1. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948 setelah orang Melayu membantah keras terhadap Malayan Union yang dicadangkan oleh British.
2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1948 untuk membentuk persekutuan baru yang mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
3. Perpaduan bangsa adalah penting untuk menjamin keamanan dan kemakmuran neg
54%(96)54% menganggap dokumen ini bermanfaat (96 suara)
60K tayangan12 halaman
1. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948 setelah orang Melayu membantah keras terhadap Malayan Union yang dicadangkan oleh British.
2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1948 untuk membentuk persekutuan baru yang mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
3. Perpaduan bangsa adalah penting untuk menjamin keamanan dan kemakmuran neg
1. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948 setelah orang Melayu membantah keras terhadap Malayan Union yang dicadangkan oleh British.
2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1948 untuk membentuk persekutuan baru yang mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
3. Perpaduan bangsa adalah penting untuk menjamin keamanan dan kemakmuran neg
1. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948 setelah orang Melayu membantah keras terhadap Malayan Union yang dicadangkan oleh British.
2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1948 untuk membentuk persekutuan baru yang mengiktiraf kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
3. Perpaduan bangsa adalah penting untuk menjamin keamanan dan kemakmuran neg
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12
BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
FORMAT ASPEK PERINCIAN MARKAH
PENUH Pengenalan Memahami latar belakang/sebab-sebab pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1948 1. Pengenalan Jelaskan latar belakang/sebab-sebab pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah Pimpinan Dato Onn Jaafar Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan Raja dan rakyat Perpaduan mereka dapat mengatasi pihak yang menyokong Malayan Union Keupayaan orang Melayu memujuk British Orang Melayu mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan terhadap orang Melayu Desakan ini meyakinkan British membatalkan Malayan Union Sokongan bekas pegawai tinggi British mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham dan Sir Cecil Clementi Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac Donald dan L.D. Gammans menggantikan Malayan Union Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan menulis dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu Mereka juga tidak menentang secara kekerasan (tidak mengangkat senjata) British tertarik dengan cara UMNO Orang Melayu melalui UMNO tidak menuntut kemerdekaan tetapi hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS Piagam Atlantik 1945 meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan
5 markah Isi dan Huraian Memahami reaksi masyarakat terhadap Langkah-Langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 2. Langkah-Langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Jelaskan langkah-langkah Pembentukan persekutuan Tanah Melayu
Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union British menubuhkan Jawatankuasa Ekskutif Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu Jawatankuasa Ekskutif mengadakan mesyuarat di Kings House, Kuala Lumpur Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam rundingan dengan British Tuntutan itu ialah menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka, meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri- Negeri Melayu perlu diakui semula Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu Golongan radikal Melayu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy Mereka berpendapat Jawatankuasa Ekskutif tidak mewakili semua kaum Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948
30 markah Menganalisis perjanjian persekutuan tanah melayu 1948 3. Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Bincangkan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan 15 markah istimewa orang Melayu. British masih menguasai Tanah Melayu kerana kemerdekaan belum diberikan. Perkongsian kuasa telah dilakukan antara Majlis RajaRaja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat. Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri. Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan seterusnya membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini juga menjelaskan perkara-perkara berikut: Syarat kerakyatan diperketatkan. Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi NegeriNegeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang). British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Dasar ini memang telah diakui oleh British sejak Perjanjian Pangkor 1874. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentadbiran
Mengaplikasi perpaduan bangsa Malaysia dalam menjamin keamanan negara 4. Perpaduan bangsa Malaysia dalam menjamin Keamanan Negara Bagaimanakah perpaduan bangsa Malaysia dapat dipertingkatkan bagi menjamin keamanan negara?
Menghormati Perlembagaan Negara. meningkatkan penghayatan Rukun Negara. Jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Kunjung-kunjungi pada hari peayaan. Saling hormat menghormati Menggunakan kurikulum yang sama Pelajar dari kaum lain boleh berinteraksi melalui kuriulum Menggunakan bahasa peraturan yang sama Rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum Institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Kerajaan pula harus memainkan tugas 15 markah penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Penubuhan sekolah wawasan. pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Menilai kejayaan Malaysia hasil daripada perpaduan bangsa Malaysia 5. Kejayaan Malaysia hasil daripada perpaduan bangsa Malaysia
Dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar. Melemahkan gerakan kuasa luar. Negara aman damai tanpa peperangan. Perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal aman Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara akan membatalkan niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara. Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur . Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur . Ekonomi negara juga akan meningkat.
10 markah Mencipta/menjana idea untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara 6. Cabaran dan langkah mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara (a) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran. (5m) Pendidikan Malaysia yang berdasarkan sistem meritokrasi. Menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Peningkatan masalah social Proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum
(b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m) Penafian agama Islam sebagai agama rasmi Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara Islam adalah agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Memastikan pembangunan negara seimbang Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merapatkan jurang antara kaum dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini 10 markah Mencapai Wawasan 2020 : Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan
Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/ patriotisme dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum 7. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme Dalam memperkukuh perpaduan kaum Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/ patriotisme dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia
Keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang bersatu padu Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman, tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat. amalan berkerjasama juga dapat dipupuk masyarakat yang bersemangat patriotik kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang dijalankan di dalam negara berjalan lancar. Pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat Kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan negara. Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.
10 markah
Kesimpulan Merumuskan secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan. 8. Rumusan . Pengetahuan yang diperoleh. . Iktibar kepada diri, bangsa dan negara . Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat . Berhati-hati dengan tindakan orang asing . Pentingnyapemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita . pengenalan MU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan 5 markah untuk menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1 Febuari 1948 . Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum tahun 1941
BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
LATIHAN KERTAS 3 TEMA 11 BAB 4 TEMA 11 BAB 4 (Malayan Union dan PTM 1948)
Tajuk Soalan : Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Malayan Union, faktor-faktor kebangkitan masyarakat tempatan menentangnya. Disamping itu, berikan sebab-sebab penerimaan pentadbiran baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu.
FORMAT ASPEK PERINCIAN MAR KAH Pengenal an Memahami latar belakang/se bab-sebab British memperken alan Malayan Union 1. Pengenalan Jelaskan sebab-sebab British memperkenalkan Malayan Union Persediaan membentuk pemerintahan sendiri Antara faktor Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union adalah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri. Menginginkan pentadbiran yang licin Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Di bawah pentadbiran Malayan Union negeri-negeri Melayu ditakbir dibawah satu kerajaan pusat sahaja. Menjimatkan kos Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang. Membentuk sebuah bangsa Malayan Union Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut serta dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu Mengawal kuasa politik orang Melayu
5 M Isi dan Huraian Memahami ciri-ciri MU dan sebab- sebab masyarakat tempatan menentang 2. Ciri ciri Malayan Union dan sebab penentangan masyarakat. Jelaskan ciri-ciri MU dan sebab-sebab masyarakat tempatan menentang Perjanjian MU 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran . Antara syarat utama Perjanjian MU ialah semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua daripada negeri Selat disatukan . seterusnya , Baginda Ratu England akan melantik seorang Gabenor British untuk mengetuai MU . Singapura diasingkan kerana mempunyai kepentingan sebagai pelabuhan bebas . Asas kerakyatan MU ialah kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli . Raja-raja Melayu 30 M menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat orang melayu . Seorang pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir . Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk .
Penubuhan MU adalah sebagai suatu usaha untuk mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintah yang kuat . Pentadbiran MU adalah terus kepada Parlimen British di London san tidak tertakluk kepada Singapura lagu seperti sebelumnya . Konsep penatdbiran baru in9i telah menolak tradisi dan sistem politik orang melayu . Akhirnya , kerajaan MU telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di Kings House ( Carcosa Sri Negera ) , KL . Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor pertam kerajaan MU . Dengan pengisytiharan tersebut , secara rasminya MU telah menggantikan Pentadbiran Tentera British BMA yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September 1945.
Orang melayu telah menunjukkan pelbagai reaksi terhadap penentangan MU . Selepas Perang Dunia Kedua , orang Melyu menganggap tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik di Tanah Melayu . Orang Melayu pada prinsipnya menentang penghakisan kuasa Raja-raja Melayu dalam MU , iaitu Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu tanpa sebarang kuasa . Raja-raja juga kehilangan takhta dan kredibiliti mereka sebagai kuasa orangMelayu walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam , tetapi zakat fitrah sipungut di bawah nama Gabenor MU . Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan . Oleh yang demikian , orang Melayu bimbang agama islam akan tercabar . Orang melayu juga menentang pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang atau orang luar . Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang melayu sebagai penduduk peribumi . Jumlah orang Melayu juga akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang ini . orang melyu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerjaaan melayu sperti zaman Kesultanan Melayu Melaka . Mereka beranggapan bahawa pengenalan MU akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut . lantaran itu , kebanyakn orang Melayu telah keluar menentang MU .
British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli.Mereka mengadakan mesyuarat di Kings House , Kuala Lumpur. Pada dasarnya,ada lima tuntutan orang melayu iaitu Raja-Raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.Selain itu,mereka juga menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Mereka juga menolak kerakyatan terbuka Malyan Union dan meminta dasr perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang melayu dipulihkan.Mereka juga menuntu supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula. Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy .Mereka berpendapat 15 M Jawatankuasa eksekutif itu tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai oleh seorang perwakilan oaring dagang.Mareka menuntut konsep sebuah republic dan kemerdekaan penuh . Majlis Tindakan Bbersama Seluruh Malaya atau All Malayan Council of Joint Action(AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) telah ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO . Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik , demonstrasi dan mogok . Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan , iaitu Perlembagaan Rakyat .Untuk berlaku adil, British telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pendapat mereka dalam menyediakan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Mengapliasik an langkah untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang kaum 4. Berdasarkan tindakan pemimpin tempatan menentang Malayan Union, jelas Jelaskan langkah yang akan anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat berbilang kaum Menyelesaikan masalah ini akan mejadi mudah apabalia masyarakat bersatu padu . Masyarakat yang berbilang kaum bukanlah menjadi satu bebanan bagi sesebuah negara untuk menentang MU . Bantahan dapat dilaksanakan secara berterusan melalui akhbar-akhbar di negara kita . Zaman ini , ramai masyarakat yang membaca surat khabar . Oleh yang demikian , lebih mudah untuk mempengaruhi minda mereka dan lebih senang menyampaikan sesuatu berita . seterusnya ialah , mengadakan demonstrasi secara aman . Demonstrasi dapat mengeratkan hubungan apabila semua masyarakat berhimpun dan mempunyai satu matlamat yang sama . Seterusnya , Raja-raja Melayu perlu berkumpul dan menyatakan keperluan mereka dengan berhati-berhati . Menghidupkan persatuan-persatuan untuk menentang MU . Apabila wujudnya , persatuan tidak perlulah wujudnya pemberontakan dan pembangkang . ini akan menyulitkan proses penentangan MU . Ahli dan penyokong mestilah berdiri bersama untuk menyatukan matlamat .
15 M Menilai kejayaan Malaysia hasil daripada perpaduan bangsa Malaysia 5. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia Kesan-kesan kerjasama antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang berkerjasama antara satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara. Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku. Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara akan membatalkan niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara. Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . para pelabur asing tidak akan berasa was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah . Pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur . Oleh yang demikian , kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak sebagai warganegara . Contohnya , hak 10 M keistimewaan dalam memilih calon pemimpin untuk mentadbir negara dan sebagainya .
Mencipta/m enjana idea untuk mengekalka n keamanan dan kemakmura n negara 6. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diamalkan untuk membentuk konsep rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.
Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.
Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.
Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep 1 Malaysia. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.
Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.
Kesimpulannya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah 10 M yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 54 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
Menghayati nilai-nilai murni/iktiba r/ patriotisme dalam usaha memperkuk uh perpaduan kaum 7. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme Dalam memperkukuh perpaduan kaum Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/ patriotisme dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia
o Keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang bersatu padu o Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman, o tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat. amalan berkerjasama juga dapat dipupuk o masyarakat yang bersemangat patriotik o kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain o Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan segala urusan yang dijalankan di dalam negara berjalan lancar. o Pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum o Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat o Kita juga hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan negara. o Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara masyarakat Malaysia.
10 M
Kesimpul an Merumuska n secara keseluruhan isi yang telah dibincangka n. 8. Rumusan . Pengetahuan yang diperoleh. . Iktibar kepada diri, bangsa dan negara . Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang.
o Iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union ialah masyarakat Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan . Perlu adanya perpaduan di kalangan masyarakat malaysia yang berbilang kaum . Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat . Berhati- hati dengan tindakan orang asing . Pentingnyapemimpin berwibawa untuk memerintah negara kita . pengenalan MU telah menguji kesabaran orang Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan mutlak terhadap Tanah Melayu . Orang Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka bangun menentang British . Rentetan daripada penyatuan tersebut , Kongres Melayu 1946 telah diadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat jahat British tersebut . Kerjasama antara raja-raja melayu dengan UMNO dan orang melayu pada keseluruhannya telah menyebabkan British mula berle,but dan memulakan rundingan . Akhirnya , penat lelah tersebut terbayar apabila Perjanjian Persekutuan 1948 telah membolehkan Persekutuan Tanah Melyu dibentuk 1 Febuari 1948 . Perjanjian tersebut telah memperkenalkan semula dasar kuasa british sebelum tahun 1941