Ujian 1 Sains Tahun 4 Lengkap

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

NAMA : _____________________________________________ TAHUN : 5 _______________

SEK. KEB. TUNKU MAHMOOD 2,


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KLUANG, JOHOR
_____________________________________________________________________
UJIAN BULANAN 1 (MAC)
TAHUN 2017

SAINS 018/1
KERTAS 1

TAHUN 5
MASA : 1 JAM
__________________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan,
4. Serahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada
akhir peperiksaan.

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 12 HALAMAN BERCETAK.

MARKAH/GRED : _________ / _________

Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling tepat.

1
1. Rajah 1 menunjukkan seorang penyelam di dasar laut.

Rajah 1
Berdasarkan rajah, apakah keperluan yang perlu dibawa semasa
berada di dasar laut?.
A. Air
B. Udara
C. Makanan
D. Pasangan

2. Rajah 2 menunjukkan udara diperlukan oleh manusia untuk menjalani


proses P .

Rajah 2
Antara berikut yang manakah mewakili P ?
A. Pembiakan
B. Pertumbuhan
C. Perkumuhan
D. Pernafasan

2
3. Apakah organ yang ditunjukkan dalam Rajah 3?

Rajah 3

A Ginjal
B Peparu
C Jantung
D Trakea

4. Semasa menarik nafas, manusia akan menyedut lebih banyak gas. Apakah
gas tersebut?

A Oksigen
B Karbon dioksida
C Oksigen dan karbon dioksida
D Karbon dioksida dan wap air

5. Berikut merupakan laluan udara semasa proses menghembus nafas.

X Trakea Y

Apakah yang diwakili oleh X dan Y?

X Y
A Mulut Peparu
B Hidung Peparu
C Peparu Hidung
D Peparu Salur udara

6. Antara berikut, aktiviti manakah yang kadar pernafasan manusia paling


tinggi?

A tidur
B berjalan
C kawad kaki
D membaca

3
7. Berdasarkan Rajah 4 di bawah, apakah kadar pernafasan bagi aktiviti
tersebut?

Rajah 4

Kadar pernafasan

X Y Z

A Tinggi Rendah Sederhana

B Sederhana Tinggi Rendah

C Rendah Tinggi Sederhana

D Rendah Sederhana Tinggi

8. Mengapakah kadar pernafasan semasa aktiviti cergas lebih tinggi?

A Badan perlu bergerak lebih aktif.


B Badan memerlukan lebih banyak oksigen.
C Peparu lebih banyak menyedut gas karbon dioksida.
D Waktu rehat adalah lebih baik berbanding waktu menjalankan
aktiviti.

9. Antara berikut yang manakah yang menyebabkan kadar pernafasan yang


paling tinggi?

A. Tidur.
B. Berbasikal.
C. Membaca buku.
D. Berlari pecut 100 meter

4
10. Jadual 1 menunjukkan nama murid dan kadar pernafasan mereka
selepas melakukan satu aktiviti fizikal.

Nama murid Kadar pernafasan selepas melakukan aktiviti fizikal dalam


satu minit
Ikhwan 100
Firdaus 105
Hafiz 110
Jadual 1

Apakah kesimpulan daripada jadual di atas?

A Individu yang sama mempunyai kadar pernafasan yang sama.


B Individu yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang sama.
C Individu yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang
berbeza.
D Hafiz mempunyai kadar pernafasan paling tinggi manakala Ikhwan
paling rendah.

11.
Manusia perlu menyingkirkan bahan buangan yang tidak
diperlukan oleh badan.

Berdasarkan penyataan di atas ia merujuk kepada satu proses


hidup manusia. Apakah proses tersebut?

A Pernafasan
B Perkumuhan
C Penyahtinjaan
D Tindak balas terhadap rangsangan

12. Mengapakah manusia perlu menjalani proses perkumuhan dan


penyahtinjaan?

A Untuk mengawal suhu badan


B Untuk mendapatkan tenaga
C Untuk mengekalkan kesihatan badan
D Untuk bertindak balas terhadap rangsangan

13. Antara berikut yang manakah benar tentang hasil daripada


perkumuhan?

A Ginjal – najis
B Kulit – darah
C Menghembus nafas – gas karbon dioksida
D Menarik nafas – gas oksigen dan wap air

5
14. Antara berikut yang manakah yang terlibat dalam proses pernafasan
dan perkumuhan?

A Peparu
B Kulit
C Ginjal
D Hidung

15. Rajah 5 di bawah menunjukkan keratan rentas bagi sebuah organ.

Rajah 5

Apakah fungsi organ tersebut?

A Mengeluarkan tinja
B Menyingkirkan peluh
C Memproses air kencing
D Membebaskan gas karbon dioksida

16. Apakah kesan kepada manusia jika mereka tidak menyingkirkan


bahan buangan melalui proses perkumuhan?

A Menjadi semakin sihat


B Berat badan semakin meningkat
C Kesihatan manusia akan terjejas
D Kehidupan manusia menjadi lebih bahagia.

6
17. Rajah 6 di bawah menunjukkan salah satu bahagian yang terdapat
dalam badan manusia.

Rajah 6
Bahagian tersebut terlibat dalam satu proses hidup manusia. Apakah proses
tersebut?

A Pernafasan
B Perkumuhan
C Penyahtinjaan
D Bergerak balas terhadap rangsangan

18. Apakah maksud penyahtinjaan?

A Menyingkirkan peluh dari badan


B Menyingkirkan bahan buangan dari badan
C Menyingkirkan sisa makanan yang tidak dihadam dari badan
D Menyingkirkan sisa toksik dan bahan beracun dari badan

19. Antara penyakit berikut yang manakah boleh dihidapi jika proses
penyahtinjaan tidak berlaku?

A Batu karang
B Kanser usus
C Kencing berdarah
D Serangan jantung

20. Bahan yang tidak dicernakan perlu disingkirkan daripada badan,


kerana boleh mendatangkan mudarat kepada badan. Antara berikut yang
manakah kesan jika kita tidak bernyahtinja dengan sempurna?

A. Kanser usus dan radang usus.


B. Kanser paru-paru dan sakit jantung.
C. Kanser hati dan kencing manis.
D. Kanser peparu dan kencing manis.

7
21. Antara berikut yang manakah merupakan organ perkumuhan?

A. jantung, kulit dan peparu.


B. ginjal, peparu dan kulit.
C. jantung, ginjal dan peparu.
D. jantung, peparu dan kulit.

22.
Rajah 3 menunjukkan satu organ dalam badan manusia.

Rajah 3

Apakah fungsi organ P?


A Menghadamkan makanan
B Mengumuhkan bahan buangan
C Menarik dan menghembus nafas
D Menghalang abu memasuki badan

23. Gambar- gambar di bawah merupakan organ yang terdapat dalam


badan manusia. Antara berikut, organ yang manakah mengeluarkan peluh?

A B C D

24. Antara berikut yang manakah bukan kemahiran proses sains?

A. Mengelas
B. Mentafsir data
C. Membuat inferens
D. Merekod tempoh eksperimen

25. Ahmad telah menjalankan eksperimen tentang keperluan asas


haiwan. Diakhir eksperimen didapati hanya seekor sahaja lipas terus hidup
daripada empat lipas di balang yang berbeza. Apakah pembolehubah yang di
malarkan?

8
A. Jenis haiwan
B. Kehadiran makanan
C. Kehadiran air dan makanan
D. Kedaan lipas selepas seminggu.

26. Manakah alatan berikut digunakan untuk menyukat isi padu cecair?

A. Jam randik
B. Tabung uji
C. Termometer
D. Silinder penyukat

27. Antara berikut yang manakah organ pernafasan manusia?

A. Insang
B. Peparu
C. Kulit
D. Spirakel

28. Maklumat yang berikut menerangkan satu proses hidup manusia.

Udara keluar daripada peparu

Dada mengempis semasa menghembus nafas

Apakah proses itu?


A. Perkumuhan
B. Pewarisan
C. Penyahtinjaan
D. Pernafasan

29. Antara berikut , yang manakah proses yang boleh menyingkirkan peluh daripada
badan?

A. Pembiakan
B. Perkumuhan
C. Pernafasan
D. penyahtinjaan.

30. Antara yang berikut, yang manakah bahan buangan disingkirkan oleh peparu

A. Air sahaja

9
B. Karbon dioksida, wap air dan haba
C. Oksigen, karbon dioksida dan urea
D. Air, Oksigen, karbon dioksida dan urea

31.

magnet pemerhatian
X menolak
Y

Berdasarkan rajah di atas ramalkan pemerhatian yang mungkin terhadap magnet Y


berlaku apabila magnet didekatkan?

A. Menolak
B. Menarik
C. Tidak berlaku apa-apa.
D. menarik dan menolak.

32. . Antara yang berikut, yang manakah merupakan proses yang dijalankan oleh
manusia untuk mendapatkan oksigen?

A. Perkumuhan.
B. Pencernaan.
C. Pembiakan
D. Pernafasan

33.

50kg

10
Manusia Kren 15000 kg

Rajah di atas Menunjukkan sebuah kren. Antara berikut yang manakah pemerhatian
yang sesuai?

A. Kren boleh nmengangkat beban yang sangat berat berbanding manusia.


B. Manusia boleh mengangkat beban yang lebihberat daripada kren.
C. Kren tidak dapat meringankan beban manusia.
D. Menggunakan kren tidak dapat menjimatkan masa.

34 . Antara yang berikut, yang manakah merupakan proses yang dijalankan oleh
manusia untuk mendapatkan oksigen?

A. Perkumuhan.
B. Pencernaan.
C. Pembiakan
D. Pernafasan

35. Semasa manusia menarik nafas, udara yang masuk di dalam peparu
mengandungi gas ________ kemudian semasa menghembus nafas udara yang
dihembus mengandungi mengandungi gas ________________.

A. Karbon dioksida, monoksida


B. Helium, oksigen
C. Karbon dioksida, Oksigen
D. Oksigen, Karbon dioksida

36. Kulit merupakan salah satu organ dalam proses perkumuhan. Antara berikut ,
yang manakah bahan yang disingkirkan oleh kulit?

A. karbon dioksida
B. wap air
C. peluh
D. air kencing

37. Antara berikut yang manakah merupakan organ perkumuhan?

A. jantung, kulit dan peparu.

11
B. ginjal, peparu dan kulit.
C. jantung, ginjal dan peparu.
D. jantung, peparu dan kulit.

38. Ginjal merupakan organ perkumuhan manusia, antara berikut yang manakah
bahan buangan yang dihasilkan oleh ginjal.

A. peluh
B. air kencing
C. wap air dan haba
D. peluh dan air kencing

39.

A B C
Rajah di atas merupakan tenggiling. Antara yang berikut, pemerhatian yang
manakah yang paling sesuai?

A. Tenggiling A lebih besar daripada tenggiling B dan C.


B. Tenggiling A lebih kecil daripada tenggiling B dan C.
C. Tenggiling B paling besar berbanding tenggiling A dan C.
D. Tenggiling C Paling besar berbanding tenggiling A dan B.

40. Berikut merupakan inferens mengapa murid dilarang masuk ke dalam bilik sains
tanpa kebenaran guru. Antara infrens berikut yang mankah yang salah?

A. terdapat bahan yang berbahaya di dalam bilik sains


B. jika berlaku kemalangan tiada sesiapa yang tahu.
C. mengelakkan kehilangan radas dan bahan yang terdapat di dalam bilik
sains
D. memudahkan murid-murid untuk mengambil alatan dan radas di dalam
bilik sains sesuka hati.

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai