Teori Imejan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

TEORI IMEJAN

Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang digunakan
secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional. Mereka bersetuju bahawa setiap
perkataan yang disebut, didengar dan dibaca akan ditafsirkan secara automatik oleh fikiran
masing-masing.
Teori ini juga dikenali sebagai Teori Imej Makna. Dapat didefinisikan sebagai imej
makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu benda atau
perkara disebut. Dalam erti kata lain, makna kata dihuraikan berdasarkan gambaran yang
ada dalam fikiran seseorang. Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut
tergambar dalam fikiran dan diinterpretasi sehingga memberi makna yang abstrak.
Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak
menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung kepada
keluasan, pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri. Justeru, kekurangan
teori ini adalah imej yang tergambar dalam fikiran seseorang itu betul atau salah. Individu itu
mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapan atau pun dalam situasi yang lain
mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang berkongsi imej yang sama. Pada hakikatnya,
satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.
Misalnya frasa bunga. Ada yang memahami frasa ini sebagai beberapa kuntum
bunga. Sebaliknya ada juga yang mungkin memahami bahawa frasa itu mempunyai dua
maksud, iaitu beberapa kuntum bunga dan anak gadis yang diibaratkan seperti bunga
dalam masyarakat Melayu.
Contoh kedua ialah doktor gigi. Bagi golongan orang dewasa khususnya, doctor gigi
merupakan seorang lepasan ijazah yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, dan
tugasnya adalah mecabut atau memeriksa gigi pesakit, situasi berbeza berlaku apabila
panggilan ini disebut kepada kanak-kanak, mereka akan terbayangkan dalam fikiran mereka
seorang doctor yang serba putih akan memegang jarum yang besar serta alat-alat untuk
mencabut gigi yang menyeramkan.

TEORI TINGKAH LAKU (BEHAVIORISME)


Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada
baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan, dikawal dan diramal.
Dalam bidang semantik pula, Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini
dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan dan
jika tidak ia hanya akan dianggap sebagai andaian sahaja. Dalam erti kata lain,individu akan
dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul hasil
daripada tindak balas yang diberi oleh orang lain kepadanya.
Empat ciri umum teori behaviorisme ialah menolak konsep mentalisme yang
mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan, mempercayai bahawa
tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan, tingkah laku manusia dalam
berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi dan perlakuan manusia ada
hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas.
Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas yang terhasil daripada
rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang
berlangsung antara mereka. Rangsangan tersebut berlaku samada melalui proses perkaitan
antara proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran.
Osgood (1980) telah menjalankan kajian semantik yang lebih menekankan proses
penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar untuk memahami ujaran tersebut.
Hal ini bermaksud perlu wujudnya situasi saling memahami makna yang sama bagi katakata yang digunakan.
Contohnya seseorang itu akan marah jika dikatakan Engkau bodoh seperti lembu
kerana dia mampu mengaitkan makna kata bodoh seperti lembu itu dengan ciri haiwan
lembu yang dimaksudkan. Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran Engkau lambat
seperti kambing kerana makna kata lambat seperti kambing itu tidak dapat dikaitkan
dengan ciri atau sifat haiwan yang dimaksudkan.
Contoh mudah lain adalah ihsan, saya mengantuk. Tolong tutup suiz lampu kata
zul. zul yang berasa mengantuk meminta tolong daripada ihsan untuk menutup suiz lampu.
mengantuk ialah rangsangan, manakala perbuatan meminta tolong tutup suiz lampu ialah
gerak balasnya. Kedua-dua unsur ini didapati berturutan. Justeru, adalah dapat disimpulkan

di sini bahawa hubungan operasi R-S ini adalah mampu menghuraikan makna
ujaran dalam aspek semantik.

Kelebihan teori belajar (behaviorisme) adalah sebagai berikut:


1. Sangat cocok diterapkan kepada siswa atau anak yang masih membutuhkan dominasi
orang tua.
2. Pembelajaran dapat mudah diarahkan dan diganti dengan stimulus-stimulus yang
diinginkan.
3. Pembelajaran mempunyai orientasi pada hasil yang dapat diukur dan diamati.

Kekurangan teori belajar (behaviorisme) adalah sebagai berikut:


1. Menyebabkan proses pembelajaran yang tidak menyenangkan dan pendidik terkesan
menjadi bersikap otoriter kepada siswa.
2. Pembelajaran hanya perpusat pada guru sehingga pemikiran siswa tidak bisa
berkembang secara lebih kreatif.
3. Pemberian hukuman dianggap menjadi pilihan yang paling efektif untuk menertibkan
siswa.

Anda mungkin juga menyukai