MTES3063 Maksud Dan Peranan Matematik

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 37

MTES3063

TOPIK 1
MAKSUD DAN PERANAN
MATEMATIK

APA ITU MATEMATIK?


Maksud Matematik

 Matematik ialah sains mengenai


nombor dan ruang
 Matematik ialah satu kajian mengenai
hubungan mengenai nombor dan rajah
 Matematik ialah satu bahasa istimewa
digunakan untuk menyelesaikan
masalah
Maksud Matematik

• Matematik ada kaitan dengan aritmetik,


aljabar, geometri, triogonometri,

kalkulus dan sebagainya.
• Matematik ialah satu sains mengenai
pola dan juga satu bahasa yang
digunakan untuk menerangkan pola.
Rujuk Bahan Bacaan di bawah:

Reys, R. E., Suydam, M. N. & Lindquist, M.


M. (1995). Helping children learn
mathematics. 4th ed. New York: Allyn &
Bacon.
Matematik boleh dikatakan
sebagai satu:
• Kajian tentang pola
• Kajian hubungan
• Cara berfikir
• Seni
• Komunikasi/Bahasa
• Alat penyelesaian masalah harian
Matematik sebagai
satu kajian pola dan hubungan
• Mengenalpasti dan menghubungkait idea,
hubungan dan trenda yang berulang
dalam sesuatu konsep matematik.

• Nombor segitiga (Triangle Number),


Nombor segiempat (Square Number)

• Rumus: Rumus luas segiempat dan


segitiga, bagaimana ia berkait?
Matematik sebagai
satu kajian pola dan hubungan
• Peka tentang idea yang berulang dan
kesinambungan sesuatu idea.
• Membanding beza sesuatu idea,
melihat bagaimana ia berkait atau
sebaliknya.
• Melihat sesuatu sebagai sesuatu
yang menyeluruh yang terdiri
daripada pelbagai atau cabang.
Matematik sebagai
satu kajian pola dan hubungan
Contoh
• Murid faham fakta asas kenapa 3 +
2= 5 berkait dengan fakta asas 5 -
3 = 2. Konsep…?
• Menyelidiki mengapa luas sesuatu
kawasan mungkin mempunyai
beberapa ukuran perimeter.
Contoh…
Matematik sebagai satu cara berfikir

• Matematik melatih minda kita


menggunakan strategi untuk mengurus
data.

• Pemikiran yang lebih berstruktur dan


ringkas.

• Menterjemahkan dalam kefahaman


matematik.
Matematik sebagai satu cara berfikir
Matematik sebagai satu cara berfikir
• Pemikiran logik menggunakan
matematik untuk menyelesaikan
masalah

• Strategi untuk menyelenggara data dan


maklumat.

• Jadual, rajah pokok, membuat analogi,


menggunakan andaian dan jangkaan
Matematik sebagai satu cara berfikir

• Adakalanya, ada orang tidak boleh


mencerakinkan situasi dan yang
dihadapi kerana tiada pemikiran
matematik.

• Pemikiran matematik melatih minda


supaya lebih peka dan bergerak terus
ke sasarannya.
Matematik adalah satu seni
• Matematik bukan hanya terdiri daripada
fakta dan nombor sahaja.
• Membimbing murid dalam proses
pembinaan konsep matematik, mematuhi
peraturan dan syarat. Ini merupakan satu
seni.
• Aplikasi matematik dalam seni: nota
muzik, reka bentuk bangunan, tempo
muzik dsb
Matematik sebagai satu seni
• Teselasi

• C&S (Civil & Structure)


bangunan

• Benda- benda di sekeliling.


Matematik ialah satu alat berkomunikasi
• Matematik mempunyai satu bahasa
khas.
• Simbol-simbol, perwakilan dan gambar
rajah mempunyai makna dan maksud
tertentu.
• Kita boleh berkomunikasi tentang
pelbagai perkara menggunakannya.
• Contoh : Penggunaan simbol % sebagai
satu bahasa mewakili sesuatu kuantiti
Matematik sebagai alat penyelesaian
masalah harian
• Berguna dalam kehidupan seharian.
• Kemahiran mencongak dan mengira
• Aplikasi matematik dalam ICT: Nombor
Binari
• Dalam sukatan dan ukuran
• Kebanyakan bidang pekerjaan
memerlukan aplikasi matematik
• Jual beli dalam sistem muamalah
Matematik : ilmu dan kegunaan yang sangat
luas

• Matematik digunakan bukan sahaja


oleh ahli matematik tetapi sesiapa
sahaja tanpa disedari.
• Oleh itu, murid seharusnya tahu
peranan peranan matematik dalam
kehidupan mereka. PdP direka bentuk
berkait terus dengan pengalaman
sebenar murid.
MAKSUD MATEMATIK :

• Merujuk kepada gambar-gambar


yang disediakan dalam 2 slaid
seterusnya, rumuskan maksud
matematik dalam kehidupan
manusia
Reflek : Pengertian Matematik
Reflek : Pengertian Matematik end
27.06.2018
Tutorial : Dalam kumpulan bertiga, pilih sebarang 2
imej yang diberi. Jelaskan maksud matematik dalam
situasi yang boleh digambarkan menerusi imej yang
dipilih.

Laksanakan pertukaran penerangan dan penyampaian


idea yang telah dijelaskan oleh kumpulan rakan.
Peranan Matematik 2.7.2018
• Matematik melatih akal supaya
berfikir secara rasional dan logik.
• Meningkatkan keupayaan dalam
penyelesaian masalah.
• ICT
Peranan Matematik
• Matematik – sebahagian daripada
kehidupan seharian kita.
• Banyak aktiviti harian seperti
pembelian makanan, melaksanakan
perniagaan, perjalanan dan
perancangan kerja berkait rapat dgn
matematik
Peranan Matematik
.

• Matematik melatih minda manusia untuk


berfikir dan menaakul secara logik dan
rasional. Hasilnya, pengetahuan
matematik memberikan impak yang besar
terhadap kehidupan harian manusia.
• Contoh : tanpa matematik,kita tidak dapat
mengurus kewangan kita dengan cekap.
Selanjutnya, tidak dapat melaksanakan
aktiviti harian secara sitematik.
• Kepentingan matematik tidak dapat
dinafikan
Peranan Matematik
• Matematik juga menambah baik kemampuan
untuk menyelesaikan masalah dan tahap
kebijaksanaan kita.
• Mereka yang terlatih dalam matematik dpt
menyelesaikan masalah yang kompleks
secara efisyen dan efektif. Sebagai contoh,
ramai ahli matematik di seluruh dunia telah
diupah untuk menyelesaikan pelbagai
masalah kompleks. Sejarah menunjukkan
bahawa ahli matematik telah membantu
memecahkan kod rahsia yang digunakan
semasa Perang Dunia II.
Peranan Matematik
Matematik juga memainkan peranan
yang penting dalam kemajuan sains dan
teknologi, seperti dalam perkembangan
teknologi maklumat (ICT). Kemajuan
sains diperoleh daripada kemajuan
matematik. Sebagai contoh, penciptaan
sistem nombor perduaan (binary) telah
menyediakan cara prosedur pengiraan
yang kukuh dalam komputer
Peranan Matematik
• Penggunaan matematik merupakan
faktor penting dalam kemajuan
tamadun manusia.
• Perkembangan tamadun manusia
sangat penting dalam membawa
kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi. Ini, seterusnya
meningkatkan kualiti aktiviti sosial dan
ekonomi manusia.
Peranan Matematik
• Sebagai contoh, dalam tamadun
manusia awal, simbol-simbol
matematik seperti tanda dan angka
digunakan untuk merekod barang-
barang. Ini telah mempromosikan
pertumbuhan ekonomi melalui aktiviti
perdagangan komersil yang aktif
Peranan Matematik
• Kemajuan sesebuah negara sangat
bergantung pada kemajuan matematik
juga. Cabaran keenam dalam VISI 2020
Malaysia merangkumi pembinaan
masyarakat progresif dan saintifik dengan
ciri individu yang kreatif dan
berpandangan jauh supaya Malaysia
dapat menjadi penyumbang kepada
penubuhan tamadun saintifik dan ICT
dalam masa depan.
.

Peranan Matematik

• Tanpa warganegara yang cenderung


kepada matematik, ia akan menjadi
sangat sukar, jika tidak mustahil
untuk mencapai aspirasi nasional ini
.
Tutorial : Rumusan Maksud dan Peranan
Matematik 04.07.2018
20 minit perbincangan dan 7 minit pembentangan :
Berdasarkan cabaran keenam dalam VISI 2020 Malaysia yang
merangkumi pembinaan masyarakat progresif dan saintifik
dengan ciri individu yang kreatif dan berpandangan jauh
supaya Malaysia dapat menjadi penyumbang kepada
penubuhan tamadun saintifik dan ICT dalam masa depan,
bincang dan huraikan peranan matematik terhadap:
• 1.Diri/Individu
• 2.Guru/3.Masyarakat
• 4.Sekolah / 5.Negara
Dalam perbincangan anda, sertakan ciri-ciri maksud matematik
yang menyumbang kepada peranan yang dinyatakan.
Isi kandungan dan pembentangan yang jelas adalah
diharapkan
.

Cabaran Wawasan 2020


1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah
negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,
hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil,
dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram


dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga
dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah
menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti
dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar
akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan
dihormati oleh rakyat negara lain.
.

Cabaran Wawasan 2020


3. Mewujudkan dan membangunkan masyaraka
demokratik yang matang, yang mengamalkan satu
bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai
persefahaman matang, berasaskan masyarakat
yang boleh menjadi contoh kepada beberapa
banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya


bermoral dan beretika, dengan warganegaranya
teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan
didukung oleh nilai etika paling tinggi.
.
Cabaran Wawasan 2020
5.Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat
Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan
kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan mereka kepada satu negara.
6.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu
system social yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri
sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang
perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini


merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan
negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian
sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
.
Cabaran Wawasan 2020
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai
ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat


yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke
depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi
juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa
depan.
.
Maksud matematik : KIV
Maksud Matematik antaranya boleh dirumuskan kepada
makna berikut :
• Kajian tentang pola
• Kajian hubungan
• Seni
• Komunikasi Bahasa
• Alat berfikir
• Alat penyelesaian masalah
Berdasarkan pengamatan anda di persekitaran dan
tentang IPG KPI, jelaskan maksud matematik yang boleh
dikaitkan dengan sebarang maklumat yang berkaitan
dengan 2 perkara tersebut

Anda mungkin juga menyukai