Teori Pengajaran Konstruktif

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

Teori pengajaran konstruktif

Edit 0 28
Teori pengajaran konstruktif

Definisi Teori Konstruktivisme menurut McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu
pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima
pengetahuan daripada orang lain. Manakala Briner, M. (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri
pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Teori konstruktif atau konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam
pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu pengetahuan dibina
oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan
melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan pelajar.

Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik menjelaskan proses berorientasi-
pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa pengalaman-pengalaman mereka dan menggalakkan
pelajar-pelajar menjadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991).

Di dalam proses pembelajaran kontruktif, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri
secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada
untuk menyelesaikan sebarang masalah dan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Maksudnya
pelajar yang hadir ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai
individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang mereka bawa ke bilik
darjah. Premis asas konstruktivisme adalah:
murid membangun, meruntuh (deconstruct) , dan mambina semula pengetahuan mereka sendiri
murid meruntuh dan membina semula sesuatu makna, ialah pembelajaran

pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea yang sedia ada dengan
menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

Teori ini juga mengenai pembelajaran yang terbentuk hasil daripada pembinaan pengetahuan
berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklmat dengan pengetahuan sedia
ada. Contoh dalam mata pelajaran perdagangan, manusia mempunyai keperluan dan kehendak. bagi
keperluan, Manusia perlu tahu keperluan utama dalam menjalani kehidupan (pengetahuan sedia ada)
seperti makanan.Makanan diperlukan oleh manusia untuk terus hidup.

Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa murid mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman
sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai
dengan pengalaman sedia ada murid serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang
bakal diajar.

Piaget menganggap pembelajaran sebagai satu proses konstruktif kerana individu dikehendaki
menyusun semula pemahaman dan minda mereka terlebih dahulu.

Konstruktif diambil dari perkataan bahasa Inggeris konstruktivisme yang membawa maksud falsafah
membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak
boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan
dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang
berkaitan.Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.

Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) pula berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru
dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai
pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang
mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang
kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.

Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar
(learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-
masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada.Keadaan ini menuntut agar
guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.

Konstruktif boleh dilakukan dalam perbagai bentuk. Ia terdiri daripada Kognitif Bersituasi, Scaffolding,
Perintisan Kognitif, Tutoring, pembelajaran Koperatif dan juga Pembelajaran Kolaboratif.

__
Implikasi Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Di dalam P&P, mengikut Teori Konstuktivisme,peranan guru merupakan penolong, pemudahcara
dan perancang; sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.
Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara
koperatif dan kolaborasi

Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar.Interaksi dan pertukaran idea-idea antara
pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.

Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh
menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran pelajar-pelajar. Bahan-bahan pembelajaran yang
mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar-pelajar membina pengetahuan.

Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme

Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid


Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid
tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif

Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah

Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya
dengan sifat asas pengetahuan tersebut

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada
murid untuk membina pengetahuan baru

PERANAN GURU KONSTRUKTIVISME

Menurut Chaille C. dan Britain L, dalam buku The Young Child as Scientist,peranan guru konstruktivisme
adalah seperti berikut:

1. Guru sebagai penyampai aktiviti, idea dan pilihan kepada kanak-kanak


2. Guru merangsangkan pembinaan pengetahuan melalui soalan-soalan yang dikemukakan
3. Guru sebagai pengelola persekitaran yang menggalakkan eksperimen, uji kaji dan arahan diri
4. Guru sebagai pemerhati yang peka
5. Guru sebagai pemantau pembelajaran pelajar-pelajar
6. Guru sebagai penggalak dalam pembinaan pengetahuan dan teori

Peranan Pelajar Dalam Pendidikan Konstruktivis

Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstrutivis melibatkan sikap
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Pelajar
juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu membuat analisis dan menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam membantu pelajar mengubah atau
mengkuhkan idea-idea mereka, mengemukakan pendapat dan mendengar idea orang lain dan membina
asa pengetahuan yang mereka faham.

Selain itu, pelajar juga perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk membuat
ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran penggunaan teknologi di
mana mereka dapat menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif (misalnya
akses kepada internet) bagi menolong mereka menjana idea dan pengetahuan baru.

Pembelajaran konstruktivis berlaku apabila pelajar menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan
konsep-konsep serta pengetahuan yang baru untuk membentuk pengetahuan yang baru. Guru hanya
sebagai agen penggalak dan pembantu pelajar semasa proses pembelajaran dimana guru akan
menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelajar. Kelebihan pembelajaran ini adalah lebih banyak
berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok. Dalam teori
konstruktivis, pelajar tidak lagi dianggap belajar membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang
sama mengubah susai realiti tersebut. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat
penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat.

Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

Menurut Piaget yang lebih dikenali dengan teori cognitive constructivism melihat bagaimana murid dapat
memahami sesuatu perkara melalui empat peringkat utama pertumbuhan Kognitif yang bermula sejak
dilahirkan hingga berumur 14-16 tahun. Piaget percaya bahawa semua kanan-kanak dilahirkan bersama
kecenderungan dalaman untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka. Beliau merujuk cara atas
menyusun dan memproses maklumat sebagai struktur kognitif yang dinamakan sebagai skema. Skema
digunakan untuk meneroka persekitaran menggunakan deria sentuhan, perasaan, rasa dan pemerhatian.
Murid seterusnya akan berkembang melalui proses pengubahsuaian skema sedia ada melalui dua cara
iaitu asimilasi dan akomodasi.

Menurut Lev Vigotsky iaitu seorang ahli falsafah dan psikologi Rusia pada tahun 1930-an yang dikatakan
dengan teori konstruktivis sosial. Sosial Constructivisim menekankan bagaimana makna dan pemahaman
tentang sesuatu perkara itu dibina melalui interaksi sosial. Vygotsky menekankan pengaruh konteks
budaya dan hubungan sosial dalam pembelajaran serta menyokong model pembelajaran inkuri-
penemuan. Model ini menekankan peranan aktif guru manakala murid pula akan membina kebolehan
minda mereka secara nyata melalui penemuan maklumat-maklumat baru.
Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran

Perkara Pengajaran Pembelajaran Pembelajaran Perbincanga Strategi


n

langsung kooperatif penyelesaian pembelajara


n

masalah

Fahaman Psikologi Teori Teori kognitif; Teori Teori

teori

tingkahlaku; pembelajaran teori kognitif; pemprosesan

teori sosial; Teori konstruktivism teori interaksi maklumat


e

pembelajaran konstruktivisme sosial

sosial

Pelopor Bandura; Dewey; Dewey; Bruner; Bruner;


Vygotsky;
utama

Hunter Slavin Vygotsky Cazden; Ausubel;

Vygotsky Vygotsky

Hasil Penerangan Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran

pengajaran

pengetahuan akademik dan akademik dan berbincang kognitif dan

asas; sosial inkuiri dan berfikir metakognitif


kemahiran

akademik

Kaedah Bahan Kerja kumpulan Projek Perbincangan Pengajaran

pengajaran

pembentangan dengan manfaat berasaskan dalam explisit ,


dan demontrasi kooperatif dan inkuiri yang kumpulan pengajaran

yang jelas dan struktur tugas dilaksanakan dua hala

objektif dalam

tingkahlaku kumpulan

Ciri-ciri Struktur yang Fleksibel, Fleksibel, Refleksi, Refleksi,

persekitaran

erat, pengajaran demokrasi, pengajaran penekanan penekanan

berpusatkan pengajaran berpusatkan terhadap terhadap cara

guru berpusatkan inkuiri perbualan belajar

pelajar terbuka
TEORI PENGAJARAN KONTRUKTIF
Pendekatan Kontruktivisme Sosial

Pendekatan kontruktisvisme sosial tertumpu di dalam bilik darjah. Perubahan kea rah inovasi-inovasi
dilihat sebagai pemangkin dalam mewujudkan konteks social pembelajaran antara guru dengan pelajar
atau pelajar dengan pelajar yang lain. Ilmu pengetahuan dibina dan dikontruk bersama dengan
penglibatan orang lain. Dalam situasi ini, pelajar didedahkan kepada peluang-peluang untuk menilai dan
mengakomodasi maklumat dan ilmu pengetahuan kea rah pemahaman yang kukuh. Justeru, pendekatan
kontruktivisme social membantu pelajar kea rah perkembangan pemikiran pelajar. Dengan cara ini,
pelajar berkesempatan membina hubungan-hubungan social, belajar kemahiran pemprosesan informasi
untuk menguasai sesuatu ilmu pengetahuan yang dipelajari didalam situasi bilik darjah.

Ciri-ciri pembelajaran konstruktif :


Pembelajaran berdasarkan masalah
Pembelajaran menerusi penyelidikan
Menitikberatkan kerjasama dalam pembelajaran
Kaya dengan persekitaran
Kaedah pentaksiran yang sah
Menitikberatkan tujuan secara global

Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme

Mengikut pendekatan pengajaran konstruktivisme, pelajar tidak boleh menjadi pasif dalam menerima ilmu
yang dibekalkan oleh guru ( Fosnot, 1996 ). Menurut beliau juga, guru pula harus menjadi penyampai
ataupun penyalur ilmu dan menguruskan kelas.

Brooks & Brooks ( 1993 ) menggariskan lima prinsip penting dalam pendekatan pengajaran
konstruktivisme. Pertama, pengajaran seharusnya bermula dengan memberi masalah yang relevan
kepada pelajar. Masalah yang diberikan seharusnya menarik dan mencabar minda pelajar. Kedua, aktiviti
dan masalah seharusnya berteraskan konsep-konsep yang perlu dipelajari. Dengan cara ini pelajar lebih
memahami konsep melalui konteks masalah yang ingin diselesaikan. Ketiga, guru-guru juga perlu
menyediakan peluang kepada pelajar serta mengemukakan pandangan dan idea mereka berkaitan
aktiviti yang dibuat. Keempat, selepas mencungkil idea awal pelajar, guru perlu menyesuaikan
pengajaran dengan pemikir pelajar. Kelima, guru-guru juga digalakkan membina soalan-soalan yang
mencabar bagi menguji pemikiran pelajar pada aras kognitif yang tinggi. Teknik penyoalan ini akan
merangsang pembelajaran dan memastikan pembelajaran bermakna berlaku.

Sehubung dengan itu, pendekatan pengajaran yang sesuai dengan perspektif konstruktivisme ini perlu
melibatkan pelajar dalam aktiviti-aktiviti penyiasatan hands-on dan minds-on ( Zuraida Ismail, Syarifah
Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Menurut mereka juga, aktiviti yang sesuai adalah
melalui aktiviti inkuiri yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian kepada masalah.
PERANAN DALAM PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME

Oleh sebab pembelajaran secara konstrukivisme adalah merupakan pendekatan berpusatkan murid
tentunya peranan murid dan guru akan berubah. Begitu juga persekitaran bilik darjah perlu diubah
supaya sesuai dan dapat menyokong pembelajaran konstruktivisme.

Mari kita lihat dahulu apakah peranan guru dalam pembelajaran jenis ini. Di antaranya;

Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih
memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi
kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain.
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan
bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan seharian mereka
Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal,
meneka dan membuat hipotesis.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah
dijanakan.
Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
Menyediakan pengalaman belajar yang memungkinkan murid bertanggung jawab dalam membuat
rancangan, proses, dan penelitian.

Manakala murid pula perlu memainkan peranan yang tertentu juga sekiranya pembelajaran
konstruktivisme boleh berlangsung. Di antaranya;

Setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Mereka
perlu berinisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat
analisis menentukan kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman
lampau mereka dengan kegunaan masa depan.

Murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang
yang tahu segala-galanya.

Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan
pelbagai cara bagi memproses maklumat dan menyelesaikan masalah.

Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan dapat membantu
murid mengukuhkan atau mengubah idea mereka.

Murid mencabar hipotesis yang telah mereka buat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan.
Seterusnya mereka berpeluang untuk menguji hipotesis mereka.

Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal untuk menolong mereka menjana idea dan
pengetahuan.
Selain daripada peranan guru dan murid yang perlu berubah, teknik pentaksiran juga perlu turut berubah.
Selalunya ujian digunakan. Murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki
oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan
tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya
menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan
jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja. Cara pentaksiran harus merangkumi cara
menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik pentaksiran yang
boleh digunakan ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh
menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. Murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-
ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan
perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang
perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin,
bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pendekatan Kognitif Bersituasi (Situated Cognition) untuk pembelajaran di dalam kelas.

Kognitif bersituasi (situated cognition) merujuk kepada suatu pemikiran idea yang terletak dalam konteks
sosial dan fizikal dan bukan dalam minda individu (Santrock, 2004). Kognitif bersituasi mempunyai
beberapa implikasi untuk sistem pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan
ini merangkumi kemahiran-kemahiran pemikiran yang tinggi, mewujudkan kesedaran dalam
meningkatkan daya penaakulan ke arah penyelesaian masalah, menggunakan kemahiran-kemahiran
metakognitif untuk melihat masalah pembelajaran, berfokus pada pertumbuhan kognitif pelajar.

Di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah saya telah menggunakan pendekatan yang
sama iaitu dengan menayangkan video interaktif untuk kali kedua kepada pelajar. Video interaktif ini
berbeza daripada video yang pertama tadi di mana video interaktif ini menayangkan aktiviti-aktiviti yang
biasa dilakukan oleh seseorang usahawan seperti penghasilan produk-produk baru dan pengubahsuaian
barangan yang hendak dijual. Video tersebut menayangkan En Ali seorang usahawan barangan
permainan kanak-kanak yang mengeluarkan produk mainan yang baru di pasaran iaitu permainan ikan
terbang menggunakan alat kawalan jauh. En Ali merupakan seorang usahawan yang telah membuat
pengubahsuaian kepada produk-produk mainan kanak-kanak yang berada di pasaran sebelum ini.

Pendekatan kognitif bersituasi menyebabkan pelajar berasa pembelajaran adalah efektif dan
menyeronokkan. Pendekatan ini berfokus kepada keperluan-keperluan pelajar berhubung pembelajaran
dan kurang berfokus pada isi kandungan (content) semata-mata.

Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar dan guru mengalami ilmu pengetahuan baru atas
pemahaman persekitaran (situasi) pembelajaran. Bagi mewujudkan satu situasi yang melibatkan aktiviti
pelajar di dalam kelas, pelajar diberikan bahan-bahan seperti straw, surat khabar, kotak ubat gigi dan
sebagainya. Pelajar diminta mencipta sesuatu produk menggunakan bahan yang diberi. Melalui kaedah
ini pelajar dapat membina pengetahuan mereka tentang rekacipta berdasarkan video yang ditayangkan
dan kemudian menggunakan bahan-bahan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baru. Melalui
pendekatan ini, secara tidak langsung saya dapat melihat ciri-ciri seperti kreatif dan inovatif dikalangan
pelajar.
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, saya menerangkan kembali hubung kait di antara video pertama
dan video kedua yang telah ditayangkan kepada pelajar. Saya membuat pengukuhan dengan bertanya
kepada pelajar apakah perbezaan yang terdapat di dalam kedua-dua video tersebut. Pelajar mula
mengingat kembali lakonan yang telah di buat di dalam kelas. Pelajar telah mula menyenaraikan ciri ciri
seorang peniaga berdasarkan kepada ingatan jangka panjang yang telah disimpan. Kemudian, pelajar
dapat membezakan ciri-ciri seorang usahawan berdasarkan aktiviti rekacipta yang telah dibuat bersama
dengan guru di dalam kelas. Saya telah membuat kesimpulan bahawa, masalah pembelajaran di mana
pelajar tidak dapat membezakan konsep peniaga dan konsep usahawan telah berjaya di atasi. Pelajar
telah dapat memahami konsep peniaga dan usahawan dan dapat membezakan di antara kedua-duanya
hasil daripada penggunaan Teori Peniruan Bandura dan Pendekatan Konstruktivisme Sosial.
TEORI PENGAJARAN KONSTRUKTIF

DEFINISI TEORI KONSTRUKTIF

Sebelum kita membincangkan masalah yang di utarakan ini,terlebih dahulu kita perlu mengetahui apakah
yang dimaksudkan dengan konstruktif.Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa Inggeris
konstruktivisme yang membawa maksud falsafah membina.Di bawah konteks pembelajaran teori
konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam
minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara
pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.Para pelajar membina ilmu
pengetahuan dengan aktif dalam merealisasikan teori ini. Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational
Phychology,A Contemporary Approach halaman 177 menyebut Constructivisme...an approach to
learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being
learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught. Petikan ini dapat
difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina
kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang
sedang diajar atau dipelajari. Apabila kita merujuk kembali kepada persoalan yang ditimbulkan ini iaitu
untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman 2 konstruktif tidak boleh
tidak dua pihak perlu diberi tumpuan iaitu murid dan guru. Setiap kumpulan ini mempunyai peranan
mereka yang tersendiri bagi merealisasikan perjalanan teori ini.

PERANAN GURU

Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru
seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana
setiap individu itu penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di
dalam mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan pembelajaran pada
waktu itu..keadaan ini secara tidak langsung menjadi penyokong kepada minat murid dalam
pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid
sendiri.Kefahaman murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabung jalinkan
antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina. Selain dari itu guru perlu mengelakan diri
dari beranggapan bahawa minda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan
pengetahuan baru sebaliknya mengambil kira,menilai,mengukur keterlibatan dan kefahaman mereka
dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses P&P.Peranan guru sebagai
pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di
dalam menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti
P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam 3 mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan
pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam
menemukan idea-idea terbaru.Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P berpusatkan
murid.

PERANAN MURID

Perbincangan teori konstruktif menyatakan bahawa murid sekali-kali tidak menganggap guru hanya
sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai sesuatu dari sumber pengetahuan untuk membantu mereka
mencari maklumat dan peransang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi.Ilmu baru yang terbentuk
adalah berasakan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian pandangan dikalangan mereka selain
mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui dengan alam sekeliling sewaktu sesi P&P berjalan.Dengan
wujudnya lontaran-lontaran idea dan pengalaman murid ini secara tidak langsung berjaya memecahkan
suasana dingin di kalangan pelajar itu sendiri.

https://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+konstruktif

Anda mungkin juga menyukai