Faktor Kemunculan Tamadun China
Faktor Kemunculan Tamadun China
Faktor Kemunculan Tamadun China
Tamadun China merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia. Tamadun ini dibina dan
diperkembangkan selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa
bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, seni dan sains dan teknologi. Kegemilangan ini
membawa kemajuan dan kemakmuran kepada tamadun ini serta memberi sumbangan kepada
kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini.
Tamadun China juga menyamai tamadun-tamadun tua yang lain seperti Tamadun Mesopotamia,
Tamadun Mesir dan Tamadun India. Walaupun kemunculannya tidak sama tetapi pencapaiannya
adalah setanding. Sebagai contoh pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu dari tujuh
benda ajaib di dunia, ia seiring dengan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan
Taj Mahal di India.Tamadun China boleh dibahagikan kepada beberapa tahap seperti pembinaan,
perkembangan dan kejatuhan.Tahap-tahap ini bukanlah satu yang selalu mencapai zaman
kegemilangan. Namun,arus perubahan masa membantu ketahanan Tamadun China dan jadi lebih
gemilang.
Kelahiran kebanyakan tamadun selalunya dikaitkan dengan keperluan asas seperti sungai atau
tempat yang strategik untuk mendapatkan keperluan tersebut. Sungai Hwang Ho yang menjadi
sumber penting bagi Tamadun China. Kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan
mudah untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian. Sungai Hwang Ho juga dikenali sebagai Sungai
Kuning. Mengikut penyelidik, Sungai Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China
(5464 km) dan terletak di bahagian utara negara China (Wayment, 2012). Sungai ini telah
membekalkan Tamadun China dengan keperluan asas yang amat berharga sehingga mereka dapat
membina sebuah penempatan yang diduduki oleh sejumlah besar manusia.[1]
Selain itu, kebolehan Tamadun China memupuk penyatuan juga merupakan salah satu faktor
munculnya tamadun ini.[2] Pemerintahan China sejak zaman awal mementingkan perpaduan yang
bukan sahaja dari segi geografi tetapi ikatan budaya masyarakatnya. Usaha penyatuaan telah
dilakukan melalui usaha meluaskan pengaruh China ke Negara-negara jiran. Usaha ini dimulakan
oleh dinasti Hsia dan diteruskan oleh dinasti Shang dan dinasti Chou. Tamadun tersebut telah
menghadapi masalah perpecahan dan hal ini telah mengganggu perpaduan China. Namun,
pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan dinamik telah menyatukan wilayah-wilayah. Dengan
ini, kita dapat mengenal pasti bahawa perpaduan dan kebijaksanaan pemimpin amat penting untuk
membentuk satu tamadun yang gemilang.
Satu lagi faktor penting dalam Tamadun China ialah mementingkan soal keharmonian dan moral
yang tinggi. [3] Tamadun China mewujudkan hubungan yang baik antara manusia dengan pencipta
alam dan alam sekelilingnya. Sejak awal pembinaan Tamadun China, masyarakat Cina telah
menjalinkan hubungan yang baik dengan alam. Alam sekitar dianggap sebagai suatu yang suci dan
harus dihormati dengan melakukan upacara penyembahan dan pengorbanan. Bukan itu sahaja,
mereka juga amat mengutamakan peraturan hidup yang harmoni dengan alam sekitar. Misalnya,
mereka memerlukan panduan daripada konsep Feng Shui untuk membina rumah atau bangunan
supaya mendapat berkat. Kesilapan berbuat demikian akan mendatangkan bencana. Masyarakat
Cina juga mengekalkan hubungan baik antara manusia. Mereka memgamalkan sifat moral yang
tinggi yang disarankan oleh Confucious.
Sesetengah sarjana Barat berpendapat bahawa Tamadun China bersifat tertutup. Mereka
berpendapat bahawa dari segi geografinya, China telah dihalang oleh pelbagai bentuk muka bumi.
Namun, interaksi tamadun ini dengan dunia luar telah berlaku. Interaksi ini dapat dibuktikan
dengan adanya laluan Sutera dari Bandar purba China iaitu Changan ke wilayah-wilayah bahagian
barat. Barangan China seperti sutera telah dibawa ke Constantinople (Istanbul), Rom dan Venice.
Selain itu, interaksi Tamadun China juga dijalankan melalui jalan laut. Zaman dinasti Ming
memulakan pelayaran hebat bagi bangsa Cina. Tambahan pula, interaksi Tamadun China dengan
dunia luar juga dijalankan oleh orang asing yang dating ke China. Interaksi tersebut boleh
dibuktikan dengan kehadiran pelbagai bangsa di bandar-bandar utama China. [4]
Ekonomi tamadun awal banyak bergantung kepada sungai sebagai sumber air, pertanian dan
keperluan harian. Kegiatan perdagangan, perkapalan dan sistem cukai juga berpusat di sungai.
Pada peringkat awal, masyarakat cina hanya melakukan aktiviti ekonomi sara diri dan bersifat
kolektif iaitu dengan berburu dan memungut hasil hutan. Seterusnya, bidang pertanian dan
penternakan menjadi tulang belakang ekonomi China, manakala perdagangan tidak digalakkan.
Namum, secara beransur-ansur tamadun China mula mengorak langkah untuk mempelbagaikan
sumber ekonominya.
[1]: m/s 4, TAMADUN CHINA, oleh Suffian Mansor, dicetak oleh Dawama Sdn.Bhd, cetakan pertama 2003.
[2] m/s 8, TAMADUN CHINA, oleh Suffian Mansor, dicetak oleh Dawama Sdn.Bhd, cetakan pertama
2003.
[3] m/s 10, TAMADUN CHINA, oleh Suffian Mansor, dicetak oleh Dawama Sdn.Bhd, cetakan pertama
2003.
[4] m/s 11, TAMADUN CHINA, oleh Suffian Mansor, dicetak oleh Dawama Sdn.Bhd, cetakan pertama
2003.