Teks Bercerita Kisah Nabi Peristiwa Hijr

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.

W KE MADINAH (L)

Bismillahir rahmanir rahim


Assalamualaikum w.b.t
Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil
lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan
sekalian.

Hijrah itu pengorbanan,


Hijrah itu perjuangan,
Nasyid
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Kalau dengar lagu ini, mesti para hadirin dapat meneka apa
tajuk cerita saya. Ya,betul. Cerita saya adalah kisah Hijrah
Rasulullah saw yang kita kasihi dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Pada hadirin yang dirahmati Allah,


Perkembangan islam di Kota Mekah meningkat dan orang
Quraisy Mekah melancarkan tentangan hebat terhadap muslimin
Mekah. Ada yang diseksa dan dibunuh kerana mempertahankan
Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka telah
diarahkan oleh Rasulullah saw supaya berhijrah ke Madinah atas
perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah.

Namun begitu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah


menunggu perintah Allah supaya berhijrah bersama-sama beberapa
orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar.
Sabda Rasulullah saw Allah telah mengizinkan berhijrah dan
meninggalkan Mekah.

Di sini dapat kita lihat bahawa Rasulullah saw tidak berhijrah


selagi belum mendapat keizinan daripada Allah. Hah.Adakah kita
biasa mengamalkan meminta izin sebelum melakukan sesuatu? Kita
sebagai anak mahupun pelajar, mari kita sama-sama mengamalkan
amalan meminta izin dan restu daripada ibu bapa dan guru-guru
sebelum melakukan sesuatu agar amalan kita itu mendapat restu
dan rahmat serta keberkatan daripada Allah.

Pada hadirin yang dikasihi Allah,


Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak
sengaja tetapi segala-segalanya telah dirancang dan ditentukan
oleh Allah azza wajalla. Sebab itulah perjalanan Baginda saw
bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan lancar walaupun
banyak rintangannya. Pada malam sebelum baginda bertolak, orang
kafir Quraisy mengepung rumahnya dan baginda mengetahuinya
lalu memerintahkan Saidina Ali supaya tidur di tempat baginda.
Waktu itulah, Allah Maha Berkuasa, telah menghalang pandangan
orang Musyrikin dan baginda dapat meloloskan diri. Baginda
bersembunyi di Gua Thur selama beberapa hari hingga keadaan
menjadi reda, barulah baginda meneruskan perjalanannya ke
Madinah. Maka dengan perancangan yang teliti disertakan dengan
pertolongan daripada Allah, terselamatlah baginda dari ancaman
kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah dalam surah Al-Anfaal
ayat 30 yang berbunyi:

Maksudnya Dan (ingatlah) ketika orang kafir memikirkan


tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap dan
memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu,
mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu
daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

Subhanallah Allah maha berkuasa, peristiwa itu tadi mengajar


kita untuk sentiasa membuat perancangan dan persediaan yang
teliti untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Seperti pepatah
arab mengatakan Man Jadda Wa Jadda.. Sesiapa yang berusaha
dia akan berjaya.

Para hadirin yang dirahmati Allah


Rasulullah saw bersama Saidina Abu Bakar sempat singgah di
Quba dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari.
Di sinilah baginda sempat menyiapkan sebuah masjid yang
merupakan masjid pertama dibina di dalam islam iaitu Masjid Quba.
Dalam firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108:

Ertinya; Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu


selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas
dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih
patut kamu solat di dalamnya.

Setelah itu, baginda meneruskan perjalanan menuju ke Madinah.


Setelah mengetahui berita kedatangan Rasulullah saw maka
penduduk Madinah bersiap sedia menyambut ketibaan baginda.
Apabila tiba di Madinah, baginda disambut dengan penuh
kegembiraan. Mereka mengucapkan ALLAHU AKBAR, ALLAHU
AKBAR, RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi kegembiraan.

Tolahal badru alaina


Min sani yaatil wada
Wajabbas syukuru alaina
Mada aa lillahi daa

Baginda saw pun membeli tanah daripada wali kedua anak yatim
lalu mendirikan masjid di atas tanah tersebut yang dikenali sebagai
Masjid Nabawi. Begitulah para hadirin, walau di mana jua baginda
berada, pasti baginda saw akan mendirikan masjid sebagai tempat
untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa meletakkan
Islam pada martabat yang tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini,
walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang lupa
pada ajaran Islam. Ayuh para hadirin, mari kita jadikan Islam
sebagai perkara yang penting di dalam kehidupan kita sebagaimana
Rasulullah saw.

Para hadirin yang dihormati,


Setelah sampai di Madinah, Baginda saw memulakan dakwah
dan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Baginda
bersabda yang bermaksud Bersaudaralah kamu sekalian di
jalan Allah seperti saudara kandung.
Masya Allah, betapa indahnya persaudaraan umat islam pada ketika
itu. Berbeza keadaannya pada kita hari ini, bersaudara tetapi
adakalanya tidak mengenali antara satu sama lain. Jadi sebagai
umat islam, kita mestilah sentiasa hormat-menghormati dan tolong-
menolong serta kasih-mengasihi antara satu sama lain supaya
wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.

Ada akal ada fikiran,


ada pangkal ada penghujung; pantun
terima kasih saya ucapkan,
sudi mendengar sampai ke penghujung.

Sekian, wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai