Teks Ucapan Wakil Murid THN 6

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.k. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.

Yang berusaha Puan Guru Besar, Puan Paizah Bt Alias, barisan penolong kanan,
guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Hadirin sekalian,
Pertama kali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi
kepercayaan mewakili rakan-rakan dalam menyampaikan ucapan wakil pelajar
tahun enam dalam majlis Jamuan Akhir Tahun anjuran murid-murid Tahun Enam
Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan 2016 ini.
Seterusnya, saya bagi pihak pelajar Tahun Enam ingin merakamkan ucapan
terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang telah mendidik kami.
Sebahagiannya bermula dari peringkat Pra Sekolah, dan sebahagian besarnya
bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam, daripada kami tidak
mengenal huruf dan angka, sehinggalah kami dapat menguasai semua kemahiran
yang dikehendaki.
Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan
maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan
dari segi tutur kata dan perbuatan. Selain itu, sebagai wakil bagi semua murid
tahun enam 2016, kami juga memohon maaf, sekiranya kami tidak dapat menjadi
anak murid yang cemerlang sebagaimana yang cikgu semua harapkan.
Akhir kata, sampaikanlah salam kami kepada guru-guru yang sudah tidak bersamasama kita lagi, sama ada telah berpindah atau bersara, katakanlah bahawa jasa dan
bakti mereka, dan guru-guru yang ada di sini, akan kami sanjungi dan kami ingati
sepanjang hayat kami. Hanya Allah sahajalah yang membalas segala pengorbanan
guru-guru itu sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.
Sekian, wasalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

CONTOH UCAPAN 2
Berikut ialah ucapan yang dipetik daripada AHBAR DIDIK
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Yang beruasaha Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, SK Seri
Pasir, En., yang dihormati dan dikasihi guru-guru dan seterusnya, rakan-rakan
sekalian.
Sidang hadirin yang dihormati,
Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun
dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, kita sudah berada pada penghujung
tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu tahun enam. Maka, minggu ini merupakan
minggu terakhir kita menuntut ilmu di SK yang hebat ini. Begitu berat rasanya
untuk meninggalkan sekolah yang tercinta ini.
Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan
prihatin untuk mendidik serta mengasuh kita. Namun demikian, apalaah daya kita
untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya
akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah,
kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.
Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,
Jasa dan bakti guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak akan terbalas
dengan wang ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang kalian curahkan
kepada kami. Pastinya akan kami kenang selama-lamanya selagi jantung dan nadi
ini masih berdengup dan berdenyut. Pada kesempatan ini, saya mewakili rakanrakan ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan dari hujung rambut
sampai ke hujung kaki kepada guru-guru yang dikasihi. Hanya Allah sahaja yang
dapat membalas segala jasa dan bakti yang telah guru-guru abadikan kepada kami.
Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan
membimbing kami selama ini dan maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan kami.
Kepada rakan-rakan pula, selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu
jauh bezanya dengan budaya di sekolah rendah.
Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu
bapa kita serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guruguru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan
penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenang juga.


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai