Refleksi Kendiri Yusri

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

ELM3043E

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI

Refleksi Kendiri
Persoalan :
Kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni di sekolah dan
masyarakat.

Di dalam mencapai sesuatu aspirasi kita pasti akan berhadapan dengan elemen-elemen yang
akan wujud sebagai cabaran di dalam usaha kita untuk mencapai apa yang diaspirasikan.
Begitulah juga dengan usaha bagi penghayatan amalan nilai murni di sekolah dan masyarakat.
Penghayatan amalan nilai murni telah didasarkan untuk dicapai di dalam Wawasan 2020, ianya
merupakan cabaran ke empat iaitu MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG
BERMORAL DAN BERETIKA

Ekoran darri cabaran yang diletakkan di dalam Wawasan 2020, pihak kerajaan melalui
agensi masing-masing turut memain peranan dengan memperkenalkan pelbagai dasar
bagi mencapai penghayatan dan amalan nilai murni. Kementerian Pendidikan turut tidak
terasing dengan memperkenalkan dasar-dasar dan usaha ke arah mencapai
penghayatan dan amalan nilai murni di sekolah iaitu melalui Falsafah Pendidikan
kebangsaan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab
Malah Kementerian Pendidikan telah memperkukuhkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 di mana, di dalam pelan ini diperkenalkan enam aspirasi murid iaitu ;
iiiiiiivvvi-

Pengetahuan
Kemahiran berfikir
Kemahiran memimpin
Kemahiran dwi bahasa
Etika dan kerohanian
Identiti nasional

Elemen-elemen yang menjadi cabaran dalam mencapai penghayatan nilai-nilai murni ini timbul
samada dari diri kita sendiri, persekitaran ataupun komuniti. Apa yang saya lihat, biar hebat
Yusri Zainol Abidin

ELM3043E

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI

bagaimana pun dasar atau matlamat dalam mencapai penghayatan nilai murni, pokok
pangkalnya berbalik kepada diri kita sendiri di dalam aspek sumbangan dan komitmen
kita untuk mencapai aspirasi. Di tambah dengan komitmen masyarakat dan komuniti.
Semua pihak perlu memainkan peranan yang akitif bagi mencapai aspirasi bermula dari
dalam diri sendiri.
Elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni yang telah kita tahu
kerana sering dibentangkan di dalam seminar-seminar, kajian-kajian atau mungkin kita
alami sendiri perlu ditangani. Antara elemen-elemen yang mencabar penghayatan nilai
murni di dalam masyarakat adalah seperti berikut ;
Cabaran dalam konteks masyarakat
Elemen Mementingkan Kebendaan

Mementingkan kebendaan adalah antara elemen-elemen yang mencabar


penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.

Ibn Khaldun menyebut kemusnahan sesuatu tamadun ditandai dengan beberapa


perkara, iaitu banyaknya kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan
perhiasan......

Ibu bapa dan masyarakat semakin mementingkan kebendaan kerana memikirkan


taraf hidup yang semakin tinggi.

Aspek Sikap Yang Tidak Bertanggungjawab

Dr. Gustave Le Bon menyatakan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila


berlakunya kerosakan moral yang berpunca daripada sikap tidak
bertanggungjawab membudaya pada bangsa itu (Muqdad Yaljan, 1986).

Aspek tidak bertanggungjawab ini boleh dipecahkan kepada 2 iaitu,


tanggungjawab terhadap diri dan orang lain dan tanggungjawab terhadap harta
benda.

Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap orang lain seringkali dikaitkan


dengan sikap mementingkan diri sendiri.

Yusri Zainol Abidin

ELM3043E

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI

Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap harta benda pula berkait rapat
dengan merosakkan harta benda awam dan harta benda di sekolah.

Aspek Media Massa

Dengan bermotifkan keuntungan, sesetengah media massa seolah-olah tidak


menghiraukan langsung bahawa program-program, tulisan, rancangan-rancangan
yang disajikan dan bahan-bahan yang dipaparkan kepada golongan massa
membawa wujudnya sikap hedonisme, budaya permissive atau kebebasan yang
bercanggah dengan agama dan budaya masyarakat.

Akibatnya golongan remaja hari semakin terhakis jati diri mereka dan mengalami
krisis identiti

Aspek Pembangunan Negara Dari Sudut Sosio-ekonomi

Kesan positif dari pembangunan ini memang tidak dinafikan, tetapi kesan
negatifnya tetap ada, antaranya berlaku peningkatan gejala sosial di dalam
masyarakat.

Krisis moral ini berlaku apabila sesetengah pihak hanya melihat pembangunan itu
dari perspektif kebendaan semata-mata atau bertujuan untuk memaksimakan
keuntungan.

Untuk menyelesaikan masalah di atas, kita harus kembali kepada konsep


pembangunan spiritual yang holistik, iaitu meliputi aspek-aspek moral, spiritual
dan material.

Pembangunan harus berorientasikan kepada peningkatan martabat manusia


sampai ke tingkat yang setinggi-tingginya dalam semua dimensi.

Kemajuan yang hanya menekankan satu dimensi adalah kemajuan yang


tempang, yang akhirnya akan merosakkan kemajuan kebendaan.

Kesan Daripada Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Yusri Zainol Abidin

ELM3043E

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI

Institusi kekeluargaan yang roboh adalah antara elemen yang memberi cabaran
utama penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.

Institusi kekeluargaan yang telah runtuh akan mendatangkan masalah yang besar
kepada amalan nilai-nilai murni remaja kerana tidak ada orang yang akan
memberitahu dan mengajar mereka apa yang baik dan apa yang buruk.

Umum mengetahui peranan pembentukan akhlak masyarakat tidak hanya terletak


kepada institusi formal semata-mata tanpa diiringi dan dibantu oleh institusi
keluarga.

Institusi keluarga yang diterajui oleh bapa dan ibu wajib memainkan peranan yang
utama dalam membentuk akhlak anak-anaknya, kerana masyarakat sebenarnya
adalah jelmaan dari set-set keluarga.

Antara faktornya ialah kesan dari pembangunan kebendaan dan pengaruh


globalisasi yang melahirkan manusia yang tidak mengambil berat soal-soal agama
dan bersifat kebendaan.

Akibatnya, terdapat ibu bapa yang tidak menghiraukan sangat soal pendidikan
agama dan akhlak kepada anak-anak mereka.

Mereka beranggapan faktor utama kebahagiaan itu terletak kepada kemewahan


hidup.

Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu diberi latihan secukupnya
bagi mendedahkan mereka kepada tanggungjawab suami isteri serta ilmu dalam
mengurus rumah tangga.

Golongan wanita juga perlu membuat muhasabah peranan mereka yang utama
pada hari ini sebagai ibu dan isteri dalam menumpukan sepenuh perhatian
terhadap rumahtangga bagi mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.

Cabaran dalam konteks guru, sekolah dan sistem pendidikan

Yusri Zainol Abidin

ELM3043E

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI

Manakala dalam konteks sekolah, elemen-elemen yang mencabar penghayatan nilai


murni adalah seperti berikut ;
Faktor Guru

Peranan guru amat besar dalam kejayaan penerapan nilai-nilai murni. Sikap guru
yang tidak komited dan hanya berkerja kerana terpaksa bekerja tanpa roh
merupakan faktor penyebab dalam mempastikan kejayaan di dalam penghayatan

nilai-nilai murni.
Keperibadian guru yang tidak mencerrminkan nilai-nilai moral untuk diteladani
oleh murid.

Faktor Kepimpinan

Kepimpinan sekolah lebih menekankan pencapaian akademik, kurang penekanan

kepada penerapan nilai murni.


Pemimpin sekolah sendiri tidak semuanya dapat mempamerkan ciri-ciri atau nilainilai murni yang boleh diteladani, contohnya emosional dalam membuat
keputusan atau sewaktu menegur kesalahan guru dan kakitangan.

Faktor Persekitaran Kerja


Tempat kerja juga memainkan peranan di dalam penerapan penghayatan nilainilai murni. Pameran poster, kata-kata hikmat berunsurkan penghayatan nilai-nilai
murni jika diperhatikan amat kurang diberi perhatian. Tempat kerja kurang
kondusif menyebabkan guru-guru bekerja di dalam suasana yang kurang selesa.
Faktor Kurikulum

Penghayatan nilai murrni merentasi kurikulum telah lama diperkenalkan tetapi dari
aspek realistik dan kesesuian, tidak semua matapelajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan, contohnya, amat sukar untuk menerapkan penghayatan nilai
murni di dalam matapelajaran seperti matematik dan sains.

Rumusan

Yusri Zainol Abidin

ELM3043E

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI

Sebagai guru, kita perlu berperanan selayaknya sebagai seorang guru dalam usaha
menerapkan penghayatan nilai murni. Saya merujuk kepada peranan guru (Liekona,
1991 dirujuk dalam Othman, 2011) yang menggariskan model penerapan nilai murni ;

guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor


mencipta komuniti moral
mengamal disiplin moral
membina kelas yang bercirikan demokrasi
mengajar nilai merentas kurikulum
menggunakan pembelajaran kooperatif
membina 'conscience of craft (tanggungjawab akademik)
memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas
membina budaya moral yang positif di sekolah
jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi

Dari pengalaman saya sendiri, tempoh berkhidmat sepanjang 26 tahun sebagai guru,
sebagai pegawai di Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah telah
mendedahkan saya kepada pelbagai etika dan sikap anggota perkhidmatan awam dan
khususnya warga pendidik yang mempunyai pelbagai sikap dan budaya kerja, ada yang
komited dan ada yang hanya bekerja kerana terpaksa bekerja.
Komitmen kakitangan awam, khusunya guru amat perlu dan penting untuk mencapai apa
juga hasrat atau aspirasi negara. Beberapa kajian lepas yang telah dibuat mendapati masih
kurangnya penerapan nilai murni dilakukan oleh guru-guru di dalam bilik darjah (Wan Hasmah
Wan Mamat, 2002; Ab. Halim Tamuri dalam Ab. Halim Tamuri dan Jaafary Awang, 2005;
Waddock, 2005; Habsah lsmail et al., 2007). Kurangnya penekanan nilai-nilai murni dalam
kalangan guru akan menimbulkan kurangnya kefahaman dan penghayatan nilai-nilai murni dalam
kalangan pelajar. lni jelas berdasarkan pernyataan Asmawati Suhid, Rahyl Mahyuddin dan Abdul
Rahman Md. Aroff (200I) menjelaskan pensyarah atau guru merupakan merupakan faktor
terpenting dalam mempengaruhi persepsi dan kefahaman pelajar tentang moral. Keadaan ini
mungkin wujud kerana pensyarah atau guru merupakan orang yang kerap berinteraksi dengan
pelajar.
Tanpa proses menerapkan nilai murni ke dalam mata pelajaran yang diajar, cita-cita untuk
melahirkan generasi cemerlang dalam semua aspek tidak akan berhasil kerana hanya melalui
penerapan nilai murni dalam pendidikan mampu mendidik insan yang rasional, amanah,
Yusri Zainol Abidin

ELM3043E

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI

bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang dipersetujui agama dan
masyarakat (lsmail Jusoh dan Mustapa Kassim, 1997).

Di dalam usaha untuk mempastikan penghayatan nilai murni dapat dicapai, sebagai
seorang guru, suka saya menengahkan aspek peranan guru dan sekolah bagi mencapai
aspirasi tersebut. Kita perlu balik kepada landasan peranan kita sebagai guru.
Walaupun semua pihak perlu memainkan peranan secara menyeluruh untuk menangani masalah
disiplin dan moral pelajar-pelajar tetapi peranan pihak sekolah dan guru lebih berkesan kerana
pelajar-pelajar menerima pendidikan secara formal dan sistematik (Abd Rahim Abd Rashid,
200l). lni turut disokong kenyataan bahawa salah satu punca penyelewengan moral ini ialah
faktor keibubapaan yang lemah, dan tradisi keluarga sebagai 'guru' moral yang pertama bagi
kanak-kanak semakin hilang. Kanak-kanak tidak dapat lagi mempelajari nilai murni di rumah.
Persekitaran di luar rumah juga adalah tidak mesra terhadap perkembangan nilai murid sekolah
(Abdul Rahman Md.Aroff, Asmawati Suhid & Nur Surrayyah Madhubala Abdullah, 2008). Oleh
itu,pendidikan nilai di sekolah sebagai penggerak utama dalam pembinaan watak bertambah
penting. Sekolah secara umumnya dan guru secara khususnya memainkan peranan penting dan
mempunyai pengaruh yang besar di dalam menerapkan nilai-nilai mumi. Melaluinya, pelajar
dididik supaya berakhlak, berrnoral dan mengamalkan budaya hidup yang mumi. Abd Rahim Abd
Rashid (200I)
Juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi
menyemai dan menanamkan nilai-nilai mumi sebagai langkah membentuk dan melahirkan
masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi mendidik
dan memupuk nilai-nilai murni tidak boleh diambil ringan. Nilai-Nilai murni perlu menjadi agenda
utama dalam pembangunan negara, pembangunan pendidikan, penggubalan dan pelaksanaan
kurikulum, polisi dan dasar pembangunan sekolah dan mencorakkan peranan dan
tanggungjawab guru. (Abd. Rashid Abd Rahim, 2001).
Sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai murni dengan
mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif (Zakaria Kasa,
Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj . Mahyuddin, 1996). Dalam menjayakan
aspek penerapan nilai murni dan penghayatan nilai murni, guru merupakan orang yang penting
dalam melaksanakan strategi KBSM yang kini telah ditukar kepada KSSM ini. Guru hendaklah
terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai murni yang hendak diajar (Zakaria Kasa, Abdul
Rahman Md.Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996). Lickona (1991) menjelaskan
tentang tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai mumi, iaitu guru perlu menjadi
Yusri Zainol Abidin

ELM3043E

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI

penjaga, model dan mentor; mencipta komuniti moral, mengamal disiplin moral, membina kelas
yang bercirikan demokrasi, mengajar nilai merentas kurikulum, menggunakan pembelajaran
kooperatif, membina 'conscience of craft', memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas,
membina budaya moral yang positif di sekolah, dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi.
Suh dan Traiger ( 1999) menerangkan bahawa kanak-kanak boleh dibantu dalam proses mereka
membentuk nilai yang berkaitan dengan kehidupan dalam masyarakat demokrasi dan majmuk
melalui aktiviti pembelajaran. Pada peringkat awal kanak-kanak boleh diajar mengenali nilai yang
ada dalam diri dan seterusnya melihat bagaimana mereka menjaga barang-barang dan perkara
yang mereka anggap bemilai. Suh dan Traiger percaya bahawa keseluruhan kurikulum sekolah
sepatutnya mengajar nilai-nilai tersebut.
Kita sebagai guru, harus berpegang kepada etika keguruan dan etika profesion keguruan di
dalam menangani elemen-elemen yang mencabar penerapan nilai-nilai murni dengan memberi
perhatian kepada aspek-aspek berikut sebagai panduan ;

Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kita jangan abaikan pemupukan nilai akhlak
dalam masyarakat.

Akhlak adalah pengukur kepada kemajuan, kerana ia berperanan penting melahirkan


manusia yang mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik serta berperanan mencetus
kemajuan.

Pembentukan nilai akhlak harus menjadi agenda nasional dan perlu kesepaduan usaha
dari semua pihak.

Untuk membina masyarakat yang berakhlak kita perlu suasana yang konstruktif kepada
nilai itu berkembang dan berusaha untuk menyekat suasana yang boleh mengikis nilainilai akhlak.

Rujukan ;

Abd Rahim Abd Rashid. (200I). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan
dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Ralunan Md.Aroff, Asmawati Suhid & Nur Surayyah Madhubala Abdullah.(2008).
Yusri Zainol Abidin

ELM3043E

ISU-ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI

Pendidikan Nilai dan Pembinaan Watak. Pendidikan di sekolah: isu dan cabaran.
Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Asmawati Suhid, Rahyl Mahyuddin dan Abdul Rahman Mad Aroff.(200I), 23 -25 Mei.
Persepsi pelajar institusi pengajian tinggi terhadap PendidikanMoral. Kertas kerja
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya.
Ismail Jusoh dan Mustapa Kasim. (1997). Pendidikan nilai 3K: Satu cadangan. Prosiding
Pendidikan Moral don Nilai. Sangi : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Wan Hasmah Wan Mamat. (2002). A qualitative investigation on the teaching of values
education in Malaysian schools : Expectations and realities. Jurnal Pendidikan, Jilid
22, 137-154.
Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa, Rabil Hj. Mahyuddin. (1996).
Penerapan ni/ai murni merentas kuriku/um : SatuTinjauan. Laporan Penyelidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti
Pertanian Malaysia.

Yusri Zainol Abidin

Anda mungkin juga menyukai