Perkataan Canggih Untuk Digunakan Dalam Karangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

PERKATAAN CANGGIH UNTUK DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

on: May 03, 2008, 03:42:00 PM

MENDABIK DADA
Maksudnya: Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan

Pelajar itu mendabik dada kerana Berjaya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

MENGKODIFIKASIKAN UNDANG-UNDANG
Maksudnya: Menyelaras undang-undang / peraturan

Peranan mahkamah adalah untuk mengkodifikasikan undang-undang negara.

KESTABILAN SPIRITUAL DAN FIZIKAL


Maksudnya: Keseimbangan rohani dan jasmani

Kestabilan spiritual dan fizikal penting diperoleh dahulu sebelum seseorang itu mampu menempa
kejayaan

MEKANISME KAWALAN
Maksudnya: Alat / aspek yang mengawal sesuatu

Mekanisme kawalan yang lebih efektif perlu dilaksanakan untuk mengawal masalah harga barangan
runcit.

PANDANGAN SARWA
Maksudnya: Pemikiran biasa / umum

Pandangan sarwa masyarakat terhadap isu itu menjadikan polemik itu sukar diselesaikan.

ANJAKAN PARADIGMA
Maksudnya: Perubahan demi kemajuan atau kebaikan

Anjakan paradigman penting berlaku dalam diri remaja dalam menongkah arus globalisasi.

RELEVAN DENGAN KEHENDAK ZAMAN


Maksudnya: Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
Kemahiran diri harus diberi penekanan supaya menjadi relevan dengan kehendak zaman.

Landasan berfikir
Maksudnya: Cara berfikir

Landasan berfikir seseorang itu banyak ditentukan oleh tahap pendidikannya.

Masyarakat konvensional
Maksudnya: Masyarakat umum / biasa

Masyarakat konvensional memang mementingkan aspek kebendaan sahaja.

MENGAIBKAN DIRI
Maksudnya: Memalukan diri

Tindakan lelaki itu melakukan jenayah telah mengaibkan diri dan keluarganya.

ALMA MATER
Maksudnya: Sekolah / universiti / tempat pelajar

Dia telah kembali ke alma mater untuk memberi sumbangan kewangan.

KEMAPANAN FIKIRAN
Maksudnya: Keteguhan cara berfikir

Kemapanan fikiran remaja memastikan diri mereka bebas daripada masalah.


MELUASKAN HORIZON PEMIKIRAN
Maksudnya: Meluaskan pandangan / pemikiran

Remaja harus meluaskan horizon pemikiran mereka jika ingin bersaing dalam dunia yang serba moden
ini.

MENGGABUNGJALINKAN ELEMEN
Maksudnya: Menggunakan pelbagai aspek

Kajian itu cuba menggabungjalinkan elemen yang menentukan kecacatan bayi dalam rahim ibunya.

MERANGSANG EKONOMI
Maksudnya: Mengaktifkan proses ekonomi
Langkah kerajaan mewujudkan taman industri itu bertujuan untuk merangsang ekonomi negara yang
sedang merudum.

LEBIH INTELEKTUAL DAN BERKETERAMPILAN


Maksud: Lebih bijak dan berkebolehan

Pelajar era globalisasi ini harus lebih intelektual dan berketerampilan untuk menangani cabaran
pendidikan.

SIMBIOSIS
Maksudnya: Dua benda yang ada hubungan atau kaitan yang rapat

Hubungan simbiosis antara Datuk Ali dengan Tan Sri Murah begitu menarik untuk dikaji oleh pemerhati
politik.

MASIH BERMAIN DENGAN FANTASI


Maksudnya: Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang

Budak itu masih bermain dengan fantasi setelah selesai menyaksikan filem berunsur sains fiksyen itu.

MENDABIK DADA
Maksudnya: Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan

Pelajar itu mendabik dada kerana Berjaya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

FRASA UNTUK PENDAHULUAN

1.Sejak akhir-akhir ini....telah menjadi......yang mendapat perhatian ramai

2.Dalam menempuh pawana globalisasi yang penuh dengan kokurensi sengit ini

3.Dalam alaf baru yang seba canggih dan moden ini

4.Isu ini hangat diperkatakan oleh masyarakat dan meniti dari bibir ke bibir.

5.Isu ini sering diperdebatkan oleh pelbagai pihak sama ada di warung-warung kopi atau di peringkat
persidangan parlimen.

6.Isu yang semakin bermaharajalela ini tidak seharusnya dipandang enteng

7.fenomena yang sering menjadi bualan hangat

8.Saban tahun, isu lapuk ini terus dibincangkan tanpa satu solusi yang benar-benar kukuh dan berkesan
9. Persoalannya apakah resipi yang digunapakai?

10.Pada hakikatnya, mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada kita semua

11.Pascakemerdekaan Malaysia telah menyaksikan pembangunan dan kemajuan negara daripada


pelbagai aspek. Namun begitu, pada era ledakan teknologi maklumat yang penuh dengan pancaroba
ini,acap kali kedengaran isu-isu

12.Sireh berlipat sireh pinang,


Sireh dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata Selamat Datang
Awal Bismillah pembuka bicara.

FRASA UNTUK FAKTOR/PUNCA

1.Jika ditelusuri

2.merupakan faktor perdana

kemelut ini turut dikaitkan dengan

Sudah terang lagi bersuluh, ..berpunca daripada

FRASA UNTUK KESAN

1.Sudah terang lagi bersuluh

2.Sementelahan itu pula, tidak dapat dinafikan bahawa

3.Implikasinya/impaknya

4.Rentetan itu

5.Natijahnya

6.Akibatnya

7.Ghalibnya

FRASA UNTUK KEPENTINGAN/FAEDAH

1.Sudah terang lagi bersuluh


2.Sementelahan itu pula, tidak dapat dinafikan bahawa

FRASA UNTUK LANGKAH/CARA MENANGANI

1.Persoalannya, apakah langkah drastik yang perlu diambil untuk mengatasi komplikasi ini?

2. Jawapan pertama, pastinya peranan yang yang dimainkan oleh ........( Cth. Pihak kerajaan Sebagai
kemudi negara, badan berwajib seharusnya bertindak tegas..)

3. Antara langkah lain yang boleh diambil ialah.

4.Langkah-langkah tersebut akan lebih berkesan sekiranyaq disokong oleh tulang

belakang negara iaitu rakyat sendiri.

5. Oleh sebab masalah ini semakin serius, pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah
memberi perhatian yang khusus agar tidak berlarutan

6. . turut memainkan peranan penting selain......

7. Jadi, sejajar dengan .

8. merupakan tapak kedua selepas. yang boleh membina benteng pertahanan jiwa

9. Dalam menangani fenomena

10. menjadi tunjang kejayaan dalam usaha

11. Sebagai.......memainkan peranan yang penting dalam menangani....

12.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya

17. Selain itu, selaku tunjang utama.haruslah membuka mata.

18.Peribahasa sebesar rumah, bermula dengan seketul bata mengajar kita bertindak sejak akar umbi
lagi

19..........juga merupakan alternatif dalam usaha......

20. merupakan hospital yang paling anggun bagi.......

21.Salah satu alternatif

22.Penawar mujarab

23.merupakan mekanisme terbaik

24.Sebagai langkah proaktif


25.merupakan wahana yang cukup ampuh

26.merupakan satu langkah komprehensif

27.mengambil langkah proaktif menyusun strategi

28.Pelan tindakan yang sesuai dan bersinergi perlu dirancang

29.Dalam usaha membendung

30.Langkah efektif harus diambil untuk

31.Salah satu modus operandi

32.Sudah terang lagi bersuluh

33.penawar yang paling mujarab

34.mengatur strategi dan prakarsa

FRASA UNTUK AYAT HURAIAN

1.Hal ini dikatakan demikian kerana (why/mengapa---menyatakan sebab)

2.Bertitik tolak daripada manifestasi itu( what/apa....menyatakan tindakan)

3.Impaknya (menyatakan kesan daripada tindakan)......anak-anak/remaja/saya/masyarakat.(who/siapa)

FRASA UNTUK AYAT PENEGAS

1.Hakikatnya,

2.Ironinya,

3.Izhar

4.Tuntasnya

5.Pendek kata

.6.Nyatalah bahawa, tindakan drastik daripada..mampu menamatkan konflik yang menghantui

.6.Pendek kata, usaha tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dan komitmen penuh segenap
lapisan masyarakat, bak kata pepatah tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

7.Realitinya, ............. merupakan instrumen yang paling efektif

8.Jadi, tepuklah dada tanya selera,


9.Tuntasnya, hospital yang paling anggun bagi merawat

FRASA UNTUK MENYATAKAN BUKTI

1.Bukti yang konklusif

2.Mengikut kajian

3.Dalam satu kajian yang dijalankan

4.Bukti yang relevan

FRASA UNTUK BAHAGIAN PENUTUP

1. Konklusinya,merupakan tanggungjawab setiap rakyat. Kita sepatutnya berkerjasama


untukdan mengemudi negara kita ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di persada
dunia bak kata pepatah. bersatu teguh bercerai roboh

2.Kesimpulannya, pemangkin kepada kejayaan.....adalah hasil kerjasama dan usaha gigih daripada

3.Kesimpulannya, marilah kita renungi beberapa peribahasa Melayu yang menggalakkan kita untuk
bersatu padu. Antaranya termasuklah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah,seperti aur dengan tebing, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing dan banyak lagi. Jadi, untuk membendung ..........di negara ini. Maka sumbangan dan peranan
semua pihak adalah penting

4.bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan.

5.mengambil pendekatan bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

6.bak kata peribahasa berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu

7.terus menjadi ancaman seperti api dalam sekam

8.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

9.Sikap melepaskan batuk ditangga harus dikikis

10.Sudah tiba masanya untuk kita tidak menuding jari kepada sesiapa.

11.Kita seharusnya berganding bahu

12.mengambil langkah sederap


13.mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

14.Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk berganding bahu, berpimpin tangan dan
bersatu padu........

15.Konklusinya, pembabitan pelbagai pihak

.16.Menerusi usaha bersepadu daripada pelbagai pihak..

17.resipi dan ramuan yang diadun mesra

18.Usaha yang istiqamah, proaktif, dan pragmatik memerlukan iltizam dan komitmen semua pihak.

19.Sebagai intiha

20.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

21.Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Anda mungkin juga menyukai