Seni Heng 2014

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

HIMPUNAN MUTIARA KATA OLEH DR.

HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ


Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain
seperti kita, itu baru hebat sangat.

Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.

Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang
pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.

Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.

Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira,
berjaya dan ternama.

Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.

Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.

Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran
adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.

Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.

Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.

Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.

Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah
dari situ.

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah
sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah
punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi
hitam dan menyusahkan.

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa
kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut
terliur dengan apa yang kita miliki.

Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang.

Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.


Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda

Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku
anda.

Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita
berhadapan dengan kecemasan.

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.

Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita
dan dengan keizinanNya.

Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua.
Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.

Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah
yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan
apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya,
janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda
perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak
pernah selesai.

Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup
bagaikan arang.

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala
semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.

Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.

Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.

Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.

Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.


Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit
dalam poket sebab memang tak berduit.

Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk
diperdayakan.

Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.

Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.

Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.

Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.

Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat
itulah punca masalah hidup kita.

Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.

Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan.

Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.

Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu
tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di
situlah letaknya bahagia.

Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang
betul.

Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu
penuh khasiat.

Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat.

Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.

Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.

Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.

Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.

Fikir itu kepalanya berkat.

Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.

Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan
sendiri ia berubah warna.
Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di
bawah telapak kaki.

Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada
ketikanya untung jugak.

Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita
tak selamanya di situ.

Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.

Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada
tertipu.

Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN,
manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.

Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.

Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap
pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.

Perjalanan adalah sebaik-baik guru.

Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.

Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.

Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.

Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.

Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.

Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.

Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.

Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah.
Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.

Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.

Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah
membayar hutang.
Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan
biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.

Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung duni

Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.


Genggam bara api biar sampai jadi intan.

Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin
tanda menyesal sebab berkahwin.

Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.

Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan
tidak jejak ke bumi.

Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.

Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari
gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.

Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.

Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.

Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.

Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh
memotivasi diri.

Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.

Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak
boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.

Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.

Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi
kesihatan yang utama.

Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.

Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang
jadi dalang.

Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.

Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.
Maut juruintai yang tak pernah lalai.

Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup
bagaikan arang.

Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak
senonoh pula.

Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.

Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras
dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu
menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan
dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.

Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih
cantik atau tak nak bagi cantik.

Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.

Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu
pujian adalah racun, cacian adalah penawar.

Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.

01. TEMA BUDAYA MEMBACA


Ilmu pelita hidup
Membaca jambatan ilmu
Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan.
Bangsa membaca bangsa berjaya
Membaca memerdekakan minda.
"Saya sanggup dipanggil sebagai pemboros kerana membelanjakan sebahagian besar
daripada pendapatan saya untuk membeli buku". Mantan Perdana Menteri India - Nehru.
Orang yang tidak membaca umpama katak di bawah tempurung.
Socrates:"Bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa tololnya diriku".
02. TEMA SEMANGAT KEJIRANAN

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.


Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Muafakat membawa berkat.
Tidak mahu menjaga tepi kain orang lain.
Anak orang anak sendiri
Beranak seorang mendidik ramai.
Bagai aur dengan tebing
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Hamka:"Kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu,bermakna memberi sesuatu
kepada dirimu sendiri".
03. AMALAN MENABUNG

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Sediakan payung sebelum hujan.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Victor Hugo: "Tabungan adalah kebijaksanaan menghadapi bahaya".
04. PELANCONGAN

Jauh perjalanan luas pengalaman.


Budi bahasa budaya kita.
Kecil tapak tangan, nyiru sama tadahkan.
Negara Bersih, Rakyat Sihat .
Datuk Seri Ng Yen Yen: Pada tahun 2010 seramai 2.2 juta pelancong telah melawat
Malaysia; Perbelanjaan RM6 bilion.
05. KEMALANGAN JALAN RAYA
Biar lambat asalkan selamat.
Malang tidak berbau.
Sudah terhantuk baru tengadah.
Nasi sudah menjadi bubur.
Alah bisa tegal biasa.
Hadis Nabi: Sabar itu sebahagian daripada iman.
06. BANGUNAN BERSEJARAH

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.


Hanya jauhari mengenal manikam.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Voltaire: "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai
pengajaran masa sekarang.
07. KELUARGA

Bapa borek anak rintik.


Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika dilukis dengan warna
pelangi, maka cerahlah masa depannya. Jika ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah
masa depannya.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Tidak mahu menjadi seperti kata peribahasa,'Ketam menyuruh anaknya berjalan lurus'.
Ibu bapa sebagai idola kepada anak-anak mereka.
Peribahasa Bahasa Arab: 'Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu'.
08. NEGARA / CINTAKAN NEGARA / PATRIOTISME

John F.Kennedy: "Jangan bertanya apakah sumbangan negara untuk anda. Sebaliknya
bertanya apakah sumbangan anda untuk negara".
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Seberkas lidi kuat kudratnya berbanding dengan sebatang lidi yang mudah dipatahkan.
Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak.
isu remaja
1. hadis nabi ada menyebut bahawa,anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkanya, sama ada menjadi nasrani atau majusi.(peranan ibu bapa)
2.peliharalah anak-anak mu dan perbaikilah budi pekerti mereka. sesungguhnya anak-anak itu hadiah allah
kepada mu.
3. janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika
kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. sekiranya, masa depan remaja tidak dipelihara,
negara akan kehilangan mutira yang paling berharga untuk mengganti pucuk pimpinan negara.

Amalan Gaya Sihat


1.berdasarkan petikan hadis berbunyi, "jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu sakit". jelaslah disini
bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.

Perpaduan
1.pada 31 oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan timbalan perdana menteri Britain, John Prescott
menyatakan keinginan Britain untuk mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan perpaduan dan
amalan tolak ansur dalam hal agama.
2.integerasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk perpaduan kaum
dapat di mulakan sejak di bangku sekolah menengah.
3.perayaan-perayaan di malaysia telah membuka dimensi baru dalam mengubah corak integrasi nasional di
negara ini.
4.peribahasa barat ada mengatakan jika kesemua labah-labah bersatu pasti singa sekalipun dapat di
tewaskan.
5. bersatu teguh bercerai roboh.

Jenayah
1.menurut sejarah dunia, empayar rom jatuh disebabkan banyaknya kes pembunuhan, kes rogol, dan
keruntuhan akhlak.
2.hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya
syaitan itu menyuruh kamu membuat pekara keji dan jahat.

Berakhlak
1.daripada aisyah r.ha, rasulullah bersabda "sesungguhnya allah menyukai sikap berlemah lembut dalam
semua perkara.
2.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "muliakanlah anak-anak kamu dengan mengajar mereka adab
dan ilmu agama.

Kasih Sayang

1. daripada Abu Musa Al Asyari, rasulullah bersabda yang bermaksud "kaitan antara seorang yang beriman
dengan yanhg lainnya ialah umpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain.
2. kasih sayang tidak dapat di beli dengan harta ataupun wang ringgit.

Anda mungkin juga menyukai