang dikatakan oleh sahabat mengikut Sunnah adalah Sunnah Rasulullah (s.a.w). Ibn Abdul Barr menjadikan ini sebagai ijma ulama. dapat difahami menerusi perkataan Anas: kemudian dia membuat giliran dan perkataannya: berkahwin dengan anak dara yang sebelumnya sudah berkahwin dengan janda. Ada sesetengah ulama yang mengatakan hadith ini bersifat mutlak kerana ada sesetengah riwayat yang mengatakan: Jika seorang lelaki yang sudah beristeri berkahwin semula dengan anak dara, maka dia hendaklah bermalam bersamanya selama tujuh malam. Apapun, dakwaan ini salah, sebab riwayat yang mutlak hendaklah dikaitkan dengan riwayat yang bersifat khusus.

, sebelumnya lelaki itu memiliki lebih satu orang isteri dan

,seorang wanita yang sudah pernah berkahwin kemudian dia diserai suaminya atau ditinggal mati oleh suaminya. , kemudian dia memberi giliran tidur kepada masing-masing isterinya sesuai dengan hak mereka yang telah ditentukan.
Fiqh Hadith 1. Mengutamakan isteri baru bagi seorang suami yang telah beristerikan satu orang atau lebih sebelumnya. 2. Anak dara diberi giliran sejak malam pengantin selama tujuh hari berturut-turut sebelum membuat giliran kepada isteri-isteri yang lain. Menurut jumhur ulama, ini merupakan hak bagi setiap wanita

,wanita yang belum pernah berkahwin, meskipun hanya sekadar melakukan akad mengikut pendapat yang kuat. ,tujuh hari.

Dalam beberapa jalur delaskan bahawa hadith ini marfu sebagaimana yang diungkapkan oleh al-Ismaili dan lain-lain.
23

470

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 470

09/04/2010 23:06:46

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

sejak malam pertama pengantin, sama ada dia isteri pertama atau isteri kedua dan seterusnya. 3. Janda yang dikahwini berhak menerima giliran sejak malam pertama selam tiga hari berturut-turut. Inilah pendapat jumhur ulama. Menurut ulama Kufah, anak dara dan janda memiliki hak yang sama, iaitu mendapat hak tiga hari berturut sebelum memulakan giliran dengan isteri yang lain. Apapun, pendapat mereka ini dibantah oleh hadith tersebut di atas. Penting Al-Shanani berkata: Mengutamakan isteri baru ini adalah dengan mendapatkan hak tidur bersama pada waktu malam hari dan tidur bersama pada waktu siang hari. Adalah salah jika ada sebahagian ulama yang mengatakan suami mestilah bersama isterinya yang baru sepanjang waktu siang dan malam. Malah Ibn Daqiq mengatakan adalah melampau apa yang dinyatakan oleh sesetengah ulama fiqh apabila mengesyorkan suami yang baru kahwin dengan isteri muda untuk sentiasa tetap bersamanya dan keadaan ini boleh dijadikan sebagai uzur untuk meninggalkan solat Jumaat. Imam al-Syafii menegaskan adalah dimakruhkan melengahkan solat Jumaat lantaran sibuk mengurus waktu tujuh hari bersama isteri dara yang baru atau waktu tiga hari bersama isteri janda yang baru, hingga tidak sanggup lagi mengerjakan amalan-amalan kebajikan yang biasa dia lakukan sebelum ini. Al-Rafii mengertikan perkataan Imam al-Syafii di sini untuk waktu siang bukannya waktu malam hari, kerana melakukan sesuatu yang sunat tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan sesuatu yang wajib. Sekumpulan ulama mazhab Syafii ada yang mengatakan bahawa kesibukan seorang suami lelaki pada minggu pertama dengan isteri kedua atau seterusnya boleh dijadikan sebagai uzur untuk tidak menghadiri solat Jumaat.

288- Daripada Ummu Salamah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) ketika mengahwininya, baginda bermalam dengannya selama tiga hari tiga malam dan baginda bersabda: Sesungguhnya engkau tidaklah dipandang hina oleh keluargamu. Jika kamu mahu, aku bermalam bersamamu selama tujuh 471

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 471

09/04/2010 23:06:46

Kitab Thaharah (Bersuci)

hari dan tujuh malam. Jika aku bermalam denganmu selama tujuh hari tujuh malah, maka aku mesti bermalam dengan isteri-isteriku yang lain selama tujuh hari tujuh malam. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1088). Makna Hadith Jika seorang lelaki yang sudah beristeri ketika berkahwin semula dengan janda boleh memberinya hak pilih sama ada tinggal bersamanya selama tiga hingga tujuh hari atau keadaan ini diminta secara langsung oleh isterinya yang baru itu. Dalam hadith ini disebutkan bahawa waktu tinggal bersama dengan isteri baru yang janda adalah tiga hari namun boleh disambung hingga menjadi tujuh hari dengan syarat isteri-isteri yang lain juga mesti mendapat giliran yang serupa. Dalam Muslim disebutkan: Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Ummu Salamah: Kalau kamu mahu, aku akan tinggal bersamamu (Ummu Salamah) selama tiga tiga hari, lalu aku mesti menggilir isteri yang lain pula. Ummu Salamah berkata: Baginda tinggal bersamaku selama tiga hari. Analisis Lafaz ,yakni diri Rasulullah (s.a.w) sendiri.

,dipandang rendah dalam kedudukan. ,terhadap isteri-isteriku yang lain.

,aku menambah giliran dari tiga hari menjadi tujuh hari.

Fiqh Hadith 1. Wanita janda berhak mendapat giliran sejak malam pertama selama tiga hari dan ini berlaku bagi suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu orang. 2. Seorang suami boleh memberikan pilihan kepada isterinya yang baru, sama ada dia ingin menambah daripada tiga hari menjadi tujuh hari ataupun sebaliknya dan hal ini berlaku jika isteri itu seorang yang janda. 3. Jika wanita janda mengambil gilirannya sejak malam pertama selama tiga hari, maka isteri yang lain tidak diberi tambahan giliran, namun jika dia mengambil giliran hingga tujuh hari, maka madunya yang lain berhak mendapat giliran tambahan yang sama di mana di suami diwajibkan bermalam di rumah isterinya yang lain selama tujuh hari pula. Ini berbeza jika isterinya yang baru itu mengambil giliran selama tiga hari, maka giliran madunya yang lain tidak bertambah, 472

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 472

09/04/2010 23:06:47

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

sebaliknya suami hanya wajib bermalam satu malam di rumah isteriisterinya yang lain. Inilah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): Jika aku bermalam denganmu selama tujuh hari tujuh malah, maka aku mesti bermalam dengan isteri-isteriku yang lain selama tujuh hari tujuh malam. Oleh itu, Ummu Salamah tetap memilih waktu tiga hari kerana itu lebih afdhal baginya. 4. Menjelaskan betapa Rasulullah (s.a.w) bersikap lemah lembut kepada isteri-isterinya. 5. Disunatkan memberikan hak pilih kepada seseorang jika dia memiliki hak untuk memilih. 6. Menjelaskan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang mempunyai ganjaran atau hukuman. Penting Syiekh Abu Ishaq al-Syairazi dalam kitab al-Muhadzzab mengemukakan dua pendapat bagi kes ini. Pertama, jika suami bermalam bersama isterinya yang baru selama tujuh hari sesuai dengan keinginannya dan isterinya itu merupakan wanita janda, maka suami wajib mengganti waktu selama tujuh hari bagi masing-masing isterinya yang lain. Kedua, jika suami tetap tinggal bersama isterinya yang baru itu selama tujuh hari dan ini tidak berdasarkan keinginannya, maka suami wajib mengganti empat hari tambahan itu sahaja bagi isteri-isterinya yang lain.

289- Daripada Aisyah (r.a) bahawa Saudah binti Zamah memberikan gilirannya kepada Aisyah. Jadi, Rasulullah (s.a.w) memberi giliran untuk Aisyah pada harinya dan hari giliran Saudah. (Muttafaq alaih: 1089). Makna Hadith Ibn Saad meriwayatkan dengan sanad yang periwayatnya adalah thiqoh daripada al-Qasim bin Abu Bazzah secara mursal:

473

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 473

09/04/2010 23:06:47

Kitab Thaharah (Bersuci)

Rasulullah (s.a.w) menceraikan Saudah. Dia pun duduk di hadapan pintu dan berkata: Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak mahu berkahwin lagi, tetapi aku ingin dibangkitkan bersama isteri-isterimu pada hari kiamat kelak. Aku bermohon kepadamu demi Allah yang telah menurunkan al-Quran kepadamu, adakah tuan menceraikan diri saya kerana ada sesuatu yang tidak kena pada diri saya? Baginda menjawab: Tidak. Saudah berkata: Aku berharap tuan dapat merujuk saya. Mendengar itu, baginda pun merujuknya dan Saudah berkata: Sejak hari itu aku memberikan giliranku kepada Aisyah kekasih Rasulullah (s.a.w). Abu Dawud membantah riwayat Ibn Saad ini bahawa Saudah ketika usianya kian bertambah senja dan dia pun khuatir kalau Rasulullah (s.a.w) menceraikan dirinya, dia pun berkata: Wahai Rasulullah, giliranku aku serahkan kepada Aisyah. Baginda pun menerima tawaran itu. Apapun, riwayat yang serupa dengan riwayat Abu Dawud ini lebih banyak. Analisis Lafaz Saudah binti Zamah berkahwin dengan Rasulullah (s.a.w) semasa di Makkah lagi setelah kematian Khadijah. Dia kemudian berjijrah bersama baginda. Perkataan Aisyah yang diriwayatkan oleh Muslim: Saudah adalah wanita yang dikahwini Rasulullah (s.a.w) setelahku bermaksud melangsungan akad nikah kepada Saudah setelah sebelumnya melakukan akad nikah dengan Aisyah. Saudah meninggal dunia di Madinah dalam usia lima puluh empat tahun.

, dalam sebahagian riwayat al-Bukhari disebutkan: Dia (Saudah) memberikan giliran baik siang mahupun malam hari. Dengan demikian, dia dapat menarik simpati Rasulullah (s.a.w).
Fiqh Hadith

1. Seorang isteri boleh memberikan gilirannya kepada madunya. Apa yang mesti diambil kira dalam masalah ini adalah adanya keredhaan suami, kerana dia turut memiliki hak ke atas isterinya dan seorang istri tidak boleh menggugurkan haknya sesuka hatinya melainkan setelah mendapat keredhaan dan kebenaran suami. 2. Menjelaskan tentang keutamaan Aisyah (r.a) berbanding isteri-isteri Rasulullah (s.a.w) yang lain.

474

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 474

09/04/2010 23:06:48

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Penting Ulama berkata: Jika seorang isteri memberikan gilirannya kepada madunya dan secara kebetulan hari berikutnya adalah giliran madu yang telah diberikan giliran kepadanya, maka itu dibolehkan. Jika tidak, suami tidak boleh terus melangkaui isteri yang lain sebelum mendapat kebenaran daripada mereka. Jika suami menerima pemberian giliran, maka madu yang diberi pemberian giliran itu tidak boleh menolak. Jika suami tidak menerimanya, maka dia tidak boleh dipaksakan. Ada pula setengah ulama yang mengatakan isteri yang memberikan gilirannya kepada madunya dibolehkan rujuk semula terhadap giliran yang telah dihibahkan itu. Jika seorang isteri memberikan gilirannya kepada suaminya tanpa menentukan madu yang mana satu untuk menerima giliran itu, maka adakah suami dibolehkan untuk memilih sendiri isteri mana yang berhak menerima giliran itu jika dia memiliki isteri lebih daripada dua orang. Adakah giliran itu dibahagikan secara sama rata kepada isteri-isterinya yang lain? Majoriti ulama mengatakan suami dibolehkan memilih salah seorang daripada ister-isterinya untuk menerima giliran itu sesuai dengan kehendaknya. Ulama yang lain pula mengatakan suami tidak boleh berbuat demikian dan pemberian giliran itu dianggap batal. Ulama yang lain pula mengatakan jika isteri yang memberikan gilirannya itu berkata: Terserah kamu mana satu di antara isterimu yang bakal menerima giliran ini, maka suami dibolehkan menentukan sendiri mana-mana isterinya yang bakal menerima giliran itu. Jika tidak ada kata-kata sedemikian, maka suami tidak boleh menentukan sesuka hatinya.

290- Daripada Urwah, beliau berkata: Aisyah berkata: Wahai anak saudara perempuankau, Rasulullah (s.a.w) tidak pernah mengistimewakan sebahagian kami ke atas sebahagian yang lain, khususnya mengenai giliran yang dilakukan oleh baginda kepada kami. Baginda setiap harinya pasti menggilir kesemua isterinya dan jarang sekali berlaku sebaliknya. Baginda menghampiri setiap isterinya tanpa menyentuhnya hingga sampai pada hari yang merupakan gilirannya. Baginda pun bermalam di tempat isterinya yang merupakan gilirannya itu. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu

475

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 475

09/04/2010 23:06:48

Kitab Thaharah (Bersuci)

Dawud, lafaz hadith menurut Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Hakim: 1090).

291- Dalam riwayat Muslim daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Jika Rasulullah (s.a.w) mengerjakan solat Asar, baginda menggilir kesemua isterinya untuk menghampiri merekahingga akhir hadith. (1091) Makna Hadith Kebanyakan wanita jika sudah ditinggal lama, maka kasih sayang mereka menjadi pudar. Ada sesetengah mereka yang ingin ditemani suaminya pada waktu siang hari dan ada pula yang ingin ditemani suaminya pada waktu malam hari. Ini sama halnya dengan kaum lelaki yang sentiasa ingin ditemani oleh isterinya. Di sini Islam membolehkan suami untuk mengunjungi seluruh isterinya beberapa saat pada waktu siang hari atau sekadar mencicipi makanan ringan bersama mereka atau sekadar bersendai gurau bersama mereka. Analisis Lafaz

, maksudnya adalah Asma.

,dibaca dengan dhammah huruf mim dan sukun huruf kaf, tinggal atau duduk di suatu tempat. ,menghampiri, maksudnya adalah sentuhan dan kucupan. ,bersetubuh. ,bermalam di rumahnya.

Fiqh Hadith 1. Seorang suami dibolehkan masuk ke dalam rumah isterinya meskipun hari itu bukan gilirannya, bersendau gurau dengannya dan mengucupnya. Inilah pendapat jumhur ulama. Ibn al-Arabi menjadikan perbuatan ini sebagai kekhususan Rasulullah (s.a.w) yang tidak boleh dilakukan oleh orang selain baginda. Apapun, Ibn Hajar membantahnya kerana pendapat ini tidak berlandaskan dalil. 2. Menjelaskan betapa adil Rasulullah (s.a.w) dalam memberikan hak kepada isteri-isterinya. 476

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 476

09/04/2010 23:06:48

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

3. Menjelaskan betapa mulia akhlak Rasulullah (s.a.w) di mana baginda adalah sebaik-baik manusia bagi keluarganya.

292- Daripada Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bertanya ketika baginda menderita sakit yang akihrnya baginda wafat: Di mana aku harus bermalam esok? Baginda sebenarnya ingin bermalam di rumah Aisyah dan isteri-isteri baginda yang lain mengizinkan di rumah mana pun baginda bermalam. Baginda akhirnya bermalam di rumah Aisyah. (Muttafaq alaihi: 1092). Makna Hadith Menurut riwayat Imam Ahmad dijelaskan tentang sebab permohonan Rasulullah (s.a.w) untuk tinggal dalam satu rumah yang sama bahawa baginda bersabda kepada isteri-isterinya: Sesungguhnya aku tidak mampu lagi mendatangi rumah kamu semua. Jika kamu memperkenankan diriku, berilah aku keringan dan mereka pun kemudian mengizinkannya. Peristiwa ini berdasarkan cadangan Fathimah sekali gus orang yang bertanggung jawab melaksanakan hasrat Rasulullah (s.a.w). Ibn Saad meriwayatkan daripada al-Zuhri secara mursal dengan sanad yang sahih bahawa Fathimah merupakan orang yang berbicara kepada Ummahatul Mukminin, di mana beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) merasa berat untuk mendatangi setiap rumah isterinya dan aku segera menyampaikan hasrat baginda ini kepada isteri-isterinya. Sebab baginda memilih rumah Aisyah sebagai tempat tinggal ketika waktu sakit lantaran dia merupakan isteri yang paling disayanginya di samping giliran Aisyah lebih banyak kerana Saudah telah menyerahkan giliran kepada Aisyah. Analisis Lafaz

,: baginda menginginkan rumah Aisyah. Ini dapat difahami menerusi sabdanya: Siapa yang berani memisahkan diriku dengan Aisyah? Apapun, pendapat ini tidak ada kena mengena dengan topik di sini, kerana tidak selari dengan konteks kisah dalam hadith ini. Apapun, Rasulullah
477

,baginda ingin bertempat tinggal di salah satu rumah milik isterinya.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 477

09/04/2010 23:06:49

Kitab Thaharah (Bersuci)

(s.a.w) ingin tinggal di rumah Aisyah kerana baginda amat mencintainya. Inilah pendapat yang lebih mendekati kebenaran. Fiqh Hadith 1. Seorang suami boleh merayu isteri-isterinya supaya memberikan giliran mereka kepada salah seorang daripada madu mereka dan kemudian tinggal dalam satu tempat. 2. Jika isteri memberikan gilirannya kepada suaminya, maka jatuhlah haknya untuk mendapatkan giliran. Ulama berbeza pendapat sama ada isteri yang telah memberikan giliran kepada suaminya boleh rujuk ataupun sebaliknya, sebab perbezaan pendapat ini lantaran mereka berbeza pendapat sama ada boleh ataupun tidak merujuk semula hibah.

293- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Jika Rasulullah (s.a.w) hendak bermusafir, baginda mengundi isteri-isterinya; siapa di antara nama mereka yang keluar undianya, baginda membawanya keluar bermusafir bersamanya. (Muttafaq alaih: 1093). Makna Hadith Undian atau cabutan merupakan syariat umat sebelum Nabi Muhammad (s.a.w), sebagaimana yang tertera dalam firman Allah (s.w.t):

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam). (Surah Ali Imran: 44) Ini kerana ada keadaan tertentu yang memaksa kita untuk melakukan udian atau cabutan ketika tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan suatu

478

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 478

09/04/2010 23:06:49

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

permasalahan. Hadith ini merupakan dalil yang membolehkan penggunaan undian atau cabutan ketika diperlukan seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) terhadap isteri-isterinya yang hendak diajak untuk keluar bermusafir. Analisis Lafaz

,mengadakan undian, tetapi tidak boleh ada manipulasi atau unsur penipuan. , bagi undian yang keluar. , untuk keluar bermusafir mengadakan perjalanan jauh.

,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, Aisyah (r.a).

Fiqh Hadith Boleh mengadakan undian dalam menentukan mana isteri yang bakal di bawah keluar bermusafir. Dalam kaitan ini, enurut Imam al-Syafii, undian wajib dilakukan. Ulama berbeza pendapat mengenai ketentuan setelah pulang daripada perjalanan sama ada suami wajib mengganti giliran madu yang ditinggalkan pergi selama perjalanan ataupun sebaliknya. Menurut Imam Abu Hanifah, wajib mengganti giliran yang ditinggal pergi bermusafir, sama ada telah mengadakan undian ketika hendak bermusafir ataupun sebaliknya. Menurut Imam al-Syafii, jika telah mengadakan undian sebelum bermusafir, maka tidak wajib mengganti giliran madu yang ditinggal pergi bermusafir. Jika tidak, maka dia wajib mengganti giliran isteri-isteri yang tidak dibawa bermusafir. Jumhur ulama mengambil kira undian antara orang-orang yang berkongsi dalam suatu usaha atau perkara yang lain, namun mengikut pendapat yang masyhur dalam mazhab Hanafi dan mazhab Malik undian tidak perlu diambil kira.

294- Daripada Abdullah bin Zamah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Seseorang di antara kamu tidak dibenarkan memukul isterinya sama seperti memukul hamba sahaya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1094).

479

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 479

09/04/2010 23:06:50

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini memiliki sambungan dalam riwayat al-Bukhari iaitu: ( kemudian dia menyetubuhinya) dan dalam riwayat yang lain pula disebutkan: ( barangkali dia ingin menidurinya). Ini sebab

larangan memukul isteri sama dengan memukul hamba sahaya. Persetubuhan terjadi ketika adanya kecenderungan dalam jiwa dan kasih sayang sedang isteri yang dipukul akan membenci suaminya yang kerap memukul dirinya. Suami yang gemar memukul isterinya kerana didorong oleh perasaan marah dan benci kepada isterinya, namun pelik apabila di waktu malam harinya dia malah menciumnya dan kemudian menyetubuhinya. Memukul menjadikan seorang isteri trauma yang berpanjangan dan tujuan memukul isteri hanya sekadar memberi pengajaran supaya taat kepada suaminya. Apapun, memaafkan karenah isteri dan saling memahami merupakan sikap terbaik untuk mengatasi masalah ini. Inilah akhlak Rasulullah (s.a.w) sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Nasai daripada Aisyah (r.a) bahawa:

Rasulullah (s.a.w) tidak pernah memukul isterinya dan demikian pula pembantunya. Beliau juga tidak pernah memukul kecuali di jalan Allah atau untuk mencegah larangan-larangan Allah, kerana itu akan menyebabkan Allah murka. Analisis Lafaz ,dengan menggunakan kalimat larangan, sementara menurut riwayat al-Ismaili menggunakan kalimat berita. Dalam sesetengah riwayat menggunakan perkataan: dan .

, seperti memukul hamba lelaki dan menurut riwayat Muslim: ( seperti memukul seorang hamba wanita).
Fiqh Hadith 1. Boleh memukul hamba dengan tujuan memberi pengajaran. 2. Boleh memukul isteri dengan pukulan yang tidak membahayakan dan tidak mencederakan hingga menyebabkannya membenci

480

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 480

09/04/2010 23:06:50

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

suaminya. Imam al-Syafii berkata: Ada kemungkinan larangan24 di sini bersifat pilihan kerana pada dasarnya dibolehkan. Ada pula kemungkinan larangan ini sebelum turunnya ayat yang mngharuskan mereka dipukul. Sabda Rasulullah (s.a.w): Janganlah orang pilihan di antara kamu memukul menunjukkan memukul isteri adalah dibolehkan. Tujuan memukul isteri adalah memberi pengajaran ketika suami melihat suatu perbuatan yang tidak disenanginya dan dia wajib mentaatinya. Jika cukup dilakukan dengan amaran, maka itu lebih afdhal. Periwayat Hadith Abdullah bin Zamah bin al-Aswad bin Abdul Mutthallib bin Asad bin Abdul Uzza, seorang sahabat masyhur. Ibunya kerabat dekat saudari Ummu Salamah. Beliau merupakan suami Zainab binti Salamah. Mati syahid pada waktu Perang al-Dar, namun ada yang mengatakan pada waktu Perang alHurrah. Inilah satu-satu hadith Abdullah bin Zamah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Soalan 1. Apakah pendapat hadith berikut ini mursal atau mawshul: ?... Bincangkan masalah ini? 2. Siapakah ulama yang mengatakan bahawa menggilir isteri bagi Rasulullah (s.a.w) tidak wajib dan apa pula dalilnya? 3. Sempurnakan hadith berikut: ... dan bincangkan maksudnya? 5. Sempurnakan hadith berikut: ... dan sebutkan hukum-hakam yang boleh diambil daripadanya? 6. Adakah tinggal di rumah isteri baru sama ada dara atau janda sejak malam pertama mesti dilakukan sepanjang siang dan malam hari? 4. Apakah makna perkataan sahabat: ?

24 Iyas bin Abdullah dalam satu hadith marfu meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Janganlah kamu memukul kaum perempuan. Umar kemudian datang dan berkata: Kini ramai isteri yang berani membangkang suami mereka. Mendengar itu, baginda membenarkan suami memukul isteri mereka. Tidak lama kemudian, ramai wanita datang menghadap Rasulullah (s.a.w) mengeluh yang suami mereka amat keras ketika memukul mereka. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Kamu tidak mendapati mereka sebagai orang-orang terpilih di antara kamu. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, al-Nasai dan dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim)

481

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 481

09/04/2010 23:06:50

Kitab Thaharah (Bersuci)

7. Bolehkah bagi seorang suami yang baru berkahwin dengan perempuan janda menambah waktu bermalam daripada tiga kepada empat malam sedangkan dia mempunyai isteri yang selainnya dan apa pula dalilnya? 8. Apakah seorang suami wajib mengganti selama tiga atau tujuh hari ketika bermalam dengan isterinya yang baru apabila kembali menggilir isterinya yang lain? 9. Adakah ulama mazhab Syafii membezakan antara hasrat isterinya yang baru menginginkan suaminya bermalam selama tujuh hari bersamanya dengan tidak adanya hasrat untuk berbuat demikian dan apa pula pendapat mereka? 10. Apakah faktor yang mendorong Saudah bin Zamah memberikan gilirannya kepada Aisyah? 11. Bolehkah seorang suami memilih isteri untuk diberi giliran jika isteri yang memberi giliran itu tidak menentukan mana satu di antara madunya yang berhak menerimanya? 12. Mestikah seorang suami menggilir seluruh isterinya dalam satu hari dan apa pula dalilnya? 13. Jika seorang suami hendak bermusafir sedangkan dia memiliki lebih daripada seorang isteri, adakah dia mesti membuat undingan bagi memastikan mana satu isterinya yang hendak dibawa bermusafir? Apakah hukum undian ini? Adakah suami tersebut wajib mengganti hari kepada isteri-ieterinya yang lain ketika ditinggalkan bermusafir? 14. Apakah hukum memukul isteri dan apa pula dalilnya.

482

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 482

09/04/2010 23:06:50

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB KHULUK

Al-Khulu dengan membaca dhammah huruf kha dan sukun huruf lam, iaitu permohonan cerai seorang isteri kepada suaminya dengan membayar sejumlah wang atau harta. Ia berasal dari perkataan ( menanggalkan pakaian), kerana secara majaz wanita adalah pakaian suami sebagaimana dalam firman Allah (s.w.t):

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (Surah al-Baqarah: 187). Dalil disyariatkan khuluk adalah firman Allah (s.w.t):

. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah al-Baqarah: 229)

483

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 483

09/04/2010 23:06:51

Kitab Thaharah (Bersuci)

295- Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa isteri Tsabit bin Qais datang kepada Rasulullah (s.a.w) lalu berkata: Wahai Rasulullah, saya tidak mencela akhlak dan agama Tsabit bin Qais, tetapi saya tidak suka mendrhaka (kepada suami) setelah memeluk agama Islam. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Apakah kamu bersedia memulangkan kebun miliknya? Dia menjawab: Ya. Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Tsabit bin Qais: Terimalah kebun itu dan ceraikanlah dia. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari. Dalam riwayat al-Bukhari yang lain: baginda menyuruhnya (Tsabit bin Qais) menceraikannya (isterinya): 1095).

296- Menurut riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi yang dinilainya sebagai hasan bahawa isteri Tsabit bin Qais meminta khuluk kepada suaminya dan baginda menjadikan iddahnya selama satu kali haid (1096). Makna Hadith Ada ketikanya seorang wanita merasa benci terhadap suaminya, sehingga dia ingin bercerai kerana dia merasa jika bahtera rumah tangga diteruskan maka bakal berlaku sesuatu yang lebih buruk lagi atau malah isteri itu bakal melakukan perbuatan-perbuatan yang melanggar etika dan hukum agama. Dalam keadaan ini, seorang wanita meminta bercerai dengan suaminya. Oleh kerana suami diwajibkan membayar sejumlah harta sebagai ganti rugi mahar apabila mentalak isterinya, adalah adil apabila isteri pula turut dituntut membayar sejumlah harta apabila menuntut cerai kepada suaminya lantaran tidak ada lagi kesesuaian dalam kehidupan rumah tangga mereka. Seorang wanita biasanya tidak memiliki harta untuk membayar permohonan cerai itu dan oleh kerananya, dia dibolehkan menebus dirinya dengan bayaran mahar yang ada padanya.

484

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 484

09/04/2010 23:06:52

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

sanad yang mursal daripada Ikrimah. Inilah pendapat ulama Basrah. Menurut ulama Madinah, beliau adalah Habibah binti Mashil dan hadithnya diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Umar. Ibn Hajar merajihkan bahawa Jamilah dan Habibah adalah dua orang yang berlainan. Menurut al-Baihaqi, beliau adalah Zainab binti Abdullah bin Ubay bin Salul. Pendapat ini mursal, tetapi sanadnya kuat. Apapun, pendapat yang kuat adalah Jamilah sebagaimana yang disebut oleh al-Bukhari dan al-Dimyathi. Manakala Tsabit bin Qais pula adalah orang Khazraj termasuk orang Ansar. Beliau turut serta dalam Perang Uhud dan perang setelahnya. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang disegani dan merupakan juru bicara Rasulullah (s.a.w) dan golongan Ansar. Baginda menjaminnya masuk syurga.

, al-Bukhari menyebutnya dengan nama Jamilah dalam jalur

menyebabkan diriku menjadi kafir, tetapi tidak bermaksud dia mendorong suaminya untuk menjadi kafir. Buktinya adalah perkataannya: Aku tidak mencelanya dalam perilaku dan agamanya. Ada pula kemungkinan dia memperlihatkan kekufuran untuk tujuan memfasakh perkahwinnya lantaran betapa benci kepada suaminya. Ada pula kemungkinan dia membangkang, memusuhi kepada suaminya dan melakukan tindakan-tindakan yang hanya dilakukan oleh orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Ini merupakan perbuatan yang biasa dilakukan oleh orang kafir. Ada pula tafsiran yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kufur di sini adalah keengganan untuk berbuat baik kepada suaminya.

, yakni aku tidak pernah melihat aib atau cela padanya. , aku benci jika aku tetap hidup bersamanya akan

,kebunnya. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Tsabit bin Qais mengahwini isterinya dengan mahar dalam bentuk kebun kurma.

,: ya, aku menerima permintaannya untuk memulangkan semula kebunnya yang jadikan mahar kepadaku dengan syarat aku dapat bercerai dengannya.
Fiqh Hadith 1. Sah dan disyariatkan melakukan khuluk, malah seorang suami berhak meminta ganti rugi kepada isterinya di atas khuluk yang dipohonnya itu. Inilah ijma ulama. Tetapi ulama berbeza pendapat apakah bagi memastikan khuluk itu sah disyaratkan bahawa istri 485

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 485

09/04/2010 23:06:52

Kitab Thaharah (Bersuci)

berbuat nusyuz ketika melakukan khuluk atau tidak? Menurut mazhab Zahiri dan Ibn al-Munzir, wanita itu disyaratkan berbuat nusyuz. Bagi mereka, meminta dijatuhkan talak ke atas dirinya merupakan bukti seorang isteri nusyuz. Menurut jumhur ulama, seorang isteri tidak disyaratkan nusyuz dan khuluk menjadi sah apabila ada persetujuan antara kedua suami isteri, meskipun tidak berlaku kekeruhan suasana dalam rumah tangga mereka dan suami tetap halal menerima bayaran khuluk daripada isterinya. Dalilnya adalah firman Allah (s.w.t):

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (Surah al-Nisa: 4) Jumhur ulama menegaskan hadith Tsabit di sini tidak dapat dijadikan dalil bahawa ia mensyaratkan nusyuz bagi seorang isteri bagi membolehkannya khluluk. Malah Allah (s.w.t) berfirman:

jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (Surah alBaqarah: 230) Ini merupakan bukti bahawa pasangan suami isteri menegakkan hukum Allah ketika menuntut cerai. 2. Seorang suami dibolehkan mengambil mahar yang sebelumnya telah diberikan kepada isterinya ketika terjadi khuluk. Bolehkah mengambil bayaran khuluk yang melebihi bayaran mahar? Menurut Imam Malik dan Imam al-Syafii, bayaran khuluk yang melebihi bayaran mahar adalah dibolehkan apabila isteri berbuat nusyuz. Dalilnya firman Allah (s.w.t):

Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa 486

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 486

09/04/2010 23:06:52

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturanaturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orangorang yang zalim. (Surah al-Baqarah: 229) Inilah pendapat yang turut dikemukakan oleh jumhur ulama di mana mereka membolehkan seorang suami mengambil bayaran khuluk melebihi bayaran mahar yang telah diberikan kepada isterinya, tetapi Imam Malik berkata: Jika suami berbuat demikian, maka itu tidak termasuk perbuatan akhlak yang mulia. Atha, Thawus, Imam Ahmad dan sekumpulan ulama berpendapat bayaran khuluk yang melebihi mahar tidak dibolehkan berdasarkan hadith mursal yang mengatakan: Adapun bayaran yang melebihi mahar maka itu tidak dibolehkan. Periwayat hadith ini thiqoh. 3. Khuluk dilakukan dengan lafaz talak dan apa yang membezakan talak dengan khuluk adalah bahawa memulangkan semula sebahagian atau keseluruhan mahar kepada suaminya kerana perceraian itu. Ulama berbeza pendapat jika seorang suami meninggalkan isterinya dengan lafaz Khuluk tanpa ada niat khuluk di dalam hati, adakah perbuatan ini dianggap talak atau fasakh? Menurut Imam al-Syafii dan Imam Ahmad dalam riwayat yang kuat dalam mazhabnya, perbuatan ini adalah fasakh bukan talak, pendapat ini diriwayatakn daripada Ibn Abbas dan Thawus, Ikrimah dan Ishaq. Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad dalam riwayat yang lain serta al-Auzai, perbuatan ini adalah talak satu bain. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ali, Ibn Masud, Ibn al-Musayyab, Atha, al-Hasan, Mujahid, al-Syabi, al-Zuhri dan sekumpulan ulama termasuklah Imam al-Syafii turut menegaskan demikian dalam kitab al-Imla dengan berkata: Ungkapan seperti ini termasuk talak sarih. Ulama yang mengatakan perbuatan ini adalah fasakh bukan talak mengemukakan beberapa dalil berikut: Pertama, Rasulullah (s.a.w) menyuruh isteri Tsabit bin Qais beriddah selama satu kali haid dan keadaan seperti ini bukanlah iddah talak. Kedua, firman Allah (s.w.t): Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). (Surah al-Baqarah: 229) terletak antara firman-Nya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali (Surah al-Baqarah: 229) dengan firman-Nya: Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. (Surah al-Baqarah: 230). Jika ungkapan di atas dianggap talak, Allah (s.w.t) tidak mengatakan: Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, 487

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 487

09/04/2010 23:06:52

Kitab Thaharah (Bersuci)

4.

5. 6. 7.

8.

9.

sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. (Surah al-Baqarah: 230). Ketiga, pendapat yang dinukil daripada Ali dan Ibn Masud sangatlah lemah, sementara pendapat yang dinukil daripada Ibn Abbas mengatakan ia disebut perpisahan, bukan talak atau khuluk. Al-Thahawi mendakwa adanya ijma ulama bahawa jika seseorang berniat khuluk ketika mengucapkan talak, maka jatuhlah talak. Hadith telah menegaskan demikian dengan mengatakan: maka talaklah dia satu kali talak. Boleh menjatuhkan khuluk ketika isteri sedang haid, kerana hadith ini tidak memerincikan sama ada isteri Tsabit bin Qais itu sedang haid atau sebaliknya, tetapi pendapat ini belum jelas kerana ada kemungkinan Rasulullah (s.a.w) mengetahui yang isteri Tsabit itu sedang haid atau sedang tidak haid ketika meminta dijatuhkan khuluk ke atas dirinya. Banyak hadith mencela isteri yang menuntut talak atau khuluk jika tidak disertai dengan alasan-alasan yang munasabah. Disunatkan mengatakan yang benar walaupun ke atas diri orang yang berbicara itu sendiri. Setiap perbuatan hendaklah dipertimbangkan dengan seksama sama ada ia dapat mendekatkan diri kepada Allah atau sebaliknya. Jika dapat mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah diteruskan, namun jika tidak, maka hendaklah ia segera ditinggalkan. Sadd al-Dzarai dalam segala permasalahan hendaklah diguna pakai dan tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan diri ke dalam perbuatan maksiat dan kejahatan. Dibolehkan memisahkan pasangan suami isteri apabila itu berdasarkan permohonan isteri dengan tetap membayar tebusan khuluk jika telah dikenal pasti dia tidak mahu lagi rujuk kepada suaminya.

297- Dalam riwayat Ibn Majah daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Tsabit bin Qais seorang yang berwajah buruk dan istrinya pernah berkata: Seandainya tidak takut kepada Allah nescaya aku sudah meludah wajahnya ketika dia memasuki bilik saya. (1097).

488

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 488

09/04/2010 23:06:54

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

298- Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Sahl bin Abu Hatsmah ditegaskan bahawa peristiwa ini merupakan khuluk pertama yang terjadi dalam Islam. (1098). Makna Hadith Sebab utama isteri Tsabit bin Qais meminta cerai kerana suaminya memiliki rupa yang buruk. Oleh kerana seorang lelaki menginginkan seorang wanita cantik dan menyenangkannya, maka hak ini pula turut diberikan kepada seorang wanita. Dalam riwayat al-Nasai disebutkan bahawa sebab isteri Tsabit bin Qais menuntut cerai kerana suaminya mematahkan tangan isterinya. Apapun, pernyataan dibantah dengan pengakuan isteri Tsabit sendiri ketika berkata: Aku tidak mencelanya sebagai seorang yang berakhlak jahat dan tidak taat beragama. Jika tuntutan cerai disebabkan pemukulan tangan hingga mengakibatkannya patah, tentu suaminya itu memiliki akhlak yang buruk dan tidak menjalankan ajaran agama dengan baik, kerana orang yang taat beragama tidak akan memukul tangan isterinya apatah lagi hingga patah. Sementara pendapat yang mengatakan bahawa sebab gugatan cerai kerana rupa suaminya yang buruk adalah hadith yang diriwayatkan oleh Abdurrazzaq daripada Mamar, beliau berkata: Telah sampai berita kepadaku bahawa dia (isteri Tsabit bin Qais) berkata: Wahai Rasulullah, tuan tahu betapa aku seorang wanita yang jelita sementara Tsabit suamiku seorang lelaki yang buruk rupa. Dalam riwayat Ikrimah daripada Ibn Abbas, isteri Tsabit berkata: Aku pun menyingap tudungku untuk melihat suamiku. Ketika aku membandingkannya dengan beberapa orang lelaki yang lain, ternyata suamiku seorang yang berkulit hitam, pendek dan buruk rupa. Analisis Lafaz

,buruk rupa. Sahl bin Abu Hatsmah, seorang sahabat yang turut serta dalam Baiat Ridhwan, menyaksikan setiap peperangan kecuali Perang Badar. Pendapat yang paling sahih menyatakan beliau meninggal dunia pada masa pemerintahan Muawiyah dan hadithnya diriwayatkan oleh sekumpulan ulama hadith.
Fiqh Hadith Seorang isteri boleh menuntut cerai kerana rupa suami yang buruk, di mana dia tidak mampu lagi hidup sebumbung dengan suaminya.

489

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 489

09/04/2010 23:06:54

Kitab Thaharah (Bersuci)

Soalan 1. Apakah takrif khuluk menurut bahasa dan syarak? 2. Sebutkan teks hadith yang menceritakan isteri Tsabit Qais meminta khuluk dan syarahkan lafaz-lafaz hadith di dalamnya? 3. Apakah disyaratkan bagi memastikan khluk sah bahawa seorang isteri itu nusyuz? 4. Bolehkah seorang suami mengambil bayaran khuluk melebihi bayaran mahar yang telah diserahkan kepada isterinya ketika akad nikah? 5. Jika khuluk terjadi dengan menggunakan lafaz khuluk meskipun tanpa disertai niat khuluk, maka apakah ini dianggap fasakh atau talak? 6. Apakah hukumnya jika seorang lelaki melafazkan khuluk dengan niat talak; adakah ia jatuh talak? 7. Apakah hujah ulama yang mengatakan bahawa khuluk adalah fasakh? 8. Apakah faktor-faktor yang mendorong isteri Tsabit bin Qais menuntut khuluk kepada suaminya?

490

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 490

09/04/2010 23:06:54

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB TALAK

Talak mengikut bahasa adalah melepaskan perjanjian. Kalimat ini berasal dari perkataan yang ertinya melepaskan dan meninggalkan. Talak menurut syariat adalah melepaskan ikatan perkahwinan. Imam al-Haramain berkata: Kalimat ini merupakan istilah orang jahiliah yang kemudian istilah ini diguna pakai dalam Islam.

299- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesuatu yang halal dan paling dibenci oleh Allah adalah talak. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibn Majah, dinilah sahih oleh al-Hakim dan Abu Hatim mentarjihkannya sebagai mursal: 1099). Makna Hadith Allah mensyariatkan talak sebagai jalan keluar bagi kehidupan rumah tangga yang sudah kelam kabut supaya kehidupan si lelaki dan si perempuan menjadi harmoni di kemudian hari. Tidak adanya keharmonian yang mengganggu bahtera rumah tangga pasangan suami isteri menjadikan talak mampu menghilangkan sifat ego setiap pasangan sehingga mereka dapat menempuh hidup sesuai dengan cara mereka masing-masing. Sungguhpun demikian, Allah (s.w.t) sentiasa menyuruh pasangan suami isteri selalu berusaha untuk berdamai sebagaimana dalam firmanNya:

491

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 491

09/04/2010 23:06:55

Kitab Thaharah (Bersuci)

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Nisa: 35) Jika tidak mahu lagi berdamai, maka mereka hendaklah bercerai, meskipun di dalam perceraian itu terdapat kesedihan dan kepiluan yang sukar untuk dibayangkan. Perceraian turut memberi kesan terhadap kejiwaan, anak dan harta. Itulah sebabnya ini merupakan perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah. Menyebutkan sesuatu yang paling dibenci di dalam hadith ini seolaholah menggambarkan bahawa perceraian itu adalah jalan yang paling terakhir, kerana pada hakikatnya dalam syariat Islam sesuatu yang halal tidaklah dibenci, sebaliknya sesuatu yang dibenci adalah benda haram. Jadi sebutan haram bagi kepada perbuatan yang halal merupakan perumpamaan betapa perbuatan talak ini amat mendekati sesuatu yang diharamkan. Jika ada yang berkata: Menyebutkan sifat haram kepada sesuatu yang halal membuktikan bahawa label halal bagi perbuatan itu telah berpindah menjadi sesuatu yang diharamkan. Jawapannya adalah tidak demikian, kerana asas sesuatu itu lebih kuat berbanding sifat, lafaz halal merupakan istilah syariat, sedangkan kebencian di sini bermaksud aspek kebahasaan sahaja. Oleh itu, istilah syarii hendaklah lebih didahulukan ke atas istilah bahasa. Analisis Lafaz

,al-Khatthabi berkata: Kebencian di sini hendaklah dimaksudkan untuk sesuatu yang menyebabkan terjadinya perceraian seperti tidak adanya keharmonian dan tidak wujud lagi persefahaman. Ada yang berkata: Sesuatu yang dibenci menuntut perkara itu untuk dijauhi sedangkan halal pula menuntut seseorang memiliki kebebasan sama ada melakukannya atau malah menjauhinya. Ini tentunya amat bercanggah. Saya telah menjawab persoalan dalam makna hadith sebelum ini.
diriwayatkan oleh Muhammad bin Khalid al-Wahibi daripada Muarrif bin Washil daripada Muhrib bin Ditsar daripada Ibn Umar secara marfu. 492

, Abu Hatim mentarjih hadith ini mursal, kerana ia

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 492

09/04/2010 23:06:55

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Ia turut diriwayatkan oleh Ahmad bin Yunus, Waki bin al-Jarrah dan Yahya bin Bukair daripada Muarrif daripada Muarib secara mursal. Jumlah periwayat di sini lebih ramai dan oleh kerananya, hadith ini mursal. Antara ulama yang menilainya mursal adalah al-Daruquthni, al-Baihaqi, alKhatthabi dan al-Munziri. Fiqh Hadith Tidak boleh tergesa-gesa dalam menjatuhkan talak hingga benar-benar yakin tidak ada lagi jalan keluar yang terbaik selain talak itu. Ulama fiqh berkata: Perceraian sangat dibenci adalah perceraian yang terjadi tanpa apa-apa sebab, sementara kehidupan rumah tangga tetap harmoni dan ceria.

300- Daripada Ibn Umar (r.a) bahawa beliau pernah menceraikan isterinya ketika haid semasa Rasulullah (s.a.w), kemudian Umar menanyakan hal ini kepada Rasulullah (s.a.w), lalu baginda bersabda: Perintahkan dia rujuk semula kepadanya (isterinya), kemudian tunggulah sampai dia suci, kemudian berhaid kemudian suci lagi. Setelah itu terserah dia sama ada tetap menjadikannya sebagai isteri atau mentalak sebelum disetubuhi. Itulah iddah talak yang diperintahkan oleh Allah (s.w.t). (Muttafaq alaih: 1100).

301- Dalam riwayat Muslim disebutkan: . Perintahkan dia untuk merujuk semula isterinya, kemudian hendaklah menceraikannya pada waktu suci ataupun hamil. (1101).

302- Dalam riwayat al-Bukhari yang lain disebutkan: . dan dihitung sekali talak. (1102). 493

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 493

09/04/2010 23:06:56

Kitab Thaharah (Bersuci)

303- Dalam riwayat Muslim disebutkan: Ibn Umar berkata: Kamu telah menceraiknnya satu kali talak atau dua kali talak, sebab Rasulullah (s.a.w) telah menyuruhku untuk rujuk semula kepadanya, kemudian aku bersabar menahannya sehinggalah datang bulan sekali lagi. Lalu aku sabar lagi hingga suci, lantas aku menceraikannya sebelum aku menyetubuhinya. Sementara apabila kamu menceraikannya dengan talak tiga, maka kamu benar-benar telah berbuat derhaka kepada Tuhanmu yang telah memberikan perintah kepadamu tentang tata cara mencerai isterimu. (1103).

304- Dalam riwayat yang lain pula disebutkan : Abdullah bin Umar berkata: Lalu baginda mengembalikan isteri itu kepadaku dan mengangganya tidak berlaku apa-apa. Baginda bersabda: Jika dia sudah uci, maka bolehlah kamu menceraikannya atau tetap menjadikannya sebagai isterimu. (1104). Makna Hadith Ibn Hajar mengemukakan hadith ini bagi menjelaskan maksud talak sunni dan talak bidi. Talak sunni adalah seorang lelaki menceraikan isterinya pada waktu suci dan tidak disetubuhi selama waktu suci itu, manakala talak bidi pula adalah talak yang dijatuhkan oleh seorang lelaki semasa isterinya dalam keadaan haid. Itulah sebabnya al-Bukhari membahas permasalahan talak sunni pada permulaan bab talak, kemudian pada bab kedua beliau berkata: Bab: jika seorang perempuan yang sedang berhaid dijatuhkan talak ke atasnya, maka dia mesti beriddah. Ibn Hajar di sini mengemukakan tiga hadith yang kesemuanya menyatakan talak Ibn Umar pada waktu isterinya sedang haid tetap sah.

494

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 494

09/04/2010 23:06:56

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,huruf hamzah pada kalimat ini dibuang bagi meringankan sebutan. ,menyetubuhi. , : maksudnya ketika seseorang bertanya kepadanya. , tidak melihat adanya ketentuan hukum ke atasnya. , sebelum aku menyetubuhinya. ,dihitung dan dikira.

Fiqh Hadith 1. Seorang lelaki wajib merujuk isterinya yang ditalak ketika sedang haid, pendapat ini menurut Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat, mazhab Hanafi mengikut pendapat yang paling sahih dan Dawud al-Zahiri. Menurut jumhur ulama, rujuk dalam keadaan ini adalah sunat, bukannya wajib. 2. Barang siapa yang menceraikan isterinya semasa haid, maka talak tidak jatuh melainkan pada waktu suci yang kedua kalinya, bukan suci yang pertama. Antara ulama yang mengharamkan untuk menjatuhkan talak pada waktu suci yang pertama adalah Imam Malik dan mazhab Syafii mengikut pendapat yang paling sahih. Menurut mazhab Hanafi pula menunggu sampai masa suci yang kedua adalah disunatkan. Sebab mereka berbeza pendapat dalam masalah ini adalah teks hadith yang dikemukakan Ibn Hajar di sini. 3. Jika seorang lelaki menjatuhkan talak setelah bersetubuh dengan isterinya pada waktu suci, maka inilah yang disebut talak bidi yang diharamkan, pendapat ini menurut jumhur ulama. Sebahagian ulama mazhab Maliki berpendapat bahawa jika dia menjatuhkan talak setelah bersetubuh dengan isterinya, maka dia wajib dipaksa untuk merujuknya semula, sama halnya apabila dia menjatuhkan talak ketika isterinya sedang haid. Ulama berbeza pendapat mengenai makna suci di sini sama ada ia bermaksud berhentinya darah haid atau setelah perempuan sudah mandi wajib setelah haid. Imam Ahmad dalam masalah ini memiliki dua riwayat pendapat dan pendapat yang kuat adalah suci dikira setelah perempuan itu mandi wajib setelah haid dan berdasarkan riwayat al-Nasai yang secara tegas ada menyebutkan mandi di dalamnya. 4. Menjatuhkan talak pada waktu isteri hamil adalah talak sunni dan tetap dianggap sah, pendapat ini menurut jumhur ulama. 5. Talak yang dijatuhkan ketika isteri sedang haid tetap dihitung dan dikira talak seperti mana yang dinyatakan dalam hadith: dan 495

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 495

09/04/2010 23:06:56

Kitab Thaharah (Bersuci)

dihitung sekali talak, pendapat ini menurut jumhur ulama. Dalil mereka adalah sabda Rasulullah (s.a.w): Perintahkan dia rujuk semula kepadanya (isterinya) dan perkataan rujuk terjadi apabila talak telah dianggap dijatuhkan. Ibn Taimiyah, Ibn al-Qayyim dan Ibn Hazm berpendapat talak tidak dianggap jatuh dan dalil mereka adalah hadith yang lain: Lalu baginda mengembalikan isteri itu kepadaku dan mengangganya tidak berlaku apa-apa. Meskipun riwayat hadith ini ada di dalam Sahih Muslim, namun ia masih diperdebatkan dan al-Bukhari telah menilai hadith ini malul (cacat). Ibn Abdul Barr berkata: Riwayat Muslim Muslim merupakan perkataan Abu al-Zubair dan ia tidak boleh dijadikan hujah terlebihlebih lebih bercanggah dengan hadith yang lebih sahih daripadanya. Jika memang hadith ini sahih, maka maksudnya: Dan baginda melihat tindakan (Ibn Umar) itu sebagai tidak betul, kerana tidak selari dengan Sunnah. Pernyataan serupa turut dikemukakan al-Khatthabi di mana beliau berkata: Satu-satunya hadith Abu al-Zubair yang paling munkar adalah riwayat hadith ini. Imam al-Syafii setelah menyebut riwayat Abu al-Zubair ini berkata: Nafi lebih diutamakan ke atas Abu al-Zubair, terlebih-lebih lagi ketika terjadi perbezaan riwayat di antara keduanya. Riwayat Nafi selalunya menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh ulama hadith. PerkataanAbu al-Zubair dan menganggapnya tidak berlaku apa-apa maksudnya perbuatan itu dianggap tidak betul, sebaliknya Ibn Umar diperintahkan untuk merubah tindakannya dengan cara segera merujuk semula isterinya. Inilah tafsiran yang betul.

305- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Pada zaman Rasulullah (s.a.w), Abu Bakar dan dua tahun masa pemerintahan Umar, menjatuhkan tiga kali talak dalam satu ucapaan tetap dikira satu talak. Umar kemudian berkata: Sesungguhnya umat manusia terburu-buru dalam masalah yang semestinya mereka boleh bersabar. Jika kita menjatuhkan tiga talak bagi seseorang yang melafazkannya dalam satu ucapan, tentu itu lebih baik. Beliau kemudian menerapkan undang-undang ini. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1105) 496

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 496

09/04/2010 23:06:57

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

306- Daripada Mahmud bin Labid (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) diberitahu tentang seorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan tiga talak secara sekali gus. Baginda pun berdiri dalam keadaan marah lalu bersabda: Adakah berhasrat untuk mempermainkan Kitab Allah sedangkan aku masih hidup di tengah-tengah kalian? Hingga ada seseorang yang berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana kalau aku bunuh sahaja orang itu? (Diriwayatkan oleh al-Nasai dan periwayatnya thiqoh: 1106).

307- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Abu Rukanah telah menceraikan Ummu Rukanah. Rasulullah (s.a.w) lalu bersabda kepadanya: Rujuklah semula isterimu itu. Dia pun menjawab: Sesungguhnya saya telah mencerainya dengan talak tiga. Baginda bersabda: Aku sudah tahu itu, rujuklah kamu kepadanya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud: 1107).

308- Dalam lafaz hadith riwayat Imam Ahmad disebutkan bahawa Abu Rukanah telah menceraikan isterinya sebanyak tigakali dalam satu majlis. Dia pun menyesal di atas perbuatannya dan merasa kasihan kepadanya. Melihatkan itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Abu Rukanah: Sesungguhnya itu hanya jatuh talak satu. (Di dalam sanadnya terdapat Ibn Ishaq dan ia masih diperdebatkan oleh ulama: 1108).

497

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 497

09/04/2010 23:06:57

Kitab Thaharah (Bersuci)

309- Daripada jalur yang lain Abu Dawud meriwayatkan hadith yang lebih baik daripada hadith sebelumnya bahawa Rukanah telah menceraikan isterinya bernama Suhaimah dengan talak bain. Dia kemudian berkata: Demi Allah, saya sebenarnya hanya ingin menjatuhkan talak satu, Rasulullah (s.a.w) kemudian menyuruhnya kembali kepadanya. (1109). Makna Hadith Di sini Ibn Hajar mengemukakan tiga hadith secara berurutan yang menceritakan tentang hukum orang yang menjatuhkan talak tiga secara sekali gus dalam satu majlis. Apakah talak itu menjadikan isterinya tidak halal lagi bagi suaminya kecuali setelah berkahwin dengan orang lain atau jatuh satu kali talak bain? Hadith-hadith ini menegaskan bahawa talak tiga yang diucapkan dalam satu majlis tetap jatuh talak satu, kecuali hadith Mahmud bin Labid yang masih mengandungi beberapa tafsiran. Masalah ini akan dibahas berikutnya, demikian pula fatwa Umar dan riwayat Abu Dawud daripada Ibn Abbas tentang perceraian Rukanah. Analisis Lafaz ,tempoh untuk berfikir dan bertenang. inginkan.

, kami tetapkan sesuai dengan apa yang mereka , masih hidup di tengah-tengah kamu.

, Ibn Hajar mengatalan demikian dalam kitab Fath alBari dan menambahkan: Mahmud bin Labid lahir pada zaman Rasulullah (s.a.w), tetapi beliau belum pernah mendengar hadith secara terus daripada Rasulullah (s.a.w), meskipun ada sebahagian ulama mengkategorikannya sebagai sahabat kerana beliau pernah melihat Rasulullah (s.a.w). Imam Ahmad telah menyebut biografinya dalam kitab al-Musnad dan mengeluarkan beberapa hadith Mahmud bin Labid namun tidak dinyatakan beliau pernah mendengarnya secara terus daripada Rasulullah (s.a.w). Al-Nasai berkata: Aku tidak dapat mengenal pasti ada orang yang meriwayatkan hadith daripadanya selain Makhramah bin Bukair, iaitu Ibn al-Asyajj daripada ayahnya.
498

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 498

09/04/2010 23:06:58

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Ibn Hajar berkata: Riwayat Makhramah daripada ayahnya ada di dalam Sahih Muslim dan disebutkan dalam beberapa hadith. Ada yang mengatakan beliau belum pernah mendengar secara terus daripada ayahnya. Dalam sanad kedua-dua riwayat ini terdapat Ibn Ishaq yang masih dipertikai kedudukannya seperti mana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar. Ibn Ishaq tidak terdapat dalam sanad Ibn Dawud seperti mana yang ditegaskan Ibn Hajar ketika menyebutkan jalur Ibn Ishaq ini dalam kitab Fath al-Bari, sebaliknya beliau menisbahkannya kepada Imam Ahmad dan Abu Yala, bukannya kepada Abu Dawud. Abu Dawud meriwayatkan hadith daripada Ahmad bin Shalih, telah memberitahukan kepada kami oleh Abdul Razzaq, telah memberitahukan kepada kami oleh Ibn Juraij, telah memberitakan kepadaku oleh sebahagian bani Abu Rafi mawla Rasulullah (s.a.w) daripada Ikrimah mawla Ibn Abbas daripada Ibn Abbas, beliau berkata: .... Dalam sanad ini terdapat periwayat yang majhul dan oleh kerananya, ia dinilai daif oleh Imam Ahmad. Ibn Ishaq dijadikan hujah dalam beberapa hadith, tetapi statusnya masih dipertikai. Apapun, jumhur ulama masih menerima hadithnya apabila secara terang-terangan beliau menggunakan dan inilah yang ditegaskan oleh Imam Ahmad. Ada perbezaan lafaz dalam hadith ini; ada ketikanya ; ada ketikanya dan ada ketikanya .Oleh itu, al-Bukhari berkata: Hadith ini mudhtharib. Inilah sanggahan paling keras ke atas hadith ini. Ia turut dinilai dhif oleh Ibn Hazm dan Abu Ubaid. Dengan mengemukakan ketiga-tiga lafaz hadith di atas, Ibn Hajar di sini sesolahsolah ingin mengisyaratkan kepada kecacatan hadith ini. Fiqh Hadith Barang siapa yang menceraikan isterinya sebanyak tiga kali lafaz talak secara sekali gus dalam satu ucapan, maka jatuhlah talak satu dan orang yang menjatuhkannya sebagai talak tiga adalah Umar bin al-Khatthab. Di akhir riwayat Rukanah disebutkan bahawa ketetapan Umar bin al-Khatthab ini pada hakikatnya berlandaskan amalan Rasulullah (s.a.w). Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini kepada empat kumpulan iaitu: Pertama, talak tiga dengan satu kali ucapan menjadikannya jatuh talak tiga, seperti seseorang berkata: Kamu kutalak dengan talak tiga atau mengucapkan lafaz talak sebanyak tiga kali dalam satu majlis. Inilah pendpat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafii dan Imam Ahmad. Ia merupakan pendapat jumhur ulama salaf dan khalaf, Umar Ibn Abbas, Aisyah dan lain-lain. Dalil mereka adalah hadith Rukkanah dengan lafaz terakhir yang disebutkan oleh Ibn Hajar di mana Rukanah menceraikan isterinya tiga kali 499

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 499

09/04/2010 23:06:58

Kitab Thaharah (Bersuci)

talak dalam satu majlis, lalu dia memberitahukan hal ini kepada Rasulullah (s.a.w). Rukanah berkata: Demi Allah, aku hanya ingin menjatuhkan talak satu. Jadi, beliau hanya ingin menjatuhkan talak satu dengan perkataannya itu. Ini membuktikan jika dia menginginkan lebih daripada talak satu, maka talak tersebut pasti jatuh sesuai dengan keinginannya. Mereka turut mengemukakan dalil dengan hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa seorang lelaki menceraikan isterinya dengan mengucapkan talak tiga, kemudian bekas isterinya berkahwin lagi dengan lelaki lain dan kemudian dia dicerai oleh suaminya yang kedua. Ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah (s.a.w): Adakah perempuan itu sudah halal berkahwin semula dengan suaminya yang pertama? Baginda menjawab: Tidak, sehinggalah perempuan itu bersetubuh dengan suaminya yang kedua itu. Mereka turut mengemukakan dalil dengan keputusan Umar dan sahabat-sahabat yang lain dalam masalah ini. Di samping itu, mereka turut mengemukakan dalil-dalil yang lain, tetapi kesemuanya masih memuatkan tafsiran yang lain kecuali hadith Rukanah ini. Anda tentu masih ingin ulama yang menilai hadith ini sebagai cacat dan faktor-faktor yang menyebabkannya cacat. Kedua, seseorang yang menjatuhkan talak tiga dalam satu kali ucapan atau dalam satu majlis tanpa dengan rujuk atau perkahwinan, maka jatuhlah talak satu. Inilah pendapat sekumpulan sahabat antara lain Abu Musa al-Asyari, Ibn Abbas, Ibn Masud, Ali, Ibn Auf dan al-Zubair bin al-Awwam. Ia turut dikemukakan oleh tabiin seperti Thawus, Atha, kebanyakan pengikut Ibn Abbas, Muhammad bin Ishaq dan ramai lagi. Ia turut dikemukakan oleh sekumpulan ulama seperti Dawud al-Zahiri dan murid-muridnya, sebahagian murid Abu Hanifah, sebahagian ulama mazhab Hanbali dan mazhab Maliki. Ini merupakan pendapat pilihan Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn al-Qayyim. Dalil mereka adalah hadith dalam Sahih Muslim yang merupakan hadith pertama yang disebut Ibn Hajar dalam kitab ini di mana Abu alShahba berkata kepada Ibn Abbas: Apakah kamu tidak tahu bahawa pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan Abu Bakar hingga pertengahan pemerintahan Khalifah Umar talak tiga dalam satu lafaz atau dalam satu majlis menjadi talak satu? Ibn Abbas menjawab: Ya, saya tahu itu. Dalam lafaz yang lain disebutkan: Talak tiga yang diucapkan dalam satu lafaz atau dalam satu majlis menjadi satu talak? Ibn Abbas menjwab: Ya, benar! Nas hadith ini sangat jelas dan tidak perlu lagi untuk ditakwilkan. Mereka turut mengemukakan dalil bahawa menjatuhkan talak tiga secara sekali gus adalah perbuatan bidah yang bercanggah dengan prinsip syariat dan Rasulullah (s.a.w) bersabda:

500

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 500

09/04/2010 23:06:58

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Barang siapa yang melakukan satu amalan yang tidak termasuk dalam Sunnah kami, maka ia mesti ditolak. Menjatuhkan talak dalam satu kali ucapan adalah bidah yang menyalahi kaedah syariat dan oleh itu, talak seperti ini mesti ditolak. Golongan ini menyanggah dalil jumhur ulama bahawa hadith Rukanah mudhtharib sedangkan hadith Aisyah masih mengandungi banyak tafsiran. Suatu dalil jika memiliki banyak tafsiran tidak dapat dijadikan sebagai hujah. Mereka turut menyanggah dalil yang berlandaskan amalan sahabat kerana jumlah sahabat lebih seratus ribu orang, di mana zaman Rasulullah (s.a.w), zaman Abu Bakar hingga pertengahan pemerintahan Umar talak tiga dalam satu kali ucapan jatuh talak satu. Jadi jumhur sahabat yang meninggal dunia sebelum permulaan pemerintah Umar sependapat dengan pendapat kami. Oleh itu, berdalil dengan amalan sahabat menjadi batal dengan adanya amalan sahabat sebelum masa pemerintahan Abu Bakar alShiddiq. Ketiga, talak tiga dalam satu lafaz atau dalam satu majlis tidak jatuh talak, kerana ini perbuatan bidah. Dalil kumpulan ini adalah hadith Aisyah sebelum ini: Barang siapa yang melakukan satu amalan yang tidak termasuk dalam Sunnah kami, maka ia mesti ditolak. Namun dalil ini bertentangan dengan hadith-hadith sahih yang menyatakan jatuhnya talak. Keempat, pendapat ini membezakan antara wanita yang pernah disetubuhi dengan wanita yang belum disetubuhi. Jika wanita itu sudah disetubuhi, maka jatuhlah talak tiga, namun jika belum disetubuhi, maka jatuhlah talak satu. Pendapat ini dinukil daripada sekumpulan sahabat termasuklah Ibn Abbas dan Ibn Rahawaih. Dalil mereka adalah hadith dalam Sunan Abu Dawud bahawa:

Apakah kamu tahu bahawa pada zaman Rasulullah (s.a.w), jika seorang suami menjatuhkan talak tiga secara sekali gus sebelum menyetubuhi isterinya, mereka menjadikannya talak satu. Ada dua faktor yang menyebabkan dalil ini lemah, iaitu; pertama, dalil ini tidak menafikan pendapat golongan yang kedua, malah pendapat ini sama dengan pendapat mereka, sementara perincian pendapat keempat tidak jelas dalam menyampaikan hadith ini; kedua, hadith dengan lafaz ini daif, kerana ia diriwayatkan oleh Ayyub daripada beberapa periwayat yang 501

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 501

09/04/2010 23:06:59

Kitab Thaharah (Bersuci)

majahil daripada Thawus.

310- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ada tiga perkara yang jika dikatakan dengan sungguh-sungguh tetap menjadi sah dan jika dikatakan secara senda gurau tetap menjadi sah pula, iaitu; kahwin, talak dan rujuk. (Diriwayatkan oleh al-Arbaah kecuali al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Hakim: 1110).

311- Dalam riwayat Ibn Adi menerusi jalur yang lain namun daif disebutkan: ... iaitu talak, memerdekakan hamba dan kahwin. (1111).

312- Dalam riwayat al-Harits bin Abu Usamah daripada hadith Ubadah bin al-Shamit, hadith marfu bahawa: Ada tiga perkara yang tidak boleh dipermainkan; talak, kahwin dan memerdekakan hamba. Jadi, barang siapa mengucapkannya maka wajib melaksanakannya. (Sanadnya daif: 1112). Makna Hadith Tidak dapat dimungkiri bahawa wanita merupakan salah satu kenikmatan dunia yang paling dahysat. Dalam kaitan ini Allah (s.w.t) berfirman:

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Surah al-Fatihah: 7) Di sini Allah mendahulukan wanita berbanding perhiasan dunia yang lain sekali gus menunjukkan ia merupakan perhiasan yang paling 502

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 502

09/04/2010 23:07:00

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mempengaruhi kehidupan manusia. Kesesatan dan bencana yang dialami oleh penduduk dunia adalah disebabkan oleh syahwat dan syubhat, dan bencana terbesar adalah syahwat. Itulah sebabnya Allah mengajarkan kita bacaan supaya selamat dari keduadua penyebab petaka ini setiap kali mengerjakan solat. Di akhir surah alFatihah, kita sering membaca:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (Surah Ali Imran: 14) Jika ini disedari, kita tahu bahawa seseorang sering kali melanggar hukum Allah dengan menjatuhkan talak kepada isterinya kerana menganggapnya sebagai permainan. Di sini Allah mengingatkan untuk tidak mempermainkan pernikahan supaya umat manusia sesat dan bergelimang dalam dosa. Analisis Lafaz

,dengan membaca kasrah huruf ra atau membacanya fathah, iaitu seorang suami yang kembali merujuk isteri yang telah ditalaknya.
lain yang daif, kerana ia diriwayatkan oleh Ghalib bin Ubaidillah al-Jazari daripada al-Hasan daripada Abu Hurairah. Ibn Muin menilai daif Ghalib sedangkan al-Hasan pula adalah mudallas yang meriwayatkan hadith secara muanan.

, Ibn Adi meriwayatkannya menerusi jalur

Abdullah bin Lahiah, seorang periwayat yang daif menurut Ibn Hajar; kedua, riwayat putus antara Ubaidillah bin Abu Jafar dengan Ubadah. Tetapi hadith ini memiliki syahid dengan menyebut memerdekakan hamba yang diriwayatkan daripada Abu Dzar oleh Abdul Razzaq dalam kitab al-Mushannaf. Ada pula dua athar daripada Umar dan Ali yang turut 503

, sanadnya daif karana dua faktor, iaitu; pertama, adanya ,wajib, sehingga mereka mesti melakukannya.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 503

09/04/2010 23:07:00

Kitab Thaharah (Bersuci)

memperkuat hadith ini. Jadi, menyebutkan memerdekaan hamba di sini menjadikannya hadith Hasan lantaran kewujudan syahid-syahid ini. Fiqh Hadith Kahwin, talak, rujuk dan memerdekakan hamba dianggap sah meskipun diucapkan dengan lafaz secara main-main, kerana perkataan tidak memerlukan niat. Inilah pendapat ulama mazhab Hanafi dan mazhab Syafii. Menurut Imam Ahmad bin Hanbal dan sekumpulan ulama pula talak, rujuk, kahwin dan memerdekakan hamba tidak sah jika diucapkan dengan lafaz main-main. Dalilnya adalah hadith:

Sesungguhnya sahnya perbuatan itu bergantung kepada niat. Berhujah dengan hadith ini dapat disanggah kerana ia bersifat umum, sementara hadith dalam bab ini bersifat khusus. Dalil khusus mesti diutamakan ke atas dalil umum.

313- Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Sesungguhnya Allah (s.w.t) memaafkan apa-apa yang tersirat di dalam hati ummatku selagi tidak dilakukan atau dibicarakan. (Muttafaq alaih: 1113). Makna Hadith Allah (s.w.t) mengutus syaitan untuk menggoda dan menanamkan dalam diri manusia. Tugas ini bagi bagi syaitan amatlah mudah. Ia memasuki diri manusia dari segala arah. Namun rahmat Allah sentiasa dikurniakan kepada umat manusia, di mana bisikan syaitan dan angan-angan jahat di dalam hati seseorang tidak diberi balasan, kerana Allah hanya memberi balasan terhadap perkataan atau perbuatan. Bisikan dan angan-angan di dalam diri manusia sememangnya tidak mampu mereka kawal dan itu luar kemapuannya. Allah (s.w.t) berfirman:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Surah alBaqarah: 286) 504

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 504

09/04/2010 23:07:01

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,mengampuni dan memaafkan.


Fiqh Hadith Talak tidak jatuh jika masih dalam bentuk bisikan di dalam hati selagi belum diucapkan, baik melalui perkataan mahupun sindiran, pendapat ini menurut jumhur ulama. Menurut Ibn Sirin, al-Zuhari dan Imam Malik, jika seseorang berniat talak di dalam hatinya, maka jatuhlah talak. Pendapat ini disokong oleh Ibn al-Arabi dengan mengatakan bahawa seseorang yang meyakini kekufuran di dalam hatinya dan terus kekal melakukan perbuatan maksiat maka dia berdosa.

314- Daripada Ibn Abbas (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesilapan, kelupaan dan apa-apa yang dilakukan oleh umatku dengan cara paksa. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Hakim. Abu Hatim berkata: Hadith ini tidak sahih: 1114). Makna Hadith Ibn Hajar mengemukakan hadith ini untuk memberitahu apa-apa yang dengannya seseorang tidak dicatat oleh malaikat dalam lembaran amalannya. Hadith ini membahas tentang tingkah laku yang tidak dicatat oleh malaikat sedangkan hadith sebelumnya membahas tentang geritik hati dan bisikan. Analisis Lafaz

,mereka melakukannya dalam keadaan dipaksa tanpa ada keinginan untuk melakukannya.

diampuni dan ini merupakan bukti bahawa kesalahan itu pasti ada.

, dosa kesalahan yang tidak disedari oleh ummatku akan

ia diriwayatkan menerusi jalur al-Walid bin Muslim, telah menceritakan 505

, : menurut Abu Hatim, hadith ini tidak sahih, kerana

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 505

09/04/2010 23:07:01

Kitab Thaharah (Bersuci)

kepada kami oleh al-Auzai daripada Atha daripada Ibn Abbas sedangkan periwayatnya thiqoh. Al-Walid bin Muslim seorang mudallas. Hadithnya tidak dapat diterima melainkan jika dia mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama hadith dan dia tidak melakukannya. Atha pula tidak pernah mendengar hadith secara terus daripada Ibn Abbas mengikut pendapat yang masyhur, terlebih-lebih lagi ada riwayat lain daripada Ayyub dan Bisyr bin Bakr, kata mereka berdua, telah menceritakan kepada kami oleh al-Auzaii daripada Atha daripada Ubaid bin Ufair daripada Ibn Abbas. Di sini jelaslah bahawa al-Walid telah melakukan tadlis, sebab yang betul adanya tambahan Ubaid di dalam sanad hadith ini. Sanad hadith ini dinilai oleh al-Nawawi dan Ibn Hajar. Ibn Hibban dan al-Hakim pula menilainya sebagai hasan. Kedua-dua ulama ini sering kali mengatakan sahih ke atas hadith yang sebenarnya adalah hasan. Abu Hatim menegaskan hadith ini memiliki cacat dan berkata: AlAuzai tidak pernah mendengar hadith ini daripada Atha, sebaliknya beliau mendengarnya daripada seorang lelaki yang tidak disebutkan namanya. Ada kemungkinan nama lelaki itu adalah Abdullah bin Amir atau Ismail bin Muslim. Hadith ini tidak sahih. Ada benarnya apa yang dikatakan Abu Hatim ini. Apapun, hadith ini memiliki jalur lain daripada Ibn Abbas, Abu Dzar, Tsauban, Ibn Umar, Abu Bakrah dan Ummu al-Darda. Kesemua syahid ini meskipun mengndungi unsur daif seperti mana yang telah diulas oleh al-Zaylai maka ia saling menguatkan antara satu sama lain, apatah lagi Muslim meriwayatkan dalam kitabnya al-Sahih daripada Ibn Abbas bahawa ketika ayat ...Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah... (Surah al-Baqarah: 286), Allah pun berfirman: Aku sudah memakbulkan doa mereka itu. Fiqh Hadith 1. Tidak jatuh talak bagi orang yang mengucapkannya kerana tersalah, pendapat ini menurut jumhur ulama. Menurut mazhab Hanafi, talak tetap jatuh bagi orang yang tersalah mengucapkannya. Al-Khallal menukil daripada Imam Ahmad bahawa beliau berkata: Barang siapa yang menganggap salah dan lupa tidak dibebani hukum taklif, maka dia telah menyalahi kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Ini kerana Allah tetap menjatuhkan denda dan hukuman ke atas orang yang tersalah dalam membunuh. 2. Tidak jatuh talak orang yang lupa, pendapat ini menurut sekumpulan seperti Atha, Ibn Dinar, al-Syabi dan Imam al-Syafii dalam satu riwayat. Menurut Qatadah, al-Auzai, Imam Malik, Ummu Abu

506

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 506

09/04/2010 23:07:01

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Laila, al-Tsauri, mazhab Hanafi, Imam al-Syafii dalam satu riwayat dan Imam Ahmad, jatuh talak meskipun dalam keadaan lupa. 3. Tidak jatuh talak yang diucapkan lantaran adanya paksaan, pendapat ini diriwayatkan daripada Umar, Ali, Ibn Umar, Ibn Abbas, Syuraih, Atha, al-Hasan, al-Syabi, Imam Malik, al-Auzai, Imam al-Syafii, Imam Ahmad dan Ishaq. Mereka mengemukakan dalil dengan hadith ini dan firman Allah:

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl: 106) Ketika kekufuran tidak diambil kira lantaran ada paksaan, maka demikian pula dengan perkara yang selainnya. Menurut al-Nakhai, Qatadah dan mazhab Hanafi, jatuh talak meskipun dalam keadaan dipaksa. Apapun, pendapat yang lebih benar adalah pendapat jumhur ulama.

315- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Jika seseorang mengharamkan isterinya, maka tiada apa-apa hukum berlaku ke atasnya. Allah (s.w.t) berfirman: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,... (Surah al-Ahzab: 21) (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1115).

316- Dalam riwayat Muslim daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa jika seorang suami mengharamkan isterinya ke atas dirinya, maka itu dianggap sumpah yang mesti dibayar kifaratnya. (1116).

507

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 507

09/04/2010 23:07:02

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Kebiasan orang Arab sebelum kedatang Islam berkata kepada isterinya: Engkau haram bagiku. Dia tidak mendekatinya dan tidak pula mentalaknya. Status wanita ini menjadi jelas sepanjang hidupnya; tidak gadis, tidak janda dan tidak pula perempuan yang berstatus isteri seseorang. Ini merupakan zalim ke atas kaum perempuan. Peristiwa ini pernah berlaku ke atas Rasulullah (s.a.w) seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Nasai dengan sanad yang sahih daripada Anas (s.a.w) bahawa baginda pernah memiliki seorang hamba perempuan dan keadaan ini mengundang kecemburuan Hafshah dan Aisyah. Allah (s.w.t) kemudian menurunkan firman-Nya:

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda kaffarah); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Tahrim: 1-2) Al-Thabari turut meriwayatkan hadith yang semakna dengan hadith ini dengan sanad yang sahih daripada Zaid bin Aslam secara mursal, di mana di dalamnya disebutkan bahawa baginda bersumpah untuk tidak menyetubuhinya. Inilah sebab turunnya ayat tersebut di atas. Kemudian Allah mewajibkan kifarat terhadap sumpah ini supaya dapat keluar daripada sumpah yang telah diucapkannya hingga dapat bebas daripada sebarang kesempitan kerana mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan oleh Allah. Analisis Lafaz , Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari berkata: Hadith ini ada kemungkinan bermaksud menafikan jatuhnya talak dengan sumpah itu dan ada pula kemungkinan tafsiran yang lebih bersifat umum lagi. Apapun, tafsiran yang pertama lebih tepat di samping ada satu kenyataan yang mengatakan sesuatu yang diharamkan wajiblah dibayar kifaratnya. Menurut al-Ismaili disebutkan jika seorang lelaki mengharamkan isterinya, maka perkataan ini sama seperti sumpah yang wajib dibayar kifaratnya. 508

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 508

09/04/2010 23:07:03

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Inilah lafaz kedua yang disebut oleh Ibn Hajar dan dinisbahkan kepada Muslim bagi menjelaskan maksud hadith yang sebelumnya di mana talak tidak jatuh jika seseorang mengharamkan isterinya ke atas dirinya. Inilah tafsiran yang betul. Menurut sekumplan ulama, Ibn Abbas dalam masalah ini mempunyai dua pendapat, iaitu; pertama: wajib membayar kifarat; kedua, tidak ada apa-apa kewajipan ke atasnya. Allah (s.w.t) berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: 21). Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini menerangkan sebab turunnya ayat bagi orang yang mengharamkan isterinya dan kewajipan kifarat.25 Inilah ketetapan yang mesti dipatuhi oleh umat Nabi Muhammad di mana mereka dituntut untuk sentiasa menjadikan baginda sebagai contoh ikutan. Perkataan Ibn Abbas di sini menjelaskan sebab turunnya ayat 21 surah al-Ahzab ini. Adalah salah tafisran sesetengah pihak yang mengatakan bahawa perkataan bermaksud tidak ada talak dan tidak kifarat, kerana dalam kisah ini ada disebutkan tentang kifarat. Fiqh Hadith Mengharamkan isteri tidaklah jatuh talak, tetapi bagi seseorang itu wajib membayar kifarat sumpah. Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini hingga tiga belas pendapat. Apapun, ia dapat diringkaskan menjadi empat pendapat, iaitu: Pertama, perkataan mengharamkan isteri dianggap sebagai sumpah yang wajib dibayar dengan kifarat. Pendapat ini diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ibn Masud dan Aisyah. Ia merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, al-Syafii dan al-Auzai. Dalilnya adalah sebab turunnya ayat 21 surah al-Ahab seperti mana yang dikatakan oleh Ibn Abbas di mana beliau ada menyebutkan kifarat.

25 Ada pula yang mengatakan bahawa kifarat dalam ayat ini untuk kifarat sumpah bukan kifarat bagi orang yang mengharamkan isterinya.

509

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 509

09/04/2010 23:07:03

Kitab Thaharah (Bersuci)

Kedua, perkataan ini bergangung kepada niat orang yang mengucapkannya sama ada dia berniat talak, zihar ataupun sumpah. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah dalam satu riwayat, Imam Ahmad dan pendapat ini merupakan pilihan sekumpulan ulama mazhab Hanbali, sekumpulan ulama mazhab Syafii. Dalilnya adalah setiap perbuatan bergantung kepada niat. Ketiga, perkataan ini adalah zihar dan wajib membayar kifarat zihar. Inilah pendapat yang masyhur Imam Ahmad, Ishaq dan sekumpulan tabiiin. Mereka menjadikannya sama dengan zihar kerana pada hakikatnya perkataan mengharamkan isteri sama dengan zihar dan hukum zihar telah ditetapkan di dalam al-Quran. Keempat, perkataan ini dianggap sia-sia. Inilah sekumpulan salaf dan mazhab Zahiri. Mereka berdalil dengan firman Allah (s.w.t):

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Surah al-Nahl: 116) Setiap mazhab mengemukakan dalil dan hujah bagi menyokong pendapatnya. Setelah saya amati ternyata pendapat yang pertama lebih mendekati kebenaran. Wallahu alam.

317- Daripada Aisyah (r.a) bahawa ketika anak perempuan al-Jaun dimasukkan ke dalam bilik Rasulullah (s.a.w) (bilik pengantin) dan baginda pun menghampirinya, dia malah berkata: Aku berlindung dengan Allah daripadamu. Mendengar itu, baginda bersabda: Engkau benar-benar telah berlindung dengan zat yang maha agung, pergilah kepada keluargamu. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1117). Makna Hadith Hadith ini yang menceritakan anak perempuan al-Jaun dan sebab dia mengucapkan taawwuz telah pun dibahas dalam hadith sebelum ini. Kita 510

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 510

09/04/2010 23:07:03

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

juga telah membahas hadith Kaab bin Ujrah dan kisah perceraian alAliyah, di mana sabda Rasulullah (s.a.w): Pulanglah kepada keluargamu merupakan kinayah (sindiran) talak. Membahas sindiran talak adalah penting, kerana bahasa Arab luas dan rumit. Oleh itu, setiap individu mestilah mengenal pasti hukum lafaz sindiran yang menunjukkan talak supaya seseorang tidak terjatuh ke dalam perbuatan zina. Analisis Lafaz

, pada bahagian akhir bab mahar perselisihan mengenai namanya telah disebutkan.
,mendekat dan ingin menyetubuhinya. ,berlindung.

,dalam riwayat yang lain disebutkan: ,maksudnya Allah (s.w.t).


, sindiran untuk talak.

Fiqh Hadith Perkataan seorang suami kepada isterinya: Pulanglah kepada keluargamu adalah ucapan talak. Inilah pendapat imam mazhab yang empat dan jumhur ulama dengan syarat diiringi dengan niat talak. Menurut mazhab Zahiri, perkataan ini tidak menjatuhkan talak. Bagi mereka, Rasulullah (s.a.w) tidak pernah melakukan akad nikah dengan anak perempuan al-Jaun, kerana wanita itu dihadapkan kepada baginda untuk dipinang. Buktinya hadith Rasulullah (s.a.w) dalam Sahih alBukhari, baginda bersabda: Sudikah dirimu ini kini menjadi milikku? Anak perempuan al-Jaun itu berkata: Patutkah seorang ratu menyerahkan dirinya kepada orang pasaran. Menurut mereka, permintaan untuk menyerahkan diri seorang wanita tidaklah bererti baginda telah melakukan akad nikah. Apapun, apa yang dikatakan mazhab Zahiri itu amat jauh dari kebenaran. Ini kerana dalam satu hadith disebutkan: Rasulullah (s.a.w) telah meletakkan tangannya di atas tubuh wanita itu malah dalam riwayat yang lain disebutkan: Ketika Rasulullah (s.a.w) hendak menjimaknya. Keadaan seperti ini tidak mungkin dilakukan melainkan dengan seorang perempuan yang telah berstatus sebagai isteri. Manakala perkataan baginda: Sudikah... pula bertujuan menyenangkan hatinya. Dalam satu riwayat disebutkan bahawa baginda telah bersepakat dengan ayahnya mengenai jumlah mahar yang hendak diberikan kepada perempuan itu. 511

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 511

09/04/2010 23:07:04

Kitab Thaharah (Bersuci)

318- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak sah talak kecuali setelah adanya akad nikah dan tidak sah memerdekakan hamba kecuali setelah hamba itu menjadi hak miliknya. (Diriwayatkan oleh Abu Yala, dinilai sahih oleh al-Hakim dan hadith ini malul: 1118).

319- Hadith serupa turut diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada al-Miswar bin Makhramah, sanadnya hasan tetapi malul. (1119). Makna Hadith Syariat Islam menegaskan bahawa tidak ada penjualan melainkan didahului olen pembelian dan tidak ada pembahagian warisan kecuali setelah adanya kematian. Demikian seorang perempuan tidak dihalalkan melainkan setelah adanya akad. Ulama bersepakat bahawa tidak jatuh talak bagi seseorang yang menceraikan wanita yang bukan isterinya. Tetapi mereka berbeza pendapat terhadap perkataan seseorang: Jika aku berkahwin dengannya, maka dia telah aku ceraikan. Inilah tajuk perbincangan hadith ini. Analisis Lafaz

Saya merasa aneh bagaimana mungkin al-Bukhari dan Muslim mengabaikan hadith ini, padahal ia hadith sahih mengikut syarat mereka berdua daripada Ibn Umar, Aisyah, Abdullah bin Abbas, Muadz bin Jabal dan Jabir.

, tidak sah memerdekakan hamba. , hadith ini dinilai sahih oleh al-Hakim. Beliau berkata:
, tidak sah atau tidak jatuh talak.

, inilah sebab mengapa al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya, kerana mengikut pendapat yang benar hadith ini mursal sebab di dalamnya tidak disebutkan nama Jabir.
512

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 512

09/04/2010 23:07:04

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, tetapi hadith ini malul, kerana di dalamnya terdapat Hisyam bin Saad al-Madani yang dinilai daif oleh Imam Ahmad, Yahya bin Said, Ibn Muin dan al-Nasai, meskipun ada sebahagian kumpulan kecil yang menilai hadith ini hasan. Ulama berbeza pendapat ke atas al-Zuhari yang mengambil riwayat daripada Urwah; ada yang mengatakan al-Zuhari daripada Jabir; ada yang mengatakan al-Zuhari daripada Aisyah; ada yang mengatakan al-Zuhri daripada al-Miswar; ada pula yang mengatakan alZuhri daripada Abu Bakar, Abu Hurairah, Abu Musa, Abu Said dan Imran. Semua ini disebut oleh al-Baihaqi dalam kitab al-Khilafiyyat. Hadith ini turut memiliki beberapa syahid yang antara lain adalah: - Daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya yang diriwayatkan oleh al-Arbaah kecuali al-Nasai. Ia dinilah hasan oleh al-Tirmidhi dan berkata: Saya pernah bertanya kepada al-Bukhari: Manakah hadith paling sahih tentang ucapan talak sebelum dilakukan akad nikah? Al-Bukhari menjawab: Hadith Amr daripada ayahnya daripada datuknya. - Daripada Ibn Umar yang diriwayatkan oleh al-Hakim, namun di dalam sanadnya terdapat Ashim bin Hilal, seorang yang cuai. Ia turut diriwayatkan oleh al-Daruquthni menerusi jalur yang lain namun di dalam sanadnya terdapat Abu Khalid al-Wasithi, seorang periwayat mawdhu. - Daripada Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Hakim. - Daripada Muadz yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan alDaruquthni. - Daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan alDaruquthni. - Daripada Abu Tsalabah yang diriwayatkan oleh al-Daruquthni. Kesemua syahid meskipun tidak sunyi daripada pelbagai kritikan, namun secara keseluruhan hadith ini memiliki landasan. Antara ulama yang secara tegas menilainya hadith daif adalah Imam Ahmad, Ibn Muin, Ibn Abdul Barr dan Ibn al-Arabi al-Maliki.
Fiqh Hadith 1. Tidak sah memerdekakan hamba kecuali setelah memilikinya. 2. Tidak sah talak melainkan setelah akad nikah. Ulama bersepakat bahawa talak tidak sah kepada wanita lain yang bukan isterinya jika lafaz talak itu diungkapkan dalam bentuk tanjiz (langsung). Jika lafaz talak diungkapkan dalam bentuk taliq (gantung), misalnya, 513

Menurut Yahya bin Muin, hadith paling sahih adalah Hadid Ibn alMunkadir yang meriwayatkan hadith daripada Jabir daripada orang yang pernah mendengarkan Thawus daripada Rasulullah (s.a.w) secara mursal.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 513

09/04/2010 23:07:04

Kitab Thaharah (Bersuci)

seseorang berkata: Jika aku berkahwin dengan si fulanah, maka dia telah aku ceraikan, ada tiga pendapat ulama dalam masalah ini, iaitu: Pertama, perkataan seperti ini tidak menjadikan jatuhnya talak, pendapat ini menurut mazhab Syafii, Imam Ahmad, Dawud alZahiri dan al-Bukhari menceritakannya daripada dua puluh dua orang sahabat. Dalil mereka adalah hadith-hadith sebelum ini dan firman Allah (s.w.t):

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah mutah (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya. (Surah al-Ahzab: 49) Ini pendapat yang kuat kerana disokong oleh yang kuat pula. Kedua, perkataan seperti ini boleh menjatuhkan talak kerana ia merupakan taliq talak, pendapat ini menurut Imam Abu Hanifah. Ketiga, jika seseorang itu mengungkapkan perkataan yang bersifat khusus seperti berkata: Jika aku berkahwin dengan wanita suku ini atau negeri ini, maka dia telah aku ceraikan maka ungkapan ini menjatuhkan talak, sementara jika dia mengungkapkan perkataan yang bersifat umum, misalnya, dia berkata: Setiap wanita yang aku kahwini, maka dia telah aku ceraikan, maka tidak jatuh talak. Inilah pendapat sekumpulan ulam dan Imam Malik.

320- Daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Bagi anak Adam, tidak sah 514

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 514

09/04/2010 23:07:05

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

menazarkan sesuatu barang yang bukan miliknya, tidak sah baginya memerdekakan hamba yang bukan miliknya dan tidak sah baginya menceraikan perempuan yang bukan isterinya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi yang menilainya sebagai sahih, dan menurut alBukhari, hadith ini merupakan hadith paling sahih dalam bab ini: 1120). Hadith ini telah dibahas sebelum ini sehingga tidak perlu lagi untuk diulang semula pembahasannya.

321- Daripada Aisyah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Lembaran amal tidak mencatat amalan bagi tiga golongan berikut; orang tidur hingga bangun, kanak-kanak hingga dewasa dan orang gila hingga berakal sihat atau sedarkan diri. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan alArbaah kecuali al-Tirmidhi, dinilai sahih oleh al-Hakim dan diriwayatkan oleh Ibn Hibban: 1121). Makna Hadith Oleh kerana setiap perbuatan bergantung kepada niat seseorang, maka setiap perbuatan tanpa niat tidaklah diambil kira dan oleh kerananya, hukum taklif tidak berlaku bagi orang tidur, kanak-kanak dan orang gila. Analisis Lafaz

, al-Shanani berkata: Maksud adalah perbuatannya tidak


dijatuhi hukuman jika melakukan kesalahan, tetapi tidak menafikan sahnya Islamnya seorang kanak-kanak dan demikian pula jika dia melaksanakan ibadah haji.

Al-Subki berkata: Kalimat merupakan kinayah yang menyatakan tidak ada taklif, kerana taklif menuntut adanya kitabah (penulisan) dan ketentuan. Dalam kaitan ini, Allah (s.w.t) berfirman:

515

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 515

09/04/2010 23:07:05

Kitab Thaharah (Bersuci)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah alBaqarah: 183) Kitabah (penulisan) memerlukan pena. Jika pena diangkat sebagai kinayah ke atas beban taklif yang dihilangkan, maka ini merupakan sebaik-baik kinayah.

,dalam riwayat Abu Dawud digantikan dengan perkataan ( orang yang ditimpa musibah) dan ini lebih bersifat umum.

Menurut Ibn Hibban, maksud adalah meninggalkan penulisan terhadap amal kejahatan yang mereka lakukan. Ibn Hajar memberikan komentar ke atas pendapat ini dalam Syarh al-Tirmidi dengan berkata: Ini boleh berlaku bagi kanak-kanak namun tidak dengan orang gila atau orang tidur, karena mereka berdua tidak dapat melakukan ibadah dan tidak sah jika melakukannya, kerana akal mereka hilang.

, dalam riwayat Abu Dawud disebutkan: ( hingga dia sembuh).

Fiqh Hadith 1. Tidak ada taklif bagi orang tidur sehinggalah dia terjaga daripada tidurnya, pendapat ini mengikut ijma ulama apabila seseorang itu tidur pulas. 2. Tidak ada taklif bagi knak-kanak yang belum mumayyiz hinggalah dia besar atau dewasa. Ulama bersepakat dengan ketetapan ini, tetapi mereka berbeza pendapat mengenai batas umur dewasa bagi kanakkanak. Ada yang mengatakan batas kanak-kanak itu dewasa hingga dia mampu berpuasa dan sudah pandai mengerjakan solat, pendapat ini menurut Imam Ahmad bin Hanbal. Pendapat lain mengatakan jika kanak-kanak sudah mencapai umur dua belas tahun, maka dia sudah dianggap dewasa. Pendapat lain mengatakan apabila kanakkanak telah bermimpi basah maka dia sudah dianggap dewasa. Ada yang mengatakan jika dia sudah berusia baligh. 3. Tidak ada taklif bagi orang gila, pendapat ini mengikut ijma ulama. Dengan menyebut hadith ini, Ibn Hajar ingin mengatakan bahawa talak yang diucapkan oleh orang gila terhadap isterinya adalah tidak sah. Penting Orang mabuk yang kehilangan akal, apakah dia dikategorikan sebagai orang gila di mana jika mentalak isterinya maka talaknya tidak jatuh? Usman, Jabir, Umar bin Abdul Aziz, sekumpulan ulama salaf, Imam Ahmad bin Hanbal dan mazhab Zahiri berpendapat talak orang mabuk 516

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 516

09/04/2010 23:07:05

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

tidak sah. Dalil mereka hadith di atas dan firman Allah (s.w.t):

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan (Surah al-Nisa: 43) Ayat ini menyatakan bahawa perkataan orang mabuk tidak boleh diambil kira kerana dia sedar dengan apa yang dia katakan. Ali, Ibn Abbas, sekumpulan sahabat, Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam al-Syafii menyatakan talak orang mabuk dianggap sah. Dalil mereka adalah ayat 43 surah al-Nisa: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakanBagi mereka, seseorang dilarang mendekati solat dalam keadaan mabuk dan larangan membuktikan mereka tetap diberi beban taklif meskipun dalam keadaan mabuk sedangkan orang mukallaf dianggap sah jika melakukan suatu perbuatan. Soalan 1. Apakah takrif talak mengikut bahasa dan syarak? 2. Adakah hadith mawshul atau mursal dan mengapa demikian? 3. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ? 4. Apakah yang dimaksudkan dengan talak sunni dan talak bidi? 5. Wajibkah seorang lelaki merujuk isterinya apabila dia mentalaknya dalam keadaan isterinya berhaid? 6. Adakah seorang suami boleh mentalak pada waktu suci pertama atau waktu suci kedua apabila sebelumnya telah mentalaknya pada waktu isterinya berhaid? Sebutkan dalilnya? 7. Apakah yang perlu diambil kira dalam masalah suci; berhentinya darah ataukah mandi? Sebutkan pendapat yang kuat beserta dalilnya? 8. Adakah talak yang terjadi pada waktu haid tetap dikira talak? Bincangkan masalah ini? 9. Sebutkan dua hadith yang saling bercanggah antara satu sama lain tentang talak tiga tanpa diselangi nikah atau rujuk? 10. Bincangkan masalah talak tiga yang diucapkan dalam satu lafaz dan sebutkan pula dalilnya? 11. Adakah sahih hadith Rukanah yang membincangkan talak tiga dan mengapa demikian? 517

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 517

09/04/2010 23:07:06

Kitab Thaharah (Bersuci)

12. Sempurnakan hadith berikut: ... dan apa pula kedudukan hadith ini? 13. Apakah pendapat ulama fiqh tentang talak yang dikeluarkan oleh seseorang yang bermain-main? 14. Jatuhkah talak yang berbisik di dalam hati dan sebutkan dalilnya? 16. Mengapakah Abu Hatim menilai daif: ? 17. Jatuhkah talak orang yang tersilap? 18. Jatuhkah talah orang yang lupa? 19. Jatuhkah talak orang yang dipaksa? 20. Jika seorang lelaki berkata kepada isterinya: Kamu haram ke atasku, apakah hukumnya dan apa pula dalilnya? 21. Adakah perkataan seorang lelaki kepada isterinya: Pulanglah kamu kepada keluargamudianggap sebagai talak dan sebutkan dalilnya? 22. Bincangkan hadith: dan apa pula kedudukan hadith ini? 23. Jatuhkah talak sebelum berkahwin dan apa pula pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 24. Apakah maksud sabda Rasulullah (s.a.w): ?... 25. Sahkah talak orang mabuk, apa dalilnya dan sebutkan pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 15. Apakah maksud hadith: ?

518

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 518

09/04/2010 23:07:06

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB RUJUK

Al-Rajah (rujuk) dengan membaca fathah huruf ra atau membacanya kasrah, iaitu kembali semula kepada isteri yang telah diceraikannya.

322- Daripada Imran bin Hushain (r.a) bahawa beliau pernah ditanya tentang orang yang menceraikan isterinya, kemudain merujuknya semula namun tidak dihadir oleh saksi. Imran menjawab: Hadirkan saksi ketika mentalak isteri dan ketika merujuknya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud secara mawquf dan sanadnya sahih: 1123)

323- Al-Baihaqi meriwayatkan hadith ini dengan lafaz sebagai berikut bahawa Imran bin Hushain pernah ditanya tentang seorang lelaki yang merujuk semula isterinya namun tidak menghadirkan saksi. Beliau menjawab: Perbuatan itu menyalahi Sunnah Rasulullah (s.a.w). Oleh itu, hadirkan saksi sekarang juga. Al-Tabrani dalam satu riwayat menambahkan: dan hendaklah dia beristighfar kepada Allah: 1123).

519

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 519

09/04/2010 23:07:07

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Ramai lelaki yang merasa menyesal setelah menceraikan isterinya, kerana perasaan kasih sayang menyelimuti hati setelah talak dijatuhkan, terlebihlebih lagi jika orang tua melihat nasib dan masa depan anaknya. Oleh itulah, Islam mensyariatkan rujuk atau kembali semula kepada isteri yang telah diceraikan. Rujuk merupakan hak suami selagi masih dalam tempoh iddah selagi dia tidak mentalaknya tiga kali. Bagi mengelakkan terjadi perkara yang tidak diinginkan dan menjaga hak suami dan isteri, maka rujuk hendaklah dilakukan di hadapan saksi. Analisis Lafaz

Sunnah di sini tidak bermaksud istilah yang biasa digunakan oleh ulama fiqh, sebaliknya ia bermaksud cara yang ditempuh oleh baginda berupa wajib, mandub dan mustahab. Lafaz ini menjadikan hadith tersebut marfu. Oleh itu, Ibn Hajar menyebutnya tetapi menerusi jalur Ibn Sirin daripada Imran walaupun dia tidak mendengarnya secara terus. Fiqh Hadith 1. Disyariatkan rujuk dan dalilnya adalah firman Allah (s.w.t):

, yakni dia rujuk tanpa mengikut Sunnah Rasulullah (s.a.w).

Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteriisteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Baksana. (Surah al-Baqarah: 228) Ulama bersepakat bahawa suami berhak merujuk isterinya apabila ditalak raji selagi masih dalam masa iddah meskipun dilakukan tanpa keredhaan isterinya itu sendiri atau keredhaan walinya dan ini jika talak dijatuhkan setelah dilakukan persetubuhan. 2. Disyaratkan menghadirkan saksi ketika rujuk semula kepada isteri. Dalil yang mewajibkan saksi adalah firman Allah (s.w.t): 520

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 520

09/04/2010 23:07:07

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukumhukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). (Surah al-Thalaq: 2) Inilah pendapat Imam al-Syafii dalam qaul qadim. Penting Ulama fiqh berbeza pendapat mengenai rujuk dengan perbuatan tanpa disertai perkataan. Menurut Imam al-Syafii dan Imam Yahya, rujuk seperti ini tidak dibolehkan. Menurut jumhur ulama, rujuk seperti ini tetap dianggap sah. Mereka pula berbeza pendapat, apakah rujuk dengan perbuatan mesti diiringi dengan niat? Menurut Imam Malik, rujuk dengan perbuatan tidak sah kecuali diiringi dengan niat. Menurut jumhur ulama, rujuk dengan perbuatan sah meskipun dilakukan tanpa niat. Apakah seorang suami wajib memberitahukan hasrat rujuknya supaya isterinya tidak berkahwin lagi dengan orang lain? Menurut jumhur ulama, seorang suami tidak wajib memberitahukan rujuknya itu. Pendapat lain mengatakan dia wajib memberitahukannya. Apapun, jika seorang perempuan berkahwin dengan lelaki lain sebelum dia tahu bahawa suaminya telah merujuknya, maka perkahwinan itu dianggap batal dan dia tetap menjadi hak suami pertama. Menurut Imam Malik. permepuan itu menjadi hak suami yang kedua, sama ada dia sudah menyetubuhinya ataupun belum.

324- Daripada Ibn Umar (r.a) bahawa ketika beliau menceraikan isterinya, Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Umar: Perintahkan dia (Ibn Umar) agar rujuk semula kepada isterinya. (Muttafaq alaih: 1124). 521

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 521

09/04/2010 23:07:07

Kitab Thaharah (Bersuci)

Hadith ini telah dibahas dalam hadith no. 300 dan tidak perlu lagi mengulanginya semula di sini. Soalan 1. 2. 3. 4. Apakah takrif rajah dan apa pula hukumnya? Adakah disyaratkan menghadirkan saksi ketika melakukan rujuk? Sahkah rujuk dengan perbuatan tanpa disertai perkataan? Wajibkah seorang suami memberitahu isterinya yang dirinya telah merujuknya? 5. Sebutkan satu hadith yang menyatakan rujuk itu digalakkan dan sebutkan ayat berkaitannya dari al-Quran?

522

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 522

09/04/2010 23:07:07

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB ILA, ZIHAR DAN KIFARAT

Al-Ila secara bahasa adalah sumpah manakala secara syariat pula adalah bersumpah untuk tidak menyetubuhi isteri. Al-Zihar berasal dari perkataan iaitu perkataan seorang lelaki kepada isterinya: Kamu ke atasku sama seperti tulang belakang ibuku. Al-Kifarah secara bahasa berasal dari perkataan iaitu menutupi dan menghalangi manakala secara syarak pula adalah sesuatu yang dituntut daripada seorang muslim baik perkataan mahupun perbuatan untuk menjatuhkan hukuman yang disebabkan melakukan perbuatan dosa.

325- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) pernah bersumpah ila kepada isteri-isterinya dan mengharamkan dirinya berkumpul dengan mereka. dengan ini baginda menghalalkan yang telah diharamkan dan sumpahnya itu kemudian dibayar kifarat. (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan periwayatnya thiqoh: 1125). Makna Hadith Dalam satu hadith disebutkan beberapa sebab di mana Rasulullah (s.a.w) mengila sebahagian isteri-isterinya iaitu enggan mencampuri mereka, antara lain adalah: Pertama, Hafshah membocorkan rahsia Rasulullah (s.a.w) dan riwayat ini menurut al-Bukhari dan yang lain, meskipun terjadi perbezaan riwayat apa sebenarnya rahsia itu.

523

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 523

09/04/2010 23:07:08

Kitab Thaharah (Bersuci)

Ada yang mengatakan baginda telah mengharamkan untuk tidak bercampur dengan Mariyah al-Qibthiyyah, namun Hafshah malah membocorkan rahsia ini kepada Aisyah. Inilah pendapat yang lebih kuat. Ada yang mengatakan baginda mengharamkan madu. Ada pula yang mengatakan Rasulullah (s.a.w) berbisik kepada Hafshah bahawa ayahnya (Umar bin al-Khatthab) kelak bakal menjadi khalifah setelah Abu Bakar. Kedua, Rasulullah (s.a.w) memberikan hadiah kepada isteri-isterinya, namun Zainab binti Jahsy tidak berpuas hati dengan pemberian hadiah yang diterimanya, lalu baginda menambahnya, tetapi dia tetap juga belum berpuas hati. Maka Aisyah berkata: Hadiah itu dikembalikan kepadamu. Rasulullah (s.a.w) kemudian bersabda: Aku tidak akan mencampuri kalian selama satu bulan. Riwayat ini dikeluarkan oleh Ibn Saad dan yang selainnya. Ketiga, isteri-isteri Rasulullah (s.a.w) itu menuntut hak nafkah, riwayat ini dikeluarkan oleh Muslim. Ada pula pendapat lain yang mengatakan bahawa sebab ila Rasulullah (s.a.w) terhadap isterinya adalah ketiga-tiga sebab ini. Analisis Lafaz ,baginda bersumpah, tetapi Aisyah tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perihal yang disumpahkan oleh Rasulullah (s.a.w). Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa baginda bersumpah untuk tidak menggauli isteri-isterinya.

, ia diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan periwayatnya pula thiqoh, tetapi al-Tirmidhi merajihkannya mursal. Setelah meriwayatkan hadith ini secara mawsul daripada Maslamah daripada Dawud daripada al-Syabi daripada Masruq daripada Aisyah, al-Tirmidhi berkata: Ia diriwayatkan oleh Ali bin Mushir dan selainnya daripada Dawud daripada al-Syabi secara mursal. Di dalamnya tidak disebutkan daripada masruq daripada Aisyah. Jalur ini lebih sahih daripada hadith Maslamah. Sebelum itu al-Tirmidhi berkata: Dalam bab ini ada hadith Abu Musa dan Anas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.
Fiqh Hadith Barang siapa yang bersumpah ila, maka dia wajib membayar kifarat sumpahnya itu. 524

, sesuatu yang diharamkan adalah seperti tidak meminum madu, kerana perbuatan mengharamkan madu hukumnya haram, kerana ia adalah sesuatu yang halal.

,Aisyah juga tidak menjelaskan apa yang diharamkan oleh Rasulullah (s.a.w).

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 524

09/04/2010 23:07:08

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

*- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: JIka berlalu empat bulan, maka orang yang berila berhenti hingga dia menjatuhkan talak dan taalak tidak jatuh sehingga dialah sendiri yang menjatuhkannya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

*- Daripada Sulaiman bin Yasar (r.a), beliau berkata: Saya berjumpa dengan sepuluh orang lebih daripada sahabat Rasulullah (s.a.w) di mana kesemua mereka menghentikan orang yang berila. (Diriwayatkan oleh al-Syafii).

*- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Masa ila orang jahiliah selama satu tahun dan dua tahun, lalu Allah hanya memberi waktu empat bulan. Jadi, jika kurang dari empat bulan maka tidak disebut sebagai ila. (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi). Makna Hadith Allah (s.w.t) berfirman:

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah al-Baqarah: 226-227) 525

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 525

09/04/2010 23:07:09

Kitab Thaharah (Bersuci)

Jika masa empat bulan sudah berakhir dan suami tetap tidak membayar dendanya, maka bagaimanakah hukumnya? Ibn Hajar mengemukakan dua athar di sini, di mana suami yang berila wajib ditanya sama ada menjatuhkan talak atau merujuk semula isterinya. Ibn Hajar sengaja mengemukakan dua athar mawquf di sini, kerana tidak satu pun hadith marfu dalam masalah ini. Athar Ibn Abbas disebutkan bagi menunjukkan yang ila tidak boleh kurang daripada empat bulan, kerana ulama fiqh berbeza pendapat dalam menentukan batasan minimum waktu ila. Analisis Lafaz

suami yang berila tidak merujuk isterinya atau menceraikannya, meskipun isterinya tidak menuntut untuk berbuat demikian.

, yakni telah berlalu waktu empat bulan sedangkan

, hakim hendaklah menanyakan hasrat dan keputusan suami yang telah mengila isterinya itu. , selama satu dan dua tahun.

Fiqh Hadith 1. Jika masa empat bulan telah berakhir, maka ini tidak serta merta terjadi jatuhnya talak. Inilah pendapat jumhur ulama yang diriwayatkan daripada Umar, Utsman, Ali, Ibn Umar, Ibn Abbas, Abu al-Darda dan Aisyah. Malah Ibn Yasar menyebutkan pendapat ini diriwayatkan oleh belasan sahabat. Ia turut diriwayatkan daripada Tsabit bin Zaid dan berkata: Pendapat ini diriwayatkan daripada dua belas orang sahabat. Menurut Abu Shalih, sanadsanad mereka sahih dan muttashil. Saya telah menyebut sanadsanad mereka yang sudah ditakhrij dalam kitab Taqrib al-Madarik. Menurut Imam Abu Hanifah, jika waktu empat bulan telah berakhir dan suami tidak merujuk isterinya, maka ia jatuh talak. Pendapat daripada Ali, Utsman, Zaid bin Tsabit dalam masalah ini adalah tidak benar. Sementara riwayat menurut Ibn Masud, Ibn Abbas dan Ibn Umar dalam masalah ini adalah benar, namun Umar tidak pernah mengatakan demikian. Ada sekumpulan ulama yang turut bersetuju dengan pendapat ini iaitu Thawus, Ma-khul dan Ibn alMusayyab. 2. Waktu minimum ila adalah empat bulan, pendapat ini menurut jumhur ulama. Sementara menurut al-Hasan dan yang selainnya, ila boleh dilakukan tanpa wujud batasan waktu. Dalil mereka firman Allah (s.w.t): 526

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 526

09/04/2010 23:07:09

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah al-Baqarah: 226-227) Ayat ini tidak ada menyebut batasan waktu sedangkan waktu empat bulan dalam ayat ini hanya sekadar pemberitahuan sama ada rujuk semula kepada isterinya atau sebaliknya. Beberapa Permasalahan Ila Pertama, adakah ila dianggap sah dengan setiap pernyataan sumpah untuk tidak menggauli isteri, sama ada sumpah itu menggunakan kalimat Allah atau selainnya. Menurut jumhur ulama, lafaz ila seperti ini tetap dianggap sah. Pendapat lain yang mengatakan lafaz ila seperti ini tidak sah. Kedua, jika seseorang mengatakan di dalam sumpahnya untuk tidak bercakap dengan isterinya, apakah ini termasuk ila? Menurut jumhur ulama, lafaz ila mestilah disertai dengan keengganan suami untuk tidak mencampuri isteri dengan lafaz yang jelas. Ketiga, bagaimanakah caranya merujuk dari ila? Ada yang mengatakan rujuk daripada ila dengan cara melakukan persetubuhan bagi orang yang mampu berbuat demikian, sedangkan bagi yang tidak mampu maka hendaklah menjelaskan uzur yang menyebabkannya tidak mampu melakukan persetubuhan. Pendapat yang lain mengatakan rujuk daripada ila dengan perkataan: Aku rujuk atau kembali daripada sumpahku. Keempat, apakah kifarat diwajibkan ke atas orang yang sudah rujuk daripada ila? Menurut jumhur ulama, kifarat tetap diwajibkan, kerana ia adalah sumpah yang telah dilanggar. Pendapat lain mengatakan kifarat tidak diwajibkan dan dalilnya firman Allah:

Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: 226)

527

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 527

09/04/2010 23:07:10

Kitab Thaharah (Bersuci)

326- Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa ada seorang lelaki menzihar isterinya, kemudian dia menyetubuhinya, lalu dia datang menghadap Rasulullah (s.a.w) dan berkata: Sesungguhnya saya telah menyetubuhi isteri saya sebelum membayar kifarat. Baginda bersabda: Jangan kamu mendekatinya hingga kamu mengerjakan apa yang diperintah oleh Allah kepadamu. (Diriwayatkan oleh al-Arbaah, dinilai sahih oleh al-Tirmidhi dan hadith ini mursal menurut al-Nasai) Al-Bazzar meriwayatkan hadith ini menerusi jalur lain daripada Ibn Abbas (r.a) dan menambahkan: Bayarlah kifarat dan jangan kamu mengulangi semula perbuatan itu. (1026).

327- Daripada Salamah bin Shakhr (r.a), beliau berkata: Ketika Ramadhan tiba, aku khuatir tidak mampu menahan diri daripada menjimak isteriku. Atas pertimbangan itu, aku pun menziharnya. Pada suatu malam, aku pula ternampak sebahagian anggota tubuhnya yang terbuka. Aku pun terus menjimaknya. Setelah itu Rasulullah (s.a.w) bersabda kepadaku: Merdekakan hamba. Aku berkata: Aku tidak memiliki hamba selain diriku sendiri. Baginda bersabda: Puasalah selama dua bulan berturutturut. Aku berkata: Bukankah aku diwajibkan membayar kifarat ini lantaran berpuasa di Ramadhan? Baginda bersabda: Berikan satu faraq kurma kepada setiap orang miskin hingga mencapai enam puluh orang miskin. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah kecuali al-Nasai, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn al-Jarud: 1127).

528

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 528

09/04/2010 23:07:10

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Ibn Hajar mengemukakan dua hadith ini dalam bab zihar kerana keduanya memuatkan banyak permasalahan zihar. Allah (s.w.t) mewajibkan kifarat ke atas perbuatan ini ketika seorang lelaki berkata: Kamu ke atasku seperti sama tulang belakang ibuku. Tujuan zihar adalah mengeluarkan suami isteri dilemma yang mereka sendiri melakukannya dan ini merupakan rahmat Allah kepada orang Islam, kerana tidak seorang pun yang dibolehkan mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan oleh Allah. Allah kemudian mewajibkan seseorang yang melakukan zihar untuk memerdekakan hamba. Jika tidak mampu, dia wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Jika belum mampu, dia wajib memberi makan enam puluh fakir miskin dan ini bagi membebaskan perkataannya yang telah menzihar isterinya dan membayar kifarat di atas perbuatan yang telah dilakukannya. Analisis Lafaz

,seorang suami berkata kepada isterinya: Kamu ke atasku sama seperti tulang belakang ibuku. ,membebaskan dari ziharku. , jangan kamu menyetubuhinya. , yakni kifarat yang telah diperintahkan oleh Allah , menyetubuhinya.

,yakni periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, Ibn Abbas (r.a).

kepadamu, di mana Allah (s.w.t) berfirman:

Dan orang-orang yang ziharkan isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan 529

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 529

09/04/2010 23:07:11

Kitab Thaharah (Bersuci)

, hadith ini diriwayatkan oleh al-Bazzar menerusi jalur yang lain daripada Khushaif daripada Atha daripada Ibn Abbas. Menurut pensyarah kitab ini, kebanyakan ulama hadith menilai suatu hadith itu hasan apabila ia telah diriwayatkan menerusi dua jalur yang berlainan; salah satunya mursal dan satunya lagi mawsul, meskipun hadith itu daif. Oleh itu, al-Hafiz Ibn Hajar setelah menyebut jalur-jalur hadith hadith berkata: Apapun, hadith ini dengan seluruh jalurnya dan syahid-nya adalah sahih. ,aku berkata kepada isteriku: Kamu bagiku sama seperti belakang ibuku. , aku menyetubuhinya.

, menurut al-Nasai, hadith ini mursal dan demikian pula menurut Ibn Hatim dan sekumpulan. Beliau tahu apa yang dilakukan oleh Abu Dawud yang banyak meriwayatkan hadith mursal. Al-Hakam bin Aban pula seorang yang shaduq, namun sering melakukan kesilapan.

apa yang kamu lakukan. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kar disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Mujadilah: 3-4)

, lalu ternampaklah sebahagian anggota tubuhnya. Bahagian anggota tubuh yang terbuka itu adalah pahanya sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat lain. , dalam satu riwayat disebutkan: ,aku bersetubuh dengannya. ,merdekakan hamba. ,hamba, baik lelaki mahupun perempuan.

,dalam riwayat lain disebutkan: dan dalam riwayat yang lain pula disebut: . Apa yang masyhur adalah mengikut riwayat kedua dan ketiga, bukan riwayat yang pertama. Satu wasaq sama dengan enam puluh sha, sementara satu irq sama dengan lima belas sha, namun ada yang mengatakan tiga puluh sha sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Dawud dalam kitabnya al-Sunan. Sedangkan satu faraq sama dengan tiga sha atau lebih sedikit. Ini tidak benar, kerana kifarat lebih banyak daripada itu, di samping tidak seorang pun ulama fiqh yang mengatakan bahawa ini adalah kadar membayar kifarat zihar.
530

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 530

09/04/2010 23:07:11

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah, tetapi al-Bukhari malah menilainya malul kerana Sulaiman bin Yasar tidak pernah mendengar secara terus daripada Salamah bin Shakhr (r.a).
Fiqh Hadith 1. Jika seseorang yang menzihar isterinya kemudian menjimak isterinya sebelum membayar kifarat, maka dia wajib membayar satu kifarat, pendapat ini menurut al-Tsauri, Imam Malik, Imam al-Syafii, Ishaq, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Menurut Ibn Umar dan Ibn Mahdi, dia wajib membayar dua kifarat, pendapat ini diriwayatkan daripada Amr bin al-Ash dan Qatadah. Menurut Ibn Jubair, kifarat digugurkan. Menurut al-Hasan al-Bashri dan al-Nakhai, dia wajib membayar tiga kifarat. Pendapat yang benar adalah pendapat pertama kerana disokong oleh dalil. 2. Wajib membayar kifarat secara tertib; pertama, memerdekakan hamba; kedua, jika tidak mampu, maka wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut; ketiga, jika masih tidak mampu, maka dia wajib memberi makan fakir miskin sebanyak enam puluh orang. Ini berdasarkan ijma ulama. 3. Apa yang diwajibkan adalah memerdekakan satu orang hamba. Inilah kesepakatan ulama, tetapi mereka berbeza pendapat mengenai syarat beriman bagi hamba tersebut. Menurut Imam Abu Hanifah dan sekumpulan ulama, hamba itu tidak disyaratkan beriman. Menurut Imam Malik, Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama, memerdekakan hamba kafir tidaklah memadai untuk membayar kifarat, kerana ayat zihar hendaklah disamakan dengan ayat diyat pembunuhan, meskipun sebabnya berlainan. Dalil mereka adalah kisah seorang lelaki meminta fatwa kepada Rasulullah (s.a.w) ketika memerdekakan seorang hamba wanita. Baginda bertanya kepada hamba perempuan itu: Di manakah Allah? Siapa pula diriku ini? Ketika baginda mengetahui dia seorang yang beriman, maka baginda pun menyuruh si penanyan untuk memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim). 4. Berpuasa dua bulan berturut-turut wajib dilakukan sebelum melakukan persetubuhan. Jika menjimak isterinya di sela-sela berpuasa selama dua bulan itu, maka dia wajib mengulangi semula puasanya dari awal apabila jimak itu dilakukan pada waktu siang hari mengikut ijma ulama dan demikian pula jika dilakukan pada waktu malam menurut Imam Abu Hanifah. 5. Puasa wajib dilakukan selama dua bulan berturut-turut. Ulama berbeza pendapat sekiranya ada uzur datang pada waktu pertengahan berpuasa itu hingga menyebabkannya tidak mampu berpuasa, 531

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 531

09/04/2010 23:07:11

Kitab Thaharah (Bersuci)

kemudian uzur pun hilang, maka apakah dia dibolehkan meneruskan puasanya atau berpuasa semula dari awal? Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, dia boleh meneruskan puasanya kerana dia memutusnya bukan kerana kehendaknya sendiri. Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafii dalam satu riwayat, dia hendaklah mengulangi semula puasanya dari awal. 6. Jika tidak menemukan hamba, maka hendaklah berpindah kepada berpuasa. Jika tidak mampu, hendaklah memberi makan fakir miskin sebanyak enam puluh orang. Ulama berbeza pendapat jika seseorang itu memberi makan satu orang miskin selama enam puluh hari. Menurut Imam al-Syafii, Imam Malik dan Imam Ahmad, itu tidak sah. Menurut Imam Abu Hanifah, itu sudah dianggap sah. 7. Terdapat perbezaan riwayat hadith di mana ada yang menyebutkan irq dan ada pula yang menyebut wasaq. Ekoran itu, ulama pun berbeza pendapat berkaitan bahagian yang mesti diterima oleh setiap orang miskin itu. Menurut Imam al-Syafii, setiap orang miskin wajib menerima satu mud dan satu mud sama dengan satu perempat sha. Dalilnya adalah riwayat yang menyebutkan irq di mana ia sama dengan lima belas sha. Namun ada pula yang mentafsirkan satu irq sama dengan enam puluh sha dan ada pula yang mengatakan tiga puluh sha. Apa yang dikatakan oleh al-Syafii itu lebih sahih. Menurut Imam Abu Hanifah pula setiap orang miskin wajib memperoleh satu sha dan jumlah keseluruhannya adalah enam puluh sha. Dalilnya adalah riwayat yang menyebutkan wasaq. Beberapa Permasalahan Zihar Pertama, jika seseorang itu tidak mampu melakukan ketiga-tiga kifarat di atas, maka apakah kewajiban tersebut digugurkan daripadanya? Menurut Imam al-Syafii dan Imam Ahmad dalam satu riwayat, kewajipan membayar kifarat tidak digugurkan dengan alasan tidak mampu. Dalilnya adalah hadith Khawlah binti Malik yang diriwayatkan Abu Dawud bahawa Khawalah berkata: Suami saya itu tidak memiliki apa-apa harta untuk disedekahkan. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Aku akan membantunya dengan satu irq. Jika kewajipan membayar kifarat itu digugurkan tentu baginda tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Menurut Imam Ahmad dalam satu riwayat dan sekumpulan ulama, kewajipan membayar kifarat digugurkan dengan alasan tidak mampu. Kedua, jika seseorang menzihar isterinya untuk waktu tertentu, misalnya dia berkata: Kamu bagiku sama seperti ibuku hingga malam hari lalu dia tidak menyetubuhinya hingga berakhir malam itu? Menurut Imam Malik dan Ibn Abu Laila, dia tetap wajib membayar kifarat walaupun dia tidak menyetubuhi isterinya. Menurut jumhur ulama, dia tidak mempunyai apa-apa kewajipan selama tidak menyetubuhi 532

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 532

09/04/2010 23:07:11

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

isterinya itu. Imam al-Syafii dalam masalah ini mempunyai dua pendapat; pertama sama dengan pendapat Imam Malik dan kedua sama dengan jumhur ulama. Ketiga, jika seseorang menyamakan sebahagian anggota tubuh isterinya dengan anggota tubuh ibunya, misalnya dia berkata: Perutmu sama dengan perut ibuku, maka bagaimanakah hukumnya? Menurut jumhur ulama, perkataan ini sama dengan zihar. Pendapat lain mengatakan perkataan ini tidak dikatakan zihar kecuali anggota tubuh yang diharamkan melihatnya. Keempat, bagaimana jika seseorang menyamakan isteri dengan muhrim yang selain ibunya? Menurut Imam Malik, Imam al-Syafii dan Imam Abu Hanifah, perkataan itu sama dengan zihar, meskipun dia menyamakannya dengan muhrim kerana saudara sesusuan. Dalil mereka adalah qiyas kerana illatnya adalah haram mengahwini saudari sesusuan untuk selamalamanya. Namun menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, tidak menjadi zihar meskipun diserupakan dengan muhrim yang haram dikahwini untuk selama-lamanya. Kelima, apakah mukaddimah jimak seperti ciuman disamakan dengan bersetubuh? Menuru jumhur ulama, hukumnya sama dengan bersetubuh. Menurut pendapat yang lain pula hukumnya tidak sama dengan bersetubuh. Namun al-Auzai berkata: Dia dibolehkan bersenang-senang dengan isterinya selagi itu dilakukan pada bahagian atas pusat. Keenam, bagaimanakah hukumnya apabila zihar diniatkan talak? Menurut Imam al-Syafii, Imam Ahmad dan sekumpulan ulama, perkataan itu tetap dianggap zihar dan tidak jatuh talak. Pendapat lain mengatakan perkataan itu menyebabkan jatuhnya talak. Soalan 1. Apakah takrif ila, zihar dan kifarat? 2. Apakah faktor yang mendorong Rasulullah (s.a.w) mengila isterinya? 3. Bincangkan masalah Rasulullah (s.a.w) sama ada baginda bersumpah untuk tidak menjimak isterinya atau bersumpah dengan yang selainnya? 4. Jika telah berlalu waktu ila selama empat bulan dan seseorang itu tidak ada melakukan rujuk, adakah ia dikira sebagai talak? 5. Berapa waktu minimum ila menurut pendapat jumhur ulama? 6. Sahkah ila apabila bersumpah dengan tidak menggunakan lafaz Allah? 7. Sahkah ila tanpa disertai keengganan untuk melakukan jimak? 8. Apakah cara yang harus dilakukan untuk rujuk dari ila? 533

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 533

09/04/2010 23:07:11

Kitab Thaharah (Bersuci)

9. Wajibkah membayar kifarat bagi orang yang kembali rujuk? 10. Sebutkan hadith Salamah bin Shakhr dalam masalah zihar dan analisis lafaz-lafaznya yang sukar difahami? 11. Adakah hadith Salamah bin Shakhr itu sahih dan adakah ia memiliki syahid? 12. Jika suami yang menzihar isterinya lalu menjimak isterinya sebelum membayar kifarat, adakah dia wajib membayar kifarat yang lain? 13. Adakah hamba yang hendak dimerdekakan mesti seorang yang beriman dan sebutkan pendapat ulama fiqh beserta dalil mereka dalam masalah ini? 14. Jika seorang lelaki yang menzihar isterinya kemudian menjimak isterinya itu pada waktu malam hari ketika sedang menjalankan puasa dua bulan, adakah urutan puasa itu dianggap batal? 15. Jika orang yang berpuasa kifarat zihar mengalami uzur sehigga menyebabkannya tidak berpuasa, kemudian uzur itu hilang, adakah dia mesti mengulangi semula puasanya? 16. Berapakah kadar makanan yang wajib diberikan kepada setiap orang miskin ketika membayar kifarat dengan makanan dan apa pula dalilnya? 17. Adakah kifarat digugurkan secara keseluruhannya apabila seseorang itu tidak melakukannya? 18. Sahkah zihar dalam jangka waktu tertentu? 19. Sahkah zihar jika seorang suamu menyerupakan isterinya dengan salah satu anggota tubuh ibunya atau mahram yang selainnya? 20. Apakah hukum mukaddimah jimak bagi orang yang menzihar isterinya? 21. Jika seseorang yang menzihar isterinya dengan niat mentalaknya, adakah ia jatuh talak?

534

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 534

09/04/2010 23:07:12

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB LIAN

Al-Lian juga disebut al-iltian dan al-mulaanah yang berasal dari perkataan iaitu jauh dari rahmat Allah. Lian adalah jika seorang suami meyakini atau mengetahui isterinya berbuat zina, maka suami itu hendaklah bersumpah sebanyak empat kali, kemudian untuk sumpah kali yang kelima dia mesti menyatakan laknat Allah ke atas dirinya jika dia berdusta.

328- Daripada Ibu Umar (r.a), beliau berkata: Si fulan bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat tuan sekiranya seorang di antara kami menjumpai isterinya sedang melakukan perbuatan zina? Apa mesti dia lakukan? Jika bercakap, dia telah membicarakan masalah yang besar, sebaliknya jika berdiam, dia pun mendiamkan suatu masalah yang besar pula. Baginda tidak menjawab soalannya itu. Setelah itu dia datang lagi dan berkata: Sesungguhnya masalah yang saya tanyakan tadi adalah musibah yang saya alami sendiri. Allah kemudian menurunkan beberapa ayat dalam 535

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 535

09/04/2010 23:07:12

Kitab Thaharah (Bersuci)

surah al-Nur. Baginda pun membacakannya, memberi nasihat-nasihat dan mengingatkannya sekali gus memberitahu bahawa seksa dunia lebih ringan berbanding seksa di akhirat kelak. Si fulan itu berkata: Tidak, demi Allah yang telah mengutus tuan dengan kebenaran, saya tidak berbohong dalam masalah ini. Kemudian baginda memanggil isterinya lalu memberinya nasihat seperti mana yang dilakukan kepada suaminya tadi. Si isteri berkata: Tidak, demi Allah yang mengutus tuan dengan kebenaran, dia adalah berbohong. Baginda kemudian menyuruh lelaki itu membaca syahadat sebanyak empat kali dan setelah itu baginda menyuruh isterinya untuk melakukan perkara yang sama. Baginda kemudian menceraikan pasangan suami isteri itu. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1128). Makna Hadith Hukum syariat sentiasa menyuruh umat Islam untuk memutuskan orang yang sedang bersengketa dengan sumpah atau bukti. Seorang lelaki yang mengetahuai perbuatan khianat isterinya, baik terhadap dirinya mahupun terhadap agamanya, sering kali sukar untuk dibuktikan dengan menghadirkan empat orang saksi supaya isterinya itu ditetapkan sebagai telah berzina kemudian dijatuhkan hukum rejam ke atasnya. Jika ini tidak dapat dilakukan, maka mesti ada jalan keluar yang lain, kerana seperti yang diungkapkan pelaku kisah dalam hadith ini bahawa jika bercakap, maka dia membicarangan masalah besar, namun jika berdiam, maka dia pun mendiamkan masalah yang besar pula, kerana tidak mempunyai bukti atau saksi. Satu-satunya cara untuk menyelesaikan perkara ini adalah sumpah ketika bukti atau saksi sukar dilakukan. Syariat Islam sentiasa memberi perhatian serius dalam setiap permasalahan umatnya, terlebih lagi masalah perkahwinan dan kehormatan. Ia pun memerintahkan orang yang bersangkutan bersumpah sebanyak empat kali, kemudian untuk sumpah kali yang kelima dia menyatakan bahawa laknat Allah akan ditimpakan ke atas dirinya jika dia berbohong. Ini bagi mengelakkan sumpah tidak dipermainkan hingga seseorang tidak sewenang-wenang menjatuhkan maruah isterinya, sengaja menceraikannya dan menyia-nyiakan haknya. Analisis Lafaz ,dalam banyak riwayat disebutkan beliau adalah Uwaimir al-Ajlani.

Dalam riwayat Ibn Masud disebutkan: Jika aku mengatakannya, kamu akan menyebatnya. Jika aku bunuh, kamu akan membunuhnya. Jika aku

, melakukan perkara besar, kerana berita itu teramat keji.


, yakni perbuatan zina.

536

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 536

09/04/2010 23:07:12

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

diam, bererti aku menyimpan api dalam sekam.

, mendiamkan masalah besar itu, kerana dia telah melakukan perbuatan yang teramat keji.

, Rasulullah (s.a.w) tidak menjawabnya, kerana baginda tidak ingin memberi jawapan ke atas suatu peristiwa yang belum benarbenar terjadi. Dalam kaitan ini, Allah (s.w.t) berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maaan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar. (Surah al-Maidah: 101) Allah (s.w.t) kemudian menurunkan surah al-Nur seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi:

Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (Surah al-Nur: 6-9) Dalam hadith Sahl bin Saad seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa sebab turunnya surah al-Nur ini adalah soalan Uwaimir. Hal serupa turut di sebut dalam hadith Ibn Abbas, tetapi dalam hadith Ibn Abbas yang 537

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 537

09/04/2010 23:07:13

Kitab Thaharah (Bersuci)

diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa sebab turunnya ayat ini kerana Hilal bin Umayyah mengqazaf (menuduh isterinya berzina) dengan Syarik bin Samha. Menurut pendapat yang kuat, ayat ini turun kepada dua peristiwa itu. Ibn Hajar alam kitab Fath al-Bari berkata: Kini saya memiliki tafsiran lain, di mana Ashim yang diutus oleh Uwaimir untuk bertanya telah menanyakan masalah ini sebelum turunnya surah al-Nur itu. Setelah itu, Hilal datang dan menanyakan masalahnya, lalu turunlah ayat tersebut ketika dia sedang bertanya. Uwaimir kemudian datang bertanya untuk yang kedua kalinya dan dia mendapati ayat-ayat telah turun untuk menjawab persoalan yang dihadapi Hilal. Rasulullah (s.a.w) kemudian memberitahu bahawa ayat tersebut turun untuk dirinya, yakni ayat ini turun untuk setiap permasalahan yang serupa dengan kes yang dialami Uwaimir dan ia tidak berlaku khusus kepada kes Hilal.

dia telah berbuat jahat kepada isterinya atau ada keinginan menceraikan isterinya tanpa memberikan mutah (saguhati) kepadanya. Bersabar menghadapi azab dunia lebih baik dariapada menghadapi azab akhirat sebagai balasan ke atas apa yang telah dilakukan kepada isterinya seperti menuduhnya berbuat zina. Azab dunia di sini boleh ditafsirkan dengan sebatan.

, mengingatkan dan memberinya nasihat. , Rasulullah (s.a.w) mengatakan demikian dikhuatirkan ,Rasulullah (s.a.w) membacakan ayat tersebut untuk mereka.

, baginda turut menasihati isterinya. Dalam riwayat alTirmidhi bahawa Rasulullah (s.a.w) mengingatkan isterinya: Seksa dunia baginya adalah rejam. , aku tidak berbohong terhadap tuduhanku kepadanya.

mengaku diri sebagai orang yang jujur di atas tuduhannya, kemudian sumpah kali yang kelima ditegaskan dia berhak mendapat laknat Allah ke atas dirinya jika dia berbohong dalam tuduhannya itu.

, al-Tirmidhi menambahkan: sesungguhnya dia

, baginda menceraikan pasangan suami isteri itu atau memfasakhkan mereka.

, kemudian Rasulullah (s.a.w) menyuruh isterinya bersumpah setelah suaminya terlebih dahulu melakukannya. Dia bersumpah bahawa suaminya termasuk orang yang berdusta, kemudian sumpah kali yang kelima kemurkaan Allah ke atas dirinya jika suaminya termasuk orangorang yang benar dalam tuduhannya.

, al-Bukhari dan Abu Dawud turut meriwayatkannnya secara ringkas sedangkan al-Tirmidhi meriwayatkannya secara panjang lebar.
538

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 538

09/04/2010 23:07:13

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Tidak boleh memberikan jawapan terhadap permasalahan yang belum pasti terjadi. Imam al-Syafii berkata: Menanyakan hukum suatu permasalahan ketika wahyu masih diturunkan adalah dilarang supaya tidak turun ayat yang justeru malah menyusahkan dan menyulitkan. Dalam kaitan ini, Allah (s.w.t) berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maaan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar. (Surah al-Maidah: 101) Dalam satu hadith Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Sebesar-besar dosa seorang manusia adalah ketika dia menanyakan suatu permasalahan yang sebenarnya tidak diharamkan, namun ia diharamkan hanya kerana soalannya itu. (Diriwayatkan oleh Muslim). Al-Khatthbi berkata: Dalam al-Quran, soalan itu adalah dua, iaitu: pertama, soalan untuk meminta penjelasan dan pembelajaran yang sememangnya diperlukan dalam urusan agama; kedua, soalan untuk menyusahkan diri. Jenis soalan pertama dibolehkan, malah digalakkan dan kadang kala diwajibkan. Dalam kaitan ini, Allah (s.w.t) berfirman:

... maka bertanyalah kamu kepada ahluz zikri jika kamu tidak mengetahui. (Surah al-Anbiya: 7) Al-Quran sendiri pernah menjawab soalan tentang haji dan masalah haid. Sementara soalan yang kedua dilarang seperti bertanya tentang ruh dan hari kiamat, kerana tidak adanya jawapan kepada orang yang bertanya adalah sebagai teguran supaya dia tidak lagi bertanya mengenainya.

539

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 539

09/04/2010 23:07:13

Kitab Thaharah (Bersuci)

2. Dianjurkan memberi nasihat kepada orang yang hendak melakukan lian dengan tujuan salah seorang daripada mereka ada yang mengalah. 3. Suami hendaklah lebih dahulu bersumpah, kemudian disusuli isteri sebagaimana yang ditegaskan al-Quran dan ijma ulama, tetapi mereka berbeza pendapat sama ada ia wajib atau sebaliknya. Menurut jumhur ulama, mendahulukan suami hukumnya wajib. Menurut Imam Abu Hanifah, boleh mendahulukan wanita untuk bersumpah, kerana ayat ini tidak mewajibkan tertib dalam melakukan sumpah lian. 4. Lian terjadi perceraian secara serta merta sebaik dilakukan lian, sebaliknya perceraian dilakukan oleh keputusan hakim atau kadi. Inilah pendapat sekumpulan ulama dan mereka mengemukakan dalil dengan hadith sahih bahawa seorang lelaki menjatuhkan talak tiga kepada isterinya setelah melakukan lian, kemudian Rasulullah (s.a.w) memperakui itu. Hadith ini dihuraikan pada no. (332). Jumhur ulama mengatakan perceraian terjadi dengan adanya lian. Mereka kemudian berbeza pendapat, di mana menurut Imam al-Syafii, lian menyebabkan perceraian sebaik ia telah dilakukan secara sempurna. Menurut Imam Ahmad pula perceraian tidak terjadi melainkan setelah dilakukan lian dengan sempurna. Inilah pendapat mazhab Zahiri dan mazhab Maliki. Dalil jumhur ulama dalam masalah ini adalah hadith dalam Sahih Muslim: Inilah perceraian di antara pasangan suami isteri yang berlian. Apapun, jumhur ulama bersepakat bahawa wanita yang telah dilian tidak sah untuk dinikahi semula oleh suaminya untuk selama-lamanya, meskipun wanita itu telah berkahwin dan kemudian bercerai dengan lelaki yang lain. Apakah perceraikan lian dinamakan fasakh atau talak? Menurut Imam alSyafii, Imam Ahmad dan sekumpulan ulama, perceraian ini disebut fasakh dan wanita tersebut menjadi haram baginya untuk selamalamanya. Ini kerana lian bukan lafaz talak sarih dan bukan pula lafaz talak kinayah dan perceraian terjadi sebaik lian dilakukan. Menurut Imam Abu Hanifah, perceraian ini disebut talak bain. Penting Apakah suami yang melakukan lian dijatuhi hukuman sebat kerana telah menuduh berbuat zina dan menuduh lelaki lain berbuat zina dengan isterinya? Ulama bersepakat untuk tidak menjatuhkan hukuman hudud ke atas suami yang menuduh isterinya berbuat zina, tetapi mereka berbeza pendapat mengenai lelaki yang dituduh berbuat zina dengan isterinya itu. Menurut Imam al-Syafii, hukuman hudud sebat dijatuhkan apabila nama lelaki itu disebut ketika melakukan lian. Jika tidak, maka dia dijatuhi 540

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 540

09/04/2010 23:07:14

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

hukuman sebat. Menurut Imam Abu Hanifah, hukuman hudud wajib ke atas lelaki yang menuduh lelaki berzina dengan isterinya.

329- Daripada Ibn Umar (r.a), Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada pasangan suami isteri yang sedang berlian: Hisab amalan kamu terserah kepada Allah, salah seorang di antara kamu berdua pasti ada yang bohong dan tidak ada jalan lain untukmu mengambil mahar yang telah diberikan kepada isterimu dahulu. Si suami berkata: Wahai Rasulullah, itu harta milikku. Baginda bersabda: Jika kamu benar, maka ia dijadikan sebagai ganti kepada kehormatannya yang telah kamu halalkan sebelum ini. Jika kamu berbohong, maka mas kahwinmu itu adalah mustahil untuk kamu memilikinya semula. (Muttafaq alaih: 1129). Makna Hadith Hadith ini memiliki maksud yang dengan hadith sebelumnya, namun disebutkan tentang mahar yang telah diberikan kepada isteri, di mana ia sudah menjadi hak sepenuhnya kaum perempuan. Ia dianggap sebagai ganti rugi kerana suami sudah menyetubuhinya dan menikmatinya sepanjang usia perkahwinan hingga terjadinya lian itu. Analisis Lafaz

Umar (r.a). isterinya.

,periwayat hadith ini sama dengan periwayat yang sebelumnya, Ibn ,dua orang yang saling berlian di sini adalah Uwaimir dan

, tidak ada kuasa atau hak bagimu ke atasnya. Maksudnya mahar yang telah diberikan kepadanya tidak boleh kami mengambilnya lagi. ,yakni mahar itu adalah milikku. Dia tidak memiliki hak untuk mengambilnya?

541

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 541

09/04/2010 23:07:14

Kitab Thaharah (Bersuci)

, kerana kamu telah bersenang-senang dengannya dan kamu telah memecah keperawanannya. , mengambilnya.
Fiqh Hadith 1. Disunatkan memberi nasihat sebelum dilakukan lian dan mengingatkan mereka dengan laknat dan seksa Allah ke atas mereka. 2. Isteri yang telah disetubuhi berhak mendapat keseluruhan mahar, pendapat ini mengikut ijma ulama. 3. Isteri yang belum sempat disetubuhi tidak berhak mendapat keseluruhan mahar, sebaliknya dia hanya berhak mendapat separuh mahar sahaja sama seperti wanita yang ditalak sebelum disetubuhi. Inilah pendapat jumhur ulama, sedangkan menurut Abu al-Zinad, al-Hakam dan Hammad, isteri yang belum pernah disetubuhi berhak menerima keseluruhan mahar. Menurut al-Zuhri yang diriwayatkan daripada Imam Malik, dia tidak memperoleh apa-apa.

maka

itu

lebih

tidak

mungkin

bagimu

untuk

330- Daripada Anas (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Lihatlah perempuan itu; jika dia kelak melahirkan anak berkulit putih dan berambut lurus, maka anak itu adalah keturunan suaminya; jika dia melahirkan anak berkulit hitam dan berambut keriting, maka anak itu adalah keturunan orang yang dituduh oleh suaminya. (Muttafaq alaih: 1130). Makna Hadith Hadith ini merupakan sebahagian daripada hadith Hilal bin Umayyah yang mengqazaf (menuduh isterinya berzina) hingga akhirnya mereka melakukan lian. Lafaz hadith yang selengkapnya adalam Sahih Muslim adalah sebagai berikut:

542

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 542

09/04/2010 23:07:15

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Hilal bin Umayyah mengqazaf (menuduh isterinya berzina) dengan Syarik bin Samha yang merupakan saudara seibu al-Barra bin Malik. Dia orang pertama yang melakukan lian dalam Islam. Hilal pun terus melakukan lian. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Lihatlah perempuan itu; jika dia kelak melahirkan anak berkulit putih, berambut lurus dan kedua matanya bengkak, maka anak itu adalah anak Hilal bin Umayyah; jika dia melahirkan anak berkulit hitam, berambut keriting dan lembut kedua kakinya, maka anak itu adalah anak Syarik bin Samha. Aku kemudian diberitahu bahawa perempuan itu melahirkan anak yang berkulit hitam, berambut keriting dan lembut kedua kakinya. Pada bahagian akhir hadith Ibn Abbas turut dikemukakan cerita yang sama dengan hadith Anas dan lafaznya adalah sebagai berikut:

Lihatlah perempuan itu; jika dia kelak melahirkan anak beralis hitam pada kedua matanya, kedua pipi punggung yang besar dan kedua kaki panjang, maka anak itu adalah anak Syarik bin Samha. Perempuan itu kemudian melahirkan anak persis seperti mana yang digambarkan oleh Rasulullah (s.a.w) itu. Baginda kemudian bersabda: Jika bukan kerana sudah ada ketetapan dalam kitab Allah, aku sebetulnya sudaha menaruh curiga terhadap perempuan itu. Inilah lafaz al-Bukhari. Analisis Lafaz

,lihatlah anak yang bakal dilahirkannya itu.

,rambut yang lurus. Ada yang mengatakan ia bermaksud sempurna ciptaan dan berbadan tinggi. Dalam riwayat Muslim ditambahkan: ( matanya bengkak lantaran menangis atau berwarna merah). ,Hilal ,warna rambut yang hitam seolah-olah diberi celak.
543

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 543

09/04/2010 23:07:15

Kitab Thaharah (Bersuci)

,anak lelaki yang bertubuh pendek. Ada yang mengatakan anak yang berambut keriting. , saya tidak menjumpainya selain dalam Sahih Muslim. Al-Bukhari meriwayatkannya daripada Ibn Abbas (r.a) dan al-Mizzi menisbahkannya dalam kitab al-Tuhfah kepada Muslim dan al-Nasai. AlHafiz Ibn Hajar di sini telah melakukan kesilapan.
Fiqh Hadith 1. Sah melakukan lian kepada isteri yang sedang mengandung dan tidak perlu ditangguh hingga dia melahirkan. Inilah pendapat ini menurut jumhur ulama. Menurut Abu Yusuf, Muhammad yang diriwayatkan daripada Imam Abu Hanifah, dan Imam Ahmad, tidak boleh melakukan lian ketika hamil kerana dikhuatiri perut kembung itu lantaran masuk angin. 2. Kemiripan anak yang dilahirkan kelak tetap diambil kira untuk memastikan siapa yang berbohong dan siapa pula yang sebaliknya, walaupun ia tidak ada konsekuensi hukum.

, maksudnya Syarik bin Samha.

331- Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) menyuruh seorang lelaki meletakkan tangannya di mulutnya pada kali kelima dan berkata: Sumpah yang kelima ini betul-betul menentukan cerai atau mendapat seksa akhirat. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasai, periwayatnya thiqoh: 1131). Makna Hadith Sebelum ini telah ditegaskan bahawa tujuan mengulang-ulangi sumpah serta memohon diturunkan laknat ke atas orang yang berbohong adalah bagi memastikan tidak adanya sikap sewenang-wenang dalam menuduh isteri berlaku curang. Demikian pula dianjurkan untuk memberikan nasihat kepada orang yang hendak mengadakan lian, malah ini sebaiknya dilakukan di dalam masjid seperti mana yang ditegaskan oleh al-Bukhari. Hadith ini menegaskan kembali betapa penting masalah ini sekali gus mengingatkan orang yang 544

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 544

09/04/2010 23:07:15

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

berlian bahawa perbuatan keji seperti ini jika memang benar-benar terjadi bakal diseksa oleh Allah. Analisis Lafaz

,ada yang mengatakan ia mewajibkan perceraian. Ada pula yang mengatakan ia berhak mendapat azab jika dia berdusta. Maksudnya bagi yang berdusta berhak mendapat seksaan api neraka. Tafsiran ini lebih mendekati kebenaran, kerana lafaz ini yang sering diguna pakai dalam kebanyakan hadith.
Fiqh Hadith Disunatkan bagi lelaki meletakkan tangannya di mulut ketika sampai kepada sumpah yang kelima. Menurut al-Rafii, ini juga disunatkan untuk wanita.

332- Daripada Sahl bin Saad (r.a) dalam kisah suami isteri yang berlian, beliau berkata: Ketika mereka selesai membaca kalimat-kalimat lian, si suami berkata: Wahai Rasulullah, saya telah berbohong kepadanya apabila saya masih menjadi suaminya. Dia pun menceraikan dengan talak tiga sebelum diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w). (Muttafaq alaih: 1132).

333- Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa ada seorang lelaki datang menghadap Rasulullah (s.a.w) lalu berkata: Sesungguhnya isteriku tidak mahu menolak tangan orang yang menyentuh atau mengusik dirinya. Baginda bersabda: 545

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 545

09/04/2010 23:07:16

Kitab Thaharah (Bersuci)

Ceraikan dia. Dia berkata: Aku khuatir hatiku tidak tahan berpisah dengannya. Baginda bersabda: Hendaklah kamu bersenang-senang dengannya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Tirmidhi dan al-Bazzar, periwayatnya thiqoh). Al-Nasai meriwayatkannya menerusi jalur yang lain daripada Ibn Abbas dengan lafaz sebagai berikut: Baginda bersabda: Ceraikan dia. Dia berkata: Aku tidak tahan meninggalkannya. Baginda bersabda: Kalau begitu, tahanlah dia (jangan kamu menceraikannya). (1133). Makna Hadith Ulama berbeza pendapat mengenai makna hadith ini kepada dua pendapat yang saling bercanggah antara satu sama lain. Ulasan selanjutnya boleh merujuk kepada analisis lafaz berikut ini. Analisis Lafaz

terhadap kalimat ini. Tafsiran pertama, berzina, di mana dia tidak menolak setiap kali diajak orang lain untuk berbuat zina. Inilah tafsiran ini Abu Ubaid, al-Khallal, al-Nasai, Ibn al-Arabi, al-Khatthabi, al-Ghazali, alNawawi dan al-Rafii. Tafsiran kedua, pembaziran, di mana dia tidak pernah menahan tangannya untuk mengeluarkan harta suaminya jika ada orang lain datang meminta-minta kepadanya. Inilah tafsiran ini Imam Ahmad, al-Ashmui, Muhammad bin al-Nashir dan Ibn al-Jauzi di mana beliau memperotes keras ke atas ulama mengemukakan tafsiran yang pertama. Apapun, Ibn Hajar berkata: Al-Qadhi Abu al-Thayyib merajihkan pendapat yang pertama, kerana sifat dermawan sememangnya digalakkan dan baginda tidak perlu menyuruh suaminya untuk mentalaknya. Ini kerana isterinya memboroskan harta miliknya sendiri, maka dia berhak membelanjakannya sesuka hatinya. Jika harta itu milik suaminya, maka suami wajib menjaga hartanya sendiri dan ini tidak mungkin boleh dijadikan sebagai alasan untuk menceraikannya. Mengikut pendapat yang kuat, perkataan tidak bermaksud isterinya itu tidak mahu menepis tangan gatal yang menyentuh dirinya untuk bersenangsenang meskipun tidak sampai bersetubuh, kerana Rasulullah (s.a.w) tidak menetapkan hukum qazaf bagi si suami. Ada pula kemungkinan si suami memahami bahawa isterinya tidak dapat menahan diri apabila diajak orang lain untuk melakukan perbuatan keji, namun itu tidak bermaksud benarbenar terjadi. Al-Shanani pula berkata: Tafsiaran pertama yang mengatakan perbuatan zina sangat jauh daripada makna yang sebenar, kerana tidak 546

, Ibn Hajar dalam kitab al-Talkhis berkata: Ada dua tafsiran

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 546

09/04/2010 23:07:16

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

selari dengan firman Allah (s.w.t):

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Nur: 3). Jadi seorang mukmin diharamkan berkahwin dengan wanita penzina dan Rasulullah (s.a.w) tidak pernah menyuruh seseorang menjadi dayus. Oleh itu, tafsiran ini tidak betul. Tafsiran kedua yang mengatakan pembaziran juga jauh dari kebenaran, kerana suaminya sebenarnya boleh melarangnya daripada berbuat demikian dan masalah ini tidak mungkin telah mendorong Rasulullah (s.a.w) menyuruh suaminya menceraikan isterinya. Tambahan pula pakar bahasa tidak pernah menggunakan kalimat ini sebagai kinayah terhadap sifat dermawan. Kata al-Shanani lagi: Tafsiran yang paling mendekati kebenaran adalah wanita tersebut mempunyai sifat ramah tamah yang berlebihan di mana dia tidak memiliki perasaan segan untuk bertegur sapa dengan lelaki lain, namun tidak bermaksud dia melakukan perbuatan maksiat dengan lelaki lain. Ini kerana ramai orang baik lelaki mahupun wanita yang memiliki sifat seperti ini, di mana dia ramah dengan orang lain, namun dia tetap menjauhi perbuatan maksiat. Jika maksud perkataan itu adalah memberitahu kepada Rasulullah (s.a.w) bahawa istrinya telah berbuat zina, maka lelaki dianggap telah mengqazafnya.

,kalau begitu, jangan menceraikannya. Ada yang mengatakan maksudnya adalah cegahlah dia supaya tidak melakukan perbuatan zina atau pembaziran dengan sentiasa mengawasinya.

, hatiku tidak mampu mencerainya, kerana aku sentiasa ingin bersamanya.

,ceraikanlah dia, sebagaimana diterangkan dalam riwaya lain.

, al-Nawawi menilai hadith ini sahih, namun Ibn al Jauzi malah mengatakannya sebagai mawdhu. Al-Nasai berkata setelah meriwayatkannya menerusi jalur yang lain: Hadith ini tidak sahih. Baginya, ia adalah mursal. Dalam perkembangan yang lain, Imam Ahmad mengatakan bahawa tidak ada sahih dalam masalah ini, yakni berkahwin dengan perempuan pezina. Apapun, apa yang dikatakannya itu tidak menyebabkan hadith ini daif.
547

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 547

09/04/2010 23:07:17

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Seorang suami boleh mengadukan permasalahan keluarganya kepada hakim atau kepada orang yang dapat dipercayainya dengan tujuan agar mendapat petunjuk dan bimbingan. 2. Boleh menggambarkan perbuatan seorang lelaki mahupun perempuan ketika itu memang diperlukan. 3. Boleh memberi nasihat kepada seorang lelaki untuk menceraikan isterinya jika itu mendatangkan maslahat baginya. 4. Boleh berkahwin dengan pezina atau memperakui perkahwinannya. 5. Kebergantungn seorang suami kepada isterinya bukanlah suatu yang aib.

334- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) ketika ayat lian diturunkan: Mana-mana perempuan yang memasukkan lelaki yang bukan keluarganya (ke dalam rumah), maka dia tidak memiliki apa-apa kemuliaan di sisi Allah dan kelak dia tidak dimasukkan ke dalam syurga. Mana-mana lelaki yang mengingkari anaknya sedangkan dia tahu itu adalah anaknya, Allah tidak memberinya rahmat dan dia dipermalukan di hadapan seluruh umat manusia generasi terdahulu dan generasi belakangan. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, alNasai dan Ibn Majah, dinilah sahih oleh Ibn Hibban: 1134). Makna Hadith Seorang isteri yang berzina dengan orang lain dan mengandung anak haram diingatkan untuk tidak mengatakan anak itu adalah anak milik suaminya dan orang lain tidak mengetahui perkara itu padahal anak itu merupakan hasil perselingkuhannya dengan lelaki lain. Tambahan pula menisbahkan anak bukan kepada ayahnya merupakan perbuatan dosa besar.

548

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 548

09/04/2010 23:07:17

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Demikian pula seorang suami dilarang untuk tidak mengakui anak yang lahir sebagai anaknya dan darah dagingnya. Dalan satu riwayat disebutkan:

Barang siapa yang tidak mengakui anaknya meskipun hanya satu detik, maka dia menjadi kafir. Analisis Lafaz

, dinisbahkan kepada orang yang bukan nasabnya yang


sebenar seperti merahsiakan bahawa anak tersebut merupakan hasil perselingkuhannya dengan lelaki lain.

, bukan keturunan mereka, tidak pula berasal dari darah dagingnya. ,yakni wanita tersebut. , dari agama-Nya atau tidak mendapat rahmat dan keampunanan
, sesuatu yang dituduhnya.

,maful kepada perkataan ,maksudnya adalah anak.

Nya.

,mengingkari.

hakiki. Ia bermakna sindirin kerana sebagai pengetahuan bagi si janin dan bermakna hakiki telah hadap anak setelah dilahirkan.

, perkataan ini bermaksud makna sindiran sekali gus makna ,meskipun masih dalam bentuk janin.

, di hadapan generasi terdahulu hingga generasi terkemudian pada hari kiamat kelak.

,mengungkap kebohongannya, bahkan akan menjadikannya semakin hina dina.

, Allah menghalangi dan menjauhkannya daripada rahmat-Nya. Seseorang yang tidak dilihat oleh Allah pasti berakibat dengan kebinasaan baik di dunia mahupun di akhirat. Dalam satu hadith disebutkan: Allah tidak memandang mereka, tidak menyucikan mereka dan mereka memperoleh seksa yang dahsyat.

, ia dinilai sahih oleh Ibn Hibban. Al-Shanani berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Yunus seorang diri datipada Said al-Maqbari daripada Abu Hurairah dan Abdullah tidak dikenali melainkan dalam hadith ini. Menilai hadith ini sebagai sahih masih perlu dikaji semula. Ia dinilai sahih oleh al-Daruquthni sekali gus mengakui yang
549

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 549

09/04/2010 23:07:17

Kitab Thaharah (Bersuci)

hadith ini diriwayatkan seorang diri oleh Abdullah. Bagi pensyarah kitab ini, hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada jalur Musa bin Ubaidah daripada Yahya bin Harb daripada Said daripada Abu Hurairah, meskipun Musa seorang periwayat daif dan gurunya pula majhul. Ia diriwayatkan oleh al-Baghaqi daripada Said, tetapi di dalam sanadnya terdapat orang yang masih diragui kedudukannya sebagai periwayat hadith. Kata al-Shanani lagi: Dalam masalah ini ada hadith yang diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Ibn Umar dan di dalam sanadnya terdapat Ibrahim bin Yazid seorang periwayat yang daif. Imam Ahmad meriwayatkannya daripada Mujahid daripada Ibn Umar dengan lafaz yang serupa. Bagi pensyarah kitab ini, hadith ini Ibn Umar terdapat dalam Musnad Imam Ahmad, al-Tabrani dalam kitab al-Kabir, Abu Nuaim dalam kitab al-Hilyah dan kesemua periwayatnya adalah thiqoh. Hadith ini dengan kesemua jalur dan syahid ini adalah sahih. Fiqh Hadith 1. Disunatkan untuk mengingatkan pasangan suami isteri yang hendak berlian sebelum ia dimulakan supaya mereka tidak berbohong sekali gus menjelaskan bahawa perbuatan mengingkari anak merupakan dosa besar dan demikian pula merahsiakan perselingkuhan. 2. Dosa besar bagi orang yang tidak mahu mengakui anaknya dan demikian pula wanita yang merahsiakan anak hasil perselingkuhannya dengan lelaki lain.

*- Daripada Umar (r.a), beliau berkata: Barang siapa pernah mengakui anaknya walau hanya sekelip mata, maka dia tidak boleh mencabut lagi pengakuan itu. (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi. Hadith gasan mawquf) Makna Hadith Mengingkari anak setelah sebelumnya diakuinya sebagai anaknya merupakan perbuatan yang tidak boleh diterima akal sihat, kerana tabiat semula jadi manusia tidak akan mengakui anak yang sememangnya bukan darah dagingnya.

550

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 550

09/04/2010 23:07:18

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,mengakui dengan dirinya sendiri. , yakni sekadar adanya pengakuan.


Fiqh Hadith Tidak boleh menafikan anak setelah adanya pengakuan, pendapat ini berdasarkan ijma ulama. Mereka berbeza pendapat jika seorang lelaki berdiam setelah dia mengetahui keberadaan anaknya dan dia tidak menafikannya. Menurut Imam al-Syafii dan Yahya, perbuatan menafikan anak hendaklah dilakukan dengan kadar yang segera. Ukurannya adalah adat kebiasaan. Jika dia sibuk menyalakan lampu atau memakai pakaian terlebih dahulu, maka itu tidak dianggap lambat atau sengaja melengahkannya. Pendapat lain mengatakan bahawa seseorang boleh menafikan anaknya selagi dia belum mati.

335- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa ada seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku melahirkan seorang anak berkulit hitam. Baginda bertanya: Adakah kamu mempunyai unta? Dia menjawab: Ya. Baginda bertanya: Apa warnanya? Dia menjawab: Merah. Baginda bertanya: Adakah yang berwarna abu-abu? Dia menjawab: Ya. Baginda bertanya: Mengapa boleh menjadi begitu? Dia menjawab: Ada kemungkinan itu adalah keturunan nenek moyangnya dahulu. Baginda bersabda: Ada kemungkinan anakmu itu disebabkan oleh keturunan nenek moyangnya dahulu. (Muttafaq alaih) Dalam riwayat Muslim disebutkan: Dia ingin untuk tidak mengakui anak itu sebagai anaknya. Pada bahagian akhir hadith, dia berkata: Baginda tidak mengizinkannya mengingkari anaknya. (1135).

551

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 551

09/04/2010 23:07:18

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini menjelaskan bahawa sifat-sifat nenek moyang sentiasa wujud di dalam tulang sulbi keturunan dan Allah akan mengeluarkannya setelah berselang beberapa waktu yang lama. Jika seseorang melihat ada perbezaan yang ketara pada anaknya, demikian pula berbeza dengan ibu dan saudara maranyanya, maka janganlah terburu-buru menaruh curiga, apatah lagi menuduhnya berbuat maksiat, kerana ada kemungkinan sifat ini berasal daripada sperma nenek moyang yang wujud di dalam tulang sulbi seorang ayah yang kemudian diwariskan kepada generasi yang selanjutnya. Analisis Lafaz

,beliau adalah Dhamdham bin Qatadah.

, Dhamdham seorang yang berkulit putih. Dia ingin menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagaimana yang ditegaskan dalam hadith Muslim. ,warna campuran antara putih dengan merah. ,warna hitam manis.
,berasal dan bersumber.

nenek moyangmu ada yang memiliki warna kulit yang sedemikian, lalu anakmu ini mewarisi warna kulit itu.

,asal usul nenek moyangnya. Ada kemungkinan salah seorang ,membolehkan.

Fiqh Hadith 1. Adanya perbezaan warna kulit dan rupa tidak boleh mendorong si bapa untuk mencurigai isterinya dan tidak boleh pula dijadikan sebagai alasan untuk menafikan anak. 2. Menetapkan salah satu sumber hukum, iaitu qiyas dan dua perkara yang serupa pada hakikatnya memiliki hukum yang sama 3. Prasangka tidak boleh diertikan sebagai qazaf. Ini pendapat jumhur ulama. Menurut mazhab Maliki, seseorang yang melakukan prsangka itu wajib dijatuhi hukuman hudud jika prasangka itu boleh difahami sebagai qazaf. Ibn Daqiq mengatakan bahawa seorang yang meminta fatwa wajib menjauhi prasangka yang boleh mengheret kepada pemahaman qazaf, seperti berkata: Seandanya lelaki itu berkulit putih maka anaknya bakal berkulit hitam.

552

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 552

09/04/2010 23:07:18

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

4. Dianjurkan mengumpamakan sesuatu yang tidak majhul (samar) dengan sesuatu yang maklum (ketahui) bagi memberikan pemahaman kepada penanya. 5. Prasangka tidak boleh dijadikan sebagai landasan untuk untuk menafikan anak. Al-Qurthubi yang mengikuti langkah Ibn Rusyd berkata: Mazhab berbeza pendapat dalam masalah ini. Bagi mereka, jika prasangka itu tidak disertai tanda-tanda zina, maka tidak boleh menafikan anak. Jika suami menuduh isterinya berbuat curang lalu anaknya lahir dengan warna kulit yang sama dengan lelaki yang telah dituduh berbuat zina dengannya itu, maka di sini boleh menafikan anak mengikut pendapat yang kuat. Menurut mazhab Hanbali, dibolehkan menafikan anak jika disertai dengan buktibukti. Perbezaan pendapat terjadi apabila prasangka tidak disertai dengan bukti. Soalan 1. Apakah takrif lian mengikut bahasa dan syarak? 2. Sebutkan satu hadith mengenai sebab turunnya ayat lian, sebutkan pula sebab yang lain turunnya ayat ini dan bagaimanakah cara menggabungkan kedua-dua riwayat ini? 3. Bolehkah menanyakan sesuatu yang belum terjadi? Bincangkan! 4. Wajibkah seorang lelaki memulakan lian terlebih dahulu? 5. Adakah perceraian secara automatik terjadi apabila lian sudah dilakukan? 6. Adakah perceraian lian itu fasakh atau talak bain? Sebutkan pendapat ulama fiqh dalam masalah ini? 7. Adakah orang yang melian isterinya dijatuhi hukuman hudud kerana telah mengqazafnya dan mengqazaf orang yang diyakini berzina dengan isterinya itu? 8. Adakah perempuan tetap berhak memiliki mahar jika telah dilian oleh isterinya dan sebutkan dalilanya? 9. Apakah makna kalimat-kalimat berikut: , dan ? 10. Boleh melian isteri yang sedang mengandung? 11. Sebutkan sifat sumpah orang yang melakukan lian? 12. Apakah maksud perkataan: dan adakah hadith ini sahih? 13. Bolehkah seorang lelaki apabila telah mengakui anaknya untuk menafikannya semula? Sebutkan athar yang membincangkan masalah ini?

553

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 553

09/04/2010 23:07:18

Kitab Thaharah (Bersuci)

14. Jika seorang lelaki berdiam diri setelah mengetahui itu adalah anaknya dan dia tidak menafikannya, adakah dia boleh menafikannya? 15. Huraikan makna kalimat berikut: , dan ? 16. Adakah sindiran qazaf dianggap sebagai qazaf? Apakah pendapat ulama dalam masalah ini?

554

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 554

09/04/2010 23:07:19

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB IDDAH, BELASUNGKAWA DAN ISTIBRA

Al-Iddah (iddah) dengan membaca kasrah huruf ain dan tasydid huruf dal merupakan istilah yang digunakan untuk waktu bagi seorang wanita untuk tidak boleh berkahwin dengan orang lain, sama ada setelah suami meninggal dunia mahupun setelah bercerai. Masa iddah ditentukan dengan melahirkan anak, suci atau perhitungan hari. Al-Ihdad (bela sungkawa) dengan menggunakan huruf ha setelah huruf dal secara bahasa adalah mencegah atau melarang sedangkan secara syariat adalah meninggalkan berhias, bersolek dan memakai wangi-wangian semasa masih dalam masa iddah kerana ditinggal mati oleh suaminya. Al-Istibra (istibra) berasal dari perkataan sedangkan menurut syariat adalah masa tunggu seorang wanita bagi memastikan sama ada dia mangandung anak dari suami yang menceraikannya atau sebaliknya.

336- Daripada al-Miswar bin Makhramah (r.a) bahawa Subaiah alAslamiyyah (r.a) melahirkan anaknya setelah dalam beberapa malam setelah suaminya meninggal dunia. Dia pun terus datang menghadap Rasulullah (s.a.w) meminta izin untuk berkahwin semula. Baginda pun memberinya 555

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 555

09/04/2010 23:07:19

Kitab Thaharah (Bersuci)

izin dan dia terus berkahwin. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, asal hadith ini dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim) Dalam lafaz hadith yang lain disebutkan bahawa dia melahirkan anaknya setelah empat puluh malam sejak kematian suaminya. Dalam lafaz riwayat Muslim, al-Zuhri berkata: Tidak ada salahnya seorang lelaki melangsungkan akad nikah dengan perempuan yang masih mengeluarkan darah nifas, namun si suami tidak dibolehkan berhubungan sebelum dia suci. (). Makna Keseluruhan Dengan melahirkan anak bagi isteri yang ditinggal mati oleh suaminya, maka sempurnalah istibra-nya, walaupun masa yang ditentukan oleh syariat dalam al-Quran belum berakhir. Allah (s.w.t) berfirman:

Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (Surah al-Baqarah: ) Ini kerana dengan melahiarkan anak, maka istibra telah sempurna sekali gus memberikan keyakinan bahawa tidak bakal wujud percampuran air mani antara suami pertama dengan suami yang kedua. Allah (s.w.t) memberikan ketetapan tentang masalah di dalam alQuran:

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuanperempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya... (Surah al-Thalaq: ) 556

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 556

09/04/2010 23:07:20

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz Al-Miswar bin Makhramah, biografi sahabat ini telah dibahas sebelumnya. Subaiah binti al-Harits seperti mana yang ditegaskan oleh Ibn Saad, atau binti Abu Barzah seperti mana yang ditegskan oleh Imam Ahmad. Ada pula kemungkinan al-Harits itu adalah Abu Barzah atau datuknya.

,dia baru melahirkan dan darah nifasnya masih lagi mengalir. ,suaminya adalah Saad bin Hiwalah.

,dalam riwayat lain disebutkan bahawa masa melahirkannya telah berlalu selama empat puluh hari. , da menikah dengan lelaki lain, sementara darah nifasnya masih lagi mengalir. , hingga darah nifasnya berhenti dan darah ini biasanya berhenti setelah empat puluh hari masa melahirkan.
Fiqh Hadith Iddah isteri yang hamil yang ditinggal mati oleh suaminya adalah sampai dia melahirkan kandungannya, meskipun masa empat bulan sepuluh hari belum lagi berakhir. Dia dibolehkan berkahwin setelah melahirkan. Inilah pendapat jumhur sahabat seperti Umar, Ibn Umar, Ibn Masud, Abu Hurairah dan ramai lagi. Pendapat serupa turut dikemukakan oleh jumhur ulama fiqh seperti Imam Malik, al-Tsauri, al-Auzai, Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafii. Mereka mengemukakan dalil dengan hadith di atas dan firman Allah:

,berkahwin dengan lelaki lain, tetapi mereka tidak boleh melakukan persetubuhan. ,menyetubuhinya.

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuanperempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya... (Surah al-Thalaq: ) Meskipun sebelum ayat ini membicarakan talak, tetapi ia tetap tidak mengkhususkan keumumannya.

557

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 557

09/04/2010 23:07:20

Kitab Thaharah (Bersuci)

Keumuman makna ayat ini dikuat lagi oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad dalam al-Musnad, al-Dhiya dalam al-Mukhtarah dan Ibn Mardawaih daripada Ubai bin Kaab, beliau berkata: Wahai Rasulullah, adakah ayat Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya... (Surah al-Thalaq: ) ini untuk wanita yang ditalak tiga atau untuk wanita yang ditinggal mati oleh suaminya? Rasulullah (s.a.w) menjawab: Ayat ini ditujukan kepada wanita yang ditalak tiga dan wanita yang ditinggal mati oleh suaminya. Ibn Jarir dan Ibn Abu Hatim dalam jalur yang lain turut meriwayatkan bahawa ketika ayat ini turun, aku bertanya: Wahai Rasulullah, ayat ini musytarak (memiliki banyak makna) atau mubham (makna yang samar)? Baginda menjawab: Ayat yang mana yang kamu maksudkan? Aku menjawab: Ayat Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya... (Surah al-Thalaq: ) Adakah ia bermaksud wanita yang ditinggal mati oleh suaminya atau wanita yang ditalak tiga? Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ya. Ibn Hajar memberi komentar ke atas hadith ini dengan berkat: Hadith ini marfu jika sanadnya tidak dikritik oleh ulama hadith. Apapun, banyaknya jalur hadith ini menjadikannya ia boleh dijadikan sebagi hujah di samping ia turut diperkuat oleh hadith Subaiah sebelum ini. Ada pula athar daripada Ibn Masud melalui beberapa jalur bahawa beliau pernah meriwayatkan kisah yang sama. Ibn Mardawaih turut meriwaytkan daripad Ibn Masud, beliau berkata: Surah al-Nisa al-Qashri telah memansukh setiap iddah: Dan perempuanperempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya... (Surah al-Thalaq: ). Beliau berkata: Iddah orang yang hamil dan ditinggal mati oleh suaminya sampai dia melahirkan kandungannya. Ibn Mardawaih meriwaytkan daripada Abu Said al-Khudri, beliau berkata: Surah al-Nisa al-Qashra turun setelah ayat talak dalam Surah alBaqarah dalam kurun waktu tujuh tahun. Ayat ini memansukh ayat tersebut iaitu jika melahirkan sebelum masa iddah empat bulan sepuluh hari. Muslim dan al-Bukhari meriwayatkan hadith daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, beliau berkata: Ketika aku, Ibn Abbas dan Abu Hurairah duduk bersama, tiba-tiba datang seorang lelaki dan bertanya: Berikan kepadaku fatwa mengenai seorang wanita yang melahirkan setelah ditinggal mati oleh suaminya setelah empat puluh hari, apakah dia sudah boleh berkahwin semula? Ibn Abbas menjawab: Ia mesti beriddah selam dua kali masa iddah.

26

Maksudnya Surah al-Thalaq.

558

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 558

09/04/2010 23:07:20

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Aku Abu Salamah- berkata: Allah (s.w.t) berfirman: Dan perempuanperempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya... (Surah al-Thalaq: ) Ibn Abbas berkata: Ayat ini turun kepada wanita yang ditalak. Abu Salamah berkata: Bagaimana pula jika wanita tersebut hamil selama satu tahun, sampai bilakah iddahnya? Dia menjawab: Dia tetap beriddah dengan tempoh yang paling lama. Abu Hurairah berkata: Aku sependapat dengan anak saudaraku, yakni Abu Salmah. Kemudian Ibn Abbas mengutus seorang hamba miliknya yang bernam Kuraib kepada Ummu Salamh bertanya kepadanya: Apakah dalam masalah ini ada Sunnah Rasulullah (s.a.w)? Ummu Salamah berkata: Suami Subaiah al-Aslamiyah mati syahid sedangkan Subaiah ketika itu sedang mengandung. Dia pun bersalin empat puluh hari setelah kematian suaminya itu. Dia pun dipinang oleh lelaki lain dan Rasulullah (s.a.w) kemudian mengahwinkannya. Hadith ini turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid menerusi jalur yang lain, di mana mereka mengutus seseorang menanyakan masalah ini kepada Aisyah, kemudian Aisyah menjawab seperti mana jawapan Ummu Salamah. Ibn Abbas, Ali dan sebahagian kecil ulama berpendapat bahawa wanita berkenaan hendaklah menunggu iddah hingga tempoh iddah yang paling lama. Dengan erti kata lain, jika kehamilan itu memakan tempoh yang lama hingga melewati empat bulan sepuluh hari, maka dia hendaklah menunggu sampai melahirkan. Jika melahirkan sebelum empat bulan sepuluh hari, maka dia mesti menunggu hingga empat bulan sepuluh hari berakhir. Dalil mereka adalah firman Allah:

Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (Surah al-Baqarah: ) Apapun, dalil mereka disanggah bahaw hadith dan athar sebelum ini secara tegas telah memberikan ketetapan dalam masalah ini sedangkan ayat 559

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 559

09/04/2010 23:07:21

Kitab Thaharah (Bersuci)

yang dijadikan dalil boleh berlaku bagi orang yang tidak hamil. Penting Al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata: Ulama dari kalangan sahabat kami berkata: Iddah seorang wanita yang sedang hamil adalah sampai dia melahirkan, sama ada anak yang dilahirkan itu lelaki mahupun perempuan, lahir dalam keadaan sempurna atau sebaliknya, berbentuk segumpal darah atau berbentuk seketul daging, sama ada anak yang dilahirkan itu berbentuk rupa manusia atau sebaliknya. Ibn Daqiq al-Id tidak memberi sebarang pendapat dalam masalah ini, kerana pada kebiasaannya istilah hamil hanya digunakan bagi janin yang telah berbentuk sempurna. Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari berkat: Oleh itu, telah dinukil daripada Imam al-Syafii bahawa iddah belum lagi habis dengan melahirkan seketul daging yang sama sekali tidak ada rupa manusia padanya. Apapun, ayat ini menggunakan istilah kehamilan yang bermaksud ia bersifat umum. Bagi pensyarah kitab ini, tujuah iddah adalah membebaskan atau memastikan kebersihan rahim. Ini dapat dilakukan dengan cara bersalin. Apapun bentuk yang telah dilahirkan oleh wanita berkenaan, maka kebersihan rahim telah dapat dipasikan dan itu merupakan bukti yang memadai.

337- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Barirah pernah diperintahkan untuk beriddah selama tiga kali haid. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan periwayatnya thiqoh, tetapi hadith ini malul: ). Makna Keseluruhan Sebelum ini telah dibahas kisah kemerdekaan Barirah daripada perhambaan dalam kitab jual beli dan bab khiar. Hadith ini diriwayatkan daripada Aisyah bahawa hamba wanita seperti Barirah berhak menunggu masa iddah selama tiga kali Haid jika dia sudah dimerdekakan.

560

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 560

09/04/2010 23:07:21

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz Barirah, biografi sahabat ini telah dibahas sebelumnya.

,orang yang memerintahkan di sini adalah Rasulullah (s.a.w).

Fiqh Hadith Iddah bagi hamba wanita yang telah dimerdekakan sama dengan iddah wanita yang lain, di mana dia beriddah yang sama dengan orang yang merdeka iaitu tiga kali haid, meskipun dia bersuamikan seorang hamba.

338- Daripada al-Syabi daripada Fathimah binti Qais (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w) mengenai wanita yang ditalak tiga oleh suaminya, baginda bersabda: Dia tidak memiliki hak untuk mendapatkan tempat tinggal dan nafkah. (Diriwayatkan oleh Muslim: ). Makna Keseluruhan Seorang wanita yang ditalak tiga oleh suaminya tidak halal lagi bagi suaminya kecuali setelah berkahwin dengan lelaki lain dan dia tidak berhak mendapat nafkah daripada suami yang menceraikannya, demikian pula tempat tinggal. Analisis Lafaz Al-Syabi adalah Abu Amr Amir bin Syurhbil bin Abdullah al-Syabi alHamadzani al-Kufi, seorang tabin yang disegani dan salah seorang tokoh ilmu fiqh, malah ada yang mengatakan beliau seorang faqih pada zamannya setelah Ibn Jubair. Ibn Umar pernah berkata kepadanya setelah mendengarnya bercerita tentang sejarah peperangan: Kamu ini seolaholah pernah menyaksikan sendiri peristiwa perang itu. Dia lebih tahu daripadaku. Beliau lahir pada masa pemerintahan Umar bin al-Khatthab dan meninggal dunia pada tahun Hijrah. Hadithnya diriwayatkan oleh sekumpulan ulama. Fatimah, biografi sahabat ini telah dihuraikan sebelumnya.

, yakni dia memerintahkan kepada wanita yang dijatuhkan talak tiga oleh suaminya.

561

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 561

09/04/2010 23:07:21

Kitab Thaharah (Bersuci)

,nafkah yang boleh memenuhi keperluan. ,rumah untuk dijadikan tempat tinggal.
Fiqh Hadith Wanita yang telah ditalak tiga tidak berhak mendapatkan nafkah dan tempat tinggal, pendapat ini menurut Ibn Abbas, al-Hasan, Atha, al-Syabi dan Imam Ahmad dalam riwayat yang masyhur, Ishaq, Dawud al-Zahiri dan majoriti ulama hadith. Mereka menjadikan hadith ini sebagai dalil. Umar bin al-Khatthab, Ibn Masud, Umar bin Abdul Aziz, mazhab Hanafi, al-Tsauri dan sekumpulan ulama bahawa wanita yang ditalak tiga tetap wajib diberi nafkah dan tempat tinggal. Dalilnya adalah firman Allah:

Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)... (Surah al-Thalaq: ) dan firman Allah (s.w.t):

Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa. (Surah al-Baqarh: ) Mereka menyanggah hadith di atas dengan beberapa jawapan berikut: Pertama, periwayat hadith ini adalah seorang perempuan dan tidak disertai dengan dua saksi yang adil bagi memastikan hadithnya ini sahih. Kedua, riwayat ini bercanggah dengan maksud zahir ayat al-Quran. Ketiga, keluarnya wanita tersebut dalam hadith ini dari rumah suaminya bukan bererti dia tidak mempunyai hak lagi, sebaliknya disebabkan dia telah menyakiti keluarga suami secara lisan dan secara perbuatan. Ada yang mengatakan dia keluar meninggalkan rumah suaminya kerana rumahnya terletak di kawasan terpencil, sehingga dikhuatiri berlaku yang tidak diingini ke atas dirinya. Keempat, hadith ini bercanggah dengan riwayat Umar. Imam Malik, Imam al-Syafii dan tujuh orang ulama fiqh Madinah yang dinukil daripada Aisyah berpendapat bahawa wanita berkenan berhak

562

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 562

09/04/2010 23:07:22

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mendapat tempat tinggal namun tidak berhak mendapat nafkah. Pendapat lain mengatakan bahawa wanita berkenan berhak mendapat nafkah namun tidak berhak ke atas tempat tinggal. Apa yang benar adalah pendapat pertama, kerana riwayatnya bersumber secara terus daripada Rasulullah (s.a.w). Dalil yang dijadikan sebagai hujah oleh ulama yang lain dalam masalah ini masih bersifat umum. Jumhur ulama menyanggah kritikan mazhab yang mengatakan wanita yang ditalak tiga berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah sebagai berikut: Jawapan ke atas sanggahan yang pertama, banyak hadith yang hanya diriwaytkan oleh seorang wanita dan itu hadith sahih, malah ia telah panduan umat Islam. Contoh hadith seperti ini dapat dilihat dalam kitab al-Sunan dan al-Masanid. Peliknya, kenapa mereka berani menolak hadith yang diriwayatkan oleh seorang wanita sahabat padahal seperti sedia maklum, seluruh sahabat bersifat adil, di samping sahabat perempuan ini merupakan tokoh dalam kisah ini dan tidak ada hadith sahih yang lain yang bercanggah dengannya. Belum lagi sikap mereka sebegini bertentangan dengan kaedah ilmu hadith, meskipun sekiranya perempuan itu bukan seorang sahabat. Tambahan pula hadith ini diriwayatkan daripada Aisyah dan Hafshah dalam beberapa riwayat. Jawapan ke atas sanggahan yang kedua, firman Allah (s.w.t): Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu... (Surah al-Thalaq: ) dan rman Allah (s.w.t): ... Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya),... (Surah alThalaq: ) Ayat ini ditujukan kepada wanita yang masih berhak untuk dirujuk. Hal ini diperjelaskan lagi dengan ayat berikut: ... Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain). (Surah al-Thalaq: ). Manakala firman Allah (s.w.t): Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik;... (Surah al-Thalaq: ) berlaku untuk talak bain. Pemahaman sebegini adalah mustahil. Jawapan ke atas sanggahan yang ketiga, tidak ada dalil yang mensahihkan hujah mereka, kerana ia bercanggah dengan zahir hadith. Benar, keluarnya wanita itu daripada rumahnya lantaran ada kekhuatiran terhadap bahaya yang boleh menimpa ke atas dirinya dan kisah ini boleh dijumpai dalam Sahih Muslim, namun itu tidak bererti dia berhak untuk mendapatkan kemudahan tempat tinggal, sebaliknya ini menunjukkan bahawa wanita yang sedang beriddah dibolehkan berpindah tempat apabila ada uzur. Jawapan ke atas sanggahan yang keempat, ada beberapa kritikan ke atas sanggahan yang keempat ini antara lain adalah sebagai berikut: 563

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 563

09/04/2010 23:07:22

Kitab Thaharah (Bersuci)

a. Perkataan Umar di sini tidak boleh dinilai sahih, di mana beliau pernah berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Dia isteri yang ditalak tiga berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah. Hadith ini berasal daripada Ibrahim al-Nakhai daripada Umar, sementara Ibrahim tidak pernah mendengarnya secara langsung daripada Umar. b. Perkataan Umar: Kami tidak mahu meninggalkan Kitab Tuhan kami dan Sunnah Nabi kami kerana adanya perkatan seorang perempuan yang kami sendiri tidak dapat memastikan sama ada dia benar-benar hafal terhadap apa yang dikatakannya atau sudah lupa ada kemungkinan b bermaksud keraguan beliau terhadap hafalan Fathimah binti Qais. Jika Fathimah diyakini memiliki hafalan yang kuat tentu Umar mengatakan apa yang dikatakannya sebagai hadith. Jadi orang yang mengatakan Fathimah memiliki hafalan yang kuat bererti orang itu telah menyalahi perkatan Umar. c. Perkataan Fathimah tidak menyalahi al-Quran adalah tidak tepat seperti mana yang telah dihuraikan dalam jawapan ke atas sanggahan yang kedua. d. Al-Shanani berkata: Imam Ahmad bin Hanbal mengingkari adanya tambahan dan Sunnah Nabi kami dalam hadith ini dan adalah salah jika ia dinisbahkan kepada Umar. Ini kerana beliau pernah bersumpah dengan berkata: Mana ada di dalam Kitab Allah yang mewajibkan nafkah dan tempat tinggal bagi wanita yang telah ditalak tiga? Jadi perkataan yang mewajibkan nafkah dan tempat tinggal adalah tidak benar datang daripada Umar. Inilah yang dikatakan oleh al-Daruquthni. Menurut pensyarah kitab ini, Abu Dawud menukil dalam kitab al-Masail daripada Imam Ahmad, beliau berkata: Ketika Imam Ahmad ditanya mengenai perkataan Umar: Kami tidak akan meninggalkan Kitab Tuhan kami...; adakah perkataan ini sahih? Imam Ahmad menjawab: Tidak. Al-Daruquthni berkata: Lafaz dan Sunnah Nabi kami adalah tidak sahih. Yahya bin Adam lebih kuat hafalannya berbanding Abu Ahmad al-Zubairi dan telah dimutabaah oleh Qabishah bin Uqbah daripada Yahya. Sedangkan al-Hasan bin Umarah seorang yang matruk dan Asyats bin Siwar seorang yang daif; keduanya meriwaytkan hadith ini. Hadith ini turut diriwayatkan oleh alAmasy daripada Ibrahim tanpa menyebut perkataan dan Sunnah Nabi kami sedangkan al-Amasy lebih kuat berbanding Asyats. Al-Baihaqi berkata: Lafaz ini dikeluarkan oleh Muslim dalam kitabnya al-Sahih namun orang selain Muslim menilai lafaz hadith ini tidak sahih. Al-Baihaqi kemudian mengemukakan pandangan seperti mana yang dikemukakan oleh al-Daruquthni.

564

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 564

09/04/2010 23:07:22

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Penting Ibn al-Qayyim dalam Syarh Sunan Abu Dawud berkata: Perkataan yang diriwayatkan oleh ulama ushul fiqh bahawa kami tidak mahu meninggalkan Kitab Tuhan kami dan Sunnah Nabi kami lantaran adanya perkataan seorang perempuan yang kami sendiri tidak tahu sama ada dia seorang yang jujur atau seorang yang dusta adalah salah. Ia bukan hadith, sebaliknya apa yang terdapat dalam hadith ini adalah perkatan sama ada dia hafal atau lupa dan ini merupakan lafaz Muslim. Ibn al-Qayyim turut menyebut komentar al-Syabi terhadap perkataan kami tidak tahu sama ada dia hafal atau lupa dengan berkata: Dia adalah seorang perempuan Quraisy yang bijak namun lupa keputusan hukum yang telah ditetapkan ke atas dirinya.

339- Daripada Ummu Athiyyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Seorang perempuan tidak dibolehkan berkabung ke atas kematian orang lain melebihi waktu tiga hari, kecuali terhadap kematian suaminya, di mana dia boleh berkabung selama empat bulan sepuluh hari; dia tidak boleh memakai pakaian berwarna kecuali kain ashab, tidak boleh bercelak dan memakai wangi-wangian kecuali setelah bersuci. Cukuplah baginya memakai sedikit qusth dan adhfar. (Muttafaq alaih, lafazh hadith ini menurut Muslim) Dalam riwayat Abu Dawud dan al-Nasai ada tambahan: Tidak boleh memakai inai. Dalam riwayat al-Nasai disebutkan: Tidak boleh menyikat rambut. (1139). Makna Keseluruhan Sesungguhnya Allah lah yang menciptakan makhluk, Dia pula yang memilikinya, lalu Allah berhak memperlakukan apa sahaja terhadap kepunyaan-Nya, tidak ada yang dapat mencegah apa yang telah ditetapkanNya. Oleh itu, Allah melarang seseorang untuk berkabung di atas kematian seseorang lebih daripada tiga hari. Seorang muslim tidak boleh memprotes terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah, demikian pula tidak boleh 565

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 565

09/04/2010 23:07:23

Kitab Thaharah (Bersuci)

bersikap cuai terhadap kematian si mati. Selama tiga, seseorang dibolehkan berkabung, namun setelah itu, dia hendaklah pasrah dan redha terhadap takdirnya. Ini salah satu rahmat Allah kepada hamba-Nya. Sabar itu hendaklah diamalkan ketika musibah yang pertama terjadi. Apapun, larangan berkabung sama sekali tentu menyusahkan umat manusia. Sungguhpun demikian, seorang wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dikecualikan daripada larangan ini. Keringanan ini diberikan kepada isteri yang ditinggal mati oleh suaminya. Dia pula dilarang berpakaian cantik dan wewangian bagi menghormati suaminya yang baru meninggal dunia itu, di samping menjaga tuduhan negatif yang mungkin dilontarkan oleh keluarga si mati. Analisis Lafaz Ummu Athiytah,namanya Nasibah dan biografinya telah dibahas sebelum ini. ,dengan membaca dhammah huruf mudharaah, kasrah huruf ha sedangkan huruf dal boleh dibaca dhammah dan boleh pula dibaca jazam memandangkan wujud huruf la, berkabung.

,lebih dari.

,selama tiga hari.

memakai pewarna kulit supaya kelihatan cantik. ,memakai celak dialisnya.

,pakaian yang berwarna-warni. ,dengan membaca fathah huruf ain dan sukun huruf shad, ,sepuluh hari. , maksudnya bukan sekadar menyentuh wewangian seperti ,suci daripada haid.

memindahkannya dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi memakainya supaya kelihatan cantik, menawan dan menarik.

, dibaca dhammah huruf qaf, sukun huruf sin dan huruf tha. Dalam riwayat yang lain menggunakan kalimat: dengan mengganti huruf qaf dengan huruf kaf. Kedua-dua perkataan ini benar mengikut kaedah bahasa Arab, meskipun ada yang menganggap salah terhadap salah satu perkataan itu. Ia memiliki wazan yang sama. Ia adalah sesuatu yang dipakai dengan maksud menghilngkan bau yang tidak sedap, bukan untuk memakai wangi-wangian.
566

,dibaca nashab kerana berkedudukan sebagai istitsna, ia dibaca dhammah huruf nun dan dibaca sukun, potongan dari sesuatu

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 566

09/04/2010 23:07:23

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, dalam satu riwayat disebutkan: dengan menggunakan huruf waw. Dalam riwayat yang lain disebutkan: .Menurut Ibn al-Tin, yang benar adalah tanpa menggunakan huruf alif. sejenis wewangian dan ada yang mengatakan ia sejenis wewangian yang menyerupai zafr.
,mewarnai kuku kaki dan tangan dengan menggunakan inai atau lain sebagainya supaya warnanya berubah. ,menyikat rambut

Fiqh Hadith 1. Haram bagi wanita untuk berkabung ke atas kematian sesiapa pun baik ayah, ibu, saudara mahupun selainnya kecuali ke atas kematian suaminya, di mana dia dibolehkan berkabung selama empat bulan sepuluh hari. 2. Tidak wajib berkabung bagi perempuan yang masih berusia kanakkanak kerana kematian suaminya dan tidak dilarang berkabung ke atas orang selain suaminya melebihi waktu tiga hari. Inilah mazhab Hanafi dan sekumpulan ulama dengan berdalilkan sabda Rasulullah (s.a.w) di atas: perempuan yang menunjukkan ia adalah seorang yang sudah dewasa. Namun jumhur ulama tidak mengatakan ini sebagai sebahagian daripada fiqh hadith, kerana perkataan perempuan dalam hadith ini sekadar menunjukkan kebiasaan. Wali bertanggung jawab melarang perempuan yang masih berusia kanak-kanak untuk tidak memakai wewangian dan lain sebagainya. Ini kerana iddah tetap diwajibkan ke atas kanak-kanak sama halnya dengan orang dewasa dan dia tidak boleh dipinang semasa iddah itu. 3. Tidak ada berkabung bagi wanita yang diceraikan suaminya jika talaknya itu talak rujuk berdasarkan ijma ulama. Jika talaknya itu talak bain, jumhur ulama mengatakan tidak ada kewajipan berkabung ke atasnya. Menurut Imam Abu Hanifah pula wanita yang ditalak bain wajib berkabung kerana diqiyaskan dengan wanita yang ditinggal mati oleh suaminya, kerana keduanya memiliki kesamaan dalam masalah iddah, di samping iddah mengharamkan adanya perkahwinan sepanjang tempoh itu dan oleh kerananya, apa-apa yang berkaitan dengannya turut diharamkan. 4. Berkabung secara keseluruhanya bukanlah suatu yang diwajibkan sebaliknya ada di antaranya yang dibolehkan. Namun sebahagian besar ulama mengatakan wajib berkabung secara keseluruhan. Dalilnya adalah hadith yang diriwaytkan oleh Abu Dawud daripada hadith Ummu Salamah, beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) mendatangiku ketika Abu Salamah meninggal dunia sedangkan 567

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 567

09/04/2010 23:07:23

Kitab Thaharah (Bersuci)

aku memakai sabir... Hadith ini turut diriwayatkan oleh al-Nasai namun di dalam sanadnya terdapat unsur gharib. Demikian pula dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Nasai dan Imam Ahmad dengan lafaz: Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya tidak boleh memakai muashfar dan .... Menurut Ibn Katsir, sanadnya jayyid, tetapi al-Baihaqi meriwayatkannya secara mawquf ke atas Ummu Salamah. Al-Hasan dan al-Syabi berpendapat bahaw berkabung secara keseluruhan tidaklah diwajibkan. Perempuan yang ditalak tiga dan perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dibolehkan bercelak, memakai minyak wangi dan berdandan sesuka hati mereka. Dalilnya adalah hadith Asma binti Umais yang telah dinilai sahih oleh al-Hakim bahawa: Janganlah kamu berkabung setelah harimu ini. Hadith ini telah saya bahas dalam kitab karya saya berjudul al-Intiha li Marifah al-Ahadith allati la Yufti biha alFuqaha. 5. Larangan bagi perempuan yang berkabung untuk memakai pakaian berwarna kecuali ashab dan seumpamanya. Ibn Abdul Barr berkata: Ulama bersepakat bahawa perempuan yang berkabung tidak boleh memakai kain muashfar dan pakaian berwarna kecuali pakaian yang berwarna hitam, di mana Imam Malik dan Imam al-Syafii membolehkannnya kerana ia biasanya tidak dijadikan sebagai hiasan, sebaliknya ia adalah pakaian yang dipakai ketika sedang berdukacita. Ulama berbeza pendapat memakai kain sutera ketika dalam suasana berkabung. Mazhab Syafii melarangnya mengikut pendapat yang paling sahih sama ada kain sutera itu berwarna atau sebaliknya. 6. Larangan bercelak bagi perempuan yang sedang berkabung, pendapat ini menurut jumhur ulama. Ibn Hazm berkata: Ia tidak boleh bercelak meskipun kedua-dua matanya telah pun tiada sama ada pada waktu malam mahupun pada waktu siang. Dalilnya hadith Ummu Athiyyah ini dan hadith Ummu Salamah bahawa ada seorang perempuan telah ditinggal mati oleh suaminya. Jiran tetangganya berasa khuatir kalau-kalau matanya rosak lantaran terlampau sering menangis. Mereka pun segera mendatangi Rasulullah (s.a.w) meminta izin kepada baginda supaya perempuan itu dibenarkan memakai celak. Baginda tetap tidak membenarkannya. Apapun, jumhur ulama tidak sependapat dengan Ibn Hazm di mana mereka membolehkan bercelak jika untuk tujuan berubat. Mereka mengemukakan dalil dengan satu hadith yang tidak bercanggah dengan hadith Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim seperti mana dalil yang telah dikemukakan oleh Ibn Hazm. Ibn Abdul Barr mengemukakan satu cadangan menarik bagi mengatasi perbezaan pendapat dalam masalah ini di mana beliau berkata: Hadith daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud mengharuskan penggunaan celak pada waktu malam, meskipun ia bertentangan dengan hadith lain yang melarang memakai 568

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 568

09/04/2010 23:07:23

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

celak walaupun ada kekhuatiran mata bakal rosak akibat terlalu banyak menangis. Namun kedua-dua hadith boleh digabungkan di mana baginda telah mengenal pasti keadaan perempuan yang dilarang daripada memakai celak itu kerana keperluannya untuk memakai celak itu tidaklah begitu mendesak. Bagi pensyarah kitab ini, dalil ini mengandungi banyak kemungkinan. Satu dalil apabila mengandungi banyak kemungkinan tidak boleh dijadikan sebagai hujah. Penting Ibn Hazm berkata: Perempuan yang sedang berkabung dikehendaki mengelak daripada memaki pakaian berwarna, namun dibolehkan memakai pakaian bersulam emas dan barangan kemas sam ada emas, perak, permata ataupun yaqut. Beliau menyanggah riwayat hadith yang melarang daripada memakai barangan kemas bahawa ia tidak sahih, kerana diriwayatkan daripada Ibrahim bin Thuhman. Namun kenyataan Ibn Hazm ini tidak dapat diterima keran Ibrahim bin Thuhman merupakan seorang hafiz yang thiqoh. Hadithnya dinilai sahih oleh sekumpulan ulama hadith seperti Ibn al-Mubarak, Imam Ahmad dan Abu Hatim. Jumhur ulama turut mengeluarkan fatwa seperti ini di mana tidak boleh memakai barang kemas bagi perempuan yang sedang berkabung kerana ia termasuk salah satu daripada perhiasan. Penting Ada beberapa cara penggunaan kust (sejenis wewangian) kerana ia mesti dicampur dengan benda lain ketika hendak memakainya. Menurut alDawudi, kust hendaklah dihaluskan terlebih dahulu kemudian dimasukkan ke dalam air yang bakal dijadikan sebagai siraman terakhir bagi tubuh. Menurut Ibn Hajar pula ia hendaklah dicampur dengan benda kemudian barulah dihaluskan dan kemudian barulah digunakan.

340- Daripada Ummu Salamah (r.a), beliau berkata: Saya memakai shabir pada kedua mata saya setelah Abu Salamah meninggal dunia. 569

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 569

09/04/2010 23:07:24

Kitab Thaharah (Bersuci)

Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya ia mempercantik wajah dan oleh itu janganlah kamu mengoleskannya kecuali pada waktu malam dan hapuslah ia ketika waktu siang hari. Jangan kamu menyikat rambut dengan menggunakan minyak rambut dan jangan pula memakai inai rambut, sebab ia termasuk perbuatan menghiasi rambut. Saya bertanya: Lalu apa yang saya gunakan untuk menyikat rambut? Baginda menjawab: Dengan memakai daun bidara. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasai, sanadnya hasan: 1140).

341- Daripada Ummu Salamah (r.a) bahawa ada seorang perempuan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anak perempuanku ditinggal mati oleh suaminya dan dia mengeluh matanya terasa sakit. Bolehkah kami menyuruhnya memakai celak? Baginda menjawab: Tidak boleh. (Muttafaq alaihi: 1141). Makna Keseluruhan Kedua-dua hadith ini membahas permasalahan hadith sebelumnya. Analisis Lafaz

,dengan membaca kasrah huruf shad dan kasrah huruf ba meskipun ,dibaca dengan fathah huruf ya dan dhammah huruf syin, bedak yang dipakai untuk mempercantik wajah. ,meletakkannya di wajahmu.
,hapus dan hilangkanlah. kadang kala huruf ba ini dibaca sukun, ubat pahit

,pohon bidara.
Fiqh Hadith

1. Perempuan yang sedang berkabung dilarang memakai wangiwangian dan perhiasan. 2. Boleh menggunakan bidara untuk menyikat rambut bagi perempuan yang sedang berkabung. 3. Dilarang memakai kosmetik yang berlebihan sehingga mempercantik wajah, meskipun ia tidak termasuk jenis wewangian, kecuali ia 570

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 570

09/04/2010 23:07:24

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

sekadar tujuan perubatan dan itu pun dipakai pada waktu malam hari. 4. Perempuan yang sedang berkabung boleh membersihkan dan membasuh tubuhnya, kerana apa yang dilarang baginya adalah berhias bukannya membersihkan tubuh.

342- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Makcik saya pernah ditalak tiga kali lalu dia ingin memotong batang pohon kurmanya. Mendengar itu, ada seorang lelaki yang melarangnya keluar daripada rumah. Dia kemudian datang menghadap Rasulullah (s.a.w) kemudian baginda bersabda: Kamu boleh keluar dan potonglah batang pohon kurmamu. Sebab dengan demikian kamu mungkin dapat bersedekah atau berbuat amal kebajikan. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1142). Makna Keseluruhan Hadith ini menyempurnakan permasalahan iddah yang telah dibahas pada hadith sebelumnya, di mana orang yang sedang berkabung boleh keluar dari rumah untuk memenuhi atau mencari keperluan sehariannya dan ini merupakan bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, kerana wanita yang masih dalam masa iddah pastinya memerlukan sesuatu yang memaksanya keluar dari rumahnya. Analisis Lafaz ,memotong kurma atau pohonnya.

bersedekahlah. Fiqh Hadith

,huruf ta yang pertama dibuang bagi memudahkan bacaan, ,melarang dengan keras.

1. Wanita yang sedang dalam iddah talak bain boleh keluar dari rumahnya meskipun pada waktu siang hari kerana ingin memenuhi keperluannya. Sebahagian ulama mengharuskannya keluar rumah 571

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 571

09/04/2010 23:07:25

Kitab Thaharah (Bersuci)

kerana adanya keperluan atau uzur, sama ada pada waktu malam mahupun siang hari. Pendapat lain mengatakan dia hanya boleh keluar pada waktu siang hari secara mutlak, namun tidak boleh keluar pada waktu malam hari. 2. Anjuran untuk menanyakan sesuatu sebelum melakukannya. 3. Anjuran bersedekah dan berbuat baik. Penting Ibn Taimiyah berkata: Perempuan yang sedang berkabung hendaklah tinggal di dalam rumah, tidak boleh keluar rumah sama ada pada waktu malam mahupun pada waktu siang kecuali ada keperluan atau dalam keadaan terpaksa. Dia juga dibolehkan melakukan seluruh apa yang dibolehkan bagi perempuan yang tidak beriddah seperti bercakap dengan lelaki bukan mahram selagi dia berpakaian tertutup. Inilah Sunnah Rasulullah (s.a.w) dan apa yang dilakukan para sahabat perempuan ketika ditinggal mati oleh suami mereka. Jika keluar rumah tanpa ada keperluan atau tinggal di rumah selain rumahnya sendiri atau tidak mempedulikan lagi situasi berkabung, maka dia hendaklah memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah, namun tidak perlu lagi mengulangi keadaan berkabung. Jika masih ada sisa waktu berkabung, hendaklah dia berkabung pada sisa waktu berkabung itu. Dia turut dibolehkan berkumpul dengan orang yang dibolehkan berkumpul dengannya ketika tidak sedang beriddah.

343- Daripada Furaiah binti Malik (r.a) bahawa suaminya keluar mencari beberapa orang hamba sahaya miliknya, lalu mereka membunuhnya. Furaiah menceritakan: Saya kemudian minta izin kepada Rasululla (s.a.w) untuk kembali pulang ke tempat keluarga saya, sebab suami saya betulbetul tidak meninggalkan rumah miliknya dan nafkah untuk saya. Baginda pun bersabda: Ya, kamu boleh berbuat demikian. Ketika saya berada 572

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 572

09/04/2010 23:07:25

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

di dalam bilik, baginda memanggil saya dari sebelah luar dan bersabda: Tetaplah kamu bertahan di dalam rumahmu hingga habis waktu iddah. Dia menceritakan: Di dalam bilik itu saya beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Katanya lagi: Setelah itu Usman pada era pemerintahannya juga memutuskan hukum yang serupa dalam kes yang serupa pula. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah, dinilai sahih oleh alTirmidhi, al-Dzuhli, Ibn Hibban, al-Hakim dan lain-lain: 1043).

344- Daripada Fathimah binti Qais (r.a), beliau berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya suamiku telah menceraikanku dengan talak tiga. Aku khuatir ada orang lain masuk ke bilikku. Baginda kemudian menyuruhnya berpindah meninggalkan rumahnya itu. (1144). Makna Keseluruhan Kedua-dua hadith ini menjelaskan bahawa seorang wanita yang beriddah dibolehkan keluar dari rumahnya; hadith pertama untuk wanita yang ditinggal mati oleh suaminya, sedangkan hadith kedua untuk wanita yang diceraikan dengan talak tiga. Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya tidak dibenarkan keluar rumah meskipun suaminya tidak meninggalkan nafkah dan rumah untuk memenuhi keperluannya. Manakala wanita yang ditalak tiga oleh suaminya dibenarkan keluar rumah apabila ada uzur seperti rumahnya terpencil daripada tempat keramaian dan dia merasa takut ke atas dirinya kalaukalau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Analisis Lafaz

,Furaiah adalah saudari Abu Said al-Khudri, dia menyaksikan Baiah al-Ridhwan.

, menurut riwayat Abu Dawud disebutkan: Suaminya keluar mencari beberapa orang hamba sahaya miliknya lantaran mereka melarikan diri. Ketika mereka hampir sampai, dia menemukannya namun mereka kemudian malah membunuhnya.
, Abu Dawud menambahkan: di kalangan bani Khudrah.

meninggalkan apa-apa untukku. Ini lebih jelas. 573

, menurut riwayat Abu Dawud disebutkan: Dia tidak

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 573

09/04/2010 23:07:25

Kitab Thaharah (Bersuci)

, dalam riwayat Abu Dawud disebutkan: atau di dalam masjid.


ulama Hijaz dan Iraq, namun dinilai cacat oleh Ibn Hazm dan langkah ini turut diikuti oleh Abdul Haqq kerana status Zainab binti Kaab bin Ujarah yang tidak diketahui dan Said bin Ishaq tidak diketahui yang dia bersifat adil. Apapun, Zainab seorang tabiin. Ia adalah isteri Abu Said. Said bin Ishaq meriwayatkan hadith daripadanya dan riwayatnya disebut oleh Ibn Hibban dalam kitab al-Tsiqat. Sulaiman bin Muhammad turut meriwayatkan hadith daripadanya dan ulama thiqoh tidak sedikit pun menilainya cacat. Saad bin Ishaq dinilai thiqoh oleh Ibn Muin, al-Nasai dan alDaruquthni. Hammad bin Zaid, al-Tsauri, Ibn Juraij dan Malik meriwayatkan hadith daripadanya.

, menurut Ibn Abdul Barr, hadith ini masyhur di sisi

, masuk tanpa seizinku.

,ia pindah ke rumah lain,


Fiqh Hadith 1. Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya hendaklah menghabiskan masa iddahnya di rumahnya sendiri dan tidak boleh keluar meninggalkannya, pendapat ini menurut Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah dan jumhur ulama. Menurut riwayat Aisyah dan Ibn Abbas, dia dibolehkan keluar rumah. 2. Wajib memberi tempat tinggal kepada isteri yang ditinggal mati oleh suaminya, pendapat ini menurut Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama. Pendapat lain mengatakan dia tidak berhak mendapat tempat tinggal. 3. Seorang wanita tidak boleh tinggal seorang diri dalam satu rumah, kerana dikhuatiri keselamatannya terancam.

345- Daripada Amr bin al-Ash (r.a), beliau berkata: Jangan kamu mengaburkan Sunnah Nabi kami kita; iddah ummul walad yang ditinggal oleh mati tuannya adalah empat bulan sepuluh hari. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Hakim dan 574

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 574

09/04/2010 23:07:26

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

dinilai mungqathi oleh al-Daruquthni: 1145). Makna Keseluruhan Ada kemungkinan Umar sering mendengar ramai orang yang mengingkari adanya iddah bagi seorang wanita hamba yang dikurnia anak sedangkan tuannya meninggal dunia. Umar merasa khuatir jika hukum yang benar dalam masalah ini disia-siakan. Di sini beliau mengisytiharkan bahawa iddahnya sama seperti wanita merdeka. Ini menurut pendapat yang mengatakan iddah bergantung kepada keadaan suami sama ada suaminya merdeka atau hamba. Barang siapa yang mengatakan iddah bergantung kepada status suami, maka iddah hamba perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya memiliki iddah yang sama dengan iddah wanita merdeka. Analisis Lafaz

, Jangan kamu sorok Sunnah Nabi dari Kami, kerana jika sesuatu itu telah dirahsiakan maka ia tidak akan muncul lagi, atau jangan kamu campur adukkan, kerana jika Sunnah telah dicampuradukkan dengan perkara lain, ia menjadi kabur sehingga tidak lagi dikenali.

, dalam riwayat lain disebutkan: Sunnahnya. Menurut al Khatthabi, ada dua tafsiran dalam hadith ini: Pertama, maksudnya adalah Sunnah yang diriwayatkan daripada Rasulullah (s.a.w). Kedua, maksudnya adalah ijtihad Umar bin al-Khatthab di mana ketetapan yang berlaku terhadap wanita merdeka sama dengan wanita hamba. Jika maksud Sunnah di sini adalah hadith yang diriwayatkan daripada Rasulullah (s.a.w), sebaiknya Umar bin al-Khatthab di sini menyebutnya secara berterus terang. Apa-apa keraguan sepatutnya tidak boleh berlaku dalam hadith. Keadaan sedemikian hanya boleh berlaku dalam ijtihad. Ada pula yang mengatakan bahawa hadith ini berlaku dalam keadaan khusus iaitu tentang ummul walad yang dimerdekakan oleh tuannya lalu dia mengahwininya. Iddah yang disebut dalam hadith ini merupakan ketetapan bagi ummul walad ini. Ulama tidak ada berbeza pendapat dalam masalah ini. , al-Daruquthni menilainya cacat kerana , seorang wanita yang melahirkan anak tuannya.

munqathi, sebab di dalam hadith ini terdapat Qabishah bin Dzuwaib kerana tidak mendengar hadith ini daripada Amr.

575

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 575

09/04/2010 23:07:26

Kitab Thaharah (Bersuci)

Menurut Imam Ahmad, hadith ini tidak sahih. Dalam kesempatan yang lain, adakah Sunnah Nabi (s.a.w) seperti ini? Dalam kesempatan lain beliau berkata: Hadith ini munkar. Menurut al-Munziri, dalam sanad hadith Amr terdapat Mathar bin Thuhman di mana ramai ulama yang menilainya daif. Hadith turut diriwayatkan daripada Khallas daripada Ali, namun ramai ulama yang mempertikai kedudukank hadith Khallas, malah Ibn Muin tidak pernah menghiraukannya. Menurut Imam Ahmad pula, riwayatnya adalah dusta. Menurut alBaihaqi pula hadith Khallas daripada Ali adalah sangat daif di sisi ulama hadith. Fiqh Hadith Ummul walad yang ditinggal mati oleh tuannya hendaklah beriddah selama empat bulan sepuluh hari, pendapat ini menurut al-Auzai, Imam Ahmad dalam satu riwayat, Ibn al-Musayyab, Ibn Sirin, Ibn Jubair, Mujahid, Khallas, Umar bin Abdul Aziz, al-Zuhri dan Ishaq. Menurut Atha, Thawus dan Qatadah, dia wajib beriddah selama dua bulan lima hari. Menurut Imam Malik, Imam al-Syafii, Imam Ahmad dalam riwayat yang masyhur, Abu Ubaid dan Abu Tsaur, iddahnya adalh satu kali haid, pendapat ini diriwayatkan daripada Ibn Umar, Utsman dan Aisyah. Mereka mengemukakan alasan bahawa Ummul walad bukan isteri tuannya dan dia pula tidak ditalak. Jadi tujuan iddahnya hanya sekadar mengetahui sama ada rahimnya sudah bersih dari kehamilan atau sebaliknya dan ini sudah memadai dengan satu kali haid kerana dia disamakan dengan hamba wanita. Menurut Ali dan Ibn Masud, iddahnya adalah tiga kali haid, pendapat ini menurut Imam Abu Hanifah, Sufyan al-Tsauri dan al-Nakhai. Penting Imam Malik berkata: Jika ummul walad itu tidak lagi haid, maka masa iddahnya selama tiga bulan dan berhak mendapat tempat tinggal.

*- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Quru adalah waktu suci. (Diriwayatkan oleh Malik dalam satu kisah dengan sanad sahih) 576

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 576

09/04/2010 23:07:26

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Keseluruhan Allah (s.w.t) berfirman:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.... (Surah al-Baqarah: ) Dalam bahasa Arab lafazh quru disebut waktu haid dan waktu suci. Oleh itu, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini, masing-masing mereka menyesuaikan makna ayat dengan pendapat mereka. Ibn Hajar menyebut hadith bagi menyokong mazhab ulama yang mengatakan bahawa ia bermaksud waktu suci. Inilah pendapat jumhur ulama. Analisis Lafaz

,jamak quru dengan membaca fathah atau dhammah huruf qaf. Secara bahasa ia bermaksud menahan dan Aisyah mentafsirkannya dengan makna waktu suci.
Fiqh Hadith Quru adalah bersuci. Pendapat ini diriwayatkan daripada Ibn Abbas, Zaid bin Tsabit, Salim, al-Qasim, Urwah dan tujuh ulama fiqh Madinah. Inilah mazhab Imam Malik, Imam al-Syafii, Dawud al-Zahiri, Abu Tsaur dan Imam Ahmad dalam satu riwayat. Selain athar ini, mereka turut mengemukakan beberapa dalil yang antara lain: 1. Allah (s.w.t) berfirman:

Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul),... (Surah al-Thalaq: 1) Dalam ayat ini, perintah talak berlaku pada waktu bersuci bukannya pada waktu sedang haidh.

577

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 577

09/04/2010 23:07:27

Kitab Thaharah (Bersuci)

2. Hadith Ibn Umar (r.a): Hendaklah dia merujuk isterinya sampai dia suci, kemudian haid lalu suci sekali lagi. Di sini Rasulullah (s.a.w) menyuruh Ibn Umar menceraikan isterinya ketika sedang suci yang merupakan awal iddah. Inilah menunjukkan makna quru adalah suci. Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Ibn Abbas dalam pendapat yang lain, Ibn al-Musayyab, al-Tsauri, al-Auzai, Ishaq, Abu Ubaid, Ashab al-Rayi dan Imam Ahmad dalam riwayt masyhur berpendapat bahaw makna quru adalah masa haid. Dalil mereka antara lain adalah: 1. Allah (s.w.t) berfirman:

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.... (Surah al-Thalaq: 4) Memindahkan iddah ketika seseorang tidak lagi haid kepada hitungan bulan membuktikan bahawa awal iddah dimulai sejak haid. Menurut pensyarah kitab ini, memahami ayat tersebut dengan cara seperti masih perlu dikaji semula, karena tidak mungkin dikatakan: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang masa sucinya telah habis, sementara mereka selamanya dalam keadaan suci keran masa haid mereka sudah berakhir. Ini kerana suci terjadi setelah adanya haid. Jika masa haid berakhir, maka hilanglah ketentuan menentukan iddah dengan masa suci. 2. Hadith Rasulullah (s.a.w):

Tinggalkan solat pada hari-hari qurunya wanita. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud). Dalam riwayat yang lain:

Jika hari quru-mu datang, maka jangan kamu mengerjakan solat. Jika hari quru-mu sudah berlalu, maka solatlah, dan solatlah antara quru dengan quru. 578

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 578

09/04/2010 23:07:27

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

3. Allah (s.w.t) berfirman:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.... (Surah al-Baqarah: 228) Apa yang diwajibkan untuk menahan diri adalah tiga kali quru. Barang siapa yang menjadikan makna quru sebagai bersuci, maka memadailah baginya dua kali suci dan sebahagian daripada waktu suci yang ketiga. Pemahaman seperti ini tentu bertentangan dengan zahir nash

346- Daripada Ibn Umar (r.a), beliau berkata: Talak bag hamba wanita dua kali dan iddahnya pula dua kali haid. (Diriwayatkan oleh Daruquthni dan menurutnya hadith ini marfu dan daif: 1146).

347- Hadith tersebut turut diriwayatkan pula oleh Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibn Majah daripada hadith Aisyah. Hadith ini dinilai sahih oleh alHakim, namum mereka tidak sependapat dengannya malah mereka bersepakat menilainya daif: 1147). Makna Keseluruhan Ibn Hajar mengemukakan dua hadith ini dengan dua tujuan, iaitu: Pertama, sebahagian ulama ada yang mengatakan bahawa maksud quru adalah masa haid. Kedua, menjelaskan iddah hamba perempuan dan talak yang masih boleh dirujuk. Dalam hadith ini dijelaskan seorang hamba wanita yang ditalak satu boleh dirujuk dan setelahnya ada ketikanya terus mempertahankannya 579

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 579

09/04/2010 23:07:28

Kitab Thaharah (Bersuci)

dengan cara yang baik atau menceraikannya dengan cara yang baik pula. Ini kerana iddahnya hanya dua kali haid. Dalam hadith ini disebutkan bahawa iddah ditentukan dengan masa haid dan ini merupakan inti hadith pertama, kemudian lafaz hadith Aisyah bahawa talak wanita hamba adalah dua kali, sementara quru mereka dua kali haid. Analisis Lafaz

, ia dikeluarkan secara marfu sekali gus menilainya daif, kerana di dalam sanad hadith ini terdapat Umar bin Syabib dan Athiyyah al-Aufi; keduanya adalah periwayat yang daif. Athiyyah al-Aufi yang meriwayatkan hadith daripada Ibn Umar bercanggah dengan dengan Nafi dan Salim kerana mereka hadith tersebut mawquf kepada Ibn Umar. Di sini Nafi dan Salim hendaklah diutamakan. , menurut Abu Dawud, hadith ini majhul. Al Tirmidhi berkata: Kami tidak tahu hadith ini marfu kecuali hadith yang diriwayatkan daripada Muzahir dan kami tidak mengetahui selain hadith ini. Menurut Ibn Muin, hadithnya tidak perlu diambil kira. Menurut Abu Hatim, hadithnya munkar. Menurut Abu Ashim, di Basrah tidak ada hadith yang lebih munkar daripada hadith Muzahir ini. Bagi pensyarah kitab ini, isi kandungan hadith yang paling munkar dalam masalah ini adalah perkataan Aisyah: dan qurunya sebanyak dua kali haid setelah diketahui bahawa beliau meriwayatkan satu hadith dengan sanad yang paling sahih bahawa quru itu adalah waktu suci.
Fiqh Hadith Hamba perempuan berbeza dengan wanita merdeka, di mana seorang hamba perempuan menjadi talak bain apabila ditalak oleh suaminya dan iddahnya pula dua kali suci. Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini, iaitu: Pertama, menurut mazhab Zahiri talak hamba dan orang merdeka adalah sama, kerana berdasarkan keumuman nash al-Quran yang membahas talak di samping dalil-dalil yang membezakan talak orang merdeka dengan hamba tidaklah kuat. Kedua, pendapat Imam Malik, Imam al-Syafii, Imam Abu Hanifah dan jumhur ulama bahawa hamba memiliki hak untuk menjatuhkan talak sebanyak dua kali sementara iddah hamba wanita hanya dua kali haid. Dalil mereka adalah athar di atas, pendapat ini dinukil daripada Ibn Umar, Ali dan Ibn Umar, dan tidak seorang sahabat pun yang mengingkari pendapat ini. 580

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 580

09/04/2010 23:07:28

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

348- Daripada Ruwaifi bin Tsabit (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Tidak halal bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir menyiramkan airnya ke dalam tanaman milik orang lain. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi, dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan dinilai hasan oleh Ibn al-Bazzar: 1148) Makna Keseluruhan Ketika Islam menyuruh umatnya berkahwin dengan tujuan untuk memperoleh keturunan, maka adalah tidak dibolehkan bagi seorang lelaki yang telah berkahwin menyuruh isterinya bersetubuh dengan orang lain supaya melahirkan anak yang bukan daripada keturunannya. Hadith ini melarang bagi seorang isteri untuk melakukan perselingkuhan. Analisis Lafaz

,nama ini dibaca tasghir. Ibn Tsabit dari bani Malik bin al-Najjar, termasuk sahabat yang meninggal dunia di Basrah, meninggal dunia pada tahun Hijrah. ,memasuki ,air maninya.

,anak sebagaimana yang disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi.
Fiqh Hadith 1. Seorang lelaki tidak dihalalkan menyetubuhi hamba atau wanita tawanan ketika dia sedang hamil sehinggalah dia bersalin. ALTirmidhi berkata: Inilah yang menjadikan pegangan ulama. 2. Menikahi wanita hamil kerana berzina dianggap fasid, pendapat ini menurut mazhab Hanbali. Menurut mazhab Hanafi, tidak dilarang melangsungkan perkahwinan tetapi mereka dilarang bersetubuh selama waktu kehamilan.

581

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 581

09/04/2010 23:07:28

Kitab Thaharah (Bersuci)

*- Daripada Umar (r.a) mengenai isteri ditinggal pergi dalam waktu yang lama oleh suaminya dan tidak berita mengenainya, hendaklah menunggu selama empat tahun, kemudian setelah itu hendaklah beriddah selama empat bulan sepuluh hari. (Diriwayatkan oleh Malik dan al-Syafii). Makna Keseluruhan Athar ini memiliki kisah tersendiri di mana ada seorang lelaki berkata kepada Umar: Saya pernah keluar untuk mengerjakan solat Isyak. Saya lalu bertemu dengan sekelompok jin dan mereka menawan saya. Saya tinggal bersama mereka dalam waktu yang lama. Mereka kemudian diserang jin mumin hingga mereka berjaya memenangi peperangan itu. Jin yang kalah itu berjaya ditawan dan mereka juga menawanku. Mereka berkata: Kami melihatmu seorang muslim, kami tidak dibenarkan menawanmu. Mereka kemudian mereka memberiku pilihan antara tetap tinggal bersama mereka atau kembali pulang ke dalam kehidupanku yang semula. Saya pun memilih untuk kembali dalam kehidupan saya yang semula untuk menetap bersama keluargaku. Semasa saya hilang dan masuk ke alam jin itu, isteriku datang menghadap Umar. Dia diperintahkan untuk menahan diri selama empat tahun sejak dia mengadukan perkaranya. Umar kemudian memanggil waliku dan menceraikan isteriku dariku. Beliau kemudian menyuruhnya beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Saya pun datang setelah dia telah berkahwin dengan lelaki lain, lalu Umar memberiku pilihan antara tetap menjadikan perempuan itu tetap menjadi isteriku atau mengambil mahar yang telah saya berikan kepadanya dahulu kala. Kisah ini terdapat dalam kitab karya Abdul Razzaq dan al-Baihaqi. Analisis Lafaz

, yakni Umar memberi fatwa mengenai wanita yang kehilangan suaminya. , hadith ini dikeluarkan oleh al-Syafii dan Imam Malik, namun Ibn Hajar tidak memberi sebarang komentar dalam masalah ini kerana adanya perbezaan pendapat sama ada Ibn al-Musayyab pernah mendengar hadith daripada Umar atau sebaliknya. Apapun, pendapat yang kuat adalah hadith ini munqathi. Sungguhpun begitu, hadith ini diriwayatkan daripada Mujahid daripada Ibn Abu Laila daripada Umar.
582

,menunggu.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 582

09/04/2010 23:07:29

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith Pendapat Umar mengenai isteri yang kehilangan suaminya bahawa jatuh talak bain jika telah berlalu waktu empat tahun sejak perkara ini diajukan mahkamah. Jika belum datang, maka dia beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Pendapat ini menurut Imam Malik, Imam Ahmad, Ishaq, Imam al-Syafii dan sekumpulan. Menurut Abu Yusuf, Muhammad, Imam Abu Hanifah dalam satu riwayat dan Imam al-Syfii dalam satu riwayat, ikatan suami isteri tidak boleh diputuskan sehinggalah ada kepastian sama ada di suami mati, menjatuhkan talak ataupun sudah murtad. Ini hendaklah dipastikan terlebih dahulu. Ini kerana akad perkahwinan mereka ditetapkan dengan jelas dan oleh itu, ia tidak boleh diputuskan kecuali dengan jelas pula. Mereka mengemukan dalil dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Syafii daripada Ali:

Wanita yang kehilangan suaminya merupakan seorang yang sedang diuji. Oleh itu, hendaklah dia bersabar sampai suaminya datang atau kematiannya telah dipastikan. Yahya berkata: Jika suami meninggalkan segala apa yang diperlukan oleh isterinya, maka suami tersebut dianggap tetap wujud, meskipun tidak dapat menjimaknya, kerana bersetubuh merupakan hak kaum lelaki dan bukannya hak kaum perempuan. Jika suami tidak meninggalkan apa-ap yang menjadi keperluan isteri semasa ditinggalkan, maka hakim berhak menfasakh mereka sesuai dengan permintaan si isteri. Dalilnya firman Allah (s.w.t):

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah

583

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 583

09/04/2010 23:07:29

Kitab Thaharah (Bersuci)

itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Baqarah: ). Demikian pula hadith Rasulullah (s.a.w):

Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh membahayakan orang lain.

349- Daripada al-Mughirah bin Syubah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Isterinya yang suaminya pergi tidak ada berita masih tetap menjadi isterinya sehingga ada keterangan yang tepat. (Diriwyatkan oleh al-Daruquthni dengan sanad yang daif: 1149). Makna Keseluruhan Hadith membahas permasalahan yang sama dengan hadith sebelumnya, namun ia hadith daif sebagaimana yang dihuraikan oleh Ibn Hajar. Abu alThayyib dalam kitab al-Taliq al-Mughni berkata: Dalam kitab al-Ilal, Ibn Abu Hatim berkata: Aku bertanya kepada ayahku tentang hadith ini, beliau menjawab bahawa ini merupakan hadith munkar, kerana Muhammad bin Syarahbil seorang periwayat matruk. Dia meriwayatkan hadith munkar dan batil daripada al-Mughirah dan Siwar bin Mushab pula periwayat yang matruk seperti mana yang ditegaskan oleh Ibn al-Qatthan. Shalih bin Malik seorang yang tidak diketahui sementara Muhammad bin al-Fadhl juga tidak diketahui keadaannya.

350- Daripada Jabir (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jangan sekali-kali seorang lelaki bermalam bersama seorang perempuan kecuali dia sudah berkahwin atau ditemani seorang mahram. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1150).

584

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 584

09/04/2010 23:07:30

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

351- Daripada Ibn Abbas (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), beliau bersabda: Jangan sekali-kali seorang lelaki berkhalwat bersama seorang perempuan kecuali bersama mahram. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1151). Makna Keseluruhan Dalam satu hadith diriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Tidaklah seorang lelaki dan seorang perempuan berduaan kecuali syaitan menjadi orang yang ketiga di antara mereka. Allah (s.w.t) berfirman:

Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Yusuf: ) Sudah menjadi kebiasaan bahawa hati seorang lelaki pastinya sentiasa berpaut dengan wanita. Oleh itu, Rasulullah (s.a.w) melarang seorang lelaki dan perempuan tinggal dalam satu rumah kecuali ditemani oleh suami atau muhramnya, malah dalam hadith berikutnya turut dilarang berkhalwat baik pada waktu malam mahupun pada waktu siang, kerana larangan untuk bermalam mungkin dapat difahami berduaan pada waktu siang hari dibolehkan. Inilah yang ditekankan oleh Ibn Hajar dalam hadith ini. Analisis Lafaz

, menginap atau bermalam. ,lelaki-laki yang baligh dan berminat dengan perempuan. ,dalam lafaz Muslim disebutkan: ( janda) dan kalimat
ini sekadar menunjukkan kebiasaan, kerana biasanya janda selalunya cenderung melakukan perbuatan keji, berbeza dengan gadis, dia lebih 585

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 585

09/04/2010 23:07:31

Kitab Thaharah (Bersuci)

mampu menahan syahwat dan sentiasa berusaha menjauhi kaum lelaki. Apapun, maksud hadith ini adalah setiap perempuan yang sudah berusia baligh. Ada kemungkinan menyebutkan janda di sini dapat difahami jika dilarang berduaan dengan janda apatah lagi dengan anak gadis, bahkan larangannya lebih keras lagi.

,berkhalwat, iaitu berduaan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sehingga membolehkan mereka berdua melakukan perkara-perkara yang dilarang di sisi syariat Islam.
Fiqh Hadith 1. Haram berkhalwat dengan perempuan lain yang bukan mahram, baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam, namun dibolehkan berkhalwat bersama muhram, pendapat ini menurut ijma ulama. 2. Seorang lelaki dibolehkan berkhalwat dengan perempuan lain jika bersama mahram, tetapi khalwat di sini bukanlah khalwat yang sebenar. Penting Syiekh Taqyuddin dalam kitab Syarh al-Umdah berkata: Mahram bagi wanita adalah orang yang selamanya diharamkan untuk berkahwin dengannya, kecuali ibu yang disetubuhi kerana syubhat dan perempuan yang dilian. Mereka berdua selamanya haram untuk dikahwini, tetapi mereka bukan muhrim, demikian pula dengan Ummahatul Muminin (isteriisteri Rasulullah (s.a.w). Saudari wanita dan makciknya serta anaknya tidak termasuk mahram jika telah menikah dengan ibunya walaupun belum sempat bersetubuh.

,mahram bagi wanita itu, iaitu orang yang haram menikahinya untuk selama-lamanya.

,bersuami.

352- Daripada Abu Said (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda mengenai wanita tawanan Authas: Tidak dibolehkah berkumpul dengan wanita hamil hingga dia melahirkan dan begitu pula dengan wanita yang tidak 586

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 586

09/04/2010 23:07:31

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mengandung sehinggalah tidak datang bulan satu kali. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan dinilai sahih oleh Hakim: 1152).

353- Hadith ini mempunyai syahid daripada Ibn Abbas dalam riwayat alDaruquthni: 1153). Makna Keseluruhan Penggal pertama hadith ini telah dibahas dalam hadith Ruwaifi bin Tsabit sedangkan penggal kedua pula menegaskan bahawa tidak boleh menyetubuhi wanita tawanan atau hamba wanita yang baru dibeli hingga tiba masa satu kali haid. Inilah maksud hadith ini. Syarat haid ini bagi memastikan rahimnya bersih dari janin sehingga terhindar daripada percampuran keturunan. Analisis Lafaz

,nama sebuah lembah di negeri Hawazin yang terletak berhampiran Hunain.


,menyetubuhi.

,jamak ,wanita yang ditahan oleh tentera muslim kerana mereka berjaya mengalahkan musuh.

, hadith ini dinilai sahih oleh al-Hakim, meskipun di dalam sanadnya ada Syarik al-Qadhi, beliau banyak melakukan kesalahan. Apapun, hadith ini turut diriwayatkan melalui jalur lain secara mursal dan kuat. Ia turut mempunyai syahid seperti mana yang disebutkan oleh Ibn Hajar. Itulah sebabnya beliau menilainya hasan seperti yang ditegaskan Ibn Hajar dalam al-Talkhish. , maksudnya dalam Sunan al-Daruquthni.

,melahirkan.

Fiqh Hadith 1. Tentera muslim wajib memastikan bahawa rahim tawanan wanita telah bersih daripada janin dengan cara menunggunya hingga satu kali haid jika dia ingin menyetubuhinya sama ada tawanan wanita itu masih gadis ataupun janda, pendapat ini menurut jumhur ulama. Menurut ulama yang lain, ini berlaku jika rahimnya tidak dapat

587

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 587

09/04/2010 23:07:32

Kitab Thaharah (Bersuci)

dikenal pasti sama ada dia hamil ataupun sebaliknya. Jika telah dikenal pasti maka istibra tidak berlaku lagi baginya, pendapat ini diriwayatkan daripada Ibn Umar, Ali dan Imam Malik. 2. Dibolehkan bersenang-senang atau berseronok selain bersetubuh dengan tawanan perang wanita sebelum dilakukan istibra, kerana hadith ini hanya melarang bersetubuh sahaja. Mereka mengemukakan dalil dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Umar bahawa beliau berkata: Aku mendapat bahagian harta rampasan perang berupa seorang wanita pada waktu perang Jalaula. Aku melihat seolah-olah lehernya putih bagaikan perak. Aku pun tidak mampu lagi mengawal nafsuku hingga aku terus menciumnya. 3. Tawanan perang wanita yang hamil tidak boleh disetubuhi sehinggalah dia melahirkan anaknya. Penting Diqiyaskan dengan wanita perang adalah hamba wanita yang dibeli atau hamba wanita yang dimiliki dengan cara kepemilikan yang lain seperti hibah atau waris misalnya, kerana setiap permulaan kepemilikan dalam masalah ini mestilah mematuhi ketetapan ini.

354- Daripada Abu Hurairah (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w), beliau bersabda: Anak miliki pasangan suami isteri yang sah sedangkan anak bagi orang yang berzina tidakboleh dinasabkan kepadanya. (Muttafaq alaih daripada hadith Abu Hurairah: 1154).

355- Daripada hadith Aisyah (r.a) dalam satu kisah. (1155)

356- Daripada Ibn Masud (r.a) dalam riwayat al-Nasai. (1156)

357- Daripada hadith Utsman (r.a) dalam riwayat Abu Dawud (1157) 588

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 588

09/04/2010 23:07:32

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Keseluruhan Hadith ini mempunyai kisah yang dapat menjelaskan lagi maksudnya di mana Aisyah (r.a) meriwayatkannya bahawa bahawa:

Said bin Abu Waqqash dan Abd Zamah pernah bertengkar mengenai seorang anak. Saad berkata: Wahai Rasulullah, anak ini adalah anak saudaraku Utbah bin Abu Waqqash. Dia mengatakan kepada saya bahawa ini adalah anaknya. Lihatlah, bukankah anak ini mirip dengan ayahnya itu. Abd bin Zamah berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah saudaraku, dia lahir daripada katil ayahku hasil perkahwinannya dengan isterinya. Rasulullah (s.a.w) kemudian meneliti dan mendapati anak itu mirip dengan Utbah. Baginda bersabda: Ia bukan menjadi milikmu wahai Abd bin Zamah. Anak menjadi milik suami isteri yang sah dan orang yang berzina dijatuhi hukuman rejam. Maksudnya jika seorang anak lahir daripada seorang lelaki, maka itu anaknya dan menjadi miliknya, meskipun si perempuan telah melacurkan dirinya dengan orang lain, kerana lelaki yang berzina itu tidak mendapat nasab keturunan. Analisis Lafaz

,penzina. Ada yang mengatakan perbuatan zina dengan kalimat ini khusus pada malam hari sahaja. Apapun, kalimat ini hanya sekadar menunjukkan kebiasaan.
589

, maksudnya menjadi milik orang yang mempunyai isteri, iaitu suami kerana pada hakikatnya dialah yang meniduri wanita itu secara sah. Ini dikuatkan lagi dangan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa anak menjadi hak yang mempunya isteri. Al-Syaukani berkata: Ulama berbeza pendapat mengenai makna alfirasy. Menurut jumhur ulama, maknanya adalah isteri sedangkan menurut sekumpulan ulama, maknanya adalah perkahwinan.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 589

09/04/2010 23:07:33

Kitab Thaharah (Bersuci)

,tidak memiliki apa-apa hak. Istilah ini sangat terkenal di kalangan masyarakat Arab. Pendapat lain mengatakan maksud al-hajar adalah merejam penzina yang sudah pernah berkahwin. Maksud yang pertama lebih mendekati kebenaran.
Fiqh Hadith 1. Anak hendaklah dinisbahkan kepada ayahnya setelah al-firasy atau pernikahan ditetapkan, sementara al-firasy tidak dapat ditetapkan kecuali adanya kemungkinan menyetubuhi isteri dengan akad nikah yang sah dan fasid bagi wanita wanita merdeka,27 pendapat ini menurut pendapat jumhur ulama. Menurut Imam Abu Hanifah, jika seseorang telah melakukan akad dengan seorang perempuan, maka sabitlah hak al-firasy baginya, walaupun diketahui mereka belum pernah bersetubuh, bahkan meskipun dia menceraikan isterinya dalam majlis akad. Ibn Taimiyah mengkritik pendapat mazhab Hanafi dengan berkata: Apakah menurut bahasa dan tradisi seorang perempuan dianggap sebagai berhak diberi istilah al-firasy sebelum dilakukan persetubuhan ke atasnya? Mungkinkah syariat Islam menentukan nasab terhadap seseorang yang belum pernah menyetubuhi isterinya? 2. Keturunan hamba wanita yang disetubuhi oleh tuannya boleh dinisbahkan kepada kepada hamba wanita itu jika dia memang benar milik tuannya dan mahu mengakuinya. Dalilnya adalah hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah. Inilah pendapat Imam Malik, Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Ishaq dan sekumpulan ulama. Menurut Imam Abu Hanifah, keturunan tidak boleh ditetapkan kepada hamba wanita kecuali jika ada dakwaan anak berkenaan dan adanya pengakuan bahawa hamba wanita itu telah disetubuhi oleh tuannya tidak memadai untuk dijadikan sebagi bukti. Jika anak itu tidak membuat tuntutan, maka dia tidak mempunyai keturunan, sebaliknya dia tetap menjadi milik kepada tuan ibunya. Jika telah terbukti bahawa anak itu merupakan hasil persetubuhannya dengan tuannya, maka seluruh anak yang mereka lahirkan adalah tetap menjadi hak milik tuannya, meskipun tidak ada tuntutan daripada anaknya.

27 Ini keran nikah sah dan nikah fasid tidak menjadi hak hamba wanita, walaupun hadith ini bersifat umum.

590

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 590

09/04/2010 23:07:33

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Penting Mazhab Hanafi menjadikan hadith perselisihan Ibn Abu Waqqash dengan Abd bin Zamah sebagai dalil bahawa tidak boleh menetapkan nasab dengan cara qiyafah kerana adanya sabda Rasulullah (s.a.w): Anak dinisbahkan bagi perkahwinan yang sah (firasy) meskipun anak itu lebih menyerupai orang yang tidak ada memiliki perkahwinan yang sah. Bagi mereka, perkataan Anak dinisbahkan bagi perkahwinan yang sah (firasy) pada hakikatnya memberikan makna keterbatasan. Jika nasab anak itu boleh ditetapkan dengan qiyafah tentulah dia dinasabkan kepada Utbah bin Abu Waqqash. Imam al-Syafii dan sekumpulan ulama berpendapat bahawa nasab boleh ditetapkan dengan qiyafah dan kes perselisihan antara Ibn Abu Waqqash dengan Abd bin Zamah adalah pengecualian. Qiyafah dapat diberlakukan dalam kes seorang hamba wanita yang disetubuhi oleh pembeli dan penjual ketika masih dalam satu kali suci sebelum dilakukan istibra ke atasnya. Dalil mereka yang mengharuskan qiyafah dalam menetapkan nasab adalah hadith Mujazzaz al-Mudlaji ketika melihat kemiripan tapak kaki Usamah bin Zaid dengan ayahnya Zaid. Dia berkata: Kaki ini sangat mirip. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) gembira dengan perkataan Mujazzaz. Hadith ini diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Al-Shanani berkata: Ulama yang tidak mengakui qiyafah sebagai salah satu cara untuk menetapkan nasab mengemukakan pelbagai dalil bagi mengukuhkan pendapat mereka, meskipun dalil-dalil yang mereka gunakan cenderung berlebihan dan tidak ada kena mengena dengan permasalahan. Hukum syariat hendaklah ditetapkan berdasarkan zahir dalil. Berlebihan dalam menolak dalil yang sudah nyata tentunya mencerminkan fanatik mazhab buta yang tercela. Ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang mematuhi ajaran Allah dan Rasul-Nya. Soalan 1. Apakah takrif iddah, bela sungkawa dan istibra? 2. Sebutkan teks hadith Subaiah al-Aslamiyyah yang menceritakan dia bersalin setelah kematian suaminya? 3. Berapakah iddah wanita mengandung yang ditinggal mati oleh suaminya dan sebutkan pendapat ulama fiqh berserta dalil-dalil mereka? 4. Jika seorang perempuan melahirkan seketul daging, adakah itu sudah memadai untuk dikatakan bahaw dia sudah bersalin? 5. Jika hamba perempuan telah dimerdekakan, berapa iddahnya dan apa pula dalilnya?

591

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 591

09/04/2010 23:07:33

Kitab Thaharah (Bersuci)

6. Adalah perempuan yang ditalak tiga berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal dan sebutkan dalilnya? 7. Benarkah Umar (r.a) pernah mengatakan: Kami tidak meninggalkan Kitab Tuhan kami dan Sunnah Nabi kami dan sempurnakan perkataan ini? 8. Sebutkan teks hadith Ummu Athiyyah tentang bela sungkawa? 9. Huraikan makna kalimat berikut: , , , , , dan ! 10. Bolehkah seorang perempuan berkabung melebihi waktu tiga hari dan kepada siapakh dia dibolehkan berkabung melebihi waktu itu? 11. Boleh berkabung ke atas perempuan yang masih dalam usia kanakkanak dan sebutkan dalilnya? 12. Bolehkah berkabung bagi perempuan yang ditalak raji atau talak bain? 13. Adakah berkabung itu wajib? 14. Bolehkah bercelak bagi perempuan yang berkabung? Apakah yang dibolehkan bagi perempuan yang sedang berkabung dan apa pula dalilnya? 15. Bolehkah bagi perempuan yang berkabung memakai emas, permata dan lain sebagainya? Sebutkan dalilnya! 16. Huraikan maksud kalimat yang terdapat dalam hadith Ummu Salamah dan kemudian buatlah barisnya: , , dan ! 17. Bolehkah bagi perempuan yang berkabung menggunakan sesuatu benda yang boleh mempercantik wajah? Sebutkan dalilnya! 18. Bolehkah bagi perempuan yang beriddah keluar rumah? 19. Bolehkah bagi perempuan yang berkabung keluar meninggalkan rumahnya untuk menghabiskan masa iddahnya di rumah orang lain? 20. Wajibkah tempat tinggal bagi perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya? Sebutkan perbezaan pendapat dalam masalah ini! 21. Bincangkan ap yang dimaksudkan dengan perkataan Amr bin alAsh: Janganlah kamu mengkaburkan Sunnah Nabi kami? 22. Berapakah iddah ummul walad apabila ditinggal mati oleh tuannya? 23. Ulama fiqh berbeza pendapat tentang maksud quru, sebutkan perbezaan pendapat ini dan sebutkan dalil-dalil mereka! 24. Bolehkah menilai marfu hadith: ? 25. Siapakah ulama fiqh yang mengatakan bahawa jumlah talak hamba wanita sama dengan jumlah talak wanita merdeka dan sebutkan dalil 592

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 592

09/04/2010 23:07:33

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

mereka? 26. Jika seorang lelaki membeli hamba wanita atau memiliki wanita tawanan perangan, bolehkah dia menyetubuhinya dalam keadaan mengandung dan sebutkan dalilnya? 27. Apakah hukum wanita yang kehilangan suaminya dan sebutkan dalilnya? 28. Bincangkan hadith: ! 29. Apakah takrif mahram dan bincangkan takrif ini? 30. Jika seorang lelaki membeli hamba wanita yang sedang tidak mengandung, adakah dia boleh terus menyetubuhinya? 31. Bolehkah bersenang-senang atau berseronok dengan tawanan perang wanita tanpa menjimaknya sebelum dilakukan istibra? 32. Bincangkan hadith: ! 33. Dengan cara apakah menetapkan firasy menurut ulama fiqh? Sebutkan pendapat yang kuat menurut mereka! 34. Dengan cara apakah menetapkan firasy bagi hamba wanita? 35. Bolehkah menetapkan nasab dengan qiyafah dan sebutkan dalilnya?

593

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 593

09/04/2010 23:07:34

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB MENYUSUKAN ANAK

dibaca kasrah atau fathah pada huruf ra dan demikian pula dengan lafaz: .

358- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Satu hisapan dan dua hisapan masih belum mengharamkan. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1158)

359- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Wahai kaum wanita, lihatlah saudara-saudaramu sesusuan, sebab susuan itu kerana adanya rasa lapar. (Muttafaq alaihi: 1159). Makna Hadith Ketika Allah mengharamkan untuk mengahwini saudari perempuan yang sesusuan28, hadith ini datang menjelaskan apa sebenarnya yang

28

Allah (s.w.t) berrman:

dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, (Surah alNisa: 23)

594

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 594

09/04/2010 23:07:34

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

dimaksudkan dengan sesusuan, kerana ia tidak bersifat mutlak, di mana Rasulullah (s.a.w) mengatakan hanya satu sampai dua hisapan sahaja yang tidak menyebabkannya haram, dan apa yang diharamkan adalah hisapan susu yang boleh mengenyangkan dan menumbuhkan daging. Rasulullah (s.a.w) mengingatkan supaya umatnya berhati-hati dalam masalah ini, kerana padahnya sangat besar agar setiap orang tidak sewenang-wenang mendakwa dirinya adalah mahram si anak berkenan lantaran pernah menyusukannya satu kali hisapan. Analisis Lafaz

,satu kali hisapan ringan. Maksudnya bayi yang menghisap susu wanita ketika sedang menetek sebanyak satu kali hisapan dan demikian pula dengan dua kali hisapan, di mana ini tidak menjadikannya mahram bagi anak-anaknya. , susuan yang menjadikan seseorang itu mahram yang denganya dibolehkan berkhalwat adalah penyusuan yang boleh mengenyangkan rasa lapar. Hadith ini seolah-olah mengatakan jangan sekalikali kamu menganggap setiap susuan itu menjadi saudara sesusuan yang diharamkan untuk berkahwin, melainkan susuan itu boleh menghilangkan rasa lapar dan menumbuhkan daging. Hal ini sebagaimana yang disebutkan dalam hadith Ibn Masud ini: Tidak dinamakan susuan kecuali susuan yang memperkuat tulang dan menumbuhkan tulang dan hadith Ummu Salamah: Susuan tidak menjadikan seseorang itu mahram kecuali susuan yang menguatkan usus atau mengenyangkan.
Fiqh Hadith 1. Satu sampai dua kali hisapan bayi terhadap susu seorang perempuan tidak menjadikannya sebagai ibu susuan baginya dan tidak pula menjadikannya sebagai saudara sesusuan anaknya yang denganya menjadikan mereka muhram dan halal untuk berkhalwat. Ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Pertama, ada sebahagian ulama yang mengambil hukum berdasarkan zahir hadith ini di mana tiga kali hisapan hingga seterusnya menjadikan anak tersebut mahram. Inilah pendapat Abu Dawud al-Zahiri, Abu Tsaur dan Ibn al-Munzir. Kedua, ada sebahagian ulama mengatakan sekadar menyusu telah menjadikan anak tersebut menjadi mahram sama ada susuan 595

, jangan kamu menjadikan mahram kerana satu sampai dua kali hisapan hingga dengan demikian menjadi haram berkahwin.

,perhatikan dan berhati-hatilah.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 595

09/04/2010 23:07:34

Kitab Thaharah (Bersuci)

itu banyak ataupun sedikit. Inilah pendapat Ali, Ibn Abbas, Ibn alMusayyab dan al-Hasan al-Bashri, al-Zuhri, Qatadah, al-Auzai dan al-Tsauri. Hal serupa turut dikemukakan oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Mereka mengemukakan dalil bahawa Allah (s.w.t) telah telah mengaitkan hukum haram dengan sekadar adanya susuan. Jika sudah ada susuan, maka hukum haram pun wujud. Ada hadith yang bersifat mutlak dan ia selari dengan ayat al-Quran. Hadith tersebut berbunyi:

Apa yang diharamkan oleh susuan maka diharamkan pula dengan nasab. Dalil mereka pula adalah hadith Uqbah di mana Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Bagaimana lagi, kerana dia (perempuan itu) telah menyatakan bahawa kalian berdua pernah disusuinya. Hadith ini tidak memerincikan berapa jumlah susuan yang telah dilakukan oleh perempuan itu. Ulama berbeza pendapat mengenai ketentuan penyusuan ini sedangkan dalil mereka tidak lepas daripada sanggahan. Ketiga, tidak diharamkan kecuali sampai lima kali susuan, pendapat ini menurut Ibn Masud, Ibn al-Zubair, Atha dan Thawus. Inilah pendapat mazhab Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Ibn Hazam dan sekumpulan ulama. Mereka mengemukakan dalil dengan hadith Aisyah:

Ketika al-Quran masih diturunkan, sepuluh kali menyusui diharamkan, kemudian ketetapan ini dimansukh menjadi lima kali menyusui. Ketika Rasulullah (s.a.w) wafat, mereka tetap mengamalkan apa yang disebutkan oleh al-Quran. Mereka juga berdalil dengan hadith Aisyah yang menceritakan kisah Sahlah, di mana di dalamnya disebutkan sebanyak lima kali susuan.

596

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 596

09/04/2010 23:07:35

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Golongan ini menyanggah golongan pertama yang mengatakan sedikit atau banyaknya susuan menyebabkan si anak menjadi mahram, bahawa pernyataan mereka ditolak oleh hadith yang membincangkan masalah ini. Golongan ini turut menyanggah golongan kedua bahawa dalil mereka berdasarkan mafhum (tersurat) hadith, bukannya manthuq (tersirat) sedangkan manthuq mesti didahulukan ke atas mafhum dalam menggali hukum. Pendapat golongan ketiga lebih mendekati kebenaran. 2. Wajib berhati-hati dalam masalah susuan. Istilah menyusu sudah dapat dilakukan meskipun hanya sekali. Jika bayi telah menetek susu seorang perempuan lalu menghisapnya kemudian dia melepaskannya dengan kemahuannya tanpa wujud sesuatu yang memaksanya untuk terus menyusu dan menurut perkiraan dia telah kenyang dengan susuan itu, maka itu sudah dinamakan menyusu. Sedangkan berhenti menyusu kerana ada suatu keadaan yang memaksanya untuk berhenti menyusu seperti menarik nafas, istirehat sekejap atau ada sesuatu yang mendorongnya menghentikan susuan dalam waktu yang singkat, kemudian dia kembali menyusu dalam waktu yang tidak lama, maka keadaan itu tetap disebut sebagai satu kali susuan. Inilah perkataan Imam al-Syafii dan ia selari dengan kefahaman dari segi bahasa. Hadith ini menegaskan bahawa meminum air susu wanita yang menyusu sebagai makanan bayi menjadikannya mahram sama ada ia diminum, disuntik ataupun diinfus, kerana bayi menjadi kenyang dan sihat dengan meminum susu tersebut, pendapat ini menurut jumhur ulama. Menurut mazhab Hanafi pula cara seperti ini tidak menjadikan bayi tersebut mahram, kerana ia tidak disebut sebagai menyusui. Ibn Taimiyah berkata: Ulama bersepakat bahawa apa-apa yang diharamkan dengan adanya nasab keturunan juga diharamkan dengan adanya penyusuan. Jika seorang wanita menyusui seorang bayi sebanyak lima kali susuan dan itu dilakukan sebelum bayi berusia dua tahun, maka dia menjadi anak bagi wanita yang menyusui itu. Ini merupakan kesepakatan ulama. Dia juga menjadi anak kepada suami wanita tersebut dan seluruh anaknya menjadi saudara yang disusuinya, sama ada anak mereka sebapa, seibu atau anak kandung dan sama ada anak yang dia lahirkan itu sebelum atau sesudah menyusui anak tersebut. Oleh yang demikian, seluruh ahli keluarga wanita berkenaan menjadi ahli keluarga anak yang disusuinya, anak-anaknya menjadi saudaranya, ayahnya menjadi datuknya dan ibunya menjadi neneknya, saudara wanita itu menjadi pakciknya dan saudarinya menjadi makciknya. 597

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 597

09/04/2010 23:07:35

Kitab Thaharah (Bersuci)

Ahli keluarga suaminya pula menjadi ahli keluarga anak yang menyusu kepada isterinya. Namun saudara anak yang disusuinya yang senasab atau saudara sesusuan lain yang berbeza susuan tidak boleh dijadikan sebagai ahli keluarganya. Semua ini berdasarkan kesepakatan ulama.

360- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Sahlah binti Suhail datang lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Salim mawla Abu Hudzaifah hidup bersama kami dalam satu rumah. Dia sudah dewasa. Baginda bersabda: Susuilah dia, nescaya engkau menjadi mahram ke atasnya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1160). Makna Hadith Ibn Hajar mengemukakan hadith ini bagi mengisyaratkan bahawa sabda Rasulullah (s.a.w) telah dikhususkan dengan hadith Sahlah ini, di mana menyusui anak yang sudah besar juga menjadikannya sebagai mahram meskipun dia tidak masuk ke dalam kategori susuan yang menyebabkan kenyang atau masa pertumbuhan. Kisah hadith ini adalah Abu Hudzaifah mengangkat anak yang bernama Salim. Salim seorang mawla kepada seorang perempuan Anshar. Allah kemudian menurunkan ayat berikut:

Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. (Surah al-Ahzab: ) Setelah itu, setiap anak wajib dinasabkan kepada ayahnya sedangkan anak yang tidak mempunyai ayah dijadikan sebagi saudara seagama. Ketika itu, Sahlah datang untuk menceritakan kisah ini dan ini merupakan ringkasan hadith dalam Sunan Abu Dawud.

598

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 598

09/04/2010 23:07:36

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,periwayat hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, yakni Aisyah (r.a). Sahlah binti Suhail bin Amr, masuk Islam sejak awal lagi, kemudian berhijrah bersama suaminya Abu Hudzaifah ke Habsyah. Di Habsyah mereka dikurniakn seorang anak bernama Muhammad. ,dalam riwayat Imam Ahmad dan Muslim disebutkan: (janggutnya sudah mula tumbuh).

,dalam riwayat Muslim disebutkan: Dia (Sahlah) berkata: Bagaimana mungkin saya menyusuinya (Salim), sementara dia seorang lelaki yang sudah dewasa? Rasulullah (s.a.w) pun tersenyum dan bersabda: Saya pun tahu dia seorang lelaki yang sudah dewasa. Menurut al-Qadhi Iyadh, ada kemungkinan Sahlah terlebih dahulu memerah air susunya kemudian memberinya minum kepada Salim. Dia kemudian meminum air susunya tanpa menghisap payudaranya. Inilah tafsiran yang lebih baik. Namun ada pula kemungkinan baginda membenarkan Salim menyusu secara terus menyusu kepada Sahlah kerana itu memang diperlukan dan ini merupakan satu pengkhususan bagi seorang perempuan yang ingin menyusukan orang yang sudah dewasa. Sambungan hadith ini menurut riwayat Abu Dawud sebagai berikut:

599

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 599

09/04/2010 23:07:36

Kitab Thaharah (Bersuci)

Sahlah binti Suhail bin Amr al-Qurasyi al-Amiri yang merupakan isteri Hudzaifah berkata: Wahai Rasulullah, kami anggap Salim itu sebagai anak kandung kami. Dia tinggal di rumah kami yang di dalamnya terdiri daripada saya, Abu Hudzaifah dan Salim. Dia mengangapku bukan mahram. Allah (s.w.t) pun telah menurunkan hukum tentang mereka. Bagaimana cara menyelesaikan masalah ini? Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Kalau begitu, susuilah dia. Sahlah pun menyusui Salim sebanyak lima kali susuan yang dengannya dia dianggap sebagai anak susuan Sahlah. Dengan cara ini, Aisyah pun menyuruh anak saudara dan saudarinya supaya menyusu kepadanya. Penyusuan itu dilakukan sebanyak lima kali meskipun yang disusuinya itu sudah dewasa. Tujuan berbuat demikian, dia kekal bebas melihat keponakanya dan bebas pula masuk ke dalam rumahnya. Namun Ummu Salamah dan isteri-isteri Rasulullah (s.a.w) yang lain enggan berbuat demikian dan tidak mahu menyusukan orang lain dengan tujuan bebas masuk ke dalam rumah mereka melainkan anak itu telah disusuinya sejak usia bayi lagi. Pada suatu hari, mereka pernah menegur perbuatan Aisyah itu dengan berkata: Kami tidak dapat memastikan bahawa apa yang dilakukan oleh Sahlah itu merupakan keringanan khusus yang diberikan Rasulullah (s.a.w) kepadanya dan juga salim sehingga ketetapan ini tidak boleh diterapkan kepada orang lain. Dalam sanad riwayat Abu Dawud ini terdapat Anbasah seorang periwayat yang statusnya masih diragui. Apapun, dia seorang yang shaduq. Al-Bukhari meriwayatkan hadithnya dan demikian pula ulama hadith yang lain. Fiqh Hadith Susuan yang dilakukan hingga lima kali menjadikan seseorang yang disusuinya itu menjadi mahram meskipun orang yang menyusui sudah dewasa. Jumlah susuan yang dilakukan sebanyak lima sememangnya telah disepakati oleh ulama bahaw ia menjadikan seseorang sebagai mahramnya. Namun adakah ketetapan ini turut berlaku bagi orang yang sudah dewasa, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Kumpulan yang berpendapat bahawa menyusukan orang dewasa tetap menjadikannya sebagai mahram adalah Aisyah, Ali, Urwah, Atha, alLaits bin Saad, Abu Muhammad bin Hazm, Dawud al-Zahiri. Dalil mereka hadith ini dan firman Allah (s.w.t):

dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, (Surah al-Nisa: 23) Ayat ini bersifat mutlak tanpa ada ketentuan yang bersifat khusus. 600

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 600

09/04/2010 23:07:36

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Sementara majoriti jumhur sahabat, tabiin dan imam mazhab mengatakan orang dewasa yang menyusu air susu seorang perempuan tidak menjadikanya sebagai mahramnya. Bagi mereka, tidak diharamkan menyusui kecuali ketika masih dalam masih kecil. Mereka kemudian berbeza pendapat dalam menentukan batasan kanak-kanak yang masih kecil itu. Sebahagian besar mereka mengatakan susuan yang menjadikan sebagai mahram adalah penyusuan yang dilakukan selama anak masih dalam usia dua tahun. Dalil mereka firman Allah (s.w.t):

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; (Surah al-Baqarah: ) Ulama yang lain pula mengatakan susuan yang menjadikan sebagai mahram adalah penyusuan yang dilakukan sebelum anak tersebut disapih sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Ummu Salamah. Jumhur ulama yang mengatakan susuan tidak diharamkan kecuali dilakukan dalam usia yang masih kecil, mengemukakan dalil dengan hadith:

Sebab susuan itu kerana adanya rasa lapar. Ini bererti anak itu kenyang kerana meminum air susu ibu yang menyusuinya dan dia hanya memakan air susu. Jadi, orang dewasa tidak termasuk ke dalam pengertian hadith. Jumhur ulama menyanggah kisah Sahlah bahawa peristiwa ini bersifat khusus bagi Sahlah seperti mana yang pernah ditegaskan oleh Ummu Salmah dan ada pula kemungkinan kisah ini telah dimansukh. Tambahan pula kisah ini terjadi pada permulaan hijrah ketika ayat ini diturunkan: Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. (Surah al-Ahzab: 5) Sedangkan hadithhadith yang mengharamkan penyusuan bagi kanak-kanak diriwayatkan oleh sahabat-sahabat yang belakangan masuk Islam seperti Abu Hurairah. Adapun berdalil dengan hadith yang mengatakan bahawa penyusuan yang diharamkan kerana adanya rasa lapar maka dalil itu berdasarkan mafhum hadith, sementara dalil manthuq (tersurat) lebih didahulukan berbanding dalil mafhum (tersirat). Dakwaan peristiwa ini bersifat khusus dan hanya berlaku kepada Sahlah tidak boleh diterima melainkan ada dalilnya sementara kita tidak menemukan adanya dalil yang mengatakn demikian, kerana Rasulullah (s.a.w) sentiasa menjelaskan suatu ketetapan hukum yang bersifat khusus, 601

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 601

09/04/2010 23:07:37

Kitab Thaharah (Bersuci)

seperti pengkhusussan Abu Burdah yang dibenarkan menyembelih kambing kacang sebagai qurban. Dakwaan yang mengatakan hadith ini mansukh tidak boleh diterima kerana dakwaan ini tidak terlepas daripada sekadar adanya kemungkinan. Ini kerana tidak menolak kemungkina seorang sahabat yang belakang masuk Islam meriwayatkan hadith daripada sahabat yang lebih dahulu masuk Islam. Perkataan Sahlah: Bagaimana mungkin saya menyusuinya (Salim) sedangkan dia seorang dewasa? menunjukkan beliau tahu yang penyusuan hanya dilakukan kepada kanak-kanak, bukannya kepada orang dewasa. Dalil jumhur ulama pun tidak lepas daripada kritikan. Ibn Taimiyah berusaha menggabungkan antara dua pendapat yang berbeza ini dengan berkata: Penyusuan memang dilakukan ke atas kanak-kanak yang masih kecil melainkan ada keperluan yang mendesak hingga terpaksa menyusukan orang yang sudah dewasa kerana dia sering masuk ke dalam rumah perempuan terbabit dan dia pula sukar untuk untuk sentiasa memakai pakaian yang serba tertutup. Inilah yang berlaku bagi Salim dan isteri Abu Hudzaifah. Selain kes ini, susuan hanya berlaku bagi kanak-kanak yang masih kecil. Ini merupakan satu cara bagaimana menggabungkan dua pemahaman yang sememangnya bercanggah antara satu sam lain.

361- Daripada Aisyah (r.a) bahawa Aflah saudara Abu al-Quais datang minta izin kepada Aisyah setelah diturunkan ayat perintah hijab. Aisyah berkata: Saya tidak mahu memberi kebenaran kepadanya. Ketika Rasulullah (s.a.w) datang, saya memberitahukan kepada baginda api yang telah saya lakukan tadi. Baginda kemudian menyuruhku memberi izin kepadanya untuk masuk kepadaku kemudian baginda bersabda: Dia adalah bapa saudaramu. (Muttafaq alaihi: 1161). Makna Hadith Abu al-Quais saudara Aflah merupakan suami kepada seorang perempuan yang pernah menyusui Aisyah (r.a). Aflah kemudian datang meminta izin untuk masuk ke dalam rumahnya, sementara Aisyah tidak tahu bahawa saudara suami perempuan yang pernah menyusuinya itu merupakan bapa

602

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 602

09/04/2010 23:07:37

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

saudara yang menyusui dirinya. Aisyah pun tidak mengizinkannya masuk ke dalam rumahnya hingga perkara ini ditanyakan kepada Rasulullah (s.a.w) dan baginda memberitahukan hukum yang sebenar. Lafaz hadith ini menurut Abu Dawud adalah sebagai berikut:

Aflah bin Abu al-Quais hendak masuk ke rumahku, kemudian aku segera memasang hijab. Dia berkata: Kenapa kamu memakai hijab sedangkan aku adalah bapa saudaramu? Aku menjawab: Dari sebelah yang mana itu? Dia berkata: Kamu telah disusui oleh isteri saudaraku. Aku menjawab: Orang yang menyusuiku seorang wanita, bukan lelaki. Rasulullah (s.a.w) pun datang dan aku segera menceritakan apa yang berlaku tadi. Mendengar itu, baginda bersabda: Dia itu bapa saudaramu. Suruhlah dan pelawalah dia masuk ke dalam rumah. Analisis Lafaz

,periwayat hadith sama dengan hadith sebelumnya, yakni daripada Aisyah (r.a).

mengatakan dia adalah mawla Ummu Salamah. , Ibn Hajar menyebut nama dan gelaran saudara Abu al-Quais dalam kisah yang panjang, kemudian beliau berkata: Menurut Ibn Abdul Barr, saya tidak menemukan Abu al-Quais disebutkan di dalam hadith selain dalam riwayat ini.

,Aflah merupakan mawla Rasulullah (s.a.w), namun ada yang

,dalam riwayat Abu Dawud disebutkan bahawa dia tidak meminta izin. Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari berkata: Cara menggabungkan kefahaman dua riwayat ini bahawa pada waktu pertama kali datang, Aflah masuk ke dalam rumah Aisyah tanpa meminta izin terlebih dahulu lalu Aisyah segera memakai hijab dan perbincangan di antara mereka berdua terjadi. Aflah kemudian datang untuk kali kedua sambil meminta izin, kerana dia mengira bahwa Aisyah telah menerimanya, tetapi beliau tidak memberinya izin masuk ke dalam rumahnya sehingga akhirnya Rasulullah (s.a.w) mengizinkannya masuk ke dalam rumah.

603

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 603

09/04/2010 23:07:38

Kitab Thaharah (Bersuci)

Fiqh Hadith 1. Susuan menyebabkan muhrim ke atas suami bagi perempuan yang menyusukan anak tersebut. Dengan erti kata lain, hukum susuan juga berlaku ke atas suami kepada perempuan yang telah menyusukan anak tersebut dan demikian pula dengan ahli keluarganya. Ini kerana susu perempuan tersebut boleh keluar lantaran air suami dan isteri secara bersamaan. Jadi kedudukan suami sama dengan perempuan (ibu) yang menyususinya, pendapat ini menurut majoriti sahabat, tabiin dan para imam seperti al-Auzai, al-Tsauri, Imam Abu Hanifah, Ibn Juraij, Imam Malik, Imam al-Syafii, Imam Ahmad, Ishaq dan Abu Tsaur. Dalil mereka adalah hadith ini. Manakala Ibn Umar, Ibn al-Zubair, Rafi bin Khadij, Aisyah, Ibn al-Munzir, Dawud al-Zahiri pula berpendapat bahawa hukum susuan tidak berlaku ke atas suami kepada perempuan yang menyusukan anak tersebut, kerana susuan hanya dilakukan oleh wanita dan air susu hanya keluar daripadanya. Dalil mereka adalah firman Allah (s.w.t):

2.

3.

4. 5. 6. 7. 8. 9.

dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, (Surah al-Nisa: 23) Apapun, dalil disanggah bahawa ayat ini tidak bercanggah dengan hadith di atas. Seseorang yang mengaku telah disusui oleh seorang perempuan dan dia kemudian membenarkannya maka diantara mereka berdua berlakulah hukum susuan dan tidak perlu dibuktikan. Susuan yang sedikit sama dengan susuan yang banyak di mana kedua-duanya sama-sama menyebabkan berlakunya mahram, kerana Aisyah tidak memberi gambaran susuan itu secara terperinci. Kenyataan ini dapat disanggah bahawa Aisyah lebih mengetahui berbanding orang lain hingga tidak perlu lagi memerincikannya. Seseorang yang merasa ragu mengenai suatu permasalahan hendaklah terlebih dahulu menanyakannya kepada ulama. Jika seseorang masih merasa tidak yakin terhadap sesuatu, maka hendaklah pendakwa dituntut mendatangkan bukti. Wajib bagi wanita untuk berhijab ketika bercakap dengan wanita lain. Seorang mahram disyariatkan meminta izin atau mengetuk pintu muhrimnya ketika hendak bertamu. Seorang isteri tidak boleh memberi izin masuk ke dalam rumahnya melainkan setelah mendapat kebenaran daripada suaminya. Boleh memberi nama anak dengan nama Aflah meskipun ada hadith lain yang melarangnya. 604

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 604

09/04/2010 23:07:38

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

362-Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Semasa ayat al-Quran diturunkan, sepuluh kali susuan yang tertentu dapat mengharamkan, kemudian ia dimansukh dengan lima kali susuan tertentu. Rasulullah (s.a.w) pun wafat sedangkan al-Quran masih seperti yang dibaca tanpa wujud perubahan. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1162). Makna Hadith Perbahasan hadith ini telah pun dibahas pada dua hadith tentang susuan sebelum ini. Analisis Lafaz

, maksudnya ketetapan memansukh lima kali susuan merupakan paling akhir sekali diturunkan sehingga Rasulullah (s.a.w) wafat sedangkan sebahagian orang masih tetap membaca kemudian mereka menjadikannya sebagai al-Quran yang sentiasa dibaca, kerana berita ayat dimansukh tidak diketahui oleh ramai orang kerana waktunya terlampau dekat dengan kewafatan baginda. Ketika mereka mengetahui ayat ini telah dimansukh, mereka sepakat untuk tidak membacanya lagi.
Fiqh Hadith Jumlah susuan paling sedikit yang diharamkan adalah lima kali susuan. Penting Al-Shanani berkata: Pendapat yang mengatakan hadith Aisyah ini tidak termasuk al-Quran, kerana al-Quran tidak boleh ditetapkan berdasarkan khabar ahad dan ia pula bukan hadith kerana tidak diriwayatkan sebagai hadith adalah ditolak. Ini kerana meskipun ia bukan al-Quran, namun hukumnya sama seperti apa yang tertera di dalam al-Quran. Aisyah meriwaytkan 605

,periwayat hadith sama dengan hadith sebelumnya, yakni daripada Aisyah (r.a).

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 605

09/04/2010 23:07:38

Kitab Thaharah (Bersuci)

hadith daripada Rasulullah (s.a.w). Oleh itu, ia memiliki kedudukan yang sama sepeti mana hadith yang lain dan boleh dijadikan sebagai sandaran dalam beramal. Beberapa ulama telah menjadikan pegangan dalaml beramal seperti Imam al-Syafii dan Imam Ahmad sedangkan mazhab Hanafi berpegang dengan qiraat Ibn Masud: )) dengan menambah perkataan ( maka hendaknya berpuasa tiga hari) dengan menambahkan (berturut-turut). Demikian pula dengan qiraat Ubai yang menjadi pegangan Imam Malik: ) ) dengan menambah ( jika ia mempunyai saudara atau saudari) dengan menambahkan (dari sebelah ibu). Jadi, tidak ada alasan untuk tidak menjadikan hadith ini sebagai pegangan dalam beramal.

363- Daripada Ibn Abbas (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah ditawarkan untuk mengahwini anak perempuan Hamzah, lalu baginda bersabda: Dia tidak halal bagiku. Dia adalah anak perempuan saudara sesusuan. Apaapa yang diharamkan kerana nasab juga diharamkan kerana sesusuan. (Muttafaq alaihi: 1163). Makna Hadith Hadith ini menegaskan bahawa apa yang diharamkan dengan sebab susuan turut diharamkan dengan sebab keturunan, namun di sini ditambahkan bahawa pengharaman yang datang menerusi sesuan mestilah diambil kira, meskipun selama ini pertalian keluarga selalunya mengutamakan hubungan keturunan. Jadi tidak boleh dikatakan pertalian keluarga ditetapkan dengan nasab keturunan dan oleh kerannya, pertalian sesuan tidak perlu diambil kira. Ini kerana Hamzah merupakan bapa saudar Rasulullah (s.a.w), namun begitu baginda menganggap nak perempuan bapa saudaranya sebagai saudarinya juga. Analisis Lafaz ,dengan membaca dhammah huruf hamzah dan mabni li al-majhul, orang yang berkata di sini adalah Ali bin Abu Thalib sebagaimana menurut riwayat Muslim.

606

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 606

09/04/2010 23:07:39

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

, ulama hadith berbeza pendapat dalam menentukan namanya; ada yang mengatakan namanya Umamah, Umarah, Salma, Aisyah, Fathimah, Amatullah dan Yala.
Fiqh Hadith Haram menikahi anak bapa saudara jika anak saudara itu telah menjdi satu susuan dengan bapa saudaranya, kerana apa yang diharamkan dengan sebab nasab juga diharamkan denga sebab susuan.

364- Daripad Ummu Salmah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak haram dari susuan kecuali apa yang boleh membesarkan usus dan anak yang menyusu itu belum disapih. (Diriwayatkan oleh alTirmidhi yang dinilainya sahih dan demikian pula al-Hakim: 1164). Perbahasan hadith ini telah dibahas dalam hadith yang pertama bab menyusukan anak.

365- Daripada Ibn Abbas (r.a), beliau berkata: Menyusukan tidak mengharamkan kecuali dilakukan selama dua tahun. (Diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan Ibn Adi dalam keadaan marfu dan mawquf, namun mereka merajihkannya mawquf: 1165). Perbahasan hadith ini telah dibahas dalam hadith yang pertama bab menyusukan anak. Al-Daruquthni dan Ibn Adi cenderung merajihkan riwayat ini sebagai mawquf, kerana al-Haitsam bin Jamil seorang diri yang menilainya marfu daripada Ibn Uyainah. Ulama yang lain seperti Said bin Manshur menentangnya dengan menetapkan hadith mawquf. Perkataan Ibn Abbas ini turut diriwayatkan daripada Umar dan Ibn Masud.

607

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 607

09/04/2010 23:07:39

Kitab Thaharah (Bersuci)

366- Daripada Ibn Masud (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak ada penyusuan yang dapat mengharamkan kecuali susuan yang dapat menguatkan tulang dan menumbuhkan daging. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud: 1166). Makna Hadith Perbahasan hadith ini telah dibahas dalam hadith pertama bab menysukan anak. Analisis Lafaz

, menurut pendapat yang sahih, hadith ini mawquf bukannya marfu.


Fiqh Hadith Susuan yang menjadikanya sebagai mahram adalah susuan yang dilakukan ketika masah kanak-kanak.

,kuat, kokoh dan tumbuh serta berkembang.

367- Daripada Uqbah bin al-Harits (r.a) bahawa beliau berkahwin dengan Ummu Yahya binti Abu Ihab. Lalu ada seorang perempuan datang dan berkata: Saya benar-benar telah menyusui kamu berdua. Uqbah kemudian bertanya mengenai masalah ini kepada Rasulullah (s.a.w). Baginda menjawab: Bagiamana lagi kerana sudah ada pengakuan yang kalian adalah saudara sesuan? Baginda kemudian memisahkan antara mereka berdua dan Ummu Yahya kemudian berkahwin lagi dengan lelaki lain. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1167).

608

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 608

09/04/2010 23:07:40

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Hadith ini mempunyai dua maksud, iaitu: Pertama, kesaksian ibu susuan boleh diterima walaupun dia seorang diri, keran dalam hadith ini tidak disebutkan bahawa ada orang lain yang bersaksi selain dirinya. Al-Bukhari telah membuat satu bab khusus mengenai masalah ini. Kedua, jika telah diketahui bahawa suami isteri itu ternyata saudara sesusuan, maka mereka berdua wajib segera dipisah, meskipun salah satu di antara mereka bukan anak kandung bagi ibu yang menyusui tersebut. Analisis Lafaz

,dalam satu riwayat oleh al-Bukhari ditetapkan bahawa namanya adalah Sauda. Dalam satu riwayat yang lain disebutkan dia adalh mawla kepada salah seorang penduduk Makkah. Dalam riwayat lain oleh al-Bukhari disebutkan bahawa dia seorang hamba sahaya berkulit hitam. Inilah yang betul meskipun namanya tidak diketahui. Manakala isteri Uqbah pula adalah Ummu Yahya dan namanya adalah Ghaniyyah namun ada pula yang mengatakan namanya Zainab. ,: yakni bagaimana kamu tidak boleh menceraikan isterimu, sementara ada orang yang mengakui bahawa kamu berdua tumbuh besar daripada satu ibu susuan. Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa Rasulullah (s.a.w) berpaling sebelum mengatakan demikian.
Fiqh Hadith 1. Pengakuan ibu susuan terhadap anak susuannya boleh diterima meskipun dia mengaku tanpa dikuatkan oleh saksi. Inilah pendapat Utsman, Ibn Abbas, Imam Ahmad, al-Zuhri, al-Hasan, al-Auzai, Ishaq, al-Bukhari dan sekumpulan ulama. Menurut Imam Malik, pengakuan ibu susuan tidak boleh diterima kecuali disertai dua orang wanita yang lain sebagi saksi. Menurut mazhab Hanafi, pengakuan ibu susuan sama seperti pengakuan orang yang lain, di mana dia wajib menghadirkan dua orang lelaki adil sebagai saksi atau satu orang lelaki dan dua orang wanita, dan tidak boleh diterima pengakuan jika hanya dilakukan oleh ibu susuan sahaja. Menurut Imam al-Syafii, pengakuan ibu susuan bersama tiga orang wanita sebagai saksi boleh diterima dengan syarat tidak meminta upah. Mazhab Maliki, Hanafi dan Syafii menjawab hadith ini bahawa ia bersifat sunat bagi mengelakkan perkara-perkara syubhat. Apapun, kenyataan mereka disanggah keran pendapat mereka ini bercanggah dengan zahir lafz

609

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 609

09/04/2010 23:07:40

Kitab Thaharah (Bersuci)

hadith, di mana di dalamnya disebutkan: Bagaimana kalian tidak diceraikan, sementara ada orang yang mengaku bahawa kalian dibesarkan dari satu ibu susuan? Dalam satu riwayat disebutkan Tinggalkan dia (isterimu) itu. 2. Disunatkan menanyakan suatu perkara yang masih syubhat atau samar, malah dianjurkan mencari orang yang dapat dijadikan sebagai pakar rujuk untuk menanyakan perkara yang dianggap masih samar atau syubhat. Dalam kaitan ini al-Bukhari menulis dalam kitab Ilmu: bab bepergian untuk menanyakan permasalahan yang sedang terjadi di mana beliau menulis satu hadith yang antara isinya: kemudian dia menaiki unta ke Madinah menemui Rasulullah (s.a.w) menanyakan perkara yang sedang difikirkanya. Periwayat Hadith Uqbah bin al-Harits bin Amir bin Naufal, Abu Sirwaah al-Naufali. Beliau yang membunuh Khubaib bin Adi sebelum masuk dia masuk Islam, kemudian dia memelik Islam setelah pembukaan kota Makkah. Beliau adalah sahabat yang tinggal di Makkah, meriwayatkan hadith daripada Rasulullah (s.a.w), Abu Bakar dan Jubair bin Muthim. Antara orang yang mengambil riwayat hadith daripadanya adalah Abu Mulaikah dan sekumpulan ulama. Hadithnya dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Ashhab al-Sunan selain Ibn Majah.

368- Daripada Ziyad al-Sahmi (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) melarang daripada memminta perempuan bodoh untuk menyusui. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud secara mursal, sedangkan Ziyad pula bukan seorang sahabat: 1168). Makna Hadith Seperti sedia maklum, susuan memiliki pengaruh kesan dalam membentuk mentaliti dan kejiwaan seorang anak, malah pertumbuhan seorang anak banyak ditentukan oleh perilaku orang yang menyusuinya. Hadith ini melarang untuk menyusukan anak kepada orang bodoh. Ini bagi mengelak kekhuatiran bahawa sifat bodoh ibu susuan itu menjangkiti si anak yang sedang disusuinya.

610

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 610

09/04/2010 23:07:40

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Analisis Lafaz

,lemah akal dan memiliki ingatan yang lemah.


Fiqh Hadith Dianjurkan untuk memilih ibu susuan yang soleh dan bijak. Soalan 1. Apakah yang diharamkan dari susuan? Sebutkan pendapat ulama fiqh, dalil mereka dan rajihkan di antara sekian pendapat itu? 2. Cuba anda beri baris kalimat ! 3. Adakah meminum air susu perempuan yang menyusui diqiyaskan dengan susuan yang secara langsung? 4. Bincangkan makna sabda Rasulullah (s.a.w): ! 5. Sahkah menetapkan hukum haram susuan bagi orang dewasa dan apa pula dalilnya? 6. Adakah susu haiwan boleh mengharamkan seperti mana susu manusia dan apa pula dalilnya? 7. Sebutkan teks hadith permohonan Aflah untuk memasuki rumah Aisyah (r.a) dan sebutkan pula hukum-hakam yang ada di dalamnya! 8. Apakah maksud perkataan Aisyah tentang lima kali susuan: 9. Ulama menegaskan bahaw tiada apa yang boleh dijadikan dalil dalam perkataan Aisyah: . Apa yang mereka perkatakan dalam masalah ini dan bagaimana pula cara menyanggah dakwaan mereka itu? 10. Adakah anak perempuan bapa saudara diharamkan apabila bapa saudara pernah menyusu dengan anak saudaranya daripada seorang perempuan yang sama? Sebutkan dalilnya? 11. Sebutkan teks hadith Uqbah bin al-Harits ketika berpisah dengan isterinya lantaran mereka adalah saudara sesusuan? 12. Bolehkah diterima kesaksian seorang perempuan yang menyusui? 13. Sebutkan teks hadith yang menyuruh untuk memilih ibu susuan yang baik dan pilihan dan bincangkan pula sanad hadithnya?

611

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 611

09/04/2010 23:07:41

Kitab Thaharah (Bersuci)

BAB NAFKAH

Nafkah adalah sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk memenuhi keperluan, baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain, seperti makanan, minuman dan lain-lain.

369- Daripada Aisyah (r.a), beliau berkata: Hindun binti Utbah isteri Abu Sufyan pernah datang menjumpai Rasulullah (s.a.w) lalu berkata: Wahai Rasulullah, Abu Sufyan seorang yang kedekut; dia tidak memberi nafkah yang cukup untuk diriku dan anak-anakku kecuali apabila hartanya itu aku ambil tanpa sepengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana perbuatanku itu? Baginda menjawab: Ambillah hartanya untuk mencukupi keperluanmu dan anak-anakmu dengan cara yang baik. (Muttafaq alaihi: 1169) Makna Hadith Ada ketikanya dalam keadaan tertentu, seorang suami tidak mahu memberi nafkah kepada keluarganya sedangkan mereka memerlukan nafkah untuk memenuhi keperluan seharian supaya tubuh mereka tetap sihat dan kuat. Abu Sufyan jenis orang kedekut dalam memberi nafkah kepada rumah tangganya dan tidak pernah memenuhi kewajipannya sebagai seorang suami. Isterinya kemudian datang menjumpai Rasulullah (s.a.w) menanyakan apa 612

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 612

09/04/2010 23:07:41

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

yang dialaminya akibat perlakukan suaminya itu. Dia mengadu bahawa dia tidak pernah mendapat wang belanja daripada suami kecuali apa yang diambilnya secara diam-diam tanpa sepengetahuan suaminya; adakah perbuatan tersebut dilarang atau dibolehkan di sisi syariat? Rasulullah (s.a.w) menjelaskan bahawa selagi dia mengambilnya sesuai dengan keperluan, maka itu tidak berdosa, kerana ap yang diambilnya hanyalah sekadar keperluan yang tidak melebihi kewajipan yang sememangnya wajib dikeluarkan oleh suaminya. Analisis Lafaz Hindun binti Utbah bin Rabiah bin Abd Syams bin Abd Manaf. Dia masuk Islam pada tahun pembukaan kota Makkah setelah suaminya terlebih dahulu masuk Islam. Sebab dia enggan masuk Islam sebelum ini kerana ayahnya Utbah, bapa saudaranya Syaibah dan saudaranya al-Walid mati terbunuh di tangan tentera kaum muslimin pada waktu Perang Badar. Semasa Perang Uhud, Hamzah pun mati syahid. Dia sangat gembira di atas kematian Hamzah. Dia mengoyak perut Hamzah dan memakan hatinya, kemudian memuntahkannya semula. Allah kemudian memberinya hidayah masuk Islam ketika pembukaan kota Makkah. Dia meninggal dunia pada bulan Muharram tahun ke- Hijrah. Abu Sufyan, Sakhr bin Harb bin Umayyah bin Abd Syams, salh seorang tokoh Quraisy, masuk Islam pada tahun pembukaan kota Makkah sebelum isterinya masuk Islam ketik tentara Islam berjaya merebut Makkah. Dia ditangkap oleh pasukan tentera Islam dan kemudian dihadapkan kepada Rasulullah (s.a.w), namun al-Abbas telah memberi jaminan kepadanya lalu masuk Islam. Rasulullah (s.a.w) berkata kepada penduduk Makkah: Barang siapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan, maka dia selamat. Dia meninggal dunia pada masa pemerintahan Khalifah Utsman tahun ke- Hijrah. bakhil. Sifat bakhil kerana seseorang itu enggan mendermakan hartanya sedangkan kedekut pula enggan mendermakan segala sesuatu yang dimilikinya termasuklah tenaganya. Dalam riwayat yang lain, perkataan diganti dengan perkataan .Menurut al-Qurthubi, Hindun

,ia bermaksud kedekut namun lebih teruk lagi daripada sifat

tidak bermaksud menyifatkan Abu Sufyan kedekut dengan segala apa yang dimilikinya. Dia menggambarkan demikian ketika Abu Sufyan bersikap terhadap isterinya dan anak-anaknya. Ini tidak bererti beliau seorang yang kedekut dalam segala sesuatunya. Kebanyakan pemimpin ada ketikanya dia bersikap demikian terhadap keluarganya kerana lebih mengutamakan kepentingan orang lain. Bagi pensyarah kitab ini, kenyataan ini disokong oleh satu peristiwa di mana seorang lelaki pernah mengambil harta Abu Sufyan secara berulang kali sedangkan beliau tidak mengetahuinya dan beliau pun tidak menuntutnya. Inilah bukti yang Abu Sufyan bukan seorang yang kedekut. Meskipun ada kemungkinan beliau tidak mengetahui seberapa 613

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 613

09/04/2010 23:07:41

Kitab Thaharah (Bersuci)

banyak jumlah harta yang dimilikinya kerana terlampau sering menderma.

,menurut al-Qurthubi, apa yang dimaksudkan dengan cara yang baik adalh kadar yang memadai untuk memenuhi keperluan mengikut adat kebiasaan.
Fiqh Hadith 1. Boleh menyebut aib atau sifat seseorang jika itu diperlukan meskipun orang tersebut membencinya, misalnya untuk mengadukannya atau meminta pendapat. 2. Hakim boleh mendengar keterangan salah seorang yang bertikai meskipun salah seorang lagi tidak hadir. 3. Seseorang yang mendakwa dirinya sedang kesusahan hendaklah disertai dengan bukti yang menyokongnya. 4. Wajib memberikan nafkah kepada isteri dan anak, dan kewajipan ini mesti dapat menutupi keperluan asas mereka, pendapat ini menurut jumhur ulama dan al-Syafii. Menurut Imam al-Syafii dalam pendapat yang masyhur, kadar nafkah itu ditentukan dengan kiraan mud; bagi orang kaya sebanyak dua mud setiap hari, bagi orang pertengahan sebanyak satu mud setengah dan bagi orang susah pula sebanyak satu mud. Pendapat ini turut diriwayatkan daripada Imam Malik. Ulama telah menyebutkan kadar-kadar tertentu nafkah meskipun itu tidak berlandaskan kepada dalil. Apa yang betul dalam masalah ini adalah nafkah itu dapat memenuhi keperluan asas dan itu mesti bersandar kepada kepada adat kebiasaan setempat. 5. Jumlah nafkah ditentukan oleh keadaan dan keperluan isteri, pendapat ini menurut sebahagian ulama mazhab Hanafi. Menurut mazhab Syafii pula jumlah nafkah ditentukan oleh keadan dan keperluan suami. Dalilnya firman Allah (s.w.t):

,dosa.

Hendaklah orang yang mampu memberi naah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi naah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (Surah al-Thalaq: 7) Pada pensyarah kitab ini, apa yang perlu diambil kira adalah jika 614

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 614

09/04/2010 23:07:42

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

6.

7. 8.

9. 10.

naah itu melebihi kadar keperluan asas maka hendaklah disesuaikan dengan keadaan suami sedangkan jika naah itu kurang daripada kadar keperluan asas maka hendaklah disesuaikan dengan keadaan isteri. Wajib memberi nafkah anak dengan syarat jika sudah diperlukan, menurut Imam al-Syafii dan kewajipan ini berlaku ketika anak masih kecil lagi. Ibu mempunyai hak untuk memberi nafkah anak ketika suami enggan memenuhi kewajipannya. Barang siapa yang mempunyai hak di sisi orang lain, sementara orang itu tidak mampu membayarnya atau mengmbilnya, maka dia boleh mengambil haknya meskipun itu dilakukan tanpa izin sekadar haknya itu. Inilah yang disebut dengan masalah al-zhafr. Jika syariat Islam tidak memberikan suatu batasan, maka adat kebiasaan boleh dijadikan sebagai sandaran hukum. Dibolehkan menjatuhkan hukuman ke atas orang yang telah tidak hadir di mahkamah.

Penting Ibn Hajar berkata: Sesetengah orang merasa kesusahan memahami langkah al-Bukhari ketika menjadikan hadith ini sebagai dalil masalah al-zhafr kerana di satu sudut beliau menjadikan hadith ini sebagai dalil yang mengharuskan untuk menjatuhkan hukuman ke atas orang yang tidak hadir di mahkamh. Masalah al-zhafr adalah fatwa sedangkan menjatuhkan hukuman ke atas orang yang tidak hadir di mahkamah adalah keputusan hukum. Hadith ini ada kalanya berkaitan fatwa hingga dengannya masalah keputusan hukum dibatalkan atau hadith ini berkaitan dengan keputusan hukum maka fatwa pun dibatalkan. Jawapanya setiap hukum yang dikeluarkan oleh syariat Islam pada hakikatnya adalah fatwa untuk memutuskan hukum terhadap suatu peristiwa yang berlaku. Oleh yang demikian, hadith ini boleh dijadikank dalil bagi kedua-dua permasalahan ini.

370- Daripad Thariq al-Muharibi (r.a), beliau berkata: Kami datang ke Madinah ketika Rasulullah (s.a.w) sedang berdiri di atas mimbar 615

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 615

09/04/2010 23:07:42

Kitab Thaharah (Bersuci)

menyampaikan khotbah di hadapan orang ramai. Baginda bersabda: Tangan pemberi adalah tangan paling tinggi. Dahulukan memberi nafkah kepada orang yang menjadi tanggung jawabmu; ibumu dan ayahmu, saudari perempuanmu dan saudara lelakimu, kemudian keluarga yang dekat denganmu lalu keluarga yang agak dekat denganmu. (Diriwayatkan oleh al-Nasai, dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Daruquthni: 1170). Makna Hadith Setelah Rasulullah (s.a.w) menggalakkan bersedekah dan berinfaq, baginda menyusun mana satu yang mesti didahulukan di antara sekian banyak ahli keluarga itu ketika hendak memberikan nafkah jika mereka dalam kesulitan. Orang yang wajib lebih didahulukan adalah ibu, kemudian ayah, saudari dan saudara. Sebab Ibn Hajar memilih hadith ini, meskipun tidak ada menyebutkan anak dan isteri, kerana mereka disebutkan dalam hadith sebelumnya telah disebutkan. Analisis Lafaz

mana yang ditegaskan dalam hadith sahih dan lafaz hadith seterusnya turut menguatkan lagi kefahaman ini. Ini berbeza dengan kumpulan sufi di mana mereka menyalahi naqal dan akal yang mengatakan bahawa tangan di atas adalah orang yang menerima pemberian.

, maksudnya adalah tangan orang memberi nafkah seperti

dekat.

,dinashabkan sebagai maful. ,keluarga paling dekat dan kemudian keluarga yang agak ,mulakanlah dengan orang yang wajib engkau beri nafkah.

Fiqh Hadith 1. Anjuran untuk bersedekah dan berinfak, kerana tangan orang yang memberi lebih baik daripada tangan orang yang menerima. 2. Wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga mengikut susunan yang telah disebutkan dalam hadith tersebut. Ulama telah bersepakat mewajibkan nafkah kepada ahli keluarga, tetapi mereka berbeza pendapat tentang ketentuannya. Menurut Imam Malik, nafkah hanya diwajibkan kepada ibu dan bapa, sementara nenek atau datuk tidak wajib diberi nafkah dan wajib memberi nafkah kepada anak dan seluruh keturunannya ke bawah sama ada mereka bakal menjadi pewaris ataupun tidak hingga meliputi zawil arham. Menurut Imam 616

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 616

09/04/2010 23:07:42

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Abu Hanifah, nafkah diwajibkan ke atas ayah dan ibu ke atas, anak dan keturunannya ke bawah, bapa saudar dan ibu saudara berserta keturunannya, namun tidak wajib memberi nafkah zawil arham kerana mereka tidak berhak mendapat hak waris. Menurut Imam Ahmad pula wajib memberi nafkah kepada ayah dan ibu ke atas, demikian pula kepada anak ke bawah sama ada mereka mendapat harta warisan ataupun sebaliknya, sedangkan bapa saudara dan ibu saudara pula turut wajib diberi nafkah jika bakal memperoleh harta warisan baik menjadi ashabul asbah ataupun menjadi zawil furudh. Dalil Abu Hanifah dan Imam yang mewajibkan memberi nafkah kepada datuk dan nenek ke atas adalah firman Allah (s.w.t):

agama bapa kamu Ibrahim. (Surah al-Hajj: 78) Manakala dalil wajib memberi nafkah kepada ahli waris adalah firman Allah (s.w.t):

dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). (Surah al-Baqarah: 233) Di samping itu, Allah telah menyuruh untuk menjalin ikatan silaturrahim dan melarang daripada memutuskannya. 3. Dalam memberi nafkah, orang yang dalam kesulitan hendaklah diberi keutamaan. Penting Ulama bersepakat bahawa tidak boleh menggugurkan nafkah isteri dengan berlalunya waktu yang sudah lama sama ada kerana kesulitan ekonomi atau kerana kedekut, kerana ia merupakan nafkah yang mesti dibayar sebagai pertukaran terhadap bersenang-senang yang telah dilakukan terhadap isteri dan sebagai bayaran terhadap penahanan isteri untuk tetap bersedia melayan si suami. Oleh yang demikian, kewajipan memberi nafkah tidak boleh digugurkan kerana berlalunya waktu yang sudah lama. Ulama turut bersepakat bahawa kewajipan memberi nafkah digugurkan kepada ahli keluarga dengan berlalunya masa yang lama, meskipun mereka berbeza pendapat dalam menentukan tempohnya itu.

617

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 617

09/04/2010 23:07:43

Kitab Thaharah (Bersuci)

371- Daripad Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Hamba sah wajib diberi makan dan pakaian, dan tidak boleh diberi bebanan pekerjaan kecuali berdasarkan kemampuannya. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1171). Makna Hadith Ibn Hajar mengemukakan hadith ini bagi menjelaskan bahawa memberi nafkah kepada hamba sahaya hukumnya wajib seperti memberinya makan dan pakaian. Rasulullah (s.a.w) menambahkan seseorang tidak boleh membebani seorang hamba yang telah dibelinya dengan bebanan yang di luar kemampuannya. Kaitan antara hadith ini dengan hadith sebelumnya adalah hendaklah seseorang bersifat kasih sayang dan berlemah lembut kepada hamba sekali gus melarang si majikan daripada mengatakn bahawa dia telah memberinya makan dan pakain hingga dia wajib melakukan segala apa yang diperintahkan meskipun itu di luar kemampuanya. Analisis Lafaz ,hamba sahaya sama ada lelaki mahupun wanita. Huruf lam di sini bermaksud menetapkan hak dengan memberinya makan dan pakaian.

,makanan itu sesuai dengan keperluan dan demikian pula dengan pakaiannya. ,memberinya bebanan yang sewajarnya.
,sesuai dengan kemampuan. Fiqh Hadith 1. Wajib memberi nafkah kepada hamba sahay berupa makanan dan pakaian. Apapun, Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

Berilah mereka makan seperti mana kamu makan dan berilah mereka pakaian seperti mana kamu pakai. Ini menunjukkan jenis makanan dan pakaian dan jumhur ulama mengertikan hadith sebagai sunat setelah mereka sepakat mengatakan bahawa wajib memberi nafkah kepada hamba sahaya.

618

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 618

09/04/2010 23:07:43

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

2. Larangan untuk memberi bebanan yang berlebihan di luat kemampuan seorang hamba sahaya. Ini berdasarkan ijma ulama.

372- Daripada Hakim bin Muawiyah al-Qusyairi daripada ayahnya, beliau berkata: Saya berkata: Wahai Rasulullah, apakah hak seorang isteri ke atas kami? Baginda menjawab: Hendaklah kamu memberinya makan ketika kamu makan, kamu memberinya pakaian ketika kamu berpakaian, janganlah kamu memukul muka dan jangan mengucapkan kata-kata buruk kepadanya.... (Hadith ini telah disebutkan dalam bab tatacara bergaul dengan isteri: 1172). Perbahasan hadith ini telah dihuraikan sebelum ini.

373- Daripada Jabir (r.a) daripada Rasulullah (s.a.w) dalam satu hadith panjang tentang haji, di mana baginda bersabda mengenai masalah perempuan: Kami wajib memberi mereka rezeki dan pakaian dengan cara yang baik dan berpatutan. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1173). Perbahasan hadith ini telah dihuraikan pada awal bab ini. Apa yang diwajibkan dalam memberi nafkah adalah mengambil kira kemampuan dan mengikut kadar yang berpatutan.

374- Daripada Abdullah bin Umar (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Cukuplah seseorang itu berdosa ketika menyia-nyiakan orang yang wajib diberi makan. (Diriwayatkan oleh al-Nasai. Menurut riwayat Muslim disebutkan: menahan makanan yang semetinya kepada hamba 619

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 619

09/04/2010 23:07:44

Kitab Thaharah (Bersuci)

yang dimilikinya: 1174). Makna Hadith Hadith ini menjelaskan bahawa betapa besar dosa orang yang menyianyiakan dan mengabaikan tanggung jawab memberi nafkah kepada anak dan isteri bagi orang yang mampu, kerana dia telah mengabaikan kewajipan yang sememangnya menjadi tanggung jawabnya. Analisis Lafaz

, yakni sampai kepada puncak dosa, di mana ia mampu membinasakannya tanpa memerlukan dosa yang lain lagi. ,menyia-nyiakan. , orang yang wajib untuk diberi nafkah. , mempunyai makanannya. Lafaz ini lebih khusus berbanding lafaz al-Nasai, kerana lafaz al-Nasai lebih bersifat umum. Ia bermaksud hamba tersebut memiliki makanan kemudian dia enggan memberinya nafkah.
Fiqh Hadith Dosa besar bagi orang yang menyia-nyiakan kewajipan dalam memberi nafkah kepada orang yang menjadi tanggungannya.

,menahan atau melarang.

375- Daripada Jabir dalam satu hadith marfu mengenai wanita hamil yang ditinggal mati oleh suaminya, beliau berkata: Tidak ada nafkah baginya. (Diriwayakan oleh al-Baihaqi, periwayatnya thiqoh, tetapi beliau berkata: Ap yang benar ia adalah mawquf: 1175).

376- Tidak wajib memberi nafkah ini turut disebut dalam hadith Fathimah binti Qais sebelum ini. (Diriwayatkan oleh Muslim: 1176).

620

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 620

09/04/2010 23:07:45

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Makna Hadith Di sini Ibn Hajar mengemukakan dua hadith yang berkenaan dengan nafkah, iaitu: Pertama, isteri yang ditinggal mati oleh suaminya tidak wajib diberi nafkah. Hadith yang diriwayatkan oleh Fathimah mengisyaratkan bahawa dia tidak wajib diberi nafkah. Akan tetapi hadith yang diriwayatkan oleh Fathimah binti Qais adalah nafkah bagi isteri yang ditalak tiga, sedangkan hadith Jabir bagi isteri yang ditinggal mati oleh suaminya. Saya tidak tahu sama ada Ibn Hajar tersilap ketika menyebut hadith ini kerana hadith ini ada menyebut nafkah secara umum tanpa dikhususkan dengan perempuan yang ditalak tiga misalnya ataukah beliau ingin menegaskan bahawa perempuan yang ditalak bain dan perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya memiliki hukum yang sama di mana kedua-duanya dibolehkan berkahwin dengan orang lain. Kedua, isteri yang ditinggal mati berhak memperoleh tempat tinggal dan hadith Jabir ini akan saya bahas ketika membahas hadith Furaiah saudari perempuan Abu Said. Analisis Lafaz

,hadith ini marfu kepada Rasulullah (s.a.w) dan orang yang mengatakannya adalah baginda.
, di ada kalimat yang dibuang dan maksudnya adalah memberi fatwa atau memutuskan hukum tentang orang mengandung. Fiqh Hadith Isteri mengandung yang ditinggal mati oleh suaminya tidak berhak menerima nafkah. Inilah pendapat mazhab Syafii dan mazhab Hanafi, kerana pada asalnya seseorang tidak mempunyai tanggungan. Jadi tidak ada sesuatu yang mewajibkannya berhak memperoleh nafkah. Pendapat lain mengatakan isteri yang ditinggal mati oleh suaminya wajib diberi nafkah. Al-Shanani menisbahkan pendapat ini kepada al-Hadi. Apapun, al-Baghawi tidak mengambil peduli dengan perbezaan pendapat ini di mana beliau mengatakan seluruh ulama tidak berbeza pendapat bahawa dia tidak berhak menerima nafkah. Al-Baghawi kemudian mengemukakan hadith Jabir yang mawquf, beliau berkata: Ibn Abbas berkata: Ayat: Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi naah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang 621

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 621

09/04/2010 23:07:45

Kitab Thaharah (Bersuci)

mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Baksana. (Surah al-Baqarah: ) telah dimansukh dengan ayat waris di mana isteri berhak mendapat bahagian satu perempat atau satu perlapan sedangkan tempoh satu tahun dimansukh dengan tempoh empat bulan sepuluh hari. Menurut pensyarah kitab ini, sanad hadith ini hasan.

377- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Seseorang di antara kamu hendaklah mendahulukan orang yang menjadi tanggung jawabnya; orang perempuan akan berkata: Berilah aku makan atau ceraikan aku. (Diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan sanadnya hasan: 1177). Makna Hadith Hadith ini telah dibahas dalam hadith Thariq al-Muharibi no. 370. Akan tetapi perkataan terakhir hadith ini: beri aku makan atau ceraikan aku akan dibahas dalam hadith berikut ini.

378- Daripada Said al-Musayyab mengenai seorang lelaki yang tidak memiliki apa-apa untuk memberi nafkah kepada isterinya, beliau berkata: Hendaklah mereka berdua diceraikan. (Diriwayatkan oleh Said bin Manshur daripada Sufyan daripada Abu al-Zinad. Periwayat berkata: Saya bertanya kepada Said bin al-Musayyab: Apakah ini Sunnah? Beliau menjawab: Ya, ini Sunnah. Hadith mursal yang kuat. Makna Hadith Kewajipan memberi nafkah kepada isteri tidak gugur kerana suami telah hidup bersama isterinya dan membina kehidupan rumah tangga dalam 622

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 622

09/04/2010 23:07:45

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

waktu yang lama. Ia tidak boleh digugurkan dengan berlalunya masa. Itulah sebabnya isteri tetap mempunyai hak untuk menerima nafkah daripada suaminya. Keengganan suami memberi nafkah merupakan salah satu perbuatan zalim, malah isteri berhak menuntutnya jika suami enggan memberinya nafkah. Jika tidak, isteri berhak menuntut cerai. Analisis Lafaz

,: Imam al-Syafii berkata: Perkataan Said Sunah pada hakikatnya adalah Sunnah Rasulullah (s.a.w). Al-Shanani berkata: Perkataan Ibn Hazim yang mengatakan maksud Sunnah di sini sebagai Sunnah Umar merupakan satu kesilapan dan bercanggah dengan zahir hadith. Tidak mungkin si penanya menanyakan Sunnah, sementara apa yang dimaksudkannya itu adalah Sunnah Umar. Tafsiran seperti ini tidak sepatutunya berlaku. Setiap penanya pastinya menanyakan Sunnah Rasulullah (s.a.w). Memang ada sesetengah ulama yang mengatakan jika periwayat hadith berkata: Termasuk Sunnah adalah seperti ini maka perkatan ada kemungkinan bermaksud Sunnah para khalifah. Namun jika itu merupakan soalan periwayat hadith maka dia pasti menginginkan Sunnah Rasulullah (s.a.w). Al-Daruquthni dan al-Baihaqi meriwayatkan hadith Abu Hurairah secara marfu mengenai seorang suami yang tidak mampu memberikan nafkah kepada isterinya lalu Rasulullah (s.a.w) bersabda: Dipisahkan atau ceraikan mereka. Dakwaan Ibn Hajar bahawa al-Daruquthni telah melakukan kesalahan dalam meriwayatkan hadith ini dan langkah ini kemudian diikuti oleh al-Baihaqi adalah tidak betul seperti mana yang telah kami teliti dalam kitab Dhawu al-Nahar. Menurut pensyarah kitab ini, secara umum perkataan periwayat: Termasuk Sunnah bermaksud Sunnah Rasulullah (s.a.w), sebagaimana yang disampaikan oleh Imam al-Syafii, jumhur ulama, Ibn Hazm dan alShanani. Menurut Ibn Hazm, Sunnah ini tidak pernah diriwayatkan daripada Rasulullah (s.a.w), sebaliknya ia diriwayatkan daripada Umar bin alKhatthab dan zahir hadith mestilah diganti sesuai dengan lafaz hadith Umar. Oleh kerana Ibn al-Musayyab merupakan ulama fiqh masyhur yang meriwayatkan hadith daripada Umar bin al-Khatthab dan Sunnah alKhulafa al-Rasyidin juga disebut sebagai Sunnah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Rasulullah (s.a.w), maka jawapan Said dalam masalah ini adalah benar, di mana si penanya hanya ingin menanyakan Sunnah Rasulullah (s.a.w),bukannya Sunnah yang lain. Ulama berbeza pendapat sama hadith Abu Hurairah itu marfu atau sebaliknya. Jika dikatakan marfu maka pendapat al-Shanani adalah betul namun jika tidak dikatakan marfu maka pendapat Ibn Hazm yang benar.
623

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 623

09/04/2010 23:07:46

Kitab Thaharah (Bersuci)

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Daruquthni, al-Baihaqi dan Ibn alJauzi daripada jalur Ishaq bin Manshur, telah menceritakan kepada kami oleh Hammad bin Salamah daripada Yahya bin Said daripada Said.... Mereka turut meriwayatkannya daripada Ishaq bin Manshur, telah menceritakan kepada kami oleh Hammad bin Salamah daripada Ashim bin Bahdalah daripada Abu Shalih daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah (s.a.w) dengan lafaz hadith yang serupa. Sanad hadith ini hasan, meskipun ada cacatnya seperti mana yang disebut oleh Abu Hatim, beliau berkata: Ishaq telah melakukan kesalahan ketika meringkas hadith ini. Ia diriwayatkan daripada Ashim daripada Abu Shalih daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah (s.a.w): Mulakanlah dengan orang yang menjadi tanggungjawabmu... Bagi pensyarah kitab ini, hadith sememangnya cacat dan oleh kerananya, ia bukan hadith marfu. Dengan demikian, benarlah apa yang dikatakan oleh Ibn Hazm. Selain itu, kesalahan di dalam hadith ini tidak dilakukan oleh al-Daruquthni dan tidak pula oleh al-Baihaqi seperti mana yang ditegaskan oleh al-Shanani daripada Ibn Hajr, sebaliknya kesalahan dilakukan oleh Ishaq. Antara ulama yang menganggap hadith ini cacat lantaran ia mursal adalah Ibn Hajar, Ibn al-Mawwaq, Ibn Abdul Hadi dan ramai lagi. Fiqh Hadith Boleh menceraikan pasangan suami isteri jika suami tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya. Ulama berbeza pendapat dalam masalah masalah ini, iaitu: Pertama, ia menjadi fasakh, pendapat ini menurut Ali, Umar, Abu Hurairah, sekumpulan tabiin dan ulama fiqh seperti Imam Malik, Imam al-Syafii, Imam Ahmad dan mazhab Zahiri. Dalil mereka hadith di atas dan hadith yang diriwayatkan oleh Umar berikut ini, serta hadith:

Tidak boleh membahayakan dan tidak boleh pula memberi bahaya. Selain itu nafkah merupakan bayaran ke atas penahanan isteri dan bersenang-senang dengannya di mana wanita yang nusyuz (tidak patuh kepada suaminya) tidak wajib diberi nafkah, pendapat ini menurut jumhur ulama. Demikian pula fasakh jatuh kerana wanita membangkang suaminya, sementara tidak mampu memberi nafkah mempunyai kesan yang lebih besar lagi daripada semua itu. Kedua, tidak boleh menjatuhkan fasakh kerana kesulitan ekonomi, pendapat ini menurut mazhab Hanafi dan satu riwayat daripada Imam al-

624

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 624

09/04/2010 23:07:47

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Syafii. Dalil mereka firman Allah (s.w.t):

Hendaklah orang yang mampu memberi naah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi naah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (Surah al-Thalaq: ) Ketiga, tidak mengemukakan sebarang pendapat dalam masalah ini (tawaqquf), pendapat ini dinukil daripada Ibn Dawud al-Zahiri. Keempat, jika isteri dalam keadaan lapang, sementara suaminya dalam kesulitan ekonomi hingga tidak mampu memberi nafkah isterinya, kemudian isterinya memberi nafkah suaminya, maka biaya yang dikeluarkan oleh isterinya itu tidak perlu diganti ketika keadaan suami sudah memiliki wang yang mencukupi. Menurut pensyarah kitab ini, pendapat yang rajih adalah pendapat pertama, tetapi ulama berbeza pendapat mengenai tempoh yang memaksa fasakh itu dijatuhkan. Menurut Imam Malik, waktunya ditangguhkan sampai satu bulan. Menurut Imam al-Syafii, waktunya ditangguhkan sampai tiga hari. Menurut Hammad, waktunya ditangguhkan sampai satu tahun.

*- Daripada Umar (r.a) bahaw beliau telah berkirim surat kepada panglimapanglima perang untuk menangani masalah para suami yang telah lama meninggalkan isteri-isteri mereka. Mereka diberi dua pilihan sama ada memberi nafkah atau menceraikan isteri mereka. Jika mereka menceraikan isteri mereka maka mereka wajib mengirim nafkah selama mereka tidak bersama isteri mereka. (Diriwayatkan oleh al-Syafii, kemudian al-Baihaqi dengan sanad yang hasan).

625

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 625

09/04/2010 23:07:47

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Hadith ini sama dengan hadith sebelumnya, di mana orang yang tidak mampu memberi nafkah isterinya zahir dan batin tidak boleh dimaafkan dan tidak pula diberi keringan meskipun dia seorang pejuang Islam yang sedang bertempur di medan perang. Malah jika isteri mereka ditalak, maka pihak suami wajib memberikan seluruh nafkah yang menjdi kewajipan mereka selama meninggalkan isteri itu. Analisis Lafaz

, meninggalkan isteri tanpa meninggalkan nafkah selama


dalam bepergian.

,mereka menahan dan tidak memberi nafkah ketika mereka tidak bersama istri.
Fiqh Hadith 1. Nafkah tidak boleh digugurkan daripada tanggung jawab suami ketika bermusafir, sebaliknya hak itu tetap menjadi hak isteri. 2. Bagi suami yang enggan nafkah isteri diberi dua pilihan; memberi nafkah atau menjatuhkan talak.

, diberikan kepada mereka salah satu pilihan.

379- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah (s.a.w) lalu berkata: Wahai Rasulullah, saya mempunya wang satu dinar. Baginda bersabda: Belanjakan ia untuk keperluan dirimu sendiri. Dia berkata: Saya mempunyai satu dinar lagi. Baginda bersabda: Belanjakan untuk keperluan anakmu. Dia berkata lagi: Saya mempunyai satu dinar lagi. Baginda bersabda: Belanjakan untuk keperluan pembantumu. Dia berkata: Saya mempunyai satu dinar 626

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 626

09/04/2010 23:07:48

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

lagi. Baginda bersabda: Kamu lebih tahu (ke mana kamu semestinya membelanjakannya). (Diriwayatkan oleh al-Syafii - lafaz hadith menurut al-Syafii - dan Abu Dawud sedangkan al-Nasai dan al-Hakim meriwayatkan hadith ini dengan mendahulukan isteri ke atas anak: 1179).

380- Daripada Bahz bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Saya bertanya: Wahai Rasulullah, kepada siapakah saya yang lebih layak untuk berbuat baik? Baginda menjawaba: Kepada ibumu. Saya bertanya: Kemudian kepada siapa lagi? Baginda menjawab: Kepada ibumu. Saya bertanya lagi: Kemudian kepada siapa lagi? Baginda menjawab: Kepada ibumu. Saya bertanya: Kemudian kepada siapa lagi? Baginda menjawab: Kepada ayahmu, kemudian orang yang lebih dekat lalu orang yang agak dekat. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi sekali gus menilainya sebagai hasan: ). Makna Hadith Kami telah membahas makna kedua-dua hadith ini ketika menghuraikan hadith Thariq al-Maharibi. Ibn Hajar berkata: Ibn Hazam berkata: Yahya al-Qatthan dan Sufyan al-Tsauri berbeza pendapat, di mana Yahya mendahulukan nafkah istri ke atas anak, sementara Sufyan al-Tsauri mendahulukan anak ke atas isteri. Mereka berdua tidak boleh didahulukan antara satu sam lain, sebaliknya mereka berdua mestilah diberi hak yang sama. Ini kerana apabila Rasulullah (s.a.w) jika berbicara, baginda mengulanginya hingga tiga kali. Jadi ada ketikanya baginda mendahulukan sebutan anak ke atas isteri dan ada ketikanya pula mendahulukan sebutan isteri ke atas anak. Al-Shanani memberikan komentar ke atas pernyataan ini dengan berkata: Kemungkina seperti sukar diterima, kerana tidak selamanya baginda mengulangi percakapan sebanyak tiga kali, sebaliknya baginda lebih sering berbicara tanpa mengulanginya hingga tiga kali. Pengulangan dilakukan ketika perkataan itu sukar difahami. Hadith dalam bab ini merupakan jawapan terhadap soalan yang selalunya jarang terjadi pengulangan kerana si penanya selalunya sudah memahaminya. Sedangkan riwayat Jabir dalam Sahih Muslim tidak boleh diketepikan kerana ia menguatkan riwayat yang mengutamakan keluarga.

627

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 627

09/04/2010 23:07:48

Kitab Thaharah (Bersuci)

Soalan 1. Apakah takrif nafkah? 2. Sebutkan teks hadith Aisyah (r.a) di mana isteri Abu Sufyan mengeluhkan keadaan rumah tangganya dan sebutkan pula hukumhakam yang terkandung di dalamnya? 3. Apakah hukum memberi nafkah kepada anak, isteri dan berapa pula kadarnya? 4. Adakah nafkah diukur berdasarkan keadaan isteri atau suami? Sebutkan pendapat yang kuat dalam masalah ini? 5. Apakah hukum memberi nafkah kepada ahli keluarga terdekat? 6. Sebutkan perbezaan pendapat ulama fiqh dalam menentukan ahli keluarga yang wajib diberi nafkah ke atas mereka? 7. Adakah nafkah wajib boleh digugurkan dan siapa yang bertanggung jawab ke atasnya? 8. Rasulullah (s.a.w) bersabda: . ... Sempurnakan hadith ini dan bincangkan! 9. Sebutkan teks hadith yang melarang daripada mengabaikan orangorang yang wajib diberi nafkah ke atas mereka? 10. Wajibkah memberi nafkah kepada perempuan hamil yang ditinggal mati oleh suaminya? 11. Ketika Ibn al-Musayyab ditanya mengenai seorang lelaki yang kesusahan secara ekonomi, adakah dia dengan isterinya boleh dipisahkan (diceraikan), maka beliau menjawab: Mereka boleh diceraikan. Ketika ditanya lagi: Adakah itu Sunnah? Beliau menjawab: Ya, itu Sunnah. Bincangkan apa yang dimaksudkan oleh hadith ini? 12. Apakah faktor yang membuat hadith Abu Hurairah tentang talak orang yang susah dari segi ekonomi itu marfu? 13. Apakah pendapat ulama fiqh tentang seorang lelaki yang kesusahan dari segi ekonomi; bolehkah difasakh atau sebaliknya? 14. Adakah nafkah isteri yang sengaja lambat diserahkan oleh suaminya boleh digugurkan dan apa pula dalilnya? 15. Sebutkan teks hadith mengenai susunan orang yang wajib diberi nafkah dan bincangkan!

628

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 628

09/04/2010 23:07:48

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

BAB HADHANAH (PENJAGAAN ANAK)

Hadhanah adalah mashdar daripada perkataan (mengasuh bayi sekali gus mendidiknya). Sedangkan perkataan pula bermaksud bahagian anggota tubuh yang berada di bawah ketika hingga bahagian dada. Ia pula bermaksud lambung kerana pengasuh sentiasa mendokong anak yang diasuhnya. Sedangkan mengikut syariat pula hadhanah adalah menjaga seseorang yang tidak dapat mengurus dirinya sendiri daripada sesuatu yang boleh membinasakannya atau memudharatkannya di samping mendidiknya dengan cara yang boleh membawa kepada kemaslahatannya.

381-Daripada Abdullah bin Amr (r.a) bahawa seorang perempuan pernah berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya perutku yang mengandung anakku, susuku sebagai minumannya, pangkuanku sebagai tempat dia berlindung, ayahnya sekarang telah menceraikanku dan kemudian dia ingin mengambilnya daripada sisiku. Mendengar itu, Rasulullah (s.a.w) bersabda kepadanya: Kamu lebih berhak terhadap anak itu selagi kamu tidak berkahwin. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud, dinila sahih oleh al-Hakim: 1181).

629

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 629

09/04/2010 23:07:49

Kitab Thaharah (Bersuci)

Makna Hadith Diriwayatkan bahawa Abu Bakar al-Shiddiq (r.a) ketika didatangi seorang lelaki dan isteri yang telah ditalaknya untuk merebut anaknya siapakah di antara mereka yang berhak mengasuhnya. Abu Bakar berkata kepada lelaki itu: Aroma ibunya dan sentuhan tangannya lebih baik bagi anak ini berbanding madu yang ada di tangan kamu. Ini adalah lumrah di mana aeorang anak yang masih kecil selalunya bergantung kepada ibunya melebihi kebergantunganya kepad ayahnya. Ini kerana seorang ibu selalu memahami keperluan anak dan oleh kerannya, ibu mesti diberi keutaman untuk menjaga anaknya. Namun jika ibu seorang ahli kitab dan anak dikhuatiri bakal dipengaruhi supaya memeluk agama yang sama dengan ibunya, maka penjagan anak dalam keadaan ini hendaklah diberikan kepada ayahnya. Analisis Lafaz

,ketika masa menyusui. Asal adalah kulit yang dijahit rapat kemudian digunakan untuk menjadi tempat air minum. ,tempat mendidik dan menjaganya. Semua ini dia gambarkan kerana menurutnya dia lebih berhak menjaganya berbanding ayahnya. ,mengambilnya.
,anak tersebut. Fiqh Hadith Ibu lebih berhak berbanding ayah untuk menjaga anak yang masih kecil jika suami telah menceraikan isterinya yang masih mempunyai anak selagi isteri tersebut belum berkahwin. Ini merupakan permasalahan tidak diperdebatkan oleh ulama sebagaimana yang pernah diputuskan oleh Abu Bakar, Umar, Ibn Abbas dan sahabat yang lain. Malah Ibn al-Munzir mendakwanya sebagai ijma. Sementara al-Hasan dan Ibn Hazm mengatakan hak penjagaan anak tidak boleh digugurkan daripada isteri meskipun dia sudah berkahwin lagi dengan lelaki lain. Dalilnya adalah ketika Anas bin Malik dijaga oleh ibunya yang telah berkahwin dengan orang lain. Demikian pula dengan Ummu Salamah menikah dengan Rasulullah (s.a.w) sementara anaknya masih dalam tanggungannya. Demikian pula anak perempuan Hamzah di mana Rasulullah (s.a.w) memutuskan bahawa anak tersebut mesti diserahkan kepada makciknya sebelah ibu padahal ibunya ketika itu seudah berkahwin 630

,dengan dibaca kasrah huruf waw, yakni masa mengandung. ,asuhanku.

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 630

09/04/2010 23:07:49

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

dengan lelaki lain. Ibn Hazm menyanggah hadith Abdullah bin Amr sebagai banyak mengundang kritikan kerana dikisahkan bahw hadith Amr bin Syuaib meriwayatkan daripada bapanya daripadnya datuknya telah mengalami perubahan pada lafaznya. Kritikan Ibn Hazm ini disangah bahawa hadith Amr telah diterima oleh al-Bukhari, Imam Ahmad, Ibn al-Madini, al-Humaidi, Ibn Rahawaih dan lain-lain. Apa yang digunakan Ibn Hazm dalam masalah ini tidak dapat dijadikan dalil melainkan adanya tuntutan daripada orang lain yang bersedia menjaga anak tersebut. Ketiadan menuntut penjagaan anak tidak dapat dijadikan alasan bahawa itu sememangnya hak ibunya untuk menjaganya kerana ada kemungkinan bapanya telah memberinya izin untuk berbuat demikian. Jadi, itu bukan hujah. Inilah pernyataan al-Shanani. Pada pensyarah kitab ini, Imam Ahmad dan Abu Dawud telah mengeluarkan satu hadith yang menceritakan pertelingkahan Ali, Jafar dan Zaid untuk menentukan mana satu yang lebih berhak menjaga anak perempuan Hamzah. Asal hadith ini dapat dijumpai dalam Sahih al-Bukhari. Dalam kes ini, Rasulullah (s.a.w) memutuskan bahawa anak perempuan Hamzah itu diserahkan kepada makcik sebelah ibunya yang ketika itu telah menjadi isteri Jafar. Zaid pula adalah saudara Hamzah dan persaudaraan ini berdasarkan ikatan Muhajirin dan Anshar. Persaudaraan seumpama ini telah dibatalkan dengan adanya firman Allah (s.w.t):

Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orangorang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Anfal: ) Ini merupakan masalah usul fiqh di mana perkataan dan perbuatan Rasulullah (s.a.w) seolah-olah bercanggah antara satu sama lain. Jumhur ulama lebih mengutamakan perkataan kerana itu lebih bersifat umum ker atas perbuatan apabila diyakini wujud pertentangan antara perkataan dengan perbuatan. Masalah ini telah kami huraikan dengan terperinci dalam kitab kami Ilam al-Ashr. Penting Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa berkahwin dengan zawil arham kepada anak yang masih kecil itu tidaklah membatalkan hak asuhnya. 631

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 631

09/04/2010 23:07:49

Kitab Thaharah (Bersuci)

Menurut Imam al-Syafii pula hak penjagaan tetap batal kerana tidak ada dalil yang memerincikan demikian. Inilah pendapat yang lebih mendekati kebenaran.

382- Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa seorang perempuan pernah berkata: Wahai Rasulullah, suamiku ingin membawa pergi anakku padahal dia seorang anak yang mampu memberi manfaat kepadaku; mengambilkan air minum dari sumur Abu Inabah. Setelah itu suaminya pun datang. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Wahai anak muda, ini ayahmu dan ini ibumu, peganglah tangan salah satu daripada mereka seperti mana yang engkau inginkan. Dia kemudian memegang tangan ibunya dan langsung dibawa pergi. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Arbaah, dinilai sahih alTirmidhi: 1182). Makna Hadith Jika anak sudah mumayyiz, maka dalam keadaan ini hak penjagan anak tidak sepenuhnya menjadi milik ibunya, sebaliknya anak itu disuruh memilih sama ada ikut ibu ataupun ayahnya. Jika dia telah menentukan pilihannya, maka hak penjagaan diberikan kepada orang yang tuanya yang telah dipilihnya itu. Analisis Lafaz

, dia ingin menjaganya. , yakni anakku. , yakni anak itu yang sering mengambilkan air

untuknya. Inabah merupakan sumur Ali yang terletak satu barid dari kota Madinah. Wanita itu mengatakan demikian kerana dia betapa memerlukan bantuan anak itu untuk mengambil air dari sumur. Seorang anak sepatutnya memberi bantuan yang sepatutnya untuk keperluan ibunya sedangkan ayahnya jarang yang memerlukan bantuan anaknya. Ada pula kemungkinan ibunya mula melatih anaknya untuk bekerja sebelum berpisah dengan suaminya, tetapi tafsiran ini terlampau jauh dari konteksnya. 632

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 632

09/04/2010 23:07:49

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Fiqh Hadith 1. Jika anak sudah mumayyiz, maka dia diberi pilihan sama ada ikut ayahnya atau ibunya jika orang tuanya bercerai dan memperebutkan hak asuhnya. Inilah pendapat Imam Ahmad dan Ishaq. Bagi mereka, anak diberi pilihan jika umurnya telah mencapai tujuh tahun, sementara menurut Imam al-Syafii, dia diberi pilihan jika umurnya telah mencapai tujuh sampai lapan tahun. Menurut riwayat yang lain daripada Imam Ahmad, dia diberi pilihan apabila sudah berusia dewasa. Menurut al-Tsauri dan Ashhab al-Rayi, ibu lebih berhak mengasuh anaknya hingga si anak itu mampu makan sendiri dan memakai pakaian sendiri. Menurut riwayat yang lain, hingga anak itu mampu mengurus dirinya sendiri dan ibu lebih berhak mengasuh anak perempuan hingga dia berhaid. Menurut Imam Malik, ibu lebih berhak mengasuh anak perempuan meskipun sudah berhaid hingga dia menikah manakala anak lelaki pula hingga mampu mengurus diri mereka sendiri dan berusia baligh. Ada pendapat yang mengatakan hendaklah diadakan undian untuk memilih mana satu yang lebih berhak mengasuh anak seperti mana yang ditegaskan dalam riwayat Abu Dawud: Mereka mengadakan undian untuk menjaga anaknya. Pada pensyarah kitab ini, ada kemungkinan apa yang dimaksudkan dengan undian dalam riwayat Abu Dawud itu adalah ketika si anak tidak melakukan sebarang pilihan. Di sinilah diperlukan adanya undian bagi menentukan mana satu yang berhak mengasuh anak. Kami mengatakan demikian kerana tidak disebutkan undian secara tersurat di dalam hadith. 2. Boleh menjatuhkan hukuman setelah mendengar keterangan salah satu pihak jika pihak yang lain mendengarkan perbicaraannya, kerana dengan demikian dia seolah-olah bersetuju dengan apa yang didengarnya. 3. Disyariatkan mengadakan undian, meskipun undian di dalam hadith ini tidak seperti undian yang sudah dikenali oleh masyarakat. 4. Sah menggantikan perkataan dengan perbuatan selagi itu boleh difahami.

383- Daripada Rafi bin Sinan (r.a) bahawa dia telah masuk Islam sementara isterinya enggan masuk Islam. Rasulullah (s.a.w) kemudian menyuruh si 633

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 633

09/04/2010 23:07:50

Kitab Thaharah (Bersuci)

ayah duduk di satu sudut dan si ibu duduk di satu sudut yang lain, lalu baginda menyuruh duduk anaknya di bahagian tengah. Si anak itu pun kemudian cenderung memilih ibunya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, berilah dia petunjuk. Anak itu kemudian cenderung memilih ayahnya dan langsung dia dibawa olehnya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan alNasai, dinilai sahih oleh al-Hakim: 1183). Makna Hadith Hadith ini turut membahas permasalahan hadith sebelumnya mengenai anak yang sudah mumayyiz, sementara kedua orang tuanya bercerai. Dalam keadaan ini anak diberikan hak kebebasan untuk memilih, tetapi bagaimana pula jika salah seorang daripada kedua orang tuanya itu musyrik. Meskipun zahir hadith menunjukkan bahawa anak diberi hak kebebasan untuk memilih, tetapi pada hakikatnya tidak seperti itu, kerana seorang muslim lebih berhak untuk menjaga dan memelihara anaknya. Analisis Lafaz

, dalam riwayat Abu Dawud dan al-Hakim disebutkan seorang anak perempuan. Sifatnya dalam riwayat Abu Dawud disebutkan sebagai dia sudah hampir disapih. Menurut riwayat al-Nasai disebutkan bahawa dia seorang anak lelaki yang masih kecil dan belum berusia baligh.

, hadith ini dinilai sahih oleh al-Hakim namun tidak sepatutnya tidak sampai kepada penilaian sahih, kerana Abdul Hamid bin Jafar perawinya masih diragui, sedangkan jumhur ulama menilainya sebagai thiqoh.
Fiqh Hadith Al-Tsauri, meskipun menilai hadith ini sebagai dhai, Imam Abu Hanifah dan murid-muridnya telah menjadikan hadith ini sebagai dalil bahawa ibu lebih berhak mengasuh anaknya meskipun dia seorang yang kafir. Manakala al-Khatthabi pula berbeza pendapat dengan Imam Abu Hanifah di mana seorang muslim lebih berhak untuk memelihara anaknya jika salah seorang daripada orang tua anak itu ada yang musyrik. Menurut pensyarah kitab ini, cara istinbath dalil yang dilakukan alKhatthabi bahawa seandainya anak tersebut menjadi hak si perempuan berkenaan, tidak mungkin Rasulullah (s.a.w) mendoakan agar anak tersebut cenderung kepada ayahnya. Di samping itu, doa Rasulullah (s.a.w): Ya Allah, berilah dia petunjuk menjelaskan bahawa pilihan selain bapanya merupakan kesesatan. 634

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 634

09/04/2010 23:07:50

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Jika ada yang bertanya: Apakah manfaat pilihan jika isteri yang kafir tidak memiliki hak untuk menjaga anaknya? Jawapannya, ada kemungkinan Rasulullah (s.a.w) berbuat demikian bagi memperlihatkan keadilan Islam di samping bertujuan menarik simpati si perempuan berkenan supaya memeluk Islam. Ini merupakan salah satu strategi baginda dalam berdakwah. Dalam kesempatan lain baginda turut bersabda: Kedua ibu bapanya yang menjadikan seorang anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi. Jumhur ulama turut sependapat dengan perkataan al-Khatthabi. Mereka menyanggah pendapat yang mengatakan perempuan kafir turut memiliki hak untuk menjaga anaknya sebagai berikut: - Hadith ini daif. Menurut Ibn al-Munzir, hadith ini tidak diakui oleh ahli al-naql. - Hadith ini dimansukh dengan firman Allah (s.w.t):

dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kar untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (Surah al-Nisa: 141) Hadhanah hendaklah mengambil berat kemaslahatan anak yang diasuh apatah lagi membesarkannya di lingkungan yang kafir.

384- Daripada al-Bara bin Azib bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah memberi keputusan terhadap anak perempuan Hamzah untuk dijaga oleh makciknya dari sebelah ibu. Baginda bersabda: Makcik sebelah ibu memiliki kedudukan yang sama dengan ibu. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 1184).

385- Imam Ahmad turut meriwayatkan hadith ini daripada Ali (r.a), di mana beliau berkata: Anak perempuan itu hendaklah dijaga oleh makciknya sebelah ibu keran makcik sebelah ibu sama kedudukannya dengan ibu: 1185). Makna Hadith Hadith ini menetapkan bahawa kedudukan makcik sebelah ibu sama kedudukannya dengan ibu dan dia memiliki hak untuk mengasuh anak, 635

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 635

09/04/2010 23:07:51

Kitab Thaharah (Bersuci)

walaupun sudah bersuami. Malah menurut Ibn Hazm, perkahwinan tidak mencegah seorang perempuan untuk tetap memperoleh hak asuh anak. Ini dihuraikan Ibn Hazm ketika membahas perbezaan pendapat dalam hadith Amr bin Hazm bin Syuaib daripada ayahnya daripada datuknya. Hadith ini terdapat di permulaan bab ini. Lafaz hadith menurut riwayat Abu Dawud adalah sebagai berikut:

Zaid bin Haritsah pergi ke Makkah lalu beliau datang dengan membawa anak perempuan Hamzah. Jafar berkata: Aku yang akan menjaganya, kerana aku lebih berhak dengannya, dia adalah anak perempuan bapa saudaraku, sementara makciknya dari sebelah ibu adalah isteriku, karena kedudukan makcik dari sebelah ibu sama seperti ibu. Ali pula berkata: Aku lebih berhak untuk menjaganya, dia adalah anak bapa saudarakuku, sementara puteri Rasulullah (s.a.w) adalah isteriku dan dia lebih lebih berhak ke atasnya. Zaid pula berkata: Aku lebih berhak untuk menjaganya. Akulah yang mendatanginya untuk mengambilnya dan aku pula yang membawanya datang kemari. Rasulullah (s.a.w) kemudian keluar seraya bersabda: Anak perempuan ini menjadi hak Jafar, kerana dia akan bersama dengan makcik sebelah ibunya dan kedudukan makcik sebelah ibu sama dengan kedudukan ibu. Fiqh Hadith 1. Hak memelihara anak menjadi hak makcik sebelah ibu, kerana kedudukannya sama dengan ibu. Dia lebih diutamakan berbanding makcik sebelah bapa, nenek sebelah ibu atau nenek sebelah bapa. 2. Perkahwinan tidak menggugurkan hak makcik sebelah ibu untuk tetap mengasuh anak saudarinya. Sebelum ini telah dibahas bahawa Ibn Hazm menjadikan hak jagaan anak kepada ibu dan hak itu tidak gugur lantaran sudah berkahwin. Inilah pendapat al-Hasan, Yahya, Ibn Jarir dan satu riwayat daripada Imam Ahmad, namun jumhur ulama tidak sependapat dengan mereka. Ibn Juraij menggabungkan pemahaman antara hadith Ibn Amr: selagi dia tidak berkahwin dengan hadith yang menceritakn kisah Jafar, bahawa perkahwinan 636

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 636

09/04/2010 23:07:51

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

menggugurkan hak hadhanah seorang ibu ketika bapanya berusaha untuk mengambil alih hak jagaan anak itu, namun hak selain ibu dan hak ibu tidak boleh digugurkan apabila hak mengasuh anak itu dituntut oleh orang selain ayahnya.

386- Daripada Abu Hurairah (r.a), beliau berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jika pembantu salah seorang kamu datang membawa makanannya, jika dia tidak mengajak pembantu itu duduk di sisinya, mak hendaklah diambilkan satu suapan atau dua suapan untuknya. (Muttafaq alaih dan lafaz hadith menurut riwayat al-Bukhari: 1186).

387- Daripada Ibn Umar daripada Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: Seorang perempuan diseksa kerana seekor kucing. Dia mengurungnya hingga mati. Akibatnya perempuan itu pun masuk neraka. Dia tidak memberi kucing itu makan dan minum ketika mengurungnya dan tidak pula memberinya makan rerumputan yang tumbuh di permukaan tanah. (Muttafaq alaih: 1187). Makna Hadith Di akhir bab pengasuhan anak ini, Ibn Hajar mengemukakan dua hadith ini yang pada zahirnya seolah-olah tidak ada kaitan dengan bab ini. Apapun, Ibn Hajar teap menyebutnya di sini bagi menegaskan bahawa Islam menggalakkan majikan menghormati dan menghargai pembantu dengan mengajaknya duduk bersama majikanya atau memberinya makanan seperti mana yang dia makan. Islam pula memerintahkan untuk bersikap ramah terhadap haiwan, bahkan seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka lantaran mengurung seekor binatang dan tidak memberinya makan dan minum. Oleh itu, adalah lebih diutamakan untuk memuliakan anak yang diasuh dan mengambil berat dengan kemaslahatannya.

637

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 637

09/04/2010 23:07:51

Kitab Thaharah (Bersuci)

Analisis Lafaz

untukm muzakkar dan muannats. Perkataan ini boleh berlaku untuk pembantu merdeka ataupun hamba sahaya.

,ia berkedudukan sebagai maful muqaddam. ,ia berkedudukan sebagai fail muakhkhar, boleh digunakan

, keraguan ini berasal daripada periwayat hadith, kerana dalam riwayat Muslim disebutkan: . ,dalam riwayat yang disebutkan bahawa perempuan in berasal daripada Himyar. Dalam riwayat lain dia berasal dari bani Israel.
,dengan membaca fathah huruf kha, namun boleh pula dibaca

bahawa hendaklah dia duduk dan makan bersamanya.

, yakni supaya makan. Dalam riwayat Muslim disebutkan

kasrah dan dhammah, maksudnya adalah tumbuh-tumbuhan dan rerumputan di muka bumi. Fiqh Hadith

1. Wajib memberi makan pembantu seperti mana makanan yang dimakan oleh majikannya, walaupun hanya sekadar satu sampai dua suapan. Menurut al-Muhlab, hadith ini mentafsirkan hadith Abu Dzar yang menyuruh majikan berlaku adil terhadap pembantunya, baik dalam hal makanan mahupun pakaian. Imam al-Syafii berkata: Bagi kami ada dua pendapat berkaitan hadith ini, iaitu: Pertama, mengajak pembantu duduk bersama majikan dan ini merupakan adalah perbuatan mulia. Jika itu tidak dilakukan, maka dia tidak dikatakan sebagai orang yang meninggalkan kewajipan. Kedua, pembantu boleh memilih antara duduk bersama majikan atau mempelawa makanan bersamanya. Ibn al-Munzir berkata: Ulama bersepakat bahawa wajib memberi makan pembentu mengikut jenis makanan asas di negeri itu, demikian pula kuah dan pakaiannya. Seorang majikan dibolehkan untuk mengutamakan dirinya dengan barangan yang lebih mahal harganya meskipun menyamaratakn barangan dengan pembantu merupakan perbuatan yang terpuji. 2. Haram membunuh kucing. Menurut al-Dumairi, boleh membunuh kucing ketika sudah dianggap membahayakan. 3. Boleh mengurung kucing dengan syarat mesti diberi makan dan minum, pendapat ini menurtu al-Shanani.

638

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 638

09/04/2010 23:07:52

Ibanah al-Ahkam Syarah Bulugh al-Maram

Soalan 1. Apakah takrif hadhanah mengikut bahasa dan syarak? 2. Bilakah seorang ibu lebih berhak mengasuh anak menurut jumhur ulama? 3. Apakah makna kalimat berikut: , , , dan yang terdapat dalam hadith Ibn Amr! 4. Jika seorang perempuan berkahwin dengan keluarga anak yang diasuhnya, maka siapakah sebenarnya yang berhak mengasuh anak itu? 5. Apakah pendapat ulama fiqh jika seorang anak telah berusia mumayyiz dan siapa pula yang berhak mengasuh anak itu? 6. Siapakah yang mengatakan bahawa perempuan kafir tidak boleh mengasuh anak meskipun dia belum berkahwin dan apa pula sanggahan ke atas ulama yang mengharuskannya? 7. Bagaimanakah cara menggabungkan pemahaman antara hadith yang menyerahkan anak perempuan Hamzah kepada makciknya yang telah bersuami dengan hadith Abdullah bin Amr yang mengatakan seorang perempuan dibolehkan mengasuh anak selagi belum bersuami? 8. Apakah yang diwajibkan dalam memberi makan kepada pembantu? 9. Sebutkan satu teks hadith yang mengharamkan untuk membunuh kucing dan huraikan makna lafaznya yang sukar difahami?

639

Ibanatul Ahkam Jld 3 Ok.indd 639

09/04/2010 23:07:52

Anda mungkin juga menyukai