3P Kekuatan

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 43

KEKUATAN OTOT.

1. PENGENALAN Kekuatan merupakan faktor yang paling penting dalam prestasi kemahiran fizikal (Johnson & Nelson, 1986). Pengekalan tahap kekuatan yang secukupnya dapat memberi sumbangan terhadap kesihatan dan

kesejahteraan seseorang sepanjang hayat. Pencapaian prestasi yang tinggi bagi seseorang atlet bergantung kepada kualiti fizikal yang dimiliki dan diantaranya ialah kekuatan. Setiap perlakuan sama ada larian, lompatan,

balingan dan pergerakan anaerobik yang lain memerlukan tahap kekuatan tertentu untuk mengatasi sebarang rintangan sama ada dari luaran atau dalaman seseorang atlet. Keperluan kepada tahap kekuatan ini adalah untuk menghasilkan satu pencapaian yang optimum. Kekuatan juga penting untuk mencegah kecederaan yang mungkin akan menjejaskan program senaman anaerobik.

2. DEFINISI KEKUATAN OTOT Kekuatan didefinisikan oleh OShea (1976) sebagai fungsi otot rangka dan keupayaan untuk menghasilkan daya atau kuasa otot. Manakala Johnson & Nelson (1976) mendefinisikan kekuatan sebagai kuasa otot yang dikenakan terhadap objek yang boleh digerakkan. Singer (1980), pula berpendapat

bahawa kekuatan adalah merupakan keperluan yang asas bagi semua lakuan motor tetapi ianya sangat berbeza di antara satu aktiviti dengan aktiviti yang

lain. Perbezaan dari segi kekuatan ini adalah kerana setiap aktiviti melibatkan otot atau sekumpulan otot tertentu sahaja. Kirkley & Goodbody (1985), pula mendefinisikan kekuatan sebagai keupayaan otot menggunakan daya untuk menentang rintangan. Wilmore

(1982), menyatakan bahawa kekuatan adalah sebagai keupayaan maksimum bagi menggunakan dan menentang daya. Fox & Mathews (1981), pula

berpendapat bahawa kekuatan merupakan jumlah daya yang dihasilkan oleh sekumpulan otot untuk mengatasi rintangan. Keupayaan daya untuk

mengatasi sesuatu rintangan ini boleh dijadikan sebagai satu petunjuk kepada kekuatan otot dalam sesuatu perlakuan seperti larian pecut, melompat dan membaling. Dalam larian pecut misalnya, ketinggian dan kelajuan atlet

ditentukan oleh faktor anthropometric iaitu panjang jangkauan kakinya yang memerlukan kekuatan otot hasil daripada keupayaan daya untuk mengatasi rintangan bagi mendapatkan kuasa. Menurut Safrit (1981), Fleishman (1980) menyatakan bahawa kuasa sebenarnya adalah kekuatan semerta kerana kekuatan hanyalah salah satu komponen yang menentukan kuasa. Menurut Safrit lagi, Huesner (1979)

menyatakan bahawa kekuatan statik adalah sebagai penggunaan daya yang maksimum untuk dikenakan kepada sesuatu benda yang berada dalam keadaan pegun, kekuatan dinamik pula adalah pergerakan beban yang maksimum kepada jarak tertentu dari sendi anggota. Glen Sefcik menyatakan bahawa kekuatan adalah keupayaan untuk mengaplikasi kuasa sebagai (F=Mass x Acceleration). Setiap kali langkah-langkah di laksanakan

bertepatan dengan kapasiti kerja, fleksibiliti dan koordinasi maka aplikasi prinsip kekuatan dapat dihasilkan dengan berkesan. Fox & Mathews (1981), pula menyatakan bahawa kekuatan otot merupakan kuasa atau ketegangan satu otot atau sekumpulan otot terhadap sesuatu rintangan dalam satu usaha maksimum. penguncupan otot. Terdapat beberapa jenis

Diantaranya ialah isotonik, isometrik, dan isokinetik.

Berdasarkan pengertian dan definisi yang diperolehi dari pelbagai sumber dapatlah dirumuskan bahawa kekuatan mempunyai hubungkait yang rapat dengan proses penguncupan otot dan ia merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal yang amat penting dan perlu untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian serta kemahiran sukan. Kemampuan otot untuk mengatasi rintangan yang menunjukkan kekuatan adalah perlu untuk membantu pencapaian perlakuan motor yang diharapkan. Kekuatan otot yang maksimum adalah penting bagi seseorang atlet muda dalam apa jua bidang sukan sebagai asas kecergasan fizikal dalam menentukan pencapaian prestasi yang tinggi. Berdasarkan kenyataan ini

pendekatan program latihan yang saintifik, sistematik dan teliti perlu disusun bagi mancapai maksud tersebut. Justeru itu latihan bebanan adalah merupakan salah satu program latihan yang dapat membina dan mengekalkan kekuatan otot. Menurut

OShea (1976), Russ Hodge, Johan Kebangsaan AAU bagi Dekathlon menyatakan Weight training is a must for all athletes, it has enabled me to gain sufficient strength to compensate for lack of skill in some events (m.s. 82). 3

Frank W. Dick (1980), mengklasifikasikan jenis kekuatan kepada tiga bahagian: a) Kekuatan maksimum. b) Kekuatan elastik dan c) Kekuatan dayatahan. Beliau turut mencadangkan beberapa pendekatan untuk mengukur kekuatan iaitu: a) Untuk mengukur kekuatan maksimum, gunakan dinamometer. b) Untuk mengukur kekuatan menegak dan berdiri lompat jauh. c) Untuk mengukur kekuatan dayatahan, gunakan cara ulangan maksimum dalam suatu tempoh masa atau selama mana seseorang subjek dapat mengekalkan sesuatu kedudukan statik. Beberapa kajian lampau menunjukkan bahawa dengan bertambahnya komponen kekuatan melalui latihan bebanan isotonik dan isometrik, komponen-komponen kecergasan lain juga akan turut bertambah. Kajian oleh Johnson (1964) dan Meadow (1959) telah membuktikan bahawa latihan isotonik dan isometrik akan menambah kecepatan pergerakan dan elastik, gunakan cara lompat

memendekkan masa tindakbalas. Terdapat juga kajian yang menunjukkan latihan bebanan yang sistematik boleh meningkatkan prestasi kuasa. Dua

kajian lagi menunjukkan bahawa penambahan kekuatan statik dan kekuatan dinamik akan menambah kuasa kaki dengan berkesan. Ini membuktikan

bahawa komponen kekuatan merupakan satu faktor yang penting dalam pengukuran kuasa otot. Terdapat kajian lain yang menunjukkan bahawa 4

dengan penambahan kekuatan otot, kelembutan dan ketangkasan juga bertambah baik. Berdasarkan penjelasan tersebut membuktikan bahawa untuk

mencapai kekuatan otot yang tertentu memerlukan program latihan bebanan yang sistematik lagi teliti. Kualiti asas fizikal yang menekankan kepada

kekuatan sebagai aspek yang penting dalam olahraga untuk mendapatkan kuasa, selalunya tidak diberi penekanan yang serius dalam program latihan. Ketidakmampuan untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang selalu dijadikan pengukuran kegagalan program latihan keseluruhannya, tanpa melihat keupayaan sebenar atlet dari segi kekuatan otot. Pencapaian prestasi yang tinggi bagi seseorang atlit olahraga bergantung sebahagiannya kepada kualiti-kualiti fizikal asas yang di milikinya seperti kekuatan, stamina, kelajuan dan juga kelembutan. Justeru itu setiap perlakuan sama ada larian pecut, melompat atau membaling memerlukan tahap kekuatan tertentu untuk mengatasi sebarang rintangan sama ada dari luar atau dalam. Keperluan kepada tahap kekuatan ini adalah untuk

menghasilkan satu pencapaian yang optimum. Kekuatan yang dimaksudkan ini adalah merupakan kekuatan otot yang ada pada mana-mana bahagian yang tertentu.

3. FUNGSI OTOT DI DALAM PERGERAKAN

3.1

Agonis Kumpulan otot penggerak utama. Otot-otot utama menguncup untuk

menghasilkan pergerakan khusus. Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus. Cth: bisep brachii (fleksi lengan).

3.2

Antagonis Kumpulan otot yang bertindak berlawanan dengan otot penggerak

utama. lengan).

Bergerak serentak dengan otot agonis.

Cth: trisep brachii (fleksi

3.3

Sinergi Kumpulan otot yang terlibat dalam sesuatu pergerakan bagi

menjalankan tugas sebagai pembantu untuk menstabilkan (stabilizer), meneutralkan (neutralizer), dan menetapkan (fixator). bisep brachii dan brakialis (fleksi sendi siku). Cth: brakioradialis,

4.

PENGECUTAN-PENGECUTAN

OTOT

DAN

PENGHASILAN

DAYA

(KEKUATAN).

4.1 ISOMETRIK

Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik. Cth: menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok. Dinding tidak

bergerak tetapi otot-otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. Penguncupan otot trisep berlaku secara isometrik.

4.2 ISOTONIK Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan Penguncupan

konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot ketengah pusat pergerakan contohnya penguncupan bisep semasa mengangkat dumbell . Manakala

esentrik melibatkan pemanjangan fiber-fiber otot ke arah luar pusat pergerakan. Ujian kekuatan isotonik yang dijalankan adalah seperti ujian

mendagu, pull up test, ujian bangkit tubi, bench press test, dip test, standing vertical arm press test. Selain itu, Spring Scale Test juga digunakan untuk mengukur kekuatan seperti ujian tarik atas kepala overhead pull test dan ujian tolakan tangan two hand push test.

4.3 ISOKINETIK Isokinetik adalah penguncupan otot pada kelajuan yang tetap (iso sama, kinetik pergerakan) sepanjang masa pergerakan berlaku untuk menghasilkan satu pengucupan isokinetik yang terkawal. Cybex II merupakan

mesin yang boleh memberi rintangan untuk mengukur kekuatan pelbagai bahagian badan semasa melakukan pergerakan isokinetik. Pengukuran ini membekalkan ukuran torque kumpulan otot bagi julat pergerakan aktif yang memerlukan penguncupan otot yang maksimum. Pada masa kini, pengukuran dan pengujian kekuatan isokinetik semakin popular. Contohnya dalam persediaan klinikal untuk pemulihan Selain itu ahli terapi fizikal dan

akibat kecederaan atau pembedahan.

instruktor atlet juga menggunakan ujian isokinetik untuk menentukan kesediaan atlit sebelum kembali menjalankan latihan dan pertandingan. Begitu juga dalam latihan untuk meningkatkan kekuatan atau kelajuan.

4.4 KEKUATAN RELATIF DAN KEKUATAN MUTLAK Kekuatan merupakan salah satu komponen dalam kecergasan fizikal yang seharusnya dihubungkaitkan dengan setiap individu. Setiap

individu mempunyai berat, rupa dan ketinggian yang berbeza. Kenyataan ini secara langsung menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai tahap kekuatan yang berlainan. Sesungguhnya, pengukur kekuatan adalah berat badan seseorang. Dengan itu kekuatan relatif dan kekuatan mutlak adalah penting dalam menentukan kekuatan seseorang individu. Kekuatan relatif dapat dijelaskan sebagai daya yang diusahakan ke atas sesuatu objek atau beban dan ia berhubung kait dengan berat badan seseorang atau per unit of muscle cross relation. Manakala kekuatan

mutlak merujuk kepada jumlah daya maksimum yang dapat diusahakan iaitu maksimum bilangan paun atau kilogram yang dapat diangkat. Sebagai 8

contoh, seorang yang berat badannya 100 kg. dapat mengangkat bebanan seberat 250 kg., maka 2.5 kg. bagi setiap kilogram berat badannya mempunyai kekuatan relatif yang lebih berbanding dengan seseorang yang berat badannya 250 kg dapat mengangkat objek seberat 500 kg. atau 2 kg. bagi setiap kilogram berat badannya tetapi mempunyai kekuatan mutlak yang lebih. Kesimpulannya kekuatan mutlak bermakna kemampuan otot untuk mengatasi rintangan tanpa mengambil kira faktor lain manakala faktor berat badan diambilkira dalam kekuatan relatif. Kekuatan Relatif = Kekuatan Mutlak Berat Badan

5 . CIRI-CIRI FISIOLOGI OTOT

5.1 Pengenalan Otot adalah tisu yang paling banyak didapati di dalam badan. Kira-kira 2/3 jumlah berat badan manusia terdiri daripada serat otot. Segala aktiviti manusia samada bekerja atau bersukan bergantung kepada proses penguncupan otot untuk membekalkan kuasa-kuasa gerakan. diperlukan untuk pergerakan otot. Tenaga

Tenaga dihasilkan sama ada dengan

penggunaan oksigen atau tanpa oksigen untuk membolehkan otot menukar tenaga kimia kepada tenaga mekanikal. Kita haruslah memahami fungsi

sistem tenaga jenis-jenis otot dan unit motor dengan lebih jelas untuk mengetahui tentang pergerakan otot dengan lebih mendalam. 9

5.2 Sistem Tenaga ATP (Adenosine triphosphate) merupakan punca utama untuk penguncupan otot dan ianya dibentuk oleh rangkaian phosphate bertenaga tinggi. Uraian kumpulan phosphate dari ATP membekalkan tenaga sementara kepada otot.

5.2.1 Sistem Tenaga Anaerobik Alaktik. Terdapat kompaun bertenaga tinggi dalam otot yang dikenali sebagai creatine phosphate (CP). CP membekalkan punca sementara untuk membentuk kembali ATP. Pindahan phosphate dari CP kepada ADP

(Adenosine Diphosphate) untuk membentuk kembali ATP yang akan diurai semula bagi penghasilan tenaga dan ADP. Dalam menjalankan kerja atau latihan yang mempunyai intensiti yang tinggi, proses tadi berterusan sehingga kehabisan CP. Enzim yang bertanggungjawab dalam penguraian dan

pindahan untuk membentuk kembali ATP adalah creatine kinase (CK). Pembentukkan kembali ATP melalui proses akan kekal selama kira-kira 4 hingga 5 saat sahaja apabila daya yang digunakan adalah maksimum. Ditambah dengan tenaga 1 hingga 2 saat tenaga yang ada di dalam otot ia menjadi kira-kira 7 saat tenaga yang diperlukan. dikenali sebagai sistem tenaga kerja alaktik. Proses ini

5.2.2 Sistem Tenaga Anaerobik Laktik (Glycolysis). Proses ini melibatkan uraian glikogen atau glukos dalam keadaan anaerobik, untuk menghasilkan tenaga dan laktik serta ion hidrogen. 10

Ion hidrogen menjadikan otot berasid dan dengan itu menghentikan sistem ini. Untuk setiap laktik yang dihasilkan akan membentuk satu ion hidrogen. Ini berlaku dalam sitoplasma otot dan tindakkan kimianya adalah seperti berikut:

Glukose + 2P * 2ADP

2ATP + 2 Laktik + 2 h+

Pembentukkan laktik bukan semestinya untuk bekalan tenaga tetapi sebagai stor hidrogen untuk memastikan sistem bekalan tenaga ini berjalan dengan baik. Dalam keadaan anaerobik, penempuan ion hidrogen merupakan faktor yang menghadkan lakuan dan juga merupakan punca utama kelesuan atau keletihan. Tubuh manusia mempunyai sistem tersendiri di

mana bahan penumpuan laktik akan memberhentikan sistem anaerobik itu selepas 40 hingga 50 saat bekerja pada tahap yang maksima.

5.2.3 Sistem Tenaga Aerobik Intensiti gerakkerja akan menentukan sistem yang mana dicabar dan penghasilan ATP untuk penguncupan otot. pyruvate, hasil dari glikogen, glukos Dalam sistem aerobik

dan asid lemak ditukarkan kepada

Acetyle CoA, yang kemudiannya dioksidakan kepada karbon dioksida dan air. Oksida Acetyle CoA berlaku dalam kitaran krebs dan sistem pengangkutan elektron yang terdapat dalam mitokondria sel otot. Untuk membolehkan

sistem ini menjalankan fungsinya ia memerlukan oksigen. Walaupun semua sistem tenaga akan digerakkaan atau dihidupkan serentak, ia berdasarkan progressive recruitment apabila sesuatu sistem itu tercabar lebih, sistem yang 11

lain akan mengambil alih peranan pula.

Juga boleh dikatakan, keperluan

untuk tenaga akan menentukan sistem tenaga yang mana akan dikehendaki dan otot-otot akan mengubahsuai kepada sistem tenaga berkenaan.

5.3 Jenis-Jenis Otot Terdapat dua jenis otot dalam tubuh manusia iaitu otot gerak laju (fast twitch muscle) atau fiber otot putih yang mempunyai tempoh penguncupan dan pengenduran yang pendek berbanding dengan otot-otot gerak perlahan (slow twitch muscle) atau fiber otot merah. Jika persediaan otot terpencil dirangsangkan dengan rangsangan tunggal melalui saraf motornya, otot itu menguncup dan satu urutan penguncupan berlaku. Urutan ini dikenali sebagai sentak otot. Sentak otot terbahagi kepada tiga fasa, iaitu tempoh pendek, tempoh penguncupan dan tempoh pengenduran. Tempoh pendam

menandakan masa yang diambil untuk impuls bergerak melalui saraf sehingga pengaktifan mekanisma penguncupan otot. Biasanya tempuh ini memakan masa lebih kurang 5 hingga 10 milisaat. Kira-kira 30 hingga 40 milisaat untuk daya penguncupan memuncak dan 50 hingga 60 milisaat untuk pengenduran sepenuhnya berlaku. Pada umumnya corak urutan penguncupan hingga pengenduran adalah serupa untuk semua otot rangka dalam badan, tetapi tempohnya bergantung kepada jenis otot berkenaan.

12

5.4 Unit Motor Unit motor merupakan elemen asas berfungsinya otot rangka. Setiap unit motor terdiri daripada satu saraf motor dan serat-serat motot yang disarafinya. Kehadiran impuls di dalam satu saraf motor akan menyebabkan semua serat otot dalam unit motor tersebut menguncup. Saiz sesuatu unit motor, iaitu jumlah serat otot yang disarafi oleh satu saraf motor ditentukan oleh fungsi otot tersebut. Pemilihan pergerakan dilakukan oleh CNS (central nervous system), bila impuls dari CNS untuk penguncupan sampai ke sacrolemma serat otot, ia akan bergerak dengan pantas ke semua sacrome. Di dalam semua sacrome terdapat satu sistem yang di kenali sebagai retikulum sakroplasmik. Retikulum sakroplasmik ini mengandungi ion

kalsium. Apabila impuls sampai ion kalsium akan dibebaskan dan ini akan memulakan reaksi enzim dengan miosin yang mana mengakibatkan penguraian ATP ke ADP dan menghasilkan tenaga. Kekuatan bergantung kepada banyaknya unit motor yang direkrut, lebih banyak pengrekrutan unit motor lebih banyak daya dihasilkan. Keadaan ini dikawal oleh tendon golgi yang mana akan mengawal otot dari menggunakannya secara maksimum untuk mengelakkan otot daripada cedera. kawalan autogenik Keadaan ini dikenali sebagai

6 . PERBEZAAN KEKUATAN OTOT DENGAN DAYATAHAN OTOT Setelah meneliti definisi kekuatan otot, dapatlah dibuat

kesimpulan akan perbezaan antara kekuatan otot dengan daya tahan otot. Kekuatan otot adalah kuasa maksima yang dihasilkan oleh otot dalam satu 13

penguncupan. Manakala daya tahan otot pula adalah penguncupan otot yang berulang-ulang semasa melawan atau menentang halangan. Selain dari itu daya tahan otot dan kekuatan otot dapat dibezakan dari beberapa aspek. membentuk otot tersebut. Perbezaan utama ialah gentian yang

Daya tahan otot tidak bergantung kepada saiz

gentian, tetapi memperolehinya melalui kemampuan gentian otot menguncup secara berulang-ulang iaitu dengan bekalan oksigen yang diperolehi secara berterusan. Gentian yang terlibat adalah jenis gentian otot slow twitch.

Manakala kekuatan otot pula memerlukan jenis gentian fast twitch yang sesuai untuk melakukan aktiviti dalam jangkamasa pendek tetapi berintensiti tinggi. Gentian jenis ini mempunyai saiz otot yang lebih besar dan berupaya menguncup dengan pantas tetapi kekurangan kapilari dan cepat lesu. Daya tahan otot bergantung kepada jumlah mitokondria dan kecekapan sistem enzim aerobik untuk membekalkan tenaga tetapi kekuatan otot bergantung kepada jumlah filamen protein (aktin dan miosin) yang membentuk otot itu. Jangkamasa dan intensiti latihan adalah dua faktor yang membezakan jenis sesuatu latihan samada ke arah pembentukkan kekuatan ataupun daya tahan otot. Latihan membina kekuatan melibatkan intensiti

bebanan yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek tetapi latihan daya tahan dilakukan dalam jangkamasa yang panjang dengan bebanan yang lebih rendah. Kesimpulannya, daya tahan otot adalah keupayaan otot

melakukan kerja yang berulang-ulang dalam satu jangka masa statik ataupun 14

dinamik manakala kekuatan otot pula ialah keupayaan otot menguncup dengan kuasa yang semaksimum mungkin untuk mendapatkan kekuatan.

7 . DEFINISI TERMINOLOGI Definisi-definisi di bawah ini digunakan dalam penulisan ini. 7.1 Kekuatan Kemampuan otot mengatasi sesuatu rintangan 7.2 Kekuatan Maksimum Daya maksimum sesuatu sistem otot saraf mampu menguncup 7.3 Kekuatan Elastik Kebolehan sesuatu sistem otot saraf mengatasi rintangan dengan kelajuan yang tinggi.

7.4 Kekuatan dayatahan Kebolehan organisma menahan kelesuan

8. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN UJIAN

Mengikut sejarah Pendidikan Jasmani kajian tentang kekuatan otot bermula sejak zanian purba Greek dan Rome lagi. Pada masa itu seorang ahli gusti bangsa Greek yang berasal dan Croton yang bernama Miio telah membina kekuatan dengan menggunakan anak lembu sebagai beban. Pada 1699 pula seorang saintis berbangsa Perancis yang bernama De La Hire telah menjalankan pengukuran kekuatan yang berasaskan kaedah saintifik iaitu 15

beliau membandingkan kekuatan kuda dengan manusia dalam aktiviti mengangkat dan membawa beban. Sargent (1873), pula telah membentuk satu ujian kekuatan khusus bagi lelaki sahaja yang dikenali sebagai ujian kekuatan antara kolej. Ujian mi mengukur kekuatan bahagian belakang badan dan kaki dengan mengguna dinamometer, cekak tangan kanan dan kiri dengan menggunakan manuometer, kapasiti paru-paru dengan menggunakan spirometer dan kekuatan lengan dengan bilangan mendagu/pull-up dan dips yang boleh dilakukan oleh subjek (Mathews, 1978). Manakala, Kellogg (1894) telah menggunakan hasil ciptaannya sendiri iaitu dinamometer universal untuk mengukur kekuatan isometrik otot-otot tertentu. Mulai tahun 1905, penekanan terhadap kekuatan semakin berkurangan untuk beberapa ketika. Itu disebabkan pengukuran kekuatan

tidak mengambil kira daya tahan kardiovaskular serta perkembangan jantung dan paru-paru. Tambahn pula pada masa itu itu terdapat segolongan yang bertanggapan bahawa latihan kekuatan akan menyebabkan pembinaan otot berlebihan. Ini secara tidak langsung menghalang pencapaian seseorang dalam bidang sukan (Mathew, 1978). Rogers (1925), memperkenalkan Indeks Kecergasan Fizikal dan Indeks Kekuatan yang bertujuan untuk mengukur kemampuan atlet. McCloy (1925) pula, cuba memperbaiki ujian kekuatan yang telah diperkenalkan oleh Rogers dan segi pengelolaan skor dan keesahannya di mana isipadu parupanu tidak diambil kira sebagai kriteria dalam bidang pengukuran kekuatan, termasuk juga aktiviti mendagu yang lebih merujuk kepada pengukuran daya 16

tahan otot. Akhirnya hanya tiga aktiviti ujian yang masih boleh digunakan iaitu, kekuatan belakang, kekuatan kaki dan kekuatan cekak grip strength (Johnson & Nelson, 1986). Delmor (1951), telah memperkenalkan pengukuran kekuatan

dan pembinaan kekuatan isotonik dalam pemulihan askar-askar yang tercedera semasa perang dunia kedua. Beliau terkenal dalam membentuk kaedah moden latihan isotonik. ( Montoye, 1978). Clarke (1969), telah membentuk satu ujian untuk mengukur kumpulan otot yang berkaitan dengan 38 pergerakan. Goniometer telah digunakan untuk menentukan sudut sendi yang tepat agar kumpulan otot dapat menghasilkan daya tarikan yang optimum.

9.

KAJIAN-KAJIAN LAMPAU. Bagi setiap ahli sukan, penguasaan kemahiran tidak dapat

menjamin prestasi yang tinggi sebaliknya memerlukan kekuatan pada anggota tertentu terutamanya bahagian kaki. Kekuatan pada bahagian ini

membolehkan seseorang atlit itu bergerak dengan cergas dan pantas. Mengikut Don Howe dan Gordon Banks (1978), kekuatan badan harus ada pada setiap atlit sukan terutamanya kekuatan kaki. Kekuatan ini membolehkan seseorang pemain atau atlit itu berpusing dan mengalihkan dirinya dengan lebih berkesan bagi mengelakkan diri dari sebarang tekanan. Mengikut Barrow dan McGee (1979) kepentingan tentang kekuatan mula mendapat perhatian bila berlakunya perubahan dalam bidang pengukuran. Pada tahun 1880, bidang pengukuran telah berubah dari aspek 17

saiz dan simetri dalam pengukuran anthropometrik kepada kekuatan yang dipelopori oleh Dudley Sargent. Beliau bersama Brigham telah menjalankan kajian dengan menggunakan alat pengukuran dinamometer dan telah membentuk bateri ujian untuk kekuatan. Bateri ujian mi mengandungi pengukuran kekuatan kaki, belakang, cengkaman tangan dan juga cara mengukur isipadu vital paru-paru. Pada tahun 1920, ujian kekuatan telah dimajukan secara saintifik oleh Fredrick Rand Rogers dengan menetapkan norma-norma bagi setiap ujian sebagai Physical Fitness Index dan Strength Index. Sejak itu banyak kajian telah dijalankan. Mathews (1978) telah mengutarakan ujian yang dijalankan oleh Clarke untuk mengukur kumpulan otot bagi tiga puluh lapan pergerakan sendi menggunakan tensiometer. Ujian ini mempunyai julat koefisien korelasi daripada 0.74 kepada 0.99. Alat goniometer digunakan bagi menentukan sudut sendi yang tepat mengukur daya tarikan terkuat bagi kumpulan otot. Pada tahun 1950-an, Kraus dan Hirschland yang

memperkenalkan Kraus-Weber Test telah mengemukakan ujian kecergasan yang minimum menunjukkan tahap kekuatan dan kelembutan kumpulan otot tertentu menggunakan enam bateri ujian kekuatan otot. Ujian ini dijalankan ke atas 4458 kanak-kanak sekolah di Amerika dan Kraus berpendapat kanakkanak sekolah di Amerika secara fizikalnya kurang baik jika dibandingkan dengan kanak-kanak sekolah di Eropah.

18

Berdasarkan kepada pengukuran ke atas kekuatan isometrik maka banyak kajian telah dijalankan bagi mencari jawapan terhadap fngsi dan kesan latihan dinamik terhadap kekuatan otot. OShea (1976) telah mengutarakan kajian yang dijalankan oleh De Lorme pada tahun 1948 yang menyatakan bahawa kekuatan boleh dicapai melalui latihan bebanan yang maksimum dengan ulangan dan satu hingga tiga kali dalam tiga hingga empat set. Ertinya untuk membina kekuatan otat, bebanan adalah tinggi dengan ulangan yang rendah. Pada tahun 1962, Berger manyatakan bahawa ulangan dan lima hingga enam kali dalam tiga hingga empat set adalah penting dan berkesan untuk latihan bebanan bagi mencapai kambinasi kekuatan dan daya tahan otot. Tetapi Zinoveiff pada tahu 1955 berpendapat cara De Lorme ini adalah meletihkan kerana ulangan seperti ini adalah membebankan. Beliau dengan itu telah mengubah sistem De Lorme ini dengan membentuk satu teknik yang dikenali sebagai Oxford Technique. Prinsip beban dikekalkan tetapi sebaliknya telah mengubah prosedurnya dengan mengadakan aktiviti memanaskan badan dan memulakan ujian dengan menggunakan beban yang tinggi kemudiannya dikurangkan secara perlahan. Sistem De Lorme dan Oxford Technique dibuat perbandingan dan kajian oleh McMorris dan Elkins pada tahun 1964 dan merumuskan Oxford Technique dapat meningkatkan 5.5% kekuatan. Peningkatan kekuatan dalam latihan memperlihatkan pentingnya latihan b,ebanan bagi mencapai prestasi fizikal yang memuaskan. Casady (1974) menyatakan latihan bebanan memberi kesan dalam latihan untuk meningkatkan prestasi fizikal atlit. Harre (1982) pula menyatakan bahawa 19

pelari pecut dalam olahraga,

kekuatan otot yang maksimum sebagai asas

pencapaian berbanding daripada pelari maraton. Kenyataan OShea (1976) dibuktikan oleh Smith dan Eiithley pada tahun 1965 melalui percubaan yang dijalankan dan mereka mendapati bahawa terdapatnya peningkatan 6% dan segi kepantasan apabila berlaku peningkatan kekuatan otot sebanyak 22%. Walau bagaimanapun, pada tahun 1964, Chui menyatakan peningkatan dalam kekuatan yang dihasilkan melalui latihan isometrik dan dinamik adalah berkait rapat dengan jenis pergerakan dan kederasannya. Menurut Tucker (1967), mendapati latihan isometrik meningkatkan kekuatan tetapi tidak memberi kesan pada kuasa maksimum, kepantasan atau kelajuan Menurut Johnson & Nelson (1979) pula, kajian Morgan & Anderson (1957) menyatakan bahawa kuasa pada kaki ada kaitannya dengan kelajuan dan kekuatan. Untuk mendapatkan kelajuan yanq lebih dan serta merta, kuasa eksplosif adalah penting. Bagaimanapun untuk mendapatkan kuasa eksplosif ini kita memerlukan kekuatan yang maksimum. Im bererti kelajuan boleh ditingkatkan dengan peningkatan pada kekuatan. Ini bermakna peningkatan tahap kekuatan otot adalah penting dalam menigkatkan kuasa eksplosif. OShea (1976) mendapati bahawa gabungan kekuatan, daya tahan, kelembutan dan ketangkasan boleh mengekalkan tahap kekuatan. Latihanlatihan haruslah diberi kepada otot sasaran di samping penumpuan kepada otot utama dalam sesuatu lakuan. Latihan ini juga dapat menentukan tahap kekuatan sesuatu anggota atau otot yang terlibat. Menurut Fox (1979) sesuatu latihan bebanan yang berkesan haruslah mempertimbangkan empat prinsip iaitu lebihan beban, halangan 20

pragresif, penumpuan latihan dan juga pengkhususan latihan. Menurutnya lagi, untuk melakukan aktiviti tersebut dengan berpandukan prinsipnya adalah penting bagi atlit mengetahui konsep latihan tahap ambang. Latihan ke tahap ambang melibatkan tiga faktor utama iaitu intensti, kekerapan dan juga tempoh latihan. Clarke (1974) pula telah merumuskan kajian yang dibuat oleh Berger pada tahun 1967 iaitu jika menggunakan beban sebanyak 67% daripada kekuatan maksimum, kekerapan latihan dua kali seminggu adalah sama dengan kekerapan latihan sekali seminggu dan menggunakan beban yang maksimum. Ia akan memberi kesan yang sama jika latihan itu dilakukan tiga kali seminggu. Akan tetapi,jika menggunakan beban sebanyak 67% daripada kekuatan maksimum, kekerapan latihan tiga kali seminggu ianya tidak dapat meningkatkan kekuatan. Peningkatan yang optimum memerlukan beban antara tiga dan empat ulangan maksimum pada lima hingga enam set bagi kekerapan latihan tiga kali seminggu. Menurut menggunakan latihan OShea (1976) pula, Nobert De Schemansky yang dengan sedikit

berasaskan

sistem

Lorme

pengubahsuaian. Latihannya adalah lima kali seminggu dengan bebanan maksimum, satu hingga tiga ulangan pada tiga hingga lima set. Sesuatu program latihan itu mestilah mengambilkira perbezaan individu dari segi jantina. Mengikut Harre (1982) perempuan mempunyai prestasi kekuatan yang rendah jika dibandingkan dengan lelaki dan perbezaan itu akan meningkat selaras dengan latihan. Menurutnya, Tittel mendapati daripada 272 perempuan dan 253 lelaki yang dikajinya kekuatan maksimum 21

perempuan adalah 40% kurang daripada lelaki. Brooks dan Fahey (1984) pula menyatakan kekuatan lelaki adalah melebihi 50% daripada kekuatan perempuan pada kebanyakan otot. Ini adalah disebabkan oleh terdapatnya perbezaan harmon androgen yang ketara bagi kedua-dua jantina. Fox dan Mathews (1981) menyatakan perbezaan kekuatan antara lelaki dan perempuan perlulah dilihat dan segi kekuatan mutlak, kekuatan dan hubungannya dengan saiz dan komposisi badan serta hubungannya dengan saiz otot. Menurutnya kekuatan otat bagi perempuan adalah dua pertiga sahaja jika dibandingkan dengan lelaki. Akan tetapi kekuatan jika dibandingkan dengan saiz otot adalah sama bagi perempuan dan lelaki. Menurut OShea (1976), Hilmore semasa menilai kesan pragram latihan bebanan selama 10 minggu ke atas kekuatan bagi lelaki dan perempuan, mendapati kedua-dua kumpulan meningkat kekuatannya.

Perempuan menunjukkan peningkatan kekuatan yang besar bagi leg press dan bench press. Dengan meneliti beberapa kajian lampau, dapatlah kita

memahami beberapa prinsip mekanikal serta dapat menilai kesan latihan bebanan ke atas kekuatan otot, berdasarkan kepada penyusunan program latihan dan perbezaan individu.

10.

KAJIAN-KAJIAN TERKINI Faigenbaum, Westcott, Micheli, Outerbridge, Long Larosa-Loud,

dan Zaichkowsky (1996) telah membuat kajian untuk melihat kesan latihan 22

kekuatan dan tiada latihan kekuatan di kalangan budak yang berumur di antara 1 hingga 12 tahun. Pengukuran dijalankan ke atas kekuatan (leg extentsion and chest press), prestasi motor (vertical jump) dan kelembutan (sit and reach). Pengukuran itu dijalankan selepas tempoh latihan dan juga selepas tempoh tiada latihan. Kajian mendapati budakbudak yang menjalani latihan kekuatan mengalami peningkatan kekuatan yang banyak.

Bagaimanapun tiada perbezaan penting ke atas prestasi motor dan kelembutan. Tahap kekuatan kembali merosot selepas berhenti menjalani latihan kekuatan. Koenig, Jahn, Dohmeier, dan Cleland (1995) telah membuat penyelidikan ke atas kesan aerobik anjal bangku terhadap kekuatan otot, kuasa dan daya tahan. Seramai 24 orang dewasa berumur di antara 24 hingga 61 tahun menjalani latihan itu selama 10 minggu. Pengukuran dijalankan ke atas kekuatan otot, kuasa dan daya tahm pada bahagian kuadrisep dan hamstring ( A cybex 340 isokinetic dynamometer). Kajian mendapati tiada perubahan ketara ke atas kekuatan otot, kuasa dan daya tahan daripada aerobik anjal bangku. Bagaimanapun kajian mendapati peratusan lemak badan mengalami penurunan yang jelas. Hoff, dan Almasbakk (1995) telah membuat kajian untuk melihat kesan latihan kekuatan maksimum terhadap kelajuan (velocity lontaran dan kekuatan otot di kalangan remaja wanita bola baling. Seramai 16 pemain bola baling wanita berumur di antara 17 hingga 26 tahun dipilih menjalani latihan rintangan progresif berat maksimum dengan berat bebas selama tiga bulan. 23

Pengukuran dijalankan ke atas halaju membaling secara berdiri, halaju membaling dengan berlari tiga langkah dan satu ulangan maksimum dalam bench press. Kajian mendapati subjek yang menjalani latihan telah mengalami peningkatan dari segi velocity lontaran dan kekuatan otot di kalangan pemain itu. Tenenbaum, Bar-Eli, Hoffman, Jablonovski, Sade, dan Shitrit (1995) pula telah membuat penyelidikan ke atas kesan teknik kognitif dan psikik somatik terhadap prestasi kekuatan isokinetik kaki. Ia bertujuan melihat sama ada maklum balas prestasi (KP-kognitif) dan latihan relaksasi - visualisis dan autogenik (RVA - somatik) mempunyai hubungan dalam peningkatan daya kemuncak (peak force) dan kuasa kemuncak (peak power). Pengukuran dijalankan ke atas kekuatan ekstensi lutut

( Isokinetik dynamometer). Kajian mendapati kumpulan kawalan memperolehi paling banyak peningkatan kepentingan kemuncak daya berbanding dengan dua kumpulaan lain. Kumpulan KP memperolehi peningkatan kepentingan lebih dari kumpulan RVA. Bagaimanpun ketiga-tiga kumpulan tidak

mempunyai peningkatan kepentingan dalam kuasa kemuncak. Keputusan ini mengesyorkan bahawa teknik persediaan mental tanpa latihan kekuatan telah menjejaskan prestasi kekuatan optimum akibat pemindahan konsentrasi dar ipada pergerakan latihan. Hunter, dan Treuth (1995) telah membuat penyelidikan ke atas perhubungan intensiti latihan dan peningkatan kekuatan di kalangan wanita tua yang berumur di antara 60 hingga 77 tahun. Mereka menjalani 16 minggu latihan program penyesuaian kekuatan ( strength condition program) dengan 24

intensiti latihan daripada 50-80%. Kajian mendapati mereka mencapai peningkatan kekuatan purata 48% pada bahagian atas badan dan 60% pada bahagian bawah badan. Selain itu, subjek yang berlatih dengan intensiti 50%60% mencapai peningkatan kekuatan lebih daripada mereka yang menjalani intensiti latihan antara 70-80% . Williams dan Singh (1997) tclah membuat kajian ke atas kekuatan badan (trunk) di kalangan kumpulan elit dalam 3 jenis sukan dan kumpulan rekreasi yang aktif. Tiga jenis sukan itu terdiri daripada bola sepak, bola sepak Kanadian dan pelari jarak jauh dan sederhana. Penguncupan konsentrik dilakukan untuk mengukur kekuatan trunk fleksor dan ekstensor ( KinCom trunk testing dynamometer). Hasil kajian mendapati kekuatan fleksor konsentrik dan esentrik pemain bola sepak Kanadian dan bola sepak lebih tinggi daripada pelari. Kekuatan daya fleksor esentrik pemain bola sepak berhubung dengan jisim badan lebih tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan pelari dan kumpulan rekreasi. Ben-Sira, Ayalon dan Tavi (1995) telah membuat penyelidikan ke atas kesan pelbagai jenis latihan kekuatan terhadap kekuatan konsentrik wanita. Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan yang berasingan untuk menjalani latihan konsentrik, esentrik, konvensional, dan esentrik supra maksimum. Mereka berlatih dan menjalani pengukuran dengan satu mesin ekstensi lutut Schnell. Kajian mendapati kumpulan yang menjalani latihan esentrik supra maksimum dan konvensional mengalami peningkatan kekuatan otot secara dinamik berbanding tahap kekuatan otot pada mulanya. Tiada perbezaan pada ukuran lilitan paha dan berat badan di antara kumpulan itu 25

11 . KEGUNAAN UJIAN KEKUATAN OTOT Terdapat banyak kegunaan ujian kekuatan otot dalam bidang perubatan dan pendidikan jasmani. Dalam bidang Pendidikan Jasmani kegunaanya adalah seperti berikut:

11.1. Sebagai faktor asas dalam ujian kecergasan.

11.2. Sebagai langkah bersedia individu untuk menghadapi aktiviti yang lebih mencabar menjelang pertandingan di peringkat tinggi. Contohnya dalam Sukan SEA, seseorang pelontar peluru harus mempunyai kekuatan otot yang kuat terutamanya di bahagian tangan untuk melakukan lontaran yang kemas dan jauh.

11.3 . Membantu guru mengesan tahap pencapaian pelajar di dalam kemahirankemahiran tertentu.

11.4. Memastikan pemilihan aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan keupayaan pelajar.

115.

Menilai keberkesanan kaedah pengajaran di mana ia boleh ditentukan dengan membandingkan keputusan pelajar yang sama yang didapati dari kaedah-kaedah pengajaran yang berbeza.

26

11.6. Menentukan keberkesanan sesuatu program latihan.

12. LIMITASI UJIAN KEKUATAN OTOT

12.1

Garis panduan mestilah diikuti dengan sepenuhnya semasa menjalani ujian kekuatan otot, memandangkan penyimpangan yang sedikit dengan cara dan prosedur yang sepatutunya mungkin akan menyebabkan kesan yang besar ke atas keputusan akhir.

12.2

Sesetengah ujian kekuatan otot mengambil kira masa untuk dijalankan. Oleh itu kita harus memperuntukkan masa untuk menghadapi ujian tersebut.

12.3

Dalam sesetengah situasi, penguji memilih senaman yang menggunakan kekuatan otot dinamik dalam program latihan tetapi mengukur

keberkesanan mereka dengan ujian kekuatan statik

12.4

Kebanyakkan norma yang digunakan adalah ketinggalan zaman atau terhad kepada kes-kes tertentu sahaja. Oleh satu norma baru diperlukan untuk kedua-dua ujian baru dan lama.

27

12.5

Sesetengah aktiviti dalam kekuatan otot bergantung kepada kekuatan seperti tekan tubi dan lain-lain, maka agak sukar untuk mengklasifikasikan perkataan kekuatan otot dalam pengukuran. Oleh itu kita sepatutnya

menyatakan bahawa seseorang itu tidak mempunyai kekuatan otot, sekiranya kurang kekuatan dalam membuat tekan tubi.

12.6

Kebolehpercayaan dan kesahan ujian bergantung kepada kecekapan dan kemahiran penguji.

12.7

Setiap subjek digalakkan membuat aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan sebarang aktiviti agar tidak mengelakkan keputusan ujian.

12.8

Kejujuran dan kesungguhan sesetengah subjek dalam melakukan ujian dipersoalkan.

12.9

Gangguan daripada subjek yang lain akan menjejaskan tumpuan subjek.

12.10 Ralat

yang

terdapat

semasa

membuat

ujian

pengukuran

akan

menjejaskan keputusan.

12.11 Kesempurnaan alat ukur mempengaruhi keputusan.

28

13 . MATLAMAT UJIAN KEKUATAN OTOT

13.1

Kita dapat mengetahui dan memahami sejarah dalam perkembangan dan penyelidikan yang berkaitan dengan pengukuran kekuatan otot.

13.2

Mengetahui konsep kekuatan otot dan kaitan serta kepentingannya dalam pendidikan jasmani.

13.3

Memahami,

mengetahui

dan

mengaplikasikan

kaedah-kaedah

pengelolaan ujian dengan betul

13.4

Dapat mengenali potensi dan tahap diri meletakkannuya dalam bidang sukan yang sesuai.

pelajar supaya dapat

13.5

Mengetahui tahap kecergasan sendiri dan membandingkan dengan kecergasan pelajar-pelajar lain.

14 . OBJEKTIF UJIAN KEKUATAN OTOT

14.1

Menyatakan kepentingan kekuatan otot dalam melakukan tugas-tugas harian dan aktiviti-aktiviti sukan masing-masin.

29

14.2

Sebagai satu pengetahuan bahawa ujian daya tahan otot dapat dipertingkatkan dengan mengikuti latihan-latihan yang sisitematik.

14.3

Mengenal pasti jenis aktiviti khusus yang perlu diikuti dalam latihan untuk mempertingkatkan daya tahan otot.

14.4

Mengetahui cara melakukan ujian serta mengaplikasikannya di dalam ujian dengan prosedur yang betul.

14.5

Dapat

mengetahui

tahap

kekuatan

otot

masing-masing

dan

membandingkannya dengan daya tahan pelajar-pelajar sebaya.

14.6

Mengenal pasti limitasi ujian daya tahan otot dan kaedah untuk mengatasinya.

14.7

Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang berkemungkinan besar timbul daripada ujian kekuatan otot.

14.8

Menerangkan apa itu kekuatan otot.

14.9

Mengetahui kegunaan ujian kekuatan otot.

30

15 . PROSIDUR UJIAN-UJIAN UNTUK MENGUJI KEKUATAN OTOT 15.1.Ujian Kekuatan Otot Tangan Perkara Objektif Keesahan Kebolehpercayaan Kaedah Keterangan Di akhir ujian, pelajar dapat mengukur kekuatan otot tangan dengan betul dan tepat. Keesahan lahir diterima Dilaporkan r=91 1. Subjek berdiri tegak memandang ke hadapan 2. Dinamometer dicekak selesa. Permukaannya menghala ke luar 3. Dinamometer diletak sisi badan dengan tangan lurus 4. Subjek dikehendaki mencekak dinamometer dengan seberapa kuat. 5. Aktiviti ini dilakukan sebanyak 6 kali oleh subjek, iaitu: I . 3 percubaan untuk tangan kanan II . 3 percubaan untuk tangan kiri Alatan Pengukuran Limitasi Jade rehat antara percubaan = I minit 1 . Dinamimeter genggaman tangan ( Hand Drip) Bacaan terbaik dari 3 kali percubaan untuk setiap belah tangan direkodkan. 1 . Pastikan pelaku tidak membengkokkan kaki atau menghayunkan badan semasa membuat cenggkaman. 2 . Penguji perlu memastikan tangan pelaku lurus 3 . Ada subjek yang cuba menghayunkan tangan atau mengenjut semasa membuat percubaan. Jika ini berlaku, bacaan yang diperolehi tidak tepat. Subjek perlu diawasi agar genggaman yang dibuat adalah betul dan akatan tidak terlepas dari tangannya semasa membuat percubaan Catatan

Keselamatan

31

15.2 Ujian Kekuatan Otot Kaki Perkara Objektif Keesahan Kebolehpercayaan Kaedah Keterangan Di akhir ujian, pelajar dapat mengukur kekuatan otot quadriceps (paha) dengan betul. Keesahan Lahir diterima Dilaporkan r = 90 1. Subjek berdiri di atas tapak yang disediakan 2. Subjek mengenggam pemegang alat pengukur dengan posisi tapak tangan menghala ke bawah 3. Rantai pemegang disuaikan supaya palang berada pada pangkal peha 4. Tubuh subjek mestilah tegak, muka pandang ke hadapan, lutut bengkok antara 115 125 darjah. 5. Pemegang berada diatas paha semasa subjek melakukan tarikan keatas 6. Semasa melakukan aktiviti, sentiasa tegak lutut diluruskan badan Catatan

Pengukuran Alatan Limitasi

Ulang ujian sebanyak 3 kali Skor dicatat dan diambil purata 1. Dinamometer Leg/Back - Lift 1. Pastikan subjek tidak menghayun tangan semasa membuat cengkaman 2. Ada pelajar yang membengkokkan badan ke depan dan belakang serta kekiri atau kekanan untuk mendapatkan cengkaman yang kuat. Pastikan keadaan ini tidak berlaku, 3. Pencatat perlu cekap melihat catatan yang dibuat kerana catatan cengkaman ini berlaku dengan pantas

Keselamatan

Dua orang pembantu perlu bersedia berdiri depan dan belakang subjek untuk menjaga jika terdapat kerosakan seperti rantai terputus 32

atau paku tercabut yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku.

15.3 Ujian Kekuatan Otot Belakang Perkara Objektif Keterangan catatan Di akhir ujian, subjek dapat mengukur kekuatan otot bahu dengan betul dan tepat Keesahan Keesahan Lahir diterima Kebolehpercayaan Dilaporkan r = 90 Kaedah 1. Terlebih dahulu penunjukcara akan menunjuk prosedur yang betul untuk menjalankan aktiviti. 2. Subjek berdiri tegak di atas tapak yang disediakan. 3 3. subjek menggenggam pemegang alat pengukur dengan posisi tapak tangan menghala kebawah. 3. Rantai pemegang disuaikan supaya palang berada pada pangkal paha. 4. Bengkokan badan sejauh 30 dengan lutut berkeadaan lurus. 5. Pemeggang alat pengukur berada di atas paha semasa subjek melakukan tarikan keatas. 6. Tarik dengan seberapa kuat yang boleh 7. Ulang aktiviti ini sebanyak 2 kali Pengukuran Alatan Limitasi 8. Jeda rehat I minit antara setiap percubaan Setiap bacaan dicatatkan dan skor diambil dari percubaan yang terbaik Dynamometer back lift 1. Pastikan subjek tidak menghayun tangan semasa membuat aktiviti. 2. Ada pelajar yang membengkokkan kaki

33

Keselamatan

dan menghayun badan kekiri atau ke kanan untuk mendapatkan cengkeman yang kuat. Pastikan perkara.keadaan ini tidak berlaku. Seorang pembantu perlu bersedia berdiri di hadapan subjek. Kadang kala ada pelajar yang hampir terjatuh ketika cuba membuat cubaan

16. NORMA-NORMA UNTUK UJIAN-UJIAN

16.1 Norma Untuk Ujian Kekuatan Cekak Tangan Hand Grip Klasifikasi Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah Norma Kekuatan Statik ( Static Strenght Norms) Lelaki Perempuan Cekan Kiri Cekak Kanan Cekak Kiri (kg) (kg) (kg) >68 >70 >37 56-67 62-69 34-36 43-55 48-61 22-33 39-42 41-47 18-21 <39 <41 <18

Cekak Kanan kg) >41 38-40 25-37 22-24 <22

34

Nota: Data dari Corbin, Dowell, Lindsay dan Tolson (1978). Untuk individu 50 tahun ke atas, kurangkan skor 10% untuk disesuaikan dengan kehilangan tisu otot di sebabkan peningkatan usia Rujukan : Heyward, V.H. (1991), Advanced Fitness Asessment and Presciption, 2nd ed. Hampagne, Ilinois: Human Kinetic Book. 16.2 Norma Untuk Ujian Kekuatan Otot Kaki Norma Kekuatan Statik ( Static Strenght Norma ) Klasifikasi Lelaki Perempuan Cemerlang >241 kg >136 kg Baik 214 240 114 - 135 Sederhana 160 - 213 66 113 Lemah 137 159 49 65 Sangat Lemah <137 <49 Nota : Data dari Corbin, Dowell, Lindsay dan Tolson (1978). Untuk individu 50 tahun ke atas, kurangkan skor 10% untuk disesuaikan dengan kehilangan tisu otot disebabkan peningkatan usia Rujukan : Heyward, V.H. (1991), Advanced Fitness Asessment and Presciption, 2nd En. Hampagne, Ilionois: Human Kinetic Book. NORMA UJIAN KEKUATAN STATIK Lelaki Klasifikasi Cekak kiri Cemerlang >68 Baik 56-67 Cekak kanan >70 62-69 48-61 41-47 <41 Kekuatan Kekuatan Kekuatan Kekuatan bahu kaki keseluruhan relatif >209 kg >241 kg >587 >7.50 117-208 126-176 91-125 <91 214-240 160-213 137-159 <137 508-586 375-507 307-374 <307 7.10-7.49 5.21-7.09 4.81-5.20 <4.81

Sederhana 43-55 Lemah Sangat lemah 39-42 <39

35

Klasifikasi

Cekak kiri Cemerlang >37 Baik 34-36

Cekak kanan 38-40 38-40 25-37 22-24 <22

Perempuan Kekuatan Kekuatan Kekuatan Kekuatan bahu kaki keseluruhan relatif >111 kg >136 kg >324 >5.50 98-110 52-97 39-51 <39 14-135 66-113 49-65 <49 282-323 164-281 117-163 <117 4.80-5.49 2.90-4.79 2.10-2.89 <2.10

Sederhana 22-33 Lemah Sangat Lemah 18-21 <18

17

. RUMUSAN KAJIAN KEKUATAN OTOT Berdasar kajian yang dijalankan, didapati kekuatan dapat dipertingkatkan tanpa mengira umur dan jantina melalui latihan beban. Jenis latihan beban yang berbeza akanmneghasilkan tahap kekuatan yang berbeza. Latihan beban berintangan tinggi dan ulangan yang rendah dapat meningkatkan kekuatan otot. Manakala latihan berintangan rendah dan ulangan tinggi memberi kesan kepada pembinaan daya tahan otot. Faktor psokologi tidak mempengaruhi tahap kekuatan subjek semasa latihan kerana motivasi berkadar terus dengan kekuatan. Kajian didapati individu yang terlibat dalam permainan/sukan yang berbeza mempunyai

36

jenis kekuatan yang berbeza. Selain itu, didapati bahawa latihan jenis supramaximum esentrik dan gabungan kosentrik dan esentrtik lebih meningkatkan kekuatan dinamik. Jurulatih dan pendidik perlu mengetahui faktor yang mempengaruhi kekuatan otot serta kesan latihan terhadap kekuatan pelajar supaya segala program yang dujalankan dapat membantu dalam peningkatan prestasi.

BORANG SKOR UJIAN KEKUATAN OTOT NAMA UJIAN: Cekak Tangan TARIKH: . MASA : . Dapatan ujian daripada Kumpulan Subjek Percubaan Bil Pelaku Nama 1 Kiri 2 3 1 Kanan 2 3 Skor tertinggi

37

01 02 03 04 05 Kekuatan Total Kekuatan Relatif

Pencatat: . NAMA UJIAN : Ujian Kekuatan Kaki TARIKH MASA : . : .

Dapatan ujian daripada Kumpulan Subjek Percubaan Bil 01 02 03 04 05 Nama Pelajar 1 2 3 Skor Tertinggi

38

Kekuatan Total Kekuatan Relatif

Pencatat : ..

NAMA UJIAN : Ujian Kekuatan Otot Belakang TARIKH MASA : :

Dapatan ujian daripada kumpulan subjek

Percubaan Bil 01 02 03 04 Nama pelaku 1 2 3

Skor Tertinggi

39

05

Pencatat : ...

Organisasi Ujian Stesen 1 Ujian Kekuatan Cekak Tangan Penyelaras Penguji Pencatat Pembantu

Keselamatan Subjek

40

Stesen 2 - Ujian Kekuatan Otot Kaki

Penyelaras Penguji Pencatat Pembantu

Keselamatan Subjek

41

Kad Skor Pengukuran Kekuatan Otot

1 2 3 4 5 6 7

Nama No Matrik Jantina Tarikh Lahir Umur Tinggi Berat Tarikh Cubaan Pertama Cubaan Kedua Cubaan Ketiga

Cekak kiri Cekak kanan Kekuatan Bahu Kekuatan Kaki Kekuatan Total Kekuatan Relatif

Tandatangan Guru/Penguji

42

43

Anda mungkin juga menyukai