Pengajaran Makro

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

PENGAJARAN MAKRO

Definisi Makro

Makro bermaksud awalan yang banyak. Pengajaran makro merangkumi


segala proses pengajaran, sekurang-kurangya satu unit kemahiran, dalam sesuatu
waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan
pengajaran, perkembangan dan penutup. Ia merupakan simulasi satu pengajaran
yang lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam bilik
darjah, makmal atau bilik tayangan. Pengajaran makro merupakan kesepaduan
teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran
pembelajaran yang sekian lama dipelajari.
Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini beerti
pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil
sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk
mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro
dijalankan.
Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu
merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik.
Perancangan yang lengkap akan menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan.

Objektif Pengajaran Makro

Di antara objektif-objektif pengajaran makro ialah ia menyediakan suatu


kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih serta mempraktikkan suatu suasana
sebenar apabila mengajar dan juga ia akan memperbaiki kelemahan-kelemahan
pengajaran yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar. Selain itu,
ia bertujuan supaya memahami ciri-ciri perancangan pengajaran makro dan
membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan seterusnya dapat
mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah.
Di antara objektif lain ialah :
Memberi keyakinan kepada guru

Menguasai kemahiran mengajar

Mengenal pasti potensi guru


Mengenal pasti kelemahan guru

Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama

Prinsip Pengajaran Makro


Objektif pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas
merangkumi aras pengetahuan pelajar.

Jumlah pelajar.
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di
dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan
dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan
karenah para pelajar.

Strategi pengajaran.
Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.

Jangkamasa Pengajaran.
Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada
jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu
masa. Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan
peruntukan masa yang ditetapkan.

Bahan pelajaran.
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran
yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru
perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru
ketika menyampaikan adalah menyeluruh.
Perbincangan dan refleksi.
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran
sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan
kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang.
Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan
murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.

Aplikasi Pengajaran Makro.


Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi
kemahiran-kemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam
kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan
oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran mikro berdasarkan masa pengajaran
sebenar seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit atau 40
minit. Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran
dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan
sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.
Terdapat tiga bahagian penting dalam pengajaran iaitu bahagian persediaan,
penyampaian dan bahagian peneguhan atau penutup. Guru harus menguasai
ketiga-tiga komponen ini. Dalam aspek penggabungjalinan kemahiran juga perlu
dinyatakan sebagai sebahagian daripada persediaan mengajar. Objektif pengajaran
merupakan bahagian yang sangat penting dalam sesuatu pengajaran. Dalam
menyediakan sesuatu persediaan mengajar yang baik, kriteria penilaian perlu diberi
perhatian oleh guru. Seorang guru yang prihatin harus peka penentuan hasil
daripada pengajaran dan pembelajarannya.
Sebelum membuat rancangan harian, guru harus memastikan apa yang perlu
dikuasai oleh murid agar apa yang hendak disampaikan nanti dapat diaplikasikan
dan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan oleh murid-murid. Guru juga haruslah
merancang kaedah atau sumber yang sesuai bagi membantu melaksanakan
penilaian kelak. Hasil pelajaran haruslah dirujuk kepada sukatan pelajaran dan
pastikan aras pembelajaran mengikut aras dari mudah ke sukar agar hasil
pembelajaran dapat dinyatakan dengan tepat, eksplisit dan jelas . Guru harus
memastikan set induksi bertepatan dengan objektif pelajaran, bermakna dan
mengikut tahap murid-murid. Set Induksi juga berkaitan dengan pengetahuan sedia
ada murid-murid.

Kepentingan Pengajaran makro


Memberi peluang kpd guru pelatih mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi
satu dalam situasi yg terancang .
Mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa disekolah
Meningkatkan keberkesanan kurikulum dan keadah baru kpd beberapa org
pelajar
Membolehkan guru menjalankan amali sebenar- benarnya sebagai melatih diri
utk mejadi guru

Matlamat makro
Melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yg tinggi apabila mula
menjalankan tugas kelak
Menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar
Pendedahan yg dipelajari semasa dimaktab menjadi satu kayu pengukur dalam
menjalankan pengajaran
Mengetahui setiap persediaan yg perlu dibuat apabila memulakan tuigas
mengajar

Perancangan
Kejayaan bergantung kpd perancangan yg rapi.
Komponen persediaan;- tarikh/masa/mata pelajaran/kelas/bil pelajar dan tajuk
Kemahiran:-nombor kemahiarn /isinya
Pengetahuan sedia ada
Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/afektif)
Sumber P&P
Penerapan Nilai murni
Penggabungjalinan kemahiran

Komponen Penyampian
Set induksi
Perkembangan- langkah pengajaran.
Strategi pengajaran

Langkah pengajaran makro


Set Induksi
Perkembangan
penutup

Anda mungkin juga menyukai