Tugasan Pent Kewangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 23

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

PENGENALAN
Perkataan belanjawan bukanlah sesuatu yang baru dan asing dalam hidup
kita.Sebagai individu, sama ada secara disedari atau tidak, kita mempraktikkan
belanjawan. Menyedari bahawa sumber yang ada pada kita adalah terhad, maka
perancangan dan kawalan untuk menggunakan sumber tersebut secara optimum
adalah mendesak. Dari sinilah sebenarnya timbul konsep belanjawan.Bagi sesebuah
perniagaan, perancangan yang rapi amat diperlukan, terutamanya di persekitaran
perniagaan yang semakin kompleks. Ada pendapat yang mengatakan proses
penyediaan belanjawan adalah sesuatu yang membuang masa dan kurang relevan
kerana kita berada dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan terdapat
banyak ketidaktentuan yang mungkin berlaku.
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang mempercayai bahawa

satu alat

perancangan yang baik. Ini kerana belanjawan mampu menolong pengurus


merancang untuk memperoleh dan menggunakan sumber yang ada dalam syarikat
untuk suatu tempoh yang spesifik.Topik ini akan membincangkan peranan dan
kepentingan belanjawan sebagai alat perancangan dan kawalan serta pengukuran
prestasi. Anda juga akan mempelajari teknik penyediaan belanjawan induk untuk
syarikat perkilangan dan bukan perkilangan. Formula dan format setiap komponen
belanjawan operasi dan kewangan turut diberikan untuk memberi kefahaman yang
jelas tentang topik ini.Belanjawan ialah satu pernyataan formal tentang perancangan
pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif. Maksudnya, apa-apa perancangan yang
dibuat oleh pihak pengurusan akan dinyatakan secara formal dalam bentuk angka
untuk dikomunikasikan kepada ahli organisasi. Belanjawan menggalakkan pengurus
berfikir kehadapan, iaitu meramal dan

bersedia dengan sesuatu perkara yang

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

bakal terjadi pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, organisasi yang tidak
mempunyai belanjawan:
tidak mempunyai hala tuju yang jelas;
tidak dapat meramalkan sebarang masalah yang bakal menimpa terlebih
awal;
sukar menganalisis keputusan yang dicapai oleh organisasi kerana tidak ada
alat pengukur yang jelas; dan
tidak dapat melaksanakan pengukuran prestasi yang objektif.

Belanjawan yang telah disiapkan oleh pihak pengurusan akan dihebahkan kepada
ahli organisasi yang lain. Belanjawan tersebut dijadikan panduan dalam merancang
dan melaksana aktiviti agar dapat mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan.
Di samping itu, seseorang pengurus itu juga dapat mengetahui perancangan yang
telah dibuat oleh pengurus bahagian lain. Dengan itu,pengurus tersebut dapat
merancang tindakan yang selari bagi mencapai matlamat organisasi secara
keseluruhannya. Sebagai contoh, apabila

pengurus pengeluaran mendapat

maklumat yang tepat tentang perancangan jualan yang telah dibuat oleh pengurus
jualan, maka beliau dapat merancang tahap pengeluaran yang dapat memenuhi
kehendak bahagian pemasaran.Dalam erti kata lain, proses koordinasi dan integrasi
dalam organisasi lebih mudah dilaksanakan dengan adanya belanjawan. Pendek
kata,

belanjawan

menjadi

alat

komunikasi

antara

beberapa

pihak

dalam

organisasi belanjawan juga digunakan sebagai alat pengagihan sumber.Ini adalah


kerana sumber yang terhad memaksa syarikat mengagih dan mengguna sumber
tersebut secara efektif. Syarikat yang tidak mempunyai belanjawan sering kali gagal
mengagihkan sumber secara rasional dan sistematik.
2

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Komponen Belanjawan

Pembiayaa
n

Hasil

Kumpulan Wang Disatukan

Bajet / Belanjawan

Perbelanjaan

Rajah 1.1 : Komponen Belanjawan


Rajah 1.1 di atas menunjukan komponen-komponen belanjawan awam dalam
membuat sesuatu perbelanjaaan awam. Jumlah hasil dan pembiayaan akan
disatukan dan membentuk kumpulan wang disatukan. Belanjawan memainkan
peranan untuk menentukan penggunaan sumber yang diperolehi terhadap perkara
atau bidang mengikut keutamaan dan seterusnya menentukan perbelanjaan. .
Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang sumber- sumber hasil negara.

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Bagi menggenali belanjawan dengan lebih lanjut dan terperinci lebih bagus
jika memilih sebuah belanjawan di peringkat perseketuan,kerajaan negeri atau
tempatan di Malaysia sebagai model kajian untuk mengetahuai sistem perjalanan
pengurusan dan juga perbelanjaan organisasi yang dipilih untuk mencapai matlamat
yang dirancang tanpa sebarang masalah.untuk itu kita akan memilih Kementerian
Pelajaran Malayasia sebagai topik kajian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
belanjawan yang digunakan dalam organisasi tersebut untuk mncapai matlamat dan
aspek aspek yang penting dalam belanjawan untuk menjayakkan sebuah organisasi
dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang.

LATARBELAKANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi
memenuhi

kehendak

negara.

Atas

kesedaran

inilah

lahir

satu

Dasar

Pendidikan(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan


dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam
tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini
kemudian

dimaktubkan

dalam

Akta

Pelajaran,

1961.Kemudian,

sebuah

Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya
matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta
memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat
dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan


kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia
merupakan sistem pendidikan berpusat.Struktur organisasi Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namunsecara ringkas terbahagi kepada lima
peringkat iaitu;
1.Eksekutif
2.Pengurusan
3.Penyeliaan
4.Teknikal
5.Pelaksana
Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur
pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan
Peringkat Sekolah. Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua
belas bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian
professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian pendaftaran
Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir
diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula
diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh
seorang ketua penolong setiausaha.
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang merujuk
kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Proses
perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung
dengan sistem pendidikan.Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan
5

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan


potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan
negara. Justeru itu pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluankeperluan negara dalam pelbagai aspek samaada politik, ekonomi ataupun sosial.
(Yahaya Don, 2005).Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana
bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi
muda meningkatkan daya saing untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang
dan terbilang.
Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu
daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia
yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matlamat pendidikan. Beliau melihat
pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses
perancangan
pendidikan,

pendidikan,pengelolaan
pengarahan

pendidikan,

pengurusan

kakitangan

pendidikan,penyelarasan

pendidikan,

penyediaan

belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan.Makna pentadbiran agak berbeza


dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti
membuat

perancangan,

menyusun

atur,

mengelola,

mengarah,memimpin,

mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di


dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan
melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan
dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah
organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat
pendidikan.Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan
mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai
6

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas keduaduanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan.
TOPIK KAJIAN
Topik

kajian

akan

merangkumi

segala

perbelanjaan

yang

telah

dilakuakan,perbelanjaan yang telah dirancang dan perbelanjaan yang akan


dirancang oleh kementerian pelajaran Malaysia selama tiga tahun.kajian ini akan
menjelaskan

segala

penambahbaikan

yang telah

dilakukan bagi memberi

perkhidmatan yang cemerlang dan langkah-langkah yang telah diambil dan juga
cadangan yang dirancang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang
kementerian pelajaran Malaysia.Perbelanjaan kewangan adalah penting di setiap
peringkat pengurusan dari peringkat atasan sehingga ke peringkat bawah dan setiap
perbelanjaan yang dilakukan mestilah mempunyai rekod yang teliti supaya semakan
dapat dilakukan apabila timbul masalah dalam perbelanjaan tersebut.
Sektor pendidikan adalah kritikal, bukan sahaja sebagai satu saluran untuk
melahirkan modal insan bertaraf dunia dan mewujudkan mobiliti sosial, tetapi juga
sebagai enjin pembangunan di atas kewibawaannya sendiri. Wawasan Malaysia
adalah untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan
serantau dalam pendidikan tertiari. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan lebih ramai
para penyelidik dan ahli saintis, lebih ramai jurutera dan ahli profesional, lebih ramai
pakar dan tenaga kerja berkemahiran teknikal, yang boleh berjaya dalam pasaran
global yang semakin berdaya saing. Kedua-dua institusi pendidikan tinggi awam dan
swasta harus melengkapkan diri untuk menyahut cabaran ini. Terdapat banyak
peruntukan untuk bidang pendidikan dalam belanjawan pada setiap tahun.

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

BELANJAWAN PENDIDIKAN TAHUN 2008


Dalam belanjawan 2008 yang dibentangkan oleh YAB Dato Seri Abdullah bin Hj
Ahmad Badawi,

dengan tema Bersama membina Negara dan menikmati

kemakmuran, strategi kedua adalah memperkasa pembangunan modal insan.


Dalam memperkasakan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebanyak RM 30
bilion diperuntukan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pelan
Induk

Pembangunan

Pendidikan

termasuklah

program

sekolah

cemerlang,

memertabatkan profesion keguruan, merapatkan jurang pendidikan Bandar dan luar


Bandar.
Peruntukan berjumlah 500 ribu ringgit akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk
tujuan aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran. Kerajaan
juga memberikan pendidikan percuma untuk semua pelajar dengan memansuhkan
yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, yuran tahunan sekolah rendah dan
sekolah menengah, memberikan pinjaman buku teks untuk semua pelajar, dan
memberikan uniform percuma untuk pelajar daripada keluarga dengan pendapatan
isi rumah RM1000 dan ke bawah.
Selain itu, dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan telah meningkatkan
elaun guru

pendidikan khas daripada 100 ringgit kepada 250 ringgit sebulan,

menaikkan kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada 85 ringgit kepada
150 ringgit sehari, dan menyediakan elaun sebanyak 60 ringgit sejam bagi lepasan
ijazah dan 50 ringgit sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar
bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.
Dalam memantapkan pengajian tinggi, Sebanyak 12 bilion ringgit diperuntukkan
bagi melaksanakan pelbagai projek dan program, antaranya, meningkatkan aktiviti
8

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan di empat buah Universiti


Penyelidikan, meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi MARA bagi
mencapai sasaran 200,000 mahasiswa menjelang tahun 2010, menaik taraf serta
memperluaskan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti
Pertahanan, dan menjenamakan semula kolej komuniti melalui penyediaan kursus di
peringkat diploma, menubuhkan kolej komuniti baru dan menggiatkan kolaborasi
dengan syarikat swasta.
Terdapat beberapa peruntukan kerajaan dalam mempertingkatkan program latihan
dan kemahiran iaitu,

sejumlah dua bilion ringgit telah diperuntukkan kepada

pelbagai agensi latihan kerajaan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti pekerja
terlatih selaras dengan keperluan pasaran.

Daripada jumlah tersebut, 480 juta

ringgit diperuntukkan untuk program latihan GiatMARA dan Institut Latihan


Perindustrian (ILP) serta latihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara.
Bagi meningkatkan kapasiti institusi latihan, 550 juta ringgit diperuntukkan untuk
menaik taraf politeknik dan kolej komuniti.

Sejumlah 750 juta ringgit pula

diperuntukkan untuk membina sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di


Taiping dan sebuah ILP di Marang. Peruntukan ini juga akan digunakan untuk
menaik taraf ILP dan ADTEC di seluruh negara dan untuk membina lapan buah
MRSM, empat buah IKM dan 28 pusat GiatMARA.
Bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia,
Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit ke atas yuran
pengajian diperluaskan kepada semua bidang di peringkat pasca ijazah.
Untuk

penyelidikan,

pembangunan

dan

pengkomersilan,

kerajaan

akan

mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan,


9

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

terutamanya pengkomersilan penemuan R&D tempatan. Bagi tahun 2008, Dana


Sains diperuntukkan 230 juta ringgit dan 300 juta ringgit disediakan untuk Dana
Tekno.Selain itu, 546 juta ringgit disediakan bagi program R&D institusi
penyelidikan. Untuk memudah dan mempercepatkan pengeluaran dana R&D
pertanian, sejumlah 300 juta ringgit dipindahkan daripada baki siling Dana Sains dan
Dana Tekno kepada Kementerian Pertanian.

BELANJAWAN PENDIDIKAN TAHUN 2009


Dalam belanjawan 2009 yang dibentangkan oleh YAB Dato Seri Abdullah bin Hj
Ahmad Badawi,

dengan tema Kerajaan Prihatin, strategi kedua adalah

Membangunkan Modal Insan Berkualiti. Sejumlah 47.7 bilion ringgit, yang


merupakan 23 peratus daripada Bajet 2009, diperuntukkan untuk pendidikan dan
latihan. Dalam mempertingkatkan program latihan dan kemahiran, sejumlah 2.4
bilion ringgit diperuntukkan bagi mempertingkatkan kemudahan serta menjalankan
program latihan

dan kemahiran. Daripada jumlah tersebut, 150 juta ringgit

diperuntukkan bagi menaik taraf 13 buah politeknik sedia ada dan 15 buah kolej
komuniti serta cawangan kolej komuniti.
Sejumlah dua ratus juta ringgit diperuntukkan kepada Institut Latihan Perindustrian
(ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) sedia ada serta bagi membina
sebuah ILP di Marang dan sebuah ADTEC di Taiping. Sejumlah 360 juta ringgit
disediakan bagi membiayai projek Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran
Tinggi MARA, projek Kolej Pelajaran Mara dan projek Giat MARA. Bagi membantu
pelatih Giat MARA, elaun bulanan akan dinaikkan daripada seratus ringgit kepada
dua ratus ringgit.
10

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan, Kerajaan akan


menambah bilangan jururawat di hospital Kerajaan. Peruntukan

70 juta ringgit

disediakan pada tahun 2009 untuk melatih 5,600 jururawat di Institusi Latihan
Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk dua ribu pelatih di
institusi latihan swasta yang diiktiraf. Untuk menyokong pembangunan pusat
pelancongan kesihatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara,
Kerajaan akan menyediakan geran pelancaran 30 juta ringgit untuk mewujudkan
pusat

latihan

jururawat

tidak

bermotifkan

keuntungan.

Ini

bertujuan

mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran jururawat dan perkhidmatan berkaitan


untuk menampung permintaan pasaran yang semakin tinggi untuk jururawat
berkepakaran khusus.
Dalam

meningkatkan

kualiti

pendidikan,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

diperuntukkan 31 bilion ringgit, untuk menyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta
pelajar. Sejumlah 1.6 bilion ringgit disediakan bagi membiayai perluasan program
sedia ada, iaitu pertambahan perjawatan berikutan pembukaan 26 buah sekolah
rendah dan 41 buah sekolah menengah yang baru dan pertambahan perbelanjaan
untuk penyelenggaraan, bantuan makanan, biasiswa, geran per kapita dan peralatan
baru.
Sejumlah 110 buah sekolah rendah dan 181 buah sekolah menengah baru akan
dibina bagi mengatasi masalah kekurangan sekolah dan menggantikan sekolahsekolah 21 yang telah usang.Di samping itu, 615 juta ringgit disediakan untuk
penyelenggaraan sekolah dan asrama bagi memastikan semua sekolah berada
dalam keadaan bersih dan selamat. Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
peringkat pengajian tinggi, peruntukan 14.1 bilion ringgit disediakan kepada

11

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini, 8 bilion ringgit diperuntukkan


bagi perbelanjaan mengurus institusi pengajian tinggi awam, 627 juta ringgit kepada
Politeknik dan Kolej Komuniti serta 37 juta ringgit kepada Agensi Kelayakan
Malaysia.

Sebanyak

4.4

bilion

ringgit

diperuntukkan

untuk

perbelanjaan

pembangunan, termasuk pembinaan kemudahan klinikal dan bangunan fakulti


perubatan serta menyediakan latihan penyelidikan.

BELANJAWAN PENDIDIKAN TAHUN 2010


Dalam belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak, dengan tema 1 Malaysia, Kemakmuran Bersama, strategi kedua
adalah Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan. Dalam meluaskan akses
kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, kerajaan memperuntukkan lebih
RM 30 bilion untuk sekolah menengah dan sekolah rendah. Bayaran emolumen
operasi pendidikan sebanyak RM 19 bilion. 2.8 bilion ringgit untuk bantuan pelajar
dan biasisiwa. 1.6 bilion ringgit untuk membina sekolah baru dan blok gantian. 1.1
bilion ringgit untuk menaiktaraf sekolah di seluruh Negara.
Selain itu, sebanyak 32 juta ringgit untuk menigkatkan kadar literasi dan numerasi
murid sekolah rendah. Dalam usaha menggilap kemahiran tenaga kerja, kerajaan
telah menyediakan 1.3 bilion ringgit untuk membiayai pengurusan dan naik taraf
politeknik dan kolej komuniti serta peruntukan kepada tabung pinjaman untuk
pelajarnya. Di samping itu, 504 juta ringgit diperuntukkan menyelenggarakan
peralatan di Intitut Latihan Industri. 438 juta ringgit juga disediakan untuk Intitut
Kemahiran MARA menaiktaraf dan pengurusan latihan.110 juta ringgit juga

12

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

disediakan untuk pusat latihan kemahiran negeri bagi kursus yang terpilih. 100 juta
ringgit untuk mempergiatkan program PERMATA.
Untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti,kepada pendidikan,
kerajaan menyediakan 6.4 bilion ringgit bagi membina, menaiktaraf sekolah, asrama,
kemudahan dan peralatan dan memartabatkan profesion keguruan. Di samping itu,
sejumlah 213 juta ringgit sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi dan
imbuhan kepada pengetua, atau guru besar dan guru cemerlang.Dalam usaha
memperkasakan pendidikan awal, kerajaan memperuntukkan sebanyak 111 juta
ringgit untuk program PERMATA. Ini termasuk pembinaan Fasa II sekolah
PERMATA Pintar ,membina 32 buah Pusat Anak PERMATA Negara, dan
membiayai operasi 52 Pusat Anak PERMATA yang telah siap.
Selain itu, dalam memantapkan pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah,
kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan
modal agama, sekolah bantuan modal jenis cina, sekolah kebangsaaan Tamil,
sekolah bantuan modal mubaligh, dan sekolah bantuan kerajaan seluruh Negara.
Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju membiayai bantuan
per kapita untuk sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan
sebanyak 95 juta ringgit. Selanjutnya bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar
yang kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing pelajar sekolah dengan
sebaiknya, sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan 576 juta ringgit dalam
bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjautkan pelajaran. Sejumlah 213
juta ringgit pula untuk mengangkat tinggi penguasaan

Bahasa Malaysia,

mempersadakan Bahasa Inggeris, dan mengemaskan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah.

13

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Untuk

memperkasakan

institusi

pengajian

tinggi

bertaraf

dunia,

kerajaan

menyediakan 20 juta ringgit untuk menambah peratusan staf berkelulusan PhD di


university dan menambah baik peluang kenaiakan pangkat pensyarah di
IPTA.Kerajaan menyediakan 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program
Industrila Skill Enhancement Programme di Pusat Latijan Kemahiran Negeri dalam
usaha mempergiat program latihan dan kemahiran. Selain itu, sebanyak 220 juta
ringgit untuk memastikan siswazah jurusan lain memperkembangkan kompentensi
dan kebolehpasaran mereka. 50 juta ringgit juga diperuntukkan untuk Multimedia
Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT untuk
menigkatkan kebolehpasaran dan memenuhi keperluan dalam industri ICT Negara.
Sebagai tambahan, sebayak 474 juta ringgit disediakan untuk golongan bukan
siswazah untuk meningkatkan produktiviti dan latihan di bawah pelbagai industri
kemahiran.Seperkara yang penting, Negara memerlukan tenaga pekerja yang
sentiasa menambah ilmu penegetahuan dan kemahiran yang sedia ada.
Sehubungan dengan itu, 500 juta ringgit disediakan untuk program latihan 1
Malaysia.

ANALISIS TERHADAP BELANJAWAN


Ilmu pengetahuan adalah tonggak kepada pembikinan sesebuah tamadun dan
pelapik asas bagi mencapai kecemerlangan. Jadinya, untuk menuju aspirasi negara
maju berpendapatan tinggi, Kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan
sistem pendidikan yang dapat melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran

14

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

tinggi, mempunyai daya kreativiti serta berinovatif. Sektor pendidikan akan


diperuntukkan 50.2 bilion ringgit bagi tahun 2012. Bagi Kementerian Pelajaran,
peruntukan pembangunan sebanyak 1.9 bilion ringgit akan dibelanjakan untuk
semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan.
Sebagai tambahan, peruntukan 1 bilion ringgit akan diwujudkan melalui Tabung
Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi
keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan,
pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Daripada peruntukan tersebut,
500 juta ringgit kepada Sekolah Kebangsaan, 100 juta ringgit disediakan kepada
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 100 jutaringgit Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
100 juta ringgit Sekolah Mubaligh, 100 juta ringgit Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
dan 100 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.
Bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosioekonomi
berpeluang kepada masa depan yang lebih baik maka kerajaan akan mempastikan
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pada masa ini, pelajar
masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi sekolah rendah dan 33 ringgit 50
sen bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman,
Majlis

Sukan

Sekolah-Sekolah

Malaysia

dan

Insuran

Takaful.Mulai

sesi

persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan.Buat pertama kalinya dalam


sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah
disediakan dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan
peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

15

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Sektor swasta turut memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan


berkualiti untuk melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang. Oleh itu,
Kerajaan mencadangkan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian
Pelajaran dan memenuhi peraturan yang ditetapkan diberi galakan berikut:
Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai
Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh
lima tahun;
Potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik
lebih ramaikemasukan pelajar asing; dan
Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan
pembelajaran.
Kerajaan berharap, dengan adanya penjimatan kos ini kepada pengendali sekolah
swasta,sebagai imbal balas dapatlah dikurangkan sedikit yuran sekolah para pelajar,
agar beban para ibu bapa dapat diringankan.
Institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar, termasuklah sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama,
seringkali

menerima

sumbangan

kewangan

daripada

syarikat

dan

orang

perseorangan bagi menambahbaik kemudahan di sekolah-sekolah tersebut. Bagi


menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah tersebut, maka
sumbangan seperti ini diberi potongan cukai.Kemudahan ini juga dipanjangkan
kepada semua tempat-tempat ibadat yang berdaftar.Kerajaan akan menyegerakan
kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat
dalam tempoh masa yang singkat.

16

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Di samping itu, sektor swasta adalah disaran untuk berganding bahu memantapkan
pembangunan modal insan berkemahiran tinggi. Untuk ini, Kerajaan mencadangkan
pemberian galakan cukai berikut:
Potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat
dalammelaksanakan program Internship;
Potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa; dan
Potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di
luar negara.
Untuk menjadi pelaksana yang berkesan kepada dasar-dasar kerajaan,penjawat
awam mesti sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan, mempunyai
pemikiran dinamik dan analitis.Bagi maksud ini, Kerajaan akan menawarkan
bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke
peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan
kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500
lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak,termasuklah
para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Kerajaan akan menawarkan
20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian
keperingkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan
sejumlah 80 juta ringgit bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para
penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan
bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.
Terdapat beberapa usaha yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai hab untuk
pendidikan

tinggi

seperti

menarik

kemasukan

17

pelajar-pelajar

luar

negara,

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

membenarkan university luar membuka cawangan, kerjasama pintar di antara


universiti tempatan dan luar negara dan penubuhan kampus pengajian oleh
beberapa institusi Malaysia di luar negara. Kawalan kualiti ke atas institusi
pendidikan tinggi bagi mencapai taraf antarabangsa akan menjadi mantap dengan
penubuhan Malaysian Qualification Agency (MQA).
Pengantarabangsaan universiti adalah satu langkah yang sangat tepat bagi
menjadikan Malaysia mempunyai universiti bertaraf global supaya para pensyarah
dan penyelidik dapat bekerjasama dengan para akademik daripada luar negara.
Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, globalisasi adalah elemen utama bagi
mendapatkan tenaga kepakaran dari seluruh dunia untuk memenuhi fakulti-fakulti di
universiti dengan tenaga pengajar yang bertaraf dunia. Mereka ini bukan sahaja
bertindak sebagai memberi nilai tambah terhadap imej dan kedudukan universiti
malah terhadap kerajaan dan organisasi antarabangsa.

ANALISIS PERBANDINGAN
Sebagai langkah untuk menambah kualiti dan kuantiti pendidikan negara kita
pelbagai langkah dan peruntukan telah diagih dalam pembentangan belanjawan
yang telah dibentangkan oleh menteri kewangan dan juga perdana menteri dan juga
bekas bekas perdana menteri kita.pendidkan menjadi tonggak utama kejayaan
negara kita dan mesti diberi perhatian yang lebih serius untuk meningkatkan lagi
mutu pendidikan dalam melahirkan para sarjana yang mahir dalam pelbagai
bidang.Peruntukan kepada kementerian pendidikan adalah satu komitmen kerajaan
dalam mewujudkan satu sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf
antarabangsa.
18

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1 bilion dalam belanjawan tahun


2013 bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan negara kita dan penambahbaikan
sekolah.penambahbaikan ini terdiri daripada pembinaan bangunan dan sekolah baru
di

kawasan

yang

tidak

mempunyai

sekolah

dan

kekurangan

bangunan

sekolah.bukan keperluan logistik sahaja dititk beratkan dalam peruntukan tersebut


malah keperluan untuk meningkatkan ilmu juga diperlukan seperti buku dan guru
yang terlatih.sistem pendidikan negara kita mesti menepati peredaran masa terkini
iaitu penggunaan buku mestilah bersesuaian dengan masa sekarang dan mudah
difahami oleh para pelajar.penggunaan teknologi juga penting dalam meningkatkan
mutu pendidikan negara seperti penggunaan internet di sekolah dan pelajaran yang
beroriantasiakan teknologi sekarang.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaa,manakala M100 juta diperuntukkan
masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan
(Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah
Sains Mara.Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di
semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan kokurikulum, insurans takaful dan sebagainya.
Pendidikan prasekolah adalah penting untuk membina asas dan kesediaan
pembelajaran yang kukuh di kalangan kanak-kanak pada awal usia. Pada peringkat
ini, kanak-kanak mudah menerima ajaran dan mudah dibentuk dari segi sahsiah.
Oleh itu, penyediaan kemudahan infrastruktur untuk prasekolah akan diperluas oleh
pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta terutama di kawasan pedalaman dan
terpencil serta kawasan bandar dan pinggir bandar yang penduduknya miskin.
Dengan adanya infrastruktur yang lengkap,kadar penyertaan kanak-kanak pada
peringkat ini dapat dipertingkatkan dan seterusnya mengurangkan jurang kesediaan
19

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

belajar dan prestasi antara kanak-kanak di kawasan bandar dengan luar bandar.
Bagi penyediaan tenaga pengajar prasekolah, iaitu guru dan pembantu guru, KPM
akan mengambil lebih ramai guru serta menyediakan latihan.
Pembangunan pendidikan rendah akan memberi tumpuan kepada usaha untuk
memperluas kemudahan pendidikan dengan membuka sekolah di kawasan
pembangunan baru,menggantikan bangunan sekolah yang uzur dan membaik pulih
bangunan yang usang,dan menambah kemudahan serta mengubah suai premis
yang sedia ada mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran. Usaha
memperluas kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik, dan telefon
akan dipertingkatkan. Program sokongan yang disediakanoleh KPM seperti asrama,
buku teks, bahan pengajaran, pusat sumber,komputer, dan sebagainya akan
diperluas dan dipertingkatkan. Usaha ini secara langsung akan meningkatkan
penyertaan kanak-kanak 6+ hingga 11+ tahun di sekolah rendah. Peluasan dan
peningkatan akses kepada pendidikan rendah merupakan langkah utama ke arah
pelaksanaan pendidikan wajib.

Perbelanjaan Pengurusan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan


1990-2000

Perkara
Perbelanjaan Pembangunan (Rmjuta)
Perbelanjaan Pengurusan (Rmjuta)
Jumlah gunatenaga(juta orang)
Kadar pengangguran (peratus)
KDNK (Harga Pasar) (RM bilion)

1990
1,624
4,962
1990
6.7
10.10%
78.9

1998
3,044
10,383
1995
8.7
4.50%
120.5

20

2000
3,695
11,937
2000
9
3.00%
159.6

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

KESIMPULAN
Bukanlah menjadi satu kehairanan bagi banyak negara di dunia pada ketika ini
berlumba-lumba memajukan sistem pendidikan mereka samada negara itu miskin
ataupun negara maju. Pendidikan telah menjadi agenda penting dalam perancangan
pembangunan negara. Hampir 20% perbelanjaan negara digunakan bagi tujuan
membangunkan infrastruktur pendidikannya. Ini mendorong penubuhan kolej-kolej
awam ataupun swasta samada bekerjasama dengan institusi luar ataupun awam
tempatan. Kerajaan telah dibebankan dengan kos bagi memberikan pendidikan
percuma di peringkat rendah, menengah sehinggalah ke peringkat universiti bagi
pelajar yang berkelayakan. Pada peringkat menengah, pendidikan berbentuk
manakah boleh mendatangkan pulangan hasil pelaburan yang menguntungkan
kerajaan ataupun ibu bapa pelajar. Perancangan yang betul sudah tentu tidak akan
membazirkan sumber hasil negara. Sumber dana ini boleh digunakan bagi
membiayai program-program yang terpaksa dilepaskan. Penambahan bilangan
sekolah-sekolah samada berbentuk akademik ataupun teknik sudah tentu
memerlukan bukan sedikit peruntukan kewangan, tetapi apakah perbelanjaan ini
benar-benar boleh mendatangkan hasil semaksima mungkin? Desakan semakin
hebat di kalangan ibubapa dan masyarakat bagi menyediakan kemudahan
pendidikan yang terbaik kepada generasi muda, dengan pembinaan sekolahsekolah menengah teknik/vokasional. Namun kemampuan negara amat terhad bagi
membiayai persekolahan jenis tersebut oleh itu sebahagian kecil sahaja pelajar yang
bekesempatan memasukinya. Contohnya dalam tahun 2000 cuma 60,425 (8.6%)
orang sahaja pelajar yang mengikuti pendidikan menengah teknik/vokasional di 84
buah

sekolah

seluruh

negara

berbanding

dengan

pendidikan

menengah

kebangsaan berjumlah 693,880 (91.4%) orang pelajar di 1,561 buah sekolah


21

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

menengah. Kejayaan menamatkan pendidikan di sekolah jenis teknikal biasanya


membawa kejayaan dalam kehidupan seseorang pelajar, itulah persepsi ibu-bapa
ketika ini. Apakah persepsi ini boleh terus diterimapakai? Ini kerana pada awal tahun
2003, daripada 48,360 tawaran dikeluarkan kepada pelajar tingkatan 4, terdapat
sebilangan kecil pelajar menolak tawaran ini.

22

210815

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

RUJUKAN

Ahmad Nordin Zakaria, Ketua Audit Negara. Siri Syarahan Profesor Adjung Universiti
Utara Malaysia.Agensi luar belanjawan: Isu, cabaran dan akauntabiliti.
Ahmad Sarji Abd Hamid. (1996).Perkhidmatan awam menuju ke era baru.Kuala Lumpur:
INTAN.
Akaun Awam. (1993).Laporan Kewangan Kerajaan Persekutuan Malaysia.Jabatan Akauntan
Negara.
Akta Acara Kewangan.(1957) (Pindaan 1972).
Akta Audit.(1957).
Akta Audit . (1957).
Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). International Law Book Services(19915), KualaLumpur.
Anggaran Belanjawan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 1999, Buku Anggaran
Belanjawan, Program dan Prestasi, KementerianKewangan, 1998.
Belanjawan 2008 Diperoleh daripada http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub08.pdf Di muat
turun pada 19 November 2011
Belanjawan 2009 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub09.pdf Di muat
turun pada 19 November 2011
Belanjawan 2010 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub10.pdf Di muat
turun pada 19 November 2011

Belanjawan 2011 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub11.pdf


Di muat turun pada 19 November 2011.

23

210815

Anda mungkin juga menyukai