Perakuan Untuk Ditandatangani Apabila Meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan
Perakuan Untuk Ditandatangani Apabila Meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan
Perakuan Untuk Ditandatangani Apabila Meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan
LAMPIRAN E
Perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan saya faham
dengan sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa
menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah, sesuatu benda rahsia, tidak menjaga
dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia atau apa-apa tingkahlaku yang membahayakan
keselamatan atau rahsia sesuatu benda rahsia adalah menjadi sesuatu kesalahan di bawah Akta
tersebut, yang boleh dihukum maksimum penjara seumur hidup.
Semua maklumat yang telah saya dapat atau lihat masa menjalankan kewajipan-kewajipan saya
adalah diliputi oleh Akta tersebut. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta tersebut bagi saya
menyampaikan dengan tiada kebenaran apa-apa maklumat itu kepada mana-mana orang lain, sama
ada tidak orang itu memegang atau telah memegang jawatan di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong atau di bawah mana-mana Kerajaan Malaysia, sebelum dan
selepas saya berhenti memegang jawatan itu.
Apa-apa tingkahlaku saya yang membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu maklumat atau apa-
apa sebutan saya dengan tiada kebenaran sama ada sebutan itu secara lisan atau terkandung dalam
apa-apa gambarfoto, filem, negatif, pita rakam, peta, pelan, model, graf, lukisan, piringhitam, runut
bunyi, benda, atau lain-lain alat dsb., dan sama ada di Malaysia atau di negara luar mengenai apa-apa
perkara yang telah saya ketahui atau sifat rasmi saya itu boleh menyebabkan saya didakwa di bawah
Akta tersebut.
Saya mengaku bahawa tidak lagi ada dalam milik saya atau kawalan saya apa-apa
perkataan kod rasmi, isyaratimbal, atau katajodoh rasmi yang rahsia, atau apa-apa benda, suratan atau
maklumat, anak kunci, lencana, alat meteri, atau cap bagi atau yang dipunyai, atau diguna, dibuat atau
diadakan oleh mana-mana Jabatan Kerajaan atau oleh mana-mana pihak berkuasa diplomat yang
dilantik oleh atau yang bertindak di bawah kuasa Kerajaan Malaysia atau Seri Paduka Baginda yang
tidak dibenarkan dalam milik atau kawalan saya.
Tandatangan : ...................
Jawatan :
Jabatan :
Tarikh :
No Kad Pengenalan :
Jawatan :
Jabatan :
Tarikh :