Surat Mohon Dewan ILP

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

Rujukan : SMKDPG(SN)/600-14/01/7/Jld.

1 ( )
Tarikh : 14 FEBRUARI 2018

Kepada
PENGARAH
Institut Latihan Perindustrian Sandakan,
Jabatan Tenaga Manusia Batu 5, Jalan Sibuga,
90000 Sandakan
Sabah.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN DEWAN SEKOLAH UNTUK PROGRAM KECEMERLANGAN


AKADEMIK MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PERINGKAT DAERAH SANDAKAN, 2018.

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Datuk Pengiran Galpam telah diberi mandat oleh Pejabat
Pendidikan Daerah Sandakan untuk menganjurkan Program Peningkatan Akademik SPM 2018 bagi
matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Sasaran penyertaan untuk program ini melibatkan seramai 280 orang
pelajar dan guru-guru Pendidikan Seni Visual di sekitar daerah Sandakan.

3. Oleh itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan bersetuju untuk kami menggunakan kemudahan
yang ada di sekolah tuan. Berikut merupakan butiran yang berkaitan dengan program tersebut:-

Nama Program : KEM PENDIDIKAN SENI VISUAL SANDAKAN 2018.


Fasiliti yang dipohon : Dewan .
Tarikh program : 10 MAC 2018 ( Sabtu )
Masa program : 7.00 pagi hingga 3.00 petang.
Penceramah jemputan : En. Baron Kampiau ( SMK Taun Gusi, Kota Belud )
Pemeriksa dan pentaksir negeri untuk subjek Pend. Seni Visual

4. Perhatian dan pertimbangan tuan amatlah kami harapkan demi untuk kemajuan dan kecemerlangan
anak didik kita di Sandakan ini khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Sekian dan terima kasih atas perhatian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HAJI HUSSEIN BIN ABDUL MANAF)


Pengetua
SMK Datuk Pengiran Galpam, Sandakan.

Anda mungkin juga menyukai