Karangan SPM

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 53

KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN

TAJUK 5 : CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan


iktisad (ekonomi)negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul
sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun begitu, isu memupuk
semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen (golongan
bawahan) di Malaysia. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih
mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Dari segi konsepnya semangat kejiranan
boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap
masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam
usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta.
Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira
muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah
jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan,
belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu
kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan
yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang
signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua
lapisan masyarakat.

Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu
menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru
pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan
yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu
bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka
akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi. Hal ini boleh
dianologikan seperti anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya.
Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga
walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu
bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat
memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk
antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat
mewujudkan masyrakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat
kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi
yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara
ke arah kemajuan negara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan
yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan anak-anak.
Memetik wasitah nirmala seterusnya, minhaj (cara) untuk memupuk
semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program
rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana
program rukun tetangga berfungsi sebagaiperisai untuk mengawal keselamatan
kawasan perumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan
semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab
menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun
tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia,
agama dan status. Secara ghalibnya (lazimnya), senario ini akan mewujudkan
jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk
semangat kejiranan yang hakiki (sebenar). Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang
muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu
mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang
utuh dan bersatu padu.

Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah


dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran
dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
adalah seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk
kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka
akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus
membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih
dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan
bahawa tak kenal maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama
lain barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang
penyayang dapat dilahirkan di samping dapat menerapkan pelbagai nilai
murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa
dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya
menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan
kediaman juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit demam
denggi. Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan
majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini
dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan
dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat
bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan
lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam
masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati
juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-
majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan.Maka, dengan adanya
pengimplimentasian program seperti Rumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap
sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati
dan sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, serumpun
seperti serai, seikat seperti sirih. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian dari
Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program
Rumah Terbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh
di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata,
majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan


budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk
memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat,
kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui
masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu
berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan
ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun
pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi
bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada
prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita
mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala
kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat
meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Izharlah
bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat kita.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan,


dapatlah disimpulkan bahawa terdapat beberapa cara yang dapat dipraktikkan
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam
era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat
kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara
kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, kita perlu memupuk
semangat kejiranan bermula daripada sekarang. Cogan kata Jiran Sepakat
Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-
hari. Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat kejiranan kerana
mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada
masa hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada
bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh itu,
semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing untuk menghidupkan semangat kejiranan di negara kita. Allah berfirman
yang maksudnya, Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali. Semoga
Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan
kukuh.
TAJUK 7 : LANGKAH-LANGKAH MENERAPKAN NILAI MURNI
DALAM KALANGAN REMAJA
PENDAHULUAN

(T) Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar
segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma
sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk
melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional
negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali mengatakan, Apabila kamu
hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak
mengenali diri lihatlah pada wajah. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa
keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan
agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan
teknologi, amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam
sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di
luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti
gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada akhbar dan
kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan
amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi
lebih parah, amalan ini perlulah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan
seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.

(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan, kita haruslah mengambil langkah-


langkah yang pragmatik dan efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk
dalam setiap sanubari remaja kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari
sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan
langkah yang pertama. Salah satu langkah yang dominan adalah melalui
rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan
tanggungjawab penting ini kepada pihak pendidikan. (M) Pendidikan merupakan
wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita
diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama
ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga
mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan sentiasa mengamalkan
nilai-nilai murni.(B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh
sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang
sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-
nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari
peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Mantan Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap
masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju namun,
masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan
budaya dan adat resam bangsa mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan
mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka,
mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya.
Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana
rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang
tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan nilai murni,
maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.

(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan
aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa
aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk
nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-
menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula dianggap sebagai arkitek
pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi
memupuk amalan nilai murni ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam.
Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang
secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh
badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan
membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka
akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan
sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-
royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun
di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan nilai bertanggungjawab para
pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah, tak
kenal , maka tak cinta. (K) Melalui program-program yang dijalankan ini, para
pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka
akan lebih bersikap membina daripada meruntuhkan atau membinasakan
sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan
yang disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti
kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi telefon awam
yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang tidak
menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan
masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut
lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan
lebih menghormati golongan yang tua. (P) Pendek kata, amalan nilai murni
sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh
pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan
insan kerdil yang mengamalkan nilai-nilai murnil. (M) Bagaimana acuan,
begitulah kuihnya, begitulah peribahasa yang membawa maksud bahawa
peribadi serta perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak
mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru pertama
dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan
bahawa ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter anak-anak yang paling
ampuh untuk melahirkan insan yang kaya nilai murni. (B) Oleh itu, sesuatu
perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai
asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-
ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-
anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih
tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik
mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh
bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan
bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati
sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak. (K) Dengan ini,
hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di samping dapat
mewujudkan baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-anak akan lebih
beradab dan bernilai murni yang akan mencerminkan maruah keluarga tersebut.
Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampu menconteng
arang ke muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang
mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan nilai
dalam diri anak-anak.

(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang bernilai murni
adalah melalui kempen yang berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana
kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat
pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen
yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian
Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau
masyarakat kita mengamalkan nilai murni. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais
Yatim semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam
mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap nilai murni
kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian
kesantunan di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar
raya kedua paling biadab. Kajian ini amat membimbangkan dan memalukan kita.
Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat
dan bukannya sekadarmelepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini, diharapkan
kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai
semula nilai-nilai murni ke dalam jiwa remaja serta meletakkan nilai murni
sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara
akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan
budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi
kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P) Izharlah bahawa peranan
kempen juga penting untuk membudayakan amalan murni ini dalam kehidupan
seharian kita.

Dari kaca mata yang berbeza pula, amalan nilai murni dalam kalangan remaja
dapat dipupuk melalui aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh masyarakat
setempat. Masyarakat sekeliling mampu mempengaruhi tingkah laku para
remaja yang dianggap separa matang dan belum keras ubun-ubunnya. Aktiviti
komuniti seperti gotong-royong, kenduri-kendara dan rukun tetangga dapat
dijayakan dengan penglibatan dan kerjasama daripada masyarakat setempat.
Biar kita ambil contoh aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini diadakan dengan tujuan
untuk membersihkan kawasan kediaman bersama-sama tanpa mengira status,
agama dan bangsa. Sikap enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
tidak wujud ketika menjalankan aktiviti ini malah sikap bekerjasama bagai aur
dengan tebing terpapar semasa aktiviti ini dijalankan. Kesannya, pelbagai nilai
murni dapat diterapkan seperti nilai kerjsama, prihatin, tolong-menolong dan
sebagainya.Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan
bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya
menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kebersihan
kawasan kediaman juga akan terjamin dan sekali gus dapat menghindarkan
penyakit berbahaya seperti demam denggi. Izharlah bahawa aktiviti
kemasyarakatan yang diadakan mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri
remaja kita.

PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa terdapat
pelbagai langkah yang dapat diimplementasikan untuk memupuk amalan nilai
murni dalam sanubari remaja kita. Amalan nilai murni amat mustahak untuk
negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi
yang lain di dunia. Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu
bahasa, yang elok itu budi, demikianlah ungkapan yang menggambarkan
kepentingan berbudi bahasa dan amalan nilai murni dalam kehidupan
masyarakat kita. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang
dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah
dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing
perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam
diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak
sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia
kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen Budi Bahasa dan
Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk
meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata,
Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya
tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka. Jadi,
kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan
gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat
Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah
pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara
Malaysia terus disegani kerana ketinggian nilai murni rakyatnya.
TAJUK 6: PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
MEMANFAATKAN INTERNET
Marcapada, internet merupakan satu ciptaan manusia yang wajar
dikagumi dan dalam masa yang sama merupakan satu kepentingan dalam
kehidupan setiap individu. Hal ini kerana hanya internet yang memberikan
kepuasan bersosial, berniaga dan belajar secara meluas tanpa had kepada
pengguna. Bayangkan dengan hanya satu klik, kita mampu mengakses seluruh
alam maya tanpa perlu bermandi peluh. Namun begitu, isu penyalahgunaan
internet bukanlah suatu isu baharu. Terdapat manusia sanggup melakukan
penyalahgunaan internet untuk memuaskan nafsu diri demi kepentingan diri
dengan melakukan pencerobohan maklumat dan menyebarkan berita palsu.
Maka tidak hairanlah jenayah siber kian hari kian serius bagai duri dalam daging.
Oleh itu, setiap individu perlu tahu akan kelebihan, keburukan dan cara
mengakses internet, termasuklah ibu bapa. Sebahagian besar ibu bapa masa kini
handal menggunakan internet manakala sebahagian kecilnya tidak. Namun
begitu, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, ibu bapa wajar untuk
mempelajari secara khusus berkenaan dengan internet. Sekiranya ibu bapa
sudah mengenali internet, maka dengan mudah ibu bapa mengawal
kecenderungan anak-anak melayari internet dan secara tidak langsung, ibu bapa
mampu mendidik anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet.
Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan internet pada hari ini?

Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah


Iskandar, Seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan
namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan
kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa
untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan
memberikan didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana
agama merupakan benteng yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir
negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Anak-anak yang diasuh
dan dibesarkan dengan didikan agama yang mantap dapat membezakan dosa
dan pahala ketika melayari laman sesawang. Sebagai contoh, anak-anak tidak
akan melayari laman sesawang yang mengandungi unsur pornografi yang
mampu mencemarkan minda dan sekali gus mampu mendorong meruntuhkan
akhlak anak-anak yang masih separa matang. Bukan itu sahaja, mereka juga
tidak akan menggunakan internet untuk menjejaskan keamanan dan
keharmonian dalam masyarakat dengan menyebarkan fitnah malahan mereka
akan menggunakan internet untuk menyampaikan ilmu yang berguna kepada
masyarakat. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni, sudah
pasti akan lahirlah insan yang berguna iaitu insan yang tahu nilai diri dan
estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh,
mereka dapat menggunakan internet dengan baik dan bijak.
Peranan lain yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-
anak memanfaatkan internet pada masa ini termasuklah mendedahkan anak-
anak dengan segala maklumat berkaitan dengan internet. Hal ini disebabkan
anak-anak perlu diberitahu mengenai baik buruk penggunaan internet sebelum
mereka didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan internet secara
bijak. Sekiranya anak-anak sudah diajar dari awal, sudah tentu anak-anak akan
lebih berhati-hati dan lebih bijak dalam menggunakan kemudahan internet pada
masa-masa akan datang bak kata pepatah, sediakan payung sebelum
hujan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh itu sememangnya ibu bapa
bertanggungjawab dalam memberikan pengenalan kepada anak-anak mengenai
penggunaan internet dari kecil, yang ternyata amat penting dalam kehidupan
masyarakat moden masa ini. Jelaslah di sini bahawa pendedahan segala
maklumat berkaitan internet terhadap anak-anak merupakan tindakan yang
wajar dilakukan oleh ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk memantau anak-anak semasa
menggunakan kemudahan internet. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu
internet ini mempunyai keburukannya. Pemantauan ibu bapa sebenarnya
mampu mengelakkan anak-anak daripada mengakses laman-laman sesawang
yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti
mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam
laman sesawang. Tindakan kecil yang dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari
mampu menyelamatkan industri hiburan tanah air yang kerap kali dirompak
oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, termasuklah mengurangkan
jumlah penggodam dan pencetus provokasi di internet yang semakin hari
semakin berleluasa. Anak-anak juga terselamat daripada terus terperangkap di
dalam kancah jenayah siber, yang juga merupakan salah satu kesalahan yang
akan dikenakan tindakan keras seperti yang termaktub di dalam akta jenayah
negara. Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu bapa dalam memantau anak-anak
semasa menggunakan kemudahan internet dapat mendidik mereka dalam
memanfaatkan kegunaan internet.

Jika dikaji dari aspek yang lain, ibu bapa juga seharusnya menyekat
penggunaan internet oleh anak-anak. Ibu bapa kini mampu mengawal internet
dengan menyekat laman-laman sesawang yang berunsurkan negatif sebagai
langkah mengelakkan pengguna internet mengakses laman-laman tersebut dan
sistem yang sama digunakan pada peranti komputer yang disediakan di semua
alma mater milik kerajaan. Sistem sebegini bukan sahaja mampu mengawal
aktiviti penggunaan internet anak-anak, malah mampu mengasuh mereka untuk
hanya mengakses laman-laman yang berguna sahaja. Bayangkan, sekiranya ibu
bapa melaksanakan sistem sebegini di rumah, sudah tentu anak-anak akan
menggunakan perkhidmatan internet dengan lebih bijak, seterusnya dapat
menghindari mereka daripada mengetahui mahupun mencuba untuk mengakses
laman-laman berunsurkan negatif seperti yang kebiasaanya berlaku dalam
kalangan remaja dan orang dewasa masa ini. Anak ibarat kain putih, ibu bapalah
yang mencorakkannya, persis kata peribahasa tersebut yang secara tersiratnya
menegaskan bahawa ibu bapalah yang perlu mengawal ton-ton warna yang ingin
diwarnakan di atas kain putih yang tidak berdosa. Cukup ditegaskan di sini
bahawa ibu bapa sebaik-baiknya mengawal penggunaan internet oleh anak-anak
sebagai cara mengajar mereka menggunakan internet secara lebih bijak.

Akhir sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik
anak-anak menggunakan internet secara pintar dengan memperkenalkan kepada
mereka dengan medium-medium pembelajaran menerusi internet. Seperti yang
ditegaskan, internet sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah
dari segi pendidikan. Hari ini, kemajuan internet juga selaras dengan kemajuan
teknologi seperti tablet dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua
peranti ini merupakan peranti pilihan pengguna untuk melayari internet. Oleh hal
yang demikian, adalah lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman
sesawang atau aplikasi pintar yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-
anak. Tanpa disedari, sudah banyak aplikasi dan laman sesawang yang
menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan kemudahan internet, namun
malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna internet
masa kini. Sebaik-baiknya anak-anak didedahkan dengan medium sebegini,
sekurang-kurangya mereka akan mula memanfaatkan penggunaan internet serta
bijak menggunakannya. Ibu bapa juga tidak perlu risau sekiranya anak-anak
menghabiskan masa dengan melayari internet mahupun menghadap peranti
pintar sepanjang masa, sekiranya peranti-perani di rumah diisi dengan aplikasi
dan laman pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Oleh hal yang
demikian, jelaslah sudah di sini bahawa tindakan ibu bapa memperkenalkan
medium-medium pembelajaran melalui internet kepada anak-anak adalah amat
wajar dalam mendidik mereka memanfaatkan penggunaan internet.

Secara tuntasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik


dan mengasuh anak-anak memanafaatkan penggunaan internet. Perkhidmatan
internet sememangnya memberikan manfaat kepada pengguna walaupun secara
minoritinya membawa kepada keburukan. Namun yang demikian, semua ini
bergantung kepada ibu bapa itu sendiri, sama ada bijak atau tidak mendidik
anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet dalam kehidupan
seharian. Walaupun demikian, kita tidak seharusnya mengharapkan peranan ibu
bapa sahaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu,
tindakan kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam memastikan
perkhidmatan ini mampu digunakan oleh semua anggota masyarakat sama ada
di bandar mahupun di luar bandar membuktikan bahawa internet sangat penting
kepada semua. Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan masyarakat
menggunakan perkhidmatan tersebut dengan sebaik-baiknya, namun usaha
kerajaan akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya ibu bapa dan pihak yang
lain tidak turut turun padang dalam membantu kerajaan melahirkan generasi
yang celik IT dan bijak menggunakannya. Mencegah itu lebih baik daripada
merawat, sememangnya jikalau semua pihak mula bertindak dari awal, masalah-
masalah penyalahgunaan internet dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi
ini akan mudah dicantas, dan secara tidak langsung, negara kita akan dipenuhi
dengan generasi-generasi yang berguna dan berfikiran hadapan.

TAJUK 4: LANGKAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan


untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya
akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang
sangat sukar untuk dicapai sekiranya pelajar itu sendiri mempunyai iltizam dan
keazaman yang tinggi untuk mencapainya. Namun begitu, dalam menelusuri
arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini masih terdapat
segelintir pelajar yang masih tidak menitikberatkan kecemerlangan akademik
lantaran masih dibuai lena oleh budaya hedonisme. Mereka ini lebih
mementingkan keseronokan dan hiburan daripada pendidikan. Pelajar-pelajar
tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah
kerana keputusan peperiksaan mampu menjamin masa hadapan seseorang
pelajar yang lebih cerah. Oleh itu, pelajar-pelajar janganlah menyesal pada masa
hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan jika asyik mengabaikan pelajaran, bak kata orang tua-tua, sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Persoalannya, apakah
langkah-langkah yang patut dilakukan untuk mencapai kecemerlangan
seseorang pelajar?

Langkah perdana yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar yang


sentiasa mendambakan kecemerlangan ialah dia haruslah mempunyai sahsiah
dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang
unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah
ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan. Mereka haruslah bercakap
dengan menggunakan bahasa yang sopan santun bagaikan butir-butir mutiara
yang berharga. Sebagai contoh, seseorang pelajar itu perlu sentiasa
menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga perlu
sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Hal ini
kerana bantuan yang diberikan dapat mengukuhkan pemahaman mereka atas
penerangan yang diberikan. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud
dalam kamus hidup seorang pelajar yang ingin cemerlang. Mereka sentiasa
mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan
membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari
bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan. Sahsiah dan peribadi pelajar
yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana
mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh
itu, jelaslah bahawa kecemerlangan dapat dicapai melalui sahsiah dan peribadi
yang unggul.

Langkah yang seterusnya ialah pelajar haruslah sentiasa mengikut ajaran


agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan
tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Mereka perlu
menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang
paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata
seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal
Tuhan dan agamanya. Mereka seharusnya mempunyai nawaitu yang suci dalam
setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar
Islam yang ingin cemerlang perlu menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah
iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai
kejayaan.Menurut Albert Einstein, Agama tanpa ilmu ada buta, ilmu tanpa
agama adalah lumpuh. Izharlah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang
cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di
dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS).

Jika ditinjau dari dimensi yang lain, kecemerlangan seseorang pelajar


dapat dicapai jika pelajar itu sentiasa mengisi masa lapang dengan bijak. Setiap
pelajar haruslah menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-
siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka perlu sentiasa mengisi masa
terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca
buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual
aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang dilakukan seimbang daripada
aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi
memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja
belajar sahaja. Pelajar yang ingin cemerlang juga sentiasa berusaha menambah
ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa
yang terluang. Hal ini kerana mereka menyedari melalui pembacaan, mereka
akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri
mereka seorang pelajar yang cemerlang bak kata slogan, membaca jambatan
ilmu. Mereka juga perlu menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak
menangguhkannya. Bagi mereka, bertangguh itu pencuri masa. Mereka juga
tidak akan mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses
menuntut ilmu. Secara tidak langsung, pengisian masa yang bijak dapat
mengekang mereka daripada terjebak dalam kebejatan sosial yang kian
menghambat golongan pelajar kita seperti vandalisme, gengsterime, melepak
dan sebagainya. Pelajar yang berdisiplin dalam pengisian masa dengan aktiviti
yang berfaedah juga dapat dilahirkan. Jadi, jelaslah kepada kita semua bahawa
pengisian masa yang bijak dapat membantu seseorang pelajar untuk mencapai
kecemerlangan yang diimpikan.

Di samping itu, seseorang pelajar juga perlulah sentiasa memberikan


tumpuan ketika guru sedang mengajar.Hal ini kerana perhatian dan tumpuan
yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang
cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang
dipelajari. Seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh
peratus kejayaan pelajar-pelajar disebabkan faktor memberikan sepenuh
tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Sebagai
contoh, seseorang pelajar haruslah memberikan sepenuh perhatian dan fokus
ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus
menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat
pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. Tumpuan
dan perhatian pelajar di dalam kelas bukan sahaja menjadi salah satu ciri
kecemerlangan pelajar malahan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka
menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh
para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya
memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam
pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang.
Ringkasnya, pemberian tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas
turut mendorong kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.

Bukan itu sahaja, kecemerlangan juga dapat dicapai dengan menetapkan


wawasan hidup. Hal ini kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka
sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Wawasan hidup
merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka
berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sebagai contoh, mereka yang
cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu
mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan
mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan
melakukan aktiviti seharian. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih
mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam
kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam
sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan
kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih
pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat
menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan
haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk
perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi
menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh
hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar
yang cemerlang.

Seperkara lagi, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap


pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal
ini kerana melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para
pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Pelajar
cemerlang tidak rela dicop atau dilabel sebagai ulat buku semata-mata. Mereka
juga menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum.
Sebenarnya bidang kokurikulum ialah pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik
darjah. Aktiviti kokurikulum ialah wahana bagi aplikasi pengetahuan dan
kemahiran kurikulum. Oleh itu, para pelajar haruslah menyertai sebarang
pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform
mahupun akademik. Para pelajar boleh melibatkan diri dalam sebarang aktiviti
yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad
dan berkhemah. Dengan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda
serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur,
minda pelajar akan menjadi cemerlang lalu dapat menjana idea yang kreatif dan
kritis. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh
badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang
cerdas lahir daripada badan yang cergas. Tegasnya, setiap pelajar perlu bergiat
aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang
dan seimbang.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat beberapa


langkah yang dapat diimplementasikan oleh seseorang pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dalam apa-apa jua lapangan yang diceburi. Kecemerlangan
seseorang pelajar dapat menjamin masa depan seseorang pelajar yang lebih
cerah. Pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang tinggi dari segi
akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Mereka menepati ciri-ciri modal
insan minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara.
Oleh itu, para pelajar haruslah fokus akan matlamat hidup mereka untuk menjadi
insan yang syumul dengan melakukan beberapa pendekatan yang telah
dibincangkan. Namun begitu, sekiranya kita meletakkan usaha ini atas bahu
pelajar sahaja tidak mencukupi kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Jadi, semua pihak terutamanya ibu bapa, guru dan Kementerian
Pendidikan haruslah menggembleng tenaga dan bersemangat tinggi setinggi
Gunung Himalaya untuk melahirkan insan kerdil yang berjiwa besar dalam
memburu kecemerlangan. Komitmen jitu daripada semua pihak sudah pasti
dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sekali
gus usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Mantan
Perdana Menteri dapat dicapai dengan mudah. Diharapkan usaha untuk
melahirkan modal insan yang holistik dan syumul untuk bersaing di peringkat
antarabangsa tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin. Benarlah kata
Soekarno, Berikan aku 10 orang belia waja nescaya akan aku gegarkan
dunia, kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
TAJUK 3 : LANGKAH MEMAJUKAN PELANCONGAN NEGARA

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber


pendapatan negara yang penting. "Pendapatan indsutri pelancongan
mencatatkan peningkatan 7.2 peratus dengan nilai RM103.3 bilion pada tahun
2013 dalam menjana ekonomi Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin. Hal ini menunjukkan peningkatan ekonomi yang
memberangsangkan yang dibawa masuk melalui industri pelancongan. Kerajaan
telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan
berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang pantas. Namun
begitu, insiden yang menimpa negara baru-baru ini dengan kejadian misteri iaitu
kehilangan pesawat Malaysian Airlines Systems (MAS) MH371 dari China dan
MH17 yang ditembak lalu terhempas di Ukraine sedikit sebanyak boleh
menjejaskan industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong berasa
terancam untuk datang ke Malaysia apatah lagi tahun 2014 diisytiharkan sebagai
Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, semua pihak haruslah megatur langkah yang
lebih proaktif dan pragmatik untuk memastikan industri pelancongan negara kita
terus rancak dengan kunjungan para pelancong sama ada dari dalam negara
atau dari luar negara untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada
perkembangan sektor ini. Persoalan yang bermain-main di gawang minda kita
ialah apakah langkah-langkah yang pragmatik yang dapat dipraktikkan untuk
memajukan sektor pelancongan di negara kita?

Uslub yang perdana yang dapat diambil ialah pihak kerajaan


memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat
pengunjung mancanegara. Produk pelancongan negara perlu diperbanyak
supaya para pengunjung dapat menikmati sesuatu yang baharu dan unik di
negara kita. Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak
yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri
dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan
kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah
dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-
buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk
pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-
pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang
tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk
memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup
dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa
untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup
mereka. Dengan ini, para pengunjung dapat menimba pelbagai ilmu yang baharu
dan mereka tidak akan pulang dengan tangan yang kosong tanpa ilmu di dada.
Benarlah kata orang tua-tua, jauh perjalanan, luas pengalaman. Jadi, usaha
kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan
sektor berkenaan.

Selain itu, pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di


seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk
memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini,
banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat
menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan
masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-
pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival
seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan
pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai
contoh, karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di
sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita bak kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta. Secara implisitnya, bilangan pelancong ke
negara kita akan semakin meningkat. Tegasnya, penganjuran karnival
pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk
mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Meninjau skop yang lebih luas lagi, kerajaan Malaysia juga wajar
menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara
antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini untuk menjadi tarikan
kepada para pengunjung. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan
antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan
badminton, pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta
Formula Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi dan seumpamanya
merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa.
Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara
antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak setiap
tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa seperti ini
memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini
hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Kejohanan-
kejohanan dan pameran ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan
sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan meluas. Kesannya,
kedatangan pelancong ke negara kita juga akan meningkat. Mereka bukan
sahaja datang untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan,
malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita berterusan tanpa
menunggu musim-musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat
mengekalkan pulangan yang diperoleh danpada kedatangan pelancong ke
negara kita. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan
promosi pelancongan di negara kita.

Seperkara lagi, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan


sektor pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun
Malaysia Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak
penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan
pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang
diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat
pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai
kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak
digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia ini. Selain
badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetetif, bak
kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Program seumpama Cuti-
cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui keindahan
negara kita Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam
mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Hal ini sekali gus akan
mendorong para pelancong untuk melancong dan berehat di sini. Jelaslah,
kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di
negara kita..

Uslub dan minhaj yang lain ialah menghapuskan atau mengurangkan


cukai belian barangan di negara ini. Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan
Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke sini bukan sekadar untuk
menikmati keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-
belah. Mereka ingin menjadikan percutian di Malaysia sebagai serampang dua
mata. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai
belian barangan di negara ini. Namun begitu, kualiti barangan yang dijual
haruslah terpelihara supaya para pelancong berasa puas hati ketika membeli-
belah di negara kita dan janganlah indah khabar dari rupa. Selain itu, peraturan-
peraturan imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat
melancong ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang
asing perlu ditambah dan disediakan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di
hotel, pusat pelancongan dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya kemudahan-
kemudahan ini, para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia.
Izharlah bahawa penghapusan dan pengurangan cukai belian barangan dapat
merancakkan industri pelancongan negara .

Jika ditinjau dari sudut yang lain, langkah-langkah keselamatan juga perlu
diambil bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di
negara kita. Faktor kawalan keselamatan yang terjamin di sesuatu destinasi
pelancongan sering menjadi kayu pengukur untuk mereka datang ke destinasi
pelancongan yang menjadi pilihan di hati mereka. Kita tidak seharusnya lupa
dengan gelagat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas
pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan Pelancong perlu ditubuhkan untuk
membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong. Kejadian-kejadian
rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus
ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing terus
berkunjung ke negara ini. Bilangan keanggotaan pasukan keselamatan perlu
ditambah supaya rondaan dapat dilakukan dengan lebih kerap di kawasan
tumpuan pelancong. Sehubungan dengan itu, pelancong dapat melancong di
negara kita dengan lebih selesa dan sekali gus imej negara terpelihara di mata
dunia. Pendek kata, kawalan keselamatan yang baik mampu meningkatkan
industri pelancongan negara.

Akhir kalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas


bahawa terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan
untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Memang diakui
pelancongan merupakan suatu industri yang cukup berpotensi dan begitu
menguntungkan. Oleh itu, usaha memajukan industri pelancongan bukanlah
terletak atas pundak pihak berkuasa semata-mata kerana bertepuk sebelah
tangan takkan berbunyi. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan
iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan
ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan
kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat
diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancongan tempatan dan mancanegara.
Kerjasama dan kesungguhan daripadasemua pihak yang terbabit akan
menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di
dunia. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Mantan Menteri Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang
setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali,
Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan
secara giat malah disokong oleh rakyat jelata. Biarlah pepohon terus bergoyang,
biarlah mentari terus bersinar dan biarlah industri pelancongan negara kita terus
meniti dari bibir ke bibir umat manusia di seantero dunia demi menjana
pendapatan yang lebih lumayan untuk kemaslahatan bersama.

TAJUK 2 : KEPENTINGAN BERSARAPAN PAGI

Rangka:

Mimi tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut.
Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagi pun, tak sempat.
Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada
makan," kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan
pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah. Senario ini mungkin biasa
kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih
tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk
memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di
dalam kelas. Sebenarnya sarapan pagi sangat penting kepada setiap individu.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang kurang gemar
mengambil sarapan pagi. Mereka menganggap bahawa sarapan pagi hanya akan
menambahkan berat badan. Mungkin juga terdapat individu yang sering
mengalami masalah sakit perut sejurus mengambil sarapan pagi. Sama ada kita
sedar atau tidak, terdapat pelbagai faedah yang kita peroleh apabila mengambil
sarapan pagi. Marilah bersama-sama kita mengkaji faedah-faedah pengambilan
sarapan pagi.
Salah satu faedah mengambil sarapan pagi ialah masalah obesiti dapat
dielakkan. Banyak orang yang beranggapan bahawa dengan tidak mengambil
sarapan pagi, dapat mengurangkan berat badan mereka. Seseorang yang tidak
bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak
pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan
ringan untuk menghilangkan kelaparan. Sebetulnya,berat badan lebih mudah
dikurangkan dengan mengambil sarapan pagi dengan tidak makan secara
keterlaluan pada waktu tengah hari sebagai akibat kelaparan kerana tidak
mengambil sarapan pagi. Kajian yangdijalankan Food Facts
Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remajaberusia 10 hingga
12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dankurang be
rhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Pengambilan sarapan pagi
perlulah seimbang dengan tenaga yang diperlukan. Untuk mengelakkan masalah
obesiti, kita haruslah bersarapan pagi dengan makanan yang berkhasiat seperti
bijiran dengan susu. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan obesiti malahan
juga dapat mengelakkan pelbagai penyakit yang berbahaya. Tegasnya, masalah
obesiti dapat diatasi dengan memberikan berat badan yang ideal jika kita
mengambil sarapan pagi.

Selain itu, sarapan pagi dapat membekalkan tenaga kepada


kita. Sarapan pagimenyediakan 25 peratus daripada jumlah kalori atau tenaga h
arian dan kunci kesihatanyang baik. Bagi individu yang tidak mengambil sarapan
pagi, apabila menjelang tengah hari, mereka akan mula rasa lemah lesu dan
tidak bermaya. Kajian telah membuktikan bahawa individu yang mengambil
sarapan pagi lebih cergas daripada individu yang tidak mengambil sarapan pagi.
Remaja sangat memerlukan sarapan pagi untuk memberikan tenaga kepada
mereka. Minda mereka lebih cerdas di awal pagi dan ini memudahkan mereka
menumpukan perhatian di dalam kelas. Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan
dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata
sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih
bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak. Disebabkan remaja lama
berada di sekolah dan memerlukan tumpuan kepada pelajaran, makanan yang
tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan
menyebabkan mengantuk. Sehubungan dengan itu. sarapan bukan saja
memberi tenaga untuk memulakan hari baharu, tetapi juga menjamin prestasi
yang lebih baik dalam kehidupan seseorang. Pendek kata, bersarapan pagi
penting untuk memberikan tenaga demi menjamin kualiti hidup kita.

Di samping itu,sarapan pagi amat penting bagi mengawal rasa lapar diri
kita. Lazimnya, kita perlu bangun seawal pagi untuk memulakan rutin harian
kita. Sarapan pagi dapat menjadi alas perut sementara menunggu waktu rehat
tiba. Apabila kurang rasa lapar, tumpuan kita terhadap kerja yang dilakukan
akan stabil. Jika perut kita lapar, tumpuan kita akan terganggu. Hai ini
menyebabkan kita hilang fokus terhadap aktiviti harian kita. Oleh itu, kita perlu
mengambil sarapan pagi dengan pengambilan makanan yang mengandungi
serat seperti roti bijiran penuh, bijirin sarapan, kekacang, sayuran dan
buah. Serat membantu dengan memberikan rasa kenyang bagi mengelakkan
pengambilan makanan berlebihan dan sekali gus dapat mengawal masalah
fizikal, intelektual dan tingkah laku seseorang. Izharlah bahawa pengambilan
sarapan penting untuk mengelakkan rasa lapar.

Sebagai konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pengambilan


sarapan pagi ini banyak memberikan kepentingan kepada diri kita. Pengabaian
daripada mengambil sarapan pagi juga memberikan keburukan kepada diri kita.
Oleh itu, kita haruslah memulakanlah hari kita dengan bersarapan kerana
mencegah itu lebih baik dari mengubati. Sesungguhnya kita perlu mengetahui
apa yang penting bagi diri kita untuk sentiasa sihat dari segi mental mahupun
fizikal. Ibu bapa seyogianya menyediakan sarapan yang sihat untuk anak-anak
tanpa memberikan sebarang alasan yang boleh membantutkan tumbesaran dan
kesihatan anak-anak. Pengambilan sarapan pagi haruslah dijadikan suatu
kelaziman supaya alah bisa tegal biasa. Dengan ini, negara dapat menghasilkan
modal insan yang sihat sekali gus dapat meningkatkan taraf ekonomi negara
agar setanding dengan negara-negara maju yang lain. Berpeganglah pada
slogan Rakyat Sihat, Negara Maju.
KEPENTINGAN HUTAN

Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hutan merupakan


khazanah alam yang amat tinggi nilainya.Hutan mendatangkan pelbagai impak
yang positif kepada masyarakat dan negara.Tanpa hutan kita tidak akan dapat
menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati pada waktu
ini.Macapada,hutan semakin terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan
masyarakat pada zaman ini.Mereka hanya melakukan sesuatu tindakan
berlandaskan hawa nafsu bukannya berlandaskan fikiran sedangkan mereka
mengetahui kesan tindakan mereka terhadap generasi pada masa hadapan.Oleh
sebab itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi memastikan hutan
terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.

Antara kepentingan hutan kepada masyarakat ialah merupakan kawasan


tadahan.Hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin
harian.Sekiranya hutan semakin pupus,cuba kita bayangkan bagaimana
kehidupan kita tanpa air.Sememangnya kita sedar bahawa kita tidak boleh hidup
tanpa air walaupun sehari kerana kegiatan rutin harian kita sentiasa
menggunakan air seperti membasuh kereta,mencuci pinggan ,mandi dan juga
menampung keperluan asas bagi manusia.Kegiatan pembalakan haram semakin
berleluasa pada hari ini dan menyebabkan hutan di negara semakin
terancam.Hal ini akan menyebabkan kita kehilangan kawasan tadahan hujan
sekali gus kita akan kehilangan sumber air yang berkualiti.Oleh itu,sebagai
masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mengambil berat terhadap
kegiatan pembalakan haram yang mengancam kepentingan hutan.

Selain itu,hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan


bumi.Hali ini kerana hanya hutan sahaja yang boleh menjalankan proses
fotosintesis.Proses fotosintesis amat penting dalam kehidupan masyarakat dalam
memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana kesan rumah
hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat.Sekiranya hutan
ditebang,bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan peratus
karbon dioksida bertambah seperti cendawan tumbuh selepas
hujan.Natijahnya,kita akan mengalami El-Nini sedangkan kedudukan negara kita
terletak di garisan khatulistiwa.Secara faktanya,negara kita mengalami iklim
yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa kita ingin negara kita
mengalami kemarau yang berpanjangan.Oleh yang demikian masyarakat yang
bersikap materialistik hendaklah mengikis sikap tamak dalam sanubari mereka
itu kerana anjakan paradigma.

Seterusnya,hutan juga merupakan habitat bgi flora dan fauna yang juga
merupakan sumber makanan kita.Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi
flora dan fauna.Sekiranya hutan pupus di manakanh binatang-binatang liar
tersebut dapat tinggal selain hutan?Di samping itu,hutan merupakan sumber
makanan bagi binatang liar tersebut yang tergolong daripada kategori
'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan kita juga akan
kehilangan sumber makanan kerana sumber protein kita ialah daging binatang-
binatang yang terdapat di dalam hutan.

Di samping itu juga hutan merupakan penampan hakisan semasa hujan


menyirami bumi.Jika hutan ditebang,tanih akan menjadi gondol dan matahari
yang panas terik akan menyebabkan tanih menjadi kering-kontang.Hali ini akan
menyebabkan hakisan tanih mudah berlaku.Oleh itu,hutan boleh mengelakkan
kejadian tanah runtuh daripada berlaku kerana akar-akar tumbuhan dapat
mengikat tanih daripada mudah longgar yang akan menyebabkan tanah runtuh
sekali gus banjir lumpur.

Akhir sekali,sektor pelancongan yang dapat menjan ekonomi negara


juga merupakan peranan hutan.Hal ini kerana pihak kerajaan telah menubuhkan
kawasan eko-pelancongan yang dapat memlihar kepupusan flora dan fauna
seperti Taman Negara Bako di Sarawak dan Taman Negara Kinabalu.Kawasan-
kawasan hutan ini merupakan kawasan yang diharamkan kegiatan pembalakan
dijalankan.Sememangnya tindakan pihak kerajaan yang drastik ini telah
menyelamatkan hutan di negara daripada pupus.Di samping itu juga hutan
dapat menjana ekonomi negara melalui kegiatan eksport kayu-kayu belian yang
berharga yang mendapat pasaran yang tinggi di persada
antarabangsa.Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan
pembangunan negara ke arah kemajuan supaya negara dapat berdiri sama
tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara lain.

Konklusinya,semua pihak hendaklah menggembleng tenaga dalam


memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.Hargailah hutan kerana
hutan merupakn khazanah yang amat bernilai.Oleh sebab itu,kita mestilah
bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang dikeliling dengan hutan-
hutan yang malar hijau.Marilah kita bersama-sama memelihara dan memulihara
hutan di negara ini sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,sesal
kemudian tiada gunanya lagi.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang karangan anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan
masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya
Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit semakin menjalar
dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu masalah darah tinggi
dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh golongan tua tetapi pada hari ini
golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan. Mengikut statistik yang dikeluarkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah
kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun
sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara
terutamanya dengan kemudahan prasarana berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh
pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat
masyarakat mendapat kemudahan rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar
pertambahan bilangan pesakit yang tidak mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata
pepatah, setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu
daripadanya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup
sihat?

Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di bawah kata kunci
pengambilan makanan seimbang. Kebanyakan rakyat Malaysia mengganggap pengambilan makanan
seimbang ialah diet. Sebenarnya, tanggapan masyarakat mengenai perkara tersebut adalah salah
sama sekali.Hal ini kerana pengambilan makanan seimbang bermaksud pengambilan makanan oleh
seseorang individu yang mengandungi semua nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan
secara seimbang. Jika kita merujuk piramid makanan, pembahagian pemakanan terbahagi kepada
beberapa bahagian mengikut keperluan makanan berdasarkan seorang manusia normal. Bahagian
bawah piramid makanan merupakan kumpulan makanan mengandungi karbohidrat, diikuti dengan
kumpulan makanan yang mengandungi vitamin, mineral, dan serat, seterusnya kumpulan makanan
yang mengandungi protin, dan terakhir bahagian atas ialah kumpulan makanan mengandungi lemak.
Piramid makanan juga merupakan panduan kepada pengguna dengan mengurangkan pengambilan
makanan berlemak di bahagian atas sekali, seperti lemak dan gula,. Oleh sebab itu, makanan
berlemak hanya perlu kita ambil dalam kuantiti sedikit. Berbanding kandungan karbohidrat perlu
diambil dalam kuantiti yang banyak kerana makanan seperti ini membekalkan kita tenaga untuk
menjalani kehidupan seharian, contohnya nasi, roti, dan bijirin. Seorang ahli falsafah Yunani iaitu
Socrates berkata " Aku makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan." Tegasnya, kita boleh
mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang setiap hari.

Seterusnya, mari kita lebarkan lensa perbincangan dengan memperkatakan gaya hidup sihat
iaitu menjalankan aktiviti rekreasi. Sebagai mana yang kita sedia maklum, kegiatan rekreasi
merupakan aktiviti yang berfaedah terutama untuk mengisi masa senggang, merehatkan minda dan
mengelakkan stress, selain menyehatkan badan. Pada abad milenium ini, banyak tempat rekreasi,
sama ada bertemakan air, alam sekitar dan sebagainya. Dengan adanya pusat rekreasi, anak muda
atau remaja boleh menyertai aktiviti berkenaan dengan mandaftar diri dan menyertai program yang
dianjurkan seperti kursus berkayak, mendaki gunung, , menyelam, "jungle tracking" dan sebagainya.
Bagaimana kegiatan rekreasi ini dapat menyihatkan tubuh badan? Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti
mencabar. Sebelum melakukan aktiviti berkenaan, peserta selalunya diminta untuk melakukan aktiviti
regangan agar seluruh sendi dan sistem kardivaskular kita bersedia terlebih dahulu sebelum
melakukan aktiviti berkenaan. Bahkan juga, dengan adanya aktiviti regangan dan pemanasan badan,
kadar pengaliran darah dan pergerakan jantung akan stabil sebelum peserta melakukan aktiviti yang
berat. Selain itu, kelenjar endokrin dan kelenjar adrenalina akan merembeskan peluh yang
mengandungi toksin untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, badan kita akan menjadi
sihat dan sukar untuk dijangkiti patogen-patogen penyakit. Kebiasaanya, seorang fasiltator akan
memberi penerangan kepentingan melakukan regangan dan peringatan mengenai langkah-langkah
menjaga keselamatan sepanjang program rekreasi diadakan untuk mengelak sebarang kemalangan
atau kecederaan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan.
Justeru, tahap keselamatan peserta lebih terjamin semasa melakukan aktiviti lasak tersebut. Hal ini
jelas menunjukkan aktiviti berekreasi merupakan satu cara untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat
dalam kehidupan.
Mari kita meneruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam
membicara aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Sebagaimana kita maklum, remaja tidak
lari daripada melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan mereka sejajar dengan usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia memperkenalkan pelaksanaan Program 1 Murid 1 Sukan yang mewajibkan
pelajar sekurang-kurang menyertai satu aktiviti sukan di sekolah. Bahkan juga,Kementerian Pelajaran
Malaysia juga telah 10% syarat kemasukan ke universiti berdasarkan pencapaian pelajar dalam
bidang kokurikulum antaranya sukan permainan. Namun, pelaksanaan program ini belum mencapai
objektifnya kerana sebilangan pelajar masih belum membudayakan diri mereka untuk bersukan dan
penglibatan mereka dalam aktiviti berkenaan hanya sekadar untuk penyertaan bukan sebagai
budaya. Sebenarnya, pucuk pangkal permasalahan berkenaan terus berlaku akibat masyarakat
masih belum mengetahui akan manfaat dan kepentingan sukan dalam kehidupan mereka. Dengan
bersukan, masyarakat akan mendapat manfaat iaitu selain menyihatkan badan, mereka juga akan
dapat mencergaskan minda mereka. Hal ini kerana ketika bersukan oksigen akan diserapkan ke
dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan menjalankan proses respirasi,
disamping aliran oksigen ke otak akan lebih aktif. Secara langsung neuron-neuron otak juga akan
bersambung dan badan akan menerima cas-cas positif yang berfungsi untuk menyihatkan badan dan
mencerdaskan otak. Kebaikannya kepada pelajar, mereka tidak akan mudah mengantuk semasa
berada di dalam kelas dan sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna.
Pepatah Arab ada mengatakan bahawa minda cerdas lahir daripada badan yang sihat. Justeru, kita
boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti bersukan.

Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh bahawa pemeriksaan dan rawatan kesihatan adalah
penting dalam memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada di bawah paras bahaya. Masyarakat
Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan terutamanya di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan
Malaysia amat mengambil berat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan
kesihataperkhidmatan bertaraf dunia. Hal ini boleh kita lihat di setiap pelusuk negara terdapat pusat
rawatan sama ada klinik desa, Klinik 1 Malaysia, Hospital Desa dan Hospital Besar sentiasa terbuka
untuk dikunjungi oleh rakyat yang sedar akan kepentingan kesihatan mereka. Bahkan juga, pengamal
perubatan yang sedia merawat pesakit adalah lepasan universiti dikerah berkhidmat di pusat rawatan
daerah, dan negeri agar setiap masyarakat mudah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang
berkualiti. Berbading suatu ketika dahulu, pesakit yang memerlukan rawatan daripada seorang doktor
hanya boleh mendapat perkhidmatan mereka di hospital desa atau hospital besar. Rawatan kesihatan
amat penting supaya setiap warganegara akan tahu tahap dan darjah kesihatan mereka dari semasa
ke semasa. Apabila kita melakukan rawatan kesihatan secara berskala sekurang-kurangnya tiga
bulan sekali perkembangan kesihatan kita boleh dipantau oleh pengamal perubatan atau doktor
dengan sebaik-baiknya. Natijahnya cukup positif kerana pengesanan penyakit secara awal akan
memudahkan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Secara langsung pengesanan awal boleh
menyelamatkan nyawa kerana kadang kala penyakit menyerang tanpa disedari terutama penyakit
tiga serangkai iaitu darah tinggi, kecing manis dan serangan jantung. Contohnya, sekiranya pesakit
mengalami penyakit kencing manis para doktor berpengalaman akan menasihatkan pesakit
mengawal kaedah pemakanan yang sesuai dan sekiranya pesakit mengalamai masalah diabetis yang
kronik suntikan insulin akan dilakukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Pepatah ada
menyebut " mencegah lebih baik daripada merawat." Tegasnya mendapat pemeriksaan dan rawatan
kesihatan adalah sangat penting dalam memastikan tahap kesihatan masyarakat dalam keadaan
baik.

Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita inginkan
kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang
boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang, melakukan aktiviti
rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara sempurna. Oleh itu,
untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita perlulah memastikan tahap
kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan pemimpin yang sihat jasmani,
rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu menggapai cita-cita pemimpin
untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara
Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang
menggunung.
FAEDAH SUKAN LASAK
Sukan lasak seperti mendaki gunung, ekspedisi berbasikal, dan berkayak
merupakan sukan yang popular. Sukan ini semakin digemari oleh golongan
muda di negara kita. Pelbagai manfaat dapat diperoleh dengan membabitkan
diri dalam sukan lasak.

Antara manfaatnya ialah sukan lasak dapat membina kekuatan fizikal


seseorang. Untuk bergiat aktif dalam sukan tersebut, seseorang perlu berlatih
dengan gigih bagi memperoleh kecegasan yang diperlukan. Tanpa tahap
kecergasan yang sesuai, seserorang itu tidak mempunyai daya ketahanan yang
dituntut.

Selain itu, seseorang penggiat sukan lasak dapat menguji dan berlatih
kesabaran diri. Sebagai contohnya, seseorang pendaki gunung yang berdepan
dengan halangan dalam pendakiannya mestilah bersifar sabar supaya dapat
memikirkan cara untuk mengatasi halangan tersebut . Sifat kesabaran sangat
penting dalam meniti kehidupan harian kerana banyak masalah dapat
diselesaikan berkat kesabaran diri.

Di samping itu, sukan lasak juga dapat memupuk semangat berpasukan.


Sebagai contohnya, ekspedisi mendaki gunung dan berbasikal memerlukan
perancangan teliti serta persepakatan utuh untuk mencapai matlamatnya.
Tanpa nilai-nilai tersebut, pastinya sesuatu rancangan itu akan menemui
kegagalan.

Seterusnya, sukan lasak juga dapat membina keyakinan diri pada diri penggiat.
Kejayaan yang diraih dengan menghabiskan sesuatu cabaran getir seperti
berkayak, berkapal layar, dna berenang maraton dapat menambah keyakinan
diri seseorang peserta. Hal ini akan mendorongnya untuk menghadapi sebarang
cabaran dengan yakin.

Kesimpulannya, generasi muda digalakkan supaya membabitkan diri dalam


sukan lasak. Melalui sukan ini, mereka dapat mempelajari cara-cara untuk
bermandiri agar kelangsungan hidup dapat diteruskan dalam apa-apa keadaan
sekalipun.
Para remaja sering menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan
mereka.
Sebagai remaja cadangkan strategi untuk menangani masalah remaja.

Kehidupan zaman remaja merupakan suatu zaman yang penuh dugaan hidup
yang mencabar. Kewujudan cabaran ini menyebabkan banyak remaja
menganggap kehidupan mereka tidak begitu penting lalu memudahkan mereka
terjebak dalam pelbagai kancah gejala sosial yang mampu menjejaskan imej dan
maruah diri remaja itu sendiri. Situasi ini seolah-olah memberi satu persepsi
umum bahawa kemelut yang melanda remaja itu tidak boleh diselesaikan
dengan begitu mudah. Namun, ada pelbagai strategi yang mampu dilaksanakan
oleh pelbagai pihak untuk menangani pelbagai cabaran yang melanda kehidupan
harian remaja itu.

Antara strategi awal ialah remaja harus disedarkan bahawa kehidupan mereka
itu mempunyai matlamat atau tujuan yang tertentu. Kesedaran ini boleh
ditimbulkan melalui pelbagai kempen kesedaran yang boleh dilakukan oleh pihak
media massa menerusi filem atau iklan yang pasti ditonton oleh jutaan remaja
kita. Setiap remaja yang menyedari bahawa kehidupan mereka mempunyai
matlamat yang lebih besar selain daripada diri sendiri pasti akan mampu untuk
menangani sebarang cabaran yang timbul dalam hidup mereka kerana sedar diri
mereka mampu melakukan perubahan dalam kehidupan orang lain dan negara
ini. Maka, remaja harus terlebih dahulu disedarkan tentang kepentingan memiliki
matlamat hidup yang lebih jelas dan nyata.

Manakala strategi kedua ialah pihak sekolah harus mampu memberikan


perkhidmatan kaunseling kepada mana-mana remaja yang bermasalah dengan
efektif. Perkhidmatan kaunseling ini hendaklah dilakukan dengan sistematik dan
diseliakan oleh guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang
cukup dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja kelak. Guru
kaunseling bakal menjadi barisan awal untuk mengesan remaja yang bermasalah
lalu segera membuat perubahan yang mampu membawa remaja terbabit ke
pangkal jalan dengan segera. Sesungguhnya, khidmat kaunseling oleh pihak
sekolah menjadi satu senjata pelindung yang paling praktikal dalam menangani
cabaran hidup remaja kerana mereka menghabiskan masa yang lama di sekolah.

Selain itu, remaja yang sedang menghadapi cabaran hidup mampu


menanganinya dengan kembali kepada ajaran keagamaan mereka. Semua
ajaran agama di dunia ini cuba membawa penganutnya supaya menggunakan
kaedah keagamaan untuk menjalani kehidupan di dunia dengan lebih baik selain
mampu menyelesaikan masalah kehidupan mereka dengan lebih positif dan
rasional. Benteng agama menjadi kriteria penting yang harus dimiliki dalam jiwa
remaja terutama yang bermasalah kerana agama memberikan seseorang itu
satu pegangan atau kepercayaan bahawa diri mereka mampu mengharungi
badai kehidupan yang sedang melanda mereka itu. Jelaslah, semakin tebal
kefahaman agama dalam diri remaja semakin besarlah peluang remaja itu untuk
mampu menangkis sebarang cabaran kehidupan yang timbul dalam hidup
mereka.

Pada masa yang sama ahli masyarakat umum turut berperanan untuk menegur
atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan
mereka. Kalau kita lihat kini masyarakat tidak lagi mahu atau berani untuk
menegur kelakuan sumbang remaja kerana tidak mahu dianggap menjaga tepi
kain orang pula terutama dalam kehidupan masyarakat moden kini. Kegagalan
setiap ahli masyarakat untuk menjalankan tanggung jawab mereka untuk
memberikan nasihat kepada remaja kita telah menyebabkan banyak remaja
tersesat jalan lalu terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan
imej rakyat negara ini juga. Jadi, masyarakat harus disedarkan tentang peranan
mereka untuk sama-sama membantu remaja dengan memberi teguran dan
sokongan kepada remaja dalam menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan
yang melanda jiwa muda mereka itu.

Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh digerakkan untuk bersama-sama
menangani masalah kehidupan yang melanda golongan remaja itu. Kelebihan
persatuan ini ialah gabungan idea dan kerjasama ibu bapa serta guru mampu
menjadikan mereka lebih peka akan cabaran hidup yang dilalui oleh remaja itu.
Perkongsian maklumat dan pengalaman antara dua pihak yang penting dalam
merencanakan kehidupan remaja ini pasti berupaya untuk mencetuskan satu
pendekatan yang bukan sahaja bersifat psikologi tetapi juga praktikal dalam
menyelesaikan kemelut hidup remaja tersebut. Lantaran itu, persatuan ini perlu
lebih proaktif dalam merangka pelan atau aktiviti yang turut mampu menjadikan
kehidupan remaja lebih riang dan selesa diharungi bersama-sama.

Konklusinya, semua strategi yang diperhalusi di atas itu harus dilaksanakan


dengan segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama
pihak ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang
bakal menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa
depan kelak. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan
efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat
yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi
kini. Mahukah kita semua melihat remaja kita terus dibelenggu pelbagai masalah
hidup tanpa kita melakukan apa-apa tindakan?
Remaja perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk kehidupan moden ini.
Huraikan kemahiran-kemahiran itu.

Remaja zaman ini mengalami pelbagai cabaran yang menjadi penentu dalam hala tuju
kehidupan mereka tersebut. Cabaran yang berlaku itu apabila gagal diatasi akan menjejaskan
kehidupan remaja lalu terjebak dalam pelbagai gejala sosial yang melanda negara seperti
dadah, mat rempit, dan juga jenayah. Berita yang disiarkan menerusi media massa telah
membuktikan bahawa banyak remaja gagal meneruskan cabaran hidup kerana tidak memiliki
beberapa kemahiran penting dalam kehidupan zaman globalisasi itu. Jadi, apakah kemahiran-
kemahiran yang harus dimiliki oleh remaja dalam usaha mereka mengatasi dugaan kehidupan
zaman moden ini?

Kemahiran yang paling berguna untuk memudahkan remaja mengharungi cabaran kehidupan
zaman ini ialah mereka mahir berkomunikasi dengan orang lain. Remaja yang bijak akan
menggunakan pelbagai kaedah komunikasi yang bersesuaian dengan individu yang sedang
bersemuka dengan mereka itu. Golongan remaja ini juga mestilah mahir dalam menilai reaksi
seseorang apabila diri mereka menerangkan sesuatu perkara lalu membuat perubahan yang
difikirkan bersesuaian pula dengan reaksi tersebut. Akibatnya, remaja yang memiliki
kemahiran berkomunikasi akan berupaya untuk meluahkan perasaan dan minat serta matlamat
mereka dengan lebih tersusun serta jelas kepada orang lain pada bila-bila masa.

Selain itu, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah turut penting dimiliki oleh remaja
kerana kehidupan zaman ini menekankan aspek berdikari yang tinggi. Kemelut yang melanda
kehidupan remaja amat berbeza daripada masalah yang berlaku pada era ibu bapa mereka lalu
memerlukan satu cara penyelesaian yang tidak sama untuk menangani masalah itu. Kaedah
penyelesaian itu mestilah bersesuaian dengan peribadi remaja kerana mereka yang akan
menanggung segala akibat yang timbul daripada sesuatu penyelesaian masalah itu. Jelaslah,
remaja yang memiliki kemahiran menyelesaikan masalah ini mampu mengatasi semua cabaran
yang menimpa mereka baik di sekolah, di tempat kerja, dan di rumah itu.

Tambahan pula, remaja yang mampu meneruskan cabaran kehidupan yang penuh gelora ini
mestilah mempunyai kemahiran insaniah. Peribadi yang baik, sopan, berbudi bahasa, dan
memiliki pegangan keagamaan bersama-sama nilai kemanusiaan sejagat akan menjamin
remaja itu hidup bahagia dalam kehidupan era digital ini. Remaja yang memiliki kemahiran ini
akan berupaya bergaul dalam kalangan masyarakat yang semakin melupakan erti
kemanusiaan yang sejati tersebut. Sesungguhnya, remaja yang memiliki ciri insaniah yang
sebenar akan menjadi peneraju yang mencetuskan kewujudan masyarakat yang berhati mulia
dalam meneruskan saki-baki kehidupan mereka tersebut.

Kemahiran yang seterusnya melibatkan penguasaan remaja dalam teknologi maklumat dan
komunikasi yang begitu menarik lagi canggih. Golongan muda telah menggunakan teknologi
ini sebagai sumber bahan berita atau informasi yang penting dalam kehidupan mereka
walaupun ada unsur penipuan yang menjejaskan kredibiliti remaja pula. Remaja yang mahir
dalam teknologi ini akan menapis atau memeriksa bahan yang diterima menerusi teknologi
komunikasi sebegini sebelum melakukan sebarang tindakan susulan yang boleh menghalang
kemudaratan melanda diri sendiri. Maka, remaja yang tinggi kemahiran dalam teknologi
komunikasi ini akan terhindar daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah diri
dan keluarga mereka pada masa hadapan itu.

Akhir sekali, remaja yang bakal meneruskan kehidupan dengan bahagia ialah remaja yang
mempunyai kemahiran khusus dalam arah kendiri atau interpersonal. Kemahlran arah kendiri
merujuk kebolehan remaja untuk memotivasikan diri sendiri dalam usaha mencapai matlamat
dalam kehidupan mereka pada masa hadapan tersebut. Remaja sebegini akan mampu bangkit
semula apabila hidup mereka dipenuhi dengan pelbagai cabaran yang membawa rasa
kesedihan, kekecewaan dan kegagalan yang berulang kali itu. Sebenarnya, remaja yang ada
kemahiran arah kendiri akan melihat kegagalan atau kesedihan sebagai satu proses kehidupan
yang harus diharungi dalam kehidupan manusia sebenar.

Kesimpulannya, remaja yang hidup pada zaman dunia tanpa sempadan ini haruslah memiliki
semua kemahiran yang dihuraikan tadi. Kegagalan untuk memiliki kemahiran tadi akan
menjadikan kehidupan remaja begitu sukar untuk diteruskan kerana cabaran yang berlaku
tidak memilih bulu lalu menjejaskan kualiti kehidupan remaja. Masyarakat pula hendaklah
membantu remaja memiliki kemahiran ini dengan mendidik mereka atau membiarkan mereka
menyelesaikan sesuatu cabaran mengikut selera mereka sendiri pula. Peribahasa katak di
bawah tempurung perlulah dihindarkan daripada pemikiran remaja kerana dunia moden ini
sudah menjadi semakin kecil lalu segala yang berlaku akan memberi kesan kepada remaja
yang tidak bersedia untuk berubah sikap.
Perpaduan merupakan perkara yang penting di negara ini kerana Malaysia mempunyai
pelbagai kaum. Ada pihak yang mempertikaikan usaha kerajaan meningkatkan perpaduan
kaum.
Huraikan kepentingan perpaduan dan kaedah-kaedah mencapainya.

Peribahasa Melayu bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat jelas
menggambarkan perpaduan kaum di negara ini yang unik kerana penduduknya yang berbilang
kaum itu. Sejak dahulu lagi, penduduk negara ini hidup dalam suasana yang aman damai
tanpa sebarang perselisihan pula. Semua kaum yang hidup di negara ini saling menghormati
adat resam dan agama masing-masing tanpa sebarang prejudis serta unsur perkauman itu.
Dalam konteks kepelbagaian ini, kepentingan perpaduan rakyat sememangnya mempunyai
keperluannya tetapi langkah yang proaktif perlu diaplikasikan demi menjayakannya.

Sehubungan dengan hal itu, perpaduan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman
sentosa tanpa sebarang masalah. Ketika negara jiran seperti Indonesia mengalami kegawatan
ekonomi yang menyaksikan penduduk negara itu bergaduh dan berbunuhan sesama mereka,
negara kita pula terus aman untuk menghadapi krisis ekonomi dunia itu. Kejadian yang
melanda negara jiran itu mengejutkan semua pihak terutamanya rakyat Malaysia kerana
keganasan yang berlaku begitu sukar untuk difahami oleh sesiapa sahaja. Tuntasnya,
perpaduan amat penting untuk mencapai satu tahap keamanan yang tinggi untuk masyarakat
di sesebuah negara itu.

Selaras dengan itu, perpaduan membolehkan pembangunan negara berjalan dengan lancar
lalu impian menjadi sebuah negara maju akan tercapai dengan mudah. Hal ini berlaku kerana
pembangunan pesat negara dan kenaikan taraf hidup rakyat banyak dikaitkan dengan
kestabilan politik serta sosial sesebuah negara tersebut. Para pelabur beranggapan negara
yang memiliki perpaduan lebih kurang risiko lalu bersedia melabur lebih banyak wang di
sesebuah negara itu terutamanya Malaysia yang tidak mengalami sebarang peperangan itu.
Jadi, negara ini akan mencapai kemajuan dalam segenap bidang lalu melangkah setapak lagi
menjadi sebuah negara maju pada masa depan.

Seiring dengan itu, perpaduan yang kukuh antara rakyat negara ini dapat menjamin kedaulatan
bangsa dan negara terus terpelihara selama-lamanya. Apabila semua rakyat bersatu sudah
pasti negara ini mampu menangkis sebarang usaha atau dakyah negara luar yang mahu
memusnahkan Malaysia. Lihat sahaja situasi yang melanda negara Syria dan Afghanistan
kerana rakyat negara itu berpecah-belah sehingga negara mereka menjadi tempat percaturan
kuasa-kuasa besar dunia yang mahu menguasai politik antarabangsa. Rumusnya, kewujudan
perpaduan dalam sesebuah negara itu akan menghalang bangsa negara itu daripada
diperkotak-katikkan oleh bangsa atau negara lain untuk kepentingan tertentu.

Ramai orang berpendapat bahawa, salah satu cara untuk menyatukan tenaga dan jiwa bangsa
rakyat negara ini adalah dengan menghapuskan jurang ekonomi antara kaum. Hal ini berlaku
kerana kemiskinan di kawasan bandar dan desa berbeza bersama-sama pengagihan kekayaan
yang tidak seimbang antara kaum. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak adil dalam
kehidupan masyarakat lalu sikap cemburu kekayaan kaum lain akan berlaku secara mendadak
pula. Tamsilnya, penubuhan agensi seperti Risda, Felda, Felcra, dan program Dasar Ekonomi
Baru bertujuan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat supaya kesejahteraan
kehidupan berjaya dipupuk untuk membentuk sebuah negara yang maju pada masa depan.

Seiring dengan itu, sistem pendidikan juga penting untuk mencapai perpaduan yang jitu dalam
kalangan rakyat negara ini. Hal ini menyatakan bahawa, melalui aktiviti kokurikulum, para
pelajar dapat dipupuk dengan nilai-nilai murni terutamanya nilai yang berunsur perpaduan
tersebut. Pada masa yang sama, sukatan pelajaran perlulah menekankan semangat kerjasama,
patriotik, dan saling menghormati sesama kaum dijalankan oleh pihak sekolah. Hal ini
menimbulkan semangat integrasi nasional di negara ini kerana golongan muda inilah yang
bakal memerintah negara pada masa depan itu.

Kesimpulannya, perpaduan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang sepi oleh sesiapa sahaja
di negara ini. Jika ada pihak yang melihat persoalan ini satu persoalan yang mudah pastinya
negara ini akan mengalami masa depan yang gelap terutama buat golongan mudanya. Bak
kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing yang menekankan amalan bekerjasama
bakal membawa suasana perpaduan yang sejati dalam kehidupan ini terutama di negara yang
memiliki banyak kaum atau bangsa itu. Sikap alpa dalam mengukuhkan perpaduan akan
menyaksikan negara ini boleh menjadi seperti negara Syria dan Iraq yang terus berbalah
antara satu sama lain itu.
PERANAN IBU BAPA MENGATASI
MASALAH ANAK-ANAK

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban
bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja
terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah sosial adalah suatu
ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan
kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di
dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan
dadah, hinggalah kepada mat rempit. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha
menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah
bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga
kempen Rumahku Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk
memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah
menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan
mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak
sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan
kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis
sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka
akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak
mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk
melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa
remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan
bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya,
ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak
mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada
anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala
anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama
kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kendatipun, ibu
bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa
yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi
muflis nilai kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu
bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng
untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran
seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk
mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka
dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa
perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam
sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan
dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan
penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka
kepada anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada
penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik
daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka
dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa
sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan
mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru
oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah
bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besar akan terpengaruh
dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri
mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada
amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan
betul. Dengan ini, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan
seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-
anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya
berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan
pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopia
hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, sebelum padi di tangan menjadi
lalang dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan
anak-anak tercinta.
PERANAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab
mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu
bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa
mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta
berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup
melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan
jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat
anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak mereka dengan
setelusnya, umpama menatang minyak yang penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih
sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat menjadikan anak-anak seorang insan
yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus ditimbal balik dan diambil kira.

Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar seribu
mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan
pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, langkah
awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara
menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud; suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat
sedari umurnya tujuh tahun. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau
oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik
dan menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai
murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa
yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah
insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka
sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata.

Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan
melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain tarik tali
dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan
toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang
utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan
bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan
permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu
diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala.
Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci,
tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih
sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang
kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka.
Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan
ibu bapa yang tercinta. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada
peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.

Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya
terlebih dahulu. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu
bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan
berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam
konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan
dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan
mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut.
Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan
pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah
pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan
tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup
mereka.

Tun Dr Mahathir pernah berkata, banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap
manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang
untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah. Oleh yang demikian langkah drastik
yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan
yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. Umpama menarik
rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak, ibu bapa perlu
sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari
anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa
anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan
menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati
sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai
mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan
memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Nah, apabila situasi
ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak
dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-
dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan
pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah
Kamsah, ada menyebut usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan
langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki.

Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk
melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke
lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna,
ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut
ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus
memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan
semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan kalau kita
berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata
yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus. Desakan dan paksaan
akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-
anak untuk berjaya kerana anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang
menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam
memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.

Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka
supaya menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata,
anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan.
Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha
melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan
segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan
setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di
tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah terpampang hanya yang
tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan
prestasi.
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada
pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap
anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti
berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya
cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa
untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam
situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap
saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan
keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian
kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti
pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh
mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam
mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku syurgaku.
Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran
kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa
bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria
sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-
anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang
besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja
mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini
kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan
perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng
sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat
untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan
sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada
setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan
terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan
dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam
pelajaran.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan
moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa
mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan
perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih
bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan
menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu
anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa
perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar
supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi
dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh
teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka
bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran
anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-
buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain
itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak
belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau
ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan
dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk
membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan
betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan
pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak
sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi
masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani
masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan
sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah
yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia
menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka.
Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan
terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang
memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya
mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat
tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain
agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa
hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur.
Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti
sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga
sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan
masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membentuk
disiplin seseorang.

Disiplin merujuk satu sikap yang mengutamakan pematuhan terhadap peraturan


kehidupan masyarakat. Antara contoh disiplin itu meliputi disiplin di sekolah, di
rumah, dan juga di pejabat. Pihak media massa melihat isu disiplin ini semakin
penting kerana sering menyiarkan sikap remaja yang suka melanggar disiplin
terutama di sekolah. Jadi, ada banyak tindakan yang boleh dibuat untuk
memastikan diri seseorang itu mempunyai disiplin.

Langkah yang paling mudah melibatkan usaha kerajaan melancarkan kempen


tentang disiplin dalam kalangan masyarakat. Kempen ini boleh disiarkan
menerusi media massa pada masa perdana terutama di televisyen negara ini.
Penayangan kempen menerusi media massa ini memudahkan rakyat untuk
memahami kepentingan disiplin dalam kehidupan lalu bersama-sama
mengamalkannya pula. Lantaran itu, tindakan menganjurkan kempen sebegini
boleh membawa lebih banyak pihak mengamalkan disiplin dalam hidup mereka.

Selain itu, amalan disiplin ini boleh dipupuk melalui usaha ibu bapa memaparkan
teladan yang baik. Orang tua yang selalu berdisiplin terutama dalam aspek
mematuhi masa dan bekerja boleh memberi impak kepada golongan muda juga.
Anak akan memahami kepentingan disiplin setelah melihat ibu bapa mereka
berusaha mematuhi disiplin sebaik mungkin. Sesungguhnya, ibu bapa yang
memberi teladan sebegini boleh menjadikan generasi muda melihat disiplin
sesuatu yang penting dipatuhi.

Malah, kejayaan memiliki rakyat yang berdisiplin boleh dicapai jika pihak sekolah
mengenakan disiplin yang ketat. Semua pelajar yang melakukan kesalahan akan
dihukum dengan adil dan berpatutan. Pelajar di sekolah ini akan memahami dan
menyedari bahawa setiap kesilapan akan ada balasan tertentu. Oleh itu,
pengenalan disiplin yang ketat di sekolah boleh mendidik pelajar supaya
memahami tindakan mereka boleh menimbulkan pelbagai kesan yang harus
ditanggung itu.

Tambahan pula, disiplin ini boleh dipupuk oleh diri remaja itu sendiri. Remaja
yang bijak akan melihat disiplin sebagai satu peraturan yang dibuat supaya
kehidupan mereka menjadi lebih mudah dan tersusun. Lama-kelamaan, remaja
itu menyedari bahawa kejayaan dalam hidup banyak bergantung kepada
kemampuan diri mereka untuk mematuhi peraturan yang ada di dunia ini.
Jelaslah, diri remaja itu sendiri harus ada sikap mengutamakan disiplin dalam
kehidupan mereka sehari-hari itu.

Masyarakat juga mempunyai peranan yang penting untuk memastikan disiplin


menjadi kukuh dengan mengamalkan sikap menegur remaja yang tidak
berdisiplin. Amalan menegur kesilapan remaja ini perlulah dibuat dengan sopan
supaya tidak menimbulkan kemarahan pihak tertentu pula. Tindakan sebegini
memberi amaran kepada remaja bahawa kelakuan mereka masih diperhatikan
oleh masyarakat terutama kelakuan yang sumbang itu. Akibatnya, remaja lebih
berhati-hati untuk melanggar disiplin dalam kehidupan kerana sedar ada pihak
yang akan menegur kesilapan mereka itu.

Kesimpulannya, semua tindakan tadi memang mampu untuk memastikan disiplin


dalam kalangan masyarakat kita terutama remaja begitu kukuh. Kerjasama
semua pihak amat diperlukan terutama daripada remaja supaya melihat disiplin
itu sebagai sesuatu yang positif dan bukannya sesuatu yang mengawal mereka.
Sikap mengutamakan disiplin ini boleh membantu negara untuk mencapai
wawasan yang diidamkan pada masa hadapan pula. Peribahasa harimau mati
kerana belangnya mengingatkan kita bahawa kemusnahan sesuatu bangsa itu
banyak ditentukan oleh kepatuhan mereka terhadap disiplin dan peraturan
dalam kehidupan harian pula.
FAEDAH TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat merupakan wadah yang penting
dalam meniti kehidupan seharian. Penggunaan teknologi ini sudah menjadi alah
bias tegal biasa kepada setiap individu marcapada ini. Mereka yang tidak
mengikuti peredaran zaman ini diibarat katak di bawah tempurung. Malah, bukan
golongan dewasa sahaja yang telah menguasai teknologi maklumat ini, bahkan
golongan remaja, kanak-kanak dan juga golongan lain. Majoriti masyarakat kini
menggunakan khidmat teknologi ini untuk melakukan banyak perkara dalam
menjalani kehidupan sehari-hari. Mereka yang celik IT tidak akan mensia-siakan
peluang keemasan ini untuk mengorak langkah maju ke hadapan. Kewujudan
teknologi maklumat ini adalah seiring dengan peredaran zaman. Terdapat
banyak faedah menguasai teknologi maklumat ini kepada golongan remaja.

Lontaran pendapat saya yang pertama, penguasaan teknologi maklumat


kepada golongan remaja ialah dapat menambahkan kenalan. Hal ini disebabkan
oleh kewujudan laman-laman social seperti Twitter , facebook , Instagram ,
Skype dan lain-lain membolehkan kita menambahkan kenalan baru supaya
minda lebih terbuka. Sebagai contoh, sistem Facebook membolehkan kita
menambahkan kenalan hanya dengan click add friend. Dengan hanya itu,
senarai rakan akan bertambah. Lama-kelamaan akan ada seorang yang
menghantar pesanan. Dengan itu, kita dapat menambahkan kenalan.

Selain menambahkan kenalan, renaja juga dapat mengeratkan hubungan


walaupun terpisah. Seb agai contoh, apabila kita melangkah masuk ke sekolah
peringkat menengah, kita akan meninggalkan rakan kita di sekolah rendah
kerana masing-masing masuk ke sekolah yang berlainan. Kita akan berasa sedih
kerana tidak dapat lagi berhubung dan akan berpisah. Selain berhubung melalui
telefon, remaja juga boleh berhubung melalui maya melalui aplikasi whatsapp ,
We Chat dan lain-lain lagi. Dengan itu, walaupun terpisah beribu batu, remaja
masih boleh berhubung antara satu sama lain. Kerinduan akan dapat diluahkan.
Apabila hendak berjumpa, mereka dapat menetapkan masa dan tempat dengan
cepat walaupun tidak bersua muka. Jadi, mereka tidak perlulah terkejar-kejar
masa hanya kerana mahu berjumpa untuk menetapkan tarikh dan tempat
pertemuan. Oleh itu, kerja menjadi lebih cepat dan mudah. Disebabkan itu juga,
perhubungan yang erat akan dapat terjalin walaupun terpsah oleh geografi dan
tidak dapat bersua muka selalu.

Lontaran pendapat saya yang ketiga ialah remaja khususnya pelajar dapat
mencari maklumat dengan mudah. Tamsilnya, apabila guru memberi tugasan
kepada pelajar, sekiranya pelajar itu tidak tahu, dia boleh mencari maklumat
yang berkaitan dengan tugasan itu hanya dengan menaip dantekan butang
Enter. Maka, akan keluarlaah paparan-paparan yang dikehendaki. Dengan itu,
dapatlah tugasan yang diberi disiapkan dan dihantar pada masa yang
ditetapkan. Namun, pelajar tidak boleh tersilap langkah. Jika tidak paparan yang
tidak baik akan menghiasi sudut mindanya. Apabila sudah terjadinya sebegini,
minda mereka akan tertutup dan penuh dengan perkara-perkara yang boleh
membawa kepada kancah yang tidak sihat. Dengan itu, kebejatan moral akan
berleluasa dan bakal meruntuhkan imej negara yang harum di persada dunia.
Oleh itu, remaja haruslah bijak dalam mengendalikan Internet. Jelaslah,
penguasaan teknologi maklumat mampu memudahkan remaja khususnya
pelajar mencari maklumat.

Lontaran pendapat saya yang terakhir ialah sistem pembelajaran secara


maya terlaksana. Sistem ini membolehkan pelajar belajar sepanjang masa tidak
kira di sekolah mahupun di rumah. Tamsilnya, sesetengah guru di sekolah harian
menggunakan konsep pembelajaran secara maya. Pelajar boleh mengakses
masuk laman sesawang seperti VLE Frog untuk proses pembelajaran. Tidak pula
di Sekolah Bestari dan juga kluster, mereka menggunakan sepenuhnya khidmat
pembelajaran maya. Di samping itu, sekiranya guru tidak dapat menghadirkan
diri ke sekolah, sesi pembelajaran dan pengajaran boleh diteruskan. Pelajar
hanya perlu masuk ke makmal computer. Pelajar dan guru tersebut akan saling
mengajar dan belajar hanya dengan cara itu. Maka, masa tidak akan disia-siakan
dan input pelajaran boleh masuk. Izharnya, penguasaan teknologi maklumat
dapat meneruskan sesi pembelajaran secara maya.

Konklusinya, dunia tanpa sempadan dapat dibentuk sekiranya remaja


menguasai teknologi maklumat. Tetapi, penguasaan ini mestilah ke arah yang
positif. Janganlah ke lembah yang tidak sihat. Faedah-faedah yang ada perlulah
diambil dan diguna kea rah yang betul supaya kerosakan akhlak dibendung
daripada menular. Oleh itu, remaja perlulah berfikir di luar kotak dan bijak
menggunakan kemudahan yang ada.
Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia
masih mampu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan
budaya yang unggul. Di kota raya Kuala Lumpur sahaja, tersergam indah
bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan
penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan bangunan-
bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai
bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang. Pada masa
yang sama, bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat
dijadikan satu tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.
Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara
keunikan bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.

Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah


mengorak langkah bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu
warisan kebangsaan yang perlu dipelihara. Dengan pewartaan ini, bangunan-
bangunan yang kebanyakannya dibina pada era penjajah dan berusia ratusan
tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada sebarang usaha
pemusnahan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan
Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu
dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. Bagi memastikan
bangunan tersebut terus kekal, usaha mengindahkan semula bangunan ini telah
dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Kesannya, bangunan kebanggaan negara
tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan pelancong sama ada dari
dalam atau dari luar negara.

Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat


bangunan bersejarah di negara kita terus kekal, kerajaan juga telah mengambil
inisiatif bagi menjalankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah di seluruh negara. Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang
bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha membaik pulih bangunan-
bangunan lama tetapi mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Sebagai contohnya,
usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007
yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta.
Hal ini meliputi kerja-kerja menambah kemudahan asas di bangunan tersebut
serta menambah baik struktur bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa
segala kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian dalam bangunan
sahaja, manakala struktur dan bentuk bahagian luar bangunan tersebut masih
dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya. Maka, dengan usaha yang bersungguh-
sungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan bersejarah di negara
kita terus kekal akan dapat dicapai.

Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi mengindahkan


kawasan persekitaran bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan
lanskap yang menarik. Antaranya adalah dengan mengindahkan taman-taman
bunga daripada pelbagai jenis flora yang terdapat di negara kita. Hal ini
bertujuan untuk memastikan bangunan tersebut sentiasa mendapat kunjungan
daripada orang ramai. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian
dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai.
Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan
kemudahan lift, alat keselamatan serta tempat meletak kenderaan kepada para
pengunjung. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan
bersejarah tersebut mampu menggamit kehadiran pengunjung sekali gus
memperkenalkan budaya kita kepada masyarakat luar negara.

Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha


pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah keterlibatan semua
agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan.
Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya sebagai contohnya sentiasa
memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunan-bangunan
bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua
bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa
terpelihara dan selamat dikunjungi. Tida cukup dengan usaha tersebut, beberapa
buah universiti di tanah air kita sering kali menjalankan penyelidikan bagi
mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang
diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan dalam jiwa
kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah di mana mereka turut
menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara kita.
Penyelidikan yang berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan
budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotism
dalam jiwa remaja kita hari ini.

...Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-


bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan turut bertindak memperkenalkan
bangunan warisan tersebut kepada pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini
didepani oleh Kementerian Pelancongan dan juga Lembaga Penggalak
Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi memperkenalkan
tempat-tempat menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan
bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang
mengikuti pakej anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah memperkenalkan
bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa,
Istana Jugra dan sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi
mengekalkan bangunan bersejarah tersebut agar terus kekal di persada dunia.
Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat
mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang
hidup dan berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.

Intiharnya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud


sejak abad ke dua puluh lagi, mengambarkan kepelbagaian corak hidup
masyarakat dahulu kala. Justeru, usaha untuk mengekalkan bangunan tersebut
bagi tatapan generasi akan datang adalah amat perlu dilaksanakan demi
kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya silam adalah cerminan
masyarakat kita hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa. Lantas,
tanggungjawab kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang
terbabit agar usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut
akan terus kekal padu dan berpanjangan.
Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat
semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.
(ubah suai karangan isi agar sesuai dengan SPM)

............Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan
sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang
tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah
semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang
amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah,
ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

............Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap
tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak kerana
angin masakan pokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu
mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti
sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

............Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada


pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup
berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan
menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin
ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

............Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan
prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa
yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

............Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun


jagungdan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan
rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut
juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli
kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya
kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan
pembulian mereka terhadap pelajar lain.

............Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.Terdapat


pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan
membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian
Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam
pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan
Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar
akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan
pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk
daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit
dalam kes buli ini.

............Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh
diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi
menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti
kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam
menangani masalah kes buli ini.

............Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa


pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan
sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi
sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli
mangsanya.

............Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai


Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan
memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah
kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga
boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain
agar semua pelajar tahu akannya.

............Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan
kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan
kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar
tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama
juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

............Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang
ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus
memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar
masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

............Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada


pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh
dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika
kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan
berleluasa lagi.

.............Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan


diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang
dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah
harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia
tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada
pelajar yang lain.

............Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha
untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang
baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah
sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan
anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang
dan sebagainya. Bak kata pepatah bapa borek, anak rintih, ketam mengajar
anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget.

............Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan


dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang
keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang
yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan
diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti
melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan
masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

............Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang
ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan
tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai
Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-
matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan
akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa
Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak
haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes
buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak
duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi
muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa
dipersada dunia.

Anda mungkin juga menyukai