KONKRIT
KONKRIT
KONKRIT
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Walau di mana pun kita berada di dunia ini, sektor pembinaan memainkan
peranan penting di dalam memajukan pembangunan sesebuah Negara. Begitu juga
dengan pembangunan sukan di Malayisa. Ini dapat dilihat apabila Malaysia Berjaya
menganjurkan sukan yang bertaraf dunia dan mendapat sambutan yang baik oleh
Negara-negara lain terutamanya dalam sukan hoki.Hasilnya dapat kita lihat melalui
carta kedudukan ranking dunia dalam sukan hoki, Malaysia berada dikedudukan ke-13
dunia dan ini memperlihatkan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh pemain-
pemain dan juga sistem pengurusan hoki Malaysia. Namun dalam pembinaan padang
hoki memerlukan kepakaran dalam pembinaannya disebabkan oleh spesifikasi setiap
lapisan padang yang menggunakan karpet sintetik.
Dalam industri pembinaan ini, konkrit merupakan satu bahan binaan yang
sangat penting, lantai lapisan padang dan yang berkaitan dengannya. Konkrit yang
digunakan mempunyai kekuatan, keupayaan dan jenis yang berlainan dengan
kesesuaiannya mengikut cara penggunaannya. Penggunaan konkrit yang meluas
sekarang telah pun membawa kepada perkembangan teknologi yang drastik.Konkrit
2
bukan sahaja di buat berdasarkan kekuatan dan saiznya tetapi nilai estetiknya juga di
titik beratkan.
Penghasilan konkrit tanpa tetulang telus air ini dapat mengurangkan kos
penyediaan dengan campuran tanpa batu kelikir tetapi dapat mencecah kekutan yang
diperlukan.Selain itu juga konkrit tanpa tetulang telus air ini juga direka khas untuk
membenarkan air melalui konkrit tersebut bagi mengelakkan air bertakung di kawasan
konkrit tesebut.
Kajian konkrit telus air ini telah lama dilakukan oleh pihak-pihak tertentu tetapi
kurang digunakan di Malaysia kerana konkrit jenis ini hanya digunakan di kawasan-
kawasan yang tertentu yang memerlukan air melalui konkrit tersebut. Pelbagai kaedah
dan campuran yang telah digunakan dan dilakukan oleh makmal ujikaji untuk
memastikan konkrit tersebut melepasi piawai dan kualiti yang telah di tetapkan.
3
Rajah 1.1
Rajah 1.2
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2: Stadium Hoki Sultan Azlan Syah Antara stadium yang sering
menganjurkan pertandingan hoki bertaraf antarabangsa yang mampu menarik
pengunjung dan peminata hoki di serta dunia.
4
Rajah 1.3
Rajah 1.4
Rajah 1.3 dan Rajah 1.4: Stadium Hoki Melaka yang selalu digunakan menganjurkan
pertandingan hoki peringkat sekolah-sekolah untuk mencari bakat baru dalam bidang
sukan hoki, dengan pertandingan yang dianjurkan banyak pemain-pemain hoki
kebangsaan Malaysia lahir daripada program sukan yang dianjurkan.
5
Rajah 1.5
Rajah 1.6
Rajah 1.5 dan Rajah 1.6: Padang Hoki Universiti Teknologi Melaka Antara padang
yang menggunakan teknologi karpet sintetik bertujuan untuk membangunkan sukan
hoki diperingkat IPT.
6
Rajah 1.7:Tapak cadangan projek pembinaan padang hoki sintetik yang dilaksanakan
di padang sekolah SMK Weston bagi melahirkan pelajar sekolah yang mahir dan
professional dalam sukan hoki di kawasan luar Bandar.
Diketahui bahawa, asphalt telus air ini sangat penting dalam pembinaan padang
hoki bagi memastikan air dalam padang dapat disalurkan melalui sub-soil pipe dan
terus diagihkan kepada longkang untuk bertujuan menyalurkan air keluar dari kawasan
padang.
Walaupun bahan binaan untuk membuat asphalt telus air ini banyak dipasaran
terutamanya di negeri sabah tetapi masalah yang kita hadapi adalah kawasan
pembinaan padang hoki sintetik yang mempunyai jarak lebih kurang 100km dari
pembekal dan dikhuatiri tahap kepanasan asphalt tidak menepati spesifikasi apabila
bahan tersebut digunakan.
Oleh itu, kajian menggunakan konkrit tanpa tetulang telus air ini akan dapat
menyelesaikan masalah bekalah asphalt telus air yang sukar didapati di kawasan luar
bandar. Kos pembuatan asphalt ini juga meningkat kerana peningkatan ekonomi pada
masa sekarang.
dijadikan sebagai bahan utama struktur. Bagi tujuan menghasilkan konkrit telus air
yang mampu menandingi produk-produk asphalt telus air, maka penyelidikan untuk
menghasilkan konkrit yang berkekuatan tinggi, dan lebih kepada inovatif haruslah
dilakukan. Oleh itu, kajian ini mempunyai tujuan untuk menghasilkan konkrit yang
lebih kepada inovatif dengan kekuatan yang tinggi.
1. Menghasilkan konkrit tanpa tetulang telus air yang mampu menepati spesifikasi
ketelusan air yang sama dengan asphalt telus air.
2. Menjalankan ujikaji kekuatan mampatan dan kebolehserapan air terhadap
konkrit dengan bahan tambahan yang dihasilkan.
3. Membandingkan hasil keputusan ujikaji kekuatan mampatan dan keboleh
serapan air dengan asphalt telus air mengikut standard piawaian BS 3921
Dalam kajian ini, skop kerja telah dikhususkan dan di hadkan untuk mendapat
keputusan yang tepat serta mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Untuk
mencapai objektif kajian, skop kajian ditetapkan sebagai garis panduan bagi
melengkapkan projek ini:
1. Menghasilkan konkrit telus air dengan bahan tambahan mengikut nisbah yang
akan ditetapkan.
2. Ujian yang dilakukan terhadap konkrit melibatkan Ujian kekuatan mampatan,
kadar alir kebolehserapan air dan kandungan void content dimakmal
penyelidikan kerjaraya (Jabatan Kerja Raya Kepayan) dan makmal swasta
mengikut standard piawaian BS 3921
3. Membandingkan hasil keputusan ujikaji konkrit dengan bahan tambahan batu
kelikir halus dengan keputusan asphalt telus air BS 3921.
Kajian ini dilihat akan memberikan kesan perbezaan dari segi kos
kepada pengguna dimana jika kajian ini berjaya bermakna kos untuk
penyediaan konkrit juga akan berkurangan ini adalah kerana batu campuran
yang digunakan dalam kandungan konkrit ini adalah batu kelikir halus yang
mana harganya jauh lagi murah berbanding kelikir biasa selain kos
penghantaran campuran konkrit yang lebih dekat disebabkan ada kemudahan
mesin campuran dikawasan yang berdekatan. Kajian ini juga secara tidak
langsung menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang iaitu masalah
kesukaran untuk mendapatkan pembekal asphalt telus air di kawasan luar
Bandar.
Antara faedah yang boleh didapati dengan menggunakan konkrit ini ialah;
1. Mengurangkan kos dan tenaga kerja ini kerana hanya sedikit yang diperlukan
dalam pembuatan konkrit ini dan tenaga kerja juga kurang kerana pembuatan
yang mudah dan senang.
2. Tidak perlu menggunakan teknologi laser bagi memastikan asphalt yang
dibentuk mengikut kecerunan dan aras yang ditetapkan.
3. Penghasilan yang sedikit dan tidak menggunakan kos yang banyak.
4. Tidak memerlukan pemanasan yang berlebihan seperti penggunaan asfalt.
5. Kaedah atau cara baru kepada penghasilan konkrit untuk kegunaan industri
pembinaan dan pembangunan sukan hoki di Malaysia.
BAB 2
KAJIAN LITERATURE
10
2.1 PENGENALAN
Dalam industri pembuatan ataupun campuran konkrit masa kini adalah berbaza
dan bergantung kepada nisbah campuran untuk menentukan kekuatan reka bentuk
setiap campuran konkrit.Oleh itu, industri konkrit ini adalah satu teknologi yang
menarik keadaan penghasilan konkrit harus seragan disetiap lokasi pembuatan di
seluruh Negara bagi memastikan spesifikasi dan objektif dalam sector pembinaan
dicapai.
Konkrit Prestasi Tinggi mempunyai ciri ciri mekanikal dan kimia yang sangat
berbeza daripada konkrit konvensional. Dalam kajian awal menyatakan konkrit prestasi
tinggi ini mempunyai kekuatan minimum 60 Mpa pada usia 28 hari (Mindess, 1994).
Kinetik peningkatan kekuatan dalam konkrit prestasi tinggi adalah lebih cepat
berbanding konkrit konvensional yang mempunyai kekuatan mampatan 20 Mpa hingga
30 Mpa.
11
Ketahanlasakan juga merupakan ciri penting dalam konkrit prestasi tinggi. Asas
kepada ketahanlasakan yang tinggi adalah struktur liang tidak telap. Kehadiran
superplasticiser dalam konkrit prestasi tinggi turut menyumbang kepada pengurangan
liang dan membentuk struktur liang yang sangat kecil yang member rintangan yang
baik terhadap serangan kimia dan fizikal.
2.2.1.1 Simen
12
Simen boleh didefinasikan sebagai bahan yang mempunyai perekat dan kadar
kejelekitannya sendiri di mana ia akan membuatkan campuran bahan mineral tersebut
akan terpadat secara keseluruhannya. Tindakbalas yang berlaku di dalam campuran
konkrit yang mana simen bertindak sebagai agen pengikat di mana silika dan alumina
di dalam simen akan menyebabkan berlaku penghidratan.
Ia akan mengambil masa untuk menghasilkan bahan yang kukuh dan jisim yang
kuatdan akan memberi sumbangan kepada kekuatan konkrit. Simen yang mempunyai
kandungan tricalcium silicate yang tinggi akan menghasilkan adunan kekuatan yang
tinggi.
Batu baur merupakan salah satu bahan campuran yang penting dengan
kuantiti yang agak besar untuk menghasilkan adunan konkrit yang baik. Batu baur juga
mempengaruhi kekuatan, ketahanlasakan dan prestasi struktur sesuatu konkrit.
Pemilihan batu baur untuk menghasilkan kadar kekuatan konkrit yang tinggimestilah
mengambilkira beberapa aspek seperti kekuatan mampatan, saiz yang maksima,
bentuk, penggredan dan aspek mineral. Kriteria yang perlu ditekankan dan yang perlu
diambilkira adalah bentuk zarah, modulus kehalusan dan
penggredan. Oleh itu, pemilihan dan penggredan batu baur amat mempengaruhi
kebolehkerjaan konkrit prestasi tinggi.
Prinsip bagi bahan pemplastik adalah untuk menyerak zarah zarah simen
dengan menghasilkan cas negatif yang mana akan berlaku penolakan awalan zarah
zarah tersebut antara satu sama lain. Zarah zarah tersebut akan mengalami kesan
kemudahaliran dan kandungan air akan menghalang dari pengaruh sistem pembekuan.
Lanjutan dari itu, campuran tersebut mampu mengalir dan kebolehkerjaannya akan
13
bertambah. Akibat dari serakan tersebut juga akan mendedahkan kawasan permukaan
yang luas kepada kesan penghidratan dan mempercepatkan kemajuan untuk mencapai
tahap kekuatan konkrit pada umur awalan.
Untuk menambah kekuatan konkrit maka pengurangan nisbah air simen dan
penambahan penggunaan bahan tambah superplasticiser akan memberi kesan terhadap
perletakan konkrit tanpa menjejaskan kekuatan konkrit tersebut.
2.3.1.4 Air
Kualiti air merupakan juzuk konkrit yang paling tetap tetapi kuantiti air akan
memberi kesan terhadap nisbah air simen. Air yang digunakan hendaklah seminima
yang diperlukan untuk memberi kesan kebolehkerjaan yang mencukupi untuk
menjamin pemadatan konkrit yang sempurna. Oleh itu kandungan air mestilah bebas
dari mengandungi klorida, sulfat, alkali dan bendasing yang mana akan menjejaskan
kesan dari segi masa dan kekuatan konkrit tersebut.
Bahan tambah cepat mengeras akan bertindak untuk meningkatkan kadar awal
tindak balas kimia antara simen dan air supaya konkrit mengukuh, mengeras dan
membentuk kekuatan dengan lebih cepat. Biasanya digunakan di kawasan yang berair
dan di tempat bercuaca sejuk yang memerlukan simen mengeras dalam masa yang
singkat. Contoh kawasan adalah seperti di jeti, tiang untuk jambatan yang merentangi
sungai dan di tempat yang tinggi di mana suhunya sangat rendah.
14
Digunakan apabila cuaca panas bagi mengelak pengerasan awal dan kehilangan
kebolehkerjaan yang menyukarkan perletakan dan penyudahan semasa kerja kerja
konkrit. Apabila pencurahan konkrit yang besar menggunakan masa beberapa jam dan
harus dibina tanpa mengakibatkan konkrit yang dituang awal mengeras sebelum
konkrit berikutnya berintegrasi dengannya.
Bahan tambah lambat mengeras juga digunakan apabila terdapat kelewatan
setengah jam atau lebih antara penggaulan dan perletakan. Ianya berlaku akibat
kesesakan lalu lintas atau deretan lori menunggu yang panjang.
Merupakan bahan kimia yang mempunyai kesan pemplastikan yang paling kuat
ke atas konkrit. Antara sebab ia digunakan di dalam campuran konkrit :
16
Biasa digunakan di tapak projek yang ingin memendekkan tempoh kerja kerja
pengkonkritan.
Bahan ini didapati daripada pokok pine yang dibahagi kepada 2 bahagian iaitu
bahagian getah dan bahagian serat. Bahagian serat pokok pine tersebut yang diambil
dan dibuat kajian untuk memperlihatkan kemampuannya dari segi kebolehkerjaan dan
ketahanlasakan terhadap rintang kimia dan fizikal. Manakala bahagian getahnya tidak
digunakan.
Conplast SP 600 adalah sejenis bahan tambah mineral yang boleh digunakan pada bila
bila masa dan tak kira di dalam campuran konkrit yang bagaimana pun sama ada
bancuh sendiri di tapak atau konkrit sedia dituang. Ia juga tidak mempunyai masalah
sekiranya dicampur dengan bahan tambah yang lain seperti wasap silica, abu terbang
dan ground granulated blastfume slag.
Nilai kandungan bagi konkrit ialah dengan 350 kg/m Simen Portland Biasa. Ini
menunjukkan nilai prestasi konkrit yang ditambah dengan Conplast SP 600 berbanding
dengan konkrit tanpa bahan tambah.
Konkrit ringan adalah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu baur
ringan ini boleh terdiri daripada batu baur ringan yang digunakan dalam konkrit biasa
iaitu batu baur kasar dan pasir, tanah Liat (expand clay), sanga berbusa (foamed
slag ),batu hangus (clinker), batu hancur (crushed stones) ,batu baur organik dan bukan
organik.
18
Konkrit ringan seperti ini diperolehi apabila batu baur halus(pasir) tidak
digunakan dan campuran konkrit terdiri daripada simen, air dan batu baur kasar.
Konkrit ini boleh digunakan untuk kegunaan struktur tanggung beban dan bukan
tanggung beban.Rekabentuk bancuhan untuk konkrit kasar ialah kekuatan hancur tidak
kurang dari 15 N/mm2.
yang dikehendaki. Tujuan dilakukan ujian untuk konkrit 7 hari dan 14 hari ialah untuk
meramalkan sama ada kekuatan yang dikehendaki pada 28 hari boleh dicapai atau
tidak. Secara umumnya, kekuatan konkrit 7 hari ialah dua pertiga daripada kekuatan
konkrit 28hari.
3 hari - 20%
7 hari - 45%
28 hari - 60%
3 bulan 85%
6 bulan 95%
1 tahun 100%
Keadaan iklim, cuaca dan hawa mempengaruhi cara dan keperluan pengawetan
konkrit. Pengawetan mestilah dimulakan secepat mungkin sebaik-baik sahaja konkrit
itu beku dan cukup keras. Cara-caranya adalah seperti berikut :
1. konkrit boleh ditutup dengan beg guni, jerami, habuk kayu, pasir dan lain-lain
bahan yang telah dibasahkan. Bahan-bahan yang mungkin merosakkan warna
konkrit tidak boleh digunakan,
2. membanjirkan permukaan konkrit dengan air. Cara ini sesuai digunakan pada
lantai,
3. menyiram konkrit itu dengan air,
4. menyapu bahan kimia pada permukaan konkrit untuk mengelakkan kehilangan
air melalui sejatan,
5. menggunakan wap air (stim). Cara ini digunakan dalam kilang untuk
22
Keliangan konkrit dapat ditakrifkan sebagai satu bukaan rongga yang terjadi ke
atas konkrit. Bukaan ini terjadi sama ada ke atas permukaan konkrit atau di dalam
konkrit. Keliangan konkrit ialah salah satu sifat konkrit yang mempengaruhi mutu
kualiti konkrit.
Bagi kerja-kerja berskala besar, konkrit bancuhan siap digunakan. Konkrit ini
boleh didapatidaripada pembekal konkrit siap tuang yang mendapat pengiktirafan serta
menepati nisbah bancuhan yang dikehendaki bagi menghasilkan konkrit yang
berkualiti
i. G15 (1:3:6)
ii. G20 (1:2:4)
iii. G25 (1:1 :3)
iv. G30 (1:1:2)
I Campuran 1:2:4
1 bahagian simen : 2 bahagian pasir : 4 bahagian batu baur. Campuran 1:2:4ini adalah
campuran yang biasa digunakan untuk segala kerja struktur konkrit bertetulang dan
juga kerja konkrit tuang dulu. ( pre-cast concrete).
Ii Campuran 1:3:6
1 bagian simen : 3 bahagian pasir : 6 bahagian batu baur. Campuran ini digunakan
dalam kerja konkrit yang banyak seperti papak lantai konkrit.
Tujuan utama ujian dilakukan ke atas konkrit adalah untuk mengetahui kekuatan
sesuatu konkrit.Dengan ini kekuatan konkrit sebelum dan selepas digunakan dapat
ditentukan supaya mencapai kehendak yang diperlukan.
Ujian kiub merupakan ujian yang penting bagi konkrit.Tujuan ujian ini dijalankan
adalah untuk menentukan kekuatan mampatan yang mampu ditanggung oleh konkrit
apabiladikenakan beban ke atasnya. Keputusan ujian juga akan menunjukan kesebatian
campuran konkrit dalam menghasilkan kekuatan yang dikehendaki
26
BAB 3
METADOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Oleh itu, pembuatan konkrit bagi setiap ujian hendaklah di lakukan dengan
betul dan berkesan supaya data yang di perolehi kelak dapat di lihat dengan jelas.
Kajian campuran konkrit dengan bahan tambahan akan di jalankan dalam beberapa
peringkat bagi mencapai objektif yang telah di tetapkan peringkat itu adalah seperti
dalam carta aliran rajah 3.1
Penyataan masalah
kajian/projek
Ujian konkrit
34
Ujian Makmal Bagi ujian makmal pula antara ujian yang akan dijalankan
keatas konkrit kajian ini adalah ujian kebolehserapan air, ujian campuran bahan, ujian
kandungan tidak sah dan juga ujian kekuatan mampatan konkrit tersebut dimana
kesemua ujian yang dilakukan akan dibuat di makmal swasta iaitu ELITE SCORE
SDN BHD pada masa yang sama unit makmal dan penyelidikan Jabatan Kerja Raya
Sabah juga akan melakukan ujian yang sama bagi memastikan keputusan kesemua
ujian dapat diselaraskan dan menepati piawaian dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah simen Portland biasa, air, batu
baur halus yang dicampur mengikut kadar yang berbeza dan ditentukan mengikut
kaedah cuba ralat.
3.2.1 AIR
Air yang digunakan adalah air yang bebas dari asid, alkali dan bahan
organik.Bagi kajian ini, air paip yang bersih dan boleh diminum digunakan.Tiada ujian
dijalankan keatas sampel air ini.
Dalam menentukan nisbah campuran kaedah cuba jaya telah digunakan. Nisbah
ini adalah berdasarkan berat simen dan campuran yang digunakan. Nisbah yang
digunakan iaitu 1:11/2:3. Manakala nisbah air yang digunakan ditetapkan sebanyak
10% dari keseluruhan berat campuran.Hal ini bagi memastikan kesan peratus
kandungan air tidak mendatangkan kesan terhadap setiap campuran.
36
Batu baur halus yang digunakan diambil daripada HAP SENG kuari
papar.Batu baur halus ini haruslah dipastikan mengikut saiz melalui ujian sieve
analysis yang sudah dibuat. Batu baur halus ini juga di asingkan saiznya melalui
analisis ayakan, dimana batu baur halus yang kurang dari 5 mm sahaja yang akan
digunakan dalam kajian ini. Rajah 3.1 dibawah menunjukkan sebahagian daripada batu
baur halus yang akan digunakan.
Simen yang digunakan untuk ujian ini adalah simen biasa (ordinary Portland
cement) bagi tujuan mendapatkan hasil kekuatan dan kebolehserapan air yang stabil
mengikut spesifikasi sebenar.
3.3 PEMBINAAN
1. Subgred perlu dibentangkan dan dipadatkan diikuti dengan asas sub sebelum
penempatan konkrit telus air.
2. Keseragaman subgred dan sub tapak sokongan adalah kriteria utama untuk
meletakkan kaki lima berliang. Apa-apa penyelewengan mesti licin dan
dipadatkan sebelum penempatan.Pemadatan subgred dan subtapak harus
mencapai kepadatan minimum 95%.
38
3. Subgrade dan subbase mestilah lembap (tanpa air berdiri bebas) sebelum
penempatan bagi mengelakkan air yang dikeluarkan dari bahagian bawah kaki
lima juga tidak lama lagi. Ini adalah disyorkan amalan dalam penempatan
konkrit berliang kerana lompang yang tinggi boleh membenarkan pengeringan
lebih cepat, dengan penurunan seterusnya dalam kekuatan dan ketahanan.
3.5 PENGANGKUTAN
Rajah
3.4:Teknik
penempatan yang dijalankan
3.7 KEMASAN
Biasanya, laluan pejalan kaki konkrit berliang tidak selesai dalam berbunyi cara
sebagai laluan pejalan kaki konkrit konvensional. Normal floating dan tuala operasi
40
3.8 PENEMPATAN
Ujian ini bagi menyatakan bahawa campuran konkrit yang sesuai digunakan dalam
kajian ini atau tidak.Pengiraan yang di tunjukkan dimana tanah ini boleh digunakan
dalam kajian ini.
42
Sebelum tanah yang diambil digunakan untuk mendapat tanah liat yang berkualiti, kita
perlu memastikan gred tanah tersebut menerusi analisis ayakan. Apparatus yang
digunakan dalam analisis ini adalah mesin ayak dengan menggunakan saiz ayak seperti
yang dicadangkan dalam BS 881:1985. Pertamanya kita perlu dapatkan lebih kurang
5.0 kg pasir dan timbangkan kepada 1 g yang terhampir. Kemudian, lakukan
pengayakan pasir dengan menggunakan saiz ayak yang dicadangkan dalam BS
881:1985 (ayak yang paling halus sekali disambung kepada tempat penyambut dan
ayak-ayak yang lain disusun di atas mengikut saiz ayak dengan ayak yang paling besar
diletakkan paling atas). Sampel pasir seterusnya dimasukkan ke dalam ayak yang
paling atas sekali dan ditutup dengan penutup yang disediakan.Ayakan tersebut
dilakukan selama 5 minit sehingga zarah-zarah dipastikan melalui jaring ayak.
Secara amnya terdapat 4 ujian yang biasa dijalankan untuk menguji sifat-sifat
bata yang akan digunakan. Langkah-langkah untuk menjalankan ujian-ujian tersebut
43
Ujian kekuatan mampatan konkrit adalah ujian yang di lakukan pada akhir
ujikaji kerana ianya merupakan ujian yang akan memusnahkan sampel konkrit. Bagi
mengelakkan sebarang kesilapan seharusnya dipastikan tidak berlaku sebarang
kesilapan kejadian yang tidak diingini iaitu dengan memastikan data untuk ujian tanpa
musnah telah lengkap di ambil sebelum ujian kekuatan mampatan dilakukan.Sekiranya
berlaku kesilapan pada data untuk ujian tanpa musnah, maka sample konkrit tadi masih
boleh di uji dan di ambil bacaannya. Oleh itu, ujian ini akan di lakukan pada akhir
ujikaji ini kerana sample konkrit akan dimusnahkan dan bacaan kekuatan mampatan
akan di ambil.
Cara menggunakan alat ujian mampatan ini mudah saja iaitu dengan
meletakkan sampel bata tadi ke dalam mesin tekanan dan di hidupkan suis dengan
membiarkan sampel bata di mampat perlahan sehingga hancur. Kekuatan maksimum
sampel di catatkan berdasarkan bacaan pada mesin mampatan. Biasanya 3 unit
konkritakan di gunakan untuk ujian ini bagi mendapatkan bacaan purata namun bagi
kajian ini bergantung kepada unit konkrit yang telah di hasilkan terlebih dahulu.
Untuk uji kaji ini dua jenis kajian akan d jalankan iaitu ujian serapan sejuk
24jam dan serapan awal 1 minit. Untuk serapan sejuk 24jam bata direndam di dalam
air sejuk selama 24jam dengan kedalaman 3mm dari permukaan air nisbah berat bata
kering di ambil terlebih dahulu dan nisbah berat bata basah di ambil selepas 24jam
direndam. Untuk serapan awal 1 minit pula bata direndam dalam masa 60 saat
kemudian bacaan serapan di ambil selepas bata di rendam selama 60 saat. Ujikaji ini di
44
jalankan bagi mengetahui keupayaan penyerapan awal air oleh bata yang di rendam
selama 60 saat ujian ini menentukan jumlah kuantiti air yang di serap oleh bata.
Sebelum sampel boleh di gunakan sampel akan dikeringkan terlebih dahulu secara
semula jadi memandangkan kajian pembuatan bata ini adalah tanpa bakar. Setelah itu
sampel akan di keringkan selama 7, 14 dan 21 hari dan selepas itu dengan mesin
penimbang elektronik berat kering sampel akan di timbang dan di ambil bacaannya.
Ujikaji ini di jalankan bagi mengetahui keupayaan penyerapan awal air oleh
bata yang di rendam selama 24jam ujian ini menentukan jumlah kuantiti air yang di
serap oleh bata. Ujian yang di laksanakan adalah berpandukan kepada BS3921:1985.
Sebelum sampel boleh di gunakan sampel akan dikeringkan terlebih dahulu secara
semula jadi memandangkan kajian ini adalah tanpa bakar. Setelah itu sampel akan di
keringkan selama 7 ,14 dan 21 hari bagi mengetahui perbezaan kadar serapan air yang
mampu diserap bata pada umur yang berbeza. Selepas itu dengan mesin penimbang
elektronik berat kering sampel akan di timbang dan di ambil bacaannya.
Air di isi di dalam satu bekas dan pastikan ketinggian air adalah 10-15cm. Masa
yang diambil sebaik saja sampel di letakkan di dalam bekas yang berisi air tersebut dan
di biarkan selama 60 saat. Selepas 60 saat sampel dikeluarkan dan di lap
dipermukaannya dengan kain kering seterusnya sampel akan di timbang sebagai bata
basah dan direkod bacaan yang di ambil.
Sampel bata seterusnya akan ditimbang untuk mendapatkan berat basah (m2).
Sampel bata akan diletakkan atas kepingan kayu setelah direndam, sampel bata akan
dikeluarkan daripada bekas dan dilapkan serta ditimbang untuk mendapatkan berat
basah sampel bata (m2). Daripada keputusan itu, peratusan penyerapan air bagi setiap
sampel bata dapat dikira melalui formula berikut:
45
Dimana,
m1 = berat kering bata (kg).
m2= berat basah bata (kg).
Tujuan ujian ini dilakukan adalah mengkaji kekuatan mampatan unit bata
berdasarkan kaedah ujian Piawaian British 3921:1985 dan BS 6073; Part 1:1981.
Sebanyak 3 unit sampel bata dari umur yang berbeza akan dipilih dan diukur
dimensinya terlebih dahulu. Berat setiap unit bata akan diambil. Sampel bata akan
dilapik dengan pengalas kayu dan dimasukkan ke dalam mesin mampatan ini
dilakukan sehingga sampel tersebut gagal. Bacaan kemudiannya direkodkan dan
parameter-parameter seperti kekuatan mampatan, ketumpatan, isipadu, luas dan lain-
lain lagi akan dikira berdasarkan bacaan yang direkodkan.