Kepentingan Gizi

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 17

KEPENTINGAN GIZI

SEIMBANG

NAMA :MUHAMMAD HARIZ DANIAL BIN HAZANIZAM


KELAS :2 IBNU SINA
GURU :CIKGU SUSULAWATI BINTI SIDEK
INDEKS
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. TUJUAN 1
2. SOALAN A 2-4
3. SOALAN B 5-7
4. SOALAN C 8-10
5. SOALAN D 11-13
6. KESIMPULAN 14
TUJUAN:
~Pemenuhan keperluan nutrisi untuk mencegah
terjadinya malnutrisi dan lebih banyak pemakanan.
Oleh itu,penerapan pemakanan seimbang dan
kelakuan hidup sihat yang mampan merupakan
usaha penting dalam merealisasikan kehidupan
yang sihat,cergas,pintar,aktif dan produktif.

a) Obesiti dalam kalangan murid sekolah semakin


meningkat di Malaysia.Ini sangat berkaitan dengan cara
pemakan yang tidak betul dan gaya hidup.

b) Jalankan satu kajian ke atas masalah obesiti dalam


kalangan murid di sekolah masing-masing.

c) Hubung kaitkan dengan pemakanan,makanan diproses


dan juga makanan rapu.

d) Cadangkan cara untuk menyelesaikan masalah ini di


peringkat sekolah.
SOALAN A
OBESITI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH SEMAKIN MENINGKAT.INI
SANGAT BERKAITAN DENGAN CARA PEMAKANAN YANG TIDAK BETUL
DAN GAYA HIDUP.

Hampir 350 juta orang dewasa di seluruh dunia dilaporkan menghidap diabetes, iaitu dua
kali ganda sejak 1980, berdasarkan satu kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet
bertarikh 25 Jun 2011.

Di Malaysia, menurut kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan
kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan,
Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, menurutnya, perangkaan daripada NHMS menunjukkan
pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6
peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Menurutnya, antara faktor yang menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes


dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan
diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara
tetap.

Pelajar atau remaja terdedah kepada bahaya akibat budaya pemakanan tidak sihat dan
pastinya mengancam kesihatan, bahkan memberi kesan kepada pemikiran pelajar. Gizi yang tidak
seimbang boleh menyebab pelbagai masalah kesihatan.

Seseorang yang mengambil gizi yang tidak seimbang untuk suatu tempoh yang lama akan
mengalami malnutrisi. Malnutrisi ditakrifkan sebagai kekurangan nutrien tertentu dalam makanan.

Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi, dan riket.
Selain itu, kekurangan vitamin dan garam mineral juga menimbulkan pelbagai kesan dan penyakit.
Selain daripada itu, amalan gaya hidup moden merupakan salah satu faktor yang
menunjangi masalah ini. Pada zaman millennia yang serba canggih dan pantas kini, semua orang
terlalu sibuk dengan hal dan kerjaya masing-masing hingga mengabaikan pengambilan
pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka.

Mereka lebih gemar mengambil makanan segera dan tidak berkhasiat seperti mi segera,
minuman berkarbonat, burger dan sebagainya.

Saintis di seluruh dunia mendapati bahawa makanan tersebut tidak dapat menampung
keperluan zat yang diperlukan oleh badan.

Panduan piramid makanan membantu dalam memilih diet yang seimbang. Makanan
diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid makanan berdasarkan kepada nilai nutrien
utama (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan dengan nilai nutrien tertinggi diletakkan
di dasar piramid makanan, manakala makanan yang mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan
pada puncak piramid makanan.

Jumlah amaun makanan yang dibenarkan adalah berbeza di antara individu. Oleh itu
pemilihan makanan harus mengikut bahagian yang dinyatakan dalam panduan piramid makanan
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid
mengikut turutan, pilihan terbaik dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada aras satu atau
dasar piramid, dan makanan dari aras puncak piramid makanan perlu diambil dengan kadar paling
sedikit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011).

Panduan Diet Malaysia menekankan pengambilan pelbagai jenis makanan berasaskan


Piramid Makanan Malaysia. Pelbagai jenis makanan membekalkan nutrien-nutrien berbeza yang
diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun jenis makanan dapat memberi kesemua tenaga, nutrien dan
komponen makanan yang kita perlukan.

Oleh itu, sekiranya merancang, pastikan pemakanan terdiri daripada pelbagai jenis
makanan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan harian. Selain daripada pelajar juga
diharapkan dapat memberi panduan kepada ibu bapa untuk menyediakan makanan yang
seimbang kepada keluarga dan anak-anak dan dapat mendidik anak-anak dari rumah cara
pemakanan yang sihat dan dengan didikan awal dari rumah ini diharapkan dapat diaplikasikan
apabila berada di luar rumah terutamanya di sekolah dan university.
SOALAN B
JALANKAN SUATU KAJIAN KE ATAS MASALAH OBESITI DALAM
KALANGAN MURID DI SEKOLAH MASING-MASING.

1. Bahagi kepada kumpulan

Murid dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5/6 orang pelajar. Lebih kecil kumpulan,
sebenarnya jauh lebih bagus.

2. Maklumat sekolah
Murid diminta untuk mencari maklumat sekolah sebagai pendahuluan. Murid dapatkan bilangan
murid dan guru, serta sedikit maklumat ringkas sekolah.

3. Maklumat murid
Murid mendapatkan maklumat mengenai ketinggian dan juga berat rakan mereka. Saya tak
maklumkan mengenai pelajar obes atau tidak, sebaliknya meminta mereka mencari maklumat
daripada pelbagai rakan mereka. Sampel yang dicadangkan adalah seramai 20 orang murid. Borang
survey disediakan bagi membantu memudahkan urusan mereka mencatat.

4. Cari nilai BMI


Setelah murid mendapatkan ketinggian dan berat rakan mereka, saya bimbing mereka untuk
mencari nilai BMI dengan menggunakan formula. Bagi murid aras depan, saya biarkan mereka cari
nilai BMI menggunakan kalkulator. Manakala bagi pelajar kelas belakang, saya biarkan mereka
menggunakan aplikasi mengira nilai kalori di telefon.

5. Kenalpasti murid obes


Selepas mendapat nilai BMI setiap murid, mereka diminta untuk mengenalpasti murid yang obes,
iaitu yang melebihi nilai BMI 30 dan ke atas. Murid diminta untuk highlight bagi dapat melihat
dengan lebih jelas pelajar yang terlibat.

6. Temuramah murid obes


Tugasan seterusnya murid diminta untuk menemuramah murid obes. Antara perkara yang
ditanyakan adalah tabiat pemakanan, kekerapan makan sehari, jenis makanan, makanan snek /
rapu, dan juga gaya hidup mereka.

7. Cadangkan cara mencegah obesiti


Murid dalam kumpulan membincangkan sebanyak mungkin cara bagi mencegah obesiti dalam
kalangan murid di sekolah. Mereka boleh nyatakan dalam bentuk poin, atau pun dalam bentuk peta i
think yang sesuai.

8. Dokumentasikan
Segala bahan didokumentasikan dengan lebih teratur dan sistematik dalam bentuk buku skrap.
Segala maklumat yang berkaitan dengan topik juga disertakan sebagai bahan sokongan.

9. Pembentangan
Akhir sekali, murid perlu membentangkan hasil dapatan mereka dan menghubungkaitkan tabiat
pemakanan murid dengan tahap kesihatan mereka.

Objektif Masalah Obesiti Di Kalangan Pelajar:


SOALAN C
HUBUNG KAITKAN DENGAN PEMAKANAN MAKANAN DIPROSES DAN
JUGA MAKANAN RAPU.

KAJIAN yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


menganggarkan pada tahun 2015, kira-kira 2.3 bilion penduduk
di seluruh dunia akan mempunyai lebihan berat badan.
Manakala 700 juta daripadanya akan mengalami masalah
kegemukan yang berlebihan atau obesiti.
Namun lebih membimbangkan, kajian juga membuktikan,
masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin menular
tahun demi tahun di negara-negara membangun.
Di Malaysia, sehingga tahun lalu, peningkatan kes obesiti
yang direkodkan di kalangan keseluruhan kanak-kanak berumur
antara 7 hingga 12 tahun adalah sebanyak 10 peratus.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan
dikatakan berisiko mendapat obesiti dan ini akan menjurus
kepada beberapa masalah kesihatan kronik antaranya kencing
manis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem
pernafasan dan perkumuhan serta kanser.
Apakah faktor yang menyumbang kepada masalah besar ini di
kalangan kanak-kanak?
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi
Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo
Hashim berkata, faktor utama penyumbang masalah obesiti
kanak-kanak adalah pengambilan nutrisi tidak seimbang atau
makanan dengan kadar banyak atau kurang.
Katanya, kanak-kanak sememangnya gemarkan makanan
rapu (junk food) terutama keropok, jeruk dan coklat kerana
mereka terpengaruh dengan rasa, pembungkusan dan promosi
iklan atau jualannya yang dilakukan pengeluar dan penjual.
Noor Rezan berkata, ketika beliau bertugas sebagai guru
besar di sebuah sekolah di ibu negara beberapa tahun lalu, beliau
melarang keras penjualan makanan ringan di kantin dan pelajar
tidak dibenarkan membawanya ke dalam kawasan sekolah.
Bagaimanapun, ujarnya, apabila mereka keluar daripada
pagar sekolah, mereka masih dapat membelinya kerana ia dijual
secara berleluasa di luar.
"Makanan ringan adalah sejenis makanan yang secara jelas
tidak mempunyai nutrisi dan mengandungi banyak perisa
tambahan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak
mengalami obesiti.
"Pulang ke rumah, ada ibu bapa terutama yang sibuk bekerja
akan menyediakan pula makanan segera atau memasak
makanan mengandungi gula dan lemak tinggi tetapi rendah
vitamin, mineral serta nutrisi penting untuk perkembangan
tubuh dan minda anak.
"Saya nasihatkan ibu bapa sentiasa bertanya kepada anak
apa yang mereka makan di sekolah, pantau pemakanan anak,
sediakan menu berkhasiat, amalkan diet sepatutnya dan paling
penting jangan tanya apa yang anak ingin makan tetapi anda
yang menentukannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas
merasmikan Program Kesihatan Kanak-Kanak Malaysia di The
Royal Bintang, Damansara, baru-baru ini.
Turut hadir, Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle,
Zainun Nur Abdul Rauf dan Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia
(NSM), Dr. Tee E Siong.
Menurut Zainun Nur, program itu dilancarkan sebagai satu
usaha bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan kanak-
kanak sekolah rendah berusia antara 7 hingga 12 tahun.
Kempen tersebut membabitkan aktiviti seperti kesedaran
nutrisi, aktiviti fizikal dan perbincangan, kelas panduan
bagaimana meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan
nutrisi selain ditunjukkan demonstrasi penyediaan masakan
berkhasiat oleh Chef Florence Tan.
"Pada pelancaran hari ini, kami turut mengadakan bengkel
eksperimen iaitu percubaan untuk melihat sejauh mana
beberapa ibu bapa dan pelajar yang menyertainya dapat
berbincang serta bertukar-tukar pendapat mengenai pemakaran
dan gaya hidup anak mereka.

"Kejayaan bengkel hari ini akan menguatkan usaha kami


atau membantu kami memperkemaskan aktiviti sebelum
melebarkannya ke sekolah seluruh negara.

"Program ini pertama kali diadakan di Malaysia tetapi ia


sudah dijalankan di beberapa buah negara
SOALAN D

CADANGKAN CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI DI


PERINGKAT SEKOLAH

Pada zaman pascakemerdekaan ini, obesiti bukanlah sesuatu yang


baru dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Dalam senario rakyat Malaysia,
obesiti meningkat dari tahun ke tahun lebih-lebih lagi dalam kalangan kanak-
kanak. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, obesiti
berlaku akibat daripada pengumpulan lemak di bahagian tubuh badan
sehingga menyebabkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk
sesuatu peringkat umur, jantina dan ketinggian. Individu itu biasanya dianggap
sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI), yakni ukuran yang
diperoleh daripada membahagikan berat badannya dalam kilogram dengan
ketinggian seseorang dalam meter yang dikuasa dua melebihi 30 . Boleh
dikatakan setiap lima orang anak-anak yang bersekolah akan mengalami
masalah berat badan ataupun obes. Faktor yang menyumbang kepada
masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak ialah gaya hidup yang tidak
sihat, pemilihan makan yang tidak baik, kerentanan genetik, kurangnya aktiviti
jasmani dan juga kurang kesedaran berkenaan obesiti oleh ibu bapa. Dalam
usaha menangani masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak, pemilihan
makanan yang baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
kanak-kanak. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat perlu diterapkan
dalam diri individu terutamanya kanak-kanak. Hal ini demikian kerana,
makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan
bijirin dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan kanak-
kanak. Ibu bapa perlulah mengetahui info berkenaan bahan yang digunakan
apabila menyediakan makanan untuk anak-anak. Makanan yang bergoreng
dan mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi, perlulah dikurangkan
dalam usaha menangani masalah obesiti ini. Justeru itu, ibu bapa perlulah
menunjukkan contoh yang baik dalam mendidik dan menerapkan amalan
memakan makan yang seimbang dan berkhasiat dalam diri anak-anak. Hal ini
kerana, kanak-kanak akan memerhati setiap tingkah laku ibu bapa. Ibu bapa
bertanggungjawab menerapkan amalan ini dalam kalangan kanak-kanak
persis kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Umum
mengetahui bahawa senaman dapat menyihatkan badan sekaligus dapat
mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti senaman ini
turut diakui oleh pakar perubatan kerana mempunyai banyak faedah antaranya
ialah membina kekuatan otot, jantung dapat bekerja dengan baik, membantu
mengawal lipid darah yang tidak normal dan menguatkan tulang serta
meningkatkan imbangan. Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan
kehidupan seseorang lebih ceria dan sihat. Kanak-kanak patut dilibatkan
dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti senaman berpasukan,
yoga, berenang, berbasikal, menari ataupun berjalan- jalan pada waktu petang
dan selepas makan malam. Senaman yang dilakukan tidak semestinya
senaman yang terlalu berat ataupun memenatkan. Senaman yang baik ialah
senaman yang melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk
menggalakkan pembinaan otot. Kanak-kanak yang masih kecil pula perlu
digalakkan dengan bermain di taman permainan atau melakukan aktiviti di luar
rumah. Dalam konteks ini, sekiranya amalan bersenam diamalkan oleh kanak-
kanak, masalah obesiti dapat dikurangkan sekaligus dapat mengelakkan diri
kanak-kanak daripada penyakit berbahaya. Ibu bapa juga perlu
menitikberatkan tentang rakan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana,
pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya memainkan peranan penting
dalam menyumbang kepada permasalahan obesiti kanak-kanak. Sebagai
contoh, jika disekolah, anak-anak berada di luar pengaruh dan kawalan ibu
bapa, oleh itu kanak-kanak lebih cenderung membeli makanan yang melebihi
had disebabkan pengaruh rakan sebaya. Lebih-lebih lagi, di sekolah,
pemilihan makanan yang

seimbang adalah terhad. Apatah lagi jika pembekal lebih gemar memilih untuk
menjual makanan ringan berbanding makanan yang berkhasiat. Senario ini
kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan mereka lebih cenderung
menghabiskan wang belanja mereka dengan membeli makanan ringan.
Seharusnya, permasalah yang penting sebegini diberi perhatian serius oleh
ibu bapa, pihak sekolah dan juga pembekal makanan di sekolah. Kawalan dan
pemantauan terhadap bekalan makanan ringan dan minuman yang tidak baik
untuk kesihatan harus dipertingkatkan dan makanan yang tidak berkhasiat
perlulah dikurangkan. Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah sentiasa
mengawasi pemakanan anak-anak dengan memberi anak-anak membawa
bekal ke sekolah. Dengan ini ibu bapa boleh memantau aktiviti pemakanan
kanak-kanak. Selain itu, kesedaran dalam diri masyarakat tentang bahayanya
obesiti dalam kalangan kanak-kanak perlulah dititikberatkan oleh ibu bapa dan
masyarakat. Namun demikian, masih ramai ibu bapa yang mengendahkan
saranan ini. Sikap ini secara tidak langsung akan membawa kanak-kanak
kepada menghidapi penyakit kronik. Ibu bapa perlu membawa kanak-kanak
melakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan secara berkala dapat
membantu ibu bapa memantau perkembangan dan tahap kesihatan anak-
anak. Dengan ini, sekiranya terdapat masalah kesihatan, langkah susulan dan
rawatan yang diperlukan hendaklah diambil dengan segera. Ceramah
kesihatan juga boleh diadakan di sekolah dalam usaha mengatasi masalah
obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Ceramah kesihatan ini sedikit sebanyak
dapat membantu memberi bimbingan tentang cara mengatasi masalah obesiti.
Melalui ceramah ini, kanak-kanak lebih prihatin tentang tahap kesihatan
mereka dan akan lebih berusaha untuk mengamalkan pemakanan yang
seimbang dan berkhasiat. Hal ini kerana, melalui ceramah kesihatan ini kanak-
kanak

didedahkan dengan keburukan mengambil makanan yang tidak berkhasiat


yang menyebabkan masalah obesiti. Kanak-kanak akan berasa gerun apabila
melihat kesannya. Justeru, pihak sekolah juga memainkan peranan yang
penting dalam mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Bukan sahaja ibu bapa , pihak sekolah juga bertanggungjawab dalam
memastikan hal ini tidak berlanjutan pada masa akan datang. Kesimpulannya,
ibu bapa perlulah mengambil berat status kesihatan anak-anak dalam usaha
mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Bukan sahaja ibu-
bapa, malah pihak sekolah juga perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk mengatasi masalah ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang
menarik minat kanak-kanak untuk menjaga kesihatan. Kita perlu
mengamalkan sikap mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu
mencegah penyakit yang bakal timbul akibat keobesan yang melampau
dengan menerapkan gaya hidup sihat dalam diri kanak-kanak. Semuanya
bermula daripada ibu bapa sebagai pasak utama dalam pendidikan
pemakanan anak-anak. Sejajar dengan saranan dalam surah Isra' ayat 7 yang
bermaksud "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu
lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka
(kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga...". Jika kita tidak
berkorban untuk anak-anak pada hari ini bermakna kita menyediakan generasi
yang tidak sihat pada masa akan datang. Ayuh, perkasakan peranan ibu bapa
dengan menilai pelan pemakanan sihat anak-anak pada hari ini.
KESIMPULAN

Saya Muhammad Hariz Danial bin Hazanizam dari kelas 2 Ibnu Sina 2 yang
telah menyiapkan folio sains.

Tajuk yang telah saya hasilkan ini iaitu yang berkaitan dengan kepentingan gizi
seimbang yang sangat memberi pengajaran kepada saya.

Banyak ilmu pengetahuan yang saya dapat melalui tajuk ini,contohnya kita
haruslah makan makanan mengikut pemakanan yang seimbang agar kita tidak
menghidap penyakit seperti obesity,kanser,tekanan darah tinggi dan lain-lain.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai