Skrip Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
Skrip Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
Skrip Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
ASSALAMUALAIKUM WBT.
Yang dihormati Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Cemerlang, guru-guru dan murid-
murid.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam
perhimpunan bulanan kokurikulum pada pagi ini. Bagi mendapat keberkatan majlis ini, marilah kita bersama-
sama membaca Ummul Quran. Al-Fatihah
Buat pengetahuan semua, guru yang bertugas pada minggu ini ialah .. dan
Sesiapa yang mempunyai sebarang masalah, bolehlah merujuk kepada guru tersebut.
Kita akan menyanyikan Lagu Bangsa Johor, dan Lagu Sekolah. Berdiri tegak. Sedia
Seterusnya, dijemput pengawas bertugas untuk membaca Ikrar Rukun Negara. Dipersilakan.
Untuk menambahkan keberkatan perhimpunan ini, majlis mempersilakan pengawas bertugas untuk
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
( Komanden tabik hormat dan melapor pada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Guru Penasihat Unit
Beruniform. )
Majlis dengan segala hormatnya menjemput guru bertugas pada minggu lepas untuk menyampaikan
laporannya. Dipersilakan.
Seterusnya, majlis mempersilakan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Tn Hj Sahira Helmy bin Sairi untuk slot
pengisian ilmu. Dipersilakan.
Bagi melengkapkan perhimpunan kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Guru
Besar/ Guru Penolong Kanan 1/ Guru Penolong Kanan HEM/ Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas ucapannya sebentar tadi.
( Komanden tabik hormat dan melapor pada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Guru Penasihat Unit
Beruniform. )
Perhimpunan kita pada hari ini ditamatkan dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al Asr.