Kertas Kerja Permohonan Pembelian Audio

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERALATAN AUDIO SISTEM SEKOLAH

SMK DANAU KOTA. SETAPAK, KUALA LUMPUR

1.0 PENGENALAN

Keperluan terhadap peralatan audio sistem di Sekolah Menengah Kebangsaan


Danau Kota amatlah penting. Ini untuk memastikan setiap kegiatan kurikulum dan
ko-kurikulum pelajar SMKDK dapat dijalankan dengan sebaiknya. Sehubungan
dengan itu keperluan terhadap dana untuk membeli peralatan dan kemudahan
sistem audio amatkan diperlukan untuk memastikan kecemerlangan pelajar dapat
dipertingkatkan.

2.0 OBJEKTIF

1. Mengemaskini sistem audio sedia yang sudah tidak berfungsi dengan baik
untuk kegunaan sekolah.

2. Memastikan sistem audio sekolah diselenggara dengan baik untuk


memastikan kualiti penggunaan untuk majlis-majlis penting di sekolah.

3. Menjimatkan perbelanjaan yang tinggi setiap tahun untuk kos sewaan


sistem audio.

3.0 KEGUNAAN SEPANJANG TAHUN

Peralatan sistem audio di sekolah amat penting dalam memastikan kelancaran


aktiviti sepanjang tahun. Berikut adalah merupakan senarai aktiviti tetap dan aktiviti
tambahan yang dijalankan di sekolah sepanjang tahun 2017. Disertakan juga
jumlah kos perbelanjaan yang dikeluarkan saban tahun oleh pihak sekolah.

Aktiviti Tetap Sepanjang Tahun Kos Sewa


Program Orientasi Tingkatan 1 & Tingkatan 4 RM 450
Road Run 2017 RM 450
Mesyuarat Agung PiBG SMKDK (Pinjam dari En. Toh)
Sukan Tahunan SMKDK RM 450
Majlis Anugerah Cemerlang RM 450
Sambutan Hari Guru (Pinjam dari En. Toh)
Majlis Anugerah Bestari Cemerlang RM 450
Majlis Anugerah HEM & KOKO RM 450
Majlis Graduasi RM 450
Aktiviti Tambahan Kos Sewa
Majlis Persaraan Pn. Hasmah RM 450
Majlis Persaraan Mr. Gan (Pinjam dari En. Toh)
Majlis Persaraan Pn. Nazar dan Pn. Samsinar (Pinjam dari En. Toh)
JUMLAH RM 3150

Merujuk kepada jadual di atas, kos perbelanjaan sistem audio amatlah tinggi. Pihak
sekolah amat beruntung kerana En. Toh Kok Min, Penolong Kanan Tadbir sekolah
sudi meminjamkan set sistem audio peribadi beliau dalam 4 majlis penting sekolah.
Jika tidak, kos perbelanjaan sekolah untuk sistem audio boleh mencecah RM 5400
setahun.

4.0 ANGGARAN KEPERLUAN

Hasil perbincangan AJK Siaraya SMK Danau Kota dan setelah usaha membaiki
peralatan yang rosak dijalankan, didapati sekolah masih kekurangan beberapa
peralatan-peralatan penting. Sebahagian besar peralatan yang tiada ini telah rosak
dan tidak dapat dibaiki semula.

Berikut merupakan senarai peralatan-peralatan yang dicadangkan untuk


memastikan sistem audio SMK Danau Kota berfungsi dengan lebih mantap.
Disertakan juga anggaran harga bagi setiap peralatan tersebut.

HARGA
PERKARA Unit JUMLAH (RM)
SEUNIT(RM)
Wharfedale Pro PMX700 Powered Mixer 1 RM 1400 RM 1400
Motivity Stand Speaker 2 RM 600 RM 1200
Wire Speaker (Segulung) 1 RM 150 RM 150
Micstand (Table) 1 RM 40 RM 40
Micstand (Boom) 1 RM 60 RM 60
Announcement Horn Speaker 1 RM 260 RM 260
Mic Cable 2 RM 70 RM 140
UHF Wireless Microphone (MOTIVITY RC-U96) 1 RM 540 RM 540
Shure SV 100 Microphone 1 RM 100 RM 100
JUMLAH RM 3890

Merujuk jadual di atas, jelas bahawa perbelanjaan untuk membaikpulih sistem


audio sekolah adalah jauh lebih rendah daripada jumlah perbelanjaan yang
dikeluarkan oleh sekolah untuk menyewa sistem audio pihak luar. Ini jelas
membuktikan rasional
5.0 SUMBER

Sedia maklum bahawa pihak sekolah SMK Danau Kota tidak mempunyai sumber
kewangan yang cukup untuk menampung kos penambahbaikan sistem audio
sekolah kerana ekonomi yang cukup mencabar. Sumber kewangan sekolah lebih
memfokuskan pembaikan infrastruktur sekolah agar keselamatan pelajar dan
guru-guru terjamin.

Dengan itu, pihak sekolah memohon tajaan pihak-pihak berkepentingan kepada


sekolah. Adalah dengan ini diharap bahawa masalah yang menghantui SMK
Danau Kota berkenaan sistem audio dapat diselesaikan.

6.0 RUMUSAN

Adalah dengan ini diharap bahawa cadangan ini diterima dengan terbuka bagi
meningkatkan mutu sekolah, seiring dengan matlamat SMK Danau Kota untuk
mencapai Band yang lebih tinggi menjelang tahun 2018.

SMKDK GO FURTHER!

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(M. AFFAN NOR AZROL) (M. SHAZWAN BIN AHMAD) ( )


Guru Pen. Penyelaras Siaraya Guru Ketua Penyelaras Siaraya
SMK DANAU KOTA SMK DANAU KOTA

Anda mungkin juga menyukai