Kisah Semut API

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

KISAH SEMUT API

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih diucapkan kepada saudara pengacara majlis, yang berusaha tuan
guru besar, yang arif lagi bijaksana para pengadil, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.

Tajuk cerita saya ialah Kisah Semut Api

Pada suatu petang seekor Semut Api pergi bersiar - siar di tepi sebuah
kolam. Dia berehat di atas tunggul kayu tepi kolam tersebut. Ketika sedang
berehat, tiba - tiba jatuh sebatang ranting kayu berhampiran dengan tempat itu.
Si Semut Api terperanjat lalu turun dengan tergesa - gesa dari atas tunggul kayu
itu.

Oleh kerana terlalu kelam kabut, si Semut jatuh berguling - guling


sehingga masuk ke dalam kolam. Nasib baik si Semut Api dapat berpaut pada
ranting yang ada di dalam kolam itu.

Ketika itu seekor Burung Merbah lalu di kolam itu. Burung Merbah terus
terbang ke arah kolam itu kerana hendak minum air kolam. Ketika itulah si
Semut Api berteriak, ”Wahai Burung Merbah, tolonglah bawa aku ke tepi
kolam sana.

”Bagaimankah kamu boleh sampai ke sini walhal kamu tiada kepak?”


kata Burung Merbah. Si Semut Api menceritakan kepada Burung Merbah
bagaimana dia boleh sampai ke situ.

”Oh begitu, baiklah aku akan menolong kamu” kata Burung Merbah.

Burung Merbah meminta Semut Api berpaut kepada kakinya lalu


membawa Semut Api ke tepi kolam itu. Semut Api mengucapkan terima kasih
atas budi baik Burung Merbah itu.

Selepas itu, Burung Merbah terbang meninggalkan Semut Api. Dalam


perjalanan balik, Burung Merbah terjumpa sebiji buah pisang yang sudah
masak.

”Alhamdulilah rezeki hari ini dapat juga aku makan buah pisang” kata
Burung Merbah. Burung Merbah hendak mematuk pisang masak itu.

”Hei, kamu jangan makan buah pisang itu! Buah pisang itu ada racun
tikus” teriak Semua Api.
”Aku hendak makan juga buah pisang ini. Apa nak jadi, jadilah,” kata
Burung Merbah itu.

Pertelagahan berlaku antara Semut Api dan Burung Merbah.

”Kamu jangan hendak menipu aku. Bagaimana kamu tahu bahawa buah
pisang ini ada racun tikus? tanya Burung Merbah.

Semut api memberitahu bahawa hidungnya amat peka dengan benda -


benda yang mengandungi racun.

Si Burung Merbah masih berkeras hati, dia ingin juga makan buah pisang
masak itu. Lantaran kedegilan Burung Merbah itu maka Semut Api menggigit
kaki Burung Merbah itu.

”Aduh, aduh, aduh sakitlah kaki aku” rintih Burung Merbah. Apabila
terasa sakit Burung Merbah terus terbang dari situ.

Tidak lama selepas itu, Burung Merbah datang semula menemui Semua
Api. Burung Merbah menceritakan bahawa dia terjumpa tiga ekor bangkai tikus.

”Jadi, memang betullah kata kamu tadi bahawa buah pisang masak itu
ada racun tikus” kata Burung Merbah.

Burung Merbah terhutang budi kepada Semut Api kerana bersungguh-


sungguh melarangnya dan menggigit kakinya. Jika Semut Api tidak
menyelamatkannya tentu Burung Merbah sudah mati.

”Aku lakukan itu semua kerana aku mengenang jasa kamu


menyelamatkan aku semasa aku lemas”. kata Semut Api.

Semenjak peristiwa itu Burung Merbah terus bersahabat baik dengan


Semut Api.

Kawan - kawan,

Begitulah baiknya perilaku amalan mengenang jasa yang ditunjukkan


oleh si Semut api dalam cerita ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai