Laporan Projek Sekolah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROJEK SEKOLAH : SELF ACCESS LEARNING ROOM SKS 17

SEBELUM

Salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan insan


yang seimbang dan harmonis, yang juga selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa
Inggeris SKS 17. Kami ingin melengkapkan murid dengan kebolehan membaca dalam
Bahasa Inggeris, berketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan
diri dalam urusan harian, pendidikan, dan pekerjaan, maka Panitia Bahasa Inggeris, SKS 17
ingin menubuhkan sebuah bilik Self Access Learning Room. Projek ini telah lama dimulakan
iaitu pada tahun 2015. Namun, bilik ini tidak dapat disiapkan kerana kurangnya komitmen
antara guru sekolah untuk mewujudkan bilik tersebut.

Jadi, kami guru pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu telah diberi tugas untuk
menyiapkan Self Access Learning Room ini. Kami dibawa ke bilik tersebut untuk melihat
keadaannya. Hasil perbincangan dengan guru sekolah, kami telah mendapat pelbagai idea
untuk menghasilkan bilik tersebut. Ini merupakan gambar-gambar yang diambil sebelum
kami memulakan projek kami.
SEMASA

Kami telah bercadang untuk menghasilkan beberapa sudut di bilik tersebut.


Antaranya ialah sudut bacaan, sudut penulisan, pentas untuk murid bentang dan lain-lain
lagi. Pelbagai aktiviiti telah kami siapkan di setiap sudut. Contohnya, kami telah
menghasilkan permainan Snake and Ladder di sudut bacaan. Murid dikehendaki bermain
permainan tersebut seperti biasa dan diminta mengambil kad bacaan daripada sampul surat
apabila berhenti di setiap nombor. Murid dikehendaki membaca kandungan kad tersebut di
hadapan rakan-rakannya. Ini merupakan salah satu teknik permainan yang dapat membantu
murid untuk meningkatkan kemahiran membaca.

Selain itu, kami juga telah menyediakan Word Tree di sudut penulisan. Murid
diminta memikirkan perkataan-perkataan yang sesuai dengan menggunakan huruf yang
terdapat pada Word Tree. Ini dapat meningkatkan kosa kata murid dan secara tidak
langsungnya ia dapat meningkatkan kemahiran menulis murid. Murid boleh menjalankan
aktiviti ini secara individu atau kumpulan.
Kemudian, kami juga telah menyediakan pentas di Self Access Learning Room.
Murid boleh membentang hasilnya atau mengeluarkan bakatnya di atau pentas tersebut. Ini
dapat meningkatkan lagi keyakinan diri murid untuk berhadapan di khalayak ramai. Aktiviti
ini juga menjadi salah satu platform untuk murid mengeluarkan potensinya. Kami juga telah
melekatkan kata-kata hikmat atau cogan kata dalam Bahasa Inggeris di papan kenyataan
yang terdapat dapat bilik tersebut. Kata-kata ini dapat meningkatkan semangat murid untuk
mempelajari Bahasa Inggeris. Kami juga telah melekatkan teknik-teknik untuk menghasilkan
penulisan yang baik di bilik tersebut. Murid boleh menjadikannya sebagai panduan untuk
meningkatkan kemahiran menulisnya.

Namun, kami telah mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan bilik
tersebut. Hal ini kerana kekurangan dana atau peruntukan dari kerajaan untuk menghasilkan
projek tersebut. Guru penasihat Panitia Bahasa Inggeris telah bertungkus-lumus untuk
mencari dana agar bilik ini dapat disiapkan. Akhirnya, kami telah berjaya menghasilkan bilik
ini dalam masa tiga bulan ini demi kebaikkan murid-murid SKS 17.
SELEPAS

Selepas projek ini berjaya dilaksanakan, kami telah mengambil gambar sebagai bukti
projek kami telah dijalankan. Kami juga berasa bangga dengan hasil kerja kami dan
berharap pihak sekolah puas hati dengan hasil kerja kami. Kami harap bilik dapat digunakan
untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris murid-murid di SKS 17. Dengan ini, kita
dapat merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai