Pecahan Perpuluhan Dan Peratus
Pecahan Perpuluhan Dan Peratus
Pecahan Perpuluhan Dan Peratus
Pengenalan
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait rapat dengan
aktiviti kehidupan kita seharian sama ada kita sedar atau sebaliknya. Pelajaran
matematik merupakan pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir
untuk menyelesaikan masalah dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan
terhadap konsep, fakta, kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah. Matematik
biasanya dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang abstrak dan memerlukan
pelajar-pelajar yang boleh berfikir secara sistematik dan mantik. Bagi merealisasikan
kepentingan matematik dalam dunia pendidikan Malaysia, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
diwujudkan dengan menjadikan matematik sebagai komponen wajib yang perlu
dipelajari oleh semua pelajar. Kurikulum dan Sukatan Pelajaran yang telah digubal
adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
kemakmuran masyarakat dan negara. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Walaubagaimanapun, kita sentiasa berhadapan dengan isu kelemahan
matematik dikalangan pelajar di semua peringkat pendidikan. Masalah kesukaran
pelajar memahami matematik masih menjadi agenda utama pendidikan yang belum
berkesudahan sehingga ke hari ini. Malah, matematik juga sering dinyatakan sebagai
satu pelajaran yang sukar difahami dan dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Tambahan
lagi, pencapaian mata pelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah di negara ini
masih berada pada tahap yang rendah sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti. Berbagai
topik dalam matematik yang menyumbang kepada peratusan kelulusan yang rendah itu.
Antara topik yang menyumbang kepada peratusan kelulusan yang rendah ialah soalan yang
melibatkan konsep pecahan. Masalah ini merupakan satu bebanan besar yang perlu dipikul
oleh semua pihak yang terbabit dalam usaha melahirkan generasi yang berintelek. Kesedaran
serta langkah pendekatan ke arah penyelesaian masalah ini perlu segera dicari demi
memastikan para pelajar dapat menguasai tajuk tersebut.
Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat
penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran
matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik
yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah.
Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak
boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya
boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran
pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat
2.0
2.1
perkataan latin decem yang bermaksud sepuluh. Perkaitan pecahan dengan nombor
perpuluhan amat ketara sekali. Nombor perpuluhan boleh diwakilkan dengan nombor
pecahan yang penyebutnya 10, 100, dan 1000.
Nombor perpuluhan dan operasi ke atas nombor perpuluhan adalah antara tajuk-tajuk
yang didapati sukar oleh pelajar-pelajar (Carpenter et. al; 1981; Hart, 1981; Hiebert &
Wearne; 1986; Aida Suraya, 1991). Salah satu faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar
menghadapi kesukaran adalah kekurangan pengetahuan konseptual yang diperlukan.
Pengetahuan konseptual merujuk kepada kebolehan murid untuk membuat perkaitan
antara maklumat-maklumat yang dipelajari (Hiebert & Wearne, 1986). Kekurangan
pengetahuan konseptual menyebabkan pelajar-pelajar ini terpaksa memilih untuk
menghafal petua dan prosedur berkaitan nombor perpuluhan (Bell, Swan & Taylor, 1981;
Fishbein et. aI., 1985; Nesher & Peled, 1986). Petua dan tugas selalunya dikaitkan dengan
ciri-ciri luaran sesuatu tugas dan bukan konsep asas. Pelajar-pelajar bukan sahaja
menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah yang berlainan daripada latihan yang
lazimnya dibuat oleh mereka, tetapi mereka juga menggunakan petua dan prosedur
dengan
cara yang tidak betul (Bell et. al; 1981; Hiebert & Wearne; 1986).
Kajian Kuchemann (1981) menunjukkan bahawa pelajar-pelajar rnengalami lebih
kesukaran dalam mengendalikan masalah pendaraban yang melibatkan nombor
perpuluhan jika dibandingkan dengan nombor bulat. Vance (1986), Nesher dan Peled (1986)
pula mengkaji kesukaran pelajar berkaitan konsep nombor perpuluhan itu sendiri. Mereka
mendapati pelajar berfikir bahawa nombor perpuluhan yang terdiri daripada deretan
digit yang lebih panjang mewakili nombor yang lebih besar. Ini terjadi kerana mereka
tidak memahami konsep 'nilal tempat' (Nesher & Peled, 1986). Fishbein, Deri, Nello dan
Marino (1985) mendapati bahawa nombor perpuluhan yang agak asing seperti 0 .65
menyebabkan lebih masalah berbanding dengan nombor yang sering digunakan seperti 0 .75.
Mereka juga mendapati masalah pendaraban adalah lebih sukar apabila pendarabnya adalah
satu nombor perpuluhan dan bukan nombor bulat.
Miskonsepsi : Terdapat beberapa kesukaran dan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid
yang akhirnya membawa kepada miskonsepsi kepada kemahiran dalam tajuk perpuluhan.
Antaranya ialah kesilapan menyatakan nilai tempat bagi nombor perpuluhan. Sebagai
contoh, murid beri nombor 35.046 dan nyatakan nilai tempat bagi digit 4 dalam nombor
tersebut. Bagi murid yang mempunyai masalah menguasai kemahiran perpuluhan tentunya
murid akan menjawab puluh walaupun jawapan yang tepat ialah per sepuluh. Murid
tidak dapat membezakan nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan.
Begitu juga apabila diminta menyatakan nilai digit bagi nombor tersebut tentunya murid
menjawab 40 dan bukannya 0.04 atau 0.4. Murid seharusnya perlu menguasai kemahiran ini
kerana ia adalah kemahiran asas dalam tajuk nombor perpuluhan.
2.2
oleh pelajar-pelajar. Guiler (1945) mendapati ramai pelajar gred 9 dan pelajar-pelajar tahun
pertama di kolej menunjukkan kelernahan dalam mengendalikan pecahan. Eisenberg
(1974) menunjukkan bahawa guru juga menghadapi kesukaran dalam mengendalikan
pecahan dan nombor perpuluhan. Dalam laporan 'National Assessment of Educational
Progress', Kouba, Brown, Carpenter, Linquist, Silver dan Swafford (1988) melaporkan
yang sering dilakukan oleh pelajar dalam tajuk pecahan ialah tidak memudahkan pecahan
dalam bentuk pecahan wajar. Selain itu, pelajar juga melakukan kesilapan dalam operasi
penambahan pecahan. Pemahaman terhadap konsep pecahan yang terhad ini juga mungkin
dipengaruhi oleh amalan pengajaran yang terlalu menekankan penguasaan kemahiran, tanpa
kefahaman konsep yang sebenar.
Amalan pengajaran yang berasaskan kepada kaedah hafalan dan latih tubi
boleh menghalang murid daripada mempunyai kefahaman yang jelas mengenai konsep
pecahan itu sendiri. Beberapa bentuk dan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid
berkaitan nombor pecahan ialah melalui aktiviti perbandingan pecahan. Antara punca yang
dikenalpasti ialah konsep pecahan setara tidak difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh
pelajar. Selain itu juga kesilapan dihadapi ketika melakukan penyusunan pecahan yakni
murid tidak dapat membezakan antara nombor bulat dengan nombor pecahan.
Akibatnya terdapat pelajar yang menyusun pecahan secara menaik sama ada berdasarkan
nilai pengangka ataupun nilai penyebut.
Miskonsepsi : Aktiviti pengajaran selalunya bermula dan berakhir dengan himpunan
pelbagai simbol dan istilah matematik yang abstrak disamping petua dan peraturan-peraturan
jalan kerja yang perlu dihafal oleh murid. Pendekatan sebegini tidak memberi sebarang
makna kepada proses pengajaran pelajar (Peterson 1988; Nik Azis 1992; Amin 1993).
Sebaliknya amalan ini akan mengakibatkan kesilapan konsep dikalangan pelajar. Miskonsepsi
pecahan yang kerap diambil mudah ialah menukar pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur. Kesukaran murid pada kemahiran tersebut menyebabkan kesilapan pada
jawapan terakhir walaupun jalan penyelesaian yang ditunjukkan adalah betul.
Larson (1988) mendapati kanak-kanak tidak dapat menghubungkan 'satu pertiga'
dengan satu titik pada garis nombor di mana pembahagian menunjukkan 'dua
perenam'. Ini bermakna, apabila pelajar diberi suatu garis nombor yang dibahagikan kepada
enam bahagian antara nilai 0 dan 1, dan diminta menandakan titik 'satu pertiga', mereka tidak
dapat menghubungkan titik ini kepada titik 'dua perenam'. Dalam kajiannya, Payne (1976)
mendapati pecahan setara adalah sukar bagi kebanyakan pelajar terutamanya
meringkaskan kepada pecahan terkecil. Brueckner (1928) pula mendapati bahawa
kesilapan-kesilapan umum yang dibuat oleh pelajar-pelajar adalah:
a) Kesukaran dalam 'meringkaskan' pecahan
b) Kekurangan kefahaman tentang operasi yang digunakan
c) Kesilapan dalam pengiraan.
2.3
(peratus bermaksud per seratus). Simbol yang mewakili peratus, ialah (%). Sebagai contoh,
56% (dibaca sebagai "lima puluh enam peratus") sama dengan 56 / 100 atau 0.56.
Miskonsepsi : Dalam mempelajari tajuk peratus, terdapat beberapa kesukaran yang sering
dihadapi oleh murid dan akhirnya membawa kepada miskonsepsi. Antara miskonsepsi
tersebut ialah semasa memahami soalan penyelesaian masalah. Bagi penyelesaian yang
tidak melibatkan penyelesaian masalah, murid dapat menjawab menggunakan kefahaman
yang ada. Walaubagaimanapun adapun kesilapan yang dilakukan hanya kecuaian dalam
melakukan pengiraan. Berikut merupakan contoh miskonsepsi murid dalam tajuk peratus
(%).
Contoh soalan : Dalam satu ujian Matematik, 75% orang murid telah gagal, hanya 15
orang murid lulus dalam ujian tersebut. Berapa ramaikah murid yang menduduki ujian
tersebut?
Penyelesaian
75
1 0 0
1125
1 0 0
15 orang
Berdasarkan
murid
tidak
masalah
dapat
memahami kehendak soalan yang sebenar. Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah hanya
mendarab 75 % dengan 15 orang murid. Sedangkan soalan inginkan jumlah murid yang
menduduki ujian tersebut. Oleh yang demikian beberapa pendekatan perlu dilakukan bagi
2
1
1
1
3.1
3
7
10 2 +5 =
8
8
Langkah 3
Melaksanakan strategi
2 + 5 = kek yang telah dijual
10
(2 38 +5 78 )
( 108 )
10 7
= 10
8 10
8
2
=1 +7
2
8
2
8
6
8
Boleh dipermudahkan
62 3
=
82 4
3
4
3
4
2
8
6
8
3
4
Langkah 4
Menyemak jawapan
i)
3 7
+
8 8
=7+
6
8
8
8
8
2
9 8
8
8
=98+
8
8
3
7
3
2 +5 +1
8
8
4
3
7
6
2 +5 +1
8
8
8
=2+5+1+
10
8
10
8
ii)
3 7 6
+ +
8 8 8
3
4
= 10
16
8
16
16
2 + 8 = 10
3.2
STRATEGI : ANALISIS
Langkah 1
Memahami soalan
-
Langkah 2
Merancang strategi
-
Jumlah kek 10
Baki = ?
3
7
10 2 +5
8
8
3
7
2 +5
8
8
Langkah 3
Melaksanakan strategi
10
(2 38 +5 78 )
( 108 )
10 7
= 10
6
8
6
8
8 10
8
2
=1 +7
2
8
2
8
8
2
9 8
=
8
8
Boleh dipermudahkan
62 3
=
82 4
2
8
3
4
3
4
Langkah 4
Menyemak jawapan
-
3
7
3
2 +5 +1
8
8
4
3
7
6
2 +5 +1
8
8
8
=2+5+1+
= 10
16
8
3 7 6
+ +
8 8 8
16
16
2 + 8 = 10
4.0
Set Induksi
Permulaan pengajaran, guru menggunakan bahan ataupun objek
konkrit dan
membuat belahan sama untuk memperkenalkan konsep pecahan. Bahan konkrit yag biasa
digunakan ialah buah-buahan, kek dan sebagainya. Contohnya seperti di bawah :
Guru akan memotong buah limau tersebut kepada 2 bahagian yang sama besar dan
meminta murid menamakan bahagian yang terhasil.
Konsep pecahan juga boleh di ajar dengan bahasa harian murid seharian. Contohnya
guru menimbulkan situasi harian kepada murid iaitu dengan menggunakan kad dialog:-
1/2
Guru menulis dahulu pecahan di papan hitam dan tunjukkan gambar rajah dan
seterusnya, guru menunjukkan gambar rajah dan menamakan pecahan. Contohnya adalah
seperti di bawah :
Langkah 2
Seterusnya, guru akan memperkenalkan tata tanda pecahan serta istilah pengangka
dan penyebut. Murid-murid dibimbing secara konseptual untuk mengenali dan memahami
pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan.
Langkah 3
Nama pecahan diperkenalkan berdasarkan bahagian berlorek dan jumlah bahagian
keseluruhan. Contohnya seperti dibawah :
Guru meminta murid membuat lipatan kertas bagi menunjukkan setengah atau
separuh atau satu perdua. Murid melukis garisan pada kesan lipatan tadi.
Lipatan kertas ini diteruskan dengan melipat ke bahagian yang lebih kecil. Daripada
pengalaman melipat kertas berturut-turut, pelajar akan dapat perhatikan bahawa semakin
banyak lipatan yang dibuat semakin banyak petak pada kertas semakin kecil nilai sesuatu
pecahan.
Penutup
Guru menunjukkan konsep pecahan kepada murid. Sterusnya, guru bersoal-jawab dan
merumuskan isi pelajaran bersama-sama dengan murid.
5.0
pecahan. Ia dapat membantu murid untuk membina kefahaman konkrit mengenai pecahan
dan nombor bercampur, mengkaji pecahan setara, membanding beza dan mengkaji operasi
nombor yang berkaitan dengan pecahan. Jalur pecahan membolehkankan murid
memanipulasi bahagian-bahagian pecahan daripada satu keseluruhan (one whole).
Dengan sifat jalur pecahan ini, ianya adalah konsisten dan sesuai untuk semua peringkat
murid.
Untuk penggunaan jalur pecahan di dalam kelas, adalah disyorkan kepada guru untuk
menyediakan satu jalur pecahan bagi setiap murid. Set jalur pecahan mudah didapati di
internet samada yang sudah berwarna mahu pun yang kosong. Guru boleh menjadikan
mewarna jalur pecahan sebagai aktiviti di dalam kelas. Seperti yang sudah kita sedia
maklum, murid-murid suka mewarna. Guru juga boleh meminta murid untuk mewarna jalur
pecahan berdasarkan soalan yang diberi.
Dengan menggunakan jalur pecahan yang belum dilabel, murid dikehendaki untuk
memotong dan menyusun keratan jalur untuk membentuk satu keseluruhan (one whole).
Kemudian murid akan melabel setiap jumlah pecahan dengan menggunakan pecahan wajar.
Guru akan memperkenalkan murid dengan pengangka dan penyebut. Kemudian, murid
akan mengenalpasti pecahan , 1/3, , 1/8 dan menjelaskan perbezaannya. Guru akan
meminta murid untuk membandingkan pelbagai jalur pecahan dan merekod pemerhatian
mereka dan berkongsi apa yang mereka temui kepada seluruh kelas. Perbezaan kepanjangan
bagi setiap jalur menunjukkan bahawa jalur yang lebih panjang adalah lebih besar
jumlahnya berbanding jalur yang lebih pendek. Setelah semua murid faham, guru akan
bertanya kepada murid antara 2/3 dan 2/6 yang manakah lebih besar. Murid akan
menggunakan jalur pecahan dengan menggabungkan dua jalur pecahan 1/3 dan dua jalur 1/6
untuk mendapatkan jawapan. Soalan-soalan lain akan ditanya kepada murid sehingga mereka
faham konsep pecahan.
Contoh aktiviti untuk mencari pecahan setara. Guru akan menunjukkan contoh
kepada murid bahawa panjang jalur pecahan adalah bersamaan dengan 2 jalur pecahan .
Iaitu dengan menghubungkan 2 jalur pecahan di bawah jalur pecahan 1/2 ia menunjukkan
bahawa panjang jalur pecahan dan 2 jalur pecahan adalah sama. Ini menunjukkan
pecahan dan 2/4 adalah pecahan setara. Guru akan meminta murid untuk mengkaji dan
mencari pecahan setara bagi 1/2 , 1/3, 1/4 dan 1/5. Murid akan menyusun jalur pecahan yang
telah dipotong di bawah jalur pecahan yang dikehendaki. Keputusan setiap jalur pecahan
hendaklah direkod dan dikongsi bersama ahli kelas yang lain. Apabila selesai aktiviti ini,
murid telah menguasai konsep pecahan setara.
6.0
Kesimpulan
Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh tiu pihak yang terlibat dalam bidang
pendidikan perlu bekerjasa dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik
dengan baik supaya hasrat dengan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di
peringkat global tercapai.
Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan pengajaran matematik disekolah
jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar. Ini mengakibatkan
sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah menghadapi kesukaran semasa guru
memberikan penerangan tentang sesuatu konsep matematik. Sekiranya kaedah
penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan
berjaya. Seterusnya mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul
tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam
mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang disampaikan oleh guru
Pemahaman murid dalam suatu konsep matematik terutama nombor perpuluhan
adalah penting. Sierpinks (1994) menerangkan bahawa pemahaman guru dan murid
bergantung pada budaya sekolah, kepercayaan dan norma kognitif. Budaya mendapat
jawapan yang betul tanpa menghiraukan algoritma yang terlibat sering diamalkan. Sering kali
dianggap matematik sebagai subjek yang sukar dan tanggapan ini diterima oleh masyarakat.
Budaya tidak berfikir tetapi membuat lebih ditekankan oleh pendidik matematik.
Ini menyebabkan murid lebih banyak menghafal dalam mempelajari matematik daripada
memahami konsep yang terlibat dalam topik nombor perpuluhan.
Selain itu murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum
mempelajari tajuk yang seterusnya supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik
dalam pelbagai situasi terutamanya asas nombor iaitu nombor bulat, pecahan, perpuluhan,dan
peratus. Oleh itu pemahaman konsep dan kemahiran matematik adalah amat penting
dalam proses pembelajaran murid-murid. Masalah kelemahan pelajar dalam
penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah adalah
sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor
pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan
kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila
mereka berada di sekolah menengah. Kesedaran perlu ada untuk memastikan murid-murid
ini menguasai konsep asas matematik dengan baik agar mereka menjadi generasi yang dapat
merealisasikan wawasan negara di masa akan datang.
Menurut J. Newman (1977), kesilapan murid dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
bacaan, pemahaman, transformasi, kemahiran proses, enkod, cuai dan motivasi. Justeru,
penguasaan bahasa atau istilah memainkan peranan penting dalam pemahaman murid dalam
topik nombor perpuluhan ini. Kegagalan murid memahami konsep nombor perpuluhan
menyebabkan topik ini menjadi suatu yang sukar untuk difahami. Kesilapan dalam
penyebutan secara verbal jelas menunjukkan murid tidak memahami konsep nombor
perpuluhan. Menurut Rosnick (1991) ramai murid dianggap berjaya dalam matematik
berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian bertulis tetapi tidak memahami apa-apa yang
dipelajari.
Program pemulihan perlu dilaksanakan untuk memastikan murid dapat memahami
konsep nombor perpuluhan dengan betul. Aktiviti rekreasi matematik perlu diselitkan agar
pengajaranpembelajaran menjadi lebih menarik di samping penggabungjalinan elemen
kemahiran berfikir, dapat meningkatkan pemahaman konsep bagi nombor perpuluhan.
Rujukan
Aida Suraya Md. Yunus (1991). Beberapa Masalah Murid Tahun Lima Dalam Menjawab
Soalan Ujian Matematik. Berita Matematik, 38, 17-21.
Moskal, B. M., & Magone, M. E. (2002). Making explicit what students know about
representing fractions. In B. Litwiller (Ed.) Making sense of fractions, ratios, and
proportions(pp. 121-129). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur: DBP
Pusat Perkembangan Kurikulum (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 2.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 3.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 4.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sufean Hussin ( 1992 ), Pengajaran Matematik KBSR, Strategi Membina Kemahiran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Capaian Internet
http://belajarpecahan.blogspot.com/2011/06/blog-post.html
http://cikhood.blogspot.com/2013/02/refleksi-tajuk-pecahan.html
http://www.scribd.com/doc/39097990/Satu-Kajian-Mengenai-Penggunaan-Bahan-Bantu