Modul Percuma PIPHIJAUModul Percuma PIPHIJAU PDF
Modul Percuma PIPHIJAUModul Percuma PIPHIJAU PDF
Modul Percuma PIPHIJAUModul Percuma PIPHIJAU PDF
PENGENALAN FOREX.
Bismillahirrahmanirrahim.Terima kasih kerana anda menjadi ahli keluarga ilmu forex
www.piphijau.com dan www.facebook.com/forexprofit
Semoga modul percuma ini menjadi titik tolak usaha kecil kami (bersama crew
piphijau ) mendidik masyarakat kita menjadi pakar dalam bidang teknikal analisis
dengan ilmu telus yang diadun dengan garapan kaedah harus pada syarak.
Pengenalan kali ini adalah bersifat pengembaraan ilmu dan teknik forex melalui
kisah hidup dan pengalaman penulis Mohd Zubir Amry (along) memerhati
tabiat,emosi dan gerak geri kehidupan trader biasa mahupun vip dalam urusniaga
yang paling berisiko untuk diajarkan dalam segala bidang ilmu iaitu "forex".
Orang yang paling rugi dan bodoh ialah orang yang tidak tahu duitnya diambil
orang lain ketika mereka kurang ilmu.Jika untung kawan, jika rugi dimaki sampai
ke lubang kubur.
PERIHAL PENULIS.
Tahun 2003 adalah saat pertama along mengenali dunia online forex ketika
ketagihan main games "counter strike" di cyber cafe sejak zaman sekolah menegah
lagi.
Ketika itu along menutut di Politeknik Dungun, Terengganu , kini dikenali sebagai
PSMZA (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ,Terengganu) dalam bidang Sijil
Kejuruteraan Awam.
Maka bermulalah kisah hidup seorang budak mentah dari kampung Solok
Tangkak,Johor menjadikan North Finance, broker forex ketika itu sebuah mesin
judi yang sangat mengujakan.
Walaupun sebelum itu secara umumnya kita mengenai "Money Changer" sebagai
forex konvensional, adrenalin nak cepat kaya menjadikan along ketagihan melihat
"LINE CHART".Pada waktu tersebut masih belum mengenali candle stick.
Mulai saat ini, berbekalkan pengalaman 11 tahun untung rugi dalam arena "ikhtiar
hidup" iaitu forex ,tugas along mendidik masyarakat awam khususnya umat Islam
berfikir secara mentaliti "pakar".Sebut sahaja forex ada 1001 andaian pelbagai
pihak termasuk khilaf dikalangan alim ulamak.
Tahukah anda khilaf itu membawa rahmat, supaya kita berfikir tentang fitnah
paling besar dalam umat manusia iaitu fitnah dajjal dan penyakit "Wahn" iaitu
Peringkat 1
Anda dengan yakinnya membuka akaun dan terus menjadi seorang trader kerana anda
mengatakan dengannya anda mampu menjana wang sehingga mengalahkan pendapatan
seorang ketua pengarah di syarikat-syarikat yang besar.Lagipun sebelum ini di akaun
Demo anda mampu membuat keuntungan sehingga 3 kali ganda dari wang modal
anda..Anda mungkin sudah biasa membuat keuntungan dengan hasil yang sangat
menakjubkan 100 point -200point sehari.Namun anda tidak pernah sedar yang semua itu
hanyalah tuah permulaan anda.Dengan 1 indikator saja,bahkan dengan firasat anda sahaja
bila membaca artikel artikel yang berkaitan saikologi trading anda sudah memperolehi
profit dengan mudah.
Namun sayangnya market mula mengalahkan anda selepas itu. Faktor Tuah @ luck yg
menyebelahi anda kini berubah.Anda mula mengalami kerugian demi kerugian.Anda Cuba
bertahan sehingga margin(modal) anda habis dan anda tidak dapat lagi bertahan.Anda
sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak ada kemampuan untuk trading ,Sebaliknya
anda tetap mengira yang anda boleh melakukannya walaupun semua fakta mengatakan
sebaliknya.Anda yakin anda seorang yang istimewa ,orang yang mampu mendapatkan kunci
kekayaan dari forex.Dan anda tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga
mempunyai perasaan seperti anda.Anda tidak mempunyai method atau system yang
lengkap ,anda hanya dikuasai oleh emosi anda sendiri,anda selalu melawan market kerana
perasaan marah anda.anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil,atau
membiarkan keuntungan yang anda sedang perolehi bertukar menjadi kerugian kerana
emosi anda dikuasai rasa tamak anda.Emosi anda akan membuatkan berapa saja modal
yang anda gunakan habis dan terpaksa ditambah selalu
90% mereka mereka yang berkecimpung didalam kerjaya forex akan sampai ke level ini
sahaja..Mereka biasanya menjadi bankrap ,berhenti trading dan menggangap apa yang
terjadi hanyalah mimpi buruk belaka.Sebahagian lagi tetap berkeras dan terus mencari
modal dari orang lain dan trading seperti orang yang hilang akal,dalam seminggu dua
modal yg mereka perolehi dari orang lain itu habis lalu mereka terus mencari mangsa
seterusnya..Mereka masih mengaku yang mereka seorang Trader dan biasanya mereka
akan membuka pejabat broker sendiri @ bekerja dipejabat broker yang lain untuk terus
mendapatkan modal .Hanya faktor waktu ,Sampai bila mereka dapat bertahan dilevel
ini,dan waktu selalunya menang90% trader ada di level ini dan hanya 10% akan
meneruskan kerjaya mereka keperingkat seterusnya
Peringkat 2
Pada level ini anda mula menyedari bahawa anda sebenarnya tidak tahu trade dengan
betul dan,anda tidak pun memiliki kebolehan untuk trading yang dapat menghasilkan
profit secara konsisten dan anda tahu sebabnya..Ditahap ini,dalam hati anda akan
diselubungi "Hasad" dan menilai orang lain lebih rendah ilmu dan harta berbanding
anda.Timbullah fitnah yang anda lihat "koyak kecil"kekurangan trader lain sedangkan baju
sendiri "koyak rabak" akibat ego dan "berasa" diri Sgt tinggi ilmu.
Anda sedar selama di level satu semua yang terjadi adalah dibawah pengaruh emosi anda
sendiri yang tidak dapat berfikir secara waras.
Maka anda mula mencari sesuatu yang dipanggil Holy Grail.(system trading yang
sempurna iaitu system yang tak pernah rugi bila digunakan ) Anda mula membeli
sistem2 yang ada di internet,anda membaca semua website yang ada tentang trading
mulai dari USA UK Australia Europa sampai ke Russia.Anda baca semua ebook yang
ada,Anda akan praktikkan semua system yg terdapat dimuka bumi ini yang anda
perolehi,Anda menjadi seorang yang dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di gurun
sahara yang dahagakan air..
Pada level ini anda akan membaca semua secara terperinci tentang indicator,Anda akan
menguji semua indicator yang ada di software trading anda,Bahkan anda mungkin akan
membuat indicator sendiri (Biasanya gabungan 2 @ 3 indicator) Anda akan bermain main
dengan Moving average, Fibonacci lines, Pivot ,Divergence ,DMI,ADX Bollinger bands dan
keseluruhan indicator yang ada.
Anda tahu bahawa market terlalu rumit untuk dijangka dengan menggunakan hanya
dengan 1 indicator sahaja.Anda tahu gabungan ideal dari setiap indicator itu.Anda tahu
ketepatan dan kelemahan indicator tersebut.Anda akan mencuba TOP dan BOTTOM dari
market dengan indicator tersebut,Kekadang anda akan bergabung dengan mana mana
forum @ chat room trader dan bertanyakan apa apa yang anda tidak faham tentang
forex pada trader yang lebih senior. Pada penghujung level ini anda akan mendapatkan 5
-10 sistem yang agak lengkap dan mencuba mencari yang mana antaranya paling sesuai
dan terbaik yang bakal anda gunakan.Dari 10% trader yang ada dilevel ini hanya sekitar
7% yang berjaya ke peringkat ketiga.
Peringkat 3
Pada akhir peringkat 2 anda menerima hakikat bahawa punca kegagalan anda bukan
terletak di sistem.Anda menyedari bahawa anda boleh mendapat keuntungan walau hanya
menggunakan moving average sahaja tanpa indicator lain ( system yang begitu simple)
jika anda betul betul menggunakan akal anda dan risk management yang sepatutnya.
Anda mula membaca buku tentang saikologi trading atau artikel2 berkaitan
dengannya.Dengan memahami isi kandungannya maka akhirnya anda sebenarnya sudah
memasuki peringkat pencerahan. (menghampiri kejayaan).Peringkat pencerahan ini
membuat otak anda menyedari satu hal yang penting ,Didunia ini tidak ada seorang pun
yang mampu menjangka secara tepat apa akan terjadi pada pergerakkan market 30 minit
kedepan.
Maka anda mula menguasai satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai
dengan peribadi anda.dan mampu menjana lebih banyak keuntungan daripada
kerugian.Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinannya untuk mendapat profit lebih
besar dari lost dan juga bila ada signal dari system anda yang membenarkan anda berbuat
demikian.Anda juga akan menggunakan stop lost kerana anda sedar stop loss adalah risiko
bisnes yang ada didunia trading.
Ketika stop lost yang anda pasang kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang
pun yang boleh mengjangkakannya..dan itu bukan kesilapan anda.Trading yang seterusnya
akan meningkatkan kemungkinan profit kerana anda sedar system anda memberi lebih
profit dari lost.Anda sedar bahawa didalam dunia trading hanya ada beberapa perkara
terpenting yang perlu di ambil kira dan tak boleh dipandang ringan ,iaitu konsistensi
,saikologi trading ,Risk Management dan yang terpenting adalah displin anda sendiri dalam
melakukan jual beli forex.Anda mempelajari tentang Risk Management 2% yang digunakan
kebanyakan proffesional2 traders di seluruh dunia.Dalam hal ini ia memberi peringatan
kisah 2@3 tahun yang lalu ketika ada yang menasihatkan perkara yang sama pada anda
tentang risk ini tetapi tak pernah anda endahkannya..Ketika itu anda belum matang
dalam trade tetapi sekarang anda sudah berubah dan lebih bersedia.
Dari 7% trader yang ada di peringkat ini hanya sekitar 5% berjaya menuju ke peringkat
seterusnya
Peringkat 4
Ok sekarang anda hanya trade bila system anda membenarkannya. Anda tidak teragak
agak untuk cut lost bila anda fikirkan wajar berbuat demikian dan tanpa ragu ragu begitu
juga sebaliknya bila anda ambil profit kerana anda sentiasa sedar system anda memberikan
keuntungan melebihi kerugian pada jangka masa panjang.Di peringkat ini anda mulai target
keuntungan anda hanya dengan 20-30 pip dalam sehari.dan setelah anda mampu
melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu anda meningkatkan lagi target
sehingga ke 40 pip sehari dan akhirnya semua ini biasa buat anda.
Anda masih harus bekerja keras untuk sentiasa memperbaiki system anda, menguasai
emosi dan melaksanakan Risk management yang anda pegang.
Peringkat ini berjalan antara 4-6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup
maju ke peringkat seterusnya..
Peringkat 5
Nah , sekarang anda sampai di peringkat teratas,Peringkat yang paling diharapkan oleh
seluruh trader didunia ini.Diperingkat ini anda trade secara semulajadi.Anda menguasai
semuanya.Anda dapat menari bersama pergerakkan market walau turun @ naik.Kemana
pun arah market bergerak anda telah pun menunggu di posisi yang betul .Anda hanya
tunggu dan melihat profit anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit..
Ini lah peringkat kemuncak seorang trader, Inilah kejayaan sebenarnya.Anda telah
menguasai emosi anda dan sekarang anda trading dengan akaun yang terus membesar
setiap hari dari compounded profit yang anda perolehi Anda akan jadi bintang di trading
chat room, dan orang orang akan mendengarkan apa yang anda katakan,Anda kenal
dengan pertanyaan mereka kerana anda di kedudukan mereka satu masa dulu.Anda akan
memberikan nasihat dan pedoman ,Namun anda tahu kebanyakkan dari mereka tidak akan
mendengarkannya kerana meraka masih di Peringkat 1..
Anda tidak mempunyai masaalah kewangan lagi.Anda mampu membeli segalanya yang anda
idamkan selama ini.Anda mampu membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan
internet.Anda boleh pindah ke hotel 5 bintang dan menjadi penghuni tetap disana.Anda
mempunyai pendapatan seperti seorang superstar.Anda boleh membuat buku sendiri.Anda
boleh trading dengan margin (modal) yang tanpa batas dan akaun anda akan menjadi
berlipat kali ganda ..Hanya 3% sahaja trader yang boleh sampai ke peringkat ini
Sebelum ini, hanya bank dan individu vip yang mempunyai pendapatan
bersih berbilion ringgit dibenarkan berdagang forex. Pelabur-pelabur
mula dibenarkan berdagang FOREX semenjak 1996 setelah ianya
mendapat kelulusan dari Bill Clinton, Presiden Amerika Syarikat pada
masa itu.Manakala online forex ialah pada hujung tahun
2000.Tahukah anda tahun 2001 WTC(World Trade Centre) sengaja
dimusnahkan sebagai fitnah umat akhir zaman.Maka bermulalah era
penghabisan wang ringgit secara pukal dan perjudian melalui urusniaga
forex oleh umat manusia.
FOREX dan Hukum Islam?
Dagangan FOREX adalah halal di sisi Islam asalkan kita mempunyai ilmu dalam
urusan dagangan, tidak menimbulkan kemudaratan, transaksi dan urusniaga on the
spot
(market , stop , limit )dan disertakan juga dengan akad jual beli.
HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING:
Along juga ada bertanyakan kepada BNM sebelum ini dan jawapan mereka ialah :
Jika seseorang individu itu terlibat dengan dagangan forex, maka risiko kerugian
adalah tangungjawab sendiri.High Risk ,High Return.
Sebenarnya bukan soal kena tipu tetapi kerana kita tak tahu macam mana hendak
menjadi seorang Pelabur yang selamat dari sebarang penipuan. Jika kita
membenarkan orang lain baik individu atau syarikat menjalankan urusniaga untuk
kita tetapi wang yang dilaburkan itu di luar kawalan kita, memang lah kita
terdedah kepada risiko penipuan.
Sebab itu sejak mula bergiat dalam bidang ini,menjadi kesalahan along
tidak mengambil tunai atau aset untuk dilaburkan dalam forex
walaupun ditawar ratusan ribu ringgit.Along lebih selesa menjadi
"coach" mengajar masyarakat menimba ilmu ini dengan ilmu pakar
seluruh dunia yang dipanggil "teknikal analisis".Bahasa pasarnya ialah
persedian atau tektikal yang ketat umpama sebelum memasuki medan
peperangan.
Terdapat banyak dan pelbagai jenis Broker Forex yang berlesen yang menyediakkan
platform yang betul untuk kita menjadi seorang Investor/ Pelabur didalam Forex.
Cuma masyarakat kita aja yang malas nak belajar ilmu dagangan atau ambil tahu
bahasanya Bank Islam Malaysia,Kemboja,China,Us dan seluruh dunia melakukan
urusniaga forex dan PAMM-Sytem sebagai salah satu pelaburan segera mereka
selain deposit orang awam.
Di Link Ini ada kaedah pendaftaran akaun forex berdasarkan islamik akaun melalui
akad urusniaga jual beli bersama IB
PAMM-System adalah salah satu cara kita untuk menjadi seorang Pelabur Forex
dan Terjamin dari sebarang penipuan kecuali seseorang Trader itu mengalami
kerugian di dalam urusniaganya.
Gambar 2 di bawah adalah asas kepda trendline secara Trend Bearish (Menurun)
Di bawah ini adalah sisi berbeza dari kacamata seorang trader professional,dimana
di kawasan silang seperti gambarajah adalah kawasan terbaik untuk entry mengikut
trend.
Di bawah ini adalah beberapa gambarajah beserta penerangan mudah faham fokus
mengenai trendline.Semoga ilmu anda dalam bidang ini bertambah.
Gambar 1.
.
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
Gambar 8
Gambar 9
TEKNIK DIVERGENCE
Dalam Forex,divergence mempunyai 2 teknik:
1.Divergence"Standard"
2.Divergence "Hidden"
2.MACD
3.STOCHASTIC
Setting indicator yang biasa along guna ialah stochastic default. Untuk
sell menunggu garis silang di atas 87 (Stop Loss 97).Manakala buy
menunggu garis silang di bawah 17 (Stop Loss 7) . TF cadangan H4.
Peratusan profit 65%. Bermaksud dalam 10 kali kita entry 6 kali
tp,manakala 4 hit SL.
Divergence "Standard"
Bullish divergence:
Jika kita perhatikan pada mata kasar,pergerakan graf menurun. Cara mengenal
pasti trend "bearish" akan berakhir ialah menggunakan divergence.Caranya dengan
melukis garisan seperti gambar di bawah:
Hidden divergences
Seperti standard divergences, hidden divergences boleh menjadi bullish atau
bearish. Ianya adalah signal kepada pergerakan "mengikut" trend.
Bullish divergence 2:
Ianya signal kepada pergerakan megikut trend menaik. Ini bermaksud,kita boleh
kenalpasti "HIDDEN" yang memastikan pergerakan graf tetap mengikut trend .
Seperti gambar di bawah,TITIK TERENDAH (LL) entry "buy" terbaik.
Bearish divergence:
Seperti penerangan di atas, bearish di divergence adalah sebaliknya.TITIK
TERTINGGI(HH) adalah entry "sell" terbaik.
Gambar 2.
Gambar 3
Gambar 4.
Gambar 5.
Di bawah ini along terangkan sedikit mengenai support dan resistance dan
panduan bagaimana untuk "entry" dan meletakkan stop loss yang selamat semasa
trading dilaksanakan.
Gambar 6
Gambar 7
Trend
Jenis Signal
Entry Terbaik
Double Top
Menaik
Pantulan
Sell
Double Bottom
Menurun
Pantulan
Buy
Menaik
Pantulan
Sell
Menurun
Pantulan
Buy
Rising Wedge
Menurun
Meneruskan Trend
Sell
Rising Wedge
Menaik
Pantulan
Sell
Falling Wedge
Menaik
Meneruskan Trend
Buy
Falling Wedge
Menurun
Pantulan
Buy
Bearish Rectangle
Menurun
Meneruskan Trend
Sell
Bullish Rectangle
Menaik
Meneruskan Trend
Buy
Bearish Pennant
Menurun
Meneruskan Trend
Sell
Bullish Pennant
Menaik
Meneruskan Trend
Buy
Gambar 1
Double Top , Head and Shoulders , Rising Wedge (Sell)
Double Bottom , Inverse Head and Shoulders , Falling Wedge (Buy)
Gambar 2
Falling Wedge , Bullish Rectangle , Bullish Pennat (Buy)
Rising Wedge , Bearish Rectange , Bearish Pennat (Sell)
Gambar 3
Gambar 4
TEKNIK MACD
Bab ini, penulis akan terangkan Pelajaran teknik forex "MACD" melalui
gambarajah.
Apa kejadahnya MACD?
Mac Donalds ke :)
MACD adalah singkatan dari Moving Average Convergence Divergence. Indikator
ini digunakan untuk melihat gerakan normal candle stick dan chart serta melihat
perubahan trend yang terjadi.
MACD dicipta oleh Gerald Appel pada tahun 1960an dengan kiraann
dua korelasi antara dua EMA (Exponential Moving Average) yang
berbeza waktunya.
Indikator MACD terdiri dari dua bahagian,iaitu:
1. MACD Histogram,
2. Garis MACD.
Secara umum MACD dikenali menjadi tiga bahagian iaitu:
1. Triger Line,
2. Center Line,
3. MACD line.
Convergen
Keadaan trend dapat dikatakan sebagai convergen keadaan grafik semakin rendah
namun berbalik dengan indikator sokongan semakin jelas.Gambar menunjukkan
convergen, biasanya trend akan berbalik bullish.
Entry point dapat terbentuk ketika batang histagram lebih tinggi dari batang
sebelumnya setelah terjadi konvergen.
Contoh entry point "konvergen".Perhatikan Bar MACD secara tiba-tiba lebih
tinggi dari sebelumnya,menandakan convergen.
Divergen
Dapat dikatakan Divergen apabila, keadaan suatu gambar pada trend terlihat
semakin meninggi, namun indikator sokongan
terjadi divergen market akan berbalik arah dan akan terjadi trend turun.
Contoh entry point "Divergen".
Ekor mestilah lebih besar dari candle sebelumnya dan berbeza dari candle
lain.Namun ianya bukan doji.
Harga mesti close dalam masa sebelum candle samada harga tertinggi atau
terendah.
Lagi kecil body nya adalah lebih baik, manakala semakin panjang ekornya
semakin bagus.
Gambar 1.
Pin bar akan berlaku apabila pasangan matawang berlumba-lumba untuk
menstabilkan harga,lalu berlakulah nilai harga yang "mengejut"kan keduaduanya.Gambar di atas ialah kiasan perlumbaan ekonomi antara Us dan China,di
mana kedua-duanya saling berusaha mengekalkan siapa yang lebih kuat.
Gambar 2.
Secara kasar pin bar.
Gambar 3.
Bearish (Trend Turun) dan Bullish (Trend Naik) untuk pin bar.
Gambar 4.
Kawasan di mana garisan merah ialah area terbaik meletakkan stop loss,
kebiasaannya along cadangkan sl diletakkan selepas 20 pip ke atas
profit.Kebanyakan Super Trader meletakkan trailing stop di 10 pip profit apabila
harga melebihi 30 pips.
Gambar 5.
Pin Bar di kenalpasti dalam trend yang menyaksikan momentum bullish yang kuat.
Gambar 6.
Pin Bar di kenalpasti di major downtrend, yang menyaksikan berakhirnya trend itu
disebabkan berlakunya pin bar.
Gambar 8.
Kawasan Ranging dimana pin bar juga menjadi sebab utama market merata
sebelum momentum keluar daripada kawasan di highlight biru.
Gambar 9.
Pin bar akan memastikan pergerakan bearish menjunam melebihi low sebelumnya.
Sambungan ilmu PIN BAR.
Pin Bar ialah salah satu ilmu penting dari forex.Salah satu teknik yang along
belajar melalui berguru, pembacaan internet dan buku-buku karangan mat
saleh.Namun along mudahkan dengan gaya bahasa dan gambar yang in sya Allah
anda semua mudah faham.
Dalam pelajaran perdagangan Forex, saya akan berkongsi dengan anda tiga daripada
strategi perdagangan kegemaran saya iaitu;
1. Mengenal Bar pin,
2. Pin Bar Trik
3. Pin Bar Dalam
Dalam analisis forex,pin bar adalah mudah dikenalpasti tetapi sangat menguji
minda, dan jika anda belajar dengan disiplin dan sabar, anda akan mempunyai
kelebihan trade Forex untuk mana-mana pair dengan profit yang banyak secara
konsisten dan meminimumkan loss.
Walaupun ketiga-tiganya adalah teknik trade 'asas' saya, terdapat banyak versi
yang lain dan variasi ilmu pin bar dari mereka yang pakar dan para guru forex
yang lebih handal di luar sana.
Walau bagaimanapun, anda boleh belajar beberapa asas-asas yang baik dalam artikel
ini untuk meletakkan keyakinan untuk pembelajaran dan trading pelaburan ilmu
masa depan. Jadi, tanpa berlengah-lengah lagi, mari kita mulakan dengan
Bismillahirrahmanirrahim
Mengenal Pin Bar
(Shadow atau ekor panjang kebiasaannya 2 kali ganda panjang candle body):
Bar pin adalah pokok daripada cara saya berdagang pasaran Forex. Ia mempunyai
kadar ketepatan yang sangat tinggi di pasaran trend dan terutama apabila berlaku
pada tahap berakhirnya news.
Bar Pin berlaku pada sokongan yang penting dan tahap rintangan umumnya setup
sangat tepat.
Bar Pin boleh diambil ketika trend semasa juga, ia agak menonjol dengan ketara
dari bar harga sekitar, menunjukkan penolakan yang kuat telah berlaku, dan
sebaik-baiknya hanya pada jangka masa carta harian(D1).
Dalam contoh carta berikut, kita akan lihat di bar pin yang berlaku dalam
konteks pasaran tren; Cara kegemaran saya untuk confirm entry yang sesuai.
Juga, perhatikan bahawa trend ini bermula di belakang dua bar pin bullish yang
membawa pengakhiran kepada trend menurun yang sedia ada.
Strategi perdagangan trik adalah lebih advanced dari pin bar biasa .
Ia menunjukkan penolakan tahap penting dalam pasaran.
Sering kali pasaran akan kelihatan menuju satu arah dan kemudian berbalik,
membuat trader newbie dan "ayam lama" dihatui lembaga Mummy Marginah
iaitu"Margin Call"
Dan sebagai profesional,sl yang munasabah adalah sangat perlu.
Pin Bar Trik menolak harga kembali ke arah yang bertentangan. Persediaan trik
boleh mencetuskan beberapa langkah cukup besar dalam pasaran Forex.
Seperti yang kita dapat lihat dalam gambar kecil di atas, corak trik pada
dasarnya terdiri daripada dalam bar.
Diikuti dengan rehat yang palsu bahawa bar di dalam dan kemudian kembali rapat
dalam rangkaian ranging.
Kemasukan pin bar trik dicetuskan kerana harga bergerak kembali masa lalu yang
tinggi di dalam bar (atau rendah dalam kes pin bar trik lemah).
Dalam carta di bawah ini kita dapat melihat pasaran baru-baru ini bergerak lebih
tinggi sebelum trik terbentuk. Nota ditulis pada ekor trik persediaan bar dalam
yang berlaku kerana kebanyakan trader amatur cuba untuk mengambil bahagian
atas pasaran, disinilah tempatnya mereka mula kenal MC @ margin call. :)
Bar di dalam adalah satu trend yang besar dalam isyarat kesinambungan , tetapi
ia juga boleh digunakan sebagai isyarat titik perubahan.
Walau bagaimanapun, cara pertama untuk belajar bagaimana untuk berdagang
strategi bar di dalam adalah sebagai isyarat kesinambungan , kita akan memberi
tumpuan di sini, maklumat lanjut mengenai bar di dalam dan semua cara untuk
berdagang ia boleh didapati.
Seperti yang kita dapat lihat dalam gambar kecil di atas , satu bar di dalam
benar-benar terkandung dalam julat bar sebelumnya
Ia menunjukkan penyatuan ringkas dan kemudian keluar ke arah trend yang
dominan.
Di dalam bar yang terbaik dimainkan pada carta (D1) dan (Weekly).
Risiko yang sangat kecil dan ganjaran yang sangat besar. Strategi bar dalam
digabungkan dengan trend pasaran yang sangat kuat adalah salah teknik kegemaran
saya(along) yang menghasilkan ribuan pip hijau secara konsisten setiap bulan.
Dalam contoh di bawah , EURUSD dalam bar persediaan perdagangan yang
terkeluar kepada penurunan itu dengan momentum pasaran yang lemah yang sedia
ada. Kita boleh melihat di dalam persediaan bar dibentuk hanya selepas pasaran
membuat TRIK di bawah paras sokongan utama, dan akan menuju ke arah
sokongan(support) seterusnya .
Seperti yang anda boleh lihat dari tiga contoh di atas, perdagangan Forex
sebenarnya tidak rumit atau melibatkan indikator (gila khinzir) yang tujuannya
mengelirukan seluruh carta anda.
Apabila anda menguasai beberapa teknik mudah dan price action(harga beraksi
turbo) yang kukuh, anda akan berada dalam perjalanan anda untuk menjadi
seorang trader forex yang lebih yakin dan menguntungkan, hanya ingat, menguasai
setup ini memerlukan kesabaran, dedikasi dan disiplin.
Jika range ranging cukup sempit, dan pergerakan harga cenderung choppy (range
yang sempit dan tidak menentu), maka sebaiknya kita tidak masuk entry.
Ketika pasaran bergerak trending (uptrend ataupun downtrend), terdapat titiktitik swing (swing points) yang merupakan titik-titik rujukan untuk memastikan
arah trend . Cara yang paling mudah untuk menentukan trend adalah dengan
melihat "marking horizontal" yang dibentuk oleh titik-titik swing.
Kesimpulan teknik price action itu adalah tindak balas peniaga terhadap harga
pasaran apabila harga pasaran mencapai suatu harga yang tertentu. Biasanya
pergerakan trend akan merujuk tindakbalas harga dengan menggunakan candlestick
dan melihat beberapa timeframe.Cadangan along ialah Time Frame H4 ke atas.
Sekiranya harga pasaran mencapai kawasan support atau resistant bentuk-bentuk
candlestick akan menunjukkan tanda-tanda (pantulan) bouncing atau terus
menembusi (breakout) kawasan support dan resistant tersebut.
MODUL TEKNIK
1. 3 shadow entry (PO)
2. Smart fibo Marking signal
3. Price Action - volume
4. Machine Number
-
Plus minus
Angka
TF H4 (INTRADAY)
-
Micro account
LAVERAGE
1: 100 1:300
STOP LOST
(2 grid)
Pending Oder
( 1Peluru)
isteri
suami
D
KENAL
PASTI TREND
ENTRY AREA
(3 SHADOW
B
C
A
ENTRY AREA
(3 SHADOW
SMART FIBO
LEVEL
DESCRIPTION
0.78
78.00
1.38
138.00
1.7557
175.57
2.00
200.00
3.60
360.00
TREND BUY
100.00
B
C
0.00
TREND SELL
A
0.00
C
100.00
TAKE PROFIT
STOP LOS
23.6
138.0
0.00
38.2
138.00
0.00
50.00
138.00
23.6
61.8
138.00
23.6
78.00
161.80
23.6
175.57
200.00
138.00
138.00
38.00
161.80
360.00
161.00
423.0 @ 30 pip
GOLD SHJ
Forexfactory.com
News Fundemental
Standby 1 jam awal
PAIR
PREVIOUS
FORECAST
ACTUAL
EUR
103.2
103.2
Bearish
CAD
-0.3 %
0.4 %
Bulish
USD
3.5
3.3
Bearish
TREND
TP
BUY STOP
VOLUME
SELL STOP
RUMAH
A
RUMAH
B
RUMAH
C
TP
TF H4
CONTOH EJ 19-21/11/2014
1. AMBIL 3 RUMAH
2. INSERT MOVING AVERAGE
* (PERIOD 157, SHIFT 0, MA METHOD SIMPLE, APPLY TO LOW
)
-
Seperti yang diketahui umum, peserta yang pernah menghadiri seminar Forex
Analysis Consultant, sedikit sebanyak telahpun mengetahui serba sedikit ilmu
Advance dalam bidang teknikal Analysis forex dan boleh memulakan live trade di
mana-mana broker.Namun along sedaya upaya memberikan ilmu yang telus beserta
analisa back test,buat newbie mahupun yang sudah lama berkecimpung dalam
bidang ini dalam siri seminar yang pernah team piphijau anjurkan.
Kepada bekas peserta yang mengajukan permintaan untuk Personel Coaching,di
bawah ini adalah maklumat terperinci tentang apa yang akan dipelajari dalam kelas
PC.
(Kelayakan dan syarat ketat masuk kelas.Print screen 100% profit dari modal
asal selepas menghadiri seminar Forex Analysis Consultant)
Hardcopy ini hanya diberi kepada yang hadiri kelas Advance Professional Coaching dan
along berikan sambungan preview yang tidak akan di "ebook" kan bagi menjaga mutu dan
kualiti ilmu ini.Hanya Hardcopy bertanda tangan along sahaja akan diberikan kepada yang
benar-benar serius.
Hubungi admin (Whats App atau SMS):
0196796869
Pn.Juria Razali
Untuk "booking" tarikh dan lokasi Advance
Professional Coaching.
Kelas PC hanya diadakan setiap Jumaat atau hari lain jika group berkumpulan (10 orang
genap) yang booking waktu-waktu tertentu.
Sebelum kelas, pastikan anda yang akan hadir mendaftar akaun forex xm islamic
(minimum usd100) disini Kerana "coach" along akan menggunakan broker xm untuk
setiap analisis yang akan dipelajari dan "live trade" dengan ilmu jika ada permintaan dari
student.
Kelas hanya limit 5 -10 orang perserta sahaja bagi menjamin ilmu talaqi ini benar-benar
menjadikan anda "Specialist" dalam analisa dagangan.
In sya Allah.
8:30 a.m - 5:30 p.m
Semoga perkongsian ilmu mengenai teknik forex ini secara percuma memberi
manfaat yang banyak buat yang benar-benar ikhlas.Terima kasih. along- Founder
www.piphijau.com