Kertas Kerja RBT

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


KM 7.75 JALAN KLUANG
83009 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA KE-2


TAHUN 2014

TARIKH :
27 SEPTEMBER 2014

TEMPAT:
BILIK PERSIDANGAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
KM 7.75 JALAN KLUANG
83009 BATU PAHAT
JOHOR DARUL TAKZIM.

ANJURAN :
GURU-GURU PELATIH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA KE-2
TAHUN 2014
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 2 AMBILAN JAN 2014

1.0 PENGENALAN
Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib diikuti oleh guru-
guru pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub
dalam perancangan semester kukurikulum institut. Program Bina Insan Guru
(BIG) Fasa Ke-2 telah melibatkan semua guru pelatih yang berjumlah 61 orang
dari kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
Pemulihan, Reka Bentuk Dan Teknologi dan Sejarah Ambilan Jan 2014.
Pelaksanaan BIG adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada guru
pelatih bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan teladan kepada masyarakat, justeru
guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu
menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar
dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi dan akan
sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan
dalam arus globalisasi.

2.0 MATLAMAT
Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang
mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya
ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program
pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah
mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, BIG khidmat
masyarakat ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik,
pemimpin dan agen perubahan.

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, guru pelatih dapat:
1. memenuhi sukatan pelajaran Bina Insan Guru fasa II ( 2014 ).
2. menggunakan ilmu dan kemahiran dalam perlaksanaan sesuatu tindakan,
amalan atau aktiviti melibatkan realiti sebenar seorang guru.
3. bergaul dan bekerjasama antara para guru pelatih.
4. memberi sumbangan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Hussein Onn.
5. menghayati konsep kerja sebagai ibadah.
6. memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara
berkumpulan.
7. menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan.
8. membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

4.0 SINOPSIS
Program ini merupakan suatu program gotong-royong di Blok Akua IPG Kampus
Tun Hussein Onn selama 7 jam yang berfokus kepada aktiviti kemasyarakatan
dalam komuniti. Tujuan gotong-royong ini ialah memberi peluang kepada pelajar
mengaplikasikan kemahiran berfikir, membuat perancangan dan pengendalian
semua aktiviti. Melalui program ini, pelajar diuji keupayaan daya tahan mereka
dalam aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial semasa melaksanakan
semua aktiviti. Di samping itu, program ini ingin memupuk kesedaran dalam
kalangan pelajar tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan melalui
penglibatan langsung dalam aktiviti. Melalui program ini juga, diharapkan akan
wujud guru minda kelas pertama di samping memberi sumbangan kepada
kampus agar mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa.

4.0 MASA DAN TARIKH


xx xxx 2014 (xxx) pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang

5.0 TEMPAT
Blok Akua Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn
6.0 PESERTA
19 orang guru pelatih dari kumpulan PISMP Reka Bentuk Dan Teknologi (SJKC)
Ambilan Januari 2014
Guru pelatih lelaki : 4 orang
Guru pelatih perempuan :15 orang

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Butiran Wang Masuk Wang Keluar


(RM) (RM)
Kutipan Wang (19 x 30) 133
Makanan & Minuman (19 x RM7) 133
133 133

8.0 TENTATIF PROGRAM


7.30 pagi :Berkumpul di Blok Akua IPGKTHO
7.30 - 8.00 pagi : Sarapan pagi
8.00 8.30 pagi : Taklimat awal gotong-royong
8.30 pagi - 12.00 tengah hari : Gotong-royong
12.00 -1.00 petang : Makan tengah hari/ pengurusan diri
1.00 - 4.30 petang :Gotong-royong
4.30 - 5.00 petang : Majlis penutup

9.0. JAWATANKUASA PELAKSANAAN


Pensyarah Penasihat :Cik Halimatun Saadiah Binti Harith
Pengerusi : Tan Jass Minn
Naib Pengerusi : Choo Li Yi
Setiausaha : Lam Sioa Thong
Naib Setiausaha : Chen Jie Min
Bendahari : Lee Vun Tshun

Ahli Jawatankuasa
AJK Peralatan : Chua Boon Ho (Ketua)
Ting Heng Ying
AJK Keselamatan : Vivian Wong
AJK Makanan : Lee Ee May (Ketua)
Sharon Low Yee Sa
AJK Dokumentasi : Hii Kheng Hui
Jurugambar : Shereen Choo Lih Jiuan

10.0 SKOP TUGAS JAWATANKUASA

BIL. JAWATANKUASA TUGAS


1 AJK Peralatan 1. Menyediakan peralatan dan bahan yang
diperlukan sepanjang program dijalankan.
2. Menyemak peralatan sebelum dan
semasa memulangkan.
3. Memastikan semua peralatan dibersihkan
dan dalam kuantiti yang betul sebelum
disimpan semula dalam stor.
2 AJK Keselamatan 1. Memastikan keselamatan dan disiplin
peserta dalam keadaan baik sepanjang
program dijalankan.
2. Mengawal keselamatan peserta dan
memberi bantuan keselamatan
sepanjang aktiviti dijalankan.
3. Memastikan peti pertolongan cemas dan
peralatannya adalah lengkap.
3 AJK Makanan 1. Mengurus makanan dan minuman
peserta dan pensyarah sepanjang
program dijalankan.
2. Peka terhadap masalah yang dihadapi
oleh peserta seperti sesetengah individu
yang mempunyai alahan terhadap
sesuatu makanan.
4 AJK Dokumentasi Merekodkan perkara yang berlangsung
sepanjang program dijalankan.
5 Jurugambar Mengambil gambar sepanjang program
dijalankan.

11.0 PERALATAN
Bil. Peralatan Jumlah
1 Penyapu 10
2 Pengelap lantai 5
3 Penyodoh 5
4 Kain Lama 10
5 Baldi 5
6 Serbuk Pencuci 2
7 Cangkul 5
8 Cat 5
9 Berus 10
10 Hos Paip 2
11 Sarung Tangan 19

12.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru Fasa II 2014 ini diharapkan dapat mengeratkan
silaturrahim dan daya ketahanan yang tinggi serta dapat diterapkan kepada setiap
peserta bagi menempuh cabaran akan datang. Aktiviti ini juga diharapkan dapat
meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru
selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri
personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan
budaya IPG. Di samping itu, suasana yang kondusif dapat diwujudkan di Blok Akua
yang telah dibiarkan lama tetapi dilengkapi dengan kemudahan asas. Para pendidik
adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi
alaf baru, abad ke-21.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................... ......................................

(LAM SIOA THONG) (ZABEDAH BT MOHAMMED)


Tutor
Setiausaha
PISMP RBT SEM 2
Program BIG Fasa Ke-2
AMBILAN JAN 2014
PISMP RBT SEM 2
IPGKTHO
AMBILAN JAN 2014
IPGKTHO

Disahkan oleh,
Disokong oleh,

...........................................
......................................
(MUHAMMAD NAHAR BIN MOHD WAZIR)
(MOHD RAZALI BIN HASHIM)
Ketua Unit Kokurikulum
Penyelaras BIG
IPGKTHO
IPGKTHO

Anda mungkin juga menyukai