Pendekatan Teori Perkembangan Terhadap Konsep Kretiviti Pelajar Di Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

PENDEKATAN TEORI PERKEMBANGAN TERHADAP KONSEP KRETIVITI

PELAJAR DI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Abstrak
Artikel ini membicangkan mengenai pendekatan teori perkembangan terhadap konsep kretiviti
pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Azizi & Zainuddin (2010)
perkembangan individu boleh didefinasikan sebagai perubahan tingkah laku yang berlaku di
dalam diri seseorang. Proses ini dapat membantu individu dalam proses untuk mencapai tahap
kematangan. Perkembangan akan berlaku dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Manakala, pengajaran berkaitan dengan aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian dalam proses penyebaran ilmu. Justeru, adalah amat penting untuk
kita mengetahui mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan individu akan membolehkan
kita mengetahui tahap kretiviti seorang pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengenalan
Perkembangan adalah perubahan yang dialami oleh individu yang semakin meningkat
dewasa.

Perkembangan

yang

berlaku

merupakan

perubahan

secara

kualitatif

iaitu

kecenderungan ke arah yang lebih baik. Perkembangan ialah perubahan yang sistematik,
progresif dan berkesinambungan dalam diri individu sejak lahir hingga ke akhir hayat individu.
Kematangan dan kedewasaan individu adalah disebabkan oleh faktor perubahan dan
perkembangan. Menurut Atan (1982), perkembangan berlaku terhadap perubahan tubuh badan
yang bersifat kualitatif. Perubahan yang bersifat kualitatif ialah perubahan yang telah nyata
tetapi perubahan tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan yang berlaku melalui sifat
yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Slavin (1997) menyatakan bahawa
perkembangan berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu itu berkembang dan
membesar serta bagaimana individu menyesuaikan diri kepada persekitaran. Perkembangan
yang berlaku dalam diri individu adalah sepanjang hayat dan setiap individu berkembang dari
segi fizikal, personaliti, sosial, emosi dan bahasa.
Antara ciri-ciri perkembangan ialah perkembangan yang berlaku secara berperingkatperingkat bermula dari peringkat bayi hingga ke peringkat tua. Azizi & Zainuddin (2010)
menyatakan terdapat lima peringkat perkembangan dimana bermula dari bayi, kanak-kanak,
remaja, dewasa dan akhir sekali tua. Seterusnya, semua kanak-kanak akan mengalami proses
1

perkembangan yang sama tetapi berbeza tahap perkembangannya. Contohnya, tidak semua
kanak-kanak yang berumur 6 tahun boleh membaca dan mengeja. Ia bergantung kepada tahap
perkembangan kanak-kanak tersebut. Proses perkembangan juga bersifat berterusan iaitu
sepanjang hayat. Semua individu akan mengalami proses perkembangan sampai ke tua.
Perkembangan turut dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Baka akan menentukan
had perkembangan individu tersebut manakala persekitaran akan membantu proses
perkembangan untuk mencapai ke tahap yang maksimum. Selain itu, perkembangan juga
merupakan satu proses perubahan dalam diri individu. Ini berlaku disebabkan oleh tindakan
yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran individu sendiri.
Perkembangan yang berlaku akan menyebabkan perubahan dari segi bahasa, suara, tingkah
laku, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya.
Terdapat beberapa teori perkembangan individu yang dikemukan oleh ahli psikologi iaitu
Teori Perkembangan Arnold Gesell, Teori Perkembangan Robert Haringshurst, Teori
Perkembangan Jean Piaget, Teori Perkembangan Sigmund Freud dan Teori Perkembangan
Erik Erikson. Pengetahuan mengenai teori perkembangan akan membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, teori perkembangan akan mempengaruhi
sesuatu rekabentuk dan stratergi pengajaran. Farha (2012) menyatakan bahawa melalui teori
perkembangan ini, guru dapat mengetahui perbezaan perkembangan setiap individu. Dengan
itu, guru dapat menyediakan isi pelajaran, bahan dan aktiviti yang sesuai dengan tahap
perkembangan dan pertumbuhan murid-murid agar tahap kreativiti murid dapat ditingkatkan.
Guru yang memahami teori perkembangan ini akan memahami murid dan membantunya untuk
mengenal diri dan memahami diri mereka sendiri. Selain itu, guru juga dapat mengetahui tahap
kemampuan imiginasi, ekspresi dan kreativiti murid melalui teori-teori perkembangan
(Ummu,2013).

Latar Belakang
Teori perkembangan adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
adalah kerana guru perlu mengetahui tahap kematangan murid tersebut dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Lima teori yang dikemukan oleh ahli psikologi akan
dibincangkan untuk mengetahui konsep kretiviti pelajar dalam proses pengajaran. Selain itu,
untuk mengetahui kepentingan dan implikasi teori tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2

Kepentingan Kajian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah mengetahui kelebihan dan
kelemahan setiap pelajar. Setiap pelajar mempunyai perbezaan perkembangan diri dari segi
bahasa, suara, tingkah laku, cara berfikir, komunikasi, pergaulan dan sebagainya. Untuk
menhasilkan pengajaran dan pembelajaran yang effektif guru harus lah mengetahui
perkembangan pelajar terebut. Melalui keadah tersebut, kreativiti dan kebolehan pelajar dapat
ditingkatkan melalui pelbagai aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Analisis Kajian
i.

Teori Perkembangan Arnold Gesell


Teori perkembangan Arnold Gesell merupakan satu teori kematangan biologi
yang mengatakan tingkah laku individu berkembang mengikut masa yang telah di
tetapkan. Ini bermaksud, apabila sudah sampai masa proses perkembangan kanakkanak

akan

berlaku.

Selain

itu,

faktor-faktor

persekitaran

dan

kebudayaan

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Menurut Arnold Gesell, kanak-kanak


berkembang mengikut perkembangan sendiri. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh
dipaksa. Oleh itu, wujud kadar pertumbuhan kanak-kanak yang berlainan yang berlaku
pada masa yang berlainan. Perbezaan perkembangan individu penting dan harus
diketahui kerana di dalam pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan
penting untuk mengetahui tahap pemikiran dan kreativiti kanak-kanak.
Terdapat lima peringkat tahap perkembangan kanak-kanak menurut Gesell.
Peringkat pertama bermula pada usia 0-1 tahun. Perkembangan bayi pada umur
sebulan menghasilkan tangisan yang berlainan samada tangisan lapar atau tangisan
inginkan belaian. Semasa bayi berumur empat bulan akan melalui peringkat awal
perkembangan emosi iaitu ketawa apabila gembira dan di usia lapan tahun psikomotor
bayi meningkat di mana bayi tersebut boleh mengenggam objek dan pada usia 1 tahun
bayi boleh berdiri. Peringkat kedua bermula pada usia 1-2 tahun iaitu kanak-kanak
sudah mula berjalan dan bercakap. Pada peringkat ketiga kanak-kanak berumur 2-3
tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mula makan sendiri dan bercakap mengunakan
ayat yang mudah. Peringkat keempat bermula pada usia 3-4 tahun. Pada peringkat ini
kanak-kanak boleh menerima arahan mudah dari ibu bapa. Pada peringkat kelima
kanak-kanak berusia 4-6 tahun. Peringkat kelima kanak-kanak mula bersosialisasi
dengan persekitaran dan mengemukakan soalan. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh
3

membezakan antara yang betul dan yang salah dan boleh mendengar pendapat orang
lain.
ii.

Teori Perkembangan Robert Havighurst


Robert Havighurst menyatakan

bahawa

perkembangan

manusia

telah

dipengaruhi oleh persekitaran, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Setiap


perlakuan manusia disebabkan dari kematangan fizikal, perkembangan peribadi dan
keperluan masyarakat. Terdapat enam peringkat perkembangan manusia mengikut teori
Robert Havighurst. Peringkat pertama ialah peringkat bayi sehingga kanak-kanak
berumur 5 tahun. Pada peringkat pertama kanak-kanak mencapai kecerdasan deria dan
memahami sifat objek. Peringkat kedua ialah peringkat pertengahan zaman kanakkanak bermula dari umur 6 hingga 12 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mula
bersosial dengan rakan sebaya dan membentuk konsep diri yang positif.
Peringkat ketiga pula ialah peringkat remaja berumur 13-18 tahun. Pada
peringkat ini mereka ingin mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang
dewasa. Selain itu, mereka juga ingin menguruskan keawangan sendiri dan membina
ideologi sendiri. Peringkat keempat pula peringkat awal dewasa berumur 19-29 tahun.
Pada peringkat ini mereka mula membuat pilihan sendiri dalam kerjaya dan memulakan
hubungan intim. Peringkat kelima ialah pertengahan dewasa berumur 30-6 tahun. Pada
peringkat ini mereka berada dalam fasa pengukuhan kerjaya. Peringkat terakhir sekali
ialah peringkat kematangan lewat berumur 60 tahun dan ke atas. Mereka lebih
mementingkan kesihatan diri, gaya hidup positif dan pencapaian kerohanian.
iii.

Teori Perkembangan Jean Piaget


Menurut Piaget, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada dua faktor iaitu
faktor keturunan dan faktor persekitaran. Piaget percaya bahawa kanak-kanak
mempelajari sesuatu melalui persekitaran mereka. Interaksi dengan persekitaran dapat
meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
perkembangan

kognitif

kanak-kanak

Mengikut Teori Perkembangan Piaget,

melalui

empat

peringkat

iaitu

Peringkat

Sensorimotor (0-2 tahun), Peringkat Pra-operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-11
tahun) dan Peringkat Operasi Formal (11-15 tahun).
Pengetahuan kanak-kanak diperolehi melalui interaksi dengan orang sekeling
dan objek. Contohnya mengenggam tangan dan menghisap jari. Pengetahuan ini
berlaku di peringkat Sensorimotor. Kanak-kanak belajar berdasarkan pengalaman
mereka sendiri. Oleh itu, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai bahan
pembelajaran agar perkembangan kanak-kanak tidak terbantut. Jean Piaget juga
percaya bahawa kecerdikan kanak-kanak bergantung kepada proses yang aktif di mana
4

kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pengalaman dan interaksi dengan pelbagai


objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya. Peringkat
praoperasional

pula

berlaku

dimana

kanak-kanak

mengunakan

simbol

untuk

membayangkan perkara lain. Perkembangan operasi konkrit pula ialah proses


penyelesaian masalah. Ini adalah kerana kanak-kanak sudah dapat membentuk mental
dan pengetahuan yang mereka miliki. Akhir sekali, perkembangan operasi formal
dimana remaja sudah berfikir secara kraetif dan menyelesaikan masalah.
iv.

Teori Perkembangan Sigmund Freud


Menurut teori perkembangan Sigmund Freud, keperibadian kanak-kanak mula
terbentuk pada usia lima tahun. Perkembangan awal mempengaruhi pembentukan
peribadi kanak-kanak tersebut. Tambahan pula, jika tahap-tahap psikoseksual
berkembang dengan baik akan memberi kesan kepada keperibadian kanak-kanak.
Terdapat lima tahap psikoseksual iaitu tahap oral (sejak lahir sehingga 1 tahun), tahap
anal (usia 1 tahun-3 tahun), tahap phalik (usia 3-6 tahun), tahap latent (usia 6 12
tahun) dan tahap genital (masa remaja).
Pada tahap oral, interaksi bayi terjadi melalui mulut seperti menghisap, menelan,
dan makan. Pada tahap ini, bayi bergantung sepenuhnya terhadap pengasuh untuk
memberi makan, minum dan sebagainya. Bayi juga akan merasa selesa dan nyaman
melalui

stimulasi

oral.

Konflik

utama

pada

tahap

ini

ialah

mengurangkan

kebergantungan bayi kepada pengasuh. Tahap anal pula ialah proses melatih seperti
melatih kanak-kanak membuang air di tandas. Menurut freud, keberhasilan tahap ini
bergantung kepada proses latihan yang telah diberi oleh pengasuh. Pada tahap phalik
fokus utamanya ialah alat kelamin. Pada tahap ini juga proses bersaing antara kanakkanak dan dewasa seperti bersaing untuk mendapatkan kasih sayang ibu. Tahap latent
pula berlakunya pertumbuhan intelektual dan sosial di antara rakan sebaya. Fasa genital
adalah proses individu mendapatkan kepuasan dari stimulasa dan manipulasi tubuhnya
sendiri. Selain itu, individu akan lebih bertanggungjawap pada diri sendiri dan tidak
bergantung

kepada

orang

tua.

Tujuan

tahap

ini

adalah

untuk

menetapkan

keseimbangan kehidupan dalam pelbagai bidang.


v.

Teori Perkembangan Erik Erikson.


Teori perkembangan sosia-emosional telah diperkenalkan oleh Erik Erikson.
Teori Erikson menerangkan bahawa kesan pengalaman mempengaruhi kehidupan
sehingga sepanjang hayat. Terdapat lapan tahap teori psikososial Erikson. Tahap
pertama ialah kepercayaan melawan kecurigaan. Tahap pertama berlaku pada umur 0-1
5

tahun. Pada tahap ini bayi akan bergantung sepenuhnya terhadap penjaga. Sekiranya
penjaga memberikan kesempurnaan, bayi akan merasa selesa dan percaya terhadap
penjaga tetapi sekiranya sebaliknya perasaan ragu-ragu dan tidak percaya akan wujud
dalam diri bayi terhadap penjaga.
Tahap kedua adalah otonomi melawan perasaan malu/ragu-ragu. Tahap kedua
berlaku pada umur 1 -3 tahun .Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu
kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti merangkak, berjalan dan sebagainya.
Rasa percaya pada terhadap keupayaan diri akan wujud sekiranya kanak-kanak berjaya
melakukan proses perkembangan dan mendapat sokongan dari penjaga. Tetapi
sekiranya mereka gagal akan wujud perasaan ragu-ragu terhadap kebolehan diri. Tahap
ketiga bermula pada umur 3-6 tahun iaitu inisiatif lawan kesalahan. Pada tahap ini,
kanak-kanak akan meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran yang
baru. Mereka akan mencuba pelbagai inisiatif untuk melakukannya dari perasaan ingin
tahu. Mereka juga akan kerap bertanya untuk mendapatkan penjelasan tentang sesuatu
perkara. Tetapi apabila mereka diberi pola asuhan yang salah, mereka akan cendurung
melakukan kesalahan dan akan berdiam diri akhirnya.
Psikologi tahap keempat pula kerajianan melawan rasa rendah diri bermula pada
umur 6-12 tahun. Tahap ini merupakan tahap latent iaitu school age. Kemahiran yang
diperolehi berkisarkan di alam persekolahan. Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat
ini akan merasa rendah diri terhadap pencapaian akademik dan hubungan sosial
dengan individu yang berada di persekitarannya. Tahap kelima pula adalah 12-20 tahun.
Pada tahap ini identiti melawan kekacauan identiti. Tahap ini merupakan tahap adolense
(remaja). Pada tahap ini pencarian identiti dan jati diri akan berlaku. Apabila mereka
bergaul dengan orang yang baik maka identiti dan jati diri yang terbentuk adalah baik
manakala apabila mereka bergaul dengan orang yang tidak baik maka akan timbul
kekacauan identiti pada remaja tersebut. Tahap keenam ialah keintiman melawan
isolasi. Tahap ini berlaku pada masa awal dewasa bermula pada usia 20-25 tahun. Pada
tahap ini kemesraan melawan keterasingan. Mereka akan membentuk keintiman dalam
perhubungan dan akan membina kerjaya. Individu yang gagal akan merasa terasing dan
tersisih dalam kumpulan masyarakat.
Tahap ketujuh ialah generatifitas melawan stagnasi bermula pada usia 26-60
tahun. Dalam tahap ini terdapat satu cabaran yang harus dicapai iaitu dapat
mengabdikan

diri

untuk

mencapai

keseimbangan

dalam

melakukan

sesuatu

(generatifitas) dengan tidak melakukan apa-apa (stagnasi). Jika mereka mempunyai


kehidupan keluarga dan kejaya yang baik ia akan dapat memuaskan hati tetapi mereka
6

yang tidak berjaya akan merasa terasing dan tersisih. Tahap terakhir ialah integrasi
melawan putus asa. Tahap ini berlaku pada usia senja iaitu pada 61 tahun ke atas.
Tahap ini merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan dalam
kehidupan berkeluarga. Tetapi sekiranya gagal ia akan membawa kepada kedukaan dan
kekecewaan dan akan berputus asa dengan kehidupannya.

Kesimpulan
Pendekatan Teori Perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
penting bagi mengetahui kreativiti dan tahap perkembangan pelajar. Oleh itu, isi
pengajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif pelajar.
Menurut Farha (2012) menyatakan bahawa guru seharusnya sensitif dengan perbezaan
perkembangan indivi yang wujud dalam kalangan pelajar agar pelajar yang lambat
proses perkembangannya tidak terbiar dan terasa terasing. Oleh itu, guru seharusnya
menyediakan objektif, isi pelajaran, bahan dan aktiviti yang menarik minat pelajar. Selain
itu, penggunaan alat bantu mengajar adalah penting dalam membentuk pengajaran
yang menarik. Sekiranya persekitaran pembelajaran menarik dan selesa boleh
membantu proses perkembangan pelajar tersebut.
Ummu (2013) berkata bahawa pemahaman yang jelas mengenai teori-teori
perkembangan ini membantu guru mengenalpasti tahap kemampuan imiginasi, ekspresi
dan kreativiti murid. Tambahan pula, tahap kemampuan murid adalah berbeza-beza
antara satu murid dengan murid lain berdasarkan faktor perkembangan yang
mempengaruhinya. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan yang bersesuai guru
dapat meningkatkan kemahiran, kreativiti dan pemahaman murid yang lemah dan
meningkatkan perkembangan dan tumbesaran pelajar.
Berdasarkan penulisan Farha (2012), implikasi teori perkembangan dari sudut
jasmani

membolehkan

guru

menyediakan

aktiviti

yang

bersesuian

mengikut

kematangan pelajar. Contohnya, aktiviti senaman dan permainan yang sesuai,


menyeronokkan dan bermanfaat. Dari sudut perkembangan emosi dan rohani guru
dapat mengawal dan mencegah tingkah laku negatif dan emosi yang tidak stabil. Guru
seharusnya bersikap penyayang, dan membantu murid yang mempunyai masalah. Guru
yang memahami tahap perkembangan emosi akan membantu dan membimbing murid
menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. Dari sudut perkembangan sosial pula
guru akan mengunakan strategi pengajaran yang pelbagai untuk menggalakan interaksi
dan pergaulan pelajar seperti perbincangan pelajaran, aktiviti permainan dalam
kumpulan. Aktiviti-aktiviti ini akan merangsang perkembangan sosial pelajar.
7

Rujukan
i.

Azizi Yahaya dan Zainuddin Abu Bakar (2010), Teori-Teori Perkembangan, Reasearch

ii.

Gate.
Zailani Zakaria (2010), Perkembangan Kreativiti Dan Pembelajaran Kanak-Kanak (atas

iii.

talian), http://cikguani.blogspot.my/2010/06/teori-jean-piaget.html (21 June 2010).


Ummu Iman (2013), Kepentingan Teori Perkembangan Kepada Guru Psv - Subjek
Psv3107 (atas talian), http://pendidik-istimewa.blogspot.my/2013/02/kepentingan-teori-

iv.

perkembangan-kepada.html (27 Feb 2013).


Farha Aziz (2012), Implikasi Teori Perkembangan Dan Pertumbuhan Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran (atas talian), http://muzikrbtpsikologi.blogspot.my/2012/08/implikasiteori-perkembangan-dan.html, (25 Aug 2012).

Anda mungkin juga menyukai