Buku Program Malam Air Mata Palestin
Buku Program Malam Air Mata Palestin
Buku Program Malam Air Mata Palestin
Justeru itu sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama menyemai rasa pri-
hatin dan menginsafi penderitaan yang mereka alami. Pelbagai bentuk sum-
bangan boleh kita berikan samada dalam bentuk tenaga, buah fikiran dan
kewangan. Paling minimumnya, kita boleh menyedarkan kepada masyarakat
tentang isu ini selain mendoakan kesejahteraan barisan pejuang gigih dan
rakyat Palestin yang menderita.
Akhir kata, isu Palestin adalah isu penting umat Islam. Mereka perlu dibantu
untuk mengembalikan kembali maruah dan harga diri Umat Islam secara
keseluruhannya. Dengan kesempatan bersama program ‘Malam Air Mata
Palestin’ ini, marilah kita menghayati keperitan dan kesusahan mereka den-
gan menyumbang dalam perbagai cara demi kelangsungan kehidupan dan
perjuangan mereka serta mempastikan kelangsungan Islam itu sendiri.
Salam Perjuangan
Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya
dibuka oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf
milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan
keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apa-
bila bumi ini dinodai kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh
Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti bahawa isu
Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang Arab sahaja bahkan isu
Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?
Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam berhadapan dengan kezaliman, keganasan
dan kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak menjajah bumi Palestin, mengusir pen-
duduk asalnya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat yang mulia, melakukan pem-
bunuhan dan penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat kebinatangan oleh bangsa yang
sombong ini.
Di Palestin sendiri, mereka telah menjajah lebih daripada 90 peratus tanah milik umat Islam.
Kenapa Palestin?
Lebih daripada 6.45 juta rakyat Palestin menjadi pelarian. Perjanjian demi perjanjian damai
dilakukan tetapi Yahudi Zionis terus melakukan penjajahan , penangkapan dan penderaan,
penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Bagaimanakah
dengan nasib malang mereka yang telah berlarutan untuk sekian lama ini? Adakah wajar
umat yang dizalimi ini memohon dan menagih perdamaian daripada penjajah yang sombong
lagi bongkak di dalam konflik yang tertua di dunia ini?
Masjid Al Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah
dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan
Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat
Yahudi Zionis.
Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin?
Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantu-
an . Namun dengan suasana yang aman serta peluang sampainya bantuan yang agak baik
menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Suasana
di Palestin amat berbeza sekali. Negara mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, pen-
duduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan
berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat suci dilakukan secara berterusan, hak-hak
kemanusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan asasi juga turut disekat sejak sekian lama.
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untuk
membantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim
yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid Al Aqsa yang telah dian-
cam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.
Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini,
adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana
adalah sebahagian daripada kita?
Tokoh Undangan
Pengerusi Bersama:
Ust Abdul Halim Abdullah - KPN ISMA NS
Ust Mohd Fadzil Hj Abu Kassim - KPP Bhg Dakwah, JHEAINS
En Kamal Amran Kamaruddin - Setiausaha MAINS
Ahli Jawatankuasa