Modul Kupasan Jawapan Sej k2 SPM 2015

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 36

KUPASAN JAWAPAN

SEJARAH KERTAS 2

SPM 2015
GROUP 123 SEJARAH SPM

Group123SejSPM
0

Penghargaan
Bersyukur

kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya group 123sejspm telah berjaya menghasilkan modul Kupasan Jawapan


Soalan SPM 2015 mengikut format terkini .Penghasilan modul ini merupakan cetusan
idea En Mike Mahen dan mendapat sokongan daripada Ahli Jawatankuasa group serta
beberapa orang ahli group ini.Modul ini dihasilkan dengan kerjasama ahli-ahli group
yang mempunyai pengalaman sebagai pemeriksa kertas Sejarah SPM. Kawalan mutu
modul ini dilaksanakan oleh:
1. En. Mike Mahen

Maktab Tentera DiRaja Sungai Besi,KL

2. Pn.Hanita binti Ahmad

SMK Seri Raub,RaubPahang

3. En.Sarapa bin Ismail

MRSM Pengkalan Chepa,Kelantan

4. Puan Faizah binti Abdul Akib.

SMK DatoSyed Ahmad, Kuala


Nerang,Kedah

Pihak kami merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas komitmen guruguru yang telah menyumbang jawapan modul ini.Namun begitu,pihak kami telah
membuat pengubahsuaian supaya menepati peraturan pemarkahan SPM terkini.
Modul ini hanya sebagai satu contoh model jawapan mengikut Aras 3 khasnya
untuk soalan KBAT esei. Modul ini diharapkan dapat menjana idea dan pengetahuan
kepada semua guru sejarah dalam group ini untuk memberi pendedahan awal kepada
para pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM 2016 supaya
mereka mengemukakan jawapan ARAS 3

selaras dengan kehendak peraturan

pemarkahan sejarah SPM.


Pihak kami amat

berharap jalinan kerjasama secara maya ini menjadi satu

wadah untuk kita bersama-sama merealitikan kelulusan cemerlang para pelajar kita
dalam mata pelajaran sejarah SPM 2016 dan tahun-tahun mendatang. Semoga modul
Kupasan Jawapan SPM mengikut format terkini ini dapat memberi manfaat kepada
anak-anak didik kita untuk mendapat Sijil SPM. Sesungguhnya penghasilan modul ini
berkat kerjasama dan ukhwah yang terjalin dalam kalangan ahli group 123Sejarahspm.

Group123SejSPM
1

KANDUNGAN
BILANGAN
1

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

TAJUK
PENGHARGAAN
a) Namakan kerajaan agraria yang bertanda (2m)
b) Nyatakan dua kegiatan ekonomi kerajaan
tersebut (2m)
c) Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi kerajaan tersebut? Berikan penjelasan
anda. (3m)
d) Jelaskan sumbangan kerajaan agraria kepada
tamadun awal di AsiaTenggara (3m)
a) Matlamat Ferdinand Magellan belayar
mengelilingi dunia? (2m)
b) Jelaskan faktor kejayaan pelayaran tersebut
(2m)
c) Mengapakah pelayaran itu penting kepada
Sepanyol?(3m)
d) Adakah pelayaran tersebut menjejaskan
masyarakat di luar Eropah? Kemukakan alasan
anda (3m)
Pakatan Murni telah terbentuk sejak sebelum
pembentukan Parti Perikatan
a) Jelaskan maksud pakatan murni. (2m)
b) Terangkan usaha yang telah dibuat untuk
menjayakan pakatan murni sebelum merdeka
(2m)
c) Huraikan faktor kejayaan pakatan murni
sebelum merdeka (3m)
d) Mengapakah pakatan murni penting dalam
pembentukan
negara dan bangsa
Malaysia yang berdaulat? (3m)
Perlembagaan merupakan satu daripada ciri penting
dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
di Malaysia.
a) Apakah maksud perlembagaan? (2m)
b) Berikan dua contoh peruntukan dalam
perlembagaan
Malaysia. (2m)
c) Keluhuran Perlembagaan adalah prinsip
ketiga rukun negara. Huraikan prinsip
tersebut. (3m)
d) Mengapakah perlembagaan penting kepada
negara? (3m)

MUKA
SURAT
1

5-6

6-7

Group123SejSPM
2

Soalan 5

Soalan 6

Soalan 7

Soalan 8

Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul


beberapa empayar seperti Maurya dan Gupta di India,
empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di
Eropah- Sumber: Farmer,Comparative History of
Civilisation
a) Bagaimanakah perluasan kuasa dilakukan oleh
tamadun tersebut? (6m)
b) Peta 3 : Kawasan berlorek adalah wilayah
empayar Yunani semasa pemerintahan
Alexander the Great.
Mengapakah kawasan tersebut menjadi sasaran
perluasan Yunani? (8m)
Gunakan maklumat daripada peta dan
pengetahuan anda.
c) Adakah perluasan kuasa masih berlaku pada
abad ke-21 ini ? Berikan pendapat dan hujah
anda. (6m)
Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa penting dalam
perjuangan Nabi Muhammad SAW dan
perkembangan Islam
a) Jelaskan konsep hijrah (4m)
b) Mengapakah Nabi Muhammad SAW dan umat
Islam berhijrah ? (6m)
c) i) Hjrah menjadi titik tolak kepada pembentukan
negara Islam Madinah. Jelaskan pernyataan
tersebut. (6m)
ii) Berikut adalah lirik lagu semperna majlis
sambutan Maal Hijrah di Malaysia.Ulaskan
maksud lirik lagu tersebut. (4m)
a) Jelaskan tentang teori kedatangan Islam ke Asia
Tenggara. (8m)
b) Teori manakah yang paling tepat dalam
menghuraikan kedatangan Islam ke Asia
Tenggara? Beri hujah anda. (6m)
c) Sejauh manakah perubahan yang berlaku dalam
kehidupan masyarakat di Asia Tenggara
selepas kedatangan Islam? (6m)
a) Terangkan ciri-ciri ekonomi tradisional
masyarakat Melayu pada zaman penjajah. (6m)
b) Mengapakah British mengabaikan ekonomi
tradisional? (6m)
c) i) Jelaskan ciri-ciri ekonomi dagangan. (4m)
(ii) Mengapakah British memberi tumpuan
kepada kegiatan ekonomi dagangan? (4m)

10-13

14-16

17-19

20-23

Group123SejSPM
3

Soalan 9

Akhbar berikut mula diterbitkan pada tahun 1930-an


a) Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar
tersebut pada ketika itu? Berikan penjelasan anda
(4m)
b) Bagaimana isu yang dibangkitkan oleh akhbar
tersebut dapat menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam kalangan orang Melayu (6m)
c) Akhbar berikut berada di pasaran masa kini.
i)
Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar
tersebut ? Berikan penjelasan anda (4m)
ii)
Berikan cadangan anda untuk
meningkatkan peranan akhbar dalam
memajukan masyarakat. (6m)

Soalan 10

a) Berdasarkan Sumber 1, jelaskan tentang sistem


pendidikan di negara kita sebelum merdeka. (8m)
b) Mengapakah sistem pendidikan dalam Sumber 1
wujud pada zaman penjajah? (6m)
c) Teliti Sumber 2 : Bagaimanakah Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dapat merealisasikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020? (6m)

Soalan 11

Perang Dunia Kedua berlaku dari tahun 1939 - 1945.


a) Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
(6m)
b) Jelaskan kesan perang tersebut terhadap
keamanan dunia. (8m)
c) Gambar : Senjata canggih yang digunakan
dalam peperangan pada abad ini.
Berdasarkan perkembangan teknologi
persenjataan masa kini, ramalkan masa depan
dunia. (6m)

24-27

28-31

32-35

Group123SejSPM
4

Bahagian A
( 40 markah )
Jawab semua soalan
Soalan 1: Soalan berdasarkan Peta 1

(a) Namakan kerajaan agraria yang bertanda : ( 2 markah )


X Funan
Y Angkor
(b)

Nyatakan dua kegiatan ekonomi kerajaan tersebut ( 2 markah )

(i)

Berasaskan pertanian (F) seperti menanam padi sawah (C).

(ii)

Menangkap ikan (F).

Mengumpul hasil hutan (F) dan menternak binatang (F).

(c)

Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi


kerajaan tersebut?
Berikan penjelasan anda.
( 3 markah )

Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi kerajaan agraria ialah tanah


subur (F) serta iklim (F) yang panas dan lembap sepanjang tahun (H) sesuai
untuk aktiviti pertanian (H) seperti menanam padi (C). Di samping itu, lokasi
yang sesuai (F) iaitu berhampiran dengan sungai (H) seperti Sungai Mekong
(C).Selain itu kemudahan pengairan (F) dan baray (F) untuk mengairi kawasan
pertanian (H).

Group123SejSPM
5

d)

Jelaskan sumbangan kerajaan agraria kepada tamadun


awal di AsiaTenggara
( 3 markah )
Sumbangan kerajaan agraria kepada tamadun awal di Asia Tenggara ialah
membekalkan bahan mentah (F) seperti kayu keras untuk membuat kapal (C)
serta bahan makanan (H) seperti beras (C). Selain itu, sistem pengairan
dibina (F) untuk mengairi kawasan pertanian (H) seperti pembinaan baray (C)

SOALAN 2 : Peta 2 menunjukkan arah pelayaran Ferdinand Magellan dan anak


kapalnya pada abad ke-16

2(a) atlamat Ferdinand Magellan belayar mengelilingi


dunia?
( 2 markah )
(i)
Untuk menguasai ekonomi (F) seperti emas, sutera dan rempah (C).
(ii)

Untuk menyebar agama kristian (F).


- Untuk memperluaskan tanah jajahan (F) dan kemegahan negara
mereka (F).

(b) Jelaskan faktor kejayaan pelayaran tersebut

( 2 markah )

Faktor kejayaan pelayaran ialah galakan dari pemerintah (F) untuk meneroka
jalan laut. (H). Selain itu sikap optimistik (F) serta keberanian mereka
melakukan pelayaran. (F).Seterusnya,kemahiran ilmu pengetahuan yang
mereka miliki (F) seperti kemahiran geografi (C) dan berjaya mencipta kompas
(C).
Group123SejSPM
6

2(c)

Mengapakah pelayaran itu penting kepada Sepanyol?


Berikan alasan anda.
( 3 markah )
Pelayaran itu penting kepada Sepanyol untuk menunjukkan imej dan
kemegahan mereka (F) sebagai bangsa penjajah baru (H) bagi memiliki tanah
jajahan yang luas (H) contohnya mereka berjaya menguasai Filipina (C). Selain
itu mereka berjaya menguasai ekonomi di Timur (F) bagi kepentingan mereka
(H) seperti emas dan perak di tanah jajahan mereka (C). Selain itu berjaya
menyebarkan agama kristian (F).

(d) Adakah pelayaran tersebut menjejaskan masyarakat


di luar Eropah? Kemukakan alasan anda.
( 3 markah )
Ya. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka kehilangan bahan mentah (F)
yang menjadi sumber pendapatan utama jika mereka tenerokai sendiri (H)
seperti rempah ratus,bijih timah dan emas (C).Selain itu masyarakat luar
Eropah ditindas (F) iaitu mereka terpaksa bekerja tanpa upah (H) dan perlu
membayar cukai yang tinggi (H) seperti Sistem Polo di Filipina (C)

Group123SejSPM
7

SOALAN 3
Pakatan Murni telah terbentuk sejak sebelum pembentukan
Parti Perikatan
3(a) Jelaskan maksud pakatan murni.
( 2 markah )
Pakatan murni ialah usaha semua kaum menghasilkan satu kerjasama (F) dan
tolak ansur politik (F) bagi menyatupadukan semua kaum (F) melalui rundingan
(F).
(b)

Terangkan usaha yang telah dibuat untuk menjayakan


pakatan murni sebelum merdeka
( 2 markah )
Antara usahanya ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
( CLC ) (F) yang dianggotai oleh UMNO ,MCA dan MIC (H).Rundingan UMNO
dengan CLC (F) telah membawa kepada penubuhan RIDA (H). Selain itu
penubuhan Parti kemerdekaan Malaya (IMP) (F) oleh Dato Onn Jaafar (H).

(c) Huraikan faktor kejayaan pakatan murni sebelum merdeka.


( 3 markah )
Faktor kejayaannya ialah dapat mewujudkan semangat kerjasama antara kaum
(F). Hal ini telah memudahkan perundingan antara semua kaum (H) iaitu kaum
Melayu , Cina dan India (C).Kejayaan ini didorong oleh semangat cinta akan
negara (F) bagi menolak campur tangan asing (H) contohnya semua pemimpin
pelbagai kaum bersatu hati (C) dalam perjuangan menuntut kemerdekaan di
Tanah Melayu (H).
3(d) Mengapakah pakatan murni penting dalam pembentukan
negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat? ( 3 markah )
Pakatan murni penting kerana dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu (F)
bagi menjana pembangunan negara (H) seperti dalam perladangan dan
perlombongan (C). Oleh itu, semua rakyat dapat menikmati taraf hidup yang
tinggi (I ). Selain itu sistem politik yang stabil dapat diwujudkan (F) supaya semua
kaum dapat hidup secara aman (H) dan sejahtera (H) .

Group123SejSPM
8

SOALAN 4
Perlembagaan merupakan satu daripada ciri penting dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
4 (a) Apakah maksud perlembagaan?

( 2 markah ]

Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi (F) yang terkandung


peraturan dan panduan mentadbir negara (F) serta dapat menentukan hala
tuju Negara (F).

(b)

Berikan dua contoh peruntukan dalam perlembagaan


Malaysia.
[ 2 markah ]
Contoh peruntukan dalam perlembagaan Malaysia ialah Senarai Kerajaan
Persekutuan (F) dan senarai Kerajaan Negeri (F) Selain itu terdapat bidang
kuasa Institusi Yang di-Pertuan Agong (F), kuasa Parlimen (F), kuasa
Jemaah Menteri (F) dan Badan Kehakiman (F).

(c) Keluhuran Perlembagaan adalah prinsip ketiga rukun


negara. Huraikan prinsip tersebut.
[ 3 markah ]
Keluhuran perlembagaan bermaksud ketertinggian undang- undang (F)
yang mengatasi semua kuasa (H) seperti kuasa Yang di-Pertuan Agong
dan Jemaah Menteri. (C) Oleh itu undang undang yang bercanggah
dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah dan terbatal ( I ).
(d) Mengapakah perlembagaan penting kepada negara? [ 3 markah ]
Perlembagaan negara penting kerana dapat mewujudkan sistem politik yang
stabil (F) supaya rakyat dapat hidup secara aman (H). Contohnya
perlembagaan dapat mengawal tingkahlaku seseorang (C). Selain itu,
perlembagaaan dijadikan sebagai panduan dalam pentadbiran (F) supaya
dapat mewujudkan pentadbiran yang adil dan jujur (H).Maka dengan itu
sistem pentadbiran negara akan dilaksanakan dengan lancar ( I ).

Group123SejSPM
9

Bahagian B
( 60 markah )
Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagian ini
SOALAN 5
Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti
Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom
di Eropah.
Sumber : Farmer, Comparative History of Civilisations

(a)

Bagaimanakah perluasan kuasa dilakukan oleh tamadun


tersebut?
[6 markah]
Perluasan kuasa yang dilakukan oleh Chandragupta Maurya dalam
tamadun India telah membentuk empayar Maurya (F). Beliau telah menyatukan
kerajaan-kerajaan kecil di India (H).Sebaliknya semasa pemerintahan Asoka
(H),beliau lebih menekankan dasar terbuka dan lembut (F) dengan menekankan
ajaran agama Buddha (H).

Sistem pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak (F) telah
dilakukan oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin) dalam tamadun China (H) , melalui
pemerintahan berpusat (H) dan

menghapuskan kuasa golongan bangsawan

dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir (H).

Perluasan kuasa yang dilakukan oleh tamadun Yunani adalah dengan


cara penyebaran budaya (F). Alexander the Great (H) terlibat dalam penyebaran
kebudayaan Hellenistik (H) yang tersebar di kota-kota utama empayar Yunani
seperti Iskandariah (H).

Group123SejSPM
10

5(b)

Kawasan berlorek dalam Peta 3 adalah wilayah empayar Yunani semasa


pemerintahan Alexander the Great.

Mengapakah kawasan tersebut menjadi sasaran perluasan


Yunani? Gunakan maklumat daripada peta dan pengetahuan anda. [8 markah]

Alexander the Great menjadikan kawasan berlorek sebagai sasaran perluasan


kuasa Yunani kerana Tamadun Mesir Purba (H) yang merupakan pusat tamadun awal
(F) Selain itu,Lembah Sungai Nil kaya dengan pokok papyrus (H) yang digunakan untuk
menghasilkan kertas (C).

Di samping itu, sasaran perluasan kuasa Yunani adalah di kawasan


lembangan sungai utama (F). Kawasan yang berhampiran sungai mempunyai tanah
yang subur (H) untuk pertanian (H). Oleh itu, hasil pertanian dari

(H)

Sungai

Indus,Sungai Nil dan Sungai Tigris Euphrates (H ) akan digunakan untuk menampung
keperluan makanan penduduk Yunani (H).

Tamadun Mesopotamia yang terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates


banyak menyumbang kepada penciptaan roda dan kincir air (F). Penciptaan roda
menyumbang kepada penggunaan kereta kuda terutama untuk kegunaan perang (H).
Selain itu perhubungan kawasan tersebut juga sangat mudah (F) kerana melalui jalan
laut (H). Oleh itu kegiatan perdagangan dapat dilakukan dengan mudah (H) kerana
kedudukan yang strategik (H).
Group123SejSPM
11

5c)

Adakah perluasan kuasa masih berlaku pada abad ke-21 ini ?


Berikan pendapat dan hujah anda.
[6 markah]

Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3


Contoh 1

Perluasan kuasa tidak berlaku pada abad ke-21.

Hal ini dikatakan demikian kerana semua negara di dunia telah merdeka (F) dan
mempunyai pentadbiran (H) serta perlembagaan tersendiri (H). Contohnya Malaysia
telah merdeka pada 31 Ogos 1957 (C). Oleh itu setiap negara perlu menghormati
kedaulatan dan tidak boleh menceroboh negara lain (H) Keadaan ini telah mewujudkan
sistem politik yang stabil dan negara yang aman ( I ).

Terdapat undang-undang antarabangsa (F) yang menghalang pencerobohan


sesebuah negara (H) seperti yang terkandung dalam Piagam Atlantik 1945 (C).
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhak mengambil tindakan ke atas negara
penceroboh (H). Tugas ini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan di PBB. (H) iaitu
sebarang pertikaian antara negara perlu diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (H) .

Selain itu pada abad ini setiap negara terdapat dasar-dasar luar negara masingmasing (F) . Secara tidak langsung telah mewujudkan kerjasama ekonomi, sosial dan
politik yang luas antara negara-negara (H). Sesebuah negara boleh

memajukan

kepentingan ekonomi melalui perdagangan antarabangsa (C) dan pelaburan (C) , bukan
lagi melalui penjajahan ( I ).

Group123SejSPM
12

5c)

Adakah perluasan kuasa masih berlaku pada abad ke-21 ini ?


Berikan pendapat dan hujah anda.
[6 markah]

Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3

Contoh 2

Ya, Perluasan kuasa berlaku pada abad ke-21.


.
Hal ini dikatakan demikian kerana, masih berlaku peperangan. (F) Contohnya
Amerika Syarikat menyerang Iraq (C) untuk mendapatkan minyak (H). Selain itu,
Amerika Syarikat juga membalas dendam (H) dengan menyerang Afghanistan
(C).Keadaan ini menyebabkan wujudnya politik yang tidak stabil (H) dan negara yang
tidak aman (H).Kepentingan diri merupakan faktor penentu berlakunya imperialisme
pada abad ke-21 ( I ).

Selain itu pergolakan politik masih berlaku di Palestin (F) kerana pencerobohan
Israel (H) untuk menguasai tanah di Palestin (H). Hal ini membuktikan Israel ingin
meluaskan pengaruh dan wilayahnya. (H)
Imperialisme Barat juga berlaku secara tak langsung iaitu penjajahan minda (F).
melalui penularan budaya Barat (H)

contohnya perfileman Barat (C), pakaian, (C)

muzik (C) dan sebagainya. Pengaruh ini semakin kuat melalui penyebaran teknologi
maklumat dan komunikasi tanpa sempadan ( I )

Group123SejSPM
13

SOALAN 6
Peristiwa hijrah merupakan peristiwa penting dalam perjuangan Nabi Muhammad
S.A.W dan perkembangan Islam.

a) Jelaskan konsep hijrah

[4 markah]

Konsep hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain
(F).iaitu perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dari Kota Makkah kepada
Madinah (F). Perpindahan ini merupakan usaha untuk memperkukuh Islam dan strategi
baharu penyebaran Islam (F).Selain itu hijrah merupakan perjuangan menegakkan
kebenaran (F) dan perubahan daripada sifat buruk kepada lebih baik (F) .Hijrah juga
merupakan semangat ingin berubah sikap,cara berfikir dan tingkah laku (F).

b]

Mengapakah Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam


berhijrah?
[6 markah]

Menilai

Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam berhijrah dari Kota Makkah Ke Madinah
setelah menerima wahyu Allah (F) disebabkan

perancangan orang musyrikin untuk

membunuh Rasulullah (H) ,maka Nabi Muhammad diperintah supaya berhijrah ke


Madinah (H)

.Selain itu hijrah merupakan strategi penyebaran Islam (F) dan strategi dakwah
dapat dirancang (F) .Di samping itu,Hijrah juga disebabkan oleh jemputan penduduk
Madinah (F) untuk melantik Rasulullah sebagai pemimpin mereka (H)

untuk

menyelesaikan konflik suku Aus dan khazraj yang sedang bertelagah (H).
Selain itu, hijrah Rasulullah ke Madinah dapat membentuk negara Islam pertama
dunia (F) ,iaitu undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya (H). Contohnya
melalui Piagam Madinah, kaum muhajirin diberi jaminan keselamatan oleh penduduk
Madinah (C). Hal ini secara tidak langsung telah memperkukuh kedudukan Islam ( I )

Group123SejSPM
14

6 c (i)

Hijrah menjadi titik tolak kepada pembentukan negara

Menganalisis /
Menilai

Islam Madinah. Jelaskan pernyataan tersebut ( 6 markah )

Hijrah menjadi titik tolak kepada pembentukan negara Islam Madinah kerana
Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin (F). Malah nabi Muhammad s.a.w telah
menggubal Piagam Madinah (F) untuk pembentukan negara Madinah (H).

Piagam

Madinah merupakan Perlembagaan Bertulis pertama di dunia yang berpandukan wahyu


Allah (H) dan mengandungi 47 fasal berkaitan dengan orang Islam dan Yahudi (H).
Hijrah juga dapat menyatukan umat Islam (F) dengan bukan Islam dan antara
orang Islam dengan Yahudi (H). Undang-undang Islam dapat dilaksanakan dengan baik
dan adil.(F) serta mempersaudarakan Islam antara orang Aus dan Khazraj (H).
Kalendar hijrah (F) telah digunakan dalam kiraan takwim Islam (H) dan masjid
dapat berfungsi dengan baik (F) sebagai pusat ibadat dan kemasyarakatan (H).

Group123SejSPM
15

6 c ii) Berikut adalah lirik lagu nasyid sempena majlis sambutan Maal Hijrah
di Malaysia.
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Ulaskan maksud lagu lirik tersebut.

[4 markah]

Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3


Melalui lirik lagu. Hijrah itu pengorbanan membawa maksud seorang individu
atau masyarakat sanggup berkorban (F) untuk mengembangkan dan memperkukuh
agama Islam (H). Kita haruslah mengorbankan kepentingan diri dan harta demi
mencapai matlamat tersebut (H). Contohnya orang Islam Makkah mengorbankan harta
benda (C) serta meninggalkan kampung halaman dan saudara mara berhijrah ke
Madinah untuk menyelamatkan agama Islam (C). Pada hari ini setiap individu perlu
berkorban untuk menegakkan agama Islam ( I ).

Hijrah itu perjuangan bermaksud kita perlu berjuang (F) untuk menegak
kebenaran (H) dan meninggalkan segala keburukan (H) Contohnya Nabi Muhammad
s.a.w sendiri menghadapi pelbagai rintangan dan halangan ketika berhijrah ke Madinah
(C). Namun baginda tidak putus asa dan tetap berjuang untuk menegakkan agama
Islam (C). Pada hari ini orang Islam menghadapi pelbagai cabaran untuk menegakkan
Islam maka setiap individu perlu berjuang untuk agama Islam ( I )
Hijrah itu persaudaraan memberi pengajaran (F) bahawa kita perlu bersaudara
dan bersatu berdasarkan Islam (H) bukan lagi berasaskan semangat asabiah (H).
Contohnya selepas peristiwa hijrah suku Aus dan Khazraj di Madinah yang sering
bersengketa didamaikan berdasarkan semangat ukhwah (C). Begitu juga golongan
Ansar dan Muhajirin disatukan atas dasar Islam (C). Semua ini berlaku selepas
peristiwa hijrah. Oleh itu semua orang Islam di mana jua perlu hidup bagai saudara
mara sendiri dan bantu membantu satu sama lain ( I ).

(F )Fakta (H) Huraian (C) Contoh (I) Inferens


Group123SejSPM
16

a)

Jadual berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.


Teori
Islam dari Semenanjung Tanah
Arab

Tokoh
John Crawford dan Professor
Syed Muhammad Naquib al-Attas

Islam di China

Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q


Fatimi

Islam dari India

Snouck Hurgronje

Berdasarkan jadual tersebut dan pengetahuan anda, jelaskan


tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Mengingat /
Memahami

( 8 markah )

Terdapat tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.Islam dari Semenanjung


Tanah Arab , berdasarkan pendapat tokoh John Crawford dan Professor Syed
Muhammad Naquib al-Attas (F) Di mana catatan China membuktikan adanya
petempatan pedagang Arab di Canton / Amoy sejak tahun 300 masihi (H). Hal ini dapat
dibuktikan dengan persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Arab (H).
Selain itu, adat resam Melayu banyak pengaruh Arab (H).

Menurut pandangan Emanuel Gadinho Fredia dan S.Q Fatimi mereka


menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China (F). Hal ini dapat
dibuktikan dengan penemuan Batu Surat di Terengganu (H). Islam telah muncul di
China iaitu di bandar Canton (H). Selain itu, seni bina madrasah dan pondok unsur seni
bina tokong dapat mengukuhkan bukti ini (H).

Menurut pandangan, Snouck Hurgronje beliau menyatakan bahawa kedatangan


Islam ke Asia Tenggara dari India (F). Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu
nisan (H). Hal ini dikatakan demikian kerana, batu nisan tersebut mempunyai ciri-ciri
buatan India (H). Selain itu, upacara persandingan Islam adalah sama seperti
masyarakat India (H). Bukti yang seterusnya ialah seni bina masjid yang juga
mempunyai unsur India (H). Sebagai contoh, Taj Mahal mempunyai unsur yang sama
dengan masjid-masjid di Asia Tenggara (C).
Group123SejSPM
17

7b) Teori manakah yang paling tepat dalam menghuraikan kedatangan


Islam ke Asia Tenggara? Beri hujah anda. ( 6 markah )

Menilai

Jawapan 1
Teori yang paling tepat dalam menghuraikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara
ialah teori Islam dari Semenanjung Tanah Arab

Hal ini dibuktikan apabila ramai pemerintah yang telah diislamkan (F) oleh
mubaligh Arab (H) seperti raja Pasai (C). Di samping itu, ramai rakyat jelata yang
memeluk Islam kerana mentaati raja (H).
Kitab-kitab yang digunakan juga semuanya datang dan Tanah Arab (F). Begitu
juga banyak istilah Arab digunakan dalam bahasa Melayu dan Indonesia (F) seperti
kuat, hasil adab (C) malah digunakan dalam urusan rasmi mahupun urusan harian
yang meluas berbanding istilah India dan China yang terhad (H).
Penggunaan tulisan jawi (F) yang digunakan juga merupakan pinjaman daripada
perkataan Arab (H). Seterusnya, penceritaan juga bermula mengenai Islam (H) seperti
Hikayat Nabi Bercukur (C)..
Jawapan 2
Saya berasa teori Snouck Hurgronje yang menyatakan bahawa Islam datang dari
India ke Asia Tenggara adalah tepat.Hal ini

dikatakan demikian kerana India

merupakan negara yang pertama menerima Islam (F) selain daripada orang Arab (F).
Bukti-bukti yang sedia ada seperti batu nisan di Pasai (C) yang buatannya mengikuti
ciri-ciri India juga memperkukuh teori ini.(H)
Selain itu, pemakaian inai oleh orang Melayu (F) semasa kahwin menjadi satu
bukti kukuh kerana amalan memakai ini merupakan amalan orang India (H) .
Selain itu, seni bina masjid (F) yang menyerupai Taj Mahal di India (H). dan
majlis persandingan (F) yang dibuat oleh orang Melayu merupakan pengaruh orang
India (H).

Group123SejSPM
18

7c) Sejauh manakah perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat


di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam?

( 6 markah )

Menganalisis

Perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara ialah


telah mengubah sistem sosial masyarakat yang dahulunya mempunyai kelas (F). Hal ini
dikatakan demikian kerana Islam mementingkan konsep persaudaraan dan persamaan
taraf antara manusia (H) iaitu kita semua dikenali sebagai satu ummah (C).

Selain itu, nilai-nilai akhlak Islam telah dijadikan panduan dalam kehidupan
harian (F).iaitu kemurnian Islam jelas tergambar dalam cara hidup yang diamalkan oleh
orang Melayu (H) seperti amalan gotong royong di kampung-kampung (C).
Masyarakat di Asia Tenggara telah mementingkan permuafakatan ( I ) . Begitu juga dari
segi cara berpakaian, masyarakat memakai pakaian (F) yang menutup aurat
bersesuaian dengan kehendak syariat Islam (H). Sebagai contoh, wanita memakai baju
kurung dan tudung (C)..

Perubahan juga berlaku dari segi motif ukiran dalam senibina dan seni ukir kayu
(F) yang berbentuk haiwan kepada motif bunga-bungaan dan geometri (H). Contoh
unsur seni ini boleh dilihat pada bangunan masjid, surau dan rumah- rumah kediaman
(C).

Group123SejSPM
19

8. a)

Terangkan ciri-ciri ekonomi tradisional masyarakat Melayu


pada zaman penjajah.
( 6 markah)

Memahami

Ciri-ciri ekonomi tradisional masyarakat melayu pada zaman penjajah ialah


berbentuk sara diri (F). iaitu pertanian dijalankan untuk keperluan keluarga sahaja (H)
Contoh kegiatan ekonomi tradisonal ialah menanam padi dan tanaman sampingan
seperti ubi, sayur serta menangkap ikan dan mencari hasil hutan (C).
.
Bagi masyarakat Melayu lebihan hasil pengeluaran (F) biasanya digunakan
semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat (H). Contohnya pertukaran
barangan,kenduri-kendara, pembahagian zakat, sedekah atau hadiah (C)
Mereka juga hanya mengunakan modal yang kecil sahaja (F).Hal ini dikatakan demikian
kerana,bilangan buruh yang tidak ramai iaitu melibatkan ahli keluarga sahaja (H)
Contohnya di kawasan kampung (C)..
Selain itu, ekonomi tradisional hanya menggunakan teknologi tradisional
(F) seperti cangkul dan sabit (C). Kegiatan ekonomi tradisional banyak dilakukan oleh
masyarakat Melayu di kawasan pendalaman (H). Ekonomi tradisional tidak membawa
pulangan yang lumayan. Sebaliknya hanya cukup untuk kelansungan kaum sahaja ( I ).

Group123SejSPM
20

b) Mengapakah British mengabaikan ekonomi tradisional? ( 6 markah)


Menilai

Contoh 1
British mengabaikan ekonomi tradisional di Tanah Melayu kerana British
memberi fokus kepada ekonomi dagangan (F) yang dapat memberi keuntungan yang
besar kepada British (H) seperti kegiatan ekonomi perlombongan / perladangan /
perdagangan (C).

British juga mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional supaya bekalan makanan


berterusan di Tanah Melayu (F). Hal ini bertujuan mengelakkan pergantungan kepada
makanan Import yang menyebabkan kos import meningkat (H). Tanaman seperti
tanaman padi dapat dikekalkan supaya dapat menyediakan makanan berterusan (C).

Selain itu, British juga tidak mengganggu tanaman tradisional (F) bagi
mengekalkan hak milik tanah orang Melayu (H) supaya orang Melayu sentiasa
mempunyai tanah untuk bercucuk tanam (H). Hal ini penting untuk mengelakkan orang
Melayu menentang British (H). Penentangan ini boleh membawa kepada peperangan
yang boleh menjejaskan ekonomi British ( I ).
Contoh 2
British mengabaikan ekonomi tradisional di Tanah Melayu kerana ekonomi
tradisional berskala kecil (F) menyebabkan British tidak berminat untuk melibatkan diri
dalam ekonomi tersebut (H) kerana produktiviti rendah semestinya keuntungan yang
diperolehi juga rendah (H).
Faktor yang utama mendorong British mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional
untuk mengekalkan kemunduran orang Melayu (F) supaya orang Melayu terus miskin
(H). Hal ini bertujuan untuk menyisihkan orang Melayu daripada arus pemodenan ( I )
Selain itu, British mengabaikan ekonomi tradisional kerana ingin menjamin
kedudukan pelabur Barat yang berkekalan di Tanah Melayu (F). Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila kedudukan pelabur Barat kukuh membolehkan pelabur
tersebut mengeksploitasi sumber bahan mentah (H) Hal ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan persaingan dengan produk petani tempatan (H).

Group123SejSPM
21

8c) i) Jelaskan ciri-ciri ekonomi dagangan .

( 4 markah)

Memahami

Ciri-ciri ekonomi dagangan ialah melibatkan aktiviti perdagangan dan eksport di


pasaran antarabangsa (F) yang dijalankan secara besar-besaran dan melibatkan
tenaga buruh yang ramai (H) seperti buruh Cina dan India dalam sektor perlombongan
serta ladang getah (C). Contoh ekonomi dagangan British ialah perlombongan bijih
timah dan penanaman getah (C).

Ekonomi dagangan juga melibatkan modal yang besar (F) dan menggunakan
teknologi yang moden (F) seperti kapal korek dalam perlombongan (C). Ekonomi
dagangan juga melibatkan pemodal dan syarikat dari Eropah (F) seperti syarikat Guthrie
dalam bidang perladangan getah (C).

Group123SejSPM
22

8c

(ii) Mengapakah British memberi tumpuan kepada kegiatan


ekonomi dagangan?

Menilai

( 4 markah )

Jawapan 1

British

memberi

tumpuan

kepada

kegiatan

ekonomi

dagangan

kerana

perkembangan Revolusi Perindustrian di Barat (F) telah membawa permintaan terhadap


bahan mentah meningkat (H). Hal ini menyebabkan harga bahan mentah tinggi (H)
seperti getah dan bijih timah (C).
British telah memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu (F). kerana iklim
yang sesuai iaitu panas dan lembab sepanjang tahun (H) serta

tanah yang subur

sesuai untuk penanaman getah (H). contohnya tanaman getah telah

diusahakan

secara besar-besaran (C) . Hal ini telah mendatangkan hasil pengeluaran yang banyak
buat British ( I ).

Jawapan 2

British memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan kerana,


perkembangan teknologi moden membolehkan British menumpukan kepada kegiatan
ekonomi dagangan (F) secara tidak langsung hasil pengeluaran dapat ditingkatkan (H)
seperti penggunaan kapal korek dan teknik torehan (C).Keadaan ini membolehkan
pengeluaran dibuat secara besar-besaran ( I ).

Secara keseluruhannya , Pemodal Eropah dan Cina lebih banyak terlibat dalam
ekonomi dagangan (F) malah mereka mendapat konsesi daripada kerajaan untuk
terlibat dalam ekonomi dagangan (H) serta mempunyai bekalan tenaga buruh yang
ramai yang dibawa masuk dari negara India dan China (C).

Group123SejSPM
23

9.

Akhbar berikut mula diterbitkan pada tahun 1930 an.

a)

Warta Malaya
Utusan Melayu
Fajar Sarawak
Lembaga Malaya
Warta Negara

Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut pada


ketika itu?

Beri penjelasan anda.

Memahami

(4 markah)

Antara isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut ialah tentang kemajuan
pendidikan orang Melayu (F) yang menggalakan pendidikan kepada anak
perempuan (H) dan perlunya tabungan untuk pendidikan anak-anak (H).
Penekanan juga diberi untuk kemajuan ekonomi orang Melayu (F)
dengan menggalakkan perniagaan (H) dan melarang penjualan tanah (H) serta
sifat berjimat cermat (H). Kedudukan raja dan pembesar (F) yang tidak
melaksanakan tugas untuk rakyat juga dikritik (H).

Group123SejSPM
24

9 b) Bagaimanakah isu yang dibangkitkan oeh akhbar tersebut dapat

Menilai

menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu?


(6 markah )
Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3

Isu ekonomi yang dibangkitkan oleh akhbar mendedahkan kemunduran ekonomi


orang Melayu (F) berbanding dengan imigran yang menguasai ekonomi moden (H) iaitu
orang Melayu hanya melibatkan diri dalam ekonomi tradisional (H) seperti menanam
padi sawah (C) .Hal ini telah membuka mata orang Melayu (H) dan mereka terdorong
untuk melibatkan diri dalam perniagaan dengan menubuhkan syarikat kerjasama ( I ) .

Isu pendidikan (F) pula telah menyedarkan orang Melayu yang mereka
ketinggalan dalam bidang pendidikan (H). Contohnya Orang melayu mula faham
bahawa pendidikan merupakan aset penting dalam kemajuan bangsa (C) . Hal ini
menyebabkan orang Melayu mula memberikan pendidikan kepada anak perempuan (H)
serta menggalakkan anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
(H). Selain itu isu ini juga membuka mata mereka untuk menyimpan wang untuk
pendidikan anak-anak mereka (H)

Isu politik pula (F) telah menyebabkan orang melayu tidak puas hati kerana
British mengurangkan kuasa raja-raja Melayu (H). Hal ini telah menyebabkan
kewibawaan dan kredibiliti raja-raja Melayu tercabar (H). Hal ini telah menimbulkan
kemarahan orang Melayu terhadap British ( I ).

Group123SejSPM
25

9 Akhbar berikut berada di pasaran masa kini.

Utusan Malaysia
Berita Harian
Kosmo
Metro

c (i) Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut ?


Berikan penjelasan anda
(4 markah)

Menganalisis

Antara isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut ialah tentang kegawatan
ekonomi di Malaysia (F) seperti kejatuhan nilai ringgit (C).

Isu politik juga dibangkitkan dalam akhbar tersebut (F) seperti kepimpinan
Perdana Menteri dan Barisan Kabinet Malaysia (C).

Aspek sosial (F), akhbar melaporkan tentang isu perkauman (H) seperti yang
berlaku di Plaza Low Yatt baru-baru ini (C).

Isu-isu dunia juga dipaparkan (F) seperti kes kehilangan pesawat MH 370 dan
MH 17 (C) menyebabkan Malaysia menjadi

negara yang sedang diperhatikan di

seluruh dunia (H).

Group123SejSPM
26

9c ii) Berikan cadangan anda untuk meningkatkan peranan akhbar


dalam memajukan masyarakat.

Menjana idea

(6 markah)
Jawapan Soalan Ini mengikut Aras 3

Cadangan saya untuk meningkatkan peranan akhbar dalam memajukan


masyarakat ialah, berita yang disampaikan perlulah tepat dan sahih (F). Di samping itu
Pemberita dan penerbit akhbar jangan manipulasiakan berita yang sebenar (H) untuk
kepentingan tertentu (H). Mereka perlu memastikan tiada tokoh tambah berita yang
disampaikan (H) supaya kepercayaan rakyat akan meningkat kepada akhbar tersebut
(H). Contohnya isu-isu yang tidak tepat kepada pemimpin negara sering dimuatkan
dalam akhbar pada masa ini (C). Kebenaran dan ketelusan akhbar akan meningkatkan
peranan akhbar ( I )

Seterusnya akhbar perlu mengelakkan isu-isu yang berunsur negatif (F) seperti
isu perkauman (C). Hal ini dapat mengelakkan pergaduhan antara kaum (H) seperti
peristiwa 13 Mei (C). Akhbar perlu memuatkan rencana-rencana yang menyatukan
pelbagai kaum di negara kita (H) supaya negara sentiasa aman dan makmur (H).
Seterusnya akhbar perlu mengelak isu agama (H) dan menghormati agama lain (H)
kerana negara kita terdiri dari pelbagai kaum yang bebas mengamalkan agama masingmasing ( I )

Selain itu akhbar juga perlu menyampaikan maklumat-maklumat yang membantu


rakyat memperoleh pengetahuan (F). seperti info tentang peluang pekerjaan (C) supaya
penganggur dapat mencari pekerjaan dengan mudah (H). Akhbar juga perlu
menyampaikan maklumat pendidikan (H) dengan memperbanyak ruangan pendidikan
yang boleh membantu pelajar (C). Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan seorang
pelajar (H) seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara (H). Akhbar juga
perlu memuatkan isu-isu ekonomi (C) semasa supaya menjadi panduan kepada rakyat
untuk meningkatkan sumber pendapatan mereka (H) . Dengan ini rakyat boleh
mendapatkan maklumat yang berguna untuk majukan diri, bangsa dan negara ( I )

Group123SejSPM
27

SOALAN 10
10.

Sumber 1 dan 2 berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia.

Sistem Pendidikan pada Zaman


Penjajah
Sekolah Vernakular Melayu
Pendidikan Inggeris
Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Tamil
Sumber 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih
memperkembangkan

potensi

individu

secara

menyeluruh

dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari


segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan

kepada

tuhan.

Usaha

ini

adalah

bagi

melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,


berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan

diri

serta

memberikan

sumbangan

terhadap

keharmoniaan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber 2

Group123SejSPM
28

10 a) Berdasarkan Sumber 1, jelaskan tentang sistem pendidikan


di negara kita sebelum merdeka.

Memahami

(8 markah)

Sebelum merdeka sistem pendidikan negara berasaskan kaum. Sekolah


vernakular melayu ditubuhkan British di Negeri-Negeri Selat (F)

iaitu

pendidikannya setakat sekolah rendah sahaja (H). Kurikulum sekolah ini terbatas
(H) dan bertujuan mengekalkan orang melayu sebagai petani (H). Bahasa
pengantar yang digunakan ialah bahasa melayu (H). Kolej Melayu Kuala Kangsar
khusus untuk golongan elit Melayu (H).

Pendidikan sekolah Inggeris pula berpusat di bandar sahaja dan


pelajarnya dari golongan elit (F). Peringkat awal diusahakan oleh mubaligh kristian
(H). Kurikulumnya berasaskan sekolah di England (H). Contohnya Penang Free
School (C). Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris (H)

Sementara itu Sekolah Cina pula menggunakan dialek masing-masing


(F) dan dibiayai

oleh saudagar

dari China (H). Sekolah ini digunakan oleh

komunis untuk menyebarkan dakyah (H).Selain itu Guru, buku dan sukatan
pelajaran dari China (H). Contoh sekolah ini ialah Sekolah Chung Hwa (C).

Sekolah Tamil pula disediakan oleh pengurusan Ladang dan di bandar (F)
yang dibiayai oleh British (H). Di samping itu,buku, guru dan sukatan pelajaran
dari India (H). Pendidikan Tamil berorientasikan sistem pendidikan dari India (H).
dan bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar (H). Contoh sekolah
Tamil ialah Vivekannanda (C).

Group123SejSPM
29

Menilai

10 b) Mengapakah sistem pendidikan dalam Sumber 1 wujud


pada zaman penjajah?
(6 markah)
Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3

British

mewujudkan

sistem

pendidikan

tersebut

ialah

untuk

memecahbelahkan perpaduan kaum (F) selaras dengan dasar pecah perintah


British (H). Oleh itu sekolah-sekolah tersebut diasingkan (H). Contohnya sekolah
vernakular Melayu di kampung, sekolah vernakular Cina di lombong dan bandar
dan sekolah vernakular Tamil di ladang-ladang getah (C). Keadaan ini
menghalang interaksi antara murid (H) dan tidak wujudkan perpaduan antara
kaum ( I ).

Seterusnya British ingin menjimatkan kos (F) dan

mengurangkan beban

kewangan (H). Hal ini dapat dibuat dengan sekolah-sekolah tersebut tidak
diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan (H). Contohnya sekolah vernakular
Tamil dibiayai oleh majikan ladang-ladang getah (C) dan sekolah vernakular
Cina pula dibiayai oleh orang perseorangan (C) British tidak memperuntuk
sumber kewangan khas untuk sekolah-sekolah tersebut ( I )

British juga lebih mengutamakan kepentingan ekonomi berbanding


penyediaan

kemudahan

pendidikan

(F).

Contohnya

untuk

memajukan

perlombongan bijih timah dan getah (C) yang bermotifkan keuntungan sematamata ( H). Kemajuan pendidikan di Tanah Melayu mempunyai kepentingan
ekonomi (H) malah satu bebanan (H). Justeru British biarkan perkembangan
penrkembangan pendidikan Vernakular ( I )

Group123SejSPM
30

10 c ii) Teliti Sumber 2


Menganalisis
Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat
merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang
tahun 2020?
(6 markah)
Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3

Salah satu aspek di Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) ialah


melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan (F). Maka pelajar perlu
menguasai segala ilmu pengetahuan dan kemahiran (H) khasnya dalam bidang
sains dan teknologi (C)

selaras dengan matlamat Wawasan 2020 untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju (H). Melalui FPK dapat melahirkan
pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif (H). Hal ini dapat menjana idea-idea
baru dan menerokai bidang-bidang baru (H). Contohnya Malaysia dapat
mengeluarkan kereta sendiri (C). Hal ini menunjukkan ilmu pengetahuan menjadi
asas kepada kemajuan negara ( I )

Satu lagi aspek dalam FPK ialah melahirkan warganegara yang berakhlak
mulia (F). Melalui akhlak mulia ini dapat membentuk keperibadian seorang
pelajar (H) seperti berdisiplin (C) dan bertanggungjawab (C).Sikap ini mendorong
pelajar mematuhi undang-undang dan peraturan negara (H).Keadaan ini dapat
wujudkan negara yang aman dan makmur (H) yang boleh merintis kepada
kemajuan sesebuah negara ( I )

Selain itu aspek kepatuhan kepada tuhan (F) dalam FPK juga boleh
memajukan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat beragama
mudah diurus menjadi warganegara yang baik (H). Aspek ini juga dapat
mewujudkan sikap toleransi kepada agama lain (H).Seseorang yang patuh
kepada tuntutan agama tidak mudah terjerumus dalam perkara-perkara negatif
(H) seperti rasuah dan dadah (C) .Oleh itu rakyat haruslah mempunyai aspek
kerohanian yang mantap untuk memajukan negara ( I )

Group123SejSPM
31

11.

Perang Dunia Kedua berlaku dari tahun 1939 - 1945.


a) Mengapakah peperangan tersebut berlaku?

Memahami

(6 markah)

Perang Dunia Kedua berlaku kerana Jerman tidak berpuas hati dengan
Perjanjian Versailles (F). disebabkan Jerman terpaksa membayar pampasan perang
yang tinggi (H). Jerman kehilangan tanah jajahan (H) dan diarah mengecilkan saiz
angkatan tenteranya (H) .Adolf Hitler telah mengingkari perjanjian ini dan terus
membesarkan saiz angkatan tenteranya (H).

Selain itu, Perang Dunia Kedua berlaku disebabkan kebangkitan Itali (F) yang
juga tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles (H) Benito Mussolini telah
menceroboh Habsyah dan menjajah Perancis (H).

Di samping itu, Jerman menyerang Poland (F) dari barat manakala Soviet Union
menyerang Poland dari timur (F). Keadaan ini telah menyebabkan Britain dan Perancis
mengistiharkaan perang terhadap Jerman (H).

Perang Dunia Kedua juga disebabkan kemunculan pakatan tentera (F) seperti
Jepun, Itali dan Jerman menyertai Kuasa Paksi (C). Kuasa Bersekutu disertai oleh
Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia (C).

Tambahan pula, Jepun telah menyerang Pearl Harbour (F) di Hawai dan
memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik (H). Seterusnya
tindakan Jepun menyerang negara-negara Timur (H) dan menduduki Tanah Melayu
dan Singapura juga menyebabkan Perang Dunia Kedua (H).

Group123SejSPM
32

Menganalisis

11b) Jelaskan kesan perang tersebut terhadap keamanan dunia.


(8 markah)

Perang Dunia Kedua mengakibatkan negara Eropah berpecah (F) kerana


terpengaruh dengan fahaman ideologi yang berbeza (H). Contohnya Jerman terbahagi
kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur (C).

Selain itu, perang tersebut telah menyebabkan sistem imperialisme Barat runtuh
(F) dan tanah jajahan Barat mencapai kemerdekaan (H). dengan cara kuasa Barat
memerdekakan tanah jajahan mereka (H) Contohnya Britain memerdekakan Tanah
Melayu (C) dan Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina (C).
.
Di samping itu, dari aspek sosial, banyak nyawa terkorban (F) dan kemusnahan
harta benda akibat peperangan (F). Hal

ini telah menimbulkan kesedaran tentang

kepentingan kesejahteraan dunia (H) dan telah membawa kepada pembentukan


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dibentuk menggantikan Liga Bangsa ( I ).

Seterusnya, muncul blok dunia (F), iaitu Blok Komunis dan Blok Kapitalis (H) .
Hal ini mengakibatkan berlakunya Perang Dingin antara kedua-dua blok tersebut (H)
Mereka ingin membuktikan kekuatan masing-masing (H). Contohnya mencari pengaruh
ke kawasan Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan (C).

Group123SejSPM
33

11 c) Gambar berikut menunjukkan senjata canggih yang digunakan dalam


peperangan pada abad ini.

Berdasarkan perkembangan teknologi persenjataan masa kini,


ramalkan masa depan dunia.

Menjana idea

( 6 markah)

Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3

Saya meramalkan akan berlaku peningkatan ekonomi kepada negara yang


menghasilkan senjata moden (F). Hal ini dikatakan demikian kerana dapat
membekalkan banyak peluang pekerjaan (H) seperti membuat rangka kapal terbang
(C). Negara seperti Amerika Syarikat dan Rusia (C) akan menjual senjata moden ini
kepada negara-negara di Timur Tengah (H). Hal ini akan meningkatkan pendapatan
negara (H) dan taraf hidup penduduk negara tersebut (H). Penciptaan senjata
merupakan satu bentuk ekonomi baru pada masa ini ( I ).
Selain itu melalui penciptaan senjata moden ini sistem pertahanan negara
juga dapat diperkukuh (F). Contohnya Amerika Syarikat, Rusia dan Britain (C) memiliki
senjata canggih seperti senjata nuklear (C). Hal ini menyebabkan negara musuh tidak
berani menyerang mereka (H). Oleh itu kebanyakan negara hari ini beri tumpuan
kepada penciptaan senjata moden ( I )
Selain itu, penciptaan senjata ini boleh merintis kepada perang dunia ke-3 (F).
Hal ini dikatakan demikian kerana akan berlaku perlumbaan senjata (H) .Negara yang
memiliki senjata canggih ini akan berani untuk menyerang negara lain (H) bagi

Group123SejSPM
34

meluaskan kuasa dan pengaruh mereka (H). Keadaan ini membawa kemusnahan harta
benda (H) dan nyawa yang ramai (H). Seterusnya keadaan ini akan mengancam
keamanan dan ketenteraman dunia (H).Bukti-bukti ini menunjukkan teknologi
persenjataan akan membawa kepada kemusnahan dunia ( I )

Group123SejSPM
35

Anda mungkin juga menyukai