KETUA SETIAUSAHA
SECRETARY GENERAL
Kementerian Pendidikan Malaysia
Ministry of Education Malaysia
‘Aras 8, Blok E8
Komploks € Tel: 03-8884 6072
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks: 03-8888 5124
62604 PUTRAJAYA Laman Web: www.moe.gov.ny
Rujukan Kami : KPM.100-1/7/1 Jid.6( }4 )
Tarikh (7 Januari 2017
Semua Setiausaha / Pengarah Bahagian
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Semua Pengetua
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017
PENGURUSAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP)
4. TUJUAN
1.1 Surat Pekeliling Kewangan (SPK) ini bertujuan untuk
menjelaskan peraturan dan tatacara pengurusan Biasiswa
Kecil Persekutuan (BKP) bagi murid Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 6 di sekolah bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
2. LATAR BELAKANG
24
2.2
2.3
24
BKP merupakan anugerah kecemerlangan bagi murid dari
kalangan keluarga berpendapatan rendah yang mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Objektif pemberian BKP adalah sebagai suatu bentuk
motivasi dan perangsang kepada murid dari golongan
berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan
dalam bidang akademik dan kokurikulum serta mengekalkan
tahap disiplin yang tinggi sepanjang tempoh persekolahan di
samping untuk mengurangkan kadar keciciran di peringkat
menengah.
Biasiswa ini hanya diberikan kepada murid yang bersekolah
di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di
bawah KPM berdasarkan kriteria dan syarat yang telah
ditetapkan
Pengurusan BKP di Sekolah Menengah Harian, Sekolah
Menengah Teknik, Kole} Vokasional, Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,
Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan Sekolah Sukan
Malaysia dipertanggungjawabkan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN). Manakala Bahagian Pengurusan
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
(BPSBPSK) pula dipertanggungjawabkan — dalam
menguruskan BKP bagi murid di Sekolah Berasrama Penuh
(SBP)SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
25
Selaras dengan keperluan semasa hasil daripada
penggabungan BKP dan Biasiswa Kelas Persediaan
Universiti (BKPU) kerana penstrukturan semula fungsi-fungsi
bantuan persekolahan pada tahun 2017, SPK ini dipinda dan
dikeluarkan sebagai panduan kepada semua peringkat bagi
melancarkan proses pengurusan dan pelaksanaan BKP
3. KRITERIA KELAYAKAN
3.1
Kriteria kelayakan untuk tujuan permohonan BKP adalah
seperti berikut:
i, murid warganegara Malaysia. Penentuan _ taraf
warganegara Malaysia adalah berdasarkan Kad
Pengenalan Malaysia atau Lampiran A;
ii. _murid Tingkatan 1 hingga 6 di semua Sekolah Kerajaan
dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurikulum berdasarkan merit
tahun semasa; dan
ili, jumlah pendapatan kasar (sebelum ditolak tanggungan)
ibu bapa/ penjaga murid mestilah tidak melebihi
RM1,500 sebulan.SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
4. KADAR BIASISWA
41
Kadar bagi BKP adalah seperti jadual di bawah:
"Tingkatan Kadar Biasiswa Bilangan |
(RM sebulan) Bulan
4 hingga 4 70.00 12
5 70.00 14
6 Bawah | 90.00 (Aliran Sastera) Tea
110.00 (Aliran Sains) |
6 Atas 90.00 (Aliran Sastera)| 11S
| : 110.00 (Aliran Sains)
5. JAWATANKUASA BIASISWA DAN FUNGSI
5.1
Pemilinan murid penerima BKP di peringkat sekolah perlu
diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa _Biasiswa
Peringkat Sekolah dan seterusnya akan dipanjangkan
kepada JPN/ BPSBPSK secara atas talian untuk perakuan
oleh Jawatankuasa Biasiswa Peringkat Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN)/ BPSBPSK. Minit mesyuarat/ pengesahan oleh
Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan perlu difailkan untuk
tujuan rekod, pemantauan dan pengauditan. Jawatankuasa
yang terlibat dan peranannya adalah seperti berikut:
5.1.1 Jawatankuasa Biasiswa Peringkat Sekolah
a) Keahlian
Pengerusi Pengetua
Timbalan Pengerusi_:Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
Setiausaha :Guru BiasiswaSURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
b)
Ahli Jawatankuasa _—_:Penolong Kanan
Kokurikulum
Guru Kaunseling
Guru APDM/Guru Tingkatan
Fungsi
=
Memastikan setiap maklumat murid dalam
borang permohonan dan dokumen di peringkat
sekolah adalah benar dan disahkan;
Memilih/menyenarai pendekkan dan
mengesahkan murid yang memenuhi kriteria
melalui keputusan mesyuarat yang diadakan.
Minit mesyuarat jawatankuasa dan borang
permohonan murid perlu difail untuk tujuan
audit dan rekod;
Menentukan hanya murid yang benar-benar
layak sahaja_boleh_ dicalonkan untuk
permohonan biasiswa; dan
Sekiranya pihak Jawatankuasa_mendapati
terdapat keraguan yang timbul ataupun
terdapat maklumat palsu pada mana-mana
bahagian yang_—diisytiharkan, —_pihak
jawatankuasa berhak untuk tidak menyokong
permohonan tersebut atau _membatalkan
tawaran biasiswa yang telah diluluskan.SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
5.1.2 Jawatankuasa__Biasiswa__Peringkat__ Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) / Bahagian Pengurusan
Sekolah __Berasrama___ Penuh_ _dan__ Sekolah
Kecemerlangan (BPSBPSK)
a)
b)
Keahlian :
Pengerusi :Pengarah JPN/ Pengarah
BPSBPSK
Timbalan Pengerusi :Ketua Sektor_— SPK/
BPSBPSK
Setiausaha Pegawai Biasiswa
Anli Jawatankuasa_—_:KPP/ KU Sektor:
1. Pembangunan &
Kebajikan
2. Kemanusiaan dan
Kepemimpinan
3. Ketua Unit
Kokurikulum
4, Ketua Unit Sukan
5. Pembantu Tadbir
Fungsi:
Mengesahkan data permohonan yang diterima
dari sekolah dan mengesahkan senarai
permohonan BKP yang diperaku. Minit
mesyuarat/ pengesahan permohonan yang
diperaku oleh jawatankuasa perlu difailkan
untuk tujuan rekod;
Menyediakan — maklumat-maklumat yang
dikehendaki kepada Bahagian Kewangan dan
Bahagian Pengurusan Maklumat; dan
6SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017; PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
ili, Mengesahkan penarikan balik biasiswa dan
memanjangkan kepada Bahagian Kewangan
6. TATACARA PERMOHONAN
6.1 Murid yang memenuhi kriteria kelayakan di Perenggan 6
boleh memohon BKP pada setiap tahun. Bagi melancarkan
proses permohonan BKP secara atas talian, setiap peringkat
perlu memainkan peranan tertentu seperti berikut:
6.1.1 Tanggungjawab Murid
Murid yang layak perlu mengisi borang permohonan
BKP yang boleh diperoleh di sekolah masing-masing
pada setiap tahun. Borang yang lengkap diisi beserta
dokumen sokongan yang disahkan perlu diserahkan
kepada Guru Biasiswa Sekolah selewat-lewatnya
pada_minggu keempat Januari tahun semasa
(tertakluk kepada perubahan melalui takwim yang
diedarkan oleh KPM sekiranya ada).
6.1.2 Tanggungjawab Sekolah
i. Sekolah bertanggungjawab mengemas kini dan
memastikan ketepatan data dalam Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM) Modul Pengurusan
Murid selewatewatnya pada minggu keempat
Januari tahun semasa bagi __penyediaan
permohonan biasiswa secara atas talian (tertaklukSURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
kepada perubahan melalui takwim yang diedarkan
oleh Bahagian Kewangan sekiranya ada)
Jawatankuasa Biasiswa Peringkat Sekolah perlu
membuat tapisan dan saringan serta_ senarai
pendek permohonan hendaklah dikemas kini
secara atas talian melalui laman sesawang
https://apb1.moe.gov.my/ selewat-lewatnya pada
minggu ketiga Februari tahun semasa (tertakluk
kepada perubahan melalui takwim yang diedarkan
oleh Bahagian Kewangan sekiranya ada).
Pihak sekolah perlu menyimpan/ memfailkan
semua borang permohonan murid — beserta
dokumen sokongan yang telah disahkan dan Minit
Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa Peringkat
Sekolah sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3)
tahun bagi tujuan eked, pemantauan dan
pengauditan yang akan dijalankan dari masa ke
semasa,
6.1.3 Tanggungjawab JPN/BPSBPSK
JPN/BPSBPSK —_bertanggungjawab dalam
memastikan semua sekolah_ di_—-bawah
pentadbirannya membuat permohonan BKP secara
alas talian mengikut tatacara dan tempoh yang
ditetapkan;SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
JPN/IBPSBPSK juga bertanggungjawab dalam
memastikan tiada sekolah yang tercicir dari
mengemukakan permohonan secara atas talian;
JPN) BPSBPSK bertanggungjawab —memberi
penjelasan dan taklimat kepada Guru Biasiswa di
sekolah mengenai tatacara pengurusan BKP; dan
JPN/BPSBPSK bertanggungjawab menjalankan
pemantauan berkala bagi memastikan pengurusan
pemberian BKP adalah mematuhi tatacara yang
ditetapkan.
7. TATACARA RAYUAN PERMOHONAN
71
7.2
Permohonan BKP perlu dibuat secara atas talian dalam
tempoh yang telah ditetapkan. Namun, sekiranya terdapat
permohonan murid yang tidak dikemukakan secara atas
talian dalam tempoh berkenaan, pihak sekolah boleh
mengemukakan rayuan permohonan secara manual ke
Bahagian Kewangan melalui JPN/BPSBPSK.
Rayuan permohonan BKP perlu sampai ke Bahagian
Kewangan selewat-lewatnya pada tarikh berikut:
___TINGKATAI
__Thingga 5 dan 6 (Atas) | 30.Jun |
6 (Bawah) : 30 Ogos
1 hingga 5 dan 6 (
TARIKHSURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
7.3 Rayuan yang diterima selepas daripada tarikh yang
ditetapkan tidak akan dipertimbanakan.
8. TATACARA PEMILIHAN
8.1 Pemilinan penerima BKP dilaksanakan oleh JPN/ BPSBPSK
melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB)
berdasarkan merit yang telah ditetapkan dan jumlah
peruntukan yang diagihkan pada tahun semasa.
8.2 Faktor-faktor yang dipertimbangkan dan peratusan dalam
pengiraan merit untuk pemilihan penerima BKP adalah
seperti berikut:
Faktoro 2 ae cupasPeratus, |
eee ae
Prestasi pect 50 : a
Pendapatan ibu bapa / penjaga dan 40
latar belakang keluarga
Penglibatan aktiviti kokurikulum He OPE
Perincian pemarkahan bagi pemohon Tingkatan 1 hingga 5
disertakan seperti di Lampiran B, manakala bagi pemohon
Tingkatan 6 seperti di Lampiran C
9. TATACARA PEMBAYARAN
9.1 Tawaran BKP kepada pemohon yang berjaya adalah sah
untuk tahun semasa sahaja. Pemohon yang terpilih dan
10SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
9.2
9.3
9.4
ditawarkan BKP akan menerima bayaran mengikut kadar
yang telah ditetapkan bagi tempoh satu-satu tahun pemilihan
sahaja.
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bertanggungjawab
untuk mengekstrak maklumat murid yang berjaya dan
dikemukakan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk
urusan pembukaan akaun kelompok. Seterusnya, BPM akan
memuat naik nombor akaun kelompok ke dalam sistem APB
untuk proses pembayaran.
Bahagian Kewangan (Bkew)/ BPSBPSK dengan kerjasama
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bertanggungjawab
menghantar data pembayaran BKP ke Bank Simpanan
Nasional (BSN) dalam tempoh 7 hari selepas JPN selesai
mengemaskini data penerima. Bagi murid Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, pembayaran
diuruskan oleh BPSBPSK. Pembayaran BKP dikreditkan
terus ke akaun murid melalui BSN.
Jadual pembayaran BKP adalah seperti di bawah:
TINGKATAN BULAN PEMBAYARAN
1-5 | April
6 Bawah Ogos a
6Atas | April
Jadual pembayaran ini tertakluk kepada perubahan takwim
yang diedarkan oleh Bahagian KewanganSURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
10.
11.
2
TATACARA PENARIKAN BALIK
10.1 Tindakan penarikan balk penganugerahan BKP perlu
dilaksanakan serta merta oleh Jawatankuasa Biasiswa
Peringkat Sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
masing-masing dan dipanjangkan kepada _Bahagian
Kewangan sekiranya dalam tempoh tahun semasa berlaku
perkara-perkara berikut:
i) Murid berhenti sekolah atau diberhentikan sekolah;
ii) Murid menerima biasiswa atau bantuan kewangan lain;
ili) Murid didapati telah mengemukakan maklumat palsu di
dalam Borang Permohonan BKP; dan
iv) Murid telah dikenakan tindakan disiplin kerana
melakukan kesalahan berat yang diputuskan oleh
Jawatankuasa Biasiswa Peringkat Sekolah.
PEMAKAIAN
11.1 SPK ini hendaklah dibaca bersama Manual Prosedur
Kerja (MPK) Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan
(BKP) yang terkini
PEMBATALAN
12.1 SPK ini membatalkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 9
Tahun 2010 Pengurusan Biasiswa Kecil PersekutuanSURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2017: PENGURUSAN BIASISWA KECIL
PERSEKUTUAN (BKP)
Dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti bertarikh 24
Disember 2010.
13. TARIKH KUAT KUASA
13.1 SPK ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017.
Sekian, terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
RI ALIAS BIN HAJI AHMAD)
@tua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tarikh: / 9 Januari 2017
s.k.:
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, KPM
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, KEM
Ketua Unit Komunikasi Korporat, KPM
Penasihat Undang-Undang, KPM
SUSK YB Menteri