Komsas 2 (2017) - Prosa Tradisional Syair Bidasari (KBJ)

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

1

SYAIR BIDASARI

MAKSUD
Rangkap 1
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya


hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat
supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.

Rangkap 2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa
lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal
sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para
pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).

Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah, 
Entah pada esok dan lusa. 

Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan.


Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu
sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.

Rangkap 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan.


Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.
1
2

Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka­sukaan, 
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa,
dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.

Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang
angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu,
Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga
menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.

Rangkap 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah­gelana,
Membawa diri ke mana­mana.

Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian
rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh
negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.

Rangkap 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima


menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan
peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang
perkara cemas apa pula yang berlaku.

2
3

PERBINCANGAN

1 Tema
Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara (muka
surat 3 antologi JKKDI)

2 Nilai
a) Keadilan:
Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil (rangkap 2, baris 4)

b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan:
Walaupun dilimpahi kesenangan, persediaan menghadapi keadaan sebaliknya
perlu difikirkan (rangkap 3, baris 3 dan 4)

c) Kebijaksanaan:
bertindak cepat menyelamatkan diri daripada huru-hara /kemusnahan
(rangkap 5 dan 7)

3 Persoalan
a) Keadilan dalam pemerintahan
b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan
c) Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat
genting)

4 Pengajaran
a) Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga /
menjalankan amanah
b) Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang
c) Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan

5 Perwatakan
a) Adil
b) Peka / prihatin / sentiasa waspada
c) Bijaksana / matang

Anda mungkin juga menyukai