Karangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Industri kraf tangan mempunyai potensi yang besar di negara kita

meskipun menghadapi pelbagai masalah.


Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri
ini?
Jelaskan.
Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf
tradisional. Industri ini merupakan satu industri yang berpetensi besar untuk
membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat
desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan
industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.
Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan
membina lebih banyak pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak
pusat kraf sebegini sudah pasti menjadikan lebih banyak produk yang boleh
dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar.
Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat melatih
lebih banyak penggiat industri ini pula.

Hasil Kraf Tangan Mengkuang

Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti


industri ini. Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu
meninggikan lagi keluaran industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga
yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima.
Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan
kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati
pelancong.
Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam
kalangan generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf
tangan negara kerana mereka tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih
suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden atau berteknologi tinggi.
Kempen yang meluas juga mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf
tangan pada masa yang sama.
Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang
wujud di Malaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk
dijadikan kraf tangan mampu memberikan sentuhan unik terhadap produk
tersebut lalu meninggikan permintaannya pada masyarakat luar. Bukankah kraf
tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan?

Hasil Kraf Tangan Batik

Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.


Semua negara menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita
untuk memastikan hasil ini terus hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita
mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi buktik betapa teruknya
pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri.

Untuk melihat contoh-contoh hasil seni kraftangan KLIK SINI.


Kementerian Kemajuan Kraftangan Malaysia
Anda mungkin juga meminati:

Langkah-langkah untuk Meningkatkan Semangat Patriotik dalam kalangan


Masyarakat

TUGASAN SEMASA CUTI 2 - Bahasa Melayu tingkatan 1 Cerdik dan 1


Bestari 2013

Karangan Contoh 5 - Punca-Punca Berlakunya Gejala Buli dan Langkahlangkah Menanganinya

INSTURMEN PBS BAHASA MELAYU (PELAJAR) B3 DB1 E2

Anda mungkin juga menyukai