Nota PBSM
Nota PBSM
Nota PBSM
Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya.
Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar
2.2.2 Faedah membuat gajet Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan. Semasa di hutan, setiap orang akan terdedah dengan suasana persekitaran hutan yang kaya degan pelbagai sepsis flora & fauna. Jadi tak semena-menanya setiap orang akan mengamalkan nilai-nilai murni dan memelihara keindahan flora dan fauna yang terdapat di muka bumi. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya. Ketika menjalankan aktiviti memasak yang melibatkan penggunaan sumber hutan seperti kayu api dan dedaun. Ahli unit akan berhati-hati memilih kayu api dan dedaun yang boleh dijadikan bahan bakar, tidak pula menggunakan kayu api & dedaun yang basah yang akhirnya pembaziran berlaku. Sebagai medium pendidikan Merupakan salah satu kaedah pendidikan yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam unit beruniform. Contohnya semasa membuat gajet, ahli unit akan memberi perhatian terhadap penerangan ketua yang menunjukkan cara membina sesuatu gajet tersebut.
Melahirkan individu yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata.
Situasi ketika setiap ahli unit dipertanggungjwabkan menguruskan semua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa. Contohnya, memasak,membina kem dan rakrak atau gajet sampingan. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.
Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa.
1) Mesyuarat Mesyuarat bertujuan membincangkan beberapa perkara seperti pembahagian tugas, menyemak kembali alatan yang dibawa dan seterusnya menyelesaikan beberapa masalah yang mungkin timbul sepanjang persediaan yang dilakukan. (Aisya Humaira', 2011 )
2) Taklimat kepada peserta Satu taklimat khas tentang perkhemahan harus diadakan. Semua peserta diwajibkan hadir dalam taklimat tersebut. Taklimat ini juga harus merangkumi taklimat keselamatan, taklimat aktiviti dan lain-lain. Peserta juga haruslah didedahkan dengan gambaran sebenar perkhemahan secara ringkas seperti tempat, tujuan perkhemahan, aktiviti yang akan dijalankan, penyertaan, dan program secara menyeluruh. Dalam taklimat keselamatan pula, langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh peserta harus diterangkan. Ini untuk memberi persediaan mental dan emosi kepada semua peserta. Peraturanperaturan perkhemahan juga harus diterangkan secara terperinci walaupun peserta sudah kerap menghadiri perkhemahan. (Aisya Humaira', 2011 )
3) Perlindungan Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Ianya juga perlu diberi perlindungan dari serangga. Selain itu, ia perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut (Shamsuri Bin Salleh, 2009) : a) Keselesaan
Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda.
b) Kalis Air Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat. Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak anda akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.
c) Tahan Lasak Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah. d) Ukuran Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah. e) Harga Biasanya khemah memenuhi semua syarat di atas, biasanya lebih mahal dari khemah yang memenuhi satu atau dua syarat, jika membeli khemah yang berharga beratus ringgit dan anda tidak menggunakan sepenuhnya. Ini adalah satu pembaziran.
4) Peralatan perkhemahan Peralatan untuk berkhemah seperti khemah, peralatan kerja dan memasak seharusnya disediakan terlebih awal. Bilangan, kepadatan dan berat peralatan yang dibawa bergantung kepada pemilihan peralatan yang mustahak dan serbaguna diutamakan. Peralatan serta barang yang hendak dibawa haruslah disenaraikan setelah kawasan perkhemahan itu ditetapkan. Setiap peserta seharusnya membawa peralatan masingmasing. Bilangan bagi setiap jenis peralatan yang dibawa bergantung kepada jumlah hari berkhemah dan kemudahan tertentu. (Aisya Humaira', 2011 )
Antara peralatan yang boleh dibawa oleh individu ialah : a) Pakaian seperti baju, seluar tuala dan kelengkapan diri yang mencukupi. b) Peralatan mandi c) Kompas d) Wisel e) Lampu suluh f) Mancis dan pisau g) Pinggan dan mangkuk h) Pen dan buku catatan i) Lain-lain peralatan
3.6 aspek keselamatan Setiap kadet perlu tahu aspek keselamatan sebelum pergi berkhemah sekurang-kurangnya nasihat daipada ketua perkhemahan perlu seperti, (Aisya Humaira', 2011 ) : 1. Berhati-hati dan jangan bermain atau bergurau dengan menggunakan pisau dan kapak. 2. Apabila keluar dari khemah, mestilah memakai kasut yang sesuai supaya kaki tidak tercedera terkena benda-benda tajam yang terdapat di atas tanah. 3. Jangan bermain api di merata-rata tempat sesuka hati anda kerana hal ini mungkin akan mengakibatkan kebakaran. 4. Semasa mencari kayu hendaklah sentiasa mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah diterangkan dalam taklimat sebelum menghadiri perkhemahan ini. 5. Khemah tidak seharusnya didirikan di bawah atau berdekatan dengan pokok. 6. Belerang mestilah ditabur di sekeliling khemah untuk mengelakkan ular dan haiwan berbisa yang lain. Hal ini biasanya dilakukan pada waktu malam, dan mestilah ditabur pada setiap malam perkhemahan. 7. Tin-tin makanan hendaklah dileperkan sebelum ditanam. Sampah sarap dibakar pada setiap petang untuk mengelakkan kehadiran haiwan yang tidak diingini menghidu bau sisasisa makanan. 8. Semasa berjalan berhampiran khemah pada waktu malam, gunakan lampu suluh yang terang, iaitu yang kuat kuasanya dan berhati-hatilah supaya anda tidak tersepak kayu penyacak dan tali pengikat khemah semasa berjalan. 9. Sebelum melakukan penerokaan tentukan bahawa hujung tali dan bahagian-bahagian yang berjerumbai atau yang hampir putus dibaiki.Ini bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 10. Sentiasa gunakan budi bicara dan berfikiran secara waras atas segala perbuatan yang hendak dilakukan itu. 11. Menggunakan kod rahsia sewaktu berjaga pada waktu malam.