Bab 1 - Cabaran Pendidikan Abad 21

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 11

BAB 1 CABARAN PENDIDIKAN ABAD 21

1.1

PENDIDIKAN ABAD 21

Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketrampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersepadu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa menjadi semakin mencabar terutama dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia tetapi juga berupaya mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan, budaya, nilai dan jati diri sesebuah negara bangsa akan lenyap begitu sekiranya bangsa tersebut lalai dan menerima sewenang-wenangnya segala yang dibawa oleh arus globalisasi. Pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju dan bersepadu bukan sahaja perlu berasaskan ekonomi yang berdaya tahan tetapi juga kepada pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama. Di samping pertumbuhan dan kedinamikan ekonomi yang perlu dicapai, ketidakseimbanganpeluang ekonomi dan sumber pendapatan tidak harus dibiarkan berlarutan sehingga mengugat pembangunan negara. Justeru, Malaysia berazam dan berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang teguh, bersatu dan kekal utuh walauoun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Sehubungan itu, Malaysia telah memperkenalkan rangka kerja perlaksanaan baru, iaitu MISI

NASIONAL bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan minda kelas pertamadan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima (5) teras utama iaitu:

MISI NASIONAL Teras 1 Teras 2 Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama Teras 3 Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif Teras 4 Teras 5 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan.

Dua daripada lima teras tersebut menyatakan peranan pendidikan secara langsung:

Teras 2: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan latihan Memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia Merapatkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan sekolah di Bandar Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat di semua peringkat Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan Sains dan Teknologi yang kukuh Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif dan sistem nilai yang boleh diteladani Memperluas forum perbincangan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan

Teras 3: Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Meningkatkan bahagian pendapatan bagi kumpulan isi rumah 40% terendah dengan meningkatkan produktiviti menerusi pembangunan modal insan Mengurangkan jurang antara penduduk luar bandar dan bandar, antara negeri dan antara wilayah melalui penjanaan pendapatan yang mampan dan penambaikan akses terhadap keperluan asas serta pendidikan Merapatkan jurang digital antara sekolah Bandar dan luar Bandar Memperluas akses kepada program pendidikan dan latihan bagi meningkatkan bilangan pengurus dan professional Bumiputera, terutama sektor swasta.

1.2

PELAJAR ABAD 21

Pendidikan selama 150 tahun yang lalu disediakan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi kehidupan kerjaya dalam bidang "Ekonomi Perindustrian". Pengubahsuaian dalam pendidikan perlu seiring dengan perubahan pesat dalam dunia teknologi bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing dalam bidang "Ekonomi Maklumat/Pengetahuan"(Knowledge Economy). Maka, pendidikan abad ke-21 perlu diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan cabaran abad ke-21. Pedagogi yang menggunakan teknologi baru dan memeberi peluang kepada pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21 mesti diberi perhatian. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa kemahiran asas dan mata pelajaran utama boleh diabaikan. Seharusnya pelajar generasi ke-21 telah menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Sementara kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran, iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Persoalannya bagaimana isu sebegini masih wujud sedangkan pengisian kemerdekaan telah berlaku selama 53 tahun.

Adakah isu kaedah pengajaran guru atau isu kesediaan murid untuk belajar hanya bergantung semata-mata kepada persekitaran.

Ciri- ciri pelajar abad ke 21 :

Ingin untuk menyuarakan dalam pendidikan mereka. Mereka akan bertindak balas lebih baik apabila suara mereka didengar. Sering mempunyai tahap literasi digital yang lebih tinggi daripada ibu bapa atau guruguru mereka. Mereka tidak tahu dunia tanpa komputer. Pelajar abad ke-21 mogok pada pembelajaran hafalan dan menghafal. Mereka akan lakukan jika anda membuat mereka, tetapi bersedia untuk membiarkan mereka untuk menjadi lebih kreatif.

Bekerjasama menakjubkan mereka. Mereka suka kerja berpasukan bersama rakanrakan. Menghayati "percubaan dan kesilapan" pendekatan untuk belajar kemahiran baru. Mempunyai sikap "boleh buat". Sudah tentu, mereka boleh melakukannya. Berkembang maju dalam suasana cabaran terkawal. Mereka suka akan cabaran. Mempunyai kesedaran dan penghayatan budaya. Generasi ini adalah lebih sedar daripada budaya pelbagai, negara-negara dan cara hidup daripada mana-mana generasi sebelum mereka.

Bersikap terbuka kepada perubahan. Semakin sedar akan dunia di sekeliling mereka. Dari persekitaran politik, pelajar hari ini bertanyakan soalan dan menuntut jawapan. Tahu di mana untuk pergi untuk mencari maklumat. Google telah mula ditubuhkan pada tahun 1998. Pelajar abad ke-21 tidak pernah dikenali dunia tanpa Google. Lebih berpendidikan daripada mana-mana generasi sebelum mereka.

1.3

GURU ABAD 21

Ciri-ciri yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu: Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula: Kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi) Kekuatan minda (kreatif dan proaktif) Nilai-nilai luhur dan harmoni Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan, dan Ketrampilan

Menguasai subjek (kandungan kurikulum) Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran) Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka. Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) Memiliki kemahiran kaunseling Menggunakan teknologi terkini Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik

Tanggungjawab pendidik

1. Membina budaya ilmu

Teknologi dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan mengembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.

Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learing) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa, dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu:

Belajar untuk menguasai ilmu Belajar untuk menguasai kemahiran Belajar untuk menjadi insan berguna Belajar untuk harmoni dan bekerjasama

Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral

Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insane dalam hubungannya sesame manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakatyang dapat mewujudkan kesejahteraan dan

keharmonian negara.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran industry

Melahirkan

generasi

untuk

pasaran

tenaga

kerja

industry

merupakan

dasar

pembangunan negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan responsive kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hitech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat

Malaysia.Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha menwujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik,

berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

Pendidikan Guru Di Malaysia

Malaysia mempunyai 27 buah maktab perguruan yang melatih guru-guru sekolah rendah. Mulai taun 2004, 27 buah Maktab Perguruan telah dinaiktaraf menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi melatih guru peringkat ijazah sarjana muda bagi keperluan guru sekolah rendah. IPG juga menyediakan kursus dan perkhidmatan iaitu latihan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme keguruan di kalangan guru seiring dengan perkembangan pendidikan yang

global. Selain dari IPG, latihan perguruan juga dilaksanakan melalui Fakulti Pendidikan masingmasing. Guru-guru yang dilatih di Universiti adalah bagi keperluan sekolah menengah. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab melatih guru-guru untuk keperluan sekolah rendah dan menengah melalui Program Pendidikan Perguruan Praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kesemua program dijalankan adalah untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu melahirkan guru-guru yang berketrampilan tinggi dalam pelbagai bidang, berdaya saing, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi. Ini selaras dengan matlamat KPM yang mensasarkan 100 peratus guru siswazah di semua sekolah menengah dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Falsafah Pendidikan Guru Malaysia ialah: Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

1.4

KEMAHIRAN ABAD 21

Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif.Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan. Terdapat 3 kemahiran yang diperlukan dalam abad ke 21 ini adalah seperti berikut:

1.

Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)

Kepentingan kemahiran abad ke -21.Secara ringkasnya, pendidikan atau pembelajaran abad ke-21 berkitar selama 150 lalu ialah ciptaan abad ke-19.kita harus mengubah seiring dengan permintaan ekonomi terkini. Sekolah kemahiran dan pembelajaran yang direka untuk menyediakan pelajar untuk bekerja dan hidup dalam ekonomi perindustrian perlu pemikiran baharu.Perubahan kemahiran pembelajaraan dan inovasi dalam

pengajaran amat diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi.Kemahiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang.Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

2.

Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)

Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT.Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.

Contohnya seperti pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut.Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif dimana pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog.Sumber terbaik menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

3.

Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan.Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima.Melihat kepada ekonomi yang semakin berkembang pesat pada abad ke-21 ini, pendidikan berkualiti menggunakan pendekatan kemahiran hidup dalampendidikan dan memasukkan kemahiran lain dalam meorentasikan pendidikanuntuk memperolehi keseimbangan. Mempelajari pelbagai kemahiran

akanmenyediakan individu untuk lebih berjaya dalam kehidupan di rumah, komuniti,serta di tempat kerja. Dengan adanya pendekatan kemahiran hidupdalam pendidikan, para pelajar lebih peka kepada perkembangan ilmu,mengguna dan mempraktikkan pelbagai jenis kemahiran sesuai dengan tuntutanpersekitaran pembelajaran tersebut.Memiliki dan mempraktikkan kemahirandengan betul sangat penting untuk menyesuaikan diri dengan persekitaransemasa.

Beberapa elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad ke-21 ialah:-

1. Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation) 2. Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving) 3. Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration) 4. Literasi Maklumat (Information Literacy) 5. Literasi Media (Media Literacy) 6. Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,

Communications and Technology) Literacy) 7. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability) 8. Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction) 9. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills) 10. Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability) 11. Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

10

Secara kesimpulannya, kejayaan dalam melahirkan guru yang mempunyai pakej lengkap dalam teknologi pendidikan serta penguasaan dalam kemahiran abad ke-21 akan memberikan faedah ke atas pelajar yang bakal dilahirkan dengan memenuhi kehendak industri serta sejajar dengan kepesatan teknologi kini supaya menjadi pemacu kepada sektor ekonomi Negara.

11

Anda mungkin juga menyukai