Kajian Kraf

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 69

KAJIAN KRAFTANGAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MASYARAKAT CINA SHENG

BAB I PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan 1.1.1. Bab ini telah menerangkan secara ringkas tentang seni kraftangan tradisional. Kraftangan adalah salah satu peninggalan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat diseluruh dunia mempunyai budaya kraftangan yang diperturunkan kepada generasi baru.

Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya Craft Today Poetry of the physical, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu.1

Paul J. Smith(1995)Craft TodayPoetry of Physical m.s 11 1

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

Malaysia juga mempunyai sejarah kraftangan yang lama walaupun tidak mempunyai rentetan yang jelas namun beberapa penemuan yang boleh dikaitkan kepada budaya penemuan kraftangan tradisional yang boleh dibanggakan. Contohnya, pada tahun 1954 satu ekspidisi yang diketuai oleh Dr. G. de. G. Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah menemui beberapa peninggalan kraf orang zaman Neolitik di bukit kapur Perlis dan Kelantan. Objek yang ditemui termasuk pisau batu , barangan tembikar berkaki serta serpihan yang jarang ditemui dirantau ini. (Beamish, 19:54.) Penemuan ini telah membuka mata masyarakat dunia terhadap kesenian dan kraftangan tradisional tempatan.

Menurut William Hunt (1952:20) dalam bukunya An Introduetion to The Malayan Aboriginese mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantanu Asia dengan asimilasi budaya pribumi. Pendapat ini disokong oleh penemuan ahli anthropologi Gustay Schenk (66:61) yang mengatakan bahawa sebahagian kepulauan Indonesia misalnya merupakan tanah besar yang bersambung dengan Austrlia dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua. Oleh itu tidak hairanlah barang kraftangan agak serupa. Menurut Dato Sulaiman Osman (20: 1994) sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi juga

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

turut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya serta bercampur gaul dengan budaya purba mereka.2 1.2. Latar Belakang Kajian 1.2.1. Masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar di negara ini. Peratusan masyarakat cina adalah sebanyak 35 peratus daripada jumlah penduduk negara yang seramai 19.66 juta orang. Pada mulanya kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu hanya sekadar untuk mencari rezeki. Mereka akan pulang ke negara China setelah dapat mengumpul wang yang banyak. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, secara automatik masyarakat Cina telah menjadi warga negara Malaysia dengan sistem jus soli.3

Seni kraf masyarakat Cina terutamanya seni tembikar mempunyai sejarah yang amat membanggakan. Alat-alat muzik tradisional juga merupakan satu khazana bagi seni kraf dalam masyarakat Cina. Namun, seni muzik juga tidak kurang pentingnya. Muzik klasik masyarakat Cina bermula di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama yang dipercayai bermula pada tahun 2697 S. M. Maharaja Huang Ti telah menghantar orang untuk mencari paip buluh yang boleh mengeluarkan bunyi sama seperti bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik berharmoni dengan alam semesta. Sekarang masyarakat Cina kaya dengan pelbagai alat-alat

Sumber dari Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam penulisannya yang bertajuk Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi. 3 Jasman Ahmad & Rosnah Ramli, (1997). Masyarakat Cina. KL.: Associated Educational Distributors.hal 1-3 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 3

muzik. Alat-alat muzik hua yue tuan4 diklasifikasi kepada 4 bahagian : (a) alat bertali yang digesek, (b) alat bertali yang dipetik, (c) alat tiup dan (d) alat genderang.

Muzik harus berharmoni dengan alam sekitar dan ini dibincang dalam buku Li Ji, bab Yue Ji yang menjelaskan bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dan bumi. Konfusius berpedapat yang sama, bahawa muzik teragung adalah muzik yang harmoni dengan alam, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Beliau meletakkan muzik pada kedudukan yang tinggi yang dapat membantu membentuk manusia menjadi teratur dan bermoral. Muzik dapat mempamerkan sifat manusia melalui enam jenis emosi iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan. Melalui muzik, seseorang tidak mampu untuk terus berpura-pura dan menipu.5

1.3. Pernyataan Masalah 1.3.1. Adalah menjadi fakta yang diterima ramai bahawa kesenian tradisional yang mampu mengekalkan ketahanannya hingga ke zaman moden ini, sudah mulai menderita kehilangan daya tahannya sejak awal abad ini. Alat muzik tradisional masyarakat Cina Sheng. Selain dapat menghasilkan bunyi yang harmoni, ia juga merupakan satu barang kraf yang bernilai. Bukan

Di negara China, orkestra moden dipanggil Minzu Yue Tuan membawa maksud orkestra nasional tetapi di Malaysia, ianya dipanggil hua yue tuan atau orkestra orang Cina. 5 Lun Yu Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 4

sahaja dari segi rupabentuknya tetapi juga falsafah, simbolik yang dibawa bersamanya. Barang kraf ini kian makin dilupai oleh masyarakat Cina.

1.4. Tujuan Kajian 1.4.1. Tujuan am kajian ini untuk memperkenalkan alat-alat muzik tradisional masyarakat Cina kepada masyarakat majmuk di Malaysia khususnya

generasi baru masyarakat Cina kerana alat muzik ini semakin dilupai.

Tujuan khusus kajian ini ialah membentangkan sejarah perkembangan alat muzik tradisional Sheng dan mengkaji secara mendalam dari segi falsafah dan simbolik yang terdapat pada alat tersebut.

1.5. Kepentingan Kajian 1.5.1. Kajian ini merupakan satu usaha memperkenalkan alat-alat muzik6 tradisional Cina secara umum yang terdapat di Malaysia. Kajian ini penting kerana alat-alat muzik ini bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang merdu tetapi merupakan objek-objek seni yang harus dihargai. Penerokaan ini juga akan memberi berbagai maklumat dan pengetahuan mengenai satu aspek kebudayaan dan falsafah kaum Cina di Malaysia. Adalah diharapkan bahawa kajian rintis ini akan menimbulkan minat dalam penyelidikan yang lebih mendalam mengenai seni kraf dalam alat muzik tradisional.

Alat-alat muzik Tradisional Cina telah dibawa ke Malaysia pada penghujung abad ke-19 dan awal ke-20 apabila orang Cina berhijrah ke Malaysia. Tetapi pada dekad 60-an, alat-alat baru yang telah diubahsuai diimport dari China untuk kegunaan Hua Yue Tuan. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 5

1.6. Batasan Kajian 1.6.1. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti (1992:3)7 Oleh itu beberapa kaedah telah ditentukan untuk mengumpul maklumat dan berusaha mencapai objektif penyelidikan.

Kajian ini hanya tumpu pada falsafah dan simbolik yang berkaitan dengan alat muzik Sheng. Kaedah dapatan juga terhad kepada temubual bersama peminat muzik tradisional, membuat lawatan ke Sekolah Menengah Pay Fong di Bandaraya Bersejarah - Melaka, mengumpul maklumat dan sumber kajian dari beberapa buah perpustakaan (Perpustakaan UPSI, Perpustakaan USM, Perpustakaan Awam Negeri Melaka dan Perpustakaan Cawangan Merlimau) serta melayar laman web.

Hasil dapatan telah dikemukakan dengan memperkenalkan jenis-jenis alat muzik tradisional masyarakat Cina, sejarah perkembangan alat muzik Sheng, Falsafah dan simbolisme yang tersurat dan tersirat.

1.7. Definisi Istilah 1.7.1. Kraf Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa maksud perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran
7

Amir Hasan Dawi. (1999). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Perak.: Quantum Books. hal 94. 6

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

terutamanya menggunakan tangan, manakala kraftangan pula membawa makna perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan.8

Menurut UNCTAD yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui United Nation Conference on Trade and Commerce perkataan kraf tangan didefinisi seperti berikut ( Handicraft is a manual skilled- intensive product with or without use of tool, simple instruments or implement operated indirectly by the craftmen).Ini memberikan satu penghayatan tinggi terhadap keistimewaan kemahiran serta ketinggian mutu seni yang membabitkan pandai tukang.

Seterusnya kraf tangan juga boleh bermaksud sebagai : the creation of original object through an artist disciplined manipulation of materials. Collingwood pula memberi definisi yang lebih komprehensif berbunyi seperti berikut: ( Craft always involves a distinction between mean and end, planning and execution, raw material and artifacts, between form and matter, every craft has a hierarchical character).

Menurut beliau, kraftangan berbeza dari seni visual kerana ia berkait rapat diantara proses yang menentukan matlamat tukang dan juga diantara perancangan dan tindakan atau pembuatan, bahan dan produk, jisim dan bentuk, disamping itu setiap kraftangan mempunyai keutamaan dari aspek
8

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1998, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. hal 711 7

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

produk kraf yang digunakan bagi menghasilkan kraftangan yang baru. beliau merumuskan bahawa pandai tukang telah menjangkakan apakah jenis produk yang ingin dihasilkan sebelum mereka memulakan proses pembuatannya.9

Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 7 kraftangan merupakan seni pertukangan tangan yang merangkumi beberapa jenis iaitu seni pertukangan kayu, pertukangan perak, pertukangan besi, pertukangan tembaga, seni tembikar dan beberapa jenis yang lain lagi termasuk barang-barang yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan seperti buluh, rotan, resam, tempurung kelapa dan sebagainya.10

Menurut Siti Zainun Ismail dalam bukunya Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Bab 1 mengatakan Kraftangan dimaksudkan sebagai hasil seni berperanan untuk kegunaan.11 1.7.2. Tradisi Menurut Kamus Dewan (1998) Edisi 3. Perkataan tradisi membawa makna sesuatu kebiasaan (Adat, kepercayaan dll) yang kekal turun temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat ( golongan, kumpulan dsb).12
9

Sumber dari Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam penulisannya yang bertajuk Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi.
10 11

Ensikopedia Malaysiana. Jilid 7. (1996). K.L : Anzagain Sdn. Bhd. hal. 252-254. Siti Zainun Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur.: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 4 12 Kamus Dewan (1998) Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 1469 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 8

Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 13 pula menyarankan bahawa tradisi bermaksud adat sosial yang diperuntukkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses sosialisasi. Tradisi juga menentukan nilai dan moral masyarakat tersebut, iaitu peraturan-peraturan yang betul dan yang salah, dipuji dan disanjung, dikeji dan dibenci oleh masyarakat.

Konsep tradisi juga meliputi worldview atau pandangan dunia yang meliputi kepercayaan mengenai persoalan hidup dan mata, kejadian alam dan makhluknya.

Konsep tradisi ini berkait rapat dengan sistem kepercayaan, nilai dan cara berfikir sesuatu masyarakat. Orang Melayu misalnya mempunyai tradisi agama, nilai, ekonomi dan politik yang tersendiri.

Kebanyakan cara dan gaya hidup mereka masih lagi mengikut tradisi. Orang Melayu walaupun sudah biasa makan nasi dengan sudu akan lebih selesa apabila makan menggunakan tangan. Mereka lebih senang hidup berkelompok dan bermasyarakat daripada hidup bersendirian.13

13

Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 13 (1996). K.L.: Anzagain Sdn. Bhd. hal. 147 9

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

1.7.3. Muzik Menurut Kamus Dewan (1998) Edisi 3 : 914. Muzik membawa makna Gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan

1.7.4. Masyarakat Menurut Kamus Dewan (1998) Edisi 3 : 865. Perkataan masyarakat membawa maksud Kumpulan manusia yang hidup bersama di satu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Menurut Ensiklopedia Malaysiana Jilid 8, mencatatkan bahawa perkataan Masyarakat merupakan satu konsep yang masih kurang jelas maknanya di dalam antropologi. Bagi Beattie (1964) masyarakat adalah satu konsep yang abstrak, bukan sesuatu yang jitu atau yang dapat dilihat. Konsep masyarakat sama dengan sistem sosial dan struktur sosial.14 (Maklumat lanjut sila rujuk lampiran 1)

1.7.5. China

14

Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 8 (1996). K.L.: Anzagain Sdn. Bhd. hal. 268 10

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

Menurut Ensiklopedia Malaysiana Jilid 8, menerangkan bahawa perkataan China ialah negara terbesar di timur Benua Asia. keluasannya 9,572,678 km persegi. Orang Cina menyebut negaranya , Chung-kuo yang bererti Negara Pusat kerana mereka menggangap negaranya pusat geografi dunia dan pusat peradaban.15 1.7.6. Sheng Menurut Glosari Seni Muzik, Dewan Bahasa dan Pustaka (1996 : 157), Sheng merupakan organ mulut yang ditiup diperbuat daripada buluh.

15

Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 8 (1996). K.L.: Anzagain Sdn. Bhd. hal. 278-279 11

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1. Pengenalan 2.1.1. Bab ini memberi penekanan kepada tinjauan kajian lalu yang telah dibuat oleh beberapa orang penyelidik di dalam dan di luar negara. Aspek ini penting sebagai rujukan asas untuk mengumpul dan menambah maklumat tentang kajian ini.

2.1.2. Henry Doktorski telah mengadakan satu kajian ke atas Asian Free-Reed Instruments, dalam kajian ini telah mencatatkan perkembangan alat muzik Sheng secara terperinci namum tidak dapat sebarang maklumat tentang cara menghasilkan alat tersebut. (Sumber dari
http://www.trfn.org//free-

reed/history/sheng.html )

2.1.3. Tony Beamish dalam kajiannya The Art of Malaysia, secara sinis menggambarkan bahawa seni kraf tangan di Malaysia pada mulanya dibuat oleh orang asli dengan menggunakan buluh sebagai bahan. Merujuk kepada kajian Iskandar Carey bekas pengarah Hal ewal orang asli Malaya mengesahkan bahawa orang asli sebagai mesyarakat peribumi di Tanah Melayu terkenal dengan "Budaya Buluh mereka. Menurutnya lagi: From this remarkble plant they fashion not only their tools,weapon dweling and rafits but also domestic utensils, cooking and drinking pot and ornament.16

16

sedang cari 12

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

2.1.4. Kajian ke atas jenis-jenis buluh telah dijalankan oleh Mohd. Nor Ismail dan Mohd Arifin Muda yang dipaparkan melalui Bulan Melayu ms. 5 telah menerangkan buluh (famili Gramineae), adalah sejenis tumbuhan yang batangnya keras, berongga dan beruas, terdapat di kawasan panas dan lembab. Buluh digunakan hampir di seluruh Asia Tenggara. Terdapat beberapa jenis buluh yang biasa digunakan antaranya Buluh Kasap (Bambusa Vulgaris Schrad), Buluh Perindu (Bumbusa Magica Ridl), buluh Semilang (Gigantochioa Levis Merr), buluh Lemang (Schizostachyum Zollingeri Stend), buluh Padi (Schizostachyum Aciculave Gamble) dan buluh Betung (Dendro Calamus Asper Baker). (Maklumat tambahan sila rujuk lampiran 2)

Dalam masyarakat Cina, buluh Cina (Bambusa glaucescens sieb) biasa ditanam di halaman rumah sebagai pagar. Buluh ini kecil batangnya tetapi rimbun. Untuk mendapatkan bentuk pertumbuhan yang rimbun, buluh ini hendaklah kerap dicantas. Dalam perubatan tradisional Melayu, pucuk rebung ini digunakan untuk mengugurkan kandungan: pucuk rebung dicampurkan dengan seratus biji lada putih, kemudian direndam di dalam air panas dan airnya diminum selama tiga pagi.

2.1.5. RARE LUCK IT IS INDEED TO BE BORN IN HUMAN FORM. AS SUPPLE BAMBOO GROWS.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

13

STRAIGHT IS THE ROAD THAT ALL SHOULD FOLLOW. Begitulah mukadima yang digunakan oleh Maggle Oster dalam kajian beliau tentang sifat buluh. Buluh dikatakan mempunyai 1400 kegunaan. Menurut beliau buluh mempunyai sifat yang fleksibel, ia boleh bengkuk ke tahap yang maksimum tetapi tidak patah. Kelenturan ini merupakan satu keistimewaan bagi tumbuhan ini. Orang Jepun memanggil buluh sebagai take. Terdapat lebih daripada 100 genus dan lebih 1000 spesis buluh. Buluh berbunga apabila mencapai umur 30 tahun. Walaupun mengalami cuaca atau iklim yang berlainan, buluh yang sama spesis akan berbunga pada masa yang serentak. Sesetengah masyarakat percaya semasa buluh berbunga, sesuatu bencana atau keburukan akan berlaku. Sifat buluh yang jelas ialah pada batangnya yang keras dan tegak, panjangnya boleh mencapai daripada 45cm hingga 30m. Diameter batang buluh tetap sama walaupun mencapai ketinggian yang maksimum. Batang buluh biasanya berwarna hijau, kuning dan coklat. Batang bulah bersegmen dan mempunyai buku dan ruas. Fungsi buku ialah memberi kekuatan kepada buluh. Batang buluh terdiri daripada fiber sellulosa dan mengandungi lignin dan silika.17

2.1.6. Dalam kertas kerja Zubir Ali, Timbalan Pengarah Pusat Kebudayaan, UM yang bertajuk Alat Muzik Tradisional Melayu Dalam Perspektif Islam telah menyatakan bahawa dalam masyarakat Melayu muzik diamalkan untuk
17

Maggle Oster. (1995). Bamboo Baskets. USA. : Viking Studio Book. Hal.37 - 46 14

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

perbagai keperluan, namun ia perlu disesuaikan dengan Islam yang menjadi agama rasmi orang Melayu. Pada dasarnya tidak terdapat larangan agama terhadap muzik kerana pada zaman baginda Rasulullah s.a.w muzik

digunakan untuk menyalurkan rasa gembira dan kesedihan manusia, tetapi wujud larangan terhadap alat tiupan buluh seperti seruling kerana terselindung di sebaliknya unsur yang boleh menaikan semangat pendengar. Menurut catatan beliau alat tiupan merupakan alat sensitif kerana ia mempengaruhi psikologi pemain dan pendengar. Bila kita mendengar tiupan seruling yang mengandungi rasa, bulu roma kita menegak dan suatu nikmat dalaman terasa di dalam diri. Ungkapan seruling syaitan selalu digunakan untuk pengharaman alat muzik tiupan ini. Rasulullah bersabda: Aku diutus untuk mrnghancurkan seruling-seluling (Hadis riwayat Ibnu Ghailan al-Bazzaz dari Ali bin Abi Talib.) Tetapi An-Nablusi berpendapat haramnya seni hiburan muzik dan nyanyian itu tidak pada ainnya tetapi kemaksiatan yang menumpanginya. AnNablusi juga menegaskan bahawa hukum muzik adalah halal samada menyaksikannya mendengarnya atau belajar tentangnya jika bersih daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan agama. Maka kesimpulannya alat tiupan seperti seruling tidaklah terlarang pengunaannya untuk hiburan yang mendatangkan kebaikan dan

menyanjung kebenaran.18

18

Zubir Ali.. (2000). Alat Muzik Tradisional ; Daya dan Bunyi.Kuala Lumpur.: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. hal 112 - 113 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 15

2.1.7. Sekumpulan penyelidik iaitu Laliman Ahmad, Saroya Mansor, Ayob Ibrahim, Zahana Bidin, Mohd. Anis, Md. Nor, Sharif Kailani, Mohd. Nasir Hashim dan Alexander Anak Wong telah menjalankan kajian ke atas Engkerurai (sejenis alat muzik tradisional masyarakat Iban, sarawak). Dalam kajian ini telah menerangkan fungsi dan cara membuat alat tersebut. Didapati rupabentuk Engkerurai ini sama seperti Sheng pada zaman Dinasti Chao (Sheng mula-mula wujud). Selain daripada persamaan penggunaan bahan untuk menghasilkan alat muzik, pandai tukang juga menyusun buluh dalam bentuk bulatan cuma bilangan buluh dan panjang pendek setiap buluh tidak sama.19

2.2. Rumusan 2.2.1. Kajian lalu mengenai alat muzik tradisional Cina Sheng amatlah terhad, tinjauan kajian terperinci mungkin boleh diperolehi sekiranya dapat mengunjungi ke Negeri China. Maklumat yang terdapat dari internet biasanya lebih kepada kajian jenis-jenis alat muzik tradisional masyarakat Cina secara umum. Namun begitu, kajian lalu yang berkait dengan buluh telah banyak dikaji oleh penyelidik-penyelidik yang terkemuka.

19

Alexander Anak Wong & Soraya Mansor, ( 1995 ). Engkerrurai: Alat Muzik Masyarakat Iban, Sarawak. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. hal. 1 - 3 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 16

BAB III METODOLOGI KAJIAN

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

17

Pengenalan 3.1.1. Secara khususnya, bab ini mencakupi langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh penyelidik tentang kaedah kajian yang dipilih. Kaedah penyelidikan pendidikan merujuk kepada bagaimana kita mendapatkan maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan pendidikan. Kita menggunakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang minimum.

3.1.2. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang dijalankan dalam bentuk tinjauan. Penyelidikan ini telah menggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian untuk mengumpul maklumat yang terperinci.

3.1.3. Penyelidik telah menggunakan tiga kaedah kajian iaitu penyelidik sejarah, temu bual dan lawatan dengan bertujuan untuk mencapai objektif kajian.

3.1.4. Penyelidik pendidikan ini telah dijalankan sepanjang 2 semester iaitu bermula dari bulan Jun 2001 hingga Feb 2002.

3. 2. Rekabentuk Kajian 3.2.1. Penyelidikan sejarah Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan sejarah untuk memberi kefahaman tentang asal usul alat muzik tradisional masyarakat Cina - Sheng yang berkait rapat dengan seni kraf tangan. Maklumat dikumpul melalui tinjauan kajian lepas dari beberapa buah perpustakaan dan bahan dari
Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 18

internet. Bukti dan fakta secara sistematik dan objektif dititik berat dalam kaedah ini.

3.2.2. Kaedah temu bual Beberapa orang yang arif tentang alat muzik tradisional masyarakat Cina telah ditemu bual untuk mendapatkan pandangan serta maklumat yang bernas.

3.2.3. Kaedah lawatan Penelidik telah melawat ke beberapa lokasi seperti muzium, sekolah dan galeri kraf tangan untuk mendapatkan maklumat mengenai alat muzik tradisional Cina.

BAB IV DAPATAN

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

19

4.1. Pengenalan 4.1.1. Bab ini memperihalkan data-data yang telah diproses untuk membuat penerangan tentang alat muzik tradisional masyarakat Cina secara umum dan penerangan terperinci tentang alat muzik tradisional masyarakat Cina Sheng secara khusus.
4.1.2.

Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam Tamadun China. Konfusius menyatakan bahawa muzik adalah penting, walaupun tidak menyatakan prinsip-prinsipnya seperti asal usulnya dan hubungannya dengan kehidupan manusia. Now music is the expression of joy. This is something which human feelings make unavoidable. For man cannot be without joy. And when there is joy, it must be expressed in sound and given embodiment through movement and repose.20

Asal usul muzik Cina boleh dikesan sejak Zaman Klasik lagi. Kira-kira 3000 tahun yang lalu iaitu semasa orang Eropah cuba mencari ketenangan dalam hidup, di Cina telah bermulanya teori muzik dan peralatan canggih muzik. Buku pertama mengenai teori muzik Cina muncul pada abad 4 S.M iaitu Kuan Tzu atau Book of Master Kuan.21 Semasa kemunculan Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti (140- 87 s.m) telah menubuhkan Imperial Ofice of Music yang bertindak mengumpul dan mengedit lagu-lagu rakyat. Ia juga bertindak sebagai badan yang membuat lagu untuk tentera, mengadaptasi

20 21

Fun Yu-Lan, A Short of Chinese Philosophy, The Free Press, New York, 1966, hal 341-2 Fredic M. Kaplan, Jilian M. Sobin dan Stephen Andros (eds), Encyclopedia of China Today, The Macmilan Press Ltd, London and Basingstoke, 1979, hal.264 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 20

gaya musuh asing dari budaya yang berjiran dengannya dan mengumpul lagu-lagu tempatan.22

Sementara itu dengan adanya hubungan perdagangan dengan Asia Tengah, muzik-muzik asing mula datang ke Cina seperti pipa (Kecapi) dan Hu Ching (sejenis violin), Dengan adanya pengaruh dari kebudayaan asing maka pengubah lagu dapat membaiki lagu mereka dan memajukan muzik Cina. Semasa pemerintah Maharaja Hsuan Tsung (713-55) daripada Dinasti Tang, pihak istana menganjurkan Pear Garden Academy yang dapat menghasilkan ramai ahli muzik, dan ini telah membantu menegakkan asas bagi muzik Cina.

Pada zaman imperial terdapat dua jenis muzik iaitu muzik rakyat dan muzik golongan atasan. Muzik rakyat wujud dengan sendirinya apabila golongan petani ingin hiburan secara beramai-ramai. Salah satu suasana yang mewujudkan muzik rakyat ialah semasa menanam padi atau menuai padi. Semasa zaman Dinasti Tang, muzik rakyat dinaugani oleh pemerintah. Manakala muzik golongan atasan dicipta oleh golongan cerdik pandai dan kadangkala diambil dari muzik rakyat.

Di peringkat muzik atasan ini terdapatnya muzik istiadat atau ya-yuah. Ia merupakan muzik kepunyaan golongan elit. Ia banyak dipengaruhi oleh konfesius, yang mana muzik menunjukkan dan menajamkan pendidikan
22

Ibid., hal. 264 21

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

moral dan pencapaian semangat dalam masyarakat. Muzik ini lenyap selepas tahun 1911.23

Pada abab ke 20, muzik barat mula mendapat tempat dalam budaya Cina. Namun demikian muzik barat pernah diperkenalkan oleh kumpulan Jesuit pada lewat abad ke-16 tetapi tidak memberi kesan yang

memberangsangkan. Manakala pada abad ke-19 hingga ke-20 dengan adanya hubungan yang lebih rapat dengan Barat, orang cina mula menerima dan menikmati muzik Barat.

4.2. Sejarah alat muzik masyarakat Cina 4.2.1. Alat muzik masyarakat Cina wujud pada abad 551 s.m., Dinasti Zhou ( 1111-222 S.M ) (Rujuk lampiran 3). Beberapa abad dahulu sebelum muzik Eropah wujud, alat instrument yang sofiticated berserta dengan teori muzik telah wujud di negara Cina. Muzik yang dimainkan adalah dalam bentuk ritual untuk orang-orang atasan, ahli falsafah, orang-orang keagamaan.

Aktiviti muzik yang agak terhad kepada masyarakat Cina di Malaysia yang paling penting adalah Opera Cina dan Orkestra Cina atau Hua Yue Tua. Alat muzik biasanya di import dari negeri china, tetapi skor muzik sering diubah oleh pemuzik tempatan. Terdapat juga komposer tempatan yang mencipta lagu klasik yang original, walaupun skor dan gubahan dari negeri Cina juga sering digunakan. Kebanyakan aktiviti muzik Cina berlaku di
23

Ibid., hal. 264 22

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

bawah naungan tempatan berhala, pelbagai persatuan kaum Cina dan sekolah Rendah dan Menengah Jenis Jenis Kebangsaan Cina.

Menurut pendapat dari jurulatih Sekolah Menengah Pay Fong, Orkestra Cina Moden / Hua Yue Tuan muncul di kalangan masyarakat Cina di Malaysia hanya pada dekad 60-an, akibat beberapa ahli muzik tempatan yang telah melanjutkan pelajaran mereka ke Hong Kong dan juga kepopularan muzik orkestra Cina moden melalui rekod-rekod yang terdapat di Malaysia. Kini, ia wujud di seluruh Malaysia terutamanya di bandarbandar besar di mana terdapat ramai bilangan kaum Cina seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Star, Melaka, Johor Bahru dan Kuching. Saiz Hua Yue Tuan adalah berbeza dari 12 hingga 50 orang ahli atau lebih. Umur pemain muzik antara 14 35 tahun. Dalam setahun , hua Yue Tuan ini menyampaiakan sekurang-kurangnya satu persembahan. Selaian daripada menghiburkan pendengar-pendengar yang datang, persembahan ini selalu digunakan untuk mengutip wang dan derma bagi persatuan masingmasing atau kebajikan masyarakat secara umum.( Foto)

Susunan orkestra lebih besar daripada ensemble wilayah, mengikut format duduk okestra barat, dan menggunakan konduktor dan skor muzik. Seperti dalam orkestra barat, pemain alat bertali yang digesek dalam okestra Cina ditempatkan di sebelah kiri konduktor sedangkan pemain alat bertali bes di

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

23

sebelah kanan. Alat tiup pula ditempatkan di hadapan konduktor dan alat gendang di belakang pentas. (Rujuk lampiran 4)

Lagu Cina biasanya digubah mengikut skel pentatonik. Sistem notasi yang biasa digunakan di Malaysia adalah sistem notasi nombor. Di bawah sistem ini digit 1 hingga 7 digunakan untuk mewakili not do re mi fa so la ti. Oktaf bawah ditandakan dengan satu titik yang ditulis di bawah digit dan oktaf atas ditandakan dengan satu titik di atas pula. Tanda nada selalunya disebutkan di bahagian permulaan skor sebagai C, D dan seterunya melambangkan not do atau l bersamaan dengan C besar atau c besar dan seterunya. Not rehat (rest) pula ditandakan pula dengan digit O .

Dari segi rentak pula, sesuatu digit jika ditulis begitu sahaja melambangkan satu krocet. Kuaver ditandakan dengan satu garis horizontal yang ditulis di bawah digit manakala semi kuaver pula dilambangkan oleh dua garis horizontal. Not bertitik pula dilambangkan secara menggunakan sebuah titik selepas digit berkenaan . contoh : bandingan transkrip notasi konvensional . 4.3. Alat alat muzik tradisional Cina 4.3.1. Alat-alat muzik tradisional muzik Cina datang dari empat kumpulan alat muzik yang utama: alat tali berpetik, alat tali bergesek, alat tiup kayu dan alat perkussi. Muzik Cina tidak menggunakan bras .

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

24

4.3.2. Alat Tali Berpetik Pipa Sejenis lute. Pada asalnya digunakan sebagai muzik solo tetapi kini merupakan alat tali berpetik yang digunakan dalam bilangan yang paling banyak dalam okestra Cina disebabkan bunyinya yang agak lembut. Kualiti tonnya adalah menyerupai gitar klasik barat- Sepanyol. Sejarah pipa telah merentasi lebih dari 2000 tahun iaitu bermula dari dinasti Han hingga ke dinasti Tang. Rekabentuk pipa mempunyai leher yang pendek dan bahagian bawah dibuat daripada kayu. terdapat 19 hingga 26 batang buluh kecil di bahagian leher yang dipanggil xiang. Xiang boleh diperbuat daripada kayu, jed dan gading gajah. Ianya mempunyai 4 tali yang ditalakan kepada not A, D, E dan A. pipa dimainkan dengan meletaknya di atas riba secara menengak. Biasanya pemain akan memakai jaring pasu untuk

membolehkan pemain muzik bebas memetik dengan pelbagai teknik dalam persembahan. Liu Yue Qin pula merupakan pipa kecil dengan talaan G , D, G dan D.

Yue Qin Merupakan gitar Cina. Dua alat lain yang serupa tetapi berbeza sedikit dari segi dimensi adalah Da Ruan dan Chong Ruan Ruan juga dikenali sebagai gitar bulan. Ia terdiri daripada berbagai saiz dan pitch yang berbeza Ia terdiri dari 4 tali dan fret. Kotak bunyi dibuat daripada kayu. Satu jenis alat

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

25

muzik yang sama dalam golongan Qin ialah Guqin. Guqin adalah satu alat tradisional Cina yang paling disanjung dan dianggap suci oleh masyarakat Cina. Serpihan alat muzik ini telah dijumpai dalam kubur lama (500 200 S.M) . Di bahagian atas Guqin diperbuat daripada papan kayu pine, bahagian bawah guqin pula diperbuat daripada kayu keras seperti catalpa. Terdapat 13 titik kecil yang dipanggil hui berfungsi sebagai tanda kedudukan not muzik. Guqin mempunyai tujuh tali pemetik yang berlainan ketebalan. Ia mampu menghasilkan bunyi alam yang harmoni. Qin yang ada pada zaman sekarang berasal daripada Dinasti Tang (618 907 M).

Zheng Zheng ialah alat muzik tradisional Cina yang lama. Buluh digunakan untuk membuat alat instrument kecil yang ada pada Zheng ini. Zheng amat popular pada Zaman Neferi-Negeri Berperang dan Dinasti Qin (221-206 S.M). Zheng mempunyai permukaan yang lengkuk, panjang dan berbentuk trapezium. Sebanyak 13 21 tali sutera digunakan untuk menghasilkan bunyi yang harmoni. Pemain muzik memakai 3 4 jari pasu untuk memetik tali Zheng untuk mendapatkan kesan bunyi yang baik.

Yang Qin Alat muzik ini wujud pada zaman Dinasti Ming (1368-1644 M). Ia boleh didapati dalam berbagai saiz. Dua batang buluh kecil bersaiz seperti chopstick digunakan untuk memukul alat muzik ini. Alat ini dapat

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

26

menghasilkan bunyi yang lembut pada nada yang tinggi dan bunyi yang kuat serta padat pada nada rendah. Alat ini mempunyai 5 nada bunyi dan dikatakan alat muzik baru mengikut berbanding dengan alat-alat muzik tradisional Cina yang lain. Yang Qing merupakan satu-satunya alat perkussi berpitch yang digunakan . Ianya seperti Dulcimer atau Simbalom barat dan dimainkan menggunakan pemukul khas. Ia dimainkan secara solo. Dalam okestra Cina dua buah Yang Qin digunakan . Ditempatkan ditengah okestra.

4.3.3. Alat Tali bergesek Er Hu Violin Cina pada asalnya merupakan alat muzik solo. Er Hu yang pertama wujud pada 1104 dalam Dinasti Song Er hu memainkan peranan yang serupa dengan violin dengan okestra barat tetapi kualiti tonnya jauh lebih lembut dan manis (mellow) daripada violin barat. Er Hu berbadan kecil tetapi berleher panjang. Ianya mempunyai dua tali sahaja yang dimainkan menggunakan bow. Pan Hu dan Gao Hu adalah serupa dengan Er Hu tetapi ditalakan pada pitch lebih tinggi. Alat yang lain dalam famili alat ini termasuk Zhong Hu, Ge Hu dan Bei Ba Ge Hu (Rujuk lampiran 5) yang boleh dibandingkan dengan biola, cello dan double bass barat. Di Malaysia Gao Hu dan Bai Be Gao Hu biasanya digantikan dengan cello dan double bass. Ini disebabkan alat Cina yang asal yang badannya diperbuat daripada kulit ular tidak tahan kelembapan udara dinegara kita. Kulit ular tersebut selalunya mengembang akibat meresap wap air di udara dan menjadikan

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

27

talaan alat itu tidak tepat. Bagi alat yang lebih kecil masalah ini tidak wujud.

Gendang Cina Terdiri daripada gendang bass yang besar dan set gendang kecil, yang boleh sampai 13 buah dari yang kecil kepada yang besar. Gendang bass mempunyai ton rendah yang kuat. Set gendang yang biasanya dipasang pada pemegang gendang, dua per dua, ditalakan mengikut pitch menurun. Tonnya bergema dan kuat. Alat perkussi jenis idiofon yang digunakan pula termasuk simbal Cina yang berpasangan dan jauh dengan bunyi lebih pendek dan tajam dari pasangan simbal barat. Dau set simbal Cina biasnya digunakan , kecil dan besar. Simbal besar mempunyai bibir simbal yang terlipat ke atas. Selain daripada simbal, tam-tam (gong tidak berbonggol) memainkan peranan penting dalam okestra cina. Ia mungkin digunakan secara berasingan atau dalam set 13 buah tam-tam berlainan saiz yang dipasang pada pemegang khas. Blok kayu berbentuk kepala ikan dan blok kayu berbentuk T, digelar tik tok juga biasa digunakan. Tambarin kadangkala digunakan juga. Alat perkussi tidak berpitch ini biasnaya memainkan peranan meninggikan kesedaran rentak lagu yang dimainkan dan tidak biasanya memainkan corak yang terlalu kompleks atau independen.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

28

Alat Tiup kayu Di Di atau flut Cina merupakan kumpulan alat tiup kayu yang paling besar. Ianya merupakan flut melintang yang diperbuat daripada tiub buluh yang ditebuk lubang. Terdapat dua saiz dalam alat tiup kayu ini iaitu pendek dan sederhana panjang. Bunyinya nyaring dan tinggi, Alat tiup kayu lain yang penting adalah sonar, sejenis alat yang menyerupai oboe barat, dengan bunyi yang lebih tajam dan nyaring. Sonar juga berbeza daripada obei barat kerana ia mempunyai loceng seperti trompet pada penghujung dari mana bunyinya keluar. Dua saiz sonar juga digunakan iaitu alto dan soprano.

Sheng Sheng wujud pada abad 551 s.m Dinasti Zhou (1111- 222 s.m). Orang Cina percaya bahawa Sheng dicipta oleh seorang dewa maharaja wanita mitos yang dipanggil Nyn-Kwa24 pada 3000 tahun dahulu. Beberapa abad dahulu, sebelum muzik Eropah wujud , alat instrument yang sophiscated berserta dengan teori muzik telah wujud di negeri Cina, muzik-muzik yang dimainkan adalah dalam bentuk ritual untuk orang-orang atasan, ahli falsafah dan ketua keagamaan. Sheng dicipta apabila alat-alat instrument yang sophiscated melanda pada dunia muzik ketika itu . Menurut catatan dalam oracle bones pada zaman Yin (abad 11-12 s.m) nama Sheng pada masa itu ialah Ho dicatat juga dalam buku Shih Ching Book of Orders25
24

Anak perempuan ketiga Tuhan Langgit dalam cerita mitos. Nyn Kwa terkenal kerana telah menyelamatkan langgit yang bocor dan membina manusia di bumi ini dengan menggunakan picitan tanah. 25 Shih Ching (Book of Order) merupakan antologi puisi yang mengandungio 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang disusun sezaman dengan konfusius. Puisi ini sering digunakan Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 29

mengakui bahawa ia digunakan oleh orang biasa. Confucius (551-479 s.m) dipercayai pernah bermain alat instrument ini

Sheng terdiri daripada satu ruang angin yang diperbuat daripada logam dengan pemipitnya yang pendek dan 17 paip atau tiub buluh yang dimasukkan ke dalam ruang angin ini sebagai satu bulatan . Setiap tiub buluh ditambahkan dengan tiub tembaga untuk mengeluarkan gema. Setiap tiup dipasangkan dengan satu pelidah bebas atau rid bebas. Diatas setiap pelidah bebas terdapat sebuah lubang jari yang harus ditutup supaya berbunyi. Bunyi dikeluarkan apabila pemain26 menutup lubang jari dan meniup atau menyedut angin melalui pemipit. Bunyi alat ini serupa organ. Oleh kerana not yang sama boleh dibunyikan bila paip ditiup atau disedut, alat ini boleh bermain melodi atau kod yang dipanjangkan .

4.4. Perkembangan alat muzik Sheng 4.4.1. Evolusi akkordian telah bermula beribu tahun dahulu pada zaman pra sejarah lagi. Kemungkinan akkordian yang paling tua dibuat daripada buluh halus yang dipanggil naw. Alat ini masih dimainkan oleh kaum yang tinggal di kawasan pergunungan di selatan Cina dan di utara Asia Tenggara. Alat ini mempunyai lima paip yang disusun dalam keadaan membulat dan sekumpulan Bahagian hujung terbuka kelihatan rata dan bahagian bawah

dalam pertemuan rasmi dimana raja dan diplomat menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi keadaan sebenar atau menyatakan maksud sebenar. 26 Tan Sooi Beng, 1997 Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, rakayat dan simkritik. Ms 379

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

30

ialah

ruang

udara

(wind

chamber)

yang

membolehkan

pemain

menghasilkan bunyi dengan secara perlahan menutup hujung paip tersebut dengan tangan kanan. Teknik bermain alat muzik ini agak sukar, ianya menghasilkan bunyi kuat. Alat ini dimainkan secara tradisional, dimana ia dimainkan oleh pasangan yang belum kahwin

The lutes are struck, the organ blows Till all its tongues in movement heave The drums loud sound, the organ swells Their flutes the dancers wave

Sheng bermakna suara yang luhur (mulia). Sheng dan Yu, memainkan peranan yang signifikan dalam istana. Sheng adalah alat muzik yang istimewa dan mustahak dalam upacara adat istiadat istana. Alat ini juga dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu rakyat. Ia dimainkan secara solo dan di opera genre seperti kun-chu. Nama alat muzik Sheng ini sama dengan sebutan perkataan Cina (Sheng) yang memberi makna timbul. Oleh itu alat muzik ini membayangkan atau mengkaitkan dengan tuah dan harapan yang baik. Lukisan lakaran dari bas relief yang bertajuk; A hundred kinds of games dari Dinasti Han Barat (Kurun ketiga sebelum masehi) telah dipamerkan di Shantung. Lakaran ini Lakaran ini jelas menggambarkan dua orang juggler, seorang penari dan 17 ahli muzik yang bermain berbagai alat muzik termasuk Sheng.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

31

Okestra yang dianggotai oleh kaum wanita kadang-kala dipanggil untuk menghadiri upacara tertentu di istana. Pada zaman dinasti Tang, anggota okestra datang dari seluruh pelosok Asia.

Sheng terdiri daripada empat bahagian; bahagian dasar (wind chamber), mouth-piece (bahagian tiub), the pipes (paip) dan the reeds (sekumpulan buluh). Pada asalnya Sheng berbentuk labu sebagai ruang angin. Pada mulanya, dasar Sheng diperbuat daripada kayu yang telah dikilat dengan laker (lacquered wood), kini dasar Sheng diperbuat daripada logam. Sheng mempunyai 13-24 paip buluh (17 adalah piawaian norma). Sebuah mensiang diletak di bahagian bawah alat muzik tersebut. Sheng terdiri daripada satu ruang angin yang diperbuat daripada logam aloi kuprum dengan pemipit yang pendek. Buluh yang dimasukkan ke dalam ruang angin ini disusun secara sistematik dalam satu bulatan. Setiap tiub buluh ditambahkan dengan tiup tembaga untuk megeluarkan gema. Setiap tiub dipasang dengan satu pelidah bebas atau rid bebas. Sheng dicipta dengan meniru bentuk burung Phoenix (feng-huang). Panjang paip tidak mempunyai picth dan bentuknya mempunyai hiasan yang ringkas.

Sheng adalah salah satu alat muzik tradisional yang boleh menghasilkan lebih dari satu not pada satu masa. Biasanya ia dimain secara solo,

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

32

sebagai pelengkap atau sebagai alat muzik iringan. Melodi yang dimainkan menggunakan chord lima atau empat bagi menambah bunyi.

Muzik tradisional kebanyakannya dipelajar dengan kaedah hafalan. Bila ada keperluan, nota muzik ditulis dalam bentuk Gongche. Malangnya tidak ramai yang boleh membaca Gongche masa kini mahupun pemain Sheng yang profesional. Kini pemain Sheng dilatih untuk membaca nota yang moden, dan juga tablature yang menggunakan nombor das simbol lain untuk menunjukkan pitch dan irama.

Jin-Diao berdasarkan kepada bahan muzikal dari teater wilayar Shanxi, termasuk juga ciri-ciri teknikal seperti li-yin (glissando) dan tu-yin

(tonguing). Pada pertengahan abad ke 20, Sheng diubahsuaibaikan. Bilangan paipnya ditambah menjadi 36 51 dan Sheng dimodifikan

menjadi alti sheng, bass aheng dan keybord sheng. Juga terdapat kromatik sheng yang membolehkan pemuzik memodulahkan berbagai kekunci, begitu juga boleh memainkan chord yang susah dan passages yang poliponik. Bass sheng dikenali sebagai BaoSheng (Rujuk lampiran 6), besar dan berat dan perlu diletakkan atas riba atau lantai semasa meniupnya. Bunyinya rendah dan mellow. Ia boleh menghasilkan chord yang berbeza. Tiub besi mengantikan buluh, buluh yang besar akan menghasilkan pic yang rendah.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

33

Apabila alat muzik sheng ditiup, kondensasi udara yang dihembus keluar menyebabkan gangguan intonasi dan kadang-kadang boleh menyebabkan bunyi tidak kedengaran. Keadaan ini boleh diatasi jika alat ini dipanaskan pada suhu melebihi bilik sebelum ia digunakan. Oleh itu pemain sheng akan memanaskan dulu alat pada api arang sebelum dan semasa pertunjukkan. Pada zaman sekarang ini dilakukan dengan menuang secawan air panas ke dasar sheng, dalam ruang yang direka khas untuk mengatasi masalah tadi.

Menurut penjual alat muzik tradisional Cina di Muar, Johor, En Liu mengatakan bahawa sheng biasanya diperbuat dari jenis buluh Zi Zhu dan harga pasaran antara RM390 hingga RM 500 sebuah. Menurut beliau generasi sekarang banyak yang tidak tahu mengenai alat tersebut. Cara untuk meniup sheng juga terhad kepada pakar atau peminat muzik tradisional masyarakat Cina. Ini merupakan satu gejala yang amat menyedihkan kerana dikuatiri geng atau asal usul masyarakat Cina akan dilupai atau diasimilasi oleh budaya lain.

4.5. Rumusan 4.5.1. Lawatan ke Sekolah Menengah Pei Fong telah membolehkan penyelidikan ini bertambah sempurna kerana dengan adanya bantuan dari Cikgu Chu, cara menggunakan alat muzik tradisional Sheng diterangkan dan demonstrasi telah diadakan oleh murid dari sekolah tersebut. Menurut adik Tan belajar meniup alat muzik Sheng ini tidaklah susah sangat tetapi perlu

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

34

tekun, menghayati dan sentiasa berlatih. Alat muzik ini perlu disayangi dan disimpan dengan baik untuk menjaga kualiti bunyinya.

Alat muzik Sheng merupakan salah satu kraf tradisional yang penuh dengan keunikan tersendiri. Ia berkait rapat dengan burung mitos Feng Huang. Feng Huang adalah lambang kemewahan dan kejayaan, motif ini telah dicipta dan digunakan pada zaman neolitik. Ini dapat dibuktikan dalam arca relief yang terdapat di Shangdong.

Menurut Low Tong Sheng dalam buku beliau yang berjudul Zhong Guo Yue Qi Tu Jian telah menerangkan secara terperinci. Sejarah perkembangan Sheng telah berlaku perubahan yang perlu mengikut zaman tersebut dan perubahan itu telah membolehkan alat muzik ini mengeluarkan bunyi yang lebih merdu dan pelbagai.27 (Rujuk lampiran 6)

27

Low Tong Sheng. (1992). Zhong Guo Yue Qi Tu Jian. Sang Tong.: Zhong Guo Yi Shu Yian Jiu Yuan. hal 154 - 163 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 35

BAB V KESIMPULAN

5.1. Pengenalan 5.1.1. Melalui penyelidikan dibeberapa buah pusat sumber, didapati alat muzik tradisional ini juga mempunyai kesamaan dengan alat muzik tradisional Diraja Jepun yang bernama Sho28 (Rujuk lampiran 7). Di Laos, alat muzik yang bernama khene (Rujuk lampiran 8) juga dikatakan mempunyai rupa bentuk dan fungsi yang sama dengan alat muzik tradisional Cina Sheng.

28

Henry Doktorski (2000). Asian Free- Reed, Inc. Part Two : The Japanese Sho 36

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

Di Eropah, alat muzik tradisional barat terdapat alat muzik Tain Kim (Rujuk lampiran 9). Dimainkan dengan meniup atau menyedut. Alat muzik klasik yang serupa dengan Sheng di Negeri China dan Sho di Negeri Jepun.29

Bagaimana di tanah air kita Malaysia ? Berdasarkan bahan maklumat yang dikumpul, didapati di negeri Sabah alat yang seakan rupa dengan Sheng ini dipanggil Sompoton atau nama lain Buluh Sumbiling. Sompoton ialah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada batang buluh yang kecil dan juga buah kundur. Buah kundur yang telah dikosongkan isinya dan dikeringkan, dilubangkan pula pada satu bahagiannya dan dimasukkan lapan potong buluh yang disusun dalam 2 baris. Bahagian kundur yang meruncing merupakan tempat si pemain meniup

sompotan.seperti Sheng, alat ini dikatakan mengeluarkan bunyi ynag lembut dan harmoni. Sompotan biasa dimain oleh suku kaum Dusun dan Kadazan.

Begitu juga di negeri Sarawak, alat muzik tradisional masyarakat Iban Engkerurai merupakan sejenis alat muzik yang dikategorikan sebagai aerofon kerana bunyi nadanya dihasilkan melalui tiupan mulut. Dari segi lagu atau repertoir, ia banyak meniru bunyi dan aksi dari alam semulajadi. Engkerurai tidak pernah dipersembahkan dengan alat muzik lain. Ia bersifat berseorangan ataupun solo. Engkerurai diperbuat daripada labu yang

29

Frank L. Harrison and Joan Rimmer, (1964). Antique Musical Isstruments and Their Players. New Yprk. hal.138 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 37

dikenali sebagai tangkong (kotak suara) dan 7 batang buluh (temiang). Kemerduan bunyi ditentukan oleh saiz lelidah atau ruding30.

Apakah yang menyebabkan persamaan antara alat-alat muzik tersebut ? Adakah antara alat-alat tersebut saling mempengaruhi antara satu sama lain ? atau alat-alat ini memang datang dari tanah besar China melalui aktiviti perdagangang atau mungkin juga manusia pada hakikatnya memang mempunyai naluri yang sama sehingga mencipta alat muzik yang seakan sama rupanya. Menurut pandangan dari jurulatih persatuan hua yue tuan, Sekolah Menengah Pei Fong, Melaka memang ada kemungkinan alat-alat muzik di Malaysia telah menerima asimilasi dari negara lain kerana keunikan Malaysia sendiri yang terdiri daripada berbilang kaum dan kerajaan mengamalkan perdagangan secara bebas.

5.2. Perbincangan 5.2.1. Aspek Falsafah Perkataan falsafah dalam bahasa Inggeris ialah philosophy yang berasal dari dua perkataan Yunani, philien (yang bermakna mencintai) dan sophia (yang bermakna kearifan, atau kebijaksanaan). Perkembangan falsafah telah mula dipupuk sejak 2500 dahulu.31

30

Sumber maklumat dari sekumpulan penyelidik iaitu Laliman Ahmad, Soraya Mansor, Anis Md. Nor, Sharif Kailani, Mohd Nasir Hashim dan Alexander Anak Wong. 31 A.W. Munk, A Synoptic Philosophy of education, Nashville: Abingdon Press, 1965, m.s. 45. (sumber dari SyarifahAlwiah Alsagoff. (1984). Falsafah Pendidikan . Kuala Lumpur: Heinemann Asia. m.s. 1) Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 38

Dalam masyarakat Cina, falsafah kehidupan berkait rapa dengan alam sekitar dan kepercayaan turun temurun. Masyarakat primitif Cina mengakui adanya satu kuasa atau semangat dalam setiap benda yang berkait rapat dengan alam semula jadi. Mereka mengagumi dan menghargai serta takut akan kuasa-kuasa yang mereka tidak faham. Oleh itu mereka menyembah dan mengadakan upacara tertentu kepada langgit, bulan, bumi dan patungpatung. Kepercayaan mengenai kuasa atau semangat alam sekitar ini tetap dipegang oleh masyarakat Cina sehingga sekarang seperti kepercayaan Dewi Kuan Yin.
32

Buddha dalam konteks masyarakat Cina diwakili oleh

Dewi Kuan Yin yang telah diangkat ke langit kerana kebaikan, kesetiaan dan kemurnian hatinya. Untuk membolehkan manusia sampai ke langit, burung mitos Feng Huang telah direka dan dipercayai ia adalah agen utusan dari Dewi Kuan Yin dan boleh membawa manusia terus terbang ke syurga sekiranya manusia mempunyai moral yang tinggi.

Tamadun Cina mempercayai alam semester ini diperintah oleh tian33. Secara umumnya tian dirujuk kepada langit. Ia lebih merujuk kepada satu ketinggian iaitu syurga. Semasa Dinasti Zhou, tian dirujuk kepada makhluk unggul yang mempunyai kuasa, menguasai perjalanaan hidup dan menentukan nasib dengan adanya mandat dari syurga yang beliau perolehi.
32

Ann Wan Seng, Kepercayaan Orang Cina, Penerbit Fajar Bakti . Shah Alam, 1996, hal.2 . Dewi yang dipercayai bersifat mulia dan sentiasa menolong mnusia dalam kesusahan sekiranya sifat menusia itu baik dan bermoral 33 Lok Chong Hoe, Tamadun China: Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pusat Pembangunan dan Pendidikan Komuniti, Kuala Lumpur, Sekretariat Falsafah dan Sains Islam, Pulau Pinang, 1998, hal.3. Tian dipandang sebagai pemerintah alam semester - Maharaja Tertinggi dalam Empayar Tian dan prinsip moral. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 39

Dalam hal ini raja-raja Zhou dan raja-raja seterusnya cuba untuk mengaitkan diri mereka dengan konsep tian seperti anak syurga dan mandat dari syurga. Justeru itu, alat muzik Sheng ini muncul pada Dinasti Zhou dan bunyi alat muzik yang harmoni ini dipercayai akan membolehkan seseorang raja lebih bersifat mulia dan disukai tian.

Falsafah masyarakat Cina berkait rapat dengan ajaran Konfucius. Ajaran konfucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551 s.m. cerita kelahiran Kung Fu Tze agak menarik dan luar biasa. Mengikut kisah dan legendanya kira-kira 2500 tahun yang lalu, terdapat sepasang suami isteri yang sangat keinginan seorang anak lelaki. Shuh Liang Heih (bapa Kung Fu Tze) mempunyai sembilan anak perempuan, walaupun begitu hidupnya tidak bahagia kerana tidak mempunyai anak lelaki untuk menyambung zuriat. Masyarakat Cina adalah masyarakat patrilinear, oleh itu Shuh Liang Heih memohon dan berdoa kepada roh-roh dan Dewa Langit supaya dikurniakan seorang anak lelaki. Doanya diperkenankan, Dewa Langit telah hantar utusan bersama burung Feng Huang ke kediaman Shuh dan isterinya bermimpi akan mendapat seorang anak lelaki (Rujuk lampiran 10). Akhirnya, Kung Fu Tze dilahirkan ketika umurnya mencapai 70 tahun. Ibunya memainkan peranan penting dalam membesarkan beliau.34 Kung Fu Tze dipercayai juga gemar bermain alat muzik Sheng ini. Beliau

34

Ian P. McGreal (eds), Great Thinkers of The Eastern World, Harper Collins Publishers, new York, 1995, hal.3 Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 40

menyatakan muzik adalah penting dan ia berkait rapat dalam kehidupan manusia dengan kuasa yang ada pada alam semula jadi.

Melalui alat muzik Sheng ini telah wujudnya satu peribahasa yang berkait dengan falsafah masyarakat Cina. Peribahasa ini ialah lan yu chong shu. Mengikut bahasa klasik masyarakat Cina :

Penerangan /terjemahan: Zaman Neferi-Negeri Berperang/ Zhan Guo, 475-221 S.M, Maharaja Qi Xian Wang amat minat mendengar dan menghayati muzik yang ditiup oleh alat Yu (Sheng). Maharaja minat mendengar alat muzik ini dipersembahkan secara kumpulan besar seramai 300 pemain muzik. Sifat ini telah memberi kesempatan kepada seorang pemain muzik yang tidak pandai dalam tiupan Sheng ini. Namanya Nan Kuo Chu Shi. Beliau berpura-pura pandai main semasa persembahan diadakan agar dapat faedah / keistimewaan yang dibiayai oleh maharaja. Tidak lama kemudian, Maharaja Xian mangkat dan anaknya Ming Wang naik tahta. Malangnya Maharaja Ming tidak gemar dengar secara berkumpulan, beliau meminta pemain muzik mengadakan persembahan secara perseorangan. Setelah mengetahui berita itu, Nan Kuo Chu Shi pun melarikan diri ke negara lain. (gambarajah cerita Rujuk lampiran 11)

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

41

Peribahasa ini telah menasihat orang ramai jangan bersifat menipu. Dalam menangani liku-liku kehidupan perlu ada ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas dan nyata. Sebaliknya akan mengalami kegagalan. Orang yang bersifat mulia dan mempunyai kebolehan yang nyata tidak menakut segala ujian yang ditimpa kerana mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

Konfucius berkata: Manusia yang tidak bercakap benar dan tidak mengetahui bagaimana hendak bercakap benar ibarat kereta lembu besar yang rodanya tidak berikat dengan pengunci kayu penggalang dan kereta kuda kecil yang rodanya tidak berikat dengan penyelak kayu pengalang; jadi

bagaimanakah ia boleh bergerak?35

Pepatah Arab juga menasihat manusia agar Tinggalkanlah bohong meskipun pada mulanya dipandang bohong itu memberi manfaat diri sendiri. Pada hakikatnya dia memberi bahaya. Berlaku benarlah meskipun pada mulanya dipandang benar itu memberi bahaya kerana pada hakikatnya, itulah akan memberi manfaat padamu.

Begitu juga dalam pantun Melayu telah berkata : Sikap senohong,


35

Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 13 42

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

Gelama ikan duri; Bercakap bohong, Lama-lama mencuri. Orang yang suka bercakap bohong, dipercayai akan buat kejahatan lain.

Ajaran - ajaran konfucius yang dicatat oleh anak muridnya dalam Analects36 berkait rapat dengan ajaran moral. Konfucius percaya bahawa moral manusia membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satu harta paling penting yang harus dimiliki oleh setiap insan. Dalam konsep Jen atau perikemanusiaan, seseorang dianggap mempunyai

perikemanusiaan yang tinggi apabila melakukan kebajikan dan kebaikkan terhadap sesama manusia. Jen dapat menghapuskan kejahatan dan menimbulkan penghormatan sesama manusia.

Konfucius berkata: Orang yang tidak berperikemanusiaan tidak boleh tinggal lama dalam keadaan yang miskin. Orang yang berperikemanusiaan boleh hidup aman (dia boleh berasa aman dengan menjalankan kerja yang

berperikemanusiaan, dan tidak berasa aman sekiranya melakukan kerja yang tidak berperikemanusiaan). Orang yang bijak bersikap

perikemanusiaan. (Dia menyedari bahawa perikemanusiaan mendatangkan

36

Hilda Hookham, A Short History of China,St. Martins Press, Inc., Ontario, 1972, hal.48-9. 43

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

faedah

kepadanya;

oleh

sebab

itu

dia

mengajarkan

pekerti

perikemanusiaan.)37

Dalam konteks ini Nan Guo Chu Shi dikatakan seorang insan yang tidak mempunyai sifat Jen kerana sifatnya yang suka menipu orang. Untuk mencapai kesempurnaan peribadi dan akhlak seseorang harus memiliki Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang baik dan positif di dalam kendiri seseorang. Jen dapat membangkitkan semangat rajin bekerja, giat berusaha dan bukannya duduk menunggu rezeki tanpa sebarang usaha seperti Nan Guo Chu Shi.

Konfucius berkata: Terdapat pelbagai jenis manusia. Oleh sebab itu terdapat pelbagai jenis kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Jenis kesalahan yang bagaimanakah yang menyebabkan orang melakukan kesalahan? Dengan meneliti kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang, kita boleh mengetahui siapa orang itu.38

Salah satu aspek penting ajaran Konfucius ialah jalan tengah yang dirujuk sebagai kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia ialah jalan pertengahan. Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan dalam melakukan sesuatu. Konsep ini mempunyai persamaan dengan ajaran
37

Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 23 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 25 44

38

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

agama-agama yang lain seperti Islam dan Buddha. Kesederhanaan membolehkan seseorang dalam ketenangan dan dapat membuat

pertimbangan yang rasional serta tidak mudah didorong oleh emosinya. Dalam konteks ini, sekiranya Nan Guo Chu Shi seorang yang pegang teguh terhadap konsep kesederhanaan, beliau tidak akan tamak pada kemewangan yang diberi oleh maharaja dan akhirnya dipengaruhi oleh emosinya sehingga sanggup melakukan perkara yang jahat menipu.

Konfucius berkata: Semua orang mahu menjadi kaya, menjadi pegawai tinggi. Namun cara yang betul tidak digunakan untuk mendapatkannya. Orang yang budiman tidak menerima cara ini.

Kemiskinan dan kehinaan dibenci oleh setiap orang. Namun cara yang betul tidak digunakan untuk menghapuskannya. Orang yang budiman tidak melarikan diri daripada persoalan ini. Apabila orang yang budiman mengetepikan budi perikemanusiaan, bagaimanakah kejayaan hendak dicapai? Orang budiman tidak pernah mengetepikan pekerja yang berperikemanusiaan, justeru itu sekalipun kesusahan, sikap ini terus diamalkan.39 sibuk dan berada dalam

Selain daripada itu, dalam peribahasa ini jelas menyentuh tentang sifat manusia. Golongan legalisme berpendapat bahawa semula jadi manusia itu
39

Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 24 45

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

memang jahat.40 Oleh itu satu tindakan undang-undang dan pemerintah keras sahaja dapat mengawal manusia. Ini kerana perasaan tamak manusia itu akan melawan pemerintah. (seperti Nan Guo Chu Shi) Keadaan ini berbeza dengan ajaran Konfusius yang berpendapat bahawa pendidikan merupakan asas penting dalam pembinaan seseorang menusia itu.

Manakala anak murid Konfusius iaitu Mencius menambah bahawa manusia mempunyai sifat semula jadi yang akan membina dan membaiki personaliti yang bermoral. Bagi Mencius manusia dilahir mempunyai sifat yang baik. Namun demikian berlaku pula perubahan sikap ini kerana keadaan sekeliling yang mempengaruhi keadaan manusia itu.41 Tidak dapat

dinafikan Nan Guo Chu Shi mempunyai sifat yang jahat, ia harus dibaiki dengan pendidikan agar dapat meningkatkan kualiti manusia.

Di sini, penyelidik ingin menyentuh sedikit tentang sifat manusia yang mulia seperti Cikgu Chu. Beliau berpegang teguh terhadap ajaran Konfusius dimana mempercayai sifat manusia pada asalnya adalah baik. Cikgu Chu sanggup meminjamkan buku yang beliau beli dari negara China tanpa sebarang cagaran. Kata-kata dan kepercayaan beliau terhadap penyelidik amat dihargai dan disanjung. Inilah yang dikatakan orang seni yang menghayati nilai murni manusia, menghargai muzik, menghargai kraf dan ingin tradisi ini berterusan.

40 41

Charles Patrick Fitzgerald. (1961). China: A Short Cultural History. London.: Cresset Press. hal 100 Michael Dillon. (1998). China: A Cultural and Historical Dictionary. Surrey.: Curzon. hal 149 46

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

Konsep Ying dan Yang memerihalkan pertentangan antara dua unsur yang berlawanan bagi membentuk keserasian. Daripada keserasian, maka keadaan yang harmoni dan aman dapat diwujudkan. Alat muzik tradisional masyarakat Cina - sheng ini dibentuk berdasarkan bentuk burung pheonix, oleh itu untuk mendapatkan keserasian ia dihias dengan motif naga. (Rujuk lampiran 12). Pertentangan adalah sesuatu yang positif dan ia perlu untuk mengekalkan keseimbangan yang sedia wujud di alam ini.

5.2.2. Aspek simbolik Simbol mempunyai pengetian yang meluas. Simbol memberi sesuatu makna tanpa terasing dengan imej yang dihasilkan. Bahasa simbol wujud apabila kedua pihak gagal untuk berkomunikasi secara global. Biasanya simbol yang dihasilkan adalah sesuatu yang lumrah, universal dan mudah difahami.

Simbol berasal dari perkataan Greek Symbolon atau tanda iaitu sesuatu imej atau lukisan yang dipilih untuk mewakili objek, idea, kualiti dan proses. Menurut Kamus Dewan Edisi 3 (1998), perkataan simbol membawa makna sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang dan tanda.

Simbol mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya. Justeru itu, manusia digelar sebagai makluk bersimbol.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

47

Menurut Budiono Herusatoto ( 1985: 10), simbolik ini merupakan ciri khas manusia, yang jelas berbezakannya dengan haiwan. Begitu juga Ernst Cassirer berpendapat bahawa manusia sebagai animal symbolicum atau haiwan yang bersimbol. Ia menerangkan bahawa manusia tidak pernah melihat, menemui, dan mengenali dunia secara langsung, tetapi mengenalinya secara simbol.

Menurut pendapat Alex Preminger dan rakannya melalui tulisan ilmia mereka iaitu Princeton Encyclopaedia of Peotry and Poetic (1965: 833) yang mengatakan bahawa: The woed symbol derives from the Gr. Verb, symballeinmeaning to put together, and related noun symbolon, meaning mark, token or sign in the sense of the halfcoin carried away by each of the two parties of an agreement as a pledge berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa perkataan simbol adalah berasal dari perkataan Inggeris iaitu symbol. (Sumber dari penulisan ilmia Muhammad Afendi Yahya yang berjudul Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan)

Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, an Introduction to Peotry (1959 : 14) menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics at all to justify its abstract meaning. Oleh itu, secar ringkas, simbol adalah suatu tanda, ciri atau lambang yang mempunyai makna abstrak, yang cuba memberitahu sesuatu hal atau idea kepada seseorang.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

48

Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan ikonnya secara padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi menyampaikan mesej keagamaan di zaman Renaissance. Simbol juga sesuai ditarifkan sebagai significance form dalam sesebuah karya seni.

Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham (1979 : 3) bahawa simbolisme adalah penting kerana : ia bertujuan untuk menandakan sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi atau mengikuti dan mengenali nilai-nilai yang mereka patut hidup bersamanya. Simbol burung phoenix melambangkan

kebaikan, ia dikatakan boleh terbang terus ke syurga uang sentiasa menjadi impian manusia biasa. Untuk dapat hidup abadi di syurga, manusia sentiasa diingati berkelakuan baik.

Simbol disampaikan melalui objek atau imej, tidak kira sama ada dua dimensi mahupun tiga dimensi. Tanpa kita sedari penggunaan simbol tidak terasing dalam kehidupan seharian. Simbol membawa sesuatu mesej tertentu. Penggunaan simbol diperlukan untuk menyampaikan makna yang tersirat dari tersurat. Simbol terhasil untuk meringkaskan sesuatu yang panjang secara ringkas, padat dan penuh makna. Simbol boleh dihasilkan dalam bentuk dua atau tiga dimensi. Contohnya seorang pengarca menggunakan bentuk untuk menyampaikan makna yang tersirat. Pengukir

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

49

Arca Siva Nataraja cuba menyampaikan maklumat beberapa aspek yang terkandung dalam agama Hindu. seorang pengukir kayu cuba

menggambarkan cerminan budaya dalam seni ukirannya dan seorang pelukis pula, cuba menggambarkan simbol secara visual. Begitu juga kepada seseorang pandai tukang alat muzik tradisional. Simbolnya terhasil kerana ada komunikasi dengan alam dan simbol itu mempunyai makna tersendiri.

Ragamhias dan motif dalam kraf Cina membawa makna yang mudah difahami bagi sesiapa yang biasa dengan kebudayaaan Cina. Kebanyakkan elemen-elemen hiasan adalah mudah. Ia wujud berdasarkan sejarah dan sebahagian daripada cerita dongeng Cina. Terdapat juga simbol-simbol yang komplek simbol artistik warisan kemewahan dan berbagai-bagai simbol artistik adalah bentuk yang istemewa dalam seni kraf Cina. Pada zaman neolitik tembikar Cina selalunya dihias dengan rekabentuk yang simple iaitu dengan hanya beberapa garisan atau geometri yang berulangulang untuk membentuk corak. Contohnya simbol ikan dan binatang.

Empat ribu tahun dahulu corak pertama karakter-karakter Cina yang dipahat ditulang dan cengkerang kura-kura adalah bertujuan sebagai petanda untuk menerang sesuatu objek atau idea. Tamadun Cina bermula di sepanjang lembah sungai Kuning. Kawasan ini dikenali sebagai Yang Sau. Ia selalu dilanda banjir dan kemarau, oleh itu memang tidak dapat dinafikan

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

50

bahawa petani-petani Cina amat peka terhadap fenomena alam seperti hujan guruh dan awan. Terdapat banyak rekaan awal yang memaparkana objek alam sekeliling. Lei- Wen atau coraka guruh pertama kali dapat dilihat pada zaman neolitik Maksud yang dibawa oleh setiap bentuk geometri telah diketahui tetapi ada sebahagian besar telah hilang ditelan zaman. Tekstil dan tembikar merupakan kraf pertama di negara Cina. Khazanah artistik ini akhirnya digunakan pada semua bentuk kraf. Rekaan baru dan simbol bertambah banyak oleh tukang pandai kraf pada zaman Dinasti Han.

Kraf masa kini dipengaruhi oleh budaya Asia Tenggara dan Agama Buddha serta seni motif dari India. Reka bentuk baru diubah oleh orang Cina mengikut pandangan dan nilai estetika mereka. Kepercayaan agama Cina yang kompleks dan rekaan cerita-cerita atau teori-teori tentang alam semulajadi digabungkan dan dipaparkan dalam bentuk simbolik. Lebih daripada 2000 tahun dahulu motif dan simbol boleh dilihat dimana-mana sahaja, ia diulang-ulang di dalam seni dan kraf dan dikongsi bersama oleh maharaja dan rakyat biasa Contohnya reka bentuk naga pada jubah maharaja adalah lambang kebesaran maharaja. Ia juga ditepa dibekas tembaga, dilukis pada porselin dan jed. Simbol seperti naga sudah muncul pada awal perkembangan seni Cina dan terus muncul hingga sekarang. Terdapat perbezaan daripada segi reka bentuknya, ini menunjukkan adanya daya kreativiti, inovasi dan refinement yang berlaku dalam sempadan batas tradisional.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

51

Melalui motif dan bentuk kita dapat menentukan zaman ianya dibuat. Simbol-simbol seni kraf Cina membawa makna yang tersurat dan tersirat. Contohnya pada zaman Ming dan Ching, reka bentuk kelawar merah yang terdapat di porselin membawa makna tuah yang melimpah-limpah, manakala ikan emas melambangkan kekayaan seseorang atau harapan kepada kemewahan. Warisan literatur dan sejarah telah membekalkan banyak cerita dan simbol yang dapat dilihat dalam seni kraf.

Simbol-simbol seperti panglima perang terkenal, ahli penyajak telah dapat tempat yang tinggi dimasyarakat Cina. Masyarakat Cina mempercayai simbol-simbol tersebut dapat mempengaruhi kehidupan mereka ke arah keamanan dan kegembiraan. Dalam cerits rakyat seperti Herd boy and the weaving maid meet on the boder of milky way terdapat motif burung murai yang membentuk jambatan melambangkan rumah tangga bahagia. Pasangan burung membawa reben melambangkan ikatan perkahwinan.

Konfucius berkata: Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te), bergantung pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara seni yang lain , iaitu adat, muzik, memanah, memandu kereta, menulis tentang sejarah dan kira-kira.42

42

Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 50 52

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi sebagai hiasan dalam seni kraf Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema atau mesej yang tersirat.

Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni kraf Cina: 5.2.3. Motif flora a. Plum Blossom Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolah-olah mati, lima kelopak bunga mewakili kehidupan baru di hujung musim sejuk. Plum blossom merupakan keindahan dalam musim sejuk. Ia seolah-olah

mempunyai kuasa yang menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang kelihatan seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah manusia seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi segala lumrah kehidupan. Kehidupan baru dan kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia mempunyai sifat seperti bunga plum.

b. Pokok Pine Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang berpanjangan. Pokok pine yang tua dan berbonggol tumbuh subur ditepi tebing gunung yang tinggi melambangkan seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan istemewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut ( politik, rasuah). Pokok pine tetap kekal di situ bertahun-tahun. Oleh itu ia melambangkan kehidupan yang sejati walaupun masalah menghadapi bencana alam.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

53

c. Tiga sahabat musim sejuk Plum, pine dan buluh dikenali sebagai tiga sahabat musim sejuk. Motif ini melambangkan keriangan dan kepentingan persahabatan dalam kehidupan. Pasu porselin yang bermotif tiga sahabat ini dihadiahkan kepada seseorang sebagai lambang persahabatan yang berkekalan.

d. Delima Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan kesuburan dan kemewahan. Dalam perkataan Cina seed (biji) juga bermaksud anak lelaki, pleh itu buah dlima melambangkan harapan untuk mendapat banyak anak lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif buah delima yang disulam dengan motif delima dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru.

e. Pokok Willow Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana daunnya yang panjang dan tirus. Kadang-kadang dikhususkan kepada singsong (penyanyi wanita) atau pelacur. Pokok ini juga melambangkan persahabatan dan batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai mempunyai kuasa menyucikan (dewi Kuan Yin menggunakan setangkai dahan willow untuk menyelamatkan manusia yang hidup dalam kesusahan) digunakan untuk upacara membersihkan kubur semasa perayaan Ching Ming. Kayu pokok willow

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

54

dipercayai digunakan untuk berinteraksi dengan alam roh. Motif willow ini terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18. Reka bentuk motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan kekasih yang menghadapi banyak rintangan untuk berkahwain.

5.2.4. Motif binatang Motif binatang dilarang dalam kesenian Islam. Larangan ini terkandung di dalam Hadith yang mengatakan bahawa seseorang pengukir patung akan diperintahkan oleh Allah untuk memberi nyawa kepada patung ciptaannya itu. Jika beliau tidak berdaya berbuat demikian, beliau akan dicampakkan ke dalam api neraka.43 Islam melarang penggunaan perlambangan manusia dalam hasil ciptaan seni kerana dikhuatiri manusia akan terdorong kepada perbuatan yang syirik dan kufur. Namun tetapi motif binatang dalam masyarakat Cina amat penting dalam membawa simbolik yang unik,

biasanya ia melambangkan status dan memberi petunjuk astronomi. Motif binatang dapat dilihat dalam sculpture jed, jubah rasmi pegawai, hiasan tanglong, seni sulaman dan seni keratan kertas. Contoh-contoh motif binatang adalah seperti berikut:

a. Long (Naga) Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang selalu digunakan dan amat mustahak dalam perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya naga adalah binatang yang mempunyai kuasa transformasi dan boleh
43

Al- Bukhari, Kitab al-Buyuq, Bab40; T.W. Arnold 1932. 55

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

menurunkan hujan. Naga muncul secara berpasangan berlingkar di dalam awan atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk mendapatkan disc (simbol matahari) Naga adalah simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga yang dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir di Beijing Forbidden City . Motif naga berlingkar biasanya terdapat pada seni kraf tradisional Cina. Ia melambangkan anak syurga - son of

heaven dan tanah besar Cina.

b. Lu (Rusa) Rusa melambangkan harmoni atau lu, juga bermaksud pangkat yang tinggi adalah lambang kekayaan dan kejayaan

c. Yu (Ikan) Melambangkan kekayaan. Yu sama bunyi dengan yu (berlebihan). Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan semasa menyambut Perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam bentuk lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka murah rezeki.

d. Feng Huang (Phoenix) Sebagai simbol Maharani. Menurut cerita mitos Feng Huang adalah burung yang boleh terang terus ke syurga. Ia juga melambangkan pencapaian yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga untuk melambangkan

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

56

perkahwinan yang bahagia. Bulu Feng Huang yang berwarna-warni melambangkan kecantikan, kemewahan dan baik hati. Ini menyebabkan ia biasa dibayangkan sebagai burung Cenderawasih (terdapat dalam cerita dongeng Sastera Melayu) dan burung Merak. (Rujuk lampiran 13)

Motif yang biasa digunakan untuk menghiasi badan alat muzik Sheng ini ialah motif flora dan geometri yang berulang-ulang, ini sama seperti penggunaan motif berjalar yang berterusan dan rentetan bulatan yang diulang-ulang dalam seni Islam. Ia diibaratkan sebagai rentetan zikir dan bulatan melambangkan syurga atau alam baqa44. Critchlow (1983) pula mengatakan bahawa bulatan adalah simbol kosmos yang utama, satu keseluruhan dan perpaduan (wholeness and unity). Begitu juga dalam masyarakat Cina, motif yang berulang-ulang diibaratkan sebagai banyak, sekiranya motif yang digunakan ialah bunga balsom, simboliknya banyak bahagia, banyak berani.

Menurut Law Tong Sheng, didapati alat muzik sheng Dinasti Tang telah dihiasi dengan motif naga yang dikatakan binatang yang membawa kebahagian dan mempunyai kuasa mistik dalam kepercayaan budaya Cina.

5.3. Simbolik dalam penggunaan warna 5.3.1. Warna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang maksudnya melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan setengah warna terus menjadi
44

Bridgwater and Kurtz 1963: 421 57

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

kelaziman dan sesuatu yang mesti pada ahli tukang pandai kraf. Contoh simbolik dalam warna :

a. Qing (warna hijau) Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat timur ia dikaitkan dengan tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik kesegaran

dan berharapan.

b. Hong (warna merah) Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur. Ia melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan wanita atau gadis yang cantik.Merah terang(Cinnabar atau Dan) disamakan dengan ketakjupan dan kehidupan yang abadi.

c. Huang (warna kuning) Warna Dataran Rata di uutara Cina. Berkait rapat dengan asal usul kebudayaan cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat kepada tanah. Kuning juga dikaitkan dengan maharaja.

d. Bai (warna putih)

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

58

Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat Cina. Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan berkait rapat dengan bunga teratai.

e. Hei (warna hitam) Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna yang tidak aktif melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.

5.4. Simbolik dalam alat muzik - Sheng 5.4.1. Nama alat muzik sheng ini mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan Cina sheng ( ) yang memberi makna naik keatas.Simbolik yang dibawa oleh alat muzik Sheng boleh dilihat dari segi bahan yang digunakan. Buluh, adalah bahan utama untuk menghasilkan alat muzik ini dan buluh adalah tumbuhan yang mempunyai batang yang panjang dan tumbuh dengan mudah terutama selepas musim hujan.. selain daripada dapat menghasilkan bunyi yang harmoni, ia melambangkan ketahanan dan kekuatan. Buluh juga melambangkan daya pegas dan kesepduan kerana ia akan melentur bila ditiup angin tetapi kembali tegak apabila angin reda. Manusia diharap mempunyai sifat buluh yang dikatakan elegan (berilmu tinggi dan mulia). Hanya tukang pandai yang profesional dapat memaparkan maksud yang tersirat disebalik kraf kerana kesukaran bentuk buluh tesebut. 5.5. Simbolik dalam rekabentuk alat muzik - Sheng

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

59

5.5.1.

Menurut Siti Zainon Ismail, kraftangan bersifat anonymous. Kita tidak mengenali siapa perekabentuk asalnya. Hal ini terjadi kerana tradisi kita ketika itu memang tradisi lisan, tidak ada yang mencatat, merakam apa lagi membukukannya. Rekabentuk Sheng dikatakan merujuk kepada bentuk burung mitos Feng Huang. Burung ini terkenal kerana bulunya yang berwarna-warni. Bulunya tumbuh panjang dan biasanya dari ekor ataupun jambul (di bahagian tengah Sheng terdapat buluh yang panjang). Bulu-bulu unjuran ini kelihatan seperti utas-utas dawai yang melengkuk. Selain daripada berfungsi sebagai alat penghibur, kraf ini dikatakan begitu unik dan penuh dengan nilai estetik. Menurut pengkaji tradisi Jepun, Kageo muraoka mencatat dalam bukunya, the Basic Attribute of Folk Craft is Utility, The Objects Practical Value (1976 : 103) bahawa dalam proses perkembangan kraftangan, kedua dua unsur, fungsi dan estetik, adalah penting.

Dalam masyarakat Cina, motif fenghuang boleh didapati semasa perkahwinan. Adat-adat masyarakatCina mempercayai motif naga dan

fenghuang harus ditampal di dinding apabila majlis perkahwinan dilansungkan. (Rujuk lampiran 14). Motif ini juga terdapat sebagai perhiasan barangan si mati. Ia ditampal di atas keranda agar si mati naik ke syurga untuk menebus dosa. Selain daripada itu motif ini sering didapati pada jubah pakaian maharaja dan jubah pengantin baru . (Rujuk lampiran 15). Seperti yang diberitahu oleh Lois Lamya al- Faruqi (1982), salah satu

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

60

ciri-ciri kesenian Islam ialah pengulangan. Dalam masyarakat Cina hiasan secara berulang juga terdapat pada atas hiasan Sheng ini. Motif yang berulang-ulang sebagai rentetan zikir.

5.6. Kesimpulan Sekiranya segala usaha yang dicadangkan dapat dijalankan, nyawa kraftangan tradisi akan menjelma dalam bentuk yang lebih dinamik melalui trasformasi yang sesuai. Jelasnya apa pun perubahan yang berlaku sensibiliti serta hati budi tradisi itu tidak akan dilenyapkan hanya dengan hasrat kita untuk meletakkannya ke persada globalisasi. Seperti kata Dato Sulaiman Osman bekas Pengarah Perbadanan Kraftangan Malaysia: Sensibiliti tentang kebudayaan Malaysia adalah berdasarkan kepada kekuatan ciri-ciri keasliannya. Menurut Paul J. Smith pula dalam membicarakan keutuhan kraftangan tradisi melalui transformasi berbunyi: While tied to its rich historical roots of function, craft today is distinguished by the sophiscated level of its aesthetics, which evolves in the process of making and the artists spiritual involvement with the material enables the contemporary craftsmen to transcend traditional form and techniques creating works of genuinely new significance.

Harapan agar kraf tangan tradisi akan berkembang subur dan mengalami perubahan mengikut zaman kini serta menggetarkan alam sekeliling tetapi intipati serta semangat kraf tangan tetap kukuh berakar tunjangkan nilai serta estetik yang tidak lapuk dek hujan dan lekang dek panas hingga sepanjang zaman.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

61

Dalam bidang seni, seni kraftangan dan tradisional Melayu mahupun bangsa lain adalah di antara kandungan yang disenaraikan dalam kurikulum kebangsaan selain daripada lukisan dan catan. Kandungan kurikulum seni memberi penegasan untuk identiti dan rupa diri kebangsaan dalam struktur dan filosofinya. Bukan sahaja seni tetapi mata pelajaran lain seperti sejarah, geografi, kesusasteraan telah direncanakan untuk memberi tumpuan kepada kandungan tempatan. Tujuannya ialah untuk mengembangkan perpaduan kebangsaan dalam masyarakat berbilang kaum dan kebudayaan di Malaysia di samping menekankan aspek aksiologi keilmuannya kepada generasi muda, sistem pendidikan adalah untuk menerapkan nilai-nilai petriotisme di samping menghargai tradisional dan budaya sendiri.

Saya bukan manusia yang dilahirkan lalu mempunyai ilmu pengetahuan. Namun saya adalah menusia yang menggemari warisan budaya lama serta berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. (Konfucius : Lun Yu)

5.7. Cadangan Demi untuk menghidupkan budaya kraf tangan- alat muzik Sheng ini, penyesuain atau perubahan mengikut kehidupan moden harus dipertimbangkan mungkin bukan dengan bentuk dan kegunaan asalnya tetapi satu pembaharuan dalam pelbagai aspek tanpa menghilangkan jatidirinya. Contohnya alat muzik Sheng zaman moden ini telah mengalami perubahan ketara dari segi penggunaan bahan dan teknik

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

62

membuatnya tetapi falsafah dan simboliknya yang terkandung dalamnya tetap tidak berubah. Dari 17 paip buluh ditambahkan sehingga 36 paip ( campuran buluh dan logam) merupakan satu keperluan dalam bentuk yang baru yang boleh mengembalikan kehidupannya dengan fungsi yang baru. Dari kajian yang telah buat, didapati barang kraf mempunyai nilai yang amat tinggi dan seharusnya dikekalkan.

Disebabkan unsur Perwarisan turun temurun akan peraturan akhlak dan kaedah teknikal mencari keperluan asas kepada kewujudan kesenian tradisional . kita perlu mencari cara bagaimana ianya boleh di garapakan dengan citarasa zaman kini. Di bawah ini, penyelidik telah memetik beberapa cadangan dari pakar seni Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam kertas kerjanya yang bertajuk Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi :

5.7.1. Guru seni harus berilmu pengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan seni. Memahai kurikulum pendidikan seni dan seterusnya hubungan matlamat dan objektif pendidikan seni visual dengan Falsafah Pendidikan Negara. Mendidik pelajar bukan setakat kemahiran (psikomotor) dan ilmu pengetahuan (kognitif), tetapi juga aspek efektif yang membolehkan pelajar menghargai nilai-nilai, falsafah dan simbolik yang dibawa oleh barangan kraf.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

63

5.7.2. Untuk mempertingkatkan kraf tangan tradisi, perkara utama yang harus dipertimbangkan ialah memberi pendidikan kepada tukang pandai dimana kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan dengan meluas dalam pendidikan seni visual secara akademik. Pendidikan yang formal menekankan kepada teknologi pembuatan, sejarah serta falsafah diutamakan di institusi latihan seperti yang berlaku di Bauhaus, di negara Jerman pada 1930 .

5.7.3. Menggalakan budaya berkarya seni secara bebas dari peringkat tadika hingga ke Institut Pengajian Tinggi.

5.7.4. Kurangkan elemen yang membentang kreativiti seperti dikalangan pelajar dab perekabentuk dan pelukis dari elemen politik, budaya negetif dan badan penapis. Pandai tukang serta aktivis kraftangan perlu melihat secara ilmiah peranan pergerakan senilukis melahirkan rekabentuk yang avan garde seperti rekabentuk Italy diilhamkan oleh arcawan organic seperti Han Arp, Calder dan Joan Miro pada tahun 1950an.

5.7.5. Menggalakkan strategi kemahiran KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis). Pelajar bukan sahaja melukis atau berkarya tetapi menggalakan mereka membuat refleksi dan sentiasa memperbaiki diri.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

64

5.7.6. Pihak kerajaan harus memperkenalkan atau mengadakan promosi yang lebih melalui siaran televisyen dan radio, menjemput pandai tukang tempatan atau luar negeri untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran tentang seseuatu barangan kraf.

5.7.7. Menggalakkan pandai tukang membuat penyelidikan makmal serta R&D. tanpa penyelidikan makmal maka tidak lahir penemuan baru dan kehilangan identiti sesuatu barang kraf akan wujud.

5.7.8. Pendidikan Seni mesti diberikan sama taraf dengan mata pelajaran lain seperti sains dan bahasa. Tidak ada jalan rentas untuk mendidik pencipta atau pereka bentuk yang kreatif William Morris, Lazly Moholy Nagy dan Aero Seranen. Tanpa pendidikan seni yang mantap seseorang pelajar tidak akan berupaya untuk menjadi seniman yang kreatif dan dedikasi terhadap seninya. Proses pengajaran dan pembelajaran seni visual secara insentif amat penting untuk mendidik pelajar berkemahiran dan inovatif.

5.7.9. Memperbanyakkan lagi Intitut Pengajaran Tinggi Awam menawarkan banyak kursus berhubung dengan kraftangan, bahan budaya dan reka bentuk kraftangan atau teknologi rekabentuk. Kursus ini menekankan kepada penggarapan sains dan teknologi dalam mereka bentuk kraftangan berinovatif. Contohnya Bauhaus di Jerman dan Royal School of Art telah

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

65

berjaya meletakkan kraftangan dari seni gunaan kepada seni murni tinggi 'High Art'atau 'Craft Art.

5.7.10. Satu badan NGO atau pihak kerajaan seperti Perbadanan Kraftangan Negara dan Kementerian Pelancungan mengenalpasti pandai tukang serta individu yang membuat kraftangan secara kecilan yang berpotensi untuk dipertingkatkan. Badan ini juga membuat promosi yang bersungguhan untuk kraftangan keperingkat antarabangsa. Pihak swasta pula harus menyalurkan bantuan kewangan serta peralatan kepada pandai tukang yang dikenalpasti tanpa mengira bahantara yang diusahakan.

5.7.11. Jabatan Muzium dan Galeri menubuhkan galeri disetiap bandar seluruh negara bagi menempatkan produk kraftangan tempatan yang disamping menjalankan bengkel dan promosi untuk masyarakat serta pelancung. Kaedah ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat umum sambil menanamkan kesedaran.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

66

RUJUKAN 1996. Ensikopedia Malaysiana, Jilid 3, 7, 8, 13. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. (Syarikat Kumpulan EBIZA) 1996. Glosari Seni Muzik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.15 1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2000. Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian. Ann Wan Seng. 1996. Kepercayaan Orang Cina. Selangor: Farja Bakti. Anthony Baines. 1992. The Oxford Companion to Musical Instruments. Oxford New York. Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkanain Abd. Rahman. 2000. Titas 2:Siri Sejarah Fajar Bakti. Selangor. : Fajar Bakti. Baharudin Bin Mohd. Arus. 2000. Kraftangan tradisi satu transformasi. Dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur. Cheu Hock-Tong. 2000. Confucianism in Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications. Dr. Othman Mohd. Yatim. 1989. Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Frank Ll. Harrison and Joan Rimmer. 1964. Antique Musical Isstruments and Their Players. New York. Hassan, Fauzura & Ismail. 2000. 5000 Alam Mutiara Kata. Selangor: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. Ismail Bin Hj. Ibrahim. 2000 Simbolisme Dalam Rekaan Corak Tradisi Murut. Dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur. Karen Foster. 1992. Making Music. UK: Merlion Arts Library Pub. Ltd. Law Tong Sheng. 1992. Zhong Guo Yue Qi Tu Jian. Negeri China: Kementerian Pendidikan Sang Tong.
Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 67

Maggle Oster. 1995. Bamboo baskets. USA: Viking Studio Book. Mary Tregear. 1997. Chinese Art. London: Thames and Hudson Ltd. Mohd. Nor Ismail & Mohd Arifin Muda. Buluh Dalam masyarakat Melayu Tradisional. Muzium Negeri Terengganu. Muhammad Afandi Yahya. 1995. Simbolisme dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Obaidellah Haji Mohamad. 1994. Lun Yu Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Patricia Matusky, Tan Sooi Beng. 1997. Muzik Malaysia: tradisi Klasik, rakyat dan sinkretik. Pulau Pinang: The Asian centre. Robert Dearling. 1996. The Illustrated Encyclopedia of Musical Instruments. London: Carlton Books Limited. S. H. Nasr. 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabeentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Zainon Ismail. 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Sooi Beng. 1999. Penghantar Muzik Malaysia Buku: Patricia Matusky The Asia Centre. hal. 184-185 Tan Sooi Beng. Alat Orkestra Cina Moden Malaysia: Satu Pengenalan. Masakini. Valery M. Garrett. 1996. Antiques Arts & Crafts in Hong Kong. Singapore: Times Editions Pte Ltd. Wen Hua Kui Bao: Cheng Yu Gu Shi Da Bai Ke. Kuala Lumpur. : Agents Digest. William P. Malm. 1996. Music Cultures Of The Pacific The Near East and Asia. New Jersey: Prentice Hall, Upper Saddle River. Zakaria Adnam. 1984. Seni Lukis Satu Penghantar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zubir Ali. 2000. Alat Muzik Tradisional Melayu Dalam Perspektif Islam. Dalam Alat Muzik Tradisional: Daya dan Bunyi. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 68

http://members.tripodasia.com.my/hida/MUZIK_CHIN11 http://www.music.upm.edu.my/~minni/mzk3000/china http://www.shef.ac.uk/uni/academic/I-M/mus/staff/js/AdInstr.html http://www.paulnoll.com/mus-xiao.html http://www.trfn.org/free-reed/history/sheng.html

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

69

Anda mungkin juga menyukai