GSB Kerja Kursus

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang dalam kelakuan


pertuturan,sikap dan perangai.Budi bahasa adalah maslahat dan mesti diamalkan oleh
setiap orang tidak kira sesiapa dan seseorang itu berada supaya perasaan orang lain
tidak tersinggung.Frasa pertama peribahasa ini,iaitu orang berbudi kita berbahasa
membawa maksud jika seseorang menunjukkan sikap dan budi yang baik kepada kita,
maka kita wajar membalasnya dengan kata-kata yang baik.Frasa kedua pula, iaitu orang
memberi kita merasa bermaksud jika seseorang menghulurkan sesuatu kita wajar
menerimanya.
Peribahasa di atas menunjukkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam
masyarakat.Antara contoh amalan berbudi bahasa yang diamalkan masyarakat
Malaysia ialah:

A) Ketika berbicara tidak wajar memalingkan muka ke tempat lain.


B) tidak melakukan perkara lain ketika seseorang sedang bercakap
C) meyatakan sesuatu perkara dengan tertib dan baik.

Kita mesti menjaga perasaan orang lain semasa bercakap dengan mengamalkan
amalan budi bahasa.Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat
melayu, malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya adalah untuk
mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang
dan kesejahteraan.
Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai
tujuan tertentu.Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah
laku dan tutur kata yang santun.
Dalam konteks masyarakat Malaysia, kesantunan amat penting diamalkan demi
menjaga perpaduan yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat.Hal
ini kerana adalah penting untuk setiap ahli masyarakat mengamalkan kesantunan
berbahasa yang terangkum dalamnya sifat santun dalam gerak geri dan perilaku serta
penggunaan bahasa.Tidak semestinya bahasa yang puitis diperlukan tetapi cukup
sekadar penggunaan bahasa yang sopan, teratur dan disenangi sama ada secara lisan
mahupun tulisan.

2
DEFINISI BUDI BAHASA DAN KESANTUNAN

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, kebijaksanaan dan perbuatan
kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku,
pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.Nilai budi dan bahasa amat tinggi
nilainya dalam masyarakat Malaysia.Budi dan bahasa sering dianggap sebagai amalan
yang penting dan saling melengkapi.Oleh itulah, orang yang berbudi bahasa dipandang
tinggi dalam kalangan masyarakat.

Budi bahasa sentiasa menjadi sanjungan dan keutamaan dalam masyarakat.Tiada


perkara lain yang lebih berharga dalam diri seseorang jika dibandingkan dengan budi
bahasa.Hal ini adalah disebabkan oleh rupa paras seseorang yang sempurna tidak
bernilai jika tidak berbudi bahasa.Budi bahasa seseorang akan sentiasa tersemat dalam
ingatan walaupun setelah ketiadaanya di dunia memandangkan budi bahasa itu
merupakan perhiasan diri yang amat berharga seperti peribahasa Harimau mati
meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan
nama.Budi bahasa merupakan amalan setiap lapisan masyarakat di negara kita
memandangkan semua kaum amat menitikberatkan amalan baik dalam kehidupan.Ciri-
ciri yang terdapat dalam amalan budi bahasa dapat dibahagikan kepada enam ciri
seperti bersopan santun, bertimbang rasa, bertoleransi, bertolak ansur, ramah mesra,
tidak mementingkan diri sendiri.

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh
sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat.Konsep
kesantunan tidak hanya merjuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga
merujuk kepada aspek nonverbal seperti tingkah laku, mimik muka dan nada
suara.Maka oleh sebab itulah kesantunan diistilahkan sebagai kehalusan budi bahasa
atau budi pekerti dan kesopanan.Konsep kesantunan ini mempunyai rangkuman segala
perlakuan terpuji yang disempurnakan pula dengan penggunaan bahasa yang santun.

3
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH REMAJA
DALAM USAHA MENGEKALKAN BUDI BAHASA DAN
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA.

Cabaran yang dihadapi oleh remaja dalam usaha mengekalkan budi bahasa dan
kesantunan masyarakat Malaysia ialah mereka tidak dididik tentang amalan budi bahasa
sejak kecil.Ini menyebabkan rakyat Malaysia hilang budi bahasa dan
kesantunan.Menurut Confucian, kesantunan merupakan konsep yang digunakan.Dalam
konsep ini, terdapat beberapa sifat yang disarankan supaya dimiliki oleh manusia ialah
ketaatan kepada ibu bapa, kasih sayang, menghormati orang lain, sopan-santun,
melakukan kebajikan dan melayan orang lain dengan baik.Tetapi remaja hari ini kurang
mengamalkan pemberian salam, amalan berterima kasih dan minta maaf.Oleh demikian,
ibu bapa haruslah memainkan peranan mendidik anak-anak tentang amalan berbudi
bahasa.Segelintir rakyat kita, sudah tidak lagi mempunyai sifat baik.Sebaliknya, jiwa
mereka dipenuhi sifat sombong dan angkuh.Menurut Khalifah Malik, semulia-mulia
manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika
kuat.Oleh itu, remaja harus bersifat ramah mesra dan bertolak-ansur.Remaja sekarang
juga menganggap budi bahasa ini tidak penting dan hanya mahu mengikut cara mereka
sahaja.Menurut Mustafa Haji Daud (1995:1) orang berbudi atau orang budiman pada
persepi orang melayu ialah orang yang mengamalkan percakapan baik atau halus
dalam bertuturan kata, beradab, bersopan-santun dan sentiasa mengerjakan kebajikan
dan nilai budi bahasa sangat penting kepada diri seseorang walaupun manusia
berlainan bangsa, etnik, negara dan agama namun nilai budi bahasa tetap diharapkan
menjadi amalan.Remaja harus mengamalkan sifat terpuji kerana ia dapat melahirkan
rasa kasih mesra sesama manusia tidak kira bangsa, agama, usia, taraf atau warna
kulit.

Cabaran seterusnya ialah kewujudan pelbagai media massa di negara ini turut
menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita.Remaja tidak menghormati orang tua
kerana terlalu terdedah dengan drama-drama inggeris dan tayangan di televisyen
terbitan barat.Menurut Asmah Haji Omar (2004) bahasa halus dan tersirat selalu

4
digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.Disebabkan itu kita harus manjaga hati
orang tua dengan percakapan yang sopan dan halus.Pelbagai program yang tersiar
terutama penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda remaja kita untuk
meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu
itu.Remaja banyak menggunakan bahasa singkatan untuk komunikasi dengan
meluas.Menurut Leech (1983) kesantunan bukan sekadar bermaksud berbaik-baik
sahaja tetapi yang penting adalah menjalinkan prinsip kerjasama supaya dapat
mengelakkan perselisihan faham.Bahasa singkatan mungkin akan meyebabkan
perselisihan faham kerana bahasa yang digunakan kurang faham dan kurang
sopan.Bagi tidak berlakunya perselisihan faham, remaja harus mengelakkkan bahasa
singkatan.Bahasa singkatan juga mempengaruhi penulisan dalam urusan
rasmi.Semakin lama remaja menonton program yang sebegini semakin terjejaslah
konsep budi bahasa yang diterapkan dalam dirinya.Jelaslah, remaja tidak lagi berbudi
bahasa kerana terpedaya dengan kandungan palsu atau berunsur imaginasi khayalan
media massa yang diimport itu.Menurut Aristotle, meninggikan darjat seseorang ialah
akal dan adabnya bukan asal keturunannya.Adab dan sopan itu lebih penting daripada
makan dan minum.Oleh itu, remaja harus sedar tentang kepentingan budi bahasa dan
kesantunan.

Kurang didikan agama juga salah satu cabaran yang dihadapi oleh remaja.Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak.Ibu bapa barus
meluangkan masa bersama mereka dan memberikan didikan keagamaan.Menurut
Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara.Maka ibu bapa boleh mengajar tentang ajaran
agama dan sifat terpuji.Menurut Watt et. Al. (2000) mentakrifkan kesantunan sebagai
perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan
interpersonal dalam kumpulan sosial.Sebagai ibu bapa harus memberi kesedaran
tentang sifat terpuji seperti mengenang jasa ibu bapa, bertolenrasi, bersopan-santun
dan melakukan kebajikan.Ibu bapa harus tidak terlalu mengharapkan guru di sekolah
untuk mengajar tentang budi bahasa dan kesantunan.Masalah ini boleh ditangani
apabila ibu bapa tidak mementingkan aspek kebendaan.Ibu bapa perlu berkorban
sedikit masa demi masa depan anak-anak mereka dan masa depan negara kerana
masa depan negara bergantung kepada remaja.

5
Tambahan pula,cabaran yang dihadapi oleh remaja ialah kurang didikan amalan
tersebut di sekolah.Pihak sekolah turut mempunyai tugas berat dengan melaksanakan
sistem pendidikan yang menekankan budi bahasa dan kesantunan yang
sebenarnya.Pendidikan di sekolah hendaklah menekankan aspek berbudi bahasa
semasa sesi pembelajaran supaya pelajar menjadi insan yang seimbang peribadinya
dalam segi jasmani, rohani, dan intelektual.Contohnya, pihak sekolah boleh bermula dari
perkara-perkara yang kecil seperti mendisplinkan pelajar dengan menghargai alam
sekitar, menggunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dan sebagainya.Jadi pihak
sekolah boleh mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, kem jati diri
dan sebagainya.Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012) menyatakan bahawa
kesantunan merujuk kepada penggunaan bahasa yang halus dan santun yang dapat
melambangkan nilai sosial dan budaya sesuatu masyarakat.Menurut Leech (1983) juga
menyatakan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan dalam sesuatu
interaksi seperti bahasa mesti halus, beradab sopandan perlakuan lemah-lembut.Jadi
pertandingan seperti ini remaja dapat mengamalkan amalan budi bahasa dan akan mula
menggunakan penggunaan bahasa yang sopan.Seterusnya, pihak sekolah juga boleh
mengadakan aktiviti seperti gotong-royong, Sungaiku Bersih, Tandas Bersih, Kempen
Cintai Alam Sekitar.Pihak sekolah harus melibatkan pelbagai kaum dalam aktiviti seperti
ini.Menurut Radiah Yusoff (2005) mentakrifkan kesantunan sebagai fenomena sejagat
manusia yang memainkan peranan untuk mengekalkan hubungan harmoni antara ahli
masyarakat.Jadi dengan penglibatan seperti sebegini, kita dapat menghapuskan remaja
yang bersikap kasar,biadap dan tidak mengendahkan tatasusila.Kita juga dapat
melahirkan masyarakat yang harmoni dan remaja yang berbudi bahasa.Dengan aktiviti
seperti ini juga remaja tidak akan membuang sampah merata-rata dan akan menghargai
alam sekitar.

Kurang perhatian dari kerajaan juga menjadi cabaran kepada remaja.Kerajaan juga
boleh membantu memupuk konsep budi bahasa dalam jiwa remaja dengan mewujudkan
satu program khas yang berkesan untuk remaja.Program Khidmat Negara merupakan
satu aktiviti yang baik tetapi beberapa penelitian halus harus dilaksanakan terutama
menekankan lebih banyak konsep budi bahasa yang praktikal untuk diamalkan oleh
remaja zaman ini.Contohnya, menghormati orang lain dengan memberi tempat duduk

6
untuk orang tua, hamil dan orang kurang upaya di pengangkutan awam.Menurut
J.Ferguson dan Das Gupta (1968) menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak
perbualan digunakann oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik seperti wujud
persetujuan bersama dalam masyarakat, mewujudkan etika dan peraturan
bermasyarakat, biasanya mengamalkan budaya yang sama dan ingin menlahirkan
masyarakat yang harmoni dan aman.Jika remaja mengamalkan amalan seperti ini, kita
dapat melahirakan masyarakat yang harmoni dan dapat mengelakkan perselisihan
faham antara masyarakat.Remaja harus membantu orang buta untuk melintas
jalan.Menurut Bayraktaroglo (1997) meyatakan bahawa kesantunan merupakan
kelakuan yang diamalkan bagi membina persefahaman untuk mengelakkan ancaman
serta ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi
renggang.Amalan seperti ini menunjukkan bahawa remaja menghormati orang kurang
upaya dan hubungan antara mereka akan rapat.Dengan ini kita dapat melahirkan
remaja yang berperikemanusiaan.Maka kerajaan harus memastikan Program Khidmat
Negara ledih berkesan dan remaja mengamalkan amalan tersebut.Remaja yang
menyertai program sebegini akan berinteraksi sesama sendiri untuk satu tempoh yang
lama lalu penyemaian budi bahasa boleh dilaksanakan dengan
mudah.Seterusnya,kempen budi bahasa yang dijalankan juga banyak tidak
berkesan.Kerajaan harus menjalankan kempen tersebut dengan lebih berkesan dengan
mengadakan aktiviti yang menarik.Ini akan menarik perhatian remaja.Contohnya
kerajaan boleh mengadakan kempen kenali saya bagi remaja supaya mengamalkan
budaya senyum dan mengucapkan terima kasih.Menurut Hamka (2002) menyatakan
bahawa kecantikan yang abadi terletak pada wajah dan pakaiannya dan kata-kata
lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.Walaupun kita
mempunyai wajah yang cantik tapi tidak mengamalkan budaya senyum.Ini bermakna
kita tidak beradab.Budaya senyum juga dapat mengeratkan hubungan antara
masyarakat tanpa agama, bangsa dan usia.Contohnya kerajaan boleh mengadakan
aktiviti seperti MInggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan
Bersopan.Menurut Noriati A.Rashid (2004) berpendapat bahawa kesantunan terbina
apabila manusia menjaga air mukanya sebagai mengekalkan hubungannya dengan
tuhan.Kita sebagai manusia harus menjaga hubungan dengan manusia.Sebagai
remaja,kita harus bercakap dengan sopan, mempunyai hubungan yang baik dengan
jiran dan memandu dengan sopan.Perkara-perkara ini akan menyebabkan kita

7
mengekalkan hubungan dengan tuhan dan dapat membentuk masyarakat dan negara
yang harmoni.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, budi bahasa merupakan asas kehidupan yang bermaruah lagi


bertamadun buat manusia.Budi bahasa amat penting dalam membentuk keperibadian
seseorang.Melalui budi bahasa juga kita dapat tahu tinggi atau rendahnya seseorang
itu.Sesuatu negara itu berada di mercu kegemilangannya ketika budi bahasanya mantap
dan kukuh..Apabila budi bahasa itu semakin luntur dan malap maka hancurlah negara
tersebut.Budi bahasa dan amalan kesantunan ini perlulah dididik sejak lagi oleh ibu
bapa agar mereka mengenal erti berbudi bahasa dalam menjalani kehidupan kelak
sekaligus menghindari mereka bersikap jahiliah.Jika remaja masih tidak mahu berubah
sudah pasti masa depan negara dan masa depan remaja akan mengalami satu zaman
kegelapan yang panjang pula kerana budi bahasa merupakan asas kehidupan manusia
sejagat.Bak kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat yang menekankan betapa
pentingnya kita mengekalkan budaya berbudi bahasa ini dalam merealisasikan hasrat
negara untuk menjadi negara cemerlang, gemilang dan terbilang.Tambahan pula, bagi
melahirkan remaja yang berbudi bahasa dan sopan, semua pihak harus memainkan
peranan mereka dalam menyelesaikan masalah cabaran ini.Oleh itu, bersama-sama kita
mengingkatkan diri kita agar mengamalkan amalan budi bahasa dan kesantunan tidak
kira di mana kita berpijak kerana ianya adalah jati diri kita.

8
BIBLIOGRAFI

Dr.Faridah binti Nazir, Ratna Laila binti Shahidin, Faiziah binti Shamsudin (2014).
Kesantunan Masyarakat Malaysia.Selangor : Penerbitan Multimedia

Dr.Nazariyah Sani, Husin Fateh Din (2014) Kesantunan Masyarakat Malaysia.


Selangor : Penerbitan Multimedia

Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, Maslida Yusof (2012) Kesantunan


Berbahasa.Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan pustaka.

www.utusanmalaysia.com.my yang diakses pada 27.8.2015

www.beritaharian.com yang diakses pada 27.8.2015

Anda mungkin juga menyukai